p/s: ingatkan tak dapat post malam
ni..siap sahaja mak teh terus post..
Entah
mengapa godaan Syakira dan Ane tidak menjadi malam itu. Akhirnya di awal malam
Tengku Faris sudah pulang ke rumah. Dia tidak menghiraukan rengekkan manja
Syakira dan Ane yang mahu mereka dibelai dan membelai.
Ketika
Tengku Faris membuka pintu, kemunculan mengejutkan kedua daddy dan mommya yang
masih duduk bersantai diruang keluarga.Tengku Faris duduk sebentar menyertai
mereka yang sedang menonton television.Dia duduk disebelah daddynya.Dan yang
pasti bagi dua ibu bapanya dia tidak mabuk malam itu.Tidak lama dia menyertai
daddy dan mummynya diruang tamu Tengku Faris meminta diri. Dia mahu melayani
apa yang terlayar dimindanya. Melayani
wajah polos Nur Hidayah.
“Ris nak naik dulu, Ris nak tidur lah
mummy..esok nak kerja”. Dengan ucapan itu tertegak macam kepala burung wak-wak
Tengku Faizal suami isteri.Tengku Faris yang meneruskan misinya berjalan
menaiki tangga diiringin dengan pandagan mata dua suami isteri warga emas disofa
tempat mereka beristirehat.
“Bang!! Abang dengar tak apa yang
Faris kata tadi… dia nak pergi kerja esok..ke
Idah yang tersalah dengar”.
“Abang baru nak tanya Ida..takut abang
yang salah dengar”. Dua suami isteri ketawa kecil dengan kelucuan yang
menjentik hati tapi yang sebenarnya mereka gembira terlalu gembira mendengar
perkataan anaknya yang sememangnya sudah terlalu lama mereka nantikan. Hati
meraka sama-sama mengucapkan syukur ALHAMDULILLAH.. Kesyukuran dipanjatkan
kepada yang Mengasihani. Akhirnya
termakbul juga apa yang mereka doakan selama ini. Dek kerana terlalu gembira
terkeluar juga apa yang bergema dihati mereka
“Alhamdulillah”.Serentak Tengku Faizal
suami isteri mengucapkan diatas perubahan anaknya.
“Hendaknya berkekalanlah sikap anak
kita ya bang”. Itulah yang keluar dari mulut Tengku Faridah melihat perubahan
mendadak anaknya.Tubir matanya basah lagi, kini dia sudah teresak dibahu
suaminya.
“In Syaa Allah jangan putus berdoa,
agar dia tetap macam tu hingga keakhirnya.. Abang akan duduk rumah temankan Ida,
kalau Faris kerja tolong Farid. Berdoalah ye..”. sambil menepuk-nepuk belakang
tangan isterinya berkata pada isterinya yang menangis kegembiraan dibahunya.
“terimakasih bang..ada niat abang nak
temankan Ida. Dah lama sangat Ida harapkan abang berehat dari kerja dan dapat temankan
Ida berbual kat rumah ni”.
Didalam
bilik setelah selesai mandi Tengku Faris berbaring di katilnya. Bibirnya asyik
tersenyum. Entah mengapa bibir tidak boleh surut dari tersenyum bila
membayangkan wajah ayu Nur Hidayah. Kemudian hatinya berkata-kata menyoal
dirinya sendiri.
‘Tidak terlalu tuakah dirinya jika dia bergandingan dengan Nur Hidayah..
mahukah Nur Hidayah kepadanya yang sudah berumur sebaya dengan ayahnya..kalau
dilihat dari wajahnya rasanya umur Nur Hidayah mungkin lebih muda dari Tengku
Farid..(namun ada perkataan angkuh terselit dihujung aganannya)…tak jadi
masaalah jika duit ada’.
Tengku
Faris berkira-kira sendirian.Detik hatinya mahu mengambil Nur Hidayah sebagai
penemanya. Tidak kiralah hanya untuk dijadikan teman wanita jika Nur Hidayah tidak mahu menjadikan dia suami.
Manalah tahu Nur Hidayah tidak mahu bersuami tua. Jika sebagai suami dia tidak
mahu dan sebagai teman wanita juga tidak mahu, dia akan menggunakan duitnya pula
menjerat hati gadis Nur Hidayah. Dengan kata lain dia akan berusha
bersungguh-sungguh Nur Hidayah agar jatuh kepangkuanya. Dalam berangan dan
berkira-kira akhirnya Tengku Faris terlena dalam senyuman.
Tengku
Faris kalau dah tidur memang tak ingat dunia. Pagi itu seperti biasa mommynya
mengejutkanya berulang kali namun tidak berjaya. Akhirnya Tengku Faizal
ketempat kerja bersama pemandunya sahaja.
“Ida kalau Faris nak pergi kerja pakai
saja BMW tu. Kereta dia tu rasanya hari ni sampai. Tapi kalau dia malas nak
memandu panggil sahaja Razali, abang pun tak pergi mana hari ni”. Kereta yang
sedang ditempah oleh Tengku Faizal untuk anaknya sebuah kereta VOLKSWAGEN JETTA, itu yang diminta oleh anaknya jika
mereka mahu dia pulang ketanah air. Demi
ingin melihat anak didepan mata Tengku Faizal mengikuti semua kemahuanya.
Sememangnya sedari dulu segala kemahuan Tengku Faris tidak pandai ditolak oleh
mereka suami isteri. Dari kanak-kanak menjelang remaja mengikuti hingga
kedewasa dan sehingga kini telah tua bangka mereka bergitu sukar untuk menolak
permintaan anak nan seorang itu.
“Ialah bang..”.
Terasa
begitu lama dia tidur ialah selalu dia tidur bila jam sudah menunjukkan pukul
tiga pagi. Jika orang yang mencari keredaan Allah pukul tiga pagi merupakan
waktu yang sangat sesuai untuk mengadap dan bercinta dengan Penciptanya. Pukul
tiga pagi adalah sepertiga malam watku-waktu seorang hamba yang mencari Cinta
sang Penciptanya. Tapi Tengku Faris ketika itu baru pulang dari sarang maksiat,
dalam keadaan mabuk pula. Masuk kebilik pun dia terpaksa dipimpin kalau tidak
entah kemana jalanya. Sampai dibilik terus sahaja dia mengelunsur keatas katil..biar
pun mulutnya tidak berhenti membebel namun entak apa yang dibebelkan, maklumlah
orang yang sedang dikuasai oleh air syaitan tentulah dia sedang berbicara
dengan sayitan juga agaknya. Ketika orang alim berzikir memuji dan mencari
Rahmat Allah, dia pula menjauhkah Rahmat dan kasih Allah. Tetapi tidak pada
hari itu, dia mula terlena semalam ketika jam baru menunjukkan pukul 12 tengah
malam. Boleh dimasukkan kedalam buku Genius Book of World Record ni, bila
Tengku Faris sudah diatas katil seperti kebiasaan orang-orang yang lain
terlena.
Terjaga sahaja dari tidurnya, tiba-tiba melintas pula
bayangan wajah Nur Hidayah dimindanya. Sebab sudah diniatkan didalam hati, dia
akan memulakan misinya hari itu. Apalah yang diniatkan..MAHU MENJERAT siGADIS
POLOS. Sambil turun dari katilnya bibir Tengku Faris menyambung senyum semalam. Dia membayangkan NurHidayah
mungkin dalam gengamanya tidak lama lagi. Bila sigadis sudah digengamanya.. dia
akan mengajar NurHidayah berhibur di kelab malam. Mahu mengajar Nur Hidayah
bagaimana mahu menghias diri agar kelihatan seksi dan menarik. Biar bibir
pucatnya merah menyala menimbulkan gairah sang lelaki untuk mengucupnya. Biar
bodynya yang berbungkus diselak sedikit, untuk menunjukkan aset wanitanya yang menjadi idaman para lelaki, bila sudah
terserlah meleleh air liur lelaki yang melihatnya. Tapi yang untung dia kerana
dia peneroka pertama. Wahh otak kuning Tengku Faris mula bekerja membayangkan
perkara-perkara yang akan dilalui bersama gadis yang bernama Nur Hidayah..
Tengku
Faris begitu yakin dapat menundukkan gadis naïf seperti Nur Hidayah dengan
senjatanya ampuhnya KEMEWAHAN. Dan mulalah
dia membayangkan Nur Hidayah akan cair dengan sekali hulur sahaja. Jika
nasibnya baik tudung nya juga akan melayang, baju kurung longgarnya juga akan
bertukar pada baju ketat dan singkat seperti baju yang tak cukup kain, baju
yang dipaksa membalut badan. Ketika itu dia tak perlu lagi memerah otak untuk
membayang kan lekuk dan ketak yang ada dibadan Nur Hidayah, semuanya akan jelas
terhidang seperti sengaja ditayangkan.
Tengku
Faris bergolot-golot (cepat yang tergesa-gesa mak teh cakap
bergolot-golot) menyiapkan diri bila
dilihat jam di dinding biliknya sudah menunjukkan pukul 9.00 pagi. Semalam
rancangan awalnya mahu mengajak Nur Hidayah minum pagi bersama. Ni dah pukul
Sembilan pagi, tentu sahaja Nur Hidayah sudah minum. Sudah terlepas satu
peluangnya untuk hari itu. Tapi tak mengapa dia akan mencuba juga, jika sudah minum dan masih kenyang.. dia akan
mencuba diwaktu makan tengahhari nanti.
Itulah senarai langkah-lanmgkah oertama mahu menjerat Tengku faris. Tetapi jika
di fikir-fikir mana ada orang menolak rezeki yang datang bergolek. Apatah lagi
yang mengajak adalah anak tunggal taukeh
hotel itu sendiri. Bakal pewaris perniagaan Dato’ Tengku Faizal. Dahlah dapat
makan dan minum percuma..ditemani pula oleh
orang yang sempurna seperti
dirinya ( kacak, kaya dan bergaya).Wahh Tengku Faris sudah perasan tentang
dirinya yang hebat. Jangan lebih-lebih nanti jadi macam FIRUN pula yang bongkak
dan tak sedar diri.
Hatinya
begitu yakin jeratnya akan mengena tidak lama lagi ialah mana lah ada wanita yang menolak ajakkan bila melihat segak dirinya . Ditambah bila
orang itu tahu siapa dia. Hari itu dia menenakan baju berjalur biru dan seluar
slack biru tua. Rambutnya disisir rapi seperti biasa, biar nampak santai dan
berkarisma.
Bila melintas ruang tamu keluarganya tiada orang disitu. Mungkin mommynya masih
dibiliknya.Terus sahaja dia mencari kunci kereta. Dia memilih dan mengambil
kunci kereta BMW, kemudian berjalan menuju pintu. Dia menekan kunci kereta, berkelip-kelip lampu
kereta pilihannya memandakan kuncinya sudah dibuka. Diluar rumah dia ditegur
oleh mommynya yang sedang membelek bunga ditaman mininya.
“Faris nak kemana tu?”. Sergah mommynya
dari taman orkednya.
“Ris nak pergi kerja tolong daddy…mommy”..
Seakan mahu melompat Tengku Faridah bila mendengar jawapan dari anaknya. Tetapi rasa keterlaluan pula, namun tampa
sedar dia mencampakkan gunting untuk
menguting bunga ditangannya dan berlari mendapatkan anak dudanya. Dipeluknya
dengan kemas dengan jujuran air mata gembira.
“Alhamdullilah, Alhamdulillah syukur mommy,
Ris nak tolong daddy”.
“Apalah mommy ni, Ris nak pergi kerja
pun mommy nak menangis”.
“Mommy bersyukur sangat Ris nak tolong
daddy. Kita minum dulu. Sarapan.. bibik dah siapkan atas meja tu..jom kita
minum sama, mommy pun belum minum lagi ni.” syukur Tengku Faridah kepada Allah
yang telah mengubah sikap anaknya.
Bahagia
Tengku Faridah dengan perubahan besar anakmya. Malam tadi pun pulangnya lebih
awal dari kebiasaan dan tidak mabuk.
Pagi ini tampa dikejutkan dia bangun sendiri bertambah berperatus-peratus
markahnya kerana baru pukul 9.30 pagi
diri sudah bersiap untuk ketempat kerja. Dan yang paling mengujakan dia ingin
bekerja menolong daddynya pula. Rupanya memang benar apa yang diperkatakan oleh
anaknya malam tadi. Dia akan bekerja.
“Tak payah lah mommy, Ris dah lambat ni dah dekat pukul
sepuluh.Kerja apa kalau masuk kerja pun pukul sepuluh.” Tengku Faris memberi
alasan. Makin makin laju air mata yang terjun dari tubir mata tetapi senyum
Tengku Faridah makin lebar bila mendengar jawapan anaknya.
“Dahlah mommy janganlah
menangis..mommy ni”.
“Ialah..ialah ..Itulah lain kali
bangunlah cepat sikit ni mommy kejut dua tiga kali Ris tak nak bangun”. Tangan
Tengku Faridah laju mengesat air mata
dipipi.
“Mommy ada kejutkan Ris ke pagi tadi,
tak terasa pun. Oklah my..kalau esok mommy kejut Ris mesti bangun, Ris pergi
dulu ye”.Tengku Faris sudah membuka pintu keretanya. Dia mahu cepat, nanti terlepas pula waktu
rehat pekerja pukul sepuluh pagi.
Sampai
sahaja Tengku Faris di pejabat daddynya terus sajaha dia ke ruang kerja anaknya..
Tengku Farid. Hatinya tidak sabar mahu menyapa NurHidayah dan dia mahu
memperlihatkan dirinya yang segak
bergaya.
Sambil berjalan masuk dia bersuara
ramah kepada semua pekerja disitu..
“Hai good morning every one”.
“Good morning”..Sahut suara pekerja
yang ada disitu sambil memanggungkan kepala mereka.Yang sebenarnya mereka semua
tidak tahu mahu memanggil apa pada Tengku Faris. Mereka juga tidak begitu
mengenali dirinya kerana dia lama tinggal diluar negera hanya sesekali sahaja
menjenguk daddynya jika dia pulang bercuti. Langkahnya terus sahaja ke meja Nur
Hidayah. Sampai di meja Nur Hidayah..
“Good morning Hidayah..Tengku Farid
dah sampai ke?”.
“Dia kata dia sampai lambat sikit”.
“Kalau macam tu jom kita minum. Dah
nak waktu rehat ni”.
“Terima kasih Tengku saya dah minum”.
“Itu minum pagi tadi..ni dah pukul
sepuluh tentu yang pagi tadi dah hadam dan you dah lapar lagi..jomlah I belanja
you hari ni”.
“Terima kasih, saya hanya makan sekali
sahaja sehari. Nanti sekali lagi saya makan waktu Magrib”. Kalau dijawab masih
kenyang takut waktu makan tengahari dia datang lagi, jadi senang dirinya jika
dia berterus terang. Tetapi tidak pada Tengku Faris..dia tidak akan cepat
mengaku kalah..
“Kenapa macam tu..you diet atau you
berjimat nak kumpul duit”.
“Kedua-duanya sekali Tengku”.
“Wahh hebatnya you, muda lagi dah
pandai berjimat. Tapi hari ni tak apa, you nak makan apa ambil sahaja I yang
belanja..jom lah. Jangan diet sangat, badan you dah cantik tu, kalau kurus
sangat pun tak cantik juga jomlah.. rezeki jangan ditolaak”. bersunggh-sungguh
Tengku Faris mempelawa Nur Hidayah untuk minum bersamanya. Sambil mengoyang-goyangkan
jari telunjuknya. Aksinya sungguh ramah
dan periang dihidangkan pada gadis dihadapanya. Aksi sebegitu sering dilakukan untuk menggoda gadis
yang baru pertama kali disapa. Dengan aksi sebegitu biasanya para gadis menjadi
selesa dan mesra kepadanya.
“Maafkan saya Tengku, saya sebenarnya
dah berjanji, saya akan makan waktu Magrib nanti..saya tak boleh mungkir
janji”. Mendengar ajakkan Tengku Faris
yang bersungguh-sungguh tetapi ditolak secara halus oleh Nur Hidayah sahabat disebalik partition rasa tidak sedap
hati. Lalu dia tolong berterus terang bagi pihak Nur Hidayah. Sememangnya Nur
Hidayah tidak akan berkata dia sedang berpuasa kepada orang yang tidak rapat dengannya.
Walau bagai mana pun dia tidak akan berbuka untuk memenuhi ajakkan orang.
“Dia puasa Tengku.. setiap hari Hidayah
puasa” Entah mengapa ayah kepada bos
mereka seperti tidak faham apa yang cuba disampaikan oleh Nur Hdiayah. Jika
lelaki lain sekali dua diberi alasan dia kan beredar.
Tengku
Faris merenung Nur Hidayah atas bawah. Mengapa dia begitu tertarik dengan wajah
yang dihadapanya. Makin di pandang makin cantik pula dimatanya. Hari ini
seperti semalam Nur Hidayah berbaju kurung kuning pucat dan bunganya mewarna ungu, begitu juga dengan
tudungnya yang berwarna ungu pucat. Biar pun warna baju dan tudungnya agak
pucat dan nampak sudah agak lama, namun tidak menjejaskan penampilannya. Dia masih menarik dan tidak jemu untuk
dipandang mata.
Tajam
mata Tengku Faris merenung ..terlupa pula umurnya dua kali ganda lebih tua dari gadis yang
sedang ditenungnya. Bila melihat dirinya
ditengung dengan tenungan lama Nur Hidayah jadi tersipu-sipu. Tapi tersipu Nur
Hidayah begitu comel dimata Tengku Faris..lalu terbit senyum dibibi maconya.
“Maaf
kan saya Tengku, saya tak bermaksud saya nak mempermainkan Tengku tadi. Saya tak suka
cakap saya puasa…” Belum habis kata-katanya sudah dipintas oleh Tengku Faris..
“Kenapa
you tak cakap you puasa, puas lah I merayu emm. Esok jangan puasa tau. I nak
ajak you dari munim pagi sampai makan malam ye”. Dengan berani Tengku Faris
mengenyit mata pada sigadis yang mula menjentik rasa. Tetapi alangkah sayangnya,
ketika mata dikenyit ketika itu juga Nur Hidayah menundukkan wajah..
“Maaf
kan saya Tengku”. Huluran maaf seperti seorang pekerja yang melakukan kesalahan
Nur Hidayah menundukkan wajah... dan tunduk kepala Nur Hidayah tidak diangkat sehingga
Tengku Faris berlalu dari mejanya.
Sambil
berjalan pergi dari meja Nur Hidayah Tengku Faris berfikir… Dia merasakan Nur Hidayah hanya mencari alasan sahaja. Kerana hatinya yang tidak mahu mengalah.…Tengku
Faris memusingkan badannya dan menghampiri meja Nur Hidayah semula.
“You puasa apa, sekarang ni bukan bulan puasa”.
“Saja-saja puasa sunat hari Khamis,
Tengku”.
“Selalu ke you puasa hari Khamis”.
“In Syaa Allah kalau tiada keuzuran”.
“Emm”..Sambil terangguk-anggukan
kepalanya dan melangkah berat Tengku Faris beredar dari meja Nur Hidayah.
Nampak longlai sahaja langkahnya tapi sememang nya dia sudah lapar sedari pagi
perutnya belum berisi walaupun dengan secawan air. Pertama kali pelawaanya
ditolak oleh seorang gadis dia rasa sungguh kecewa. Bagi Nur Hidayah bila dia
dipandang oleh ayah bossnya, dia
merasakan dirinya bersalah pula. Tidak sepatutnya dia berdolak dalik, terasa
dirinya cuba untuk menarik perhatian pula. Tetapi untuk berterus terang terasa tidak elok pula. Dia
tidak mahu timbul rasa riak dihatinya dengan ibadat yang tak seberapa.
Sudah
seminggu Tengku Faris bekerja, dan setiap kali juga ajakkanya di tolak oleh
sigadis dengan alasan sedang berpuasa. Pada hari Isnin minggu berikutnya dia
sudah tidak sabar lagi. Pagi itu dia bersuara garang..
“You
jangan cakap yopu puasa hari ni”.
“Tapi
memang benar saya puasa hari”.
“Kenapa
you hari-hari puasa ..gaji you tak cukup ke..sampai setiap hari you puasa”.
“Alhamdullilah
gaji saya lebih dari cukup. Sebab saya hanya menanggung diri saya sahaja,
Tengku”
“Habis
yang you puasa sepanjang minggu kenapa??”.
“Tujuan
puasa bukan sahaja menyekat makan dan minum..tapi untuk mendidik diri dengan
sifat Sabar. Mendidik diri bersyukur dengan rezeki yang Allah beri. Kemudian
menginsafi diri pada hamba Allah lain yang kesusahan”. Termagu Tengku Faris
mendengar kata-kata Nur Hidayah.
“Habis
bila masa I boleh belanja you makan..Cakap dengan I, bila you tak puasa..I nak belanja you makan”.
Yang sebenar nya Tengku Faris tidak dapat menerima diri nya di tolak oleh
seorang gadis yang nampak naïf dan
polos..kelihatanya seperti gadis kampong yang tidak berpengalaman.
Kejantanannya rasa sangat tercabar. Dia akan berusha sampai Nur Hidayah keluar memenainya makan atau minum.
“Tengku
tak payahlah belanja saya..”
“Nur
Hidayah!!” . Tinggi suara Tengku Faris menyebabkan Nur Hidayah dan pekerja
disekelilingnya menikus takut..Tengku Farus jadi tersedar dari tingkahnya lalu
meninggalkan Nur Hidayah dengan rasa radang yang belum hilang.