~Siapa Ikut Blog Ni~

Pages

Friday, 19 July 2013

Bab 31 Bimbang





Kalau kita menebang jati,
Biar serpih tumbang jangan,
Kalau kita cari pengganti,
Biar lebih kurang jangan.



Nur Saleha yang penuh masaalah kini juga telah mendapat kedamaian dengan caranya sendiri.Dia kini tidak lagi mengharap ada insan mengubati luka hatinya.Kini dia pasrah  dan mengharapkan kasih dari yang Maha Mengasihani. NurSaleha kini mendekatkan dirinya kepada Allah untuk  mencari keredaanNya dan juga ketenagan dirinya.

Dalam tenang hatinya..kata-kata Edlan terngia di cuping telinganya… Edlan ada  menyebut ‘takkan kita nak meruntuh kan kebahagiaan sahabat kita sendiri’.Kemudian  dia terbayang wajah Farhan yang lembut dan tulus. Seingatnya sejak meraka bergelar pelajar lagi Farhan tidak  pernah menyakiti hatinya… walaupun sesekali dia pernah melihat Farhan merenungnya dari jauh.   

Sejak dia bekahwin dan bahagia bersama suaminya, Farhan juga tidak pernah menggangu kebahagiaanya. Walaupun dia tahu dari Suhaila bahawa Farhan ada menaruh hati kepadanya. Dia menyesali akan  kesilapanya kerana melepaskan dendam kepada orang yang tidak pernah menyakiti hatinya dan tidak pernah menggangu kebahagianya selama dia bahagia.  Dia juga terbayang wajah Fatin isteri Farhan.. sungguh pandai dia menyembunyikan keluakaan hati, sedangkan dia tahu..orang yang datang menziarahi dirinya adalah orang  yang merayu kepada suaminya untuk menjadi madu kepadanya. Pandai sungguh dia mengawal diri untuk menjaga maruah diri, suami dan musuhnya dari diketahui umum. Untuk melegakan kesal hatinya  setiap kali selesai  bersolat tidak lupa mendoakkan kebahagian Farhan sekeluarga.. Bila terkenang segala perbuatanya  Nur Saleha menjadi malu pada dirinya sendiri.

Kini setelah tiga tahun perceraian itu berlalu, hidup Nur Saleha tenang semula. Dia mula membuka matanya.   Dia mula memandang kedaan disekelilingnya. Dirinya terasa bodoh kerana membiarkan tanggungjawabnya terbiar tidak terbela  kerana kehancuran rumahtangganya… sedangkan mereka tidak bersalah. Dia mula membuka mata..memandang kehidupan harianya menjadi kucar kacir, memandang anak-anak yang masih mengharap kasih sayang dan perhatianya. Kesalnya berganda-ganda bila melihat keputusan peperiksaan UPSR anaknya yang tua amat mengecewakan.

Ketika hatinya libang libu memikirkan dirinya ditinggalkan suaminya, dia merasakan dunianya kosong tak bermakna. Dia tidak dapat memandang orang-orang yang yang disekelilingnya, melihat anak-anaknya yang masih menagih kasih. Peniagaan Farmasinya yang tinggal nyawa-nyawa ikan hampir gulong tikar. Mujur dia cepat sedar.  Mujur ada Edlan, kawan yang menyedarkan  dengan perkataanya.

Kini dia tidak menoleh kebelakang lagi.Dia harus memperbetulkan semua keadaan.Dia bertekad mencari kebahagiaannya sendiri. Padanya bahagianya bukan ditangan lelaki yang bergelar suami sahaja. Dia akan mencari bahagia dari sudut lain pula. Kini kehidupanya anak beranak sudah kembali  tenang. Bersama bekas suaminya NurSaleha mempunyai tiga orang anak dua orang perempuan dan seorang lelaki. Anaknya yang tua sudah berumur 13 tahun yang kedua  10 tahun dan yang ketiga 8 tahun. Dia berazam akan medidik anak-anaknya agar menjadi insan yang berpelajaran. Dia tidak mahu disebabkan masaalah dirinya, anak-anak tercicir dalam pelajaran.  Cukup satu peperiksaan besar  anaknya gagal, kerana kurang pemerhatianya. Kini Nur Saleha bangkit dengan azam baru tikad baru dengan berpengang teguh kepada percaya Allah dan keluarga sentiasa bersamanya.



Dalam diam rupanya Nur Saleha diintip oleh seorang lelaki yang kesunyian kerana ditinggal oleh isteri yang pergi kealam baka.Lelaki ini merupakan pelanggan tetapnya dahulu. Ketika arwah isterinya bergelut dengan penyakit tiga serangkainya (Penyakit darah tinggi,kencing manis dan sakit jantung) lelaki ini sering ke Farmasi Nur Saleha mencari bekalan ubat untuk isterinya. Penyakit yang sudah kronik tidak mampu bertahan lama..Allah lebih menyayanginya.Kini sudah dua tahun isterinya menemui Illahi.Pada lelaki ini bukan sudah pudar ingatanya terhadap arwah isterinya..tetapi keadaan mahukan dia mencari ganti untuk meneruskan kehidupnya.  Bukan sahaja untuk dirinya tetapi juga untuk anak-anaknya yang memerlukan seorang wanita yang begelar ibu.Itulah pesanan arwah isterinya sebelum dia pergi dahulu.

“Baba..kalau Umi pergi nanti..carilah pengganti umi..”

“Kenapa umi cakap macam ni..baba tak rela umi pergi”.

“Jangan macam tu baba, jika sampai masanya kita harus tabah menerima.. Anak-anak sedang membesar perlukan ibu untuk membimbing mereka..baba lelaki, tak arif hal-hal wanita..jadi  carilah isteri yang boleh menjaga baba dan anak-anak kita ye.. umi rela dan berterima kasih pada yang sanggup menggantikan umi disisi baba dan anak-anak.” Begitu bersungguh isterinya berpesan, ketika itu baru tiga hari isterinya sedar dari koma kerana serangan jantung.Yang sebenarnya isterinya sudah setahun keluar masuk hospital. Kaki sebelah kanannya juga sudah tinggal sampai kelutut sahaja kerana serangan kencing manis. Tetapi mereka reda dugaan yang datang dari Illahi.

Kerana kehidupan mesti juga diteruskan bukan untuk dirinya sahaja tetapi untuk empat anak-anak perempuan mereka  juga. Yang pergi biarlah pergi diiringi dengan doa agar roh isteri tercinta bersemadi dengan tenang. Lelaki ini merupakan seorang ahli perniagaan. Tetapi kini semua perniagaanya telah diserah kan kepada dua orang anak perempuanya. Duda beranak empat  yang kesemuanya perempuan kini memasuki bidang politik dan sudah dilatik menjadi ADUN ditempat kelahiranya. Benama Dato’ Fuad. Dengan pertolongan seorang teman ayah NurSaleha, Datuk Fuad menyunting NurSaleha menjadi suri hatinya.

 Setelah setahun bernikah mereka dikurniakan dua orang anak lelaki kembar seiras. Kini terkabul doa dari sahabatnya  Edlan Suhaila dan Farhan yang mendoakan dia mendapat seorang  suami yang lebih baik dari bekas suaminya. Lelaki yang tidak memandang bentuk fizikalnya dan menerima dirinya seadanya. Kini dia  merasa sangat bahagia yang lebih dari bahagianya yang dulu. Itu kata-kata dihati NurSaleha sendiri.

Datuk Fuad merupakan seorang yang penyayang dan kuat pada pegangan ugama..Walaupun sudah berusia tatapi masih bersikap romantic kepada isterinya.Tetapi yang paling dia bersyukur kepada Allah, suaminya barunya menerima dirinya seadanya. Dia tidak melihat keadaan fizikal dirinya.Dia pernah melihat dirinya yang sebenar-benarnya..ketika saiz dirinya yang paling besar, berat badannya mencapai kepada 150kg ketika itu.

===================


Anak dara Farhan sudah umur tiga tahun.Petang Ahad itu Farhan sekeluarga berkunjung kerumah sahabatnya yang baru tiga bulan berpindah kerumah mereka sendiri. Sebuah rumah SEMI-D di satu taman perumahan yang agak tidak mendapat perhatian pembeli dulu, tapi kini kawasan perumahan itu menjadi tumpuan pembeli, terutama sekali warga KLIA. Beruntung Edlan membeli rumah itu.Semasa dia membeli rumah itu masih murah lagi, mungkin  kerana kedudukkan yang agak terpencil dan jauh dari bandar,  yang kedua mungkin belum ada kemudahan.Tetapi apabila  terbinanya lapangan Terbang KLIA diSepang, harganya rumah dikawasan itu mendadak naik dua  kali ganda.Taman perumahan itu lah yang paling hamper dengan Sepang KLIA  diantara taman perumah diSertemban. Ditambah  dengan kemudahan awam, mulalah orang berebut-rebut membeli rumah dikawasan itu. Secara tidak langusung menjadikan haranya makin meningkat. Semasa dirumah Edlan, Suhaila menjemput mereka datang untuk menghadiri majlis perkahwinan adiknya. Adik bungsu Suhaila  berkahwin dengan abang doktor Sharifah NurAmalina, seorang doctor yang pernah dikenenkan oleh Edlan kepada Farhan sebelum Farhan berkahwin dengan Fatin dulu..

“Jadi  juga kau berbiras dengan Doktor Amalina tu Edlan.”

“Alah biras saja bukan dapat apa pun.”

“Ehh jadi sedara ADUN tentulah bangga..esok-esok  kalau ada apa-apa hal boleh minta tolong ADUN. Macam mana adik Su boleh kenal dengan abang doctor tu.”

“Kan aku dah cerita dengan kau dulu, adik ipar aku tu kawan adik doctor Amalina tu, dia tu selalu kerkunjung rumah Adun tu. Masa akhir tahun pengajian adik ipar aku tak balik raya sebab fainal exam dah dekat..masa tulah abang doctor tu jumpa..dan jatuh hati”.

“Abang doctor tu peguam juga ke?”.

“Tak dia ni pensyarah kat UIA Sintok Kedah..kira ngamlah diaorang..dia cari pun orang Utara juga…panjang kisah cinta diaorang tu Han..seronok pulak tu.” Senyuman Edlan masih tergarit dibibir dia mula membayangkan kisah cinta Farhan pula.

“…kisah cinta ni macam-macam kan Han..macam kisah cinta kaulah berliku-liku sampai minta tolong ibu kau lagi..lagi seronok” ha..ha..ha. Edlan ketawa lepas bila terkenang  kisah sahabatnya.

“Apalah bapak orang dua orang ni ketawa tak ingat orang..apa cerita?” Sampuk Suhaila yang baru keluar dari dapur menatang dulang berisi cawan diikuti oleh Fatin membawa teko berisi air dibelakangnya..anak-anak mereka menonton satu CD  katun kegemaran mereka disatu sudut.

“Kau datanglah ye…bawalah isteri dan anak-anak kau jalan-jalan.” jemput Edlan mewakili keluarga mertuanya.


“”Ha… Edlan  ajak kita makan nasi minyak kat hometown Suhaila, nak pergi tak?.”

“Ohh Kak Su pun ajak juga tadi kat dapur ikut abanglah..Ha tak kisah boleh saja.”

“Kita pergi lah..lama betul kita tak berjalan kan.”  Kemudian mata Farhan tertuju ke wajah sahabatnya Edlan semula.

“Oklah InsyaAllah aku memang dah lama tak berjalan. Cadang nak  tunggu anak dara aku tu besar sikit ..tapi tak lama lagi ada lagi yang kecil, kalau tunggu anak besar nampaknya memang tak jalanlah kami.”

“Ehh ada lagi ke??..kau kata nak stop kalau dapat anak peremuan..kau ni janji tak serupa bikin lah..Aku dengar kata kau nak stop..akupun cakap dengan Su tutup kedai..dah berapa bulan??.”  Bisik Edlah, Farhan tersengih kepada sahabatnya kemudian dia berbisik ditelinga Edlan pula..dua lelaki ini berbisik dihadapan isteri mereka.

“Accident”.

“Haa bisik apa tu.” sergah Suhaila.

“Hssy Su  ni..adalah kita orang punya rahsia. Su kita tak jadilah tutup kedailah abang rasa nak lawan Farhan lah Su...”Balas Edlan pada isterinya. Farhan tersenyum pada Fatin, Fatin pula angkat kening  ingin tahu.

“:Abang ni kenapa??..dah berbisik depan orang lepas tu kata tak jadi tutup kedai..kedai apa..bila pulak kita ada kedai? Nak lawan Farhan lawan apanya??”. Terpinga-pinga  Suhaila tidak faham apa yang dimaksudkan oleh suaminya.

“Ni haa.Farhan kata kalau dia dapat anak perempuan hari tu dia nak stop..alih-alih ni dah ada lagi..itu abang  tak jadi kita tutup kedai.”Edlan berkata sambil mengentit mata kepada isterinya.

“Habis yang abang kata tak jadi tutup kedai ..kedai apa kedai jual anak ke?”.

“Hsyy Su ni ada ke jual anak..orang nak cari anak..nak anak lagi ni. Hari tu bila Farhan kata dia nak stop..abang fikir eloklah kita pun  tutup kedailah juga ..tup..tup dia dah ada lagi..abang rasa nak buka kedai semulalah boleh Su.” nampak macam serius sahaja Edlan memandang isterinya dengan permintaanya.

“Abang ni tak malu betul..ada ke tanya depan Farhan dan Fatin macam tu ..Hisyy  tak malunya” Suhailah menjeling manja kearah suaminya.Farhan dan Edlan sudah ketawa terbahak-bahak Fatin hanya tersipu malu melihat gelagat suaminya dan kawan-kawanya. Setelah tawanya bersisa..Edlan mengulangi pertayaanya.

“Isteri kau dah berapa bulan.”

“Ehh betul ke Fatin dah ada lagi..kata Farhan hari tu, dia dah nak stop” Suhailah bertanya kepada Fatin. Barulah dia mengerti kata-kata suaminya tadi.

“Farhan kata  Accident...dulu pandai pulak dia mengelak ni dah tak pandai pulak..dah berapa bulan.” Soal Edalan teruja ingin tahu.

“ Dah rezeki terima ajalah ..dah dua bulan..bila majlis adik ipar kau tu.” Farhan dengan selambanya. Fatin pula  memerah pipinya diserbu  malu.

“Lepas raya nanti..”

“Ada dua bulan lagilah..kau balik naik apa?.”

“Aku biasa naik Flight..senang tak payah nak memandu jauh Han. Kat sana nanti pinjamlah kereta dioarang kalau nak berjalan.”

“Tapi orang mengadung tak digalakkan naik flight kan Lan?”
.
“Masa tu kecik lagi …janganlah cakap Fatin mengdung.”

“Hsyy aku tak nak tanggung risiko..kalau kita naik kereta macam mana..aku nak pinjam kereta baru ayah aku tu.”

“Kau nak melaram  naik kereta baru lah ni.”

“Ahalah sesekali apa salahnya.”

“Yang… kita balik naik kereta kali ni boleh?.” Edlan bertanya kepada isterinya.

“Boleh juga kita balik sama-sama..I pun tak boleh cuti lama banyak kerja masa tu..raya kita tak payah balik.. hari kenduri saja kita balik ok tak?.”

“Memang lah tahun ni kan giliran rumah emak kat Lengeng  buat-buat  lupa pulak dia…tapi Su tak nak tolong umi ke?”

“Umi dah banyak orang yang tolong.”Suhaila merupakan anak nombor dua bongsu dari lapan orang adik-beradik. Dia mempunya tiga orang kakak, tiga orang abang dan seorang adik perempuan yang bakal melansungkan perkahwinannya tidak lama lagi. Ada dua orang kakak dan seorang  abangnya tinggal diPulau Pinang hanya dia sahaja  bekerja tinggal paling jauh dari kampong halaman mereka. Yaitu di Seremban. Seorang abangnya bekerja di kedah dan kakanya  yang seorang lagi bekerja di Perak.

Suhaila beria-ia mengajak mereka makan malam dirumahnya. Hari tu dia masak istemewa. Masak nasi kerabu resepi keluarganya.Selepas makan malam dan solat Magrib baru Farhan sekeluarga pulang kerumah mereka.

Dirumah ketika semua anak-anaknya sudah tidur. Farhan juga sudah bersedia untuk tidur dia memeluk kemas isterinya Fatin bersuara.

“Bang!! kenapa abang cakap dengan dia orang dah nak stop beranak.”

“Abang cakap dah lama dulu…masa Ha merajuk balik rumah ayah ..masa tu Amni  tak ada lagi.”

“Ehh. Abang ni bila masa pulak Ha merajuk..Ha ni merajuk-merajuk tak main lah.”

“Ialah tu..dia tak tahu dia merajuk..Ha tahu kalau Ha merajuk abang rasa tak tentu arah tau, mulalah cakap merapu-rapu…Masa abang cakaptu..abang rasa macam kita penat sangat beranak kecik.Tapi bila ayah cakap kalau  anak dah besar-besar kita  nampak anak kita semuanya berjaya dalam pelajaran dan handsom pulak, masa tu mulalah rasa menyesal anak kita sikit.. Ayah kata dia rasa macam tak cukup ada anak empat orang saja tapi takkan nak suruh ibu beranak lagi kawan tu nah menopouse.  Lagi pun sekarang ni susah nak cari anak-anak yang berkualiti maksudnya pandai dan berakhlak. Lepas tu, abang tukar niat abang, ni yang sangkut sorang lagi”.

“Emm ialah sebelum terlambat baiklah kita tambah anak ikut yang disarankan oleh kerajaan  lima orang pun dah cukup kan bang ..abang nak anak apa kali ni”.

 “Abang tak kisah lelaki ke perempun janji anak abang selamat lahir, sihat dan sempurna..Syukur Alhamdullih..lepas tu kita didiklah anak kita menjadi orang yang soleh..berjaya didunia dan akhirat kan Ha..tapi abang kesian Ha kalau mengdung  nampak penat..lagi-lagi kalau dah mencapai tujuh bulan..Ha memang rasa penat ke?”.

“Penat lah juga tapi Ha sebetulnya kesian kat abang..kalau Ha mengandung abang terabai..Ha ni kalau mengandung Ha cepat rasa cepat letih.”

“Abang faham..abang minta maaf sebab yang dulu tu abang pentingkan diri sendiri abang tak fikir pasal Ha.”

“Kita ni kalau dah penat  kadang bertindak diluar kawalan kita… dahlah janganlah nak  ingatkah kisah lama.”

“Kisah lama tu menjadikan abang bertambah matang..abang jadikan kisah lama sebagai pengajaran untuk abang...Sayang agaknya handsome  tak anak-anak kita?”

“Kalau tenguk ayahnya mesti handsome .” Farhan megemaskan lagi dakapanya.Tetapi tangan merayap lalu mengeletek pinggang isterinya. Fatin kegelian dia terjerit lepas.

“Bang jangan lah..bangun Amni nanti”..Fatin berkata dengan ketawa masih bersisa. Dia sudah melonggarkan pelukkan suaminya..dia tahu tangan suaminya akan mengeletek dirinya lagi.

“Abang tak buat apapun” Bahagia rasanya telah lama mereka tidak bergurau senda. Dahulu sebelum mereka mendapat anak sering juga mereka bergurau berkejaran didalam rumah bila Farhan cuba menyakat isterinya. Sebenarnya walaupun Ftain berwajah selamba tapi sikap manja dan keanak-anakan masih terserlah jika lama mengenalinya. Ini mungkin disebabkan dia anak perenpuan tunggal tentu diberi perhatian oleh kedua ibu dan ayahnya dan juga abang dan adik-adiknya. Manjanya  tidak dapat dikikis dan kadang-kadang terlepas juga.

Ha dahHHHHhlkjkhk




Thursday, 11 July 2013

Bab 30 Bimbang






Anak beruk didahan rendang,
turun meniti ditepi paya..
Huduh buruk dimata orang
Handsome, lawa, kacak lagi,  di mata saya.


                    Ketika Edlan makan malam, malam itu dia menceritakan masaalah Farhan kepada isterinya Suhaila. Mereka memutuskan akan kerumah Farhan malam esok kebetulan esok hari Jumaat malam Sabtu, ini bermakna keesokkan harinya mereka tidak bekerja. Isteri Edlan bekerja diPutra Jaya sebagai pegawai Tadbir disebuah agansi kerajaan. Dia berulang alik dari Putra Jaya dengan menaiki bas ketempat kerjanya. Suaminya akan menghantarnya dan menjemputnya diperhentian bas tidak jauh dari rumah mereka.

“Su abang rasa masaalah Farhan tu makin beratlah, abang kesian tenguk dia ..selepas  Fatin baca SMS Nur Saleha dan kedatangan Saleha kat hospital hari tu. Keadaan rumah tangga mereka makin teruk.”

“Kan abang kata, Fatin dah duduk dengan Farhan semula”.

“Memanglah serumah..dia pun tak pernah lupa pada tanggungjawab  dia sebagai isterinya..makan pakai Farhan memang dia jaga..tapi tiada kemesraan, tak ada nak berbual-bual macam dulu dia dingin dengan Farhan..Kata Farhan asal telefon Farhan bergetar atau berbunyi dia akan cepat-cepat melarikan diri seolah-olah dia tidak mahu mendengar atau mengganggu perbualan Farhan”.

“Emm..Bang!  Su rasa bersalah sangat..kalau Su tak bagi nombor Farhan pada Saleha tentu perkara ni tak akan berlakukan, tentu rumah tangga dia tak diduga macam ni..tapi kalau Su jadi Fatin pun Su akan curiga juga.. bayangkanlah ada orang yang nakkan suami kita kalau suami kita pun nak… tentu jadikan.” Sebenarnya apa-apa yang berlaku pada Farhan, Edlan menceritakan juga kepada isterinya…

“Abang rasa persengketaan mereka tu sia-sia sebab memang Farhan tak terniat nak kahwin dengan Saleha tu..sepatut Fatin  janganlah dihukum dia macam tu.”Edlan cuba membela sahabat baiknya dimata isterinya.

“Itu bukan hukum bang..tapi rasa bimbang,  Bimbang suami dia akan menghianati kasih sayangnya selama ini..tentu dia sedeh..kalau dah sedih hati tak ceria perilaku kita pun akan terjejas”.

“Ialah tu”.

“Ia bang Su kan wanita juga..sama macam Fatin..bimbang suami dirampas wanita lain, bimbang suami akan kahwin senyap-senyap..bila dah khawin suami pula berat sebelah. Sebetulnya kalau para suami yang berpoligami boleh berlaku adil tak mengapa..tapi biasanya dah kahwin lain mereka ni mengabaikan tanggung jawab mereka. Biasanya yang baru akan mendapat lebih perhatian..maklumlah baru dapat..dimata suami mestilah lebih cantik ditambah pula pandai bermanja kata-katanya pun lembut saja dipendengaran… lama kelaman kita yang dah lama ni akan ditinggalkan..banyak kes-kes yang macam tu”.

“Kes macam tu memang ada dan tak dapat dinafikan. Su kalau rumah tangga kita jadi macam rumah tangga Farhan..abang mohon Su belajarlah percayakan abang”.

  “Kenapa abang cakap macam tu..abang ada niat ke nak berbini lebih…”

“Abang tak pernah berniat pun..tapi manalah tahu kita pula diduga macam tu…abang takut Su.. takut dugaan yang tak dijangka. Pada abang.. pengalaman ayah abang, abang pegang..abang tak akan mengulangi kesilapan ayah abang. Su seorang pun dah cukup abang dah cukup bahagia sekarang ni. Su dah lahirkan dua dan dah nak masuk tiga anak abang cukuplah tu dan kalau Su tak mampu lagi nak mengandung lagi pun tak apa.kalau..ramai sangat anak tak jadi manusia yang berguna pun tak guna juga. Lagi pun kalau berbini dua tentu rumah  asing-asing kejap sana kejap sini anak-anak tak terkawal tingkahnya.”

“Terima ksih bang kerana pilih Su jadi isteri abang..Su pun bahagia sangat selama kita serumah..tapi macam mana dengan Farhan..Su rasa macam Su yang mulakan masaalah mereka..macam mana nak pulihkan kepercayaan Fatin pada Farhan.”

“Kita cari jalan..kita perlu tolong Farhan yakinkan Fatin tu”.


========================


            Selepas solat magrib malam Sabtu itu, Farhan suamiisteri dikejutkan dengan kedatangan Edlan sekeluarga.Namun tetap disambut gembira oleh Farhan.

“Apa mimpi kau datang ni Su..biasanya balik kerja saja kau tidur.”

“Siapa yang cakap macam tu..ni tak lain lah mesti you yang jadi radio bergerak ni.”Sambil bercekak pinggan Suhaila memandang suaminya dengan raut muka geramnya. ‘Tunjuk garang tak padan dengan perut yang sudah memboyot kedepan’,  detik hati Edlan.. dia  hanya terkekek melihat tingkah isterinya.

“Dah itu kebenarannya…abang cakap aja, lagi pun memang betulkan.”

“Ialah..ialah..betullah tu..I datang sebenarnya  tenguk bakal menantu, dah besar ke? Sejak tenguk kat hospital hari tu tak sempat lagi nak jenguk dia.” Dalih Suhailah untuk menutup malunya..kerana rahsianya terbongkar.

               Sudah menjadi kebiasaan Suhaila akan merehatkan diri sebentar ..bila sampai dirumah ketika dia pulang dari kerja..ditambah dengan keadaan dirinya yang sudah sarat..tentulah dia merasa letih dan penat. Suaminya juga memberi kerja sama dengan menjaga anak-anak yang ada dan kemudian membantunya mencuci pakaian. Itulah cara orang berumah tangga berat sama dipikul ringan sama dijingjing.

“Hssy..tak baik cakap macam tu Su..biarlah diaorang tentukan jodoh mereka sendiri, lagi pun manalah tahu anak you tu tak suka isteri yang lebih tua dari dia nanti… tapi confirm ke yang dalam kandungan you tu lelaki”. Sangkal Farhan tentang jodoh anak-anak mereka.

“InsyaAllah..dah dua kali scan doctor kata lelaki”. Edlan pula mejawab bagi pihak isterinya. Dia gembira sebenarnya kandungan isterinya kali ini menunjukkan dia akan mendapat akan bayi lelaki. Mereka dipersilakan masuk.Fatin pula mula mengangkat anak daranya keruang tamu.

“Ikut tarikh due, kak Su dulu bersalin..tak sangka Fatin pulak bersalin lebih awal. Tinggal akak  yang rasa berdebar-debar tunggu hari ni”.

“Alhamdulliah..tulah perancangan Allah siapa yang tahu”. Fatin pula menjawab meramahkan diri pada kawan-kawan suaminya yang datang berziarah. Farhan pula mula membuka VEDIO tape karton untuk anak-anak sahabatnya.

“Along, angah nak cerita apa Acik Han buka kan.”

“Cerita Doremon ada Acik Han?”

“Ada ni…pilih nak yang mana satu”.

“Duduklah dulu..tengok anak dara kecil tu asyik tidur saja ”. Fatin melangkah kedapur.

“Ha biar abang siapkan air”.Setelah selesai melayani anak-anak sahabatnya  Farhan kedapur untuk menghalang isterinya menyediakan air untuk tetamu mereka.

“Farhan tak payahlah susah-susah..kami sebetulnya dah makan..kami dari Kentucky fried chicken, ada orang tu malas nak masak hari ni..alang-alang lalu singgahlah sekali rumah kau ni. ”. terang Edlan menerangkan keadaan  mereka.

“Ohh dah kenyanglah ni”..balas Farhan pula. 

“Tak payah susah-susah Han kami dah kenyang ni.”tegah Suhaila pula bila dilihatnya Farhan tetap kedapur tidak keluar  hanya Fatin sahaja yang sudah terjengul dipintu dapur”.

“Tak ada susahnya air bujang saja..” laung Farhan dari dapur.

“Anak dara awak ni sapa nama..hari tu masa datang belum bagi nama lagi kan”.

“Amni Umamah”. Itulah nama yang  diberi oleh Farhan kerana dia ingin sekali 
meletakkan nama itu untuk anak mereka. Biar anaknya membawa nama cucu Rasullah. Umamah binti Ash merupakan anak Zainab putri Rasullah yang tua..selepas kematian Fatimah Az-Zahrah dia berkahwin dengan Ali bin Abi Talib R.A diatas permintaan Fatimah sendiri.

          Fatin bersimpuh dilantai beralas tikar yang sudah dibentang kan oleh suaminya tadi. Suhaila duduk berhampiran Fatin dan memandangnya dengan pandangan bersalah.

“Fatin Kak Su datang ni nak minta maaf..betul-betul minta maaf diatas semua 
kesulitan yang berpunca dari Kak Su.” Fatin memandang dengan pandagan hairan.
“Kenapa kak Su..Fatin tak faham.”

“Kak Su rasa bersalah sangat tentang panggilan-pangilan dan massage dari Nur Saleha. Sebenarnya kak Su yang bagi dia nombor Farhan pada dia... ingatkan sebagai seorang kawan tapi lain pulak jadinya. Yang kak Su tahu mereka tak pernah bercinta dulu. Kalau diikut cerita abang Lan..masa dalam kelas pun hanya sekali dua saja mereka bertegur sapa… itu pun sebab bercakap-cakap hal pelajaran. Yang sebetulnya kan Nur tu susah nak cakap dengan lelaki..kecuali yang betul-betul rapat dengan dia..lagi pun masa ditahun dua lagi dia dah bertunang  dengan sepupu dia. Masa tu sepupu dia dah jadi houseman kat Hopital Tengku Ampuan Rahimah Klang, di akhir pengajian Nur Saleha mereka kahwin..taksangka pulak.. dia boleh hantar massage macam tu kat Farhan.” Ketika itu Farhan sudah menatang dulang air dan sepinggan keropok ikan yang baru sahaja digorengnya.

“Su kenapa buka cerita lama.”

“I rasa bersalah sangat..sebab macamnya I lah yang memulakan masaalah you dengan Fatin, jadi I nak jelaskan.”

“Ia Fatin kami tak  tahu macam ni jadinya.. yang kami tahu NurSaleha bukan jenis  yang  macam ni dulu..I baca massage dia  tu pun I terkejut.” sambung Edlan.

“Sebetulnya bukan Farhan saja suka dia..ada dua tiga orang lagi yang suka termasuklah I... Pada I tak salah kalau kita suka sebab dia memang cantik masa tu. I dengar antara kami ada yang dah hantar e-mil cinta pun..tapi dia tak layan, memang hatinya dah tetap pada sepupu dia. Memang  bertuah sungguh bekas suaminya..Nur Saleha ni jenis yang setia pada yang satu, dia bukan jenis perempuan yang suka main kayu tiga, pada hal yang suka dia tu semuanya handsome. Tapi tak termasuk I.. I ni dah lah rendah serba serbinya kurang.  Tapi dah nasib diakan..apa nak buat.”

“Ehh abang pun suka kat dia juga ke???” Suhaila terkejut bila  suaminya mengaku  ada hati pada Saleha juga.

“Alah  suka sajalah Su itu pun dulu sekarang dah tak rasa apa pun .. Su ingat dia pandang abang yang macam putra katak ni, dahlah tak ada rupa pendek pulak tu..kalau dia pakai kasut yang ada tumit sikit tenggelam abang dibuatnya. Su nak  tahu Shahir yang handsome macam pelakun Hindi tu pun dia tak layan..ini kan pula abang..abang ni hanya layak dengan Su aja.”Edlan agak rendah sedikit dari Farhan mungkin ketinggianya hanya 170cm sahaja. Tetapi orangnya agak kacak wajahnya ada iras pelakon Rosyam Nor sedikit.

“Ialah tu..kalau dia layan tentu jadi. Pendek ke tinggi ke..orang tak kisah, tapi nenek Su cakap dulu cari suami lebih rendah sedikit dari isteri kalau dapat pasangan yang macam tu orang kata murah rezeki.”

“ia ke??.. tapi Saleha tu memang tak layan abang dulu… mungkin dia tak tahu kelebihan suami pendek agaknya.. kenapa Su tak ceritakan pada dia dulu?Kalau tak tentu dia kejar abang.”

“Abang menyesal ke dia tak layan abang…”.

“Bunga bukan sekuntum nak kesal apa… memang dia pilih yang handsome dan bergaya danjuga bekerjaya…pakaj lengkapkan. Su apa yang Su pandang pada abang..sampai sekali goda saja Su dah sangkut dengan abang?”.

“ Amboi macam lah kita ni gila sangat kat awak,  sekali goda konon tersangkut..Tapi dah memang tersangkut..Meh dengar ni ..Su nak bagi pantun kasih kat  bang …
Anak beruk didahan rendang,
turun meniti ketepi paya..
Huduh buruk dimata orang
Handsome, lawa, kacak lagi,  kat mata saya”.

“Amboi anak beruk awak kata kat kita..”walaupun muncung mulut Edlan mendengar pantun kasih dari isterinya tetapi dalam hatinya bangga dengan pengakuan isterinya … Fatin ketawa mengegkek mendengar jenaka dua suami isteri itu...Farhanlah yang paling kuat ketawanya bila mendengar sahabatnya dikenakan oleh isterinya. Anak Edlan yang leka menonton terpinga-pinga mendengar tawa kuat pakcik Hannya.

“Anak beruk..anak beruklah janji Su dah jadi milik abang..Ini sebabnya abang saaayag sangat kat Su.” Edlan datang menghapiri isterinya mungkin untuk memeluknya..kerana dia memang ingin sungguh memaknakan kata-katanya tadi.

“Dah-dah bang..ingat  ini kat rumah Farhanlah bang, Farhan tengah puasa tu hormatlah sikit”. Edlan dan Farhan ketawa lepas terbahak-bahak mendengar gurauan Suhaila, Fatin pula sudah menutup mulutnya dengan kedua belah tanganya supaya tawanya tidak kedengaran..itulah sikap Suhaila yang suka berjenaka yang menawan hati Edlan..Isterinya seorang yang happy – go- lucy. Bila tawa mereka reda Edlan menyambung ceritanya…

“Han you tahu tak kenapa Saleha tak layan kita dulu.”

“Tak tahu”.jawab Farhan jujur

“Aku ada terserempak dengan sepupu dia masa tu dia hantar Saleha balik entah dari mana... kau nak tahu rupanya sepupu yang bakal menjadi  suaminya masa tu..handsome  gila. Orangnya tinggi sasa, berkulit putih, hidung mancung muka dia ada iras-iras pelakun dan penyanyi Sean Rafunge yang berlakun ADAMAYA tu.. Lepas tu doctor lagi.Patutlah dia tak layan kita yang masih pelajar, yang belum ada hala tuju lagi.” Macam keretapi express Edaln menerangkan ciri –ciri dan rupa paras jejaka yang telah menawan hati Nur Saleha ketika itu.

“Masa dia datang jumpa Fatin kat hospital tempuh hari, petangnya dia terus balik Penang, kami yang hantar dia pergi KLIA...Fatin  kak Su bukan nak kata Farhan betul  atau menutup kesalahan Farhan tapi kami cakap yang benar. Farhan tak jumpa dia pun selain jumpa masa depan Fatin tu saja. Sebab apa kak Su berani cakap macam tu..sejak dia datang Saleha tak keluar sendirian…dia ada bersama kami, Kak Su dan Edlan saja ambil cuti nak temankan dia kat rumah kami.”

“Su tak payahlah cakap macam tu..”

“Tak Han..I rasa bersalah sebab semuanya berpunca dari I..I nak betulkan keadaan..sebab kau orang sebetulnya hanya mangsa keadaan sahaja”.

          Setelah lama tiga sahabat berbual, Edlan suami isteri mengundur diri untuk pulang. Anak-anak perempun Edlan  juga kelihatannya  sudah mengantuk.  Setelah tetamu pulang Fatin membantu suaminya berkemas cawan dan piring dibawa kedapur untuk  dibasuh.

“Dahlah sayang..sayang  tu masih dalam pantang lagi, biar abang yang buat.”

“Tak apalah cuci piring dan cawan ni sikit saja takkan jadi apa-apa.”Setelah dia selesai membasuh cawan dan piring, Fatin menyertai suaminya diruang tamu..dia duduk bertentang dengan sofa yang diduduki oleh suaminya, anak kecil mereka sudah dihantar kedalam bilik. Dia memandang suaminya sayu , kemudian dia bersuara.

“Kenapa abang ceritakan masaalah kita pada mereka..sekarang ni mungkin mereka kata yang Ha ni cemburu buta.”

“Ha..abang tak ada kawan lain selain Edlan. Dialah satu-satunya kawan yang rapat dengan abang. Sebenarnya abang tak tahu mana abang nak ceritakan masaalah abang ni. Dengan ibu pun abang tak boleh nak luahkan..ibu sekarang ni dah tak mahu lagi bercakap dengan abang. . Kalau abang datang rumah ayah…sampai abang balik ibu tak tunjuk muka depan abang… ibu lebih suka duduk kat dapur atau dalam bilik dia. Abang rasa dah penat sangat menanggungnya seorang diri. Abang hanya mencari tempat meluahkan apa yang ada dalam hati abang ni saja. Salah ke abang buat macam tu? Abang tak pernah pun ajak mereka datang rumah kita terangkan pada Ha. ” Mata Farhan sudah merah menahan tangis.

         Lama mereka mendiamkan diri. Fatin pula menundukkan wajahnya memandang ibu jari kakinya.  Hatinya terharu mendengar penderitaan suaminya..sebenarnya dia juga menderita..dia juga letih dengan keadaan rumahtangganya. Dia ingin menyelesaikan nya walau apa terjadi agar mereka tidak terseksa denagn kemulut berpanjagan. Kemudian Farhan bersuara lagi masa inilah dia ingin meluahkan isi hati nya jika memang dia sudah terlambat untuk membetulkan semula keadaan..dia pasrah.
“Fatin Najihah..abang nak tanya satu soalan jawab dengan jujur.” terdengar lemah dan lirih suara Fahan. Fatin mendongakkan mukanya memandang suaminya dengan pandanganya juga sayu.Suami isteri yang dilanda masaalah mencari jalan peyelesian yang seakan buntu mencari puncanya.

“ Sejak seminggu  ni kenapa Ha suka lari dari  telefon abang kalau dia berbunyi? Cakaplah.. abang nak tahu..”

“Setiap kali handfon abang berbuyi setiap kali handfon abang bergetar hati Ha menyatakan itu panggilan dari Saleha bang..Ha kalau boleh tak nak dengar apa yang abang cakapkan dengan dia. Ha ingin memberi abang hak peribadi abang. Itulah sebabnya setiap kali handfon abang bercahaya Ha cuba memberi abang ruang untuk bercakap dengan dia. Ha tak akan mencuri baca massage abang lagi.. cukuplah Ha baca dulu dan Ha pun sudah terhukum dengan rasa siksa macam ni.” 

              Makin terkedu Farhan mendengarnya.Rupanya bukan dia sahgaja yang tersiksa isterinya juga menderita. Inilah harga kesilapan dirinya  sendiri, Dia tidak menyangka niat yang tidak bersungguh..menjadikan dia suami isteri terseksa dengan perasaan. Dia ingin meluahkan rasa hati tetapi  lidahnya kelu..hanya matanya terkeli-kelip memandag wajah isterinya.

“Abang dalam sebulan ini Ha rasa sudah cukup bersedia untuk abang lepaskan Ha. Ha janji Ha tidak akan menuntut apa-apa dari abang. Ha juga tidak akan menutut nafkah anak-anak dari abang biar Ha tanggung semua. ”

“Kenapa Ha fikir sampai begitu sekali, bukan kawan-kawan abang tadi dah cakap yang abang tak pernah bercinta dengan Saleha,  macam mana abang nak kahwin dengan dia. Dah berkali-kali abang cakap pada Ha, abang memang tak akan kahwin dengan dia..jadi maca mana lagi abang nak terangkan pada Ha...”

“Sebab Ha tak mahu abang menyesal kemudian hari dan menyalahkan Ha kerana menyekat kebahagian abang..untuk berkongsi kasih Ha rasa Ha tak mampu. Ha tak sanggup menahan rasa sakit hati dan Ha tak sanggup menaggung dosa yang makin bertambah setiap hari. Abang nak tahu..hati Ha ni setiap Hari mengutuk abang. Rasanya dah berkepuk-kepuk dosa Ha pada abang.”

“Ha!! Abang akan lebih menyesal kalau abang kahwin dengan dia.”

“Kenapa pula macam tu?”

“Abang dah bahagia  hidup dengan Ha ..sejak Ha masuk dalam hidup abang… abang bahagia sangat.. dah empat orang anak kita..rasa dah cukup lengkap abang menjadi seorang lelaki, jadi untuk apa abang pergi pada orang yang abang tak tahu boleh ke abang bahagia denganya. Abang tak tahu macam mana abang nak yakin Ha..tentang benarnya kata-kata abang ni. ……Abang sebenarnya dah tak sanggup, hidup dalam rasa curiga isteri abang. Abang rasa dah letih sangat tak dipedulikkan. Abang dah bosan sangat dalam kemuraman rumahtangga kita. Dengan cara apa yang harus abang bayar kesilapan abang, tolong Ha cakapkan pada abang.. .” Farhan mendekati isterinya lalu duduk dihadapan denganya.Dia membenamkan muka kepangkuan isterinya.Dia menagis teresak-esak. Farhan menangis??.Sungguh dia sudah tidak tertahan menanggung musibah akibat kesilapan dirinya sendiri. Akhirnya air mata lelakinya gugur juga dipangkuan isterinya. Dengan perlahan berkata lagi dengan isterinya dalam tangisnya.

“Berikan lah semula kepercayaan Ha pada abang..abang tidak sanggup dicurigai lagi.” Fatin juga menangis diatas kepala suaminya.Setelah lama mereka berdua menangis Farhan mengangkat mukanya.

“Abang sayang Ha lebih dari segala-galanya. Ha adalah permulaan hidup abang menjadi lelaki. Ha adalah cinta pertama abang.  Abang sayang sangat-sangat pada Ha..kebahagiaan abang hanya ada pada Ha saja. Ha percaya tak cakap abang ni, jawap lah ..jawablah Ha.”

“Ha percaya, Ha pun sayang abang. Sebab tamak kasih abang, Ha tak sanggup kongsi kasih abang dengan perempuan lain,  pada Ha baik Ha berundur jika abang dah ada yang dapat bahagiakan abang.”

“Kebahagian abang hanya ada pada Ha saja..abang bahagia dengan Ha dan anak kita..bahagia abang tidak pada perempuan  lain. Lepas ni jangan ungkit lagi pasal abang nak kahwin lain. Jangan sebut lagi nama Saleha.  Untuk pengetahuan Ha cinta, kasih dan sayang abang  hanya pada Allah dan rasulnya pada kedua ibu dan ayah abang dan yang selebih nya untuk Ha dan anak-anak abang..dah tak berbaki  lagi abang nak bagi pada oranag lain..abang cakap ni Ha percaya tak?” Fatin hanya mengangguk-gangukkan kepalanya sahaja.Farhan mendongakkan untuk memandang keanak mata isterinya yang masih berair.Kemudian dia berdiri dengan lututnya untuk  memberi ciuman dibibir isterinya yang kering.

“Satu lagi permintaan abang ..Ha jangan takut lagi dengan handfon abang tu, kalau dia berdering atau bergetar jawab saja. Mulai dari sekarang siapa pun kawan abang dia akan jadi kawan Ha juga. Biarpun dia itu Saleha. Sebenarnya selepas, dia jumpa Ha kat hospital hari tu dia ada call abang ajak jumpa..tapi abang tak mahu jumpa dia..sebab abang dah jelaskan jawapan abang  malam Ha jatuh terduduk tu muktamad dan tak boleh dibawa berbincang lagi. Abang tak dapat terima dia dalam hidup abang. Lepas tu  dia tak call dan bagi massage kat abang lagi.Tapi manalah tahu esok-esok dia menghubungi abang lagi, jadi kita jawablah sama-sama kita selesaikan sama-sama ye".
 Fatin menganggukkan kepalanya.

           Dengan penerangan kawan-kawan  dan peneranagn suaminya Fatin cuba  mempercayai kata-kata suaminya. Dia belajar melembutkan hatinya  dan mahu belajar memaafkan.  Semoga ia menjanjikan kebahagian buat mereka sekelurga. Malam itu Farhan dan Fatin tidur dengan lena. Hati yang rusuh sudah tenang semula. Doa mereka agar perkara seperti  itu tidak berulang. Walaubagaimana pun mereka  akan berhati-hati.  Semoga Fatin dan Farhan menjadi semakin matang bila ditimpa musibah.


Thursday, 4 July 2013

Bab 29 Bimbang



Lama sudah tidak bertemu,
Siksa sungguh dipeluk rindu,
Pujaanku jangan kau ragu,
Dikau sorang pantai kasih labuhan cintaku.


Haji Rasid menceritakan pula apa yang diceritakan oleh Farhan kepada isterinya Hajjah Noraini. Demi kerukunan rumah tangga anak perempuan tunggal mereka… mereka berdua akan memujuk dan  menasihatinya.Tetapi tugas itu akan digalas oleh Haji Abdul Rasid sendiri. Malam itu mereka berdua kebilik anak perempuan mereka.

“Kenapa bersalin kali ni kakak duduk lama kat rumah ayah..Farhan tak nak jaga kakak ke?”

“Taklah ayah..kakak rasa kakak nak belajar berdikari.”

“Janganlah macam tu kakak…kakak tak kesihan ke tinggalkan suami..kakak tinggalkan dia sorang-sorang tak ada siapa nak jaga makan pakainya.” Fatin hanya menundukkan wajahnya bila ayat itu yang keluar dari mulut ayahnya. Bila dilihat anaknya tidak menjawab Haji Rasid meneruskan kata-katanya…

“Sejak bila pula kakak nak belajar berdikari ni”. Fatin masih tidak mengangkat wajah sedari tadi ..dia kelu mendengar soalan-soalan dari ayahnya. Kalau boleh pergeseran antara dia dan suaminya hanya mereka berdua sahaja yang tahu. Dia akan berusha menyelesaikan masaalah rumah tangganya sendiri. Dia juga tahu ayah dan ibunya tidak akan memenangkan dirinya.

“Kakak..kalau kita suami isteri ada berselisih faham cubalah bincang elok-elok dan leraikan dengan cepat. Duduk asing-asing ni akan menjadikan perkara kecil menjadi bertambah besar..hal yang rasanya suam-suam nanti menjadi bertambah panas..jangan sampai memakan diri sendiri dengan tidakkan kita yang tak berfikir panjang. Sekarang kakak dah ada anak-anak fikirkan tentang mereka juga,  jangan fikir diri sendiri saja. Cuba belajar memaafkan. Mungkin dengan memaafkan kita akan mendapat lebih banyak kebaikan. Sekarang ni mungkin kakak nampak buruknya saja.. tapi mana tahu sebaliknya pulak.” Nasihat seorang ayah yang sudah lama makan garam dan sudah matang dengan asam garam rumah tangga. Jika tidak bagai mana ayah dan ibunya boleh kekal menjadi suami isteri hingga usia sudah meniti senja. Mendengar nasihat ayahnya yang seakan memihak kepada suaminya Fatin mula membuka mulut.

“Ayah ibu sebenarnya Abang Farhan dah ada yang tunggu..lepas kakak habis pantang  nanti ni, mungkin dia akan pergi pada perempuan tu.” Fatin merasa hairan bila melihat ayah dan ibunya tidak terkejut dengan penyataannya.

“Adakah  Farhan cakap yang dia akan pergi pada perempun tu?” soal ayahnya kembali. Haji Abdul Rasid sudah menjadi ketua penyiasat untuk menyiasat kes anak perempuan tunggalnya.

“Dia cakap dia tak akan pergi..tapi kakak susah nak percaya..sebab abang tak pernah nak jujur pada kakak.”

“Tak jujur macam mana?”  soal Hajji Rasid, Hajjah Nor Aini sebagai pemerhati hanya mendiamkan diri.

“Malam kakak jatuh terduduk tu..perempuan tu ada call. Abang tak jawab masa tu, dia jawab masa kakak dah tidur..kalau dia jujur pada kakak kenapa tak jawab depan kakak?” Itu juga telah diterangkan oleh Farhan kepada ayah mertuanya.. dia juga telah memberi sebab-sebab mengapa dia tidak menjawap dihadapan isterinya. Pada Haji  Rasid dia merasakan ada kejujuran didalam cerita-cerita menantunya. Sebagai orang tua merangkap  bapa mertua pula dia akan cuba menjernihkan hubungan anak dan menantunya…InsyaAllah

“Mungkin dia ada sebab, kenapa  dia tak jawab depan kakak..kalau dia tak jawab didepan kakak tak semestinya dia nak rahsiakan apa-apa dari kakak... Kalau dah berkali-kali dia meyakinkan kakak,‘dia tak akan pergi pada perempuan tu’, kakak cubalah percaya.Tak ada ruginya kalau kita percaya pada suami sendiri”. Tambah Haji Rasid menguatkan lagi nasihatnya.
“Ayah perempuan tu ada datang jumpa kakak masa kakak kat hospital..kakak tak tahu adakah abang jumpa dia tapi pada kakak..perempuan tu memang mengharapkan abang datang pada dia, lagi pun mereka dah lama kenal mereka satu kelas masa kat UiTM dulu”.

“Ayah pun tahu peremuan tu ada datang jumpa kakak..tapi Farhan tak jumpa dengan dia dibelakang kakak.. dia jumpa masa perempuan tu depan kakak masa kat hospital..sebab dia dah bagi kata putus malam yang kakak jatuh tu, dia  tak akan pergi pada perempuan kawan dia tu.”

‘Semuanya ayahnya sudah tahu’ desis hati Fatin. Dia sudah tidak tahu hendak mencari alasan untuk menyalahkan suaminyakepada ayahnya.Fatin hanya mendiamkan diri. Kalau sudah ayahnya yang bersuara Fatin tidak dapat mengelak lagi. Ayahnya seorang yang berpendirin tegas walau pun jarang bersuara tetapi selalunya nasihatnya amat berkesan. Setelah ayahnya keluar dari biliknya ibunya pula memberi pandagan..sedari tadi hanya berdiam diri memberi peluang Haji Rasid melontarkan buah fikirannya untuk anak perempuan kesayangan mereka.

“Kakak betul kata ayah tadi. Cuba percaya pada suami kita sendiri. Mungkin ini hanya satu duagaan dalam rumahtanagga, kalau kita sabar kita akan mendapat kebaikannya. Kita suami isterinya ni perlu ada sabar, bertolak ansur dan belajar memaafkan.Kita yang perempuan ni, yang patut lebih banyak beralah untuk kebaikan diri dan anak-anak kita sendiri kakak.”

“Kakak takut dia tipu kakak..dia kahwin senyap-senyap.” Itulah yang ditakuti oleh Fatin sebenarnya. Dia takut ditipu dan dihianati dibelakangnya. Kerana ditipu sakitnya lebih berganda.

“Kalau dah berkali-kali dia kata tidak..cuba lapang hati.. cuba percaya…Lagi pun kalau kita isteri yang baik..InsyaAllah.. Allah akan tunjukkan kecurangan suami kita. Yakinlah pada Dia, Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang. Esok siap lah kita balik rumah kakak ayah hantar. Kesihan suami kakak tu dia nak sama-sama susah masa kakak dalam pantang ni..baliklah ye.”Dengan suara lembut Hajjah NorAini memujuk. Fatin hanya mengangguk-anggukkan kepalanya sahaja, air matanya sudah menitis laju. Ibunya memeluk untuk menenangkan anak perempuan tunggalnya. Dia juga memahami perasaan anaknya ..perasaan seorang isteri yang terasa dihianati kasihnya.Tetapi untuk kebaikkan dia harus berpandangan kearah yang lebih positive. Jika didengar dari kata-kata suaminya tentang menatunya dan jawapan anaknya sendiri..Hajjah Fatimah merasakan menantunya jujur dengan perkataannya.

Keesokkan harinya Haji Rasid suami isteri bersama besan mereka Haji Bakar suami isteri menghantar Fatin kerumah sewa anaknya. Ketika mereka sampai Farhan tidak ada dirumah. Dia bekerja hari itu, mungkin dia tidak menyangka isterinya pulang kerumah hari itu. Setelah tolong  mengemaskan rumah anak mereka lebih kurang, dua berbesan itu pulang semula dengan membawa anak-anak  Fatin dan Farhan yang tiga orang lagi. Itulah kebiasaan dua keluarga itu, akan menjagakan cucu mereka ketika Fatin dalam pantang. Farhan hanya menjaga isteri dan anak kecilnya sahaja.

 Sepeniggalan ayah ibu  dan mertuanya Fatin mula memasak untuk suami dan dirinya sendiri. Dilihat didalam peti sejuk, suaminya telah menyediakan segala keperluan yang akan digunakan selama dia berpantang. Dia mula mengeluarkan ikan tenggiri  dan ayam untuk masakkanya hari itu.

Bagi Farhan, ketika isterinya didalam pantang dia akan lebih senang membelikan ikan tenggiri untuk makanan isterinya. Ikan-ikan lain yang tidak gatal tetapi mempunyai tulang yang halus susah bagi isterinya nanti. Seperti biasa ketika berpantang Fatin tidak makan makanan yang bergoreng dia hanya merebus ikan tenggiri tadi dengan sedikit air asam jawa  lada hitam dan bawang besar yang dihiris kasar. Sayurnya pula dia akan memasakkan sayur bayam atau pun sawi sahaja. Untuk suaminya pula Fatin memasakkan kari ayam bersama kentang.

Petang itu ketika Farhan pulang dari tempat kerjanya dia disambut dengan kepulangan isterinya yang disayanginya.Isteri yang membuka pintu didakap penuh kasih dengan ciuman rindu yang bertubi-tubi.

“Hmm..abang tak sangka Ha balik hari ni..pukul berapa samapi tadi siapa yang hantar?”

“Dua-dua ayah dan ibu kita..pagi lagi mereka hantar Ha..makan lah Ha dah masakkan abang kari ayam dengan kentang atas meja tu..tapi sebelum tu pergilah mandi atau pun sekurang-kurangnya basuh muka dan tangan abang dulunya kita ada anak kecil kat rumah ni”.Itulah kebiasaan pasangan itu berpegang teguh pada pesanan orang tua mereka.Sebelum memegang anak-anak yang masih kecil dikehendaki sekurang-kurangnya membasuh tangan dan muka. Jika inginkan yamg lebih baik ketika membasuh muka bacalah selawat keatas Nabi kita tiga kali.

“Ialah abang mandi dulu lah..anak dara kita Ha letak mana?”. Denga wajah yang ceria Farhan menuju bilik mandi mereka didapur.

“Dalam bilik kita bang..abang masuklah dalam bilik air tu Ha ambilkan tuala dan baju abang.”. Gembira tidak terkira hati Farhan.Jika dia tahu isterinya pulang pasti dia mengambil cuti hari itu.Hatinya benar-benar bahagia.Dengan senyumnya yang terukir dibibirnya dia melangkah kaki ke bilik air.Selesai mandi dia melangkah kemeja makan.

“Kenyanglah perut abang malam ni. Abang tak makan tengahhari tadi rasa macam tak selera pulak tadi.” Fatin hanya tersenyum mendengar kata-kata dari suaminya.Dia memandang suaminya makan dengan berselera sekali. Fatin berjalan perlahan menuju kebilik tidur mereka bila mendengar rengekkan anak daranya mungkin minta disusui.

Ketika Fatin sedang menyusui anaknya Farhan datang menghampiri.

“Sejak dia lahir sampai dah dekat  dua minggu lebih anak dara abang ni asyik tidur saja kan Ha. Dah banyak dia menyusu.”

“Dia menyusu sikit  tapi dah agak kerap. Tak macam mula dulu.. dahlah menyusunya sikit lepas tu tunggu kita suakan puting susu baru dia menyusu lagi. Ni dah pandai merengek minta susu.” Farhan mengamati wajah anak daranya.

“Dah nampat berisi sikitkan..Nampaknya semua muka abangkan sayang.. kenapalah tak nak terlekat wajah sayang..abang teringin nak tenguk anak kita yang ada mirip wajah Ha.“

Fatin hanya memandang suaminya dengan senyuman hambar.Dihatinya terdetik ‘mungkin ini adalah anaknya yang akhir bersama Farhan’. Farhan menyedari perubahan riak isterinya walaupun dia rancak mengajak isterinya berbual namun, dijawab hanya sepatah dua sahaja..walaupun disulami dengan senyuman tapi senyuman dan  pandangannya nampak hambar. Farhan rasa sungguh terpukul bila diperlakukan begitu.

              Mungkinkah kehidupanya selepas ini akan sehambar seyuman isterinya.   Mungkin kehidupan seterus tidak seceria dahulu, sebelum dia berbalas massage dengan Nur Saleha. Dia berazam tidak akan mengulangi kesilapan itu lagi. Walau apapun dia cuba bertahan dan bersabar sebolehnya demi keutuhan rumahtangga dan demi anak-anaknya juga…kerana dia tahu ini adalah kesilapanya dari mula lagi.

Walaupun didalam pantang Fatin tetap melakukan kerja-kerja rumah yang ringan-ringan seperti  memasak, mencuci pakaian dan membasuh pinggan manggkuk. Di tambah pula kini setiap hari Farhan akan pulang kerumah untuk makan tenghari. Niat dihati Farhan pulang tengahhari  adalah untuk menemani isterinya yang hanya tinggal dengan anak yang masih bayi. Pada fikirannya tentulah isterinya akan bosan bila seharian ditinggalkan, pada  isterinya makan sorang  diri biarlah dia pulang menemankan, lagi pun perjalanan dari hospital kerumahnya tidaklan begitu jauh. Dia juga lebih suka makan masakkan isterinya dari makan diluar.

Walau kini isterinya sudah pulang kerumah namun hari Farhan dari hari ke hari semakin suram. Hatinya dilanda musim salji dengan sikap isterinya yang bagai ingin menjauhkan diri setiap kali didekati. Segala tingkah dan perlakuan isterinya diperhatikan oleh Farhan. Dia tahu isterinya menyimpan curiga dihatinya.. Setiap kali telefon bimbitnya berdering isterinya akan cepat-cepat melarikan dirinya, dia akan masuk kebilik anak-anaknya atau kebilik air atau pun kedapur untuk menjauh dari dirinya. Seakan dia tidak mahu mendengar apakah yang dibicarakan ketika dia menjawap panggilan. Hatinya menjadi sedeh bila dicurigai begitu Walaupun  begitu isterinya masih melakukan tugasnya dengan sempurna.

           Malam itu ketika Fatin melayani makan malam suaminya, anak kecilnya pula merengek mungkin minta disusui.

“Abang makanlah Ha nak tenguk anak  agaknya lampinnya basah.” Fatin pergi kebilik tidur mereka untuk melihat anaknya yang merengek. Selepas makan malam dan membasuh pingganya kemudian dia menyertai isterinya diruang tamu. Isterinya sedang menyusui anaknya duduk dilantai yang dialas dengan sekeping tilam nipis.Farhan duduk hampir disebelah isterinya lalu memberi sebuah ciuman dipipi isterinya. Waktu-waktu dalam pantang yang terdahulu selalunya mereka mengambil peluang sebegitu untuk bermesra tidak kira dimana. Sementara anak-anak mereka yang lain dirumah kedua ibu dan ayah mereka, peluang berduaan begitu sering dimenefaatkan untuk menjalin kemesraan antara mereka. Farhan sering memeluk dan mencium isterinya sesuka hati. Tetapi tidak berpantang kali ini sikap dingin isterinya amat dirasai.

“Sayang terima kasih masakkan abang hari ini..tapi esok kalau Ha letih tak payahlah masak untuk abang.” Fatin memandang suaminya, wajahnya nampak sedeh.
“Selagi Ha masih isteri abang.. Ha akan masak untuk abang.”

“Kenapa Ha cakap macam tu.” Fatin membetulkan duduknya.Kemudian dia menyambung kata-katanya.

“Rasanya hari ini kita bincang tentang hal kita…Ha dah nak habis pantang ni dan Ha rasa dah cukup kuat.”

“Apa yang Ha fikir ni.”

“Macam ni..Ha minta tolong sangat-sangat abang jujur dengan Ha jangan sekali-kali abang tipu Ha..kalau abang dah nak pergi pada dia tolong lepaskan Ha dulu.”

“Kenapa Ha cakap macam tu..nak  berapa kali abang cakap..baru Ha nak percaya.. abang tak akan  pergi pada siapa-siapa..abang tak akan pergi pada Saleha.”

“Kan hari tu NurSaleha ada datang tentu dia dah bincang dengan abang”.

“Haa..abang jumpa dia masa kat hospital  masa didepan Ha tu saja.. Abang tak pernah jumpa dia dibelakang Ha dan abang tak bincang apa pun. Kan abang dah cakap.. abang dah bagi kata putus masa malam Ha jatuh tu...dia balik Penang petang tu Edlan dan Su yang hantar pergi KLIA.. itu kata Edlan.. abang tak nak serabutkan kepala ambil tahu hal dia. Abang cakap jujur dengan Ha memang  sebelum dia balik  dia ada call abang ajak jumpa tapi abang tak jumpa, abang dah katakan keputusan abang malam Ha jatuh tu muktamad ..tak ada perbincangan susulan.. kenapa Ha suka berprasangka buruk pada abang?”.

“Sebab Ha tamakkan bang..Ha tamak diri abang dan kasih sayang abang..pada Ha..Ha tak mahu kongsi. Kalau Ha kongsi baik Ha tak dapat lansung. Ha lebih rela dari Ha ternanti-nanti abang datang pada Ha.”

“Sebetulnya abang  pun tak terfikir nak beristeri dua… sebab abang memang tak mampu kehulu kehilir… penat.”

“Sebab itulah lepaskan Ha dulu..Ha janji Ha tak akan minta apa-apa nafkah dari abang…hanya kalau abang masih ingat anak-anak.. abang jenguklah..lagi pun rumah keluarga kita tak jauh sangat..tentang nafkah anak juga abang jangan bimbang Ha tak akan tuntut..Ha mampu menyara mereka”.

”Bila abang kata abang nak kahwin lain. Hanya Ha isteri abang…kenapa Ha fikir sampai kesitu.”

“Tapi dia kebahagiaan abang.. Ha tak akan menyekat  kebahagiaan abang.”

           Kini Farhan tahu betapa kerasnya hati isterinya. Farhan buntu untuk meyakinkan isterinya bahawa dia tidak berniat untuk mencari kasih lain selain kasih dan sayang isterinya yang sedia ada.


           Wajah Farhan yang muram tidak bersemangat disedari oleh sahabatnya Edlan. Sahabatnya yang perihatin dan selalu yang mengikuti perkembagan masaalahnya. Sejak NurSaleha muncul dalam hidup Farhan, hari Farhan menjadi  mendung tidak pernah cerah seperti dulu.

“Assalamualaikum..kau ok Han hari ini.”

“Waalaikumsalam..ok, kalau tak ok pun hidup mesti diteruskan.”

“Tapi nampak muka kau macam tak ok..kau berselisihh faham lagi dengan isteri kau.”

“Tidak juga…tapi aku tenguk  dia ni lain lah Lan..sejak dia balik muka dia macam sedeh saja, jadi aku pun jadi sedeh juga.”

“Tak apalah..sekurang-kurangnya dia dah ada depan mata kau dan tak merajuk lagi.”

“Aku rasa dia dipaksa oleh ayah dan ibu dia balik..dia balik pun tak ikhlas. Walaupun isteri aku tu anak perempuan tunggal tapi arahan ayah ibu dia tak pernah ingkar. Dalam bab-bab macam ni ayah dia tak pernah bagi manja. Itulah sebabnya dia balik juga. Tapi aku terkilan..aku tenguk dia tak ceria macam dulu. Dia macam tak bahagia walaupun aku didepan matanya”.

“Saleha ada call atau massage kau lagi ke Han.”

“Lepas dia jumpa Fatin kat hospital hari tu petangnya dia ada call aku ajak jumpa.. dia kata nak bincang. Tapi aku dah tegaskan pada dia..apa yang aku cakap malam yang Fatin jatuh tu muktamad....sejak tu dia tak pernah lagi menghubungi aku.. aku bersyukur sangat kalau dia dapat terima kata-kata aku tu. Aku doakan dia dapat ganti suaminya secepat mungkin dan dapat yang lebih baik lagi dari bekas suaminya.”

“Betul tindakkan kau tu..aku setuju. Kita harus tegas Han. Kita ni lelaki kitalah ketua… kita yang mengemudi dan menentukan arah bahtera rumah tangga kita. Han aku  yang sebetulnya nak tanya dengan kau..masa Saleha jumpa Fatin kat hospital haritu. Ada tak perubahan sikap dia pada kau..pertemuan tu tak bawa apa-apa kesan  pada Fatin ke?”.

“Kenapa kau tanya  macam tu?”

“Ialah masa mereka jumpa hari tu aku tenguk isteri kau terkejut sikit..tapi lepas tu dia layan Saleha biasa saja, tak menampakkan dia marah..lepas tu siap kenalkan lagi dengan ibu kau..macam dia tak tahu cerita kau dengan Saleha saja”.

“Entahlah Lan..sebetulnya orang seperti isteri aku tu lagi bahaya..makan dalam Lan. Dia tak tunjuk kat orang Lan..tapi dengan aku ..dia dah tak percayakan aku. Aku sebenarnya takut kau jemu dengar cerita aku ni..aku dah rasa letih sangat nak cerita dengan kau..aku tak tahulah sampai bila rumahtangga aku boleh bertahan”. Melihat kesengsaraan sahabatnya dengan kemelut rumah tangganya Edlan sangat bersimpati.

“Ceritalah kat aku Han..aku tak akan jemu, kalau yang boleh aku tolong,  aku tolong..aku kesin tenguk kau macam ni”.

“Sebetulnya dengan kedatangan Saleha hari tu menambahkan lagi rasa tak percaya Fatin pada aku..dia kata Saleha datang berbincang dengan aku..walaupun aku dah katakan aku tak jumpa Saleha dibelakang dia tapi susah betul  dia  nak percayakan aku. Puncanya yang dia susah nak percaya aku..bila aku call Saleha masa malam dia jatuh..aku ni banyak betul  buat silap Lan..aku dah tak tahu macam mana nak yakinkan dia..dia asyik-asyik cakap ‘kalau aku nak kahwin dengan Saleha tu ..dia minta aku lepaskan dia dulu’. Satu lagi yang aku tak faham dengan dia sekarang ni, dia selalu macam nak menjauhkan diri dari handfon aku..kalau telefon aku berbunyi atau bergetar dia akan cepat-cepat masuk bilik anak aku atau masuk bilik air..kenapa agaknya Lan. Aku sebetulnya tak nak rahsiakan apa-apa lagi dari dia, aku nak dia dengar segala apa yang aku cakap dalam telefon  walaupun kalau Saleha yang call, aku tak nak dia berpresangka lagi dengan aku. Betul cakap kau dulu..aku rasa sungguh tak selesa bila dia buat dingin dan curiga  dengan aku  ”.

“Aku dah jangka perkara macam ni akan berlaku bila Saleha jumpa Fatin kat hospital hari tu..tapi aku tak dapat nak halang, bila dia beria-ia nak jumpa dengan Fatin ..entah lah Han, nanti aku carikan jalan macam mana nak yakinkan isteri kau tu.”

“Terima kasih Lan..aku betul-betul buntu dengan Fatin sekarang ni..kalau  lama aku macam ni mahu aku gila meroyan dibuatnya.” Farhan sungguh tertekan  dengan masaalah rumahtangganya.

“Han yang aku tahu gila meroyan ni untuk orang perempuan lepas bersalin..kau tu lelaki.”.

“Boleh juga bagi aku, bini aku kan lepas bersalin..tempiasnya kena kat akulah”. Farhan oh Farhan  dah mula tak betul kepala bila musibah melanda kehidupanya.