~Siapa Ikut Blog Ni~

Pages

Friday, 7 September 2012

Bab12 Tidak terkikis kesal dihati




Kusangka nenas atas permatang,
Rupanya durian tajam berduri,
Kusangka panas hingga kepetang,
rupanya hujan ditangahhari.


            Tangan kirinya memegang kepala, tangan kanannya menghulur tetefon yang ditangan kepada suaminya matanya pula dipejamkan. Dia seakan mahu tumbang tetapi cepat disangga oleh suaminya yang sedari tadi memerhatikan gelagat dirinya.

“Pah..oh Pah kenapa ni Pah”. Encik Abdul Majid sudah memeluk isterinya lalu memimpin isterinya ke kerusi yang berhampiran.

“Duduk Pah..duduk..kenapalah isteri abang ni..cuba cerita kat abang...kenapa Pah tiba-tiba nak tumbang ni?” Lembut sahaja suara Encik Abdul Majid sambil mendudukkan isterinya.

“Bang.. Pah nak telefon Mirah kejap nak tanya khabar dia, abang tolong tekankan nombor dia mata Pah dah gelap rasanya.” dia mahu mendengar berita menantunya dahulu, baru apa yang di dengar dari anak bungsunya sebentar tadi disampaikan kepada suaminya.

Alangkah terkejutnya dia bila diberi tahu yang Amirah sudah hendak bersalin. Seperti mahu tercabut jantungnya dengan kejutan-kejutan dari anak dan menantunya. Lalu dia berkata dengan suaminya.

“Ya Allah!!, Bang jom cepat kita kehospital Universiti..Mirah dah nak bersalin, kesian dia sorang-sorang kat sana..”

“Loqman mana..dia tak temankan isteri dia nak bersalin ke?”

“Loqman outstation…”Puan Sharifah terpaksa berbohong dengan suaminya kerana suaminya akan memandu  kereta sebentar lagi. Dia takut suaminya tidak dapat memberi tumpuan di jalan raya nanti.

            Oleh kerana sudah malam, jalan raya tidak begitu sibuk dan keenderaan tidak begitu banyak, suaminya memandu dengan tenang dan lancar, akhirnya sampai juga mereka  di Hopital Universiti. Puan Sharifah mengeluar kan telefon bimbitnya untuk menghubungi kawan-kawan Amirah. Dia mengikuti apa yang diarah kan oleh kawan Amirah, Encik Abdul Majid hanya mengikuti langkah isterinya. Dihatinya tertanya-tanya melihat kekalutan isterinya sejak dari rumah mereka lagi...tetapi mulut nya tidak terbuka untuk bertanya’kenapa’. Puan Sharifah menghamiri dua orang gadis yang sedang duduk di sebuah kerusi....

“Assalamualaikum..Ini Siti Zawana kawan Amirah ke?”

“Waalaikumsalam..Ya..ya saya Siti Zawana dan yang ini Ain Nasuha…”

 “Mak cik ni.. emak mentua Amirah…Amirah dah bersalin?”  Lembut Puan Sharifah bertanya. mereka menghulurkan tangan lalu bersalaman dan mencium tangan Puan Sharifah. Begitulah adat anak Melayu yang penuh dengan sopan santun, menghormati yang tua, tidak kira ibu siapa, mereka tunduk mencium tangan tanda hormat.

“Ohh..cepatnya makcik sampai..tak tahulah dia masuk tadi dah nak Isyak..sampai sekarang belum ada orang panggil kami mengatakan Amirah dah bersalin.”

“Kamu berdua dah solat Isyak..mak cik dan pak cik ni tadi tak sempat nak solat, boleh tunjukkan surau nak..”

“Kami dah solat..jom saya tunjukkan surau.” Ain menunjukkan surau kepada kedua ibu mertua Amirah.

            Selesai mereka solat kedua ibu dan bapa mertua Amirah menyertai dua orang gadis kawan Amirah tadi. Mereka sama-sama menunggu di hadapan wad bersalin. Tidak lama lepas tu seorang jururawat memanggil waris Amirah mengatakan Amirah sudah selamat bersalin. Mereka berempat pergi mendapatkan Amirah. Kelihatanya Amirah baring disebuah katil dan ada katil bayi di sebelahnya. Melihat sahaja ibu dan bapa mertuanya datang, air mata Amirah terhambur keluar, bagai tidak boleh dibendung lagi.

            Dia menekup kedua belah tangannya kemukanya. Dia menangis teresak-esak hingga terhenjut-henjut badanya menahan tangis. Kawan-kawan Amirah serta ibu mertua Amirah juga turut menangis. Hanya Encik Abdul Majid bapa mertua Amirah sahaja yang terpinga-pinga melihat keempat-empat wanita itu menangis. Didalam hatinya sibuk mengata ‘hai orang perempuan ni tak fahamlah aku...suka pun menangis sedeh apatah lagi’. Puan Sharifah segera mendapatkan Amirah dan memeluk menantunya dengan kejap, dielus-elusnya  kepala Amirah yang dibaluiti tudung Amirah supaya tenang, kemudian dia berkata perlahan.

“Kenapa Mirah menangis.. Mirah sakit lagi ke?” barulah Amirah tersedar, ibu mertuanya tidak tahu kisah rumah tangganya lagi. Setelah reda tangisanya.. Amirah cuba bangun..

“Mirah nak bangun.”

“Haah ma dah leguh rasanya baring tak bergerak sedari tadi”. Ibu mertuanya dan kawan-kawannya membantu Amirah duduk bersandar di kepala katil

 “Ok tak.. selesa tak Mirah mama buat macam ni.” Puan Sharifah meletakkan bantal dibelakang Amirah

“ Oklah ni..Mirah rasa selesa dah ni.”

“Mirah rasa sakit lagi??”

“Tak..Mirah dah tak rasa sakit lagi tapi Mirah gembira sangat..sekarang Mirah dah jadi ibu..mama itu anak Mirah..kata nurse tadi anak Mirah perempuan.. masa dia tunjuk kat Mirah tadi, Mirah tak nampak dengan jelas.” Amirah menunjuk kearah katil bayi disebelahnya semua mata terarah kekatil bayi tersebut. Bayinya sedang tidur dengan lena.

“Ohh..kita dapat cucu perempuan.. atuknya.” lalu Puan Sharifah
mengangkat bayi didalam katil bayi, lalu diserahkan kepada suaminya..
“atuknya tolong qamatkan cucu awak ni..baik-baik jangan kena tangan saya  atuknya masih ada air sembayangkan.”

“Ialah mari sini sayang.. atuk dukung.” bapa mertua Amirah menyambut huluran isterinya, menatang cucunya yang masih merah lalu dicium pipinya penuh kasih. Dia mengadap kiblat lalu diazankan ditelinga kanan dan dibisikan iqamat ketelinga kiri cucunya perempuanya itu. Melihat apa yang diperbuat oleh bapa mertuanya air mata Amirah berhambur lagi. Hatinya menjadi pilu terkenangkan suaminya, jika mereka masih dalam ikatan suami isteri tentu ‘dia’ yang melakukn apa yang dilakukan oleh bekas bapa mertuanya.  Cepat-cepat Siti pula memeluk dan menyabarkanya. Dengan suara yang perlahan Siti berkata mengingatkan Amirah.

“Sabar Mirah.. sabar..mereka tak tahu lagi kisah kau..emak dan bapa mertua kau tak tanya apa-apa pun dengan aku dan Ain tadi”. Amirah hanya mengangguk-angguk kepalanya dan cuba menahan tangis. Setelah reda tangisanya dia bersuara.

“Terima kasih Siti..terima kasih Ain temankan aku. Sampai dah lewat malam kau orang masih  kat sini.. Alhamdulillah esok tak kerja..kalau tidak mengantuk kau kerja esok.” Setelah Siti meleraikan pelukkanya Amirah cuba berlagak ceria.

“Tak apa  …kau punya pasal tak apa, lagi pun aku terharu ni dah dapat anak buah..” Ain yang diam sedari tadi bersuara menceriakan suasana.

“Hai.. kamu berdua dah jadi mak cik lah ni.” sambung ibu mertua Amirah pula. Makin ceria suasana orang-orang disekeliling Amirah.

“Mirah dah ada nama nak bagi pada cucu perempuan papa ni?” bapa mertua Amirah bersuara, cucunya tadi telah diserahkan kepada isterinya.

“Belum lagi papa..Mirah tak sempat nak cari, ingat balik kampong minggu depan, nak cari dengan ibu dan ayah..rupanya tak sempat..anak Mirah ni nak jadi orang KL, itu yang keluar cepat lebih seminggu ni.”
Amirah menghulurkan tanganya menyambut bayi yang diserahkan oleh ibu mertuanya kepadanya.

“Kalau macam tu boleh papa yang bagi nama…mamanya apa pendapat mama atau nak tunggu Loqman dulu.” mendengar nama Loqman mata Amirah berkaca-kaca lagi, dia terdiam menahan tangis dengan sedaya upaya. Melihat keadaan itu ibu mertuanya cepat-cepat bersuara.

“Tak payahlah bang..abang dah ada nama nak bagi..tunggu Loqman mungkin dia lambat balik..dia kata dia tengah kerja luar dari Petaling Jaya.”
“Papa nak bagi nama Nur Syifa atau Nur Fariha mana satu yang Pah rasa sesuai.” bapa mertuanya memandang isterinya Puan Sharifah kemudian  menantunya Amirah.

“Mama teringin nak bagi nama Ain kat pangkal nama..boleh tak Mirah.”

“Mama ni, pilih dulu nama yang papa bagilah NurSifa ke NurFariha..nanti barulah bubuh Ain tu.” Sibuk mereka memikir nama untuk diberikan kepada seorang bayi yang baru hendak memandang dunia. Diharapkan nama yang bagus-bagus agar besar nanti menjadi orang berguna dan berakhlak mulia, kerana kita memanggilnya dengan erti yang bagus.

“Mama suka Nur Syifa..kalau tak salah Syifa ni ertinya penyembuh..tapi NurFariha ni mama tak tahu ertinya.Mirah suka mana?”

“Mirah ikut papa dan mama saja..elok pada mama elok juga pada Mirah.”

 “Kalau macam tu biar papa yang buat keputusan… papa pilih Nur Syifa..nama ni jarang orang gunakan. Kalau mama nak tambah jadilah Ain jadilah AinNur Syifa ok tak Mirah.”

“Oklah tu papa..Mirah suka juga nama tu macam lembut saja nama orang yang pakai nama tu.”

“Betul Mirah kalau sebut nama Ain tu nampak lembut orangnya kan macam aku ni.” Ain bersuara disambut dengan ketawa Siti dan Amirah.

“Banyaklah kau punya lembut..kau tu macam tomboy adalah.” balas Siti lagi..ceria orang-orang dikeliling Amirah
Setelah dipersetujui nama cucu mereka mereka berbual-bual lagi sehinggalah Amirah tersedar waktu sudah menjangkau tengah malam.

“Papa, mama, Siti dan Ain ..dah malam sangat ni …Mirah pun dah selamat ..pergi lah balik. Mama.. kesian kawan Mirah ni, dari Magrib tadi mereka temankan Mirah”.

“Ialah ..Mirah rehat elok-elok..esok mama dan papa datang lagi..jom lah Siti dan Ain mak cik hantar.” Ibu mertua Amirah menghampiri Amirah tunduk lalu mencium dahi Amirah lama, meleleh juga air mata Amirah namun cepat-cepat disapunya dengan tapak tanganya. Kemudian dua orang sahabatnya pula mencium pipi kiri dan kanannya sambil bisikkan kata-kata semangat untuknya.

“Sabar Mirah…sabar ini hanya dugaan..sabarlah ya.” Amirah menganggauk-anggukkan kepalanya. Mereka pulang dengan janji esok mereka akan datang lagi. Langkah mereka diiringi oleh pandagan mata Amirah, hingga kepintu keluar.

==============================

            Sepeninggalan mereka, Amirah teresak lagi mengenangkan
 nasibnya tampa suami  dan mengenangkan nasib anaknya tampa ayah. Dia merenung anak yang masih dipangkuanya. Bila anaknya merengek-rengek mungkin hendakkan susu, Amirah cuba menyuapkan puting susunya kemulut anaknya. Terkial-kial dia memasukkan puting susunya kemulut comel anaknya, akhir berjaya juga  mulut comel anaknya menghisap puting susu ibunya.

            Bila mulut comel itu mula mengisap puting susunya, ada satu rasa yang sangat bahagia menjalar keseluruh anggotanya. Rasa yang tidak dapat digambarkanakan  kebahagiaanya, hanya seseorang yang melaluinya sahaja dapat merasa nikmat itu. Terbit satu semangat di hatinya.. ’mulai saat ini aku mesti kuat,  aku akan membesarkan anak ini..inilah amanah yang Allah telah beri kepadaku, untukku besarkan dan akanku didik supaya menjadi insan yang berguna dan berjaya dunia dan akhirat’ itulah kata-kata semangat dan janji yang lahir dari hatinya.


=======================
            Didalam hati Puan Sharifah berombak menahan rasa. Persoalan yang tersimpan sejak dia sampai dihospital tadi rasanya tidak dapat dibendung lagi. Apabila sampai sahaja mereka dipangsapuri tempat kawan-kawan Amirah menyewa, mereka mempelawa bapa dan ibu mertua Amirah singgah dan bermalam di rumah dirumah sewa  mereka.

“Pakcik, mak cik tidur sini sajalah..dah malam sangat ni.”

“Ehh…mamanya kenapa tak minta kunci rumah pada Amirah tadi, kalau tak.. boleh kita tidur saja di rumah mereka.” Puan Sharifah menelan air liurnya mendengar pertanyaan suaminya. Namun pertanyaan suaminya tidak dijawab. Dia meminta izin suaminya hendak masuk kerumah  dua orang gadis itu pula.

“Bang kita masuk rumah Siti dan Ain  ni sekejap.”,

“Jomlah naik makcik , pakcik.” Ajak mereka bersungguh-sungguh.

            Sampai didalam rumah, mereka duduk diruang tamu. Ain ingin berlalu kedapur mungkin untuk menghidang secawan air untuk tetamu..begitulah adat orang Melayu yang menghormati tetamu tidak kira masa siang atau malam sekurang-kurang secawan air bujang pun jadilah tanda kita berbudi bahasa..

“Tak payah susah-susah nak..duduk sini makcik nak tanya..jawab secara jujur, makcik nak dengar..jujur tahu.” Puan Sharifah menekan perkataan ‘jujur’ dua kali supaya jelas, tegas bunyi suara Puan Sharifah.. terpinga-pinga suaminya mendengar suara tegas isterinya seperti seorang polis yang sedang menyiasat pula lagaknya. Disaat itu Encik Abdul Majid menjadi keliru siapa agaknya yang menjadi polis dirinya atau isterinya.

“Ialah..kami akan jawab apa yang kami tahu Insyaallah.” Ain duduk semula disebelah Siti.

“Betul ke Amirah dan Loqman dah bercerai?” tajam pandangan mata Puan Sharifah kearah kedua orang gadis itu, manakala Encik Abdul Majid  sudah terbangun dari tempat duduknya.

“Apa..apa awak cakap tadi Pah. Awak ni sedar ke tidak ni..kenapa awak cakap Loqman dengan Amirah dah bercerai...bila??.”

“Saya ni tengah sedar papanya..Pah tak tidur lagi..Pah nak cari kepastian.. ini yang Pah nak tanya ni..dia orang berahsia dengan kita…mungkin ibu dia di Pilah pun tak tahu agaknya.” mata Puan Sharifah terarah kepada kedua-dua orang gadis.. kawan Amirah. Nampak garang saja Puan Sharifah ni, macam harimau nak terkam mangsanya bisik hati dua orang rakan serumah Amirah. Mereka jadi kecut perut.

“Betul mak cik …pak cik.. mereka dah bercerai.”

“Bila mereka bercerai… kamu tahu tak.” lembut sikit suara Puan Sharifah. Sebenarnya Puan Sharifah menjadi kecewa mendengar pengakuan rakan serumah Amirah. Dia mengharapkan kata-kata Loqman Magrib tadi tidak benar atau mungkin dia tersalah dengar. Tetapi kini sudah jelas. Encik Abdul Majid yang baru tahu jadi terpinga-pinga..dia sudah tidak boleh bertanya lagi. Otaknya sibuk memperoses apa yang baru didengarinya.

“Dalam tiga bulan lepas..Amirah datang sini..dan malam tu dia kata dia dah bercerai dengan suaminya.”

“Dia ada cerita tak kenapa mereka bercerai.”

“Yang kami tahu mereka dah bercerai sahaja..sebabnya kami tak tahu, bila sebut  ‘suami’ sahaja dia akan menangis macam kat hospital tadi..dia tidak dapat nak meluahkan apa yang ada dihatinya pada kami. Kami kesin…jadi kami  tak tanya lagi”.

“Ohh, jadi kamu  semua tak tahu lah apa sebabnya mereka bercerai.”

“Tak. “ serentak mereka berdua mengiyakan.

“Bang dah nak pagi ni, jom lah kita beransur mereka pun nak tidur, kesian dari tadi temankan Amirah.”

“Tidur sinilah makcik..pakcik…Ini bilik Amirah..gunalah bilik ni, tak lama lagi pun dah subuh. ” mereka menunjukkan bilik Ain bersama Amirah, Ain pula malam ini dia akan tidur dibilik Siti.

“Macam mana bang..kita tidur sini ke ..atau kita cari hotel dekat-dekat sini.”

“Abang rasa lebih baik kita cari hotel saja, ada banyak hotel dekat-dekat sinikan.” bapa mertua Amirah memandang kedua gadis kawan Amirah.

“Ada..yang saya tahu SHAH VILLAGE di Jalan Othman, dan hotel SINGGAHSANA dekat-dekat situ juga.”

“Dah jom lah kita pergi, pakcik bukan apa nak..kami nak tunggu sampai Amirah keluar hospital sekali..kemudian nak hantar mana dia nak duduk, rasanya dalam keadaan dia macam ni, tentu dia pilih rumah ibunya diKuala Pilah.” bapa mertua Amirah menerangkan supaya mereka tidak kecil hati.

“Eloklah tu pak cik..”mereka mengiringi kedua orang tua itu hingga kepintu.

“Assalammualaikum..kunci pintu ya, makcik dan pak cik pergi dulu terima kasih ya.”

“Waalaikumsalam..terima kasih hantar kami.”

Ketika dalam kereta Encik Majid bersuara.
“Pah sejak bila ..Loqman bercerai.”

“Nanti sampai hotel Pah cerita, kita cari hotel dulu.” mereka memilih hotel SINGGAHSANA. Setelah mereka mendaftar dan masuk kebilik yang tertera pada kunci bilik tersebut. Encik Abdul Majid melabuhkan punggungnya di kerusi yang tersedia. Dia tidak terus merebahkan badannya kekatil, walaupun matanya sudah berat dan badannya juga keletihan. Katil yang tersedia pula nampak sungguh selesa. Dia ingin isterinya menjawap tanda tanya besar yang bersarang  dikepalanya sejak tadi.  Hatinya sudah tidak sabar lagi.

“Pah cakaplah  terus terang dengan abang..jangan nak sorok lagi..dah lama betul abang sabar ni.” Lembut suaranya bagai merayu isterinya yang mula hendak mencecahkan punggung di kerusi sebelahnya.

“Ialah bang..memang Pah nak cerita dengan abang..Pah dah tak sanggup nak simpan walaupun seminit lagi. Bang..Pah tahu  mereka bercerai pun masa Pah telefon Loqman petang semalam.”

“Kenapa Pah tak cakap dengan abang.”

“Pah ni... macam nak pecah dada menahan cerita ni bang, tapi kalau Pah cerita kat abang..abang tu nak bawa kereta, nanti tak dapat beri tumpuan..satu lagi abang kena sabar bila Pah cakap. Beristifarlah banyak-banyak, bersiap sedia ye.” kata-kata Puan Shrifah menjadikan hati suaminya tambah berdebar. Sejak bila pula isteri aku ni pandai bermain kata-kata bisik hati Encik Abdul Majid.

“Cakap lah ..abang dah bersedia ni.” Makin sayu pandangan matanya memandang isterinya. Hatinya sungguh kecewa mengenangkan menantu pilihan mereka yang seakan teraniaya oleh anaknya sendiri.

“Masa tengah hari Pah telefon Loqman kata dia tengah sibuk, Pah ada bagitahu abang kan.. Lepas tu dekat Magrib kita telefon dia lagi, dia cakap apa abang tahu.”

“Manaaalah abang tahu..Pah tak cakap dengan abang.” Sayu kedengaran suara Encuk Abdul Majid yang bertambah letihnya kerana kisah anaknya.
“Dia cakap dia dah nikah …maksudnya Loqman nikah semalam.” Terloncat Encik Majid  dari tempat duduknya mendengar cerita isterinya, matanya tadi layu kini segar kembali kerana beliakkan matanya yang membulat memandang isterinya. Bagai mahu tercabut jantungnya mendengar perkabaran yang diucapkan oleh isterinya.

“Astafirullahalazim..astafirullahalazim.. astafirullahalazim kesianya Amirah sedang dia sakit nak bersalin suaminya nikah lagi.” kata-kata itu terlontar dari mulut Encik Abdul Majid yang terkejut. Mereka berdiam diri memikir perjalanan hidup anak menantu yang seakan penuh liku dan duri. Mereka mengharapkan panas sampai kepetang rupanya hujan ditengah hari rumagtangga anak dan menantu mereka. Yang dikesalkan anaknya sendiri tidak mampu menghadapi cabaran berumah tangga dan tidak mampu menangkis dugaan dan gagal menjadi nakhoda pelayaran dalam rumah tangganya.

 Puan Sharifah berpesan kepada suaminya...
“Bang esok abang jangan cakap dan jangan tanya apa-apa pasal Loqman pada Mirah ya, mungkin Loqman nikah dia tak tahu..dan jangan sekali-kali sebut tentang Loqman depan dia ye..kan kawan-kawan dia cakap tadi ..kalau sebut sahaja tentang suaminya dia kan sedeh, nanti lain pula jadinya. Tadi Pah dah nak tersebut rasanya..rupa cucu kita memang sebiji macam rupa Loqman masa bayi kan bang.”

“Pah cakap macam muka Loqman baru abang ingat..tadi nak tersebut juga, tapi sebab sibuk cari nama dalam kepala, lupa pulak. Rambutnya saja macam rambut Mirah masa kecikkan keriting maggi..ya Pah.” Kerana keletihan akhirnya mereka terlena juga. Subuh mereka pula hamper pukul 630pagi baru mereka terjaga.


















Thursday, 6 September 2012

Bab 35 Jangan ada rahsia




Siti Wan Kembang perintah Kelantan,
Nama termasyhur zaman dahulu,
Baik-baik memilih intan,
Takut terkena kaca dan batu. 




              Kini perceraian Tengku Farid dengan Diana telah disahkan dipejabat kadi,Tengku Farid meyerahkan kondo yang didiami mereka selama ini dan kereta Suzuki Siwft  kepada Diana berserta wang edah selama empat bulan. Diana juga telah bersetuju dengan menandatangani surat perjanjian hak penjagaan anak mereka Tengku Muhammad Arief Daneal kepada bekas suaminya. Diana dibenarkan melawat anaknya pada bila-bila masa yang dia mahu hanya dirumah bekas suaminya sahaja, itu pun kalau dia mahu. Memandangkan cara hidup Diana,Tengku Farid mensyaratkan sehinggalah umur anaknya mencapai lima belas tahu barulah Diana boleh membawa anaknya kerumahnya. Dia berbuat begitu kerana diharapkan agar di waktu umur itu anaknya dapat membezakan mana yang baik dan mana yang buruk dengan kehidupan mamanya. Dia juga mengharapkan supaya anaknya Arief tidak terpengaruh dengan kehidupan sosial mamanya. Diana bersetuju tampa banyak soal, sebab memang itulah yang dirancangkan bersama mommynya. Tetapi perceraian itu belum diketahui oleh sesiapa kecuali Halim seorang sahaja, itu atas permintaan Tengku Farid sendiri.

               Setelah bercuti sakit selama tiga hari, Tengku Farid berkerja semula. Dia sudah sihat sepenuhnya,dia memulakan hari itu dengan hati yang ceria. Kisah cinta dan perpisahanya dengan Diana tidak dikenangnya lagi. Dia gembira dengan hidupnya kini.. terasa lebih teratur dan terurus. Rasa bahagia  kerana segala masaalahnya telah dapat diselesaikan..kedua anaknya  juga kelihatanya sihat. Anaknya Arief tidak lagi meragam. Rupanya  selama ini  perut Arief alah dengan susu berfomula, apabila Nur Jannah memberinya susu badan masaalah itu tidak timbul lagi. Anak perempuanya  Aisyah juga keliahatan sudah banyak menyusu, perubahan pada muka yang kelihatan sudah berisi sedikit. Betul juga kata nenek tempuh hari sedikit-sedikit perubahan kepada wajah Nur Aisyah, kini dia seperti bayi lain, keadaan jarinya juga sudah terpisah antara satu sama lain dan cuping telinganya juga sudah terkembang seperti bayi-bayi lain.

Seperti biasa dibilik lagi Nur Jannah sudah mendapat pelukan, ciuman didahi dan dibibirnya sebelum suaminya ketempat kerja pagi itu. Tetapi Nur Jannah tetap menghantar juga suaminya hingga kepintu utama, dia menyalami dan mencium tangan suaminya pula...tiba-tiba suaminya menariknya  kedalam dakapan  dan menciumnya sekali lagi di depan pintu. Sebenarnya Tengku Farid berat hati meninggalkan isterinya. Walapun masih didepan mata sudah terasa rindu yang bakal melanda sepanjang hari itu. Dalam hati bergema rasa syukurnya kepada Allah yang mengurniakan isteri seperti NurJannah.

“Hiss abang ni ..nenek nampaklah.” bisik Nur Jannah sambil menolak lembut tubuh suaminya tetapi tidak berjaya kerana suaminya memeluk dengan kejap dan kemas.

“Tak apa… kalau nenek nak dia boleh minta dengan atuk...atuk mesti bagi punya.”selamba saja suaminya menuturkan.

“Nenek nak apa, atuk bagi apa?”tanya Nur Jannah hairan ‘lurus pulak Jannah ni’ detik hati Tengku Farid dia tersenyum penuh makna.

“Nenek nak peluk dan kucupan azimatlah.”mereka berpandangan seketika lalu ketawa bahagia.

“Abang ni.” Nur Jannah berkata sambil melonggarkan pelukkan suaminya. Tengku Farid melepaskan pelukkanya dan mereka bertatapan seketika...

“Kata mama nenda balik Sabtu ni, mereka akan sampai petang.” mereka merujuk kepada Tengku Khalidah dan Ahmad Zulhelmi adik NurJannah yang nombor dua.

“Hmm.. sayang abang pergi kerja dulu ye Assalamualaikum.”

“Waalaikumsalam ...Pandu kereta elok-elok dan jangan lupa baca doa ye.”Nur Jannah melambai suaminya dengan senyuman bahagianya.

============================

                           Seperti yang telah dimaklumkan Tengku Khalidah dan cucunya Zulhelmi tiba di KLIA hampir waktu Asar dari Manchester. Hanya menantu dan cucu-cucunya sahaja yang menjemputnya diLapangan Terbang Antarabangsa KLIA. Anaknya Tengku Raihana sibuk memasak untuk dibawa kerumah Nur Jannah malam nanti. Dia dan suaminya bercadang sepulangnya bondanya nanti, mereka akan  berkumpul beramai-ramai sambil makan-makan dirumah Nur Jannah dan Tengku Farid. Tidak lupa Tengku Raihana menjemput sekali Tengku Faizal dan Tengku Faridah makan besama.

Hubungan Tengku Raihana dengan Tengku Faizal suami-isteri baik sahaja, walau pun dia tidak jadi menjadi menantu mereka. Mereka tidak mengenang masa yang lalu. Sebenarnya Tengku Faizal suami isteri sememangnya menyayangi Tengku Raihana sejak kecil lagi dan sudah dianaggap anaknya sendiri. Itulah sebabnya bagi mengukuhkan lagi ikatan perasaan itu mereka bercadang untuk dijadikan menantu mereka, tetapi lain pula jadinya. Mereka suami-isteri tidak juga menyalahkan Tengku Raihana kerana tidak memilih anak mereka Tengku Faris Ikhwan sebagai suaminya. Dia tahu sikap ‘playboy’ anak mereka yang menjadi buah mulut orang ketika itu. Mereka juga tahu anaknya sudah berkahwin diluar negara tampa pengetahuan mereka. Mereka menghormati keputusan Tengku Raihana. Tapi bila melihat kebahagiaan keluarga Tengku Raihana mereka rasa terkilan.

Tengku Faizal suami-isteri selalu membayangkan alangkah bahagianya jika anaknya memilih Tengku Raihana sebagai isteri, dan alangkah bahagianya jika anaknya bersikap seperti doktor Razlan yang tidak mementingkan keseronokan dunia sahaja. Dalam hal ini sememangnya anaknyalah yang bersalah.Tengku Raihana seorang yang bijak memilih masa depannya, walau pun masa itu dia masih mentah lagi dari segi usia, tapi dapat menilai mana yang baik dan mana yang buruk untuk dirinya. Bukan hanya melihat pada fizikal dan hartanaya sahaja. Dia tidak memilih  pada  wajah yang kacak, bergaya dan kaya untuk dijadikan suami.  Mungkin dahulu lagi dia sudah menimbangkan jika dia bersetuju dan berkahwin dengan anaknya dia tidak akan bahagia. Betapa bersungguhnya dia menolak Tengku Faris anaknya, jika tidak takkan sampai dua kali dia berkahwin tampa restu dari bondanya.Tengku Faizal suami isteri telah maklum cara hidup anaknya Tengku Faris Ikhwan memang tidak bersesuaian untuk mereka orang Timur. ‘Ohh anak ku dimana silap didikan ku’..keluahan itu selalu bergema dihatinya, setiap kali anaknya menghubungi. Semalam anaknya menghubugi dan kisah sedeh hidupnya diceritakan kepada dua ibu bapanya yang jauh ditanah tumpah darahnya..

 “Hello daddy, mommy apakhabar..lama Ris tak call..”

“Orang sibuk mana nak ingat daddy dan mommy kat sini..Ris apa khabar”. Seperti orangh merajuk sahaja Tengku Faizal melayani panggilan anaknya. Pada Tengku Faizal walaupun anaknya jauh diperantauan dia tidak pernah lupa pada anaknya. Itulah seorang anaknya yang dihgarap menggantikan dirinya kelak..tetapi masih adakah harapan itu..anaknya masih belum puas hidup merantau..walaupun usianya sudah menjangkau angka lima puluh.

“Khabar tak baik lah daddy”.

 ‘Ini mesti kisah rumahtangganya yang bermasaalah’ detik hati Tengkju Faizal.

“Apa yang tak baiknya Ris..cuba cerita dengan daddy”.

“Ris dah bercerai dengan Caterina..dia pergi pada bekas kekasih dia di Kanada..Dia tinggal kan Ris daddy.” sayu sahaja suara anaknya dihujung talian menceritakan hal dirinya.

“Entahlah Ris... daddy tak tahu macam mana nak tolong Ris, rasanya masaalah Ris, Ris yang buat sendiri....dulu dah elok dengan Najwa...Ris tinggalkan dia. Daddy tak tahu wanita yang macam mana yang Ris nak. Daddy tenguk Najwa tu dulu baik, cantik.. sempurna sebangai wanita... tapi Ris pergi pada Caterina..ni sekarang dia pula yang tinggal Ris”. Tengku Faizal sering bertanya didalam benaknya..anaknya yang seorang itu berganti isteri seperti menukar baju..walaupun sudah ada isteri dirumah masih ada lagi kawan wanita yang rapat dan mesra..hendak dinasihati ..aduhai dia lebih bijak menjawab...dan yang paling ditakuti terlalu sangat dinasihati takut dia tidak mahu pulang terus keMalaysia.

“Dulu Ris rasa nak hidup dengan wanita Asia yang sama adat resam dan cara hidup...Najwa berbeza dari kita cara makan lain.. Ingat Ris dulu Ris nak serumah dengan orang Asia..budaya sama masakan pun hamir sama..tapi entahlah dah nasib Ris agaknya.. Ris ni asyik tersalah pilih saja.” Keluh Tengku Faris Ikhwan dihujung talian. Najwa merupakan wanita keturunan Negeria..orangnya cantik, tetapi entah apa yang di pandang oleh anaknya. Caterina pula Cina Singgapore campuran Amerika.

Sebenarnya Tengku Faizal, sangat bersimpati dengan nasib anaknya..Sudah masuk ke angka lima puluh usia anaknya.. tetapi masih tercari-cari suri yang sudi menemani diwaktu susah dan senang. Bila melihat kebahagian Tengku Raihan dan Doktor Muhammad Razlan hatinya jadi cemburu. Tetapi apalah yang hendak diakata anaknya sememangnya tidak pandai menilai yang mana intan permata dan yang mana kaca.

Kebetulan malam itu selepas Magrib kedatangan keluarga Tengku Raihana serentak dengan Tengku Faizal dan Tengku Faridah macam berjanji pula. Nur Jannah dan suaminya menunggu dimuka pintu untuk  bersalaman dan mencium tangan mereka kecuali adik-adik Nur Jannah yang akan mencium tangan mereka.Tengku Khlidah yang memang sudah tidak sabar-sabar ingin melihat cicitnya. Selepas sahaja bersalaman terus sahaja meluru masuk kebilik Nur Jannah. Bila sampai sahaja didalam bilik dia terpandang dua orang bayi di dalam dua katil bayi...Dia menoleh kepintu bilik dimana Nur Jannah mengekorinya tadi..Nur Jannah sudah tercegat berdiri dimuka pintu. Nur Jannah sudah dapat menghidu apa yang ada dalam fikiran nendanya dan apa yang akan terjadi...

“Jannah kamu bersalin kembar ke?” terkedu Nur Jannah dan Tengku Farid mendengar soalan nendanya. Apabila tiada  jawapan dari Nur Jannah mahupun suaminya, Tengku Khalidah sudah tahu jawapannya. Dia keluar dari bilik dan merenung Tengku Faizal, sementara  suami-isteri itu baru hendak mencecahkan punggungnya disofa ruang tamu terpinga-pinga memandang renungan tajam Tengku Khalidah kearah mereka...seakan ada kesalahan yang mereka lakukan.

“Zal ,Ida apa yang cucu you dah buat pada cucu I.” semakin terpinga mereka bila mendengar soalan Tengku Khalidah. Adakah kerana Nur Jannah bersalin tidak cukup bulan dia jadi marah. Mereka terpinga-pinga dan berpandangan antara mereka...mereka tidak faham apa yang dimaksudkan oleh Tengku Khalidah.

“Nenda jangan marah grandpa mereka tak tahu.., Jannah yang rela, Jannah kasihkan anak abang, perutnya alah dengan susu tin, sedangkan ibunya sudah tak ada air susu, jadi Jannah susukan dia, kasihan dia nenda.” sayu Nur Jannah menerangkan perkara sebenar.

“Jannah dah banyak kali nenda pesan, jangan lembut sangat... nanti orang pijak kepala kita.”

Tinggi suara nenda tanda tidak puas hati, mendengar suaranya nenda sudah meninggi Helmi cucunya menghampiri  dan memeluk bahu nendanya.

“Nenda jangan fikir sangat... nanti nenda kena sakit darah tinggi, sabarlah nenda. Kak Jannah kan dah besar pandailah dia nak selesaikan masaalah dia suami-isteri. Lagi pun betul kata atuk IB hari tu.. biarlah kak Jannah dengan cara dia, kita yang ada sokong sahaja, jika perkara itu baik untuknya. Kalau kita berkeras akan menjadi tekanan pada Kak Jannah pula. Dia rela dengan apa yang dilakukan tentu dia bahagia dengan apa yang dia buat. Nenda.. kita ni jangan fikir perkara tak baik saja, tentu ada hikmahnya semua yang terjadi tapi kita belum nampak kebaikannya.Yang Me nampak dengan adanya anak abang Farid tu, abang Farid senanglah nak balik sini selalu, kakak yang kat sana tu tentu bagi kelonggaran pada abang balik sini sebab kak Jannah dah jagakan anak dia. Yang kedua pula ini satu pengajaran bagi kak Jannah juga, supaya dia jadi wanita yang kuat dan sabar seperti nenda ni dan yang paling penting menjadi seorang manusia yang mengasihani. Untuk abang Farid pula dapat lah dia belajar menjadi suami yang adil dan sabar juga, kalau dia berjaya boleh tambah satu lagi.” terjegil mata nendanya memusing memandang Helmi.

“Tak…tak nenda jangan marah..jangan marah..ingat abang Farid jangan tambah, kalau Me tahu kak Jannah susah hati, kurus kering tak lalu makan Me cari abang.” Helmi memandang abang iparnya seolah-olah memberi amaran kemudian menyambung lagi katanya.

“Tapi apa-apa pun Kak Jannah kalau ada masaalah jumpa counselor nombur satu ..ni.” Helmi menunjuk dirinya sendiri.

“Dan counselor numbor dua ..ni.. jangan lupa tau.”Helmi menunjuk kearah nendanya pula, semua yang ada di ruang tamu berderai ketawa.

“Papa, dapat keputusan SPM nanti kalau Me dapat masuk U Me nak minta course counselling lah,papa”.

“Banyaklah Me punya counselling, mari sini tolong  Mak Mil angkat pinggan susun atas meja. Kenapa Me asyik peluk nenda…nak manjalah tu.” tiba-tiba Ibunya Tengku Raihana keluar dari pintu dapur men- dengar riuh suara Helmi, bercakap itu dan ini. Sekarang Helmilah yang paling rapat dengan Tengku Khalidah dan yang dapat melembutkan hatinya. Dipejabat Helmi menjadi pembantunyan. Sifat Helmi yang lembut tetapi kelakar menyebabkan Tengku Khalidah menyenangi cucunya yang seorang ini. Mendengar apa yang disuarakan oleh cucunya itu, Tengku Khalidah terdiam lalu duduk disofa berdekatan. Dalam fikiranya ada juga kebenaran segala kata-kata Helmi cucunya tadi.

“Abang Me apa nama atuk tadi …yang abang Me sebut.” soal adik nya yang bungsu ZulFadli.

“Atuk Ib..kenapa nampak glamor ke?..sedapkan” jawabnya masih berkepit rapat dengan nendanya.

“Habis kalau nenek Zabedah ..apa nak bagi singkat…nenek Bed” sambung adiknya yang bernama Zulkamal.

“Tak naklah ada pulak bad nenek nicelah… tapi lebih sedap nenek Bedah, dengar macam  klasik sikit.” kata Helmi pula.

‘Nenek Faridah..nak singkat jadi nenek Fed.”sambung Kamal lagi.

“Lagi tak mahu nanti, anak kak Jannah pelat dia panggil nenek fat..nenek tu kalau panggil nenek slim bolehlah..alah panggil grandma lagi best, macam mat sallehlah sikit”.  Sememangnya Tengku Faridah langsing orangnya.

“tadi tu mama pangil Mak Milah, Mak Mil …Mel Gebson lah tu Mil Gebson versi wanita.” sambung ZulKamal.

Mereka tertawa mendengar celoteh anak-anak Tengku Raihana. Tengku Raihana keluar dari dapur sekali lagi  memanggil anaknya yang tidak datang-datang bila di panggil sekali.

“Me apa yang berkepit dengan nenda ..nak bermanjalah tu.”

“Alaah mama ni nak manja dengan nenda sikit pun tak boleh…Me nak manja puas-puas dengan nenda ni sebelum dua adik Me belum ada masa boleh bermanja. Nanti kalau abang balik lagi tak ada chan.”

“Dah…dah sini tolong Mak Mil angkat pinggan susun atas meja.”

“Siapa mama…Meli Gibson mintak tolong ..ok..ok Kamal nak tolong.” berderai tetamu diruang tamu mendengar jawapan dari Zulkamal,ada-ada sahaja anak-anak Tengku Raihana yang periang, menceriakan suasana. Semua orang beransur kemeja makan kerana makanan sudah siap terhidang. Tengku Khalidah masuk kebilik Nur Jannah, dilihatnya NurJannah sedang menyusukan Ariff, dia melihat Nur Jannah membelai-belai rambut Arif yang hitam lebat.

“Jannah..sebetulnya nenda sayang Jannah,nenda sedih ..ini semua salah nenda kalau tak paksa Jannah dulu tentu semua ini tak terjadi pada Jannah, nenda rasa bersalah sangat.” Tengku Khalidah menghampiri cucunya lalu duduk dibirai katil.

“Janganlah macamtu nenda..abang dah memang jodoh Jannah, Jannah redha semuanya dan Jannah tak pernah salahkan nenda..nenda Jannah memang sayang kan Arif Danial ni, Jannah tak fikir apa-apa. Pada Jannah anak abang anak Jannah juga, ni tenguk ni Jannah dah susukan Arif, Arif dah pun jadi anak susuan Jannah. Anak susuan kan sama macam anak sendiri jugakan nenda.” Nur Jannah memandang nendanya kemudian memandang anak yang masih menyusu dipangkuannya. Dia menyambung kata-katanya.

“Nenda.. Jannah minta sangat-sangat dengan nenda janganlah bezakan antara Arif dan Aisyah, dua-dua ni anak Jannah nenda.” Tengku Khalidah rasa sungguh terharu dengan keikhlasan cucunya menerima anak suaminya dengn isteri lain bagaikan tiada rasa terkilan dengan perlakuan suaminya yang menduakan kasihnya.

“Jannah …kamu tak rasa apa-apa ke dimadu.”

“Kalau nenda nak tahu perasaan Jannah.” Nur Jannah menarik nafas seolah mencari kekuatan lalu menyabung katanya.

“Memang Jannah rasa cemburu, sedih dan marah... mana ada perempuan yang rela 100% bila dimadu nenda, itulah yang Jannah rasa masa pertemuan dirumah nenda dulu. Masa Jannah menangis malam tu… bukan kerana nenda marah, tapi Jannah rasa tak terbendung dengan rasa itu..Bila nampak ada perempuan lain memegang lengan abang bila ada perempun lain duduk rapat dengan abang. Kerana itulah nenda, Jannah minta sungguh-sungguh dengan nenda jangan meminta ada pertemuan macam itu lagi. Biar pun Jannah tahu jannah bermadu tertapi kalau Jannah tak nampak Jannah boleh bertahan.” kemudian Nur Jannah menyambung lagi.

“Nenda nak tahu..itulah sebabnya Jannah balik juga malam itu, Jannah nak menangis sendiri tak bagi nenda nampak. Jannah takut kalau nenda nampak nanti nenda susah hati. Berminggu juga Jannah terbayang dan sedeh sendiri. Tapi kalau Jannah tak nampak tak apa Jannah tak membayang apa-apa Jannah tak kisah. Bagi Jannah dalam rumah ni abang adalah suami Jannah dan tak nak ingat apa-apa.” nendanya memegang Nur Jannah dengan pandangan penuh simpati dia berkata.

“Jannah kalau ada apa-apa.. Jannah cakaplah dengan nenda. Jannah sajalah satu-satunya cucu perempuan nenda, ada masaalah jangan simpan sendiri cakap dengan nenda kalau boleh nenda tolong, mesti nenda tolong... kita sedeh sama sedeh, susah sama susah..jangan Jannah sedeh sorang-sorang”.

“Dulu Jannah memanglah takut dengan nenda, tapi sekarang kalau ada apa-apa mesti Jannah mengadu kat nenda sebab sekarang nenda dah lain, muka nenda sekarang ni nampak ceria, nampak macam happy saja”. NurJannah cuba mengubah tajuk perbualan mereka agar nenda ceria semula.

“Sekarang ni memang nenda bahagia Jannah. Nenda tak sangka nenda ada  ramai cucu, ingatkan kita berdua saja kat dunia ni Jannah. Adik-adik Jannah semuanya kelakar termasuk yang kat Manchester tu tak sangka, nenda bahagia sangat sekarang ni.”. Sememangnya cucunya ZulFahmi yang berada diluar negara itu pun sama perangainya dengan adik-adiknya yang disini. Terpancar  wajah bahagia Tengku Khalidah bila menceritakan kisah cucu-cucunya. Ketika itu sikecil Aisyah bergerak-gerak dan merengek hendak menyusu pula.

“Aisyah pula nak susu ya, nanti ibu tepuk abang kejap.” Nur Jannah berbicara seolah-olah anaknya faham apa yang dibicarakan.

“Mari..Nyang tepuk abang ..Aisyah dah lapar susu ya.” Tengku Khalidah menghulur tangan untuk mengambil Arif untuk ditepuk belakangnya.

Tengku Farid yang yang ditugaskan memanggil nendanya terhenti di luar bilik isterinya. Diluar pintu bilik dia terdengar semua cerita Jannah dan nendanya. Dia terharu dengan keiklasan hati isterinya menerima anaknya Arif tampa berbelah bagi kasihnya dan terharu dengan derita perasaan yang disimpanya sendirian. Dia berazam dalam hatinya selepas ini dia akan menjadikan Nur Jannah isteri yang paling bahagia..itulah azamnya dan akan hanya  Nur Jannah isterinya.. InsyaAllah.

“Bang mana nenda kata nak panggil, semua orang tunggu nenda.. nak makan. Me ni lagi tak sabar nak makan.. dah lama Me tak makan masakkan mama tau.” kini Helmi pula mencari nendanya bila ditunggu dimeja makan nendanya tak muncul-muncul, sedangkan dia sudah tidak sabar melihat sahaja hidangan yang sudah siap terhidang. Dia sudah teringin sangat makan masakkan Malaysia, yang sudah hampir dua minggu tidak dirasainya, kerana mengikuti nendanya keluar negera tempuhhari. Asar tadi baru sampai selepas Magrib nendanya sudah tidak sabar-sabar untuk datang kerumah kakaknya Nur Jannah pula.

“Syysst..nenda kat dalam tu.”

“Abang takut nenda ya.” Tengku Khalidah terdengar apa yang dibicarakan oleh cucunya Helmi, Setelah cicitnya Arif sendawa.. Tengku Khalidah meletakkanya dalam katil bayi. Dia keluar dari bilik Nur Jannah.

“Farid takut nenda?” Tengku Farid hanya menundukkan kepalanya. Tengku Khalidah menepuk bahu Tengku Farid..

“Farid jangan takutkan nenda... kamulah satu-satunya cucu menantu lelaki yang nenda ada, nenda minta sungguh-sungguh pada kamu jagalah Jannah baik- baik”.

“InsyaAllah, Farid akan bahagiakan Jannah.. nenda.”

“Jomlah kita makan Farid.” ajak nendanya sambil menuju kemeja makan. Apabila melihat nendanya muncul di depan pintu terus sahaja Helme menghulur tangan untuk memimpin tangan nendanya.

 “Cepatlah nenda Me tak sabar nak makan ni, jomlah bang”.

“Tak apalah Me dan nenda makan dulu, abang nak makan dengan kak Jannah nanti.” sementara semua orang dimeja makan menjamu selera, Tengku Farid menemani isterinya menyusukan anak-anaknya.

“Pergilah abang makan dengan mereka..Jannah nak tidurkan anak-anak kita ni dulu.”

“Tak apalah abang nak makan dengan Jannah nanti.” Tengku Farid masuk kebilik isterinya dan duduk dibirai katil sambil memerhati perlakuan isterinya menyusui anaknya







Sunday, 2 September 2012

Bab 34. Jangan ada rahsia




Raja di gua jalan ke teluk,
Cantik halus rupa mukanya;
Ibarat buah busuk di pokok,
Hilang manis pahit rasanya.


      Dalam perjalan pulang Halim bertanya lagi cerita sebenar dari sahabatnya itu, dia macam tidak percaya apa yang di dengarnya tadi.

“Sebenar apa cerita kau, sampai kau bercerai berai ni Farid, kau dan dia kan cinta sama cinta, suka sama suka.”

“Entalah… puncanya mungkin aku tak balik dekat seminggu, sebab aku uruskan Jannah bersalin, Jannah bersalin tak cukup bulan, itulah yang aku terkejar-kejar sampai terlupa nak call dia. Datuk aku pun aku terlupa nak call, datuk aku tahu pun selepas tiga hari Jannah bersalin..bila dia call aku tak dapat dan aku pun tak datang kerja”.

“Ialah Farid hari tu datuk kau sibuk tanya aku kau hilang tampa khabar berita..aku pun tak tahu nak cakap apa, sebab kau pun tak call aku..selalu apa-apa hal kau cari aku.”

“Tau pun kau.. aku ni  Lim  bila Jannah tiba-tiba bersalin rasa macam robot saja..macam tak ada perasaan..semua benda aku tak boleh nak fikir... Aku jadi kalamkabut tak ingat keliling lagi dah..aku tak ingat siapa-siapa lagi.”

“Habis macam mana..siapa yang bagi tahu datuk kau ‘Jannah kau’ bersalin?”

“Bila aku tak datang kerja.. lepas tu aku tak jawab call dia... dia datang rumah kami”.

“Ohh..apa kes yang menyebabkan kau kalamkabut sangat??”

“Itulah Lim aku memang betul-betul lupa, kau tahu Lim aku tak bersedia lagi tiba-tiba pagi tu atuk Ibrahim aku call kata Jannah sakit, aku balik dan hantar dia pergi hospital bila doktor periksa, dia kata Jannah nak bersalin tak ke panik aku”.

“Ehh..tunggu..tunggu..kau kata ‘Jannah kau’ bersalin?.bukan ke dia belum sampai bulannya...bukan Diana lebih dulu mengandung dari dia?”. Halim bagai tidak dapat mencerana apa yang diperkatakan oleh Tengku Farid..walhal dia sudah meyebutnya tadi.

“Sebab itulah aku jadi kalamkabut.. dia bersalin tak cukup bulan doktor kata kandunganya baru 32 minggu..ingatkan dia keguguran.   Dengan badan aku yang letih sangat, sebab malam sebelumnya aku jaga anak aku yang dengan Diana, anak aku yang tu pula sejak balik dari hospital asyik menangis saja, dia diam masa dia tidur saja itu pun dia tidur sekejap sangat ...

..Lim yang jadi aku terputus dengan semua orang sebab handphone aku tak ada dengan aku, handfon aku terjatuh bawah tempat memandu. Mungkin masa pagi Jannah sakit, aku sampai rumah saja aku keluar dari kereta dengan tergesa-gesa, ialah dah kata bini kita sakit aku nak cepat-cepat tenguk dia. Mungkin masa aku bangun..masa tulah telefon aku jatuh dan aku tak perasan. Bila tak ada panggilan aku terus lupa. Tiga hari lepas tu barulah aku call Diana bagi tahu. Tapi masaalahnya tak terima alasan aku.. dia kata aku saja nak cari alasan, dia minta cerai, kalau aku tak balik hari tu.

.... Tapi Lim, aku betul-betul tak sempat nak balik. Kalau aku balik pun ada kemungkinan dia tak bagi aku pergi rumah Jannah lagi. Kau tahulah Diana tu.. cakap dia saja yang betul.. kehendak dia saja yang patut kita ikut.. sebab itu lah aku nekad seleaikan dulu hal Jannah.. selamat dia dan balik kerumah, baru aku balik rumah Diana. Pada aku kalau Jannah dah kat rumah, atuk dan nenek dia akan jaga dia, baru lah aku senang hati. Aku bercadang masa tu barulah aku nak balik kondo aku, kalau masa tu dia tak kasi aku keluar pun Jannah dah selamat ada orang jaga. Jadi aku pun buat tak kisah saja segala ugutan Diana hari tu. Tapi bila aku balik malam tadi tak sempat aku nak duduk  dia dah terjerit-jerit minta diceraikan talak tiga lagi. Aku pun apa lagi badan tengah penat, lapar lagi sebetulnya aku tak sempat nak makan malam hari tu, sebab nak cepat tenguk dia.Tapi bila dia nampak muka aku saja, dia menjerit minak cerai, apa lagi naiklah tangan aku..aku hilang sabar sungguh dengan kerenah Diana yang tak memahami aku yang tengah penat...tapi aku lempang dia pun bukan kuat, tujuan aku untuk meyedarkan dia dengan apa yang dia cakap dan apa yang dia minta, tapi emak dia nampak dan sokong dia minta cerai” Tengku Farid terdiam sekejap mengeluh dan menyambung lagi ceritanya

“Aku heranlah Diana ni, dia tak pernah nak bertolak ansur langsung dengan aku, dulu aku rasa dia sangat memahami aku. sekarang ni baru aku sedar..yang sebenarnya aku tak mengenali peribadi dia Lim.”

“Maksud kau??” Halim jadi keliru pernyataan dari sahabatnya, setahunya Tengku Farid bercinta dengan Diana sejak mereka belajar diluar negara dulu.

“Ialah Lim.. Kau pun tahu bukan sekejap kami bercinta, dari aku dan dia di tahun dua lagikan, sepatutnya kasihnya mesti kukuh macam tembuk besar negeri Cina tu dah berkurun tapi tak runtuh..tapi tenguklah baru seminggu aku tak balik..itu pun bersebab.. dia dah memutuskan segala rasa sayangnya pada aku..kau rasa betul ke dia cinta dan kasihkan aku Lim?? Kenapa dia tak nampak selama ni aku lebihkan dia dari Jannah..aku tunggu dia...jaga dia. Aku beri tumpuan pada dia seorang dari kandungan dia lapan bulan... aku tak pergi rumah Jannah Lim, itu tak dikira  waktu sebelum-sebelum ni..aku ketepikan dulu Jannah, untuk menjaga kepentigan dia..dia tak nampak kat aku ni yang terkejar-kejar dari masa dia bersalin lagi. Dia macam tak ada rasa belas kesian langsung kat aku Lim... hai entahlah bercinta bertahun tahun tapi tak boleh nak faham. Aku dengan dia baru kahwin tak sampai setahun dah bercerai Lim. Kau tenguklah Diana tadi macam dah tak ada perasaan dengan aku kan, dia macam tak sedih pun, aku pulak yang rasa sedih.” berkaca-kaca mata Tengku Farid meluahkan isi hatinya kepada Halim.

“Kau masih cintakan Diana ke Farid?.”

“Sekarang cinta bukan yang utama lagi bagi aku Lim, tanggungjawab  yang akan aku dulukan. Lim dulu aku rasa kalau dapat yang cantik hidup aku bahagia.. rupanya tidak Lim, biarlah dapat yang sederhana tapi serasi, ini adalah satu pengajaran pada aku Lim”.

“Pada kau serasi tu macamana Farid”.

“Seseorang yang boleh bertolak ansur dan bertimbang rasa dan  ada rasa kasih dihati.. itulah istilah serasi pada aku. Jika seseorang ada rasa kasih, bertimabangrasa dan bertolak ansur ertinya dia sayang dan cinta pada kita Lim, tak payah nak di ucapkan selalu, kita dah rasa dia sayang kita..Lim”  Tengku Farid diam seketika lalu menyambung semula ceritanya.

“Kau tahu Lim, seingat aku...hanya beberapa kali saja Jannah  cakap dia sayang pada aku, yang pertama kali  dan yang paling aku ingat..bila kau tahu.. masa aku nak nikah dengan Diana dulu.” Tengku Farid menyoal dan menjawab sendiri soalanya.

“Masa tu dia merayu kau jangan nikah dengan Diana sebab dia kata dia sayang sangat-sangat dengan kau..betul tak.”

“Tidak.. masa dia suruh aku nikah dengan Diana, katanya sebab dia sayangkan aku dia suruh aku nikah, supaya aku tidak terus membuat dosa dan supaya aku rasa bahagia nikah dengan orang yang aku cinta.” terang Tengku Farid mengakhiri ceritanya dengan mata berkaca-kaca.

“Lain betul cara Jannah sayang pada engkau ye Farid.”

“Betul Lim...pada dia asalkan aku bahagia dia akan rasa bahagia juga..itu yang selalu dicakap..tapi sekarang ni aku dah nekad aku nak dia betul-betul bahagia. Aku tak nak dia bahagia diatas kebahagian aku. Aku tak mahu dia bahagia dengan air mata yang tersorok jauh didalam hatinya.".

"Apa maksud kau Farid??" Halim jadi terpinga dengan kata-kata sahabatnya.

"Cuba kau fikir Lim..siapa yang suka kasihnya dikongsi dengan orang lain..kau suka ke orang yang kau sayang kau kongsi dengan orang lain...aku sedar tu Lim jadi sekarang aku dah bebas aku nak dia bahagia kerana memiliki aku dengan tidak berkongsi dengan orang lain".

"Habis kau macam mana..kau bahagia ke??".

 "Sekarang ni aku memang rasa bahagia bila bersama dengan dia, pandang dia pun aku dah rasa bahagia sangat...aku tak akan berpaling dari dia lagi...hanya dia dalam hati aku sekarang ini.”

Halim hanya mendiamkan diri memikirkan kata-kata sahabatnya tadi, manakala Tengku Farid pula mengenang Nur Jannah dengan rasa kasih yang melimpah-limpah. Tiba-tiba Halim bersuara lagi...

“Farid aku ingat satu cerita..ini cerita kawan aku...satu masa kawan aku ni tengah hangat bercinta masa tu  semunya  sayang semuanya kasih..mereka selalu bertukar hadiah untuk menampakkan lagi rasa kasih dan sayangnya. Nak dijadikan cerita yang kekasih dia ni belikan lah dia  sehelai seluar yang agak mahal sedikit almaklumlah berjenama. Mahal sikit tak apalah untuk orang yang tersayang...ketika keluar berjalan-jalan kawan aku ni pakailah seluar pemberian kekasihnya tadi..entah macam mana dalam elok jalan berkepit-kepit..tiba-tiba mereka berselisih pendapat, kawan aku ni pula tidak mahu mengalah dengan tegas mengatakan dialah yang betul, yang kekasih dia pun sama katanya dia juga betul, mereka tidak mahu beralah antara satu sama lain..kerana rasa marah.. ada ke patut masa tu juga kekasihnya suruh kawan aku tadi memulangkan hadiah pemberianya yaitu seluar yang sedang dipakainya, dia minta bersungguh-sungguh supaya kawan aku tadi menanggalkan seluar masa itu juga....kau fikir macam mana Farid..kau percaya tak cerita aku tadi?.

“Memang macam tulah Lim, aku yang dah terkena aku tahu lah..dulu masa bercinta... Diana selalu ambil berat tentang aku..tanya itu ini tapi..bila dah marah...sayang, kasih dan cinta yang paling aku heran rasa simpati dia entah pergi mana..kau tahu Lim malam tadi tu, kalau aku tak cekal entah-entah aku dan anak aku duduk dalam wad sekarang ni atau pun dah jadi arwah..kau fikirlah anak tengah menangis dan fikiran aku bercelaru, masa tu juga aku kena drive sendiri..mulanya aku drive dengan  sebelah tangan sahaja, aku dah nak terbabas. Alhamdulillah aku cepat tersedar, aku berhenti sekejap di bahu jalan mencari kekuatan, baru aku teruskan perjalannan.. agaknya terfikir tak oleh Diana keadaan aku dan keselamatan aku masa tu...kau boleh gambarkan tak Lim.”

“Aku boleh bayangkan Farid...tapi aku macam tak pecaya dia boleh buat macam tu kat kau.”

“Itulah Lim...kita tak boleh baca kelakuan seseorang tu walau pun dah bertahun kita bersama dia..ini pengajaran pada aku Lim, pengajaran yang paling berharga. Tak semestinya kita kenal lama dengan dia kita akan bahagia..bahagia tu sebebarnya tak bergantung berapa lama kita kenal..Aku sebetulnya Lim tak berapa mengenali Jannah..banyak lagi sifat-sifat dia yang aku tak tahu..Tapi sikap dia yang seperti memahami aku menyebabkan aku rasa aku bahagia denganya.

....Walaupun pada mulanya bukan cita rasa aku isteri yang macam dia tu, tapi kerana sikap timbang rasanya,tolak ansurnya dan rasa kasihnya pada aku, menjadikan aku merasakan tulah jodoh yang terbaik untuk aku..Kau tahu Lim setakat ni tak pernah dia mempertikaikan kesilapan-kesilapan aku. Dia menerima aku sebagai seorang manusia yang akan membuat kesalahan dan kesilapan, seperti dirinya juga. Dia tak bertanya pun kenapa aku datang lambat atau tidak jadi datang  jika tiba giliran dia.  Malam tadi, aku lupa bawa susu untuk anak aku yang dengan Diana..tampa banyak kerenah dia susukan anak aku tu Lim..dia kata apa Lim..kalau itu anak aku, akan jadi  anak dia juga..aku tengukkan dia belai anak Diana sama macam dia belai anak dia Lim. Tapi yang aku sedar tentang dia... dia terima akau sebab aku suami dia bukan pasal lain. Bukan sebab harta atau sebab aku kacak. Aku kacak ke Lim? ”panjang lebar Tengku Farid menceritakan kisah dia kepada sahabatnya Halim.

“Kacaklah dari muka aku ni..dah lah gelap...”

“Ehh siapa kata kau tak kacak..aku dengar dulu orang cakap muka kau ada iras pelakun Rosyam Noor..kau bukan gelap tapi sawo matang..kulit orang Melayu”. Dalam rasa sedih terselit juga lucu diperbualan dua sahabat itu.

“Ialah tu...Aku ni Farid..dah lah jahil bab-bab ugama banyak dosa pulak..agaknya dapat ke aku jodoh yang baik.”

“Kau mintalah pada Allah, minta dengan dengan keinsafan dan minta dengan kesungguhan...InsyaAllah dia bagi kita yang baik...kata Jannah Allah suka kita meminta-mina pada Dia...pada aku mungkin aku tak minta tapi grandpa aku yang minta jodoh yang baik untuk aku menyambung keturunan dia. Kau tahukan dalam keluarga grandpa aku, hanya aku keturunan dia... itu yang aku dapat Jannah”.

“Betul cakap kau Farid aku akan berusha menjadi insan yang baik untuk mendapat jodoh yang baik dan keturunan yang baik juga, InsyaAllah..doakan lah aku Farid.” kemudian mereka diam melayan fikiran masing-masing hinggalah sampai ke banglo Tengku Farid.

“Lim..aku rasa barang-barang tu biar dulu dalam kereta aku ni, nanti aku kemas sendiri. Kita bawa masuk barang-barabg anak aku saja. Kau tak payah kerjalah hari ini Lim, nanti aku cakap dengan grandpa aku mintakan cuti tampa rekod untuk engkau sebab kau uruskan hal aku”.

“Tak bolehlah Farid aku nak buat surat untuk engkau tu, lagi pun petang ni  ada orang nak jumpa aku, sepatutnya pagi tadi..tapi aku tukar petang ni.” inilah satu sikap Halim yang disukai oleh Tengku Farid..Halim tidak pernah mengambil kesempatan walaupun mereka bersahabat baik..dia jujur dalam menjalankan tugas, padanya tugas adalah amanah.

“Kalau macam tu lepas makan nanti baru kau pergi pejabat, kau cakap sekali dengan grandpa aku MC ya.”

“Ok juga tu Farid, tapi aku nak tenguk anak kau yang dua orang tu, aku tak pernah tenguk bayi tak cukup bulan, siapa nama anak kau tu.”.

“Yang dengan Diana namanya Muhamad Arif Daneal dan yang dengan Jannah namanya Nur Aisyah.”

“Wah..kau dah dapat sepasang Farid untungnya.”

Ketika keluar dari kereta, Tengku Farid berkata pada Halim..

“Boleh tak kau tolong baca selawat kemudian basuh tangan dan basuh muka kau dulu sebelum kau tenguk anak-anak aku.”

“Boleh..tapi kenapa Farid..kena basuh tangan dan basuh muka pulak.”

“Kata datuk dan nenek Jannah..kita ni tadi dari jalan-jalan yang kita tak tahu, kita tak nampak ada mahluk halus yang ikut kita menempel kat muka kita. Anak-anak kecil.. masih bersih lagi jadi dia akan nampak mahluk-mahluk halus ni..untuk megelakkan dia menempel kat muka kita..dan menyebabkan anak kita menangis bila melihat mereka.. jadi kita basuh lah muka dengan selawat sekali..InsyaAllah mahluk-mahluk halus tadi akan pergi dari mengikuti kita..aku bukan apa Lim  sebenarnya aku serik dengan anak menangis yang kita tak tahu hujung pangkal..tak tentu arah kita dibuatnya”.

“Ohh.. macam tu..banyak betul petua atuk dan nenek Jannah ye Farid.” Halim mengikuti segala arahan sahabatnya kerana sahabatnya juga melakulan perkara yang sama yaitu membasuh tangan dan mukanya. Sampai didepan pintu mereka memberi salam.

Tengku Farid mengangkat dua orang anaknya dibantu oleh Nur Jannah dan di letakkan di atas tilam bayi di ruang tamu, untuk ditunjukan kepada sahabatnya Halim. Halim sudah bersila mengadap anak-anak sahabatnya.

“Comelnya anak kau, dua-dua rupa macam kau Farid …ini mungkin yang tak cukup bulan ye..agak kecil sedikit ye Farid.”  Halim memandang muka Tengku Farid meneliti.

“Haa.. yang kecil molek ni anak dara aku tapi kata jururawat kalau kita rajin bagi susu boleh cepat besar.” Tengku Farid mengangkat anaknya Nur Aisyah lalu menciumnya.

“Aku nak cuba angkatlah ..ajarkan aku Farid.”

“Macam ni haaa kau angkat dan letakkan badan dia di lengan kau tu.” Tengku Farid mengajar sahabatnya.

“Ohh macam ni..” Halim mengangkat Arif pula dan mencium kedua belah pipi anak itu.

“Hmm.. wanginya..sedap betul bau dia, bau macam bersih…aku tak tahu lah tapi macam sedap bau dia.” kemudian Halim mencium lagi anak sahabatnya. Lalu dia berkata lagi

“Farid..aku rasa aku pun nak kahwin dan nak ada anak juga....Farid” Halim meluahkan hasratnya bersungguh-sungguh.

Ketika itu datuk Nur Jannah keluar berkenalan dengan sahabat Tengku Farid, Halim cepat-cepat hendak meletakkan Arif semula untuk bersalaman dengan datuk Ibrahim.

“Tak apa..tak apa… sapa nama kawan kamu ni.. Farid”

“Halim tuk..” Halim menjawab sendiri soalan yang di tujukan kepada Tengku Farid tadi.

“Ohh..kalau Halim nak khawin jarilah jodoh yang baik..biasanya jodoh yang baik akan meyenagkan hati kita.”

“Yang macam mana tu tuk adakah yang cantik atau pun yang kaya.”

“Kalau dapat yang macam tu elok juga ..tapi pada atuk kalau boleh jodoh kita, biarlah yang ada pegangan ugama..esok dialah yang lebih banyak mendidik anak-anak kita.. yang mendengar kata...ialah orang yang lembut hati..tak lah kita nanti asyik nak bergaduh saja sebab dia tak nak dengar cakap kita...bila kita suruh atau bila kita tegur. Dan yang cantik kat mata kita pun cukuplah..sebab kalau yang cantik sangat.. biasanya banyak peminat..dia mulalah sombong dengan kita, bila bergaduh sikit dia mula jual mahal dengan kita sebab selain kita banyak lagi yang nak kan dia kononnya, itu pendapat atuk .”

“Macam mana nak dapat jodoh yang baik tuk?”

“Macam ni..balik nanti selepas solat Magrib sembahyanglah sunat taubat dua rekaat..sungguh-sungguh minta ampun dengan Allah, lepas tu buat lah solat sunat hajat dua rekaat juga lepas tu mohonlah dengan segala kerendahan hati. Kalau tak sempat sebab waktu Isyak dah masuk, solatlah pagi nanti sebelum masuk waktu subuh sebab selepas solat subuh tak boleh solat sunat, InsyaAllah.. Allah akan tunaikan permintaan kita.. kalau kita minta dengan Dia, tapi jangan buat sekali saja dah mengharap buatlah selalu. Satu lagi ..kata orang kalau orang itu baik dia akan mendapat jodoh yang baik, jadi kita janganlah buat jahat atau pergi ketempat yang boleh dikatakan untuk tempat orang-orang jahat, nanti kita dapat orang yang macam tu juga”.

“Ohh.. macam tu tuk, tapi kalau kita dulu dah jahat, tapi rasanya dah nak jadi baik boleh ke Allah jadikan kita ni orang yang baik lagi tuk.”

“InsyaAllah boleh...sembahyanglah sunat taubat banyak-banyak kali, minta ampun sungguh-sungguh padaNya...kemudian jangan ulangi lagi perbuatan jahat kita tu..InsyaAllah.. Allah akan terima taubat kita..Allah itu kan Maha Pengasih, Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Halim, Farid...atuk ada dengar ceramah ugama dulu katanya sembahyang sunat Taubat ni afdal di lakukan diantara solat Mangrib dan solat Isyak... sebab ada riwayat mengatakan setelah Nabi Allah Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga kerana melanggar larangan Allah yaitu kerana memakan buah Kholdi mereka minta ampun dari Allah masa tulah.  Yaitu waktu selepas solat  Magrib  dan Isyak. Wallahualam.

Panjang lebar mereka berbual di ruang tamu. Rupanya datuk Ibrahim ni mudah mesra orangnya, tampa segan Halim bertanyakan itu dan ini kepada datuk Ibrahim yang peramah dan mudah mesra itu. Tengah hari itu mereka makan pukul dua belas tengahhari, nenek masak dalca, goring belada ikan kembung dan sayur kangkung goring belacan. (Masak dalca..masak kari kacang dal dimasak kari bersama terung, kacang panjang, kentang dan tomoto).

“Makanlah Lim jangan malu.” datuk Ibarahim berbasa basi kepada Halim.

“Takkk…lauk sedap macam ni mana boleh malu tuk, rugi saya nanti, kau makan bubur saja ke Farid.” Halim menegur bila dilihatnya sahabatnya itu hanya memakan bubur nasi sahaja, kerana terasa tekaknya pedih.

“Cuba kau makan bubur dengan sayur kangkung ni, jangan kau mintak buatkan lagi sudah, bukan ke ‘raja Cina’ dulu-dulu makan bubur dengan sayur kangkung, ni makanan raja-raja tahu.” berderai ketawa mereka bertiga bila Tengku Farid berkata begitu pada Halim, selesai makan Halim ke pejabat untuk memulakan kerjanya. Tengah hari itu juga dia menyiapkan surat yang sudah mereka bincang kan dalam kereta tadi.










Bab 33 Jangan ada rahsia




Angin turun bersama ribut,      
Melanda segala apa jua,
Kasih ibarat embun di rumput,  
 Datang panas keringlah ia.


                    Pagi itu apabila Nur Jannah hendak mengejutkan suami untuk solat subuh, terasa tangan  suaminya panas, bila ditekap tangannya kedahi suaminya dahi suaminya memang panas. Ketika itu suaminya sudah mula tersedar. Dia menggeliatkan bandanya yang terasa sakit-sakit diseluruh badan.  Rasaberdenyut-denyut dan berbahang.

“Badan abang panas...abang demam ke??”. NurJannnah bertanya bila melihat suaminya sudah memebuka mata.

“Ialah Jannah abang rasa nak demam... badan ni rasa tak selesa sangat ni.”

“Abang bangun dulu rihat kejap lepas tu mandi, kalau tak tahan mandi air sejuk mandi air panas nanti Jannah onkan heater.” Nur Jannah bangun menuju kebilik air. Tengku Farid pula duduk sambil memeluk kedua lututnya bila angin kipas menyentuh dirinya dia merasa begitu sejuk sekali.

“Jannah abang rasa sejuk ni.”

“Abang mandi air panas ye...Jannah dah onkan heater tu”.

Semasa suaminya mandi Nur Jannah ke dapur. Dia memasakkan bubur nasi untuk suaminya.

 “Jannah buat apa tu, dah nak buat sarapan ke?” dia ditegur oleh puan Zubaidah yang baru keluar dari biliknya.

“Tak nek, abang demam.. ni nak masak bubur nanti lepas solat bolehlah dia makan sebangai alas perut kemudian makan panadol sementara nak pergi klinik”.

“Biar nenek masakan”.

“Tak apalah nek ni Jannah masak pakai rice cooker nek”.

Nur Jannah memasak bubur menggunakan periuk eletrik sahaja. Dia ke bilik semula apabila terdengar rengekkan anaknya Arif minta disusukan, selepas menyusukan Arif, Nur Jannah menyusukan Aisyah pula, ketika itu suaminya sudah selesai solat subuh. Mungkin kerana badan tidak sihat dia terasa letih dan tidak bermaya, ingin baring semula.

“Abang bercadang  nak panggil Halim-lah Jannah, nak minta tolong hantarkan abang keklinik, kalau abang terlelap kejut ye. Abang nak call Halim sebelum pukul lapan...lambat nanti Halim dah pergi kerja pulak.”

“Baik lah bang ..tidurlah dulu nanti Jannah kejutkan.”  ralid suaminya memandang Nur Jannh membelai anak yang sedang menyusu. Kelihatanya ceria raut wajah isterinya ketika dia menyusukan anaknya  terdetik di hatinya ingin bertanya, kerana perwatakkan NurJannah dan Diana jauh berbeza pada pandangan mata Tengku Farid. Diana bagai rimas dengan kehadiran anaknya, ini terbukti dia tidak mahu tidur bersama anaknya apatah lagi menyusukan. Selama yang dia nampak, anaknya hanya tidur di bilik ibu mertuanya sahaja. Sedangkan Nur Jannah pula bagaikan sayang untuk tidur meninggalkan anaknya, lalu dia bersuara..

“Jannah...dari tadi abang tenguk Jannah asyik dengan anak saja, lepas Arif ni Aisyah pula Jannah tak jemu ke.. letih ke”.

“Entahlah bang ..Jannah rasa seronok pula penggang baby, bau dia Jannah suka, mungkin pertama kali Jannah pegang budak kecil agaknya. Cuba abang cium.. baunya lain dari yang lain sedap… macam tak puas nak cium saja.” Tengku Farid mencium anak-anaknya, dengan mata berkaca-kaca, dalam hatinya bersyukur dia di kurniakan isteri yang penyayang seperti Nur Jannah, masih ada tempat untuk anaknya Arif menumpang kasih ibu, walaupun bukan kasih ibu kandung. Makin bertambah kasih sayang Tengku Farid kepada isterinya yang bernama Nur Jannah.

Pagi itu Halim datang seperti yang diminta oleh Tengku Farid. Dia menghantar sahabatnya ke klinik.  Diklinik setelah di periksa oleh doktor Tengku Farid dinasihatkan agar berehat dengan betul, dia di beri cuti selama tiga hari,  dia demam kerana tak cukup rihat. Dalam kereta Tengku Farid memberitahu sahabatnya Halim tentang dia dan Diana.

“Lim, aku dah bercerai dengan Diana malam tadi…aku sekarang ni macam tak boleh nak berfikir”.

“Kenapa sampai kau bercerai Farid.” terkejut Halim mendengar apa yang di sampaikan oleh sahabatnya itu.
“Entahlah.“ sedeh terbunyi suara Tengku Farid.

“Kenapa kau mengeluh macam berat saja bunyinya.. kau rasa menyesal ke..tapi kalau kau masih sayang kau boleh rujuk dengan dia.?”

“Sayang ke tak  sayang ke, perkara dah berlaku. Dia yang minta Lim, dia macam dah tak sabar-sabar…tak sempat aku nak bagi alasan kenapa aku tak call dia dan tak balik, dia dah terjerit-jerit minta di ceraikan. Dia tak ada langsung rasa nak bertolak ansur dengan aku Lim”.

“Kau masih sayang kat dia Farid?”

“Bukan pasal sayang atau tak, aku cakap ni tapi aku nak kau bagi candangan bila agaknya boleh aku ke pejabat kadi nak sahkan perceraian aku”.

“Kat mana kau lafaz cerai??”

“Kat kondo aku malam tadi.”

“Ohh..Jadi kau nak suruh aku buat apa?”.

“Sebelum aku kepajabat khadi aku nak minta tolong kau buatkan surat 1. aku nak buat surat mengatakan yang anak aku dengan dia, tidak boleh di bawa kerumahnya sampai umur anak aku tu 15 tahun.
“Ehh..lama tu Farid habis macam mana dia nak tenguk anak dia.”

“Aku tak sekejam tu Lim, bukan tak boleh tenguk langsung, dia boleh tenguk anak dia kat rumah aku..kalau dia nak tenguk bila-bila masa dia boleh datang.”

“Ohh..ok juga macam tu...walau kita suami isteri bergaduh..tapi jangan pisahkan kasih ibu atau bapa  dengan anaknya, betul tak Farid.”

“ Emm.betullah tu no. 2.Aku nak tukar nama kondo aku tu ke atas nama dia, jadi bila agaknya boleh aku pergi kepejabat kadi nak sahkan perceraian aku tu...Lim”.

“Betul-betul ke kau nak bercerai ni, lagi satu kalau dia berkeras nak jaga anak engkau dengan dia macam mana??”  Halim bertanya meminta kepastian, bukan itu sahaja tapi Halim bagai tidak percaya apa yang didengarnya tadi. Dahulu ketika mereka masih belajar diluar negara mereka terkenal pasangan yang sungguh ‘loving and carring‘  dan pasangan belangkas yang tidak boleh dipisahkan oleh rakan-rakan pelajar.

“Bukan nak bercerai, aku sudah bercerai aku dah lafazkan cerai malam tadi dengan talak tiga.”

“Sekali tiga kau jatuhkan..tak ada harapanlah kau nak rujuk balik Farid”.

 “Dia yang minta Lim. Bukan sekali dia berkali-kali dan terjerit-jerit minta aku jatuhkan talak tiga untuk dia... dan malam tadi juga dia dah suruh aku bawa anak aku tu  sekali. Dia kata kalau dia dah bencikan aku, anak aku pun dia benci juga, dia kata lagi aku dan anak aku tu menyusahkan dia.”

“Masyaallah kesianya kau..kesianya anak kau kecil-kecil lagi dah jauh dari mama dia..Farid. “

“Entahlah Lim mungkin dah nasib anak aku macam tu aku kena terima, mungkin juga ada hikmahnya disebalik semua ini terjadi. Pernah Jannah cakap dengan aku dulu kadang-kadang yang pahit kita rasa sekarang mungkin ada manisnya dikemudian hari..tapi kita kena sabar...aku berserah saja pada Allah.”  terdengar sayu suara Tengku Farid menuturkan.  

“Ialah Farid kau kena banyak bersabar...ini ujian Allah..Kalau ada apa-apa kau minta tolong cakaplah dengan aku InsyaAllah kalau aku boleh tolong aku tolong”. Halim turut simpati diatas nasib yang menimpa sahabat dan anaknya.

“Terima kasih Lim..aku memang banyak nak minta tolong pada kau”.

“Tak apa cakaplah.. ini masa kau Farid..Ohh berkenaan cerai tu Farid...yang aku tahu.. sebaiknya lafaz cerai ni di pejabat kadi tapi kalau kau dah lafaz kat rumah, baik cepat-cepat pergi kalau terjadi apa-apa nanti kau juga yang berdosa..berkenaan surat yang kau nak tu, tolong kau drafkan surat macamana yang kau nak, nanti boleh aku buat kat office hari ini, tapi pasal kondo tu kita uruskan masa kau dah sihat esok..Diana tetap duduk situkan walau kau dan ceraikan diakan”.

“Ok.. nanti aku buat, lepas tu kau siapkan surat tu hari ini ye, esok aku cadang nak ajak Diana pergi pejabat kadi. Aku mintak tolong kau lagi ni...temankan aku kekondo aku sekarang ni, aku nak ambil barang-barang aku dan nak serahkan kunci kondo ni sekali, ada apa-apa hal susah pulak aku, satu lagi Lim tolong rahsiakan dulu perkara ini dari sesiapa pun walaupun dengan  Jannah dan datuk aku ye”.

“Farid..kenapa kau tak mahu diaorang tahu?”

“Nantilah pada waktu yang sesuai aku akan bagi tahu..sekarang ni aku tak bersedia lagi nak menjawab soalan yang akan keluar dari mulut diaorang nanti.”

              Bertemankan Halim, Tengku Farid ke kondonya. Sampai sahaja di depan pintu Tengku Farid membuka pintu kondonya dan memberi salam tetapi dia tidak masuk, lama juga mereka menunggu Diana tidak muncul-muncul di depan pintu. Hingga berkali-kali Tengku Farid  memberi salam, barulah bekas ibu mertuanya muncul dari dalam biliknya dan menuju keruang tamu..

“Haa.. lu nak apa?” pelat Cina kedengaran bila dia menyapa, bengis sahaja wajahnya.

“Mommy izinkan saya masuk, nak ambil barang-barang saya dan nak berbincang dengan Diana.” Mommy Diana berlalu masuk ke bilik anaknya, tidak lama kemudian Diana muncul dengan muka baru bangun tidurnya.

‘Macamanalah boleh aku jatuh cinta dengan dia ni dulu, kalau muka dia tak bermake-up nampak macam orang lain juga tak cantik manapun.. malah cantik lagi hantu dalam hutan, hai kau pernah nampak hantu dalam hutan ke Farid oii.’ Tengku Farid berkata-kata dalam hatinya. Dia tersenyum dengan kelakarnya sendiri sambil  memandang Diana.

“You nak bincang apa, kalau kata nak balik hidup macam dulu dengan I sorry.” sombong Diana menutur kan seandainya bekas suaminya ingin rujuk kembali padanya.

“Tak I tak terfikir pun macam tu....sebelum you kembali semula bekerja baik kita selesaikan masaalah kita di pejabat kadi, kalau you dah kerja nanti susah nak ambil cuti, jadi  I candangkan esok kita ke pejabat kadi mengesahkan perceraian kita, you call I bila you dah siap.”

“Ok I tak kisah, I akan call you bila I dah siap esok.” setuju Diana tampa banyak soal.

“Hari ni I nak mintak izin you masuk bilik, I nak ambil barang-barang I dan you tolong siapkan barang-barang  Ariff I nak ambil hari ini juga, you tak kisah kan kalau Halim masuk tolong I kemas barang I dalam bilik you.”


“Ok I tak kisah masuklah.” Tengku Farid di bantu Halim megemaskan baju dan barangnya. Setelah selesai mereka keluar, di lihat di ruang tamu juga sudah tersedia barang-barang kepunyaan Ariff di dalam sebuah beg plastik. Diana dan mommynya duduk di sofa ruang tamu dengan wajah yang tak berperasaan sambil duduk berpeluk tubuh.

“Sebelum I pergi, I nak minta maaf jika ada kesalahan I dengan you semasa kita jadi suami isteri. Mommy saya juga minta maaf sekiran saya ada menyinggung perasaan mommy sepanjang saya menjadi menantu dan ini  saya serahkan kunci rumah yang ada pada saya.” sambil Tengku Farid memandang kepada bekas ibu mertuanya kemudian dan meletakkan kunci rumah di atas meja kopi di hadapan Diana.. pandangan matanya terarah kepadanya lama.

“Baiklah.” sepatah yang terkeluar dari mulut bekas ibu mertuanya dengan wajah masam memuncung dan Diana pula selamba bagai orang tak pernah mesra antara satu sama lain, dia enggan memandang wajah bekas suaminya walaupun bekas suaminya memandangnya lama.