Ramai-ramai
makan berhidang,
Angkatlah
tangan tanda syukur mengadap rezeki,
Ada kambing tak masuk kandang...
Biarlah... hari masih siang lagi. (Kata
perumpamaan, untuk menegur seseorang, ada nasi tak masuk mulut)
Sejak keluarganya pulang dari kuala
Pilah bertanyakan Amirah untuk dirinya sekali lagi, jantung Loqman sentiasa
berdegup kencang. Sudah tiga hari Loqman berperang dengan hatinya sendiri. Kalau
mengikut kata mamanya sudah tiga hari Amirah pulang bercuti. Loqman berkira-kira
dalam hatinya. Mungkin Amirah sudah diKuala Pilah sekarang ini. Mengenangkan penerimaan Amirah terhadap
dirinya jantungnya berdegup kencang. Ahh makin difikir makin bercelaru
fikirannya. Dia berdoa agar terbuka pintu hati bekas isterinya untuknya. Dia
juga sedang bercuti. Tidak sabar rasanya
dia ingin berjumpa dengan Amirah, supaya reda gelombang yang membadai dalam
hatinya. Biar apapun jawapan Amirah, dia sudah bersedia. Loqman sudah tidak
tahan lagi dengan hatinya sendiri terus terusan bersengketa didalam. Sudah
lama tidurnya tidak lena memikirkan
Amirah. Lagi bertambah hebat sejak dua tiga hari ini memikirkan jawapan Amirah.
Loqman
keKuala Pilah dengan hati yang berdebar. Dikotak fikirannya sudah terkarang
ayat yang akan diperkatakan pada Amirah nanti. Rasa ingin sahaja dia menulis pada
sehelai kertas segala apa yang hendak diluahkann nanti, supaya tidak terlupa
atau lari dari tujuan asal. Dia sampai dirumah keluarga Amirah jam sudah
menunjukkan pukul sepuluh pagi. Dia memberi salam…
“Assalamualaikum...” Salam Loqman disambut dengan
suara garau dari dalam rumah. Dihalaman rumah
sudah terpakir sebuah kereta SAGA 1.3 berwarna ungu gelap milik Amirah. Rasanya
sudah hampir dua tahun Amirah membeli
kereta itu.
Sejak
Amirah bekerja diKLIA dia terpaksa memiliki keenderaan sendiri. Kereta itu
dibeli untuk memudahkan dirinya pergi dan balik dari tenpat kerjanya, kerana
dari kuartersnya diNilai
kepejabatnya dibangunan kerajaan
KLIA masih belum ada lagi kemudah pengankutan awam. Mungkin penempatan baru
itulah sebabnya masih belum lengkap dengan sepenuhnya. Mendengar cerita dari mamanya,
Amirah merasa malu bila sering kali menumpang rakan untuk pergi ketempat kerja,
terutama menumpang kereta kawan lelaki. Dia sedar, dirinya seorang janda yang
sering dicurigai oleh setiap kaum hawa terutama para isteri. Dia berusha membeli keenderaan sendiri untuk kemudahan dirinya pergi dan balik dari tempat kerja.
Sudah dua tahun lebih Amirah ditukarkan
keKLIA, walaupun sudah bertukar tempat kerja namun Amirah masih lagi berkerja
mengikut giliran atau pun syift.
Untuk
melihat siapa yang datang, ayah Amirah yang menjenguk keluar rumah. Jika didengar
dari suara yang memberi salam dia sudah boleh meneka siapa yang datang. Memang
benar tekaan dalam hatinya tadi. Bekas menantunya yang datang. Dia juga sudah
menjangkakan kedatanganya, kerana bekas besannya telah menghubunginya malam
tadi. Dia mengambil cuti segera hari itu. Encik Abdul Rahim mula memikirkan bagaimanakah caranya mahu
menyuruh anak sulongnya berjumpa dengan bekas suaminya. Dia sudah membaca sikap anak sulongnya, setiap
kali bekas menantunya datang untuk menziarahi anak mereka, Amirah akan berbuat
seribu dalih atau duduk didalam bilik untuk tidak berjumpa dengan bekas
suaminya.
“Waalaikumsalam...Naiklah Loqman, murah rezeki
kamu, kami tengah minum ni, naiklah jom kita minum sekali”.
‘ Lambatnya mereka minum pagi…’detik hati Loqman.
“Tak apalah
ayah, Man dah minum kat rumah tadi masih kenyang lagi ni.” Tetapi yang
sebenarnya dia tidak berselera makan atau pun minum sejak dua-tiga hari lagi,
memikirkan penerimaan dan jawapan bekas isterinya nanti. Selagi persoalan mereka
belum selesai mungkin selama itulah seleranya akan tertutup. Loqman keruang
tamu diiringi oleh bekas bapa mertuanya. Kemudian di berterus-terang tujuan dia
datang kepada bekas bapa mertuanya.
“Ayah.. Man datang ni nak minta izin ayah….Man nak
jumpa Mirah nak bincang sikit dengan dia,’ pasal kami.’” Loqman menyatakan hasrat
hatinya. Dia berterus terang tujuan kedatanganya. Dia tidak suka berselindung
kerana kedua ibu dan ayah Amirah juga jenis yang suka berterus terang.
“Ialah.. nanti ayah panggilkan Mirah dia tengah
masak untuk makan tengahari tu.” Ayah Amirah masuk kedapur, untuk memanggil
anaknya.
“Kakak, Loqman
datang tu, kakak dah sudah minum, pergi temankan Loqman kat depan kejap. Tak
baik membiarkan tetamu sorang-sorang. Kita
mesti menghormati tetamu, ayah nak minum dulu dengan ibu kamu.” sengaja ayah Amirah
memberi alasan begitu supaya Amirah mahu menemankan Loqman. Encik Rahim
walaupun lembut dan jarang memarahi anak-anak nya tetapi tegas. Tidak seorang
anaknya berani membantah segala arahan yang keluar dari mulutnya. Begitu juga
Amirah walaupun dia agak manja dengan ayahnya.
“ajaklah dia minum sekali ayah, nanti kakak
ambilkan cawan.” Amirah berhelah, untuk
mengelak dari berberjumpa denga bekas suaminya.
“Dia kata dia masih kenyang lagi, biarlah nanti
dia makan tengahhari sekali dengan Syifa.
Tentu Syifa suka makan dengan ayah dia. Dua tiga hari ni dia asyik sebut ibu
dengan ayah dia saja agaknya dia dah rindulah tu, sebab kamu dan Loqman lama tak
balik.” terkedu Amirah mendengar jawapan ayahnya. Didalam kepalanya
mencari-cari lagi alasan....
“Kakak
tengah kacau masak lemak nilah ayah.” Amirah memberi alasan supaya dia tidak
diarahkan melayan bekas suaminya. Kalau boleh memang dia tidak mahu berjumpa
atau bertentang mata dengan bekas suaminya. Dia tahu hatinya yang mudah bersimpati.
“Tak apa biar ibu sambung..kakak pergi keluar dulu.
” ibunya pula datang ingin menyambung kerja-kerja Amirah pula.
“Ibukan tengah minum dengan ayah..pergilah ibu
minum, biar lah abang Man kat tu luar dulu.” Amirah berkata perlahan agar tidak
didengari oleh ayahnya.
“Pergilah sekejap nanti ayah marah..ibu dah sudah
tapi nak temankan ayah saja.”
Amirah
sudah tidak terkata, tiada alasan untuk dia mengelak lagi, ibunya bagai
menyokong tindakkan ayahnya pula..lagi pun kerja-kerja memasak sudah hampir siap
semuanya, hanya tinggal masak lemak cili api daging salai itu sahaja yang masih
diatas dapur. Dengan rasa berat hati dia keruang tamu. Masak lemak itu adalah
permintaan ayahnya yang teringin nak makan kerana sudah lama ibunya tidak
memasakkan untuknya.
Amirah keruang tamu dan memberi salam kepada
tetamu yang datang.
“Assalamualaikum…abang
Man nak minum apa.” Wajahnya dimasamkan ketika
Amirah menegur bekas suaminya. Kini oleh kerana Loqman bukan lagi suaminya,
Amirah memanggilnya dengan menyebut nama di hadapan panggilan abang ‘ abang Man’ itulah panggilanya ketika dia
masih remaja dan sebelum mereka nikah dulu, adik-adik Amirah juga memanggilnya
begitu.
“Air mati cukuplah.” Amirah berlalu kedapur untuk
mengambilkan air mati atau air kosong ada sesetengah orang
memanggilnya air putih atau air jarang. Untuk keempat-empat istilah itu
sama sahaja. Yaitu air yang telah masak dan dibiarkan sejuk pada suhu bilik.
Amirah kedapur untuk mengambilkan air untuk bekas suaminya, kemudian keluar semula
lalu meletakkan segelas air mati di atas meja kopi. Sebelum Amirah masuk semula,
cepat-cepat Loqman bersuara.
“Mirah duduklah sekejap ..abang nak minta tolong
dengan Mirah.” Loqman memohon.’Kan betul’...bisik
hatinya. Tadi semasa ayahnya menjawab salam dia tahu Loqman yang datang
terdetik dihatinya ‘Ni tentu ada- apa-apa
dia datang masa Syifa pergi sekolah...apalah yang dia nak ni.’
“Abang Man nak minta tolong apa?…kalau nak bawa Syifa
balik PD boleh, tapi tunggulah hari Sabtu dan Ahad..kita jangan biasakan dia
ambil cuti masa waktu sekolah.. nanti dia terbiasa.” Walaupun perlahan tetapi kasar
sahaja intonasi suara yang keluar dari mulutnya.. Amirah takut jika ayahnya mendengar layananya
terhadap tetamu tentu dia ditegur nanti. Kebetulah hari itu hari Isnin..hari
permulaan minggu bersekolah.
“Duduklah dulu.. abang nak cakap ni.. kita
bincang sikit...” Amirah memandang bekas
suaminyanya dengan pandangan tajam. Wajahnya dimasamkan kalau dilihat tahap
kemasamanya, lebih masam dari asam gelugur. Tetapi dimata Loqman masih ada
manisnya. Kalau hati dah suka yang busuk tu pun berbau wangi..betul ke?. Loqman
tidak tersinggung dengan layanan dingin
bekas isterinya dia juga melihat raut wajah Amirah seakan bosan memandang
kepadanya. Amirah tidak berganjak. Dia tetap berdiri.
“Mirah duduklah dulu, tolonglah abang Mirah..abang
dah tak sanggup rasanya hidup macam ni..tolong terima abang Mirah..abang nak
Mirah terima abang balik dalam hidup Mirah….. berilah abang peluang sekali lagi
menjadi suami Mirah. Abang mengaku
semuanya yang terjadi selama ini memang salah abang, abang minta maaf banyak-banyak.”
Amirah
memandang Loqman dengan renungan yang bertambah tajam, kalau boleh renunganya
itu mencederakan Loqman sudah tentu Loqman tergolek kerana cedera parah akibat
renungan Amirah itu. Dia sudah duduk
bertentangan namun matanya masih merenung Loqman dengan mulut yang terherut
herut menyatakan hati sedang marah. Tujuan renungan dan herotan mulutnya itu
supaya Lqqman gentar atau terkelu untuk bertentangan mata dengannya.Dia juga berharap dengan renungan itu Loqman akan pulang
sekejapan itu juga. Ingin sekali dia membalas kata-kata bekas suaminya ‘Dia benci dirayu begitu’. Tetapi jika dia bersuara takut kata-katanya akan didengari
oleh ayahnya pula, ayahnya tidak jauh dari tempat mereka bersidang hanya
dipisahkan oleh dinding playwood sahaja . Jalan mudah dia mendiam diri sahaja
mungkin dengan menunjukkan bahasa
matanya dan gerakkan mulutnya Loqman tahu dia sedang marah kepadanya. Loqman
sengaja tidak mengerti bahasa yang dihantar oleh bekas isterinya. Bagi Loqman
peluag bersemuka dengan Amirah akan digunakan sebaik mungkin... kemudian dia
menyambung lagi kata-katanya.
“Mirah tolong lah terima abang ….abang nak hidup
macam orang lain …abang nak serumah dengan Mirah dan anak abang Syifa.” Loqman
memandang dengan pandangan sayu penuh pengharapan.
Tetapi
entah jampi apa yang dibaca oleh Loqman, pandang sayu yang penuh dengan harapan
dan muka kesian yang dipamirkan oleh Loqman mencairkan sedikit rasa yang berbuku
dihatinya. Tidak disangka pandangan tajamnya tadi, tidak menggentarkan hati bekas
suaminya, dia pula yang tertewas dengan pandangan memohon simpatinya. Amirah
mula menundukkan pandanganya, jantungnya mula berdebar mendengar rayuan bekas
suaminya. Itulah sebabnya dia tidak mahu
berjumpa. Dia tahu hatinya selalu lemah kalau dirayu. Walau dirinya nampak
garang dan keras..tetapi yang sebenarya hatinya lembut, mudah kasihan dan cepat
memaafkan dan mudah lembut dengan pujukkan. Dia tahu Loqman menanti jawapan
darinya. Mahu tidak mahu akhirnya Amirah
menyatakan apa yang ada didalam hatinya..
“Pada Mirah perkara yang lepas biar lah lepas
abang Man, Mirah bahagia hidup macam ni..Mirah takut Mirah tak boleh berubah
seperti mana yang abang Man harapkan”.
“Abang tak pernah meminta Mirah berubah dan abang
memang harap Mirah tidak berubah.. abang yang patut berubah, abang dah janji pada diri abang ni abang akan
berubah Mirah. Mirah.. abang dah sedar sekarang abanglah yang perlu berubah. Itulah
sebabnya abang dah mula mengubah diri
abang ni sedikit demi sedikit, supaya hidup kita nanti tak kacau bilau macam
dulu..Yang dulu tu memang abang yang
salah.” bersungguh-sungguh Loqman
menyatakan apa yang ada dihatinya. Dia sedar inilah peluangnya. Peluang
sebegitu sangat sukar didapatinya jika berkaitan dengan Amirah. Dia akan menggunakan
sebaik mungkin.
“Tapi Mirah
dah bahagia hidup macam ni..Mirah tak mahu fikir apa-apa lagi, yang lepas biar
lah lepas..abang Man carilah kebahagian abang Man sendiri dengan wanita lain.”
lembut sedikit kedengaran suaranya.
“Mirah tolonglah..kalau bukan untuk Mirah..berilah
peluang untuk anak kita hidup dalam keluarga yang normal, biarlah dia merasa
hidup dengan ibu dan ayah dia..macam kita.. tolong lah Mirah.”
“Nantilah Mirah bincang dengan ayah dan ibu dulu.”
suasana sunyi sebentar. Disinilah kelemahan Amirah, jika untuk orang-orang
disayanginya dia akan lemah dan sedia berkorban.
Kedengaran
bunyi injin motosikal masuk kehalaman rumah. Tidak lama kemudian kedengaran
pula suara halus memberi salam dari luar. Anak mereka Syifa baru pulang dari
sekolah tadika dijemput oleh datuk Rahimnya. Encik Abdul Rahim juga memohon cuti rehat hari
itu. Semalam bekas besan menghubungi, katanya jika tidak ada aral melintang dia
akan menyuruh Loqman berjumpa Aimrah esok pagi. Ini bermakna hari ini. Kebetulan
dia juga ingin bersama-sama anak sulongnya yang telah lama tidak bercuti. Dia
suamiisterin ingin makan-makan yang istimewa sedikit. Selepas menghantar
cucunya kesekolah tadika, dia kepasar membeli seekor ayam dan beberapa biji bacang muda, untuk juadah
makan tengahari mereka sekeluarga.
“Waalaikumsalam..”serentak
Loqman dan Amirah menjawab salam anak mereka. Mata mereka berdua tertumpu
kearah pintu.
“Syifa tahu ayah ada hari ini…seronoknya.” Syifa
mencampak beg sekolahnya ketepi pintu lalu meluru kearah ayahnya. Dia menyalami
dan mencium tangan ayahnya, kemudian dipanjatnya sofa yang diduduki oleh
ayanhnya untuk memeluk dan mencium pipi ayahnya pula. Tapi perbuatanya ditegur
oleh ibunya.
“Syifa kenapa campak beg sekolah macam tu pergi
tukar baju dulu.”
“Syifa nak salam dan sayang ayah dulu.. Syifa
rindu dengan ayahlah ibu, kenapa ayah lama tak datang.. Syifa rinnndu sangat kat
ayah.” Dia memeluk leher ayahnya dan mencium pipi ayahnya sekali lagi. Kemudian
Syifa menghampiri ibunya dan membuat perkara yang sama seperti apa yang
dilakukannya kepada ayahnya tadi. Kemudian dia menambil beg sekolahnya dan
berlalu kebilik mungkin untuk menukar bajunya seperti yang dia arahkan oleh
ibunya sebentar tadi.
“Mirah pertimbangkanlah permintaan abang..abang
berharap sangat-sangat…agar dapat Mirah terima abang menjadi suami Mirah semula..tolonglah
abang Mirah.” tidak lama kemudian anakya muncul semula. Dia
sudah bertukar bajunya, dengan girang keruang tamu..
“Ayah ..ayah jom kita makan..ibu masak ayam masak
kicap..dengan masak lemak daging salai.”
“Mana Syifa tahu.” soal Amirah kepada anaknya. Ibunya
yang meminta dia masak
untuk mereka hari ini. Sepulang ayahnya dari pasar pagi tadi Amirah
terus memasak untuk makan tengahhari mereka.. Bila semuanya sudah tersedia
Amirah tidak tunggu lagi, dia terus memulakan misinya memasak untuk mereka
sekeluarga. Didalam kepalanya dia sudah merancang sepulangnya anaknya dari sekolah nanti dia ingin bersama
anaknya membuat kerja sekolah. Dia ingin mendengar celoteh anaknya yang becok. Sepatutnya
dia yang akan menjemput anaknya dari sekolah tadi..tapi tampa disedari masa yang
berjalan tampa dapat ditangguh. Dia terleka kerana berbincang dengan bekas
suaminya.
“Mirah
tengahari ini masakkan Syifa ayam masak kicap ye, dia kata nak makan ayam masak
kicap..ni ayah kakak dah belikan ayam. Ayah kakak pula nak makan masak lemak
cili api daging salai dengan buah bacang muda..ibu dah salaikan daging hari tu
ada dalam peti sejuk .. memang ibu nak masak masa Mirah balik ni, Mirah
masakkan ya.” tampa banyak soal Amirah mencapai barang yang hendak dimasak dan
memulakan misinya..Amirah memang seorang yang tidak banyak kerenah, bila
disuruh jarang dia membantah sedari kecil dia begitu.
“Syifa dah
buka tudung saji.. nenek dah hidang atas meja tu..jomlah kita makan, Syifa nak
makan dengan ayah, Syifa nak makan dengan ayah dan ibu hari ni..jomlah Syifa pun
dah lapar ni.” berulang kali menyatakan keinginanaya makan bersama ayahnya,
sambil menarik tangan ayahnya, mereka kedapur..kemeja makan. Rupanya semasa
mereka berbincang tadi ibu Amirah didapur menyambung kerja-kerja Amirah yang
terbengkalai dan sudah siap berhidang. Bila dilihatnya ibunya masih duduk
diruang tamu, Syifa kembali keruang tamu. Menarik tangan ibunya pula.
Sebenarnya Amirah rasa keberatan untuk makan semeja dengan bekas suaminya.
“Ibu.. jomlah kita makan sama ayah bu.” dengan
rasa berat Amirah bangun juga menuruti kehendak anak daranya.
Buat pertama kalinya sejak mereka berpisah Amirah
dan Loqman makan semeja ditemani oleh anak mereka. Mulut sikecil anaknya Syifa yang
seperti ‘berteh goring’ bercerita tentang kawan-kawan, cikgu dan pelajaranya
di sekolah. Loqman melayani keletah anak daranya bercerita. Sesekali ketawa
mereka berderai apabila ada yang lucu dari cerita anak mereka. Amirah tidak
banyak berbicara, dia hanya ketawa bila ada yang lucu. Sedari dulu sememangnya
Amirah pendiam orangnya. Loqman merasa
bahagia mendengar tawa riang
Amirah, dia menaruh harapan untuk
diterima kembali oleh bekas isterinya itu. Keadaan seperti itulah yang
diangankan oleh Loqman selama ini. Sambil makan mereka bual-bual mendengar
anak-anak berceloteh, terasa erat hubungan mereka sekeluarga. Loqman sudah mula
bermimpi disiang hari, membayangkan perkara yang masih jauh dari jangkauan.
Sedang Syifa rancak berbual dengan ayah dan ibunya,
tiba-tiba dia berhenti berceloteh. Dia memandang wajah ayahnya dengan penuh
harapan.
“Kenapa Syifa …tercekik tulang ke…tapi Syifa tak
makan ikan..takkan tercekek tulang ayam.”
“Tak.. Syifa tak tercekek tulanglah ayah…..tapi..”
“Tapi apa Syifa..anak ayah ni buat ayah takut saja..ingat
tecekek tulang ayam yang besar ni.” kata Loqman dengan nada kelegaan.
“Besok pagi boleh tak ayah hantar Syifa pergi sekolah...ayah tak pernah hantar Syifa
pergi sekolah .. kawan-kawan Syifa kan, hari-hari ayah dia hantar dia pergi sekolah… Syifa teringin nak ayah hantar Syifa.”
“Biar ibu saja yang hantar Syifa esok pagi, ibu
cuti ni sebab nak hantar Syifa pergi sekolah lah.” cepat-cepat Amirah bersetuju dia yang akan
menghantar anaknya kesekolah esok pagi.
“Ibu dah selalu hantar Syifa pergi sekolah bila
ibu cuti. Syifa nak ayah yang hantar … Syifa
nak tunjuk kat kawan Syifa, ayah hantar Syifa pergi sekolah. Dia orang kata Syifa
tak ada ayah.. Syifa hanya ada atuk saja.
Syifa dah cakap dengan dia orang, Syifa
ada ayah tapi mereka tak percaya sebab mereka kata mereka tak pernah jumpa ayah
Syifa”.Ohh dia nak tayang ayah dia rupanya.
“Mana boleh ayah hantar Syifa..ayah kerja jauh nanti
Syifa lambat masuk kelas cikgu denda tau.” Loqman memberi alasan, kenapa dia tidak boleh menghantar
anaknya ke sekolah.
“Kalau macam tu ayah ambil cuti macam ibu, tidur
sini.. esok pagi-pagi bolehlah hantar Syifa pergi sekolah.” Anaknya memberi cadangan.
“Ayah tak boleh tidur sini Syifa. Kalau ayah nak
tidur sini ayah kena kahwin dengan ibu.” lega hati Loqman dapat meluahkan apa
yang tersirat dihatinya, sengaja dia berkata begitu. Ha.ha.ha ambik kau .. terkejut beruk Amirah mendengar
jawapan Loqman tadi, bulat matanya memandang Loqman..tapi Loqman tidak memandang
kearahnya..Loqman buat-buat tak mengerti
saja.
“Kalau macam tu ayah kahwinlah dengan ibu..nanti
bolehlah hari-hari ayah hantar Syifa pergi sekolah… Syifa pun nak belajar
dengan ayah.” Duduk Amirah sudah tertegak matanya pula makin membuntang
memandang Loqman bila mendengar jawapan
anaknya. Geram sungguh hatinya dengan bekas suaminya. Tiba-tiba anaknya
menoleh kerahnya, bila dilihat pandagan mata ibunya seakan lain dari biasa
memandang kearah ayahnya seperti orang marah...Syifa bertanya.
“Ibu kenapa ibu pandang ayah macam tu???”
Kedengaran marah suara Syifa mungkin dia
tidak suka ayahnya dimarahi oleh ibunya.
“Ohh tak..tak tak ada apa- apa..Cuma nak cakap ada kambing tak masuk kandang kat ayah Syifa.”
Kebetulan ada sebutir nasi terlekat dibawah bibir Loqman.
“Mana..ayah..mana ayah.. mana kambingnya ayah.” sibuk
Syifa ingin melihat kambing ayahnya yang diperkatakan oleh ibunya. Loqman hanya tersenyum sambil berkata...
“Biarlaah.. kan hari masih siang lagi, kambing masih nak cari makan.” tetapi tangan kirinya menyapu di bahagian
bibirnya.
“Mana ayah..” tanya Syifa lagi yang tidak tahu
bahasa kiasan. Loqman mengambil nasi yang sudah ditangannya lalu ditunjukkan
kepada anak dara kecilnya.
“Ni haaa.. ibu nak cakap ada nasi yang tak masuk
dalam mulut ayah.”
“Oooo” bulat bibir anaknya tanda faham. Kemudian
mereka berdua ketawa mentertawakan gelagat sikecil yang baru hendak mengenali
hidup. Gaya sikecil agak lucu itulah sebabnyanya mereka berdua ketawa. Amirah
sudah terlupa sebab mengapa hatinya geram tadi.
Dari
pandangan mata kasar, Syifa lebih gemar
berbicara dengan ayahnya, kerana Loqman pandai bercerita dan melayan,
berbanding Amirah yang sentiasa tegas terutama tentang pelajaran.
p/s:
Mak Teh saja aje nak tahu pendapat anda..jika anda ditempat Amirah
apakah tindakkan yang harus diambil.. patutkah
dia kembali kepangkuan Loqman???. Untuk pengetahuan mungkin hanya sampai disini sahaja cerita ini
untuk sementara waktu. Jika ada rezeki mak teh akan sambung lagi....