~Siapa Ikut Blog Ni~

Pages

Monday, 23 February 2015

Nur Hidayah 32


p/s: untk mlm ni tak ada ye bab sterusnya tak siap lagi...


“Entahlah mommy, bila tahu dia anak Ris, Ris tak ada nafsu dengan dia.Walaupun Ris peluk dia ataupun dia peluk Ris, Ris tak ada rasa apa pun.Ris sayang dia tapi bukan sayang seorang isteri atau sayang dia sebagai  seorang perempuan. Ris tak ada rasa nak jadikan dia isteri Ris. Lagi dengan kesihatan Ris yang macam ni, Ris dah tak teringat nak berseronok lagi”.

“Mommy bukan apa, mommy kesian anak mommy yang terpaksa menahan nafsunya. Sepatutnya Ris kahwin untuk merasa gembira sementara Ris masih sihat ni”.

“Sihat apa nya mommy. Ris batuk dah dekat dua minggu ditambah demam. Macam ni haa walaupun demam Ris ni, Ris rasa dah baik tapi Ris rasa tak bertenaga. Rasa tak larat  dan lemah sangat badan Ris ni”.

“Kalau dah tak larat janganlah puasa..cuti lah puasa dua tiga hari, pulihkan tenaga dulu nanti sambunglah puasa tu”.

“Tak apalah mommy,  hutang Ris banyak sangat. Ris berusha akan membayarnya  sebelum Ris mati. Pada Ris.. keadaan Ris sekarang Ris yang buat sendiri..Ris puasa yang sebetul nak menyatakan yang Ris bersyukur pada Allah. Ris tak sangka Ris ada anak sorang lagi selain dari Farid. Ris rasa gembira mommy. Hanya pada mereka Ris mengharapkan sedekah Yassin dan Fatihah bila Ris dah dalam kubur nanti.”  Tengku Faridah hanya memandang wajah anak yang suram bila menyebut alam kuburnya. Untuk tidak kelihatan dia sedeh Tengku Faris memesongkan ceritanya…


 “Mommy..Sekurang-kurangnya Ris ada anak lelaki dan perempuan. Dan Ris dapat hidup sebumbung dengan anak perempuan Ris. Mommy nak tahu perasaan Ris bila pandang  Hidayah..Bila dia tersenyum ceria Ris bahagia sangat. Bila Nampak dia petah berceloteh Ris rasa terhibur.. Bila dia manja-manja dengan Ris rasa seronok sangat. Mommy nak tahu sebab apa..sebab Ris terasa Ris sangat diperlukan oleh anak perempuan Ris. Dia memerlukan Ris untuk dia mencari kasih. Rasa seronok tenguk anak dah besar.  Ris bangga anak Ris sempurna, cantik dan pandai. Mommy nak tahu, Hidayah ni dari kecil lagi dah pandai, rugi rasanya tak dapat tenguk dia masa kecil. Masa tadika dah pandai maca buku cerita, UPSR dapat 5A, PMR dapat 8A dan SPMnya pun pun sama..ada dia tunjuk gambar dia masa dapat dia dapat anugerah. Dia ada tunjukkan gambar dia pada Ris Detik-detik kecemerlanganya. Masa jadi pelajar UiTM beberapakali dia dapat anugerah Dekkan pandai anak Ris mommy.  Kalau ada masa nanti Ris minta dia tunjukkan gambar-gambar dia tu pada mommy ye. Nanti mommy boleh tenguk wajah dia tu mengikut sebelah kita.”  Dapat juga Tengku Faris melepaskan rasa bangganya dengan kebijakkan anaknya. Tengku Faridah hanya memandang anaknya yang berwajah bangga.

“Jadi Ris memang tak ada niat nak jadikan dia isteri  Ris yang sebenarnyalah. Kalau macam tu apa kata kita cari wanita lain. Ris nikah dengan dia, tentu Hidayah tak marah  kalau Ris madukan dia. Jadi adalah orang nak jaga Ris”…Tengku Faridah tidak putus asa untuk mencari kan anaknya jodoh buat melepaskan nafsu batinya.

“Entah lah mommy.. Ris rasa tak perlu. Mommy jaga Ris pun dah cukup.  Ris sudah cukup puas hidup macam dulu.”

“Mommy jaga lain, anak jaga pun lain dan kalau isteri jaga juga lain rasanya Ris”.

“Memang lain mee. Tapi bila Ris ingat kematian Ris tak lama lagi, Ris dah tak fikir rasa nak berseronok Mommy. Ris sedar hidup Ris  hanya ada beberapa tahun sahaja lagi. Kemudian Ris akan tinggalkan wanita itu dengan satu gelaran BALU.”.

“Tak apalah nanti  kita bagilah harta sikit pada dia. ”

 “Ris tak mahu dia datang pada Ris hanya kerana harta sahaja. Nanti kalau penyakit Ris ni dah teruk dan Ris tak dapat memenuhi kemahuan batin dia, dia cari jantan lain depan mata Ris. Tak mampu Ris membayangkan isteri curang didepan mata Ris. Lagi pun Ris dah rasa tahap kesihatan badan Ris dah mula lemah. Dan keinginan Ris pada wanita pun dah tak ada mee. Ris tak nak fikir lain. Sekarang  Ris ingat  hanya nak meraih kasih sayang dan belas kasihan Allah pada Ris. Ris nak minta ampun pada Allah sungguh-sungguh supaya taubat Ris diterima oleh Allah mommy.”

“Mommy tak dapat nak tolong Ris. Yang mommy boleh tolong hanya mencarikan Ris wanita yang boleh dijadikan isteri Ris sahaja. Kadang-kadang mommy kesian juga dengan Hidayah tu, sayang dengan hidup muda dia. Selagi Ris tak lepas kan dia,  dia tak ada peluang nak jadi isteri pada lelaki lain”.

“Ris ada juga cakap macam tu dengan dia, umurnya akan terbuang selagi Ris tak lepaskan dia. Tapi katanya sebab dia sayang dengan umurnyalah dia nikah dengan Ris..”

“Pulak dahh..sayang yang macam mana tu kalau dia nikah tapi tak dapat apa-apa.. dan peluang dia mendapat kebahagian seorang isteri dengan lelaki lain pun terlepas…sayang umur apanya macam tu”.

“Hidayah kata dengan Ris dulu..kalau dia tak nikah dengan Ris, umur  yang  Allah dah bagi pada dia akan terbazir macam tu sahaja. Sedangkan Allah hidupkan seseorang hamba untuk berbuat kebajikkan. Dia tak pernah mengharap dirinya dijadikan isteri oleh seorang lelaki kerana statusnya mommy. Jadi pada hidup nya terbazir tak buat apa-apa dia nak bantu Ris bertaubat, itu juga satu kebajikkan katanya.
… Memang sebelum kami nikah, Ris ada cerita dengan dia kehidupan Ris dulu  macam mana.  Ris ada juga cakap dengan dia, Ris betul-betul nak bertaubat.  Masa tu Ris belum tahu lagi Ris ada HIV dan Ris belum tahu lagi dia anak Ris. Bila dengar Ris cakap macam tu, dia terus setuju nikah dengan Ris.Dia berjanji nak bantu Ris bertaubat. Bila Ris tahu Ris ada HIV, Ris berterus terang dan tanya dia sekali lagi, nak ke dia bernikah dengan Ris. Dia masih nak teruskan janjinya,  sebab dia dah janji nak bantu Ris..dia tak nak jadi orang munafik kerana mengingkari janjinya. Dia memang ikhlas nak membantu Ris membetulkan diri  Ris mommy”.

“Tapi mommy rasa dia ada ajenda lain..mommy tak percaya dia ikhlas nak tolong Ris. Pada mommy setelah dia tahu keadaan Ris, dia dah siap merancang..ialah tak lama lagi dia akan menjadi balu Ris, ini bermakna  dia akan dapat bahagian harta  selepas Ris tak ada nanti. Dia nak cepat senang. Dia nak cepat jadi janda berhias yang kaya …”

“Mommy, Ris ada tanya dia kenapa dia nak juga teruskan pernikahan dengan Ris..kalau dia nak duit Ris boleh bagi sebanyak mana yang dia nak. Dia tak nak.. yang dia nak seorang papa yang boleh melindungi dia. Tapi sebab dia anak luar nikah Ris dari segi hukum dia bukan mahram Ris. Kalau dah mahram kami bersentuhan atau kamu duduk berduaan kami akan berdosa. Hanya satu cara sahaja yang boleh kami mengelakkan dosa NIKAH..jadikan dia mahram Ris.”

“Entahlah Ris manusia ni kadang-kadang sangat pelik.Tapi mommy rasa tak percaya dengan kebaikkan dia..”

“Selama dia duduk dengan kita..ada ke mommy nampak dia macam tu. Nampak dia gila kan harta”.

“Dia pandai berlakon Ris.. Ris jangan mudah tertipu”

“Tapi Ris memang percayakan dia.Dengan sebab itu juga Ris tak nak meninggalkan dia dengan rasa gersang seorang isteri. Sebab.. Ris takut selepas kematian Ris tak ada lelaki yang sudi kutip dia jadi isteri apatah lagi bila orang tahu bekas suaminya pengidap ADIS. Mommy Ris nak tinggalkan Hidayah dengan kenangan Ris adalah papanya bukan suaminya mommy.”  Yang sebenarnya hari itu Tengku Faris tidak kepejabat. Sudah hamper seminggu di terkena selsema. Tiga hari kemudian mungkin  kerana selseme  nafasnya pula menjadi sesak. Dia diserang asma pula, doctor menasihatkan agar dia berehat untuk menghidarkan dari bertambah teruk. Daya ketahanan badanya sudah lemah, dia tidak boleh berada di kawasan yang dipenuhi oleh manusia-manusia lain yang kita tak tahu entah kuaman apa yang dia bawa.


Sedang mereka bercakap-cakap kedengarn deruman kereta dihalaman rumah. Mereka tahu Tengku Faizal dan Nur Hidayah sudah pulang dari kerja. Tengku Faris yang baring cepat sahaja menegakkan badan duduk. Tidak lama kemudian kelihatan pintu dibuka dari luar..dan suara lembut menyapa telinga memberi salam..

“Assalammulaikum..”Hidayah menghampiri Tengku Faridah bersalaman lalu mencium tangannya, kemudian Tengku Faris pula dengan perlakuan yang sama. Dia duduk disebelah Tengku Faris. Tangannya secara spontan belakang tanganya melekap kedahi Tengu Faris..sambil itu mulutnya menyoalah keadaan papanya lagak macam doctor sahaja Hidayah….

“Papa macam mana hari ni, rasa sihat tak..”

“Papa rasa ok dah ni hanya rasa letih sahaja.”

“Papa teringain nak makan apa buka ni..Dayah boleh masakkan. Alang-alang atuk balik cepat ni biar Dayah masak untuk papa”.Sambil mulutnya bertanya sambil dia membetulkan duduknya tanganya pula menggengam tangan papanya.Perilakunya memang seperti seorang anak gadis yang manja disisi papanya

“Pa! kalau rasa letih, tak payah kita pergi masjidlah malam ni”.

“Papa dah rasa ok.Papa nak pergi masjid juga sebab malam ni ada ustaz..entah apalah namanya papa lupa..ustaz yang putih-putih tu yang dia kata hari tu, dia 10 tahun duduk Jordan.”

“Ohh ustaz tu ialah kita akan pergi nanti tapi kena tenguk keadaan papa nanti ye, kalau masih rasa letih tak bertenaga jangan pergi ye. Ikut nasihat doctor untuk kebaikkan papa juga..Ehh papa puasa tak hari ni.Pa Kalau tak larat tak payah lah paksa diri. Dayah tenguk papa letih muka pun pucat...”.

“Puasa ini yang letih ni..nanti kalau dah buka segarlah badan ni”.

“Haah Hidayah papa kamu ni dari tadi tergolek kat sofa ni, suruh baring kat bilik tak mahu, dia nak tunggu kamu balik katanya”. Tengku Faridah menceritakan perihal anak tunggalnya.

“Papa boring, baring  sorang dalam bilik tu. Mata pun tak nak pejam baik baring kat luar ni boleh juga jadi teman mommy berbual”.

“Emm.Papa nak buka apa hari ni. Dayah masakkan”.

“Papa nak makan sup ayam bubuh potato ye..tapi masak potato nya biar sampai lembik ye Hidayah”.

“Lagi papa nak makan apa lagi…”

“Hidayaah kamu tu kan dari luar papa kamu baru nak baik, pergilah mandi dulu, pakai baju bersih barulah dekat dengan papa kamu tu”.Melihatkan Nur Hidayah seperti mahu berceloteh panjang dengan papa merangkap suaminya,   Tengku Faridah terpaksa  menegurnya..

“Oh..ialah..ialah  Dayah mandi dulu. Dayah pun tak solat asar lagi. Tadi atuk ajak balik  kalau sampai empat setengah atuk kata jalan jem jadi keluar awal sikit. Atuk kata nak pergi rumah Tengku Farid nak ikut baca Yassin dengan atu Ib..”.

“Hadayaah panggillah abang Farid dia abang Hidayah..dah pergi mandi..”

“Ialah..ialah”. Sambil dia tersenyum-senyum manja…memang manja kelakuan Hidayah ni.. Terus sahaja dia bangun menuju kearah tangga untuk naik kebiliknya.Mandi. Selepas mandi dia turun semula keruang tamu..sebelum masuk kedapur untuk menyediakan makan malam.


Selepas solat magrib dirumah, Tengku Faris mengajak Nur Hidayah kemasjid. Ketika pintu bilik anak dibuka Nur Hidayah masih bertelekung.

“Hidayah jomlah kita ke masjid nanti terlepas pula usrah ustaz tu”.

“Papa sihat ke nak pergi masjid ni”.

“Alhamdulillah dah sihat dah..lepas makan rasa bertenaga pula papa ni. Kan banyak papa makan tadi sedap betul Hidayah masak sup untuk papa..”.

Dalam perjalan kemasjid sempat juga Tengku Faris menyatakan rasa kesalnya. Yang sebenarnya rasa kesal itu sering diluahkan bila perkara lama melintas dikepalanya. Dia memang sungguh menyesal dengan perbuatanya. Dan dia juga menyesal keadaan anaknya adalah hasil dari salah laku dirinya dulu.

“Tak apa  papa..pada Dayah kelahiran Dayah yang macam ni ada hikmahnya.. mungkin Allah nak memberi kesedaran pada papa. Papa nak tahu erti Nur Hidayah dalam bahasa Melayu. Nur  erti nya CAHAYA  dan Hidayah makna nya PETUNJUK..Nur Hidayah maknanya cahaya petunjuk. Mungkin kelahiran Dayahnya menjadi Cahaya Petunjuk pada papa. Yang sebnarnya Dayah dah lama redha dengan kelahiran Dayah yang macam ni”.

“Tapi dengan memegang status anak tak sah taraf..Dayah dipandanng hina”

 “Dayah tak harapakan pandagan manusia pada Dayah tapi Dayah mengharapkan pandangan Allah pada Dayah. Itu sebabnya Dayah berusha menjadi hamba yang baik dan taat pada perintahNya dan menjauhi apa yang di larangNya. Papa jangan salahkan diri, itu semua ketentuan hidup Dayah yang Allah dah tetapkan. Papa nak tahu Dayah bahagia sangat bila Dayah ada papa.  Hanya satu Dayah minta papa bertaubatlah bersungguh-sungguh. Jangan rasa ralat, jangan rasa terkilan dengan apa yang Allah bagi pada kita. Anggap itu ujian dan kita reda dengan segala ujian, kalau kita reda dengan ujianya kita dapat pahala tau pa. Ambil peluang yang Allah bagi..masa yang Allah beri pada papa. Kita  menefaatkanlah  bersungguh-sungguh. Semuga kita dikurniakan nikmat kasih sayangNya kalau tak didunia kat akhirat  ye pa.”

“Terima kasih..sayang..Papa sayang Hidayah..sayang pada anak perempuan tunggal papa. Terima kasih Mel..kerana melahirkan anak gadis yang sangat baik untuk I.”.  Tersedu Tengku Faris mengucapkan terima kasihnya pada bekas kekasihnya. Sebenarnya sudah lama dia kagum dengan kematangan anak perempuanya menangani beban dugaan dari Allah. Yang dia kagum tidak pernah Nur Hidayah menyalahkan takdir dirinya. Dan dia juga tidak pernah menyalahkan dirinya kerana salah lakunya hidupnya dipandang hina.

“Siapa Mel pa”.

“Mel tu Syarifah Jamilah..Papa nak istimewa..jadi papa panggil dia Mel..kawan-kawan panggil dia Syarifah kalau orang kampong, dia akan dipanggil Milah katanya.”

“Haah nenek dan mak cik-mak cik Dayah panggil mama.. Milah”.


Sejak Tengku Faris  sudah bertukar kepada hamba yang sedang bertaubat, dia bersungguh-sungguh dia mahu kemasjid  kalau boleh setiap waktu solatnya akan dimasjid demi utnuk meraih  kelebihan jika kita bersoalat berjemaah dimasjid.

Memang waktu sentiasa maju kehadapan jika anak kecil dari merangkak akan pandai bertatih kemudian berjalan. Begitu juga dengan Tengku Faris, masa yang berjalan mengubah sedikit fizikal badannya. Dulu badannya yang tegap dan agak berisi sudah kelihatan agak menyusut. Mungkin kuman Adis yang bersarang didalam badanya yang menyebabkan fizikalnya  jadi begitu. Ubat yang ditelan tidak mampu melawan keaktivpan kuman yang sudah dua tahun bersarang didalam badanya. Jika dia dijangkiti batuk,  batuknya akan berlarutan hingga berminggu-minggu dan kini satu lagi penyakit yang singgah kebadannya SEMPUT.  Jika dia diserang selsema dia akan diserang sesak nafas atau semput atau lelah juga. Tengku Faris tahu kini daya tahan tubuhnya sudah mula berkurangan.
Petang itu ketika  turun dari pejabatnya dia meminta Hidayah yang memandu keretanya.

“Hidayah!”.
“Ye  pa”..

“Kenapa pa..” Secara spontan tangan Nur Hidayah medarat kedahi.Kemudian dicapainya pula tangan papanya….

“Ehh panasnya. Tangan papa pun panas..papa demam ke?.”

“Demam sikit lah kot”.

“Memang papa demam. Sejak bila papa  demam ni? Pagi tadi rasanya elok sahaja kan pa.”

“Tadi..balik zohor papa rasa tak selesa. Mungki hari ni panas sangat itu yang panasnya meresap dalam badan papa..”

“Ni lepas asar papa baringlah..Magrib nanti tak payahlah kita pergi masjid. Rasanya papa baru sahaja demam ni dahh demam lagi.. ”.Sungut Hidayah berkenaan kesihatan papanya.

“Hidayah masa untuk papa dah suntuk..selagi papa boleh berjalan papa nak merebut apa yang papa tak pernah peduli dulu.Papa minta tolong Hidayah temankan papa ye..In Syaa Allah papa tak jadi apa..kita pergi ye”. Sayu sahaja suara Tengku Faris mengucapkan..sungguh dia merasa waktunya didunia sudah makin menghampiri waktu tamatnya. Begitu bersungguhnya Tengku Faris mencari keredaan Allah. Dia memohon taubatnya di terima.

“In Syaa Allah, Dayah akan teman kan papa. Tapi balik nanti lepas Asar papa baring..”. Dalam pada berbual kereta yang dipandu oleh Nur Hidayah sampai di perkarangan bangle Tengklu Faizal.  Mereka masuk kerumah, namun perlahan sahaja langkah  Tengku Faris, kerana dia merasa dadanya agak sesak. Melihat pergerakkan suaminya agak tidak bermaya Nur Hidayah menoleh memberi perhatian.

“Papa ok ke ni.” Perilakunya spontan memegang lengan Tengku Faris dan sama berjalan perlahan..Itulah Nur Hidayah anak gadisnya yang prihatin dan penyayang. Tetapi dia manja dan sentiasa ceria bila bersamanya.

“Ok..letih sikit mungkin hari ni agak panas tu yang papa rasa dahaga...nanti lepas buka oklah”.

“Lepas buka nanti papa jangan lupa makan ubat..jangan sampai melarat nanti susah pula”.

“Ilah”..Begitulah keadaan Tengku Faris sudah sering diserang demam, selsema dan batuk secara tiba-tiba.

Selepas berbuka dan solat magrib..Tengku Faris  dan Nur Hidayah bergesa kemasjid pula. Itu diatas permintaan Tengku Faris sendiri. Walaupun berulang kali mommynya melarang dia kemasjid.

“Ris tak payahlah kamu ke masjid..kamu kan tak sihat.”.

“tak apa me..Ris ok dah ni”.

“Ok apanya mommy nampak kamu tu lemah sangat..muka pun pucat. Nanti terjadi apa-apa kan susah”.

“Tak apa mee..Hidayah kan ada”.

“Tak apalah mummynya biar lah Ris pergi Hidayah ada jaga dia”.

“Haa Hidayah jaga papa Dayah ni takut jatuh pula nanti. Daddynya kita pergi  rumah Farid ye..Idah nak ikut diorang baca Yassin. Idah nak minta doakan Faris ni cepat sembuh.”

“Kalau macam tu jomlah cepat saying..biasanya En Ib tu lepas solat magrib terus dia baca Yassin”.

“Amboi daddy bersayang-sayang dia dengan mommy”.

“Ehh memang daddy sayang mommy dari dulu lagi apa”. Tengku Faizal bersayang bagai kerana mahu meredakan sedikit resah hati sang isteri bila melihat si anak makin kerap diserang demam dan batuk sejak akhir-akhir ini.

“Ialah tu.. daddynya!! call Farid suruh dia tunggu kita kejab”. Mana kala Tengku Faizal suami isteri pula kerumah Tengku Farid untuk menyertai datuk Ibrahim membaca Yassin. Terdetik juga dihati Tengku Faizal..mana nak cepat sembuhnya.. demam dan batuk anaknya disebab kan daya tahan badang sudah lemah kerana virus  ADISnya.  Tetapi tidak terluah untuk menyatakan kebenaran..dia hanya mengikuti kemahuan isterinya.

Tengku Faris bersugguh kemasjid malam itu kerana kebiasaannya malam Jumaat selepas solat maghrib akan diadakan ceramah hingga menjelang waktu Isyak. Dia pernah mendengar Nur Hidayah memberitahu dirinya..

“Pa kita hadir dalam satu majlis ilmu ni bagus pa..selain kita dapat ilmu kita akan di doakan mendapat kebaikkan oleh para malaikat. Malaikat pun suka hadir dalam majlis ilmu manusia kat dunia ni pa. Jika kita berdoa doa kita pun InSyaa Allah akan dimakbul kan pa..”.

“Oh ye ke..banyak betul kelebihan orang yang duduk dimasjid ni kan Hidayah”.

“Memang banyak pa kalau kita tahu. Itu sebabnya Dayah dari dulu suka duduk kat masjid ni. Rezeki pun murah pa. Dulu masa belajar memang selalu kami pergi masjid. Tambah-tambah masa bulan puasa..selalunya memang ada orang yang bersedekah  makanan untuk orang berbuka. Bagi Dayah duduk kat masjid selain kita dapat ilmu, kita dapat pahala dan dapat doa dari malaikat..dan yang kita nampak pada mata..kita dapat rezeki makanan. Masa tu memang jimat duit makan Dayah. Tapi Dayah tak niatkan kemasjid tu hanya dapat itu sahaja. Kita niatlah kita kemasjid KERANA  ALLAH TAALA. Sesuatu yang kita buat kerana Allah..Allah akan beri kita pahala pa.”

“Macam mana kita nak niat pergi masjid kerana Allah”.

“Niatkan dalam hati sahaja aku beriktikaf dimadjid ini kerana Allah Taala..itu sahaja kan senang.”

“emm. Semua pengetahuan ni Hidayah dapat dari masjid juga ke”.

“Haah pa..bukan susah pun kita dengar sahaja..dah kita dapat pengetahuan. Bukan bayar pun. Walau sesibuk mana pun kita mengejar kehidupan dunia, jangan sesekali kita melupakan akhirat kerana kenikmatan hidup di dunia hanyalah sementara tetapi akhiratlah yang kekal abadi...Betul tak pa”. Tengku Faris tidak mejawap soalan anaknya. Kerana hatinya sibuk mebidas sikapnya dulu. Yang hanya ingat untuk bersuka ria sahaja.

Maka hadirilah MAJLIS ILMU...InsyaAllah dengan ilmu itu kelak yang akan membimbing kita menuju jalan yang diredhai olehNYA...Aaaminnnn.

(Saja diletak untuk menyatakan mengapa majlis ilmu itu sangat baik)
Dari Abu Hurairah ra. ia berkata : Rasulullah saw. bersabda : "Apabila berkumpul suatu kaum dalam rumah-rumah Allah (masjid) untuk membaca Al Qur'an dan mempelajarinya, maka ketenangan pasti akan turun kepada mereka, rahmat Allah melingkupi mereka, malaikat-malaikat mengelilingi mereka dan Allah menyebut-nyebut mereka di kalangan makhluk yang ada didekatNya (para malaikat)." (hari. Muslim)
Para Malaikat berkata : "Wahai Tuhanku, di dalam majlis itu ada si Fulan, seorang hamba yang banyak berdosa, ia hanya lewat kemudian ikut duduk bersama mereka."


Allah berfirman : "Kepada Fulan pun Aku mengampuninya. Mereka semua adalah termasuk ahli zikir, dimana tidak ada seorang yang duduk di situ akan mendapatkan celaka." (hari. Bukhari Muslim)
Kebaikan ketika berada di majlis ilmu
Dari Abu Hurairah ra. dari Nabi saw. beliau bersabda : "Sungguh Allah mempunyai malaikat-malaikat yang mulia yang selalu berjalan mencari majlis zikir, apabila mereka mendapatkan suatu majlis yang dipergunakan untuk berzikir, maka mereka duduk di situ dan masing-masing malaikat membentangkan sayapnya, sehingga memenuhi ruangan yang berada di antara ahli zikir dan langit dunia.
Apabila ahli zikir itu telah kembali ke rumah masing-masing, maka para malaikat itu naik ke langit, dan kemudian di tanya oleh Allah Azza wa Jalla padahal Allah telah mengetahuinya :
"Dari mana kalian datang ?"
Para malaikat menjawab : "Kami baru saja mendatangi hamba-Mu di bumi yang membaca tasbih, takbir, tahmid dan memohon kepadaMu."
Allah bertanya : "Apakah yang mereka minta ?"
Malaikat menjawab : "Mereka minta Syurga."
Allah bertanya : "Apakah mereka pernah melihat syurga-Ku ?"
Para Malaikat menjawab : "Belum pernah"
Allah bertanya : "Bagaimana jika mereka melihat Syurga-Ku ?"
Para Malaikat menjawab : "Mereka juga mohon diselamatkan."
Allah bertanya : "Mereka mohon diselamatkan dari apa ?"
Para Malaikat menjawab : "Dari Neraka-Mu."
Allah bertanya : "Apakah mereka pernah melihat Neraka ?"
Para Malaikat menjawab : "Belum pernah"
Allah bertanya : "Bagaimana jika mereka pernah melihatnya?"
Para Malaikat menjawab : "Mereka juga memohon ampun kepada-Mu."
Allah berfirman : "Aku telah mengampuni mereka, maka Aku akan memenuhi permohonan mereka dan akan menjauhkan mereka dari apa yang mereka mohon untuk diselamatkan."
Para Malaikat berkata : "Wahai Tuhanku, di dalam majlis itu ada si Fulan, seorang hamba yang banyak berdosa, pada mulanya hanya melintasi kemudian ikut duduk bersama mereka."
Allah berfirman : "Kepada Fulan pun Aku mengampuninya. Mereka semua adalah termasuk ahli zikir, dimana tidak ada seorang yang duduk di situ akan mendapatkan celaka." (hari. Bukhari Muslim)






Sunday, 22 February 2015

Nur Hidayah 31







Tengku Farid yang memandu kereta datuknya, manakala Tengku Faris duduk dibelakang. Dalam perjalanan ke masjid mereka berbual. Tengku Faris membuka ceritanya.

“Bulan lepas Ris buka facebook Ris yang dah lama Ris tak buka.”

“Apa yang Ris jumpa dalam fb Ris tu”.

“Katerina dia minta Ris call dia denga nombor yang dia bagi”.

“Habis Ris call dia”.

“Pada mula nya Ris nak abaikan, tapi rasa tak sampai hati pula”.

“Ris nak mula balik dengan dia ke?”

“Tak lah daddy..Ris rasa berbaloi juga Ris buka fb Ris tu, akhirnya  Ris dapat tahu kuman ADIS Ris ni Ris dapat dari dia”.

“Siapa Katerina tu papa”.

“Bekas isteri papa kamu Farid. Kenapa yang Ris kata Ris dapat Adis dari dia”.

“Pada mulanya dia kata nak datang Malaysia..dia nak jadi isteri Ris balik. Jadi Ris cakaplah yang Ris hidup dah tak lama, sebab Ris dah ada HIV positive dah nak masuk dua tahun. Kemudian barulah dia cerita lebih kurang empat tahun dia dah dijangkiti dengan kuman tu. Dia dapat kuman tu dari teman lelakinya yang bernama Gorge. Yang sebentulnya selepas dua tahun kami nikah, Gorge ada datang jumpa dia dan mererka mengulangi zaman mereka bercinta. Masa tu Gorge ada virus tu. Tapi masa tu Katerina tak tahu bekas teman lelakinya dah ada HIV positiv”.

“Ertinya masa dia bercerai dengan Ris tu dia dah ada HIV positivlah”

“Dah daddy tapi dia tak tahu.. Sakit hati  betul bila tahu dia curang di belakang Ris, kemudian bagi penyakit kat Ris. Lepas tu Gorge datang sekali lagi, membawa pada perpisahan kami. Kat kata mereka berdua  masih saling mencintai. Bodoh betul Kat, dia percaya buta-buta pada janji manis Gorge. Padahal dia hanya nak menggunakan Kat sebagai sumber pendapatan sahaja”.

“Apa maksud Ris Kat dijadikan sumber pendapatan pada Gorge”.

 “Yang sebenarnya dia datang pada Kat bukan kerana  cinta tapi dia nak mengguna Kat untuk menyara kehidupan dia.. Bisnes dia yang kat Kanada tu dah mula goyah..dia tahu bisnes dia akan tumbang bila-bila masa sahaja.Itu sebabnya dia mula cari Kat semula untuk bantu dia menyara kehiudupan dia. Lagi pun masa tu, kesihatan dia dah mula lemah. Dia tahu kuman Adis nya dah mula aktiv. Dengan keadaan kesihatan yang makin lemah dia perlukan ada orang membiayai kehiudupan dia.  Harapanya hanya pada Kat kerana dia tahu Kat semenagnya sangat mencintaikan dia. Kat pula pujuk sikit puji sikit dah cair dan percaya semua kata dia. Kan bbodoh mananya. Ni dia nak jadi isteri Ris balik. Ris tak bodoh macam dia, Ris tahu dia datang pada Ris sebab nak Ris tanggung kehidupan dia. Ingat Farid berhati-hati lah dengan wanita..tak ada wanita yang jujur pada kita. Mereka hanya nak kesenagan kita sahaja. Berhati-hatilah ”.

“Pada daddy..apa yang kita buat itulah yang pasangan kita buat. Kemana kita pergi kesitu jugalah pasangan kita pergi. Pada atuk kan Farid Jannah sebaik-baik wanita dan sebaik-baik isteri. Jaga dia baik-baik. Dia dah ubah hidup Farid dari bercelaru jadi yang macam ni. Dia dah lahirkan ni nak masuk tiga orang anak-anak Farid. Dia jaga lagi anak Farid yang dengan wanita lain dengan baik. Hargai dia Farid”.

“Betul tu tuk..papa! rasanya tak semua wanita macam X isteri papa tu. Tapi yang sebetulnya Farid sungguh berterima kasih dengan atuk, sebab pilihkan wanita yang sangat baik untuk jadi isteri Farid. Farid sangat beruntung dan Faris sangat bahagia sekarang”. Mereka berdiam diri sebentar. Bila Tengku Faris menyambung ceritanya tentang Katerina bekas isterinya.

“Semalam dia call Ris lagi daddy. Kat kata Gorge dah mati bunuh diri. Sebab dia dah tahan nak tanggung kehidupan dia. Dengan sakit yang berpanjangan. Dia ditumbuhi kudis dan kulitnya melepuh-lepuh”.

“Dia tak berubat ke?”

 “Nak berubat apanya daddy.., nak makan pun tak ada duit, inikan pula  nak buat rawatan.  Kata Kat dia juga pun dah tak ada punca pendapatan. Dia dah diberhentikan kerja bila selalu sakit. Nak jual tubuh pun dah tak laku bila tengah layan pelanggan dia terbatuk-batuk. Dah sebulan lebih batuknya tak baik-baik. Dia kat sana tak ada siap nak diharapkan. Emak ayahnya dah tak nak terima dia lagi sebab sakitnya tu. Itu yang dia merayu pada Ris, dia nak jadi isteri semula.”.

“Habis Ris nak buat macam mana dengan nasib bekas isteri Ris tu. Ris nak terima dia lagi ke?”.

“Rasa kesian juga. Kami pernah hidup sebumbungkan. Lima tahun kami jadi suami isteri. Tapi bila mengenangkan dia curang masa masih jadi isteri Ris dan dialah yang bagi kuman ni pada Ris.. Ris serik.  Jadi Ris rasa biarkanlah dia kat sana. Ris tak mahu nak tanggung beban orang daddy. Lagi pun dia dah murtad..bukankah orang yang murtad taubatnya tak akan diterima oleh Allah lagi. Sekarang Ris tak nak fikir lain dah, Ris nak bertaubat bersungguh-sungguh”.

“Kalau dah macam tu kata Ris eloklah. Ris jaga kehidupan Ris elok-elok. Bertaubatlah bersungguh-sungguh sementara Ris boleh bertaubat”.

“Ialah daddy..Tapi Ris minta tolong dengan daddy dan Farid, kalau Ris dah tak ada kat dunia ni tolong jagakan Hidayah ye. Farid tolong jaga adik Farid. Dia memang adik Farid.

“In Syaa Allah papa, Farid memang percaya dia adik Farid dari mula dia datang lagi Farid dah rasa macam Farid sayang dengan dia. Tapi yang menjadikan Farid berdebar.. sekali imbas muka dia ada macam muka papa, Farid ada cakap dengan atuk macam tu kan tuk”.

“Haah..atuk pun terkejut juga..tak sangka kita memang ada pertalian darah”.

“Kalau ikut cerita Katerina kuman yang ada dalam badan papa ni dah dekat lima tahun..Jadi tarikh luput nyawa papa pun dah semakin hampir. Kalau lah ada lelaki yang memang betul-betul ikhlas nak ambil dia jadi isteri alangkah baiknya. Ris selalu berdoa agar Hidayah dapat jodoh yang betul-betul ikhlas meneriman dia. Tapi makbul ke doa orang yang banyak dosa macam Ris ni daddy. ”

“Ris jagan bimbang tentang Hidayah,
 dia pandai jaga diri. Dan daddy berjanji dengan nama Allah selagi hayat daddy ada, Hidayah tak akan menghadapi kesusahan. Macam tu juga Farid ye, jaga keturunan kita.  Kamu hanya ada dua beradik sahaja didunia ni. Kamu berdualah keturunan atuk.” Rasa tenang sedikit perasaan Tengku Faris mendenganr janji daddy dan anaknya.


=======================================================

              Putaran alam.. matahari timbul dan tenggelam mengikut kitaranya. Masa  yang berganti tiada siapa yang mampu untuk diberhentikan.   Sudah  hamper dua tahun Nur Hidayah menjadi menantu tunggal pasangan Tengku Faizal dan Tengku Faridah.  Kini dia terpaksa melakukan dua kerja semula. Oleh kerana kesihatan Tengku Faris semakin merosot, dia dinasihat kan oleh doctor supaya banyak berihat dan jangan terlalu terdedah pada masyarakat diluar rumah. Oleh kerana batuk yang berpanjangan diikuti dengan demamTengku Faizal menyuruh anaknya bercuti beberapa hari. Dan pagi itu hanya Tengku Faizal dan Nur Hidayah sahaja yang ketempat kerja.

“Hidayah!  atuk rasa Hidayah kena ambil balik kerja-kerja akaun tu semula. Atuk nak papa kamu tu berihat lama sikit. Kesian juga tenguk dia tu dahlah batuk tak baik-baik, ni demam pula.. kemudian puasa lagi. Pagi tadi banyak tak dia bersahur”.

“Tak banyak tuk, makan dua suap sahaja kemudian dia kata tak ada selera. Dayah suruh dia makan oat dan minum susu. Kemudian makan tiga biji kurma untuk tenaga. Dia makan jugalah”.

“Nak kata jangan puasa..dia kata nak puasa..Tak apalah sehari dua ni kalau dia rehat mungkin baiklah demam dia”.

“In Syaa Allah tuk”.

Kini sudah tiga hari dia bercuti batuknya sudah mula berkurangan, dan demamnya sudah mula kebah hanya badan nya yang letih sedikit mungkin kerana makannya yang sedikit maka sedikit juga lah tenaga yang dihasilkan.  Semalam sehari lagi dia diberi cuti oleh daddynya. Selesai solat Isyaknya sebelum Nur Hidayah masuk kebiliknya Tengku Faris memanggil..

“Hidayah..Sejak tahu Hidayah adalah anak papa.Papa tak pernah anggap Hidayah isteri papa. Walau apapun papa minta maaf sangat-sangat dengan kelahiran yang menyebabkan Hidayah dipandang hina oleh orang lain”.

“Tak apa papa, Dayah reda semuanya. Dayah dah tak kesah apa orang nak pandang Dayah, sebab  sekarang Dayah bahagia sangat. Papa nak tahu kenapa..sebab Dayah ada papa, Dayah ada atuk dan nenek dan Dayah ada abang. Lengkap kehidupan Dayah bila Dayah memiliki semuanya pa. Dayah sayang papa, itu sebabnya Dayah sanggup nikah dengan papa. Untuk Dayah duduk dengan papa sebilik macam ni tampa dosa.” Air mata Tengku Faris sudah bergenang ditubir mata mendengar jawapan tulus dari Hidayah.

“Kenapa papa sedeh?”

“Takkk.. papa tak sedeh papa bahagia. Papa bersyukur  Allah pertemukan papa dengan ‘Hidayah’ papa. Biar agak terlambat namun papa sempat…” Tengku Faris sudah teresak..Nur Hidayah menghampiri lalu dicapai tangan papanya digengam erat lalu dikucup.

“Dah lah pa itu semua ketentuan Allah, kalau kita reda kita akan diberi pahala.. Ingat ye papa sebelum tidur nanti baca selawat keatas Nabi supaya kita dapat syfaatnya diakhirat kelak. Beristifar banyak kali semoga dosa-dosa  kita diampunkan. Kemudian bacalah syahadah supaya jangan lari akidah kita”.  Selesai dia memperingatkan papanya dia mengucup tangan papanya. Sebelum menutup pintu salam dihulur mendoakan kesejahteraan papanya. 


Yang sebenarnya Tengku Faris sudah ditegur oleh mommynya. Bagi Tengku Faridah dia kasihan melihat anaknya yang beristeri namun seperti tidak beristeri.  Anaknya tidak dilayan sebagai suami oleh sang menantu muda. Dia tidak percaya kepada kata-kata anaknya.. dia yang tak menginginkan layanan seorang isteri. Sedangkan dulu anaknya adalah raja penaalok wanita.  Begitu mudahkah nafsunya dapat ditundukkan atau dia terpaksa menahan nafsunya kerana keengganan Nur Hidayah melayaninya.

Setelah  lama berbaring didalam biliknya Tengku Faris merasa bosan.Ialah sedari pagi dia melayani rasa letihnya dengan berbaring diatas katil. Bangunnya hanya untuk solat  Zohor sahaja. Bila dilihat jam sudah keangka tiga petang dia mengangkat tubuhnya yang lemah turun dan baring disofa ruang tamu. Melihat anaknya berbaring disofa Tengku Faridah menghampiri.

“Demam Ris dah ok  Ris”.

“Rasa ok  sikit mee. Dah tak rasa panas sangat. Batuk Ris ni pun dah kurang sangat, hanya sesekali sahaja rasa nak batuk”,

“Emm elok lah tu..Ris! Ris  yakin sangat Hidayah tu anak Ris kan”.

“Ris yakin me, sebab dia ada tunjuk gambar lama mama dia dan memang dia girlfriend  lama Ris”.

“Untuk apa dia tunjukkan gambar lama mama dia..dia nak ugut Ris”.

“Dia nak pastikan Ris kenal tak dengan mama dia, sebab mamanya hanya sebut Tengku Faris  sahaja bukan nama penuh bila dia tanya siapa ayah dia. Tapi cuba mommy tenguk betul-betul dia ada iras muka Farid, dia ada iras muka daddy. Pada Ris yang kenal mama dia, memang dia tiada langsung iras muka mamanya”.

“Ris masih ingat wajah mamanya. Kalau Ris kata dia tiada iras muka mamanya mungkin dia bukan anak  betul mamanya..mungkin dia hanya anak angkat sahaja.”.

“ingat mommy..mommy ingat tak masa Raihana putuskan pertunangan kami dulu. Sebab dia terserempak Ris dengan Syarifah Jamilah..dialah mama Hidayah mee. Dan masa tu rupanya dia dah mengandungkan anak Ris. Ris yakin me memang dia anak Ris..anak yang dikandung oleh Syarifah Jamilah.”

“Oh! emaknya ada keturunan Syarifah..lama ke Ris kawan dengan dia”.

“Lama mee sejak kami disekolah menengah sampai dia masuk Universiti Sains Pulau Pinang”.

“Ris tak Tanya Hidayah,  kenapa dia setuju nikah dengan Ris walau dia tahu Ris adalah ayah dia. Dia nak tumpang kesenangan keluarga kita ke?.”.

“Dia kata. Dia teringin ada ayah, ayah yang boleh melindungi dia dari segala kejahatan, ayah yang boleh memberi dia kemanjaan. Bila jumpa Ris dan tahu Ris adalah papa dia, harapan dia ada ayah yang akan melindungi dia makin berkobar. Sebab selama ni dia rasa macam dia duduk seorang kat dunia ni..tapi kerana dia anak luar nikah Ris, dia bukan mahram pada Ris. Kalau bukan mahram duduk berdua dalam satu rumah akan berdosa. Jadi untuk mengelakkan dosa dia setuju   bernikah dengan Ris.”

“Tapi kalau dia masih jadi isteri Ris, dia tak akan ada peluang lain untuk menjadi isteri lelaki lain, walaupun hakikatnya Ris dengan dia tidak pernah menjalani kehidupan  sebagai suami isteri”.

“Dia tak mengharapkan menjadi  ‘isteri orang’ mommy. Sebab kebanyakkan lelaki yang pernah suka dia, akan menarik diri kalau tahu status dia anak tak sah taraf atau anak luar nikah. Kalau ada yang ikhlas  walau pun telah tahu dia anak luar nikah, emak ayahnya pula yang melarang.”

“Bila dengar Ris cerita ni, macam senang sangat dia nak nikah dengan Ris..Dia yang ajak Ris nikan ke atau Ris yang ajak..kalau dia yang ajak nikah tentu dia yang goda Ris dulu kan..”

“Mommy!! Dulu masa Ris mula kenal Hidayah tu, Ris nak ajak dia  keluar minum kat kafe kita pun susah sangat. Macam mana dia nak goda Ris, Ris lah yang ajak nikah mommy. Kalau mommy tak percaya Tanya Farid atau daddy.. Hidayah ni susah nak rapat dengan lelaki..sebab dia tak nak jatuh cinta dan takut kecewa. Status dia yang menyebabkan dia macam tu.”

“Yang dia cakap dia anak luar nikah buat apa..tentulah orang tak nak.Mommy dulu terkejut juga bila tahu dia anak luar nikah tapi sebab Ris dah beria nak, mommy terpaksa  setuju juga”.

“Dia tak nak rahsia dirinya terbongkar selepas dia jadi isteri..kemudian dirinya dicerca dan ditinggalkan selepas dia ada anak..dia tak mahu anak-anaknya akan jadi macam dia.. tercari-cari kasih seorang ayah”.

“Dah tahu dia bukan mahram Ris bila duduk berdua tu, dia tak rasa apa-apa perasaan ke dengan Ris.”.

“Dia kata rasa sayangnya pada Ris, sayang sebagai ayah.Tapi dia kata dia tak akan menolak kalau Ris nak jadikan dia sebagai isteri.”

“Kalau macam tu jadikan sahaja dia sebagai isteri Ris. Dalam Islam pun tak mengatakan tak boleh seorang anak luar nikah menjadi isteri kepada bapa luar nikahnya kan”.