~Siapa Ikut Blog Ni~

Pages

Wednesday, 11 February 2015

Nur Hidayah 23






“Oh lama tu..memang Hidyah tak pernah jumpa mereka selama lima tahun tu..habis masa hari raya Hidayah raya kat mana”.

“Pada saya berhari raya kat mana-mana pun boleh. Selama ni saya berhari raya kat masjid-misjid sahaja.  Lepas solat sunat hari raya, saya tunggulah sekejap. Lepas makan-makan barulah saya balik kerumah. Paling seronok dapat tidur dato’ datin. Itulah hari raya saya.” Seperti tiada kesedehan bila Nur Hidayah menceritakan tentang dirinya..

              Semua orang yang diruang tamu kediaman Tengku Faizal terpegun mendengar cerita Nur Hidayah tentang dirinya.Tiga pasang mata tertumpu padanya dengan rasa simpati. Gadis dihadapan sungguh cekal menerima dugaan dari Allah. Setelah berbincang dan menerangkan, diakhir cerita  mereka akan dinikahkan dipejabat ugama seperti yang dirancang.  Duit yang diperuntukkan untuk majlis disedekahkan kerumah anak yatim. Tiada keramaian untuk mereka hanya sedikit doa selamat dimasjid berhampiran kediaman Tengku Faizal dan jamuan makan untuk kakitangan Hotel untuk memberi tahu Tengku Faris dan Nur Hidayah sudah sah menjadi suami isteri. Itu semua diatas permintaan Tengku Faris sendiri. Selesai semuanya Nur Hidayah  pulang dan bermalam dirumahnya

“Ris kenapa dibiarkan Hidayah balik rumah dia..kan dia dah jadi isteri Ris”.

“Biarlah dia mommy..dia nak kemas kain baju dia. Esok Ris nak ajak balik kampong dia. Ris nak berkenalan dengan kelaurga dia”.

“Kata dia tak dibenarkan balik kampong”.

“Ris nak pergi ke kubur mama dia. Kalau tak keberatan Ris nak juga kenal dengan keluarga mak long dia tu. Rasanya tak apa kan kalau Hidayah terjumpa sepupu yang suka kat dia tu..Sebab Hidayah dah kahwin kan my”. Yang sebenarnya hati berkobar-kobar mahu kekubur Syarifah Jamilah. Dia ingin melihat dengan matanya sendiri pusara wanita yang telah melahirkan anaknya.Tengku Faridah hanya mendiamkan diri mendengar penerangan dari anaknya.

Usai solat subuh Nur Hidayah datang kerumah banglo kediaman Tengku Faizal. Begitu juga Tengku Faris bila Nur Hidayah menghubunginya untuk solat subuh terus sahaja dia bangun untuk menunaikan solatnya. Selesai minum mereka bertolak ke Jelebu Negeri Sembilan. Mereka diberi cuti selama seminggu dimenefaatkan dengan berguna sekali..Atas permintaan Tengku Faris mereka kepusara  Syarifah Jamilah.  Sampai dikubur Nur Hidayah mula membaca untuk disedekahkan kepada arwah mamanya. Sepanjang Nur Hidayah memebaca surah Yassin selama itulah Tengku Faris berteleku dengan kepala tertunduk memandang tanah, diatas pusara yang sudah ditumbuhi rumput.  Keadaaanya seperti seorang pesalah yang menanti hukuman. Diawal  bacaan Yassin Nur Hidayah Tengku Faris sudah teresak-esak mengenangkan salah dirinya. Kedengaran juga bisikan rintihan hatinya.

“Mel I minta maaf kerana perbuatan I you anak beranak menderita dan dipandang hina oleh masyarakat dan keluarga.  Allah dah balas semua perbuatan I Mel. Tak lama lagi I pun akan ikut you juga, tapi mungkin you duduk ditempat yang indah dan nyaman tapi I Mel …” sampai ke ayat itu Tengku Faris tidak dapat berkata-kata lagi makin kuat esakkanya.
Selesai doa dibaca, Nur Hidayah menepuk dan mengososk-gosok  perlahan belakang badan suaminya yang masih kuat esakkanya untuk menenangkanya.

“Dah lah Tengku..perkara dah lepas nasi dah menjadi bubur. Mulai dari sekarang tanamkan azam Tengku bertaubatlah bersungguh-sungguh”.

“Betul Hidayah papa nak bertaubat Hidayah, bantu papa bertubat ye. Banyak yang papa tak tahu untuk meghadapi kematian papa. Tolong papa Hidayah, papa takut papa mati sebelum Allah terima taubat papa. Papa takut siksaan Allah Hidayah.”  Tampa malu Tengku Faris menangis dan merayu di bahu Nur Hidayah. Entah mengapa setelah dia ditimpa musiah baru dia takutkan dosa-dosanya. Baru dia terbayang bakaran api neraka. Baru dia terbayanga paluan Mungkar dan Nangkir didalam kubur.

Abu-Laits berkata: "Siapa yang ingin selamat dari siksaan kubur maka harus melazimi empat dan meninggalkan empat iaitu:
  • Menjaga sembahyang lima waktu
  • Banyak bersedekah
  • Banyak membaca al-quran
  • Memperbanyak bertasbih (membaca: Subhanallah walhamdulillah wal'aa ilaha illallah wallahu akbar, walahaula wala quwata illa billah)
Semua yang empat diatas dapat menerangi kubur dan meluaskannya. Adapun empat dibawah yang harus ditinggalkan ialah:
  • Dusta
  • Kianat
  • Adu-adu
  • Menjaga kencing, sebab Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Bersih-bersihlah kamu daripada kencing, sebab umumnya siksa kubur itu kerana kencing. (Yakni hendaklah dicuci kemaluan sebersih-bersihnya. Semasa kita bersuci dari kencing berdehemlah tiga kali untuk mengeluarkan sisa kencing dihujung kemaluan.) http://tanbihul_ghafilin.tripod.com/siksaalamkubur.htm


Tuhan dengarkan aku,
Ku memohon kepada mu,
Kuangkat tangan ku kulafaskan lidah ku,.
Menyebut nama mu tuhan (Allah)
Tuhan lihatlah aku,
Ku berserah kepada mu,
Ku letyakkan kening ku, bersujud pada mu,
Ampuni dosa-dosa ku.
Tuhan ku, jangan ambil nyawaku,
Sebekum kudekat pada mu,
Tuhanku, siapkan dunia ku tuk nanti tiba akhirat ku.
Berapa nikmat yang telah Kau beri,
Berapa yang telah ku ingkari.
Masih pantaskah ku sujud pada Mu,
Aku malu..aku malu. (lirik sebuah lagu tapi tak tahu siapa penyanyinya dengar gaya bahasa dan vedionya macam penyanyi Indonesia).

Agak reda emosi Tengku Faris mereka menuju kerumah emak saudara Nur Hidayah yang bergelar mak long.

“Tengku jomlah kita kerumah arwah nenek saya. Saya nak ambil sedikit barang-barang saya kat rumah tu..tapi kita kena singgah rumah mak long saya, sebab kunci rumah dia yang pegang. Tapi sebelum tu saya nak ingatkan Tengku..mak long saya tu kata-katanya agak berterus terang, jadi jangan kecil hati bila dengar dia bercakap nanti ye”.

“Ialah..In Sya Allah tidak. I yang banyak buat salah, I nak belajar redha macam you.”.

Dalam perjalan kerumah arwah nenek Hidayah..mereka berbual..

“Pandai you baca Yassin tampa buku Hidayah. Sejak bila you hafal Yassin”.

“Sejak saya kena duduk rumah sorang-sorang. Ustaz kata kalau kita baca surah apa pun, syaitan dan hantu takut nak dekat. Kebetulan masa disekolah menengah Ugama kami digalakkan menghafal Yassin. Tapi yang menjadikan saya bersungguh-sungguh saya menghafal surah Yassin masa saya kena duduk sorang kat rumah nenek. Masa tu nenek saya baru sebulan meninggal dunia. Selain bacaan tu saya sedekahkan pada awrah nenek dan atuk dan sambil-sambil tu saya menghalau hantu dan syaitan. Yang sebetulnya saya takut juga tapi dah terpaksa saya kena beranikan diri ketika tu.. Itulah kita kalau diberi musibah jangan terus nak mengeluh. Kadang-kadang musibah itu untuk kebaikan diri kita sendiri. Kalau lah saya tidak diberi musibah terpaksa duduk sorang mungkin boleh ke saya melancar surah Yassin.”

“Susah hidup you dulu kan Hidayah tapi you tabah. Hidayah I nak belajar menjadi orang redha dengan ujian Allah. I menta tolong dengan you. Tolong ingatkan I selalu ye”. Mengalir lagi air mata Tengku Faris. Tangan sudah mencapai tangan Nur Hidayah lalu digengamnya mencari kekuatan dan menyatakan rasa kagumnya dengan ketabahan anak yang tak dimaknakan kelahiranya dulu. Tidak lama perjalan dari tanah perkuburan kerumah mak long Hidayah Syarifah Aminah. Mereka sampai dan Nur Hidayah yang memberi salam ditepi rumah.

“Assalamualaikum mak long”. Kebetulan pintu rumah mak longnya terbuka luas hanya dengan sekali salam, salamnya berjawab dari dalam.

“Walaikumsalam..Oh Dayah rupanya ingat siapa tadi bila ada kereta besar menjalar depan rumah mak long.” Nur Hidayah dan Tengku Faris menghampiri Syarifah  Aminah yang sudah keluar rumah. Bersalaman.

“Mak Long, ini Dayah kenalkan, suami Dayah..”

.  “Apa tua benar yang kamu pilih Dayah..” Mulut mak long masih macam dulu, memang tak ada ‘water filter’ kata-katanya tak penah bertapis. Desis hati Nur Hidayah tentang emak saudaranya itu.

“Dah ini sahaja yang sudi ambil Dayah menjadi isteri, Mak Long”.

“Emm ialah tu…Itulah salah emak kamu Dayah. Kalau dia pandai menjaga diri dulu, tentu kamu tak macam ni..tentu kamu juga ada Syarifah dipangkal namu kamu tu.”

“Tak apa lah mak long dah tak ada rezeki nama Dayah ada keturunan Syarifah.. tapi suami Dayah ni pun ada gelaran Tengku diawal nama nya”. Saja Nur Hidayah memperkatakan entah mengapa hatinya jadi sebal bila mak long seperti berbangga benar dengan gelaran Syarifah dipangkal nama keturunan mereka. Padanya kalau mak long boleh berbangga dengan gelaran keturunannya dia juga boleh.

“Ialah tu..kalau kamu dapat anaklah dengan dia..”.

“In Syaa Allah..rezeki Allah kita tak tahu mak long”.Biar pun sudah nyata mereka tidak mungkin mendapat zuriat tetapi dia juga mahu berbangga-bangga seperti mak longnya juga. Hidayah dulu lain dengan Hidayah yang sekarang. Mereka diajak masuk kedalam rumah.

“Masuk lah duduk dulu Hidayah..mak long kedapur dulu”.

“Tak payah susahlah mak long..Dayah nak pergi rumah nenek kejap, nak ambil barang sikit..mak long boleh bagi kunci rumah tak?”.

“Eloklah kamu ambil barang-barang kamu tu Dayah, sebab tak lama lagi Mak  Lang kamu nak pindah sini. Mak long suruh dia duduk rumah nenek tu, pada terbiar kosong..takut berhantu pula nanti”.

“Eloklah tu mak long, dah lama sangat rumah nenek tu kosong, entah-entah memang dah pun berhantu rumah tu.” ‘Sungguh berlainan Hidayah sekarang ini ada sahaja jawapanya bila dia berkata-kata denganya’ detik hati Syarifah Aminah dengan perubahan tingkah anak saudaranya.  Syed Borhan yang membantu ibunya mengambil kunci rumah arwah neneknya, lalu dihulur ketangan ibunya.

Disebalik dinding..Sedari salam diberi Syed Borhan sudah menelinga perbualan ibu dan orang yang memberi salam. Dari perbualan dia sudah dapat meneka yang datang adalah Nur Hidayah bersama suaminya. Hatinya di terpa rasa sayu, gadis yang dipuja sudah menjadi milik lelaki lain. Mendengar Nur Hidayah mahu kerumah arwah neneknya cepat-cepat dia mengambilkan kunci rumah nenek mereka yang sememang ada tergantung didinding dapur rumah mereka.Tetapi bertambah sedeh Nur Hidayah langsung tidak memandang kearahnya. Biar pun suaminya menghulur tangan bersalaman dengan nya.

“ Jom pergi rumah rumah sebelah, saya nak ambil barang sikit.” Nur Hidayah mendekati Tengku Faris tampa pangilan nama untuk suaminya merangkap bapa biolaginya dia mengajak. Sebelum berpaling mereka bersalaman termasuklah Tengku Fairs menyalami sepupu kepada isterinya Syed Borhan, yang baru keluar dari dapur. Kebetulah Syed Borhan juga sedang bercuti.

Tadi selepas minum pagi Syed Borhan  menyambung bual dengan ibunya didapur.  Bila mendengar sebuah kereta berhenti dihalaman rumah mereka, ibunya bangun menjengah keluar. Tidak disangka gadis selalu dihati datang menjengah dan membawa suaminya sekali. Untuk kepastian di keluar benarkah apa yang didengari oleh telinganya. Alangkah sedehnya ketika di bersalaman dengan suaminya Nur Hidayah tidak memandag kerahnya. Tiada rasa rindukah Nur Hidayah kepadanya. Berpaling sahaja Nur Hidayah mahu menuju kerumah arwah nenek mereka kedengaran suara ibunya menghalau rasa ralat dengan perlakuan sepupunya.

“Kan ibu dah kata dulu, dia dengan emaknya sama sahaja, pantang nampak yang berharta tak kira tua sanggup serah dirinya. Tapi Dayah bernasib baik sebab lelaki tu sanggup nikah dengan dia. Tapi long Hidayah ni.. dah lain ibu Nampak, dia dah begar sikit, pandai dia menjawab cakap ibu. Dulu diam sahaja kalau ibu cakap. Ni  mentang-mentang kawin dengan orang kaya Nampak nak berlagak pula..”.Belum jauh lagi Nur Hidayah  dari rumah Syarifah Aminah dia sudah mula berbisik ditepi telinga anak lelaki sulongnya. Dan bisikkan itu sampai juga ketelinga Nur Hidayah.

Tiada jawapan dari Syed Borhan yang mengekori langkah Nur Hidayah menuju kerumah arwah nenek mereka dengan pandangan matanya. Yang sebenarnya, biar apa yang diperkatakan oleh ibunya hatinya tetap pada adik sepupunya juga. Perilaku Nur Hidayah yang diketahui tidak pernah buruk dimatanya. Tetapi apa yang didepan mata sememangnya kecewakan hatinya, yang pasti Nur Hidayah sudah dimiliki oleh sorang lelaki. Biar pun tua namun hakikatnya dia tidak boleh lagi mengharap Nur Hidayah datang kepadanya.Tak kan mahu sepeti azam Ujang yang menanti Mila,  beranak limo den nanti jugo. Yang sebenarnya sejak pertemuanya diSeremban 2 dulu, dalam diam Syed Borhan mencari jejak Nur Hidayah namun tidak pernah pula dia terserempak.

Setelah mengambil sedikit barang-barangnya Nur Hidayah kerumah mak longnya semula. Dia mahu memulangkan kunci rumah.Ketika itu mak long berbisik meminta pertolongan ketelinga anak saudara yang tak bermakna padanya.

“Dayah..Dayah tolong mak long pujukkan along tu. Mak long suruh dia kahwin dengan kak Nisa.  Dayah kan tahu mak long dengan mak lang dah tunangkan along dengan kak Nisa sejak kecil lagi.Tapi along tu asyik bertangguh sahaja. Kesian mak long dengan kak Nisa kamu tu. Sampai sekarang dia tak ada boyfirend sebab dia memang suka kan along, bila tahu along tu tunang dia.Mak lang kata kak Nisa tu banyak sangat peminatnya. Itu mak long nak cepat satukan mereka berdua tu. Untuk mereka berdua tu tak ada halangan apa pun, along dah lama kerja dan  kak Nisa pun dah lama jadi pensyarah, ialah sejak habis  belajar dia terus dapat jadi pensyarah…tapi along yang asyik bertanguh-tangguh..tak bersedialah.”.

“Kenapa  Dayah nak pujuk along pula mak long..kalau along dah bertunang dengan kak Nisa teruskan sahaja lah”.

“Mak long  tahu hati dia masih pada Dayah.Kalau mak long cakap macam ni, Dayah janganlah nak harapkan along datang pada Dayah lagi. Suami Dayah tu mak long tenguk pun hensem juga orangnya, Dayah jagalah suami Dayah elok-elok.  Mak long harap sangat along kahwin dengan kak Nisa. Umur along dan kak Nisa pun bukan muda lagi, along tiga puluh lebih dah dan kak Nisa pun dah tiga puluh tahun rasanya tahun ni. Sekarang ni kamu dah ada suami, jadi tolong  Dayah cakapkan Dayah dah bahagia dengan suami Dayah tu. Mungkin kalau Dayah kata Dayah dah bahagia, along boleh terima kak Nisa untuk jadi isteri dia.”.

“Ialah mak long Dayah cuba. Bab Dayah pergi pada along.. In Syaa Allah Dayah tak akan pergi pada along, walaupun masa mak long dah tak ada nanti. Mak long jangan bimbang”.  Dia pernah mendengar kata-kata mak longnya yang berperinsip biar mati anak jangan mati adat..dia lebih rela anaknya tidak berkahwin dari mengahwini orang yang tidak menjamin kebaikkan pada keturunan nya.

Untuk memenuhi permintaan mak long nya, Nur Hidayah meminta izin dari Tengku Faris bertemu abang sepupunya. Biar dia berdepan sendiri tak perlu bertangguh atau bertelefon.Dia mendatangi abang sepupunya yang sedang duduk didapur rumah ibunya.

“Long!! Dayah balik dulu, tapi sebelum Dayah balik ni,Dayah nak cakap dengan along sikit. Dayah bahagia dengan pilihan Dayah, biar pun dia agak berusia. Dengan dia, Dayah merasa kasih sayang seorang suami dan kasih sayag seorang ayah. Memang dari dulu lagi teringin sangat Dayah nak merasa kasih seorang ayah long”.

“Sampai hati Dayah buat along macam ni, Dayah tak tahu ke selama ni along memang tunggu Dayah. Along nak berumah tangga dengan Dayah. Along nak membina keluarga kita bersama..tapi sampainya hati Dayah buat along macam ni”.Bergetar kedengaran suara Syed Borhan menahan sebak. ‘Yang sampai hati adalah emak along sendiri..dia tak terima aku sebab aku anak luar nikah..sampai bila pun kita tak akan mendapat restu dia Syed Borhan.’bisik hati Nur Hidayah

“Memang kita tak ada jodoh long..along pun tak pernah cakap along suka Dayah”..

“Memang along tak bagi tahu secara terang-terang, tapi along dah bagi bayangan kat Dayah..tak kan Dayah tak faham. Lama along cari Dayah, sejak kita jumpa kat Seremban 2 dulu, balik cuti bulan depanya along pergi kerumah sewa Dayah, tapi kata atuk tu Dayah dah kerja kat KL.. along cari Dayah..”.

“Memang Dayah tak faham maksud tersirat kalau along tak cakap terus terang. Yang sebetulnya sesekali ada juga rasa suka meniltas kat hati Dayah ni, bila along layan Dayah baik sangat dan selalu ambil berat pada Dayah, Dayah jadi ditimpa perasaan.Tapi Dayah tak suka berteka-teka dan berasa-rasa. Jadi rasa suka kat hati Dayah ni… Dayah dah tanamkan along macam abang Dayah sendiri. Jadi along anggaplah Dayah ni adik along dunia dan akhirat”.

“Entahlah Dayah..yang kesalnya kenapa cepat sangat Dayah kahwin, dengan orang yang tak sepadan dengan Dayah pula tu. Nampak sangat Dayah macam terdesak nak kahwin”. ‘ Dia kata aku terdesak nak kahwin dia tak kira ke umur aku dah berapa tahun, dah dekat 29 tahun kot..kalau orang kampong 29 tahun dah nak masuk kelab ADT (anak dara tua) dah’ omel Nur Hidayah dalam hati.

“Keadaan hidup di Kuala Lumpur yang banyak cabaran memerlukan sokongan dan pelindung. Jadi bila Tengku Faris ajak Dayah nikah, Dayah terima. Dayah nak seorang pelindung long. Sekarang Dayah dah ada pelindung Dayah dan Dayah bahagia dengan dia. Dayah  harap along terimalah rancangan keluarga. Kak Nisa tu baik orangnya. Sopan dan mendengar kata, Long..Dayah balik dulu ye. Ingat kahwin lah long, umur along bukan muda lagi..dah nak masuk 40 tahun  5-6  tahun lagi..kahwin ye long”.Umur Syed Borhan sudah 35 tahun ketika itu dan umur kak Nisa sudah menjangkau 30 tahun.

“Dayah..”

“Long, Dayah bahagia dengan jodoh Dayah. Along cari lah bahagia along sendiri. In Syaa Allah along akan bahagia macam Dayah juga. Kembangkanlah keturunan along.  Kalau tak nikah nanti tak ada anak yang akan menyedekahkan Yassin dan Al-Fatihah masa kita dalam kubur nanti”.

Ketika sudah didalam kereta dalam perjalanan menuju ke jalan keluar dari kampong Nur Hidayah.

“Kita nak pergi mana ni Tengku..nak terus balik Kuala Lumpur ke?”.

“I rasa nak bercuti lah Hidayah. Lagi pun daddy dah bagi cuti seminggu pada kita, tak kan kita tak nak ambil cuti tu,  nanti apa pula kata mommy. Apa kat kita bercuti kat Port Dikson nak.”.

“Ok juga”.  Sepanjang perjalan menuju ke Port Dikson mereka berbual..

“Itukah abang sepupu yang suka pada Hidayah. Apa yang Hidayah cakap dengan dia. Lama  you jumpa dia tadi.”. Suara Tengku Faris ingin tahu..dia tidak boleh mencemburui itu sejarah Nur Hidayah.

“Tadi masa kita nak balik tu mak long minta saya jumpa along, pujuk dia suruh kahwin dengan sepupu kami anak mak lang saya..namanya Nur An-nisa”.

“Habis yopu cakap macam mana suruh dia kahwin”.

“Saya cakaplah ..saya anggap dia sebagai abang sejak dari dulu lagi. Saya pun dah bahagia dengan Tengku”.

“You bahagia ke dengan I. Kalau I, I akan berusha kahwin dengan dia, walaupun emak dia tak suka.  Sebab yang nak serumah dengan kita bukan emaknya tapi dia. Lagi pun I tenguk abang sepupu you tu tadi baik dan kacak.  Nampak sangat wajahnya berubah bila you kenalkan I ni suami you tadi. I rasa memang dia sangat suka dengan you.”.

“Tapi pada saya jika emak nya tak suka, saya akan menjauh kan diri, sebelum kita terikat. Saya tahu bagai mana sikap Mak long  saya tu..kalau dia tak suka dia akan  mencari jalan mahu memisahkan anak dan memantunya. Yang saya takut bila dah ada anak-anak,kita dah terikat kukuh dengan dia.  Jadi susah untuk kita melepaskan diri.  Kita kena fikir perasaan anak juga.

…Tengku nak tahu saya memang tak akan diterima oleh mak long saya tu walau sampai bila-bila pun.  Jika kita dah tahu macam tu penerimaan mak long pada saya kenapa nak cari penyakit, kenapa harus nak memperjudikan nasib anak-anak. Mungkin sekarang saya sakit kerana penolakkan mak long, tapi saya mampu bertahan sebab saya sorang. Tapi bila kita dah ada anak-anak susah, saya tak mahu anak-anak sakit membesar dalam rumah tangga yang pincang. Tengku! sebenarnya saya sangat mengharapkan restu orang tua kalau mahu berumah tangga”.

“Emm orang nya kacak  dan nampak baik..Hidayah tak nak cuba pujuk mak long. Nanti papa buat jalan macam mana mak long boleh terima Hidayah sebagai menantu”. Rupanya Tengku faris masih memikirkan cara bagai mana Nur Hidayah dapat bersama dengan abang sepupunya.

“Tak apa lah Tengku. Saya nak, kalau mereka terima saya, bukan kerana harta sogokkan  atau pun wang ringgit sebagai ganjaran. Saya nak dia terima saya seadanya. Tapi kalau Tengku nak tahu mak long tu tak pandang harta, wang ringgit . Yang  dia pandang adalah keturunannya pada masa akan datang. Dia mahu keturunannya lahir dari orang yang sah keturuanannya dan yang paling penting sekali berketurunan Syarifah macam dia juga. Walaumacam mana sekali pun, saya memang tak pernah termasuk dalam list calon menantunya, walau berkepuk harta yang Tengku hulurkan.”.

“Tapi Hidayah akan rugi kalau melepaskan Syed Borhan yang nampak seperti seorang lelaki yang bertanggung jawab tu”.

“Memang dia baik sepanjang saya mengenalinya… dia seorang lelaki yang sangat bertanggung jawap pada keluarga dan adik-adiknya, mungkin dia anak sulong.Tapi biarlah kebaikkan dia orang lain yang dapat. Mungkin bukan jodoh saya dengan dia. Itu ketentuan Allah. Saya redha dan saya tak rasa sedeh atau terkilan dia bukan jodoh saya.”.

“Emm..” mendengar jawapan Nur Hidayah Tengku Faris tidak mahu memanjangkan lagi kata-katanya. Ada rasa kasihan dengan anak merangkap isteri disebelahnya.

Mereka sampai di Port Dikson. Tengku Faris  menyewa sebuah chalet dua bilik di pantai itu..

“You ambil apa dari rumah sebelah tadi. Lama juga you berkemas”.

“Rumah sebelah tu lah rumah nenek saya…saya duduk kat situ dulu. Saya ambil baju-baju mama dan baju saya sikit. Saya ambil album mama. Album tu sangat bermakna pada saya. Dalam album tu ada gambar masa saya kecil sampai masa saya masuk UiTM dulu.Saya nak masukkan gambar masa hari Graduation saya masa kat UiTM dulu.  Kira dah lengkaplah gambar perjalanan hidup saya dari bayi sampai saya grad. Nanti kita tenguk gambar –gambar saya ye Tengku”. Nur Hidayah bersuara ceria. Sememangnya dia merasa gembira disisi Tengku Faris, terasa dirinya anak yang dilindungi oleh ayahnya.



Tuesday, 10 February 2015

Nur Hidayah 22







“Kenapa?? Tengku  Nampak saya jahat sangat ke..kalau Tengku curiga pada kejujuran saya, nanti sampai pejabat saya buat surat berhenti kerja. JikaTengku nak berhentikan saya serta-merta pun tak apa”. Nur Hidayah rasa marah bila Tengku Faris mempertikaikan kejujurannya.

“Tidak!  Hidayah. Tidak, I tak curiga dengan you, tapi kalau you ada niat nak balas dendam dengan I, you pukul sahaja I sekarang. Kalau you nak bunuh pun tak apa bunah lah dengan cara yang paling menyakitkan..I memang bersalah pada you dan mama you, I tak bertanggung jawab pada apa yang telah I lakukan, hingga you dan mama you menderita dipandang hina oleh masyarakat”.

“Saya dah redha..mama juga dah redha.  Pada kami itu memang dah  jalan cerita kehidupan kami kat dunia ni. Maaf sebab naik angin tadi”.

“Ok, I tak kisah you marah I, sebab apa yang I buat pada you dan mama you tak terhukum rasanya. I memang patut dimarah dan I memang patut dihukum Hidayah. I nak tahu sejak bila you tahu I ni papa you Hidayah”.

“Masa Tengku datang  memperkenalkan diri nama Tengku..Tengku Faris Ikhwan. Saya Terkejut. Dan esoknya barulah saya bawa gambar mama dengan seorang jejaka tu (Nur Hidayah menunjuk gambar lama yang masih ditangan Tengku Faris). Saya belek mencari persamaan wajah dalam gambar tu dengan wajah Tengku tapi rasanya berbeza..Dalam gambar tu wajah  jejaka tu Nampak panjang. Tapi wajah Tenku nampak macam tak sama”.

            Patutlah ketika dia memperkenalkan diri Nur Hidayah seakan terpegun memandangnya dulu. Ketika itu hatinya melonjak gembira kerana seorang  gadis muda terpesona melihat ketampanan dirinya. Itu lah rasa bangga dirinya tidak pernah surut bila melihat ada gadis yang terpegun melihat dirinya.

“Hidayah jejaka yang dalam gambar tu memang I. I memang kurus dulu. Itu sebabnya muka I nampak panjang dan dulu I berambut panjang macam tu. I rasa, I pun ada gambar tu. Sebab kamera yang ambil gambar ni adalah kamera I tapi masih I simpan lagi ke tidak gambar ni.. Boleh tak you cerita sikit macam mana you boleh kerja kat hotel daddy I Hidayah”. Nur Hidayah menceritakan hikayatnya sejak di keluar dari kampong kerana diarahkan oleh mak longnya hingga dia mula berkeja di hotel Dato’ Tengku Faizal…

“Baru dua minggu saya kerja di stesen minyak.. setesen minyak tu kena rompak. Dan Encik Halim yang mencadangkan saya bekerja dihotel tempat dia bekerja. Dia kata kerja dihotel lebih selamat dari keganasan rompak merompak. Dia minta rezume saya.”.

“Ohh Halim lah yang perkenalkan you pada daddy dan Farid. You biasa ke dengan Halim tu”.

“Nak kata biasa tidak juga. Dia hanya pelanggan stesen minyak tempat saya bekerja tu sahaja. Tapi mungkin dia prihatin keselamatan orang perempuan yang terdedah pada keganasan agaknya, itu yang dia syorkan saya kerja dengan hotel Dato’. Mungkin sudah rezeki saya, kebetulah pihak Dato’ sedang mencari akauntan untuk menggantikan kerja-kerja Encik Halim kerana Encik Halim akan mengetuai barisan pekerja yang akan bekerja di Pulau Pinang. Sekarang Tengku sudah tahu siapa saya, masih mahukan Tengku meneruskan pernikahan dengan saya”. Kini Nur Hidayah pula yang bertanya..hal pernikahan mereka.


“Kalau boleh I tak mahu nikah dengan anak sendiri. I rasa hina betul bila kahwin dengan anak kita sendiri..diri I terasa macam haiwan melepaskan nafsu dengan darah dagingnya. Tapi you kata tadi kalau kita tak nikah, I bukan siap-siapa pada you. Kita duduk berdua macam ni pun kita dapat dosa, apatah lagi kalau duduk serumah, hari-hari kita mengumpul dosa. I tak mahu membuat dosa lagi Hidayah. Tapi I nak berkumpul dengan anak perempuan I. Jadi I  nak nikah dengan you..tapi I minta kerelaan you..I minta maaf dengan you I tak mampu nak melakukan tanggung jawab sebagai suami pada you..you rela ke?”.

“Saya rela Tengku..jadi tetapkanlah bila tarikh kita boleh dinikahkan.”

”Terima kasih Hidayah..terima kasih sangat-sangat. Kita nak buat majlis juga ke?”. Sambil Tengku Faris  bertanya air mata laju terjun dari tubir matanya.  Dia sebak dengan kesanggupan Nur Hidayah.  Tengku Faris cuba menahan menangis dia menaikkan dua belah lututnya teresak-esak dia melepas tangis disitu ..

“Kenapa Tengku mengngis. Sebetulnya apa jawapan yang Tengku harapkan”.

“I mengangis bukan kesal dengan jawapan you Hidayah.  Tetapi I kesal dengan perbuatan I sendiri. Selama ni I tak pernah memikirkan dosa yang I perbuat. I malu dengan perbuatan I sendiri Hidayah. Pandai mama you mendidik you hingga you tahu baik buruk untuk diri you dan yang paling I kagum you takutkan dosa.. dan you tahu mana berdosa,  mana tidak Hidayah. Sayang you menjadi anak kepada orang yang tak tahu hukum agama. Maafkan I Hidayah. I mengaku memang ini semua salah I.I yang suka berseronok sejak dulu. I tak pernah ingat akan akibatnya. Dan penyakit ni pun Allah beri sebab rasa seronok I. Sekarang you dah tahu betapa jahatnya I ni. Jadi apa tujuan you mahu meneruskan pernikahan kita.”

“Saya tak ada apa-apa tujuan..hanya ingin melekapkan kedidupan Tengku sahaja..yang memerlukan seorang wanita disisi Tengku selama Tengku masih bernafas didunia ni. Selebihnya cuba membantu Tengku mencari jalan pulang. Membantu Tengku bersedia menghadapi cabaran ujian dari Nya. Itu pun kalau Tengku mahukan bantuan saya”.

“Perlu Hidayah, I sangat mengharap bantuan you, untuk mengingatkan dan untuk semangat ”.

 Sebab Mengapa Rasulullah SAW Melarang Lelaki Bersentuhan Dengan Wanita Yang Bukan Mahram.  Bagi pasangan lelaki dan perempuan yang sedang pacaran atau bertunangan, inilah alasan dan sebab mengapa anda tak perlu bersentuhan dengan bukan mahram atau pasangan masing-masing di luar sana.
Kajian menunjukkan jika lelaki dan wanita bersentuhan, ada bahagian ditubuhnya badan mereka menghasilkan  peningkatan suhu yang tinggi tetapi bahagian lelaki dan perempuan itu berbeza. Jika berpegangan tangan, jantung seorang perempuan akan berdegup kencang karena cinta dan kasih sayang. Sedangkan lelaki berdegup di otak dan kemaluan kerana nafsu semata-mata.
Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: ‘Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya,  yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat’.
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, :
Tidak pernah aku tinggalkan fitnah yang lebih berbahaya terhadap kaum pria daripada fitnah para wanita.[HR Al-Bukhari no 5096]
Setelah kita mengetahui tentang larangan dan bahaya bersentuhan dengan lawan jenis yang bukan mahram berdasarkan hadits di atas. Maka jagalah pergaulan..kalau yang boleh dielak elaklah sebelum kita dibalas dengan balasan api neraka.
- See more at: http://eberita.org/3-sebab-mengapa-rasulullah-saw-melarang-lelaki-bersentuhan-dengan-wanita-yang-bukan-mahram.

Hidayah! Setelah you tahu I papa you. You pun tahu I berminat untuk merapati you. Apa perasaan you ketika itu.”

“Yang sebetulnya saya tak berapa yakin Tengku adalah bapa biolagi saya. Hanya setelah Tengku mengesahkan Tengku megenali Syrifah Jamilah dan Tengku mengaku pernah menjadi kekasih mama tadi..barulah saya yakin Tengku bapa biolagi saya”.

“Jadi  kenapa you seperti mahu mengelak bila I ajak you keluar makan atau minum”.

“Sebab status saya. Saya tidak mahu memberi harapan pada hati saya, kemudian saya akan kecewa bila diri saya ditolak kerana status saya”.


“Hidayah!! Setelah I tahu you adalah anak I, tidak tergamak  I nak memusnahkan masa depan anak I sendiri..tak tergamak I nak menyebarkan kuman AIDS kedalam darah anak I sendiri. Dahlah I tak pernah bertanggungjawab dengan kelahiran you..ni I nak musnahkan lagi hidup you yang baru nak mengenali dunia Hidayah. Sungguh you tak marah atau dendam dengan I. You tak marah I ke, sebab I you lahir jadi anak luar nikah?”

“Saya tak pernah nak berdendam dan marah dengan sesiapa. Pada saya, saya lahir dari hasil zina itu takdir saya. Saya redha. Kalau Tengku bersungguh nak bernikah dengan saya..saya pun redha menjadi isteri pada bapa biologi saya. Mungkin sudah tertulis jalan hidup saya yang macam ni. Lagi pun hanya dengan bernikah sahaja kita boleh berkumpul sebagai anak beranak..kalau kita tak bernikah saya bukan siapa-siapa pada Tengku. Saya ingin ada pelindung, saya ingin ada mahram…”

“Memang sepatutnya I jadi pelindung dan mahram you Hidayah. I papa you”. 

“Tapi kalau kita tak ada ikatan pernikahan, kita duduk berdua macam ni kita berdosa.”

“Allah…” seru Tengku Faris pada tuhanya yang dulu jarang diingatinya.

“.. saya ikhlas nak tolong Tengku..tapi kalau Tengku merasakan saya ada ajenda lain itu terpulang. Saya pun tak kisah kalau tak jadi nikah dengan  Tengku. Saya tak akan ‘saman’ Tengku”.

“Nur Hidayah I memang berharap pertolongan you..masa I kat dunia ni pun tak lama lagi..dosa I pula berkepuk-kepuk..ya Allah ampunkan dosa-dosa ku ya Allah”. Bila melihat Tengku Faris sudah beremosi Nur Hidayah memula kan perjalanan menghantar Tengku Faris kerumah kedua ibu dan ayahnya.

Anak luar nikah (yang lahir kurang dari tempoh 6 bulan perkahwinan) boleh dinikahi oleh 'ayah biologinya' dengan hukum makruh menurut Fiqh Syafi'iy (ia terpakai di Malaysia sekarang) tapi dibantah oleh Rumah Fatwa Mesir dengan alasan yg kita berikan di atas. Allahu a'alam.
Persoalannya: setelah melakukan perzinaan, si dara mengandung kemudian selepas dua bulan berlalu barulah pasangan terlibat berkahwin, dari segi berdosa ia tetap dikira berdosa tetapi dari segi sabit keturunannya anak itu layak dibinkan kepada pihak yang menzinahi perempuan tersebut yang bernikah dengannya. kerana ulamak madhhab Syafii mensyaratkan sekurang-kurang untuk menyabitkan keturunan seseorang anak itu mestilah lahir selepas enam bulan dua saat dari tarikh ibubapanya berkahwin.
(Yang tertulis diatas mak teh ambil dari Google)

Sampai di perkarangan banglo Tengku Faizal..Ketika Nur Hidayah mahu turun dari kereta.

“Hidayah bila kita boleh nikah?”. Pergerakkan Nur Hidayah terhenti bila mendengar soalan Tengku Faris yang masih duduk dikerusi penumpang. ‘Hai dia ni orang suruh dia yang cari tarikh..ni dia tanya kita pula.’ Lama Nur hidayah memandag kearah Tengku Faris.

“Itu terserah pada Tengku..saya mengikut sahaja”.

“Masuklah dulu jumpa mommy”.

“Tengku nak cakap tentang hubungan kita dengan datin ke?”

“Tidak..I tak mahu mommy tahu I ada HIV dan I tak mahu dia tahu you anak I..I tak mahu dia susah hati. Tolong ye jangan bagitahu dia apa-apa pun tentang kita..Rasanya bila kita dah nikah I nak duduk berasing dari mereka..apa pendapat you”.

“Apa pun saya  tak kisah..saya ikut sahaja, apa-apa yang Tengku rasa baik, saya ikut sahaja..hari  ni saya tak nak masuk…esok-esok sahaja, boleh.”.

“Kalau macam tu bawa sahaja kereta I. Nanti petang biar Razali bawa balik”.

“tak apa lah saya naik taksi sahaja”.

“Kat sini susah teksi..bawa sajalah kereta I, nanti petang biar Razali atau pun daddy yang bawa balik”.Tetapi sebelum kereta Tengku Faris bergerak Tengku Faridah sudah terjengul dimuka pintu.Terpaksa Nur Hidayah keluar dari kereta untuk menyalami bakal emak mertuanya.

“Masuklah Hidayah kita minum dulu …”

“Tak apalah datin saya ada kerja ni. Tadi saya tinggalkan kerja yang tak siap”. Setelah bercakap-cakap sebentar Tengku Faridah melepaskan Nur Hidayah pulang semula ke pejabat. Setelah kereta Faris yang dipandu oleh Nur Hidayah berlalu pergi  ..keluar juga isi hati Tengku Fariah bernada terkilan..

“Amboi Ris belum jadi bini lagi dia dah berani bawa kereta Ris. Biar pun dia muda, Ris jangan nak ikut sangat kerenah dia..nanti Ris akan dibawah telunjuk dia Ris”.

“Tak apa lah mommy, Ris yang suruh dia bawa kereta Ris.  Kat sini kan susah nak dapat teksi..lagi pun nanti kereta tu akan jadi dia punya juga”.

“Ris pergi mana selama ni ni dah hamper seminggu Ris tak balik rumah mommy risau tau”.

“Ris jumpa kawan-kawan”.

“Ris jangan buat perangai lama Ris tu..tak lama lagi Ris nak kahwin dah”.

“Tak mommy ini yang last lah ni”. Sebelum sempat mommy bertanya lebih banyak cepat-cepat Tengku Faris naik kebiliknya dengan alasan mahu mandi dan merehatkan badan.

Malam itu Tengku Faris berbincang dengan kedua daddy dan mommynya. Dengan kata persetujuan  mereka akan bernikah dipejabat Khadi minggu berikutnya. Segalanya diuruskan oleh TengkuFaris dan daddynya. Sehari sebelum mereka bernikah Tengku Faizal menjemput Nur Hidayah datang kerumahnya untuk memastikan…

“Hidayah!! You tak ada saudara mara yang nak diberi tahu ke? Kalau ada jangan malu bagitahulah, nanti I akan aturkan bilik untuk mereka..”.

“Dato, rasa macam janggal sangat ke kalau saya tak bawa keluarga saya?”.

“Tak lah macam tu..tapi  hari bahagia you, tak kan tak ada saudara mara Hidayah meraikan bersama”.

“Saya nak cerita pun terasa saya mencari simpati, saya sebenarnya tak mahu orang rasa kesian dengan saya..Yang sebenarnya memang itulah hakikatnya..saya memang sendiri”.

“Macam mana boleh jadi macam ni..takkan semua ahli keluarga you tak ambil berat langsung tentang you, maksud I saudara-mara sebelah mama you.” Soal Tengku Faizal ingin tahu..Tengku Faridah dan Tengku Faris hanya memerhati sahaja. Tetapi dalam hati Tengku Faridah merasa sangsi, dan lain pula didalam hati Tengku Faris.  Dia merasa sangat kasihan melihat nasib darah dagingnya sendiri yang dibnuang keluarga kerana status dirinya.

“Yang sebenarnya sudah lama saya hidup sorang..di hari graduation saya  dulu pun tak ada sesiapa meraikan hari gembira saya”. Rasa perit juga bila terkenang hari graduationnya…sungguh-sungguh dia kesaorangan. Mahu rasanya dia menjerit ketika itu, namun pada siapa dia mahu meluahkan rasa perit hatinya.

            Ketika itu dia sudah jauh dari kampong halamanya, walaupun masih lagi di Negeri Sembilan ..dia duduk diSeremban bekerja sebagai pramu saji sebuah syarikat katering yang menyediakan makanan untuk majlis kenduri khawin dan juga jamuan dipejabat-pejabat. Syarikat katering itu tidak jauh dari tempat dia dan mamanya menyewa dahulu..untuk menampung kehidpanyan yang sebatang kara setelah disuruh keluar dari rumah arwah neneknya oleh mak longnya. Tertayang kembali apa yang menyebabkan dia terpaksa keluar dari kampungnya dulu…

 Lamunan Nur Hidayah berderai bila suara Tengku Faizal menerjah masuk ketelinganya.

“You lari dari rumah ke, itu yang semua tak mahu ambil berat pada you”.Nur Hidayah tergelak kecil mendengar Tengku Faridah mengatakan dia lari dari rumah.

“Tak adalah Datin..buat apa saya nak lari dari rumah. Saya yang sebenarnya suka hidup berkeluarga. Tapi biasalah bila mana yang kita suka itulah yang kita tak dapat.  Pada saya itulah namanya ujian.Saya terima ujian dari Allah dengan redha”.

“Hidayah!boleh tak you cerita sedikit tentang kehidupan you dari kecil..I teringin sangat nak tahu”.Tengku Faizal tersentuh juga bila mendengar kata-kata gadis yang bakal menjadi menantunya.

“Tak ada yang isteimewa dato’ tapi kalau dato’ nak tahu saya ceritalah sikit.. Untuk pengetahuan dato’ dan datin saya dah lama hidup sorang sejak saya di Tadika lagi. Bila mama pergi kerja saya akan ditinggalkan sorang kat rumah..tapi sebelum dia pergi kerja dia dah siapkan makan minum saya. Hanya dia berpesan pada jiran sebelah rumah tolong tenguk-tengukkan saya masa dia kerja maklumlah masa tu saya baru berusia 6 tahun.”

“Mama Hidayah kerja apa?”.

“Mama seorang jururawat kat sebuah hospital swasta di Seremban. Dia kerja kerja ikut syif,  ada pagi, petang dan malam. Bila kerja petang dia akan pergi kerja pukul 1 tengahhari dan balik pukul sepuluh malam. Bila kerja malam dia akan pergi pukul 8 malam dan akan balik pagi esok nya. Kalau dia kerja pagi, saya suka sebab dia pergi kerja sama dengan saya pergi sekolah dan baliknya pun sama, pukul tiga petang dia sudah ada dirumah. Masa saya tingkatan tiga mama menerima tawaran kerja di Arab Saudi ‘untuk menambah pendapatan’ katanya memang pendapatan dia kat sana berganda-ganda banyaknya dari kerja kat Seremban..Tapi masa tu saya dah duduk diasrama. Hanya pada cuti penggal sahaja  saya akan duduk bersama nenek kat kampong kami di Jelebu negeri Sembilan”.

“Ohh mama you orang Jelebu negeri Sembilan”.

“Ya datin..tapi masa ditingkatan 4 nenek saya meninggal.  Sejak tu saya dah tinggal seorang kat rumah arwah nenek kalau saya balik bercuti penggal sekolah. Masa saya diUiTM tahun tiga, mama berhenti kerja jadi jururawat kat Arab Saudi, sebab dia disahkan mengidap barah paru-paru.Dia kata nak buat rawatan kat Arab bayarannya sangat mahal, jadi dia balik Malaysia.Habis saya periksa ditahun akhir, mama meninggal. Sejak itulah saya betul-betul tinggal sorang sampai sekarang”.

“Tak kan tak ada saudara mara sebelah ibu Hidayah, yang ambil berat takkan dia buang Hidayah macam tu sahaja..”

“Ada..adik beradik mama saya ada lima orang campur mama..Tapi ialah saya kan anak luar nikah, anak yang memalukan keturunan mama..jadi memang saya tak pernah diterima dalam keluarga mama. Yang sebenarnya mak long saya duduk disebelah rumah nenek saya. Dan dia lah yang tak benarkan saya balik kampong lagi”.

“Hai sampai begitu sekali kenapa? takkan  sebab Hidayah anak luar nikah dia tak bagi balik kampong.”.

“Yang sebenarnya macam ni..nampaknya saya terpaksa juga membuka apa yang saya dah simpan. Tapi untuk tidak menjadikan salah faham saya cerita sikitlah... Dato’ dan datin sedia maklum saya adalah anak luar nikah..ada seorang anak mak long saya dia suka pada saya. Untuk mengelakkan hubungan kami menjadi lebih serius, mak long saya yang suruh saya pergi dari kampong saya tu. Itu sebabnya saya tak dibenarkan balik kekampung saya lagi”.

“Dah berapa lama Hidayah keluar dari kampung Hidayah tu”.


“Rasanya dah hampir lima tahun”.




Monday, 9 February 2015

Nur Hidayah 21



Bab seterusnya bergantung pd jawapan anda. Kalau tidak menjadi permasalahan mak teh akan meneruskan crita ni kalau tidak mak teh hentikan hanya sampai disini sahaja. Susah mak teh ni orng bercrita dia nak juga bercrita. Maaf ye..mak teh tak banyak pengetahuan. 


           Nur Hidayah yang memandu kereta Volkswagen Jetta milik Tengku Faris menuju kesebuah restoran makanan segera Kentucky. Hanya disitu yang Hidayah tahu ada menjual bubur nasi. Dia mencarikan tempat yang agak peribadi sedikit untuk Tengku Faris, barulah dia memesan bubur untuk bakal suaminya..Hanya Tengku Faris yang menjamah makanan.Kelihatan Tengku Fari makan dengan gelojoh.  Mungkin benar dia sedang kelaparan.Habis buburnya semangkuk.. Tengku Faris memandang wajah yang dihadapanaya.Dengan suara perlahan dia menyeru nama gadis  dihadapanya.

“Hidaayah”. Lirih suara Tengku Faris seperti merayu.

“Ya..Tengku nak lagi ke?” Tapi tiada jawapan untuk soalah Nur Hidayah..

“Kalau you tahu keadaan I, masih mahu ke you terima I jadi suami you.”

“In Syaa Allah jika saya masih ingat janji saya..tapi rasanya untuk seminggu ni saya masih ingat janji saya. Kenapa Tengku, Tengku keberatan nak terima saya ke.. Kalau Tengku rasa kita tak sesuai dan Tengku nak batalkan rancangan kita saya tak kisah. Tak ada salahnya pun walaupun kita dah dapat sijil kursus perkahwinan.”.

“I sememangnya sangat memerlukan you dalam hidup I..I nak bantuan you supaya I menjadi seorang muslim yang sebenarnya..Tetapi I ada masaalah besar. Hidayah! kalau keadaan I  akan mengancam nyawa you..you masih sanggup hidup dengan I ke?”.

“Tengku..jika ditakdir kan saya akan mati ditangan Tengku, tu takdir saya. Lagi pun saya ni tak ada siap-siapa yang akan menyesali kematian saya. Kalau saya tak ada pun tak ada siapa pun yang akan tercari-cari.  Kehadiran saya pun tak diharap oleh sesiapa pun. Jadi pada saya tak ada apa-apa tujuan hidup, saya ingin membantu seorang hamba Allah untuk kembali kepangkal jalan. Kalau di akhirat nanti Allah bertanya pada saya, apakah pertolongan anda untuk menolong seorang umat Muhammad  kembali kejalan yang benar,  saya dah ada jawapanaya. Tengku tahu, menolong seorang hamba Allah kejalan yang benar adalah satu jihad.”.

“Pastikah you sanggup menunaikan janji you untuk menjadi isteri I, walaupun sesudah you tahu I ni ada penyakit yang merbahaya.”.

“Buat masa sekarang saya masih ingat..mungkin esok pun In Syaa Allah saya masih ingat janji saya. Saya tak akan memungkiri janji saya dan saya tak mahu jadi orang munafik..”

“Hidayah I disahkan HIV positif. Sudah tiga hospital yang mengesahkan. Jadi bagai mana dengan janji you..masihkah you mahu meneruskannya”. Lama Nur Hidayah memandang kearah Tengku Faris, mencari kata jujur dari seraut wajah yang berserabut. Dengan janggut dan misai yang mula tumbuh meliar diserata wajah dan rambut yang kusut masai. Dek  lama dia memandang seakan dia terleka pula..

“Kenapa Hidayah..adakah you terus terlupa janji you setelah I bagi tahu keadaan I yang sebenar ..”

“Tidak saya tak pernah lupa janji saya..In Syaa Allah Tengku saya masih mahu meneruskan janji saya. Saya bersetuju menjadi isteri yang sah untuk Tengku”.

“Hidayah you tahu tak, bahayanya menjadi isteri seorang yang disahkan positive HIV, kemungkinan besar dia juga akan dijangkiti  dan you pun tahu kan, hayat seorang yang mempunyai HIV positive”.

“Tahu..tapi  HIV ni tak akan berjangkit dengan hanya bersentuahan atau kita kongsi cawan dan pinggan atau pun makan sepinggan sekalipun”.

“I tahu..tapi HIV akan berjangkit melalui hubungan suami isteri. Apakah you mahu kita suami isteri hanya diatas kertas sahaja. You tak takut ke bila kehendak I ni mengehendaki you bila kita dah sah nanti?”.

“Itu terserah pada Tengku..jika Tengku mahu menjalankan tanggung jawab Tengku sebagai suami dan Tengku kasihan kan saya.. carilah  perlindungan yang selamat. Ada caranya kan”. Lama mereka mendiamkan diri. Bagi Nur Hidayah dia mahu Tengku Faris memikirkan jalan penyelesaian. Tiba-tiba Tengku Faris bersuara..

“Hidayah kenapa I diberi penyakit ini, penyakit yang tiada ubatnya kecuali kematian.. adakah Allah tidak mahu menerima taubat I. Sungguh I nak bertaubat setelah I mengenali you, tapi mengapa ini yang Allah beri pada I”.

“Tengku sesungguhnya Allah memberi ujian kerana dia sayang pada hambanya”.

“Kalau Allah sayang I,  kenapa Dia pendekkan jangka hayat I, you tahukan jangka hayat serang pesakit Aids..hanya kira-kira lima enam tahun sahaja. Dan kalau benar Allah sayang kan I,  kenapa Dia beri kehinaan ini pada I.. You tahu kan kalau orang tahu I ada HIV orang takut nak dekat dengan I. . Sanggup ke you bersusah payah duduk dengan I.  Entah-entah daddy dan mommy I pun takut nak dekat dengan I. Kalau lah macam tu, kat mana I nak duduk. I buntu..”. Sampai keayat itu Tengku Faris menekup wajahnya kemuka meja. Dia sudah teresak mengenang tarikh luput umurnya dan membayangkan wajah takut orang sekeliling bila dia menghampiri. Dan yang paling di takuti daddy dan mommynya menghalaunya dari rumah, dia akan menjadi kutu rayau yang meminta-meminta di tepi jalan.

“I takut mati Hidayah..takut kena siksa kerana I banyak dosa Hidayah.dan I takut dicerca orang  dengan kuman yang ada kat badan I ni”.

“Tengku MATI itu pasti bagi semua mahluk didunia ini..hanya cepat dengan lambatnya sahaja. Kerana Rahmat Allah diberitahu anggaran jangka hayat Tengku supayaTengku  bersiap sedia. Dengan jangka hayat yang masih ada.. Tengku dapat bertaubat sebelum Tengku mengadapNya. Jadi peluang yang Allah beri jangan Tengku persiakan.  Bertaubatlah dengan bersungguh-sungguh. Sebenarnya Tengku beruntung kerana tahu bila kita hendak mati. Itu tandanya Allah sayang Tengku. Mahu kah Tengku mati mengejut kerana sakit jantung dalam keadaan Tengku masih tidak bertaubat. Mahukah Tengku mati dengan tiba-tiba kerana kemalangan. Jadi mulai dari sekarang penuhkanlah masa Tengku dengan taubat. Jangan persiakan hayat yang Allah bagi.”.

“Terima kasih Hidayah kerana mengingatkan. I tambah memerlukan you dalam hidup I yang singkat ni, tapi masihkah you sanggup menerima I yang dah tak berguna ni”.

 “In Syaa Allah dengan hati terbuka..saya  sanggup”.Bila mendengar jawapan Nur Hidayah Tengku Faris rasa serba salah pula mahu memusnahkan kehidupan gadis yang masih muda dan baik dihadapannya.

“Hidayah kenapa you bersetuju, sedangkan you tahu risikonya..adakah kerana duit. Kalau you memang perlukan duit tak perlu you teruskan janji you, I boleh bagi seberapa banyak yang you perlukan. I sedia melupakan apa yang you janjikan pada I”.

“Saya bersetuju bila mendengar Tengku kata nak bertaubat tadi..Saya ingin membantu seorang hamba yang betul-betul mahu bertaubat kepadaNya.Saya mahu menjadi tukang mengingatkan ,kalau Tengku mula rasa putus asa kerana Dia memberi ujian ini. Saya setuju hanya kerana perkara yang saya sebutkan tadi, bukan kerana lain.”.

“Kerana itu sahaja kah..Kenapa you harus ambil berat tentang I, sedang you bukan kenal sangat pada I.Kita kenal pun belum sampai setahun lagi.”.

“Sebelum saya jawap kenapa. Saya nak tanya dulu kenapa Tengku nak bagi duit pada saya..dan duit tu sebagai apa..sebagai hutang?. Tengku nak tahu..gaji yang Dato’ bagi pada saya, lebih dari cukup untuk menampung kehidupan saya. Tak ada  sesiapa yang saya nak tanggung selain diri sendiri. Jadi kalau Tengku nak bagi saya sebagai hutang..saya tak mahu kerana saya tak suka berhutang. Hutang ni  masa kita berhutang memang orang sedap, tapi nak membayarnya susah. Jangan pandang ringan kalau kita tak dapat bayar hutang kerana hutang ni akan dituntut hingga hari akhirt kelak,  biar pun hutang kita hanya setengah sen sahaja. Rasulullah sendiri tidak akan menyembahyangkan jenazah orang yang masih mempunyai hutang. Begitulah beratnya orang yang mempunyai hutang tetapi tidak terbayar”.

“Tidak!bukan sebagai hutang, I saja rasa nak bagi you..Hidayah! dengan you (lama Tengku Faris berjeda..untuk mengenal pasti perasaanya pada gadis dihadapanya)  entah..tapi I rasa sayang kat you. Yang sebenarnya I rasa kasihan dan sayang pada you sejak I tenguk you dulu. I cakap macam ni bukan nak menagih simpati dari you, tapi itulah yang I rasa.”.

“Kalau itu jawapan Tengku makin menguatkan hasrat hati saya ni, nak meneruskan janji saya pada Tengku.” Kini giliran Tengu Faris pula merenung Nur Hidayah dengan rasa terkejut..Terkejut mendengar jawapan Nur Hidayah yang kedengaran sangat yakin. Melihat renungan Tengku Faris Nur Hidayah melanjutkan kata-katanya.

“Tengku tak nak tanya ke kenapa saya nak mengotakan janji saya?”.

“Kerana you tak nak jadi orang munafik..”

“Itu adalah salah satu sebab, tapi saya ada sebab yang lain”.

“Sebab yang lain?..sebab nak balas dendam ke?..tapi  “…

“Tidak! bukan sebab dendam…tapi sebab saya nak berbakti pada lelaki yang bermakna dalam kehadiran saya di dunia ini. Saya ingin rapat  denganTengku dalam keadaan hubungan yang bersih, tidak dicemari dosa..sebab saya takutkan dosa. Saya teringin sangat merasai kasih sayang seorang lelaki yang bergelar…  ..”.

“Cakaplah terus terang Hidayah maksud kata-kata you yang sebenarnya. I malas dah nak fikir..I letih”.

“Kalau macam tu jomlah saya hantar Tengku balik. Rehat cukup-cukup  saya tahu mungkin beberpa hari ni Tengku tak tidur mengenangkan masaalah Tengku.. memikirkan jangka hayat Tengku”.

“Tak I nak tahu dulu maksud ‘lelaki yang bermakna dalam kehadiran you kedunia ni dan I ni lelaki yang bergelar apa pada you..’.”

“Tengku tak nak berihat dulu. Kerana saya pun tak berapa pasti Tengku orang nya..”.

“Tolong Hidayah dengan kata-kata you menambah lagi keinginan I. I nak tahu sangat maksud kata-kata you. Tolonglah Hidayah..waktu untuk saya semakin sedikit. Sekarang saya hanya nak memikirkan kesempatan yang saya ada.. ceritalah Hidayah..apa yang Hidayah maksudkan dengan ayat tadi”. Lirih suara Tengku Faris meminta cerita.

“Ialah saya akan cerita dalam kereta..jomlah.” setelah membayar harga bubur dan air, mereka beriringan ke kereta. Seperti yang dijanjikan didalam kereta Nur Hidayah menyambung ceritanya.

“Sebelum saya ceritakan tentang maksud ayat tu pada Tengku..saya nak tanya.. Tengku ingat tak dengan nama Syarifah Jamilah binti Syed Hamdan?”

“Syarifah Jamilah” Lambat-lambat Tengku Faris menyebut nama itu. Nur Hidayah menanti dengan sabar, perlahan sahaja dia memandu kereta Tengku Faris. Dia yang memandu bila melihat Tengku Faris masih  tidak bermaya.

“Kenapa dengan Syarifah Jamilah..siapa Syarifah Jamilah tu pada you??”

“Syarifah Jamilah tu mama saya..”.

“Haa???”Secara spontan tertoleh dengan pantas memandang Nur Hidayah yang sedang tenang memandu.  Kepalanya pula sudah seperti burung wak-wak yang tertegak memandang keadaan sekeliling. Dari wajah yang tidak bermaya tiba-tiba Tengku Faris menjadi begitu bersemangat kerana  sangat terperanjat. Dia ingat Syarifah Jamilah bekas kekasihnya ketika dizaman persekolahan  bersambung hingga dia dia belajar di luar negeri, Syarifah Jamilah pula belajar di USM (Universiti Sains Pulau Pinang). Bila dia pulang bercuti, dia akan  bertemu Syarifah Jamilah di Pulau Pinang. Dia menjadikan Syarifah Jamilah sebangai ‘part timelover’nya kerana dia sudah pun berkahwin semasa dia belajar diluar Negara . Kenangan lama pada kekasih yang sudah terputus hubungan. Sudah berpuluh tahun nama itu tidak muncul dalam benaknya.

“You anak dia??”

“Ye anak dia… satu-satunya anak, yang Syarifah Jamilah lahirkan”.

“Berhenti kat depan tu, masuk jalan tu… kita berhenti sekejap”. Arah Tengku Faris. Nur Hidayah mengikuti segala arahan Tengku Faris. Tengku Faris meneliti setiap inci wajah Nur Hidayah mencari persamaan antara wajah Syarifah Jamilah yang sudah kelam dalam ingatannya. Namun tiada ..yang ada bayangan wajah Tengku Farid disini situ. Jika mirip wajah Farid  ini bermakna mirip wajahnya juga. Sungguh dia dan anaknya Farid  mewarisi wajah Tengku Faizal.

“You kata, you anak luar nikah…jadi pernah tak mama you cakap siapa ayah you”.

“Mama tak pernah sebut nama lelaki yang membuntingkan dia”. Perkataan membuntingkan menghiris hati Tengku Faris.

“Dia tak pernah cakap siapa lelaki yang mejadi ayah you??”.

“Tak pernah ..dia tak mampu nak sebut, sebab kalau dia sebut katanya dia akan rasa sangat rindu pada lelaki tu. Tapi dia bagi saya gambar lama dia dengan lelaki itu dan dia tulis namanya dibelakang gambar itu. Lelaki tu berketurunan Tengku ye namanya…Tengku Faris..tapi tak tahulah kalau Tengku Faris yang dimaksudkan oleh mama adalah Tengku sebab dia tak tulis nama penuh dan dia juga tak tulis BIN nya pun”.

“Haa???You ada gambar mama you sekarang??”

“Ada dalam beg duit saya..sekejap ye”. Makin berdebar jantung Tengku Faris apa doanya..janganlah MEL yang dimaksudkan…itu doanya. Mel adalah singkatan Jamilah.Hanya dia seorang memanggil Syarifah Jamilah dengan panggilan itu kerana dia mahu keistimewaan.

Dengan debar Tengku Faris menanti Nur Hidayah menyeluk beg galasnya mencari sesuatu.Nur Hidayah mengeluarkan dompet duit.Kelihatan beg duit yang bergambar DOREMON. Sudah Nampak buruk dan koyak sedikit beg duit itu.

“Dompet tahun berapa yang you pakai..Kalau you perlukan yang baru nanti I belikan”.

“Tak apa Tengku..saya dah terbiasa pakai barang sampai keakhir hayatnya. Beg duit ni hadiah mama ketika saya dapat 5A dalam UPSR. Mama beli beg duit ni sebab nak simpan kad pengenalan yang saya baru dapat”. Ye ketika dia baru mendapat kad pengenalan, umurnya ketika itu mencecah usia 12 tahun dan kini umurnya sudah menjangkau 28 tahun. Ini bermakna sudah 16 tahun usia beg duit kain kanvas yang pada mula nya berwarna merah jambu tetapi kini berwarna coklat.

Nur Hidayah mengeluarkan  gambar lama  yang sudah kuning warnanya. Lalu di hulur kepapa Tengku Faris, tertera gambar sepasang teruna dara yang sedang beraksi tangan silelaki dibahu sigadis yang sedang ketawa. Dan sekeping lagi gambar seorang wanita ukuran saiz paspot. Dengan penerangan kepada Tengku Faris yang meneliti gambar teruna dara dengan penuh minat.

“Saya tak berapa pasti lelaki yang disebelah mama tu siapa. Gambarnya kecil sangat kan, mungkin masa tu gambar ketika mereka masih sekolah menengah agaknya. Dan yang ni  gambar mama yang terbaru dan yang ni gambar mama masa dia masih belajar di USM”. Mendengar sebutan USM makin mahu pitam Tengku Faris dibuatnya ..adakah..adakah. Itu tanda Tanya besar yang berlegar ketika Nur Hidayah menghulur gambar kepadanya. Ketika gambar sudah ditangan..lambat-lambat Tengku Faris memandag kearah Nur Hidayah.

“Kalau dia cakap Tengku Faris yang menyebabkan dia hamil..I lah tu. Ini gambar kami masa I nak pergi luar Negara. Kali pertama nak keluar dari Malaysia. I minta dia temankan I pergi berjalan-jalan.  Ingatkan bila kami jauh hubungan kami akan pudar. Tapi tidak..setiap kali I balik Malaysia, I mesti menghubungi Mel yang masa tu dia dah belajar kat Pulau Pinang. Tak pernah hilang rindu I pada dia kalau I mencecah kaki kat Malaysia. Hubungan I dengan dia makin rapat bila I bergaduh dengan isteri I. Setahun lebih I belajar kat luar Negara I nikah dengan seorang warga Afrika tampa pengetahuan daddy dan mommy I. Dia berketurunan  Cape Malay..dialah emak Farid. Memang dulu Syarifah Jamilah  ada cakap dia sedang mengandungkan anak I, tapi masa tu I bergesa nak balik UK..tapi I dah bagi dia duit suruh gugurkan kandungan tu.. mungkin ..” Tengku Faris tidak meneruskan kata-katanya…mungkinkah Nur Hidayah yang didalam kereta bersamanya sekarang ini adalah anaknya..

“Sayalah anak tu..mama tak gugurkan anak tu.. sebab takutkan dosaya jadi berganda. Dahlah dosa berzina, kemudian nak nak buat lagi dosa membunuh anak sendiri.  Itu yang mama cerita pada saya. Masa dia cerita tu saya ditingkatan tiga. Dan dia bagi gambar ni..” Jawapan Nur Hidayah bagai bom yang meletup ditepi telinga. Walaupun suara Nur Hidayah perlahan dan lembut sahaja..namun maksud dari kata-katanya menghancurkan hatinya. Nur Hidayah adalah anaknya ..darah dagingnya. Nur Hidayah adalah  anak hasil rasa seronok yang dia lakukan tampa ikatan nikah yang diwajibkan..ALLAH. Apa yang dia rasa..bangga ataupun rasa hina kerana hasil dosa tersergam didepan mata. Dia rasa sangat bersalah..

“Hidayah papa adalah…”.  Juga tidak habis kata-kata Tengku Faris, hati nya terjerut ..jantungnya terjerut dan kerongkongnya juga terjerut.  Rasa sesak nafas yang  mahu keluar dari rongga hidungnya. Direnungnya wajah gadis disebelah.. matanya basah. Tersangat kerdil dirinya, lalu dicapainya tangan Nur Hidayah di sebelah..digengam lalu ditekup kemuka.Dia menangis dengan tekupan belakang tangan Nur Hidayah. Lencun tangan NurHidayah dengan air mata Tengku Faris.. Pada Nur Hidayah hendak ditarik tangannya tidak sampai hati. Dia juga sedeh bila menerima kenyataan kebenaran yang selama ini dia tertanya-tanya kerana tidak pasti.

“Tengkuu..Tengku jangan buat macam ni, saya bukan mahram Tengku kita berdosa bersentuhan”. Setelah lama tanganya digengaman Tengku Faris itulah kata-kata yang keluar dari bibirnya.

“Bukan ke I papa you..bukan ke sorang papa akan menjadi mahram pada anaknya”.

“Tidak untuk anak luar nikah Tengku. Untuk seorang  anak luar nikah dia bukan mahram kepada bapa biologinya dan dia dibolehkan bernikah dengan bapa biologinya..” Terkedu Tengku Faris mendengar kata-kata gadis yang merangkap anaknya di sebelahnya. Bila Tengku Faris hanya memandang tidak berkelip kearah dirinya..

“Tengkuuu!! Saya rela nikah dengan Tengku kerana saya nak menghalalkan kita  duduk berdua macam ni. Saya tak mahu hubungan kita dicemari dosa. Saya nak membolehkan kita bersentuhan tampa dosa dan nak menghalalkan kita duduk serumah.  Yang selebihnya saya nak bantu Tengku bertaubat. Kalau Tengku tak bernikah dengan saya..saya bukan siapa –siapa pada Tengku.Tengku bukan mahram saya, kita adalah orang lain. Kita duduk berdua macam ni, kita dapat dosa. Itulah hukum yang Allah telah tetapkan, kita tak boleh nak mengubah mengikut kehendak kita, Tengku.”

“Sejak dari awal ke you tahu you anak I. Itu sebabnya you kerja kat Hotel Daddy I sebab nak balas dendam”.