~Siapa Ikut Blog Ni~

Pages

Tuesday, 16 October 2012

Bab 20. Tidak terkikis kesal dihati




Buah salak di dalam hutan,
Buahnya masak tergantung tinggi,
Jika sudah salah buatan,
Jangankan untung bertambah rugi.


                Akhirnya Loqman sekeluarga sampai juga dihalaman serumah rumah papan bertangga batu milik keluarga Amirah. Tidak sabar-sabar Puan Sharifah keluar dari kereta menuju ketangga lalu memberi salam. Rindu hatinya dengan cucunya yang seorang ini, maklumlah cucunya yang lain tinggal jauh darinya. Kemudian Encik Abdul Majid pula memberi salam, mereka sudah pun berdiri di hadapan tangga membuka kasut bersiap sedia untuk naik..sedangkan Loqman masih lagi didalam kereta mencari kekuatan. Dia membayangkan bagaimankah sambutan Amirah terhadapnya kelak. Tidak lama lepas itu kedengaran suara Puan Halimah menyambut salam.

“Waalaikumsalam..Ohhh nenek Port Dikson dah sampai…cepatnya Kak Long sampai..Syifa nenek dengan atuk PD dah sampai ni..Syifa.”

“Ye Limah akak rindu sangat dengan Syifa..rasa dah lama sangat tak jenguk dia.” sambung Puan Sharifah dengan senyum cerianya.

“Naiklah kak Long..abang Long..Syifa tengah tukar lampin agaknya”. Tidak lama lepas tu kedengaran suara sahutan membalas laungan suara Puan Halimah...

“Ya nenek.. Syifa tengah tukar lampin ni nenek..” kedengaran suara Amirah dari dalam bilik.

“Amirah ada balik Limah?..” Puan Sharifah bertanyakan bekas menantunya bila mendengar suaranya. Dia begitu teruja..

“ Ada kak Long ..katanya  sebab raya Puasa hari tu tak dapat cuti, ni raya korban dia dapatlah dia cuti…naiklah Kak Long ..abang Long” Sekali lagi Puan Halimah menjemput tetamunya yang masih tercegat dianak tangga paling bawah. Ketika mereka sampai diruang tamu  Amirah keluar dari bilik dengan mengelek anaknya, mereka memakai baju raya yang sama. Sungguh cantik dimata Puan Sharifah suami isteri. Terfikir juga dibenak mereka alangkah bahagianya jika Amirah masih menjadi menantu mereka tentu meriah hari raya tahun itu.

“Apa khabar mama, papa..lama Mirah tak jumpa mama dengan papa..mama dan papa Mirah minta maaf banyak-banyak diatas segala salah silap Mirah pada mama dan papa selama ni.” Amirah bersalaman dan mencium kedua tangan bekas mentuanya anaknya masih dikelekkannya.Tetapi Puah Sharifah terus memeluk bekas menantunya, dia sudah teresak sedeh. Sebenarnya hatinya sedeh mengenangkan dugaan hidup yang dihadapi oleh bekas menantunya. Jika dilihat dari mata kasar Amirah sungguh tabah ditimpa musibah keruntuhan rumahtangganya angkara anaknya sendiri. Didalam hati Puan Sharifah berjanji akan memberi sepenuh kasih sayang kepada Amirah walaupun dia bukan lagi menantunya. Selepas pelukkan bekas ibu mertuanya dilepaskan Amirah tunduk menyalami bekas bapa mertuanya pula.

“Mirah tak ada salah dengan papa dan mama.”

Ketika adingan peluk memeluk dan bersalaman berlangsung kedengaran satu suara garau perlahan memberi salam. Tertapi begitu cepat pendengaran Amirah menagkap suara yang begitu biasa ditelinganya dahulu.

“Assalamualaikum” Loqman memberi salam dimuka pintu.

                Secara spontan Amirah mengangkat kepala bila mendengar suara yang begitu biasa digegendang  telinganya dulu. Seakan bermimpi pula dia mendengar suara yang telah lama tidak didengari.  Badan tertegak.. kepala dan pandangannya  mengarah pintu rumahnya untuk mencari kepastian apa yang didengari.  Apabila matanya  melihat  Loqman yang sedang tertegak memandang kearah dirinya juga. Cepat-cepat  otaknya memperoses.. dia menyerahkan anak yang sedang dikelek kepada bekas ibu mertuanya dan dia bersegera beredar kedapur..Semua mata tertumpu kearah Loqman.

“Ohh.. Loqman pun ada..masuklah..masuklah” jemput Puan Halimah kepada bekas menantunya. Laju langkah  Amirah melarikan dirinya kedapur. Didapur dia duduk dikerusi meja makan untuk mencari kekuatan. Pandangan kabur kerana  air mata laju berjujuran keluar tampa dapat dibendung.

“Kenapa kak..” Tanya Atirah ingin tahu, bila dilihat kakaknya menangis.  Dia didapur menyiapkan hidangan hari rayanya  bila mendengar suara keluarga mak longnya sampai tadi. Amirah tidak menjawab pertanyaan adiknya, dia hanya meraup mukanya dengan kedua belah tangannya. Lama kemudian ketika fikirannya sudah agak tenang dia pula yang bertanya  adiknya.

“Tirah dah buat air ke?..mehlah kakak  buat air .“ Atirah adalah adik Amirah nombor tiga, dia juga pulang bercuti. Dia masih bersekolah dalam tingkatan 5  di Sekolah Menengan Sains Tuanku Jaafar Kuala Pilah, sebuah sekolah berasrama penuh.  Amirah membantu adiknya menyiapkan hidangan untuk tetamu yang datang. Sementara ayah dan adik-adik lelaki  Amirah  belum pulang dari masjid lagi.

                Untuk hari raya korban ini ibunya membakar lemang, nasi impit , rendang ayam dan kuah kacang  lebih sedikit kerana Amirah dapat pulang bercuti.  Amirah pula  memasak daging masak kicap untuk anaknya yang tidak tahan makan pedas katanya.  Yang sebenarnya dia makin suka makan masak kicap daging  sekarang. Setelah siap hidangan, dia mengarahkan adiknya mengangkat hidangan itu keluar, dia hanya duduk sahaja didapur.

“Tirah… Tirah  tolong angkat semuanya ni letak meja depan.”  tampa banyak soal adiknya mengikuti arahan kakaknya. Dari suara-suara tetamu diruang tamu rumahnya dia tahu siapa yang datang.Dia bersimpati dengan kakaknya.

“Assalamualikum..mak Long, pak Long abang Man ..apa khabar.” Semua mata tetamu tertumpu kepada Atirah adik Amirah.Setelah meletakkan dulang berisi air teh o dia atas meja, Atirah menyalami keluarga ibu saudaranya.Adik beradik Amirah memang sudah diajar dari kecil menghormati orang tua dan bersopan santun.

“Ohh..Tirah pun ada balik juga..tak lama nak periksa kan Tirah.” Puan Sharifah bertanya ramah.

“Ia Mak Long  dapat cuti tiga hari ni Tirah balik juga..nak makan rendang ibu tak lama nak periksa SPM, mungkin lepas ni lama sikit Tirah tak balik.” Kemudian dia masuk lagi mengambil makanan yang lain. Setelah semuanya terhidang, tetamu dijumput makan. Loqman yang sedang memangku  anaknya juga dipelawa makan bersama. Yang herannya anaknya tidak pula menangis ketika dia mengambil dari dukungan neneknya tadi. Syifa cuma nampak hairan apabila seseorang yang tidak dikenalinya, mengambil, mencium dan meribanya.

“Mama dan papa makanlah Man nak pegang  anak Man ni dulu.” sambil membelai rambut anaknya Loqman mencium kepala anaknya. Sudah berkali-kali ciuman itu singgah di kepala dan pipi anaknya bagai tidak puas dia mencium anaknya.

“Makan lah dulu Man..tak ada kawan, nanti makan tak sedap pula.” Puan Halimah mengambil cucunya dari ribaan bekas menantunya.

“Baiklah bu.”Loqman pun masih memangil bekas ibu mertuanya seperti dahulu, bila dia mendengar Amirah masih memanggil kedua orang tuanya, papa dan mama. Dia bangun menuju kemeja yang sudah terhidang dengan juadah hari raya. Bila dia terpandang daging masak kicap, terus dia mengambil  dan memakan bersama lemang. Kemudian dia mengambil lagi  lalu dimakanya pula bersama nasi impit pula.

“Daging masak kicap ni Mirah buat untuk Syifa, dia kesian anaknya tak tahan makan pedas katanya.” cerita Puan Halimah.

“Kak Long tak pernah masak kicap daging Limah..kalau buat pun tak ada orang nak makan, Abang Long kamu ni lebih suka daging masak lemak cili api, tunggu cucu yang kat Terengganu saja balik..kadang-kadang Yati buatlah. Tapi dah dua kali balik dia tak masak pun. Dia pun dah jadi macam kita juga Limah, lagi suka masak lemak pula sekarang ni. Raya semalam pun dia tak masak anak-anak dah besar sikit semua dah tahan makan pedas.” Ketika mereka sedang menikmati hidangan hari raya. Kedengaran deruman motosikal masuk kepekarangan halaman mereka..ayah Amirah  berserta tiga orang anak lelakinya pulang dari masjid.

“Assalamuilaikum” kedengaran suara ramai memberi salam dari bawah.

“Waalaikumsalam…kenapa lambat balik abang..pergi mana?” sambil menjawab salam Puan Halimah menuju kemuka pintu dan bertanya kelewatan suami dan anak-anaknya.

“Lepas sembayang tadi...kami pergi kubur emak dan abah. …masa nak balik  tak sangka jumpa kawan lama, itu yang lama berbual tu..Ohh..Kak Long dan Abang Long dah sampai ke.” Ayah Amirah yang terjengul dimuka pintu menerangkan kepada isterinya akan kelambatannya pulang dari masjid.

“Kami tengah makan ni Rahim..marilah sekali.” kata Encik Abdul Majid, Loqman terus saja bangun menyalami bekas bapa mertuanya sambil mencium tangannya.

“Selamat hari raya maaf kan Man lahir dan batin ayah, Man banyak dosa dengan ayah.”

“Samalah kita Man.” Kata Encik Abdul Rahim sambil menepuk lembut bahu bekas menantunya.Loqman duduk semula di kerusinya tadi, ayah mentuanya pula menghulur tangan kepada kedua bekas besannya.Tiada riak marah di wajah bekas ayah mertuanya. Bagi Encik Abdul Rahim apalah yang hendak dimarah kan semuanya ketentuan dari Allah..kita sebagai hamba perlu redha dengan segala ketentuanya.

                Kemudian dia juga mengambil pinggan untuk makan hidangan yang ada diatas meja juga untuk memeriahkan suasana bersama bekas besan mereka.Puan Halimah pula menyuapkan nasi impit bersama kuah kicap daging, kemulut cucunya.

“Suka Syifa makan nasi impit dengan kicap daging tu ya Limah.” tegur Puan Sharifah bila dilihat cucnya begitu berselera.

“Mama balik nanti, masakkan Man masak kicap daging ya mama.” Pinta Loqman pula.

“Man pun suka masak kicap daging juga..anak dan ayah sama suka masak kicap daging ni.” Puan Sharifah berkata..dia tidak tahu pula Loqman suka makan masak kicap daging.

“Man memang suka masak kicap daging tapi mama tak pernah buat.”

“Man tak pernah minta jadi mama masak lemak saja lah..nanti kita balik singgah beli daging”.

                Selesai makan Loqman sekeluarga ingin meminta diri, Loqman bangun dahulu, dia meminta izin kepada kedua bekas ayah dan ibu mertuanya untuk bertemu Amirah.Setelah Amirah masuk tadi, dia tidak menjengukkan mukanya lagi keruang tamu.Mungkin dia menghindarkan diri kerana kehadiran dirinya.

“Ibu, ayah Man minta izin nak jumpa Mirah  nak minta maaf ..sekejap boleh?” mata sudah berkaca-kaca.

“Boleh pergilah dia kat dapur tu.” kata bekas ibu mertuanya. Loqman berjalan menuju dapur, ketika itu Amirah duduk di meja dapur, tidak menyangka Loqman ingin menemuinya. Loqman memberi salam..

“Assalamualaikum..Mirah… abang nak minta maaf dari Mirah lahir dan batin..abang tahu sepanjang kita jadi suami isteri abang banyak buat salah pada Mirah,  semuanya memang salah abang, abang minta maaf.” dia mengadap Amirah dengan muka tertunduk. Amirah tergamam seketika, bila dia tersedar dihadapannya bekas suaminya masih berdiri tercegat dihadapanya memohon kemaafan ..dia bersuara.

“Mirah dah lama maafkan abang Man. Mirah pun minta maaf lahir dan batin Mirah juga banyak salah pada abang Man.” Panggilanya sudah bertukar kini, tidak lagi ‘abang’ seperti sewaktu mereka menjadi suami isteri dulu, tetapi ‘Abang Man’ seperti Atirah dan adik-adik  yang lain memanggilnya. Kini Amirah sudah merasakan bahawa bekas suaminya adalah abang dua pupunya.Kesedihan dan rasa terkilan dihatinya terkikis bersama luahan maaf dan penerimaan maaf yang diucapkan.

“Mirah tidak pernah bersalah pada abang, kalau ada pun abang telah lama memaafkan. Terima kasih Mirah kerana sudi maafkan abang  yang banyak dosa pada Mirah.” Loqman keluar dari dapur dengan hati yang dibaluti rasa bersalah yang teramat sangat.Itu dipihak Loqman. Tetapi di pihak Amirah lain pula..setelah dia meluahkan kata maaf kepada bekas suaminya dan bekas suaminya pula telah menyatakan kesalahanya dadanya terasa lapang. Dia merasa tiada apa yang membelenggu hidupnya lagi seperti sebelum ini. Apabila bekas suami dan keluarganya  pulang, dia menghampiri kedua ibu dan ayahnya yang masih diruang tamu melayani sikecil Syifa, Amirah bersuara..

“Kakak rasa lega sekarang ibu..ayah…kakak rasa dah kuat sekarang..kakak dah tak kisah kalau orang nak cakap pasal abang Man lagi.”

“Eloklah macam tu kakak, ayah bersyukur sangat semangat kakak dah pulih, lagi pun kita ni bersaudara tidak baik menyimpan dendam. Kemaafan itu sebaik-baik perbuatan..sedangkan Nabi pun memaafkan umatnya, inikan pula kita manusia biasa yang tak pernah lari dari membuat kesilapan. Ayah bersyukur sangat anak ayah boleh memberi kemaafan.” Kata ayahnya, ibunya hanya memandang anak sulong mereka dengan rasa simpati.

Sebelum pulang tadi, Puan Halimah ada membungkuskan sedikit daging masak kicap dan dua batang lemang untuk keluarga bekas besannya.Walaupun rumah tangga anak-anak mereka berkecai ditengah jalan, mereka tidak bermusuhan.Mereka menganggap semuanya takdir dari Allah.Segalanya berlaku mungkin ada hikmahnya yang mereka sendiri tidak tahu.Jadi terimalah takdir itu dengan hati yang redha.
“Kak Long ini dua batang lemang dan daging masak kicap sikit..takut tak jumpa daging pulak nanti.. kami kat sini kejap lagi mungkin orang hantar daging korban, macam tahun lepas banyak betul orang bagi daging korban.. dekat 4 kilo”.

“Akak memang nak minta lemang kamu ni Limah..akak tak beli lemang pun semalam.”

“Ialah kak, memang niat nak bagi kak long, itu yang masak lebih semalam..kadang-kadang  yang kita beli tu cepat basilah kak long.”

“Betul tu Limah..tapi akak nak buat sendiri, tak ada siapa nak jagakan api itu yang tak buat tu.”

“Alah ambil saja kat sini..Limah kat sini ramai yang tolong.”

“Terima kasih Limah..ni haa daging kicap..tak payah akak nak masak nanti. Entah apa-apa siLoqman tu, nampak anaknya suka makan dia jadi suka juga.”Balas kak longnya.

  Dipertengahan jalan pulang ke PortDikson Loqman meminta papanya memandu kereta kerana dirasakan fikirannya tidak boleh memberi tumpuan  dijalan raya.

“Papa boleh bawa kereta tak papa..Man rasa pening lah.”

“Berhentilah kat depan tu kita tukar pulak.” Setelah memberhentikan kereta  di bahu jalan papanya duduk pula dikerusi pemandu.

“Mama duduk sebelah papalah mama…Man rasa nak tidur..pening pulak kepala ni.” Mereka bertukar tempat duduk, kini Loqman sudah ditempat duduk belakang menyandarkan diri sambil memejamkan matanya.Kedua papa dan mamanya hanya membiarkanya sahaja tingkah anak bungsu mereka. Mereka boleh meneka apa yang bergolak didalam jiwa anak mereka.







Wednesday, 10 October 2012

Bab19 Tidak terkikis kesal dihati




Apa guna berpakaian batik,
Kalau bajunya bercorak hitam;
Apa guna berbini cantik,
Kalau hati tidak tenteram.


            Tidak sabar-sabar  Amirah menanti kedatangan  hari raya korban atau hariraya Aidil Adha kali ini. Ini kerana dia dijanjikan mendapat cuti pada hari raya pertama. Rasa tidak sabar-sabar menyambut hariraya bersama anak kesayanganya.  Buah hati pengarang jantung Amirah sekarang ini sudah pandai berjalan kata ibunya tempuh hari. Sudah tergambar dimatanya mereka berdua menggayakan baju kurung sedondon dengan anaknya dipagi raya nanti.  Sehari sebelum hari raya dia pulang kekampung dengan rasa sungguh gembira. Tidak rasa mengatuk atau jemu dengan perjalanan jauhnya, disertai himpitan manusia yang sama sepertinya mahu pulang bercuti. Dia baru sahaja pulang dari syift malamnya hari itu.

             Ketika dia sampai lewat tengahari itu, keluarganya sedang sibuk menyiapkan juadah yang akan menjamu mereka sekeluarga dan tetamu mereka esok. Ibunya sedang sibuk memasukkan beras pulut  kedalam buluh lemang yang telah dimasukkan daun pisang terlebih dahulu. Adnan dan Aizat sedang membantu ayanhnya membuat bara api untuk membakar lemang. Amran adik bungsunya pula sedang mengelek anak dara kecilnya AinNur Syifa. Atirah pula sendang meracik serai untuk masak rendang mereka.  Sudah terbayang kemeriahanya, mereka sekeluarga bergotong royong memasak untuk menu hariraya mereka esok. Suasana itu akan terbayang dimata jika mereka berjauhan kelak.  Itulah pengalaman Amirah ketika dia tidak dapat pulang di hari raya puasa tempuh hari.

            Bagi Loqman pula hari raya korban kali ini dia bertekad untuk berhari raya bersama keluarganya di Port Dockison. Dia ingin meminta ampun dan maaf dari mama dan papanya. Dia akan mengaku segala kesilapanya.. sesungguh nya memang itu kesilapannya dan semuanya adalah kesalahanya. Dia menyuarakan hasrat hatinya kepada isterinya.

“Liza.. abang rasa Hari Raya Haji ni kita balik Port Dickson ye, dah lama sangat abang tak balik jenguk papa dan mama..rasanya dah hampir setahun lebih abang tak balik.”

“Abang tak ingat lagi ke.. masa kita lepas nikah dulu tu mama halau kita…dia tak suka Liza.”

“Itu dulu, waktu mama tengah marah..kita balik ni masa hari raya takkan mama nak marah lagi..lagi pun perkara tu dah lama, mama pun dah lupa agaknya.”

“Liza tak akan lupa macam mana mama buat kita dulu walaupun perkara tu dah lama..tapi Liza rasa macam baru semalam sahaja perkara tu berlaku..Kalau abang nak balik, abang baliklah sendiri..Liza tak mahu nak tanggung risiko kena halau lagi.” Itulah sikap Liza. Dia bukan orang  yang mudah memaafkan. Dia juga seorang yang suka berprasangka buruk.

“InsyaAlllah mama tak buat macam tu lagi..lagi pun Lizakan tengah mengandung takkan dia nak buat macam tu. Liza nak tahu mama bukan garang sangat orangnya, dia kalau marah sekejap saja..kalau kita buat tak tahu apa yang dia cakap, dia akan cepat melupakan...kita minta maaflah dengan mama dan papa tentu mereka maafkan kita.” Loqman memujuk  isterinya.

“Untuk apa Liza minta maaf, Liza tak buat salah dengan mereka, Dia yang bersalah pada Liza.. hina Liza abang tak ingat ke...Kalau abang nak balik PD baliklah sendiri, Liza tak kisah..tapi Liza tak akan ikut abang. Terus terang Liza katakan .. Liza tak boleh nak lupakan apa yang mama abang kata pada Liza..hati Liza masih terasa dengan kata-kata mama abang tu tau”.

“Dia kan mak mertua Liza, apa salahnya maafkanlah dia.. masa tu dia tengah marah tentulah kata-kata nya tak terkawal..maafkan lah mama abang..lagipun tak kemana kalau Liza tak nak melupakan perkara yang dah terjadi”.

“Tak semudah tu bang..bagi Liza selagi mama abang tak datang minta maaf pada Liza, selagi tulah Liza tak boleh nak pijak rumah dia”.

“Sepatutnya kitalah yang minta maaf sebab kita ni orang muda.. Bukankah orang muda yang sepatutnya minta maaf pada orang yang lebih tua dari kita.. lagi pun kita kan anak...takkan seorang ibu yang nak mita maaf pada anak Liza.”

“Itu Liza tak peduli, yang salah tetap salah... hati Liza ni masih sakit lagi dengan apa yang dah diperkatakanya pada Liza dulu..selagi dia tak datang minta maaf pada Liza selagi tulah Liza tak boleh nak maafkan dia.” Sambil menepuk-nepuk dadanya Liza megambarkan kesakitan hatinya. Loqman mengeluh lagi dengan sikap isterinya yang tidak mahu bertolak ansur..tidak mahu menundukkan sedikit egonya untuk sebuah kemaafan.

“Habis sampai bila kita nak macam ni..sampai bila abang tak dapat jenguk keluarga abang ..dia papa dan mama abang, orang yang melahirkan dan memelihara abang selama ni. Lembutkan lah sikit hati Liza tu..mereka tu  keluarga abang.”

“Biarlah sampai bila-bilalah..tak ada maknanya Liza nak lembut hati dengan papa dan mama abang tu...hati Liza ni masih sakit tau bang dengar cakap-cakap dia tu dulu.” Liza tidak memandang suaminya yang berwajah sedeh. Sungguh pedih hatinya mendengar kata-kata isterinya. 


“ Kalau macam tu  abang balik  PD sendirinlah..” Bila dilihat isterinya tetap dengan pendirianya Loqman meninggikan sedikit  suaranya untuk cuba bertegas. Tetapi ketegasan tidak sedikit pun mengetarkan hati isterinya.Malah isterinya makin mengeras dan memasamkan mukanya sambil berpeluk tubuh memandang kearahnya.


“Liza tak kisah.. baliklah jangan harap Liza ikut sekali..tapi jangan lupa hantar Liza balik rumah emak abah Liza dulu..lepas tu abang nak pergi mana Liza tak kisah..nak pergi jumpa Amirah pun Liza tak kisah.”  Hatinya sakit kerana suaminya tidak mahu mendengar apa yang diperkatakan dan mengikuti kehendaknya. Sekali lagi Liza menyertakan nama Amirah dalam perbincangan mereka. Dia seakan-akan mencabar suaminya..tetapi yang sebenarnya dia mengharapkan suaminya tidak meneruskan niatnya jika dia menyebut nama bekas isterinya.

            Tetapi lain pula yang timbul diminda Loqman..mendengar sahaja nama Amirah dicuping telinganya, bayangan Amirah mula terbayang diminda Loqman. Dia  sudah membayangkan Amirah dengan penuh kerinduan kini. Liza melihat suaminya menarik nafas panjang  seakan-akan mengeluh tetapi tiada suara yang keluar dari mulutnya. Dia berdoa didalam hati semoga suaminmya menjadi berat hati untuk meneruskan apa yang dihajatinya tadi bila dicabar begitu.

            Seperti yang dirancangkan sehari sebelum hariraya korban Loqman dan Liza pulang kekampung halaman Liza diSimpang Rengam Johor. Gembira hati Liza bila suaminya tidak lagi membangkitkan perkara pulang kePort Dickson. Dilihat suaminya juga duduk bersantai diruang tamu hingga ke petang. Tetapi selepas solat Asar suaminya mula bersiap-siap untuk pulang kerumah keluarganya diPort Dokson. Hatinya menjadi sebal. Ketika Loqman mahu melangkah menuju kekeretanya,  sekali lagi dia mengajak isterinya.

“Kalau Liza nak ikut abang, jomlah...abang tunggu”. Lembut sahaja suara Loqman..kedengaran ikhlas ingin membawa isterinya berhari raya dirumah keluarga di PD. Tetapi lain pula jawapan dari isterinya yang memerhati..Dengan kasar Liza menjawap sambil memberi jelingan tajam kepada suaminya.

“Tak hingin aku...baliklah kau sorang..jangan harap Liza nak ikut”. Begitulah Liza, dia tidak akan bertolak ansur atau mengalah dengan kemahuan suaminya. Dia hanya memandang langkah suaminya memasukki kereta MYVInya.

            Sebenarnya Liza hanya mahu melihat sejauh mana suaminya bertindak. Dia tidak terfikir suaminya akan pulang juga ke Port Dickson dengan  ketiadaan dirinya dan setelah dia menyebut nama bekas isterinya. Begitu padu semangat suaminya..dia mula berfikir dimanakah kedudukanya kini, dia akan memastikanya nanti. Ada berbagai cara untuk mencari dimana dirinya dalam hati suaminya....Apakah itu isi hati orang yang mempunyai sifat cemburu..mungkin juga. Kereta Loqman meluncur keluar dari halaman rumah keluarga Liza. Tiada salam dan tiada buah tangan untuk kedua mertuanya di Port Dickson. Yang hairanya abah dan emak Liza juga tidak mengajar anak mereka berbudi bahasa. Entahlah mungkin lain orang lain pula caranya.

============================

             Setibanya Loqman dirumah keluargaanya di Port Dickson dia disambut dengan tangis gembira oleh mamanya. Puan Sharifah dan Encik Abdul Majid  sudah melupakan kisah lama anaknya. Ibubapa mana yang tidak rindu dan sayangkan anak mereka. Itulah Encik Abdul Majid dan Puan Sharifah. Loqman tunduk mencium tangan kedua mama dan papanya meminta ampun dan maaf.

 “Kamu balik sorang Man..mana isteri Man tu,  kenapa dia tak ikut sekali?”

“Ia mama Man balik sorang saja, Liza takut nak ikut Man..takut mama marahkan dia lagi.”

“Man orang tua macam kami ni, memang marah sebab kamu berdua dah buat salah, tapi janganlah dia buang kami ni, kamukan anak kami dan dia tu menantu kami..mana boleh nak buang, kalau kamu  berdua minta maaf, insyaAllah kami terima ...janji jangan buat lagi.” kata papa menerangkan kedudukan mereka sebenar.

“Ia Man.. mama bukan apa, memang tak patut Man buat macam tu pada Mirah, Man ceraikan dia masa dia sedang mengandung. Man! berdosa menceraikan isteri yang  sedang mengandung.  Lepas tu Man tak hiraukan dia selama ini, sedangkan yang dia kandungkan itu anak kamu Man.. Man dah pernah jumpa dia, selepas dia bersalin ni?” Loqman hanya mendiamkan dirinya sahaja. Kesalnya sudah lama membeliti hatinya. Dalam diam dia sudah mengakui itu kesalahan dan kesilapanya.

“Mama… Man tak pernah jumpa Amirah selama kami bercerai, Man nak sangat jumpa dengan anak Man tapi takut Mirah tak bagi Man jumpa.” Loqman tertunduk sedeh bila membicarakan sesuatu berkaitan Amirah. Hatinya menjadi sayu teringat segala perbuatan yang telah diperlakukan kepada Amirah. Semakin lama percerianan mereka, kesalahannya kian terserlah dimata dan rasa kesal sentiasa membelenggu dirinya. Dia sungguh menyesal.

“Man ni..macam tak kenal perangai bekas isteri kamu tu macam mana. Amirah tu berhati lembut, dia tidak akan melarang jika Man jumpa anak Man..esok petang kita pergi Pilah..jumpa anak Man..Syifa”

“Siapa..mama ..siapa nama anak Man mama.”

“Kesianya Man ni, nama anak sendiri pun tak tahu…Ain Nur Syifa..kami panggil Syifa saja. Papa kamu yang bagi nama tu. Mulanya papa nak bagi nama NurSyifa ertinya cahaya penyembuh tapi mama teringin nak letak Ain jadi kami namakan dia AinNur  Syifa.”

“Ohh.. AinNur Syifa...comel tak anak Man tu mama.”

“Comel Man...macam muka kamu masa kecil..tapi rambut dia keriting maggi macam rambut Amirah.” jawap papanya pula. Tebias wajah Amirah tersenyum dimindanya..hati Loqman makin sayu. Hatinya makin rindu..rindu yang tak terbendung lagi.

“Kami selalu jumpa cucu kami tu. Ni dah dekat sebulan juga kami tak jenguk dia. Lepas raya puasa hari tu, sampai sekarang. Mama dan papa tak sempat nak jenguk dia, entah-entah dia dah pandai berjalan. Masa raya hari itu pun dah pandai jalan jatuh. Cepat anak Man tu berjalan ..bercakap  hari tu pun dah pandai sikit-sikit, panggil nama ibu,nenek atuk nak susu dan nak makan pun dia dah pandai tapi pelat lah sikit... tapi kita faham apa yang dia cakap. Kalau dia panggil mama ‘enek didi’ kalau panggil papa  ‘angok  didi’..agaknya nenek dan atuk PD lah tu..Suka kami tenguk dia Man. Becuk mulut dia macam kamu kecik-kecik.” sambung mama Loqman pula sambil terkekek ketawanya membayangkan kelucucn cucunya. Tergambar keceriaan kedua papa dan mamanya bila bercerita tentang anaknya..ahh comel agaknya anaknya itu.

“Tapi masa kecil Amirah pendiam sikit kan Pah..kalau nak dengar suara dia pun payah rasanya, macam dah besar ni Amirah memang pendiam sikit tapi kalau kena pada gayanya boleh tahan juga dia bercerita kan Pah.” Papa Loqman pula menambah berkenaan bekas menantunya. Loqman pula sudah membayangkan celoteh Amirah ketika mereka masih menjadi suamiisteri. Itulah Amirah setelah sebumbung celotehnya tak larat nak mendengarnya. Bercerita tentang kerjanya dan bercerita tentang kawan-kawannya. Rindunya bergumpal datang.

“Masa kecil Mirah memang pendiam..tapi budak pendiam ni selalunya pandai kan bang..” Loqman hanya mendiamkan dirinya, keinginannya berjumpa dengan Amirah dan anaknya semakin membuak-buak.

            Mereka berbual-bual didapur sambil Puan Sharifah meneruskan kerja-kerja memasaknya dibantu oleh suaminya Encik Abdul Majid. Itulah rutin kehidupan mereka sejak mula ditinggalkan oleh anak-anak. Anak-anak yang sudah dewasa dan mempunyai kehidupan mereka sendiri. Mereka rela dengan keadaan itu... bukankah  itu lumrah kehidupan setelah anak-anak dewasa mereka akan meninggalkan kita untuk menyara keluarga dan membesar kan anak-anak seperti mereka dahulu. Malah mereka bangga kerana anak-anaknya telah berjaya meneruskan kehidupan mereka dengan selesa. Itu semua hasil didikan mereka.

            Anak menantu mereka yang sulong dan yang tengah tidak pulang berhari raya bersama mereka kali ini, kerana Hari raya Aidil Fitri yang lepas mereka sudah berhari raya bersama mereka. Kini giliran mereka dirumah keluarga isteri mereka pula.

Malam itu tidur Loqman  tidak lena. Sekejap-sekejap dia melihat jam ditangan, sekejap-sekejap dia melihat jam ditelefon bimbitnya. Dia  resah kerana terasa  lambat pula matahari terbit pagi itu.

==============================================
            

            Selepas solat sunat hari raya, waktu masuk kekereta  WAJA milik papanya, Loqman bersuara.
“Papa boleh tak kalau kita terus pergi kePilah..Man rasa macam tak sabar nak jumpa anak Man.. lagi pun takut kalau lambat sikit Pak Su dan Mak Su keluar pula.” Loqman menyuarakan hasrat hatinya dengan alasan.

“Alah Man ni..mereka bukan ada keenderaan,  setakat dua biji motor kemana sangatlah dapat mereka berjalan, habis-habis pun pergi masjid dengan kubur saja.. janganlah Man bimbang, kita balik makan dulu lah Man.”  Mendengar jawapan papanya, Loqman tertunduk dengan wajah yang sedeh. Melihat wajah keruh anaknya Puan Sharifah menyapuk..

“Jom lah papanya..kita makan sajalah kat rumah mereka.. tadi kita pun tak makan lemang.” Pada kebiasaanya, mereka akan menyediakan lemang untuk minum pagi hari raya mereka. Tetapi kerana mereka bercadang hendak kekuala Pilah...mereka tidak jadi membeli lemang. Encik Abdul Majid memandang wajah anak bungsunya yang telah masuk kedalam kereta, sedangkan dia masih lagi tercekat disisi keretanya. Bila dilihatnya suaminya agak keberatan untuk terus kerumah bekas besan mereka...

“jomlah papanya..kesian pula Pah tenguk Man ni..abang dah lapar ke?” sekali lagi Puan Sharifah bersuara perlahan..

“Taklah lapar sangat…makan makan nasi empit lepas subuh tadi rasa kenyang lagi tapi macam pagi sangat kita pergi rumah diaorang takut mereka tak siap lagi.”

“Tak apa..mereka tu ramai bang.. banyak yang tolong Halimah tu, anak-anak dia bukan macam anak orang, semuanya baik-baik dan bertimbang rasa. Anak-anak lelaki mereka pun tak cangung buat kerja dapur.” sambung Puan Sharifah. Dia merasa kasihan melihat pandangan hampa anak bongsunya itu, dia dapat meneka apa yang ada didalam fikirkan anak bungsunya.

“Kalau macam tu jomlah..” Akhirnya Encik Abdul Majid bersetuju. Dari masjid mereka terus menuju keKuala Pilah. Loqman yang memandu, manakala papanya duduk disebelah,  mamanya pula duduk dikerusi belakang. Sepanjang perjalanan Loqman hanya mendiamkan dirinya sahaja, hanya papa dan mamanya sahaja bercerita itu dan ini. Tiba-tiba mamanya bertanya pada dirinya.

“Man isteri kamu Liza tu dah mengandung Man.” tersentak Loqman dengan pertayaan mamanya yang tiba-tiba. Sebenarnya dia terlupa pada Liza ketika ini, difikirannya kini hanya anaknya dan Amirah sahaja.

“Dah mama…dah tiga nak masuk empat bulan.”

“Lambat pula Man dapat anak kali ni, masa dengan Mirah dulu masuk dua bulan sahaja..Mirah dah mengandungkan.”

“Entah lah mama..” lemah sahaja suara Loqman menjawap pertanyaan mamanya. Kerana dengan soalan itu dia terbayang apa yang telah dilakukan kepada Amirah ketika itu.

“Kamu raya kat sini dia tak marah ke Man?”

“Dia kata dia tak kisah... janji Man hantar dia balik kampong dia..Lepas tu Man nak kemana dia tak kisah.”

“Baiknya isteri kamu Man..Man tak ajak dia balik PD, Man.” papanya pula menyampuk.

“Dah papa..tapi dia takut mama marah macam dulu..mama halau kami itu yang dia takut.”

“Man tak cakap ke, mama memang macam tu, tapi mama ni marahnya sekejap saja..mama kamu ni pemaaf orangnya.” sambung papa Loqman yang sudah masak dengan perangai isterinya. Ialah bukan sekejap mereka sebumbung sudah berpuluh tahun. Walau pun garang tapi bertempat, dia marah pada perkara yang salah. Loqman hanya berdiam diri sahaja. Kerana perkara itu juga telah diperkatakan pada Liza tempuh hari, mungkin Liza hanya mencari alasan, kerana tidak mahu berhari raya dirumah keluarganya. Hatinya kesal, mengapa Liza tidak mahu cuba berbaik-baik dengan papa dan mamanya.

            Kini mereka sudah menghampiri tempat yang dituju. Hati Loqman makin berdebar bila keenderaan mereka semakin menghampiri kampong Amirah. Keluarga Amirah tinggal dikampung Terachi Kuala Pilah, kerana ayah Amirah sememang berasal dari Terachi. Kini dia bertugas dibalai Polis Kuala Pilah  dan sudah berpangkat Sarjan. Encik Abdul Rahim adalah anak bungsu dalam keluarganya. Setelah kematian kedua orang tuanya, rumah pusaka tinggalan kedua orang tuanya diwariskan kepadanya. Abang dan kakaknya yang lain sudah mempunyai rumah sendiri di kawasan Kuala Pilah juga. Sedangkan Encik Abdul Rahim masih belum mempunyai rumah sendiri. Kerana dirinya yang sering merantau dan berpindah bila dia dikehendaki bertugas dikawasan yang diperlukan. Kini dia kembali dan bertugas dikampung halamanya dan duduk dirumah pusaka yang wariskan kepadanya oleh orang tuanya. Dia merasa aman dan tenang bertugas di kampong halamanya sendiri.


Sunday, 30 September 2012

Bab17. Tidak terkikis kesal dihati




Kusangka ribut di tepi laut,
Bila ombak menghempas pantai,

Kusangka tuan siberas pulut,
Bila ditanak nasi berderai.


           Entah dimana silapnya, kehidupan rumah tangga Loqman yang baru dibina bersama Liza dari sehari kesehari semakin terasa hambar. Makin dicari manisnya semakin tawar pula rasanya. Kehangatan bahagia yang dikecapi bagai tidak dapat bertahan lama. Kini Loqman tercari-cari..mencari rasa bahagia yang begitu dirasai dulu. Dulu sebelum mereka terikat dia merasa amat bahagia sekali  jika bersama Liza. Mengapa sekarang bahagia itu semakin menghilang..mungkinkah bahagia yang dicarinya terselit-selit celah kehidupannya yang sentiasa sibuk. Loqman juga mencari keserasian yang dulu begitu rapat mendakap tetapi kini terasa sudah longgar bersama hambarnya rasa. Mengapa rasa hatinya semakin hari semakin berubah. Hari demi hari hati Loqman mula meneliti...dan beza membeza...

           Setelah hidup sebumbung barulah Loqman dapat mengenali hati budi Liza. Sedikit-sedikit sudah tersingkap peribadi Liza yang sebenarnya. Kalau dulu bolehlah dia berselindung dibalik wajahnya yang cantik, senyumanya yang manis dan tingkahnya yang lemah lembut dan manja tapi kini tidak lagi. Senyuman manisnya hanya akan terpamir jika dia menginginkan sesuatu sahaja. Walaupun ramai kawan sekerjanya mengatakan dia beruntung mendapat isteri yang lemah lembut, cantik dan murah senyum. Bagi Loqman itu semuanya palsu dan pura-pura sahaja. Mengapa hari demi hari hatinya seolah-olah ingin memberontak dengan  rasa tertipu.

           Liza tidaklah seperti yang dilihat pada zahirnya. Jika dilihat pada zahirnya Liza seorang yang lemah lembut, penyayang dan penuh dengan ciri-ciri kewanitaan dambaan lelaki. Mana tidaknya wajah yang sentiasa tersenyum jarang memperlihatkan sikap panas baran yang dimilikinya. Ramai orang memperkatakan senyuman Liza semanis senyuman Maya Karen. Wajahnya juga ada iras-iras pelakon itu. Dulu semasa mereka masih berkawan Loqman sering membayangkan Liza seorang wanita yang sempurna. Rajin dengan  kerja rumah tangga, kerana itulah yang selalu diceritakan oleh Liza kepadanya.  Tetapi setelah serumah tangga, peribadi  Liza bukan wanita yang sebegitu. Kenyataanya jauh berbeza umpama langit dan bumi. Kini sudah ada terselit sedikit rasa terpedaya dan tertipu dihati Loqman. Walau bagaimana pun Loqman berusha agar dirinya dapat menerima takdir yang diuntukkan kepada nya dengan rela.

           Ketidak puasan hati Loqman hanya dipendamkan dalam hatinya sahaja. Dia sedaya-upaya mahu rumahtangganya harmoni seperti rumah tangga orang lain. Dia ingin menerima Liza seadanya.Tetapi  kadang-kadang rasa itu menonjol keluar juga.  Benteng kesabarannya runtuh kerana sikap Liza itu sendiri.  Mereka sering bertelingkah kerana perbezaan cara kehidupan mereka setiap hari. Ditambah dengan sikap cemburu Liza yang menyebabkan Loqman sering teringat pada Amirah. Ini juga berpunca Liza sendiri. Hampir setiap kali mereka bertegang urat, Liza akan menyebut nama Amirah, seolah-olah ketidak harmonian rumah tangga mereka berpunca dari Amirah. Sedangkan Amirah tidak pernah muncul pada zahirnya diantara mereka. Mengapa jadi begitu agaknya..

           Setelah bernikah untuk kali kedua Loqman merasakan kedai makan, gerai atau restoran sudah seumpama dapur rumah mereka. Tidak kiralah sarapan pagi, makan tengahari itu sudah semestinyalah kerana mereka berdua bekerja, makan malamnya juga mereka akan makan di kedai makan. Pada selera Loqman sudah tidak terasa lagi kelazatan rasa makanan disitu.  Pada hari-hari bekerja Loqman masih boleh juga bertolak ansur, kerana kasihan melihat isterinya yang kepenatan pulang dari bekerja, kemudian akan terburu-buru pula kedapur menyiapkan makan malam mereka. Tetapi hari Sabtu dan Ahad juga Liza akan mengajaknya makan di luar. Lama kelamaan Loqman begitu jemu melihat lauk pauk yang dipamer di gerai-gerai makan maupun restoran. Sesekali tekaknya ingin juga merasa masakkan isterinya. Seingatan Loqman sejak mereka bernikah, boleh dikira dengan jari Liza memasak makanan dirumah..  Liza menggunakkan dapur dirumah mereka hanya untuk memasak air sahaja. Itupun jika dia dipaksa membuatkanya minum sebagai alas perut sementara sampai ketempat kerja. Atau dihari cuti jika mereka bangun hingga hampir tengahhari sedangkan perut sudah berkeroncong minta diisi. Kini Loqman sering tertinggal solat subuhnya jika hari cuti. Kerana bila dia terlajak Liza apatah lagi. Tidur hingga meninggi hari telah menjadi satu kebiasaan bagi Loqman kini.

            Loqman tahu didalam peti sejuknya tidak ada apa-apa barang yang boleh dimasak. Ketika ditempat kerjanya lagi dia sudah terbayang telur mata kerbau, kicap pekat manis cap kipas udang, dimakan bersama nasi panas. Itulah hidangan makan malam yang paling  ringkas disediakan oleh Amirah suatu ketika dahulu, ketika dia masih menjadi suaminya. Ahh melintas pula keinginanya itu didalam kepalanya. Hari itu dia bercadang untuk membeli sedikit barang-barang dapur di supermarket yang paling hampir dengan tempat kediaman mereka. Dia ingin mula makan dirumah, mencari kelaziman dulu sewaktu Amirah menjadi surihatinya.

           Bagi Loqman jika Liza inginkan bantuannya membuat kerja-kerja dapur dia tidak keberatan membantu. Sewaktu dia dirumah mamanya juga dia membantu mamanya mengopek bawang atau menyiang sayur. Semasa bersama Amirah dulu dia juga sering membantu Amirah. Didapurlah tempat mereka bergurau senda berbual-bual kisah kerja dan bercerita-tentang  keluarga mereka atau bercerita semasa mereka kecil...seronok dia membayangkan hidupnya bersama Amirah dulu. Ahh..mengapa Amirah singgah dalam kenangannya pula. Loqman cuba menepis kenangan bahagia bersama  bekas isterinya.

“Liza kita masak hari ni ye..abang teringinlah nak makan kat rumah..dah jemu betul rasanya abang makan lauk kat kedai…jomlah kita pergi supermarket Giant kat bangunan AMCOB, cari barang-barang yang nak kita masak.” Loqman meluahkan keinginanya pada satu hari cuti.

“supermarket lain tak ada ke?”

“Hari dah tengahhari ni..kat Giant tu kan senang, semua barang ada..tak payah lah nak pergi tempat lain tercari-cari”.

 “Abang ni pergi AMCOB adalah tu, entah-entah dalam hati ada niat nak terjumpa dengan Amirah tak.” Dengan satu jelingan dan senyuman sinis Liza bagai mengejek suaminya.

“Liza ni kenapa…kalau tak sebut nama dia boleh tak.” dengan dahi berkerut Loqman memandang isterinya, bila terasa seakan isterinya menyindirnya. Hatinya mula terasa panas dengan tingkah isterinya, tetapi ditahan demi untuk menjayakan apa yang diingini.

           Dalam keadaan tenang dan jernih, Liza mengungkit nama Amirah. Tadi benaknya baru sahaja singgah kenangan bersama Amirah. Kini Liza menambahnya lagi, makin jelas bayangan Amirah dimindanya. Sebenarnya Loqman sudah bersungguh-sungguh cuba melupakan Amirah. Walau pun sering kali mimpi malamnya dia bahagia bersama Amirah. Tetapi ketika itu dia tidak sedar, jika dia sedar dia akan berusaha bersungguh-sungguh membuang bayangan bekas isterinya sejauh mungkin, agar tidak mengingatinya...kerana padanya sekarang ini dia sudah ada penghidupan baru. Kesal tetap ada dan perasaan itu sesekali menyesup masuk  kehatinya namun cuba  ditepisnya dengan sedaya yang mungkin. Loqman sedar segalanya telah terlanjur, nasi sudah menjadi bubur dia akan cuba mengatasinya.

“Liza tahu..abang masih ada hati dengan dia..jangan nak bohonglah bang.” tambah Liza lagi tidak mahu memadamkan perkara yang sudah cuba ditepis oleh suaminya.

           Sebenarnya Liza cuba mencukil isi hati suaminya. Setiap kali jika dia cuba mendalami sanubari suaminya tentang bekas isterinya, suaminya akan mendiamkan diri. Ingin sekali Liza mendengar pengakuan suaminya atau sumpah suaminya yang dia telah 100% melupakan bekas isterinya itu. Sudah tidak ada lagi walau satu huruf pun  nama itu dalam hati suaminya. Penafian sangat penting pada dirinya, untuk memadamkan api cemburu yang sentiasa membakarnya. Perasan cemburu Liza menjadi-jadi apabila telah beberapa kali Loqman menyebut nama Amirah dalam tidurnya. Walaupun dia tahu suaminya menyebut nama itu diluar kesedaranya. Tetapi dia tetap bimbang nama itu akan menggugat kedudukanya kelak. Loqman tidak tahu sekarang ini Liza bagaikan takut dengan bayangan dirinya sendiri. Pada Liza jika sudah tersebut didalam mimpi tentulah ingatan suaminya masih tetap utuh terhadap bekas isterinya. Itu yang dibimbangkan. Dia tahu kekurangan dirinya jika dibandingkan dengan bekas isteri suaminya. Liza tidak mahu dirinya disaingi walaupun hanya didalam mimpi.

            Bagi Loqman pula jika  sudah dinafikan, Liza masih juga berkeras mengatakan ‘ia’ jika dilayan tambah menjadi lagi rasa cemburu Liza. Pertengkaran dan seterusnya perang dingin mereka akan berpanjangan. Loqman tidak tahan dan perasaan sering terdera dengan sikap dan kerenah Liza. Bila mereka bertengkar kerana Amirah, Liza akan membiarkan dirinya sendirian. Dia juga akan tidur dibilik yang berasingan. Itu tanda protesnya. Mereka tidak bertegur sapa hingga beberapa hari walaupun mereka tinggal serumah. Seringkali Loqman terpaksa merendahkan egonya dan menyapa isterinya terlebih dahulu, tetapi seringkali juga sapaanya tidak mendapat tindakbalas. Pada Liza dia ingin suaminya memujuk rajuknya. Dia ingin merasa dirinya begitu bermakna dan didambakan oleh suaminya, tetapi seringkali pujukkan suaminya tidak menepati cita rasanya dan pujukkan suaminya tidak dapat mencairkan rasa cemburunya.

           Bila segala tidakkan tidak seiringan tampa sedar Loqman mula membandingkan Liza dan Amirah. Kini  bayangan Amirah makin selalu terlayar di pelipis matanya. Rindunya juga makin memercik walau pun belum lagi membakar jiwa dan sukmanya. Dia mengharapkan Liza dapat membantunya melupakan Amirah. Tapi jika Liza sudah sering mengungkit nama Amirah bagaimanakan dia dapat memadam nama itu dari hati dan mindanya.

           Telalu banyak perbezaan antara Amirah dan Liza yang sering berlegar di kepala Loqman. Jika di buat perbandingan antara mereka berdua mahu berkajang-kajang kertas pun mungkin tak habis. Tetapi jika Loqman bersendirian dia mula membandingkan dua orang wanita pernah menjadi dan sedang menjadi isterinya. Walaupun kelihatan pada zahirnya Liza seorang yang lemah lembut tetapi dia bukan seorang yang pemaaf. Liza juga sebenarnya seorang yang keras kepala, dia tidak akan menerima pendapat orang lain. Ditambah pula dia seorang yang manja, kata-katanya mesti dituruti jika tidak dia akan memberontak dan merajuk seperti budak kecil.

           Pada Loqman sungguh susah menangani tingkah laku Liza kerana dirinya lebih kurang seperti itu juga. Tidak seperti Amirah dia seorang yang cepat memaafkan, dengan hanya sedikit pujukkan sahaja hatinya sudah lembut dan mengalah. Walaupun jika di pandang dari mata kasar dia kelihatan tegas dan keras. Wajahnya kelihatan selamba dan jarang tersenyum jika orang tidak mengenalinya akan mengatakan dia seorang yang sombong.  Berfikiran terbuka, mudah bertolak ansur dan berdikari.

           Liza juga bukan seorang yang ringan tulang, pakainya sendiri pun akan dihantar kedobi. Loqman pernah menegur sikap Liza. Ketika itu Liza sedang memasukkan pakaian kotornya kedalam bag plastik untuk dibawa kekedai dobi..

“Liza..cubalah basuh sendiri baju tu..kalau kita basuh baju tu setiap kali kita balik kerja tentu tak banyak, hanya beberapa helai sahaja. Kita pakai bukannya kotor..tak payah nak sental kuat sangat hilangkan bau peluh dengan sabun mandi pun dah bersih”. Loqman mengambil pengajaran dari sikap Amirah..setiap kali pulang dari kerja ketika dia mandi dia akan mencuci pakaiannya dan pakaian suaminya sekali.

 “ Liza penatlah bang...bang kita nikan kerja buat apa nak susahkan badan, ada duit hulur saja kat kedai dobi tu baru berapa ringgit siap basuh siap gosok lagi.”

“Takkan yang kecik-kecik ni pun nak hantar dobi..Liza tak malu ke orang tengok.” (Yang kecik-kecik merujuk kepada baju dalam dan seluar dalam).

“apa salahnya bukan kita tak bagi dia duit..dia lagi suka kecik macam ni pun dia kira sehelai baju.”

“itulah yang kita rugi..kecik macam ni bukan susah nak basuh sambil mandi pun boleh cuci.”

“Kalau abang rajin abang cuci lah sendiri..Liza malas nak pegang sabun cuci kain.. kasar nanti tangan ni.” bentak Liza suaranya sudah meninggi. Itulah Liza ada-ada sahaja alasan bila disuruh membuat kerja walaupun kecil dan mudah. Dia juga tidak pandai menghormati suami jika dirumah suaranya jarang lembut dan manja. Pantang ditegur sedikit, suaranya tinggi naik satu oktah. Sebenarnya jika ditempat kerja berkata-kata dengan orang lain suara Liza lembut dan manja memikat orang yang mendengarnya.

            Liza juga seorang yang boros dan berkira. Segala keperluan dan makan luarnya ditanggung sepenuhnya oleh suaminya. Dia tidak akan sekali-kali mengeluarkan duitnya untuk keperluan diri dan rumah tangga. Bagi Liza dirinya adalah tanggunagan suaminya. Duit gajinya hanya diperuntukkan untuk kecantikkan dirinya sahaja. Membeli alat kecantikkan, kesalun dan spa yang wajib dikunjunginya hampir setiap bulan. Pernah sekali Loqman mengikuti Liza berbelanja untuk keperluan dirinya. Dia terkejut melihat harga kosmatik yang dibeli oleh isterinya hanya dua tiga jenis barang yang sebesar jari kelingking sahaja harganya menyamai belanja barangan dapur untuk sebulan ketika dia bersama Amirah dulu. Baru diketahui sungguh mahal alat solek yang digunakan oleh isterinya. Bajunya juga dibeli dari butik-butik sekitar Kuala Lumpur. Sebenarnya Liza seorang yang mementingkan kecantikkan dan penampilan diri, berperasan dirinya cantik dan juga suka dipuji.

           Satu lagi perangai lagi Liza yang tidak boleh dikesan oleh orang yang tidak rapat dengannya ialah sikap panas baran, kuat cemburu dan berperangai tidak matang, tidak sematang usianya yang sudah menjangkau 27 tahun. Dua tahun lebih tua dari Loqman suaminya. Jika sesekali Loqman memerlukan pertolongan dari segi kewangan Liza tidak akan menghulur atau membantu. Dia lebih rela mencadangkan suaminya meminjam dari rakan-rakan. Pada Liza meminjam kalau suami isteri tidak akan dapat pulangannya. Loqman sering mengeluh dengan sikap Liza yang berkira denganya, walaupun mereka suami isteri. Terasa sudah terlalu padat segala keluahan ditelan dalam sanubarinya. Tetapi apalah guna kesalan segalanya sudah ditakdirkan. Liza kini adalah isterinya. Isteri pilihanya walaupun cara mereka bernikah berlainan dari orang. Loqman cuba bersabar demi ingin mencari kerukunan dalam rumah tangga mereka.


           Sudah lama Loqman tidak berjumpa mama dan papanya. Rindu yang tertahan-tahan di dalam hatinya tidak tahu dimana harus diluahkan. Sedangkan selama dia merupakan anak yang paling rapat dengan  mereka. Maklumlah anak bungsu dan anak yang paling hampir dengan mereka. Kedua abang Loqman tinggal jauh dari kampung halaman. Abangnya yang sulong tinggal diSintok Kedah dan yang kedua pula di Terengganu. Kebiasaanya Loqman akan menghubungi mamanya melalui telefon jika tiada kesempatan dipulang menjenguk mereka berdua di Port Dickson. Tapi disebabkan peristiwa setahun lalu dan larangan dari isterinya, menyebabkan  seakan berbolak-balik hatinya untuk menghubungi mereka. Tetapi didalam hatinya dia tidak dapat melupakan papa dan mamanya yang memberi penuh kemanjaan kepadanya selama ini.

“Buat apa abang telefon emak abang tu, dia bukan suka Liza..kena maki-maki buat sakit hati sahaja.” Dengan memek muka yang dimasamkan dia menegah suaminya berhubuingan denga kedua ibu bapanya. Liza tidak pernah berusha untuk memperbaiki atau merapatkan hubungannya dengan kedua ibu dan bapa mertuanya. Loqman tersepit dengan perasaan rindu kasih  sayang papa dan mamanya dan larangan isterinya.

           Itulah peribadi Liza, makin lama serumah dengannya makin terserlah sikapnya. Dalam diam Loqman mengeluh dan menyalahkan dirinya sendiri. Dia juga sering tertanya apakah dia sudah tersalah memilih jalan hidupnya. Jika benar dia tersalah pilih bagaimanakah dia harus memperbetulkan jalan yang kini terasa bengkang bengkoknya kepada jalan lurus. Masih adakah jalan lurus itu. Kadang-kadang terlintas juga dalam benaknya haruskah dia menderita dengan perkahwinan yang terpaksa untuk sepanjang hayatnya. Dia berazam akan mencuba membentuk Liza supaya menjadi isteri yang diingininya. Walaupun setiap kali mencuba terasa kegagalan menyebelahi dirinya. Dia akan terus mencuba sehingga berjaya itulah azamnya.Tetapi kadang-kadang  keluhanya terkeluar juga dari bibirnya kerana  rasa kesalnya.. Ahh nasib agaknya dia jadi begitu..dia cuba redha dengan ketentuan Yang Maha Esa.

           Hari raya Aidifitri yang lepas, Loqman pulang kekampung halaman Liza diSimpang Renggam Johor. Itulah hari raya yang pertama dia tidak berjumpa mama dan papanya. Rindu meruntun hatinya. Dia teringatkan keriuhan mama dan papa dimalam raya. Terbayang dimatanya kesibukan mereka bertiga memasang langsir,  riuh didapur memasak juadah hari raya. Jika tahun itu giliran abangnya sekeluarga pulang ke PD   dia akan mendengar keriuhan anak buahnya dari dua orang abangnya. Jadi tunggang-langgang rumah papa dan mamanya dikerjakan oleh lima orang anak buahnya. Loqman terbayang masak rendang dan kueh bahulu besar mamanya. Biasanya keenakkan rendang mamanya akan lebih terasa jika dijodohkan dengan lemang buatan bekas ibu mertuanyapuan Halimah. Dia juga rindu untuk mencium tangan keduanya dipagi raya.  Aduh...sakitnya minda bila rindu menggamitnya pulang kekampung halamanya.

           Makin menjadi-jadi rindu Loqman kepada rumahnya diPort Dickson bila menu hari raya tidak menepati citarasanya. Keluarga Liza menyediakan lontong bersama kuah lodeh, sambal kacang dan rendang. Walaupun masih ada kuah kacang dan rendang tetapi rasanya tidak sama dengan rendang buatan mama dan bekas ibu mertuanya yang terasa lebih pedas. Ketika semua orang berkumpul riuh rendah makan di dapur, dia termenung sendirian disebatang pokok mangga dihadapan rumah emak dan abah Liza. Liza mencari suaminya dibilik dan ruang tamu tetapi akhirnya bertemu diluar rumah. Liza menghampiri suaminya yang duduk dipangkin dihadapan rumah. Melihat keadaan suaminya yang sedang termenung panjang  dia menegur.

“Abang kat sini rupanya..termenung raya-raya ni ingat siapa..ingat Amirah ke?” isterinya bertanya dengan senyuman sinisnya..sudah mula terpercik api cemburu Liza. Apa agaknya yang ada didalam jiwa Liza. Mengapakah api cemburunya terhadap Amirah sering menyala seakan tidak pernah padam. Disaat orang lain ingin bergembira di hari lebaran, bayangan Amirah yang menyakitkan hatinya juga yang dikenang. Oh Liza seakan tidak ada penyakit tetapi di cari penyakit  yang menyakitkan hatinya sendiri.

“Liza cuba jangan sebut nama dia boleh tak.” Loqman menjadi begitu rimas dengan kerenah isterinya.

“Abang ni termenung ingatkan siapa lagi...kalau tak ingatkan janda abang tu?”

“Tak ada orang lain ke yang abang nak ingat.” panas hati Loqman bila asyik itu sahaja yang diulangi oleh isterinya.

“Habis abang ingat siapa?”

           Loqman cuba berlembut. Dia teringat petua yang diberi oleh bekas ayah mertuanya. ..Suami isteri mesti bertolak ansur. Kalau ada perbalahan salah seorang mesti mengalah, jika seorang marah, yang seorang lagi kalau boleh kawal..kawallah agar kemarahan tidak berterusan. Kini Loqman cuba beralah dia melunakkan sedikit suaranya. Dia meluahkan apa yang ada dalam mindanya.

“Abang rasa nak balik PD esok.. kita tidur sana satu malam, baru  balik Petaling Jaya..macam mana?”

“Kalau abang nak balik..abang baliklah sorang..Liza tak nak ikut.. emak abang tu bukan suka pada Liza ni, lain lah kalau Amirah yang datang tentu dia suka, entah-entah hamparkan permaidai merah lagi.” Sebuah jelingan tajam dihadiahkan kepada suaminya dihari raya..itulah perangai Liza...tidak pernah rasa ingin mengalah dengan kemahuan suaminya. Walaupun suaminya sudah melembutkan suaranya, dia tetap dengan amarahnya yang tidak tahu hujung pangkalnya.

“ Kenapa hanya nama itu saja yang Liza sebut..kalau tak disebut nama dia boleh tak..abang tak suka dengar.”  tinggi suara Loqman memperingati isterinya. Dia sudah cuba menahan kemarahanya tadi. Bagai manakah harus dia bersabar dengan sikap isterinya.. sikap yang suka membangkitkan api kemarahanya. Liza bagai tidak mahu bertolak ansur dengannya. Dipagi hari raya api pertengkaran mula terpercik, jika tidak dikawal mahu kebakaran besar akan berlaku. Loqman bangun, dia ingin keluar mencari kedinginan hatinya yang mula membahang didalam. Liza masih lagi meneruskan bicara cemburunya..

“Tak suka dengar konon entah-entah dalam hati di asyik ingatkan janda dia saja..itu yang nak balik PD kalau-kalau terserempak  dengan dia nanti, hilanglah rindu abang pada dia kan.” Tampa menoleh kepada isterinya, Loqman bangun menuju kekeretanya. Dia hendak mengelak dari mendengar bebelan isterinya..tidak kira kemana. Dia mahu menghidar dari terus  memandang wajah isterinya yang bagai tidak bermakna lagi dipagi hari raya itu. Di sudah tidak berdaya  hendak melayani  perangai isterinya yang tidak habis-habis dengan nama ‘Amirah’ .

           Loqman hairan dengan sikap Liza mengapakah dia begitu cemburu pada Amirah yang sudah tidak ada apa-apa ikatan denganya lagi. Didalam keretanya Loqman mengeluh sendirian. Tiada kegembiraan hari raya dihatinya tahun itu. Seperti kegembiraan hari rayanya setiap tahun yang sentiasa dinantinya. Secara tidak sedar dia terkenang kembali kenangan berhari raya bersama Amirah dulu.  Lemang buatan bekas ibu mertuanya menjadi pilihan utama mamanya. Setiap kali menjelang hari mantai dan hari raya ketika itu, kalau dia ada dirumah mamanya, dia lah yang akan ditugaskan mengambil lemang tersebut dirumah keluarga Amirah. Suruhan itu bagai ditunggu-tunggu kerana dengan suruhan itu peluangnya untuk bertemu Amirah. Hanya Amirah yang menghuni dihatinya ketika itu, tetapi kini masih ada lagikah Amirah didalam hatinya.

 Hari mantai adalah hari, ‘sehari sebelum berpuasa, orang di Negeri Sembilan akan menyambutnya dengan makan-makan. Makanan yang dia sediakan  kebiasaanya lemang  bersama rendang’. Sebenarnya Loqman cuba untuk melupakan Amirah demi keharmonian rumah tangga barunya, tapi Liza bagai menggamit kenangan yang disuruhnya pergi datang menguliti hatinya.

            Walaupun hatinya terdera duduk dirumah keluarga Liza, namun demi menjaga hati isterinya sekeluarga,  digagahkan juga menghabiskan cuti tiga hari  dikampung halaman Liza dengan rasa yang sungguh siksa dan membosankan. Tiga hari  diSimpang Renggam Johor  bagai berminggu rasanya.

Friday, 28 September 2012

Bab 16. Tidak terkikis kesal dihati




Tikar pandan tikar mengkuang,
Dianyam disemat dengan teliti
Jika berdagang di rantau orang,
Baik-baik menjaga diri.


                Kini Amirah sudah mula bertugas, kerana cuti bersalinnya selama 60 hari sudah sampai kepenghujung. Walaupun  hatinya berat untuk  meninggalkan sikecil dibawah jagaan ibunya diKuala Pilah dia terpaksa rela. Amirah akur dia duduk ramai dirumah sewa tentulah tudak sesuai untuk membwa anaknya yang masih bayi lagi. Dia duduk bersama kawan-kawan serumahnya dulu Siti, Ain dan Ida. Mereka gembira dapat berkumpul semula seperti masa waktu mereka mula berkerja dulu.Kerja mengikut giliran rupanya banyak memberi keistimewaanya pada Amirah. Jika dia ingin pulang ke kampung dia akan mengatur jadual tugas dan mengumpulkan cuti kelepasan am kesatu masa.  Ini membolehkan dia bercuti lebih panjang dari cuti mingguan pekerja ‘office hour’.

                Masa berlalu tampa boleh disekat. Diam tak diam sudah hampir satu tahun umur Ain Nur Syifa buah hati Amirah. Tidak lama lagi hari raya puasa akan menjelang. Tidak sabar Amirah menanti kunjugan hari raya kali ini.Inilah kali pertama dia merayakan hari raya sebagai seorang ibu. Dia sudah membeli kain ela  berkongsi dengan anaknya untuk dijadikan baju kurung rayanya nanti. Kain baju ibu ayah dan adik-adiknya juga telah dibelinya sedikit demi sedikit dari awal tahun lagi.Tapi yang menjadikan dirinya tidak sabar adalah kerana ingin melihat anaknya yang sudah pandai berjalan jatuh memakai baju kurung yang dijahitnya sendiri.Dia begitu teruja. Ibu Amirah memang pandai menjahit baju, kebiasaanya baju kurung mereka sekeluarga akan dijahit oleh Puan Halimah sendiri. Ini juga salah satu cara Puan Halimah membantu suaminya mengurangkan perbelanjaan ketika  menjelangnya musim perayaan.

                Pagi itu sepulangnya dari bekerja syift malam, Amirah bersama kawanya Ida ke Jalan Masjid India dimana terdapat banyak gedong membeli belah yang menjual kain ela untuk dibuat baju melayu atau baju kurung.Dia ingin membeli kain ela. Kebetulan hari itu mereka bekerja disyift yang sama. Amirah mengajak Ida membeli belah untuk hari raya. Kerana digiliran kerja akan datang Amirah sudah mengumpulkan cutinya. Dia akan pulang kekampungnya seminggu.

“Mirah…kau rasa tak cepat sangat ke kau beli kain untuk buat baju raya ni.”

“Aku rasa taklah..kalau lambat sangat nanti takut ibu aku tak sempat nak jahit..nak jaga Syifa lagi..ni bolehlah dia jahit sikit-sikit..banyak emak aku nak jahit ni”.

“kau nak beli berapa pasang.”

“Aku nak belikan semua lah hari ni..aku bukan ada banyak masa nak datang lagi. Ayah, Adnan, Aizat, Amran, Ibu dan Atirah.Aku dengan anak aku sama warna cantik tak.”Amirah mengira-ngira didepan Ida.Amirah nampak teruja. Mungkin membayangkan dia dan anak berbaju sama.

“Cantiklah tu ibu dan anak sedondon.”

“Bukan sedondon tapi satu kayulah” mereka berdua ketawa kecil di kedai kain ela.

 “Kau ni sekarang lain lah Mirah..asal ada cuti panjang sikit kau balik kampong, mentang-mentang kampung kau dekat sikit dari kampung aku yang kat..Kelantan tu.”

“Betul kata kau Ida, aku sekarang ni dah lain, tapi bukan sebab kampung aku dekat tapi sebab aku dah ada anak..tak sama dengan masa  anak dara dulu. Aku ni kalau boleh nak peluk anak aku saja tau..bila jauh macam ni rindu rasanya nak peluk dia Ida.” Bila melihat wajah Amirah sudah sedeh Ida cepat-cepat menukar topik perbualan mereka.

“Ehh tapi memang banyak ibu kau nak jahit ni sempat ke dia..Mirah?”

“Semua baju ni aku suruhlah ibu aku potong..kemudian aku tolong dia jahitlah, baju kurung ni senang nak jahit kalau baju yang berfesyen susah sikit. Jahit leher, jahit bawah dan jahit tangan aku bawa sini. Masa rest day dan kerja malam bolehlah aku jahit sikit-sikit. Sebenarnya aku kesian dengan ibu aku tu ..Syifa dah lasak sekarang. Dia dah pandai merangkak, celik saja matanya dia merangkak keliling rumah. Kena  ditengukkan selalu, kalau tidak dia akan kutip makan apa saja yang ada dilantai, yang paling kami takuti dia dikutip tahi cicak tak pasal-pasal keracunan pulak anak aku  tu.” Sekejapan itu juga mood Amirah berubah ceria bila bercerita tentang gelagat anaknya.

“Teringin aku nak tenguk muka Syifa anak sedara aku tu Mirah..tentu comelkan..macam muka siapa muka dia Mirah.” secara tak sengaja Ida terlontar soalan itu. Amirah terdiam..bila Ida menyedari kesilapanya…cepat-cepat dia menukar tajuk perbualan mereka lagi. Sungguh bertuah Amirah mendapat kawan-kawan dan keluarga yang prihatin. Mereka sering mengambil berat tentang dirinya dan tidak akan membiarkan dirinya bersedeh. Amirah menyedari itu semua, dengan adanya sokongan dari keluarga dan kawan-kawannya dia berusha akan kuat dan tabah dengan apa yang telah ditakdirkan kepadanya.

“Kalau tahu dek Siti dan Ain tentu dia marah,  kita beli baju raya ni tak bagi tahu diaorang..dia tak dapat ikut kita pulak tu. Nanti kita sorok dululah baju-baju kau ni Mirah. Aku tak sanggup nak dengar mereka tu berleter nanti, tentu macam mak nenek mahu bocor telinga kita.” Amirah ketawa mendengar celoteh kawanya..dia bertanya pula pada Ida.

“Macam mana nak sorok cik Ida oii..bukan sikit ni, lagi pun bawah katil Ain tu dah penuh. Bilik kau pula sempit  nak sorok kat mana lagi”.
“Kau ni pun satu kok ia pun nak sorok taklkan bawah katil Ain..tentu tentu dia nampak”.

“Ia tak ia pulak”.Kemudian mereka ketawa bersama ...Selesai membeli belah mereka pulang.Senang hati Amirah baju-baju raya untuk keluarganya sudah dibeli semuanya.
               
                Minggu berikutnya seperti yang telah dirancang Amirah pulang kekampungnya dengan menaiki bas.Seminggu dia dikampung dimenefaatkan untuk menolong ibunya. Ada masa terluang sahaja Amirah akan menjahit baju-baju yang telah dipotong oleh ibunya. Bagi Amirah tidak susah pun menjahit baju kurung. Ibunya telah memberi tunjuk ajar dan rahsia-rahsia bagai mana sehelai baju kurung itu selesa untuk dipakai.Sejak dari dulu lagi Amirah sudah menolong ibunya menjahit baju kurung tetapi untuk memotong baju dia tidak pernah dicubanya lagi. Bagi Puan Halimah pula dia tidak akan mengambil tempahan untuk baju berfesyen atau baju kebaya, Dia tidak mahu turut bersubahat mempamirkan bentuk tubuh wanita dikhalayak ramai. Itu pendapatnya. Dia akan hanya mengabil upah menjahit baju kurung sahaja.

“Ibu tolong ajarkan kakak potong  baju Syifa ni bu.”

“Kalau nak belajar potong baju jangan kain cantik macam ni, salah nanti sayang saja. Bila kakak pergi beli lagi nanti, belilah kain yang murah sikit, kalau salah pun tak lah rasa terkilan”.

“Ia tak ia pulak kan bu, nanti tak pasal-pasal Syifa pakai baju senget pulak.” tangannya sudah menggapai anaknya yang mula menghampiri mereka  berdua, lalu didudukkannya didalam pangkuanya.

                Hari raya kian menghampiri umat Islam. Amirah rasa begitu teruja, kerana ini adalah kali pertama dia berhari raya sebagai seorang ibu.Terbayang wajah comel anaknya memakai baju kurung yang dijahitnya, tentu cantik bila dia dan anak memakai baju yang sama corak dan warnanya dipagi hari raya.

                Tetapi sayangnya apabila tiba Hari raya  Amirah tidak dapat pulang kekampung di hari raya yang pertama. Dia dikehendaki bertugas kerana salah seorang kawanya terpaksa pulang kekampung untuk menguruskan hal keluarganya secara tiba-tiba. Walaupun rasa terkilan namun dia tetap bertugas seperti biasa.  Dia sudah bersiap sedia sejak dari awal-awal lagi, keadaan itu seperti itu akan ditempuhi oleh setiap pekerja yang bekerja mengikut sistem giliran seperti mereka. Bagi orang-orang yang bekerja mengikut giliran harus ada sikap tolak ansur dan tanggungjawap.Supaya tugas yang diamanahkan dapat dijalankan dengan lancar dan sempurna.Setelah hari raya keempat barulah Amirah dapat pulang bercuti.Kesempatan ini diambil untuk merayakan hari raya bersama keluarga dan anaknya.

                Sewaktu dia menaiki bas pagi itu orang sudah tidak ramai, kebetulan hari itu hari orang bekerja.Tiket pula mudah didapati.Sampai sahaja dia dikampung dia disambut oleh anaknya yang sudah pandai berjalan jatuh.Hanya ibu dan anaknya sahaja yang ada dirumah.Ayahnya bekerja dan adik-adiknya juga kesekolah manakala adiknya Adnan sudah pulang kekolejnya dan Atirah pula sudah pulang keasramanya.Dia menyalami ibunya.

“Kakak minta maaf bu, lambat sangat kakak balik, tak dapat kakak tolong ibu masak, Syifa lagi.. Syifa ni dah lasak bu..macam mana ibu masak hari tu…ni dah empat hari raya baru dapat kakak balik..ayah kerja bu.” Setelah mencium tangan ibunya meminta ampun dan maaf dicium pipi anaknya bertubi-ubi melepaskan rindunya.Anaknya pula terkekek-kekek kesukaan.

“Tak  apa kakak…janji kakak balik, ibu tak kisah balik raya pertama ke keempat ke  ..rayakan sebulan. Masa nak raya hari tu kan semua adik-adik kakak cuti. Adnan dan Atirah balik, Aizat dan Amran pun cuti..suka betul Syifa ni tak duduk dia, asyik berdukung sahaja. Berapa hari kakak cuti kali ni.” ibu Amirah sebenarnya suka cara kerja Amirah kerana jika dia bercuti biasa tidak kurang dari seminggu dia akan duduk dirumah.

“Kali ni 7 hari kakak cuti, campur cuti raya dua hari jadi sembilan hari bu..”

“Lama tu ..lama lah Syifa  dapat manja dengan ibunya ye.” Puan Halimah mencubit lembut pipi tembam cucunya. Nanti ibu telefonkan Mak Long..dia kata lama tak jumpa kakak..raya pertama hari tu dia datang ingatkan kakak dapat cuti raya”.

“Kerja macam kakak ni susah sikit nak cuti raya..tapi raya haji nanti dia orang dah janji dengan kakak dapat cuti raya pertama”.


                Pulang hari raya itu dia membawa sebuah kamera yang dipinjam dari Siti.Dia mengambil gambar keluarga tapi yang paling banyak adalah gambar-gambar anaknya yang berbagai aksi.Gambar itu ditunjukkan kepada kawan-kawan serumah yang telah mengaku sebagai ibu-ibu saudara anaknya.

“Comelnya anak kau Mirah rambut dia yang specil..keriting macam maggi..putih anak kau ni Mirah.” Rambut keriting anaknya mungkin mengikut rambutnya dan rambut neneknya Puan Halimah.Dia juga berambut keriting halus seperti maggi ketika kecil tetapi semakin usianya meningkat keriting sudah agak kasar sedikit.

“Tenguklah emaknya..kalau hitam dah sahlah aku tersalah ambil anak orang.” Amirah bergurau.

“Kalau aku ada anak lelaki nak rasanya aku berbesan dengan kau Mirah, kalau ibunya penyabar tentu anaknya penyabar juga..beruntungnya anak aku  nanti.”

“Berjanggutlah anak aku tunggu anak you besar Siti, kau kahwin pun belum.”

 “Apalah kau ni Mirah anak kau nikan perempuan mana ada janggut.” mereka kalau berkumpul alamat riuh satu rumah, ada saja yang hendak dibualkan.

                Mereka bersyukur ditemukan dengan kawan yang satu kepala dan saling memahami, walaupun mereka dari negeri yang berlainan.Jika mereka berbual kedengaran berbagai loghat yang terkeluar.Siti dari Kedah sesekali bercakap terkeluar juga logahat Kedahnya.Ida pula dari Kelantan logahat Kelantannnya tidak boleh dikikis walaupun telah lama dia meninggalkan kampung halamannya.Ain pula dari Perak, dialek Peraknya juga sering disebut oleh rakan serumah kerana terlalu selalu terkeluar dari mulutnya perkataan kome ayor dan segalabagai.Manakala Amirah dari negeri Sembilan. Mereka akan tahu jika Amirah sedang marah dan geramkan sesuatu, akan terhambur bahasa Negeri Sembilannya yang pekat, tetapi tujuan mereka sama mencari  rezeki di Petaling Jaya.