~Siapa Ikut Blog Ni~

Pages

Sunday, 15 February 2015

Nur Hidayah 26



p/s: rasanya malam ni tak ada..mak teh tak sempat nak siapkan utk bab 27...


                Kebetulan selesai solat Magrib ada kelas ugama di masjid itu. Ceramah malam itu berkenaan persiapan Ramadan yang bakal tiba dua bulan lagi. Ketika itu lima hari lagi bulan Rejab akan mendatangi umat Muhammad. Biasanya umat Islam sudah berlatih melipat gandakan ibadah dari bulan ini lagi untuk persediaan dibulan Ramadan. Lagi pun banyak peristiwa besar yang terjadi dalam bulan Rejab.
Rejab bermakna kebesaran atau kemuliaan dan ia membawa maksud bulan yang dibesarkan atau dimuliakan. Masyarakat Jahiliyah menamakan bulan ini dengan bulan Rejab kerana mereka memulia dan menghormati bulan ini dengan mengharamkan berperang di dalamnya. Dan Rasulullah SAW mengekalkan nama ini dan mengharamkan pertumpahan darah di bulan Rejab. Dan bagi umat Islam, kita memperingati dan memuliakan Rejab sempena dengan peristiwa besar yang berlaku kepada Rasulullah SAW iaitu peristiwa Isra' dan Mi'raj.

Pulang dari masjid, sambil memegang lengan Tengku Faris Nur Hidayah bersuara ceria..
“Alhamdullilah papa..murah rezeki kita malam ini, dapat kita mengikuti majlis ilmu. Cerita pasal Ramadan pula tu. Bulan yang sentiasa ditunggu oleh umat Muhhamad. Betapa banyak keberkatan di bulan itu. Bulan di mana semua syaitan di ikat oleh Allah dan dalam bulan itu ada satu hari yang sangat di tunggu oleh semua umat Islam didunia ni. Jika kita terjumpa malam itu alangkah bahagianya”.

“Malam apa itu Hidayah”.

“Malam Lailatul Qadar..ada juga orang cakap malam seribu bulan”.

“Ohh papa ada juga  dengar malam Lalaitulqadar masa papa sekolah dulu tapi papa tak pernah ambil tahu apa makna malam Lailatulqadar tu. Dan sekarang papa terlupa lansung tentang nama nya pun. Kalau Hidayah tak sebut tadi papa tak ingat langsung..”

“Dayah pun dengar dari ustaz juga. Tapi itulah lidah yang paling tahu berkenaan ugama nikan papa…
Dalam hadis Rasulullah s.a.w. menyebut…Rasulullah bersungguh-sungguh beribadah pada 10 akhir bulan Ramadhan lebih daripada yang lainnya, katanya lagi.. Barang siapa yang dapat beribadat pada malam tu… Ianya menyamai beramal 1000 bulan. Itulah keistimewaan malam Lailatulqadar”.

“Inilah pertama kali selepas balik dari London papa pergi masjid..banyak yang papa dapat untuk persediaan papa pada kematian papa.. Keberkatan bulan Ramadan dan tadi ustaz ada cakap pasal hutang kita dengan manusia kan Hidayah, yang  ustaz cakap kalau kita orang yang kita hutang tak halalkan hutang kita, kita akan mencari mereka dipadang mahsyar untuk membayar hutang kita”.

“Dah banyak kali Dayah dengar cakap macam tu dan sangat penting untuk kita mengetahuinya. Jangan pandang ringan kalau kita berhutang walau pun hutang kita hanya lima sen sahaja..hutang kita dengan manusia ni wajib di bayar..kalau kita tak dapat bayar kita cakap terus terang minta halal. Tapi kalau orang tu tak reda kita kena bayar juga. Papa ada hutang dengan orang tak”.
Rasulullah s.a.w. mengingatkan orang berhutang bahawa dia terus terikat dengan pembayaran balik segala hutangnya. Dia mesti menjelaskan hutang ketika hidup kerana apabila orang yang berhutang meninggal dunia, rohnya akan tergantung di antara langit dan bumi sehingga dijelaskan hutang itu.
Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin

“Emm yang papa ingat tak ada..In Syaa Allah tak ada.. yang ada hutang papa dengan Allah..hutang puasa dan hutang solat..yang lain lain papa tak tahu lagi mungkin ada tapi papa tak tahu sahaja”.  

“Hidayah! Tadi ceramah tu cakap pasal ganti puasa. Papa rasa nak mulakan ganti puasa papa lah Hidayah. Ustaz kata tadi kalau dapat kita bayar hutang tahun ni sebelum Ramadan yang nak datang, kita tak payah bayar Fidyah. Papa cuba nak bayar hutang puasa dengan puasa Kadaq’ dan untuk tahun- tahun yang dah terlepas  papa kena bayar Fidyah dan bayar puasa juga.”

“Tak papa, tadi maksud kata ustaz kalau kita terpaksa tidak berpuasa kerana keuzuran. Masa bulan puasa orang tu sakit tak boleh nak puasa, kalau puasa juga membawa penyakit bertambah parah, tetapi mereka ini ada harapan sihat dan boleh berpuasa. Satu lagi orang yang mengandung takut mudarat pada dirinya dan satu lagi  ibu yang menyusukan anak dia takut menjejaskan kesihatan dirinya sendiri. Haa golongan inilah yang dibolehkan membayar puasanya dibulan lain dan tak payah bayar fidyah. Tapi kalau kita sihat kemudian saja-saja tak nak puasa, kita diwajibkan bayar puasa dan bayar Fidyah sekali. Dan kedua ibu dan yang mengandung dan menyusukan anak jika dia takut mudarat pada anaknya dia juga dikehendaki mengganti puasa dan memebayar fidyah.”
(Yang mak teh tulis kat atas yang biasa mak teh buat dulu, untuk lebih jelas bukalah laman web yang mak teh sertakan ni) https://dupahang.wordpress.com/2008/09/08/wanita-hamil-dan-menyusui-membayar-puasa-atau-fidyah/

“Oh macam tu. Hidayah! Macam mana agaknya kalau papa tak sempat nak bayar puasa Hidayah. Kalau fidiyah ni rasanya papa  boleh bayar tapi puasa ni sempat ke…Hidayah mampu ke papa nak bayar semua hutang papa pada Allah dengan waktu yang sangat terhad ni. Sekarang ni masa papa masih sihat lagi..nanti kalau kuman AIDS tu dah melemahkan semua anti body papa macam manalah papa nak bayar hutang-hutang papa pada Allah Hidayah.”.

“Masa kita sihat ni, kita usha bersungguh-sungguh, sebab kalau kita hutang dengan manusia pun kita dituntut di akhirat, inikan pula  berhutang dengan Allah. Tapi Allah kan Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Dia tahu kemampuan kita, jadi buat bersungguh-sungguh kemudian barulah berserah. In Syaa Allah, Allah tahu apa yang ada dihati kita papa.”. Mendengar apa yang diperkatakan oleh Nur Hidayah Tengku Faris jadi tertunduk..Kemudian Hidayah meneruskan lagi kata-katanya.

“Banyak ke..hutang  puasa papa?”

“ ..Sejak papa pergi luar Negara papa dah puasa lagi Hidayah. Puasa tahun ni papa tak puasa walau sehari pun walaupun masa Ramadan lepas papa dah  ada kat Malasia. Mommy kejut tapi papa tak boleh nak bangun sahur. Macam mana Hidayah..ada tak cara lain nak bayar hutang puasa”.

“Kalau kita tak puasa dengan sengaja..kita kena ganti puasa dan bayar fidyah, tak ada cara lain papa. Jadi kita mulalah dari sekarang, papa cuba gantikan puasa untuk tahun ni..lepas tu kita bayar fidyah. Lepas tu cuba pula gantikan puasa untuk tahun lepas pula..kita buat perlahan-lahan.  tapi kena bersungguh-sungguh. Hidayah janji akan teman kan papa puasa In Syaa Allah”.

“Macam mana cara nak bayar fidiyah  Hidayah”

“Ni Dayah cerita satu-satu dari apa yang Dayah belajar dulu. Sehari papa tak puasa dengan  sengaja papa kena ganti puasa dan bayar fidiyah. Fidiyahnya  ..wajib ditunaikan terlebih dahulu sebelum datangnya bulan Ramadhan berikutnya. Malah puasa sunat juga diharamkan untuk dikerjakan, sebelum mengqada’ puasa yang tertinggal sebelumnya. Fidyah bererti membayar denda berbentuk beras kepada fakir miskin”…..
Kadar fidyahnya mudah sahaja, iaitu sehari tinggal puasa bersamaan dengan fidyah secupak beras untuk tahun pertama. Tahun berikutnya digandakan mengikut tahun (lihat contoh mudah di hujung artikel ini mak teh ambil ni dari Mr. Google…).
Persoalan yang pertama, banyak mana sebenarnya ukuran secupak beras?
Qada' Puasa, Bayar Fidyah Dan Ukuran Cupak
Secupak beras adalah bersamaan dengan 556 gram, iaitu lebih sedikit daripada setengah kilo, tetapi jauh lagi nak sampai satu kilo.
Dalam hal ini, satu perkara perlu diberi perhatian, iaitu membayar lebih tidak mengapa, membayar kurang jangan sekali.

Persoalan yang kedua, kepada siapa seelok-eloknya kita perlu membayar fidyah?
Ada pendapat yang mengatakan bayar fidyah lebih afdal terus kepada fakir miskin, daripada melalui amil yang dilantik. Ada juga pendapat yang mengatakan bahawa lebih afdal membayar fidyah melalui amil, kerana amil telah dilantik dengan cara tertentu oleh pihak berkuasa. Tambahan pula, bukan senang hendak mencari fakir miskin di kawasan tempat tinggal kita.
Bagaimana pun menurut Imam Shafie, ikut mana-mana pendapat yang dirasakan sesuai kecuali apabila ditentukan oleh mufti negeri masing-masing.Dalam hal ini mufti wajib diutamakan.
Ini kerana kedudukan mufti negeri adalah yang tertinggi selepas sultan. Mufti negeri merupakan suara kepada sultan dalam bab agama. Oleh sebab itu, wajib dituruti.

Persoalan yang ketiga, berapakah nilai pendapatan yang boleh diklasifikasikan sebagai fakir miskin?
Nilai fakir sebenarnya boleh diukur begini. Ambil RM10 untuk buat pengukuran. Andaikan seseorang itu memerlukan RM10 sehari untuk perbelanjaan harian, termasuk diri sendiri dan tanggungan di bawahnya.
Sekiranya pendapatannya sehari cuma RM3.Maka dia adalah seorang fakir. Sekiranya pendapatannya RM7, maka dia adalah seorang yang miskin.
Sekiranya pendapatannya RM10, maka dia seorang yang sederhana.Sekiranya pendapatannya RM12, maka dia seorang yang berada.Sekiranya pendapatannya RM18, maka dia seorang yang kaya.
Begitulah ukuran yang mudah digunakan. Di manakah kedudukan anda?
Katakan anda perlu bayar rumah, kereta, tanah ladang, aset sana sini, kad kredit, pinjaman peribadi, dan sebagainya, yang mana baki akhir gaji anda menunjukkan bahawa anda hanya boleh berbelanja sebanyak RM3 sahaja dalam sehari.
Di mana kedudukan anda? Sudah pasti, anda bukan seorang fakir, kerana bukan nilai RM3 itu yang diambil kira, tetapi kesemua nilai yang menjadi hak anda seperti rumah, kereta, tanah ladang, dan aset.
Jika anda tidak cukup makan kerana bebanan ini, boleh jadi anda merupakan seorang yang boros atau tidak pandai merancang perbelanjaan. Nasihat saya, dapatkan seorang penasihat kewangan (kena bayar lagi).

Persoalan yang keempat, selepas bayar fidyah, adakah saya bebas dari hutang puasa?
Tidak, belum lagi. Puasa yang telah ditinggalkan itu tetap wajib diqada’ (diganti), dalam nisbah dan kadar yang sama, iaitu satu hari tertinggal bersamaan dengan satu hari qada’. Jumlah fidyah meningkat mengikut tahun, tetapi bilangan puasa tetap sama.

Habis, kenapa perlu bayar fidyah kalau tak bebas hutang? Bayar fidyah adalah kerana lewat mengqada’. Sama seperti konsep kad kredit, lewat bayar kena denda, tapi hutang lama masih perlu diselesaikan.

Persoalan yang kelima, apakah sebab selain lewat, yang mewajibkan kita wajib membayar fidyah?
Ibu mengandung yang tidak berpuasa kerana bimbang zat makanan anak di dalam kandungan, serta ibu yang menyusukan anak yang tidak berpuasa kerana bimbang kekurangan susu di dalam badan. (Yang ni mak the muskil sikit..tak faham adakah golongan ini dikenakan puasa dan fidyah)
Keadaan ini berbeza dengan ibu mengandung yang menghadapi kesukaran atau risiko atau sebarang keuzuran syarie, di mana ibu itu hanya perlu mengqada’ sahaja tanpa perlu membayar fidyah.

Cara Kira Fidyah
Contoh mudah (seperti yang dinyatakan di awal artikel):

    Tinggal puasa 1 hari tahun lepas, bayar 1 cupak.
    Tinggal puasa 2 hari tahun lepas, bayar 2 cupak.
    Tinggal puasa 1 hari 2 tahun lepas, bayar 2 cupak.
    Tinggal puasa 2 hari 2 tahun lepas, bayar 4 cupak.
    Tinggal puasa 1 hari tahun lepas dan 1 hari 2 tahun lepas, bayar 3 cupak.
    Tinggal puasa 2 hari tahun lepas dan 1 hari 2 tahun lepas, bayar 4 cupak.

Kesimpulannya, darabkan jumlah hari dengan jumlah tahun lalu (berasingan mengikut tahun) dan kemudian tambahkan kesemua tahun-tahun ini, maka dapatlah jumlah cupaknya.
Wallahu a’lam.
Sumber: http://soleh.net/2008/09/18/qada-puasa-bayar-fidyah-dan-ukuran-cupak/

“Kalau kita balik esok boleh tak Hidayah.  Papa rasa nak mula kerja nak kumpul duit nak bayar fidyah papa. Dah berpuluh tahun papa tak puasa Ramadan. Kalau papa tak kerja mana nak ambil duit nak bayar fidyah.” Memang benar selama dia duduk di luar negara dan bekerja disana, tetapi  duitnya dihabiskan untuk berjoli dan berfoya-foya.

“ok kita balik esok pagi. Balik esok kita terus mulakan puasa kadaq’ papa ye.. Kalau puasa kadaq’ kita kena baca niat ‘puasa ganti’ sebelum azan suhuh pagi  tau pa, kalau tak nak lupa kita niat seleps solat Isyak. Bagus kan papa kita pergi masjid hari ni. Dapa kita menghadiri majlis Ilmu. . Kata Ustaz Dayah dulu kalau kita mengikuti majlis ilmu ni banyak yang kita dapat, kita dapat doa dari para malaikat. Mana tahu malaikat dengar doa kita kemudian mereka akan bawa pada Allah dan Allah memperkenankan doa kita. Sebab majlis ilmu yang macam tadi Malaikat pun ada sama. Macam tu juga kalau kita minta ampun In Syaa Allah..Allah akan mengampunkan dosa-dosa kita”..Pot pet Nur Hidayah bercerita mulut nya macam berteh goring pula.



 Kelebihan Menyertai Majlis Ilmu. Hadis Abu Hurairah r.a: Nabi s.a.w bersabda: Sesungguhnya Allah s.w.t Yang Maha Memberkati lagi Maha Tinggi memiliki para Malaikat yang mempunyai kelebihan yang diberikan oleh Allah s.w.t. Para Malaikat selalu mengelilingi bumi. Para Malaikat sentiasa memerhatikan majlis-majlis zikir. Apabila mereka dapati ada satu majlis yang dipenuhi dengan zikir, mereka turut mengikuti majlis tersebut di mana mereka akan melingkunginya dengan sayap-sayap mereka sehinggalah memenuhi ruangan antara orang yang menghadiri majlis zikir tersebut dan langit. Apabila orang ramai yang hadir dalam majlis tersebut beredar, para malaikat naik ke langit. Baginda bersabda: Allah s.w.t bertanya para malaikat sedangkan Allah mengetahui pergerakan mereka dengan firman-Nya: Dari mana kamu datang? Mereka menjawab: Kami datang dari tempat hamba-hamba-Mu di dunia. Mereka bertasbih, bertakbir, bertahlil, bertahmid serta berdoa memohon dari-Mu. Allah s.w.t berfirman: Apakah yang mereka pohonkan? Para Malaikat menjawab: Mereka memohon Syurga dari-Mu. Allah berfirman: Apakah mereka pernah melihat Syurga-Ku? Para Malaikat menjawab: Belum, wahai Tuhan. Allah berfirman: Bagaimanakah akan terjadi seandainya mereka pernah melihat Syurga-Ku? Para Malaikat berkata lagi: Mereka juga memohon daripada-Mu perlindungan. Allah berfirman: Mereka pohon perlindungan-Ku dari apa? Para Malaikat menjawab: Dari Neraka-Mu, wahai Tuhan. Allah berfirman: Apakah mereka pernah melihat NerakaKu? Para malaikat menjawab: Belum. Allah berfirman: Bagaimanakah akan terjadi seandainya mereka pernah melihat Neraka-Ku. Para Malaikat terus berkata lagi: Mereka juga memohon keampunan-Mu. Allah berfirman: Aku sudah mengampuni mereka. Aku telah kurniakan kepada mereka apa yang mereka pohon dan Aku telah berikan ganjaran pahala kepada mereka sebagaimana yang mereka pohonkan. Para Malaikat berkata lagi: Wahai Tuhan kami, di antara mereka terdapat seorang hamba-Mu. Dia penuh dengan dosa, sebenarnya dia tidak berniat untuk menghadiri majlis tersebut, tetapi setelah dia melaluinya dia terasa ingin menyertainya lalu duduk bersama-sama orang ramai yang berada di majlis itu. Baginda bersabda: Allah berfirman: Aku juga telah mengampuninya. Mereka adalah kaum yang tidak dicelakakan dengan majlis yang mereka adakan. Posted by muis at 4:51 PM
Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin

“Oh ye ke Hidayah. Habis kalau kita berdoa minta ampun kita tak dengar lah ceramah tu..ertinya macam mana tu?. Ertinya kita tak dengar apa yang ustaz cakap.”

“Tak apa..kalau kita duduk disitu dengar tak dengar belakang cerita..janjinya kita ada dalam majlis tu, kita dikira menyertai majlis dan dapat juga keberkatan majlis tu.”

         Seperti yang dirancang selepas bersarapan pagi itu mereka  pulang ke Kuala Lumpur. Kebetulan pula hari minggu itu Tengku Faizal juga tidak kemana. Terkejut kedua ibu dan bapa Tengku Faris kerana baru tiga hari pasangan pengantin baru, cuti berbulan madu mereka sudah pulag semnula kerumah. Bergaduhkah mereka.. itulah tanda tanya yang berdetak dihati mereka. Kata anak mereka dia mahu bercuti di Port Dikson sambil mahu kekampung halaman Nur Hidayah. Namun begitu mereka tetap disambut riang oleh Tengku Faridah suami isteri.

“Hai Ris kenapa cepat sangat balik kata pergi honymoon.Tak dapat book hotel ke itu yang balik cepat ni?”

“Tak ada lah daddy. Ris saja nak balik cepat. Jemu tak ada aktiviti. Dah lepas pergi kampong Hidayah dah tak ada apa nak buat”.

“Ris jumpa siapa kat kampong Hidayah”.

“Jumpa mak long dia dengan abang sepupu dia”. Mendengar kata-kata anaknya cepat sahaja Tengklu Faridah menyampuk perbualan suami dan anak mereka.

“Itulah.. ada pulak honeymoon kat PD sahaja..Kalau  mommy lebih suka pergi tempat-tempat yang sejuk sikit ataupun pergi  Bali atau Bukit Tinggi kat Indonesia tu ke. Kalau tak nak jauh pergilah Cameon Highland atau pun Kundasang kat Sabah tu ok juga ni pergi PD dekat sangat, lepas tu pantai pula kan panas.”.

“Tak apa lah mommy, Ris rasa macam nak kerja sahaja ..kesian pula Farid tu kerja sorang-sorang.”.

“Ialah tu”..Tengku Faizal hanya memandag anak nya dengan wajah gembira. Sekarang sudah kelihatan anaknya mula bertanggung jawap pada diri, anak dan perniagaan mereka. Dia mengharapkan perubahan anaknya berkekalan sehingga dia menutup mata. Harapanya untuk berihat dari bekerja akan tercapai jika sikap anaknya berterusan hingga kekhirnya. Sedang bibinya menyungging senyuman gembira dan matanya terarah pada anaknyanya dengan rasa lega..anaknya memanggil dengan dua tangannya digosok-gosok antara satu sama lain…

“Daddy! Kalau Ris Tanya tentang bahagian Ris dalam perniagaan  daddy tu.. boleh tak?”.

“Ris nak buat apa dengan bahagian Ris tu?”. Walaupun ada rasa terkejut dihatinya namun dia berlagak selamba sahaja.

“Adalah..Ris nak bahagian Ris tu…” Mendengar permintaan anaknya mencanak naik darah Tengku Faridah. Dia tak tunggu perkataan anaknya hingga kehujung, terus dia memanjung kata-kata anaknya. Dihatinya menyelinap satu bisikkan ‘mungkin wanita yang baru beberapa hari menjadi isteri anaknya yang mahukan harta itu.’.marahnya naik kekepala.

Rupanya tiada keikhlasnya wanita yang menjadi isteri anaknya yang sedang duduk disebelah anaknya. Tetapi jika difikirkan memang mana ada yang ikhlas, jika melihat dari segi perbezaan umur, Tengku Faris sudah berusia 53 tahun sedang dia masih gadis baru berumur 27 tahun. Malah lebih tua cucunya dua tahun dari gadis yang dinikai oleh anaknya. Kerana rasa itu, bingkas bangun Tengku Faridah dengan dua tangan dipinggang dan suara yang keras dia menyeru nama menantu barunya.

“Hidayah!!!..baru berapa hari kamu nikah Faris dah mula nak kikis hartanya ye. Ris pula mentang-mentang dia muda lagi, Ris ikutkan sangat apa yang dia mahu.. kalau macam nilah perangai Ris, esok habis telangkup harta kita sekeluarga”.

Terkejut yang amat Tengku Faizal dan Tenku Faris mendengar suara keras Tengku Faridah. Tidak pernah Tengku Faridah meninggikan suara, kalau dia betul-betul marah sekali pun.

“Mommy!!!..” Belum bersambung lagi kata-kata Tengku Faris, mommynya sudah menyambung lagi..

“Dari mula lagi mommy dah ragu dengan penerimaan Hidayah pada kamu Ris. Dia setuju nikah sebab ada tujuan, nak kan kesenangan sekelip mata. Ris  cuba buka mata sikit, fikir jauh sikit.. selidiki dulu peribadinya. Jangan kamu digelapkan dengan keremajaan dia sahaja. Macam mana kamu cari isteri yang nak hidup dengan kamu Ris”.


“Mommy!! Jangan cakap Hidayah macam tu mommy..dia bukan jenis yang macam tu”.

“Wahh tenguk tu, baru berapa hari Ris kenal dia Ris dah pandai nak membela dia.  Itu yang tak sabar-sabar nak bagi harta Ris kat dia tu ye. Entah apa yang dicakapkannya pada Ris, Ris dah termakan semua kata dia. Habis harta Ris nanti dia tinggalkan Ris terkontang kanteng sorang.. Ris nak duduk mana?. Minta pula bahagian Farid  atau minta bahagian mommy dan daddy. Mommy tak sangka muka lembut watak sopan macam ni tapi perangai Subhanallah..pengikis”

“Mommy!! Harta Ris tu Ris yang nak guna untuk Ris, bukan untuk Hidayah. Dia tak tahu pun rancangan Ris ni mommy. Ris secara spontan terfikir kalau nak duit cepat sahaja..”.

“Dah lah Idahh…Kalau Ris yang nak pakai harta dia tu, nanti abang boleh keluarkan bahagian dia. Kemudian dia dah tak boleh kacau bahagian kita dan Farid nanti..” Tengku Faizal cuba meredakan keadaan. Tapi isterinya tambah melenting suaranya tinggi bahasanya juga kasar ditelinga …

“Tidak!!! Idah tak setuju…jangan nak senang-senang keluarkan bahagian Ris tu daddynya. Masa ni dia tengah tak boleh nak berfikir dengan waras. Ris bila dah dapat bini muda semuanya melayang entah kemana.  Dulu Ris tak suka diqueen control sekarang apa dah jadi? Baru beberapa hari kahwin dah dibawah telunjuk bini. Bang !! Faris yang dah tak betul ni  kitalah yang patut kawal. Idah memang tak redha langsung harta kita jatuh ketangan perempuan pengikis macam ni”.

“Mommy!!! Hidayah sangat bererti pada Ris mii...pada kita sekeluarga..”

“Sekarang memang dia bererti..tapi kalau Ris ceraikan dia dia bukan siap-siapa pada kita”.

“Mommy!!! Pleaseee..jangan sebut perkataan tu”..







Friday, 13 February 2015

Nur Hidayah 25



              Rasa rugi yang hadir meruntun hati seorang ayah yang terlepas melihat anak-anak membesar didepan mata. Sepanjang hidupnya dia tidak pernah melihat anak-anaknya ke sekaloh. Pembesaran Tengku Farid juga tidak dihadapan matanya, biar pun Tengku Farid anaknya yang sah dan lahir dihadapan matanya.  Ketika umur Tengku Farid setahun lebih, dia sudah dihantar pulang keMalaysia, sedangkan dia tetap duduk diUK walaupun enam bulan selepas itu, dia sudah tamat pengajianya.

“Yang ni gambar saya mendapat hadiah Permata hati SHAM bila PMR saya dapat 8A. Masa ni mama dah kerja kat Arab. Mama saja ambil cuti nak tenguk saya berjalan atas pentas. Entah mama, suka sangat tenguk saya berjalan atas pentas. Haa yang ni masa tingkatan lima disekolah yang sama.” Disetiap gambar melihat senyuman lebar Syarifah Jamilah. Nampak wajah bangga seorang ibu meraikan kejayaan cemerlang anaknya.  Terdetik dihati Tengku Faris jika waktu boleh diputar kezaman lampau, dia akan kezaman itu untuk merasai apa yang telah dilepaskan dan melakar kenangan dizaman itu. Detik hati  yang tidak mungkin dicapai. Kerana masa lalu adalah perkara yang paling jauh dari kita, yang dipetik dari kata dari Imam Ghazali.  Tengku Faris tersedar dari harapannya bila suara Nur Hidayah menerjah telinga.

  "Dan yang ni gambar masa saya grad kat UiTM.(Nur Hidayah menarik beg sandangnya lalu mengeluarkan sebuah diari  lama. Dia  mengeluarkan dua tiga keping gambar di celahan diari nya lalu dimasukkan gambar-gambar tadi kebahagian album yang masih kosong). Tapi masa ni saya sorang sahaja meraikan kejayaan saya. Mama dah tak ada. Masa ni dah enam bulan mama meninggal. Saya betul-betul rasa kesaorangan. Ditambah  bila melihat kawan-kawan ditemani sekurang-kurangnya salah seorang dari emak atau ayah mereka. Ada yang lagi meriah sampai  atuk, nenek dan adik-adik mereka sama meraikan hari kejayaan mereka. Sorry Tengku saya terlebih emo pula ni…” Nur Hidayah ketawa untuk melindungi dukanya.  Tetapi tawanya kedengaran bercampur getar  ditelinga Tengku Faris. Dia memandang wajah anak merangkap  isteri dihadapannya. Ada air mata yang meleleh dipipinya. Dengan suara bergetar dia meminta..

“Tengku! boleh tak kalau saya nak menangis. Saya  rasa nak menangis sebab…” Terkedu Tengku Faris mendengar permintaan Nur Hidayah.

            Sebelum sempat Tengku Faris menjawab permintaan Nur Hidayah, dia sudah menekup kedua belah tangan kemukanya. Mulanya kedengaran esakkan nya perlahan sahaja, tetapi tidak lama lepas itu badannya sudah bergoyang. Nur Hidayah menahan tangisannya.Tengku Faris mengengsut menghampiri.  Diraihnya Nur Hidayah  sambil memeluk dia menepuk-nepuk belakang badan anaknya perlahan.

“Nak MENANGIS?…Nangislah kat bahu papa. Dayah! kalau dapat papa gantikan tempat mama..”

           Tengku Faris juga mengangis kerana terasa bangga dirinya sangat diperlukan oleh seorang anak ketika itu. Dan dia juga menangis kerana kesal. Sepatutnya sedari Hidayah kecil lagi dia yang memujuk bila dia menangis seperti sekarang.  Tetapi apakan daya semuanya sudah berlalu dari gapaian. Sememang tidak pernah surut rasa kesalnya.  Agak reda tangisnya Nur Hidayah mengalihkan mukanya dari bahu Tengku Faris, namun dia masih meundukkan wajah mungkin malu kerana menangis.

“Terima kasih Tengku..pinjam kan bahu”.

“Hidayah panggilah I PAPA..sungguh I teringin menjadi papa pada Hidayah.. teringin merasai kasih sayang seorang anak perempuan....tolong ye panggil I papa. Hanya ada sedikit kesempatan dalam umur yang makin sedikit setiap hari , papa nak merasa menjadi papa pada Hidayah.Nak memberi Hidayah kasih sayang seorang papa.”

“Tapi Tengku…”

“I merayau tolonglah..sudikan Hidayah panggi I papa.Papa teringin merasa kasih seorang anak perempuan sebelum papa mati Hidayah. Malunya papa merayu macam ni. Merayu kasih sayang anak yang tak pernah papa maknakan dalam hidup papa. Bukan salah orang lain tapi salah papa yang menjauhkan diri dari anak sendiri. Dulu papa tak suka budak kecil kerana akan menyekat kebebasan papa untuk berhibur. Farid  pun tidak membesar didepan mata papa. Papa apalah I ni. Dah  ada nak dibuang, ada anak tak nak jaga. Bolih kah Hidayah memaaf kan papa..maafkan papa Hidayah.. maafkanlah papa yang terlalai. Sepanjang hidup 53 tahun ni papa hanya sibuk mencari hiburan. Nak tahu kenapa papa lebih suka duduk diluar Negara jauh dari daddy dan mommy, sebab disana semua kegiatan papa tak ada siapa akan menegur.  Tegar hati papa ni membiarkan daddy bertungkus lumus membangun syarikat sendirian.  Sampai dah tua sangat, masih lagi bekerja kerana nak bagi papa duit belanja. Papa tahu nak duit sahaja. Sekarang papa tersedar sangat. Maafkan papa Hidayah maafkanlah”. Bersungguh-sungguh Tengku Faris merayu dan sedu sedannya.

                  Bagi Nur Hidayah sememangnya panggilan itu sangat di harap sejak dia pandai mengenali siapa mama dan siapa papa.Teringin hatinya sejak dia masuk Tadika bila melihat kawan-kawan berpimpin tangan bersama seorang lelaki yang dipanggi abah, ayah, babah atau pun papa. Sering juga dia bertanya kepada mamanya kenapa tiada insan yang bergelar papa sejak dia mengenali semuanya. Namun setiap kali bertanya mamanya akan menagis ketika itu. Mamanya akan kelihatan murung dan tidak memaninya seharian. Walaupun ketika itu dia masih kecil dia boleh memahami jika perkataan papa terbit dari mulutnya mamanya akan bersedeh.
..Dua orang bapa saudaranya pula seperti menjauhkan diri, bila dia mendekati. Datuknya pula sejak dia mengenali dunia memang sudah tiada. Mendengar cerita mamanya datuknya meninggal ketika dia didalam kandungan. Tapi bila dirisik-risik datuknya meninggal kerana tekanan darah tinginya mencanak naik bila mengentahui anak perempuan bungsunya mengandung tampa nikah. Bila mendengar rayuan Tengku Faris cepat dua tanganya mendakap lelaki itu. Perlahan sahaja seruanya untuk memesrakan bibirnya dengan panggilan PAPA, diiringin air mata yang berjujuran…

“PAPA…Baiklah papa..Bahagianya rasa bila saya panggil  Tengku papa..terasa selamat saya dari segala bahaya”. Kemudian dengan memejam dan air  mata melelah Nur Hidayah mengulangi panggilan papa dua tiga kali.

“Terima kasih Tuhan ku kerana memberi Kasih Mu kepada ku ..Terima kasih Allah..Alahamdulilah”.Bisik Hidayah pada dirinya sendiri. Lama mereka berpelukkan hingga reda tangisan mereka. Tengku Faris menangis kerana kesal dengan nikmat yang banyak dilepaskan begitu ssahaja. Bagi Nur Hidayah menangis kerana memang selama ini dia mengharap  kasih seorang  ayah..sebab selama dia hidup dan selepas mamanya meninggal dia merasa kesaorangan. Tiada tempat untuk meluahkan rasa suka dan duka.

Pelukkan dileraikan Tangannya mencari tangan Tengku Faris lalu  menggenggam  dan mengucupnya. Bila dia memanggugkan kepalanya, dia melihat Tengku Faris juga sedang menangis. Dengan suara yang bersulam esakkan…

“Papaa”..tidak cukup sekali dia menyeru di serunya sekali lagi dengan nada yang sama.. Dua beranak yang berbeza status..dan berbeza panggilan, dikertas statusnya suami dan isteri tetapi pada hakikatnya mereka ayah dan anak.

“Bolehkah Dayah  memanggil Tengku papa sedang kita suami isteri”.

“Kalau macam tu kita bercerai sahaja”.

“Astagfirullah..Astagfirullah..Astagfirullah..jangan ada walau sedetik niat kearah itu papa..sebab kalau kita bercerai Dayah bukan siapa-siapa pada papa”...

“Maafkan papa Hidayah..tak ada perkataan yang dapat papa luahkan nak mengambarkan betapa papa sangat menyesal dengan perbuatan papa..pada Dayah dan mama Dayah”.

“Tak apa lah papa semuanya dah terjadi. Tapi memang sudah lama saya teringin memenaggil seorang lelaki dengan panggilan ini. Saya tak pernah mengungkap panggilan papa atau bapa  atau ayah atau abi untuk seorang lelaki, akhirnya dapat juga Dayah mengucapkanya..Terima kasih papa.  Untuk pengetahun papa Dayah ada juga seorang ayah tiri, tapi dia suruh Dayah panggil dia PAMAN. Dia warga Indonesia. Dialah satu-satunya mahram Dayah kat dunia ni”.

“Dia masih ada ke? kenapa tak jemput dia masa kita nak nikah hari tu?”.

“Walau pun dia mahram Dayah tapi dia tak boleh jadi wali Dayah, kerana dia hanya ayah tiri. Dia tak duduk sini, dia kerja kat Mekah. Mama nikah dengan dia masa mama kerja kat Arab Saudi dulu. Dia pun tak pernah datang Malaysia”.

“Kalau Hidayah bagi tahu hari tu, boleh papa uruskan tiket kapal terbangnya”.

“Tak apa lah papa..masa mama meninggal pun dia tak datang Malaysia. Mama kata..pada dia balik jumpa mama kat sini, ada lebih baik dia cuti jumpa ahli keluarganya di Indonesia. Dia masih ada anak dan emak ayah kat sana. Mama pesan macam tu. Tapi Dayah ada bagi tahu dia mama dah meninggal. Tapi dia kata tak mahuDayah  menangguhkan pengebumian mama, dia tak mahu mama tersiksa, dia kata dia tak dapat hadir.”

“Ohh..Habis bila Hidayah jumpa dia?”

“Masa Dayah tunggu keputusan SPM, Dayah duduk dengan mama kat Mekah lebih kurang tiga bulan”.

“Oh Hidayah pernah pergi Mekkah..dah pernah buat Haji atau Umrah?”

“Untuk Haji belum lagi tapi Umrah adalah lebih dari tujuh kali. Paman dan mama yang ajarkan macam mana nak buat Umrah masa kat sana”.

“Papa teringin nak buat Haji atau pun Umrah..Tapi kalau nak buat Haji rasanya tak sempat sebab nak kena daftar sekurang-kurangnya lima tahun baru sampai giliran kita. Sedangkan waktu itu umur papa masih ada lagi ke tidak.”.

“Kita cubalah yang mana satu dulu..kalau tak dapat buat Haji dapat buat Umrah pun dah Alhamdullilah”.

“Apa persediaan kita untuk kesana Hidayah?”

“Dari cerita Paman..sebelum kesana buat lah solat taubat banyak-banyak..supaya gugur semua dosa-dosa kita. Kalau kita pergi dengan membawa dosa-dosa kita, takut tak lancar perjalan kita kesana, lunaskan hutang-hutang papa dengan Allah.”

“Hutang apa Hidayah”.

“hutang puasa dan hutang solat lima waktu”.

“Sempat ke papa bayar hutang-hutang tu Hidayah..papa dah lama sangat tak sembayang.”

“In Syaa Allah, kalau papa bersungguh-sungguh membayarnya. Hari-hari buatlah sikit-sikit”.

“Terima kasih Hidayah kerana memberitahu papa. Papa memang berharap sangat bantuan Hidayah, ingatkan papa kalau papa lalai dan kalau papa mula malas nak bayar hutang nanti ye”..

“In Syaa Allah papa akan ingat. Papa! satu yang Dayah nak bagi tahu, dulu ustaz Dayah ada cakap ..sesuatu kalau kita buat dengan kesedaran diri kita sendiri, kita akan lebih ikhlas dan menghayati. Papa  nak tahu dengan rasa ikhklas dan menghayati, kita akan merasakan keinsafan. Kalau dah ada keinsafan kita akan redha. Tapi sebelum tu papa  kena niat, segalanya yang kita buat KERANA ALLAH, takutlah dengan siksaan Allah papa”.

“Papa memang takut dengan siksa  Allah Hidayah..dengan umur yang tinggal sedikit ni boleh ke papa meraih kasih Allah. Sedang hidup papa selama 53 tahun tak pernah papa buat apa yang diperintahkanNya, malah papa membuat perkara-perkara yang dilarang oleh  Allah.. Hidayah. Bukan sekali papa melakukan dosa berzina ..berkali-kali ..ya Allah ampunkan kesalahan ku. Ya Allah ampunkanlah dosa-dosa ku..” Tengku Faris sudah teresak lagi, bila mengenangkan dosa-dosa yang telah dilakukan.Ngeri mengenangkan siksa kubur dan siksa dihari akhirat nanti. Melihat keadaan Tengku Faris yang begitu kuat esaknya, Nur Hidayah menghampiri dan memeluk lalu mengusap-ngusap belakang suaminya merangkap bapa biologinya dan berkata dengan lembut… memujuk.

“Jangan putus asa papa..Allah maha Pengasih pada hamba-hambaNya. Pintu taubat akan dibuka seluas-luasnya kalau kita betul-betul mahu bertaubat kepadaNya. Tak kira kesalahan apa pun, walau sebanya mana pun dosa kita papa Allah tetap akan ampunkan kalau kita meminta ampun…tapi dosa yang Allah tak ampunkan hanya jika kita syirik kepadaNya. Syirik ertinya kita meminta selain dari Allah dan menyembah selain dari Allah. Dosa lain In Sayaa Allah..Rahmat  dan kasih sayang Allah akan sampai pada papa.Papa pohonlah dengan bersungguh-sungguh, semoga Allah mendengar rintihan papa.”. Makin erat dakapan NurHidayah makin kuat esakkan Tengku Faris. Agak reda tangisanya Tengku Faris mengangankat kepalanya..

“Betulkah macam tu Hidayah..tapi jelas sekarang Allah memberi bala pada papa dengan memberi papa penmyakit yang tak ada ubatnya..diberi kuman virus yang akan mengambil umur papa tak berapa lama lagi..bukan itu tandanya Allah benci papa?”.

“Di beri penyakit bukan tanda Dia marah..tapi sebagai peringatan..agar kita bersiap sedia menghadapi kematian. Papa masih diberi masa untuk bertaubat, jadi bertaubatlah bersungguh-sungguh dengan masa yang dia bagi. Tengkuuu KEMATIAN tu semua orang akan menghadapi. Itu janji Allah, tiada mahluk yang kekal didunia ni kecuali Allah..hanya cepat dan lambatnya sahaja. Kalau kita hidup lama pun tapi kita tak menjadi hamba yang patuh tak guna juga. Jadi masa yang ada nilah kita menutupi segala kekurangan kita yang dulu. Cuba papa fikir papa di beri petunjuk untuk membetulkan diri sebelum ajal papa sampai.  Itulah caranya Allah tunjuk dia sayangkan papa. Dia beri peringatan supaya kita bersiap sedia. Macam saya, saya tak tahu kematian saya..biasanya kalau kita tak tahu kita suka bertangguh-tangguh melakukan apa yang diperintahkan ..tup..tup esok atau malam nanti saya mati, saya tak betaubat. Ataupun tiba-tiba saya mati tampa sempat mengucap, ialah mati kemalangan yang mati ditempat kejadian..betapa ruginya saya Nauzubillah.”. Mendengar kata-kata Hidayah hati Tengku Faris yang lubang libu menjadi tenang.

Memang ada kebenaranya akan semua kata-kata anak merangkap isterinya sekarang. Ditanam dalam benaknya mahu mencari keredaan ILAHI dengan tidak memanoleh kebelakang lagi. Dia tidak mahu mengenang waktu dulunya, waktu dirinya di zaman jahiliah.

“Terima kasih Hidayah, papa bersyukur sangat berjumpa dan mengenali Hidayah. Ingin rasa nya papa berjumpa dengan mama Dayah nak ucapkan terima kasih kerana mendidik anak papa menjadi orang yang bersih hatinya.  Biar pun kerana papa kelahiran Hidayah di pandang hina oleh keluarga Hidayah dan masysrakat tapi Hidayah tak berdendam dengan papa..Terima kasih Hidayah”.Berulang kali Tengku Faris mengucapkan terima kasihnya.

“Papa!! Saya tak pernah menyimpan dendam, seorang Muslim akan cuba membantu jika seorang muslim lain  ingin membuat kebaikkan dan ingin mendekatkan diri kepada Penciptanya. Malah jika seorang kafir mahu mencari jalan kebenaran mencari atau mengenali Allah yang agung, kita sebagai muslim wajib membimbingnya, apatah lagi kita sesama muslim. Papa  Dayah  ingin memiliki sifat seorang muslim sejati papa..”

“Kasihanya anak papa yang lahir tampa ayah yang sah..menjadi cercaan keluarga  pula tu. Mengapa Allah tak beri kesedaran pada papa dulu.”.

“Tak mengapa papa saya redha dengan semuanya. Mungkin ada hikmahnya saya dilahir kan cara macam ni. Mungkin saya akan lupa diri jika Tengku sah menjadi papa saya. Mungkin saya menjadi orang yang riak dan melakukan banyak kerosakkan jika saya menjadi anak yang sah taraf atau saya akan menjadi perosak ugama jika saya menjadi orang yang diterima masyarakat. Kemungkinan-kemungkinan itu ada bila seseorang itu berada dalam kemewahan”.

“Tidak Hidayah ..tidak ..Hidayah adalah anak yang baik. Papa nilah yang tidak baik. Mengapa Allah tak menjadikan papa manusia yang baik..”.
“Jangan cakap macam tu papa..kita harus bersangka baik pada Allah..Diakan Maha Pengasih dan Maha Penyayang pada hamba-hambanya.Tanamklan sifat bersangka baik pada Allah papa”.

Sedang mereka bercakap-cakap kedengaran seruan azan asar berkumandang dari masjid dan surau berdekatan. Sekali lagi mereka kemasjid untuk menunaikan solat Asar berjemaah. Pulang dari masjid..

Magrib itu NurHidayah mengajak Tengku Faris bersolat dimasjid..

“Papa kita makan malam awal atau kita nak makan malam lewat.”

“Nak makan malam  awal macam mana dan nak makan lewat macam mana maksud Hidayah.?”

“Kalau nak makan awal kita makan sebelum magrib sekurang-kurang kita makan pukul  6.30 petang ..sebab magrib nanti kita pergi solat kat masjid. Kalau kita makan lewat kita makan selepas Isyak nanti..balik masjid  baru kita makan. Jadi papa nak makan pukul berapa.”

“Entahlah ..nak makan pukul 6.30 rasa masih kenyang kan. Kita makan tadi pun pukul   2 petang. Rasa makan balik masjidlah ye. Baik anak papa ni..agaknya dah menjadi kebiasaan Hidayah solat kat masjid ye”.

“In Syaa Allah pa kalau tak uzur Dayah solat kat masjid. Allah dah janjikan banyak kebaikkan kalau kita solat dimasjid. Selagi kita ada waktu kutip lah apa-apa yang Allah suka. Dayah nak menjadi hamba yang dipandang oleh Allah pa. Manusia tak pandang kita tak apa.”

“Apa lagi yang Allah suka hambanya buat Hidayah”.

“Semua yang mendatangkan kebaikkan. Sesuatau kebaikkan yang kita buat dengan NIAT KERANA ALLAH..Allah akan bagi pahala pa. Sampaikan kalau kita bersuci dari kencing dan berak pun kalau kita niatkan perbuatan kita kerana Allah.. Allah akan bagi pahala”.

“Ia ke?. Hidayah bagitahulah papa apa-apa yang Hidayah tahu..papa ni bab ugama memang kosong..kalau tanya bab kelap malam papalah juaranya..berbezanya pengetahuan kita Hidayah tapi papa malu dengan Hidayah. Walaupun Hidayah wanita dan masih muda lagi tapi Hidayah dah tahu apa yang Allah suka dan Allah tak suka. Hidayah dah bersedia untuk alam akhirat Hidayah. Papa ni kubur dah melambai tapi semuanya masih kosong..macam mana papa nak memberatkan timbangan pahala papa dengan waktu papa yang semakin singkat Hidayah.”

“Kita solat dimasjid ni pun boleh memberatkan timbangan pahala kita papa. Tetapi semua diniatkan kerana Allah. Jangan kita pergi masjid niat kita nak dapat pahala sahaja.

Jika kita solat berjemaah dimasjid: Masuk Syurga Tanpa Hisab.
Ada 3 golongan yang sembahyang berjemaah di masjid yang dimasukkan ke dalam syurga tanpa hisab:
Golongan pertama ialah orang yang ketika azan berbunyi dia sudah berada di dalam masjid (menunggu azan di masjid).
Golongan kedua ialah orang yang berada dalam perjalanan ke masjid ketika azan dikumandangkan.
Golongan ketiga pula ialah orang yang bergegas keluar dari rumahnya menuju ke masjid setelah mendengar azan tempat azan dikumandangkan.



Thursday, 12 February 2015

Nur Hidayah 24






Dah habis semua baju-baju you,  you ambil”.

“Kalau nak ambil semua mau tak muat kereta Tengku ni. Saya ambil  mana yang masih cantik lagi, buat ganti-ganti pergi kerja nanti”.

“Habis yang lain tu?”.

“Saya dah tinggalkan nota..kalau suka boleh ambil, tak suka boleh buangkan sahaja semua baju-baju tu”.

“You tak sayang ke? Kalau you nak ambil lagi boleh kita berpatah balik ambil sikit lagi”.

“Tak perlulah, dah ada sikit tu pun jadilah. Saja nak ambil untuk kenangan saya dengan mama saya.”

“Emm..I tenguk rumah nenek you tu besar juga”.

“Memang besar, rumah lamakan.. kata mama rumah tu rumah peninggalan nenek dia ertinya moyang saya. Selepas nenek dan mama meninggal, saya duduk sorang kat rumah tu”.

“Berani juga you  duduk sorang dalam rumah yang besar macam tu.”.

“Berani tak berani kena berani lah. Masa tu saya memang terpaksa berani. Saya dah takada sesiapa lagi..harap diri sendiri sahaja. Masa tu lah saya menlancar surah Yassin, Tengku. Itulah keperitan,tetpi keperitan tu dapat saya memajukan diri saya.  Lepas mama meninggal saya terdengar, along minta izin ibunya nak ambil saya menjadi isteri, sebab dia kesian tenguk saya duduk sorang.  Masa tulah saya dengar ketegasan mak long tak mahu saya jadi menantunya”.

“Macam mana Hidayah boleh dengar mak long cakap macam tu”.

“Masa tu mama dah meninggal saya dah habis final exam, saya nak isi boring SPA dan JPA dalam Internet jadi saya pun pergilah rumah mak long, kebetulan lagi seminggu dia dah nak naik kapal semula. Berlum sampai rumah mak long saya dengan dalam rumah mak long macam bunyi orang bertengkar. Saya ni jahat suka sibuk hal orang .. saya menelinga dan itulah yang saya dengar.  Kesempatan along pergi kerja sebulan, masa tu mak long suruh saya keluar dari rumah tu. Mahu tak mahu saya terpaksa keluar.Bermula dari situ saya memang seorang kat dunia ni. Tiada waris tiada saudara tempat nak bersama masa susah. Tapi dengan ujian itu saya boleh berdikari.” Oh kesihanya darah daging ku yang lahir tak dimaknakan oleh keluarga termasuk dirinya sendiri.

“.Hidayah pergi mana lepas tu?.”Makin berminat Tengku Faris menyelusuri kisah darah dagingnya sedari kecil.

“Di Malaysia ni hanya satu tempat sahaja yang saya dah biasa sangat.Dari saya TADIKA hingga saya di tingkatan satu saya dah duduk disitu.”

“Kat mana tu..”

“Seremban…mama kerja diSeremban sebelum dia pergi ke Arab Saudi.Saya pergi Seremban rumah sewa lama kami.”

“masa you kecik you tak duduk kampong mama you ke? Habis bila mama kerja you duduk dengan siapa?ada orang tolong jaga you ke?”.

“Sejak saya masuk tadika saya dah duduk dengan mama rasanya umur saya 6 tahun. Nenek tak mahu jaga saya kerana status saya.Nenek tak nak bela saya, dia kata susah dia nak bercampur dengan masyarakat kampong bila saya ada. Kalau saya diabawa ketempat keramaian tentu ada orang bertanya saya anak siapa..bila disebuat anak Syarifah Jamilah nanti orang akan bertanya balik anak nenek yang bernama Syarifah Jamilah kan belum bernikah. Kalau orang dah ditanya nak kena jawab tapi dia malu nak jawab, malu pada kenyataan yang cucunya lahir tiada ayah. Itulah delima nenek bila saya ada.. Jadi dia suruh mama bela sendiri anak luar nikah dia.

…Tapi bila saya duduk dengan mama, tak ada pula orang nak kan mama..sebab bila orang suka,  mama akan berterus terang dia pernah lahirkan anak luar nikah. Kalau pun ada orang boleh terima keadaan dia, tapi selalunya keluarga dia pula yang tak boleh nak terima. Kadang-kadang saya terfikir saya lahir menyusah kan mama..Ohh..saya beremosi pula. Haa sejak itulah saya dah diajar duduk sendiri. Mama ajar..balik sekolah makan makanan yang dah mama sediakan, kemudian habis kan kerja sekolah.”

“Kenapa you pergi rumah sewa lama mama you. Ada orang yang you kenal ke  kat situ, yang you harap boleh tolong you.”. Dalam hati Tengku Faris rasa sangat bersalah pada wanita yang melahirkan dan dilahirkan kerana perbuatanseronok  dirinya.

“Saya ingat dua baris belakang rumah sewa kami dulu,ada jiran kami  yang menjalankan perhidmatan katering dan sentiasa memerluka pekerja..saya pergi situ untuk  minta kerja dengan mak cik tu. Alhamdullilah mak cik tu terima saya kerja dengan senang hati. Dia pun masih ingat saya, dia ingat saya sebab dulu mama ada tolong arwah emaknya  yang kena angina ahmar. Saya bekerja dengan dia hamper dua tahun”.

“Banyak gaji yang dia bagi”.

“Banyak mana lagi seorang pramusaji. Kebanyakkan pekerjanya budak-budak yang sedang tunggu peperiksaan SPM. Bekerja  hanya cari duit suka-suka sahaja atau cari duit poket sendiri. Tak macam saya, saya kerja sebab nak menyambung kehidupan, saya tak boleh nak harap duit simpanan mama, duit tu sayaakan  gunakkan kalau saya terdesak sahaja”.

“Hidayah! You kan ada ijazah kenapa tak memohon kerja dengan kelulusan yang ada, kalau kerja dengan ijazah yang you ada, tentu you dapat gaji yang berbaloi dengan tenaga yang you berikan.”.

“Masa tu baru sebulan saya habis final exam, belum grad lagi. Tapi ialah lepas grad saya memohon  macam-macam kerja pun tak dapat juga. Masa tu saya tak boleh nak memilih kerja sangat , saya tak fikirkan  gaji setimpal ke tidak dengan kelulusan saya..janji ada tempat tinggal, makan dan duit sikit pun dah memadai. Lagi pun kerja catering ok juga, sebab bab  makan dah tak payah fikir, kita hanya cari duit untuk sewa bilik sahaja.”

“Oh you sewa bilik bukan rumah. You sewa bilik ramai-ramai ke?”.

“Tak juga, kebayakkan kawan-kawan saya orang dekat-dekat situ sahaja, mereka duduk dengan keluarga.Saya seorang yang menyewa bilik.”

“Tapi duduk kat rumah orang kan bahaya”.

“Takk..jiran sebelah rumah saya yang menenguk-negukkan saya dulu yang carikan bilik rumah pasangan warga emas.Dah rezeki saya, anak-anak warga emas tu semua dah duduk rumah asing jadi adalah bilik kosong untuk disewa. Alhamdullilah kedatangan saya pun dialu- alukan, kerana mereka nak jadikan saya ni kawan. Kalau tak mereka duduk berdua sahaja. Hanya dihujung minggu rumah dia dikunjungi oleh anak-anaknya yang dah ada kehidupan sendiri..selain dapat kawan, mereka dapat juga tempias rezeki makanan”.

“Tempias rezeki makanan yang macam mana tu?”

“Biasanya bos katering  saya tu,kalau makanan tak habis dia bagi pada semua para pekerjanya. Saya ambillah bagi kat pasangan yang saya tumpang bilik tu..Ialah kita duduk tumpang rumah orang, kena pandai mencari apa yang mereka suka..betul tak. Mama yang ajar macam tu, kalau kitaberbuat baik akan dibalas baik itu pesan mama.”.Ada segaris senyum tersungging dibibir Hidayah, mungkin dia terkenang pada arwah mamanya. Tengku Faris bersyukur anak gadisnya pandai membawa diri. Namun hatinya terhiris mengenangkan anaknya yang terhimpit dengan kesusahan hidup, sedari kecil diajar berdikari. Sedangkan dirinya duitnya ditabur-tabur di kelab malam dan pusat hiburan, malah sudah menjadi kebiasaan duitnya akan dikebas oleh perempuan yang menjadi teman tidurnya.

“Macam mana boleh Hidayah kerja kat hotel daddy”.Tengku Faris bertanya lagi bila terasa cerita Nur Hidayah menjerut tangkai hatinya.

“Suatu hari syarikat catering tu mengambil tempahan kenduri kahwin di Seremban 2.Tak sangka pula rumah itu rumah saudara sebelah suami mak long saya. Saya terjumpa  dengan mak long dan semua anak-anaknya yang memenuhi undangan mereka. Mungkin dari pertemuan yang tidak disangka-sangka itu along bertegas mahu mengambil  saya sebagai isteri. Sebab tiga hari selepas pertemuan itu mak long datang menemui saya. mak long memang bersungguh nak saya keluar cari kerja lain yang jauh dari Seremban. Memang mak long menentang kehendak anak sulongnya.”.

“Dayah!mak long minta tolong sangt-sangat..tolong pergi cari kerja lain..pergi jauh sikit dari Seremban ni. Mak long tahu bulan depan kalau along balik dia akan cari Hidayah lagi..tolong Dayah”.

“Mak lonnng Dayah nak pergi mana..Dayah takada kawan mak long..nak cari kerja bukan nya senang. Kerja kat sini Dayah tak kacau sesiapa pun”.Nur Hidayah buat muka sayu sambil merayu.Walau pun dia buat muka kasihan namun tidak laku di mata Syarifah Aminah.

“Memang kamu tak kacau sesiapa pun..tapi along ..along akan cari kamu itu yang dia cakap dengan mak long.  Dia nak ajak kamu kawin,  lepas kamu berdua nikah dia nak ajak kamu duduk kat Labuan atau pun Kota Kinabalu supaya kamu berdua tak dijumpai oleh orang yang  kenal kamu kat sini.”.

“Dayah tak pernah minta along kahwin dengan Dayah mak long, Dayah anggap along tu abang Dayah.. mana boleh kahwin”.

“Tak!!mak long tak percaya. Kamu kalau dipujuk-pujuk dek along nanti lama-lama kamu akan ikut juga. Ingat Dayah walau apa pun alasannya, walau pun sampai mak long dalam tanah sekali pun, mak long tak restu Dayah jadi isteri along. Ni mak long bagi Dayah duit..mak long rasa cukup lima ribu ringgit ni untuk sampai Dayah dapat kerja lain nanti. Dayah pergi lah kuala Lumpur, kat sana tentu banyak kerja. Hanya satu mak long pesan jangan jual diri..jaga maruah diri. Dayah jaga maruah diri Dayah bukan untuk orang lain tapi untuk Dayah sendiri. Jadikan Dayah dan mama Dayah sebagai  contoh. Orang kalau nak ambil kita jadi isteri mesti yang SUCI ingat pesan mak long, Dayah.”.

“You ambil duit yang mak long bagi tu”.

“Ambillah, dia dah bagi. Biarlah dia bayar harga cinta anaknya hanya lima ribu ringgit sahaja, saya tak kisah. Tapi duit tu memang bermenefaatkan  pada saya ketika itu. Saya menampung kehidupan  saya dengan duit tu. Saya tak usik pun duit simpanan mama.”.

“Banyak ke duit simpanan mama”. Pada Tengku Faris duit lima ribu tidak banyak mana..padanya duit sebanyak itu boleh dihabiskan dalam masa sehari sahaja.

 “Saya bayar  separuh dari harga  aparment yang saya duduk dengan duit simpanan mama, kalau tidak saya tak dapat buat pinjaman dibank. Dan saya bersyukur sangat, saya ambil duit yang mak long bagi. Dengan duit itu saya menampung permulaan kehidupan saya diKuala Lumpur. Kalau nak ikutkan ego saya, saya memang tak nak ambil masa dia bagi tu.”.

“Berapa ribu harga apartment you tu”.

“RM150,000.00 ribu”.

“Taklah mahal sangat..masih ada lagi rumah harga macam tu kat Kuala Lumpur ye”.  ‘Tak mahal dia kata sebab keluarga dia  kaya..kereta Volkwasegen Jetta tu dia cakap sahaja terus daddy dia belikan entah-entah bayar tunai’ detik hati Nur Hidayah.

“Rumah tak sebesar mana Tengku. Saya tak kisah janji ada tempat berlindung cukuplah.”.

“Banyak lagi yang Hidayah perlu bayar untuk rumah tu. Nak bayar duit kereta lagi cukup ke gaji Hidayah selama ni”. Tengku Faris berfikiran begitu kerana sepanjang dia megenali Nur Hidayah, gadis itu sentiasa berpuasa tentu dia berjimat cermat kerana mahu membayar hutang rumah dan hutang kereta.

“Tengku jangan bimbang, sejak saya menjadi PA Tengku Farid dato’ bayar gaji saya dua kali ganda. Satu gaji untuk PA dan satu lagi gaji untuk kerja-kertja akautan.. Untuk pengetahuan Tengku kereta Kelisa tu dah habis bayaranya. Lagipun kerta tu kereta scondhand. Kereta tu dulu along yang punya, tapi mama ambil dan bayar penuh dengan along, sebab along nak pakai duit ketika tu”. Syarifah Jamilah membeli kereta anak  saudaranya Syed Borhan. Kebetulan ketika itu Syed Borhan sangat memerlukan duit yang banyak untuk dia melepaskan jawatan juruteranya dalam masa 24 jam, untuk dia menerima jawatannya yang sekarang ini.

“Ohh..Hidayah! Memang you ada kenalan diKuala Lumpur ni”.

Dalam pada berbual akhirnya perjalanan mereka dari Jelebu ke Port Diksin sampai. Ketika kereta dipakir mereka sudah mendengar laungan azan zohor dari masjid berdekatan. Terus sahaja Nur Hidayah mengajak Tengku Faris kemasjid.

“Tengku jom kita kemasjid. Dah zohor ni”.

“Kita chek in  dulu lah”.

“Kita solat dululah nanti lepas zohor kita chek inlah” Tengku Faris mengikuti cadangan Nur Hidayah.

Selelsai solat mereka bertemu di kereta. Ketika Tengku Faris sampai dikeretanya kelihatan Nur Hidayah sudah menunggu.

“Memang selalu you solat kat misjid Hidayah”. Sambil membuka pintu kereta sambil Tenku Faris betanya, Niat dihatinya dia ingin menegenali NurHidayah secara mendalam.

“In Syaa Allah kalau ada kesempatan saya suka solat kat misjid. Salat kat masjid banyak kelebihannya Tengku. Allah dah janji beri pahala 27 kali ganda dari kita solat kat rumah. Apatah lagi kalau kita solat sorang-sorang kat rumah. Kemudian Allah akan mengampunkan orang yang solat berjemaah atau solat di masjid…..

1.Sesungguhnya amalan pertama seseorang hamba yang dihisab pada hari kiamat ialah solatnya.
2.Solat berjemaah lebih afdal daripada solat bersendirian sebanyak 27 kali ganda.
“Adakah engkau mendengar laungan azan?” Lelaki buta itu menjawab, “Ya.” Rasulullah sallallahu alaihi wasallam kemudiannya berkata, “Kalau begitu, penuhilah panggilan itu (solat secara berjemaah).”

Demi Tuhan yang diriku berada di tangan-Nya, sesungguhnya aku pernah hendak menyuruh para sahabat untuk mencari kayu api, lalu aku menyuruh agar bersolat jemaah. Seterusnya, aku menyuruh seseorang untuk mengimami orang ramai, sementara aku tidak ikut solat berjemaah kerana mencari rumah orang yang tidak mengikuti solat berjemaah, lalu aku bakar rumah mereka.”
“Sesiapa yang berwuduk untuk solat, lalu dia menyempurnakan wuduknya, kemudian dia terus berjalan untuk mendirikan solat fardu, lalu dia pun menunaikannya bersama orang lain atau secara berjemaah atau di masjid nescaya Allah akan mengampunkan dosa-dosanya.”
Sesungguhnya solat lelaki yang dilakukan bersama seorang lelaki yang lain lebih afdal (di sisi Allah) daripada solatnya secara bersendirian. (Begitu juga) solatnya bersama dua orang lelaki lebih afdal (di sisi Allah) daripada solat yang dilakukan bersama seorang lelaki sahaja. Semakin ramai bilangan ahli jemaah maka ia semakin disukai di sisi Allah.”
(yg diatas mak teh petik sikit-sikt kat mr. google)
Tengku Faris  menyewa  sebuah chalet dua bilik di pantai Port Dickson. Setelah makan tenghahhari  Nur Hidayah membawa beg pakaianya dan album gambar arwah mamanya yang diambil dari rumah arwah neneknya tadi kedalam chalet. Dia ingin melihat gambar-gambarnya dan arwah mamanya.Ketika Tengku Faris mahu mengangkat kotak  yang berisis baju lamanya Nur Hidayah melarangnya.

“Kotak yang tu tak payah angkat Tengku, isinya hanya dua tiga helai kain batik arwah mama dan baju lama saya sahaja. Saya nak bawa album ni sahaja nak tunjuk pada Tengku gambar lama saya”. Wajah Nur Hidayah kelihatan ceria..sememangnya dia rasa gembira bila dirasakan dia mempunyai seorang ayah. Dia sememangnya mendambakan kasih sayang seorang ayah.

“Tengku kita nak duduk satu bilik ke Tengku?”. Tanya Nur Hidayah meminta kepastian.

“Hidayah, I tak mampu nak melaksanakan tanggung jawab I sebagai suami..bila I tahu you anak I. Lagi pun hubungan suami isteri ni jangan dicuba walaupun sekali pun, tak kira lelaki atau pun perempuan..sebab kalau dah pernah melakukan walau hanya sekali naluri kita akan meminta. Itu sebabnya kalau dah sekali melakukan dia akan melakukannya lagi.  Papa hidup tak lama, papa tak mahu anak papa menderita. Setelah dengar apa yang Hidayah cerita, papa takut tak ada orang yang sudi ambil anak papa sebagai isteri. Papa tak mampu nak bayangkan macam mana Hidayah nak menempuhi kehidupan dengan naluri isteri yang tandus kasih seorang suami. Jadi papa harap jangan anggap papa suami Hidayah, anggaplah papa ni papa Dayah. Kita anak beranak Hidayah”. Sambil mengucapkan kata-katanya air mata Tengku Faris laju terjun dari tubir matanya. Entah mengapa sejak dia mengenali Nur Hidayah air matanya bergitu mudah untuk keluar. Mungkin air mata itu terbit dari rasa kesal dan rasa insaf.

“Terima kasih Tengku. Saya reda dan saya rela jika itu kemahuan Tengku. Saya pun rasa nak jadi anak Tengku sahaja. Ok Tengku nak bilik yang mana?”.Nur Hidayah tidak mahu mendera perasaan Tengku Faris, dia menyuruh Tengku Faris memilih bilik untuk memesongkan rasa sedeh mereka berdua. Setelah memilih bilik, mereka duduk diruang tamu sambil melihat gambar-gambar lama.

“Ni gambar saya masa bayi, mama kata berat masa saya lahir 3 kg. Kata mama biar pun mama tak lalu makan masa mengadungkan saya, tapi bila lahir saya tetap berat juga. Kesian mama..saya dah makan semua zat dalam badan dia. Sampai saya besar mama tetap kurus.” He..he terserlah kecerian diwajah Nur Hidayah bila menceritakan kisah dia dan mamanya.

Tengku Faris meneliti gambar Nur Hidayah ketika bayi nampak comel. Dia dipangku oleh seorang wanita dan dia mengenali wanita itu..Syarifah Jamilah. Makin yakin Tengku Faris Hidayah adalah anaknya bersama Syarifah Jamilah.  Ada rasa kesal muncul disudut hatinya. Dia kehilangan nikmat bahagia menjadi papa pada anak-anaknya. Nikmat bangga kerana menjadi seorang lelaki yang bergelar papa. Dia kehilangan nikmat melihat pembesaran anak-anak didepan mata. Ketika Kelahiran Tengku Farid juga dia tidak merasakan apa-apa..Entahlah kenapa dia tidak pernah terasa mahu memaknakan kehadiran anak-anaknya. Dia dibuta dan ditulikan dengan rasa mahu berhibur sahaja. Rasa kesal yang bergayut dihatinya tak mampu untuk dihapuskan. Nur Hidayah bercerita lagi tentang gambar berikutnya.

“Yang ni masa saya  tadika. Ni masa konvo tahun akhir saya kat tadika. Mama masa ni dah kerja jadi jururawat kat Seremban. Masih saya ingat lagi mama cerita dia bergaduh dengan supervisor dia nak cuti, sebab nak menghadiri majlis konvo saya, akhirnya dia hanya dibenarkan bertukar syif sahaja. Dia diarahkan kerja syif malam.Tapi mama kata dia itu lebih baik dari tak dapat langsdung melihat saya diatas pentas bercerita.

... Mama kata di TADIKA lagi saya dah pandai baca buku cerita, ha ni gambar ni saya tengah bercerita atas pentaslah ni..tapi yang sebetulnya saya tak ingat sangat masa sekolah tadika”. Syarifah Jamilah sudah bertundung  berdiri disebelah Nur Hidayah dengan senyuman cerianya. Mana tak ceria anak mereka bijak. Sekali lagi perasaannya rugi mengguris hati Tengku Faris. Dia merasa rugi kerana tidak dapat menikmati rasa bangga dikurnikan anak yang bijak. Dia tidak dapat menunjuk-nunjuk diatas kebijakkan anak-anaknya kepada kawan-kawanya. Dulu dia akan menunjuk riak bangga bila dapat menakluki seorang wanita cantik yang menjadi rebutan jantan-jantan.

“Ni penyampaian hadiah masa saya dapat 5A dalam UPSR. Dengan keputusan itu membolehkan saya masuk sekolah Ugama berasrama di Seremban. Masa tu saya dah duduk asrama. Bila hari Sabtu dan Ahad sahaja mama bawa saya duduk dengan dia dirumah sewa. Rindunya saya dengan mama”. Tiba-tiba Nur Hidayah mendakap album gambar dan memeluknya erat. Kemudian dia meneruskan penceritaannya.