~Siapa Ikut Blog Ni~

Pages

Saturday, 5 October 2013

Bab 3 Siapa aku dihatimu



              

              Untuk mengubati hatinya yang kecewa..Syukri memohon memasuki Giatmara untuk memantapkan lagi ilmu memperbaiki kereta (TEKNOLOGI AUTOMOTIF). Di Sepang Selangor. Dia sememangnya berminat tentang injin. Walaupun ada tempat sebegitu dikawasan negeri Perak namun Syukri lebih memilih kenegeri Selangor sebab dia akan terus mengintai peluang untuk membuka bengkel di negeri itu. Negeri Selabgor merupakan negeri yang pesat membangun tentulah ramai orang mempunyai keenderaan. Dia berkira-kira tentulah bengkel akan lebih cepat maju nanti.

“Kenapa jauh sangat Syukri..kamu marah emak ke ?”.

“Tak mak ..Syukri tak pernah marah emak..hanya Syukri nak cari pengalaman dan nak cari hidup Syukri sendiri..kata orang kalau jauh berjalan banyak pengalaman”.

“Ialah Syukri..emak doakan kamu berjaya dan dimurah rezekikan oleh Allah. Ingat Syukri sekarang kamu dah besar dan nak cari kehidupan sendiri pegang kuat-kuat solat tu,  ingat solat jangan sekali ditinggalkan. Solat kita kerana  mencari redha Allah dengan solat kita dapat menghindari segala kejahatan. Dengan solat kita dimurahkan rezeki. Tapi sekali kita tinggalkan solat Allah akan menyiksa kita dengan siksa dunia. ”

                Setelah habis kususnya selama setahun enam bulan, Syukri bersama tiga orang rakan sepengajian membuka bengkel dikawasan kampung Melayu Subang. Dari bertiga hanya dia yamg mampu bertahan. Dua orang kawanya Berjaya mendapat pekerjaaan disebuah syarikat besar. Maisarah juga sudah mampu dilupakan. Namun hasrat hati yang mahu hidup berteman tidak pernah padam.

            Semangatnya mahu mencari teman hidup tambah berkobar bila suatu hari dia terserempak sahabat baiknya ketika dia belajar di Metrikulasi Selangor diBanting Selangor dulu, sedang membeli barang hantaran untuk pertunanganya. Dia ditemani seoarang anak saudara perempuanya, yang sungguh manis dan lemah lembut dimata Syukri.

            Akhirnya berjaya juga Syukri menyunting gadis yang agak sukar untuk didekati pada mulanya. Dia bahagia dengan perkahwinan itu. Setahun lebih Syukri melayari alam perkahwinanya, pada suatu hari dia dihubungi oleh seorang yang telah dilupakan. Maisarah..


          Dia sibuk dipejabatnya  ketika itu, sedang meneliti senarai alat ganti yang perlu dibeli. Telefonnya sudah berdering dua kali tetapi diabiarkan dan akhirnya berhenti dengan sendiri bila tidak diangkat, tetapi bila mendengar deringan kali ketiga terpaksa juga diambil, takut-takut ianya ada perkara penting.Walaupun dia sibuk sebenarnya tetapi terpaksa juga dia mengalihkan tumpuanya bagi menjawab panggilan kali ini. Bila talian disambungkan kedengara suara perempuan menyapa dihujung talian.

“Assalamualaikum..”. Terkejut Syukri  bukan suara Nuri, huluran salam yang sepintas, tidak dapat dia mahu meneka siapa yang menghubunginya. Hatinya jadi berdebar.

“Hello siapa ni??..”.

“Assalamualaikum tak kan abang tak kenal dengan suara Sarah lagi”. Bila suara itu berkata agak panjang barulah Syukri boleh mengenali suara si pemanggil. Syukri jadi terkedu, suara itu memang selalu didenagri  dulu. Ia suara itu suara Maisarah telinga dan perasaanya mengesahkan.

“Walaikumsalam Maisarah kan, sekarang kat mana?..lama tak dengar khabar.”

“Abang yang tak call Sarah..Sarah ada aja”. “ABANG” sememangnya panggilan untuknya dari mereka disekolah menengah lagi, maklumlah ketika itukan mereka diistiharkan sebagai adik dan abang angkat.

“Abang tak nak memberi harapan pada diri abang sendiri, bila keluarga Sarah tolak abang dulu”.

“Memang benar emak Sarah tolak abang tapi Sarah tidak..”

“Tapi sekarang dah tak guna lagi Sarah, sebenarnya abang dah kahwin, dah setahun lebih abang kahwin Sarah.  Jadi Sarah carilah penganti abang, kita memang tak ada jodoh”. Syukri berterus terang tentang status dirinya. Dia tidak mahu Maisarah terus menaruh harapan kepadanya sedangkan dia sudah bahagia hidup bersama Nuri.

“InsyaAllah bang Sarah akan cari penganti diri abang”. Bagi Sarah walau pun hatinya pedih mendengar apa yang di ucapkan oleh Syukri tapi dia redha jodoh tidak menyebelahi. Sarah juga tidak menyalahkan Syukri sebab sememangnya bukan salah Syukri. Mereka berpisah kerana kesombongan ibunya.

“Yang sebetulnya Sarah kat mana ni, masih diSingapura ke?”.

“Tak Sarah dah berhenti kerja, dah jadi penganggur sekarang ni, Sarah jaga emak Sarah, dia sakit sekarang ni, kena serangan angin Ahmar. Sarah kat kampong dah enam bulan dah”.

“Oh!! Sarah dah berhenti kerja”.

“Terpaksa bang, emak Sarah sakit tak ada orang nak jaga, jadi Sarah yang tak kahwin lagi ni kenalah berkorban, berhenti kerja jaga emak”.

“Tentu emak sarah suka sangat ada juga anak yang baik tolong jaga dia masa dia sakit”. Sejak hari itu mereka sering berhubungan. Pada Sarah, Syukri tempat dia melepaskan rasa bosan dan meluahkan perasaan tertekan. Bagi Syukri pula sekadar melayan kenalan lama.

Semenjak duduk dikampung menjaga ibunya Sarah menjadi bingung. Tiada apa aktiviti yang boleh menghibur dirinya. Jalan terakhir dia menghubungi Syukri untuk meluahkan rasa hati yang tertekan dengan keadaan ibunya, keadaan abang dan kakaknya yang bagai tidak pedulikan emaknya yang terlantar sakit, malah segala tanggungjawab emaknya diserahkan seratus peratus kebahunya.

Hari kehari mereka berhubung melalui telefon kini bagai sudah satu kebiasaan pula. Syukri sudah ada rasa, dia ingin mendengar masaalah Sarah hari kehari. Hinggalah saat kematian emak Sarah, Sarah juga meminta bantuan Syukri bagai mana mahu menolong emaknya yang sedang sakaratulmaut. Ketika itu hanya dia berdua sahaja dengan emaknya. Tukang masaknya telah pulang kerana kerja-kerja memasak sudah selesai. Bila dihubungi abangnya yang  tua yang berkedudukan paling hampir, panggilanya tidak berjawab.

              Sebenarnya abangnya mendengar panggilan itu tetapi bila nama Sarah yang tertera discreen telefonya malas pula dia mahu menjawab panggilan itu. Hatinya yang linang libau tiada tempat untuk bertanya. Akhirnya  dengan tagis pilunya dia menghubungi Syukri yang nun jauh di Kampung Subang Selangor.

“Sarah bertenang, bisikkan kalimah syahadah kat telinga emak Sarah. Jangan menangis nanti emak Sarah tak dapat memahami apa yang Sarah ucapkan.. bertenang. Dah pergilah tolong emak Sarah sementara sempat.”

“Baiklah..” Sarah menuruti apa yang telah diajar oleh Syukri sebentar tadi.

               Sudah seminggu emaknya pergi menemui Illahi. Satu-satu kakak Sarah yaitu Hadizah sudah berpindah masuk kerumah pusaka sementelah rumah itu di wasiatkan kepada mereka berdua. Kebetulan pula kakaknya menyewa dipekan berhampiran kampong mereka.  Untuk tidak membazir duit sewa rumah, kakaknya sekeluarga berpindah masuk keruamh tinggalan orang tua mereka. Tidak disangka setelah mereka tinggal bersama, abang iparnya berusha mencari peluang mahu merasai kemanisan gadisnya.

           Kini Sarah datang keKuala Lumpur untuk mencari kehidupanya sendiri. Tiada siapa yang dapat membantu. Hanya  bantuan Syukri yang dia nampak sekarang. Sememangnya Syukri sudi membantunya. Syukri menawarkan Sarah bekerja sebagai kerani dan pembantu peribadi Syukri dibengkelnya. Bagi Sarah yang kesusahan tawaran itu diterima dengan senang hati.

Setelah Maisarah berkerja dibengkelnya dia selalu menceritakan masaalah keluarganya kepada Syukri. Perihal abang dan kakak yang menganiaya dirinya.  Dia tiada tempat berlindung. Akirnya simpati Syukri menjadi sayang. Sayang yang sudah lama berkubur tumbuh kembali dan begitu cepat menjadi rendang hingga sukar untuk dicantasnya. Semtelah gadis itu pernah menghuni  hatinya dulu.

             Sarah merasa sangat terhutang budi kepada Syukri. Sifat manjanya kepada Syukri sukar untuk dibendung.  Lelaki itulah yang memberi kemanjaan dan memberi perlindunganya ketika dizaman mereka berajar dulu.   Dia selalu mengekori Syukri. Dia akan begitu setia menemani Syukri sambil berbual bila Syukri membaiki keenderaan. Makan dan minum usah diceritalah, dari makan pagi hingga makan tengahhari bersambung makan malam jika Nuri berkeja giliran malam. Lama kelaman perkara itu sudah menjadi kebiasaan pada Syukri.  Naluri lelakinya mula menginginkan Sarah selalu berada didepan mata. Para pekejanya pula sudah mula memandang serong mereka berdua ditambah dengan panggilan abang, menambah lagi pandagan kurang elok dimata siapa yang melihat mereka berdua. Untuk tidak mejatuhkan maruah Sarah,  Syukri mengambil keputusan untuk bernikah sahaja dengan Sarah.

          Berkali-kali Syukri memikirkan baik dan buruknya jika dia bernikah dengan Maisarah. Tapi ialah kalau hati dah suka tentulah baik yang terpandang. Syukri juga melihat keadaan isteri yang sedia ada dan melihat kekurangan isteri yang belum dapat melahirkan zuriat kepadanya. Melihat keperibadian isterinya yang lemah lembut dan mudah memaafkan Syukri nekad untuk mengambil Maisarah sebagai isteri. Dalam hatinya yakin lama kelamaan Nuri akan menerima pernikahanya dengan Maisarah. Dia juga yakin dapat memberi perlindungan dan kebahagian pada dua wanita dalam satu masa.

            Nuri abang sebenarnya dah nikah sekali lagi…..

          Itulah ucapan suaminya, setelah mereka selesai  memadu kasih. Rindu yang menggunung  setelah tiga hari dia tidak berjumpa suaminya kerana tututan tugas tidak juga terlerai. Dia memeluk suminya, kepalanya dilengan pejal suaminya. Itulah kebiasaanya, itulah bantal tidur.  Hatinya begitu rindu walaupun baru tiga hari mereka tidak berjumpa. Setiap kali dia pulang dari bekerja malam itulah kebiasaanya Dia akan memeluk suaminya sepanjag malam itu agar rindunya menjauh dari mendakap hatinya. Tetapi bila ayat itu yang keluar dari dua ulas bibir suaminya, bibir yang mengucup dirinya bertubi-tubi tadi.. dia jadi nanar. Bingkas dia bangun memandang suaminya yang masih telentang memandag dirinya yang tiba-tiba bangun.  Kasih yang meluap-luap  terbang melayang. Kini hatinya terasa kosong. Dia hanya terkelip-kelip mencerana apa yang didengari sebentar tadi. Nuri berkerja mengikut giliran atau syift. Jika kena pada giliran malamya dia akan hanya dapat berjumpa suaminya pada malam hari ketiga sahaja.

“abang minta maaf sebab tak bagi tahu dulu, tapi abang masih sayang Nuri macam dulu, kasih sayang abang pada Nuri tak akan berubah ..percayalah.” Kata-kata itu menluncur keluar dari bibir suaminya. Seakan  berjanji.

          Kini mendengar perkataan sayang dan janji manis suami untuknya sudah tidak bermakna lagi. Apa yang didengari seakan sembilu menghiris hati. Kini dia sudah dapat memahami apa yang diperkatakan oleh suaminya sebentar tadi. Sedikit-sedikit air mata yang ditubir mata mengalir asal mulanya lesu tapi makin lama makin lebat. Tiada suara yang terlontar dari dua ulas bibirnya yang bergetar.  Dia sungguh tidak menyangka pernyataan itu yang akan keluar dari bibir suaminya.
Hati masih tertanya-tanya apakah benar apa yang dengari. Untuk meminta suaminya mengulangi kenyataan terasa dia tidak berani untuk mendengarnya sekali lagi.


“Cakaplah sesuatu sayang, marahlah abang, abang bersalah..maafkan abang.” Suaminya menariknya dirinya dalam pelukkan dan memeluknya dengan kemas.. Namun Nuri membatu. Pelukkan itu bagai tidak memberi  bermakna  pada dirinya dan pelukkan itu tidak lagi menimbulkan rasa ghairah. Kehangatanya juga  terasa sudah tidak dirasai, yang dirasa kini seakan duri yang mencucuk kulitnya yang halus dan mulus.


            Syukri  tahu dia bersalah pada isterinya, kerana membelah kasihsayag nya selama ini.  Dia lebih rela dimarahi. Diam isterinya sangat berbahaya…kata orang diam biasanya makan dalam. Nuri melonggarkan pelukkan suaminya lalu menarik bantal. Dia baring mengadap suaminya yang masih duduk mengadap dirinya juga. Memandangkan perlakuan isterinya Syukri turut merebahkan dirinya. Keduanya mendiamkan diri . Tiada lagi rengekkan manja dan gurau senda dari isterinya seperti kebiasaan.  Keadaan membeku.


          Dalam samar suasa bilik tidur mereka, Syukri dapat melihat bahu isterinya terhenyut-henyut menahan tangis. Ditarik isterinya dalam pelukkan. Entah terlena entah tidak isterinya malam itu. Tapi bangun tidur pagi tadi dia melihat mata isterinya sembab. Dia tahu isterinya terluka dengan perbuatanya.


           Sudah hampir sebulan Syukri menjalani hidup mengemudi dua bahtera. Pulang kerumah isteri muda Maisarah namanya, dia disambut dengan seyuman ceria berkicau mulutnya bercerita itu ini. Tapi bila dirumah isteri tua Nurizana wajah pilu meruntun jiwa yang  terpamir. Bibirnya pula rapat terkunci  bagai ada intan permata yang dikulum didalam mulutnya. Hanya sepatah dua kata sahaja yang keluar dari bibirnya,  itu pun bila dia ditanya. Bak kata orang dia membuka mulutnya hanya pada yang perlu sahaja. Dulu dia tidak begitu wataknya manja celotehnya juga boleh tahan. Sejak dia memberi madu kepadanya wataknya jauh berbeza.  Ada juga rasa bersalah dibenak Syukri menyebabkan Nuri dirundung duka.


           Nurizana bekerja disebuah jabatan kerajaan, waktu kerjanya pula mengikut giliran. Setelah kasihnya disaingi dia lebih suka bekerja waktu malam sahaja. Syukri menyedari keadaan itu dan dia maklum mungkin dia mahu menghindari dirinya. Dia merajuk, yukri  akan bersabar. Dia akan cuba memujuknya perlahan-lahan. Itu azamnya dalam diam.


           Awal tengahari itu Syukri menerima satu SMS dari isteri pertamanya Nuri. Jika pada kebiasaan isterinya setelah bekerja malam dia kan diberi cuti dua hari.

‘saya nak balik kampong tiga hari…’

‘bila? Abang temankan’

‘Petang ni.. tak perlu saya nak sendirian..saya nak cari ketengan saya..’

‘Angkat call abang..’  tidak lama lepas tu dering handfon Nurizana kedengaran memenuhi ruang tamu rumahnya. Sebenarnya dia baru pulang kerja giliran malam.


          Sejak Syukri menyatakan dia sudah bernikah sekali lagi mereka tidak pernah lagi membincangkan perkara itu.  Nurizana membisu seribu bahasa. Dia tidak pernah ingin bertanya dengan siapa dia bernikah sekali lagi dan bila mereka bernikah. Waktu mereka bersama juga sangat terhad kerana dia sering bekerja diwaktu malam.

“Assalamualaikum” Syukri berdahuluan memberi salam.. lembut sahaja suaranya dihujung talian. Itu nada memujuk Syukri mengharapkan suara lunaknya akan mengubati sedikit luka dihati isteri pertamanya.

“Walaimukum salam..” lemah sahaja suara Nuri dihujung talian. Dia sebenarnya dia tidak suka mendengar suara suaminya. Hatinya menjadi sedeh. Hatinya terhiris bila mengenangkan suaminya ada lain kasih dihatinya. Hatinya menjadi pilu bila mengengakan suara lembut memujuk suaminya juga dikongsi dengan wanita lain. Akan timbul pertanyaan dihatinya siapakah dia dihati suaminya sekarang ini.

“Nuri..abang rasa sekarang ni Nuri macam nak menjauhkan diri dari abang saja. Kalau dulu hanya tiga empat kali saja Nuri kerja shift malam. Sekarang  ni,  abang tenguk hari-hari Nuri syit malam. Kenapa Nuri..” Nuri dihujung talian hanya mendiamkan diri  namun dihatinya sibuk menjawap kata-kata suaminya.

‘Sebab abang dah ada orang lain..kalau saya tak ada pun abnag tetap akan bahagia. Kecapilah bahagia abang..abang tak perlukan saya lagi’..itulah bisik hatinya. Beriring dengan air mata yang mengalir dipipi. Sekarang ini air matanya seirng sahaja menjadi temanya. Bila dia bersendirian dan bila dirinya merasa kesaorangan.

“Nuri abang nak Tanya ni ..Nuri nak balik kampung ni sebab  Nuri nak lari dari abang ke?..” tiada juga  jawapan yang keluar dari mulut isterinya yang kedengaran hanya helaan  nafas halus dihujung talian, Syukri jadi buntu dengan kebisuan isteri pertamanya.

“…jawablah sayang rindu sangat abang dengan suara Nuri rasanya  dah lama sangat abang tak dengar suara sayang..”.

 Semenjak suaminya memberitahu yang dia sudah menikah sekali lagi Nuri bagai kehilangan kata-kata bila berhadapan dengan suaminya. Dia hanya berSMS jika menghubungi suaminya. Kalau boleh dia juga mahu berSMS sahaja jika suaminya memenuhi giliranya. Entahlah bagaikan ada batu besar yang menyekat suranya. Rasanya dia sudah kehilangan  banyak ‘perbendaharaan kata’ jika berhadapan dengan suaminya sekarang ini.

“Nuri janganlan macam ni, sayang abang pada Nuri tak berubah, abang sayang Nuri macam dulu juga”. Makin sedeh hatinya mendengar kata-kata sayang yang keluar dari bibir suaminya.

“Ye!! saya tahu abang sayang saya, itulah sebabnya abang beri saya madu sampai saya tak tertelan sebab rasa manisnya..manis sangat rasa nya bang. Sejak abang cakap abang dah nikah satu lagi, teringin saya nak tahu apa salah saya sampai abang mencari kasih lain, apa kurangnya saya ni, tak sempurnakah saya dimata abang, tidak cukupkah layanan saya pada abang, atau sebab saya belum lagi dapat melahirkan zuriat abang, tapi kita kan sedang  mencuba. Saya sedang berusha bang, segala ubat saya telan, segala petua sedang saya amalkan. Saya sedang berusha bang saya sedang berusha. Kenapa dengan kekurangan saya yang baru saya nak memperbaiki ni abang hukum saya macam ni, kenapa???” terjerit sura isterinya dihujung talian bersama esakkan pilu.

Pertukaran ganti namanya juga sudah berubah tidak lagi, Nuri nama manjanya bila dia berbicara dengan suaminya tetapi SAYA. Tidak pernah tergambar oleh Syukri begitu hebat luka hati isterinya dengan tindakanya. Sudah sebulan peristiwa nikahnya baru sekarang ini isterinya pertamanya mampu melontarkan soalan itu.

             
        

Thursday, 3 October 2013

Bab 2 Siapa aku dihatimu





       Tiba-tiba Maisarah teringatkan Syukri di Kuala Lumpur. Sarah sangat mengharapkan Syukri dapat membantunya. Lagipun jika diKuala Lumpur peluang pekerjaan lebih mudah didapati. Dia mengambil bas keKuala Lumpu tengahahri itu. Syukri dan Maisarah merupakan kenalan lama. Malah mereka pernah berkasihan sewaktu mereka sama-sama menuntut di sebuah kolej di utara tanah air dulu. Tetapi kasih mereka tidak kesampaian kerana halangan dari emak Maisarah sendiri. Tapi Maisarah memang tiada pilihan hanya Syukri tempat dia bergantung harap sekarang ini.

           Selepas Syukri tamat  pengajian dan mendapat diploma pengurusan perniagaan dia pulang kekampung halamanya diPengkalan Hulu Grid Perak. Untuk tidak membuang masa, sebelum dia mendapat pekerjaan ditempat lain dengan kelulusanya, Syukri bekerja dibengkel abangnya.Pendapatan agak banyak juga kerana bengkel abangnya memang menjadi tumpuan kerana perhidmatan yang beri sangat memuaskan hati pelanggan. Tidak disangka bila sudah ada pekerjaan dan ada duit sendiri, perasaan ingin memiliki Maisarah begitu membuak-buak.  Dia amat yakin rezekinya akan datang mencurah bila Maisarah ada sebagai penguat semangat. Dengan  adanya Maisarah nanti tentu dia kan mencari rezeki bersungguh-sungguh. Maka hasrat itu disampaikan kepada emaknya.

“Mak! Syukri rasa Syukri nak kahwinlah mak”.

“Ehh kamu ni Syukri kerja pun belum dapat lagi dah nak kahwin, macam mana kamu nak bagi makan anak orang nanti”.

“Alah mak, Syukri yakin tak lama lagi Syukri dapatlah kerja, Syukri dah banya isi borong permohonan.  Dalam Internet pun  dah memohon. Mak jangan bimbang tentang kerja Syukri”.

“Orang mana yang kamu nak ni”.

“Gemencih Negeri Sembilan”

“Ehh jauhnya macam mana kamu kenal dia?”.

“Dulukan ayah bertugas kat sana..masa tingkatan lima dia ditingkatan empat masa tulah kami berkenalan. Lepas tu dia belajar sama dengan Syukri kat kolej..Syukri memang betul-betul suka kat dial ah mak..kalau lambat nanti dia kena sambar kat orang. Syukri kalau dengan orang lain..rasa tak ada hatilah lah mak”.

“Kamu dah ada duit ke Syukri..mak memang tak ada duit. Ada duit sikit nak simpan kalau adik kamu yang dua ornag lagi tu nak pakai nanti untuk sekolah diaorang. Duit pencen arwah ayah kamu untuk kita makan pun cukup-cukup saja.  Lagi pun Syukri kalau kita nak kahwin jangan pakai duit yang kita hutang atau pinjam bank. Perkahwianan kita tak berkat nanti.” Panjag lebar  puan Noriza berceramah untuk anaknya uang sudah mahu mencari teman hidup.

“Syukri ada duit simpan, duit biasiswa Syukri dulu Syukri jimat-jimat campur duit gaji yang abang bagi adalah Lima ribu. Rasanya cukuplah untuk Syukri nak bertunang dulu, Syukri hanya nak ada ikatan saja dengan Sarah supaya dia yakin Syukri betul-betul nak dia mak. Nak kahwin nanti Syukri kumpul lain lah.”

Hendak tak hendak Puan Noriza terpaksa juga menuruti kemahuan anaknya yang bersungguh. Dihatinya takut juga kalau sigadis yang diingini oleh Syukri disambar orang,  menyebabkan Syukri  tawar hati untuk mencari pasangan sepanjang hidupnya kerana kecewa. Walaupun ketika itu pegangan hidup anaknya hanya mampu untuk menampung dirinya sendiri. Kerana kasih ibu Puan Noriza mengikuti kehendak anak keduanya. Dari Pengkalan Hulu Grid Perak dia keGemecih merisik Maisarah itulah nama gadis yang diigini oelh Syukri.

Mengharapkan mereka akan sampai awal, selepas subuh mereka bertolak dengan menaiki pacuan empat roda anak sulongnya. Perjalanan dijangka memakan masa selama tujuh hingga lapan jam dengan kelajuan sederhana. Syukri dan abang berganti memandu. Mereka membawa bersama pakcik dan isteri pakcinya sebelah arwah ayahnya.    

“Sahak Nab elok kita rehat kat sini sekejap, akak rasa nak terus kerumah siSarah tu. Cepat kita selesai urusan Syukri cepatlah kita balik”.

“Ialah kak saya setuju kalau lama nanti kita nak tidur kat mana pula. Kalau nak sewa hotel Syukri nak keluar  duit lagi. Baik duit digunakan untuk mereka nak bertunang. Ingat Syukri bertunang pun banyak nak guna duit. Tak kan kita-kita saja yang nak hantar kamu tu sekurang-kurang tiga kereta nanti. Cari duit nak beli barang hantaran dan duit minyak kereta yang nak hantar kamu nanti.” Puan Noriza sangat bersyukur dengan adik ipar yang sangat memahami keadaan dirinya.

“Baiklah Pak De,Syukri akan ushakan bersungguh-sungguh”. Penuh semagat Syukri menyatan kesungguhanya. Pak De membawa maksud Pak Uda.


Ketika mereka sampai disebuah kawasan  rehat yang berhampiran Negeri Sembilan jam pukul dua petang, mereka berpakat untuk berhenti merehatkan badan dan bersolat. Setelah bersolat Jammak Zohor dan Asar mereka berihat hamper sejam. Sempat juga  merebahkan diri  dan melelapkan mata sepicing untuk menghilangkan penat. Kemudian mereka menyambung perjalan hingga keGemencih. Mereka sepakat untuk terus sahaja kerumah yang dituju demi untuk menjimatkan kos, memandangkan Syukri tidak mempunyai peruntukkan yang cukup.

         Petang mereka sampai dihalaman rumah yang dituju. Keadaan sunyi sahaja, walaupun kedatangan mereka telah diberitahu seminggu sebelum mereka datang.

“Syukri betul ke ini rumahnya, macam tak ada apa-apa pun. Tak ada orang kah?”.

“Betul mak Syukri pernah datang rumah Sarah dulu sebelum kita pindah kekampung kita”.

Syukri melaung memberi salam. Salamnya disambut oleh suara seorang perempuan, terjengul wajah Sarah dimuka pintu. Mereka dipersilakan masuk namun kedatangan mereka disambut dengan suasan yang sungguh dingin. Nampak benar kedatangan mereka tidak dialu-alukan. Hanya Puan Salmiah ibu kepada Sarah yang ada. Dari raut muka Puan Salmiah dan hidangan yang dihidangkan yaitu air kopi dan biskut kering untuk tetamu dari Pengkalan Hulu, mereka sudah boleh tahu jawapanya. Tetapi untuk memastikan dan memuaskan hati, mereka cuba juga menyampaikan hasrat hati Syukri.

“Kami datang dari jauh ni membawa hajat yang besar anak teruna kedua kami, boleh kita bincangkabn sekarang”.  Pakcik Syukri memulakan bicara  apa yang mereka hajatkan. Ketika itu Syukri sudah disuruh keluar dan duduk dikereta sepanjang perbincangan itu berjalan.

“Rasanya saya dah tahu apa yang awak semua hajatkan. Sarah dah bagitahu minggu lepas lagi. Ingatkan tak jadi datang. Sarah tak bagi tahu Syukri ke tentang jawapan saya?”.

“Tak pula..”

“Kalau macam tu untuk tidak membuag masa, saya jelaskan. Saya memang tak setuju Sarah kahwin. Sebab pertama dia baru nak masuk 23 tahun muda sangat lagi, dia nak sambug belajar kalau boleh sampai peringkat master. Lagipun Sarah bagitahu Syukri belum ada lagi kerja tetap, jadi macam mana Syukri  nak tanggung Sarah nanti. Saya tak mahu anak saya hidup susah kalau bersuamikan Syukri”. Ketika itu Sarah meluru kearah ibunya.

“Mak janganlah cakap macam tu, Sarah memang sanggup hidup dengan Syukri dalam apa keadaan sekali pun”. Sarah memegang bahu ibunya dengan pandangan sayu.

Dia malu ibunya berbahasa kasar dihadapan emak Syukri yang datang dari jauh. Tapi memang itu sikap emak Sarah Puan Salmiah. Dia merupakan anak tunggal. Kata-katanya kasar dan tidak pernah memperdulikan perasaan orang lain. Itulah sebabnya dia tidak disukai oleh keluarga sebelah arwah suaminya. Dia terpaksa berpindah dari Mantin  keGemencih setelah enam bulan suaminya meninggal dunia kerana ipar duai dan emak mertuanya tidak menyukai dirinya.

“Sarah kamu tu tak tahu apa-apa lagi tentang hidup ni. Kalau sekadar rasa cinta saja tak kemana nanti. Takut-takut kalau Syukri  susah nanti dia suruh kamu jual badan pulak untuk makan kamu berdua..kamu nak ke  jadi macam tu, dikudakan oleh suami, dia pula akan senang lenang makan hasil kamu. Hee mak tak sanggup nak fikir.”

“Puan Salmiah kami tak akan menganiaya menantu sendiri, kami tak akan membiar perkara terkutuk itu terjadi. Anak kami dah diajar macam mana nak bertanggung jawap”.

“Masa belum terjadi saya kena  beringat. Terus terang saya katakan sampai bila-bila pun saya tak izinkan anak saya kahwin dengan Syukri dan sampai bila-bila pun saya tak rela anak saya mengndungkan cucu awak. Takut nanti keturunan awak akan menghabiskan harta saya yang tak seberapa ni”.

“Kalau macam ni gayanya sampai disini sajalah perbincangan kita. Kita pun dah nampak jawapan yang puan bagi jadi kami minta diri dululah ye” Cepat sahaja pakcik Syukri menutup perbincangan yang sangat menyakitkan hati. Puan Noriza sudah terketar bibirnya kerana terlalu geram mendengar jawapan emak Sarah sebentar tadi. Sarah diambang pintu bilik hanya memandang sedeh tetamu dari Pengkalan Hulu beransur pergi.

           Sebenarnya mereka tidak menyangka Syukri akan ditolak mentah-mentah dengan kata-kata yang sangat menyakitkan hati . Walaupun alasan Syukri belum ada pekerjaan tetap tapi jangalah sampai mengatakan dia menyuruh isterinya menjual diri untuk mereka makan berdua.  Entahlah mungkin melihat orang yang datang begitu tidak berkemampuan dimata puan Salmiah maka bahasa yang keluar tidak dapat ditrerima oleh orang mempunyai maruah seperti puan Noriza. Hatinya terhiris pilu. Dia kembali dengan perasaan hampa dan sangat terluka. Masuk sahaja Puan Noriz kedalam kereta dia menghamburkan air matanya tampa dapat ditahan lagi.

“Syukri!! Sarah tak cakap dengan kamu ke yang emaknya memang tak nak terima kamu. Kalau macam ni jadinya baik kita tak payah dating, dahlah duit kamu habis kat jalan dia menghina kita lagi. Buat penat badan dan buang duit saja datang tak berfaedah macam ni. Lain kali bincang betul-betul kalau dah memang jawapan emak  setuju, baru suruh emak kamu datang. Jadi kita tak lah hampa dan terhina macam ni.” Soal pakciknya didalam kereta. Syukri hanya tercengang-cengang dia tidak tahu hujung dan pangkal perbicaraan mereka tadi. Tapi Nampak gaya emaknya dia sudah dapat menjangkakan.

 “Syukri kalau kamu dah hidup senang dan dah ada pendapatan berjuta-juta sekali pun, emak  tidak akan sekali-kali pergi meminag Maisarah sekali lagi  Syukri. Jadi lupakanlah Maisarah, cari lah gadis lain yang lebih sesuai untuk kamu Syukri, yang setaraf dengan kita. Emak Sarah tak suka dan tak merelakan kamu kahwin dengan anaknya sampai bila-bila pun”. Syukri hanya memandang emaknya yang sudah berjejeran air matanya ketika dia menuturkan ayat itu. Dia tahu hati emaknya sangat terluka dengan kata-kata emak Maisarah.

           Bila melihat keadaan dan mendengar kata-kata emaknya, Syukri akur dia akan melupakan Maisarah. Dia akan mencari gadis lain untuk mengisi kekosongan hatinya. Sejak itu dia sudah cuba melupakan Maisarah. Pada Syukri dia lebih pentingkan emaknya dari kekasih. Biarlah kekasih hilang satu boleh dicari ganti, kalau emak ..bagaimankah dia mahu mencari ganti emak.




Tuesday, 1 October 2013

Bab 1 Siapa aku dihatimu


          
 Maaf lama tak ada cerita kat blog mak teh...cerita ni pun entah apa-apa..saja nak meluahkan apa yang ada kat hati. Harap dapat memberi sedikit kelegaan untuk mak teh. Tapi cerita ni sedikit pun tak menyangkuti hidup mak teh seharian..hanya mengambil cerita orang keliling sahaja.




           Mengigil-gigil tangan Maisarah mencari nombor kakak kandungnya. Pintu biliknya sedang cuba dibuka dari luar oleh seseorang. Setelah nombor itu disambungkan tampa mukadimah tampa salam cepat sahaja dia menyampaikan permintaanya.

“Kak Ijah!! cepat balik tolong kak…tolong cepat abang Kamal tengah cuba buka pintu bilik Sarah. Tolong kak cepat kaaak.”Jerit  Sarah ketakutan. Ketika itu kakaknya ditempat kerjanya. Sudah lama Sarah menyedari pandangan berahi yang selalu dilemparkan oleh abang iparnya kepadanya. Pernah sekali dulu ketika dia ditingkatan lima abang iparnya meramas punggugnya ketika itu abang ipar baru sahaja setahun berkahwin kakaknya. Kakaknya pula sedang sarat mengandung anak sulung. Bila hal itu diadu kepada kakaknya, dirinya pula memarahi kononnya dia yang memfitnah abang iparnya sendiri. Dia juga mendapat gelaran GATAL.

“Hai tadikan abang Kamal pergi kerja dengan akak, tak kan dia balik pulak, dia balik dengan apa..kau jangan nak main-main”.

“Dia balik naik motor kak..cepatlah kak tolong Sarah..” Pintu bilik yang dihalang dengan almari solek dan badanya sendiri sudah berganjak sedikit, cepat- cepat Sarah memasang kuda-kuda kakinya. Sarah menahannya dengan segala kekuatan. Telefon Sarah sudah jatuh dihujung kaki…dihujung talian Hadizah mendengar jeritan suaminya. 

“Sarah buka pintu ni, jangan kau nak melawan aku, kau ingat kau boleh lawan kekuatan aku ni, sebelum aku terajang pintu ni  dan kau aku kerjakan dengan ganas baik buka pintu ni.” Mendengar kata-kata suaminya dihujung talian tampa berlingah Hadizah mencapai kunci keretanya. Tampa sempat memberitahu sesiapa dia akan pulang kerumah.  Hatinya mengelegak mengenangkan tingkahlaku suaminya yang ingin merosakkan adiknya.

 Bila pintu  makin mengecil bukaannya akibat ditolak dari dalam oleh Sarah. Kamal mula menggunakan bahasa lembut memujuk Sarah.

 “Saraah kalau Sarah buka pintu ni dengan elok abang  akan belai Sarah dengan penuh kelembutan. Dan Sarah akan merasai nikmatnya belaian kasih  abang. Buka pintu ni cepat sayang”.Makin menggigil Sarah mendengar rayuan abang iparnya. Kini sudah jelas niat hati abang iparnya.

“ Sarah kan adik ipar abang.Kenapa buat Sarah macam. Abang tak kesian  pada kak Ijah ke.” Terdengar suaranya yang mengeletar ketakutan..disulami dengan esak yang tertahan.

“Dari dulu lagi abang cinta kan Sarah, bukan Hadizah sayang…bukalah  pintu ni sayaaang”. Kamal menggunakan bahasa yang paling lembut bagi memujuk gadis didalam bilik yang dihajatinya.

“Tidak!! Sarah tak akan buka pintu…” jerit Sarah dari dalam.Tegas suaranya dia benci mendengar rayuan abang ipar yang berhati syaitan.  Doanya tidak putus agar kakaknya cepat pulang. Dia sangat memerlukan pertolongan.

“Jaga kau”. Bisik Kamal pada dirinya sendiri.  

           Mendengar jawapan Sarah,  hati Kamal makin panas. Nafsunya sudah membuak-buak, hatinya sudah tidak sabar peluang yang dicari tidak akan terlepas begitu saja itulah detik hati Kamal. Dia mengundur kebelakang sedikit lalu diterajangnya pintu dengan kekuatan jantanya.   Almari solek teralih pintu bilik terbuka seluas badan dan Sarah terjerumus lalu tersembam diatas lantai. Bila hati sudah dirusuki syaitan tidak terasa sengal atau sakit pada bahunya akibat terjahan tadi malah makin berkobar melihat mangsanya sudah tergolek.  Dengan pantas Kamal menerkam kearah Sarah. Dia mengomol Sarah dengan rakus. Jeritan Sarah tidak dihiraukan. Malah mulut Sarah ditutpi dengan bibirnya agar jeritan itu berhenti. Serakus bibirnya mengucupi bibir Sarah begitu juga, liar tanganya cuba membuka pakaian Sarah. Hadizah sampai tepat pada waktunya. Dia menjerit melihat perbuatan suaminya keatas adiknya yang sedang meronta untuk melepaskan diri.

“Abang !!!abang buat apa kat Sarah.” mendengar jeritan isterinya dimuka pintu, Kamal bingkas bangun untuk  menutup dan menguci pintu. Hasrat dihatinya mesti dilunaskan. Hatinya jadi bergelora bila melihat kelibat Sarah. Kehendak hatinya yang menginginkan tubuh Sarah sudah lama benar terpendam. Setiap kali dia mendapat peluang ada sahaja halanganya. Kini dia tidak boleh bersabar lagi biar pun isteinya ada didepaan mata. Dia nekad sekarang ini mengikuti hasutan syitan yang bergema dihatinya. Teruskan ..teruskan kalau tidak bila lagi. Itulah detik hatinya.

            Keadaan tolak menolak didaun pintu kerana daun pintu dihalang oleh tangan isterinya. Namun sekuat mana tenaga wanita. Ternyata kekuatan tenaga jantan yang sudah dirasuki syaitan suaminya tidak dapat ditandingi. Memandang keadaan itu Sarah mengambil kesempatan mengambil sebatang beluti yang sememang sentiasa ada dibawah katil. Dengan segala kekuatan dia menghayun beluti itu kekepala abang ipar yang sedang mengganas. Dengan dua kali pukulan Kamal rebah. Dua beradik berpelukan dan bertangis-tagisan, untuk menghilangkan segala ketakutan. Didalam hati mereka bergaul rasa takut rasa sedih dan rasa bersyukur kerana Sarah belum sempat diterokai oleh Kamal.

“Sarah kena keluar dari rumah ni..Sarah kena pergi jauh dari abang Kamal sebelum apa-apa  yang buruk terjadi pada Sarah. Sementara abang Kamal tak sedar tu akak tolong kemas kan baju Sarah. Bawa semua dokumen penting Sarah.”  Mereka berdua menyumbat barang-barang yang dirasakan penting utnuk kegunaan Sarah mencari hidup. Tiga empat helai pakaian Sarah, sijil dan dokumen-dokumen yang munkin diperlukan sekiranya Sarah mahu memohon kerja kedalam sebuah beg galas. Setelah selesai  mengambil apa yang diperlukan oleh Sarah…Hadizah memberi arahan kepada adik bungsunya.

“Sarah  pergi duduk dalam kereta. Tunggu  akak, akak  nak tenguk abang Kamal pengsan ke.. mati ke”. Walau sesakit mana hati seorang isteri kepada suaminya namun masih ada juga terselit sedikit  kasih dihatinya.

“Baik lah kak”. Sarah mengikuti segala arahan dari kakaknya.

 Manakala Hadizah pula menghampiri suaminya yang tidak berkutik sedari tadi. Dia  kedapur mengambil semangkuk air untuk merenjis muka suaminya agar sedar. Apabila melihat pergerakkan suaminya bila mukanya basahkan.. Hadizah bangun menjauhkan diri dari suaminya. Dia takut suaminya akan bertindak ganas kerana hajatnya tidak tercapai. Dia memerhati dari jauh.Bila suaminya mula bangun dia turun dan masuk kekeretanya dengan cepat. Didalam kereta melapurkan apa yang dilihatnya..

“Abang Kamal dah bangun…biarlah dia..janji dia tak mati tadi kira dah ok lah tu”. Enjin kereta dihidupkan. Mereka harus cepat takut pula Kamal mengekori mereka dengan menunggang motosikal yang dipinjam dari seotang rakan ditempat kerja.

“Kita nak lapor polis ke kak”. Hadizah terkedu mendengar apa yang keluar dari mulut adiknya.

“Akak minta tolong sangat-sangat pada Sarah, tolong jangan repot pada polis.. akak tak mahu abang Kamal masuk penjara, nanti kita sekeluarga malu Sarah. Akak tak mahu anak-anak akak menjadi mangsa ejekan kawan-kawan bila ayah mereka masuk penjara. Sarah faham tak  perasaan akak”.  Itulah rasa hati seorang ibu dan hati seorang isteri.

“Sarah faham kak Ijah”. Dan itulah hati seorang adik perempuan dan hati seorang ibu saudara.

“Sekarang ni akak minta tolong pada Sarah lagi, ni ada duit sedikit..guna sementara Sarah dapat kerja. Sampai bila-bila pun Sarah jangan balik kesini lagi. Akak takut abang Kamal akan meneruskan niat hatinya pada Sarah dan akak tak mampu nak menghalang lagi”. Sambil memandu Hadizah menghulur sejumlah wang untuk kegunaan adiknya. Semoga dengan duit itu boleh membantu  Sarah sebelum dia  dapat mencari wang sendiri.

        Hadizah menghantar adiknya keperhentian bas. Diperhentian bas Sarah berfikir kemanakah arahnya akan dituju. Dia tidak mempunyai ramai kawan. Dulu dia bekerja disebuah syarikat asing secara kontrak diJohor Bahru, tetapi telah dua tahun dia berhenti kerana menjaga emaknya yang terlantar sakit kerana serangan angina ahmar.
           Memandangkan hanya Sarah anaknya yang belum berkahwin jadi Sarah lah diberitanggung jawab untuk menjaga emaknya. Malang sekali segala perbelanjaannya juga Sarahlah yang menangung. Dua tahun emaknya terlantar dan dua tahun jugalah Sarah mengurus dan menanggung makan, pakai dan perbelanjaan ubat emaknya. Demi emak tersayang Sarah tidak berkira, habis wang simpananya digunakan untuk membiayai keperluan emaknya.

         Bukan tidak ada harta Puan Salmiah. Selama dia sihat dia menyara hidup dengan wang hasil dari kebun kelapa sawit dan duit dari jualan kedai mini marketnya yang ada di pekan tempat mereka tinggal. Tetapi harta-harta itu sudah dibahagi-bahagi kepada semua anak-anak yayang menguruskanya. Manalah tahu setelah dia tidak berdaya.. anak-anak lelakinya lupa pada tanggung jawabnya. Emak yang terlantar sakit dibiarkan tidak berjaga.
         Telah dipersetujui hasil jualan mini market akan diambil oleh anaknya lelakinya yang tua. Kebun kelapa sawit yang dikampung arwah suaminya untuk anak lelakinya yang nombor dua. Manakala hasil kelapa sawit di tapak rumah yang mereka diduduki  diwariskan kepada Hadizah dan Maisarah.  Malangnya hasil Hadizah dan Maisarah semuanya diambil alih kakaknya dengan alasan kakaknya memerlukan lebih duit kerana dia sudah berkeluarga.

             Hasil kedai mini market dan hasil kebun juga tidak dihulur kepada emak yang sangat memerlukan. Pada mereka segalanya telah diagih-agihkan dan menjadi hak mereka. Pemberian wang atau apa pun adalah diatas budi bicara mereka sendiri. Sesiapa pun tidak boleh mempertikaikan hak mereka. Malang sekali bagi pun Salmiah anaknya tidak berbudi bahasa  padanya. Walaubagaimana pun Puan Salmiah sangat bersyukur masih ada anak yang mahu menjaganya walaupun dengan menggunakan wang simpananya sendiri. Anak bungsunya Maisarah. Penyakit Puan Salmiah makin melarat kerana perasaan yang tertekan. Dua tahun menderita akhirnya dia pergi juga mengadap Illahi. Tinggalah harta dan anak-anaknya.