~Siapa Ikut Blog Ni~

Pages

Tuesday, 25 February 2014

Bab 2 Tidak ku tahu kasih bermula.








             Anak menantu NorIza ke dapur untuk membantu mak denya menghidang  juadah hariraya. Ada yang memotong ketupat daun palas, ada yang menyenduk lauk dan ada yang menyusun kueh raya kedalam balang kueh.Mana kala yang lelaki kedapur juga menolong mengangkat pinggan dan gelas.Kerana kerja beramai-ramai kerja-kerja mereka cepat selesai.


Selesai semuanya mereka keruang tamu semula,mereka makan beramai-ramai sambil bersila. Ketika itu sampai pula Muaz sekeluarga.


“Hai lama benar orang rumah kamu bersolek Muaz, mak tenguk tak berubah apa pun si Seha ni. Mak kenal saja Seha..”. Kha..kah kah..kah gurau NorIza disambut gelak oleh adik-adik Muaz termasuklah pak de dan mak de. Seha yang disebut namanya hanya tersenyum. Merah pipinya. Dia malu bila semua memandang kearahnya.


“Bukan Seha yang bersolek lama mak..ni ha anak dara sunti sorang ni. Tak reti-reti melilit tudung. Sekejap nak lilit macam Yuna sekejap lagi nak lilit macam Wardina, kejap lagi nak lilit macam Najwa Latif pula..itu yang lama. Ni belum lagi yang sorang lagi ni nak bergaya kalau dah dua-dua anak dara Muaz nak bergaya nanti mak, tak tahulah macam mana gayanya..” Cerita Muaz pada emaknya yang memerlinya tadi.  Anak dara Muaz yang sulong sudah berusia 11 tahun sudah pandai nak bergaya.Muaz dan NorSaleha  sudah mempunyai lima orang anak. Yang sulong Siti Rahmah 11 tahun, kedua Abdul Aziz  9 tahun, ketiga Siti Hajar  7 tahun, keempat Abdul Fattah 5 tahun dan yang kelima Muhammahd Sobri hamper 6 bulan.


“Kakak  apa tak suruh ibu beli tudung kat mak cik Nah saja. Tudung sarung kan senang.” NorIza memberi cadangan kepada cucu sulongnya. Cucunya pula hanya tersenyum sambil memandang neneknya. Yang sebenarnya hatinya tidak berkenan tudung sarung seperti yang dipakai oleh ibu,nenek dan makcik-maciknya. Dia mahu lain dari yang lain.


“Tenguk-tenguk.. mana dia lilitan tudung Najwa Latif tu. Wah cantiknya kakak lilit tudung macam Najwa Latif”.Imah membelek wajah anak saudaranya yang digelar kakak. Nama sebenarnya Siti Rahmah. Dulu ketika ketika Muaz membincangkan nama itu mahu diberi pada anak perempuan sulongnya dihadapan adik-beradiknya,  mereka mentertawakan dirinya, hanya ibunya yang menyokong.


“Long kenapa bagi nama klasik sangat Long..bagilah nama canggih sikit. Macam nama anak-anak Pak de baru ada klass. Cuba kita bagi nama Qistina, Balkis ke”.


“Apa pulak kalssik, nama tu elok… Siti Rahmah ni isteri nabi Yunus yang sabar tu. Semoga cucu emak ni sabar macam Siti Rahmah tu. Pada bagi nama berjela-jela tapi ertinya entah apa-apa, baik kita bagi nama isteri Nabi tentu ertinya elok tingkahnya pun elok. Kamu semua tahu tak, panggilan yang kita panggil tu doa tau. Setiap kali orang panggil kita dengan erti sabar, jadilah kita orang yang sabar, kalau orang pangil kita dengan erti cerdik maka cerdiklah kita. Haa mak baru ingat mak ada dengar orang cakap, jangan guna nama-nama jin untuk anak kita, takut anak kita digangu oleh jin..nama  Balqis, Kistina/Qistina, Najwa, Zakuan,Batrisha, Erisha,Mazda itu nama-nama jin. Bukan tak boleh guna nama ni, nama-nama ni mempunyai maknanya elok tapi dia sering digunakan oleh bangsa jin..jadi kalau kita panggil kemungkinan besar  mereka akan ada disekililng kita. Diakan mahluk Allah yang tak nampak. Mereka sama juga macam kita..suka usik-usik, suka bergurau senda. Suka mengenakan orang macam kita juga.” Ketika itu terlopong anak-anaknya mendengar ceramah NorIza.


“Kenapa kak long tak datang dengan ayah pagi tadi, kalau tidak mak su boleh lilitkan tudung macam Shila Hamzah.” Bisik Imah ketelinga anak dara abangnya.


“Kakak ngantuk sangat pagi tadi, lepas subuh ingat nak tidur sekejap lepas tu terus lena balik tak sedar pun ayah kakak pergi sembayang raya”. Cerita anak saudara Imah.


“Apa yang dimakan dik budak-budak ni pagi tadi Seha. Kata  kamu semalam tak masak untuk raya?”. Mak de menyelidik anak angakatnya yang didepan mata. Seha pula jika didepan emaknya macam takut-takut sahaja.


“Sebelum Muaz kekubur pagi tadi tu..akak suruh dia balik hantar  bekalan untuk anak-anak dia Katy.  Takut pula kami pulang lambat dari masjid kesian budak-budak lapar pula nanti. Semalam tu memang akak yang tak bagi Seha masak kat rumah dia, supaya makan ramai-ramai dengan adik-adik dia kat rumah akak.”


             Terkena pada batang hidung sendiri bila mendengar jawapan NorIza bagi pehak anak angkatnya. Rasa insaf dihati Siti Khadijah mendengar kebaikkan bekas birasnya kepada anak menantu.Inilah rahsia mengapa bekas birasnya disayangi oleh anak dan menantunya serta cucu-cucunya. Sikap ambil berat. Dari pandagan mata kasar  NorIza tidak memilih untuk menyayangi kesemua anak dan menantunya.


“Kak ngah! Simpanan Tabung Haji kami dah penuh dah. In Syaa Allah kalau ada rezeki mungkin tahun depan kami dipanggil untuk keMekah. Lagi pun kami dah mendaftar nama dah lebih dari lima tahun rasanya”. Mak de memesong cerita, untuk menutup galau dihatinya, melihat kebaikan bekas birasnya dengan anak menantu, sebab dia tidak boleh untuk berbuat sebegitu.


“Ia Zah, kalau nak jadi mahram Uda penuhkanlah  cepat. Mana tahu rezeki kita tahun ni dapat panggilan.  Nak tunggu Muaz atau Syukri atau pun Hassan mereka ni masih penuh dengan tanggung jawab pula. Nak tunggu diorang ni kurang sikit dengan tanggung jawap..nanti  sampai tua sangat Zah”.  Entah mengapa pada pendengaran telinga tua NorIza sekarang ini selalu dia mendengar Pak de memanggilnya dengan panggilan nama sahaja. Apakah dia tidak mendengar panggilan kakak diawal namanya.Namun pertanyaan itu hanya bergema dihatinya sahaja.


“Ialah nanti akak minta tolong anak-anak masukkan duit dalam Tabung Haji. Duitnya dah ada dah..tapi nak memasukkan asyik terlupa sahaja nak minta tolong anak-anak. Kalau Uda dah dapat panggilan tolong rayukan akak sekalilah ye. Akak rasa pun elok akak ikut Uda saja.”


“In Syaa Allah. Kalau dah ada surat dari Tabung Haji  saya bagi tahu”.


“Eloklah tu bang, Katy memang mengharap sangat dapat pergi dengan kak ngah, nanti bolehlah kita duduk sebilik kan kak ngah. Katy dengar cerita orang masa kat Madinah susah sikit nak jalan dengan suami, sebab pintu masuk masjid asing-asing antara lelaki dengan perempuan. Kalau kita pergi masjid suami isteri kena menunggu lama. Lagi pun orang ramai susah nak tercari-cari. Katy takut tersesat kat sana nanti.”


“Hsyy kamu ni Tijah cuba jangan disebut perkataan yang tak elok. Kita cakap ni macam doa. Kalau kat sini lagi kita berdoa macam tu..takut jadi betul kat sana nanti”. Mohd Noh mengingatkan keterlanjuran kata-kata isterinya.


Selesai makan dan sebelum pulang anak menantu NorIza tolong mengemas pinggan mangkuk yang telah digunakan. Setelah selesai semuanya. Barulah mereka mengundur diri. Sebelum pulang…


“Seha tak tinggal sini ke.Tolong emak tunggu tetamu. Nanti kalau adik-adik kamu balik terkontang-kanteng emak sorang”.


“Biarlah dia Tijah..dia nak juga berkumpul dengan adik-beradik Muaz. Bukan selalu mereka dapat berjumpa”. Bantah Pak de dengan permintaan isterinya yang menghalang anak angkatnya beransur bersama keluarga suaminya.


                 Itulah Siti Khadijah yang selalu mengharapkan tenaga empat kerat anak angkatnya NurSaleha.Hanya Pak de yang selalu membela NurSaleha kerana rasa simpatinya melihat isterinya yang bagai memperkudakan anak saudaranya sendiri. Tetapi simpati suaminya selalu disalah anggap oleh Siti Khadijah pula.Dia merasakan suaminya terpikat dengan kecantikan dan keremajaan NurSaleha pula. Memang serba salah dibuatnya. Sememangnya NurSaleha cantik, kulitnya putih gebu kemerahan.Walaupun hidung tidaklah mancung sangat tetapi cantik terletak, matanya pula bundar. Bila dia memandang mata itu seakan merayu minta dikasihani.


            NorIza sudah lama kasihan melihat nasib yang menimpa menantunya yang seorang itu. Pada  NorIza dirinya sama seperti NurSaleha yang kehilangan ayah ibu ketika diri masih kecil. Namun nasib mereka berbeza. Dari kecil hidupnya ditatang sebagai minyak yang penuh oleh ibu,datuk dan nenek angkatnya, walau pun dirinya tiada pertalian darah sedikit pun. Namun NurSaleha sejak dia pandai bekerja tenaganya diperah walaupun dia dipelihara oleh emak saudaranya sendiri darah dagingnya sendiri..


Begitu juga Mohd Noh dia merasa kasihan bila isterinya sering memerah tenaga anak angkatnya. Kasih yang diberi juga membezakan dirinya dengan adik-adiknya yang lain. Akhirnya ketika NurSaleha berumur sembilan belas tahun dia menemui NorIza, agar dia datang meminang NurSaleha untuk anak Muaz.


“Kak ngah boleh tolong saya tak”.


“Nak tolong apa De. Selalu akak yang minta tolong Uda.Ni terbalik pula.Apa yang akak boleh tolong cakaplah”.


“Malu rasanya saya nak minta ni…macam perigi mencari timba pula”.


“Haa Uda ni cakap berbelit-belit.Cakaplah cepat lama sangat Uda kat sini syak pula siTijah tu pada kita”.Itulah Siti Khadijah sikap cemburunya kadang-kadang membabi buta.


“Entahlah Tijah tu dengan Seha dia cemburu dengan akak dia cemburu.Susah saya ni kak..kak!! hensem sangat ke saya ni kak”.NorIza ketawa tertahan mendengar lawak spontan bekas adik iparnya.


“Ehh cepatlah cakap De, apa yang Uda nak akak tolong ni”.Pada pandangan NorIza memanglah bekas adik iparnya masih hemsem, berbatang tubuh tinggi setinggi lelaki Asia dia tidak berperut gendut seperti lelaki-lelaki lain yang sudah berusia.Memang patut isterinya cemburu ..Cemburu kan tanda sayang.tapi jangan cemburu buta, cemburu buta ni menyiksa diri dan menyiksa orang disekelilingnya.

“Macam ni… Uda nampaknya hanya akak saja yang boleh tolong, itu sebabnya Uda datang jumpa akak ni”.

“Ialah, kalau kamu tak cakap mana akak nak tolong. Apa yang kamu nak akak tolong.”Geram juga Puan NorIza dengan bekas adik ipar didepan mata.Kata-katanya tak jelas menyebabkan dia tertanya-tanya.Ketika mereka bercakap-cakap Hassan dan Imah ada disisi mereka.Sengaja  Noriza memanggil anak-anaknya duduk mendengar apa yang mereka bincangkan. Tetapi dulu emak mertuanya tidak akan membenarkan anak atau cucunya mendengar orang tua-tua bercerita.


“Macam ni…Muaz sekarang ni pun kan dah besar, dah dua pulah lima umurnya. Dia pun dah ada bengkel sendiri. Nampaknya maju juga bengkel dia tu. Uda rasa dia dah mampu menanggung seorang isteri. Apa kata akak pinang Seha untuk Muaz”. Terkedu Noriza mendengar permintaan bekas adik iparnya.Tidak pernah sampai kesitu akalnya.Tetapi ada juga benarnya. Anakny Muaz sudah dua puluh lima tahun umurnya, sudah boleh berumah tangga jika dia mahu.


“Ehh dia tak sambung belajar ke de. Akak dengar SPMnya dulu tu bagus juga, tak kan tak dapat apa-apa tawaran. Kesian dia tak diberi peluang kalau dia nak belajar lagi”.


“Ada kak, yang last sekali dia dapat tawaran masuk tingkatan 6.Tapi Tijah yang tak bagi. Dia kata belajar tingkatan 6 ni susah nanti penat belajar sahaja tapi tak dapat apa. Yang sebetulnya dia yang tak bagi siSeha tu keluar dari rumah,  sebab nanti tak siapa tolong dia buat kerja rumah. Kak!!saya bukan apa.. saya kesian tenguk dia dikudakan dek Tijah dan anak saya yang lain. Mereka buat Seha tu macam orang gaji kak”.


“Sepatutnya Uda carikan lah orang gaji untuk Tijah tu”.


“Bukan saya tak nak cari, tapi Tijah yang tak mahu.Hari tu ada sorang tak sampai sebulan budak tu dah diberhentikan. Kata Tijah dia perasan budak tu pandang saya lain macam..cemburulah tu. Itulah yang saya tanya akak tadi.. hensem lagi ke saya ni. Akak gelakkan saya pula”.


“Teruk juga cemburu Tijah ni ye”.


“Ia kak kalau tak takkan dia nak cemburu saya dengan akak.”.


“Biasalah tu De. Dia sayang kat kamulah de, orang kalau sayang suaminya tentulah cemburu sikit. Cemburu tukan tandanya sayang..”.


“Entahlah kak..Oh ye saya sebetulnya susah hati dengan perbuatan Tijah ni. Saya sebetulnya takut apa-apa yang buruk terjadi pada keluarga saya kerana menyiksa anak yatim, kalau lagi lama dia duduk dengan saya. Manalah tahu sesekali terdetik hati siSeha sebab tak tahan dengan perbuatan Tijah dan anak-anak saya pada dia. Nampaknya sekarang ni makin teruk perlakuan mereka. Kerja rumah semua dah terletak dibahunya. Kalau silap sikit diherdek dimarah macam dia tak ada perasaan. Lagi lama Seha duduk dengan kami lagi lama mereka menyiksa Seha tu. Kalau lah terdetik rasa sakit hati Seha tu tak ke naya mereka semua.”


“Kenapa Uda tak nasihatkan isteri dan anak-anak Uda tu”.


“Berbueh dah mulut saya ni kak. Tapi disalah anggap dek Tijah pula. Mula lah dia bercerita yang buruk  pada anak-anak apa niat saya pada Seha. Saya ni tak pernah ada niat lain pada Seha, saya anggap Seha tu macam anak saya sendiri,  dah kita bela dari kecik tak tergamak saya nak jadikan bini kak ngah oii. Tapi lain pula yang siTijah tu fikirkan. Asalkan perempuan semua saya nak jadikan bini. Hai susah betul saya dengan cemburu buta dia tu.”


“Jadi akak nak tolong apa cakaplah terus terang. Nak dia duduk dengan akak?. Uda pun fahamkan akak  ada anak-anak lelaki yang dah besar.. takut timbul fitnah pula. Lagi pun mahu ke Tijah lepaskan Seha saja-saja duduk rumah akak”.

“Bukan nak suruh Seha saja-saja duduk rumah akak.Saya minta sungguh-sungguh ni.. tolong jadikan Seha tu menantu akak. Pinang dia untuk Muaz.Jadi adalah ikatan sah Seha dengan anak akak”.Rupanya memang bersungguh Mohd Noh memintanya meminang Seha untuk Muaz detik hati NorIza.


“Tapi kalau akak pinang Seha jadi menantu, mahu ke Tijah lepaskan dia. Nanti dia tak ada pembantu rumah pula.”


“Pandai lah saya nak buat dia cemburu.Biar dia rasa senang lepas kan siSeha tu kahwin dengan Muaz”.


“Ialah kalau macam tu kata Uda…akak bincang dengan Muaz kalau dia balik nanti”.


          Setelah berbincang baik buruknya demi untuk menyelamatkan NurSaleha dari deraan ibu saudara dan sepupunya sendiri, Muaz bersetuju.Tiada adat merisik dan tiada tempuh bertunang terus sahaja majils walimatuurusnya dilangsungkan. Hanya kehduri kecil-kecilan meraikan pernikahan mereka dan untuk memberi tahu mereka sudah sah menjadi suami isteri kepada penduduk kampung.  Kini sudah 15 tahun bahtera rumah tangga diharungi bersama. Dan mereka sudah ada 5 orang anak untuk menyerikan rumahtangga mereka. Dulu yang menjadi NorIza bimbang dia takut anaknya yang tidak dapat menerima isteri yang di suakan kepadanya. Takut pula NurSaleha terlepas dari mulut buaya tetapi masuk pula kemulut harimau. Tetapi tidak rupanya. Pada pandangan mata NorIza yang sentiasa mengawasi baik Muaz mahupun NorSaleha mereka  bahagia. Walaupun tiada ‘rasa’mewarnai hati diawal pernikahan mereka dulu.


“Haah Katy akak nak ajak mereka semuanya ni kerumah jiran sebelah menyebelah rumah.Kalau dah tertinggal memang Muaz ni tak terpergilah jawabnya”.Akhirnya Siti Kadijah diam tidak terkata. Sememangnya dia akan kalah bila NorIza yang berkata-kata.


          Seperti yang diperkatakan keluarga besar  NorIza berarak dari sebuah kesebuah rumah jiran mereka.Hingga  petang barulah mereka menjengah rumah. Selepas membersihkan diri dan solat zohor semuanya bergelimpangan diruang tamu kepenatan dan kekenyang makan dan minum kueh raya dirumah orang yang dikunjungi.


                 Dihari raya kedua mereka menunggu para jiran pula mengunjungi rumah mereka itulah cara hidup dikampung saling berziarah untuk merapatkan hubungan silaturahim antara mereka. Acara hari raya mereka padat dengan acara kunjung mengunjungi.Dan pada masa inilah mereka bertemu kawan-kawan yang sudah merantau jauh dari Pengkalan Hulu, pulang kerana berhari raya bersama keluarga tercinta.


Dihari raya ketiga Syukri meminta izin emaknya untuk membawa keluarganya ke sempadan.Tujuannya  untuk mengunjungi kedai bebas cukai disempadan Malaysia Thai. Niatnya mahu membawa Nuri membeli belah disana.


“Mak esok pagi rasanya Syukri nak pergi shoppinglah mak”.


“Kamu nak pergi dengan siapa?”


“Dengan Nuri dan anak-anak.Kesian budak-budak tu tak ada baju baru mak”.


“Ialah pergilah. Esok pun dah tak berapa sibuk rasanya. Kalau ada yang datang pun anak-anak pak delah agaknya. Lagi pun Ira dan Misa masih ada tolong emak”.


“Alang dengan Hassan bila baliknya?


“Katanya balik besok malam”.


           Seperti yang telah dirancang Syukri membawa anak isterinya ke sempadan.Pusat membeli belah bebas cukai.Pada mulanya Imah juga mahu mengikuti mereka namun dihalang oleh puan NorIza.


“Tak payah lah Imah ikut mereka.Biarlah diaorang laki bini pergi. Abang ngah kamu tu nak cuba mencari kemesraan semula dengan kak Nuri kamu tu, biar mereka merasa bershopping anak beranak diaorang sahaja”.


           Begitu teruja Syukri membawa keluarganya membeli belah.Pot pet mulutnya bercerita menerangkan itu dan ini sepanjang perjalanan.Nama dan kejadian waktu dulu tempat-tempat yang dilalui juga diceritakan kepada isteri disebalahnya. Lagaknya macam pemandu pelancung pun ada.


                   Kerana rasa terujanya sampai sahaja, dia menuju ke tempat kebarang wanita.Tempat pertama beg tangan wanita. Terdapat berbagai jenis dan bentuk beg tangan wanita  terpamir ditempat pamiran. Sambil mendukung anaknya yang kecil Syukri turut membelek satu..satu. Mula-mula dibahagian beg yang berjenama biasa-biasa sahaja. Dia melihat Nuri berjalan sahaja tidak menunjukkan minat pada beg yang berjenama biasa. Pada tanggapan Syukri beg biasa tidak menepati cita rasa isteri agaknya. Kemudian dia mengajak Nuri ketempat beg yang berjenama. Apabila dilihat Nuri seperti tidak pandai memilih Syukri membantu. Dicapainya yang dirasakan cantik diunjukkan kepada sang isteri. Nuri membelek kemudian kepalanya mengeleng. Satu lagi..belek lebih kurang  geleng lagi. Hinggalah Syukri rasa bosan dengan tingkah yang asyik mengeleng. Mengapakah  semuanya tidak berkenan dihati Nuri,  walaupun semua yang diunjukkan kepada iseterinya sudah terlalu cantik pada pandangan matanya.


“Dahlah bang..jom tempat lainlah pula”.


“Ehh Kita tak beli lagi ni.Nuri nak yang macam mana? Punyalah banyak macam ni,  satu pun tak ada yang sangkut kat hati Nuri..kang balik menyesal tak beli. Ambil sahaja abang yang akan bayarkan..”.


“Tak lah..saya memang tak berniat nak beli handbeg pun. Yang ada tu masih cantik lagi. Dahlah jom kita balik ”. Dengan rasa hampa Syukri mengikuti langkah isterinya keluar dari bahagian beg itu. Nuri mahu menuju kearah pintu keluar. Namun ditahan oleh Syukri. ‘Penat berjalan satu pun tak beli’ marah hatinya


“Ehh kita belum tenguk bahagian baju-baju lagi. Kita pergi tenguk baju dululah..alang-alang kita dah sampai jalan cukup-cukup biar puas hati. Buakn selalu kita dapat datang sini.”.


“Haa Nuri cakap terus terang, Nuri tak nak beli baju.Kalau baju anak tak apa”. Ohh Nuri sudah berterus terang.Pada Nuri senang begitu tidak lah mereka membuang masa membelek-belek tetapi tidak membeli. Mereka terus ketempat pakaian kanak-kanak. Syukri mula mengacu setiap baju yang dirasanya sesuai untuk anaknya. Banyak juga perkataan yang kelaur dari bibir isterinya…Syukri hanya mengelengkan kepalanya dengan sikap isterinya.


“Bang kalau beli biarlah besar sikit kalau muat-muat sahaja, tak sampai beberapa bulan dan tak boleh nak pakai, lagi pun jangan beli yang mahal. Budak-budak kan cepat membesar nanti membazir saja”. Akhirnya hanya beberapa helai sahaja pakaian anak-anak dapat dibeli. Terkeluh juga hati Syukri..rupanya susah juga membawa Nuri membeli belah. Dia bukan seperti orang mabuk shopping. Sifat berjimat masih kedapatan.Mungkin kesusahan diawal perkahwinan mereka menyekat dirinya dari berbelanja.


“Kita nak pergi mana lagi Nuri..alang-alang kita keluar ni biar puas kita berjalan”.


“Nuri tak tahu, tapi kalau boleh Nuri nak pergi beli buah mangga. Kawan Nuri kata buah mangga Siam ni sedap. Lagi pun murah kalau kita beli kat tempat dia”.


“Haa jom kita beli buah”.


             Sampai di tempat buah-buahan bagai terlebih teruja Nuri memilih. Mangga berisi warna kuning dibelinya lima kilo, mangga berisi warna oren lima kilo lagi. Mangga ranum namun isinya manis juga dibelinya. Macam tak cukup tangan dia menjinjing plastic berisi mangga.  Sebelum mereka beredar sekali lagi dia menoleh kekawasan menjual buah....


“Kenapa ada yang tertinggal ke?”


“Bang kalau Nuri beli sikit lagi boleh tak..Nuri rasa macam tak cukuplah”.Syukri tersenyum melihat gelagat isterinya, yang mula tamak.


“Pergilah abang tunggu dengan anak-anak kat kereta”.


“Terima kasih.”Bila mendapat kebenaran laju langkahnya menuju ketempat buah yang paling hamper. Dari jauh Syukri melihat senget bahu Nuri menjinjing plastic berisi buah.



“Kenapa Nuri beli banyak sangat ni. Nak bawa balik Kampung Subang ke?”.


“Kalau ada lebih nanti… kalau tak cukup tak apa..kita kan ramai.”


Baru sahaja kereta Syukri terpakir di halaman rumah puan NorIza, dia sudah disebu oleh adik dan adik iparnya.Ira menyambar Hadi dari dukungan uminya.


“Halololo rindunya mak de dengan anak mak de yang comel ni. Penat jalan ye..Hadi banyak beli baju??” Sambil melarikan Hadi Ira  masuk ke rumah. Riuh mulut Ira bertanya kepada sikecil, macamlah sikecil faham pertanyannya.


            Imah pula mengambil beg-beg plastic dibonet kereta. Sebelum diangkat dia sudah menjenguk isi beg plastic dahulu. ‘Ni yang banyak hanya buah mangga saja ni, mana baju dan handbaeg kak Nuri kata angah tadi beria nak beli sampai dua tiga biji  beg, siap Tanya jenama  apa lagi’ detik hati Imah.  Nuri hanya tersenyum bila terpandang bibir Imah yang mencebek. Mungkin hairan dengan isi dalam beg plastic. Dia membawa beg plastic yang mengandungi buah mangga yang paling akhir dibelinya tadi. Dia terus menghilagkan diri menuju kedapur.

Monday, 24 February 2014

Bab 1 Tidak ku tahu kasih bermula.







Selepas sembahyang sunat hari raya anak dan menantu lelaki menemani NorIza kekubur arwah suami dan keluarganya yang lain.Yang perempuan tinggal dirumah bersiap sedia kalau ada tetamu yang datang berkunjung kerumah mereka. Pulang dari kubur  NorIza menggesa semua ahli keluarganya kerumah Pak De pula.

“Mak!! Mak  kata nak bagi lemang kat pak de”.Ira mengingatkan emak mertuanya takut terlupa. Simenantu bertanya dari dalam rumah sahaja, tuan badan tidak kelihatan yang kedengaran hanya suaranya sahaja. Emak mertuanya sudah bersiap sedia diluar rumah untuk kerumah bekas adik iparnya. Pada Noriza kalau dia masuk yang lain akan mengikutinya masuk maka akan lambatlah mereka mula berziarah. Itulah cara NorIza menggesa ahli keluarganya bergerak cepat.

“Haah  Alhamdullilah Ira tanya, mak terlupa sebetulnya. Dah tua tua ni mak mudah lupa Ira.  Kalau macam tu kamu tolong ambilkan yang kita dah bungkus pagi tadi. Rasanya mak letak atas meja makan tadi”. Bila mendengar emak mertuanya seakan menyambung kenyataanya Ira menuju kemuka pintu mencari emak mertuanya.Rasa tidak sopan pula dia tidak menjengukkan muka bila emak mertuanya berkata-kata denganya.Bila melihat Ira yang sedang mendukung anak kecil Nuri…

“Allah Ira dukung Hadi ye.Tak apa mak minta tolong Imahlah (lalu diseru nama anak bungsunya pula) Imah… Imaah!!”.Bila mendengar namanya diseru oleh emaknya. Cepat-cepat dia menjenguk keluar rumah mencari emaknya, dia sedang mendukung Syuhadah yang sudah siap bertudung.

“Ye mak Imah dah siap ni..dah nak pergi ke mak?. Mak! cuba mak tenguk Su ni mak macam abang ngah masa kecik kan mak.”

“Mana kamu nampak abang ngah kau masa kecik Imah oii”.

“Dalam gambarlah mak. Abang ngah! meh sini tenguk anak dara abang ni”. Syukri yang ditengah halaman menghampiri Imah dan emaknya diambang pintu masuk.Kerana emaknya diluar rumah manakala Imah pula didalam rumah.

“Ya Allah comelnya anak dara baba. Mana Imah dapat tudung kecik ni Imah. Comel betul Su bila dia pakai tudung. Macam muka abang masa kecik kan Mah. Kalau abang perempuan mungkin comel macam nikan”.

Berderai ketawa Imah dan puan NorIza bila Syukri berkata begitu. Mereka membayangkan bila Syukri yang bermisai  dan berjanggut sejemput bertudung.

“Dah..dah ikutkan abang ngah kamu berangan, tak pergi kita kerumah pak De. Ingatkan nak minta tolong Imah ambilkan bekal yang kita dah bungkus tu untuk Mak de kat dapur..Imah dukung Su pula ye.”Ketika itu Nuri yang ketika itu berjalan menuju keruang tamu mendengar perbualan mereka. Memberi bantuan..Kelihatanya dia sudah bersiap juga. Anak lelakinya yang sulung sudah diluar rumah bersama seorang sepupunya QiQi.

“Mak! Nuri lah mak yang ambilkan, Nuri yang tengah melenggang  macam orang tak ada anak saja ni.Bekal yang mana mak..yang mangkuk tingkat nyonya tu ke  mak?”.

“Haah Nuri rasanya mak letak katas meja makan”. Bekas mangkuk tingkat Noriza seperti mangkuk orang Cina dulu-dulu tinggalan arwah emaknya namun dijaga baik oleh NorIza..berwarnamerah.  (Arwah mak mertua makteh kata bekas macam tu dipanggil boko.. entah betul ketidak sebutan mak teh, kalau ada yang tahu bagi tahulah.).Nuri kedapur mengambil apa yang dimaksudkan oleh emak mertuanya.

“Syukri tolong Nuri ambilkan bekalan Mak denya. Banyak tu..lemangnya jangan lupa dah emak bungkus dengan surat khabar empat  batang. ”

Syukri mengikuti langkah isterinya kedapur berlari anak sedikit supaya dia dapat menyaingi langkah isterinya.

“Cantik betul isteri abang pagi ni. Rasa macam baru kahwin saja  kita nikan.”.. Nuri ketawa mendengar ayat power suaminya.

“Kenapa bang..selalu Nuri tak cantik ke”.

“Bukan!selalu memang cantik pun tapi pagi ni lagi cantik agaknya sebab kita pakai baju sama warna.. tu yang rasa kita nak bersanding ni”.Tidak puas rasanya Syukri memandang wajah ayu isterinya. Yang istimewanya warna baju mereka sama. Sedondon kata orang melambangkan mereka sehati dan sejiwa.kha..kha..kha ketawa hati Syukri yang bahagia.

“Ialah abang tu..anak dah berderet tiga orang, masih ingat pelamin pulak”.

“Kita bersanding atas katil saja nak”.

“Eee abang ni tak malulah..dahlah..dahlah ini agaknya yang untuk pak de”. Ketikan itu Syukri menyuakan wajahnya kepipi isterinya. Resah Nuri dengan perlakuan suaminya diruang dapur emak mertuanya pula.

 “Dua-dua mangkuk tingkat tu ke Nuri? banyaknya.”

“Betullah ni, satu mak bagi kueh, satu lagi lauk raya”.

“Betullah tu, jomlah lama kang mak marah pula, mak dah redy nak pergi dah tu..Nuri bawa mangkuk tingkat, abang bawa lemang ni”.Mereka beriringan keluar dari dapur.

Kemudian mereka beramai-ramai kerumah Pak De. Itulah satu-satunya pakcik  anak-anak Noriza, itu pun di sebelah suaminya. Adik beradik sebelah suaminya tidak ramai hanya empat orang sahaja.Dua orang perempuan dan dua orang lelaki dan seorang lagi telah meninggal dunia ketika umurnya kecil lagi, yang lelaki suaminya (Abdul Razak) dan pak De (De merujuk kepada gelaran uda) atau Mohd Noh.Uda pada sesetengah orang adalah gelaran anak yang empat.

Dipihak NorIza… dia tidak tahu dimana saudaramaranya. Dirinya sebatang kara.  Dia tidak tahu saudara maranya kerana dia adalah anak angkat kepada arwah emaknya.Arwah emak angkatnya pula tidak pernah berumah tangga sehinggalah dia meninggal dunia.Dirinya tahu dia adalah anak angkat kepada arwah emaknya ketika hampir hari pernikahanya dengan kopral Abdul Razak arwah suaminya.Ketika itu ibunya menceritakan sejarah dirinya.

“Izah tak lama lagi Izah nak nikah.Jadi sebelum Izah nikah emak nak cerita sikit tentang asal usul Izah.Iza tahu tak emak tak pernah bernikah sejak dari dulu lagi.”

“Habis Izah anak siapa mak. Emak bukan emak kandung Izah ke mak?”.

“Memang emak tak mengandungkan Izah tapi Izah anak emak dunia dan akhirt nak”.Ketika dia mendengar cerita emaknya jantung bagai mahu pecah…Luluh hatinya .Selama ini dia tidak tahu dia hanya anak angkat sahaja.Kerana dia sungguh disayangi oleh emak datuk dan neneknya.Dia dipelihara seperti menatang minyak yang penuh.Mengenangkan itu hatinya jadi terubat. Itulah suratan hidupnya dia pasrah, timbul satu janji didalam hatinya akan membalas jasa ibu yang dihadapannya kerana membesarkan dirinya dengan penuh kasih sayang.

“Kalau macam tu Izah pun tak nak nikah lah mak.Izah nak jaga emak sampai Izah tua.Kalau Izah kahwin nanti susah Izah nak jaga emak.Iza nak jadi macam emak jaga arwah nenek dan atuk sampai mereka meninggal”. Sememangnya arwah emak angkatnya dulu akan membawa kedua orang tuanya kemana sahaja dia ditugaskan mengajar. Sehinggalah mereka meninggal dunia. Ayah dan ibunya lebih selesa mengikutinya kerana dia anak perempuan tunggal mereka.

“Tak boleh Zah, emak ni bernasib baik ada orang nak bagi anak kat emak. Kalau tak..entah dengan siapa mak menumpang hidup setelah kita tak berdaya macam ni. Entah-enath emak dah dicampak kat rumah kebajikan. Ni Alahamullilah  Allah bagi Izah kat emak.”

Ketika itu arwah emaknya baru dua bulan keluar dari hospital. Sebelah kakinya telah dipotong lagi hingga ke paras lutut. Arwah emaknya adalah pengidap kencing manis kronik, ditambah lagi dengan sakit buah pinggang. Setiap bulan dia dikehendaki kehospital untuk menjalani hemodialysis untuk mencuci buah pinggangnya. Jika tidak badannya akan membengkak.

Penah sekali dahulu arwah emaknya menangguhkah rawatan hemodialysis  kerana dia sedang menjalani peperiksaan SPMnya,badannya membengkak. Jari-jari tangannya mengening kembung seperti bantal.Kata arwah emaknya bisa sakitnya hanya Allah sahaja yang tahu, seakan mahu tercabut segala sendinya. Kasihan Izah melihat penderitaan emaknya.Habis sahaja kertas akhir peperiksaanya dia tidak bertangguh mencari keenderaan untuk membawa emaknya menjalani rawatan. Walaupun ketika itu semua kawan-kawannya berpakat-pakat untuk makan bersama  beramai-ramai. Hari itu merupakan hari terakhir mereka bersama disekolah.

Kerana kesihatan emaknya selepas keputusan SPMnya keluar, dia menolak semua tawaran untuk menyambung pelajaran.Walaupun dia mendapat dua tawaran untuk melanjutkan pelajaran diperingkat diploma dan metrikulasi. Ketika itu dia tidak sampai hati untuk meninggalkan arwah emaknya sendirian  jika dia menyambung pelajaran jauh dari kampung halamanya.

“Habis esok siapa yang nak jadi wali Izah masa Izah nak akad nikah mak.”

“Kita wartakan dalam surat khabar..cari ayah Izah bila dah sebulan dia tak datang, atau tak ada orang yang mengaku wali Izah..Izah boleh nikah berwalikan hakim.”

“Macam susah saja lah mak..Izah tak mahu nikah lah mak”.

“Jangan macam ni Zah..Mak rasa hidup tak lama lagi. Kalau Izah dah ada yang jaga senang hati emak nak tinggalkan Izah nanti.”

“Mak!! Mak janganlah cakap macam ni..mak tak kesian Izah ke mak, Izah tak ada siapa-siapa lagi kat dunia ni. Kesiankanlah kat Izah mak”.Masa itu sambil memeluk emaknya berjujuran air matanya terjun dari tubir matanya begitu juga emak angkatnya.Mereka saling berpelukkan.Merangkum kesedehan mereka bersama. Reda tangisan mereka, emaknya dengan suara lirih..

“Kematian tu pasti untuk semua mahluk Allah Zah. Sebab mak sayang Izahlah mak suruh Izah nikah, emak terima pinangan Imam Hassan. Lagi pun anak Imam Hassan tu baik orangnya. Emak memang percaya penuh dengan dia. Izah bukan tak kenal Ajak tu..dia kan yang belikan barang dapur kita kalau dia ada kat rumah..Kemudian  jenguk emak tanya keperluan emak,masa Izah pergi sekolah.” Memang benar sering kali mereka terserempak namun tidak pernah pula bertegur sapa.Yang sebenarnyaIzah satu kelas dengan adik Ajak atau nama sebenarnya Abdul Razak adik Abul Razak ialah Mohd Noh atau (Pak de) gelaran dirinya untuk anak-anaknya.

“Kalau mak tak keberatan ceritalah sikit tentang asal usul Izah mak”.

“Ialah mak cerita…Dulu lama mak mengajar di satu daerah di negeri Selangor. Satu hari datang seorang bekas anak murid perempuan emak minta tolong. Dia cerita dengan emak...Dirinya kena tngkap basah dengan kekasihnya. Mereka dinikahkan oleh ayah budak perempuan bekas anak murid emak tu. Tapi lepas nikah dia dihalau keluar dari rumah oleh keluarganya. Mereka tak ada tempat berlindung jadi dia tumpang rumah emak dalam tiga bulan rasanya. Mak percaya cerita dia bila dia tunujk sijil nikah dari JAIS. Setelah suaminya dapat kerja untuk menyara kehidupan mereka, dia dan suaminya pindah. Dalam enam bulan selepas mereka keluar dari rumah emak, dia datang lagi, masa tu dia datang dengan perut yang dah besar. Dia cakap dengan emak dia dah cukup bulan nak bersalin.
…Tapi kali ni dia datang sorang sahaja. Dia cerita kat emak..keluarga sebelah suaminya telah menemui tempat kerja suaminya. Rupanya mereka berdua bersembunyi dari pengetahuan keluarga sebelah suaminya. Jika mereka dah tahu tempat kerja memang mudahlah mereka menjejak dimana mereka tinggal pula. Di akhir ceritanya,emak mertuanya datang kerumah sewa meraka dan memaksa suaminya balik ikut dia. Suami bekas anak murid emak tu terpaksa menunaikan janji bernikah dengan tunangnya. Rupanya suaminya sebelum kena tangkap basah adalah tunangan orang dan yang kedua pernikahan mereka dirahsiakan dari pengetahuan ibu dan ayah sebelah lelaki.
…Dua minggu lepas tu bekas anak murid emak tu sakit nak bersalin..emak hantar dia pergi hospital. Lepas bersalin arwah emak Izah mengalami tumpah darah. Entahlah dah ajal agaknya seminggu kemudian dia meninggal.Tapi sebelum tu sempat dia pesan dengan emak supaya jaga Izah. Dia takut kalau keluarga sebelah suaminya jaga Izah, Izah akan disiksa sebab pernikaahan mereka memang tidak pernah direstui dan kelahiran Izah memang tak pernah diharapkan. Dia juga tak mahu emak serahkan Izah  pada keluarganya sebab keluarganya orang miskin”.

“Ayah Izah tak pernah datang cari Izah ke mak”.

“Dihari pengkebumian arwah emak Izah dia datang. Dia minta maaf dengan emak. Katanya dia terpaksa.Yang sebenarnya dia sayang arwah emak Izah, dia dipaksa bertunang sedangkan dihatinya sudah ada emak Izah,sebab itu dia lari dan bersembunyi, tapi bila keluarga dia terjumpa dia dipaksa nikah dengan gadis pilihan keluarganya. Dia serahkan Izah dengan emak. Dia percaya dengan emak..katanya nasib Izah akan terbela kalau emak yang jaga Izah. Nama Izah ayah Izah yang beri dan dia yang daftarkan kat balai polis. Nama mak Izah  NorIzzatul binti Sulaiman, nama Izah.. NorIza binti Abdul Karim, lepas tu dia tak pernah lagi datang jenguk Izah.”
(Nama emak kandung perlu diketahui kerana bila kita meninggal dunia kita akan diBINkan dengan nama emak kita. Ketika imam menyeru nama kita dalam bacaan Talkin)

Walaupun sudah hamper sebulan setengah diwartakan didalam akhbar, tetapi hingga kehari pernikahanya tiada seorang pun yang datang mengaku walinya untuk mewalikan dirinya. Akhirnyanya NorIza bernikah berwalikan hakim. Dia bernikah ketika umurnya baru mencecah 20 tahun. Ketika dia dalam pantang kerana melahirkan anak pertamanya,  emak angkatnya meninggal dunia. Tetapi dia sungguh bertuah kerana mempunyai ibu dan ayah mertua yang sangat menyayangi dirinya. Dari kebaikan emak mertuanya dahulu dijadikan pengajaran supaya dirinya juga menjadi emak mertua yang baik kepada menantu-menantunya.

Tiga biji kereta rombongan NorIza dan anak-anaknya kerumah Pak de. Ketika mereka sampai  mereka disambut ramah oleh Mak de yang kesaorangan ketika itu. Pak de mungkin belum pulang dari masjid lagi.

“Alahai kak ngah rupanya!!Ingatkan rombongan dari mana, berdebar juga Katy tadi. Uda tak balik lagi ni..entah pergi kemanalah melencongnya orang tua ni.” Sambut mak de ramah di muka pintu, sambil membebel juga bila suaminya lambat pulang.

Rumah pak de kelihatan sunyi sahaja. Mungkin anak-anak pak de dan mak de belum ada yang balik lagi. Pak de dan mak de mempunyai dua orang anak perempuan dan seorang anak lelaki. Nama-nama anak pak de canggih-canggih yang tua bernama Emil Atilia yang kedua Hezry Fardzil dan yang ketiga Amanda Sofea. Dulu sebelum Islam nama mak de Caterina Elian  itulah sebabnya dia mengelar dirinya Katy. Tetapi setelah dia memeluk ugama Islam nama bertukar kepada Siti Kadijah dan suaminya memanggilnya dengan nama Tijah.

“Lepas kekubur akak datang sini Katy, akak bercadang lepas pergi sini..nak ajak budak-budak ni beraya rumah jiran-jiran kita, dapat yang sebelah menyebelah rumah pun jadilah.Kalau tak macam tu kang, anak-anak tak tahu nak menjenguk jiran pula. Jadi sementara semuanya ada ni akak  ajak semuanya pergi. Tak cepat tak boleh juga ..cuti diorang ni bukannya banyak..masing-masing kerja kan.Kalau kerja sendiri tak apalah”.

“Ialah jiran kan macam sedara kita juga kan kak ngah.Merekalah yang tolong  jenguk-jengukkan  kita masa anak-anak tak ada,mereka lah yang tolong kita masa kita susah.”

“Betul tu..anak-anak emak dengar tu”.

“Alahh…mak de ni pandai cakap saja, dia tak ajar pun anak-anaknya menjenguk jiran nak jenguk sedara pun susah, ni nak jenguk jiran dalam mimpi agaknyalah. Rasanya hanya keluarga kita sahaja yang menjenguk mak de dan pak de, anak-anak pak de rasa susah juga mahu menjenguk keluarga kita kan De. Dah lama rasanya tak nampak diorang...”Bisik Imah ketelinga abang Hassannya yang bergelar Uda juga. Mereka berbisik-bisik dibelakang emaknya. Imah tersenyap bila dia disiku oleh emaknya yang mendengar omelannya. Sebenarnya Imah tidak berapa menyukai perangai emak saudaranya yang didepan mata. Padanya dia hanya pandai berkata sahaja.

“Biarlah Mah..kita jangan ikut perangai orang yang tak betul, nanti kita jadi tak betul juga macam orang tu.” Imah hanya mencebik mendengar kata-kata abangnya. Dia sudah tidak boleh bersuara lagi sikuan emaknya tadi adalah tanda amaran.

“Anak menantu akak semuanya balik tahun ni?” Mak de memandang satu persatu anak-anak NorIza. Dihatinya ada rasa cemburu bila melihat bekas birasnya dikelilingi oleh anak, menantu dan cucu-cucunya.

“Haah Katy..itu yang sampai tiga kereta ni”.

“Meriah betullah rumah akak. Muaz mana tak nampak pula, pagi tadi pun dia tak datang sini. Seha semalam pun datang sekejap sangat tak siap masak lagi Muaz dan datang ambil. Ingatkan adalah Seha datang pagi tadi..Katy punyalah tunggu nak minta tolong..rupanyadia tak datang..tak dijenguknya Katy ni lagi. Rumah bukannya jauh.”

Adu mak de tentang anaknya Seha. Sebenarnya Seha hanya anak angkat pada pasangan Pak De dan mak de. Dia anak saudara Siti Khadijah(anak adik kandung Katy). Dia  diambil dan dipelihara oleh pasangan itu dari umurnya tiga tahun lagi. Setelah kematinan kedua orang tuanya kerana kemalangan jalan raya dia diambil oleh Pak de.Tujuan utama Pak de memelihara Nur Saleha atau Seha adah untuk menyelamatkan akidah anak yang lahir dalam Islam. Keluarga Siti Khadijah orang  Sabah dia berketurunan Kadazan Dusun.Keluarganya beragama Kristian.Hanya dia dan adiknya (Ibu kandung Seha) yang berugama Islam kerana berkahwin dengan orang Islam. Pak de dan Mak de bertemu ketika mereka bertugas dipendalaman  Sabah.  Mereka berdua merupakan guru sekolah yang sudah berpencen.

“Muaz datang pagi tadi tu pun dari rumah dia. Jangka nak juga tidur rumah akak tapi dah tak ada tempat, kalau semuanya balik memang tak cukup tempatlah rumah akak Katy. Pagi lagi dia datang tapi datang sorang saja. Katanya anak-anak tidur lagi Seha pula uzur tak kemasjid, ni tadi masa kami kesini dia nak ambil anak-anak dia. Katanya nak datang terus  kesini”.

“Mak de ni lauk raya, Imah masak semuanya ni Mak de”.

“Haa eloklah tu kamu jual diri kamu tu Imah.Nanti kalau ada yang menyuruh kamu masak baru terlopong tak terkata.”Laju sahaja Noriza mengingati anak bungsunya, walaupun dia tahu anak bungsunya hanya bergurau.

“Alah mak ni, bukan mak de tak tahu Imah ni cakap kosong saja”. Sengaja Imah berkata begitu kerana mak de sering membangga-banggakan diri dengan kelebihan anak-anaknya. Selalu dia bercerita tentang anak-anaknya yang serba serbi pandai (pandai masak, pandai menjahit.Menjahit silang pangkah kelim tepi baju pun nak heboh, jahitan tu diajar semasa sekolah menengah dalam mata pelajaran ERT (Ekonomi Rumah Tangga) dia pun tahu). Tapi kalau bab nak minta tolong semuanya harapkan Seha kakak iparnya sahaja. Mak de juga sangat berbangga kerana anak bungsunya yang berusia setahun lebih tua  darinya yang berjodoh dengan orang yang keturunan.

“Haa tau takut”. Sampuk Syukri.

“Imah ni Katy bukannya nak menolong..dia  yang lebih dari anak-anak sedara dia main bunga api”.

“Biasalah tu, bukan selalu dapat main bunga api kan Imah”.

“Mak!Mak cakap macam tu didengar dek orang kang tak ada orang nak kahwin dengan Imah mak.” sampuk alang pula saja nak membakar hati Imah yang sudah mencebek kerana diberi gambaran buruk oleh emaknya.

“Tak apee..kalau tak kawin duduklah dengan emak.. makan tanggung makan sedap lagi.. apa susah”.jawap Imah mudah.

“Tapi si Sofia lain pula kalau dia balik dialah yang mengemas, menyetal mana yang berkulat…agaknya sebab itulah jodohnya cepat datang. Ialah orang akan tahu bila masa kita dah bersedia jadi dewasa.Ni haa dia tak dapat nak balik sebab mak mertuanya mengharapkan dia mengatur susun rumah dia, bersiap sedia nak buat rumah terbuka. Alah leceh betul jadi menantu orang kaya ni..muka kena cantik selalu otak kena bijak”.‘Dahh mula dah pantang ada peluang’ detik hati Imah.Bila mendengar  NorIza memburukkan perangai anaknya, mulalah mak de membuka cerita kelebihan anak-anaknya pula.

Amanda Sofia merupakan anak bungsu Mak de, sekarang menjadi kebanggaan  mak de kerana berkahwin dengan orang yang berketurunan Syed. Belum habis lagi diplomanya dia sudah berkahwin apabila datang orang berketurunan dan berharta meminangnya. Pada mulanya Pak de menentang  perkahwinan anak bungsunya tetapi jika tuan punya badan dan Mak de dah beria akhirnya dia merelakan sahaja. Amanda  Sofea berkahwin dengan abang kepada teman baiknya dikolej.

Bagi keluarga NorIza yang biasa dengan cerita-cerita Siti Khadijah hanya mendengar masuk telinga kiri keluar telinga kanan sahaja. Mereka tahu keadaan keluarga Mak de dan pak de. Bila anak-anak pulang berziarah hanya makde tunggang terbalik menyiapkan makanan didapur. Anak menantu dan cucu-cucunya akan mengadap televisyen atau berbual. Alasannya cuti balik kampunglah masanya untuk berehat sebetul-betulnya berehat. Akhir sekali mak de akan dihubungi Nur Saleha datang untuk membantunya. Sedang mak de rancak berbual…

“Haa dah sampai pun anak cucu pak de. Dah lama sampai kak”. Pak de yang baru sampai, terjengul di muka pintu selepas memberi salam.

Hati tuanya berbunga riang melihat tiga buah kereta yang terpakir dihalaman rumahnya. Dia tahu bekas kakak ipar dan anak-anaknya sudah sampai untuk menziarahi dirinya. Hendak mengharapkan anak-anaknya mungkin petang barulah mereka sampai, itupun jika nasibnya baik bila anak-anak teringat kan dirinya. Selalunya nasib tidak menyebelahi dirinya. Pada kebiasaanya  dihari raya kedua atau ketiga barulah mereka menjenguk muka.Sudah menjadi kebiasaanya begitu.Hanya anaknya yang tualah mungkin petang anak menjengah muka.

“Baru sekejap De, tak panas lagi ha tempat duduk”.

“Imah!!ada ke lemang pak de.”

“Jangan bimbang  ada pak de..empat batang lagi..Imah yang bakar semua tu”.

“Macam bunyi nak minta bayar saja ni”.

“Ehh tak payah lah bayar pak de, bagi duit raya jadilah. Imah saja tau yang dapat duit raya, yang lain tu tak payah mereka semua tu dah kahwin”.

“Habis anak-anak buah kamu ni..”

“Kalau pak de nak bagi bagilah sikit, budak kecik tak pandai pegang duit Pak de.Kalau Imah banyak sikitlah”.

“Pandai kamu ye”. Abang kakak nya hanya mencebek..Pak de pula terkekek mendengar Imah berceloteh.Sememangnya Imah agak manja dengan nya, Mungkin Imah mahu merasa kasih ayah darinya.

“Wahh Imah.. dia kalau pasal duit dia saja..jangan jadi mata duitan Mah duit tak bawa masuk kubur”.Nasihat Syukri…Imah hanya mencebek

“Ehh mana kueh rayanya  Tijah. Beli punyalah banyak tak dikeluarkan ke?..”.

“Tak sempat nak susun bang. Tunggu abang balik lah ni tolong Katy susun kueh dalam balang. Semalam Seha cepat sangat baliknya.Tak sempat nak suruh..Muaz dah ambil dia balik”.Sebenarnya  NorIza yang menyuruh Muaz mengambil isterinya. Dia tahu selagi Seha tidak balik selagi itulah Khadijah akan memerah tenaga Seha. Dialah yang akan mengerjakan semua kerja  rumah emak angkatnya. Sedangkan dirinya baru sahaja 3 bulan lepas melahirkan. Pada NorIzah tiga bulan masih perlu berhati-hati, dalaman dirinya belum begitu kuat lagi.

“Alah biarkanlah dia.. diakan dah ada rumah sendiri. Anak-anak awak sorang pun tak ada yang balik nak tolong awak. Tak kan tak cuti. Diaorang ni kerja juga tapi boleh balik awal sebelum hari raya. Ada yang dekat pun macam tu juga, macam tak tahu sahaja jalan balik rumah ni.” Memang benar anak sulung pak de tinggal dikawasan Pengkalan Hulu juga,  walaupun agak jauh sedikit dari rumah Muaz.

“Alah bang..tahun ni kan semua anak-anak kita tak balik. Tahun ni giliran diorang kat rumah mertua diorang”.Selindung mak de tentang tabiat anak-anaknya.  Terus sahaja dia memuji Seha untuk menutup mulut suaminya yang mungkin akan mengeluarkan cerita buruk tentang anak-anaknya.

“Alhamdullilah Seha semalam tolong Katy masak, kalau tak pagi raya ni pun tak ada lauk raya agaknya.”Akui mak de jujur.

“Eloklah tu Katy semalam rumah akak ramai  saja yang tolong masak. Nuri dengan Ira balik cepat, diaoranglah yang tolong masak. Misa sampai petang,  semua lauk dah siap masak. Imah! Pergi tolong mak de kamu susun kueh”.Arah NorIza kepada anak bungsunya. Tetapi anak menantu puan NorIza sememnagnya suka bekerja tolong menolong walaupun hanya nama Imah yang diseru. Namun Ira, Amisa dan Nuri bangun menuju kedapur,  mereka ramai-ramai menolong mak de menyusun dan menghidang juadah hari raya.