~Siapa Ikut Blog Ni~

Pages

Wednesday, 18 February 2015

Nur Hidayah 28






          Sudah hamper seminggu anak dudanya mengakhiri zaman dudanya dengan dengan gadis muda. Dan sejak itu juga hati Tengku Faridah memang tidak senang. Yang sebenar dia tidak percaya sama sekali akan keikhlasan Nur Hidayah menjadi isteri anaknya. Dia percaya mesti ‘ada udang disebalik batu’ tentang persetujuanya. Tak kan seorang gadis muda yang tiada cacat cela dengan rela hati menjadi isteri kepada seorang duda yang sudah berumur dua kaliganda tua dari umurnya, penghidap HIV positive pula tu. Apa itu HIV, kuman yang akan merenggut nyawa sesiapa yang dijangkiti dan tiada ubat untuk menyembuhkannya. Itu  adalah sebab utama mengapa dia mempertikaikan kesudian Nur Hidayah menjadi isteri kepada anaknya.


             Dengan hasrat ingin tahu kegiatan anak menantu, dia mula memijak tangga naik keatas mahu memeriksa bilik anak menantunya. Secara diam-diam dia mula menjadi ‘Detective Conan’. Detective Conanlah sangat, bila menyiasat bilik anak menantunya yang tidak berkunci. Tiada langsung cabaran untuk membukan pintu bilik. Dengan sekali pulas bilik sudah terbuka.

“Laaa..tak berkunci rupanya bilik siFaris ni. Macam bilik zaman duda juga rupanya.” Tengku Faridah mula melangkah masuk, dia membuka pintu almari baju untuk mencari klu siasatannya. Tiada baju perempuan disitu, ini bermakna Nur Hidayah tidak meletakkan bajunya satu almari dengan suaminya. Selak sana, selak sini, tinjau sana , tinjau sini.. tiada apa yang menarik atau lebih tepat tiada bahan bukti yang dijumpai. Dia keluar, kermudian  dia masuk kebilik bersebelahan bilik anaknya juga tidak berkunci. Seperti  dibilik anak nya Tengku Faridah membuka almari baju dan disitu terdapat  beberapa helai baju perempuan. Kini dia tahu Nur Hidayah menggunakan bilik itu sebagai biliknya.  Dari siasatan pertama sudah kedapatan anak dan menantunya tidak tidur sebilik dan itu disampaikan kepada suaminya.

“Bang kita kena tegur kelakuan menantu baru kita tu”.

“Kenapa Idah..dia buat apa yang kita nak kena tegur kelakuan  dia?”.

“Mereka berdua tu tak tidur sebilik. Entah-entah Hidayah yang tak mahu sebilik dengan Faris”.

“Ia ye ke..Tapikan setiap pagi mereka turun sama-sama, pergi kerja pun sama-sama. Cuba kita tenguk masa kat meja makan.. elok sahaja dia melayani Faris makan. Dan Faris pun nampak happy sahaja. Macam mana yang Idah tahu mereka tak tidur sebilik?”.

“Idah dah pergi tenguk bilik diorang..Faris tidur bilik dia dan Hidayah kat bilik sebelahnya. Memang dia pandai berlakon depan kita. Faris pun satu.. sokong sahaja apa yang dibuat oleh Hidayah tu.Macam dah kena queen control sahaja. ”. Melihat riak suaminya seperti tidak mempercayai kata-katanya Tengku Faridah mengajak suaminya menjalankan satu operasi..

“Kalau abang tak percaya malam karang kita intai mereka..abang tenguk sendiri, nanti baru abang percaya apa yang Idah cakap ni betul ke tak.” Tekad Tengku Faridah  mengajak suaminya menjalankan operasi untuk membongkar salah laku menantu muda mereka..

Malam itu ketika anak dan menantunya pulang dari masjid. Bila pintu masuk dibuka dari luar kedengaran salam diberi oleh anaknya.

“Assalamualaikum”. Suara garau memberi salam. Di jawab oleh pasangan warga emas yang sedang berihat diruang tamu. Ketika anak menantu melintasi mereka, anaknya tidak singgah duduk bersama mereka diruang  tamu seperti dia dizaman dudanya dulu. Tetapi  sebagai berbasa basi teguran dihulur.

“Daddy mommy kami naik dulu”. Suara anaknya memberi tahu dan mereka berdua menuju ke anak tangga naik kebilik.

“Pergilah.” jawab mereka bersama. Naik sahaja anak dan menantunya  pasangan suamiisteri warga emas mula mengintai. Yang dilihat…Nur Hidyah sama-sama memasuki bilik Tengku Faris.

“Haa tenguk tu Idah Hidayah masuk kebilik Faris”.

“Memanglah masa ni  mereka masuk sama-sama. Nanti lebih kurang sejam  Hidayah akan keluar dari bilik Faris dan masuk kebilik sebelahnya. Karang  agak-agak pukul 4 pagi sekali lagi dia masuk bilik Faris siap pakai telekung lagi. Apa agaknya tujuan dia berlakon macam tu..kalau tak nak mengabui mata kita ni.”.

“Mana Idah tahu lebih kurang  pukul empat pagi Hidayah masuk bilik Faris. Idah tak tidur ke asyik nak jaga dia… dah berapa lama Idah mengintip ni”.Hairan Tengku Faizal isterinya tahu pergerakkan menantu baru mereka.

“Ida tak sedap hati itu yang Ida intip tu. Ida tenguk dah tiga hari dah. Kalau abang  tak percaya tunggu lebih kurang sejam nanti Hidayah akan keluar dari bilik Faris dengan masih bertelekung.. Dia memang nampak mesra dan manja dengan Faris depan kita. Tenguklah dia layan Faris kat meja makan, siap menyendukkan  lauk lagi untuk Faris. Waktu pagi pula sekali lagi dia keluar dari  bilik Faris tu tau bang.Dah siap berbaju kerja lagi, nampak macam dia pakai  baju dia dalam bilik Faris, tapi yang sebetulnya baju dia tak ada pun dalam almari baju Faris. Idah dah tenguk dah. Pandai betul dia ni berlakon. Ida memang ragu dengan Hidayah ni dari mula lagi. Kalau nak difikirkan mana boleh dengan senang hati dia terima Faris yang dah ada kuman bahaya dengan begitu mudah sekali. Ni mesti dah rancang sesuatu ni..”

“Emmm”. Hanya itu yang keluar dari rongga  rengkung Tengku Faizal tentang  aduan isterinya mengenai tingkahlaku menantu mudanya. Walaupun tidak percaya dengan cerita isterinya, namun untuk tidak mengecewakan hati sang isteri dituruti juga kehendak isterinya..sama-sama mengintai kegiatan anak dan menantu mereka.

Sungguh benar kata-kata Tengku Faridah. Lebih kurang satu jam kemudian Nur Hidayah keluar dari bilik suaminya dengan masih memakai telekung. Tengku Faizal melindungkan diri dari dilihat. Mereka  memastikan Nur Hidayah masuk kebiliknya. Bila kedengaran pintu bilik Hidayah ditutup dengan perlahan. Tengku Faizal suami isteri mula memanjat tangga. Sambil mendaki anak tangga sambil isterinya berbisisk ketelinganya.

“Pintu bilik dia pun dia tutup perlahan kan bang, dia takut kita dengar lah tu dia masuk bilik dia”. Setelah yakin Nur Hidayah didalam bilik, Tengku Faizal pula memasuki bilik anaknya. 

Ketika pintu bilik dibuka yang  dilihat Tengku Faris sedang meraup tangan kemuka tanda baru selesai solat. Tengku Faizal tidak terus bertanya bila melihat anaknya mengangkat tangan untuk berdoa.  Dia duduk dibirai katil anaknya.  Isterinya agak lambat sedikit memasuki bilik anaknya kerana dia kepintu bilik menantu untuk memastikan pintu betul-betul telah ditutup. Tidak lama kemudian Tengku Faridah pula memasuki bilik anaknya dan menutup pintu sekali. Usai anaknya berdoa..mereka berdua mula menyiasat.


“Ris daddy nak tanya…” kelihatan berat Tengku Faizal mahu bertanya.. Tengku Faridah jadi tidak sabar. kerana hati nya penuh dengan rasa curiga.

“Ris!!!....”kedengaran kasar panggilan Tengku Faridah. Mana tak kasar suara yang keluar diikuti dengan rasa marah.

“Idaah biar abang yang tanya”. Lain pula dengan nada suara Tengku Faizal yang lebih lembut.

“Tak biar Idah yang tanya..Ris! Hidayah ke yang tak mahu duduk sebilik dengan Ris..Isteri apa dia tu kalau dia tak sanggup melayani keperluan suami. Dia hanya nak menanti habuan harta sahaja ke, selapas menjadi balu..”.

“Ida mengucaplah lah Daah..jangan diikutkan sangat rasa hati”.

“mommy!! Ris yang tak mahu. Ris yang suruh dia duduk bilik asing. Dia anak Ris mommy. Ris tak mahu memusnahkan hidup dia. Ris tak mahu ada kuman ADIS masuk kedalam darah anak Ris.  Dia masih muda baru nak kenal dunia. Lagi pun Ris hidup tak lama mommy..Lelaki kat Malaysia ni lain, kalau tahu gadis tu anak luar nikah diorang tak sudi nak ambil dia jadi isteri. Ris tak mahu setelah Ris tak ada, Hidayah hidup dalam dunia isteri yang gersang belaian kasih seorang suami. Dahlah selama ini Ris tak pernah bertanggungjawab pada dia. Sekarang ni Ris nak berkorban untuk dia, Ris nak jaga dia sebagai anak Ris.”.

“Kalau nak bertanggung jawab.. bertanggung jawablah sajalah, tak payahlah ambil dia jadi isteri. Tak guna Ris nikah dengan dia kalau dia tak jalankan tanggung jawab sebagai isteri.”.

“Sebelum Ris mati Ris nak duduk sebumbung dengan dia... Ris nak melindungi anak Ris. Ris nak jadi mahram dia, mommy. Tapi kalau kami tak nikah dia bukan mahram Ris..kami bertentang mata, padang memandag kami akan mengumpul dosa. Takkan mommy sampai hati membiarkan Ris mati dengan dosa yang bertambah setiap hari. Kata Hidayah dosa ni, kalau berkumpul dalam hati akan menyebabkan kita susah nak menerima kebaikkan. Ris takut menambah dosa lagi, dahlah kita tak tahu taubat Ris ni di terima oleh Allah ketidak. Tapi Ris pun nak bersangka baik.. Allah terima taubat Ris ni. Sekarang ni Ris cuba tak mahu menambah dosa yang boleh di elak, mommy.”

“Habis keperluan Ris sebagai lelaki macam mana..Sanggup ke Ris bertahan selama Ris hidup. Tak tambah derita Ris ke?”.

“Sejak Ris tahu jangka hayat Ris, rasa nak berseronok  dah tak ada mommy. Ris tak pernah fikir pasal peremopuan lagi. Yang Ris ingat sekarang Ris nak bertaubat. Ris nak Allah pandang Ris. Ris nak  Rahmat dan HidayahNya. Semoga kubur Ris lapang dan terang. Ris perlukan keampunan  Allah mommy”. Tengku Faris sudah menangis dan mencapai tangan mommynya.

 Tengku Faridah jadi tertunduk mendengar penerangan anaknya yang sudah tahu dosa sekarang ini. Dirinya juga sudah mudah menangis mungkin dia menginsafi dirinya yang terlalai.

“Habis yang Ris berlakon macam ni kenapa..balik masjid Hidayah duduk lama dalam bilik Ris, nanti kami dah tidur dia masuk bilik dia”. Sambung Tengku Faizal bila dilihat isterinya jadi terkedu mendegar jawapan anaknya tadi. Bagi Tengku Faizal bukan dia tidak percaya keikhlasan anak menantunya namun sudah alang-alang bertanya biar sampai keakar umbinya mereka tahu tentang lakonan yang diceritakan oleh isterinya.

“Mana ada Ris berlakon. Hidayah masuk bilik Ris bukan duduk sahaja  dia temankan Ris solat ganti (kadaq). Ris akan cuba mengkadaqkan solat-solat yang dah Ris tinggal dulu. Ni dapatlah Ris kadaq dua waktu untuk solat Isak. Hidayah pula dia buat solat sunat hajat dan solat witir. Katanya dia buat solat hajat memohon pada Allah tetap dan tabahkan hati Ris dengan ujian dariNya. Lepas tu dia buat solat sunat witir tiga rekaat. Dia kata solat sunat witir ni sunat muakkad, sunat yang di tuntut dilakukan sekurang-kurang seorang  dalam satu rumah. Kadang kadang Ris teringin nak buat solat sunat macam dia daddy tapi Ris tak boleh, sebab hutang salot Ris masih banyak”.

Haram baginya mengerjakan solat sunat sebelum diqada’kan solatnya.
Sumber: http://soleh.net/2008/08/25/qada-solat-hutang-yang-wajib-dibayar/

Solat Sunat Witir merupakan sunat muakkad yang amat penting dan digalakkan melakukannya.
Ada riwayat yang mengatakan bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam tidak pernah meninggalkan Solat Witir walaupun sekali. Sabda Rasullulah Sallallahu Alaihi Wasallam dari Abu Hurairah:  “Sesiapa yang tidak berwitir, maka bukanlah dia termasuk golongan kami.”  (Diriwayatkan oleh Ahmad dan Abu Daud)

“Habis yang pagi tu dia masuk pukul 4 pagi untuk apa pula”.

“Yang dinihari tu, dia kata sebelum bersahur dia nak tunaikan solat tahajud empat rekaat dengan dua salam pula..solat disepertiga malam, sambil-sambil dia temankan Ris solat kadaq  zohor dan asar, kalau ada masa lagi kadang-kadang Ris buat kadaq solat subuh juga. Biasanya siang Ris cepat letih mungkin sebab kita puasa tenaga jadi kurang. Pukul lima baru kami bersahur dan terus ke masjid untuk solat subuh. Kalau masih ada waktu Ris ganti kan lagi solat subuh satu atau dua waktu ”. Dimata Tengku Faizal anaknya begitu bersungguh menggantikan puasa dan solat yang telah ditinggalkan. Dia bersyukur kepada Illahi kerana anak diberi HidayahNya  sebelum dia  menutup mata.

“Yang Ris berkejar ke masjid buat apa solat berjemaah sahaja dengan daddy kat rumah..pun kita dah dapat kebaikkan solat berjemaah”.

“mommy Ris nak cari sebanyak mungkin pahala..kata Hidayah makin ramai jemaahnya makin banyak pahala yang kita dapat mee.Hanya ini sahaja kesempatan yang Ris ada, dengan hidup yang semakin hari semakin hamper masa tamat mee”.

“Habis yang pagi sebelum pergi kerja Hidayah masuk bilik Ris juga macam berlakon dia pakai baju kerja kat bilik Ris buat apa?”.

“Dia tak pernah berlakon daddy. Daddy Ris ni masih Ris yang dulu..kalau dah dapat tidur Ris macam tak ingat dunia. Biasanya balik masjid Ris akan tidur balik. Ris yang pesan bila dia dah siap nak pergi kerja masuk bilik Ris kejutkan Ris kalau tak Ris memang tak boleh nak bangun sendiri. Ris dah cuba set jam tapi tak menjadi.. Hidayah terpaksa juga masuk bilik kejutkan Ris, lepas tu sementara Ris mandi dia kemaskan katil Ris. Walau macam mana pun dia nak juga pahala buat sesuatu untuk suaminya. Itu sebabnya dia akan bangun sediakan sahur dan masak sedikit untuk berbuka untuk Ris katanya  yang mana dia boleh dia akan buat untuk Ris.”

Kedengaran nafas panjang keluar dari mulut Tengku Faridah..wajahnya jadi muram bila mendengar cerita anaknya. Yang sebenarnya hatinya dijentik rasa bersalah kerana mencurigai menantunya. Terasa dirinya tidak berguna bila mengetahui usha-usha Nur Hidayah membantu anaknya menjadi hamba yang mahu membetulkan kesalahan diri. Dia sebagai ibu apakah peranannya.

Untuk memesongkan rasa bersalah kerana mencurigai Tengku Faizal meminta…

“Esok Ris puasa lagi”.

“In Syaa Allah..sekarang ni Ris tak boleh tak puasa..banyak sangat hutang Ris pada Allah. Ris takut dituntut hutang ni oleh Allah masa Ris didalam kubur. Masa tu Ris dah tak boleh nak buat apa-apa. daddy”.

“Kalau macam tu tolong kejut daddy juga. Daddy rasa nak puasa juga, Farid pun puasa.. Idah nak puasa kita puasa bulan Rejab”.

Tengku Faridah hanya menganggukkan kepala sahaja untuk menjawab pertanyaan suaminya.

 Al-Hakim meriwayatkan daripada Ibn Umar bahawa Nabi s.a.w bersabda: “Sesungguhnya orang yang berpuasa ketika berbuka mempunyai doa yang tidak ditolak”.
Al-Dailami meriwayatkan daripada Ibn Umar katanya: “Diam orang puasa merupakan tasbih, tidurnya adalah ibadat, doanya mustajab dan amalannya digandakan”.

Imam Ahmad, al-Tirmidzi dan al-Baihaqi meriwayatkan daripada Ummi Imarah: “Sesungguhnya orang yang berpuasa apabila makan sentiasalah malaikat berselawat keatasnya sehingga selesai makanannya”.

Begitulah hikmahnya puasa kadaq Tengku Faris, dari puasa ganti untuk dirinya sendiri, diikuti pula oleh kedua orang tuanya dengan berpuasa sunat dibulan Rejab...

Kini sudah dua minggu dia berpuasa. Dirinya sudah biasa. Dia tidak terlalu menderita, malah dia merasa selesa bila perutnya tidak dipenuhi dengan makanan yang kadang-kadang menyenakkan. Pagi itu seperti biasa pada pukul sepuluh pagi Nur Hidayah akan  menjenguk kebilik Tengku Faris. Dia mengetuk pintu dan membuka nya lalu memberi salam. Dia datang menjenguk kerana mahu melihat keadaan Tengku Faris.

“Assalamualaikum pa..” dia melangkah masuk, dilihat Tengku Faris tekun mengadap komputernya. Tidak seperti seminggu sebelumnya,di waktu itu papa merangkap suaminya sudah tergolek disofa bersebelahan meja kerjanya.

“Walaikumsalam..anak dara papa ni dah minum?” Walaupun dia melihat  Nur Hidayah masuk dan duduk di hadapanya, namun dia tidak memalingkan mukanya memandang.Tekun dia mengadap komputernya melunaskan tugas yang diamanahkan kepadanya.

“Takk Dayah..nak makan dengan papa Magrib nanti”.

“Ehh kan Hidayah tak boleh puasa hari ni. Minumlah jangan tunggu papa..papa ni wajib berpuasa”.Mendengar jawapan  Nur Hidayah barulah Tengku Faris menghentikan kerja-kerjanya, mengadapkan mukanya memandang Nur Hidayah yang sudah duduk dihadapanya.

Dia hairan melihat anak perempuanya tetap tidak makan dan minum walaupun dia tidak berpuasa. Pagi itu Nur Hidayah berpakai biasa ketika mengejutkan dirinya seperti biasa. Bila ditanya mengapa dia tidak solat.  Dia mengatakan dia sedang uzur syarie’ yang menghalang dia bersolat dan berpuasa untuk kira seminggu lamanya. Walau bagai mana pun, dia tetap menemani dirinya bersolat dan bersahur. Waktu kebiasaan mereka kemasjid Nur Hidayah tetap bersiap juga memakai tudung dan berpakaian labuh untuk kemasjid. Bila dia agak lewat keluar dari bilik Nur Hidayah menjenguk ke biliknya.

“Papa tak pergi masjid ke?”.

“emmm”. Yang sebetulnya Tengku Faris rasa keberatan bila mahu pergi seorang diri. Melihat Tengku Faris teragak-agak..

“Jomlah pa..Dayah temankan”.

“Kan Hidayah tak solat”.

“Tak apa Dayah boleh duduk dalam kereta”. Melihat kesungguhan Nur Hidayah Tengku Faris kemasjid juga pagi itu. Bila tiba dimasjid rasa tidak sampai hati pula melihat Nur Hidayah duduk didalam kereta bersaorangan.

“Hidayah!! Duduklah kat  koridor masjid tu”.

“Tak boleh pa. Yang sebenarnya kalau kita tengah uzur lalu dikawasan masjid yang boleh digunakan oleh orang solat pun tak boleh.  Dayah duduk dalam kereta pun tak apa pa. Dayah kunci kereta, kemudian Dayah buatlah tahi mata.. papa jangan risaukan Dayah. Nanti papa dah sudah ketuk cermin kereta ye. Tapi kalau ada tazkirah papa dengar lah dulu, jangan risau kan Dayah, Dayah selamat dalam kereta ni”. Hingga seminggu lamanya Nur Hidayah menunggunya didalam kereta tidak kira solat waktu apa. Dia menunggu dirinya didalam kereta sambil membaca novel atau pun majalah. Bukan sahaja menunggu didalam kereta dia juga turut tidak menjamah makanan kerana menemaninya  berpuasa. Sungguh bersyukur Tengku Faris dipertemukan dengan anak perempuanya. Biar pun bertaraf anak tak sah taraf namun pegangan ugamanya sangat teguh dan keinginnanya melihat papanya menjadi hamba yang taat pada perintah Allah menjadi semangat yang kuat untuk Tengku Faris melaksanakan dan melunaskan segala hutang-hutangnya kepada Allah.

“Tak apa, Dayah nak temankan papa puasa. Hari ni papa ok pula..selalu gini hari papa dah tergolek kat sofa tu”.

“Alhamdullilah papa dah didik perut ni,(tangan Tengku Faris mengusap-ngusap perutnya) papa dah bisikkan minta dia bekerja sama dengan papa. Papa kata   jangan berbunyi minta makanan. Waktu-waktu begini  tak akan ada makan masuk. Nanti malam sahaja papa akan isi. Macam dia dah faham pula Hidayah...” ha.ha.ha dua beranak yang ada dua  status tergelak bahagia.

Bagi Tengku Faris bahagia kerana berjaya melakukan ibadah puasanya dengan jayanya selama seminggu. Bagi Nur Hidayah sememang dia bahagia kerana ada papa dan mahram yang akan melindungi dirinya. Sebutan atau panggilan papa sangat membahagiakan dirinya.  Biar pun sebutan itu hanya ketika dia dikalangan ahli keluarga sahaja.  Diluar dikalangan para pekerja Tengku Faizal, Nur Hidayah akan menanggilnya Tengku, seperti  semua para perkerjanya  memanggil.





Monday, 16 February 2015

Nur Hidayah 27







“Sudah lah Idahh..apa nak di kecoh-kecoh kan sampai ke perkataan cerai Daaah.Jangan kerana harta kita hilang pertimbagan Idahh. Idah dulu tak macam ni..kenapa Daah”. Lembut sahaja Tengku Faizal menengur perbuatan isterinya. Isterinya yang sentiasa ‘cool’ bertukar watak pula.
Tengku Faizal bangun mahu merapati dan menenangkan isterinya yang sudah naik hantu..entah mengapa Tengku Faridah naik angin dan keluar tuduhan yang bukan-bukan pada wanita yang  belum pun seminggu  menjadi menantu mereka. Agaknya bila mendengar si anak mahukan bahagian hartanya..bertambah angin bila mengetahui asal usul negeri kelahiran sang menantu muda.

“Tidak bang Idah geram sangat dengan perangai perempuan yang tak sedar dek untung. Dah lah anak luar nikah, baru kahwin tak sampai seminggu dah tunjukan belang sebenar dia..PENGIKIS..Kalau dasar anak luar nikah yang kurang diajar macam nilah. Ris pun satu nampak muda, nampak cantik lansung tak fikir panjang tak selidik dulu terus sahaja nak jadi kan bini. Ris tak pernah terfikir ke, kenapa dengan senang dia terima Ris, Ris tak terfikir ke dia nak cari  kesenangan cara mudah. Ni mesti emaknya yang ajarperangai macam ni agakanya”.

“Idah..dah lah Idaah..jangan disebut lagi, mama Hidayah kan dah lama meninggal”.

“Idah tak puas hati dengan Ris ni, kenal belum lama lagi dah diajak nikah. Mommy tenguk Ris ni macam orang sasau sahaja bila jumpa Hidayah..awak jampi apa  haa(memalingkan muka nya secara spontan soalan itu yang keluar dari mulut Tengku Faridah).. sampai Faris tak nampak keburukkan awak perempuan Pengikis”. Perkataan pengikis dijeritkan oleh Tengku Faridah supaya jelas. Dengan perkataan yang bagai peluru ‘machine gun’ keluar bertubi-tubi tak sempat orang di ruang tamu nak mencelah.Tengku Faris melihat mulut Nur Hidayah terkumat-kamit mengucapkan Astagrfirullah berulang kali. Tidak tahan hatinya mendengar Nur Hidayah dihina oleh mommynya, dia mesti mencari perkataan atau ayat yang boleh mendiamkan mulut mommynya yang sedang menceceh.Bingkas dia bangun dengan suara lantang dia memanggil mommy agar berhenti mencerca.

“Mommy!!..jangan digelar anak Ris macam tu mee..kalau mommy nak tahu Hidayah adalah anak Ris ..anak luar nikah Ris, dan Ris nak kan bahagian Ris tu untuk Ris bayar fidyah Ris.Hidup Ris tak lama lagi mommy daddy”.Memang berkesan kata-kata Tengku Faris. Sebab dengan seuntai ayat Tengku Faridah terus jadi bisu mendengar butiran pengakuannya. Bukan sahaja mommy malah mulut daddy nya ternganga tetapi tidak mengeluarkan suara.Tengku Faizal yang mahu mendekati isterinya tadi menukar arah berpusing dan mula melangkah menuju kearah anaknya. Ruang tamu yang riuh dengan suara Tengku Faridah menjadi sunyi.

“Ris cuba ulang sekali lagi apa yang Ris kata tadi “.Pinta Tengku Faizal dia mahu memastikan yang telinga nya tidak salah dengar.

“Daddy duduklah biar Ris jelaskan satu –satu..”Suara Tengku Faris sudah jadi perlahan.Kenyataan harus dijelaskan, dia tidak boleh berahsia lagi, dia sudah terlepas cakap.Tengku Faizal mengikuti arahan anaknya dia duduk dihadapan anaknya dengan mata yang masih terarah kepada anaknyanan seorang. Hanya bahasa mata sahaja Tengku Faizal memberi isyarat supaya anaknya menyatakan kebenarannya.

“Yang Ris  kata tadi.. Hidayah adalah anak luar nikah Ris.Ris nak bahgian Ris tu sebab Ris nak bayar fidyah untuk puasa-puasa Ris yang terhutang. Dan yang akhir sekali  Ris disah kan HIV positif. Daddy  tahu kan orang yang ada HIV positf akan hanya ada masa lebih kurang lima tahun sahaja untuk hidup”. Habis sahaja peneranganya Tengku Faris menekup mukanya dengan dua tapak tangannya.Dia sudah teresak-esak. Ngeri rasanya mahu mengahadapi kematian yang tak lama lagi dengan tiada apa-apa bekalan pahala dan dia tahu dosanya yang bertimbun. Hidayah menghampiri bagi meminjamkan bahunya. Namun dia tidak bersuara.

            Tengku Faizal  suami isteri terkedu mendengar jawapan dari anaknya. Lama mereka memperoses data yang baru diterima. Jika anaknya adalah HIV positive  ini bererti anaknya adalah pesakit AIDS..Ya Allah!!! Jerit mereka didalam hati tak terluah.   Seluruh badan mereka terasa lemah selemah-lemahnya menerima kenyataan anaknya.Melihat daddy dan mommynya tidak bersuara…

“Mommy daddy..kalau mommy dan daddy takut berjangkit, Ris boleh duduk rumah lain”. Mendengar suara anaknya barulah Tengku Faridah tersedar dari rasa terkejutnya.

“Tidak Ris..Ris duduk lah sini biar mommy jaga Ris, tak payah orang luar jaga Ris, mommy boleh jaga Ris. Tentang berjangkit itu tak apa  mommy pun dah tua bila-bila masa akan mati juga. Mommy tak kisah kalau dijangkiti ADIS sekali pun. Ris!!kalau boleh ditukar biarlah mommy yang dapat dari Ris. Ris masih muda, masih boleh bekerja tolong daddy dan Farid. Mommy ni duduk rumah, makan tidur makan tidur sahaja.” Itulah hati seorang ibu, kalau boleh biar dia yang menanggung masaalah anaknya,  malah mati juga dia rela jika nyawanya boleh ditukar sesuka hati..

“Ris reda mommy. Mungkin dengan penyakit ni, Ris diberi peringatan untuk bersiap sedia untuk menemuiNya. Ini yang Ris belajar dari Hidayah mommy..Ris belajar reda dengan apa yang diberi oleh Allah sebagai kasih sayangNya. Sekarang ni Ris nak cuba melangsaikan hutang Ris pada Allah, hutang puasa mommy..”.

“Jadi Hidayah tahulah yang Ris ada ADIS  ni”.

“Tahu mommy. Hidayah tahu dari sebelum kami nikah lagi”.

“Jadi apa tujuan dia nikah dengan Ris..Nakkan harta dengan cepat.Memandangkan Ris akan mati tak lama lagi”.

“Ya Allah mommy, jangan cakap macam tu mommy. Dia anak Ris. Dia sayang Ris sebagai ayah dia. Dia nak bantu Ris kembali kepangkal jalan sebelum Ris tutup mata mee. Lagi pun memang dia ada hak keatas harta Ris  kan”.

“Ris!! mommy nak ingatkan jangan mudah percaya cakap orang. Ris baru sahaja kenal Hidayah, Ris tak tahu perangai dia macam mana..Mommy hairan kenapa Ris buta-buta  percaya sahaja cakap dia. Betul ke dia tu anak Ris, Ris dah buat ujian DNA. Jangan sebab dia bertudung nampak baik  Ris percaya segala cakap dia”.

“Tak payah ujian DNA,  Ris memang percaya cakap dia. Bukan sebab dia bertudung dan nampak baik tapi perasaan Ris ni..rasa yang Ris rasa.. mengatakan dia orang yang rapat dengan Ris,  mommy”.

“Jadi apa tujuan Ris nikah dengan dia dan Hidayah!!Apa tujuan kamu nikah dengan Faris”. Jika Nur Hidayah adalah adalah anaknya..Ini bermakna Nur Hidayah adalah  cucunya, sama seperti Farid. Mereka berdua  adalah darah dagingnya sendiri. Tetapi yang membezakan dua orang cucunya adalah, Nur Hidayah lahir diluar pernikahan antara anaknya dengan wanita yang melahirkan Nur Hidayah itu sahaja. Tapi betul ke dia anak pada Tengku Faris?  rasa tidak percaya berligar di kepalanya.

“Datin..saya ni tak ada siapa yang sudi nak ambil saya sebagai isteri yang sah, bila tahu saya anak luar nikah”

“Haa Ris kan betul apa yang mommy  fikir. Dia hanya nak ambil kesempatan dari kesanggupan Ris ambil dia jadi isteri. Ris tak fikir ke..dia tahu Ris ada penyakit bahaya pun dia sanggup mengadaikan dirinya demi harta..demi nakkan hidup yang senang dan mewah cara mudah.”.

“Mommy dengarlah dulu apa yang Hidayah nak cakap me. Ris sedeh mommy hina anak Ris macam ni. Mommy tahu tak, keadaan dia sekarang sebab perlakuan salah Ris dulu.Kesusahan dan kehinaan dia sekarang adalah kesalahan Ris. Cuba mommy di tempat dia, mahukah mommy jadi anak luar nikah. Tapi sebab kejahilan Ris dulu, dia lahir dengan kehinaan sekarang mee”. Tengku Faris menangis lagi. Air matanya berjujuran, Tengku Faizal pula yang menghampuri dan menepuk-nepuk belakang anaknya  perlahan. Tengku Faizal memang sudah tidak terkata..fikirannya jadi kosong menerima kenyataan tentang anak yang ditatang bagai minyak yang penuh selama ini dijankiti HIV positiv.
“Ha sekarang kamu cakap lah kenapa kamu sanggup membahayakan diri nikah dengan Faris, sedang kamu tahu Faris ada penyakit ADIS. Apa terdesak sangat ke hidup kamu selama ni, sampai sanggup membahayakan diri sendiri..kamu tu masih muda lagi”.

“Tengku masih boleh kah saya menarik diri dari janji saya. Saya berjanji  saya tak akan terserempak dengan Tengku lagi. Saya janji saya akan pergi dari Kuala Lumpur ni.” Nur Hidayah memandang kearah Tengku Faris ketika menuturkan kata. Dia mahu menarik semula janjinya.

“Hidayah nak pergi mana?.You nak bunuh diri ke Hidayah”.

“Aztagfirullah..saya tak akan melakukan perkara bodoh macam tu. Membunuh diri umpama  melemparkan diri sendiri ke dalam neraka. Saya tidak akan melakukan perkara bodoh seperti itu, hanya kerana perkara kecil macam ni. Saya tak kisah pandangan hina manusia pada diri saya..Yang saya harapkan hanya pandangan Allah pada saya  sahaja. Tengku jangan bimbangkan saya..bumi Allah ni luas. Dan rezeki Allah yang halal pun banyak.Janji kita beusha In Sya Allah..Allah akan memberinya”.

“Emm bencinya..berlakun baik depan orang, tapi pantang lepa semuanya nak dikebas. Pengikis. Agaknya perangai emaknya pun sama macam kamu, ialah mana nak tumpah kuah kalau tak ke nasi. Ris agaknya dulu emak dia nak perangkap Ris, itu sebabnya dia serahkan diri pada Ris, Ris tak perasan ke, orang nak dajalkan kamu Ris. Cuba Ris buka mata Ris tu.Entah-entah sebelum dia mati dia pesan pada anaknya  cari  Ris dan kaut harta Ris.”.

“Tengku!Saya minta maaf. Saya  tidak mampu menunaikan janji saya. Saya tak mampu masuk dalam keluarga Tengku dengan rasa curiga dari ahli keluarga Tengku. Dan telinga saya tak mampu mendengar bila mama saya diceca. Tapi untuk ‘meminta’ saya rasa tak sanggup.Kalau Tengku rasa kasihankan saya, Tengku ucapkanlah.. saya terima dengan reda. Hanya jika kita sudah tiada hubungan lupakan lah saya. Anggaplah saya tidak pernah ada dan muncul dalam hidup Tengku. Anggaplah kita tak pernah kenal dan tak pernah berjumpa. Saya berjanji saya tak akanmuncul dihadapan Tengku lagi. Tolonglah Tengku…”. Nur Hidayah sudah tidak mampu bertahan mendengar perkataan Tengku Faridah yang bak sembilu menghiris perasaanya. Tengku Faris faham apa yang diminta oleh Nur Hidayah..cepat dia mendekati anak merangkap isterinya. Dicapai kedua tangan Nur Hidayah di letakkan kedadanya dia merayu.

“Jangan tinggal papa Hidayah.Papa memang sangat mengharapkan Hidayah dalam hidup papa yang dah tak lama ni. Lagi pun untuk memutuskah hubungan kita, papa tak mampu. Papa akan menambah dosa papa, sebab menceraikan isteri yang baik akan berdosa. Hidayah adalah isteri yang baik, isteri yang tak ada salah untuk diceraikan. Kasihani papa Hidayah, papa ni tak ada pahala untuk dibawa bertemu Allah..ni nak menambah dosa papa yang sedia ada. Hidayah papa takut mati dengan dosa yang masih berkepuk..tolong jangan tinggalkan papa Hidayah.. toloonglah.” Tengku Faris sudah teresak-esak,mukanya sudah ditangkupkan dipangkuan Nur Hidayah. Merayu dan mencari simpati.

“Tapi macam mana ye Tengku..keadaan kita tak mengizinkan. Saya percaya Tengku boleh berubah dengan bantuan orang-orang yang menyayangi  disekeliling Tengku”.

“Tidak Hidayah ..tidak, papa tak mampu untuk melakukannya tampa Hidayah..banyak yang papa tak tahu..”

“Tengkuu antara isteri dan ibu, Tengku wajib mendahulukan ibu, kerana untuk seorang lelaki syurganya di bawah tapak kaki ibunya..dulukanlah ibu Tengku”.

“Baiklah Hidayah”.  Tengku Faris berpusiang mendapatkan Tengku Faridah mommynya.

“Mommy, maafkan Ris mommy..Ris memohon sangat, dengan hidup Ris yang makin singkat ni, Ris nak mencari arah hidup Ris sendiri. Izin kan Ris hidup sendiri dengan tanggung jawab Ris. Ris tak akan meminta bahagian Ris lagi. Mulai hari ini Ris akan kerja untuk menampung hidup Ris dengan tanggungjawab Ris.”Tengku Faris mencapai tangan mommynya lalu dicukup meminta restu. Kemudian dia berpaling kepada Tengku Faizal.

“Daddy..Ris akan kerja lusa. Hari ni Ris berusha cari rumah untuk kami”.

“Faris!!!..sampainya hati Ris pilih Hidayah dari mommy yang dah bagi kasih sayang pada Ris berpuluh tahun. Ingat Ris, mommy ni emak Ris, emak yang mengandung dan melahirkan Ris dengan susah payah.”.

“Mommyyy Ris tak pernah nak pilih siapa-siapa, tidak mommy tidak juga Hidayah. Ris tidak juga nak membelakang mommy..Ris hanya nak mencari kehidupan Ris. Izinkan Ris duduk rumah lain. Ris akan jenguk mommy dan daddy..kalau tak hari-hari, Ris akan datang seminggu sekali. Mommy tetap emak Ris sampai bila-bila pun..fahamilah Ris mommy”.

“Tidak Ris..mommy tak izinkan Ris keluar duduk asing dari mommy”.

“Tapi untuk berpisah dengan Hidayah tak mungkin mee..tolong jangan bagi Ris pilihan.Hidup  Ris tak lama lagi  tolonglah mommy fahami Ris”.

“Idaah dah lah, bagilah Faris peluang membaiki dirinya sendiri. Bagilah dia peluang mencari hidupnya sendiri.Kalau Ris yakin dengan Hidayah biarkanlah. Abang akan pasti kan harta kita selamat. Kalau Idah nak, abang boleh buat surat kita sain satu perjanjian..apa-apa harta yang akan dikeluarnya semuanya atas persetujuan dari Ida. Tapi abang minta biarlah Faris mencari hidupnya sendiri.Ini untuk kebaikan dia Idah”. Lembut Tengku Faizal memujuk sang isteri yang sedang naik angin.

“Bang! Idah bukan nak tamakkan harta yang tak boleh dibawa masuk kubur tu. Ida hanya nak abang fikirkan,  anak Idah hanya Faris sorang bang.  Idah tak mahu dia dikudakan dan di perbodohkan oleh perempuan yang nak cari kesempatan. Idah hanya nak jaga dia sahaja. Nak jaga keselamatan dia. Kenapa abang tak boleh faham hati seorang ibu.”

“In Syaa Allah tidak Idah..abang pastikan itu tak mungkin berlaku. Anak kita tak akan dikudakan atau di tipu oleh sesiapa pun.”.

“Dah lah bang, dahlah Ris..mommy mengaku kalah.Kalau Ris nak mengubah diri Ris, ubahlah.  Mommy tak akan campur lagi urusan Ris anak beranak atau urusan Ris suami isteri..tapi dengan syarat Ris duduk sini..rumah ni pun besar.”

“Kalau Ris duduk sini..Hidayah??”.

“Tak kan  kamu berdua tak faham, kat mana duduk suaminya kat situlah isterinya. Dah pergi naik.. rehat”. Arah Tengku Faridah garang. Dalam hati azam Tengku Faridah akan memantau kegiatan Nur Hidayah secara senyap. Dikepalanya terfikir-fikir apa  yang diberitahu  oleh Tengku Faris tadi.
Namun Tengku Faris tidak bergerak. Melihat tingkah anaknya Tengku Faridah bangunn dan  meletakkan dua tangannya kepinggang dia merenung kearah anaknya dengan garang, raut wajahnya menunjukkan dia masih marah. Terpaksa Tengku Faizal masuk campur menyuruh anak dan menantu merangkap cucunya berehat.

“Dah lah pergilah Ris dan Hidayah naik bilik …rehat..”.


Untuk memenuhi arahan dan sebelum Tengku Faridah naik angin semula, Tengku Faris dan Nur Hidayah naik kebilik. Sampai ditingkat atas.

“Hidayah..papa rasa Hidayah ambil bilik papa ni, biar papa masuk bilik ni”. Ada tiga bilik di ruang tingkat atas rumah kediaman Tengku Faizal. Memandangkan usia mereka yang sudah tua Tengku Faizal membina sebuah bilik ditingkat bawah untuk kemudahkan mereka. Bilik Tengku Faris adalah bilik utama dulu jadi bilik itu sememangnya luas dan lengkap dengan bilik mandi.

“Tak apa papa. Papa guna bilik papa jadi tak payahlah berpindah bagai, nanti nak kemas lagi. Lagi pun Dayah tak pandai bilik besar-besar, rasa takut pula nanti. Walaupun papa ada kat sebelah ni”.

“Ok. .Hidayah masuk bilik ni, cari cadar dalam almari baju tu. Dah siap kemas..masuk bilik papa kejap tau. Nanti kita turun sama-sama..papa dah lapar ni”.

Mereka hanya makan berdua sahaja walaupun mommy sudah dijemput oleh Tengku Faris untuk makan tenghhari bersama. Namun dia memeberi alas an yang waktu makanya belum tiba.

“Mommy Ris dah lapar lah jom kita makan.”.

“Pergilah Ris makan dulu dengan Hidayah mommy makan dengan daddy nanti..”.

Selelsai makan. Nur Hidayah menemasi meja makan kemudian mereka berdua bersiap-siap pula mahu kemasjid untuk menunaikan solat Zohor.. Tekad di hati Tengku Faris mahu mencari keredahan Allah, maka dia akan melakukan apa yang disukai oleh Allah oleh hambanya.  Bermulalah kehidupan  seorang hamba yang taat bagi Tengku Faris.


Seperti yang diingini oleh Tengku Faris, pagi berikutnya dia berpuasa dengan niat puasa ganti.Hari pertama berpuasa dirinya lembik bagai kain buruk di awal hari lagi. Pukul sembilan setengah pagi lagi, dia sudah menghubungi Tengku Farid anaknya untuk meminjam Nur Hidayah supaya duduk dibiliknya.

“Farid tolong papa Farid”.

“Nak tolong apa pa…papa kat mana ni?”

“Papa ada dalam bilik papa ni..tapi nak pinjam Hidayah..tolong ye”.

“Wahh papa ni, janganlah lebih-lebih macam tak pernah ada isteri asyik nak berkepit 24 jam”.

“Tolonglah Farid papa tak larat ni..pinjam kan Hidayah ye.” rayu Tengku Faris. Di hujung talian Tengku Farid hairan suara papanya seperti orang tidak bermaya, letih dan sayu sahaja.  Terkejut beristeri muda ke..tetapi bukan dia tidak pernah berkahwin..malah sudah lima kali dia bernikah dengan berlainan bangsa pula tu.

“Ialah, nanti Farid suruh mama Dayah jumpa papa.”.Dalam kepalanya berfikir-fikir, tanganya menekan butang intercom menghubungi Nur Hidayah. Dia memberitahu agar dia kebilik papanya.Kemudian Tengku Farid  menghubungi datuk nya pula untuk mengetahui perkembangan papanya.

“Asalammualaikum tuk…”

“Walaikumsalam Farid, nak ajak grandpa minum ke? Baru Sembilan setengah Farid..” Biar pun dia empunya Hotel namun harus juga menjadi contoh kpada pekerja jangan sesuka hati sahaja keluar minum atau makan sebelum tiba waktu rehat. Itu prinsip Tengku Faizal.

“Tak adalah. Hari ni Farid puasa sunat bulan Rejab tuk. Semalam  Jannah minta izin Farid nak puasa sunat  satu Rejab. Dia ajak Farid puasa. Mulanya malas juga Farid nak puasa. Tapi pagi tadi masa dia bangun sahur mata ni ikut terjaga pula, jadinya Farid pun ikut bersahur juga...rupanya atuk Ib dan nenek Bedah pun puasa juga hari ni”.Kedengaran ceria suara Tengku Farid bercerita dengan datuknya.

“Ohh..atuk ada dengar puasa dibulan Rejab ni bagus.”

“Apa bagus nya tuk..atuk Ib tak pernah pula cerita tentang kebaikkan puasa bulan Rejab ni, hanya dia cakap puasa bulan Rejab ni sebagai persediaan kita nak berpuasa sebulan dia bulan Ramadan sahaja”.

“Alah atuk dengar sahaja, kalau kita berpuasa dalam bulan Rejab kemudian kita buat solat malam kita akan terlepas dari siksa kubur itulah kebaikkannya. Tapi janganlah kita puasa kerana itu sahaja..ikut macam atuk Ib cakap kita puasa untuk persediaan bulan Ramadan. Farid!atuk ni dah tua asyik kejar harta dunia sahaja, tak ingat langsung nak buat ibadat..”

“Tak apalah tuk. Kalau dah ingat tu esok niatlah lah puasa,  bulan Rejab kan sebulan tuk. Ehh yang sebetulnya Farid call ni nak Tanya, kenapa dengan pengantin baru tu, dahlah tak habis cuti dah datang kerja, ni belum setengah hari tak nampak bini dah dipanggilnya masuk bilik pula. Papa tu mestilah faham, ni kan kat pejabat tak kan nak berkepit sahaja dengan Hidayah.. apa cerita ni tuk.”.

“Farid! Farid sibuk ke, kalau tak sibuk masuk bilik atuk sekarang ..kita bincang hal keluarga kita”.

“Ok..Farid datang sekarang”. Setelah Tengku Farid duduk dihadapan datuknya..mula Tengku Faizal menceritakan apa yang terjadi pada Tengku Faris..dan siapa Nur Hidayah kepada mereka.

“Satu yang Farid muskil sekarang ni.. Tuk! boleh ke seorang ayah menikahi anaknya..tak berdosa kah mereka. Kenapa papa tak ceraikan sahaja NurHidayah tu kalau dah tahu dia anak papa.”.

“Apa pula nak bercerai, mereka tahu mereka anak beranak sebelum mereka  nikah lagi.”

“Habis kenapa mereka nikah juga?? Pelik lah papa dengan Hidayah ni”.

“Papa kamu cerita dengan atuk hari  tu, sebab nak elakkan dosa mereka meneruskan pernikahan mereka. Sebab kalau mereka tak nikah, mereka jadi bukan mahram dan kalau bukan mahram ertinya mereka duduk berdua mereka akan berdosa. Sedangkan papa kamu nak duduk serumah  dengan anak perempuan dia. Dia kata nak tebus segala salah silap dia dengan Hidayah tu. Atuk sebenarnya kesian juga dengan Hidayah tu..semua orang pandang hina pada dia termasuklah nenek kamu Farid”.

“Ia ke tuk”.

“Nenek kamu tu, dia curiga dengan kejujuran Hidayah. Pada atuk Hidayah memang ikhlas nak tolong papa Farid..Yang kita tenguk Hidayah bukan wanita mata duitan kan Farid. Dia bersungguh-sunguh nak bantu papa kamu bertaubat. Hari ni dia dah mula puasa ganti. Sahur tadi Hidayah yang temankan dia bersyahur.  Esok atuk pun nak sahur samalah nak puasa sunat Rejab”.

“Ehmm”.



“Farid rasa tak bagus macam tu, biarlah papa kerja.Jadi dia tak memikirkan sangat tentang dirinya. Lagi pun susah nak cari Akautan tuk...Tapi kita jangan bebankan sangat dia dengan kerja yang kita bagi. Biar dia tolong kita sikit-sikit begitu juga dengan Hidayah, apa pendapat atuk”. Yang sebenarnya Tengku Faris mengambil alih tugas Halim sebagai Akautan di hotel mereka.

“Ok juga macam tu. Lagi pun dia kena juga cari duit untuk menanggung rumahtangga dia. Farid! Apa pendapat Farid kalau atuk nak keluarkan bahagian papa..supaya dia boleh bayar fidyah dia”.

“Elok juga cadangan atok tu Farid setuju.” diakhir perbincangan mererka perlu memberi ruang masa untuk Tengku Faris bertaubat..beramal  sementalah umurnya pun tidak lama lagi.

Dibilik Tengku Faris pula, dia sudah tidak boleh melakukan kerja. Perutnya dari pukul Sembilan pagi lagi sudah menjerit minta diisi. Setengah jam berlalu dia menahan perut kini dia sudah tidak mampu untuk bertahan. Anggota badannya sudah menjadi lemah. Tangannya mencpai tetefon dimeja, dia mahu menghubungi anaknya supaya meminjamkan PAnya.. Kemudian dia mengheret kakinya duduk disofa, pada mulanya dia hanya menyandar kan badan sahaja kemudian badannya sudah meyendeng dan akhirnya dia merebahkan badannya disofa dengan tangan menekan perutnya yang terasa sungguh lapar. Pengalaman pertamanya berpuasa  semenjak umur menjadi angka 20 dan duduk jauh dari emak ayahnya diluar Negara. Bila daun pintu biliknya terkuak, terjengul wajah Hidayah. Terus sahaja dia mengadu tentang perutnya.

“Hidayah papa rasa lapar sangat..boleh sampai tak hingga waktu magrib nanti agaknya”.Jika dulu dia mengadu begitu tentu sahaja mommynya akan menyuruh dirinya berbuka.

“papa kena sabar..papa cuba bayangkan orang-orang miskin yang tak ada makanan sampai berhari-hari. Itulah yang mereka rasa dengan tiada harapan. Rasa lapar yang tiada harapan dihujung hari mereka  ada  sesuatu yang boleh mengisi perut mereka.Tak macam kita..Kita  berpuasa  tentu-tentu magrib nanti  ada benda nak dimakan dan nak diminum..sedap pula tu. Sebut sahaja tentu bibik akan buat untuk papa, tapi mereka yang miskin benda yang dimakan pun tak ada. Tak tahu berapa hari lagi baru mereka boleh jumpa makanan.Kalau papa bayangkan macam tu In Syaa Allah kita akan dapat bersabar”.Tengku Faris sudah berbaring dengan mata terpejam. Sambil membanyangkan apa yang diperkatakan oleh Nur Hidayah sebentar tadi.  Nur Hidayah tahu Tengku Faris tidak tidur dia hanya memejamkan mata menahan perutnya yang kosong.. Sambil  duduk dihujung kaki Tengku Faris, dia bercerita menyampaikan kelebihan orang berpuasa …

“Papa..puasa ni untuk mendidik manusia menjadi sabar. Kelebihan puasa ni banyak pa, selain sabar menahan perut yang lapar,puasa juga dapat menahan nafsu batinnya juga. Sebab itulah Allah memberi kelebihan setiap doa orang yang berpuasa dan akan dipenuhi doanya jika dia berdoa dengan sesungguh hati In Syaa Allah. Para malaikat pun akan mengaminkan doa orang-orang yang sedang berpuasa. Pa!setiap apa yang dilakuakan oleh yang sedang berpuasa adalah ibadat pa..Hidayah pernah baca  katanya Diam orang puasa merupakan tasbih, tidurnya adalah ibadat, doanya mustajab dan amalannya digandakan. Itulah kelebihan orang berpuasa pa”.

Alhamdulillah..Dengan semangat yang dikuatkan akhirnya dapat juga Tengku Faris berpuasa hingga tiba waktu berbuka.