~Siapa Ikut Blog Ni~

Pages

Wednesday, 4 February 2015

Nur Hidayah 17


I


                Biar pun enjin kereta sudah berdengung tapi kereta masih statik tidak bergerak dan Tengku Faris seperti orang diluar sedar, fikiranya melayang..Dia memusingkan badan mengadap dan merenung Nur Hidayah..yang sebetulnya dia cuba meneka mengapa Nur Hidayah menjadi marah. Dia merasakan Nur Hidayah marah bila dia mengatakan dia mahu menjadikan Nur Hidayah kawan atau pun teman, adakah kerana perkataan itu menjadikan Nur Hidayah angin satu badan.

            Melihat perbuatan Tengku Faris Nur Hidayah cuba membuka pintu kereta. Dia mengambil keputusan untuk menaiki keenderaan awam sahaja. Rasanya itu lebih selamat dari sekereta dengan Tengku Faris. Tetapi pintu tidak boleh dibuka..Nur Hidayah menjadi kalut..

“Kenapa Tengku kunci pintu. Buka!! biar saya naik bas sahaja..bukalah. Kalau tak saya jerit nanti”.

“Kenapa sampai nak menjerit Hidayah. I tak buat apa pun pada you. Lagi pun ini kan tempat awam you nampak tu orang lalu lalang”.Bibir Tengku Faris memuncung menghala pada pasangan yang melintasi keretanya.

“Habis kenapa Tengku kunci pintu kereta ni?”.

“You duduk elok-elok, I hanya nak Tanya you..I rasa you marah dengan I. I nak tahu apa yang menyebabkan you marah, I ada tersalah cakap ke?” Lirih kedengaran suara Tengku Faris seperti orang menagih simpati. Nur Hidayah mengikuti cadangan Tengku Faris dia duduk elok-elok  di kerusi sebelah pemandu.

“Ok..saya rasa marah dengan sikap Tengku yang sewenag-wenang menjadikan hubungan lelaki dan perempuan mudah bagi Tengku. Tengku tak pernah nak fikir kesan dari hubungan itu. Saham seorang perempuan akan jatuh merundum kalau dia dah pernah rapat atau intim dengan lelaki. Hendak-hendak dia pernah melahirkan anak luar nikah. Pernah tak Tengku fikir nasib wanita yang macam tu. Kemudian anak luar nikah hasil seronok yang tak halal, pernah Tengku fikirkan mudah ke kehidupan mereka”.

“Hidayah kenapa you fikir sampai kesitu. I hanya nak you menjadi teman I. Kalau kita ada keserasian kita bolehlah menjadi pasangan suami isteri. I memang suka pada you..I hanya nak you suka pada I, itu yang I bagi peluang you mengenali diri I ni. Jika you kata you tak mahu cara macam tu, boleh sahaja kita terus nikah. Lepas nikah nanti, baru cari keserasian boleh ke macam tu. Yang sebetulnya memang I nak jadikan you isteri I yang sah”.

“Mudahnya Tengku mengambil keputusan utnuk mengambil saya jadi isteri”.

“Bukan baru hari ni sahaja I fikir, sejak pertama kali I jumpa you hati I dah rasa I suka dengan you. Dari saat tu I dah fikir. Fikir I nak serumah dengan you. Itu sebabnya I selalu pergi meja you. Dapat pandang you hati I tenang. Dengar suara you I jadi bersemangat nak bekerja. Tetapi bila melihat you selalu mengelak, I rasa you tak suka sebab I dah tua. Betul ke macam tu Hidayah. Itu sebabnya I cadangkan supaya kita berkawan, nanti you boleh bezakan antara kawan lelaki you yang muda dengan I. Kalau dah macam tu you masih pilih yang muda, I tak terkilan dan I akur tentang kekurangan I yang dah berusia.” Lembut sekali penerangan yang diberi supaya Nur Hidayah memahami apa yang ada dihatinya.

         Pada Nur Hidayah mungkin kerana lama Tengku Faris menetap diluar Negara dia tidak dapat membezakan cara Islam dan bukan Islam mencari pasangan.  Islam ada cara tersendiri untuk menentukan jodohnya.  Dia tidak tahu hamaba seperti kita boleh meminta bantuan yang Maha Mengetahui.. siapa yang sesuai untuk menjadi pasangan nya..tunaikanlah solat Istiharah untuk meyakinkan diri sendiri tentang jodoh yang datang. Nur Hidayah beralah dia juga melembutkan suaranya..

“Saya tak pandang orang tu tua ke muda untuk menjadi suami saya…tapi saya cakap terus terang, saya tak sesuai untuk Tengku”.

“Kenapa tak sesuai, cuba you terangkan pada I. I nak tahu sebab-sebab you menolak I jadi  pasangan you.. Kalau you tak pandang usia apa lagi yang you jadikan sandaran untuk memilih teman hidup you atau suami you”.

“Memang saya tak pandang usia tapi yang saya ambil kira penerimaan seorang lelaki itu setelah tahu siapa saya”.

“I terima you walau pun siapa you. Kalau nak kata, you anak orang miskin dan you kena tanggunag adik-adik yang ramai.. ok fine I terima juga”.

“Bukan sebab harta dan bukan sebab nak tanggung adik yang ramai..Tapi kita tak sekufu dalam erti lain tak setaraf. Tengku berketurunan. Kalau nak dikira  saya ni dengan  orang biasa pun tak layak. Kita ni sangat berbeza seperti langit dengan bumi”.

“Kalau I kata, I tak pernah pandang semua tu. I tak pernah rasa istimewanya diri yang ber gelaran Tengku. Lagi pun I tak pernah tetapkan, pasangan I akan ber bergelar Tengku juga. Kenapa you cakap dengan lelaki  biasa pun you tak sesuai..I nampak you sama macam perempuan lain yang boleh dijadikan pasangan pada mana-mana lelaki pun. Atau you wanita yang bertukar jantina. .maksud I you dulu lelaki tapi tukar pada wanita”.

“Nauzubillah..Tengku tahu tak perbuatan tukar jantina ni haram..kerana mengubah ciptaan Allah. Bab Tengku tak kisah nak terima saya itu sebab Tengku  tak kenal saya”.

“Yang sebenarnya siapa you. Cuba bagi tahu tentang diri you supaya I tahu siapa you dan kenapa you macam rasa rendah diri sangat”.

“Tengku pernah tenguk resume saya dan tahu tak nama penuh saya?”..

“Tak pernahlah, tapi nama penuh you pernah Farid bagi tahu..Nur Hidayah binti Abdullah betul ke?”.

“Betul itu nama penuh saya, nama dalam kad pengenalan dan nama dalam sijil beranak. Tengku tahu tak dengan berbin kan Abdullah seorang itu mungkin pertama sememang nya nama ayahnya Abdullah, kedua dia seorang anak angkat dan yang ketiga dia anak tak sah taraf itu bahasa sopan, tapi yang biasa kita cakap  dia anak luar nikah”.

“Ohh jadi you yang mana satu..jangan kata awak anak luar nikah pula”.

“Memang itulah kenyataannya..saya anak luar nikah ..jadi layak ke saya menjadi pasangan orang berketurunan  seperti Tengku?”.

“I rasa kesian dengan keadaan you, I tak sangka you macam susah nak bergaul dengan orang ingatkan you sombong, rupanya ada cerita lain disebaliknya”.

“Itulah kisah saya..dan saya tak pernah mengharap datang seorang lelaki menghulur kasih untuk menjadikan saya ni isteri dia. Saya dah lama bersedia menjadi wanita bujang yang tiada hubungan istimewa dengan lelaki. Hubungan saya dengan lelaki saya bataskan hanya hubungan rakan sekerja dan majikan sahaja. Ok sekarang Tengku dah tahu. Boleh kita balik sekarang hari dah beransur petang dah ni”. 


              Mendengar permintaan Nur Hidayah barulah Tengku Faris mengerakkan keretanya.  Perlahan sahaja Tengku Faris memacu keretanya. Dia memandu pun di lorong sebelah kiri. Dalam tekun memandu kepalanya ligat memikir bahasa yang paling lembut untuk memenangi hati Nur Hidayah..

“Hidayah. walaupu I dah tahu siapa you, tapi hati I .I masih nak you jadi isteri I yang sah..you sudi ke?".


“Kan saya dah cakap tadi saya tak layak untuk menjadi isteri sebab status diri saya.”

 "Status you tu perkara kecil sahaja pada I. I tak nampak apa pentingnya status seseorang wanita itu kalau dia nak dijadikan isteri. Cukup  sempurna fizikalnya sebagai seorang wanita dia dah boleh dijadikan isterikan”.



“Tugas wanita bukan sahaja untuk tempat memuaskan nafsu dan penghibur suaminya sahaja Tengku. Seorang wanita akan menjadi ibu, pengasuh dan pendidik pada anak-anaknya”.

“Kalau dah macam tu apa kaitanya dengan status dia pula..rasanya tak jadi masaalah pada status dia”.

“Tengku tahu tak hadzirnya seorang anak luar nikah diatas bisikkan syaitan, jadi tak mustahil dalam jiwa seorang anak luar nikah ada juga bisikkan syaitan jadi bolehkah dia menjadi seorang pendidik dan membimbing yang baik untuk anak-anaknya. Takut-takut  bisik-bisikkan syaitan itu yang dibisikkan ketelinga anak-anaknya”.

“I tak percaya apa yang you cakap. Pada I kalau you seorang yang tidak meninggalkan solat tentu dia terhidar dari bisikkan syaitan. Kata orang siapa yang ada wuduk syaitan tak beranai dekat. Betulkan..jadi macam mana syaitan nak berbisik pada you, you kan sentiasa ada air sembayang. Setuju ye jadi isteri I..I sungguh-sungguh ni”.

 “Itu bergantung pada penerimaan keluarga Tengku. Biar pun Tengku bersungguh-sungguh tapi kalau keluarga Tengku tak terima saya, saya juga tak setuju untuk menjadi isteri Tengku. Sekarang ni ..jangan cakap lagi saya dah bagi tahu siapa saya ..dan saya hanya boleh kata ‘Ya’ kalau keluarga Tengku menerima saya walaupun setelah  meraka tahu siapa saya yang sebenarnya.”

“Hidayah janganlah macam tu,  I memang suka you, tolong bagi I peluang untuk menyayangi you”.

“Walaupun Tengku suka, tapi keluarga Tengku macam mana pula..”

“Yang nak you I..tak ada kena mengena dengan keluarga  I”.

“Untuk saya restu keluarga amat penting. Bukan pada saya sahaja tapi untuk zuriat yang bakal lahir”

“Ia rasa daddy dan mommy I pun setuju dengan cadangan I ni. You jangan bimbang. You cakap setuju supaya senang hati I ni”.

“Dengan persetujuan keluarga Tengku setelah mereka juga tahu status saya”. Memang tegas gadis yang bernama Nur Hidayah binti Abdullah.

“Hidayah!! Kalau mereka setuju I nak cepat-cepat kita nikah ye”. Namun Nur Hidayah tidak membalas kata-kata Tengku Faris bibirnya tertup rapat. Pandangan matanya kedepan, tiada pandangan atau jelingan untuk Tengku Faris.


          Pada Hidayah ada lebih baik dia menjadi pekerja. Dia tidak suka digoda oleh Tengku Faris. Menunaikan kewajipannya sebagai pekerja  dari mengadap Tengku Faris yang menceceh entah apa-apa. Dia tidak menyangka kali pertama dia keluar dengan Tengku Faris itu ayat yang kelaur diri bibirnya. Sudah  dua bulan mereka bekerja dibawah satu bumbung patutlah setiap sehari Tengku Faris  akan mengajaknya keluar makan. Disebelah pagi dia datang untuk mengajaknya minum, sebelah tengaharinya pula akan mengajak untuk makan tengahhari. Waktu  petang nya juga sebolehnya dia mahu menghantarnya pulang. Kadang-kadang dia menjadi rimas dan malu pada rakan sekerja yang lain.

         

Sebolehnya Tengku Faris mahu mengajak Nur Hidayah berbual. Biar perjalan dari Melaka ke Kuala Lumpuy dapat membongkar kisah hidup Nur Hidayah.

“Hidayah selama ni you duduk dengan siapa?”.

“Dengan kawan”.

“Mommy you”.

“Dah lama meninggal”.

“Kesianya you. Jadi you tak ada siapa-siapalah kat dunia ni”.

“Dah lah Tengku ..saya malas nak cerita benda ni..saya redha dengan keadaan hidup saya ni”.

“Cerita lah I nak tahu..I nak tahu tentang semuanya berkaitan dengan you dan mama you.”.

“Mama saya,  dah lima tahun mama meninggal dan sejak mama meninggal saya dah duduk sorang. Tak ada siapa yang mahu mengutip anak luar nikah Tengku. Memelihara nak luar nikah ni akan membawa malu dan musibah”.

“Saudara mara sebelah mama you?”

“Keluarga mama saya dah buang saya. Saya ni tak ada sesiapa. Saya hanya ada  kawan-kawan kat tempat kerja dan kawan  dirumah sahaja. Kalau diorang tahu siapa diri saya munkin mereka pun akan menjauh kan diri dari saya”.


“Ohh” satu keluahan terbit dari bibir Tengku Faris menerima kenyataan yang keluar dari bibir Nur Hidayah. Detik hatinya ‘sedehnya hidup anak luar nikah’. Ada rasa kesal dan kasihan menyelinap dihatinya, terhadap gadis disebelahnya.


“Dah lah Tengku ..saya malas nak cerita benda ni..saya tak mahu nanti Tengku kata saya mencari simpati pula. Saya tak sesusah mana kalau nak dibandingkan anak-anak yang tak cukup makan, emak ayah tak ada kerja tetap, duduk pun dalam rumah yang hamper nak tumbang. Nak belajar pun tak dapat. Jadi macam mana mereka nak mengubah hidup kalau pelajaran pun tak ada. Nampaknya kesusahan mereka bersambung. Hanya menanti takdir mengubah kehidupan mereka. Macam saya tak apa biar lah masyarakat keliling memandang saya hina..tetapi In Syaa Allah kalau saya menjaga ahlak saya. taat pada suruahanNya dan menghidar apa yang dilarangNya saya akan dipandang oleh Allah juga.”.


“Dari cerita you..I dapat rasakan hina sangat anak luar nikah di Malaysia ni..kenapa?”.


“Tengku tahu tak, dalam Islam hukuman orang yang berzina sangat berat..direjam sampai mati..itulah hukumannya. Tengku tahu tak rejam tu apa? dibaling dengan batu.  Kalau dah begitu berat hukumanya, tentulah perbuatan itu sangat tidak elok. Jadi hasil zina itu juga tidak elok dan dipandang hina walaupun bukan dia yang bersalah dalam hal kelahiranya.” Tengku Faris terkedu mendengar hukuman orang berzina dalam Islam. Dia rasa sangat terpukul. Bila melihat Tengku Faris tidak berkata-kata Nur Hidayah meneruskan ceramahnya.


“Mengapa masyarakat kita meneliti menantu yang bakal melahirkan keturunan mereka.. semua orang nak menjaga kesempurnaan keturunan. Biasanya anak luar nikah yang lahir dari bisikkan syaitan akan melahirkan anak-anak yang sukar dibentuk dan dididik..kerana dia juga begitu. Para ibu bapa juga tidak akan sanggup menerima menantu anak luar nikah kerana mereka akan melahirkan anak –yang susah diberi tunjuk ajar kalau tak betul didik. Boleh dikatakan memperisterikan anak luar nikah bererti memperjudikan keturunan sendiri ..”.

“I tak kisah..I yakin you boleh didik anak yang you lahirkan dengan baik.”

“Memang Tengku  tak kisah..tapi keluarga Tengku..mahu ke Dato’(Tengku Faizal) menerima saya…”

“I rasa dia pun tak kisah..dia tahu you baik. Dia puji you depan I dan mommy I, dia recpek habis kat you..dia kata susah nak cari gadis yang taat pada ugama dan mengamalkan solat sunat. I rasa dia pun suka kat you kalau you jadi teman I dunia akhirat I. Ok balik ni I bagi tahu mommy I..In Syaa Allah esok dia akan jumpa you..you suka jumpa dia kat mana kat rumah I?.”. Sudah pandai Tengku Faris mengucapkan akhirat dan sudah pandai juga Tengku Faris mengucapkan In Syaa Allah demi untuk memikat gadis disebelahnya.

“Jangan yakin sangat Tengku..”

“Hidayah..terus terang I cakap..Hidup I penuh dengan kejahatan selama ni. I bukan penganut Islam yang baik..biar pun I berugama Islam sejak lahir. Tapi kerana hasutan nafsu, I jahil dalam berugama. I minta tolong dengan you terima I dalam hidup you dan bantu I bertaubat. I nak bertaubat Hidayah”. Terkedu Nur Hidayah mendengar permintaan Tengku Faris.  Yang sebenarnya bila mendengar Nur Hidayah menceritakan hukuman orang berzina melintas perasaan gerun dihati Tengku Faris dan melintas pula perkataan taubat dibenaknya.

“Ápa yang menyebabkan Tengku yakin saya boleh membantu..”

“Entahlah..tapi bila I pandang you I rasa bersemangat. Yang meyakinkan I you penuh dengan doa..Dari mula kita bertolak dari KL tadi, you tak putus berdoa. Kereta nak mula berjalan you baca doa, nak makan you berdoa, habis makan pun you berdoa.  I minta tolong dengan you sungguh-sungguh, bantu I. Boleh ye..I nak jumpakan you dengan mommy I. I nak yakinkan you yang mommy I tak kisah siapa you untuk jadi menantu dia. Tolong  setuju ye”.

“Tengku ni sungguh-sungguh ke”.

“Please Hidayah I am serious..I bawa you ke rumah I ye”

“Tidak!! Saya tak mahu jumpa kat rumah Tengku..dan saya tak suka jumpa kat restoren”.

“Habis you nak jumpa kat mana?”

“Tak kisahlah kat mana-mana janji tidak di dua tempat tu”.

        Akhirnya perjalanan selama hamper 2 jam sampai juga. Bagi Tengku Faris perjalan itu sangat bermakna. Tapi nekadnya didalam hati dia kan berbincang dengan keluarganya untuk dirinya memiliki Nur Hidayah. Biar pun perbezaan umur mereka sangat jauh. Dia sudah berusia 52 tahun manakala Nur Hidayah baru mencapai umur 27 tahun. Janji Tengku Faris pada dirinya sendiri, jika Nur Hidayah setuju dia akan menjaga Nur Hidayah dengan sepenuh hati. Dia akan bekerja menguruskan perniagaan keluarga mereka dengan bersungguh-sungguh. Dan yang paling penting pada janjinya dia akan melepas kebiasaan nya berpoya-poya dan berhibur di kelam malam. Sekarang ini juga dirinya sudah diubah. Sudah lama dia tidak menjejakkan kaki dikelab. Hanya bersolat lima waktu sahaja yang belum dilakukan.







Tuesday, 3 February 2015

Nur Hidayah 16



p/s: ni memang tak sempat nak semak...esok sahaja


             Selesai solat Nur Hidayah berdoa panjang.  Mohon dirinya dilindungi dari segala bisikkan syaitan  dan memohon dipelihara kesucian dirinya dari segala kejahatan kepada yang tuahannya yang Maha Penyayang dan Maha Melindungi. Dia tahu dirinya mungkin dalam bahaya bila berdepan dengan Tengku Faris yang manis berkata-kata. Lagi pun Tengku Faris lelaki yang sangat berpengalaman tentang wanita. Dari gayanya pun kita sudah tahu, ditambah lagi bila mendengar cerita orang, dia berpuluh tahun dia duduk diluar negara. Dia memohon juga hatinya tenguh dengan pengangan yang dipengang selama ini. Ketika dia sampai dimejanya,Tengku Faris sudah menghabiskan makananya. Semua makanan yang dihidang tadi habis licin di bedalnya, termasuk nasi yang dipinggan Nur Hidayah. NurHidayah menghambiri papa bos nya dengan ayat Seribu Dinar dan ayat Kursi yang dibaca didalam hati.

“Mana nasi saya?”. Sampai sahaja dia dihadapan Tengku Faris pertanyaan itu yang keluar dari bibirnya.

“I dah habiskan . Sedap betul asam pedas dia Hidayah. Rugi kalau tak dihabiskan”. Buntang lagi mata Nur Hidayah memandang  Tengku Faris yang berwajah selamba dengan jawapannya. Melihat riaksi Nur Hidayah bila mendengar jawapannya, dia beranya semula..

“Kenapa?? You nak lagi ke nasi you tu?”. Sungguhlah Nur Hidayah tak terkata dengan tindakkan Tengku Faris yang tidak dapat nak di teka.

“Ni air you I tak habiskan. I rasa sikit air fresh mangga you sedap..rasa kita makan buah mangga habiskan lah..sayang kalau tak dihabiskan”.

“Tak mahu I tak dahaga”.

“You tak nak. Ok I habiskan ye”. Belum sempat Nur Hidayah menghalang perbuatan Tengku Faris, strow minuman sudah dibibir Tengku Faris. Rasa nak pengsan Nur Hidayah dengan perangai papa bosnya.

“Apalah Tengku kedekut sangat..sisa-sisa orang Tengku makan dan minum”.

“Tak apa sisa orang yang I sayang”.Memang sesak nafas Nur Hidayah dengan perangai Tengku Faris. Perbuatan dan perkataanya tak terjangkau dek akalnya yang waras. Untuk mengelakkan perkara perkara pelik yang akan dilakukan oleh Tengku Faris ada baiknya dia  mengajak Tengku Faris pulang semula ke Kuala Lumpur.

“Semuanya dah habiskan Tengku.. jomlah kita balik.”

“Hidayah!  apa kata kita balik besok sahaja”.

“Haa balik esok??Tengku ada hal ke kat Melaka ni. Kalau ada hal tak apa lah saya boleh balik sendiri.” Terkejut Nur Hidayah mendengar perkataan yang keluar dari bibir Tengku Faris yang mengatakan hendak balik esok.

“Tak ada hal apa pun, saja..nak tenguk-tenguk Melaka Bandar bersejarah ni.  Dulu I pernah juga I datang  Melaka ni, tapi keadaannya tak lah morden macam ni. Rasanya hotel ni pun tak macam ni. Cepat betul Melaka ni membangun kan.”.

“Kalau macam tu..Tengku tenguk-tenguklah,  saya balik dulu. Sampai KL nanti saya naik teksi balik hotel..kereta saya pun masih kat hotel lagi”. Nur Hidayah bangun memusing badannya mahu mencari pintu keluar. Cepat sahaja tangan tengku Faris menyambar pergelagan tangan Nur Hidayah.


“Hei..Hei tunggu”..

“Tengku!! dah berapa kali saya cakap  jangan sentuh saya sesuka hati Tengku, saya tak suka”. Perbuatan mereka dipandang oleh pengunjung kafe..dihati mereka  mungkin  berkata sigadis muda mungkin sedang merajuk dengan pasangannya.

 “Tunggulaah..kalau you tak suka I sentuh, jangan buat tindakkan melulu. Ni menonong pergi tentulah I pegang. I takut you lari tinggalkan I. Nanti I yang disalahkan kerana you hilang. Kalau you nak tahu, you tu pekerja kesayangan Farid dan daddy I”.

“Sekarang lepaskan tangan saya. Saya nak cari bas. Waktu makan pun dah lama tamat. Pasal saya hilang Tengku jangan bimbang..negara ni Negara saya dan saya berbangsa Melayu kat Melaka ni orang bukan Melayu pun faham bahasa Melayu. Kalau saya sesat saya boleh tanya orang..jadi jangan bimbang.”.

“Jomlaaah temankan I jalan-jalan kat Melaka ni..dah alang-alang kita sampai ni kita enjoylah sikit”.

“Tengku..saya temankan Tengku pun diatas arahan bos saya, yang menyuruh temankan Tengku makan. Kalau Tengku dah habis makan selesai dah tugas saya. Kalau lebih dari itu saya tak boleh. Saya tak mahu duit gaji saya menjadi haram kerana sedikit sahaja perbuatan saya yang tergelincir”. Tengku Faris terkedu dengan jawapan Nur Hidayah.

“Nur Hidayah I kan merangkap bos you juga. I yang arahkan you temankan I sekarang.” Tengku Faris buat suara garang supaya Nur Hidaya mengikuti arahanya.Tetapi tidak menjadi..

“Tidak Tengku, bos saya Tengku Farid. Dia tak pesan apa-apa pun tadi. Jadi saya mesti pulang..”. Begitu tegas jawapan Nur Hidayah. Memang dengan Nur Hidayah tidak boleh dia hendak main-main. Nur Hidayah orang yang mempunyai pendirian dan tegas orangnya.

“. Emm ..oklah I nak balik juga. Dah orang tak sudi nak temankan apa boleh buat. Tunggu,  duduk dulu ye, I bayar dulu.(Tengku Faris memastikan Nur Hidayah duduk sementara menunggu bil namun masih mencuba mencari peluang)...tapi yang sebetulnya I dah minta dengan Farid, you kerja half day hari ni”. 

“Tengku!!saya ok sahaja kalau balik naik bas pun. Saya dah biasa berjalan sendirian. Tengku jangan bimbang Malaysia ni Negara selamat..”

“Bukan saya bimbangkan you, tapi I nak you temankan I berjalan-jalan kat Melaka ni. Boleh you bagi tahu tempat-tempat kat  Melaka ni. You jadi tourist guide I lah hari ni.”.

“Saya ni bukan pemandu pelancung dan saya pun bukan tahu sangat tentang Melaka. Untuk pengetahuan Tengku campur yang ni baru dua kali sahaja saya datang ke Melaka ni. Walau pun dia sebuah negeri didalam Malaysia dan tak jauh dari Kuala Lumpur, tapi saya tak ada kepentingan untuk datang sini. Itulah pasalnya saya tak datang sini. Kalau setakat nak makan asam pendas kat kafe kita pun diorang ada masak asam pendas.  Tapi  Tengku kena tenguk menu masakkan Malaysia lah jangan menu western  Tengku cari asam pedas pula.” Kena sebiji Tengku Faris disinis oleh Nur Hidayah.  

“You sindir I ke ..I tak lah nak makan asam pedas sangat, tapi tadi tiba-tiba melintas rasa nak tenguk A Farmosa. Memang lama I nak tenguk tapi memanjang tak sempat”. Dan kata-kata  akhirnya cuba memancing jika jerat nya mengena. Memang panjang akal Tengku Faris nak menjerat gadis yang kelihatan polos dan naïf dihadapannya. Tetapi Nur Hidayah sudah terlebih dahulu menghidu sikapnya dan dia sudah bersiap sedia menangkis.


“Kalau macam tu, pergilah Tengku tenguk-tenguk , mungkin ada lagi tempat-tempat yang bagus diMelaka ni.  Dah sampai ni jalanlah puas-puas..kalau dah balik KL dah mula kerja nanti tak sempat nak pergi lagi”.

“Habis you tu pun dah alang –alang sampai kan”.

“Saya lain, saya ni hanya pekerja. Dan sekarang adalah waktu bekerja saya. Saya kena balik. Saya tak suka ambil kesempatan diatas kebaikkan majikan saya”.

“Hidayah I dah cakap dengan Farid tadi. I mintakan you half day hari ni”.

“Tak apa lah lain kali saya pergi sendiri”.Sekali lagi  Nur Hidayah  bangun dan memulakan langkahnya yang terbantut tadi. Keluahan kecewa keluar dari mulut Tengku Faris. Memang wajahnya nampak kecewa.

“Hidayaah tunggulah I pun nak balik juga”.

“Kata Tengku nak jalan-jalan tadi, pergilah. Betul saya tak apa. Saya pun dah biasa naik bas. Dari zaman belajar lagi saya naik bas Tengku.Tak ada hal lah”.

“Tak apalah I balik dengan you sahaja.Tadi kita datang berdua takkan balik kita sorang-sorang”. Memang susah untuk mencari waktu berduaan dengan Nur Hidayah rupanya.

Tidak disangka gadis naïf dan polos yang pada sangkaannya mudah jatuh kepangkuanya, sangat tegas dalam pendirianya.  Sambil keluar dari hitel sambil Tengku faris mencari peluang bagai mana mahu meluahkan perasdaanDalam perjalan pulang nanti dia mahu meluahkan apa yang ada di hatinya. Dia tidak akan melepaskan peluang yang ada memandangkan sikap Nur Hidayah, yang sangat sukar untuk didekati.

Mereka berjalan ke kereta. Setelah mereka duduk didalam kereta dan memasang tali pinggang keledar…Tengku Faris mengunci pintu.

“Hidayah..apa pandangan you pada I”.

“Pandangan  yang macam mana?”

“Ialah you nampak I ni tua sangat ke untuk dijadi kan teman you..I sebenarnya sukakan you”.

“Saya yang sebetulnya tak faham apa maksud Tengku.  Suka yang macam mana dan teman yang macam mana. Kalau setakat untuk dijadikan teman untuk bercakap-cakap atau teman makan, teman berjalan-jalan..saya tak boleh dibuat macam tu. Saya ni berugama Islam yang berhukum ..lelaki dan perempuan yang tiada ikatan, haram menjadi kawan apa tah lagi ‘kawan tapi mesra’. Sebab bila menjadi kawan kita akan mesra bila dah mesra mungkin akan melakukan perkara-perkara yang dilarang. Itu sebab adanya hukum haram lelaki perempuan yang tiada ikatan menjadi kawan”.


“Jadi macam mana I nak kenal you dan you nak mengenali I kalau kita tak jadi kawan dulu. Pada I biar kita jadi kawan dulu kalau kita ada keserasian I nak jadikan you teman hidup I. Ni selalu you mengelak pula bila I ajak you keluar. Lama I fikir mungkin kerana usia I, you rasa I tak sesuai dengan you betul ke”.

“Tengku!!!”.Tinggi suara Nur Hidayah, sebenarnya dia geram dan marah.

“You marah ke Hidayah..tapi kenapa you marah sebab I kata I suka you atau sebab I kata nak nak jadikan you Teman. Itulah I kata kalau you tak boleh nak terima I jadi teman you, kita jadi kawan lah dulu.Kita boleh menilai sesuai ketidak kita menjadi pasangan. Nanti you boleh menilai I dan boleh bezakan I dengan lelaki lain yang lebih muda dari I”.

“Memang saya tengah marah ni.Saya dengar dari tadi..dari mula kita nak makan  Tengku sebut tentang kawan dan Teman. Tengku yang sebetulanya nak buat saya APA  sebenarnya. Dalam Islam lelaki dan perempuan memang diharamkan jadi kawan apatah lagi  teman. Sebab apa Allah mengharamkan lelaki dan perempuan yang tiada ikatan haram bersama-sama berdua-dua macam kita sekarang ni ..Kerana Allah telah mengurniakan setiap mahluknya nafsu. Nafsu ni Allah bagi pada setiap mahluknya. Tak kira binatang atau pun manusia asalkan dia bernyawa dia akan mempunyai nafsu.Tapi untuk binatang Allah tidak memeberi akal fikiran dan nafsunya boleh dilepaskan kepada sesiapa sahaja dikalangan mereka.Tetapi Allah memberi akal pada manusia dan nafsunya hanya boleh dilepaskan pada yang halal untuk mereka sahaja. Bukan boleh ditabur-tabur  pada yang dia suka sahaja. Kalau dia buat macam tu juga ertinya samalah dia macam binatang juga. Itu sebabnya Allah menetapkan hukum lelaki dan wanita yang tiada ikatan dan bukan mahram, haram duduk bersama-sama lebih-lebih lagi jika duduk mereka jauh dari pandagan mata manusia lain. Itu yang membezakan kita dan binatang.”
“Kalau kita tak jadi kawan atau pun teman macam mana  you nak menilai I”

“Nak menilai yang macam mana. Pada saya seseorang itu tak dapat kita adili sifatnya selagi kita tidak duduk serumah dengan nya. Adakah Tengku mengajak saya duduk serumah supaya dapat saya menilai baik buruk Tengku?. Kalau itu yang Tengku maksudkan yang pasti, saya akan mendapat menilai yang buruk pada Tengku.” Tengku Faris tak terkata mendengar perkataan yang bertubi-tubi keluar dari bibir Nur Hidayah yang sedang marah dan geram.
Kalau dah marah tentu perkataan yang keluar bertali-arus memang dia tak sempat hendak mencelah.Tetapi yang paling tidak disangka wajah yang kelihatan pendiam tidak banyak cakap sekarang ini sangat berbeza.Perkataan yang keluar pedas dan tajam.Orang yang keliahatan lemah lembut begitu tegas memper tahankan pendirianya.

“Saya tahu Tengku lama duduk di luar negara. Perkara duduk serumah tampa ‘Ikatan’ perkara biasa disana. Tetapi saya ni berugama Islam walau kat mana saya tinggal,  dilangit  mana yang saya junjung, perkara duduk serumah tampa ikatan yang halal adalah HARAM untuk saya. Juga lelaki dan perempuan yang berduaan yang macam kita lakukan sekarang ini adalah haram. Saya mengikuti arahan manusia tampa berfikir tadi. Dan sekarang saya sedang mengumpul dosa. Kenapa saya tak berfikir, sebelum saya menerima arahan. Bodoh betul saya. Kerana takutkan rezeki saya hilang sanggup saya mengumpul dosa kerana menemankan Tengku yang bukan mahram untuk saya. Tak terfikir itu hasutan sayitan..Allah”. Suara Nur Hidayah makin lama makin perlahan seorlah-olah bercakap dengan dirinya sendiri dan kelihatan wajah yang menampak kan dia kesalnya. Kemudian kelihatan mulutnya terkumat kamit mengucapkan  astagfirullahaladzim berulang kali.

Tengku Faris rasa tepukul bila mendengar rasa kesal sigadis kerana keluar menemaninya makan. Tidak pernah selama ini teman wanita yang menemaninya berhibur merasa kesal. Malah sehingga mereka menemaninya tidur pun tidak ada dilihat ada rasa kesal, mereka gembira bersama.

“Hidayah you rasa kesal keluar dengan I..tapi I memang nak Tanya you..I hanya nak cari peluang Tanya you”.

“Peluang yang  menambah dosa..astagfirullah”. Nur Hidayah memejamkan mata Nampak wajah kesalnya.Tangan Tengku Faris mula diangkat mahu menyentuh dan meggengam tangan Nur Hidayah untuk menenangkan dirinya namun perbuatannya terhenti bila teringi kata-kata keras yang Hidayah tidak suka disentuh oleh lelaki yang bukan mahramnya.

“Hidayah! I hanya nak tanya boleh tak I menjadi teman you. I hanya nak tahu pandagan you pada I. I hanya nak kita mencuba boleh tak kita menjadi kawan sebelum kita melangkah kearah yang lebih seruis. You tak pernah nak bagi peluang diri you mengenali diri I. I harap you jangan pandang pada usia I sahaja, untuk kita mencari kesuaiaan. Sebab I betul-betul serius nak menjadi kan you teman I”. Rasa mahu meletup kepala Nur Hidayah mendengar kata-kata orang yang tak tahu bahasa orang disebelahnya. Bukan tak tahu bahasa tetapi tak tahu hukum. Tadinya dia sudah agak reda sedikit marahnya kini mencanak naik darahnya sekali lagi.

“Teman yang  macam mana Tengku maksudkan. Kalau kata Tengku teman hidup..pertama teman yang duduk serumah. Ada lelaki dan perempuan duduk serumah tapi tiada ikatan yang halal nama bersekedudukkan. Kedua teman perempuan yang disara sepenuhnya makan minumnya dan dikunjungi sekali sekala itu dikatakan  perempuan simpanan. Dan yang ketiga teman yang sudah ada ikatan halal itu dinama kan isteri. Jadi Tengku nak jadikan saya sebagai apa..hanya untuk jadi teman wanita seperti di perkara satu dan dua sahaja kah?..kemudian menambah lagi bilangan anak luar nikah.” Tengku Faris terkedu mendengar apa yang keluar dari bibir Nu Hidayah. Di memandang kearah Nur Hidayah...

“Jadi yang Tengku maksudkan yang mana satu”. Sekali lagi Nur Hidayah bertanya mencari kepastian..tapi sebenarnya Tengku  Faris berjenis orang yang tak faham bahasa maka itulah yang keluar dari bibirnya, walau sudah di beri bayangan oleh Nur Hidayah tadi.

“Terserah pada you..you nak yang mana. I akan tunaikan mana yang selesa bagi you.”

“Kalau itu jawapan Tengku pada saya..saya senang sahaja, jadikan saya PEKERJA Tengku sahaja..itu lagi senang untuk saya. Saya sanggup sampai bila-bila pun menjadi pekerja di Hotel kepunyaan keluarga Tengku”. Terkedu Tengku Faris mendengar jawapan dari Nur Hidayah..Suaranya agak tinggi adakah dia marah. Adakah dia sudah tersalah cakap menyebab kan gadis yang diharapkan menjadi TEMANnya  menjadi marah.

“Kenapa you nakmenjadi  sebagai pekerja I sahaja. Yang I harapkan you boleh menjadi teman, kalau tak boleh pun sekurang-kurangnya menjadi kawan I..Kenapa you tak suka jadikan I sebagai teman you  sebab I dah tua ke?”

“Tidak!!bukan pasal usia..tapi saya lebih selesa menjadi pekerja sahaja”.

“Hidayah..janganlah macam ni tolong beri saya peluang.Saya akan jaga Hidayah dengan baik. Bab makan pakai dan tempat tinggal Hidayah I akan tanggung sampai bila-bila, you jangan bimbang”.


"Yang sebetulnya Tengku nak jadi kan saya ni sebagai apa???..sebagai teman wanita  tapi kalau sampai Tengku tanggung kehidupana saya maksudnya Tengku nak jadikan saya perempuan simpanan.Begitu kah maksudnya??”Makin berasap kepala Nur Hidayah dengan situa bangka disebelahnya yang tak faham bahasa. Sudah tinggi suara NurHidayah sebab dia geram sedari Tengku Faris hanya mahukan dirinya sebagai teman sahaja. Adakah itu yang  tersirat dari hatinya. Jika memang itu yang ada didalam hati memang Tengku Faris juga memandangnya hina seperti juga orang lain memandang pada dirinya hina. Dia hanya layak dijadikan teman sahaja, tidak dijadikan teman hidup yang bererti isteri. Lama Tengku Faris menoleh memandang kearahnya. Nasib baiklah kereta belum berjalan lagi masih ditempat pakir. Menyedari tiada gunanya marah pada situa disebelahnya Nur Hidayah menurunkan tahap kepanasan kepalanya  kerana bengang..Dia bersuara sopan...


“Tengku!! Dalam Islam ada caranya untuk menentukan jodoh seseorang...tak perlu kita berkawan atau menjadi teman bagai..cara macam tu hanya mendatangkan dosa sahaja..Kita minta petunjuk Allah cara itu lagi tepat. Ambil wuduk dirikanlah solat Istiharah dua rakaat In Syaa Allah  Allah akan tunjukkan. Kalau solat kali pertama tak nampak buat kali kedua ketiga dan seterusnya tapi kalau tak nampak juga petunjuk .. itu menandakan seseorang itu tidak sesuai untuk kita..JADI REDHALAH dia tidak sesuai untuk kita..Allah itu Maha Mengetahui apa yang baik untuk hamba-hambanya. Mungkin yang kita suka itu tidak baik untuk diri  kita dikemudian hari. Sekarang jalan..balik sekarang. Dari tadi kereta Tengku tak berjalan Tengku tak sedar ke?”.  Nur Hidayah memberi arahan tegas.  Tengku Faris menghidupkan injin kereta untuk memulakan perjalanan pulang.





Monday, 2 February 2015

Nur Hidayah 15



p/s: rasa macam bosan nak baca ceritanya melalut-lalut..tapi ini sahaja lah yg ada. Baru sempat semak banyak rupanya ejaan yg tak betul. Dari pagi keluar pegi Jln Tar KL beli kain untk baju raya. 3.30 ptg baru sampai,trus buka cerita. Mungkin untk mlm ni tak ada ye.Tpi diushakan jugalah..


             Mendengar rayuan bosnya.Nur Hidayah tiada pilihan akhirnyadia terpaksa menerima pelawaan Tengku Faris. Bagi Tengku Faris peluang yang hadir tidak akan dilepaskan. Dia ingin bertanya sebanyak yang boleh apa yang yang ada dihatinya. Dia ingin mengetahui segalanya tentang  gadisyang sudah mengusik ketenagan dihatinya.Tengahhari itu dengan senyum lebar Tengku Faris kemeja NurHidayah untuk mengajaknya keluar makan.

“Ok boleh kita keluar sekarang?”.

“Pergi mana Tengku”.

“Keluar makan lah kan dah tengahhari ni”.

“Tengku! Belum masa lunch lagi lah Tengku. Baru pukul 12 tengahhari ada sejam lagi waktu lunch”.

“Oh ye ke, tapi I dah lapar sangat.  Dari pagi tadi I tak makan apa pun. Malam tadi pun I makan selepas magrib..jomlah”. Bila melihat Hidayah teragak-agak untuk mengikutinya, Tengku Faris mencapai telefon diatas meja Nur Hidayah.Nur Hidayah hanya memerhati tingkah papa kepada bosnya. Setelah panggilan bersambung..

“Hallo Farid!! Papa dah lapar sangat ni..papa nak keluar makan dengan Hidayah ye”.

“Ok..OK..Ok papa tahu”. Entah apa yang dicakapkan oleh dua beranak..hanya ‘ok ok  papa tahu’  sahaja yang didengari oleh Nur Hidayah.Tetapi hatinya memang keberatan untuk menerima ajakkan papa kepada bosnya, biar pun dia sudah meminta izin dari anaknya untuk mengajak dia keluar makan.

“Jom”. Ajak Tengku Faris sepatah kepada gasdis yang masih termangu-mangu dihadapanya.Tanganya pula dihulur seperti menghulur tangan kepada kanak-kanak yang minta dipimpin.Yang sedehnya huluran  tanganya tidak bersambut, hanya dipandang oleh Nur Hidayah. Akhirnya Tengku Faris menjatuhkan semula tangan kesisinya.Kelihatan juga wajahnya yang kecewa. Yang sebenarnya Tengku Faris belum boleh menyesuaikan kehidupan social Islam yang sebenar..bukan mahran haram bersentuhan.

“Pergi mana?” Dengan kerutan hebat didahinya.

“Ehh pergi makanlah..kan tadi I kata I lapar.” Melihat Nur Hidayah tidak juga bangun dari duduknya,  sekali lagi perkataan jom keluar dari bibir Tengku Faris.

“Jomlah..Farid dah benarkan you keluar dengan I. Ini dikira arahan dia jugalah.. jom”.Datar sahaja suara Tengku Faris dihujung perkataan ‘jom’. Hatinya geram dengan kerenah Nur Hidayah seperti orang yang tak faham bahasa.Tapi yang sebenarnya siapa yang tak faham. Melihat jalan yang diambil keluar dari kuala Lumpur, sekali lagi Nur Hidayah bertanya.

“Ehh Tengku, kita nak pergi mana ni…”

“I teringin nak tenguk laut. Sejak balik Malaysia belum pernah I pergi pantai..rindu rasanya nak tenguk pantai”.Kerana hatinya yang begitu teruja timbul berbagai rancang di kepala Tengku Faris.

“Tengku kata tadi kan nak makan, kenapa pula nak pergi pantai pula. Tengku! Kawasan pantai ni kalau  tengahhari macam ni kan panas. Berpada-padalah Tengku kalau nak tenguk laut pun.”.

“Oklah kita cari makan. Hidayah!! I teringin nak makan asam pedas lah Hidayah. Kita pergi Melaka nak”. Banyak akal pula Tengku Faris ni, kata nak makan alih-alih nak kepantai, ni nak makan asam pedas pula. Bukan calang-calang asam pedas pula tu, asam pedas Melaka. Alhamdulillah tak diminta nya asam pedas daging korban buatan Dr. Dayana isteri pertama Asraf Muslim yang sedap tu, kalau itu yang diminta memang tak ada ubatnyalah air liur leleh sampai kehujung nyawalah jawabnya.

“Haa jauhnya, kat sini pun ada asam pedas Tengku, tak payahlah pergi Melaka nanti  tak sempat nak balik nanti. Waktu makan tenghari hanya sejam sahaja Tengkuuu.” Nur Hidayah cuba memberi tahu, kalau mungkin Tengku Faris tidak tahu takat waktu rehat makan diMalaysia.

Tapi pemberitahuan yang panjang lebar dah macam bunyi membebel pula.Yang menjadikan Nur Hidayah membebel bila dirasakan Tengku Faris yang sudah melebih-lebih.Tengku Faris tidak menghiraukan perkataan gadis disebelahnya, keretanya tetap terus meluncur membelah higway menuju ke selatan. Hai keluh Nur Hidayah diikutkan kehendaknya keluar makan ini pula jadinya.

“Sempaat jangan bimbang”. Akhirnya sampai juga mereka diMelaka.Tengku Faris menuju ke A'Famosa Resort.Jalan Kemus, Simpang Empat, Alor Gajah, Melaka. Setelah mengambil makanan..Tengku Faris menemu ramah gadis yang sentiasa menggangu mindanya sekarang ini.

“Apa yang menyebabkan you susah sanagt nak temankan I Hidayah..you takut boyfriend you cemburu ke…kalau dia marah katakanlah I ni dah tua, mungkin  I ni sebaya ayah you”.

‘Aku tak takut dengan boyfriend marah ke..cemburu ke..tapi aku takut Allah yang marah tau..kata tua konon lelaki tua kadang lagi teruk perangai nya. Akal lebih ni kata nak kelaur makan sampai ke Melaka jadinya...’Walaupun Hidayah hanya tunduk mendiamkan dirinya sahaja ..tetapi hatinya sibuk menjawap dan itulah yang  bergema dihatinya. Lagi pun ajaran mamanya jika seorang lelaki sedang marah jangan dilawan kata-katanya. Ketika itu dia melihat betapa tegangnya wajah papa bosnya, itu sebabnya dia tidak menjawab. Biarlah dia meluahkan rasa tak puas hatinya dulu, kalau dia menjawab takut pula dia akan dimandikan dengan kuah asam pedas yang ada dihadapanyanya sekarang. Bagi Tengku Faris memang dia marah kerana diri seperti dicabar oleh gadis polos dan naïf dihadapanya, bila sudah berkali-kali jakan nya ditolak. Dapat keluar makan berdua ni pun diatas bantuan Tengku Farid. Ahh sungguh dia rasa tecabar.

“I tahu, you keluar ni pun atas arahan bos you kan. Kenapa Hidayah.. apa tanggapan you pada I. you nampak I ni tua sangat ke, itu yang  you rasa tak sesuai jalan dengan I atau you dah ada boyfriend itu sebabnya you takut keluar dengan I. Betul ke. Terus teranglah Hidayah”. Satu-satu Tengku Faris neka fakta namun gadis dihadapanya  masih diam membisu.

Yang sebenarnya Nur Hidayah terkejut dengan soalan-soalan Tengku Faris. Apa pentingnya tanggapan dia dan apa pentingnya dia tahu dia sudah berboyfrend kebelum. Dia bertanya bersama dengan wajahnya garang pula tu. Dahlah depan rezeki, orang yang dihadapanya pula membebel tak berhenti-henti. Hidayah mengangkat wajah lalu memanadang wajah kacak dihadapanya.Ya memang Tengku Faris  kacak dan kelihatatan lebih muda dari usianaya. Lama Nur Hidayah memandang seakan meneliti pula. Hilang sekejap marahnya bila melihat gadis dihadapanya seakan terpesona dengan wajah kacaknya.  Dibiarkan sigadis memandang..beri peluang.

“Jawaplah dengan jujur..I nak kejujuran you.Sebab I selalu sangat jumpa orang yang tak jujur dengan I”.

“Saya memang tak ada boyfriend..”

“Habis kalau dah taka da boyfriend, apa yang you nak takutkan kalau keluar dengan I. Takut isteri I marah, jujur I katakan, buat masa sekarang ni I tak ada isteri. Kami dah bercerai dah dekat setahun. Cakaplah apa yang you takutkan bila keluar dengan I.”
‘Aku hanya takut pada Allah yang sedang memerhati’ bisik hati Nur Hidayah

“Saya hanya nak mengawal pergaulan saya sahaja. Mama saya pesan jaga tingkah laku. Itu yang mengingatkan saya. Tambah-lagi saya ni pekerja hotel, jadi  saya kena jaga tingkah laku saya”.

“..takkan  I nak buat tak baik pada pekerja I sendiri...lagilah pekerja yang baik macam you. Jadi memang you tak ada boyfriend ye. You masih single and available”. Nur Hidayah hanya menundukkan wajah.

“Oklah jemput makan..I memang dah lapar ni.”
‘Dah lapar tapi pot pet..pot pet dari tadi tak berhenti’ .Nur Hidayah mengata Tengku Faris didalam hati.

Yang sebetulnya walaupun dia tunduk menyuap makanan dan tidak bersuara, namun hatinya tak henti-henti berbicara rancak dengan dirinya, mengutuk lelaki yang dihadapanaya. ‘Entahlah jadi kerja gila pula waktu bekerja..makan tenghari mereka  jauh hingga ke Melaka tak pernah dibuat dek orang.  Cepatlah habiskan makan tu, bolehlah cepat kita balik semula ke Kuala Lumpur’. Omel hati Nur Hidayah. Dalam dia menyuap makanan tak memandang kiri dan kanan mata Tengku Faris memerhati  segala tingkah Nur Hidayah dengan penuh minat. Dari dia menyuap makan dan mengunyah dan kemudian menelan..

 Bila terasa dirinya diperhatikan Nur Hidayah memanggungkan kepalanya, memang benar Tengku Faris sedang memerhatikan dirinya. Pergerakkanya menjadi sangat kekok bila setiap kali memandang kedepan dia melihat mata Tengku Faris tidak lepas memandangnya. Dan bila mereka bertentang mata Tengku Faris ter seyum-senyum pula. Nur Hidayah jadi resah dengan tingkah papa bosnya. Bagi Tengku Faris melihat keresahan gadis di hadapanya, dia menjadi suka pula. Oleh kerana rimas dengan dengan perbuatan Tengku Faris dia menolak pinggan ketengah meja, walau pun baru separuh nasinya luak. Seleranya jadi tertutup.

“Ehh..kenapa tak makan. Nasi you tu kan banyak lagi, asam pedas ni sedap lah, makanlah, tak baik membazir. Makanlah. I punya pun belum habis lagi. I rasa nak tambahlah. I betul-betul lapar hari ni. You tau tak ikan apa ni”. Itu pertanyaan ramah yang keluar dari mulut Tengku Faris bila melihat Nur Hidayah menolak pingganyan ketengah meja.

“Ikan kembung,  makanlah kalau nak tambah tambahlah, saya dah kenyang”.

“Janganlah macam tu..habiskanlah nasi tu tak baik membazir tau. Meh I suapkan you”. Buntang Nur Hidayah memandang Tengku Faris bila mendengar penyataan diakhir katanya..Tadi  dia mengakui dirinya sudah tua, namun sikapnya tidak begitu, dia merasakan Tengku Faris cuba mengodanya.

“Hidayah you malu dengan I ke..bukan kita tak kenal, hari-hari kita berjumpa.”

“Setiap lelaki dan perempuan yang bukan mahram,  wajib ada sifat malu. Sebab dengan sifat malu kita menghindar dari perbuatan bebas. Jadi saya memang wajib malu pada Tengku,sebab kita bukan mahram”. Tidak tahan dengan jawapan dari mulut Nur Hidayah. Cepat tangan Tengku Faris mencapai tangan Nur Hidayah yang diatas meja. Sepantas kilat Nur Hidayah menarik tanganyan dengan wajah terkejut  disertai ucapan Istifarnya.

“Astagfirullah—astagfirullah. Tengku kenapa buat saya macam ni. Apa pandagan Tengku pada saya, adakah kerana saya keluar dengan Tengku saya jadi wanita murah yang boleh disentuh sesuka hati. Atau Tengku tidak tahu hukum wanita dan lelaki yang bukan mahram, haram bersentuhan, haram berpandangan dan haram berdekatan. Kerana perkara-perkara macam tu menghampirkan zina. Itu sebabnya saya tak mahu keluar dengan Tengku sebenarnya. Yang sebetulnya apa tujuan Tengku ajak saya keluar makan ni. Untuk menjinakkan saya, untuk memesrakan saya pada Tengku”. Terus sahaja  Nur Hidayah memberi tazkirah percuma pada situa dihadapanya. Dia pun berceramah dengan wajah yang menunjukkan dia marah.

“I nak berkawan dengan you,I nak rapat dengan you..”.Tidak berkelip Nur Hidayah memandang Tengku Faris dihadapanya tampa senyum. Dia terkejut dengan jawapan Tengku Faris. Bila pernyataannya tidak dijawap malah Nur Hidayah memandangnya  dengan wajah terkejut Tengku Faris menyoalnya..

“Kenapa?? you rasa I tua sangat ke untuk bergandingan dengan you..atau I terlalu tergesa-gesa”.

“Kawan yang macam mana Tengku maksudkan. Kawan untuk berbual atau kawan untuk makan dan minum. Pada saya tak ada istilah kawan antara lelaki dan perempuan. Sebab lelaki dan perempuan yang sihat walafiat mempunyai fitrah. Kita umpama magnet yang berlainan kutub, itulah fitrah lelaki dan perempuan  yang bukan mahram. Sebelum timbulnya medan magnet yang menarik antara satu sama lain baik kita jauhkan diri. Itu tujuan saya menjauh kan diri, menghidar medan yang akan menarik.. tapi Tengku tak faham.” Yang sebenarnya Nur Hidayah rasa bengang dengan sikap Tengku Faris tak pada tua tapi tak faham bahasa.

“Jadi macam mana I nak rapat dengan you. Apa syarat yang boleh I menjadi teman you atau you nak I beri kemewahan sebagai jaminan, baru you percaya pada I. I memang serius nak jadikan you teman I. You nak kereta ke..pilihlah kereta jenis apa yang you hajatkan  Honda, Suzuki, Nissan, Toyota atau Volkswagen. Pilih sahaja I mampu adakan. Atau you nakkan rumah..rumah jenis apa yang you nak apartment atau kondo atau pun rumah teres”.

“Yang sebetulnya saya tak faham apa maksud Tengku, mengapa harus Tengku menawarkan keenderaan dan rumah pada saya..”.

 “Ehh kenapa tak makan nasi tu, tak baik membazir rezeki. I pun baru nak makan ni jomlah temankan I makan.”.

          Memang Nur Hidayah  tidak dipandangnya lagi pinggan nasi yang baru luak separuh. Perutnya sudah kenyang dengan pertanyaan Tengku Faris. Kenyang dengan tawaran Tengku Faris..bagi Nur Hidayah tawaran Tengku Faris  satu penghinaan padanya.Tak padan tua tapi tak tahu adap. ‘Ingat senang ke, disoggoknya kita dengan hartanya..kemudian dia mengharapkan tubuh badan kita. Ingat aku tak faham ke maksud teman dan kawan bagi dia’. Sungut Hidayah dalam hati..wajahnya masam mencuka, kedua tanganya pula disilang kedada.

          Satu tawaran tetapi berbeza tanggapan dari dua orang yang berlainan jantina. Bagi Nur Hidayah tawaran  itu satu penghinaan tetapi bagi Tengku Faris tawaran itu perkara biasa baginya. Sebelum-sebelum ini dia akan memberi jika dia mahu rapat dengan seorang wanita.Bak kata orang ada ubi ada batas ada budi ada balasnya.Tengku Faris tidak menjawab saloan dari Nur Hidayah, sebab dia tidak faham.. bukan tidak faham apa yang diperkatakan oleh Nur Hidayah tetapi dia tidak faham mengapa Nur Hidayah seakan marah kepadanya.


“Saya dah kenyang”.Nur Hidayah menolak kerusi nya untuk bangun.  Ingat Nur Hidayah mahu meninggalkannya pulang.  Cepat tangan Tengku Faris menangkap tangan Nur Hidayah lagi. Sudah menjadi kebiasaan, dia sememangnya tidak segan silu memegang  atau menggengam  tangan wanita yang menjadi temanya. Pun begitu dengan pantas Nur Hidayah menarik tanganya. Dengan pandanagn tajam kearah Tengku Faris dan suara tertahan tetapi garang dia mengeluarkan isi hatinya.



“Tengku!!jangan sentuh saya. Saya tak suka..”.

“Ok..ok I tak sengaja lain kali I tak sentuh you..tapi you nak pergi mana..you  tak habiskan makanan you”.

“Saya dah kenyang..sememangnya saya jarang makan tengahhari. Tengku!! Cepatlah habiskan makan  Tengku…waktu makan pun dah nak tamat. Nanti tak sempat kita nak balik..saya nak pergi ketandas sekejap.” Muka dan nada suaranya Nur Hidayah masih marah.

“Kan I dah cakap dengan Farid tadi, nanti I cakap lagi dengan dia kita pergi Melaka, tentu dia akan faham.  You nak ke tandas nak I teman ke?”.  ‘Ape ke jadahnya nak ketandas berteman bagai’ itu jawapanya didalam hati. sememangnya dia sedang marah..marah kepada dirinya sendiri kerana dengan berani menerima arahan bosnya menemani papanya. Dan marah dengan Tengku Faris yang tak pandai menjaga adap bila besama wanita yang bukan mahramnya.

“Tak payah.. Tengku makanlah kata lapar sangat tadi..”.Kendur sedikit suara Nur Hidayah.Dia menyabarkan hatinya untuk meghormati papa bosnya.

“Ok, I memang nak makan.. I lapar ni dari pagi tadi I tak makan apa pun.Malam tadi pun  makan lepas magrib.”. Tengku Faris bercerita perihal dirinya mencari simpati.

‘Tahu pun lapar yang dia menceceh nak jadi kawan ..nak rapatlah dari tadi buat apa’.omel Nur Hidayah didalam hati. Hidayah mengatur langkah mengikut tunjuk arah ketandas dan kesurau wanita.Yang sebenarnya dari tadi lagi dia mendeganr seruan azan tandanya sudah masuk waktu zohor.


Sunday, 1 February 2015

Nur Hidayah 14




Sudah sebulan Tengku Fairs bekerja membantu daddy dan anaknya menguruskan perniagaan hotel mereka dan boleh katakan  setiap hari  dia  menanti saat Nur Hidayah tidak berpuasa.Namun rasanya bagai menanti buah yang tak gugur.Hatinya sangat kecewa. Lama dia berfikir mahu tahu bila hari Hidayah tidak berpuasa. Tiba-tiba dia terfikir mahu bertanya kepada teman sekerja Nur Hidayah.Lalu dipanggilnya Nur Fatihah masuk kebiliknya.

“You boleh tolong I tak”.

“Tolong apa Tengku..kalau bab akaun ni Nur Hidayah lebih tahu dari saya”.

“Tidak bukan soal kerja yang I minta tolong..I hanya nak tahu bila masanya Nur Hidayah puasa.Dia tu memang setiap hari puasa ke?”

“Kalau dia tak uzur memang dia puasa Tengku”.

“Jadi bila dia  uzur??”

“Kalau Tengku nak tahu bila..Tengku datang dalam pukul 10.15 minit.. dia masih dimejanya buat kerja ertinya dia uzur.”

“Kalau dia tak ada kat meja masa 10.15 pagi tu dia pergi mana?”

“Dia ke Surau buat solat sunat DUHA. Tapi waktu makan tenghhari dia akan tetap kesurau sebab dia akan tidur sekejap waktu lunch tu.”.

“Oh..kenapa pula dia tidur, dia ada keluar malam ke?”

“Tak tahulah..agaknya dia ada buat solat malam agaknya. Itu yang mengantuk tu.”

“Ohh.” hanya itu yang keluar dari bibir Tengku Faris..tetapi yang sebenarnya dia tidak faham apa  yang diperkatakan oleh rakan sekerja Nur Hidayah. Hendak bertanya lebih banyak ada rasa malu pula. Sebab dia sudah merasakan dirinya tua, tetapi erti solat Duha juga dia tidak tahu, solat malam juga dia tidak tahu. Sedang kan solat lima waktu pun dia sudah lama terlupa untuk melakukanya. Berkenaan solat satu apa pun dia tidak tahu.Tiba rasa MALU menerpa hatinya.

“Fatihah! Tolong I boleh..tolong bagi tahu I bila Hidayah tak puasa ye. I memang nak ajak dia makan, nanti I akan tapaukan you, apa sahaja yang you nak, kalau dia   kelaur makan dengan I. Boleh..”.

“Boleh tu boleh lah Tengku tapi janagn buat jahat dengan dia. Hidayah gadis baik. Kalau Tengku buat jahat dengan dia Allah akan balas Tengku.”

“Mana I nak buat jahat dengan dia. I hanya nak ajak dia keluar makan sahaja. Percayalah cakap I. Lagi pun kalau saya nak buat jahat nanti busuk Hotel daddy I ni, kan tak elok.I dah tua Fatihah, I tahu baik buruknya kalau buat jahat dengan pekerja I sendiri”. Janji Tengku Faris meyakinkan Nur Fatihah. Lagi pun dari segi air muka Tengku Faris bukannya orang ganas atau garang orangnya.

Lama menunggu akhirnya datang juga peluang. Semalam Nur Fatihah memberi tahu, dalam dua tiga hari itu Nur Hidayah tidak berpuasa.  Keesokkan harinya dengan wajah marah dia menghampiri kemeja Nur Hidayah…


“Hidayah!! You memang tak sudi nak temankan I minum ye..You nampak I ni tua sangat ke sampai you rasa  tak sesuai kalau I berjalan dengan you”. Akhirnya itulah ayat yang keluar dari bibirnya kerana dia sudah tidak tahan menahan hati yang kecewa. Menanti Nur Hidayah mengatakan dia boleh makan kerana dia tidak berpuasa, seperti yang dimintanya tempuh hari..

“Bukan macam tu Tengku….” Terkejut Nur Hidayah bila dijerkah sebengitu. Sebenarnya dia malu dijerkah begitu, malu didengari oleh staff yang lain. Tentulah pekerja lain yang berdekatannya mendengar dia dimarahi  oleh papa kepada bos mereka. Ada lima orang staff  dibahagian pengurusan  yang membantu Tengku Farid cucu kepada pemilik Hotel mereka. Kemudian mereka dibahagikan untuk menguruskan di 4 bahagian pula.. Terdapat lima orang penyambut tetamu setiap syif akan ditugaskan dengan dua orang. Bahagian yang paling ramai pekerjanya adalah di bahagian peyelengaraan dan dapur.

Memang benar suara Tengku Faris bergema memnuhi ruang kerja mereka. Dia bersyukur hanya seorang kawan nya sahaja yang belum keluar minum..saff lain kesemuanya sudah turun minum kerana ketika itu jam sudah menunjukkan pukul 1020  pagi waktu rehat pekerja pejabat.Tentu sahaja dia mendengar apa yang diperkatakan oleh Tengku Faris

“Haa kalau bukan macam tu..temankan I lunch nanti, I ada benda nak tanya…” Garang sahaja suara Tengku Faris

“Tapiii…”

“Tak ada tapi..tapi..ini arahan..bukan jauh hanya kat kafe kita ni sahaja. Ingat lunch nanti turun, you tau tak  I tak makan dari pagi tadi lagi”. Tetapi seperti biasa dia hampa.Memang benar setelah Tengku Faris beredar dari mejanya terjengul kepala sahabatnya Nur Fatihah disebelah,yang belum keluar rehat lagi. Dengan senyuman gatalnya..

“Apa lah kau ni Dayah papa bos ajak makan minum tak pernah nya kau nak ikut. Sesekali ikutlah, kesian dia dah sebulan dia ajak kau tak pernah nya kau ikut.Jatuh tau air muka dia kalau kau selalu menolak. Nanti disuruhnya dato’ berhentikan kau kerja  kan susah. Sekarang ni kerja susah nak dapat”.

“Macam mana aku nak ikut, aku puasa”.

“Bukan aku tak tahu sejak semalam kau ABC kan ( Allah bagi kau cuti), betul tak..apa kau tipu kau puasa pulak..pergilah.. kesian dia macam terhegeh-hegeh pada yang tak sudi saja.”.

“Ehh kau tak kesian aku ke, aku ni lagi lah kesian, kalau aku terima ajakkan dia nanti ada pula orang cakap ..aku nak tanggkap ‘JERUNG’. Mulut orang ni bukan boleh ditutup. Sebelum timbul fitnah baik kita elak Tehah”

“Apa pula kau yang tangkap jerung, bukan dia ke yang nak memikat burung merpati”.

Kerana takut ajakkan tidak diterima, Tengku Faris kebilik anaknya meminta bantuan. Setelah dia duduk dihadapan anaknya.

“Farid boleh tolong papa tak”.

“Tolong apa pa”.

“Papa nak ajak Hidayah temankan papa makan. Ni dari pagi tadi papa tak makan, hanya makan malam tadi sahaja.Tapi dia tu asyik menolak sahaja..ada sahaja alasanya..puasa memanjang.Harini tolong arahkan dia teman kan papa.”

“Papa ni lain macam sahaja dengan Hidayah tu..ada apa-apa ke pa”.

“Entahlah Farid, hati papa ni dah rasa suka dengan dia.Farid rasa sesuai tak papa dengan dia. Papa rasa nak seriuslah dengan dia”.

“Apa yang menyebabkan papa rasa tak sesuai tu, nak kata dia tak nak dimadu papa single sekarangatausebab usia ke?Tapipapa tak nampak tua sangat.Nampak macam usia  empat puluhan sahaja”.

“Hssy Farid ni jangan puji lebih-lebih, nanti perasan pula papa ni. Farid yang sebenarnya papa sedar papa dah tua, itu sebabnya papa nak cari pasangan yang boleh hidup sama-sama dengan papa. Kali ni kalau papa kahwin, papa nak sampai ke hujung nyawa papa. Dan hanya dia seorang wanita dalam hidup papa”.

“Kalau macam tu papa kena tanya dia, kalau dia tak kisah jalan saja lah”.

“Pada pandangan mata Farid dia tu memang masih single ke..pernah tak Nampak dia keluar makan dengan lelaki atau ada tak lelaki call dia”.Entah mengapa Tengku Faris merasa sangat tertarik dengan Nur Hidayah makin dia menolak ajakkannya makin hatinya ingin mendekati.

“Farid tak pernah ternampak pula.Tapi dia tu tak pernah keluar makan. Kalau dia keluar dari tempat kerjanya tu..biasanya dia pergi surau ataupun waktu balik sahaja. Kalaukita tanya pasal makan pula dia kata dia puasa. Papa nak tahu Halim dulu pun minat dengan dia. Tapi dia tak pernah nak terima ajakkan Halim..lama-lama Halim give up. Diani memang tak berminat nak berkawan dengan lelaki pa. Tapi kalau papa sungguh-sungguh papa tanyalah dia..”. Memang benar bukan sahaja papanya yang mencuba, Halim sahabat baiknya dulu juga pun pernah mencuba, namun akhir nya dia menarik diri bila tidak pernah bersambut ajakkanya.Terkenang lagi aduan  Halim kepadanya suatu waktu dulu.

“Farid aku suka lah dengan pembantu aku tu Farid.Aku tenguk baik budaknya. ”.

“Kalau dah suka cubakau masuk..pratikkanlah ilmu kasanova kau tu..mesti cair punyalah..Hero Malaya mana tak cair anak dara yang diusha oleh hero Malaya”.

“banyaklah kau hero Malaya, dah sebulan aku cuba..setakat cakap pasal kerja memang rancak..ajak keluar sahaja terus terkatup mulut dia”.

“Kau ni baru ajak sekali dah putus asa.Cubalah lagi.Tunjukkan pada dia yang kau berminat dengan dia”.

“Dia ni bukan macam perempuan biasa Farid, tunjuk kita hansom sikit dah tak berkelip mata pandang kita. Aku pakai baju branded di pujinya pun tidak aku ni. Aku sikat rambut pacak dia pun tak heran.Dia ni tak pernah nak nampak aku buat kelainan semuanya tu untuk dia pandang aku. Aku rasa dia ni buta..tak sensitive pada orang keliling..agaknya dia memang budak kampong. Nak kata muda tak lah muda sangat, ikut dalam resume dia hari tu, dah dekat 26 tahun umur dia”.

“Cubalah kau ajak makan ke, minum ke”.

“Kalau ajak makan memang tak akan dapat lah Farid, hari-hari dia puasa.Bukan puasa Isnin dan Kahmis lagi dah. Hari-hari Farid..setahu aku puasa nabi Dauh pun berselang hari kan.Kau tahu Farid sejak bulan lepas lagi aku cuba, tapi tak pernahnya dia nak ikut.. tak pernah dia tak puasa. Aku rasa memang dia tak minat dengan aku lah”.

“Kalau macam tu cubalah ajak keluar makan malam”.

 “Entahlah Farid, aku ni sejak aku dah jadi baik ni, aku tak pernah lagi ajak anak dara orang keluar malam. Rasanya puasa tu memang alasan dia tak nak keluar dengan aku kot.”.

“Kalau dia dah tak sudi..jangan kau nak terhegeh-hegeh pula, nanti orang kata hidung tak mancung, pipi jangan nak tersorong-sorong. Cari sahaja yang lain.”.

“Hidung aku tak mancung ke Farid..Bukan ke hidung aku ni macam hidung Shah Rukh Khan”.

“Banyaklah kau punya Shah Rukh Khan..kulit Rukh Khan adalah. Aku kalau ada adik perempuan memang aku kenekan kat kau tau Lim.Tapi ialah pada aku kalau dia tak mahu jangan dipaksa, nanti lain jadinya. Putus cinta separuh jalan ni sakit Lim..baik tak payah merasa”.

“Tapi sayang juga..susah nak dapat klon-klon Nur Jannah kau tu..aku ni kalau dapat sikit-sikit macam bini kau pun jadi lah. Yang aku suka peribadi dia bukan kerana kecantikkan dia. Bertudung rapat, tak bermake-up, sopan dan tak tergedik-gedik.”.Hingga keakhir Halim tidak dapat menakluki hati dan cinta Nur Hidayah dan kini Halim sudah pun mendirikan rumah tangga dengan gadis se negeri denganya. Ingatan Tengku Farid terhadap sahabatnya yang sudah pun berpindah Ke Penang terhenti, bila papanya menyambung kata.

“Itulah yang papa nak tanya,tapi dia tu kalau diajak keluar asyik menolak sahaja, takkan papa nak Tanya kat office  kat meja dia tu, baru haru satu office dengar.Kalau dia tolak papa, tak ke malu papa nanti.Farid tolong ye buat dia boleh temankan papa makan. Papa yang sebenarnya dah lapar sangat ni”. Mendengar papa nya yang bersungguh Tengku Farid menurut kehendak papanya.

Yang sebenarnya Tengku Farid kasihan melihat papa yang terkenen-kenen dimeja Nur Hidayah.Runtuh ego papanya bila setiap pagi tertebeng merayu sigadis yang seperti tidak sudi kepadanya.Nanti waktu makan tengahhari sekali lagi papanya kemeja Nur Hidayah.Tetapi setiap kalinya papanya akanpergi dengan wajah yang hampa. Susah juga mahu mengajak Nur Hidayah keluar makan rupanya.Kelihatanya dia gadis naïf dan polos tetapi rupanya dia sorang gadis yang berpendirian tegas.Setelah papanya keluar dari biliknya,  Nur Hidayah dipanggil pula masuk kebiliknya.

“Duduklah Hidayah..I nak minta tolong yousikit ni”.

“Tolong apa boss..”

“Duduklah dulu.”Apabila Nur Hidayah duduk,  terus sahaja Tengku Farid menyampaikan permintaanya.

“Hidayah!Emmm Berat rasanya saya nak minta tolong awak ni”.

“Cakap sajalah lah bos”.

“Pertolongan ni bukan pasal kerja Hidayah..pasal peribadi boleh ke?”

“Boleh saja..bos nak minta tolong saya jagakan anak ke?”

“Hissy tak adalah..isteri saya sorang pun rasa macam tak cukup dua anak yang dia jaga Hidayah..Tak tahulah isteri saya Nur Jannah tu penyayang sangat orangnya. Hidayah! Sebenarnya saya nak minta tolong awak terima ajakkan papa saya hari ni. Boleh ye”.

“Saya…saya..”Bila Nampak keberatan untuk menerima pelawaan papanya. Tengku Farid.

“Tolonglah Hidayah..kesian dia tak makan dari pagi tadi lagi”.

“Apa pasal tak makan pula, bibi mogok ke?”Ketawa Tengku Farid mendengar kata-kata PA nya, kadang-kadang Nur Hidayah ni lucu juga orangnya.

“Awak niii, tak adalah bibik mogok. Pagi tadi dia kata terlambat bangun, sebab nak pergi kerja cepat, dia tak sempat makan kat rumah, ingatkan dapat makan dengan  awak”.

“Apalah papa bos ni..kerja dengan daddy sendiri pun kalut nak pergi kerja, kalau pergi pukul sepuluh pun Dato’ takkan marah”.

“Hidayah, yang sebenarnya papa saya baru nak berubah. Mungkin perubahan dia ada kenamengena dengan awak Hidayah.Selama ni papa tak pernah  nak buat kerja kat hotel ni. Jenguk pun bila dipaksa oleh nenek dan atuk saya.Tapi sejak dia kenal awak rajin pula dia datang office buat kerja.Mungkin awak yang menyebabkan dia rajin datang kerja.”

“Apa pulak saya yang jadi pemangkin papa bos datang kerja. Saya tak buat apa pun dengan papa bos tu. Nak kata saya sekarang lebih bergaya nak ambil perhatian papa bos pun tak ada kan.Tenguk baju yang saya pakai sama saja dari saya mula masuk kerja sampai sekarang ni haa”.

 “Memang betul awak tak berubah apa pun, tapi adalah keistimewaan yang dipandangnya pada awak, yang menjadikan dia bersemagat datang kerja. Tapi saya takut kalau awak sentiasa menolak pelawaannya, dia jadi putus asa dan tak datang kerja lagi. Yang sebetulnya susah nak suruh papa buat kerja untuk hotel ni.  lebih suka kerja lain dari menguruskan perniagaan keluarga ni. Awak tahu hari ni dia berkejar datang, sebab nak minum pagi dengan awak, tapi hampa pula bila awak tak mahu. Jadi tengahhari nanti awak pergilah makan dengan dia. Tolong ye..kesiankn lah papa saya Hidayah..boleh ye”. Bersungguh-sungguh Tengku Farid memujuk Nur Hidayah untuk papanya, bila dia mendengar cerita dari datuknya(Tengku Faizal)sejak Tengku Faris kepejabat dan menolong serba sedikit kerja-kerja dipejabat, papanya sudah tidak keluar berhibur dikelab malam lagi.

“Atuk bersyukur sangat Farid..sejak papa kamu kenal Hidayah dia dah tak keluar malam lagi. Ni dah sebulan dia tak kekelab malam dan tak mabuk lagi..istimewa sungguh Hidayah tu Farid”.

“Alhamdulillah tuk..harapnya tak lama lagi papa solatlah ye tuk”.

“In Syaa Allah..tapi kita mesti bantu dia Farid”.”. Kata-kata datuknya berdengung ditepi telinga menyebabkan Tengku Faris berusha memujuk Nur Hidayah menerima pelawaan papanya. Dia juga mahu papanya berubah..berubah menjadi yang kebih baik. Setiap kali solat tidak lupa Farid mendoakan papanya menjadi seorang  muslim yang sejati. Bersolat lima waktu, menjalani ibadah puasa dan menunaikan zakat.