Dapat sikit sangat tapi post juga kalau tunggu nanti lama sangat pula mak teh hilang menyepi. Mungkin juga akan berubah sedikit kalau mak teh sambung lagi..tapi kalau tak sempat inilah akhiran nya cerita Nur Hidayah ni. Dia akan bernikah dengan doktor Johan dan hidup bahagia..
Bila agaknya nak jumpa ye..saya ni
kerja syift jadi Sabtu dan Ahad bukan waktu cuti saya.” Doktor Johan cuba
melayani permintaan nenek bakal isterinya. Kalau nak anaknya kena pikat orang
tuanya dulu.
“Kalau macam tu lagi senang kita jumpa
masa orang bekerja.Nanti saya SMS alamat rumah.. doktor datang terus kerumah saya
ni boleh ye”.
“In Syaa Allah..boleh”.
Dengan
persetujuan itu tiga hari kemudian Johan Hamdi mendatangi Tengku Faridah
dirumahnya. Kagum dia melihat kemewahan rumah kediaman Tengku Faizal. Tapi apa
nak dihairankan kediaman tuan punya Hotel yang gah diMalaysia tentulah mewah. Ringan
juga mulutnya memuji..
“Besarnya rumah puan. Beli tahun berapa
ni”.
“Ini rumah pusaka, arwah bapa mertua
saya yang punya, sebab dato’ anak tunggal dia lah mewarisinya.. Dulu kawasan ni
tak ada siapa nak duduk doctor, kata orang tu tempat Jin bertendang. Dulu masa saya baru duduk sini kirikanan hanya dua
tiga biji rumah sahaja yang berpenghuni..tapi
sekarang jangan sebut berduyun-duyun orang nak, sampai tak kira berapa kita
letak harga diaorang pun masih nak juga”. Emm peramah juga Tengku Faridah
ni..bisik hati doctor Johan.
“Betul tu puan kawasan stratijik yang
baik macam kawasan ni siapa yang tak nak, semuanya senang, banyak kemudahan kat
sini. Dulu orang tak Nampak kebaikan kawasan itu yang orang tak ambil kisah, lagi pun dulu tak kemudahan awam jadi Kuala Lumpur itu rasa jauh itu sebabnya yang
orang tak mahu duduk sini kan.”.
“Dahlah .. jom kita minum bibik dah
siapkan minuman. Doktor dah minum ke”.
“Orang bujang minum bila sempat..kalau
jumpa gerai barulah minum puan”..Tidak susah mengajak Johan Hamdi, dia terus
sahaja bangun dengan sekali ajak sahaja.
Ialah apa sampai hendak dirayu rayu suruh makan..dah kata rezeki jangan ditolak.
(Tak masuk dalam cerita mak teh tak suka kalau mengajak orang makan dirumah kita
sampai berkali-kali. 10 x ajak baru nak bangun kemeja hidangan..anda macam
mana).
Banyak juga hidangan yang terhidang
dimeja makan. Pulut kukus, tauhu sumbat dan lempeng dicicah dengan serunding
kelapa.
“Banyak puan masak untuk sambut saya
datang ke…perasan pula saya”.
“Tak adanya perasan. Tapi saya ni sejak dapat cucu menantu yang
pandai masak, semuanya teringin. Ditambah ada teman nak makan sama-sama terus teringat,
bila dah teringat, itu yang minta bibik buatkan. Lempeng ni cucu menantu yang ajar..cicah dengan kuah lemak atau kari
semalam sedap doktor, tapi hari saya makan cicah dengan serunding kelapa
sahaja..rasalah”.Sambil menghulur semangguk serunding kepada doktor Johan
mulutnya juga tidak berhenti bercerita.
“…Jangan terkejut pula yang ini
serunding kelapa yang dah digaul dengan udang kering itu pun cucu menantu saya
yang ajar. Biasanya kita makan serunding daging kan.”Sambil makan mereka
berbual-bual.Tengku Faridah ramah orangnya dimata Johan Hamdi. Tetapi… entahlah
kata orang tak kenal maka tak cinta..lagi pun kita tidak dapat mengukur dari
pertemuan pertama. Betul ke begitu. Sedang bercinta bertahun-tahun masih tidak
mengenali pasangan cintanya, inikan pula baru jumpa sekali.
(resepi serunding kelapa orang Jawa. Kelapa
parut dicampur ala-ala atau udang kering atau daging. Untuk nasi ambang
serunding ini satu kemestian kalau tak ada, tak ada keistimewaan pada rasa nasi
ambeng http://resepicikguani.blogspot.com/2012/09/serunding-kelapa.html).
“Doctor. makanlah..makan
kenyang-kenyang ye, saya nak ajak Dr. berjalan hari.. boleh”. Ehh ni satu
rasuah ke, dah di suruh kita makan lepas tu dia ajak berjalan. Jalah ketempat
yang betul ke ketempat yang salah… hssy jangan buruk sangka tak baik, nanti tak
memasal dapat dosa kering. Ingat hati doctor Johan
“Boleh..ehh tapi dato’ tahu tak puan
nak jalan dengan saya ni “.Timbul satu idea di kepala doctor Johan untuk
menolak ajakkan Tengku Faridah.
“Dah dua tiga kali dah saya cerita
dengan dato’ hasrat hati saya ni. Kenapa dr. Johan takut mata lebam ke? Tak usah
takut dengan dato’ tu, dia tak kuat mana pun, tenaga orang tua kuat manalah
kan...makan ye.” Diakhir kenyataan ada tawa yang keluar dari bibir tua Tengku
Faridah. Kelakar juga orang yang bernama Tengku Faridah bisik hati Doktor Johan.
Tapi rasa bimbang tetap ada, biar pun nampak ramah dan kelakar namun..Ahh
pandai Tengku Faridah ni dah diumpanya kita makan banyak-banyak nak dibawanya
kita entah kemana..hati doctor Johan berteka teki.
Selesai
makan manakala Tengku Faridah sudah pun bersiap, doktor Johan tak terkata bila
Tengku Faridah beria mengajaknya. Cecah sahaja punggung di kerusi kereta Tengku Faridah mula berkenalah dengan bakal cucu menantu lelakinya.
“Nenek
nak panggil apa kamu ni Johan ke Hamdi..atok kata nama kamu Johan Hamdi kan”.
“Panggilah apa-apa yang puan nak panggil
..tapi biasanya orang panggil saya Johan. Dulu masa saya kecil ayah kata dia namakan
saya Johan sebab dia nak supaya saya sentiasa menjadi PENDAHULU dari semua
peserta.” Ada senyum segaris dibibir doctor Johan bila mengenang zaman kecilnya.. zaman dia dan
ayahnya yang bahagia.
Dia mengikuti sahaja apa kehendak nenek bakal
isterinya. Mereka kepusat Bandar rupanya. Yang sebenarnya Tengku Faridah mahu
merelisasikan impiannya. Dia mahu menjadi nenek pengantin yang sibuk membuat
persiapan untuk hari bahagia cucunya. Dia ke butik ANGGUN yang biasa dikunjunginya. Dia mahu mencari
baju ahli keluarganya dan baju bakal pengantin dihari pernikahan Nur Hidayah
dan Johan Hamdi nanti.. Tengku Faridah dan Johan Hamdi dialu-alukan oleh
pekerja butik ANGGUN.
“Masuk..datin masuk..tenguk-tenguklah
dulu kemudian pilih.” Tengku Faridah melihat-lihat baju yang bergantungan dirak
baju untuk wanita. Johan Hamdi hanya mengekori macam body guard lagaknya pun
ada.
“Johan kamu suka warna apa?”.
“Saya tak kisah semua warna saya suka”.
“Kalau Hidayah suka hijau lumut dan
coklat”.
“Dia cakap ke dia suka warna tu ke
datin..”. Bila mendegar pekerja butik Anggun memanggil Tengku Faridah datin
terus sahaja dia membetulkan panggilannya.
“Tak lah, nenek tenguk baju dia banyak
warna tu..dulu ada sekali kami pilih baju hanya warna-warna tu juga yang
menjadi pilihannya. Jadi nenek berandaian Hidayah suka warna tu”.
“Oh..ni datin nak beli untuk siapa”.
“Nenek dulukan untuk kamu berdua dulu..kita
beli baju kurung untuk Hidayah dan kamu pilih kemeja batik biar sedondon..kan
cantik ..nampak sehati sejiwa kita dengan pasagan kita. Baju ni nenek nak buat
hantaran masa majlis kamu nanti”.
“Nak berhantaran juga ke datin”.
“Buatlah untuk kenangan. Walaupun kenangan
itu tak sehebat kenangan pernikahan kali pertama Johan pun tak apa. Nenek nak
Hidayah ada kenangan yang indah ketika dia diraikan kerana menjadi isteri Johan”.
“Ialah datin saya ni ikut sahaja mana
yang elok”. Kemudian mereka ke rak baju Melayu pula. Tidak lama mereka berasa
dirak baju melihat-lihat, keluar tuan punya butik. Mereka ditunjukkan
kebahagian baju yang lebih istimewa. Di bahagian itu Tengku Faridah menyuruh
doctor Johan memilih untuk baju pernikahanya pula.
“Pilih warna lembut ye. Ni untuk baju
nikah” Akhirnya Johan Hamdi memilih warna putih susu untuk hari bersejarahnya. Setelah
mendapat persetujuan dari Johan Hamdi, sepasang baju kurung batik Terengganu dan sehelai baju kemeja lengan panjang,
menjadi pilihan Tengku Faridah. Kedua-duanya berwarna coklat coco siap
berbungkus dalam kotak hadiah. Kata doctor Johan..
“Puan boleh tak baju-baju ni bungkus
dalam kotak supaya tak ditenguk dek orang”..
“Boleh..Tapi baju melayu dan baju
kurung ni untuk dipakai masa akad nikah tak payah bungkus ye. Ini hadiah
dari nenek ye..sekarang jom kita pergi tempah baju bersanding pula..mereka ke
butik pengantin pula. Sambil berjalan mereka berbual dan Tengku Faridah membuka
ceritanya.
“Nenek bukan tak mahu ajak Hidayah,
tapi Hidayah ni penjimat orangnya. Bukan sekali nenek ajak tapi dia tak pernah
nak bawa nenek ni berjalan. Dia kata dia tak mahu nenek berhabis untuk dia nanti
membazir. Mungkin masa kecil hidupnya susah dia jadi macam tu. Dia kata buat
yang wajib sahaja dah memadai, dia pun ada cakap dengan atuk dia nak nikah kat
pejabat khadi sahaja. Dia nak baca doa selamat dengan kita-kita sahaja tak payah jemput orang. Kita-kita Johan tahu
siapa tak?”
“Tak tahu datin”.
“Panggail
lah nenek.. Johan kan dah nak nikah dengan cucu nenek baju nikah pun dah beli
dah. Kita-kita tu keluarga abangnya Tengku Farid berserta datuk dan nenek cucu
menantu nenek. Tapi nenek rasa macam tak wajar sahaja..Kita jemput orang ajak
makan niatkah kita nak bersedekah. Kemudian kalau pakai cantik-cantik dan
jemput orang bukan nak bermegah-mengah. Niatkan lah tujuan kita hanya nak
menghebahkan pernikahan kita. Pakai cantik untuk menyerikan diri, supaya orang nampak
kita gembira melaksanakan sunah Nabi yang mewajibkan setiap umatnya bernikah
kalau ada kemampuan. Betul tak Johan”.
“Betullah tu.”
“Johan nak tahu Hidayah ni kuat kerja.
Nak suruh dia cuti pun susah sangat..dia lebih suka kerja tolong atuk dan
abangnya. Nak ajak hari Sabtu pula atuk kata biarlah dia rehat..sebab kalau dia
kerja memang dia kerja bertungkus lumus. Hari Ahad nya pula dia belajar mengaji
dengan nenek isteri Farid”.
“Ohh sibuk nya Hidayah ni”.
“Memang sibuk sebab dia kata dia tak
suka buang masa..dia tu bukan tak pandai mengaji. Dulu selalu juga nenek dengar
dia mengaji sedap suaranya. Tapi masih nak belajar lagi, dia nak mengaji dengan
taranum sekali katanya. Johan nak tahu dia lancar Yassin. Nenek tahu dari
cerita arwah papanya Tengku Faris. Nenek kesian dengar cerita kehiudupan
Hidayah masa kecilnya.. dia dah duduk sorang kat rumah arwah nenenya dulu. Kata
arwah papanya dari umurnya 15 tahun lagi dia dah duduk sorang. Masa tu neneknya dah meninggal dan mamanya pula
kerja kat Arab..sebab takut duduk rumah besar sorang sorang dia baca Yassin
sampai lancar...kesian kan Johan”.
“Nek memang Hidayah hidup susah ke masa
kecilnya”.