~Siapa Ikut Blog Ni~

Pages

Wednesday, 28 January 2015

Nur Hidayah 10




“Mungkin juga.  Sebab sampai mama melahirkan Dayah, dia tak cari mama pun. Mama ditinggalkan dengan segala kerugian. Musnah masa depan..dihina lagi.   (Syarifah Jamilah menunduk, merasakan pedih hatinya yang terhiris bila membuka sejarah lama tentang dirinya.Kemudian dia menyambung hikayatnya agar anaknya tahu)  Mana tak rugi.. Kerana kesilapan mama, mama dicemuh rakan sekeliling, kaum keluarga dan kemudian mama dibuang Universiti, mama dah ditahun tiga masa tu. Arwah atuk pun meninggalk kerana mama...menangis air mata darah pun tak guna. Betul kata pepatah terlajak perahu boleh diundur.. terlajak kata boleh minta maaf, terlajak perbuatan tanggunglah sendiri.. mama sendirian yang menaggungnya Dayah.Dia hilang tampa khabar berita.”


Nur Hidayah mendengar cerita mama. Hatinya pedih kini tahulah dirinya mengapa ahli keluarga dan neneknya tidak menyukai dirinya, rupanya dia anak tidak sah taraf atau dengan kata lain dia luar nikah. Sungguh sampai hati lelaki yang menyebabkan dirinya lahir tetapi tidak  bertanggung jawab selepas kelahiranya. Malah membiarkan diri dan mamanya terkontang kanteng mencari hidup dengan dikelilingi oleh kebencian dan kehinaan kaum keluarga dan masyarakat. Kini sekali lagi dia diduga, ada seorang lelaki yang baik mahu menjadi imamanya.. mahu sama berganding bahu dalam susah dan senang, bantu membantu hidup didunia namun dihalang oleh emaknya kerana status dirinya. Hinanya menjadi anak tak sah taraf. Nak sebut pun malu. Sememangnya mak longnya tidak pernah sudi untuk mengutip dirinya sebagai menantu. Dia akur akan menghindar diri dari Syed Borhan.


“Melihat penerimaan nenek dan adik-beradik mama masa itu..mama nekad, mama harus kuat mencari kehidupan sendiri. Kalau mama tak berusha memajukan diri mama, sampai bila-bila mama dan Dayah akan terus dihina. Mama memohon untuk masuk kekolej kejururawatan swasta..lepas pantang sahaja mama kuatkan semangat tinggalkan Dayah dengan nenek, mama belajar dikolej kejurawatan selama tiga tahu. Mama dapat tajaan hospital Pakar Seremban. Alhamdullilah dengan rezeki Allah, tamat mama belajar, mama terus kerja diHospital itu. Yang mama fikir masa tu..mama wajib membesarkan Dayah dengan sempurna. Dengan duit gaji mama kita hidup sekarang Dayah.Sekarang mama berharap dengan Dayah jangan ulangi kesilapan mama. Padahnya seluruh keluarga menaggung malu..sengsaranya mama tanggung seumur hidup mama Dayah... sekarang ni mama nak cari pasangan pun susah,”.

“Tak  ada yang nak kan mama..mamakan cantik”. Sememagnya Syarifah Jamilah cantik ..secantik erti namanya Jamilah bererti cantik..Hidungnya mancung matanya bulat, mulut comel, bulu matanya lentik dan berkening tebal.Orangnya tinggilampai dan bertubuh rincing.Diamemang seorang wanita yang sempurna pada fizikalnya,  tingkahnya juga sopan dan pertuturanya  lemah lembut..tapi entah dimana silapnya  dia tersalah memilih jalan. Akhirmnya segala kebaikkan pada dirinya  sirna dek perbuatanyanya sendiri.

“Bukan tak ada yang Tanya mama..tapi bila mama kata mama ada seorang anak luar nikah..hasrat hati mereka jadi terbantut. Kalau pun ada yang bersungguh-sungguh dan boleh menerima Dayah..tapi bila sampai kepengetahun keluarga mereka sekali lagi mama ditolak. Tak ada siapa yang nak terima mama yang dah ternoda ni Dayah.Ingat Dayah dalam hidup ni kalau dah sekali tersilap dan tergadai maruah memang tak boleh nak undur balik.Jadi ingat sentiasalah berwaspada junjung maruah di tangga paling atas.Itu sebab nya Allah mewajibkan setiap wanita berhijab supaya kita dapat melindungi maruah kita.”

Syarifah Jamilah mencerita kisah dirinya supaya menjadi pengajaran kepada anak gadisnya yang sedang meningkat remaja.Dia mengharapkan kesilapan tidak diulangi oleh anaknya.Bukan sahaja dosa tetapi kehinaan didunia yang diterima. Mampukah kehinaan itu dihapuskan tetapi seperti MUSTAHIL.Bukan dia sahaja yang dipandang hina malah anaknya juga menerima kehinaan itu.Syarifah Jamilah sungguh menyesal dengan kisah lampaunya.

Nur Hidayah tersedar dari cerita mamanya suatu ketika dulu, bila laungan azan magrib menerobos masuk ketelinganya. Dia bangun membersihkan diri dan mengambil wuduk. Selesai solat Magrib dia berdoa panjang memohon pada yang Maha Esa supaya dapat dia memecahkan kebuntuannya, mencari kerja dan mencari tempat tinggal jauh dari Seremban. Usai doa pintu biliknya diketuk dari luar. Dia tahu tentu nenek Enon mengajaknya makan malam bersama dengan lauk yang dibawanya dari rumah mak cik Nora tadi. Ketika di meja makan ..sambil makan mereka berbual-bual.

“Tadi ada orang cari Dayah..Nenek cakap Dayah tengah tolong orang masak kat rumah makcik Nora..ada dia jumpa Dayah kat rumah Nora.”

“Ada nek..itu mak long Dayah dari Jelebu”.

“Ohh..dia  nak ajak Dayah balik ke Jelebu ke”.

“Taak..dia suruh Dayah pergi jauh dari Seremban, sebab dia tak mahu anak dia jumpa Dayah lagi. Dia tak mahu Dayah jadi isteri anak dia..kawin sepupu tak elok katanya.”.

“Apa yang dia suruh Dayah yang pergi pula suruhlah anaknya jangan kacau Dayah. Anak dia tu lelaki campak dalam hutan pun tak jadi apa.Dayah kan perempuan..dah ada tempat elok macam ni suruh Dayah keluar pula. Siapa anak dia tu..ada ke pemuda yang abang sepupu Dayah hari tu”.

“Haah dialah nama dia Syed Borhan”.

“Ohh keturunan Syed..jadi emak Dayah Syarifahlah ye..kawin orang biasa tu yang nama Dayah tak ada Syarifah”.

“Kamu tak suka ke dengan abang sepupu kamu tu”.

“Suka.. mana tak suka orang nya baik”.

“Ialah Dayah yang nenek tenguk orangnya dahlah baik kata Dayah kemudian hensom pula tu”.

“Kawin sahajalah dengan dia..lepas tu jangan balik kampong..tak kan mak lopng Dayah nak serang anak dia pula. Seorang ibu ni kalau dah lahir seorang cucu nanti hatinya akan sejuk Dayah. Lama-lama tentu Dayah diterima jadi menantu dia”

“Tak mau lah nek, Dayah ni dah tak ada mak..kalau Dayah nak kahwin Dayah nak mak mertua suka Dayah, nanti bersalin ada yang jaga kita dalam pantang. Lagi pun Dayah nak sayang mak mertua. Kan emak mertua mak kita juga. Kalau balik raya seronok berkumpul ramai-ramai. Dayah dah lah tak ada adik-beradik. Lagi pun Dayah nak anak-anak Dayah merasa kasih sayang seorang nenek,  nek. Kalau mak long dah tak suka nak terima Dayah jadi menantu, Dayah tak akan terhegeh-hegeh minta dikasihi. Dayah kena keluar dari Seremban ni. Sebab abang sepupu Dayah tu memang suka pada Dayah. Dayah tak mahu kerana Dayah mereka anak-beranak  bergaduh. Biarlah Dayah yang pergi.”

“Habis dia tentu abang sepupu kamu kecewa bila kamu taka da lagi kat sini”.

“Biarlah dia, dia kacak tentu ramai gadis yang nak dengan dia. Dayah tak nak dia serba salah antara sayang Dayah dengan sayang ibu dia dan Dayah tak nak dia jadi anak yang tak dengar kata ibu dia kerana Dayah. Hilang isteri boleh dicari ganti, hilang emak mana nak cari betul kan nek atuk. Kita hanya ada seorang ibu dalam dunia ni.”.


“Habis kamu nak pergi mana?”


“Entahlah tuk Dayah ni tak ada kawan rapat. Masa kat Universiti dulu Dayah kawan gitu-gitu sahaja dengan diorang. Dulu kawan sebilik Dayah ambil  kursus yang berlainan, jarang dapat dudu sama-sama jadi kami tak rapat sangat”.

"Cuba kamu cari kerja kat Kuala Lumpur..kat sana tentu banyak keja. Kerja kat supermarket pun boleh buat sementara, sebagai batu lancatan kata orang tu. Nanti kalau dah kenal orang barulah Dayah tunjukkan sijil Ijazah akuntan Dayah tu, tentu ada syarikat yang nak pakai akauntan. Kat sini susah juga nak jadi akauntan kalau tak ada orang yang kenal”.

“Dayah ingat macam tu juga, tapi kat Kuala Lumpur tu Dayah tak ada kawan..nak menumpang sementara”.


“Kalau Dayah tak kisah, ada sorang  kawan surau atuk katanya anaknya duduk kat Kuala Lumpur. Rasanya anaknya tu belum kahwin lagi, tentu dia duduk rumah sewa beramai-ramai. Nanti Isyak atuk pergi surau tanyakan.  Dia selalu kesurau dengan atuk”.Nur Hidayah mengharapkan janji atuk Hakimi. Mencarikannya peluang dirinya bertapak  diKuala Lumpur.

“Anak siapa atuknya”.

“Anak Haji Lias..yang pergi haji dengan kita dulu tu. Dia duduk Lorong Kencana 3”.

“Ohh ialah kita mulanya tak kenal, bila kat Madinah cakap-cakap rupanya mereka satu taman dengan kita, dia duduk lorong Kencana 3, jalan lurus kebawah bukit, kita duduk lorong Kencana 5, jalan belok atas bukit. Ehh tahun lepas kita pergi anak dia kahwin kan”.

“Haah betullah tu..yang kawin tu anak nya yang sulong. Anak dia ada tiga sahaja, yang kedua lelaki duduk Serawak pensyarah katanya dah kahwin pun dengan orang Sarawak. Ini  yang bungsu kerja kat  KL, katanya anak bungsunya ni kerja kerani di Jabatan kerajaan.”

“Elok lah tu bang..nanti kalau murah rezeki Dayah dapat juga kerja dengan kerajaan Dayah”.

“Amin…terima kasih nek doakan Dayah murah rezeki”.Selesai makan Haji Hakimi dan Hajjah Enon bersiap mahu kesurau, mengerjakan solat Isyak berjemaah bersama teman-teman mereka.

Malam itu Nur Hidayah  duduk diruang tamu menantikan atuk  dan nenek pulang dari surau taman mereka. Matanya tidak boleh terlelap mengenangkan berita yang bakal dibawa oleh atuk Hakiminya.

Nur Hidayah membuka pintu utama bila mendengar sebuah motorsikal berhenti dihadapan rumah atuknya. Dia tahu pasangan datuk Hakimi dan Hajjah Enon sudah pulang dari surau. Kemudian kedengaran suara atuk dan nenek berpadu mengucapkan salam.

“Tak tidur lagi Dayah”.

“Belum atuk, nenek..nak dengar cerita yang atuk bawa.Ada ke kawan atuk tu di surau tadi”.

“Ada..dia kata anaknya mungkin balik hari Sabtu ni..Karang nenek temankan Dayah jumpa dengan anak Haji Lias tu ye neneknya”.

“Boleh..Dayah punya pasal nenek mesti boleh punya”.Lapang dada Nur Hidayah mendengar jawapan datuk dan neneknya.

Setelah berjumpa dengan anak kawah atuk Hakimi, dia sudi menumpangkan Nur Hidayah dirumah sewanya sementara dia mendapat kerja. Seminggu sebelum dia ke Kuala Lumpur Nur Hidyah memberi tahu majikannya mak cik Nora tentang dirinya mahu berhenti  kerja..  Sedeh mak cik Nora melepaskan pekerja nya yang rajin dan yang paling lama bekerja denganya. Nur Hidayah sudah bekerja setahun lima bulan dengan nya.

Untuk sementara waktu mencari kerja yang lebih sesuai, Nur Hidayah bekerja disebuah stesyen minyak di jalan Maarof Bangsar.  Baru dua minggu dia bekerja disitu stesyen minyaknya pula dicerobah. Habis pecah pintu kedai bila penceroboh menghentamnya dengan penukul besi. Yang dia sangat bersyukur bukan dia yang bekerja malam itu. Kata kawan yang bertugas, kejadian itu berlaku pada kira-kira pukul 4 pagi. Dua orang yang menaiki kereta proton saga berhenti berpura-pura mahu membeli barangan didalam permis, namun tidak diendahkan oleh pekerja yang bertugas. Kerana itu sudah menjadi peraturan, barangan didalam permis hanya boleh dibeli sehingga pukul  11 malam sahaja dan akan dibuka semula pada pukul 7 pagi. Bila pintu tidak dibuka mereka jadi berang dan mula menghentam pintu kaca permis tersebut dengan penukul besi yang besar. Alhamdullilah ketika kejadian sebuah kereta peronda polis melalui kawasan tersebut. Kedua-dua pencerobah sempat melarikan diri sebelum sempat mengambil duit dan barangan berharga yang lain. Namun pintu permis sudah hancur berderai dek hentaman penukul besi.

Sudah dua tiga kali Halim dilayani oleh seorang pekerja perempuan yang sama bila Halim mengisi minyak. Halim rasa tertarik dengan penampilan pekerja perempuan itu. Rasanya pekerja perempuan itu pekerja baru, sebab sudah lama dia mengisi minyak distesyen itu hanya baru-baru ni sahaja wajah lain yang melayani dia dikaunter pembayaran. Orangnya kelihatan lebut dan bersopan  bila melayani pelanggan. Tidak bermekap dan bertudung .. Melihat pintu cermin depan permis pecah Halim bertanya sengaja dia meramahkan diri mahu bertanya kepada sigadis.

“Kenapa pintu tu pecah dik”.

“Malam semalam kami kena rompak”.

“Adik ke yang kerja malam tu”.

“Alhamdulillah bukan.. Malam tu Amir yang kerja”.

“Penceroboh tu berapa orang..nampak orang apa yang merompak tu”.

“Entah kata Amir dua orang tapi kepala mereka pakai sarung kaki jadi tak berapa cam orang apa..kulitnya pun tak pasti sebab pagi sangat masa kejadian tu”.

“Emm bahaya juga kerja kat pam minyak ni kan.. Adik nak kerja, saya ni kerja disebuah hotel. Hotel tu nak pakai pekerja pemnemas bilik kalau adik nak esok bagi saya resume adik atau sekurang-kurangnya salinan kad pengenalan. Nanti boleh saya bagi pada bos saya tu, kalau dia nak ambil adik jadi pekerjanya”.

“Nak kelulusan juga ke kerja kat hotel encik”.

“Yang saya nak kan resume sebab ada dua jawatan kosong kat hotel kami tu. Tapi yang banyak pengemas biliklah, hanya satu sahaja jawatan kosong untuk penolong akautan.Saya nakkan salinan kad pengenalan sebab bos saya tu nakkan pekerjanya orang temapatan sahaja.. Cubalah kerja kat hotel kami, In Syaa Allah tempat tu dijamin selamat dari segi keganasan.”.

Seperti yang dijanjikan keeokkan harinya Nur Hidayah menghulurkan satu set rezumenya ketangan Halim yang mengisi minyak. Tidak sempat sampai kepejabat lagi Halim sudah membuka dan melihat isi kandungan sampul surat besar yang dihulur oleh Nur Hidayah. Setelah tanki minyaknya penuh Halim mencari ruang untuk memakirkan keretanya sementara dia mahu berjumpa Nur Hidayh untuk meminta nombor talifon.

“Ehh awak ada ijazah Akautan..kenapa kerja kat sini..ikut tahun ni awak  dah dekat dua tahun awak grad. Awak tak minta kerja ke”.

“Dah minta encik,  tapi tak ada rezeki lagi”. Sopan sahaja Nur Hidayah menjawab.

“Ok..Saya bawa resume  awak ni, saya nak tanya bos saya dulu, kalau dia kata ok, boleh awak datang hotel kami esok pagi. Boleh saya tahu nombor telefon awak, nanti senang saya bagi tahu”.

“Saya bagi nombor telefon stesen minyak ni boleh”.

“Ok,  boleh lah”. Pancingan hali yang pertama gagal bila Nur Hidayah tidak memberi  nombor telefon tanganya. Emm  Nampak polos tapi sangat mempunyai sifat berwaspada.
Murah rezeki Nur Hidayah.  Dia diterima bekerja di Hotel Impian sebagai pembantu akauntan. Dan yang menjadi ketuanya adalah Halim sendiri. Perancang mereka… Mereka mahu melatih Nur Hidayah untuk mengantikan Haklim yang tidak lama lagi akan diahatar ke Penang kerana menguruskan sebuah lagi Hotel Impian yang baru dibuka disana. Bermulalah Nur Hidayah bekerja di hotel pula.

                      Masa yang berganti tidak disedari tak disedari sudah dua tahun dia bekerja dihotel. Gajinya tentulah mengikut tangga gaji siswazah malah dia sudah pun menerima dua kali kenaikkan  gajinya ditambah lagi gaji menaggung kerja. Sekarang ini Nur Hidayah terpaksa melakukan dua tugas. Tugas sebagai akuantan dan tugas sebagai Pembantu Peribadi kepada cucu pemilik Hotel Tengku Faizal yang bernama Tengku Farid Izzudin.Dia juga sudah lama berpindah rumah dari menumpang dirumah sewa anak kawan surau atuk Hakiminya. Dia kini duduk dirumah sewanya sendiri bersama dua orang  kawan  satu pejabat dengannya dikampung Pandan, sebuah apartmen yang mempunyai  tiga bilik..

                       Rezekinya  datang bergolek lagi, bila hamper dua tahun dia menyewa, tuan rumah yang menyewakan apartmean mahu menjualnya. Kerana dia mahukan tambahan duit untuk membeli sebuah rumah yang lebih baik dan lebih besar lagi dari rumah yang sedia ada, tetapi yang paling penting dia mahu sebuah rumah teres.  Rumah yang membolehkan anak-anak nya bermain dengan bebas dikawasan rumah. Nur Hidayah membeli dengan duit simpanan mamanya. 

                Jika dikira Nur Hidayah sudah mempunyai keperluan kehidupan yang lengkap. Dia sudah mempunyai pendapatan tetap yang baik, sudah memiliki sebuah apartment untuk dia berteduh dan berlindung dan sebuah kereta KELISA milik mamanya dulu untuk memudahkan dia bergerak. Biar pun semuanya tidak lah sehebat mana, namun sudah memadai untuk dirinya sebagai  seorang wanita bujang. Dia sudah tidak perlu bergantung pada sesiapa lagi.

                        Kehidupannya tenang tiada lagi masaalah yang membelunggu dirinya. Tentang mak long nya juga Nur Hidayah juga tidak terfikirkan lagi. Hanya sesekalai SMS atau pun panggilan dari Syend Berohan yang menyapa dirinya, tetapi itu dia tidak ambil endah.  Tidak pernah dia membalas atau mengambil apa-apa panggilan dari pemuda kacak yang bernama Syed Borhan. Pada Hidayah dia mahu menghindarkan diri apa-apa berkaitan dengan mak longnya. Untuk apa dia menyuburkan rasa kasih jika dia tahu dirinya tidak pernah akan diterima oleh mak long. Dia berdoa semoga abang sepupunya mendapat seorang wanita yang lebih baik dari dirinya.

            Di tempat kerja juga dia tidak menghadapai apa-apa  masaalah. Malah dia  rasa gembira menjalankan tugas yang sangat diminati Akauntan, hari-hari bergelumang dengan nombor. Tetapi semalam pemilik  tempatnya bekerja meminta bantuan darinya. Dia mahu dirinya menjadi PA sementara untuk cucu nya tunggalnya yang bernama Tengku Farid Izuddin..

“Nur Hidayah I  minta tolong sangat pada you. Farid sekarang ni dah patah kaki.”.

“Haa kenapa dato' dia terjatuh ke..atau kemalangan”.

“Nauzubillah..janganlah didoakan dia macam tu..Dia bukan patah kaki yang sebetulnya hanya kata bidalan sahaja..”.

“Ohh kenapanya ye..  dato’ apa yang boleh saya boleh tolong”.

“I minta you jadi PA dia sementara sahaja. Norkiah berhenti tiba-tiba.. Semalam dengan menangis-nangis dia minta maaf kerana berhenti mengejut. Ada hal keluarga yang tak dapat dielakkan katanya. Farid pula sekarang tengah sibuk sangat isterinya tengah sarat pula tu..ni masuk anak yang keempat..tinggal tunggu hari. Dia bimbang sangat, sampai  kerja pun tak boleh nak focus. Banyak kerjanya yang terbengkalai”.

“Kenapa dia jadi macam tu, ada penah terjadi perkara buruk masa isterinya mengandung ke dato’”.

“Dulu masa anak perempaun dia lahir tak cukup bulan. Masa tu dia tak ada kat rumah, isterinya sakit sorang-sorang. Dia selalu memikirkan kalau apa-apa terjadi pada isterinya tentu dia tak dapat memaafkan dirinya. Sekarang ni asal telefon berbunyi dia terperanjat..asal telefonnya berbunyi dia terperanjat. Entah lah Farisd ni tiap kali bini mengandung dia pula yang bimbang tak tentu pasal, bukan baru sekali Jannah bersalan, dah nak masuk anak yang ketiga dah masih fobia tak hilang-hilang. Dia betul-betul perlukan PA nak bantu kerja-kerja dia. Pada I hanya you sahaja yang layak. Boleh ye Hidayah.”.

“Emmm…”

“Boleh lah..pasal gaji nanti I bayar dua gaji..you jangan bimnbang”.

“Bukan pasal gaji dato’ yang saya bimbangkan..saya tak pernah jadi PA ni, tak ada pengalaman takut saya buat silap nanti. PA ni banyak berhubung dengan pelangan kan dato’..takut kesilapan saya pelanggan lari pula.”.

“ You cuba sebulan dulu.. Tapi I  percaya you boleh buat, kalau ada apa-apa masaalah you tanya Asmah PA I tu. Dia tu PA I yang paling I suka dan paling lama dia jadi PA I.I panggil dia sekarang, suruh ajar you.” Terus sahaja tangan Tengku Faizal menekan butang intercom untuk memanggil PA nya di luar bilik.

“tapi  boleh ke saya buat dua kerja dalam satu masa dato’”

“In Syaa Allah boleh..you hanya tolong kerja Farid sahaja. Jadual tugas Farid akan dipantau oleh Nur Fatihah..pembantu PA dia tu.”

“Kenapa dato’ tak jadikan Nur Fatihah PA Tengku, dato’”.

“I dah tanya dia.. dia kata dia tak yakin..dia pun baru masukkan. Itulah tujuan I suruh you duduk jadi PA Farid, nanti sikit-sikit you ajar Fatihah tu cara-cara bercakap dengan pelanggan ajarkan dia bahasa Inggeris.” Nur Fatihah baru setahun bekerja di holtel milik Tengku Faizal. Dia hanya bekelulusan SPM sahaja. Dia bekerja sebagai pembantu kepada PA Tengku Farid yang berhenti mengejut.

“Kalau dah macam tu kata dato’..boleh lah. Bila saya nak mulakan tugas jadi PA Tengku ni dato’”.

“Minggu depan, you selesaikan dulu kerja you..kemudian bolehlah mulakan kerja dengan Farid pula. Tapi kerja you jangan you serahkan pada orang lain. I nak you yang uruskan hal-hal Akaun syarikat kita.”

Bermulalah Nur Hidayah melakukan dua tugas dalam satu masa.


Lepas ni mungkin tersangkut-sangkut sikit..sebab tak siap lagi sorry.



Tuesday, 27 January 2015

Nur Hidayah 9



Dua hari kemudian Syarifah Aminah dan anak keduanya menghantar Syed Borhan kelapangan terbang KLIA untuk dia pulang semula ke Kota Kinabalu dan seterusnya kekapal tenpat dia bertugas.  Dalam perjalanan pulang dia meminta anak keduanya singgah  di Seremban,  tujuanya mahu singgah ditempat Nur Hidayah bekerja. Segala maklumat tentang tempat Nur Hidayah tinggal sudah diperolehi dari Makcik Nora majikan Nur Hidayah.Sebelum mereka pulang dari rumah kenduri kahwin saudara sebelah arwah suaminya Syarifah Aminah sudah meminta kad perniagaannya syarikay catering dimana Nur Hidayah bekerja. Sekali lagi Nur Hidayah terkejut dengan kehadiran Syarifah Aminah dan Syed Bukhari, di depanpintu rumah majikannya. Ketika dia dipanggil mengatakan ada orang yang mahu berjumpanya oleh pekerja makcik Nora  Nur Hidayah sedang menolong para tukang memasak menyediakan masakan untuk tempahan. Melihat kemunculan emak saudaranya Nur Hidayah sudah dapat menjangkakan apakah tujuan dia datang menenuinya.

Sibuk Makcik Nora meyuruh Syarifah Aminah masuk kerumahnya..namun ditolak dengan baik.

“Assalamualaikum..ini rumah Makcik Nora tu ke..saya ni mak long Hidayah. Dia ada ke, tadi saya pergi rumah yang dia sewa, dia kata Hidayah tengah kerja”.

“Ohh inilah mak long Hidayah yang call tanya almat rumah hari tu. Masuklah puan… puan nak jumpa Dayah ye nanti saya panggilkan dia”.Setelah Nur Hidayah muncul dari ruang dapur terus dia menemui maklongnya yang masih duduk diberanda rumah majikannya.Salam di beri dan dihulur..

“Dayah apa kahbar”.

“Khabar baik”.

“Hari tu along ada jumpa Dayah ke?”Soal Syarifah Aminah memulakan siasatanya.

“Ada..”.
“Dia cakap apa kat Dayah”.

“Tak cakap apa,  hanya dia nak tolong Dayah cari kerja”.

“Oh..” Ertinya akan ada lagi pertemuan seterusnya detik hati Syarifah Aminah..

“Dayah!! Rasanya Dayah boleh tahu apa tujuan mak long datang jumpa Dayah ni kan. Tapi untuk lebih jelas lagi..mak long cakaplah. Mak long minta tolong Dayah pindah dari sini cari kerja lain. Pergilah jauh sikit dari Seremban ni..supaya tak terserempak dengan along lagi”.

“Mak long kemana lagi Dayah nak pergi.Dayah bukan ada kawan.Dayah pun tak ada saudara selain adik-beradik mak long dan mak long sekeluarga.Hanya kat sini Dayah ada kenalan”.

“Itu mak long tak kira..Dayah mesti pergi dari sini juga sebelum along balik cuti bulan depan. Ni mak long baru balik hantar dia ke KLIA”.

“Tapi Dayah nak pergi mana mak long”.

“Kalau Dayah tak nak pergi dari sini mak long akan cakap dengan Puan Nora tu siapa Dayah sebenarnya”.

“Sampainya hati mak long buat Dayah macam ni..mak long tak pernah fikir keselamatan Dayah”.

“Mak long terpaksa sampai hati Dayah. Biar Dayah susah sekarang dari esok-esok mak long  yang susah. Sekarang Dayah hanya  bawa diri Dayah sahaja. Esok-esok ..akan berderet yang akan mengekor  kamu. Lagi susah dan lagi sampai hati  mak longbuat Dayah. Bab  keselamatan diri Dayah itu atas kepandaian fikiran Dayah sendiri, kalau Dayah pergi tempat yang bahaya tentu bahaya lah hidup Dayah.  Ni Mak long bagi duit 5 ribu ringgit.Gunakan ..sementara Dayah dapat kerja lain. Mak long minta Dayah keluar dari Seremban ni secepat mungikn. Ingat jangan hubungi along minta tolong dia carikan kerja untuk Dayah dan jangan bagi tahu dia kemana Dayah pergi, juga tolong bagi tahu makcik Nora kalau along datang bulan depan cari Dayah jangan cakap mak long jumpa kamu”. Sekali lagi Nur Hidayah terpaksa melarikan diri dari syed Borhan diatas permintaan Syarifah Aminah. Kemanakah dia mahu melarikan diri…

Balik dari menolong Makcik Nora, Nur Hidayah termenung panjang dibiliknya. Mengenangkan cerita mama nya 8 tahun dulu, sebelum mamanya bertolak ke Arab Saudi  untuk memulakan kerjayanya disana dulu.Malam itu malam terakhir mereka menduduki rumah sewa sebelah rumah jiran mereka mak cik Salmah.


          Dulu dia tertanya-tanya mengapa nenek dan makcik-makcik tidak menyukai dirinya.Biar pun sesekali terdengar juga bisikkan emak-emak saudarnya berbisik antara mereka mengata diri dan mamanya tetapi kedudukan ceritanya tidak jelas dan pasti, apa yang didengar itu betul atau tidak. Malam itu terungkai  segala tanda Tanya yang selalu berlegar kepalanya.. Status dirinya lah yang menyebabkan dia dan mamanya  tidak disukai oleh keluarga sendiri.

            Sepanjang enam belas tahun dia duduk dan dibesarkan dibawah jagaan neneknya, tidak pernah sekali pun neneknya membawa ketempat orang ramai..apatah lagi untuk kerumah orang kenduri. Dirinya diperuk didalam rumah… disimpan seperti dara pingitan. Mujurlah mamanya bersungguh-sungguh mengajar  dirinya supaya menjadi anak yang pandai dalam pelajaran. Diajar nya mengaji supaya dirinya tahu selok belok dalam berugama. Masuk sahaja di ke darjah enam dengan gigih mamanya mengajar dirinya kata supaya dia boleh mendapat  5A dalam peperiksaan UPSR. Katanya lagi dengan keputusan UPSR yang cemerlang nanti boleh melayakkan dirinya memasuki sekolah menengah Ugama. Dan jika sudah belajar disekolah ugama itu mamanya tidak susah lagi mahu menghantar kekelas tambahan lain untuk dia memajukan diri. Kerana sekolah ugama itu sudah disiapkan waktu belajar tambahanya dan guru-guru yang bakal membimbing murid-murid.

“Dayah..belajar pandai-pandai ye, mama teringin Dayah masuk sekolah menengah Haji Mohad Said kat Sikamat Seremban tu. Kalau Dayah dapat sekolah tu nanti, senanglah mama datang selalu jenguk Dayah”.Ketika itu mamanya bekerja sabagai jururawat di Hospital Pakar Seremban.

“Ma!dekat ke sekolah tu dengan rumah sewa mama”.

“Dekatlah..tu yang mama nak sangat Dayah masuk sekolah tu”. Dia bersungguh merealisasikan impian mamanya, akhirnya dia mendapat 5A dalam peperikan UPSRnya.Kemudian dia dikehdaki menduduki temuduga untuk melayakkan dirinya memasuki sekolah itu dan akhir nya dia berjaya belajar di sekolah itu.

Ketika dia ditinggakat tiga mamanya meminta izin dirinya untuk dia bekerja jauh dari Malaysia.

“Dayah! Mama dapat tawaran kerja kat Arab Saudi..apa pendapat Dayah patut tak mama pergi”.

“Wahh ma!!kenapa jauh sangat..”.Terkejut dia ketika itu mendengar penjelasan mamanya.

“Mama rasa nak tambah pendapatan mama ni, kalau kat sana nanti gaji mama empat lima kali  lebih besar dari kerja kat sini. Mama rasa mama nak pergilah. Kerja lima enam tahun kat sana mama simpan duit, lepas tu mama berhentilah. Duit tu nanti mama nak beli rumah kita sendiri.Kita duduk dan kerja kat Seremban ni, tak payahlah kita tumpang duduk rumah nenek kat kampong tu”.

“Kenapa ma..mama macam sedeh sahaja”.

“Mama tahu dan mama Nampak, semua kakak-kakakdan  kakak ipar mama termasuklah nenek tak suka kita.Dia jaga Dayah kerana terpaksa sahaja.Mama kesian Dayah, mama tak suka orang pandang hina pada Dayah. Lagi satu.. Dayah nak tahu kakak-kakak mama tu takut sangat kalau mama cakap dengan suami mereka,  dia takut suami mereka akan tergoda dengan mama. Mama rasa mama sentiasa dicurigai. Entahlah Dayah”.

“Kenapa ma mereka macam tu”.

“Maafkan mama Dayah..Ini semua kesilapan mama..tapi yang mama kesalkan silap mama Dayah pun turut menggungnya.Dayahmama cerita ni untuk pengajaran Dayah..Dayah ambillah sebagai pengajaran Dayah.Dayah jagalah diri Dayah elok-elok. Dayah! Silap mama dulu rasanya tak boleh nak terhapus sepanjang hidup mama ni. Dan yang kasihanya  silap mama ni Dayah pun terpalit  sama ..mama minta maaf sangat-sangat pada Dayah. Mama dapat merasakan kehidupan remaja Dayah akan melalui jalan sukar..”Nur Hidayah hanya mendiamkan diri menanti mamanya meneruskan ceritanya.Sudah lama dia ingin tahu bila melihat sikap ahli keluarganya seakan curiga dan menjauhkan diri apabila dia atau mamanya mendekati mereka.

“Mama harapkan janganlah Dayah mengharap kehadiran cinta lelaki..kadang-kadang kita tidak tahu keihklasan mereka. Kalau Dayah nak bersuami cerita terus terang siapa diri Dayah, kemudian minta dia bagi tahu juga keadaan Dayah pada ibu dan ayahnya agar mereka tahu. Kalau memang benar-benar mereka ikhlas mereka akan terima Dayah dengan senang hati. Tapi kalau mereka tahu setelah kita menjadi ahli keluarga mereka kita yang akan susah nanti. Tambah teruk bila kita dah ada anak..kesihan meraka akan kehilangan kasih ibu ayah, ingat tu Dayah”.

“Ingat ma..mama buat macam tu juga ke ma”.

“Ia Dayah..Mama tak mahu hanya anaknya sahaja yang sayang dan suka pada kita. Tetapi ada larangan keras dari pihak ibu dan ayah dia. Mama tak mahu Dayah menghadapai kesukaran selepas kita nikah nanti”.

”Wahh mama!! Dayah baru ditingkata 3 ma, mama dah fikir Dayah nak nikah pula ni”.

“Mama tahu..mama hanya mahu Dayah bersiap sedia. Jangan mudah jatuh cinta dan jangan nak buktikan cinta dengan tubuh badan kita, sebelum kita sah dengan lafaz ijab dan qabul. Mama yang tersalah jalan dulu dan mama sangat menyesal, tapi sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna..mama tahu keluarga mama malu dengan kita berdua Dayah. Sejak Dayah lahir nenek tak pernah ketawa gembira  bila bercampur dengan orang kampong. Adik beradik mama pula memang tidak menyenangi kehadiran mama dan Dayah… itu sebabnya mereka sudah jarang nak balik kampong jenguk nenek bila mama ada. Mama ada terdengar mereka takut nak balik kampong bawa anak-anak bujang mereka..takut kalau-kalau anak bujang mereka tersangkut hati dengan Dayah”.

“Ehh kenapa tatut tersangkut hati dengan Dayah..lagi pun mereka tukan lelaki kalau tersangkut hati dengan Dayah tak ada salahnya..Dayah ni kan gadis,  lain lah kalau Dayah ni jantan juga macam diaorang”.

“Bukan sebab itu mereka takut  Dayah..(agak lama  Jamilah mendiamkan diri mencari kekuatan untuk  membuka pekungnya sendiri.. dia mahu bercerita supaya NurHidayah tahu..)Dayah ini silap mama Dayah..silap mama suatu masa dulu..Silap kerana meletakkan cinta yang utama sebelum memandang halal haram kita sebagai wanita dan yang penting silapnya tidak berpengang pada ugama yang dah atuk dan nenek bekalkan pada mama.
…Untuk membuktikan cinta, mama gadaikan maruah mama pada dia..pada lelaki yang mama tak kenal hati budinya, walau pun kami kenal dari sejak sekolah menengah lagi..kerana bukti cinta itulah mama lahirkan Dayah sebelum kami sah didalam ikatan ijab qabul yang wajib bagi setiap pasangan Islam.Bila  Dayah dah ada dalam perut mama ni dia lari tinggalkan mama. Mama sebetulnya dibutakan dengan rasa cinta yang mengunung pada dia..rupanya dia kaki perempuan.”

Nur Hidayah dapat memahami apa yang diceritakan oleh mamanya berkenaan lelaki yang menyebab kan kelahiran dirinya.

“Mama menyedari setelah semuanya sudah terlanjur.  Dia datang sekali menemui mama  setelah Dayah dah ada dalam perut mama ni tiga bulan. Masa tu dia suruh mama gugurkan kandungan mama..Tapi mama tak ikut suruhan dia, sebab mama rasa dosa mama dah banyak nak ditambah lagi dengan dosa membunuh anak sendiri.Silap mama tak mahu percaya desas desus yang berbisik disekeliling mama… mama tersedar bila dia datang berjumpa mama kemudian kami terserempak dengan tunangnya di Universiti. Rupanya tunang dia pun belajar diUniversiti yang sama dengan mama.”

“Dia juga belajar diUniversiti yang sama dengan mama ke?”.

“Tak..dia anak orang kaya, tentulah belajar kat luar Negara..dia belajar kat United Kindom..Kalau dia cuti, dia datang dari Kuala Lumpur  ke Penang saja-saja nak jumpa mama..perbuatanya itulah yang membutakan mata mama..masa tu mama rasa dia betul-betul sayang pada mama, kerana dia sanggup datang jauh hanya kerana rindu kat mama.”.

“Ohh hebatnya dia..mama belajar kat USM Pulau Pinang..macam mana mama boleh kenal dia”.

“Kami kenal masa kami masih disekolah menengah masa tu sekolah mama adakan perlawanan bola sepak antara sekolah-sekolah..Sekolah mama lawan sekolah dia. Lepas tingkatan lima kami tetap berkawan sampailah mama masuk Universiti..hubungan kami makin rapat masa mama ditahun tiga..tapi mama kena buang Universiti sebab mama mengdungkan Dayah…Bila pihak Universiti tahu mama mengandug tampa nikah mama kena buang Unversiti”.

“Kenapa mama melakukan perkara yang dilarang ugama..kenapa mama tak fikirkan masa depan mama”.

“Mama dibutakan dengan rasa cinta yang digula-gulakan oleh dia. Mama dijanjikan dengan janji yang manis -manis..setelah semuanya terlanjur baru mama tahu dia memang buaya tembaga”.

“Kenapa mama cakap macam tu”.

“Mana tak buaya nya..ingatkan dengan mama saja dia bercinta rupanya..dalam satu masa tiga orang perempuan dia pegangnya.”

“Mama tahu..”

“Macam mana pula mama tak tahu. Masa dia jumpa mama kat  Universiti Sains Pulau Pinang kami terjumpa pula tunangnya yang belajar sama dengan mama tapi dia baru masuk masa tu, baru tahun pertama rasanya..mereka dah bertunang dan mereka dijangka nikah sehabis dia belajar enam bulan lagi..ertinya  tamat pengajian dia mereka akan bernikah. Dayah nak tahu tampa pengetahuan keluarga dan Tunangnya rupanya dia dah nikah dan dah ada anak pun. Masa tu mama dah tak sedap hati tapi segalanya dah berlaku mama Dayah dah ada dalam perut mama..”.

“Bila mama telanjur dengn dia?”

“Tiga bulan sebelum dia terjumpa tunangnya kat USM.Sebelum dia pergi keluar Negara belajar setelah cuti semestanya tamat dia datang jumpa mama. Dia kata dia  sayang sangat kat mama ..kemudian dia kata dia tak sedap hati nak tinggal kan mama kat Malaysia ni, sebab mama ni banyak peminat..dia hendak kan bukti yang hati mama memang hanya untuk dia”.

“Dulu mama banyak peminat”.

“Banyaklah juga..biasalah kita ni perempuan kalau lebih menyerlah sedikit dari orang mulalah orang akan pandang kita dan mulalah nak rapat. Tapi mama tak boleh sembarang kalau nak berkawan..nenek dah tetapkan hanya orang yang berketurunan sahaja yang boleh berkawan dengan mama..nenek nak jaga keturunan kami..Syed lah katakan. ..”.

“Ohh..hebat juga nenek tu ye..nampak macam tak kisah sahaja tapi rupanya nak yang Syed-Syed juga patutlah dalam keluarga mama tak ada yang tak ada Syed atau Syarifah hanya Dayah sahaja yang tak ada.”.

“Tiga bulan lepas tu dia balik lagi sekali..masa tu lah dia terkantoi dengan tunang dia kat USM”.

“Kenapa dia balik kan baru tiga bulan pergi belajar…dia rindukan mama ke?”

“Mana tak baliknya..Dia kata dia sedang pening kepala,  isterinya kat sana minta cerai, kemudian anak dia serahkan pada dia..dia pula tak tahu nak jaga anak, jadi dia balik sebab nak hantar anak bagi pada emak dia. Sampai Malaysia dia pening lagi dengan permintaan keluarganya yang suruh dia nikah cepat. Dia  datang pada mama untuk melepaskan tekanan-tekanan itu. Mama memang bodoh..tapikan  Dayah hubungan lelaki dan wanita jangan sekali dicuba. Kalau sekali terjebak naluri kita akan memintanya lagi..macam ketagih. Yang sebenarnya mama sudah acap kali melakukannya setiap kali mama jumpa dia. Walau pun mama tahu ianya merupakan dosa besar, namun mama tak mampu menahan nafsu mama. Masa mula-mula mama terlanjur mama menangis menyesali tapi ialah mungkin penganagan ugama mama tak cukup kuat untuk menangkis desakkan nafsu yang meluap-luap. Hanya satu yang mama bersyukur sangat, mama tak pernah melakukanya dengan orang lain selain dia..mungkin sebab cinta mama yang kuat.. jadi mama tak sanggup hendak menduakan dia. ”.

“Masa dia balik yang hantar anak..mamakan dah mengandungkan Dayah.. Mama tak cakap ke mama dah mengadung ketika itu”.

“Mama cakap dengan dia, mama minta dia bertanggung jawab..tapi bila mama cakap mama dah mengandung  dia suruh mama gugurkan kadungan, sebab dia tak boleh nak nikah dengan mama.. Dia bagi mama duit dan suruh mama cari kelinik atau hospital yang canggih untuk gugurkan kandungan mama.”

“Dayah dengar macam senang sangat dia suruh mama gugurkan kandungan..macam dia bagi duit dia suruh mama beli gula-gula sahaja”.

“Entahlah Dayah..kalau dah duit yang jadi pegangan mungkin kita akan jadi macam tu agaknya. Tapi masa tu mama rasa bodoh sangat, mama tak boleh nak melawan atau mengadu kat keluarga dia. Dia pula macam tak kisah ..agaknya dia tak memikir langsung tentang dosa yang telah kami lakukan dan tak ada langsung rasa sayang dengan zuriat yang sedang membesar dalam perut mama ni. Masa tu barulah mama sedar..yang sebentulnya dia tak cintakan mama seperti mama cinta kan dia, mama ni sebagai alat melepaskan nafsu dia sahaja. Kan dia dah tak duduk serumah dengan isterinya.. Tapi segalanya sudah terlambat.. maruah mama sudah hancur berderai”.

“Kalau Dayah jadi mama Dayah paksa dia bertanggung jawab pada apa yang dia telah lakukan..”

“Masa kali terakhir dia datang pada mama,  Dayah dah tiga bulan dalam perut. Dia datang sekejap sahaja. Dia bergesa balik sebab dia kata nak periksa, dia balik sebab  nak hantar anak dia sahaja.Katanya kepalanya sedang berserabut mana nak perikasa mana nak jaga anak, mana isterinya minta cerai. Dia cerita kat mama mereka dah tak duduk serumah itu sebabnya anaknya  tak ada siapa nak jaga.. sedangkan dia nak periksa. Dia minta tolong dengan mama jangan tambah serabut kepala dia yang tengah nak pakai untuk peperiksaan akhirnya. Jalan penyelesaiannya mama kena gugurkan kandungan. Masa tu dia bagi cash tiga ribu suruh mama cari hospital yang terbaik. Tak lama dia pergi luar negeri..dia masukkan lagi duit dalam akaun bank mama..dengan duit tulah mama sambung belajar kat kolej kejururawatan swasta selepas mama lahirkan Dayah.”

“Selalu juga dia balik kan mama..macam dekat sahja UK dengan KL ni. Masa kandungan mama dah besar ada lagi dia jumpa mama.”.

“Bab duit dia tak susah sebab dia anak orang kaya, itu sebabnya dia bagi mama tunai pada mama masa kali akhir kami berjumpa dan masukkan lagi 5 ribu lepas tu...tapi itulah kali terakhir kami berjumpa, selepas itu bayangnya pun mama tak pernah nampak”.

“Agaknya dia ada balik tapi takut nak jumpa mama lagi..takut mama paksa kahwin dengan dia”.







Sunday, 25 January 2015

Nur Hidayah 8





Perjalanan pulang dari KLIA keJelebu tidak dilepaskan begitu sahaja oleh Syarifah Aminah.Padanya lebih baik dia menghalang hubungan itu dari dari Nur Hidayah dari menahan rasa hati anak terunanya sendiri.

“Dayah!!”

“Ia mak long”.

“Ada tak along cakap dia sukakan kamu”.

“Tak adalah pula..kenapa mak long”.

“Dia ada cakap dengan mak long yang dia kesiankan kamu duduk sorang.Dia nak Dayah jadi isteri dia. Tapi mak long bukan apa..kamu berdua tu sepupu. Kawinsepupu ni tak berapa elok..nanti anak tak pandai”.  Itulah kata-kata mak long untuk menghalang hubungan mereka dari diteruskan.

Nur Hidayah tidak terkata bila Syarifah Aminah emak sudaranya sendiri yangberkata begitu.Walaupun yang sebenarnya dihatinya juga sudah ada rasa sayang kepada abang sepupunya yang bernama Syed Borhan. Mana hatinya tak dijentik rasa sayang bila Syed Borhan  yang hati baik hati dan kacak selalu mengambil berat tentang diri dan mamanya.Dia seorang yang penyayang dan sabar orangnya.Bukankah itu ciri-ciri lelaki yang baik untuk dijadikan imam hidupnya.Bila melihat Nur Hidayah hanya membatu Syarifah Aminahmelanjutkan  kata-katanya.

“Mak Long harap sangat, jauhkan diri Dayah dari Along. Mak Long tak mahu kamu berdua meneruskan hubungan yang tak sampai kemana ni ye”.

“Tapi mak long..”

“Tidak Dayah..kalau mak long kata tak suka ..mak long tak suka. Mak long suka berterus terang dengan kamu, mak long tak suka kamu jadi menantu mak long.Mak long nak jaga keturunan mak long.Mak long tak mahu keturunan mak long akan dipandang hina..kamu tahukan siapa diri kamu”.  Kata-kata maklongnya seperti asid asitek (cuka getah) menyimbah rasa Nur Hidayah, terus mati rasa sayang yang bercambah.Ha  itu barulah isi hati Syarifah Aminah yang sebenarnya. Mendengar jawapan maklong Nur Hidayah tidak jadi bersuara.Tidak guna dia berkata lebih-lebih itu akan menyakitkan hati sendiri.

Walaupun mereka jarang berjumpa bertentang mata namun seringkali SMS nasihat dihantar kepadanya.Ketika dia belajar diUiTM seringkali SMS mengingatkan supaya pandai menjaga diri dan belajar rajin-rajin datangnya dari Syed Borhan.Sikap ambil berat Syed Borhan menjadikan dirinya rasa disayangi.Tampa sedar sayang abang sepupunya dibalas oleh hatinya dengan rasa sayang juga. Tetapi sekarang dia sedar, yang sepatutnya dia tidak harus membajai rasa sayangnya bila  dia tahu siapa dirinya.

Yang sebenarnya tadinya Nur Hidayah mahu mengatakan, kebanyakkan ahli keluarga mereka berkahwin antara sepupu untuk mengekalkan gelaran keturunan Syed dipangkal nama mereka. Dari datuk dan nenek mereka lagi perkahwinan anatara mereka telah bermula.

Pedihnya tusukkan kata-kata ibu saudara nya sendiri ditelan dengan rasa insaf dan sedar.Itulah kenyataan dirinya.Dia  anak tak sah taraf atau anak luar nikah. Dengan kata-kata mak longnya mulut Nur Hidayah jadi terkatup rapat, rapat  seperti digam dengan gam gajah. Melihat anak saudarnya yang mendiamkan diri sambil terus memandu dengan kelajuan sederhana  SyarifahAminah menyambung kata-katanya.

“Mak long harap Dayah keluarlah dari rumah nenek tu.Rumah tu bukan hak mama Dayah sebenarnya. Semua adik beradik kami ada hak keatas rumah tu. Yang sebetulnya kami hanya kesian dengan mama kamu kerana dia sakit sahaja. Sekarang kembalikanlah hak kami. Dayah kena keluar juga dari rumah pusaka tu dalam tempuh sebulan ni.
…Dayah pun dah habis belajar pergilah cari kerja yang sesuai dengan kelulusan Dayah. Dayah dah ada Ijazah takkan tak dapat kerja kot.Mak Long harap Dayah pergi sebelum along balik bulan depan.Rasa  cukup dalam masa sebulan ni kamu  berusha cari kerja”. Makin pedih rasa hatinya. Sudahlah rasa hatinya disiram dengan asid..dia juga dihalau. Walaupun maklong berkata-kata dengan suara biasa namun kata-katanya mengadungi erti yang menghancurkan perasaanya.

            Tergia-gia kata mamanya dulu..’Dia mahu memebeli rumah kerana jika mereka berdua dihalau dari rumah neneknya mereka sudah ada temapat berlindung’. Tapi sekarang dia belum lagi sempat membeli rumah mamanya juga baru sebulan meninggalkan dirinya..Ohh mak long dimanakah rasa hati mu.Tidak terfikirkah oleh mak longnya akan keselamatan dirinya jika dia keluar dari rumah. Tidak ditanya dimanakah dia akan melindungi diri sebelum dia dapat mencari rumah. Tidak ditanya akan dirinya mempunyai kawan atau pun tidak untuk menumpagkan diri sementara dia belum mendapat kerja. Oh Tuhan lindungilah aku dari segala mara bahaya. Keluh Nur Hidayah didalam diam. Lalu dia teringat kan arwah neneknya..Jika neneknya masih hidup tentu mak Longnya tidak berani untuk menghalau dirinya keluar dari rumah neneknya.Tapi betulkah begitu. Rasanya neneknya juga tidak berapa menyukai dirinya kerana status diri..Siapa yang suka pada anak yang bergelar anak tak sah taraf atau dengan perkataan lain ANAK LUAR NIKAH.

        Akirnya perjalanan dari KLIA ke Jelebu yang mengmbil masa  4 jam lebih..itu kerana Nur Hidayah yang memandu, sampai juga.  Nur Hidayah menurunkan mak long dihadapan rumahnya. Di tadah telinganya dengan mulut tertutup bila mak long mengulangi permintaanya supaya  dia keluar dari rumah arwah neneknya.Sememangnya mak longnya bersungguh-sungguh.

“Mak long harap Dayah keluar dari rumah nenek tu sebelum along balik ye.Ingat jangan bagi tahu along kemana Dayah pergi. Kalau along tahu juga Dayah kat mana taulah apa yang mak long nak buat. Sebagai bantuan ni mak long bagi RM 3,000.00  gunalah.Jangan nak kata mak long ni kejam.Duit ni mak long bagi bukan nya hutang.” Wahh kini mak long sudahlah  mengugut…kemudian dia tidak mahu pula dikatakan dirinya kejam.Tidak kejamkah kerana tidak memikirkan keselamatan nyawa dan maruah anak sudaranya sendiri. Tidak kejamkah keselamatan dan maruah anak saudaranya hanya dinilai  3 ribu ringgit sahaja..gaji anaknya along  pun lebih dari itu.

Tidak mahu memikirkan sikap mak longnya, malam itu juga Nur Hidayah mengemasi sedikit kain bajunya, sijil-sijil dan barangan yang berharga untuk dibawa pergi.Tekad hatinya keesokan harinya dia sudah keluar dari rumah arwah neneknya.

             Usai solat subuh Nur Hidayah kedapur menyiapkan makan untuk dirinya makan pagi dan makan tengahari.Dia menanak nasi untuk dijadikan nasi goring.Dia ambilnya sebuah bekas dimasukkan nasigoreng untuk bekal makan tengahharinya.Yang tinggal sedikit dijadikan sarapan paginya.Dia megemasi seluruh rumah.Selelasi berkemas dia menyiapkan diri pula.Segala dokumen penting sudah dimasukkan kedalam beg pakainya dan sudah pun di sumbat kedalam boot keretanya malam tadi.Selesai semuanya dia kerumah emak saudaranya, untuk berpamitan dan menyerahkan kunci rumah dan berpesan serba sedikit.

Dia memberi salam..Terjengul sahaja mak longnya dimuka pintuterus sahaja dia menyampaikan isi hatianya.

“Mak long! Dayah dah nak pergi ni. Ni kunci rumah dan ini duit mak long  yang mak long bagi semalam. Rasanya  Dayah tak patut ambil duit mak long, sebab selama ni pun mak long banyak tolong Dayah. Pasal mak long suruh Dayah keluar dari rumah nenek itu memang sepatutnya lah, sebab itu rumah nenek bukan rumah mama Dayah. Lagi satu ada tinggal sedikit barang makan dalam peti sejuk  tu, mak long ambillah takut rosak nanti membazir sahaja”.

“Dayah!duit tu ambillah untuk belanja Dayah sebelum Dayah dapat kerja. Kalau Dayah nak sewa rumah pun kena nak bayar deposit rumah juga jadi ambillah..Jangan jadikan mak long ni emak saudara yang kejam tak bagi Dayah duit langsung setelah suruh kamu keluar dari rumah nenek.”.

“Kalau dah macam tu kata mak long Dayah ambil..terima kasih diatas penjagaan mak long pada Dayah.” Di atas desakkan Syarifah Aminah  Nur Hidayah  mengambil duit pemberian emak saudaranya. Dia  malas mahu berbalas kata dengan emak saudaranya takut dia terkurang ajar pula nanti. Walau seburuk mana layanan mak long terhadap dirinya, sebagai anak saudara, dia perlu juga menghormati emak saudaranya, jika bukan emak saudara pun dia harus menghormati orang yang lebih tua darinya..

                  Setelah bersalaman Nur Hidayah menuju ke keretanya. Dimulakan dengan  Bacaan Bismillah dan Al-Fatihah terus dia memanas kan injin kereta.  Sambil itu sempat lagi dia t membaca membaca doa, membaca ayat seribu Dinar dan ayat Kursi. Tiada tempat dia menyerahkan hidupnya  hanya pada Allah Pemilik jasad dan rohnya.  Dia harus bertolak pagi kerana dia tidak tahu apa yang akan berlaku hari itu. Kepalanya penuh dengan tanda tanya..pekerjaan apakah yang mesti dipohon dan dimanakah dia mahu menumpang tidur malam itu. Kemana arah yang hendak dituju.Dia memulakan perjalannya..sambil memandu keluar dari jalan kampungnya sambil dia fikir kemana keretanya mahu di arahkan.

              Akhirnya nalurinya mengarahkah dirinya  menuju kebandar Seremban. Kerumah disewa yang disewa oleh mamanya kira-kira 7 tahun dulu.  Dia kesitu mengikut  gerak hatinya.. Doanya semoga jiran sebelah rumah sewa mamanya  masih mengenali dirinya. Dia bercadang  jika tiada tempat untuk dia bermalam,  dia mahu menumpang barang semalam dua dirumah jiran lamanya itu, sementara dia dapat menyewa rumah ataupun bilik lain..Dulu rumah jiran sebelah rumah yang selalu dipesankan oleh mamanya untuk menenguk-nengukkan dirinya ketika mamanya ditempat kerja. Suaminya jiran sebelah mereka dulu bekeja sebagai pembantu makmal disekolah, manakala isterinya pula seorang suri rumah tangga sepenuh masa, namun bersambilan mengambil upah menjahit baju tempahan.

Mempunyai  4 orang anak yang masih lagi belajar. Ketika dia memakir keretanya dihadapan rumah teres, makcik yang selalu menenguk-nengukkannya dulu  keluar menjenguk.

“Assalamulaikum..”

“Walaikumsalam..eh ni macam Hidayah betulke ni Dayah”. Belum berjawab lagi soalan.. dia diterpa dan dipuluk erat. Alhamdullilah..dia masih mengenali dirinya. Mungkin wajahnya tidak banyak berubah dari wajahnya 7 tahun dulu. Kali terakhir mereka duduk menyewa disitu ketika umurnya menjangkau 15 tahun.

“Alhamdullilah ..makcik masih kenal saya. Betulah saya Nur Hidayah yang menyewah rumah sebelah ni”.

“Ehh apa tak kenal muka Dayah tak banyak berubah.Hanya mak cik nampak Dayah lebih tinggi dan kurus sikit…masuklah- masuk.Dayah dah habis belajar ke, belajar kat mana.Ehh mama nya apa kahbar dia sekarang masih kerja jadi nurse lagi ke”.Terungkai sahaja pelukkan puan Salmah dia menyuruh Hidayah masuk kerumahnya.Sambil menyuruh Hidayah masuk mulut puan Salmah menceceh dan meletup-letup dengan berbagai soalan hinggat tak dapat nak mencelah untuk memberi jawapan.Apa yang  boleh dilakukan oleh Hidayah hanya tersengih sahaja.

Dari sengihan meletus juga tawa kecil nya.Nur Hidayah duduk disofa memandang mak cik Salmah. Melihat tingkah Nur Hidayah yang ketawa tetapi tidak menjawap segala solannya barulah berhenti cecehan puan Salmah, dia memandang hairan melihat Nur Hidayah yang hanya ketawa sahaja.Tawa Nur Hidayah berbunga dibibirnya kerana dia merasa sangat lega bila masih ada lagi tempat dia meminta bantuan.

“Kenapa Dayah hanya ketawa pandang mak cik?”

“Gembira sangat jumapa mak cik.Tak sangka mak cik masih boleh ingatkan Dayah.Rasanya masa Dayah pindah dari sini Dayah dalam tingkata tiga, sebab mama nak pergi kerja kat Arab.”

“Ohhh.. Dah lamanya ye, tapi muka Dayah ni tak banyak berubah. Apa khabar mama Dayah, mama nya masih kerja kat Arab lagi ke..”.

“Mama dah meninggal mak cik..baru bulan lepas dia meninggal. Dia dah berenti kerja kat Arab, bila tahu dia kena Barah paru-paru tahun lepas”.Meluru puan Salmah mendakap Nur Hidayah bila mendengar cerita sedihnya. Dengan sebutan Inalillah wa Inna ilaihi rajii’un” maksudnya, “dari Allah kita datang dan kepadanya kita kembali.”
Bila ada apa-apa musibah (bukan kematian sahaja) kita diajar oleh Rasulullah SAW untuk mengucapkan “Inalillah wa Inna ilaihi rajii’un”.

“Orang yang baik selalu dijemput cepat oleh Allah.Dayah sabar ye.Sekarang Dayah duduk dengan siapa”.Reda tangisanya itu yang keluar dari bibir mak cik Salmah..

“Duduk sorang-sorang mak cik, nenek Dayah pun dah meninggal masa Dayah tingkatan empat lagi.  Inilah Dayah nak cari kerja cepat ni. Tak kiralah kerja apa”.

“Kesiannya Dayah..mak cik tak tahu nak tolong macam mana”.

“Tak apa mak cik.Dayah ingat nak cari  bilik atau pun rumah sewa. Ada tak orang nak sewakan bilik kat kawasan taman kita ni mak cik.”

“Mak cik rasa kamu lebih selamat sewa bilik sebab kamu tu anak dara.Rumah Haji Hakimi dan mak cik Enon tu rasanya boleh sebab mereka tinggal berdua sahaja.Tentu dia nak cari kawan.”

Rumah nenek enon yang belakang rumah mak ci ni ke?”.

“Haah lah..atuk yang Nampak garang tu”.

“Oh oklah nanti Dayah pergi Tanya.Mak cik! Mak cik Nora tu masih buat catering lagi ke mak cik”. Dia teringat ditaman perumahan mereka ada sebuah syarikat katering yang mengambil tempahan untuk majlis khenduri dan jamuan makan dipejabat-pejabat.

“Ehh apa tak buatnya makin maju cetering dia tu..haa dia memang tengah nak pakai orang ni. Tak lama lagi cuti sekolah, musim orang kahwin ni.”.

“Untuk sementara Dayah nak minta kerja dengan dialah makcik ok tak”.

“Eloklah tu..”.

             Berkali-kali Nur Hidayah mengucapkan syukur kerana segala urusannya berjalan dengan lancar. Dia sudah mendapat pekerjaan sebagai Pramusagi disyarikat catering Makcik Nora dan dia juga dapat  menyewa sebuah bilik dirumah pasangan Haji Hakimi dan Hajjah Ainun. Nur Hidayah tidak mengira apa pun kerja biar pun tidak menepati dengan kelulusan yang dia ada. Tengahhari itu dia dijamu makan tengahari oleh Makcik Salmah.

           Kini sudah hamper dua tahu dia menjadi pekerja Syarikat Katering mak cik Nora. Dia ditugaskan sebagai pramusaji yaitu penghidang makan. Biar kemana pun dia diarah kan bertugas dia akan melakukan dengan bersungguh hati. Perniagaan catering  mak cik Nora menmgambil upah untuk menyediakan makanan untuk kenduri kahwin dan majlis-majlis dipejabat-pejabat. Dia seronok bekerja dengan Syarikat makcik Nora.Biar pun gajinya tidak menepati piawai gaji seorang yang mempunya Ijazah.Walau bagaimana pun dia tetap memohon jawatan yang bersesuaian dengan kursus Akauntan yang diambilnya selama 4 tahun di UiTM dulu.

                Bila musim cuti sekolah kerjanya bertambah sibuk kerana masa itu ramai orang mahu mengadakan keduri kawin.Untuk melebihkan upahnya kadang-kadang Nur Hidayah membantu makcik Nora dan para pekerja tukang masaknya menyediakan bahan-bahan yang untuk dimasak.Tetapi biasanya Nur Hidayah ditugaskan untuk mengopek bawang.

               Tidak luas mana rupanya Negeri Sembilan dan tidak jauh mana antara Sremban dan Jelebu.Hendak dikatakan jodoh agaknya.Yang sebenarnya kerana kesibukkan tugasnya dia sudah melupakan saudara-maranya yang berada diJelebu Negeri Sembilan..entah apa perancangan yang Allah aturkan. Hari itu syarikat makcik Nora memenuhi tempahan untuk sebuah keluarga di Seremban 2.Dan di majlis itu dia terserempak dengan maklongnya berlima beranak .Terkejut dia bila bahunya di tepuk dari belakang. Bila ditoleh seorang jejaka yang disuruh dilupakan sedang memberi seyuman manis kepadanya. Memang manis senyuman Syed Borhan kepadanya..semanis gula-gula lolipop. Dadanya berdebar kencang, memandang pemuda kacak dihadapannya.

“Ohh Dayah kerja dengan catering ni ke”. Syed Borhan boleh meneka bila Nur Hidayah mengenakan pakaian seragam syarikat katering yang bertulis nama syarikat dibelakang bajunya.

“Astagfirullah..ehh along..along datang dengan siapa”.

“Tuuu ibu dengan adik-adik along”. Selang beberapa meja kelihatan mak long sedang memandag kearahnyanya begitu juga adik-adik Syed Borhan yang lain.

“Ni rumah sedara along ke ni”.

“Haah rumah sepupu arwah ayah..tu yang kami datang semua tu”.

“Ohh..along duduk makan lah Dayah kerja ni, nanti marah pula bos Dayah, kalau Dayah sembang lama sangat”.

“Ok ..nanti along call Dayah..Ehh Dayah tukar nombor ke..along call manjang tak dapat”.

“Haah..hand fond Dayah hilang..kena beli lain”. Sebelum mereka pulang Nur Hidayah dirapati oleh mak long dan anak-anaknya. Setelah bercakap-cakap dan bertanya khabar mereka pulang meninggalkn Nur Hidayah dengan kerjanya.

Dua hari selepas Nur Hidayah terjumpa dengan kelaurga maklongnya, dia dikejutkan lagi dengan kemunculan Syed Borhan yang datng kerumah atuk Hakimi. Syed Borhan datang meminta izin Haji Hakimi untuk menemuinya dirumah Haji Hakimi. Setelah memperkenalkan diri kepada tuan rumah Syed Borhan diajak masuk oleh atuk Kimi itu panggilan Nur Hidayah pada tuan rumah yang sudah berusia 70 tahun lebih.

“Ohh anak ni abang sepupu Dayah..kerja apa?.”

“Jurutera pak cik”..

“Ehh apa pula panggil pak cik..atuk ni..Non panggilkan lah Dayah, ni abang sepupu dia datang ni”. Kebetulan hari itu tiada tempahan untuk Syarikat Makcik Nora..jadi Nur Hidayah duduk berehat dirumah. Setelah dipanggil dia keruang tamu…

“Ehh along..pandai pula along memandu ke rumah atuk Kimi ni. Macam mana tahu alamat rumah atuk Kimi ni..siapa yang bagi”. Dek kerana terkejut dengan kemunculan orang yang mahu dipadam dalam ingatan tu yang soalan keluar berderet-derat dari mulutnya.

“Dayah ni  macam along tak pandai nak Tanya, sekarang semuanya BOLEH kalau kita berusha Dayah.Along Tanya Puan Nora bos Dayah tu, dia cakaplah.”. Melihat kemesraan dan sifat biasa Nur Hidayah atuk Hakimi yakin pemuda segak yang dipanggil along dihapanya berkata benar, dia adalah abang sepupu pada Nur Hidayah.Biar pun begitu dia tidak ditinggalkan berduaan sahaja oleh atuk Hakimi.

“Ðayah tak minta kerja lain ke”.

“Minta..borang SPA pun Dayah dah isi,  tapi tak dapat lagi lah Long.Belum ada rezeki Dayah lagi..untuk sementara ni tak apalah, Dayah pun suka kerja kat sini. Tak payah nak fikir pasal makan..hanya cari duit untuk bayar sewa dan api air sahaja”.

“Ialah untuk sementara tak apalah..tapi ushakan lah cari kerja dengan kursus yang Dayah ambil masa kat Universiti. Rugi tau belajar susah-susah lepas tak guna ilmu yang kita dah dapat. Lagi pun kerja tu mungkin lebih menjamin masa depan”.

“Ohh Dayah pernah masuk Universiti”. Sampuk Haji Hakimi yang ada berasama mereka dirunag tamu.

“Haah tuk, Dayah ni ambil Akauntan, masa kat UiTM Shah Alam Selangor dulu tu. Bukan sekejap dia belajar 4 tahun itu tak masuk dia masuk Matrik lagi.Kalau atuk nak tahu Dayah ni bagus dulu tiap-tiap tahun dia dapat ANUGERAH DEKKAN.”.

"Hssy taklah tiap-tiap tahun long..jangan lebih-lebih pula cakap pasal Dayah".

“Oh ye ke..Ialah Dayah sayang kalau kamu tak guna Ijazah kamu tu.. tapi kena cepat cari kerja sebab setiap tahu para graduan yang kelaur Unversiti beribu orang”.

“Haa dengar tu..Kalau Dayah suka bagi resumi Dayah pada along nanti along mintakan kat syarikat along kerja. Mana tahu ada rezeki Dayah kat situ”.

“Tak mahulah..nanti Dayah kena kerja kat atas kapal pula. Dayah takut laut.”.

“Ehh apa pula atas kapal..Ijazah Dayah kan akautan, yang pergi ketengah laut tu jerutera sahaja. Kalau akautan kerjanya di bahagian pengurusan lah.. Bahagian pengurusan syarikat along ni kat  KL bukannya kat laut. Lagi pun krew atas kapal tu semuanya lelaki. Mereka tak ambil perempuan kerja atas kapal tu.”

“Kalau macam tu nanti Dayah emelkan kat along resumi Dayah tu”.

“Haa ok along tunggu. Dayah 2 hari lagi along dah pergi naik kapal semula. Kerja elok-elok ye..In Syaa Allah along doakan Dayah dapat kerja yang sesuai dengan Ijazah Dayah”.

“Terima kasih long doa kan Dayah”.

Setelah berbasa basi lebih kurang Syed Borhan meminta diri pada tuan rumah. Hatinya gembira hingga kelihatan diwajahnya yang ceria. Hingga dirinya sampai semula dirumah keluarganya di Jelebu wajah cerianya masih terpamir diwajahnya. Dan kecerianya kedapatan oleh ibunya yang sedari tadi risau bila anak sulong keluar rumah terlalu lama. Dia  keluar dari pagi hingga petang baru pulang..Sudahlah tidak memberitahu ibunya dia hendak kemana. 
“Along pergi mana dari pagi, ni baru nampak muka. Rasanya along keluar lepas minum pagi tadi..”.

“Pergi Seremban.”.

“Beli apa sampai jauh ke Seremban”.

“Bukan beli barang..jumpa kawan sahaja”.Dari jawapan dan wajah ceria anak sulongnya Syarifah Aminah boleh meneka siapa kawan yang dijumpai oleh anak sulongnya di Seremban. Sementalah dua hari lepas mereka terjumpa Nur Hidayah di majlis kenduri kahwin salah saorang saudara  sebelah arwah suaminya.