~Siapa Ikut Blog Ni~

Pages

Friday, 20 February 2015

Nur Hidayah 30





            Seperti yang dijanjikan selepas mandi dan menukar baju bersih Tengku Faris dan daddynya kerumah anaknya Tengku Farid.Bila mereka  sampai kelihatan berkepul-kepul asap disisi rumah anaknya. Kelihatan juga seorang lelaki  seusia dirinya  terbongkok-bongkok membetulkan api.  Apabila lelaki tadi  berdiri tegak dan memusingkabn badan, kenal lah dia Doktor Mohd Razlan suami Tengku Raihana bekas tunangnya dulu. Dia tahu perkemabagan Tengku Raihana dulu melalui daddy dan mommynya.Mereka bersalaman.

“Oh uncle”.

“You pun tolong bakar lemang ke Razlan”.Ramah Tengku Faizal menyapa.

“Saja aja uncle, kita anak ramai manalah tahu nak buat sendiri, esok-esok dah tahu cara nak membakarnya..Ini papa Farid ke? dengar juga you dah balik Malaysia tapi tak pernah jumpa kan.. meh lah you mesti tak pernah tenguk orang bakar lemangkan..kat London mana ada orang bakar lemang”.Doktor Razlan sememngnya tidak pernah bertemu muka dengan Tengku Faris. Hanya namanya sahaja diketahui bila isterinya ada menyebut ketika mereka hendak bernikah dahulu dan ketika dia pertama kali berjumpa dengan Nur Janaah dulu.  Ketika itu Hana isterinya berkata Jannah bernikah dengan anak bekas tunanganya yang bernama Tengku Faris Ikhwan.

“Betullah tu Razlan.. Uncle yang kat sini pun tak pernah tenguk  orang bakar lemang..sejak kenal atuk Jannah barulah tahu macam mana lemang dibuat”.

“ Dulu I bayangkan lemang ni dimasak dalam periuk.” Tengku Faris meramahkan diri menyampuk perbualan daddy dan Doktor Razlan.

“Haa tulah makanan tradisi kita memang unik dan sedap Tengku. Saya ni kalau makan  tak sebatang tak puas rasanya.Tahun ni saya minta buatkan lemang banyak sikit, anak saya balik cuti nak makan lemang puas-puas katanya”.

“Dah habis ke dia buat medic”.

“Belum lagi ada setahun lagi..tapi merengek nak balik nak makan lemang katanya. Cuti pun bukanya lama.”.

“Dah masak lah tu Razlan..Ohh..Tengku berdua dah sampai..masuklah kena asap nanti.”.

“Haah ialah ni nak tenguk Razlan ni ha Encik Ib. Ni mana anak-anak kamu ni Razlan..”

“Ada kat dapur tu, Hana minta tolong.”

“Hebat betul Hana ni..anak lelaki pun dikerah kedapur”.

“Terpaksa uncle..dah kita ramai anak lelaki..kalau tak minta tolong, yang teruk dia juga”.

Tengku Faris hanya memerhati dan mendengar perbualan Doktor Razlan dan daddynya. Dihatinya terdetik bahagianya Doktor Razlan ditemani oleh seorang isteri yang cantik dan anak-anak yang bijak dan sempurna.Tetapi dia dahulu yang menolak tuah. Jika dia mengikuti rancangan daddy dan mommynya, tentu bahagia itu dia yang mengecapinya..Ahh untuk apa mengenang perkara yang sudah tidak tergapai oleh nya lagi. Hargailah apa yang dimilikinya sekarang. Farid dan Nur Hidayah juga anak-anak yang baik dan cerdik. Hanya dia agak terkilan dengan status NurHidayah kepadanya..statusnya  sebagai isteri. Untuk mencari isteri lain mahukah seorang wanita berkahwin hanya untuk beberapa tahun sahaja. Disamping risiko dijangkiti kuman yang tiada ubatnya. Walaupun mereka dijanjikan dengan segunung intan berlian.

Bila Tengku Faris tersedar dari khayalnya yang sudah  merayau jauh..dia beristifar berulangkali. Dia menginagtkan diri sekarang tujuan hidupnya hanya mencari keampunan dan keredahan Allah. Menagih kasihan dan kasih sayang Allah agar dia tidak disiksa didalam kubur dan aklhirat nanti. Sekarang ini dia hanya ingin bertaubat bersungguh-sungguh. Dia sudah tidak perlukan lagi keseronokkan dan kesenangan  dunia dan dia tidak juga memerlu wanita penghibur hati yaitu isteri.

…Tetapi melihat pemandangan yang sungguh meriah, hatinya diterpa sesal. Mengapa dia tidak pernah mahu merebut keberkatan dibulan Ramadan dulu. Sesal kerana keseronokkan menyambut bulan Ramadaan dan Syawal selama ini tidak pernah dipedulikkan.. Dan sekarang dia melihat dan merasai sendiri betapa seronoknya umat 
Islam bersiap sedia menyambut hari Raya setelah sebulan berpuasa dengan jayanya.


…Dihadapanya dia melihat semua orang yang berkaitan dengan anaknya Tengku Farid bergotong royong memasak untuk juadah. Itu tidak kira lagi didapur juga riuh dengan suara orang perempuan bekerja sama menyiapkan makan untuk berbuka dan makan untuk juadah esok nya. Dalam pada bekerja dan berbual Magrib pun tiba. Hidangan penuh dimeja makan. Selesai doa makan yang dibaca oleh salah seorang anak Doktor Razlan mereka mula menjamah makanan. Lemang dan ketupat juga dihidangkan. Selesai berbuka mereka mengambil wudu’ dan solat diruang tamu rumah Tengku Farid. Rupanya kawasan lapang yang tidak terdapat sebarang perabut itu adalah tempat mereka solat berjemaah. Itu yang diberitahu oleh Tengku Farid pada dirinya tadi. Alhamdulliah muda lagi Tengku Farid  sudah diberi Hidayah untuk menjadi mukmin yang baik. Bagaimana meriahnya keadaan berbuka ketika itu begitu juga meriahnya keadaan mereka bersolat. Syaf untuk para lelaki terdiri dari 7 orang manakala perempuan pula juga 7 orang.

Azan dialunkan oleh salah seorang anak Tengku Raihana dan Doktor Razlan yang lain pula. Ada rasa sedeh yang menyelinap dihati Tengku Faris. Sudah lima puluh tiga tahun umurnya tidak pernah dia melaungkan seruan azan untuk mengajak umat Islam lain mengerjakan kewajipan mereka. Sungguh bertuah anak-anak Doktor Razlan diawal usia remaja sudah tahu tanggung jawabnya sebagai hamba Allah.

Solat magrib mereka diimakan oleh atuk Ibrahim. Selesai solat..bergema takbir hari raya memuji kebesaran Allah. Sayu kedengaran suara datuk Ibrahim kemudian diikuti oleh para makmumnya dibelakang. Ketika itu Tengku Faris sudah tidak dapat membendung rasa sebaknya. Dia menangis teresak-esak..Dibenaknya membisikkan mengapakah dulu dia tidak pernah mahu mencari keindahan berhari raya bersama keluarga dinegara sendiri. Dia lebih memilih meraikan hari Krismas di luar negara bersama kawan-kawan kafirnya. Kalau diingat pun, tidak seronok mana. Mana nak rasa seronok bila kepala berputar angkara air syaitan yang diteguk bergelas-gelas. Ya Allah ampun kanlah diriku. Itulah bisikkan hatinya kekepedihan. Air matanya terjun laju dari tubir matanya.

Selesai bertakbir dan bertasmid Dotor Razlan meminta ayah angkatnya dan para jemaahnya kerumah mereka pula. Dia ingin seluruh ruang rumahnya digemai dengan takbir Aidil Fitri juga. Semoga ‘Nur Hidayah’ melingkari setiap orang penghuni dirumah mereka. Betapa gembira hati Tengku Khalidah dengan permintaan menantunya.

“Ayah boleh tak kita bertakbir kat rumah bonda pula..”.

“Boleh saja Lan, jomlah kita ramai ramai kerumah Tengku.” Mata datok Ibrahim terarah kepada Tengku Khalidah yang menjadi makmumnya dibelakang barisan lelaki.

“En Ib..kalau dah dirumah Khalidah..jomlah pula kerumah saya ye. Saya pun nak menceriakan suasana Aidil Fitri kat rumah saya juga.”Pohon Tengku Faizal juga kepada datuk Ibrahim. Merasai keadaan itu Tengku Faris tidak berhenti menyapu matanya yang berair.  Berulang kali menyelinap pertanyaan akan ada lagikah peluang dia merasai suasana yang sebegitu.  Selama 53 tahun hidup diatas bumi, dia tidak mencari suasana yang sebegitu. Kini bila umurnya sudah dipenghujung umur,  barulah matanya terbuka melihat kemeriahan dan keseronokkan hari raya dinegaranya sendiri. Malam itu tiga keluarga bergerak dari rumah kerumah untuk menyatakan rasa syukur dengan mengalunkan takbir raya dirumah mereka beramai-ramai.

Rasa tidak sabar Tengku Faris menanti tibanya fajar Aidil Fitri. Pagi itu sebelum kemasjid mereka sekeluarga mandi dan bersarapan dengan sarapan yang mereka masak dirumah Tengku Farid semalam. Ada lemang dan ketupat daun kelapa dimakan bersama rendang daging, masak kicap ayam dan kuah kacang. Menjadi-jadi Tengku Faris menikmati makan tradisional Melayu dengan bersungguh-sungguh. Memang sudah lama benar dia tidak merasai masakkan itu ialah sudah berpuluh tahun dia duduk diluar Negara. Ketika diluar negara makan nasinya juga hampir sebulan sekali sahaja dia menjamah. Jika mahu ada sahaja tempat untuk orang-orang Malaysia berhari raya disana di Kedutaan Malaysia diluar Negara, Namun hatinya tidak pernah terdetik untuk menjengah dan memaknakan Aidul Fitri.

Sebelum kemasjid Nur Hidayah sudah menyiapkan sepasang baju  Melayu berwarna biru gelap diatas katilnya. Mereka sekeluarga memakai warna yang sama.

“Bila Hidayah beli baju papa ni”.

“Mommy yang beli, tapi masa beli tu Dayah ada sama. Ni mommy beli kat butik tempat dia selalu beli baju. Papa nak tahu kalau ikut Dayah rasa tak mampu Dayah beli kat butik tu. Mahal pa”. Adu Nur Hidayah dengan gaya manjanya. Dengan gaya dan memek mukanya sekali.

“Ni siapa yang bayar”.

“Mommy lah, dia kata nak belanja kita sekeluarga. Dia pun belikan Dayah tiga pasang baju kurung. Yang satu tu harganya masyaallah mahal betul pa. Mulanya Dayah tak mahu tapi mommy bayarkan juga. Dia kata baju tu murah sebab tuan punya butik dah bagi potongan harga 50% untuk semua baju-baju. Walau pun dah dipotong 50% tapi bagi Dayah masih mahal juga.”.

“Mahalnya tu berapa”.

“Yang baju Dayah tu..Seribu pa..tapi baju, baju batiklah. Mommy suruh pakai hari Khamis. Macam pejabat kerajaan hari Khamis kan di wajib pakai baju batik.”.

“Emm kalau mommy dah belikan pakailah. Nanti kecil hati mommy Hidayah tak pakai pemberian dia”

“Bukan tak menghargai lebih dari menghargai tapi rasa sayang pula nak pakai baju mahal ni”.

“Eh jangan macam tu mommy beli suruh pakai bukan nak pandang atau disimpan sahaja. Lagi pun papa teringin nak tenguk Hidayah pakai baju pemberian mommy. Masa papa ada lagi nilah pakai.. tak nanti kempunan papa nak tenguk. .mommy berhabis berapa ribu untuk baju kita semua ni”. Sememang nya Tengku Faris sentiasa menginati mati. Dulu Hidayah pernah berkata pada nya menginagati mati ni pun dapat pahala.
Sabda Rasulullah saw:
“Perbanyakkanlah mengingati sesuatu yg menghapuskan kelazatan (mati), Maka sesungguhnya (dengan mengingati mati itu), dia tidak akan dlm keadaan banyak (angan-angan) melainkan mensedikitkannya, dan tidak dlm keadaan sedikit (amalan )melainkan memperbanyakkannya.
Sebabnya mengapa Rasulullah memerintahkan agar kita mengingat mati, karena mati adalah suatu kepastian.

“Entahlah pa, mommy bayar pakai kad kredit..daddy tak marah ke kalau mommy belanja banyak macam tu pa”.
“Daddy tak akan marah. Hidayah nak tahu mommy tu jarang berbelanja. Dia bukan orang kuat shopping. Dah tua macam ni baru mommy pergi shopping sendiri itu pun dengan Hidayah. Kalau tak asyik tunngu daddy ada masa sahaja barulah dia pergi shopping, kalau tak dalam satu tahun tu memang mommy tak beli apa-apa. Itu pasal kalau dah belanja daddy akan belikan mommy barangan yang baik kualitinya biar tahan lama kata daddy. Kesian mommy  dia tak pandai jalan sendiri. Dari dulu papa dengar mommy selalu menyungut kalau dia anak perempuan atau menantu perempuan dia tak payah nak harapkan daddy sangat kalau nak keluar berjalan.”.

“ Emmm..Ehh pa cepat lah pakai baju tu, solat raya ni kena pergi cepat nanti penuh pula masjid”. Sungguh cantik pemandangan Tengku Faizal sekeluarga mereka semua berbaju warna yang sama. Termasuklah bibik pembantu rumah mereka.


Dirumah lagi Tengku Faizal sudah mengajari anaknya cara-cara solat Aidul Fitri.Malam tadi lagi Nur Hidayah sudah membuka laman wab untuk melihat cara-cara solat Aidul Fitri untuk dirinya. Di Masjid sekali lagi hatinya tersentuh bila mendengar alunan takbir Aidul Fitri yang bergema bila dibaca beramai-ramai,. Dan sekali lagi Tengku Faris  menangis teresak-esak.Tengku Faizal disebelahnya mengusap belakang anak nya perlahan-lahan untuk menenangkanya.Dihulurkan juga sapu tangan untuk mengelap air mata dan air hidung yang mula meleleh. Hati Tengku Faris  berbisik meminta belas dari yang Maha Mengasihani…

Tuhan dengarkan aku,
Ku memohon kepada mu,
Ku angkat tangan ku,
Ku lafazkan lidah ku .menyebut nama mu tuhan,
Tuhan lihatlah aku,
Ku berserah kepada mu,
Ku letakkan kening ku,
Ku bersujud pada mu,
Ampuni dosa-dosaku,
Tuhan ku jangan ambil nyawaku sebelum kudekat dengan mu,
Tuhan ku siapkan dunia ku,
Untuk nanti tiba akhirat ku.
Berapa banyak nikmat yang telah kau beri
Berapa banyak pula yang telah ku ingkari
Masih layakkah ku mendengar rintihan ku..
Aku malu aku malu aku malu.
Rintih Tengku Faris didalam hati.

Aidil Fitri  sudah seminggu berlalu, Tengku Faris sudah dua hari meneruskan lagi puasa gantinya. Nur Hidayah juga meneruskan puasa gantinya juga.

“Hidayah pun dah nak puasa juga ke, tak nak raya lagi..”.

 “Haah pa Dayah nak cepat-cepat habiskan puasa ganti ni..Lagi pun puasa ganti ni wajib. Kalau sempat nanti Dayah nak puasa enam dihari yang lain tapi masih dalam bulan Syawal ni. Puasa enam hari dalam bulan Sywal ni bagus papa..Allah dah janjikan besar pahalanya kalau kita dapat melakukannya”.

“Kalau macam papa ni dapat juga ke kelebihan puasa dalam bulan Syawal Hidayah. Nak buat hari lain rasanya memang papa tak dapat.”.

“In Syaa Allah dapat.Mengikut apa yang Dayah dengar dan baca tak kiralah puasa apa, tapi kalau kita melakukan enam hari dalam bulan Syawal kita dah dapat pahalanya juga. Ada kaum wanita tak sempat buat puasa sunat enam di hari yang lain kerana masa uzur mereka dapat hujung dan pangkal (Dawal puasa dia haid dan diakhir puasa dia haid juga). Bila Tanya ustaz dia kata dikira dapat juga puasa enam hari dibulan Syawal. Tapi jangan diniatkan satu puasa dua niat itu tak boleh. Kita wajib menggantikan puasa ganti dulu sebelum kita nak buat puasa sunat. Pa walau puasa apa pun kalau kita ikhlas membuatnya kerana Allah, In Syaa Allah Allah akan mengurniakan kita balasan baik.”

“Ialah Hidayah..papa pun macam tu papa puasa, papa solat semuanya kerana Allah. Semoga Allah reda dengan papa”.
Puasa sunat enam ini sangat besar fadhilat serta ganjarannya.Diriwayatkan daripada Abu Ayyub Al-Anshari Radhiallahu ‘anhu, beliau telah berkata bahwasanya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
Maksudnya:
“Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan, kemudian diikuti dengan puasa enam hari pada bulan Syawal, adalah (puasanya itu) seperti puasa sepanjang tahun.”
Pendapat kedua: Di kalangan ulama Syafie ada yang berpendapat bahawa ganjaran puasa enam Syawal tetap akan diperolehi apabila seseorang berpuasa qadha sekalipun dia tidak berniat menggabungkan kedua-duanya.

Hari berganti bulan berlalu dan tahun berganti..Tengku Fairs tekun menjadi hamba yang taat. Dia juga mencari seberapa banyak kelebihan untuk menambah pahala dirinya. Dia akan bersolat dimasjid kerana itu dia bersolat diawal waktu. Dia ingin membuat dirinya dipandang oleh Allah tentunya dia perlu membuat apa yang disukai oleh Allah. Biasanya dia akan mengajak Nur Hidayah menemaninya kemasjid jika hamper masuk waktu solat walau pun hari itu hari bekerja. Kadang-kadang Tengku Faizal dan Tengku Farid juga turut bersamanya kemasjid. Hanya ketika solat Jumaat sahaja dia tidak membawa Nur Hidayah. Umurnya yang tinggal sedikit dimenefaatkan merebut pahala dan ganjaran yang dijanjikan Allah  Dan dia sedaya upaya dimampukan membayar puasa-puasa dan solat yang telah ditinggalkan.

 Dia berazam selagi masih berpeluang dia ingin mengapai semuanya fitrah seorang hamba sebaik mungkin. Dia bekerja untuk menampung kehidupannya dan orang-orang yang dibawah tanggunganya. Kata Hidayah bekerja juga satu ibadat. Dan menanggung anak isteri dan ibu bapa juga satu ibadat. Pendeknya kata kita berbuat baik dan mendapat hasil yang baik niat kerana Allah itu semuanya IBADAT. Yang sebetulnya orang Islam boleh mengumpul banyak pahala dengan berbuat baik dan niat kerana Allah. Tetapi jangan kita berbuat baik kerana mahu dipandang oleh orang lain atau manusia lain.

Sedang Nur Hidayah leka melaksanakan tugasnya walaupun ketika itu  waktu makan sudah  lima minit berlalu. Kebanyakkan staff sudah keluar makan, yang tinggal Nur Hidayah dan mungkin Tengku Farid didalam biliknya kerana biliknya masih terang. Tengku Faris datang menghampiri mejanya.

 “Assalamualaiku! Hidayah papa nak ke masjid..dah  nak zohor ni”.

“Waalaikumsalam! Ok..ok  tunggu ye sekejap” Nur Hidayah mahu bangun untuk menemani Tengku Faris ke masjid seperti kebiasaan.

“Hidayah nak pergi mana tu”.

“Nak teman papa lah pergi masjid”.

“Hari ni tak payahlah papa pergi dengan daddy dan Farid, tadi diorang kata nak zohor kat masjid. Hidayah pergilah rehat. Pergi tidur bilik papa. Kalau tidur tu kunci pintu tau.”Ketika itu Nur Hidayah tidak bersolat kerana uzur syarie. Nur Hidayah memandang papanya yang bertutup separuh dari mukanya. Dia tahu papanya terkena selsema. Yang sebenarnya kesihatan Tengku Faris mudah terjejas, pantang tersilap sedikit dia akan diserang batuk ataupun selsema.

“Papa ok hari ni”.

“Tak ok sangat ini yang pakai mask”.

“Tapi nanti kalau papa solat papa buka ye mask tu. Sebab masa kita bersolat dahi, hidung dan bibir papa wajib mencecah sejadah. Nanti tak sah solat.”

“Haah betul Hidayah..Isyak semalam ada orang tegur papa dia cakap macam yang Hidayah cakap juga. Lagi dia kata tapak tangan dan perut jari pun mesti menyentuh sejadah.  Kalau lengan baju kita panjang kena jaga sikit, jika  tapak tangan kita tidak sepenuhnya menyentuh sejadah, solat boleh jadi tak sah juga. Siap dia pesan dengan papa lagi , kalau papa ada anak perempuan atau pun isteri pakai telekung kena jaga, aurat wanita sampai dibawah dagu sampai hujung dagu ni. Kalau pakai telekung ala-ala mommy pakai tudung solat pun tak sah. Biar tak labuh tapi tutup seluruh bawah dagu. Macam Hidayah pakai ni”.  Hidayah memakai inner NINJA ketika itu.

“Papa ni.. ada pula mommy yang papa jadikan contoh. Telekung wanita labuh sebab biar tertutup pergelangan tangan.”.

“Betullah tu. Tapi yang mommy pakai tudung itu kebenarannya Hidayah, orang perempuan selalu pakai telekong menampakkan bawah dagu dia kan”.

Tidak lama lepas itu terjengul Tengku Farid dari biliknya.

“Dah lama papa tunggu Farid. Atuk mana pa”.

“Dia kata dia ketandas sekejap, lepas tu dia nak ambil wudu’ sekali. Farid dah ada wudu’”.

“Belum Farid nak ambil wudu’ kat masjid. Papa dah ada wudu’?”

“Dah..jomlah kita tunggu atuk dalam kereta. Atuk sekejap sahaja tu.” Ketika mereka mahu memulakan langkah kelihatan Tengku Faizal datang menghampiri mereka.

“Dahlah jom kang lambat kita”. Ajak Tengku Faizal yang laju mendahului mereka.





Thursday, 19 February 2015

Nur Hidayah 29






“Tak sedar dah hamper sebulan penuh papa berpuasa Hidayah. Papa tak sangka papa boleh melakukannya ..Alhamdullilah..Ya Allah terimalah puasa ku dan terimalah solat ku kepada Mu ya Allah.”.Tampa sedar tangan Tengku menadah kelangit. Perbuatan seperti itu tidak pernah dilakukan dahulu tetapi setelah dia rasa bersalah dan berdosa dia selalu memohon kepada yang menciptakan dirinya..Allah tuhan sekian alam.

“Amin!” Nur Hidayah mengAMINkan seputung doa Tengku Faris.

“Pa!! Jika papa sabar In Syaa Allah papa boleh mendisplinkan diri. Dayah selalu berdoa papa dapat menggantikan puasa-puasa dan solat-solat papa yang lepas. Dayah teringin nak duduk bersama dengan papa di akhirat kelak. Biarlah Dayah tak dapat seorang ayah masa kat dunia ni, tapi Dayah dapat bersama-sama seorang ayah kat akhirt kelak.” Mendengar kata-kata anaknya Tengku Faris bangun  lalu menerpa dan memeluk  anak yang duduk dihadapanya. Dia memeluk dan mencium umbun-umbun anaknya dengan rasa sayang seorang ayah.

“Maafkan papa Hidayah, Papa berdosa dengan Hidayah, papalah penyebab Hidayah dipandang hina oleh masyarakat termasuk nenek Hidayah sendiri. Maaf kan papa ye”.

“Jangan salah kan diri papa..itu dah memang percaturan hidup kita papa. Hanya sekarang papa kuatkan semangat menghadapai dugaan Allah. Ok..ok papa ye. Petang ni papa nak berbuka apa. Dayah buka satu tawaran, ni khas untuk papa sahaja...kalau papa nak rasa air tangan anak perempuan tunggal papa yang istemewa ni, boleh Dayah masakkan nanti.”

“Anak dara papa ni pandai ke masak..”

“Hssy tenguk kaki lah..papa teringin nak makan apa, cakaplah tawaran masih dibuka ni, kalau dah tutup nanti meleleh air liur sampai setimba pun Dayah tak masakkan tau”.

“Hssy anak dara papa ni nampak sahaja lembut tapi kejam rupanya”.

“Papa ni..dahlah cepat cakap apa papa nak makan”.

“Hidayah suka makan apa ..kalau Hidayauh rasa sedap yang itu masakkan untuk papa. Papa yang sebetulnya tak tahu sangat nama masakkan Melayu ni..papa main makan sahaja apa yang bibik masak.”.

“Ok emmm(Sambil mengusap dagunya seolah-olah berfikir) Dayah suka masak lemak labu manis dengan daun kunyit..dan sambal hijau ikan tenggiri”.

“Wahh sedap tu..Apalah Hidayah  mengoda papa ni..cuba Hidayah tenguk jam baru pukul berapa, dah cerita pasal buka pula..hssy dah-dah..pergi keluar buat kerja Dayah tu. Jangan kacau papa dengan masakkan segala”..Tengku Faris bersuara garang dan menghalau anak daranya keluar dari biliknya. Terpaksalah Nur Hidayah bangun mengheret kaki untuk keluar, namun sebelum sampai kemuka pintu kedengaran suara Tengku Faris bertanya..

“ehh tapi Hidayah labu manis tu apa?”.
“Tunggulah  Magrib nanti papa tenguk”.

“Allaaah cakaplah, papa nak tahu sekarang”.

“Pumkin papa..papa tahu rupa bentuk pumkin.”.

“OhhhPUMKIN ..tahu..”.

“Apalah papa ni pumkin tahu labu manis tak tahu. Pa!! zohor ni papa nak solat kat mana..solat kat sini ke masjid?”.

“In Syaa Allah kita pergi masjid lah Hidayah..emm tengahari ni kita nak solat kat masjid mana Hidayah.”  . Bersungguh Tengku Faris mahu menjadi hamba Allah yang taat dan hamba yang disukai oleh Penciptanya.

Begitulah Tengku Faris menghadapai cabaran berpuasa untuk pertama kali terasa sangat susah.  Namun dengan kesungguahnnya dia dapat mengatasi segala cabaran. Yang sebenarnya setelah musibah menimpa dirinya barulah dia dapat menghayati puasa itu sendiri. Rupanya dengan berpuasa merasakan diri ini sangat kerdil, lemah dan kita juga dapat merasakan kita seorang hamba.

Dulu semasa dia belum lagi keluar dari kepumpung keluarga, pernah juga dia berpuasa. Bila dia mengadu lapar mommynya akan menyuruh nya berbuka. Bila dia sudah remaja dia dipaksa berpuasa oleh daddynya, tetapi ketika itu dia sudah pandai berlakon.Dia berpuasa hanya dihadapan daddy dan mommynya sahaja. Bila jauh dari pandagan mata kedua ibu dan bapanya dia akan meyuruh kawan-kawan yang bukan Islam membelikan makanan untuknya. Kemudian dia akan menutup mulut setiap kawan yang bersubahat dengan sedikit wang ringgit. Duit ada apa susah, semuanya akan ditanggung beres oleh kawan dan rakan disekelilingnya.

Bila dia sudah dewasa dia mencuba dua tiga kali, tetapi apabila berkeriut sahaja perutnya, dia mula mencari makanan yang memang sudah tersedia didalam biliknya. Air kotak atau roti yang sengaja disorok dibawah katil atau didalam laci mejanya. Mengapa perlakuan itu terjadi ..kerana tiada kehiklasan untuk melakukan.  Melakukan hanya kerana suruhan emak ayah.  Tetapi bila terasa menyiksa diri, dia akan mengambil jalan mudah BERBUKA.. sebelum tiba masa berbuka.

Dan akhirnya, bila dia belajar keluar  negara jauh dari keluarga makin dia terlupa. Biasanya dia juga tidak ambil pusing kedatangan bulan Ramadan. Bulan yang sangat ditunggu oleh kebanyakkan umat Islam. Bulan yang penuh barakah yang sentiasa ditunggu oleh seluruh umat Muhammad. Kini setelah dia mengenali dan hidup sebumbung dengan Nur Hidayah barulah dia mengenali RAMADAN. Dia berkenalan dengan Ramadan dimasjid, bila dia sering diajak kemasjid oleh Nur Hidayah. Pada waktu itu pengenalan Ramadan sedang rancak dibualkan kerana hanya timggal sebulan lagi DIA akan datang menjengah. Setelah berkenalan siapa itu Ramadan..kini  dia merasa betapa ruginya mengabaikan kedatangan bulan yang penuh dengan barakah itu dulu.

Seperti yang dijanjikan petang itu sepulangnya kerja Nur Hidayah kedapur membantu bibik menyediakan makan malam. Tetapi sememangnya sudah menjadi kebiasaan. Setiap hari dia membantu bibik didapur.

“Bik malam ni nak masak apa?”

“Non Dayah enggak payah kedapur. Kan non baru pulang dari kerja, apa tidak capek baju kerjanya pun belum ditukar..sana berehat biaren bibik yang melakukan kerja-kerja bibik”. Mana sempat bertukar baju turun sahaja dari kereta terus sahaja Nur Hidayah menuju kedapur sambil menjinjit beg plastic supermarket.

“Tak apa bik..saya mahu mencari pahala memasakkan orang puasa. Lagi kan dapat pahala menyediakan makanan untuk suami”.

“Kalau sudah begitu bibik menolong juga ya, tapi pergilah tukar baju dulu.  Apaan yang mahu dimasak  petang ini non Dayah”.

“Saya nak masak lemak labu dan sambal hijau  ikan tenggiri, ni ha semua bahan dah ada, saya singgah beli  kat supermarket tadi...” Akhirnya siap satu set makan malam yang sungguh enak.

Sungguh berselera Tengku Faizal sekeluarga makan malam, termasuklah Tengku Faridah. Hanya Tengku Faris yang nampak kepadasan dan sibuk menghembus lidah yang kepedasan. Dia lama tidak memakan makanan pedas walau pun sudah lama pulang ke Malaysia.

“Huui lada apa yang Hidayah masak ni, pedas betul”. Komen Tengku Faris bila terasa lidahnya berbahang setelah dua supan masuk kemulutnya.

“Mana ada pedas Ris..daddy biasa aje ni. Pedas tak mommynya”.

“Mommy pun ok..pedas sikit saja. Cili api kan tentulah lebih pedas sikit..tapi memang tak berapa pedas ni..Hidayah campur dengan cili besar hijau ke?”. Sampuk Tengku Faridah sesekali dia juga mahu turut sama berbual. Sedikit-sedikit Tengku Faridah memasukkan rasa suka pada menantu yang dipilih oleh anaknya sendiri.

“Taak..saya guna lada hijau sahaja tapi dah dibuang bijinya kemudian saya blandkan sama bawang besar supaya jangan pedas sangat. Pa! Kalau dah pedas, ambil ikanya sahaja lah pa..meh sambalnya tu..papa makan ikannya sahaja. Dayah guna lada hijau banyak sikit  sebab kuah labu tu tak pedas langsung..kan labu tu rasa manis..ambil labunya  gaul dengan nasi”. Nur Hidayah mengambilkan dua potong labu lalu dimasukkan kedalam pinggan Tengku Faris. Sambal yang dipinggan Tengku Faris pula berpindah kepingganya. Dimata Tengku Faizal kelihatan tiada rasa takut akan jangkitan kuman yang ada didalam darah papanya Tengku Faris. Sememangnya Nur Hidayah ikhlas mahu masuk kedalam kehidupan Tengku Faris.

“Hidayah tak payahlah ambil sambal papa, buang sahaja..nanti..”

“Hissy Tak apaa ..tak baik membazir. Lagi pun memang Dayah suka pedas..kalau ikut Dayah tadi, lada hijau tu tak payah nak buang bijinya.  Yang kita beli tadi pun Dayah tak  masukkan semua. Ni Dayah bubuh gula lagi ni..rasa manis kan”.

“Berapa kilo Hidayah beli lada tadi”.

“Tak banyak tuk dua ringgit sahaja..ada lagi tu.. Ikut saya tadi nak masukkan semua, tapi kata bibik Tengku tak tahan pedas itu yang kurangkan sikit sahaja..nak Nampak banyak sambal, saya bland dengan bawang besar dua biji. Kalau arwah mama, dia ajar masak tak masuk gula. Dayah ni dah mencemar duli dah..anak negeri Sembilan masak cili bubuh gula..” Ha..ha ha tergelak lepas Tengku Faizal suami isteri mendegar Nur Hidayah menceceh.

“Kalau Hidayah masukkan semua, ada yang masuk tandas tak keluar nampaknya ni”. Tengku Faizal memberi pandangannya sambil tersenyum-senyum kearah anaknya yang sedang meneguk air.

“Ialah tu mencemar duli sangat lah..naik terbakar lidah papa ni”. Sampuk Tengku Faris setelah meneguk sedikit air.

“Tulah..Dayah memang kuat pedas..orang Negori kan memang kuat pedas. Sedari kecil Dayah dah diajar makan pedas kot..”.

“Mommy pun ok ..hanya Ris tulah yang takut cili. Hidayah nak tahu Ris ni memang  dari kecil takut cili.”

“Mommy ni..jangan cerita kisah lama my”

Sedikit demi sedikit Tengku Faridah sudah boleh menerima kehadiran Nur Hidayah dalam kehidupan keluarga nya. Bila dilihat wanita itu tidak menunjukkan  seperti wanita yang gilakan harta atau gilakan kemewahan. Malah kadang-kadang timbul rasa kasihan bila melihat pakaian kepejabatnya asyik memakai pakaian yang sama. Dia membayangkan pakaian harian Nur Hidayah tidak lebih dari sepuluh helai.Suatu hari dia menegur…

“Hidayah kamu tak ada baju lain ke..asyik baju tu sahaja yang kamu pakai. Jagalah penampilan..supaya orang boleh pandang hotel kita. Ni pekerjanya berpakaian kusam, .nanti orang tak nak datang ke hotel kita. Mereka ingat pekerja tak cukup gaji nak beli pakaian..”.

“Ialah nanti cukup bulan saya pergi beli”.


Bagi Tengku Faris yang menghitung hari masa dirasakan sangat cepat berlalu. Dua bulan mulia sudah dilepasi bulan Rejab dan bulan Syaaban.  Dan dikedua-dua bulan dia berpuasa penuh. Bukan puasa sunat tetapi puasa wajib, puasa gantinya. Fidyahnya juga sudah dilangsaikan. Untuk kepastian dia kepejabat ugama bersama Nur Hidayah untuk mencari nasihat dan cara-cara membayar fidyah dengan betul. Dia berazam tidak mahu terhutang dengan Allah dari segi ibadah puasa dan solat lima waktu. Kini menjelang pula bulan Ramadan yang penuh barakah. Dulu bulan itu dia tidak diambil tahu kemunculanya. Walau pun umat Islam lain menanti-nantikan kedatangan bulan mulia itu.

Malam itu dia mendengar ceramah dimasjid yang dikunjunginya bersama Nur Hidayah. Ustaz yang berceramah menerangkan:
Bulan Ranmadan merupakan bulan yang mendidik umatnya menjadi SABAR.Sabar menahan lapar dahaga. Sabar menahan marah dan sabar menaha hawa nafsu. Dalam bulan Ramadahn kita membersihkan diri dri sifat-sifat syaitan.

Alahmdullilah penuh sebulan Tengku Faris berpuasa pada tahun itu. Hatinya sangat gembira kerana dapat melaksanakan perintah Allah dengan sempurna. Sehari sebelum menjelma nya Syawal, pagi lagi Nur Hidayah kedapur bertanyakan bibik didalam biliknya. Bilik bibik dibelakang berdekatan dengan dapur mereka.

“Bik..boleh masuk tak”.

“Masuklah non Dayah…mau apa ya..nanti bibik buatkan.”

“Tak nak apa-apa bik, tapi nak tanya, kita tak masak apa-apa ke untuk hari raya kita esok..saya nak tolong ni”. Belum sempat soalanya dijawap oleh bibik..ada satu suara lain yang tolong menjawap di belakangnya.

“Kita tak masak kat rumah kita Hidayah..mommy rasa nak tumpang masak kat rumah Farid jomlah kita pergi kita tolong mereka masak…jomlah sekali Minarti”.

“Ohh kita masak kat sana ..Tapi Dayah kerja lah hari ni.”

“Tak minta cuti dengan Farid ke. Minta lah cuti mesti dia bagi. Kita nak tolong bini dia masak ni. Rasanya daddy dah mintakan Hidayah cuti dengan Farid. Mommy dah cakap minggu lepas dengan daddy, kita tumpang masak kat rumah Farid. Daddy pun dah suruh Farid beli daging dan ayam lebih sikit untuk kita. Kalau tak payah tolong pun tak apa sebetulnya. Tapi mommy ni segan pula dengan nenek NurJannah tu, tentu dia masak sorang sorang. Kita datang terus nak menyenduk lauk kan Hidayah. Pada mommy tak buat apa kat rumah ni, baik mommy dan Minarti tolong mereka. Dapat tolong kopek bawang pun jadilah. Kalau Haidayah nak tolong sama jomlah”.

Nur Hidayah masih tercegat diambang pintu bilik bibik Minartinya. Dia tersedar  bila dia disergah oleh Tengku Faridah.

“Ehh dah cepatlah siap, kita nak tolong dioarang tu masak..elok kita pergi pagi. Dapat  tolong kopek bawang. Kalau datang dah tengahhari nak kopek bawang apa pula semua dah masuk kuali.”

“Ialah..ialah..kejap ye saya tukar baju”. Berlari anak Nur Hidayah menuju ketangga.

 Sikapnya seperti kanak-kanak dewasa diperhatikan oleh Tengku Faridah dengan gelenagn kepala. Walaupun sudah dewasa dan sudah berumur 28 tahun sikap kebudak-budakkan Hidayah masih terserlah. Yang sebenarnya Tengku Faridah rasa bahagia membelai seorang anak gadis. Sudah lama impianya ingin mempunyai anak atau pun cucu perempuan. Dan kini impianya tercapai.  Dia serumah dengan cucu merangkap menantu perempuan dihadapan mata.  Setelah lama mereka serumah didapati  Nur Hidayah merupakan seorang gadis yang manja.Tetapi jika ditempat kerja Nur Hidayah merupakan seorang pekerja yang cekap dan pandai megurus masa itu kata cucunya yang seorang lagi Tengku Farid. Jika dia dikalangan para pekerja lain terutama kepada pekerja lelaki Nur Hidayah seperti seorang gadis yang sombong yang sangat sukar untuk didekati. Itulah yang diperkatakan oleh Tengku Faizal suaminya pula.

Sebelum kaki Nur Hidayah memijak anak tangga pertama kedengaran lagi suara Tengku Faridah..

“Bawa baju bersih dan telekong sekali Hidayah. Kita berbuka dan solat Magrib sekali kat sana, nanti kita balik lepas Isyak .”. Cepat-cepat Hidayah kebiliknya menukar baju. Dia memakai seluar jean dan baju t-shirt muslimahnya.

Siap berpakaianan Nur  Hidayah berkejaran kebilik Tengku Faris pula. Ketika dibilik Tengku Faris dilihat papanya sedang bersiap untuk  kepejabat. Bila melihat penampilan Nur Hidayah dia menegur.

“Ehh Hidayah nak pergi kerja pakai macam ni ke?”.

“Papa! Cakapkan dengan Tengku Farid,  Dayah nak minta cuti hari”.

“Panggilah dia abang, bila kat depan keluarga kita. Hidayah dia tahu Hidayah adik dia. Kenapa nak cuti tak sihat ke?”

“Taklah tak sihat, esokkan raya, Dayah nak tolong masak. Mommy kata kita masak kat rumah abang Farid, jadi kami nak kesanalah tolong mereka. Papa pergi kerja sorang ye..nanti petang papa datanglah ambil kami kat sana.. (sebelum keluar dari bilik papa merangkap suaminya dia berpaling semula) ..haa kalau nak pergi sana nanti..papa mandi dulu, siap-siap pakai baju bersih kemudian bawa kain untuk solat ..kata mommy kita berbuka dan solat magrib kat sana lepas solat Isyak baru kita balik”.

“Hidayah!!..boleh ke papa pergi?..papa takut menjangkit dengan cucu-cucu yang masih kecil. Kesian mereka…” Tak dapat dihabiskan ayat dihujungnya. Nur Hidayah meluru kearah papanya dan memeluknya, Dia merasa sungguh kasihan mendengar suara sayu Tengku Faris.

“Papaa..Aids menjangkit melalui hubungan jenis dan pemindahan darah..AIDS tidak akan menjangkit melalui sentuhan kulit, malah kalau kita berkongsi bekas minuman atau makan pun tak menjangkit..jadi papa yakinkanlah diri,  tak akan ada jangkitan untuk cucu-cucu yang kat sana..papa pergi ye..Dayah tunggu papa kat sana”. Lembut sahaja Nur Hidayah menyakinkan papanya. Dia juga memberi kata-kata semangat.

“Hidayah!! Terima kasih..In Syaa Allah papa akan pergi petang nanti”. Sejak didapati dirinya HIV positive rasa rendah dirinya menyelubungi dirinya. Dia malu jika orang luar mengetahui dia adalah pesakit ADIS.

Kadang-kadang dia malu dan tiada kekuatan untuk bergaul dengan orang luar. Yang menjadi sumber kekuatanyan adalah NurHidayah. Nur Hidayah yang menuntun tanganya mencari jalan lurus untuk  dia berjumpa Allah dan  Nur Hidayah yang meyakinkan dia dengan kehidupan luar bilik.  Menurut kata dokror daya tahan badan hanya akan mampu bertahan 5 atau 6 tahun itu pun mengikut daya ketahan darah pesakit itu sendiri. Sekarang ini dia mengambil ubat untuk meperlahankan keaktivpan vairus yang menyerang system daya ketahanan badannya.Ubat itu merupakan ubat terbaik yang disyorkan oleh doctor. Yang sebenarnya dia tidak tahu sudah berapa lama virus AIDS itu bersarang dalam badannya. Jika tidak kerana kursus nikah dan dia perlu menjalani ujian darah beberapa bulan dulu tentu dia juga tidak menyedari dia sudah dijangkiti AIDS.