~Siapa Ikut Blog Ni~

Pages

Saturday, 7 February 2015

Nur Hidayah 20


Dah ada ni mak terus post sbab tkut mlm nanti tak sempat..tapi tak semak lagi.




 “Bersyukurlah pada Allah yang menghantar saya pada Tengku untuk menjadi cahaya pentunjuk pada Tengku..lagi pun nama saya Nur Hidayah ertinya Cahaya petunjuk”. Sememang nya Tengku Faris bersyukur bertemu dengan Nur Hidayah. Jiwanya jadi tenang, hidupnya mula teratrur. Dia sudah menjadi manusia biasa yang malam waktu tidur dan siang waktu bekerja.Mereka masuk ke kereta, Tengku Faris mahu menghantar Nur Hidayah kerumahnya.

“Hidayah! Kalau I ceritakan masa silam I, masih  mahukah you pada I ni yang banyak sangat dosa”.

“Tengku! Saya hanya  manusia biasa, hanya seorang  hamba kepada Allah tuhan yang maha berkuasa. Saya tak boleh nak menghukum orang. Tentang mahu tu dah lain cerita, sayakan dah janji jika Tengku dan keluarga Tengku terima saya seadanya, saya juga akan terima Tengku seadanya juga. Itu janji saya..sekarang ni jika Tengku ceritakan kisah silam Tengku, saya masih lagi terikat dengan janji saya,  sebab ianya tidak ada kena mengena dengan penerimaan Tengku dan keluarga Tengku pada saya walau pun setelah mereka tahu status diri saya.  Seorang muslim jika mengingkari janjinya dia akan disamakan  orang munafik.  Kalau setakat masa silam Tengku saya menjadi orang munafik saya tak sanggup.  Tengku nak tahu siapa itu munafik…Kaum Munafikin adalah ancaman terbesar bagi umat Islam, mereka menikam dari belakang laksana musuh dalam selimut, merekalah punca kekalahan kaum muslim kepada orang-orang kafir. Mereka menolak penegakan syariat Islam. Kerana itu penting bagi kita untuk mengetahui ciri-ciri mereka agar dapat terhindar dari tipu dayanya.

…Sesungguhnya orang-orang munafik itu ditempatkan didasar neraka yang paling bawah. Mereka tidak  akan mendapat seorang penolong pun diakhirat kelak. (An-Nisa’ 145) Jadi saya akan pegang  janji saya selagi saya terdaya..jangan lah Tengku bimbang..saya mahu menjadi Islam sejati”.

“Mulai dari sekarang I berjanji dengan diri sendiri..I nak bertaubat”.

“Eloklah tu..bertaubatlah kerana Allah dengan bersungguh-sungguh, In Syaa Allah Allah akan menerima taubat kita”.

“Mahu kah  Allah menerima taubat I Hidayah, dosa I ni bertimbun-timbun”.

“In Syaa Allah..Allah akan membukakan pintu taubat untuk hamba-hambanya walau pun dosanya sebesar gunung …
Katakanlah: Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Surah az-Zumar: 53).

 “Meski dosa-dosamu sebanyak buih lautan, sebanyak butir pasir di padang pasir, sebanyak daun di seluruh pepohonan, atau seluruh bialangan jagad semesta, Allah SWT tetap akan selalu mengampuni, bila engkau mengucapkan doa sebanyak tiga kali sebelum engkau tidur: Astaghfirullahal ‘Adzim al-Ladzii Laailaaha Illa Huwal Hayyul Qayyuumu wa Atuubu Ilaih. (Aku memohon ampunan kepada Allah Yang Maha Agung, tiada Tuhan selain Dia Yang Maha Hidup dan Memelihara (kehidupan), dan aku bertobat kepada-Nya).”(HR. at-Tirmidzi).

Astagfirullahal ‘adzim, ampunilah dosa kami ya Allah..tutupi aib kami…. betapa selama ini kami mudah tergelincir dalam dosa namun tak bersegera memohon ampun kepada-Mu. Aamiin...

 Hanya satu dosa  yang Allah tak akan terima taubatnya”.

“Dosa apa Hidayah”.

“Dosa orang menyekutukan Allah..seorang yang memohon sesuatu selain dari Allah.. dosa tu memang Allah  tak ampunkan. Itu sebabnya orang-oranmg yang murtad Allah tak terima taubatnya..”.

“Kalau macam tu..tolong lah I nant, I betul-betul nak bertaubat kepada Allah”.

“In Syaa Allah”.  Ketika Nur Hidayah keluar dari keretanya sekali lagi Tengku Faris mengigatkan..akan temu janji mereka dengan doctor..untuk pemeriksaan HIV.

           Hanya satu lagi syarat yang perlu lakukan untuk mereka bernikah..Ujian darah untuk memastikan mereka bebbas dari HIV. Mereka kehospital kerajaan untuk ujian itu. Bagi Nur Hidayah yang tiada masaalah kesihatan keputusan diterima pada hari itu juga, namun bagi Tengku Faris dia mempunyai masaalah sedikit. .Dia dikehendaki hadir tiga hari kemudian untuk keputusan yang bakal diperolehi. Tetapi dihari selepas keputusan diperolehi Tengku Faris menghilangkan diri. Tiada siapa dapat menjejaki kemana Tengku Faris pergi. Malah Tengku Faizal sekeluarga buntu mencari kemana pergi anak tunggal mereka.  Adakah dia pulang semula keluar Negara(London) . Tengku Farid  mencari hingga kekelab malam yang sering dikunjungi oleh papanya di atas permintaan Tengku Faizal. Walaupu pada mulanya cucunya itu agak keberatan..

“Tuk Farid tak mahu lagi jejak kelab malam..Farid tak mahu mengulangi kisah yang Farid dah tutup tuk..”

“Atuk mintya sekali sahaja..atuk kesian tenguk nenek menangis sahaja..dia tak makan dah dua hari. Atuk takut kesihatan nenek terjejas Farid. Sekali sahaja Farid pergi.. bawa Razali..masa pergi tu baca ayat Kursyi dan baca ayat Seribu Dinar seperti yang selalu dipesan oleh atuk Ibrahim  tu. In Syaa Allah atuk tahu Farid dan pandai memilih baik buruknya untuk kehidupan kita dan keluarga Farid kan..” Tengku Farid mengikuti arahan datuk nya. Namun hampa Tengku Faris tidak disitu.

“Entah kemanalah papa Farid ni. Atuk takut dia pergi keparangai lama. Manalah tahu sebelum dia mengahiri zaman dudanya ni dia nak meraikan dengan kawan-kawannya dulu. Nauzubillah..Atuk berdoa siang malam Farid janganlah papa Farid buat macam tu lagi. Cuba Farid bagi cadangan..kemana lagi kita nak cari dia Farid”.

“Entah lah tuk. Tapi kalau atuk suruh Farid pergi kelab malam lagi Farid tak sanggup. Tuk! papa tu biarlah, selama ni pun dia selamat sahaja lagi di duduk kat London sorang diri.”

“Ialah kita tunggulah sehari dua lagi, kalau papa Farid tak balik lagi kita report polis. Pasal nenek tu nanti atuk cakap. Nak buat macam mana kita dah habis ikhtiar dah.. tak tahu nak cari kat mana lagi. Ehh Farid kamu ada risik-risik dengan Hidayah ada ke mereka bergaduh yang menyebabkan papa kamu lari ni”.

“Dah tuk Farid, siang-siang hari lagi Farid dah tanya dia. Dia kata ok sahaja..mereka tak bergaduh dan tak bertekak pun”.

       Itulah kekecohan keluarga Tengku Faizal bila kehilangan anak tunggalnya yang sudah masuk hari yang empat. Yang sebenarnya dia kasihan melihat isterinya yang kerisauan dirumah, bila anak nan seorang sudah tiga empat hari tidak pulang seperti kebiasaan. Tengku Faridah tak senang duduk. Tidurnya pun tidur-tidur ayam sahaja. Bila mendengar deringan telefon terus sahaja dia menerpa kearah telefon. Bila mendengar kereta menderum diluar rumah terus sahaja dia menjengah luar rumah…Hati seorang ibu yang kerisauan tentang anaknya..biar pun anaknya sudah tua bangka masih dirisaukan juga. Entahlah itu mungkin hati semua ibu-ibu didunia ini agaknya.

           Pagi itu Nur Hidayah dikejutkan oleh sebaris  SMS dari Tengku Faris.  Dia mahu hanya Nur Hidayah sahaja menemuinya di perkarangan masjid Negara. Nur Hidayah kebilik pejabat Tengku Faizal menunjukkan SMS dari Tengku Faris dan apa mahunya.

“Ok pergilah..tanyakan apa masaalah dia. Yang sebetulnya tak pernah pula dia tak balik rumah sejak dia pulang dari luar Negara. Walaupun kadang-kadang baliknya pukul 2 ke 3 pagi,  tapi dia tetap balik”.

“Baik dato’ saya akan cuba tanya apa masaalah dia”.

“Hidayah!! I nak bagi tahu awak satu perkara. Ini penting untuk you menerima Faris kelak. Biar pun dia anak I, tapi I tak sanggup memperjudikan masa depan you. Yang I takut Faris balik keperangai asal. I cakap terus terang jika you tak sanggup menerima dia sebagai suami I tak kisah, sebab I tahu siapa anak I”. Agak lama  Tengku Faizal mendiamkan diri. Dia menarik nafas panjang dan melepaskanya perlahan-lahan mencari tenang..

“Yang sebenarnya kehidupan Faris sejak dari dulu lagi agak liar..dia pernah bernikah lima kali selama ini, tapi semuanya berakhir dengan peceraian. Dan terus terang saya katakan hanya selepas dia berniat nak mengambil Hidayah menjadi isteri, dia belajar bersolat..harap Hidayah maklum apa yang mahu saya sampaikan”.

“Dato’ sebebarnya saya tak ambil kisah tentang masa lampau Tengku. Asalkan dia berubah dan istikomah dengan perubahan itu, saya akan terima dia seadanya. Saya juga mengharapkan keluarga dato’ menerima saya ikhlas. Saya tak semulia keluarga dato’ yang berketurunan, saya sedar diri saya anak luar nikah yang tak didipandang oleh sesiapa pun. Kalau keluarga dato’ tak dapat menerima saya, cakaplah terus terang. Biar pun sememangnya Tengku Faris sukakan saya..tapi dato’ boleh menolak kehendaknya, janganlah diikutkan sangat demi untuk keturun dato’ juga
…. Saya tak mahu jika sudah lahir satu lagi jenerasi, saya dibuang dengan tanggung jawab. Saya mungkin boleh membesarkan anak saya, tapi saya kasihan anak yang  hidup dalam keluarga yang tak sempurna seperti saya. Sebab itu saya minta, kalau dato’ dan datin tak suka saya, cakap awal-awal. Untuk kehidupan saya, dato’ jangan bimbang.  Rezeki Allan ni luas, dalam Malaysia ni sahaja  saya boleh mencari rezeki untuk kehidupan saya. Sedangkan para pendatang pun boleh hidup selesa mencari rezeki kat Negara kita, apatah lagi kita rakyat tempatan..”.  Nur Hidayah juga mahu tahu penerimaan Tengku Faizal suami isteri.

           Pada pandagan mata Tengku Faizal, dia melihat Nur Hidayah didepan yang hadapanya berlainan sekali dengan Nur Hidayah pekerjanya dulu. Nur Hidayah  yang bakal menjadi menantu nya amat petah berkata-kata.  Nampak berkeyakinan dan berwibawa sekali orangnya. Dulu dia seperti orang yang naïf polos, pendiam dan tidak suka bergaul dengan para pekerja lain terutama lelaki.

“Hsyy..jangan lah sampai nak larikan diri dari Faris, Hidayah..Hidayah! jangan bimbang, I tak pandang apa yang kurang  pada Hidayah. Apa keturunan Hidayah sekali pun I tak kisah. Kalau Faris dah suka, kami pun suka. Lagi pun sekarang ni Faris dah pandai pilih wanita yang nak dijadikan isteri, tak macam  pada sebelum-sebelum ni. Lagi satu yang I pandang adalah kelebihan you,  sejak Faris kenal Hidayah, dia mula berubah. Berubah menjadi apa yang kami inginkan sejak lama dulu. I harap Hidayah dapat membantu Faris mengekalkan perubahan yang baik pada dirinya.”  Ketika mereka bercakap-cakap pintu diketuk dari luar, bila daun pintu terkuak  terjengul pemandu Tengku Faizal yang bernama Razali. Rupanya dia ingin memberi tahu…

“Bos dah siap bos”.Tadi Tengku Faizal menyuruh pemandunya menyiapkan kereta untuk menghantar Nur Hidayah menemui Tengku Faris.

“Kamu tunggu kat bawah, kejap lagi Hidayah turun”..

“Baik bos”.

“Dah lah Hidayah pergilah cepat jumpa Faris, I nak tahu apa masaalah dia dan  kenapa dia tak balik dekat seminggu ni. Entah kat mana dia tidur. I harap dia tak mengulangi perangai buruknya lagi. Dah lama dia  tak keluar malam.. dah lulus kursus kahwin berubah pula perangainya..dah  sampai tak balik. Entahlah Hidayah. I sebetulnya pening memikirkan hal Faris ni..walau pun dah tua tapi perangai macam budak remaja lagi.”. Tampa sedar di mengeluh  dan meluahkan rasa hatinya dihadapan Nur Hidayah bakal menantu.

Nur Hidayah bersama pemandu Tengku Faizal menuju tempat yang diperkatakan oleh Tengku Faris didalam SMSnya  sebentar tadi. Bila tiba dilokasi yang diberitahu dari jauh Nur Hidayah nampak Tengku Faris duduk ditangga masjid.

“Haa itu macam dia kan Encik Lee” Razali memperlahankan kereta dia memandang ke arah tunjukkan Nur Hidayah.

“Haah itu memang Tengku Faris tu. Cik Hidayah nak turun kat mana?”.

“Haa kalau macam tu..berhentikan saya kat sini sahaja Encik Lee..En..balik lah dulu. Tengku kata tadi dia tak nak ada orang lain ikut saya, nanti lari pula dia bila nampak Encik Lee bersama saya”. Nur Hidayah menyuruh pemandu Tengku Faizal pulang semula kepejabat mereka.

“Ok, ada apa-apa hal call lah saya ye..kalau nak minta hantar kemana-mana ke juga call saya ye… Saya tak pergi jauh kawasan-kawasan sini sahaja.”

“Tak payah tunggu..pergilah balik. Biar saya sorang selesaikan masaalah Tengku ni”.

“Betul ke ni. Nanti susah pula Cik Hidayah nak pergi kemana-mana”.

“Ehh teksi kan ada. Dahlah pergi En. Lee balik. Nanti saya call Dato’ saya yang suruh En. Lee balik office”.

          Setelah kereta yang dipandu oleh Razali berlalu pergi Nur Hidayah berjalan menghampiri Tengku Faris yang sedari tadi asyik menundukkan kepalanya sahaja. Tengku Faris masih tetap duduk ditangga masjid, biar pun Nur Hidayah sudah berdiri dihadapanya. Dia hanya memanggungkan kepalanya memandang kearah Nur Hidayah bila melihat sepasang kaki wanita berdiri dihadapanya. Nur Hidayah memberi salam namun salamnya tidak berjawab, mungkin hanya dijawab didalam hatinya sahaja.



             Dipandangan mata Nur HidayahTengku Faris kelihatan lesu dan tak bemaya, seperti orang yang berjaga semalaman. Kedaaanya tidak terurus seperti geladangan ditepi jalan sahaja rupanya.  Kalau orang tak kenal siapa dia, tentu orang akan mengatakan di salah seoprang pengemis yang kepenatan setelah merayau dan memunggah tong sampah mencari rezeki. Bajunya kumal dan tidak kemas lansung. Rasanya bajunya pun tidak berganti..rambutnya juga kusut masai. Berlainan sungguh dengan Tengku Faris yang biasa dilihat ketika kepejabat yang kemas dan bergaya. Jika mengikut apa yang dilihat memang benarlah kata daddynya Tengku Faizal, Tengku Faris sudah hamper seminggu tidak pulang kerumah.

“Tengku!! Tengku kenapa ni.” Nur Hidayah merasa hairan biar pun dia sudah berdiri dihadapannya tapi pandangan Tengku Faris kearahnya seperti kosong tak bermakna. Bila ditanya juga tiada jawapan yang keluar dari bibir Tengku Faris. Berbagai pertanyaan  yang berlegar dikepala Nur Hidayah.. adakah Tengku Faris sedang truma kerana dirompak. Atau dia hilang ingatan kerana kepalanya dipukul oleh orang yang menyerangnya namun rasanya tiada sebarang kecederaan dikepalanya.

 Pandagan  mata yang  memandang kearah Nur Hidayah kelihatanya  sayu. Dia masih duduk ditangga masjid tak bergerak..

“Tengku!!...” Nur Hidayah mencangkung (bertinggung) sambil mengulangi panggilannya sekali lagi. Dia sudah sangat dekat dengan Tengku Faris untuk lagi dekat atau memegang tangan Tengku Faris itu tidak mungkin, walaupun mereka sudah ada sijil perkahwinan yang diperolehi ketika menghadiri kursus perkahwinan hamper dua minggu sudah. Tiba-tiba tampa mengerakkan badannya  Tengku Faris bersuara perlahan..

“I am hungry..very hungry.” kedengaran sungguh lemah suaranya.

“Tengku nak makan kat mana? jom saya temankan.” Tampa dirayu Nur Hidayah menawarkan diri menemankan Tengku Faris, tetapi tawaranya seakan tidak disambut dengan gembira seperti tiga bulan yang lalu.. malah Tengku Faris menundukkan wajahnya semula kelantai tangga.

“Tengku jomlah saya temankan Tengku makan.” Lembut suara Nur Hidayah bagai memujuk lelaki yang kelihatan bermasaalah dihadapanya. Pada perkiraan Nur Hidayah elok dia membawa Tengku Faris makan bubur..supaya perutnya tidak terkejut dengan makannya yang keras. Jika melihatat dari keadaan Tengku Faris saat itu mungkin sudah lama dia tidak makan. YA... Kata Tengku Faizal sudah hamper seminggu anaknya tidak pulang..

          Walaupun tidak membalas kata-kata Nur Hidayah, tetapi apa yang dilakukan oleh Nur Hidayah duruti oleh Tengku Faris seperti anak kecil mengekor ibunya. Nur Hidayah bangun  berjalan menuju kekereta Volkswagen Jetta milik Tengku Fais yang dipakir tidak jauh dari tangga masjid. Kereta Tengku Faristidak berkunci. Nur Hidayah membuka pintu disebelah kerusi penumpang untuk Tengku Faris.  





Nur Hidayah 19



Sudah tiga bulan hidup Nur Hidayah tenang dari ganguan Tengku Faris. Namun pagi itu dia dikejutkan oleh kedatangan Tengku Faris ke mejanya. Dengan wajah manis dihiasi seyuman yang berseri.

“Hidayah nanti lepas you balik surau tolong masuk bilik daddy I ye”. Waktu tu jam menunjukkan pukul 10 pagi..’Eh tahu pula orang tua ni aku pergi surau kejap lagi’ detik hati Nur Hidayah.

“Ada apa Tengku..saya ada buat salah ke sampai dato’ panggil”.

“Entah..you ada buat salah ke”. Melihat kerutan didahi Nur Hidayah..terus sahaja rasa kesihan menyelinap dihati Tengku Faris. Maklumlah kata-katanya membuatkan gadis kesayanganya risau..mana tahu akibat kerisauan dia terjatuh pula dibilik air tak ke nyaya..cepat-cepat dia memperbetulkan kata-katanya.

“Ehh…Tak usah bimbang Hidayah tak ada apalaah..dato’ sahaja nak jumpa you. Ok ye you pergi solat dulu tenangkan hati, lepas tu jumpa dato’ sehabis you solat Duha..”. Sememangnya sudah maju pengetahuan Tengku Faris tentang solat. Yang sebetulnya dia ada bertanya kepada daddynya apa itu solat DUHA. Kerana dia juga ada mendengar Nur Hidayah bersolat sunat Duha dari bibir kawan sekerjanya suatu masa dulu.

(Solat Dhuha adalah solat yang berkait rapat dengan rezeki sama ada dipermudahkan rezeki, rezeki diberkati, kemanfaatan rezeki dan pahala yang tinggi nilainya. Manakala di akhirat pula, Allah menyediakan pintu khusus baginya memasuki syurga.


Ruang Waktu dan Waktu Afdal 
            Sesuai dengan namanya Dhuha yang bermaksud pagi, jadi ruang waktunya bermula kira-kira 20 minit selepas terbit matahari atau disebut dalam kitab-kitab fekah sebagai tinggi matahari daripada pandangan jauh sekadar satu al-Rumh atau batang lembing iaitu kira-kira dua meter. Waktu solat ini pula berakhir sebelum menjelang waktu Zuhur. Jadi, secara mudahnya batas waktu solat sunat Dhuha ini antara pukul 7:30 pagi hingga 1:00 tengah hari.

Waktu afdalnya adalah ketika sinar matahari kian panas. Berdasarkan sepotong hadis Nabi s.a.w. yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam, Rasulullah s.a.w. menjelaskan: 

“Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.” 


          Rezeki yang melimpah-ruah, halal dan berkat adalah dambaan setiap insan. Namun untuk menjadikannya kenyataan bukanlah sesuatu yang mudah. Ini kerana kekayaan yang bertimbun dan kedudukan yang tinggi tidak menjamin keberkatan hidup yang hakiki.

Sering kita lihat orang yang rezekinya melimpah-ruah membelanjakan kekayaan mereka ke jalan sesat dan mengingkari perintah Allah sedangkan kita selalu diingatkan serta dinasihatkan oleh Allah supaya makan rezeki yang baik dan jangan sesekali mengikut jejak syaitan.

Rezeki yang halal dan berkat bukan sahaja dapat membawa manusia menuju ketenteraman hati, malah dapat membawa kemuliaan di sisi Allah. Insya-Allah, kita dapat mencapainya dengan mengerjakan solat Dhuha.

        Antara manfaat dan keajaiban solat sunat Dhuha ialah dijauhkan daripada kemiskinan. Semua ini bukan khayalan, kerana sudah ramai orang melakukannya dan mampu merasakan hikmah yang besar dalam kehidupannya.
Rasulullah SAW bersabda, Allah SWT berfirman: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali kamu malas melakukan empat rakaat solat Dhuha, kerana dengan solat itu, Aku cukupkan keperluanmu pada waktu petangnya.” (Riwayat Hakim dan Tabrani)
Solat sunat Dhuha juga dapat menghapuskan dosa. Rasulullah SAW bersabda:
“Sesiapa yang masih berdiam diri di masjid atau tempat solatnya setelah solat Subuh kerana melakukan iktikaf, berzikir, dan melakukan dua rakaat solat Dhuha disertai tidak berkata sesuatu kecuali kebaikan, maka dosanya akan diampuni meskipun banyaknya melebihi buih di lautan.” (Riwayat Abu Daud)

Antara lain solat Dhuha juga dapat menghindarkan diri daripada azab api neraka di hari Kiamat. Bagi orang yang menjadikan solat sunat Dhuha sebagai rutin hariannya, maka Allah akan membalasnya dengan balasan syurga.
Rasulullah SAW bersabda: “Di dalam syurga terdapat pintu yang bernama bab Ad Dhuha (Pintu Dhuha), dan pada Hari Kiamat nanti, ada orang yang memanggil di mana orang yang sentiasa menunaikan solat Dhuha? Ini pintu kamu, masuklah dengan kasih sayang Allah.”
Justeru amat rugi orang yang dengan sengaja meninggalkan solat sunat Dhuha, padahal mereka sebenarnya mampu dan ada masa untuk melaksanakannya kerana mereka yang menunaikan solat sunat Dhuha akan mendapat balasan dan keuntungan amat besar. Berusaha semoga kita tetap melakukan ibadat sunat ini.)
(Saja mak the ambil dari google untuk amalan kita).


           Seperti yang diarahkan Nur Hidayah kebilik Tengku Faizal pada pukul 1030 pagi. Dia mengetuk pintu bilik pejabat Tengku Faizal yang bertutup.. Tengku Faridah mendatangi Nur Hidayah di pejabat suaminya Tengku Faizal. Nur Hidayah membuka pintu bila mendengar suara menyuruh nya masuk dan memberi salam.

“Asalamualaiukum Dato’ datin..eer Tengku”. Bila dia terpandagkan Tengku Faris juga berada didalam bilik itu.

“Waalaikumsalam..masuk lah Hidayah”. Serentak dua suami isteri itu menjawab salam Nur Hidayah.

“Ohh ini yang namaya Nur Hidayah..patutlah Ris tak boleh duduk diam. Terberhenti semua kegiatan Ris”.

“Mommyy..”Panjang sahaja panggilan Tengku Faris pada mommynya untuk mengingatkan suapaya tidak memecahkan rahsianya. Memang pada pandangan mata Tengku Faridah gadis dihadapanya cantik sopan dan lembut orangnya, walaupun dia hanya memakai baju kurung yang sudah kusam warnanya..(Mak teh bayangkan Nur Hidayah ada iras-iras wajah ElFira Loy).

“Mehlah duduk sini..”Tengku Faridah memlambai  Nur Hidayah untuk duduk disofa yang tersedia dibilik pejabat suaminya. Nur Hidayah menuruti langkah Tengku Faridah. Mencecah  sahaja punggung Nur Hidayah disofa kulit..terus sahaja Tengku Faridah menyampaikan apa yang telah dirancang bersama anaknya.

“Faris cerita dengan mommy, dia suka kat  Hidayah..Hidayah boleh terima dia ke?..Mommy nak tahu jawapan jujur Nur Hidayah sebab mommy maklum anak mommy ni dah tua dan lima puluh dua tahun umurnya. Kalau nak dikira padan memang tak padan dengan Hidayah yang masih muda ni”.

“Myyy…” Tengku Faris bersuara lagi, dia takut kalau mommy nya bersuara lebih-lebih Nur Hidayah tidak dapat menerima dirinya. Yang sebenarnya Tengku Faris bimbang penerimaan Nur Hidayah pada dirinya. Sebab dia belum menerima kata putus dari Nur Hidayah tempuh hari, sama ada dia menerima atau pun tidak.

“Mommy kena cakap berterus terang dan apa yang mommy pandang itu kenyatanya.  Faris kamu tu dah 52 tahun sedang Hidayah ni baru berumur 27 tahun. Dengan Farid pun Farid tua dua tahun lebih.. Ris”.

“Datin..saya ni tak kisah sesiapa pun yang sudi kutip saya..janjinya dia dan keluarganya  boleh terima saya seikhlasnya sebab status saya..Emm Tengku Faris dah beri tahu dato’ dan datin ke siapa saya yang sebenarnya…”

“Dah semuanya dia dah cerita. Pada mommy kalau Faris dah suka mommy tak kisah.. asal kan kamu berdua dapat menerima. Sebab penerimaan pasangan  yang mahu duduk serumah tu yang penting. Kat situlah nanti kebahagian itu muncul tapi kalau Hidayah rasa tak sepadan jangan dipaksa rasa hati Hidayah tu”.


           Mendengar sahaja kata-kata mommynya terus sahaja Tengku Faris bangun dari duduknya dan duduk rapat disisi Nur Hidayah.Terkedu Nur Hidayah dengan perbuatan Tengku Faris. Sedikit-sedikit dia menjarakkan duduk dari Tengku Faris. Dia melakukan perlahan-lahan  jangan sampai terlihat dipandagan mata Tengku Faridah. Sekali lagi soalan yang keluar dari bibir Tengku Faridah.

“Jadi ..Hidayah macam mana setuju ke nak terima Faris jadi suami ni”.

“Jika datin dan dato’ boleh terima saya yang macam ni, saya tak kesah apa pun. Saya pun tak memilih nak yang muda sahaja. Pada saya kalau dah ada yang sanggup menjadi pelindung saya… saya dah rasa bersyukur sangat.”.

“Alahamdullilah..kami memang setuju sangat..sebab dari mula Faris kenal Hidayah dia mula mengubah dirinya. Kami tahu sebab Hidayahlah dia berubah”.

“Astagfirullah..datin jangan cakap macam tu..jangan cakap sebab saya..nanti kita menjadi oranbg syirik sebab tak jaga bercakapan kita. Katakan lah Alhamdulillah  Tengku berubah sebab Allah yang mengubahnya. Allah yang memberi petunjuk untuk dia berubah bukan saya yang mengubahnya”..

“Ehh cakap macam tu pun boleh jadi siyrik ke?”.

“Ia datin, jangan kita melebihkan atau menunjukkan manusia ni lebih dari kekuasaan Allah..apatah lagi perasaan dan hati manusia. Bab hati dan perasaan kita, hanya Allah yang berkuasa mengubahnya.. Mungkin  saya hanya yang menjadi sebab mengapa Tengku berubah..”

“Habis kalau dah saya yang dah tersalah cakap ni, nak buat macam mana??”

“Beristifarlah banyakkali..sebut ASTAGFIRRULLAH berulang kali tanda kita memohon ampun erti astagfirrullahkan   Ya Allah, ampunilah dosaku. Datin! saya cakap macam ni datin tak kisah ke. Saya bukan nak tunjuk pandai tetapi bab akidah ni wajib kita sesama Islam ingat-mengingati”.

“Hssyy tak ada apanya, mommy lagi suka  sebab mommy tak tahu,  Alhamdulillah Hidayah bagi tahu. Lagi pun tak semestinya kalau kita dah tua kita tahu semuanya. Kadang-kadang yang muda lebih pengetahuanya dari yang tua sebab yang muda ni tahu mana nak dapatkan ilmu”. Kemudian ke dengar suara Tengku Faridah beristifar berulang kali.

“Jadi kalau dah semuanya setuju, daddy nampak Ris pun macam dah tak sabar-sabar lagi..bila kita boleh nak langsungkan”. Kini Tengku Faizal pula mencelah berbincangan mereka. Dengan senyum yang tersungigng dibibirnya seolah-oleah dia sangat gembira..

“Ehh daddy ni..bukan Ris yang tak sabar nampaknya, abang pun dah tak sabar nak dapat menantu. Jangan lupa pada adat kita bang..tak kan kita nak berbincang dengan pengantin perempuan. Tentulah kita kena jumpa waris nya dulu, kita jumpa kerluarga Hidayah. Hidayah orang mana, bila boleh mommy jumpa dengan mereka. Mommy tanya tadi sebab nak kepastian, Hidayah terima Faris bukan kerana terpaksa. Sekarang ni  mommy nak juga berkenalan dengan keluarga  Hidayah”. Betul juga kata Tengku Faridah takkan nak berbicang tentang majlis nikah kahwin dengan pengantin perermpuan betul tak. Nur Hidayah nampak kurang selesa bila bab keluarga dibangkitkan.

“Haa Hidayah pada siapa yang patut kami jumpa nak minta izin ambil Hidayah ni..Yang sebenarnya Hidayah ni asal mana atau memang anak jati Kuala Lumpur ke?.” Melihat wajah resah Nur Hidayah Tengku Faizal meyakinkan gadis dihadapanya.

 “Hidayah you jangan bimbang I Tanya sebab I nak ikut adat kita. You masih gadis tentu keluarga you nak ada orang datang merisik dan meminang untuk mengambil anak gadis nya. Adat-adat tu sebenarnya menunjukkan kami pihak lelaki menghormati pihak keluaga gadis yang kita nak ambil anaknya sebagai sebahagian dari keluarga kami”.

“Saya..saya…”. Begitu susah untuk Nur Hidayah mahu berterus terang.

“Hidayah I sebetulnya tak kesah.. I pun dah cakap dengan Faris, kalau you ni orang kutub Utara atau kutub Selatan pun I dan isteri I  pun sanggup pergi meminang you  untuk Faris”. Walau pun kedengaran ceria keluarga Tengku Faris bercerita perihal pinang meminang namun Nur Hidayah menundukkan wajahnya.Dia Nampak gelisah kenapa agaknya.

Yang sebenarnya dalam kepalanya berperang bagai mana dia mahu menyelesaikan masaalahnya. Haruskah dia berterus terang.. takkah  nanti dia dikatakan meminta simpati. Tetapi dia tiada pilihan..

“Inilah masaalah saya..yang sebetulnya saya memang betul-betul tinggal sorang kat dunia ni. Sejak mama saya meninggal 5 tahun lepas, saya jadi sebatang kara. Mahram sebelah bapa memang saya tak ada,  waris sebelah mama pun mereka dah buang saya. Saya tak dibenarkan pulang, sebab ada seorang  sepupu saya, ingin mengambil saya sebagai isteri, tetapi emaknya tidak membenarkan. Itu sebab utama mengapa saya terpaksa keluar dari kampong saya.

..Emm..Saya rasa perkara kita ni rumit, dan saya rasa, saya  menyusahkan keluarga dato’ dan datin, terus terang saya katanya saya ni memang susah nak dimasukkan kedalam keluarga orang. Saya minta maaf sungguh-sungguh saya cakap macam ni kerana saya tak tahu nak halakan dato’ dan datin untuk bertanyakan hal saya. Takkan nak main nikah sahaja, nanti akan mencemar nama baik dato’ dan datin pula, bila tiba-tiba sahaja Tengku Faris bernikah, dah macam kahawin ‘cow boy’ pula.Silap hari bulan nanti  orang kata Tengku Faris kena kahwin  tangkap basah pula. Saya cadangkan kalau dah susah macam ni, apa kata dato’ dan datin carikan Tengku jodoh yang lain sahaja”.

“Tidak..tidak kalau macam tu, kita terus sahaja nikah dipejabat ugama..Nur Hidayah pun terpaksa berwalikan hakim kan..jadi mudah kita nikah kat sana sahaja”. Cepat-cepat Tengku Faris menyampuk bila mendengar jawapan dari Nur Hidayah.

“Dari pihak datin tak apa ke?..bila anak lelaki datin kena nikah macam tu.”

“Mommy tak kisah..Hidayah sudi jadi  isteri Faris pun mommy dah bersyukur sangat. Jadi bila agaknya Hidayah boleh melaksanakan impian kami ni”.

“Kalau tak menjadi masaalah dan tak menyusahkan dato’ datin dan Tengku sendiri..sebelum saya nak nikah saya nak mengikuti prosidur yang telah ditetapkan oleh majlis agama Islam..saya nak kan sijil kursus perkhwinan sebelum saya dinikah kan..boleh ke?”.

“Haa itu eloklah..kita kena tahu juga bab-bab nikah kahwin dan bab apa yang boleh dan apa yang tak boleh dalam urusan rumah tangga ni”.

“Tapi Ris kan dah pernah bernikah ..perlu lagi ke Ris ikut kursus tu”

  “Walaupun Ris tu dah pernah bernikah tapi itu nikah diluar negara. Lagi pun tak rugi kalau Ris ikut kursus, untuk pengetahuan.  Ris  cari borang berkenan kursus nikah kahwin ni kat pejabat ugama. Cepat kita selesaikan hal kursus cepatlah Ris dan Hidayah boleh bernikah.”.

Minggu itu juga Tengku Faris mendaftar untuk menghadiri kursus perkawinan …Dua hari mereka menghadiri kursus perkahwinan. Diakhir kursus  mereka diberi sijil. Setelah menerima sijil Tengku Faris keluar dari bilik kursus  dengan semyuman lebar. Bangga dirinya lulus dengan jayanya. Dengan rasa bahagia dia menanti Nur Hidayah, yang  keluar agak lambat sedikit darinya. Tengku Faris hanya memerhati dari jauh Nur Hidayah masih bercakap-cakap dengan  salah seorang tenaga pengajar mereka.  Mungkin dia ada sedikit kemuskilan..Tengku Faris  berjalan kekeretanya dengan senyuman gembiranya. Dia tidak terus masuk kekereta.  Dia menyandarkan diri dipintu sebelah penumpang sambil menanti buah hati pengarang jantungnya menuju kearahnya.

“Hai sayang apa yang you Tanya kat ustazah tadi?” Wahh Tengku Faris sudah bersayang-sayang pada bakal isterinya.

“Tanya sedikit masaalah saya..tentang masaalah anak luar nikah”.

“Ohh..”. Bila Nur Hidayah semakin hampir digapai tangannya lalu digengam dan diciumnya..Terkejut Nur Hidayan dengan tidakkan Tengku Faris. Dengan kasar dia menarik tangan yang dibibir Tengku Faris.

“Tengku janganlah buat saya macam ni, saya masih haram untuk Tengku sentuh”.

“Ehh..tak lama lagikan kita kan dah nak nikah,  Atau you malu nampak dek ustaz dan ustazah.. Jangan lah nak malu Hidayah kita memang dah sah akan jadi pasangan. kita pun dah dapat sijil kursus kahwin ni..” Tengku  Faruis mengibar-ngibarkan sijil yang baru diterima nya tadi.

“Memang betul kita dah nak nikah..tapi walau pun hanya tinggal seminit kita akan  dinikahkan, kita masih haram bersentuhan selagi ucapan Ijab belum Tengku lafazkan dan ucapan Qabul belum disahkan”.

“Kenapa susah sangat I nak rapat dengan you Hidayah”.

“Saya bukan apa..saya tak mahu mengumpul dosa. Perkara yang boleh kita elak dari dosa cubalah kita elakkan.  Sebab dosa-dosa ni akan menjadi daki dalam hati kita. Bila daki dah tebal kita susah untuk menerima kebaikkan. Bab malu kita jangan malu dengan manusia..sebab malu dengan manusia kita akan menyorok atau berlindung untuk melakukan. Tetapi kalau malu dengan Allah In Syaa Allah kita akan selamat. Sebab hati kita akan berkata tiada tempat yang kita boleh menyorok dari Allah. Jadi biasakan diri malu dengan Allah. ”

“Mana kita banyak buat dosa, I sentuh you berapa kali saja..rasanya baru dua tiga kali  I sentuh you”.

“Yang sebenarnya setiap hari kita mengutip dosa Tengku.. Seorang wanita dan seorang lelaki yang bukan mahram,  jika mereka  berpandagan dan bercakap-cakap pun berdosa..tapi macam mana kita nak elak sebab kita bekerja dan kita terpaksa untuk bercakap. Tapi kalau berpengangan ni kita boleh elak jadi kita elaklah”.

“Hidayah I sangat berterima kasih dengan you. You selalu menginagtkan I tentang dosa. Rasa nya tak sabar I nak hidup serumah dengan you..nak dengar cerita you tetang hidup ni. Walau pun usia kita beza berganda-ganda dan I pun dah pernah jauh merantau keluar dari Malaysia ni tapi pengetahuan you tentang hidup lebih banyak dari I. ”.





Thursday, 5 February 2015

Nur Hidayah 18







           Sudah dua hari sejak Tengku Faris makan tengahhari di Melaka bersama Nur Hidayah.Sudah dua hari juga dia memikirkan kata-kata Nur Hidayah bahawa ‘antara lelaki dan perempun tiada istilah kawan. Lelaki dan perempuan umpama  mangnet yang berkainan kutub’. Dan dia mengakui akan kebenaran kata-kata Nur Hidayah.  Pada kebiasaan selesai makan malam mereka tiga beranak duduk diruang tamu berbual-bual sambil minum kopi atau teh.Dan pada fikiran Tengku Faris ketika itulah waktu yang paling sesuai untuk dia mengeluarkan apa yang ada dia hatinya. Bulat hatinya ingin mengambil Nur Hidayah sebagai isteri. Dia menyuarakan hasrat hatinya kepada daddy dan mommynya.

“Daddy!!Kalau Ris dengan Hidayah tu padan tak daddy”.

“Haa apa Ris cakap..Ris  suka kat budak Hidayah tu???PA Farid tu??.”

“Ialah daddy, ada lagi ke wanita yang bernama Nur Hidayah yang kerja dengan kita daddy.”

“Tak adalah..tapi kenapa pula Faris pilih dia”.

“Ris rasa, Ris teringin kahwin dengan gadis Melayu yang bertutup rapat. Ris nak beristeri dengan wanita yang hanya Ris sahaja yang tahu apa yang ada dibadanya daddy..jadi kalau dengan Hidayah tu rasanya boleh tak daddy”. Wahh begitu berterus terang Tengku Faris dengan kehendak hatinya. Tapi ialah untuk apa malu –malu atau bertangguh- tangguh bukan dia anak remaja lagi dah tua bangka umur pun lagi 6 ke 7 tahun dah nak masuk keusia warga emas.

“Ris!!daddy nak cerita dengan Ris tentang budak Hidayah tu, kemudian Ris fikir sendiri sesuai tak Ris dengan dia. Nur Hidayah tu bukan calang-calang budak. Dia alim, solat fardu tak pernah tinggal, dia buat solat Duha lagi. Kalau itu yang kita nampak kat pejabat kita, tak mustahil kalau kat rumah dia buat solat malam juga. Dia mengamalkan puasa Nabi Daud..puasanya berselang hari, tapi  kadang-kadang dia puasa setiap hari. Ris rasa Ris sesuai ke dengan dia.”

“Jadi daddy rasa Ris tak boleh lah dengan dia..sebab Ris ni jahat”.

“Bukan jahat tapi Ris tu solat pun tak pernah..Cuba Ris cakap jujur dengan daddy..sudah berapa lama Ris tak solat?”.

“Apa perlunya solat, hanya untuk jadi suami”.

“Jangan pandang ringan pasal tak solat Ris. Solat ni tiang agama..perbuatan kebaikan kita dan apa-apa pun kebaikan yang kita lakukan bergantung pada solat kita. Jika kita tak solat segala kebaikan yang kita buat tak diterima oleh Allah Ris. Bila kita nikah dengan seorang wanita, kita ni akan jadi suami. Suami ni kepala keluarga. Tegaknya sebuah rumah bergantung pada suami Ris...suamikan pembimbing kejalan yang benar pada anak isteri kita. Wanita macam Hidayah tu tentulah akan pilih bakal suami seorang yang beriman dan yang baik. Untuk dikatakan seorang lelaki itu beriman, lelaki tu mestilah tak tinggal solat, tak tinggal puasa dan buat sedekah jariah pada fakir miskin. Papa Tanya adakah Ris dalam golongan orang yang macam tu. Beriman ke Ris kalau solat pun tak pernah buat, apatah lagi puasa  dan bersedekah pada fakir miskin”.. Tengku Faris mendiamkan dirinya, tiada perkataan hendak menjawab pertanyaan daddynya.Kemudian dia mengangkat punggug menuju kebiliknya.Tidak lama kemudia dia muncul semula. Pakainya sudah bertukar kini dia memakai  T-shirt polo dan berseluar jean..gaya nak kekelab malam. Ketika dia melangkah kepintu, dia ditegur oleh mommynya yang baru keluar dari dapur.

“Ris nak  kemana tu??” Tegur Tengku Faridah.Ditanganya menatang sebuah dulang yang diatasnya  ada tiga biji cawan dan seteko air.

“Entahlah my..Ris rasa nak cari kawan”.Memang benar hatinya berniat mahu ke kelab malam yang biasa dikunjungi.

           Dia ingin mencari kawan untuk berhibur. Dia ingin melepaskan rasa hatinya yang tidak puas, dia ingin menghilangkan rasa kecewa dan kalau boleh dia tidak mahu mengingati kata-kata daddynya tadi. Tetapi apa yang salah pada kata-kata daddynya tadi. Jika difikir semua kata-kata daddynya itu benar.  Tentu sahaja Nur Hidayah akan memilih suami yang yang beriman seperti dirinya juga. Tentu dia mahu suami yang  yang boleh menjadi imamnya ketika mereka solat berjemaah dirumah. Berpuasa dan kalau ada rezeki keMekkah bersama-sama.. Itulah bahagia seorang isteri itulah ciri suami idaman para isteri. Bagaimanakah  dia mahu menjadi imam dan bagai mana dia mahu menjadi suami idaman sedangkan sudah terlalu lama dia tidak bersolat. Rupanya tidak mudah mahu menjerat Nur Hidayah dan yang pasti kini hatinya pula yang terjerat pada gadis naïf dan polos itu.  Jika gadis biasa mudah sahaja baginya, hulur sahaja wang ringgit, ucapkan sahaja kata-kata pujian mereka akan terus melekat.

           Ada rasa terkilah dihati Tengku Faizal mendengar jawapan anaknya tadi. Dia rasa menyesal mengeluarkan kenyataan tadi. Anak baru hendak berubah dan kini mungkin dia akan memulakan tabiat lamanya lagi..berhibur dikelab malam dan bermabuk-mabuk.Tengku Faizal juga tahu anaknya cuba mengubah dirinya kerana Nur Hidayah. Tapi hakikatnya dia tidak tergamak melihat anaknya merosakkan seorang gadis sebaik Nur Hidayah.Tidak tergamak mahu memperjudikan nasib seorang gadis kerana mahu anaknya berubah. Jika perubahan yang baik itu kekal hingga kehujung nyawa anaknya  tidak mengapalah.Tetapi jika  baru sebulan dua berkahwin Tengku Faris balik semula ketabiat lamanya, itu yang ditakuti oleh Tengku Faizal sebenarnya. Dia sudah masak dengan sikap anaknya, nama dan keturunannya sahaja  beragama Islam, perangai nauzubillah..sama sahaja dengan orang kafir.

Menderum sahaja kereta baru Tengku Faris.Tengku Faizal meluahkan apa yang ada dihatinya kepada sang isteri yang sedang menuang air untuk dirinya.

“Idaah salah ke  abang.. kalau kita mengingatkan untuk menjaga kebaikan seorang gadis”.

“Apa maksud abang?”.

“Faris tu keluar mungkin kecewa dengan kata-kata abang tadi”.

“Abang cakap apa dengan dia tadi”.

“Dia kata dia berkenan dengan PA Farid Nur Hidayah tu..Tapi abang tanya kat dia sesuai ke Hidayah tu dengan dia”.

“Kenapa abang tanya macam tu cantik sangat ke Nur Hidayah tu..tapi anak kita pun hensem juga kan, walau dah berumur tapi dia macam tak makan tua kan bang.”.

“Ida ni puji anak sendiri pula”.  Tapi memang begitulah sifat Tengku Faridah yang akan memandang anaknya dalam semua kebaikkan, maklumlah anak hanya seorang. Itulah intan itulah kaca.Tetapi bagi Tengku Faridah anaknya selalu intan dimatanya.

“Ida nak tahu siapa Nur Hidayah tu”.

“Tahulah Ida, abang kata tadi dia PA Farid”.

“Dia memang PA Farid, abang baca rezume dia dulu, umurnya muda dua tahun dari Farid, bertudung rapat walaupun tak pakai tudung labuh macam Jannah tapi dia bertudung yang memang menutup aurat. Solat fardu tak pernah tinggal dan tak pernah lewat..dia buat lagi solat Duha. Setiap hari kalau waktu rehat pukul 10 15 pagi dia mesti hilang. Abang suruh kawan dia cari rupanya dia disurau tengah solat itu yang abang tahu dia buat solat Duha. Hari-hari puasa.Jika itu peribadi dia Idah rasa sesuai tak kalau Faris nak ambil dia jadi isteri.Faris ni bukan kita tak tahu perngai dia.”

“Kalau Ida ..kita tanyalah dulu dengan siapa namanya tadi.. tak kiralah dia tua ke muda, kalau dua-duanya dah suka.. pada Ida ok aje. Lagi pun Ida kesian Faris tu tua-tua macam tu tak ada teman nak dia bersenang lenang.”

“Nur Hidayah..Kita jangan nak kesian kan anak kita  sahaja dan musnah hidup anak dara orang pula Ida”.

“Ida taklah nak musnahkan hidup Hidayah tu..tapi manalah tahu dengan peribadi Hidayah, mahu anak kita bertukar menjkadi macam dia juga. Ida tak harap dia jadi alim sangat, pakai seban dan pakai jubbah, dapat dia sembayang lima waktu dan puasa pun jadilah”.

“Tapi dia tu muda sangat, kalau ikut umur macam ayah dengan anak sahaja.Lagi pun abang tak yakin dengan sikap Faris..takut perangai dia tu berubah hanya sebelum dia dapat. Kalau sudah ditangannya perangai lamanya akan dia buat balik. Ida bukan tak tahu dia tu bergelumang dengan air syaitan dan betina keliling pinggang. Kalau ikut abang, abang lagi kesian Nur Hidayah tu. Takut Faris mensia-siakan hidupnya.”

“Ida rasa Faris sekarang ni dah berubah, dia memang betul-betyul nak cari isteri..bukan setakat nak dijadikan hiburan sahaja. Dia perlukan teman hidup . Cuba abang tenguk sekarang dah lama dia tak pergi kelab malam dan dah lama dia tak mabuk.. Mungkin dia rasa dia dah tua itu yang dia berubah. Tapi perubahan dia perlukan isteri yang memberi perangsang..mungkin isteri sebaik Nur Hidayah”.

“Entahlah Idah kita tunggu dan lihat sahajalah nanti. Kalau dia betul-betul berkenan dengan Nur Hidayah kita sokong sajalah nanti”.

Tengku Faris memandu Volksegan Jetta dengan kelajuan sederhana sambil itu dia memikirkan tentang dirinya. Dia mengakui kata-kata daddynya tadi benar dan dia sememangnya  tidak layak untuk Nur Hidayah. Ya dia akui Nur Hidayah hamba yang taat pada Allah.. Dia tidak pernah culas dengan solatnya walau dalam apa keadaan apa sekali pun. Dia tahu semasa makan tengahharinya diMelaka tempuh hari, lama Nur Hidayah ke tandas wanita yang sebenarnya dia juga kesurau wanita untuk bersolat. Jika dihotel tempat kerja mereka lagilah.. masuk sahaja waktu solat, dia akan meninggalkan semua kerjanya untuk menunaikan kewajipanya kepada Allah.

Dia?Ya sejak dia di alam remaja lagi sudah sering meninggalkan solat, terutama ketika dia keluar bersama kawan-kawannya, pada mula dia terlupa namun sekali terlupa menjadi kebiasaan dan akhirnya solat sudah tidak menjadi kewajipanya lagi untuk diingati tiba waktunya. Dia juga tidak rasa berdosa meninggalkan solat. Sampai di bumi Qeen Elizebeth lagilah dia langsung terlupa pada solat. Dan kini setelah dia pulang semula keMalaysia dan umurnya sudah mencapai lima puluh dua tahun dia tidak pernah lagi bersolat, walaupun setiap kali waktu solat mommynya akan mengingatkan dirinya. Dalam pada berfikir sampai juga kaki ketempat yang sudah lama tidak dikunjungi.


          Ketika dia terjengul kawan-kawanya menerpa bertanya, mengapa dia sudah hamper sebulan tidak menjenguk mereka disitu. Malam itu, walau pun dia dikelab malam, namun dia tidak turut berhibur seperti selalu. Dia hanya memandang disatu sudut. Kemudian datang dua wanita Syakira dan Ane yang sememang selalu bersama Tengku Faris. Walaupun tidak dipanggil namun mereka dengan sukarelanya bersedia melayani Tengku Faris sampai kemana pun. Mereka disambut dengan senyum lebar oleh Tengku Faris.

“Hai!..you kemana lama menghilang? Kenapa lama tak datang..kami rindu tau”. Rengek Syakira manja.Tanganya mula merangkul lengan Tengku Faris .

“Haah lah ..you ok ke…you tak sakit apa-apa kan”.begitu juga Ane menyambung pertanyaan ..dia disebelah lengan Tengku Faris yang satu lagi.

“Hissy you berdua ni minta I sakit pula..I ok saja..”

“Habis kalau ok kenapa tak datang?”

“Saja aje..sekarang ni I dah mula kerja. Bila dah kerja rasa penat pula. Maklumlah badan dah tua”.

“Bukan you dah ada ‘girl’ yang lain, yang menyebabkan you lupa pada kami kat sini”.

            Seronok mereka merapu entah cerita apa-apa.Tetapi yang pasti bercerita-cerita dalam kain yang melebihi 18XL. Tengku Faris melayani mereka berbual.. tetapi  beberapa minit kemudian Tengku Faris merasa jemu pula.Kalau dulu cepat sahaja naik semangat lelakinya dengan cerita-cerita sebegitu. Tampa berlengah dia akan mengheret salah seorang dari mereka kebilik hotel. Namun tidak malam itu, semangat lelakinya bagaikan layu bila bayangan Nur Hidayah melintasi mindanya. Biar pun Syakira  dan Ane mengeleser menguliti dirinya namun ditolak dengan baik. Malam itu dia tidak ada mood katanya.

“Sorry darling-darling I..malam ni I tak ada mood”.

“kenapa dengan you ni”..rengek Ane pula.

“tuuu ada yang tengah pandang you tu.I perasan dari tadi dia pandang you, you kenal dia ke”.Tengku Faris cuba mengalih tumpuan dua wanita terhadp dirinya. Bibirnya Tengku Faris memuncung kearah dua lelaki yang sedang memandang kearah mereka. Tengku Faris tahu bukan dia yang dipandang tetapi mereka memandang pada Syakirah dan Ane  yang sememngnya gadis hot dikelab itu. Macam mana tak hot Ane dan Syakirah masih muda, mempunyai bentuk badan yang cantik, ditambah dengan keletah dan manja orangnya.

“Kenal..tapi I lebih senang dengan you. You yang gentlemen dengan wanita.. diaorang tu rakus, gelojoh lepas tu berkira.”.

“Pergilah pada mereka..malam ni I nak bersendirian”. Mereka menghormati permintaan Tengku Faris yang minta dirinya ditinggalkan sendirian. Dengan kaki yang berat  mereka menjauh dari lubuk emas mereka.

              Dari  satu sudut kelab malam, dia memerhati kawan-kawannya berhibur. Dia memerhati Syakira dan Ane melayani lelaki lain. Dia dipeluk, dicium dan digomol oleh lelaki yang dilayaninya. Bila dilihat perilaku mereka seperti haiwan pula, kerana tidak rasa malu mempamirkan perlakuan mesra (mencium dan mengomol) dikhalayak ramai. Jika nafsu sudah menguasai diri dan ditambah dengan air sayitan yang mereka teguk terbang semua rasa malu.Tadi kata tidak suka tapi kini mereka mengekek kesukaan bila lelaki yang kelihatan gairah mendakap kemuntukkan tubuh mereka. Dia juga seperti lelaki itu  dua tiga bulan yang sudah. Dan biasanya akan berakhir dibilik hotel itu detik hatinya sendiri. Ya itulah dunianya dulu.Itulah wanita yang dipeluknya sebelum ini. Kini baru dia sedar bekas isterinya juga begitu.Bukan dia sahaja yang mendakap dan mengucup bibir merkah mereka.Entah berapa ramai lekaki yang pernah memeluk dan mengomol mereka..

            Puas memandang Tengku Faris  pulang semula kerumah. Ketika itu jam dipergelangan tanganya baru menunjukkan pukul 11 malam. Dia sampai  dirumah kedua daddy dan mummynya masih diruang tamu.Tengku Faris duduk berhadapan dengan kedua orang tuanya. Malam itu dia nekad memperkatakan apa yang ada dihatinya. Dia ingin berubah dan mahu Nur Hidayah yang menemani hidupnya.

“Daddy..Ris teringin sangat nak kahwin dengan Nur Hidayah tu. Ris teringin beristerikan seorang wanita yang suci dan hidup nya hanya untuk Ris sorang sahaja”.

“Boleh..kalau Ris  nak kahwin dengan dia, tapi Ris mesti berubah dulu.Ris kena solat lima waktu macam dia. Dari sekarang Ris tahan diri Ris dari  kekelab malam berhibur dan berkepit dengan wanita-wanita yang tak ada ikatan dengan Ris. Kalau mampu  berubah macam tu In Syaa Allah mungkin  Hidayah boleh mempertimbang kan permintaan Ris tu. Tapi kalau Ris berubah Ris mesti berubah sampai keakhirnya..”.

“Rasanya boleh daddy, lagi pun Ris dah jemu dengan hidup macam dulu”.

“Ris kena fikir betul-betul. Daddy takut perubahan Ris untuk sementara sahaja.. Bila Hidayah dah jadi isteri Ris, Ris jemu pula dengan dia. Mulalah Ris pergi ketabiat lama. Nanti Ris mensia-siakan hidup seorang gadis yang baik macam Hidayah tu.”.

“Ris yakin Ris mampu mengubah diri Ris ni, kalau Hidayah ada disisi Ris. Daddy!!  Ris memang nak mengubah diri Ris ni menjadi seorang muslim yang taat..Ris dah jemu hidup macam yang sudah-sudah..”.

“kalau macam tu belajar lah solat semula. Berapa tahun Ris tak solat...Ris masih ingat ke bacaan dalam solat?”.

“Ris dah tak ingat daddy..tapi daddy dan mommy boleh tolong ajar kan.” Tampa malu Tengku Faris mengaku dengan jujur kelemahanya. Basah tubir mata Tengku Faridah dan mula lah dia mencari bahu suaminya untuk menjadikan tempat dia menumpahkan air mata kesyukuranya bila mendengar pengakuan anaknya.



            Nur Hidayah merasa sungguh lega sudah sebulan sejak dia menemani Tengku Faris makan tengahhari sampai ke Melaka tempuh hari, Tengku Faris tidak lagi datang mengajak. Ada juga sesekali dia menemui anaknya Tengku Farid..namun hanya sekadar lalu dihadapan mejanya. Walaupun matanya tetap memandang dan memberi senyuman ramah kepada Nur Hidayah.

“Dayah!!Kenapa papa bos tak pernah ajak kau keluar lagi. Kau perasan tak tadi dia ada lalu depan meja kau, dia pun tak singgah kan. Kau cakap apa dengan dia..entah-entah dia kecil hati dengan kau tak”. Rakan sekerja Nur Hidayah mula menyedari perubahan tingkah laku Tengku Faris pada Nur Hidayah.

“Biarlah dia.. aku lebih suka dia macam tu”.

 “Kau ada cakap kasar dengan dia ke?”

“Mana ada..agaknya dia dah sedar dirinya yang dah tua”.

“Kau cakap dia dah tua ke yang jadinya dia tak pernah nak singgah meja kau lagi”.

“Ehh mana ada. Aku tak cakap macam tu dengan dia, dia  yang mengaku dia dah tua. Dia yang kata  mungkin dia sebaya ayah aku kalau aku ada ayah”.

“Ohh, ingatkan  kau yang cakap. Nenek aku nasihatkan kalau kita tak suka seseorang kalau kita nak tolak dia, jangan gunakan kata-kata kasar, kalau kita tak nak ..tolak  cara halus cakap elok-elok supaya hatinya tak terluaka. Biasanya kalau hati dah terluka macam-macam dia boleh buat kat kita..itu kita kena jaga”.


               Nur Hidayah tidak tahu dalam diam, dia sudah menjadi dara pujaan yang di pujaan  olehTengku Faris. Nur Hidayah juga tidak tahu kini memang Tengku Faris sudah berubah 100% kerana dia. Kini Tengku Faris sudah belajar membaca surah-surah dan baca-bacaan didalam solat dengan kedua daddy dan mommynya.Dan dia juga sudah mendirikan solat yang diwajibkan kepadanya. Tengku Faris sudah menjadi seorang muslim yang taat. Sudah dua bulan sejak Tengku Faris membawa Nur Hidayah makan tengahhari di Melaka,  rutin harianya masuk sahaja waktu solat Tengku Faris akan mengajak daddynya kesurau hotel mereka untuk mereka mendirikan solat fardhu.

           Bagi Nur Hidayah, dia tidak menjadi kisah pada perubahan pada diri Tengku Faris. Malah dia juga merasa lega bila Tengku Faris tidak lagi mengajaknya keluar  atau memintanya menemani keluar makan atau minum. Dia menjalan kerja seperti biasa dengan tekun. Jika dia terserempak dengan Tengku Faris dia tetap menunduk tanda horamat. Tetapi lain pula apa yang ada dihati Tengku Faris.. setiap kali dia terlihat kelibat Nur Hidayah hatinya meronta. Dia ingin selalu menatapnya. Hatinya tidak sabar mahu hidup bersama gadis yang dirasakan dapat menenangkan hidupnya.

          Tiga bulan Tengku Faris mengubah dirinya. Kini dia sudah biasa bersolat lima waktu. Setiap hari Jumaat dia kemasjid bersama anak dan daddynya. Bila dirasakan dirinya sudah cukup bersedia, dia meluahkan lagi hasrat hatinya kepada daddy dan mummynya.

“Mommy bila nya yang boleh Ris Tanya Hidayah ni..umur Ris ni makin lama makin tua. Tahun depan umur Ris masuk yang ke 53 tahu dah”.

“Tanya lah diri sendiri bila Ris rasa dah bersedia. Kalau dia dah kata YA, barulah mommy dan daddy pergi rumah dia. Buat lah majlis merisik dan bertunang. Kita nak ambil anak orang bukan main terjah sahaja.Nanti tak diterima dek emak ayah dia, susah pula Ris nak pujuk mereka. Dia orang mana Ris?”. Usul Tengku Faridah

“Entahlah mommy, Ris tak pernah terfikir  tanya asal usul dia”.

“Tak apa itu perkara kecil sahaja. Kalau dia setuju jadi isteri Ris, walaupun dia orang KUTUB UTARA atau SELATAN  pun, daddy dan mommy sanggup pergi meminang untuk Ris. Ris jangan bimbang tentang tu. Esok pergi tanya dia.. sudi ke dia bersuamikan Ris yang dah nak masuk skim warga emas ni”. Kata Tengku Faizal pula membayangkan mereka tidak kisah asal usul Nur Hidayah.

“Daddy ni selalu nak ingatkan Ris ni dah tua”.