Bagi Abdul Latif pula setelah mendengar isi
hati anaknya Uwais, dia mula sedar kesalahan dirinya.Dia berazam mahu melupakan
bekas isterinya Emil. Benar kata Emil,
yang lepas jangan dikenang dia sudah menjadi orang lain. Azamnya mahu
menyibukkan diri dengan berusha mendidik anak-anak yang sudah tiga orang
bersama Zila, seperti Emil mendidik anaknya Uwais, pandai dalam pelajaran dan
berpengang teguh pada ajaran ugama.Dia mahu anak-anaknya hidup dengan penuh
kasih sayang dari seorang papa.Dijadikan Emil contoh untuk panduannya mendidik
anak.
Tetapi tidak bagi Zila, bila mendengar apa
yang diperkatakan oleh suami dan anak tirinya hatinya menjadi sedeh. Namun
sedehnya hanya dipendam didalam hatinya. Tapi ingat sedeh yang terpendam
lama-lama akan parah, lambat laun akan terkesan diperbuatanya.
Bagaimana dia tak sedeh, jika benar suaminya
mahu bekas isterinya kembali kepadanya. Dia membayangkan apa yang dirasai
diawal pernikahan mereka dulu. Tentu perbuatan suaminya yang melebihkan madunya
akan dirasai semula ohh peritnya hati bila dia terkenang apa yang dirasai 6
tahun dulu. Dia masih ingat lagi. Hari pernikahanya tidak diraikan seperti
meraikan pasangan pengantin lain. Mereka hanya dinikahkan disempadan bersaksikan
abang dan kakaknya.Tiada upecara persandigan diatas pelamain, malah gambar
untuk kenangan hari bahagia mereka pun tiada siapa yang merakamnya.Hanya
kenduri kesyukuran yang dihadiri oleh jiran tetangga dua tiga pintu dari rumah
mertuanya sahaja. Sebagai pemberitahuan yang dia sudah sah menjadi isteri kedua
kepada cikgu Abdul Latif.
Lima hari selepas hari nikahnya, suaminya
pulang semula kerumah mereka. Suaminya bekejar pulang bila menerima panggilan
yang isteri tuanya sudah pulang dari
bercuti bersama mamanya. Dia dibiarkan selama sebulan tampa khabar tampa kunjungannya. Sudahlah begitu panggilan untuk
menyatakah rasa rindu dan kasihnya juga hanya menjadi harapan yang tak kunjung
tiba. Walaupun pujukkan dan alasan dari emak mertuanya bertali arus menerjah
lubang telinganya, namun tidak dapat meredakan rasa rindu belaikasih dari
suaminya. Hanya air mata yang keluar bagai mengeluarkan segala yang terbuku
dihati dan meredakan sedikit hatinya
yang lara.
Bila
melihat kesedehan menantu yang didepan mata, hati puan Rubiah jadi terhiris. Berulang
kali dia menyatakan agar dia bersabar dan mengingatkan kenyataan bahawa
pernikahan mereka harus disorok dari diketahui oleh isteri tua suaminya. Puan Rubiah sedar perkahwinan yang terpaksa tak kan dapat membahagiakan
pasangan. Begitulah menantu yang didepan mata, dia tahu deritanya seorang
isteri yang terabai, namun segalanya sudah terjadi, kesal juga tidak dapat
mengubah apa yang terjadi. Dia mahu berusha bagai mana mahu menyuruh anak
lelaki tunggalnya pulang untuk melerai rindu isteri yang baru dinikahinya.
Selain tu tidak kering lidahnya menutur kata- kata pujukkan untuk memujuk menantu yang
dalam kesedehan.
Yang sebenarnya dia akur
dengan alasan yang diberi oleh emak mertuanya, kerana dia juga tahu
sebelum pernikahan mereka berlangung bakal suaminya adalah suami orang dan dia
juga sangat mengenali bakal madunya.Dan dia juga tahu isi hati bakal suaminya menerima
dirinya dalam keadaan separuh rela..Diatas DESAKKAN emaknya yang ingin membalas budi. Dia
mengetahui dan dia mendengar sendiri perbincagan mereka ketika rancangan
pernikahan itu di bincangkan.
Walaupun segalanya telah dimaklumi namun
hatinya tetap mengharapkan sekali dua panggilan telefon dari suaminya. Tanyalah
khabar dan keadaan dirinya ketika itu. Itulah harapanya. Padanya walau hanya
sekali panggilan dia dapat menentukan kehidupanya masa akan datang. Itulah
sebabnya dia sangat mengharapkan sekurang-kurangnya sekali panggilan untuk
menyakinkan hatinya. Dia juga mengharap alunan suara suaminya dapat meredakan
sedikit rindu yang berkampung diruang hati. Selebihnya dirinya tidaklah dianggap seperti hanya bertepuk
sebelah tangan.Dia hanya mahu sedikit tempat hati suaminya. Dengan panggilan itu dia dapat
membayangkan rasa kasih dan rindu suaminya
kepadanya memang ada. Walau pun hakikatnya dia tahu itu hanya aganannya sendiri
yang mengula-gulakan hatinya sendiri.Mengapa dia mengharapkan begitu? Supaya
dia dapat membohongi harapan kasihnya selama
ini. Agar dia juga dapat membina anganan, dirinya disayangi oleh suaminya dan kehadirannya dalam
hidup suaminya bermakna dan dirasai.
Walaupun dia juga tahu sebenarnya pernikahan
itu terjadi hanya diatas kehendenk emak mertuanya yang mahukan dirinya ditemani
oleh seorang menentu dirumahnya. Dia juga tahu niat sebenar mertuanya yang
hanya mahu melepaskan rasa hati yang terkilan kerana keenganan menantu
perempuan nan seorang yang tidak mahu mengandaikan dirinya sebagai emak mertua.
Dulu ketika Puan Rubiah menyuarakan hasrat hati untuk mengambilnya menjadi
menantunya hatinya sangat gembira, walaupun dia tahu anak lelaki tunggal puan Rabiah adalah suami orang dan perkahwinan mereka
harus disorok dari pengetahuan isteri bakal suaminya.Mengapakah dia rasa
begitu?. Pada ketika itu dia merasakan mampu berkongsi suami… Mengapa dia
sanggup???.Kerana cintanya untuk Abdul
Latif yang sememangnya sudah lama ada dihati dan yang kedua dia merasa kasihan melihat Puan
Rubiah yang sering berkeluh kesah dengan sikap menantu terhadap dirinya. Dan
dia begitu yakin suaminya akan menerima kehadiran dirinya kerana bakal emak
mertuanya sangat menyayangi dirinya.
Tetapi memang benar emak mertuanya sangat mengasihi dirinya. Dia
sanggup berlakun demi dia. Bila melihat dirinya yang bersedih emak mertuanya menghubungi anaknya mengatakan dirinya tidak
sihat, dan memaksa anaknya pulang menjenguk dirinya.Hanya dari lawatan itu
dapatlah dia melihat wajah suaminya semula tapi pulangnya kali itu suaminya bersama
isteri pertamanya. Dia hanya dapat memandang kemesraan suaminya bersama isteri
tuanya dihadapan mata. Rindunya yang bergelora membadai dalam diam. Hatinya
yang terhiris banjir dengan air mata. Akhirnya dia memerap didalam bilik,
sehingga suaminya berlalu, dia hanya
dapat melihat belakang kereta proton waja milik suami dan madunya berlalu pergi
dengan rindu kasih yang tak terlerai.
(Pernahkah seorang lelaki atau yang paling tepat 'suami' memikirkah hati seorang isteri yang begitu?.tak masuk dalam cerita)
(Pernahkah seorang lelaki atau yang paling tepat 'suami' memikirkah hati seorang isteri yang begitu?.tak masuk dalam cerita)
Begitu perit menjadi yang kedua yang disorok.
Tidak tergambar dulunya dia akan merasai perasan yang begitu menghiris.
Dirasakan dulu jika dia dapat hidup disamping
Abdul Latif walau hanya seminit dia sudah merasakan sangat bahagia. Tetapi
setelah melaluinya tidak seperti anganan dalam mimpi semalam yang tak pernah
muncul dialam nyatanya. Bahagia dalam mimpi rupanya derita dialam sedar.
Alam perkahwinannya sudah melangkau hamper
setahun. Perut sudah memboyot kerana benih suaminya ada bernyawa didalam
rahimnya, dia hanya dijenguk sebulan sekali sahaja, itu pun dengan alasan
memberi duit belanja kepada emaknya. Diawal kehamilanya pun dia hanya meraikan
bersama emak mertunya sahaja. Disaat kelahiran anak pertama mereka
dia mengharungi kesakitannya sendirian. Suaminya pulang setelah seminggu kelahiran anaknya.
Dia terpaksa disorok dirumah jiran berhampiran kerana ketika itu suaminya
pulang bersama isteri tuanya. Ohh pedihnya rasa..tetapi hakikatnya dia yang memilih kepedihan itu, jadi dia harus bersabar.
Tetapi bahagia untuknya menjengah juga.
Setelah hamper tiga tahun pernikahan mereka akhirnya perkara yang disorok
terbongkar juga. Diakhir cerita yang
terbongkar meleraikan ikatan perkahwinan antara suami dan madunya. Mereka
bercerai. Abdul Latif akhirnya milik dirinya seorang.Tidak lama perceraian
mereka, suaminya berpindah dan mengajar disekolah yang berdekatan dengan
kampong mereka.
Baru
tiga tahun mengecapi bahagia kerana suaminya sentiasa didepan mata. Rupanya
bahagia yang dikecapi tidak bertahan lama. Rupanya suaminya tidak mampu memadam
kenganan manis bersama bekas isteri dan menharapkan kenagan itu berulang lagi.
Itulah maksud bualan yang baru sahaja didengarinya diantara anak tiri dan
suaminya tadi. Ohh peritnya rasa..Baru panas dipertengahan hari… awan mendung sudah
mahu menutupi matahari, tanda-tanda hujan mahu turun. Bakal hujankah harinya
ataupun banjir lagikah hatinya. Sesekali ada juga rasa kesal menyelinap dalam
hatinya kerana mengikutkan kata hati yang cinta. Tapi apa yang hendak dikata
nasi sudah menjadi bubur.. Mampukah dia mengulangi derita 6 tahun dulu. Mampukah dia bertahan
dengan rasa terpinggir. Akan sabarkah
dia dengan dugaan membesarkan anak sendirian… Ahh mampukah dia. Itulah soalan
yang bergema didalam hatinya, yang menanti untuk dijawab oleh dirinya sendiri..
Solan yang bergema dihati belum sempat
terjawab dirinya kembali kealam nyata, bila dia mendengar pintu bilik dibuka
dari luar. Wajah suaminya terjengul dimuka pintu mengajaknya solat Isyak
berjemaah dirung tamu rumah milik
keluarga suaminya.
====================
Masa berlalu dengan pantas, kini Uwais sudah
dipenggal pertengahan persekolahan dalam tinggkatan limanya. Dia baru sahaja
selesai kertas terakhir pepereksaan percubaan untuk SPMnya. Sedang dia duduk
dimejanya memerhati guru penjaga peperiksaan mengutip kertas jawapan mereka
tadi, dia dihampiri oleh sahabat baiknya Ahmad Sufian.
“Is
aku dengar semua soalan periksa ni adalah solan
yang dijanggkakan keluar dalam SPM nanti”.
“Entahlah
Pian aku tak kisah sangat..soalan sport ke tak sport tapi yang penting kita
baca semauanya. Takut kita hafal sangat solan tu tiba-tiba soalan lain pulak
yang keluar..mati kutu kita kat dalam dewan periksa tu nanti”.
“Ialah
Is.. ayah aku pun cakap macam tu juga. Engkau siapa yang ingatkan kau macam tu”.
“Aku
cerita dengan mama aku semalam, soalan periksa kita ni soalan spot..Dia
nasihatkan aku supaya jangan taksub
sangat dengan soalan spot, yang lain baca juga. Hanya kalau soalan spot ni kita
ambil perhatian lebih sikit”
“Emm.(Sambil
mengangguk-anggukkan kepala)…ayah aku pun cakap macam tu juga..macam serasi
sahaja ayah aku dan mama ku nikan Is.. Is aku sebut ayah aku dan mama kau ..baru
aku teringat masaalah kita ni”.
“Ehhh
apa masaalahnya ayah kau dan mama aku ni”.
“Taak
ada..bukan masaalah ayah aku dan mama kau..tapi masaalah kita.”
“Kau
ni Pian sekejab kata ada masaalah sekejap kata tak ada. Ni kita pula yang kau kata ada masaalah,hai pening aku. Baru habis kertas
percubaan kau mula tak tentu arah. Aku takut lepas SPM kau jadi sewel pula nanti..Kenapa
Pian?”. Berkerut-kerut dahi Uwais mencerana apa yang diperkatakan oleh sahabat
baiknya namun tidak terjumpa jawapanya.
“Kau
ni Is,kenapa kau doakan aku jadi sewel pula..aku ni tengah memikirkan masaalah
kita ni. Kau tak pernah fikir ke yang kita hanya ada masa tak sampai 6 bulan
sahaja untuk SPM?”.
“Tak
pernah aku tak fikir pasal SPM kita ni Pian. Peperiksaan yang akan menentukan
kita kat mana tu”.
“Haa
dah tu, kalau dah SPM ertinya masaalah kita makin menghampiri kita Is”.
“Masaalah
apanya Pian. Cuba kau cakap terus terang, aku ni pening jawap soalan tadi pun tak
hilang lagi.. ditambah dengan cakap kau yang sungguh misteri ni”.
“Ok..ok.
aku cakap terus terang kita fikirkan bersama ye..Macam ni lepas SPM nanti In
Syaa Allah kita akan pergi mencari ilmu untuk hidup kita dimasa depankan.”
“Itu
dah memang semestinyalah, kita terpaksa keluar mencari ilmu untuk kehidupan
kita dimasa hadapan Pian. Semua orang macam tu. Lainlah kalau kita ni anak
orang kaya yang bertaraf jutawan, harta
mak bapak makan tujuh keturunan tak habis bolehlah kita minta mengecualian dari
mencari ilmu jauh-jauh. Lepas tu kita minta sahaja mak bapak kita panggil orang ajar kita. Waah kalau
macam tu seronok kan Pian”.
“Hooi
kau berangan lebih ni..jadi anak jutawan
lah ada orang ajar datang mengajarlah.Is! harta ni walaupun tinggi mengugung tapi kalau hari-hari kena tarah rata juga. Lagilah
memandangkan sekarang taraf hidup kita semakin tinggi”.
“Emm
eloklah kalau kita sedar macam ni, ada orang tu tahu nak menghabiskan harta mak
bapak diorang saja tak tahu nak cari sendiri. Tapi apa kaitan dengan masaalah yamg kau nak cakap
tadi.”
“Is!
jomlah kita duduk kat belakang tu. Aku nak cerita tentang masaalah yang aku
cakap tadi”.Mereka menyisih dari kawan-kawan yang mulai bising berbincang
kertas yang baru sahaja mereka tamatkan tadi.
“Apa
masaalah yang nampak macam serius sangat ni”.
“Tak
lah serius sangat.. tapi aku mula susah hati bila hari berganti rasa macam laju
sangat, kita nak sampai kehujung tahun
hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi. Aku rasa baru sangat kita dapat
keputusan PMR, ni kita daaah nak ambil SPM pula bukan lama lagi Is, tak sampai
6 bulan hari yang penuh debaran, penuh semangat dan penuh azam kita akan tiba”.
“Jadi
apa masaalahnya..aku tenguk kau ok sahaja belajar. Tak dapat kat kelas… balik kau rujuk dengan ayah kau, apa susah.
Kalau kita duduk berbincang kau lagi edvance
dari rakan kita yang lain termasuklah aku. Siapa tak kenal anak bungsu cikgu Mohd
Nassir.”.
Sungguh benar Ahmad Sufian merupakan diantara
10 pelajar cemerlang disekolah mererka. Dan murid harapan sekolah yang akan
membawa nama sekolah mengungguli pencapaian cemerlang sekolah mereka nanti.
Uwais sangat bersyukur menjadi sahabat Ahmad Sufian dia boleh menumpang kepandainya rakannya.
“Pasal
belajar aku memang tak ada masaalah.Yang aku fikirkan, masa kita pergi belajar lepas
SPM nanti. Lepas SPM nanti In Syaa Allah kita akan pergi belajar Is. Aku kalau
ada IPTA atau IPTS yang ada dekat-dekat kampong kita akau tak nak pergi jauh Is,
aku nak tetap duduk sini…tapi masaalahnya tak ada..aku fikirkan ayah aku akan
tinggal sorang kat rumah nanti”.
“Haai
kau ni Pian. Ayah kau tukan jantan, jadi apa masaalahnya kalau dia tinggal
sorang kat rumah. Lainlah kalau mama aku. Sepatutnya akulah yang bimbang nak
tinggalkn mama aku kat rumah sorang, walaupun dia dah berumur tapi hakikat nya dia
tetap seorang perempuan. Perempuan bahaya untuk dia sentiasa ada.Tak kira tua
ke muda.”
“Mama
kau dah tua ke Is, aku tenguk tua lagi ayah aku”.
“Tua
lah dah empat puluh tahun umur dia”.
“Ehh
tua lagi ayah aku..ayah aku dah dekat 50 umurnya, rasanya tahun dia dah 49
tahun. Kau tak bercadang nak kasi mama kau kahwin lagi ke Is”.
“Kita
ni anak, mana boleh carikan jodoh untuk emak ayahnya”.
“Ialah
tapi kalau mama kau tu, ada lelaki yang nakkan dia… kau izinkan tak dia kahwin
lagi..atau kau mengharapkan papa kau juga yang kahwin semula dengan mama kau”.
“kalau
ada jodoh dia aku tak kisah..tapi nak kata tunggu papa aku rasanya tak mungkin.
Mama aku berpisah dengan papa sebab papa
aku nikah lain, mama aku pula tak sanggup hidup bermadu. Kau tahu kan mama aku
tu garang sikit orangnya”.
“Tapi
pada aku.. mama kau tak lah garang sangat biasalah orang perempuan mana sanggup
berkongsi suami.”
“Pandai
pula kau bab-bab macam nikan Pian”.
“
Cuba lah kau tenguk cerita-cerita kat tv tu..aku tenguk kat tv lah yang aku
tahu hati perempuan dengan bab berpoligami ni”.
“Ialah
tu”.
“Is!!”
“Emm”
Uwais menoleh kearah sahabat yang memanggil.
“Kalau
papa aku kawin dengan mama kau kau kasi tak?”
“Hissy
kau ni sanggup ke kau nak menjadikan anak tiri mama aku. Mama aku garanglah..silap
hari bulan kau kena jeruk nanti”.
“Tak
kan kena jeruk punya..aku tenguk mama kau tu ok apa”.
“Aku
takut papa kau yang tak nak dengan mama aku Pian. Biasa orang ni kalau berpisah
mati dia tak akan lupa arwah isteri dia sampai bila-bila pun”.
“Kalau
perempuan mungkin ia tapi kalau lelaki lainlah Is, sebab lelaki ni dia tak
pernah nak buat kerja rumah semua harapkan isteri buat untuk dia. Bila isteri
tak ada mula lah rasa janggal nak uruskan hidup dia.Lagi pun ayah aku suka
bercerita, dulu masa arwah ibu aku masih hidup tak pernah akau tenguk dia duduk
termenung, ayah aku rajin berbual mengenai anak-anak murid dan kawan-kawan dia
pada ibu aku. Masa ibu dah meninggal dia akan bercerita pula kat adik-beradik aku. Sekarang ni, dia akan
bercerita dengan aku sebab dah tak ada orang lain kat rumah. Tapi kalau aku pun
dah keluar belajar dengan siapa pula dia nak bercerita. Itu yang aku kenangkan.”
“bab
mama ku ni..aku takut ayah kau tak boleh nak terima.”
“Kenapa
pula..sebab garang??”.
“Itu
salah satu sebabnya. Tapi aku nak cakap dengan kau supaya kau dapat timbangkan
cadangan kau tu”.
“Ok
aku, dengar cakaplah”. Dua orang anak memikirkan hal orang tua mereka yang
bakal ditinggalkan kerana mencari Ilmu.
“Macam
ni. Aku ada tanya pak Long aku sebab-sebab mengapa mama dan papa aku bercerai”.
“Ehh
kau kata mama kau anak sulong dan papa kau anak lelaki tunggal, mana pula
datangnya pak long kau tu Is.”.
“Pak
Long Muaz ayah siSiti Rahmah tu, abang sepupu mama aku, dialah yang aku
maksudkan”.
“Siti
Rahmah budak tingkatan tiga yang comel tetapi garang tu ke?”
“Ialah..budak
yang kau gelar ibu kucing beranak kecil tu”.Keduanya ketawa lucu bila
mengenagkan sikap garang dua pupunya Siti Rahmah yang tak mesra alam dengan
kaum yang berlainan jantina dengannya.
“Ohh
ayah dia…kau rupanya ada kaitan dengan dia, patutlah kau berani tumpang kereta
ayah dia balik sekolah, apa yang ‘siayah
kucing betina beranak kecil’ tu cakap kan”.
“Hssy
kau ni jangan mengata dia macam tu dia dua pupu aku tu."
"Lain macam kau ni Is kau ada apa-apa ke dengan dia".
"Kau ni dahlah janga fikir dia. Pasal ayah dia tu, dia ada cakap sebab papa aku nikah lain..yang pertama sebab nenek aku nak cucu dari anak lelaki lebih dari seorang. sedangkan mama aku tu ditunggu-tunggu tak mengandung lagi. Yang kedua mama aku ni garang dan tak suka balik kampong. Pian!!kalau ayah kau pun nak anak lagi macam mana? Aku rasa mama aku dah terbukti.. hanya aku nilah sorang anak dia. Kalau garangnya tak berubah sanggup ke ayah kau. Aku takut kakak kau yang dua orang tu nanti kena gulai dengan mama aku”.
"Lain macam kau ni Is kau ada apa-apa ke dengan dia".
"Kau ni dahlah janga fikir dia. Pasal ayah dia tu, dia ada cakap sebab papa aku nikah lain..yang pertama sebab nenek aku nak cucu dari anak lelaki lebih dari seorang. sedangkan mama aku tu ditunggu-tunggu tak mengandung lagi. Yang kedua mama aku ni garang dan tak suka balik kampong. Pian!!kalau ayah kau pun nak anak lagi macam mana? Aku rasa mama aku dah terbukti.. hanya aku nilah sorang anak dia. Kalau garangnya tak berubah sanggup ke ayah kau. Aku takut kakak kau yang dua orang tu nanti kena gulai dengan mama aku”.
“Uwais!!
(sambil menutup mulut kerana tidak mahu ketawanya pecah) Ayah aku tu dah 50
tahun umurnya takkan lah nak beranak kecil lagi, dia bukan tak ada anak yang
terdesak sangat nakkan anak. Kami dah ada 4 orang, yang nak menyambung keturunan
dia. Dan kalau mama aku nak gulai kakak aku, diorang bukan ada selalu kat
rumah. ..cuti semesta sahaja diaorang balik. Kalau balik semesta ni dia kena
gulai semesta depan tak payahlah balik. Takkan mama kau sanggup cari sampai kat
tempat kakak aku belajar sebab nak gulai anak tiri. Lagipun depan ayah aku
takkan dia berani buat macam tu kan”.
“Jadi
kau memang berhajat sangatlah nak jadikan mama aku tu mama tiri kau”.
“Kalau
kau setuju..kecil tapak tangan tu padang sekolah aku tadahkan”.
“Waah
kau ni Pian pandai pula berbahasa kiasankan”.
“Ehh
siapa tak kenal anak bungsu cikgu Mohd Nassir..jadi macam mana kau setuju tak”.
Uwais gelak lucu melihat tingkah sahabatnya. Dia merasa lucu mahu menerima
risikan sahabatnya untuk jodoh mamanya.
“Kau
macam bersungguh ni..kau dah tanya ayah kau ke?..memang dia dah berkenan dengan
mama aku ni”.
“Ehh
aku memang bersungguh ni Is..Tapi aku belum tanya lagi kat ayah aku. Aku nak
tanya pendapat kau dulu lepas tu kita mulakanlah misi kita sama-sama. Ok, apa
macam”.
“Haa
jangan buat kerja gila Pian…nanti bila aku cakap dengan mama aku dan mama aku
setuju, alih-alih ayah kau pula yang tak mahu.. malu besar nanti mama aku.
Dahlah Pian hal orang tua biarlah diorang selesai kan sendiri.”
“
Jangan lah fikir macam tu Is..kalau kita tak tolong memikirkan hal orang yang
kita sayang, siapa lagi yang akan memikirkan.
Kau tak kesian kat mama kau ke, bila mengenangkan dia akan duduk sorang. Kau
tak fikir ke bahaya dia dan siapa akan tolong dia masa kau tak ada nanti. Bukan
sekejap tau kita pergi belajar sekurang-kurangnya 4 ke 5 tahun. Lepas belajar
kita kena pergi kerja pula. Kalau kita ni perempuan tak apalah, kita tunggu sijil STP sahaja. Mesti laku punyalah”.
“Hebatlah
kau Pian belum SPM lagi kau dah fikir sijil STP pula”.
“Kalau
aku ni perempuan aku memang fikir sijil STP tu, dah 18 tahun kan umur kita ni dah
layak pun dapatkan sijil STP tu.. tapi masaalahnya aku ni lelaki. STP yang aku
maksudkan tu bukan sijil untuk lepas tingkatan 6, tapi STP yang aku cakap ni SAYA
TUNGGU PINANGNAN, sijil nikah Uwais oii.” Ha ha ha dua anak remaja ketawa besar
dibelakang kelas hingga mencuri tumpuan
rakan lain yang sedang berbincang kertas periksa yang baru selesai. Reda ketawa, mereka menyambung perbincangan
mereka semula.Ahmad Sufian yang membuka cadangan untuk difikirkan oleh mereka
berdua.
“Aku
ada satu rancangan..hal jodoh ni biar mereka yang tentukan sendiri. Kita jangan
paksa mereka menerima cadangan kita”.
“Wahh
kau ni banyak akal lah Pian, tak sangka aku.. dah lah pelajar pandai. Merangcang
masa depan pun pandai juga rupanya”.
“Rasa
nak terbang aku kalau kau puji aku macam ni. Tapi yang sebenarnya aku kesian
kat ayah aku..aku takut dia kesuyiaan kalau dia tinggal sorang nanti. Nak harap
adik beradik aku yang lain sampai bila. Kita nikan makin lama makin dikejar
dengan tanggung jawab. Takan selama nya kita nak hidup sendiri.. Sampai masanya
kita akan berkeluarga sendiri juga Is. Kalau kita dah jadi ayah macam mana kita
nak ambil berat selalu dengan ayah kita. Aku rasa kakak aku yang tua tu tunggu
masa sahaja. Tamat sahaja dia belajar mungkin tak sampai dua tahun adalah orang
nakkan dia..”.
“Untung
ayah kau dapat anak macam kau Pian”.
“Alhamdullilah..tapi
mama kau pun untung juga dapat anak macam kau Uwais. Untuk jadi anak yang
menguntungkan kedua ibu ayah kita, marilah kita susun satu rancangan untuk jodoh
diorang. Kalau rancangan kita berjalan dengan lancar dan mereka ada jodoh..kau
rela tak aku jadi saudara tiri kau”. Uwais tergelak lucu lagi mendengar bicara
temanya.
“Aku
tak kisah kau atau sesiapa pun yang akan jadi saudara tiri aku, yang penting
bakal ayah tiri aku tu memang menerima mama aku seadanya…aku suka saje kalau
mama aku bahagia Pian.”
“Kalau
macam tu jom kita cari jalan. Mula-mula atur satu pertemuan antara ayah aku dan
mama kau, supaya dengan pertemuan itu mereka boleh menilai sesuai atau tak mereka berpasangan nanti”.
Kali ini gelak mereka ditahan supaya tidak mencuri tumpuan rakan sekelas mereka
yang lain. Entah mengapa mereka merasa lucu menjadi ejen penemu jodoh kepada
mama dan ayah mereka.
Berjayakah
mereka? tunggu ye mak teh tengah nak
cari ayat cerita yang seterusnya. Tapi lambatlah sikit….nak fikir nak ke cik gu
Emil Atilia dengan ayah si Sufian.