~Siapa Ikut Blog Ni~

Pages

Wednesday, 1 January 2014

Bab 6 Bahagia yang kucari.






“Entahlah bila ada anak-anak yang mengharapkan kasih kita, kita jadi rindu pada mereka pula itulah yang saya rasa bila tak jumpa anak-anak awak.  Sekarang ni rindu saya dah terlerai saya nak baliklah. Nak bagi peluang awak dengan anak-anak awak pula. Saya mesti sedar diri, saya hanya menumpang kasih anak orang saja”.

“Ehhh jangan lah macam tu esokkan baru hari Ahad, awak memanglah dah ok. Tapi budak berdua ni yang tak ok lagi rasanya, mereka belum puas lagi nak merasa awak memanjakan mereka. Tenguk tu mereka lena pun kat pangku awak. Apa kata esok kita jumpa abang awak kat Gemencih bincang dengan dia. Dua minggu lagi saya dah pergi kerja. Bulan satu lagi masa saya cuti kita nikah. Boleh?”. Sungguh Mizan sangat berterus terang orangnya.

“Ehh awak ni mudahnya. Takkan awak tak nak bincang dengan emak ayah awak kat dalam tu. Jangan paksa mereka terima saya sebagai menantu. Kali ni kalau saya nikah saya nak nikah dengan keluarganya sekali. Saya tak mahu kahwin dengan anak sahaja. Saya nak mereka memang rela menerima saya dari hati mereka yang tulus.  Saya tak akan terima jika hanya anaknya sahaja yang sukakan saya tapi keluarga dia terpaksa menerima saya. Terus terang saya katakan saya dah tak ada ibu ayah, saya ni macam sebatang kara kat dunia ni, ada adik beradik pun dah menyisihkan saya, saya perlukan kasih sayang keluaga mentua”.

“Yang itu awak jangan bimbang saya memang dah bincang dengan keluarga saya. Dan mereka memang setuju sangat menerima awak. Esok jadi ye kita keGemencih jumpa abang awak”.Sarah memandang wajah yang dihadapannya. Ada riak harapan disitu.

               Pagi Ahadnya seperti yang telah dipersetujui Sarah dan Mizan keGemencih mendatangi abang sulong Sarah untuk membolehkan Sarah bernikah berwalikan abang kandungnya. Masuk sahaja kekereta Mizan hati mula Sarah berperang gedebak gedebuk. Terkesan pada riak wajahnya yang dia sedang takut bila tanganya tidak berhenti meramas antara satu sama lain.

“awak ni kenapa, takut dengan saya ke?”.

“Kenapa saya nak takut dengan awak. Awak ada kes ke? Perogol bersiri atau orang sedang dicari oleh polis  kerana membunuh?”

“Hssy awak ni muka saya ada dalam kategori itu ke?”

“Tak lah..tapi awak cakap saya takut dengan awak, biasanya kita takut dengan orang-orang yang macam tu. Orang-orang yang macam ni hatinya kering tak ada belas kasihan langsung.”

“Tak adalah.. kalau awak tak takut dengan saya, jadi awak takut nak jumpa abang awaklah. Takkan jumpa abang sendiri awak takut. Kalau betul awak takut bacalah selawat keatas nabi banyak-banyak, InsyaAllah akan tengang hati kita.”

“Terima kasih diatas tunjuk ajar awak”.

“Sama-sama  kasih. Tapi kenapa awak nak takut nak jumpa abang sendiri?”.

“Entahlah terus terang saya katakan saya tak mesra langsung dengan abang-abang saya ni. Kami jarang berkumpul, sebab dia selalu duduk rumah nenek sebelah ayah kami. Masa sekolah sahaja dia duduk dengan kita orang. Saya sebenarnya kagum dengan kemesraan ahli keluarga awak.”

“Keluarga saya memang macam tu mungkin emak ayah anak tak ramai. Macam kak Maya dia anak sulong tentu emak ayah sayang dia, saya pula anak lelaki sorang, dan Yam anak bungsu diaorang. Saya yang sebetulnya nak jadi macam emak ayah saya kahwin sampai tua bersama dengan isteri yang kita yang sama-sama mengalami apa-apa pengalaman yang pertama hingga keakhir  tetapi takdir. Siapa yang boleh melawan takdir, saya redha dia pergi, tapi saya kena mencari fitrah hidup saya sendiri. Fitrah kita, setiap yang  hidup mesti berpasangan. Dan anak-anak perlu ibu ayah untuk merasai  kasih sayang. Pada awak salah ke saya mencari penganti arwah isteri yang telah pergi dan dia tak akan kembali lagi untuk memenuhi fitrah hidup,  saya dan anak-anak?”.

“Jika awak sebut tentang fitrah, awak tak salah. Tapi kalau awak sebut setia awak salahlah kerana menduakan dia”.

“Tapi dalam AlQuran ada menyatakan, Allah menjadikan makluknya tu berpasangan. Kalau berpasangan tentu kedua-duanya tu hidup dan bernyawa supaya dapat antara satu sama lain itu  memenuhi fitrah yang Allah dah kurniakan. Nafsu tu kurniaan Allah. Dengan nafsu  setiap pasangan dapat hidup berkasih saying, supaya dapat melahirklan zuriat untuk menyambung kehidupan yang seterusnya, maksudnya lagi supaya mahluk Allah didunia ni tak pupus. Dah dinyatakan dengan jelas setiap yang hidup ni akan mati, jadi sebelum hidup ni berakhir diwajibkan kita meninggalkan zuriat penyambung kehidupan akan datang.”  Wah panjang lebar ustaz Mizan Khir berceramah. Yang sebetulnya dia cuba membantu Sarah melupakan apa yang sedang bergolak didalam hatinya. Mizan tahu Sarah gemuruh untuk menemui abang sendiri. Mungkin abang Sarah ni seorang yang garang atau tegas itulah sebabnya dia takut untuk memintanya menjadi wali kepada dirinya.

“Jadi awak tak naklah setia hingga kehujung nyawa pada arwah isteri awak tu”.

“Saya akan setia hingga kehujung nyawa kalau dia bernyawa macam saya ni. Saya memang tak berniat hendak menduakanya kalau dia masih hidup. Sekarang dia dah tak ada, sedangkan saya masih ada fitrah saya kerana saya masih bernyawa. Saya terpaksa juga meneruskan kehidupan saya kerana anak-anak memerlukan saya untuk hidup mereka dihari hadapan. Dan mereka pun ada fitrah sebagai anak-anak sebelum mereka dewasa. Fitrah mereka perlukan seorang ibu untuk mereka menerima kasih sayang. Itu fitrah anak-anak. Pada saya bukan anak manusia sahaja yang perlukan kasih sayang, cuba awak tenguk anak kucing, anak ayam itu yang kita boleh nampak dengan jelas, mereka perlukan kasih sayang ibu dan perlindungan dari ibu. Yang sebetulnya anak-anak memerlukan ibu lebih dari ayah mereka. Kerana fitrahnya ibu lebih banyak masa bersama mereka dari ayah”.

“emm” Tetapi didalam hati Sarah berdetik.. hebat juga duda disebelahnya ni kalau dah berkata-kata. Luaran nampak garang dan tak pandai berkata lembut tetapi berkenaan hidup di perhatikan dengan bersungguh. Dalam pada berbual kini mereka sudah menghampiri pekan Gemencih. Melihat papan tanda Gemencih hati Sarah berdebar semula.

“Awak! Saya rasa kita pergi mini market dialah. Biasanya dia akan duduk dimini market dia kalau hari-hari cuti macam ni”.

“Ok”. Mizan mengikuti tunjuk arah Sarah untuk sampai kemini market abang sulong Sarah yang letaknya dikawasan perumahan Pekan Gemencih. Akhirnya mereka sampai juga dihadapan sebuah mini market agak sederhana besar kepunyaan abang sulong Sarah.

Mizan memberhentikan keretanya dihadapan bagunan dua tingkat. Terpampang dengan jelas tulisan yang  bertulis Zamri and Son dihadapan  rumah kedai sederhana besar sederhana besar milik keluarga arwah ayah Sarah. Mizan yakin rumah kedai milik keluarga Sarah bila milihat nama yang tertulis dengan nama Zamri. Bukankah Zamri itu nama arwah ayah Sarah.

Sarah turun dari kereta terus menuju masuk kelama mini market diikuti oleh Mizan dibelakangnya.  Sarah menemui salah seorang pekerja didalam mini market itu.

“Encik Zul ada tak? Boleh saya jumpa Encik Zul?”

“Puan ni siapa. Encik Zul ada dipejabatnya”.

“Saya Maisarah, saya adik dia. Tak apalah saya pergi jumpa dia”.

“Saya kena bagi tahu dia juga jomlah ikut saya”.

Ketika Sarah masuk kepejabat Zulkifli terus sahaja dia disapa…

“Lama kau menghilang, kau kat  mana sekarang ni?” Sarah menghulur tangan bersalaman dan mincium tangan abangnya penuh hormat diikuti dengan Mizan.

“Sekarang ni saya kerja  kat Damansara bang” .

“Ada apa hal kau nak jumpa  aku. Siapa pula yang kau bawa ni”.  Berengkau dan aku sahaja abang siSarah ni memang tiada aura kemesraan antara abang dan adik detik hati Mizan yang hanya mendengar perbualan mereka. Lepas tu garang sahaja kedengaran suaranya.

“Er..Er..Sarah sebenarnya..” Tidak lancar bicara Sarah untuk menyatakan tujuan mereka datang, mungkin mendengar suara abangnya yang garang menyebabkan dia takut. ‘Lemah semagat juga siSarah ni, kalau cakap dengan aku pandai juga dia melawan ni depan abang dia tergagap pulak.’ detik hati Mizan.  Mizan memahami keadaan Sarah. Dia membantu Sarah.

“Bang sebenarnya kami datang ni nak minta tolong. Saya nak nikah dengan Sarah, saya minta tolong abang sudi menjadi walinya nanti.”

“Engkau ni bujang lagi ke atau laki orang ?” ohh sungguh berterus terang abang siSarah ni, bujang tak bujang apa kena mengena dengan aku nak nikah dengan adik dia bebel hati Mizan. Namun untuk meghormati abang Sarah Mizan menjawab dengan jujur.

“Saya dah duda, dah ada anak pun”.

“Haa!! kau Sarah.. kau yang menyebabkan dia ceraikan isteri dia ke, supaya kau dapat kahwin dengan lakinya.”.

“Tak bang isteri saya meninggal sebelum saya kenal Sarah lagi. Dia meninggal kerana sakit jantung”.

“Kenapa dia sakit jantung, sebab tak tahan dengan perangai kau ke yang suka main perempuan?”.  Astaghfirullah bahasa abang Sarah ni membolehkan Mizan diserang sakit sakit jantung secara  tiba-tiba ni. Mizan mengucapkan Astaghfirullah berulang kali untuk menenangkan hatinya. Tadi dia yang menyuruh Sarah membaca selawat suapaya hatinya tenang, kini dia pula yang harus mencari ketenangan bila mendengar kata-kata abang Sarah.

“Tak bang dia mula dikesan ada sakit lemah jantung bila mengandung anak kami yang pertama dan tidak digalakkan mengandung lagi lepas tu. Tapi ialah lepas mengandung anak pertama mugkin dengan kecuaian saya dia termengadung lagi.  Bila saya suruh dia gugurkan dia tak mahu dia sayang anak yang dah jadi dalam rahim dia. Jadi dia teruskan kandunganya hingga lahir walau pun dia tahu risiko yang bakal dihadapai. Empat bulan selepas dia melahirkan anak kami yang kedua dia meninggal”.

“Aku yang sebetulnya, tak akan berkerjasama kalau Sarah nak kahwin dengan laki orang dengan jalan yang salah. Aku tak mahu ada anak-anak yang jadi macam aku dan Zuhairi. Kau tahu tak aku dan Zuhairi tersisih dan terpinggir dari pemerhatian ayah kerana emak kau Sarah. Kalau tak, kami pun macam kau juga dapat pergi belajar lebih tinggi lagi taklah setakat tingkatan lima sahaja.”

“Kenapa pula abang nak salahkan arwah emak pula bukan ke emak tu emak kita. Tak baik kita cakap macam tu pada emak yang dah melahirkan kita bang.”

“itu emak kau bukan emak aku” Terkejut Sarah dan Mizan mendengar suara tinggi Zulkifli yang kedengaran marah.

“Maksud abang??” Tanya Sarah ingin tahu. Yang sebenarnya Sarah tidak tahu kisah emaknya.

“Kita hanya adik-beradik satu ayah sahaja. Emak kau tu dulu mengunakan cara tak baik untuk mendapatkan arwah ayah. Bila dah dapat ayah aku, dia fitnah emak aku pula hingga mati emak aku dibuatnya kerana fitnah dari emak kau”.

“Fitnah..”

“Ia.. dia fitnah emak aku ada hubungan dengan sepupu ayah sendiri, kebetulan pakcik aku tu ada masaalah kewangan. Ayah pula tampa usul periksa percaya dengan segala apa yang diceritakan.  Apa lagi naik kaki tanganya kat badan emak aku hingga mak aku keguguran. Lepas tu dia tak balik lagi. Cerita finah ni terbongkar bila pakcik aku tu buka rahsia mereka. Ialah mengunakan duit hasil fitnah tak akan senang sampai bila-bila. Bila dah terbongkar dan ayah mula sedar tapi dah tak berguna emak aku pun dah mati. Emak kau kata  untuk menebus salah dia konon,  dia minta bela kami dua beradik. Rupanya dendamnya pada emak aku tak habis lagi walaupun ayah dah dalam genggaman dia dan emak aku dah masuk dalam tanah. Kau tau tak apa yang dia buat pada kami?.”

“Abang tak cerita Sarah tak tahu. Sebenarnya Sarah tak pernah tahu yang kita ni adik beradik satu ayah. Arwah emak tak pernah cerita pada Sarah, walaupun Sarah anak yang paling lama duduk dengan dia dan Sarahlah yang jaga dia sampai dia meninggal”.

“Emak kau memang licik Sarah, dimata orang dialah wanita paling lembut. Tapi bila kita dah rapat dengan dia tahulah perangai dia macam mana. Kau nak tahu apa yang dia buat pada aku dan Zuhairi”.

“Ceritalah bang Sarah nak tahu supaya boleh dijadikan sempadan untuk hidup Sarah masa hadapan”.

“Aku nak ceritalah ni, sebab aku nampak peranagai kau tak macam peragai emak kau. Kau nak tahu masa depan arwah ayah, emak kau sangat baik dengan kami. Cakap pun lembut. Makan pun apa yang dia  makan itulah yang dia bagi pada kami. Tapi kalau ayah tak ada, dia keluarkan kata-kata kesat. Perkataan bodoh untuk kami  tu dalam sehari entah berapa kali keluar dari mulut dia. Dia dera perasaan dan fizikal kami. Kami yang akan melakukan kerja-kerja rumah membasuh mengemas. Bila ayah dah nak balik dari kedai barulah kami disuruh berehat. Itulah sebabnya aku akan lari duduk rumah nenek kalau cuti sekolah. Itu sebabnya nenek pun benci dengan emak kau anak beranak termasuklah engkau sekali”.

“Kenapa abang tak mengadu dengan ayah emak buat abang macam tu”.

“Cakap pun tak guna.. ayah tak percaya. Sebab arwah nenek pernah  cakap apa yang emak kau buat pada kami dua beradik dengan ayah tapi ayah tak percaya. Bila emak kau dapat tahu nenek mengadu kat ayah, lagi teruk kami dibuatnya.  Dia menghasut ayah suapaya kami tak dapat sekolah lebih dari tingkatan lima kau tahu tak. Emak kau tu memang licik.
….Yang aku hairan kalau depan emak kau, ayah macam tak boleh nak berfikir dengan waras. Hanya setahun sebelum dia meninggal ayah tersedar dengan perangai emak kau. Itupun kerana terjumpa ketika itu emak kau tengah memakihamum kami dua beradik, katanya lama dia diluar rumah mendengarkan kata-kata kesat yang emak kau tujukan pada kami. Allah tu Maha Pengasih.. perbuatan jahat ni tak boleh nak sorok selamanya. Masa tu ayah balik lebih cepat dari biasa, dan masa tu mungkin emak kau tak sangka ayah balik. Barulah ayah sedar apa yang emak kau buat pada kami selama ni. Untuk menebus segala kesalahan ayah, ayah serahkan mini market ni pada aku dan kebun kelapa sawit yang kat rumah nenek tu pada Zuhairi, dengan syarat kami terpaksa memberi sedikit hasil kebun dan hasil kedai sampai emak kau mati. Dan aku dah tunaikan syarat tu. Lepas mak kau mati kau tak ada hak lagi untuk mini market ni atau pun kebun kelapa sawit Zuhairi. Kalau kau tak percaya ayah ada buat satu surat perjanjian dan ditanda tangani oleh peguam sekali. Surat ni buat didepan mak kau sekali tau. Itu sebabnya mak kau tak boleh nak cakap banyak pasal harta yang ayah bagi pada kami berdua”.

“Tak bang  Sarah tak berniat nak tuntut apa-apa dari harta pusaka yang tak di untukkan pada Sarah bang”.

“Eloklah kalau macam tu. Haa ni satu lagi aku nak cerita. Tanah yang kau kongsi dengan Hadizah ni pun sekarang ni tengah nak direbut oleh Kamal. Aku harap kau jangan pergi rumah Ijah takut kalau Kamal paksa kau tanda tangan surat yang membolehkan dia ambil tanah pusaka tu. Nanti kau adik deradik dapat ‘habok’ sahaja”.

“Ehh kenapanya yang jadi macam tu? Abang Kamal kan suami kak Ijah kenapa dia nak berebut dengan isteri sendiri pula”.

“Kau tahu tak..Hadizah dapatkan Kamal tu cara tak baik. Cara emak kau. Emak kau ni pantang nampak orang berada sedikit semua ditariknya menjadi ahli keluarga dia termasuklah Kamal. Kebetulan Kamal pernah datang rumah emak kau sebab dia kawan satu tempat kerja dengan Ijah. Entah macam mana dia boleh tersangkut dengan Ijah sedangkan dia dah bertunang masa tu, aku dengar dari cerita orang tunang Kamal ni cantik dan warak orangnya. Itulah sebabnya  emak ayah Kamal tak setuju anaknya kahwin dengan Ijah. Bila niat diteruskan juga, emak dan ayah Kamal buang dia dari senarai penerima harta keluaraga dia. Sekarang ni Kamal salahkan Ijah yang menyebabkan dia tak dapat harta keluarga. Sebagai ganti dia nakkan rumah dan kebun kepunyaan kau berdua tulah, sekarang ni pula Kamal dah bawa kekasih dia duduk kat rumah pusaka kau tu. Ijah tak tahan duduk serumah dengan kekasaih suaminya. Aku dengar dia lari duduk menyewa rumah lain.
..Aku cerita banyak-banyak ni bukan nak mengutuk emak kau yang dah tak ada tapi akau nak jadikan cerita emak kau sebagai pengajaran pada kau. Jangan ambil hak orang, kalau kita ambil hak orang Allah akan balas, tak pada kita, pada cucu cicit kita. Kau tenguk sendiri Ijah mungkin dia macam tu kerana perbuatan emak kau. Aku kesian kat kau Sarah, kalau kau nak merebut laki orang aku tak akan bekerja sama atau membantu Sarah. Aku nasihatkan..Pada aku, biar aku tak kahwin dari kita mengambil hak orang. Yang aku takutkan adalah sumpah orang yang tak redha. Macam mak aku, aku tahu dia tak redha sampai dia mati Sarah.”

“Tak bang,  yang beria nak nikah dengan Sarah saya bang. Saya yang nak carikan emak untuk anak saya”.

“Oklah, aku pun nampak kau yang beriya siapa nama kau tadi”.

“Mizan bang.. Mizan Khir”.

“Kalau betul kau nak nikah dengan Sarah berwalikan aku datang Isnin esok kat pejabat ugama, aku tak suka tangguh-tangguh, takut perkara tak baik berlaku pada Sarah. Aku harap  kau ikhlas nikah dengan dia”.

“Isnin bila bang?”.

“Hari ni hari Ahad kan esoknya Isnin. Isnin itulah. Kenapa kau rasa berat pula ke nak nikah dengan Sarah ni.”

“Tak..Ok kami datang Isnin ni, saya akan bawa emak ayah saya sekali”.

“Ok Isnin ni dipejabat ugama, kamu berdua tak payah datang sini lagi, tapi aku nak pagi, agak-agak 830 pagi. Aku suka cepat..kerana aku ni banyak hal nak diselesaikan. Ingat ye pukul 830 pagi”.

“InsyaAllah..kami balik dulu”. Selepas bersalaman dan mengucapkan salam Sarah dan Mizan pulang semula keMelaka. Berbagai rasa yang timbul dihati Sarah. Rasa malu, rasa kesal dan rasa bersalah dengan perbuatan emaknya. Dia tidak mengenali emaknya secara mendalam rupanya. Walaupun  setengah dari umurnya duduk sebumbung dengan arwah emaknya dahulu. Benar kata abangnya emaknya seorang yang licik. Dia pernah mendengar kata-kata penghinaan arwah emak kepada bekas emak mertuanya walaupun sudah lama namun kata-kata arwah emaknya tidak mampu dilupakan oleh bekas emak mertuanya. Pada ketika itu dia melihat wajah emaknya yang berkata dengan wajah yang sambil tersenyum namun perkataanya pedas dan menghiris hati.

Ketika dia berjalan mengekori Mizan hingga kekereta NISSAN  ALMERA kepunyaan Mizan, dia berjalan seperti orang yang sedang berkhayal. Bila Mizan berhenti untuk menoleh kebelakang Sarah dengan tidak sengaja melanggarnya. Sehingga dia di tegur oleh Mizan.

“Awak ni kenapa, awak masih dibumi atau dah sampai langit yang ketujuh”.

“Apa maksud awak?. Pada saya kalau saya dah sampai kelangit yang ketujuh ertinya saya dah mati tau. Awak suka ke saya mati. Kalau awak rasa berat hati nak ambil saya jadi isteri awak. Beritahu, saya tak akan berkecil hati, dan saya tak akan merayu pada yang dah tak sudi.” Entah mengapa dia jadi sensitive pula saat itu.

“Iss iss awak ni emo pulak datang bulan ke. Dah cepatlah masuk, cepat kita sampai Melaka cepat kita uruskan apa yang patut kita sediakan untuk ajenda esok pula”.

 Sarah mengikuti arahan Mizan dia masuk kekereta yang sudah dibukakan pintunya oleh Mizan.  Ahh gentleman pulak duda sorang ni detik hati Sarah bila Mizan membukakan pintu sebelah penumpang untuknya.

Bila kereta mula bergerak Sarah mula memcari ayat untuk memastikan keyakinan Mizan terhadap dirinya.

“Awak!, setelah awak dengar cerita arwah emak saya, awak masih dengan niat awak ke”.

“Niat yang macam mana?”.

“Ehh awak ni, niat awak apa..niat awak nak nikah dengan saya lah”. Sebenarnya Sarah agak tidak sabar dengan perangai Mizan yang seperti mempermain-mainkan dirinya bila dia berkata-kata.

“Cakap tu kasi terang, mana tahu saya ada niat lain yang saya cakapkan pada awak tapi saya terlupa, nanti jadi salah faham pula. Bab nak nikah dengan awak saya tak akan berpatah balik, sekali saya lafaz saya akan teruskan, saya tak akan mungkir janji.”.

“Awak tak takut ke saya akan jadi macam emak saya yang mempersiakan anak-anak tirinya”.

“Saya percaya awak sayangkan anak-anak saya dari hati awak yang tulus. Awak sayangkan mereka bukan kerana nak jerat saya jadi suami. Betulkan macam tu”.

“Saya tak boleh nak kata ‘betul’ untuk menunjukkan saya jujur. Tapi sungguh saya tak sangka ayah Zurin dan Zira semuda awak”.

“Kalau saya muda, awak tak berkeyakinan dengan saya untuk jadi suami awak”.

“Awak ni pandai betul nak putar belit ‘kata’  kan. Saya jadi takut dengan cara awak bercakap.” Sarah jadi geram dengan bahasa yang keluar dari bibir Mizan, dia seolah-olah sedang mencari kelemahanya. Jika sekiranya dia tidak sudi untuk mengambil dirinya dia rela. Dia akan mengundur diri dengan senang hati.








                                             

Monday, 30 December 2013

Bab 5 Bahagia yang ku cari

           


                Mizan Khir cepat-cepat masuk kebiliknya.Dia tahu jika Sarah terlihat kelibatnya mungkin dia menjadi tidak selesa nanti. Dia akan kemasjid berhampiran pekan kampung mereka. Dia akan duduk disitu supaya anak-anak dapat melepaskan rindu kepada orang yang dipanggilnya mama. Ketika mereka sibuk bercerita didapur  Mizan Khir menyelinap keluar rumah, dia menghampiri motorsikal buruk ayahnya. Dia sudah bersiap dengan baju melayu dan berkain pelikat. Niat dihatinya ingin beri’tikaf di masjid hingga waktu Magrib nanti. Sampai sahaja diMasjid Mizan menghubungi emaknya.

“Assalammualaikum! Mak Mizan ni. Mizan nak duduk kat masjid  sampai Magrib nanti. Mak cakaplah dengan ayah nanti ayah cari  Zan pula.  ”.

“Waalaikum salam. Ok” Senyum Hajjah Nafisah menerima panggilan anak lelakinya. Hatinya berbunga riang anak dudanya pandai membawa diri bila ada wanita bukan muhrim didalam rumah mereka.

“Siapa yang call mak.” Maryam hairan melihat emaknya selepas menerima panggilan dari seseorang. Jawapanya hanya ‘Walaikumsalam dan ok’ tapi emaknya tersenyum lebar.

“Abang kamu, syuut”.Hajjah Nafisah menjawab dengan suara senyap hanya mulutnya sahaja yang bergerak kemudian jari telunjuknya menunjuk kebibirnya, menandakan agar perbualanya tidak didengari oleh Sarah yang sibuk melayani anak-anak angkatnya bertanya itu dan ini. Maryam yang faham dengan bahasa emaknya juga terseyum lebar.

Setelah puas melayani dua orang anak dara kecil Mizan, Sarah ingin menjenguk emak angkatnya pula. Tetapi langkahnya terhenti bila  dilihat ada kereta ayah Isnya terpakir dihalaman rumah emak angkatnya. Langkahnya  berhenti dimuka pintu hanya matanya sahaja dihalakan keruamah emak angkatnya yang tidak jauh dari rumah Maryam.

“Kenapa kak Sarah..kalau nak pergi pergilah cepat nanti Yam datang dengan budak berdua tu”.

“Bukan tak nak pergi, tu ada kereta ayah Is lah Yam”. Ada suara hampa kedengaran disitu.

“Ialah itu kereta Pak su Ishak tu. Bila sampainya pak su Is mak?”.Hajjah Nafisah turut menjenguk dan memandag kearah rumah Puan Siti NurBahiah untuk memastikan kehadiran birasnya.

“Baru sampai agaknya, semalam tak ada pun, kerap juga dia  datang sini sekarang ni walaupun sekejap. Minggu lepas datang juga tapi tak sempat bermalam.Datang singgah sebelum dia pergi kePenang kata mak su Yah kamu”.Untuk mengelakkan pernikahanya diketahui oleh isteri pertama, pertemuan antara Ishak dan Siti NurBahiah dilakukan secara menyorok-nyorok. Jika dia dikehendaki keluar dari Kuala Lumpur dia kan singgah sebentar menemui isterinya mudanya dan pulangnya juga akan begitu. Itulah nasib isteri nombor dua yang disorok.

“Ohh.”Hanya itu yang keluar dari mulut Maryam dan Sarah.

Sarah masuk semula tidak jadi melangkah.Bila emak Maryam mula kedapur untuk meyediakan makan tengahari Sarah turut membantu.

“Yam tengahari ni ayah kamu nak makan gulai nangka muda meh tolong emak siang nangka Yam, kamu makan tak nangka muda ni Sarah”.

“Hsyy sedap tu makcik ..apa yang tak makan pulak”.

“Ok kita masak nangka muda dengan ikan talang kering tengahari ni, Yam ambilkan emak bekas minyak goreng ikan atas para tu Yam”.

“untuk apa mak?”

“Ni mak nak lumur pisau dan tangan emak ni”.

Sarah dan Maryam hanya memerhati bagai mana Hajjah Nafisah menyiang nangka muda.

“mak cik!kenapa dilumur pisau tu dengan minyak masak tu?”.

“Supaya getah nangka tu tak melekat sangat kat pisau ni. Bila getah nangka melekat banyak sangkat hulu pisau niNanti susah pula nak ditanggalkan”.

“Ohh..Sarah tak pernah tenguk orang siang nagka muda.Biasanya beli gulai yang dah siap dimasak sahaja.Susah juga nak siang rupanya.”

“ SiYam tu pun tak pernah nak siang nangka  Sarah. Siang nangka ni leceh getahnya. Ni mak cik potong Sarah tolong siramkan air kat tangan mak cik ni. Cara ni pun untuk mengurangkan getah nangka melekat kat tangan dan pisau kita. Kalau dah melekat kat pisau tangan kita jadi melekit-lekit nak pegang pisau pun rasa tak selesa”.

Tengah hari itu mereka makan gulai nangka muda yang dimasak bersama ikan talang kering. Sungguh berselera mereka makan. Sarah lagilah berselera, kerana rindunya sudah ada dihadapan mata dengan keletah yang tidak pernah menjemukan dirinya.

“Meh kakak ngan adik nenek yang suap,  mama nak makan dengan mak su tu”. Hajjah sudah memegang pinggan untuk meyuapi cucu-cucunya  seperti kebiasaan.

“Tak mau kakak ngan adik nak mama suap. Mama suap yeee”. Manja sahaja permintaan Zurin memandang kearah Sarah diikuti pula oleh adiknya Zira. Zira pula apa yang dilakukan oleh kakaknya dialah yang menjadi penyokong kuat dan pengikut setia. Zira sudah banyak cakapnya walaupun pelat dan tidak difahami apa yang diperkatakan. Pinggan ditangan Hajjah Nafisah bertukar tangan. Berbunga riang hati Sarah bila dirinya bagai sangat dihargai oleh anak-anak kecil itu.


Selesai dia menyuapi anak-anaknya makan dia pula makan.Dua minggu seleranya tertutup kerana rindukan anak-anak dan emak angkatnya. Dia makan bersungguh-sungguh, dah tak payah tunjuk ayu lagi. Maryam hanya tergelak melihat telatah Sarah.

“Walau hanya lauk kampong berselera sungguh  akak makan ye. Tapi kalau makan macam ni depan pak we, takut pak we nak datang meminag…”.

“Peduli apa Yam kalau dia tak nak meminag akak,  janji perut akak kenyang. Yang sebetulnya sedap sangat gulai emak Yam ni, yang kita makan kat kedai kenapa tak sedap macam ni Yam”.

“Mana ada, Yam rasa sama aja, rasa nangka juga.”

“Tak Yam akak rasa sedap, terasa lemaknya serainya pun berbau, tapi yang membuka selera ni mungkin rasa ikan masin ni”.


“Ialah mungkinlah kita ni semuanya ambil saja kat belakang rumah, kelapa tak payah beli, nangka pun yang baru petik, itu yang jadinya sedap tu. Yam rasa nak ratah saja nangka ni”. Sambil makan mereka berbual, mesra sahaja nampaknya Sarah dan Maryam.

“Ialahlah tu, akak tenguk Yam dah tiga kali tambah nasi dah Yam ni, akak tak makan lagi dia dah mula, ni akak dah nak siap dia tak habis lagi”.

“Yam makan kunyah sampai empat puluh empat kali baru telan lah kak”.

“Ialah tu”. He he he seorang dara, seorang janda terkekek-kekek  dimeja makan. Emak dan ayah Maryam hanya mengeleng melihat gelagat mereka.


Selesai makan dan berkemas Sarah membawa anak-anaknya duduk dibawah pokok jambu, mengambil angin. Hendak kerumah emak angkatnya dia segan kerana ayah Is masih ada disitu. Hendak masuk kebilik  takkan lah tetengah hari buta hendak duduk memerap didalam bilik. Dia juga tahu berbudi bahasa jika dirumah orang.Dia ingin mendandan rambut anak-anak angkatnya untuk mengisi masa lapangnya. Ditangannya ada sikat, reben dan getah rambut. Apa yang dirasanya ketika itu SANGAT BAHAGIA itulah rasa yang hadir dari lubuk hatinya. Rasa  berbaloi dia berkejar dari Damansara keMelaka tadi.

“Meh sini mama dandan rambut adik dulu ye..lepas adik kakak pula”. Sudah ada pelanggannya walaupun salonnya hanya dibawah pokok.

Yang menjadikan dia selesa, kerana  sejak dia sampai tadi tiada pun kelibat Mizan ayah kepada anak-anak angkatnya. Sedang dia leka mendandan rambut Zira kedengaran sebuah motor masuk keperkarangan rumah keluarga Maryam.  Sarah yang membelakangkan jalan tidak memperdulikkan.  Injin motor sudah diberhentikan, mengikut dari peka deria telinganya tidak jauh dari tempat mereka duduk. Tangannya terus menyikat perlahan rambut pelangan kecilnya.Pada perkiraan Sarah tiadak ada kepentingan untuk mengambil tahu siapa yang menunggang motosikal, jika seseorang menuju kerumah Maryam tentu sahaja kenalan ayah atau abang Maryam yang ingin mengunjungi keluarga Maryam, dia orang luar tidak perlu ambil tahu.

Tiba-tiba ucapan  salam garau, terasa sangat  hampir dibelakangnya menyebabkan dia sungguh terkejut hingga terlepas tangan dari memeganag rambut anak angkatnya, punggungnya juga terangkat sedikit…

“Assalammulaikum”.

“Walaikum salam” Agak terjerit sedikit spontan jawapan salam disambut dengan duduk yang terkinjat kerana terperanjat.

“Is is is ayah ni, kesian mama sampai terperanjat. Lain kalau bagilah salam lembut-lembutlah sikit, macam ni kakak ajar Assalamualaikuuum. Haa barulah mama tak terperanjat”. Dengan suara kecil dan berlagu-lagu pandai sungguh sikecil Zurin mengajari ayahnya yang kurang berbudi bahasa pada pendapatnya. Dia kesian mamanya terperanjat hingga terkinjat dari duduk yang tenang.

Terhenyut-henyut badan Sarah menahan ketawa kerana rasa lucu bila melihat lakunan Zurin tadi, begitu juga dengan Mizan dia sudah terbungkuk-bungkuk ketawa kerana  kelucuan.


Sarah menoleh, dua anak angkatnya juga menoleh memandang wajah ayahnya yang menayang sengeh.

“Sorry tak sengaja, boleh join”.

“Err..err” belum sempat Sarah memberi jawapan Mizan Khir sudah duduk dihujung pangkin.

“Nak cakap sikit dengan awak”. Mizan memberi penyataan. Sarah jadi berdebar pula takut-takut Mizan mahu memberinya amaran supaya jangan rapat dengan anak-anaknya.

“Cakaplah.”Sarah tidak memandang kearah Mizan lagi. Walaupun hatinya berdebar tetapi tangannya meneruskan kerja mendandan rambut Zira yang sudah terlerai akibat terlepas tadi. Dia perlu cepat menyelesaikan kerjanya kerana seorang lagi pelangannya sedang menungggu giliran dengan sabar.  Zurin mahu rambutnya didandan juga, janjinya tadi selepas dia siap mendandan  siadik.. sikakak  pula.

“saya balik sekejap aja ni, balik nak makan. Tak tahan perut dah lapar Lepas makan nanti saya akan duduk masjid balik”.

“Ya Allah! saya datang ni menyusahkan awak ke? Saya minta maaf saya tak berniat pun macam tu, kedatangan  saya dah susah kan awak pula.”.Terkejut Sarah dengan penyataan Mizan tidak disangkanya Mizan duduk diMasjid kerana memberi nya peluang untuk melayani anak-anaknya.

“Taak awak tak menyusahkan saya. Tapi saya takut awak lari balik..bila nampak saya  ada kat rumah nanti. Sebelum awak lari balik saya cakap dulu”. Terus terang Mizan.

“Janganlah cakap macam tu, inikan rumah keluarga awak, sepatutnya awak tak payahlah lari duduk kat masjid. Saya ok, sekejap lagi saya nak pergi rumah emak saya tu. Tapi sekarang ni saya nak duduk sini kejap, nak dandan rambut anak-anak ni. Kesian awak sorry ye..”.

“Yang sepatutnya kalau awak kesian kan saya, bila dah awak angkat anak-anak saya menjadi anak angkat awak, angkatlah ayahnya  sekali”.

“Ha!!!.” Terkejut Sarah dengan perkataan yang keluar dari mulut duda dihadapanya. Bulat matanya spontan memandang kearah Mizan..dia ingin mencerana dan mencari maksud apa yang diperkatan kan oleh Mizan sebenarnya. Kemudian Sarah bangun.Entah dia jadi bingung, tak tahu tujuan dia bangun mungkin mahu masuk kedalam rumah atau mahu kerumah emak angkatnya. Dia bangun tampa tuju kemana handak dituju.

“Awak nak kemana pulak tu duduklah dulu..kita tak habis bicang lagi”. Datar sahaja suara Mizan seakan dia berkecil hati, kerana bagai Sarah tidak mahu melayani dia berbual.

“Err..err”. Sarah jadi tertoleh-tertoleh antara Mizan dan pintu rumah.Tadi sebenarnya dia sudah tenang itulah sebabnya perkataanya yang keluar dari bibirnya banyak sedikit. Tetapi bila Mizan mengeluarkan pernyataan angkat mengangkat dia jadi tidak tentu arah pula. Kepala bercelaru dengan maksud yang cuba disampaikan oleh Mizan hingga terkesan pada perbuatanya.

“Dah lah meh duduk sini sekejap,  saya nak tanya awak ni..Hssyy awak ni blur lah. Orang cakap sikit dah jadi bingung macam orang tak betul saja. ” Dah pula Mizan mengatakan Sarah blur dan orang tak betul…orang tak betul tu apa??? Soal Sarah dalam hati. Bukan ke orang tak betul orang gila.Hangat hati Sarah bila orang yang dihadapanya mengatakan dia begitu. Dah dia yang cakap tak jelas dia kata orang tak betul pula bebel hati Sarah yang kegeraman.

“Saya nak tanya ni..” lama Mizan mendiamkan diri sehingga Sarah jadi tidak sabar mahu mendengar apakah yang mahu diperkatakan oleh Mizan. Walaupun  hatinya membebel kegeraman dia tetap berdiri menanti Mizan bersuara.

“Ehh nak tanya tanyalah..kalau tak nak tanya saya nak masuk ni. Nak tidur meh lah kakak ngan adik ikut mama tidur”..

Ehh sedapnya dia ajak anak orang tidur dengan dia..ingat aku ni siapa ‘BAPAK’ budak-budak tu senang-senang dia ajak anak kikta tidur dengan dia pula.

“Tunggulah duduk dulu... Kakak adik tunggu dulu ayah nak tanya mama ni, duduk!!”. Arah Mizan, garang sahaja terdengar suaranya, tetapi perkataan ‘mama’ mesra pula didengari oleh telinga Sarah. Sarah dan anak-anaknya mengikuti arahan Mizan. Mereka duduk semula.

“Memandangkan awak ni tak tahu bahasa berlapik saya tanya terus terang. Kalau saya nak pinang awak pada siapa saya nak pergi meminang”. Haa kan Mizan sudah menanyakan soalan cepu berliannya. ‘Dasyat gila’Sungguh dia berterus terang detik hati Sarah yang terkejut. Tadi cakap tak terang dia jadi blur kini dia cakap berterus teranag Sarah jadi terkejut.

“Haa??” sekali lagi Sarah terkejut dia betul-betul jadi blur dengan pertanyaan Mizan duda anak dua yang dihadapanya sekarang.. Hingga ternganga dan bulat mata Sarah dibuatnya kerana terkejut, memandang kearah Mizan  duda yang tak tahu berbudi bahasa.



Sebenarnya lama Mizan memikir baik buruknya membuka hatinya untuk mejadikan  Sarah mama untuk anak-anaknya disamping itu halal untuk dirinya. Supaya merek tidak kekok bila duduk bersama seperti sekarang ini. Tujuan utama agar anak-anaknya ada tempat untuk bermanja. Dilihat pada mata kasar anak-anaknya sudah sangat serasi dengan Sarah, bagi dirinya kebahagiaan anak-anak adalah perkara utama dalam hidupnya sekarang ini. Setelah yakin dia memeberanikan diri bertanya dari hati kehati kepada Sarah, dia tidak mahu melalui orang tengah. Ini dia memulakan langkah pertama, tetapi silapnya dia orang muda mana tahu nak berkias bagai.

“Tak kan bahasa senang macam tu awak tak faham?” Garangnya Mizan ni, tak ada pujukkn atau nada suara yang lembut mahu memikat janda muda dihadapan mata.

“Faham, tapi betul ke awak tanya macam tu?” Sarah jadi tidak mengerti apakah yang dimahukan oleh Mizan, mahu meminangnya tapi bahasa dan gayanya macam orang nak bergaduh sahaja.

“Habis siapa lagi yang tanya?ada ke orang lain kat sini”. Mizan tertoleh-toleh kiri dan kanan.

“Awak!awak tahu tak siapa saya?”

“Tahulah nama awak Maisarah binti Zamri, kawan serumah dan satu tempat kerja Maryam adik saya”.

“Awak tahu tak saya ni janda?”

“Tahu awak janda tak ada anak”.

“Habis kenapa awak nak kan saya..Awak tahu tak dua tahun lebih saya jadi isteri orang dulu, tak menyesal ke  nanti.”

“Habis..Saya ni teruna ke yang nak menyesal kahwin dengan janda, kita samakan, awak janda saya duda anak dah dua atau sebab saya dah ada anak dua jadi awak tak sudi nak terima saya. Ialah bak kata orang duda kan bekas orang”.
 Tak padan dah duda sensitive pula dia ni, tadi suaranya bukan main garang, ni sensitive pula.Emosi tak setabil betullah dia ni..nak kata datang bulan.. dia ni jantan datang bulan apanya’. Bebel Sarah dalam hati mengenai orang jantan yang duduk sepangkin denganya. Wajahnya berkerut-kerut memandang Mizan yang masam mencuka.

“Hsyy awak ni merepek yang bukan-bukan kenapa?. Maksud saya.. biasanya orang kahwin nak kan anak. Saya ni pernah berkahwin dua tahun lebih tapi tak dapat anak, tak takut awak  kalau saya tak dapat memberi anak pada awak”.

“Ohh itu boleh diushakan, sekarang bidang perubatan sangat canggih, macam-macam cara ada untuk membantu orang yang berusha. Lagi pun yang memberi anak adalah saya. Awak tu hanya tolong mengandungkan anak saya sahaja itu pun kalau kita dah nikah lah”. Berbahang rasa muka Sarah mendengar kata-kata yang keluar dari bibir Mizan Khir yang agak tidak bertapis. Ahhh sungguh lelaki ini berterus terang. Mungkin kerana lelaki ini pernah berkahwin itulah sebabnya ayatnya tak ada ‘water filter’. Sarah hanya mendiamkan diri dia tidak tahu apa yang mahu dikatakan lagi.

“Jadi macam mana? Kalau saya nak pinang awak, pada siapa yang boleh saya pergi meminang”.

“Saya yang sebenarnya dah tak ada siap-siapa lagi yang boleh diharapkan. Masa saya kahwin dengan bekas suami saya pun kami pergi berdua sahaja kat Sempadan Siam”. Sarah juga sudah menjadi  seperti Mizan, kata-katanya terus dan telus tampa selindung.

“Awak nak yang macam tu ke? Kalau saya cara tu adalah jalan yang terakhir setelah habis ikhtiar.  Awak masih ada abang lagi kan. Dan awak tahu kat mana dia duduk, tak boleh ke diushakan kita jumpa dia. Pada saya kalau kita dah berusha jumpa dia dan dia tak mahu mewalikan awak, kita boleh berwali hakim untuk nikah ditanah tumpah darah kita sendiri.Tak payahlah kita nikah di Sempadan, pada saya nikah disempadan hanya untuk orang yang terdesak.Kita masih ada keluarga untuk merestui pernikahan kita.”Lembut sahaja nada suara Mizan memberi pandangan.Sayu hati Sarah mendengar penerangan dari Mizan. Kini sudah tertutup sikap garang Mizan dimata Sarah.

“Tahu, mereka masih di Gemencih, tapi mereka dah tak ambil berat hal saya”.

“Walaupun mererka tak ambil berat hal awak tapi mererka tetap waris awak dan wali awak kalau awak nak nikah. Atau awak memang suka nikah kat Sempadan Thai?”.

“Hsyyy awak ni saya ni perempuan Melayulah, kalau boleh hari bahagia saya nak dihadapan saudara mara, dan kalau boleh diwar-warkan. Saya sebetulnya tak mahu hari yang bermakna bagi saya, diSOROK macam dulu.Tapi betul ke awak nak nikah dengan saya? Kenal tidak, bercinta jauh sekali..tup-tup kita nikah. Macam mana kita nak menghadapai hari-hari yang mendatang bersama-sama.”.

“Alah kita ni kan dah tua tak payahlah nak bercinta bagai. Rasa cinta itu akan datang sendiri selepas kita nikah nanti. Yang sebetulnya saya perlukan awak untuk saya dan anak-anak saya. Awak tak nak tanya kenapa saya pilih awak?”

“Boleh juga kalau awak nak bagi tahu”.

“Sebab anak-anak saya sayang sangat kat awak. Awak tak nak tanya persaan saya pada awak?”

Hai dia ni menyuruh kita bertanya pulak, kalau nak bagi tahu cakap sajalah banyak songeh lah dia ni’. Pada Sarah dia sedang malu bila berhadapan dengan seorang lelaki yang melamar dirinya secara terus terang. Ialah dia kan wanita Melayu yang masih ada sifat malu. Betulkah semua  wanita Melayu tebal dengan sifat malu didalam dirinya?.

“Tak perlu. Yang saya perlukan sayang anak-anak awak pada saya itu pun sudah cukup”.

Oleh kerana terlalu lama mereka bercerita kedua-dua akak-anak Mizan sudah baring dipangkin berbantalkan peha Sarah. Tangan Sarah pula secara  spontan membelai rambit keduanya akhirnya  mereka terlena disitu. Mizan hanya memandang tingkah anak-anaknya. Hatinya mengakui anak-anaknya perlukan kemanjaan dan belaian tangan seorang wanita yang bergelar mama atau ibu atau emak.

“Jadi oklah kalau kita nikah”.

“Saya sebenarnya dah tak ada apa- apa rancangan untuk hari depan saya. Untuk mengharap kekasih datang menunaikan  janji pada saya pun tak ada. Harapan untuk saya bahagia dalam rumah tangga pun rasanya dah jauh dari gapaian. Pada saya hidup saya akan berlalu begitu sahaja, saya ingin memberi kasih pada anak-anak awak yang dah tak ada ibu. Bila saya berkenalan dengan anak-anak awak yang comel ni bertambah kuat semangat saya. Awak nak tahu apa perasaan saya bila kasih saya diterima oleh anak-anak awak?”

“Apa perasaan awak?”Tanya Mizan ingin tahu.

“Sangat bahagia. Kata mak su Yah kalau kita dapat mengembirakan hati anak yatim kita akan diBerkati dan diRahmati Allah. Inilah nikmat yang saya rasa kerana mengembirakan hati anak yatim BAHAGIA”.Mizan memandang Sarah dengan wajah yang berseri-seri terpancar kebahagian diwajahnya. Mungkin benar dia bahagia. Bila Mizan tidak bersuara Sarah mengambil peluang menyampaikan apa yang ada diahatinya.

“Sebetulnya setelah saya menjadi isteri dulu saya sangat mengharapkan dapat membelai anak-anak kecil. Tapi ialah Allah tak beri rezeki  itu  pada saya. Awak!! Awak jangan salah faham pada saya, saya tak pernah mengharapkan awak ambil saya sebagai isteri. Cukup kalau awak  izinkan saya mengasihi anak-anak awak.”

“Saya pun macam awak juga, nak harapkan kekasih datang pun dah tak ada, nak mengharapkan janji ditunaikan pun dah tak ada, jadi pada hidup saya berlalu begitu sahaja saya nak balas kasih pada orang yang sudi mengulur kasih ibu kepada anak-anak saya. Saya tersedar fitrah anak-anak saya dengan kehadiran awak,  yang sebenarnya mereka sangat mengharapkan kasih ibu. Ini fitrah setiap anak memerlukan kasih ibu dan ayah barulah lengkap hidup mereka. Jadi bila boleh kita ikat hubungan kita, supaya mudah kita memberi kasih pada anak-anak. Mereka dapat melihat kita bersama-sama dalam keadaan yang  halal. Kita pun tak lah kekok macam sekarang ni. Jadi bila yang boleh kita menghalalkan hubungan kita”.

“Saya tak kisah sebenarnya, ikut pada kelapangan masa awak lah”.

“Ikutkan saya sekarang ni pun boleh.Tak payahlah saya duduk masjid lagi”. Ada senyum dihujung bibir Sarah, Mizan pula ada tawa perlahan dihujung katanya. Hati mereka  bagai dijentik kelucuan bila Mizan berkata begitu. Apakah itun putik bahagia mereka.

“Ohh!! tak payah lah pergi lagi, lagipun  sekejap lagi saya dah nak balik KL dah. Mereka berdua ni  dah ok rasanya, saya pun dah ok ni”.

“Awak pun tak ok ke sebelum ini??”. Mizan ingin tahu  perasaan Sarah.