~Siapa Ikut Blog Ni~

Pages

Saturday, 15 June 2013

Bab 25 Bimbang


Maaf kali ni terlebih panjang sikit..takut anda jemu membacanya...tak bolih nak cut sebab ceritakan kisah ayah Arief Edlan.. 




Tulis surat dalam gelap,
Ayatnya banyak yang tidak kena,
Jagalah diri jangan tersilap,
Jika silap bawa bencana.


Ketika itu sekali lagi lampu dari telefon bimbit Farhan berkelip-kelip, menandakan ada massage yang masuk. Farhan hanya memandang sepi.

“Jawab lah” pinta Fatin lembut.

“Abang tak ada mood nak jawab. Jom kita tidur abang dah letih.” Farhan merasa sangat letih..letih dengan kerenah NurSaleha dan letih bila membayangkan masaalah yang bakal timbul. Farhan mengambil telefon bimbitnya lalu mematikan dan mencabut batri dari telefon bimbitnya. Ini  lagi satu kesilapan Farhan. Mengapa dia tidak menjawab penolakkanya dihadapan isterinya untuk menunjukkan kejujuranya. Setelah mencabut bateri telefon bimbitnya dia baring , kemudian dia menarik tangan isterinya mengisyaratkan agar isterinya baring juga disisinya, mececah sahaja kepala isterinya kebantal terus sahaja isterinya ditarik dalam pelukknya. Kemudian dia berkata perlahan ditelinga isterinya.

“Kita perlu tidur esok nak kerja.”Ketika itu jam loceng dihujung katil sudah menunjukkan pukul 11 malam. Akhirnya mereka terlena juga. Setelah memastikan isterinya betul-betul lena dengan perlahan Farhan bangun. Untuk jauh dari telinga isterinya Farhan keluar  dari bilik dia menuju kedapur. Dia menghubungi Nur Saleha, kali ini tidak dibilik anak-anaknya seperti biasa. Dia ingin menyelesaikan permasalaahan dengan Nur Saleha malam itu juga. Dia ingin memperdengarkan ketegasan suaranya. Dia tidak suka apa yang terjadi.

“Assalamualaikum..maaf menggangu malam ni.”

“Waalaikumsalam..tak juga memang I tunggu panggilan dari you..I dah rindu..dapat dengar suara you hilang setengah dari rindu I malam ni..apa mimpi you call I tak SMS pulak.”

            Tadi pada SMS pertama lama NurSaleha menunggu balasan dari Farhan tetapi tidak berjawab, pada fikiranya mungkin Farhan masih sibuk dan tidak dapat menjawab SMSnya. Setelah lama menunggu dia mencuba untuk menghubungi Farhan pula..tetapi tiba-tiba talian diputuskan. Untuk kali ketiga dia mencuba talian tidak dapat disambungkan pula..Nursaleha berandaian mungkin isteri Farhan duduk berdekatan dengan Farhan. Dia menunggu Farhan menghubungi semula sudah hamper pukul satu pagi tapi matanya tidak mahu terlena. Ingatannya tidak lepas mengingati Farhan. Ketika telefonnya berdering tanda ada panggilan masuk hatinya begitu teruja kerana nama Farhan yang tertera discreen telefonnya. Bertambah teruja kali ini kali ini Farhan menghubunginya, tidak seperti kebiasaanya  Farhan lebih suka berSMS, mungkin dia takut isterinya mendengar perbualan mereka.

“I tak mimpi apa-apa..tapi kita harus selesaikan cerita kita.”

“You pun sama macam I juga ke? You pun dah mula rindu dengan I.” Manja kedengaran suara Nur Saleha dihujung talian.

           Suaranya memang tidak berubah lembut dan manja ditambah jika membayangkan wajah ayunya. Itulah suaranya ketika semasa mereka menuntut ilmu dulu. Kalau tidak kuat iman, Farhan tidak akan dapat membuat keputusanya malam itu. Itulah antara sebabnya  mengapa Farhan tidak mahu berhubungan dengan percakapan  walaupun hanya melalui  telefon, dia lebih suka berSMS. Dia tidak mahu suara manja Nur Saleha mengoda naluri lelakinya nanti. Tetapi malam ini dia harus meperderngarkan suara lelakinya yang tegas. Dia tidak suka panggilan-panggilan NurSaleha  yang semakin berani dan mula menggegar  keharmonian rumah tangganya.

“Saleha sebenarnya I tak pernah rindukan you dan Ia tak pernah tunggu you selama ini. Kalau I tunggu you ..I tak akan kahwin. I cakap jujur dengan you..dulu memang I suka kat you…hanya suka sahaja. Untuk pengetahuan you ramai  lagi yang suka kat you sebenarnya. Dalam kelas kita sahaja ada dua tiga orang yang suka kat you..bukan I sorag saja.Tapi hanya sekadar suka saja”.

“Ialah kalau dah hati suka lama-lama akan jadi cinta dan kasih..berilah peluang hati you untuk mengasihi dan menyayangi I.”

“I dah tak perlukan itu semuanya… cinta, kasih dan sayang I dah pun terisi penuh. Dalam hidup I sekarang ni  hanya ada isteri dan anak-anak I saja. Terus terang I cakap tak perlukan you.”

“Farhan,  I  hanya nak menumpang sedikit kasih sahaja dalam hidup you… kenapa..isteri you  tak bagi you datang pada I ke?, kalau betul dia isteri yang baik dia tak akan halang kebahagian you atau you takut dengan isteri you?.”

“Saleha!! Dengar sini..I tak pernah takut dengan dia,  I hanya takut dengan diri I sendiri. I takut tidak terdaya mengemudi dua bahtera.Takut tak mampu memberi kasih sayang pada you dan anak-anak you. Sebab kasih sayang I yang sedikit ni I dah bagi semua pada isteri dan anak-anak I. You carilah orang yang lebih sesuai tapi bukan dengan I. I minta maaf.”

“Farhan you tak kasehan ke pada I yang terkontang kanteng mengharungi dunia ini seorang diri. I perlukan seorang suami untuk membesarkan anak-anak I.”

“I lebih kasehankan isteri  dan anak-anak I..I memohon sungguh-sungguh pada you..lepas ini jangan you cari I lagi, walau pun you call I sebagai seorang  kawan, I tak akan jawab..tolonglah Saleha  jangan call I lagi. Carilah kebahagiaan you dengan orang lain, ramai lagi lelaki baik yang boleh you harapkan. Assalamualaikum”.

        Sebelum sempat Nur Saleha memperkatakan sesuatu, Farhan sudah  memutuskan talianya. Dia mencabut sekali lagi batri telefonya supaya dia tidak diganggu lagi. Puas hatinya.  Keputusannya muktamad dia tidak akan menoleh kebelakang lagi. Kini dihatinya hanya ada isteri dan anak-anaknya sahaja..Dengan perlahan dia memasuki bilik tidurnya dan merebahkan diri disisi isterinya. Dilihatnya tangan isterinya menepuk-nepuk punggung anaknya yang kecil yang tidur bersama mereka. Berdebar  juga hati Farhan. Terlintas juga dibenaknya  mungkinkah isterinya menyedari ketiadaanya ketika dia menghubungi Nur Saleha tadi. Tetapi kerana dia sudah keletihan matanya terus sahaja terlelap. Bagi Farhan semuanya sudah tidak perlu difikirkan lagi kerana tadi semuanya sudah dijelaskan kepada isterinya. Tetapi lain pula yang ada di fikiran Fatin ianya belum selesai. Ragunya masih ada.

                Tadi ketika Fatin terjaga ditengah malam kerana anaknya merengek mungkin mengigau, dilihatnya suaminya tiada dipembaringanya. Dipandangnya keatas di kepala katil dimana suaminya meletakkan telefon bimbintnya tadi, telefonya juga sudah tiada. Dia tahu suaminya mungkin menghubungi  NurSaleha. Curiga dihatinya datang lagi. Susah baginya mahu mempercayai kejujuran suaminya kini.

                  Bagi Farhan bukan dia tidak mahu menjawab panggilan tadi hadapan isterinya. Tetapi dia tidak mahu keputusanya yang diambil terpengaruh dengan kehadiran isterinya. Dia mahu keputusan itu datang dari hatinya sendiri. Dia sudah lama melupakan Nur Saleha. Dia tidak pernah mengharapkan NurSaleha dalam hidupnya sejak NurSaleha bernikah. Dia tidak pernah bercita-cita untuk  menerima kehadiran Nur Saleha dalam hidupnya. Petanyaannya petang tadi kepada ayahnya hanya bertanyakan pendapat ayahnya tentang poligami itu sahaja, tetapi tidak terlintas kearah itu. Padanya hanya satu isterinya dunia dan akhirat yaitu Fatin Najihah.Tetapi kesilapan ini menyebabkan Farhan harus membayarnya dengan seribu kesabaran. Kerana setiap orang lain pemikiranya.

              Sudah menjadi kebiasaan anaknya yang kecil akan bangun sekali di tengah malam hendakkan susu. Malam itu pukul dua pagi anaknya bangun hendakkan susu. Fatin bangun untuk memenuhi kehendak anaknya. Dia kedapur untuk mambancuh susu anaknya. Tetapi malang bagi Fatin, ketika sampai didapur dia tergelincir kerana kakinya terpijak plastic pembukus barang yang terdampar dikaki meja. Mungkin kerana matanya yang masih kelat, dia  tidak nampak plastik pembungkus barang yang terdampar dikaki meja.Farhan yang  membuang plastic itu kedalam bakul sampah di bawah meja makan mereka. Tetapi  malangnya ketika Farhan membuang plastik tadi ianya tidak betul-betul masuk kedalam bakul sampah..bila persaannya terdengar seakan telefon bimbingnya berbunyi.

             Fatin jatuh punggung terhentak kelantai simen.Walau dia terduduk tidak terlalu kuat kerana dia sempat berpaut pada bucu meja, namun hetakkan badan yang sudah berat sakitnya terasa juga hingga kepinggang. Punggungnya juga terasa sangat sengal. Dia terduduk  sendirian menahan sakit punggung dan sakit dipinggangnya. Anak yang didalam bilik sudah semakin kuat suara tangisanya. Fatin mencuba untuk bangun tetapi kesakitan pinggangnya menghalang  untuk dia berdiri, dia merebahkan diri agar kesakitan berkurangan. Oleh kerana tangisan anak yang sudah semakin kuat, Farhan yang baru terlena terjaga juga. Dia cuba menepuk punggung anak agar tangisannya reda dan bersabar menanti ibuya datang membawakan susu. Lama  ditunggu Fatin tidak juga muncul, Farhan keluar mencari isterinya sambil mendukung anaknya yang belum reda tangisanya. Alangkah terkejutnya Farhan didapati Fatin sudah terbaring di kaki meja makan.

“Kenapa Ha..kenapa baring kat sini?” Farhan menghampiri Fatin yang menghulur botol susu kosong kearahnya. Fatin cuba sekali lagi untuk bangun tetapi kesakitannya menghalang dia berbuat demikian. Soalan suaminya juga  tidak dijawabnya dia hanya mengeleng-gelengkan kepalanya sahaja. Farhan meletakkan anaknya disisi isterinya yang telah didudukan, dia kedapur membancuh susu untuk anaknya. Setelah siap dia mengambil semula anaknya lalu didukung masuk kebilik tidur mereka. Kemudian dia keluar semula unuk membantu isterinya bangun dari duduknya. Dilihat isterinya menangis.

“Kenapa sayang..sakit ke?” Isterinya hanya mengelengkan kepalanya lagi  tampa bersuara. Farhan memapah isterinya masuk kebilik mereka. Diatas katil sekali lagi Farhan bertanya.

“Kenapa sayang sakit ke?..cakaplah dengan abang.” Fatin hanya mengeleng-gelengkan kepalanya sahaja, dihatinya dipagut sayu dan hiba. Pinggang sudah beransur kurang sakitnya. Fatin dipapah masuk kebilik kemudian dia merebahkan tubuhnya. Apabila suaminya masih berdiri memerhatikan dirinya Fatin menepuk-nepuk bantal suaminya  mengisyaratkan agar suaminya juga baring menyambung tidurnya yang terganggu. Setelah suaminya baring dia menghulurkan dirinya didalam pelukkan suaminya. Perlakuanya menghapuskan tanda tanya dikepala suaminya tentang dirinya.  Akhirnya mereka lena juga hingga kepagi.

Ketika bersarapan pagi itu Fatin tidak banyak bercakap, wajahnya kelihatan lesu mungkin tidak cukup tidur.

“Kenapa Ha..abang nampak muka nampak lain..Ha sakit ke? Dari malam tadi Ha diam saja..cuba cakap dengan abang.. abang ni kan suami Ha, cakaplah”.

“Tak ada apa-apalah..Ha ok saja…tapi letih sikit”.

“Kalau letih apa kata kita ambil..kita cuti hari ni”.

“Tak apalah..kalau tak ada orang ganti  nanti susah..Ha ok janganlah abang bimbang”.

                 Setelah  bersarapan mereka bersiap-siap menghantar anak-anak kerumah pengasuh mereka, yang tidak jauh dari tempat mereka tinggal. Kemudian Fatin dan Farhan menuju pula ketempat kerja mereka seperti biasa. Pagi itu Fatin hanya mendiamkan dirinya sahaja kerana dirasakkan pinggangnya  tidak selesa. Mereka berdua hanya melayan fikiran masing-masing hingga ketempat kerja mereka.  Setelah bersalaman dan mencium tangan suaminya Fatin ketempat merekod kedatangan sementara Farhan mencari tempat memakir keenderaannya.

 “Assalammualaiku..letih nampak..kenapa?..anak kau meragam atau isteri kau yang meragam Han.” Tegur Edlan menyiasat. Edlan sangat peka pada perubahan sahabatnya. Dia akan mnegesan lebih dahulu jika ada yang tidak kena pada Farhan.

“Waalaikumsalam..aku tak cukup tidurlah Lan..malam tadi Saleha yang meragam.”

“Hai jadi ke kau dengan Saleha tu?.” Perkembangan dirinya dengan Nur Saleha yang mula menghubunginya  dan hubungan mereka seakan menuju kearah kemesraan telah di ceritakan kepada Edlan dari  A hingga ke Z. Permintaan NurSaleha yang meminta dirinya disunting  untuk dirinya dijadikan isteri kedua juga diceritakan kepada sahabatnya itu. Farhan juga meminta pandangan sahabatnya itu. Dia masih ingat lagi nasihat sahabatnya itu. Ketika dia mengajukan soalan itu Edlan memandangnya tidak berkelip.. dia terkaku sebentar. Bila dia bersuara wajahnya nampak sedeh…

“Han..Han kau  sebetulnya nak cari yang macam mana lagi..pada aku isteri kau yang sekarang ni, sudah cukup segala-galanya.  Apa lagi yang kau nak..dia dah cukup cantik dan dah cukup baik. Dia dah lahirkan tiga orang anak lelaki untuk kau. Ni nak keluar seorang lagi. Baru berapa tahun kau kahwin dengan dia dah nak masuk empat anak kau. Aku ni..dulu aku lagi kahwin dari engkau baru nak masuk tiga anak aku..kenapa kau terniat nak tambah lagi Han.”  Isteri  AriefEdlan  juga sedang mengandung lebih kurang sahaja usia kandunganya dengan Fatin. Setelah lama mendiamkan diri Edlan menyambung lagi nasihatnya. Ketika itu Farhan hanya mendiamkan dirinya dia memikirkan akan kata-kata sahabat yang dihadapanya. Sebenarnya tidak terniat hendak bernikah lagi tetapi apabila NurSaleha mengajukan soalan cepu emas itu teringinn pula dia tahu apakah pendapat sahabatnya. Tidak disangka itu pula yang keluar dari mulut sahabatnya.

“Cakaplah dengan aku..Kau nak apa lagi. Kau kesal ke dia tak dapat bagi kau anak perempuan. Itu yang kau nak terima Saleha tu..Tapi jangan kau lupa Han.. yang menjadikan anak itu lelaki dan perempuan itu dari benih kita, jangan kau salahkan isteri kau pula. Kalau benih kita yang aktiv benih Y lelakilah anak kita tapi kalau yang aktiv tu benih X perempuanlah anak kita dia hanya tumpangkan rahim dia saja. Kalau aku kan, aku tak akan toleh orang lain lagi..dia rela melahirkan anak kita pun dah dikira satu rahmat tau Han. Dah dua kali aku megadap Su bersalin..kalau nak dikirakan tak sampai hati aku nak mengadap Han…nyawanya kat umbun-umbun saja.” Edlan terbayang kesakitan isterinya ketika ihendak melahirkan zuriatnya. Itu tidak dikira kepayahan ketika dia berjalan atau tidur dengan perut besar.

“… Jangan sampai dia tahu cerita kau ni, nanti hilang kepercayaan dia pada kau..nanti yang susah kau juga”. Sebenarnya Edlan merasa dia juga turut bersalah diatas permulaan hubungan NurSaleha dan Farhan kerana dia yang memberi nombor telefon Farhan kepada NurSaleha.

“Ialah Lan..aku pun ingat macam tu jugalah selama ni tak pernah terniat aku nak nikah lagi Lan…tapi aku rasa kesihan pula mengenangkan  nasib Saleha. Kesian dia ditinggalkan oleh suamiya kerana perempuan lain..aku tenguk dulu dia tu baik, lemah lembut tapi sampai hati suaminya mempersia-siakan hidup dia.”

“Jangan kau kasihankan orang Han, takut nanti  memakan diri kau sendiri.. Han aku nak cerita satu kisah dalam keluarga aku sendiri.. cerita ni aku tak pernah cerita dengan orang sebab aku malu ..tapi ini sebagai pengajaran untuk aku dan juga kau. Yang  aku cerita kisah ayah aku sendiri” Arief Edlan  mula menceritakan kisah ayahnya agar Farhan mendapat pengajaran dari ceritanya.




                             Ayah aku sebenarnya pernah nikah tiga kali. Sebab apa aku tak cerita cerita ni dengan siapa-siapa?? Sebab  aku malu.. aku takut nanti orang kata ayah aku kuat seks..tapi bukan macam tu sebenarnya..keadaan memaksa dia nikah sampai tiga kali.”

            “Hisyy kau ni ada ke kau cakap macam tu.”

            “Ia Han orang… kalau dengar cerita, orang tu pernah kawin banyak kali, orang tak fikir lain mesti macam tu”…

            “Ceritalah aku nak dengar ni.”

                             “Cerita ni aku dengar dari ayah dan nenek aku…Perkhawin ayah aku dengan isteri pertamanya adalah atas dasar perancangan orang tua mereka..tetapi kemudiannya ayah aku memang cinta dan suka pada isteri pertama dia. Wanita itu adalah anak sahabat baik nenek aku sendiri.
                 Dulu atuk aku polis.. mereka duduk beret polis, masa tulah nenek aku berkenalan dengan besan dia. Maklumlah mereka tu  sama-sama kahwin dengan anggota polis. Bila dah ada anak-anak mereka berpisah bila suami masing-masing ditukarkan ketempat lain. Tapi dah joidoh agaknya..bila anak-anak dah dewasa mereka berjumpa semula..masa tulah, mereka merancangkan untuk menyatukan anak-anak mereka pula. Kebetulan ayah aku juga bekerja sebagai polis ketika itu. Lagi sukalah kawan nenek aku tu. Walaupun perkahwinan mereka diatur oleh keluarga Isteri pertama ayah aku seorang yang cantik lemah lembut sudah tentulah ayah aku sekali pandang saja terus jatuh cinta dan setuju dengan perancangan keluarga. Ayah aku memmang bahagia dengan perkahwinan pertamanya maklumlah restu dari kedua belah keluarga.. Aku pernah jumpa bekas isteri ayah aku yang pertama beberapa kali. Aku pun bersetuju..budi bahasanya cantik secantik orangnya walaupun dah berusia namun kecantikanya masih terserlah lagi. Walaupun dia dah berpisah dengan ayah aku, tapi kalau hari raya dia akan datang jumpa nenek aku, yang telah dianggapnya sebagai emak dia juga. Sebab ayah aku dan dia  berpisah tidak bergaduh jadi dia masih baik dengan ayah dan emak aku juga.”
            “Kalau mereka saling menyukai dan cinta mengapa mereka berpisah.” Farhan menyoal ingin tahu cerita seterusnya.
            “Mungkin sudah tiada jodoh..tapi ceritanya bermula dari sini… Masa mereka dapat anak kedua..ayah aku ditukar dan bertuagas di tempat asal nenek aku. bermula kehidupan mereka jauh dari keluarga.  Kau tahu kan ayah aku tu dah lah kacak, baik, peramah pula, jadi ramailah yang menyukainya tak kira lelaki atau perempun.. mahu pun yang tua ataupun yang muda. Ada seorang tua ni amat berkenan dengan ayah aku, untuk dijadikan menantu dia. Orang tua tu ada anak tujuh orang, hanya satu anak perempuan dia, bila nampak ayah aku yang kacak baik dan penyayang dengan anak isteri dia yakin dapat membahagiakan anak tunggal perempuanya, yang tak berapa  cantik. Kau tahu Han kenapa dia nakkan ayah aku menjadi menantu dia..pertama supaya dia dapat cucu yang cantik dan kacak.  Kedua akan terjamin kebahagian anak perempun tunggalnya kerana dia Nampak ayah aku ni penyayang dan yang ketiga dia rasa terjamin kerana ayah aku ni ada kerja tetap dan kerja dengan kerajaan. Anak orang tua ni kalau nak dibandingkan dengan isteri ayah aku yang pertama tu sepuluh kali cantik isteri ayah aku yang pertama.”

            “Dia tak kisah ke anaknya bermadu..dia tahukan ayah kau dah ada isteri dan anak masa tu”.

           “Tahu… Lagi pun orang dulu-dulu kalau dengar sahaja kita kerja dengan kerajaan saham pun tinggi.. lagi-lagi polis diaorang hormat betul tak kiralah dia dah kahwin kebelum …tapi orang tua ni pandai…dia akan ubatkan ayah aku itulah perancangannya.  Memang pada mulanya ayah aku tak mahu, sebab ayah aku sayang sangat kat isteri dia. Aku panggil isteri pertama ayah aku ni ‘mak long’ dan yang kedua tu mak ngah. Kau tahu orang tua tu buat apa pada ayah aku.”

            “Dia buat apa, dia perangkap ayah kau.”

            “Betul cakap kau..dia perangkap dan kemudian dia bomohkan ayah aku sampai lupa anak isteri. Berbulan ayah aku tak balik rumah dan tak bagi duit belanja. Masa tu kesian betul mak long dan abang-abang aku yang dua orang tu hidup dengan belas ihsan jiran. Sampai ada orang yang bagi tahu kat atuk aku kisah ayah aku ni. Kemudian atuk akulah yang ambil mereka. Mereka pun balik kampong. Tidak lama lepas tu ayah aku balik jumpa atuk dan nenek aku mengatakan, yang dia telah pun bernikah. Dia bawa sekali mak ngah aku. Apa lagi naik hantulah nenek aku. Bukan mak long aku yang naik hantu tapi nenek aku… emak ayah aku. Dia suruh ayah aku ceraikan mak long aku masa tu juga. Sebetulnya nenek aku memang sayang sangat kat mak long aku tu, maklumlah anak kawan baik dia. Lagi pun  mak long aku ni memang baik. Dahlah baik, cantik, berbudi bahasa dan rajin membantu nenek aku, itu yang dia tak boleh nak terima bila menantu kesayangan dia dimadukan. Cerita ni ayah aku sendiri yang certia kat anak-anak dia sebagai pengajaran. Tenguk kebaikkan itu ikhlas atau baiknya ada makna. Kalau orang ajak kerumah timbangkan sungguh sungguh takut ada udang disebalik batu.
            …..Yang sebetulnya ayah aku memang sayang kat isteri pertama dia, tapi tak tahulah selepas dia berkenalan dengan keluarga mak ngah aku dia bagai lupa dunia luar. Kata ayah aku, dia dah tak ingat anak isteri dan mak bapak dia sendiri. Kalau pergi kerja asyik ingat nak balik saja, ingat mak ngah akulah. Mak long aku pun bila dah mak mertua dia minta supaya anaknya sendiri ceraikan dia…dia mengikut saja..akhirnya mereka bercerai. Mak long aku balik kerumah ibu bapa dia di Melaka. Dia bawa sekali abang aku yang nombor dua dan dia tinggalkan abang aku yang tua tinggal denagn ayah aku.
                             Nak dijadikan cerita..mak ngah aku ni rupa yang kuat cemburu..cemburu buta pulak tu..mentang-mentanglah laki dia kacak, dia ingat semua orang nak dengan ayah aku. Kalau dia nampak ayah aku bercakap dengan orang perempuan tak kira perempuan tua ke muda ke… kalau muda lagi lah, balik nanti habis ayah aku dikerjakanya, dicubit-cubit dan dipukulnya ayah aku kerana cemburukan ayah aku.Tapi ayah aku masih bertahan lagi. Lagi satu mak ngah aku ni memang jenis emak tiri yang bengis. Dia nakkan ayah aku saja anak dia tak nak..abang aku yang tinggal dengan dia tu selalu kena pukul. Kalau dia pukul dah tak kita dengan apa semuanya singgah kebadan abang aku yang tua tu. Dia pukul masa ayah aku pergi kerja…kalau abang aku mengadu esoknya lagi teruk dia kena pukul.  Adalah orang kampung yang nampak, dia mengadu dengan datuk aku..sebab kalau mengadu dengan ayah aku..ayah aku macam dah tak boleh berfikir lagi.. dia jadi macam orang bodoh. Mula dari saat itu datuk akupun ambillah dan bela cucu dia, sambil itu dia mencari ubat untuk ayah aku. Akhirnya mereka bercerai juga bila dapat ubat yang serasi. Ubat guna-guna yang digunakan kepada ayah aku menjadi tawar dan ayah aku sedar semula..dia ceraikan isteri kedua dia dengan talak tiga..masa tu mereka dah dapat dua orang anak seorang lelaki dan seorang lagi perempuan tapi yang perempuan tu meninggal masa umur dia kecil lagi dan abang aku yang itu emak dia bela. Lama juga ayah aku jadi duda.”

            “Kenapa dia tak kahwin balik dengan mak long kau kan ayah kau sayangkan dia.”

                             “Itulah yang nak dikatakan dah tak ada jodoh…mak long aku pula setahun saja dia janda, ada pula yang datang nakkan dia. Polis juga tapi dah berpangkat Sargent. Kata ayah sergeant tu duda anak satu.. ayah aku kenal dia. Bila mak long aku dah jumpa jodoh yang baik, ayah dah tak kisah dengan bekas isiteri pertama dia lagi. Ialah dia dah bahagia dengan pasangan dia. Pada ayah aku dia tidak akan menggangu lagi kebahagiaan orang yang dia sayang. Tiga tahun ayah aku menjadi duda nenek aku pinangkan pula emak aku. Emak aku pula emak dia meninggal masa umur dia meningkat remaja. Dia dengan adik lelaki dia tinggal dengan makcik dia yang berniaga kedai makan. Walaupun ayah dia masih ada dan duda juga, tapi untuk mengurus anak dia tak pandai jadi diletakkan dua orang anak dia di rumah adik perempuan dia. Jadi mak aku ni sedari kecil menolong makcik dia memasak dikedai. Bila nenek aku terpandang saja..dia berkenan lalu dijodohkan dengan ayah aku. Tapi yang aku nak cerita ni kesan dari nikah cerai ayah aku nilah Han.

            “Kesan dia apa??”

                             “Aku cerita ni sebab aku nak kau tahu walaupun setelah kita tahu cerita ayah aku rasanya tidak bersalah dalam hal ini..dia mangsa keadaan..tapi dia tetap dibenci juga oleh anak-anak dia. Kau tahu Han abang aku yang tua tu walaupun dia duduk dengan  duit belanja ayah, tapi dia macam tak sayang ayah aku. Ada sekali tu ayah sakit teruk..kalau nak di tenguk macam  hanya 50-50 sahaja harapan dia boleh hidup. Bibir dia tak lepas dari menyebut abang aku yang tua tu. Bila kami call dia, cakap ayah nak jumpa, dia tak mahu balik..katanya dia sibuk tak ada masa. Masa tu aku bengang betul..sebab apa tau.. kami dah ceritakan keadaan ayah aku yang kritkal..dia tak nak juga jenguk ayah. Aku pergi rumah dia..kau tahu dia tengah buat apa..dia tengah sambut hari jadi anak dia, bila aku cakap ayah sakit dan nak jumpa dia dia kata apa..dulu masa dia kecik ayah tak pernah memberi dia masa untuk dia bermanja-manja dengan ayah. Masa tulah aku insaf sangat, insaf kita sebagai anak dan insaf kalau kita menjadi bapa esok.
                              Ayah aku sebenarnya ayah yang penyayang pada anak-anak..lebih-lebih lagi dengan anak yang lahir dari rahim orang yang dia cinta dan sayang, walaupun dia tak dihiraukan oleh kedua-dua anak dia dari isteri pertamanya dia masih rindukan mereka berdua Han. Ayah sering mengeluh kadang-kadang tercakap juga bila dia boleh berkumpul dengan semua anak-anak dia.. Sekarag pun aku tenguk abang aku yang tua tu tak hormat ayah. Kalau ayah bagi nasihat atau bercakap dengan dia.. dia macam endah tak endah saja. Abang aku yang nombur dua tu lagi lah setahun sekali pun susah nak jenguk ayah. Aku pernah dengar..dia kata ayah aku bukan seorang ayah bertanggung jawab..kalau ayah aku bertanggung jawab tentu hidup dia tak sesusah macam sekarang. Kalau ayah prihatin tentu dia dapat berlajar lebih tinggi lagi. Dua orang abang aku tu kesal nasib mereka dan mereka juga sering mempertikaikan kasih yang tak dapat diberi kepada mereka berdua. Abang aku yang tua kata dia kesal kerana tak dapat kasih sayang seorang ibu. Dan abang aku yang nombor dua pulak kata dia kesal tak dapat kasih sayang seorang ayah seperti kami mendapat kasihsayang ibu dan ayah.  Macam kami anak dari isteri yang ketiga ni lain pula halnya. Walaupun dalam hal ni emak dan kami tak tahu  apa-apa hal perpecahan keluarga sebelum kami, tapi kami tetap dibenci oleh dua orang abang aku. Abang aku yang ketiga tu lagilah kami tak pernah berjumpa pun. Jadi Han dalam hal ni kita fikirkanlah akibat dari poligami itu sendiri. Saling membenci tu akan ada dan anak-anak tak terjaga”.  Farhan menarik nafas panjang mendengar cerita keluarga Edlan..dari luarnya nampak ayah Edlan bahagia dengan kehidupan dan anak-anak nya tapi rupanya ada rasa sedih jauh disudut hatinya. Bila Farhan tidak menjawab Edlan menyambung kembali ceritanya.

                             “Kau tahu Han masa aku tingkatan lima mak long aku balik jumpa nenek aku… dia mengadu katanya suaminya dah nikah satu lagi..nenek aku diam saja. Bila mak long aku balik nenek bertanya pada ayah aku..sanggup ke ayah aku ambil maklong aku balik sebagai isteri. Ayah aku kata apa..dia sudah tidak sanggup melukakan hati orang-orang yang ada disisinya lagi, cukuplah dulu dia melukakan hati mereka. Yang terluka biarlah terluka..memang kalau dia berpatah balik pun tidak tahu luka yang dulu boleh sembuh dan menghapuskan parut. Yang pasti dia tidak akan melukakan hati emak dan kami semua anak-anaknya. Emak aku isteri dia yang sama bersusah payah dengan dia. Yang sebetulnya tak lama selepas ayah aku nikah kali kedua tak lama lepas tu ayah aku dibuang kerja kerana selalu ponteng kerja…
            …Masa ayah aku kahwin dengan emak aku itu zaman gersang ayah aku Han. Mereka sama  mencari kehidupan hingga senang seperti sekarang ini. Isteri dan anak-anak yang seramai lapan orang ini akan dia jaga hatinya hingga dia menutup mata itu katanya.
              …..Sebetulnya emak aku izinkan kalau ayah aku nak balik pada mak long aku. Tapi ayah aku tak mahu.. dia kata kalau mak long aku betul sayangkan dia dulu, dia tak akan nikah secepat itu..ialah baru setahun menjadi janda dia dah nikah balik dengan orang lain. Dia tak tunggu pun sampai ayah aku boleh diubatkan. Masa tu dia tahu ayah aku kena bomohkan. Jadi sekarang ni waktu senangnya bersama dengan orang yang sama susah dengan dia dulu yaitu emak aku.  Kau tahu Han lepas ayah aku angaukan mak ngah aku dia selalu tak pergi kerja..kalau buat kerja pun asyik salah saja..lama dia dibuang kerja..masa dia kahwin dengan emak aku, dia buat kerja kampong saja kalau ada orang kampong nak upah dia menebas, betulkan atap rumah dan macam-macam lagilah. Mak aku pula dia dikahwinkan kerana mak sedara dia nak cepat lepaskan tanggung jawap dia. Lagi pun dia dah tua.“ Tapi bila makcik dia dah tak larat nak uruskan gerai makan dia  serahkan pada mak aku..sebab anak-anak dia semua tak mahu nak uruskan gerai makan yang tak berapa nak maju. Emak dan ayah aku uruskan..Alhamdullih rezeki Allah…kalau kita berusha dengan rajin dan ikhlas.. lama-lama gerai tu maju dan jadi kedai pulak. Mulalah anak-anak makcik mak aku rebut nakkan balik gerai yang dah jadi kedai tu.
                             Masa tu kami cukup susah..sebab punca pendapatan dah tak ada, anak pula kecil-kecil semuanya bersekolah lagi..tapi Alhamdullilah mak aku ni diberi kepandaian pandai memasak dan orang percaya pada dia..Mula-mula jiran kami upah mak aku masak untuk kenduri anak dia kahwin..lepas tu menjadi-jadi asal ada orang kahwin mereka panggil mak aku masak..lama kelaman ayah aku cadaangkan buat satu syarikat menguruskan makanan untuk apa saja jamuan makan. Sampai lah sekarang.. itulah yang ayah aku cakap emak aku ni isterinya masa susah  dan masa senang dan dia akan menjaga hatinya sehingga dia menutup mata. Itu cakap ayah aku”.

“Susah rasanya nak cari isteri yang baik macam emak kaukan Lan”.

          “Han.. sebenarnya isteri kau juga isteri yang baik..isteri yang tak buruk pinta..Pernah tak dia menyungut pasal rumah kau tu rumah sewa dan kecik?”.

          “tak ada lah pulak pulak, dia kata dulu kat mana aku duduk kat situlah dia duduk”.

          “Itu tandanya dia isteri yang baik. Isteri yang tak memandang keliling.. dia tak ada sifat apa yang orang lain ada.. dia mesti ada. Kalau dia isteri yang kebendaan  dia tentu minta kemewahan dan keselesaan sebab dia tahu kau mampu..dan dia pun kerja. Jadi kau nak isteri yang macam mana lagi..dia dah cukup baik Han dia terima kau seadanya”.

          “Ialah aku tahu tu..tapi kau tak kesian ke dengan Saleha..kalau dia tak terdesak tentu dia tak minta aku jadikan dia isteri nombor dua”.

“Han..Han..Kita nak kesiankan orang buat apa, kita kesiankan lah isteri dan anak-anak kita dulu, mereka tu orang yang paling rapat dengan kita. Kau kesihankan Saleha tetapi anak isteri kau terabai dan menderita macam tu dah tak betul Han. Aku kan Han biar aku susah dan menderita  janji isteri dan anak aku bahagia.”


“Entahlah Lan aku harap akupun macam tu..janganlah sampai aku tergoda dengan permintaan NurSaleha, tu.” Lamunan Farhan melayang bila Arief Edlan datang lagi mendekati dirinya dan menyapa.


            

Tuesday, 11 June 2013

Bab 24 Bimbang



Dari Arab turun ke Aceh,
Naik keJawa berkebun serai,
Apa diharap pada yang kasih,
Badan dan nyawa lagi bercerai.




“Itulah jangan sampai bercerai berai. Kalau ada perkara yang boleh menyebabkan kita  bercerai berai elakkan jauh-jauh…fikir dan kasihan nasib anak-anak”.Terhenti kata Haji Abu Bakar..melihat  Fatin terjengul dimuka pintu. Dia berjalan keluar pagar..lalu ditegur oleh Farhan.

“Ha nak pergi mana?..”

“Ha nak naik atas nak pinjam motor ayah. Sementara Aman ibu jagakan.. Ha rasa nak pergi beli susu. Bukannya jauh.. Ha pergi sekejap saja sebelum masuk waktu ni.”

“Ohh..ye ke abang ni asyik lupa saja..Tak apalah nanti balik abang beli.”

‘ialah sejak sibuk dengan SMS dah jadi orang yang  sibuk dan pelupa.Maklumlah dah ada pengarang jantung baru.’ Fatin mengutuk sikap suaminya yang mula berubah didalam hati.

“Sempat ke?..ibu suruh makan sini..nanti tak sempat, susu anak memang dah habis untuk malam ni saja, esok kita kerja… tak kan nak suruh Kak Mah beli pula.” Fatin menyambung lagi kata-katanya. Dia sudah tidak yakin dengan sikap suaminya sekarang ini.

“Sempat..lepas Magrib kita balik”. Bila mendengar kata  suaminya Fatin masuk kerumah mertuanya semula. Dia ingin membantu ibu mertuanya menyediakan makan malam.

“Ingat Han jangan jadi kera di hutan disusui anak dirumah mati kelaparan. Kasihani dan jagalah anak dan isteri kamu dulu.Lagi pun Han kata kawan Han tu cantikkan, kalau macam tu tentu dia boleh cari pengganti suaminya bila-bila masa saja.”

“Mungkin dia boleh cari pengganti tetapi..Han takut dia tak dapat yang baik pula.”

“Habis Han rasa Han cukup baiklah..itu yang nak ganti tempat suami dia.. Pada ayah…Kalau Han buat macam tu..memang baik untuk kawan Han...tetapi untuk anak dan isteri Han, Han sama saja macam suami kawan Han tu. Lebih-lebih lagi kalau sampai Han bercerai dengan Fatin..na’uzubillah janganlah sampai macam tu. Ayah berharap dan berdoa rumah tangga Han dengan Fatin sampai kesyurga..bahagia dan harmoni tiap-tiap hari.  Amin.. itulah harapan ayah, sebab ayah tak rasa Fatin tu macam menantu dah sekarang… ayah rasa macam anak perempuan ayah sendiri. Pada pandangan mata ayah isteri kamu tu isteri yang mendengar kata dan tak banyak kerenah..” Takut Haji Bakar menyebut keruntuhan rumahtangga anakya Farhan.


“Walau macammana pun ayah, Han tak akan lepas kan isteri Han tu...Han lebih rela tak kahwin dengan kawan Han tu dari Han kehilangan Fatin ayah.”

“Eloklah macam tu..jadi mulai dari sekarang jangan dilayan lagi kawan Han tu, cakap dengan dia terus terang.. Han tak dapat memenuhi kehendak dia.. cakaplah cepat sikit, jangan sampai Fatin kedapatan rahsia Han ni..nanti lain jadinya. Yang sebetulnya Fatin dah tahu ke cerita Han ni?.”

“Dia tak tahu lagi, perkara ni baru tiga empat bulan lepas dia menghubungi Han.Tapi baru-baru ni saja dia berterus terang minta Han kahwin dengan dia.”

“Ingat pesan ayah selesaikan perkara ni secepat mungkin jangan sampai ketahuan oleh Fatin..dia tengah mengadung tu kesian lah kat dia. Lagi pun kalau Fatin tahu kemungkinan besar ibu kamu pun akan tahu.. nanti susah Han. Ayah tak sanggup melihat monyok muka ibu kamu kalau dia bimbangkan rumahtangga kamu.”

“Ialah..malam nanti Han akan cakap dengan kawan Han tu, Han tak boleh terima tawaran dia, macam yang ayah cakap tu.” putus Farhan setelah mendapat nasihat panjang lebar dari ayahnya. Dia bertekad tidak dapat menerima Nur Saleha menjadi isterinya.


Dengan kerenah anak-anak yang perlu dilayan akhirnya selepas solat Isyak barulah mereka pulang. Dalam perjalan pulang kerumah mereka, Farhan singgah disebuah supermarket untuk membeli susu anaknya.

“Pergilah abang sorang, Ha tunggu anak-anak dalam kereta..kalau pergi sama nanti lambat pulak, hari dah 930malam ni kejap lagi surpermarkit tutup. Lagi pun dah ada yang mengantuk.” Fatin memaling mukanya  ketempat duduk belakang untuk melihat anak-anak yang sudah terlintuk mengantuk. Farhan juga tahu jika isterinya  juga pergi,  pasti  semua anak-anaknya akan mengikutinya..ini akan melambatkan pergerakkan dirinya.

“Ialah abang pergi dulu.” Farhan keluar dari kereta.

Ada satu yang Farhan terlupa. Dia terlupa  mambawa telefon bimbitnya bersama. Semasa ketiadaan Farhan tetefon bimbitnya bergetar menandakan ada  mesej masuk. Dengan teragak-agak Fatin membuka  dan memabaca mesej untuk suaminya. Alangkah berdebar jantungnya apabila membaca massage yang terpapar diskrin telefon bimbit suaminya..mula terfikir Fatin  untuk menyamar sebagai Farhan.

“Assalamualikum…kenapa lama tak contact..I dah mula rindu dengan you..macam mana… ada harapan tak I ni”. Malam itu tidak sabar NurSaleha menanti..kerana desakkan hatinya dia menghubungi Farhan. Sememangnya waktu-waktu  itu mereka berSMS. Terus sahaja dia bertanya tentang harapanya.

“Waalaikumsalam…InayaAllah kalau jodoh tak kemana. You nak cepat ke?”Fatin memulakan penyamarannya.

“I tak harap you terima I dalam waktu terdekat ni..tunggulah sampai isteri you bersalin dulu.” setelah yakin itu Nur Saleha, Fatin memulakan SMSya sebagai Farhan.

“Kalau macam tu lama lagilah, isteri I mengadung baru tujuh bulan lebih, takut you tunggu lama sangat..tapi sebetulnya I belum tanya dia lagi.. kalau dia tak reda macam mana?.”

“Kalau nak diikutkan ..you lagi lama tunggu I, dah sepuluh tahun, I akan sabar tunggu hanya tiga bulan saja lagi. Kalau dia tak bagi… you pujuklah dia.. Pada I kalau dia isteri yang baik tentu dia tak akan menghalang kebahagian suami dia.”

“Betul juga cakap you tu..oh oklah I sebenarnya dalam kereta ni.”

“Isteri you ada kat sebelah ke?”

“Taaak ..dia pergi beli barang, I kena tunggu anak dalam kereta..tapi dia dah keluar dari kedai tu ok assalamualaikum.”

“Waalaikum salam..nanti sambunglah balik ye, rindu I ni belum hilang lagi you dah nak noktah kan perbualan kita pulak.”

“Ok” Setelah menekan butang ‘send’ Fatin men’delete’  semua apa yang ditulisnya tadi, dan meletakkan semula telefon bimbit suaminya ketempatnya semula. Fatin melihat Farhan berjalan menghampiri keretanya sambil tanganya teraba-raba kepoket seluar dibahagian belakang dan sisinya kemudian kepoket bajunya pula.Dua tiga kali dia menoleh kebelakang mungkin memastikan tidak ada barang yang tercicir.

Kini sudah jelas suaminya sudah ada yang menanti. Dirinya bakal ada pesaing. Fatin mula membayangkan keadaan dirinya yang akan ditinggalkan dua atau tiga bulan lagi. Jika nasibnya kurang baik mungkin semasa dia  dalam pantang lagi, suaminya akan meninggalkan dirinya. Mampukah dia menghadapai keadaan itu.??  Tiba-tiba hati menjadi sedeh dan sayu. Oh Nasib itu keluhnya didalam hati

Ketika memasuki kereta sebelum menghidupkan injin kereta,  Farhan cepat-cepat dia membuka tempat yang dia selalu meletakkan telefon bimbitnya, barulah menampakan wajah kelegaanya.

“Kenapa?”Fatin bertanya kepada suminya dengan wajah hairan.

“Taak abang ingat abang tercicir handfon abang rupanya ada ni..dengar ada berbunyi tak tadi.” Didalam hatinya turut berdoa agar  NurSaleha tidak menghubunginya ketika itu.

“Tak adalah pulak..dah abang letak dalam laci tu mana Ha nak dengar, suara anak-anak bising tadi, ni baru diam, bila sorang dah terlentok tu.”  Tadi semasa dia keluar dari kereta ada juga anaknya yang menangis hendak mengikutinya.. tetapi dipujuk oleh isterinya. Farhan menoleh kebelakang dilihat angah dan aman tersandar lena mungkin kepenatan bermain dirumah datuk dan nenek mereka tadi, hanya tinggal abang yang tua matanya masih terbuka..tetapi sudah layu mungkin mengantuk juga.

“Jomlah kita balik..diaorang ada yang dah tidur  tu.” Kereta Farhan meluncur laju menuju kerumah mereka.Tetapi didalam hati Fatin mengata suaminya lagi ‘agaknya dah tak sabar nak berSMS lah tu ialah seorang dah rindu tentu yang seorang lagi, rindu juga’.

“Alhamdulillah dah makan dan sembahyang , kita balik ni terus tidur saja, abang nak tidur cepat hari ni  dah rasa mengatuk juga ni.. biasa kita tidur tengahhari.” Farhan berkata ceria..segala masaalah dirinya dan Saleha sudah dapat diatasi setelah dia meluahkan kepada ayahnya tadi.

“Ialah” hanya itu jawapan isterinya acuh tidak acuh, sebab dihatinya sibuk menjawap kenyataan lain berkenaan suaminya.‘Nak cepat tidur ke atau nak cepat  jawab SMS dari buah hati itu yang nak cepat tu.’itulah bisik hati Fatin dalam diam. Farhan mengerling isterinya dengan ekor matanya, bila mendengar jawapan isterinya bagai tidak bermaya..seakan lesu sahaja suaranya. Dari jelingan  ekor matanya  dia melihat wajah selamba isterinya yang tidak berapa ingin melayani perbualanya.Terkesan juga  riak wajahnya yang sayu seperti orang kesedihan.

“Kenapa Ha..Ha ok ke?”

“Haa?? kenapa?”  Terkejut dia bila pertanyaan suaminya singgah ketelinganya maklumlah oranbg sedang berangan-anagan..dia tidak memberi tumpuan sebenarnya..hatinya asyik memikirkan SMS NurSaleha sebentar tadi.

“..abang nampak Ha macam mana? Nampak Ha letih juga ke?.”

“Haah Abang nampak Ha letih..letih ke?”

“Mungkin juga..tadi kita kan tak tidur tengahari.” Fatin mengulagi kenyataan suaminya tadi untuk melindungi kegugupan dirinya..takut pula terkesan oleh suaminya yang dia telah membaca massage dari seseorang yang ada didalam hati suaminya sekarang ini.

Sampai dirumah Fatin mencari kunci rumah dan kemudian kebelakang kereta lalu mendukung anaknya yang kecil untuk dibawa naik keatas.

“Tak payah dukung Aman biar abang yang dukung..Ha kejutkan angah dan abang tu jangan dukung tau, Ha pimpin  biar dia naik tangga sendiri. Mana kunci rumah abang naik dulu”. Rumah mereka ditinggkat satu perlu menaiki beberapa anak tangga.

               Sememangnya Fatin sudah tidak mampu untuk mendukung anak-anaknya, dia sudah merasa mengah seperti orang yang tidak cucup nafas. Bila kandunganya mula membesar, dia sering mengah, mungkin kandunganya yang besar menyenak menyukarkan dia untuk berbafas dengan selesa apatah lagi bila dia memanjat tangga..Fatin menghulur kunci rumah kepada suaminya. Semenjak tertinggal kunci rumah suatu ketika dulu  Fatin amat berhati-hati jika mereka keluar rumah. Dia akan memastikan dimana dia meletakkan kunci rumah mereka. Fatin akan memastikan kunci rumah didalam kereta atau didalam poket baju ataupun seluarnya. Peristiwa dimarahi beberapa bulan dulu menjadi pengajaran dirinya.



Sampai sahaja mereka didalam rumah Fatin megarahkan anak-anaknya kebilik air sebelum tidur.

“Abang bawa angah kebilik air..buang air kecil dulu sebelum tidur”.

“Baik bu”. Setelah bersalaman dan mencium tangan ibu dan ayahnya mereka kebilik tidur diikuti oleh ayahnya. Farham mahu memastikan selimut atau bantal telah mendidingi bahagian tepi anak-anaknya. Malam itu dia tidak berlama-lamaan didalam bilik anak-anaknya seperti kebiasaan.

Untuk mengelakkan anak mereka terjatuh dari katil, Farhan meletak dua tiga biji bantal di tepi katil anak-anaknya dan sekeping  tilam single diletak dibawah katil mereka. Jika mereka terjatuh juga mereka akan jatuh dia atas tilam. Fatin pula kebilik air membersihkan diri. Sudah menjadi kebiasaan Fatin akan mandi sedikit untuk membasahkan badanya sebelum tidur, jika tidak dia merasa tidak selesa dan susah hendak tidur. Selepas memberus gigi dan mengelap badanya, dia hanya berkain batik hingga kedada (berkemban) memasuki bilik tidur mereka. Dilihat suaminya sudah baring di katil memandang pintu yang dibukanya. Hairan Farhan memandang isterinya dia tercegat lama diambang pintu bilik mereka.Tetapi yang sebenarnya Fatin yang hairan melihat suaminya sudah baring diatas katil tidak seperti biasa.

“Kenapa Ha taknak tidur ke?tadi kata letih tak tidur tengahari.” Soalan suaminya tidak berjawab..dia melangkah masuk perlahan. Hatinya pula sibuk mentafsir perubahan pada suaminya..dia mula mearasa takut pula..
‘Oh mungkin malam ni dia nak berlakon baik-baik dengan aku untuk menyampaikan hasrat hatinya’ Itulah  kata-kata  yang menyelinap dihatinya pula. Sambil kakinya melangkah kemeja soleh untuk menyisir rambutnya.



Bagi Farhan  setelah mendengar nasihat dari ayahnya dia memutuskan akan berterus terang dan menolak permintaan  NurSaleha  esok.  Dia akan menyelesaikan bersama Edlan ditempat kerja mereka. Dia merancang ketika waktu rehat dia ingin meminta Edlan menemaninya membuat panggilan menyatakan dia tidak sanggup untuk memadukan isterinya. Dia tidak mahu Nur Saleha ternanti jawapan darinya. Hatinya lebih yakin jika sahabatnya memberi sokongan ketika meluahkan hasrat hatinya. Kini hatinya  merasa lapang. Malam itu dia ingin berehat dan tidur secukupnya.

“Cepatnya abang nak tidur malam ni?.” Tercetus juga pertanyaan dari bibir Fatin akan keluarbiasaan suaminya malam itu..merujuk kepada  tidur cepat.

“Ehh abang kan dah kata tadi abang letih hari ni..abang nak cepat tidur…Ha pakai baju tidur tu lama abang tak nampak Ha pakai baju tidur tu.” Tadi..sementara isterinya kebilik air,  Farhan mencari baju tidur isterinya yang menjadi kegemaranya.

Memang sudah lama baju itu tidak dipakai oleh isterinya. Baju bertali halus diperbuat dari kain satin yang sungguh lembut kainnya  berwarna biru lembut.  Baju itu dibeli ketika mereka baru sahaja menjadi suami isteri.Potongan baju itu  terdedah dibahagian atas sungguh seksi. Oleh kerana sekarang ini, anak-anak mereka sudah agak besar Fatin sudah jarang memakainya. Fatin tidak membantah permintaan suaminya, dipakainya baju tidur itu.

Walau pun dibahagian perut sudah menonjol jauh dari kedudukan asalnya tapi keseksian isterinya terselah juga. Malah bertampah cantik dimata Farhan. Kulit putih gebu isterinya terdedah diabahagian dada.Kelihatan payu daranya lebih besar jika dibandingkan ketika isterinya tidak mengandung. Payu dara wanita mengandung akan menjadi besar sedikit  kerana peroses kilang susu mula terbentuk bila kandungan mencapai usia tiga bulan lagi. Fatin menyisir rambutnya yang separas bahu perlahan.Ketika dia ingin merebahkan badanya, dilihat tempat tidurnya sudah tersedia dibahu suaminya. Cecah sahaja kepalanya, Farhan sudah bersiap sedia merangkul dengan kemas.Dia berbisik perlahan ketelinga isterinya.

“Memang bahaya kalau sayang pakai baju ni.” Cumbuan hangat dari suaminya, dilayan hanya separuh hati sahaja oleh Fatin. Kerana mindanya sibuk membayangkan kehangatan itu juga akan dikongsi dengan wanita lain selepas dia melahirkan anaknya kelak. Mungkin juga kehangatan  ini tidak akan dirasai lagi bila kasih suaminya akan bertukar  arah. Mungkin juga suaminya tidak lagi memandang keseksian dirinya , walau baju apapun yang dipakainya nanti ketika itu.Tidak lama lagi masa itu akan tiba, hanya tinggal  dua atau tiga bulan sahaja lagi dia merasa  kehangatan kasih suaminya tampa berbelah bagi. Setelah Farhan didalam dirinya kembali dia baring menelentang. Dia menyedari  balasan dari isterinya hanya separuh hati sahaja tadi..

“Kenapa sayang..sayang letih sangat ke?”

“Letihlah sikit.” Fatin mula hiba..matanya mula berkaca-kaca.

“Abang minta maaf..abang memang tak boleh tenguk sayang pakai baju ni…jiwa abang mula bergelora… tapi abang suka kalau sayang selalu pakai baju ni sayang nampak lebih seksi..lagi-lagi masa mengandung ni.” Farhan sudah menarik isterinya dalam pelukkanya. Ada juga rasa kesal  kerana melakukan ketika isterinya dalam keletihan. Kerana perut isterinya yang sudah besar Farhan lebih selesa memeluk isterinya dari belakang. Dia memusingkan kedudukan isterinya supaya membelakangkan  dirinya.

Tiba-tiba telefon tangan yang berada di meja almari solek bergetar dan mengeluarkan cahaya berkelip-kelip. Itu menandakan ada massage masuk.. Kerana Fatin mengadapkan mukanya ke meja almari solek dia melihat isyarat dari telefon suaminya ..sebetulnya Farhan juga belum lagi memejamkan matanya. Dia mendengar bunyi getaran dan cahaya yang berkelip di telefon bimbitnya. Dia menjadi seba salah..dia tahu waktu begini NurSaleha akan mengubunginya apatah lagi sudah tiga hari Farhan tidak menghubunginya. Dia mengharapkan isterinya telah memejamkan matanya dan tidak menyedari isyarat dari telefonya..Tapi sangkaanya meleset…

“Bang ada massage masuk..jawaplah kok penting.”.Bila mendengar suara isterinya timbul kesal hati Farhan kerana terlalai.

Dia terlupa untuk tidak mengaktivkan telefonya tadi. Dari rumah ayahnya tadi dia sudah bercadang untuk tidak megaktivkan telefonya kerana dia tidak mahu diganggu, tetapi tadi ketika isterinya dibilik air dia sibuk mencari baju tidur kegemaranya didalam almari,  kemudian ketika dia hendak bangun  mencapai telefon nya kedengaran Fatin memasuki bilik mereka tumpuanya kepada isterinya yang sedang berkain batik separas dada pula,  bila isterinya memakai baju tidur kegemaranya, dia terus  jadi lupa. Farhan sudah tahu siapa pemanggilnya kerana diwaktu-waktu begini biasanya dia ataupun Saleha akan menghubungi antara satu sama lain. Itulah sebabnya Fahan suka menidurkan anak-anaknya, sambil  itu mengambil kesempatan untuk berSMS bersama Nur Saleha. Kesalnya sudah tidak berguna lagi…cahaya dari telefon sudah terpandang oleh isterinya..

“Emm biarlah esok saja abang jawab.”Itulah jawapanya untuk mematikan persoalan. Tidak beberapa minit telefon Farhan bercahaya lagi menunjukkan ada massage sekali lagi.. Mereka diam seketika , akhirnya Fatin bersuara..bila dilihat suaminya tidak memberi tidak balas pada telefonnya…

“Jawablah..tentu dia dah rindu”. Farhan bingkas bangun merenung isterinya yang baring membelakangkan dirinya.

“Siapa yang rindu dengan ..siapa yang Ha maksud kan.” Farhan sudah tidak dapat meneruskan kata-katanya.. dia terkedu..dia mula memikirkan adakah isterinya  sudah mengetahui apa yang dilakukan selama ini. Farhan duduk dan merenung kearah isterinya dengan renungan yang tajam. Fatin juga bangun lalu dia bersandar dihujung katil.

“Siapa yang Ha maksudkan.. cakap dengan abang.”Farhan nampak garang bila terasa dirinya disindir.

“Sebelum Ha jawab, Ha minta maaf banyak-banyak dari abang…Ha dah menceroboh hak peribadi abang selama ni”.

“Menceroboh??..menceroboh hak peribadi abang ? apa yang peribadi antara kita berdua selama ni?”

“Pada Ha hak peribari pada abang memang tidak ada..tapi hak peribadi abang dengan Ha ada.” Berkerut dahi Farhan mendengar jawapan isterinya yang nampak tenang. Walaupun perkataanya agak berbelit namun ada makna yang sungguh dalam terselit didalam kata-katanya.

“Apa buktinya  yang abang ada hak peribadi dengan Ha.”Soal Farhan masih tegas bunyi suaranya.

“Ialah abang ada rahsia yang abang rahsiakan dari Ha..sedangkan Ha tiada rahsia pada abang.”

“Cuba cakap terus terang..jangan berteka teki abang letih ni..apa rahsia abang pada Ha.”

“Petang tadi masa abang pergi beli susu ada message masuk dan Ha tolong jawabkan untuk abang.”

“Dari siapa???” berdebar jantung  Farhan mendengar jawapan dari isterinya. Hatinya bergetar hebat menanti jawapan dari isterinya.

“Ha tak tahu dari siapa tapi Ha rasa dari  NurSaleha.” Bagai mahu pitam Farhan bila isterinya menyebut namaNurSaleha. Dia sudah berpesan kepada NurSaleha..biar dia yang menghubungi  terlebih dahulu, itu tandanya dia sudah ada masa untuk berbalas SMS denganya. Farhan mengeluh.

“Ha minta maaf..Ha minta maaf sangat-sangat..sebab dah …” Fatin tunduk memandang hujung  jari kakinya yang berlunjur diatas katil. Belum sempat isterinya  menghabiskan kata-katanyaFarhan sudah memintas. Dia tidak sabar…

“Sudah berapa lama Ha tahu tentang Saleha.”

“Dari dua bulan lepas..masa tu abang dalam bilk air..telefon abang bawah bantal.” Inilah Fatin yang tidak pandai berbohong. Orangnya  suka berterus terang. Tapi sebenarnya Fatin seorang yang tulus dalam pergaulan.Pemaaf dan orangnya sentiasa nampak ‘cool’ kerana dia pandai menyembunyikan perasaan yang bergolak didalam hatinya.

“Kenapa Ha tak Tanya pada abang, kenapa Ha cuba tafsir sendiri”.

“Tak payah nak tafsir-tafsir  SMS untuk  abang tu, maknanya sungguh jelas kalau tanya abag dan angah pun dia faham bang. Lagipun.. pada Ha kalau abang nak rahsiakan dari Ha tentu abang nakkan hak peribadi..kalau abang  nak bagi tahu tak tak payah Ha minta tak payah Ha tanya..abang sendiri akan cerita pada Ha, walaupun masa tu Ha tak tahu apa-apa...”

“Kalau abang nak hak peribadi kenapa Ha baca massage abang?.”

“Yang ini memang salah Ha…Ha minta maaf..sekarang Ha dah pun terhukum dengan perbuatan Ha sendiri..Ha minta maaf banyak-banyak. Kalau sekiranya abang nak pergi pada dia bagitahu Ha..supaya Ha dapat bersiap sedia.”Bagai mahu tercabut jantung Farhan dengan jawapan isterinya. Adakah Nur Saleha menagih jawapan darinya pada SMSnya tadi. Sewaktu NurSaleha meminta dirinya memeberi sedikit kasih kepadanya dulu Farhan meminta waktu untuk dia memikirkan..adakah NurSaleha sudah tidak sabar untuk mendengar jawapanya.

“Jadi sekarang apa yang yang Ha nak tahu dari abang”.

“kalau selama ni abang nak berahsia..jadi boleh ke jika Ha nak tahu sekarang.. boleh ke abang jawab Ha dengan jujur tiada berselindung walau pun sedikit”. Pada Fatin dia tidak suka dirinya ditipu...biarlah suaminya berterusterang biar pun pahit kenyataanya itu lebih baik dari ditipu.
 “Abang akan jawab dengan jujur..dengan nama Allah, abang jawab dengan jujur.” Tidak guna dia berselindung kini ,demi keharmonian rumahtangganya Farhan mesti bersikap jujur dengan isterinya.
“Abang tidak menyesal ..abang berjanji dengan nama Allah.”

“Sekarang abang rasa sungguh menyesal kerana tak bagitahu Ha tentang kawan abang ni..tapi pada abang, ini bukan rahsia, sebab abang rasa dia hanya sebagai kawan biasa..tidak tahu perkara yang abang rasa remeh jadi persangka pada Ha pula..sekarang tanyalah akan abang jawab.”

“Siapa NurSaleha..kenapa sampai sepuluh tahun abang tunggu dia?”
“NurSaleha ni kawan abang masa kat UiTM dulu dia kawan satu kelas. Siapa yang kata abang tunggu NurSaleha?..selama ni abang tak pernah tunggu siapa-siapa.”

“Dalam SMSnya tadi dia yang cakap..abang tunggu dah sepuluh tahun”.

“Jadi sekarang apa yang abang nak jelaskan “.

“Jika itu jawapan abang…Rasanya tak ada apa lagi, semuanya dah jelas”.

“Apa yang jelas cakap dengan abang..mungkin Ha salah faham”.

“Entahlah..tapi tadi dia massage dalam bahasa Melayu takkan Ha tak faham…Ha tak akan halang  abang, itu hak abang…Ha tak akan mempertikaikanya. Hanya Ha minta satu saja dari abang kalau abang nak pergi pada dia bagitahu Ha…itu saja”

“”Apa yang dia kata dalam SMS dia sampai Ha cakap macam ni”.

“Dia akan sabar  tunggu sampai Ha bersalin yang tak berapa bulan lagi, untuk abang pergi kepadanya. Kalau nak dikira abang boleh bersabar tunggu dia sampai  sepuluh tahun  dia juga akan bersabar tunggu hanya dua atau tiga bulan sahaja lagi..”.Sekali lagi Farhan terkejut dengan jawapan isterinya. Dia sudah tersedar kini jalan ceritanya  sudah menjadi rumit. Rumit mencari cerita asal, jika diterangkan mungkinkah isterinya boleh menerimanya.

“Jadi apa tindakkan Ha seterusnya.”

“Jika  sudah begitu lama abang tunggu ..buat apa abang nak buang masa lagi, jika sekarang abang nak pergi pada dia pergilah.. Ha tak akan halang..itu kebahagiaan abang..Ha tak boleh halang  dan Ha tak akan mempertikai hak abang....dia kata lagi kalau Ha isteri yang baik, Ha takkan halang kebahagian abang. Jadi Ha nak jadi isteri yang baik..Ha tidak akan sekali-kali menghalang abang  pergi pada dia.”

“Ha abang sayang Ha...” belum sempat Farhan meneruskan  Fatin memintas kata-kata suaminya… hati sudah terasa sungguh pedih berbicara soal kaseh suaminya yang akan berbahagi dua.

“Ha tahu..abang sayang Ha dari dulu lagi..tapi kalau abang sayang dan kasihan pada Ha..sebelum abang pergi kepadanya lepaskan lah Ha dulu. Walaupun berdosa kalau suaminya menceraikan isterinya ketika dia sedang mengandug tapi ini  Ha yang rela… nanti kat pejabat ugama kita  tanya jika isteri yang rela diceraikan apakah hukumnya…”.

“Ha kenapa Ha fikir sampai macam tu sekali..kenapa Ha yang minta di lepaskan.”

“Ha tak mahu merasa  dimadu walau pun sehari kerana Ha bukanlah seorang isteri yang sabar..Lagi pun Ha tidak mahu mengumpul dosa mencerca abang didalam diam. Sekarang ni pun dah cukup banyak dosa Ha pada abang, setiap hari sepanjang dua bulan ini Ha mencerca abang dalam hati Ha ni”. Sungguh berterus terang Fatin tiada terselindung apa yang menjadi rahsia hatinya itulah Fatin Najihah. Kemudian dia menyambung katanya lagi. Farhan hanya memandang isterinya.

“Dari mendapat payung emas disyurga kelak..aleh-aleh Ha dicampak keneraka jahanam kerana mencerca suamniya diadalam diam..Ha memohon simpati abang..kalau betul abang sayang dan kasihkan Ha bebaskan Ha sebelum abang pergi kepadanya”. Terkedu Farhan mendengar permintaan isterinya. Dia mengakui kata-kata ayahnya siang tadi..tiada perempuan yang suka dimadu. Walau wajah isterinya nampak tenang tetapi permintaanya tegas sekali.


“Ha..abang tidak pernah berniat untuk kahwin dengan dia, dan tak pernah terlintas diahati abang ni untuk melepaskan Ha dalam hidup abang. Ha adalah cinta pertama abang, jika kita tidak ada masaalah selama ini mengapa harus abang pergi dari Ha  mengapa harus abang mencari pesaing Ha..”

“Habis Saleha macam mana, sudah sepuluh tahun abang tunggu dia, kini dia sudah dilepaskan oleh suaminya..bukankah ini peluang abang. Untuk kebahagian abang Ha sanggup..tetapi untuk berkongsi abang  dengan dia, Ha tak sanggup.. Lagi pun Ha percaya abang akan  lebih bahagia dengan dia.  Jadi  hanya ada satu sahaja caranya…. Ha mengalah. Ha rela untuk kebahagiaan abang“.

“Ha tak akan berkongsi abang dengan siap-siapa. Kasih dan sayang abang ni hanya untuk Ha dan anak-anak abang saja.. Percayalah cakap abang ni..Saleha adalah kawan satu kelas dengan abang dan Edlan dulu. Dia juga rakan serumah Suhaila isteri Edlan. Abang hanya suka dia masa tu saja..abang tak pernah bercinta dengan dia. Dulu masa masih belajar, abang bercakap dengan dia pun boleh dibilang dengan jari walaupun kami satu kelas. Sudah ditakdirkan kami memang tidak ada jodoh..walaupun selalu abang berdoa agar dimasukkan kami dalam satu kumpulan tetapi doa abang tidak penah terkabul hingga keakhir pengajian,  kami tak pernah dalam satu kumpulan kalau membuat apa-apa projek. Tapi bila tahun akhir abang meminta pertolongan Suhaila menyatakan isi hati abang ni pada dia. Masa tu Suhaila dah jadi teman wanita Edlan. Bila Suhaila tanyakan pada dia..dia kata dia sudah bertunang dengan sepupunya, akhir pengajian mereka dijabkabulkan dengan sepupunya seorang doctor. Abang cakap betul abang tak pernah bercinta dengn dia. hanya abang  pernah ada rasa suka saja dengan dia tapi itu dulu.. sekarang dah tak lagi. Abang suka dia dulu kerana  dia cantik dan bersopan santun itu saja. Bukan abang sorang saja yang suka pada dia Ha..ramai lagi kawan abang suka kat dia. Tapi sekarang ni abang  anggap dia sebagai seorang kawan saja, macam abang anggap Edlan dan Suhaila.”

“Tapi  sekarang dia suka kat abang..ini peluang abang memiliki dia. Lagi pun macam mana dia boleh mengharap kalau abang tak bagi dia harapan selama ni”.

“ Abang tak pernah bagi dia harapan Ha… sekarang ni abang sudah cukup bahagia dengan Ha dan anak-anak kita, abang tak perlu kebahagian lain. Kebahagian abang hanya ada bersama Ha saja”.

”Habis abang tak rasa menyesal..sekarang ni abang ada peluang untuk memilikinya. Ha tak mahu menyekat kebahagiaan abang dan Ha tak mahu abang menyesal dan menyalahkan Ha kemudian hari.”










Wednesday, 5 June 2013

Bab 23 Bimbang.





Apa diharap kepada tudung,
Tudung saji terendak Bentan,
Apa diharap kepada untung,
Untung nasib permintaan badan.


Haji Abu Bakar seakan tidak percaya pada telinganya..betulkah Farhan menyatakan yang dia mahu berkahwin seorang lagi..Betulkah anaknya seorang yang pemalu suatu ketika dulu mahu menambah seorang lagi isteri.. tetapi kenapa???Maka diulangi sekali lagi pernyataan anaknya untuk memcari kepastian.


“Betul ke apa yang ayah dengar..kamu cakap tadi kamu kata nak kahwin satu lagi?”

“Betul ayah ..Kalau Han nak kahwin satu lagi apa pendapat ayah.”

“Jom lah kita duduk kat depan tu, nanti kalau ibu kamu dengar huru hara dibuatnya.” Haji Bakar cuba menenangkan hatinya yang terkejut dengan soalan Farhan. Mereka duduk dihadapan rumah diseberang jalan dibawah sepohon jambu tanamannya yang sudah luruh buahnya. Tujuan utama hanya mahu menjauh dari telinga isterinya.

“Kenapa Han nak cari penyakit ni..Han !!kahwin dua ni bukannya senang. Ayah hanya nak Han jawap dengan jujur. Kenapa Han nak kahwin lagi..Fatin tak layan Han dengan baik ke? Han tak bahagia dengan dia ke selama ni..”

“Tak lah macam tu, Fatin sungguh sempurna sebagai seorang isteri dan ibu anak-anak Han..tapi Han suka kat dia ni dari dulu lagi..dia ni kawan Han masa kat Universiti  dulu..orangnya cantik, lemah lembut dan bersopan santun. Kami dulu pun satu kelas.”

“Kenapa dulu  Han tak kahwin dengan dia?”

“Masa Han cakap Han suka dia…dia dah ditunangkan dengan sepupu dia..kiranya dia kahwin pilihan keluarga tapi sekarang dia dah bercerai sebab suaminya dah kawin dengan orang lain”.

“Suaminya tu dulu kerja apa?”

“Bekas suaminya tu doctor.Sekarang ni suami dia kawin dengan doctor juga yang satu tempat kerja dia.”

“Cuba Han bagi tahu ayah sebab apa Han nak kahwin dengan dia..apa kelebihan dia sampai Han tergamak  nak tinggalkan isteri Han tu. Tak kan sebab cantik  dan lemah lembut saja.”

“Han tak pernah berniat nak tinggalkan Fatin ayah.. Han hanya nak kahwin satu lagi saja. Dia cantik ayah..lemah lembut dan bersopan santun..masa kat U dulu ramai juga yang suka kat dia. Tak sangka dia tanya Han nak lagi ke kat dia.. Ayah..” kedengaran suara Farhan yang bangga dengan pertanyaan Nur Saleha.. Belum sempat Farhan meneruskan kata-katanya ayahnya sudah memotong kata-katanya.

“Kenapa Han cuma pandang cantiknya saja, kalau dia cantik kenapa suaminya ceraikan dia ..ayah tak mahu ayah buruk sangka dengan orang yang ayah  tak kenal dan berkata sesuatu yang buruk tentang kawan Han tu...tapi ayah muskil. Sekarang ayah nak tanya apa  yang ada didepan mata ayah..apa kurangnya isteri Han sekarang ni .. dia sudah tak cantik dimata Han lagi ke?..ayah tenguk isteri Han ni cantik juga, lemah lembut juga. Tapi yang penting pada ayah sekarang..ayah dah tahu isteri Han ni pandai serba serbi , hormat orang tua, bertanggu jawab, sabar lagi. Dia dah lahirkan tiga anak Han tak lama lagi empat orang.. Sekarang Han pula cuba cakap pada ayah apa kekurangan isteri Han..yang ayah tak nampak, ayah nak tahu apa  kekurangan dia, sampai Han nak cari lain.”

“Tak ada apa yang kurang ayah..semuanya yang ayah cakap semuanya betul.. Han sememangnya sayang sangat kat Fatin..itulah sebabnya Han tak akan lepaskan isteri Han yang ada ni, Han bukanya nak cari lain hanya nak tambah saja.” Waah senangnya Farhan bermadah..Bak kata Ziana Zain Madah berhelah.

“Farhan..Farhan..tak semudah itu nak tambah Han. Senaraikan dulu baik buruknya. Cari baik dan buruknya jangan cari baiknya disebelah kita saja ingatkan juga buruknya disebelah Fatin dan anak-anak.. sekarang Han bukan seorang…Han dah isteri dan anak-anak ingat perasaan  mereka juga”. Haji Abu Bakar memandang anak disebelahnya yang asyik bermain dengan jari-jemarinya.

 …dan satu Han  mesti  ingat… mana ada perempuan suka dimadu..kalau ada pun mungkin  kerana terpaksa rela sahaja. Cuba Han letak diri Han kat tempat Fatin..Han suka ke kalau kasih suaminya berbelah bagi. Cuba Han jawap dengan jujur..kalau bolehlah perempuan tu memadukan suaminya rela ke Han dimadu?..relakah Han berkongsi kasih. Kalau Han tak ada pilihan mungkin Han rela. Tapi Fatin  dah terbukti dia berkemampuan…mampu melahirkan anak-anak Han, dia juga mampu melayani Han..dan ayah percaya selama ni makan pakai Han dia jaga dengan baik betul tak??  dia mampu bahagiakan Han..jadi apa yang menyebabkan dia rela kalau Han nak madukan dia? Atau selama ni Han hanya pura-pura bahagia beristerikan dia.”

“Han bahagia ayah..Han memang bahagia setelah menjadi suami Fatin..tapi..”.

“Tapi apa??… yang ayah takut satu saja..dia minta dilepaskan kalau Han teruskan hajat Han tu..dia ada kerja dia mampu menyara hidup dia malah anak-anak sekali. Jangan lupa kata orang, wanita bekerja ni langkahnya lagi panjang dan lagi berani.”

“Han tak akan lepaskan dia ayah walau apapun terjadi, Han tak mahu dia jatuh ketangan lelaki yang tak sepatutnya”.Nampak bersungguh Farhan ingin mempertahankan statusnya sebagai suami Fatin Najihah. Haji Bakar ketawa kecil mendengar jawapan anaknya.

 “Han rasa… Han suaminya yang cukup baik ke kalau tak lepaskan isteri Han tu atau Han rasa dia takkan dapat suami yang lebih baik dari Han, Han kena fikir tu..sebelum Han kata tak mahu lepaskan dia.” Baru separuh Haji Bakar bercerita tentang kemungkinan yang akan terjadi jika anaknya menerus kan hasrat hatinya. Banyak lagi yang berbuku dihati Haji Bakar tentang wanita dimadu.Tidak lagi tentang perasaan anak-anak yang ibunya dimadukan seperti dirinya. Farhan hanya memandang ayahnya yang terus meneruskan  berkata-katanya…

“Ayah nak ingatkan Han satu kenyataan..semua perempuan tak suka dimadu..ingat tu Han.  Kalau betullah Han tak nak lepaskan isteri Han yang ni, sanggup ke Han melihat dia tersiksa kerana sakit hati.. Sebab apa ayah kata dia akan sakit hati..sebab dia dah bagi semua yang Han hendak dari seorang isteri.. Pertama dia dah bagi Han anak..dia layan Han baik ..dia juga baik dengan ibu bapa Han dan dia juga bantu Han mencari nafkah..bahagia tak selama Han nikah dengan dia..??”. Haji Bakar tepaksa menginatkan anaknya berulang kali apa yang telah diperolehi dari isterinya selama mereka bernikah, supaya Farhan sedar apa yang di perolehinya.

“Han memang bahagia selama nikah dengan Fatin... makan pakai Han dijaga dengan sempurna”.

“jika bahagia…apa yang Han nak lagi..Han nak cari lebih lagi kebahagiaan? Memang  Han mungkin akan lebih bahagia tapi Fatin?? kenapa Han hanya nak fikir kebahagiaan Han saja, tak fikir pulak kebahagiaan isteri Han tu,  atau Han fikir kalau Han madukan dia… dia akan lebih bahagia macam Han. Macam tu? Farhan terkebil-kebil memandang ayahnya..kenapa dia tidak terfikir tentang kebahagian isterinya pula. Melihat anaknya yang diam membisu Haji Bakar meneruskan kata-kata nasihatnya untuk menyedarkan anaknya yang terlalai dibuai dengan perasaan..

“..Berbalik kata Han tak nak lepaskan Fatin..cuba kita cari kemungkinannya pula... bolehkah Han tak lepaskan dia kalau dia sudah memintanya bersungguh.. ayah cakap ni perkara yang mungkin terjadi.. ayah tak mahu nanti kalau nasi sudah menjadi bubur tak guna..”

“Kalau Han kata Han akan cuba?.” Dimata Haji Bakar Nampak kesungguhan Farhan.Bersungguh mempertahankan Fatin Najihah sebagai isteri atau bersungguh menambah cawangan???


Haji Abu Bakar memandang wajah anaknya yang bersungguh.Dia keliru sebenarnya dengan sikap Farhan sekarang ini. Farhan dulu sangat malu untuk memperkatakan soal hati dan perasaan tetapi kenapa sekarang bagai tidak cukup seorang isteri untuknya… dia berazam akan menasihatinya  anaknya agar Farhan tidak tersalah memilih jalan hidup..

“Ingat Han nikah kahwin ni bukan percubaan..kalau dah keluar sorang antara dua orang yang dah nikah ’ itu tanggungjawab’ kelak dia akan mempunyai perasaan.. dan tindakkanya kadang-kadang bukan untuk kita seorang saja.. kadang-kadang tempiasnya pada masyarakat Han..sekarang ni bakal empat orang yang akan memnpunyai perasaan Han..anak-anak Han akan besar dan akan mempunyai perasaan. Boleh dijangka ke bagai mana penerimaan diaorang dengan pernikahan Han dengan perempuan lain..jika dia memberontak macam mana??. Kadang-kadang anak-anak buat kerenah, buat perangai tanda protesnya..  mampukah kita menanganinya Han..kita tidak boleh menjangkakan sikap Fatin lagi…kalau dia juga hilang arah nanti anak-anak Han yang ada ni macam mana?..sanggup ke Han mengendalikan dua isteri dan anak-anak yang dah tentu-tentu sehari sana dan sehari sini Han. Itu kalau Fatin masih rela menjadi isteri Han..tapi kalau kamu berdua bercerai mampu ke Han nak jaga anak-anak Han kelak?.”.

“Han akan ushakan ayah…Fatin akan jadi isteri Han sampai keakhir hayat Han.”


“Han kena ingat satu..biasanya kalau hati dah sakit macam-macam dia buat kat kita Han.. kalau dia meragam dan buat hal sanggup ke Han menghadapi kerenahnya. Nanti anak-anak tak terjaga rumah tangga purak puranda dari kita hidup rukun damai jadi tunggang langgang. Han! Kawan Han jandakan? dia janda tak ada anak ke?”.

“Ada..dia dah ada anak tiga orang…”.

“Eloklah tu nanti Han…kalau Han teruskan niat Han tu, Han dapat tiga lagi anak express.. Han jaga anak orang elok-elok… tapi anak-anak Han tunggang langgang..bak kata peribahasa ‘Kera dihutan disusukan anak dirumah mati kelaparan’.”  Terkedu Farhan apa yang diperkatakan oleh ayahnya.  Ingat nak sokong tadi…Bila ayahnya menperkatakan ‘eloklah tu nanti Han…kalau Han teruskan niat Han tu, Han dapat tiga lagi anak express.. Han jaga anak orang elok-elok…’.

“Jangan Han dapatkan kawan Han dan tiga orang anaknya..tetapi akhirnya Han akan kehilangan lima orang yang paling rapat dengan Han. Nanti bak kata orang yang dikejar tak dapat ..yang dikindung berciciran.Ingat Han anak-anak yang ada didepan mata ni adalah zuriat Han sendiri.” Farhan memandang hujung jari kakinya yang bersarung sandal. Dia menghadam kata-kata ayahnya.

“Satu lagi yang ayah paling takut...anak-anak akan hilang rasa mesranya dengan kita kalau ibu mereka dimadukan oleh ayahnya..ayah dah rasa. Terus terang ayah cakap, ayah susah nak mesra-mesra dengan  arwah atuk Han kerana itulah. Walau pun nenek kata dia reda dengan takdir dia.. kerana dia tak dapat nak beri lebih zuriat pada arwah atuk Han..tapi ayah tak boleh terima sepenuhnya. Bila ayah tak berapa nak bercakap dengan arwah atuk dulu dia marah, katanya ayah lebih rapat dengan nenek saja, tapi dia tak  sedar dia dah mencalar rasa mesra dan rasa sayang ayah pada dia, walau ayah tahu atuk kahwin kerana nak tambah zuriat dia, tapi ayah tak boleh nak terima. Han nak jadi macam atuk tu ke?.”

“Kenapa ayah rasa macam tu pada arwah atuk?”

 “Entahlah Han..mungkin sebab kami tak selalu jumpa kot..  Ayah terasa hati bila nenek tiri Han macam tak kongkong atuk menjadi miliknya seorang. Dia juga tidak pernah mahu mesra dengan ayah. Dia pernah minta arwah atuk ceraikan nenek Han…setelah dia dapat lahirkan tiga orang anak untuk atuk Han..ayah rasa tersisih.” Haji Abu Bakar merupakan anak lelaki seorang...entah mengapa ibunya tidak dapat menambah bilangan anak setelah melahirkan dirinya. Tetapi setelah ayahnya bernikah seorang lagi ayahnya mendapat tiga orang anak perempuan.Itulah kelebihan ibunya pada pandangan Haji Abu Bakar…dapat memberi ayahnya zuriat lelaki menyambung keturunan mereka.

“Atuk tak ceraikan nenek kan yah”.

“Memang dia tak cerai nenek tapi..datangnya boleh dikira dengan jari..ayah sedeh dengan apa yang atuk buat kat nenek Han..itu sebabnya ayah selalu mengelak dari jumpa atuk. Dan inilah yang ayah fikir Han.. pernah tak Han fikir kalau Han dapat yang baru…boleh  ke dia menjadi orang yang bertimbang rasa, yang boleh bertolak ansur dan tak memaksa Han ceraikan isteri yang sedia ada..”.

“Dia tak pernah suruh Han berpisah dengan Fatin ayah, dia hanya nak menumpang kasih Han saja”.


  “Han! biasanya sebelum dapat memang itulah janjinya..akan ikut cakap kita, suruh kita adil..ayah tak percaya pada janji manusia..manusia yang ada perasaan cemburu…yang ada perasaan ingin memiliki. Bila dah kahwin dia nampak kita pula lebihkan dia.. mulalah dia kongkong kita tak bagi kita pergi kerumah isteri tua..masa tu macam mana?.. mampu ke Han nak pujuk rajuknya..rajuk isteri muda dan itu tak rajuk isteri tua..lama-lam dengan asyik memujuk rajuk isteri anak-anak entah kemana.Yanmg paling ayah takut  Han akan ikut kehendak isteri yang muda kerana yang muda Han baru dapat  dan masih  sayang. Akhirnya dengan secara tak sengaja akan tersinggikir juga yang tak mahu Han singgkirkan. Ayah tanya ni… kalau Han tanya Fatin dan dia tak mahu dimadukan.. Han akan kahwin senyap-senyap ke?”.


“entahlah ayah..”

“Kalau Han nak kahwin senyap-senyap itu ertinya kita tak jujur dengan isteri kita sendiri, kalau dia dapat tahu… habis,  sekali Han tipu dia sepanjang hidup dia tak akan percaya Han lagi.. lagi susah nanti. Han pada ayah jangan sampai kirta tidak dipercayai oleh isteri kita sendiri..jangan sampai kita dicurigai, nanti kita yang susah.. kita yang jadi rimas bila  jadi suami yang tak diperlukan.”

“Tak mahulah jadi macam tu ..tapi Han kesian dengan kawan Han ni..dia baik ayah.”

“Kenapa Han kesian pada kawah Han tu..kenapa Han tak kesian dengan isteri Han dulu..kalau Han madu kan Fatin, sama saja Han dengan suami kawan Han tu.. sepatutnya Han kesiankan orang yang paling hampir dengan Han..yang kita dah tahu buruk baiknya, yang dah berjasa dengan kita dengan melahirkan zuriat kita. Cuba Han fikir berapa besar pengorbanan dia, balik keja masak untuk kita jaga dan membesarkan anak-anak kita, pernah tak dia berkira dengan Han”. Farhan termangu mendengar peringatan ayahnya.


“Han sejak Han jadi ayah ni berapa kali Han bangun malam bancuh susu untuk anak-anak. Ayah tahu dengan cara anak-anak yang rapat dengan ibunya  semua Fatin yang buatkan…kita suami isteri ni perlu tolong menolong, berkongsi.. jangan yang sedap saja kita kongsi.. mereka tu bukan anak dia sahaja dia anak Han juga”.  Semuanya yang diperkatakan oleh ayahnya ada kebenaran, dia mengakui didalam hatinya.Dia tahu selama ini Fatin begitu sempurna menjadi isteri dan ibu kepada anak-anaknya.Tiada yang kurang.

Dari jauh Farhan melihat isterinya terboyot –boyot membawa perut, mendukung dan memimpin anak-anaknya menuju kerumah ibu dan ayahnya pula.

“Tenguk tu Han semua anak-anak Han rapat pada ibunya, kalau Han kahwin satu lagi tak mustahil Han akan hilang semua kasih mereka Han..pergilah tolong dukungkan anak kamu yang kecil tu, isteri kamu tu kan dah sarat,  selalu dukung anak  cepat pula dia bersalin nanti..tak pasal-pasal keluar tak cukup bulan pulak.” Bingkas bangun Farhan apabila mendengar ayahnya berkata begitu.Dari jauh Haji Bakar mendengar Farhan menasihati isterinya.

“Kenapa Ha dukung Aman ni, Ha tukan dah sarat nanti lain pulak jadinya lain kali jangan dukung biar dia berjalan.”

“Aman ni kalau penat sikit nanti malam mulalah tak boleh tidur..lenguh kakinya.. kita juga yang susah esok nak kerja..abang jangan lari bang nanti jatuh.” Fatin memarahi anaknya yang tua kerana lari menuruni bukit.

“Itu atuk bu.. abang nak salam atuk..angah jom kita salam atuk.” ajak anak mereka yang tua kepada adiknya bila melihat Haji Bakar dibawah pokok jambu”.

“Abang pimpin tangan angah.. jalan perlahan-lahan”. 

“Tangan ayah ni kotor kakak..gembur tanah tadi..Farhan datang terberhenti duduk kat bawah pokok jambu ni.”Ketika sampai diahadapan ayah mertuanya Fatin menghulur tangan untuk bersalaman dan mencium tangan  bapa mertuanya

“Tak apa lah yah..ibu mana yah.”

“Ada kat dalam tu..masa ayah keluar tadi dia tengah menjahit. Pergilah masuk bawa anak masuk sekali.”  Fatin bersama anak-masuk kerumah mencari ibu mertuanya. Dari luar terdengar suara riuh ibu Farhan menciumi cucu-cucnya.Kemudian terdengar lagi suaranya menyuruh mereka makan malam sekali dengan mereka.

“Kamu tenguk tu, ibu kamu memang sayang sangat kat isteri kamu Han, dia cakap dengan ayah dengan isteri kamu dia dah rasa macam anaknya perempuanya sendiri maklumlah dari kecil dia nampak didepan mata..dengan isteri abang Adli kamu pun dia tak macam tu. Kalau kamu kahwin lagi satu boleh ke ibu kamu terima dia macam dia terima Fatin. Ibu takut dia pula yang sedeh kerana kamu memadukan isteri kamu tu.. Dari dapat dua isteri tapi Han hilang kemesraan ibu kamu kerana dia marahkan kamu madukan Fatin. Ayah cakap ni supaya Han fikir baik buruk sebelum melangkah lebih jauh.
….Satu lagi yang ayah takut kawan Han tu akan kecil hati dengan penerimaan ibu kamu tu nanti. Walaupun dia kata dia hanya nak menumpang kasih Han sahaja…tapi sebenarnya sebuah perkahwinan tu menumpang kasih ibu dan ayah mentua sekali. Mana boleh ambil anaknya saja ibu dan ayahnya letak tepi..Pada ayah kalau kita kahwin ni biarlah ibu kita suka sekali. Ialah untuk mengelakkan pergeseran antara suami isteri kerana sikap ibu kita. Kalau dia sudah ada rasa kecil hati dengan ibu mertua…ada yang tak berkenan kat hati nanti isteri kamu tak nak balik rumah kita.” Lama Farhan termenung memikir.. banyak buruknya dari yang baik jika dia meneruskan rancanganya. Kemudian ayahnya menyambung lagi…

“Han masa ni memang Han rasa tak terikat hendak menengokkan kerja sekolah abang disekolah TABIKA. Tenguk-tenguk dia mewarna saja kemudian mengaji IQRA’ tapi nanti kalau abang dan angah dah sekolah rendah barulah Han terasa... Anak-anak tidak boleh dibiarkan belajar sendiri dan jangan harapkan cikgu yang mengajar disekolah saja.. banyak mana sangat mereka dapat kalau kita tak bantu. Kita kena turun padang ajar mereka dengan sekolah kebangsaanya hingga kesekolah agama.. kemudian mengajinya juga. Han ingat.. Han dan adik-beradik  Han boleh pandai ke kalau ibu dan ayah tak ajar.  Han tak ingat lagi kemacam mana Han dan adik- adik Han belajar setiap lepas Magrib.Ibu dan ayah mencari kerja-kerja sekolah yang hendak dibuat itu pun ada juga yang terlepas pandang. Han tak fikir..kalau Han ada dua rumah ke sekejap rumah sana.. sekejap lagi rumah sini.. Itu tak fikir penatnya kita lagi Han. Takut nanti dengan kepenatan Han, Han jadi lepas tangan dengan anak-anak.” Farhan mula terbayang ketika mereka masih bersekolah dari darjah satu hinggalah keingkatan lima setiap malam.. selepas magrib ayah dan ibunya memantau pelajaran mereka.  Dimasa itulah dia mengingati segala yang dipelajari disekolah, jika dia kurang faham, ayahnya akan menerangkan sekali lagi ketika itu. Jika tidak mungkin meraka tidak dapat menjejak menara Gading. Semua adik-beradiknya berjaya menjejakkan kaki  kemenara gading...hasil usha dan tunjuk ajar kedua ibu dan ayahnya dan guru-gurunya.


“Han kata kawan Han ada anak.. berapa orang?”

“Katanya tiga orang dua perempuan dan seorang lelaki.Tapi kalau Han kira-kira mereka semua dah besar.”

“Pada ayah jangan lah kita cari penyakit…dahulukan rumahtangga dan anak-anak kita, barulah fikir anak ornag lain. Nanti anak kita kemana anak orang kemana..kedua-duanya Han melepas. Han kena fikir juga bukan senang nak ajar anak orang..susah hendak mendidik mengikut acuan kita, lagi kalau anak dia dah besar, perempuan pulak tu”.

“Kenapa pulak ayah..niat hati Han nak tolong dia jaga dan didik anak-anak dia macam anak sendiri..yah”.

“ Memanglah niat kita tu baik, hati orang mana kita nak baca.. takut orang akan berprasangka buruk pada  ayah tiri dengan anak tiri perempuan..nanti kita pun kekok duduk satu rumah dengan anak-anak tiri perempuan walau pun mereka sudah menjadi Mahram kita..tetapi hati orang mana kita tahu.”

“Kalau macam tu susahlah janda atau balu yang ada anak perempuan tak terbelalah nasib mereka.”


Pada pandangan mata Haji Bakar Farhan sangat bersungguh mahu meneruskan hasrat hatinya. Untuk keharmonian rumahtanggan anaknya dia akan menyedarkan anaknya sebelum terlanjur. Itu azamnya.



p/s: Mak teh rasa tak sabar nak mencurahkan rasa hati seorang wanita tentang poligami inilah dia terpapar ditengah minggu waktu bekerja...Mak mewakilkan Haji A/Bakr meluahkan apa yang terbuku dlm hati. Mak mengharapkan adalah hendknya orang lelaki yang membaca cerita ini. Ingin rasanya kami berkongsi perasaan atau pandangan anda tentang poligami. Mak teh mengaku sememangnya poligami dibolehkan dlm Islam dan mak teh tidak menidakkan hak orang lelaki.