Kain
kapas di atas peti,
Ditekat
jangan disulam jangan,
Sudah
ikhlas dalam hati,
Diumpat
jangan dipuji jangan.
Sepanjang jalan AinNur Syifa tak berhenti
bercakap..gembira hatinya dapat sekereta dengan ibu dan ayahnya. Buat pertama
kali dia bersama ibu dan ayahnya dalam satu kereta dia begitu teruja.
“Ayah…along nak tidur
rumah nenek PD malam ni boleh tak. Nenek
kata rumah nenek PD ada adik kecik.”
“Siapa along??” tanya
ibunya kehairanan.
“Syifalaah.”meleret
sahaja jawapan dari anaknya. Loqman diam.. didalam hatinya tertanya-tanya..bila
pulak orang panggil Syifa ni dengan ganti dirinya along. Rupanya Syifa memahami
kehairann ayah dan ibunya lalu dia menerangkan...
“Alah ibu dan ayah niii…nanti
kalau Syifa dapat adik tentulah ayah dan ibu panggil Syifa along kan.. kawan
Syifa yang ada adik, orang panggil dia
along..dia kata sebab dia anak yang tua. Ayah! Syifa macam tu jugakan, kalau Syifa dapat adik
nanti sebab Syifa anak yang tua.”
Terkedu Loqman dan Amirah, mereka berpandangan lalu tersenyum.
“Ialah…long” Loqman
mengiakan kata-kata anaknya. Hatinya yang sedang bahagia, makin bahagia mengenang kemeriahan hidup rumahtangganya
dimasa yang mendatang.
Kini sudah empat hari Loqman menjadi suami Amirah semula.
Syifa anaknya belum lagi mengikuti
mereka, kerana hanya tinggal sebulan saja sesi persekolahan tahun itu. Tahun
hadapan permulaan sekolah Ain Nur Syifa
akan didaftarkan kesekolah tadika juga di kawasan kuarters tempat
tinggal mereka. Umur Syifa baru lima tahun, mengikut datuknya Abdul Rahim
biarlah Syifa kesekolah tadika dua
tahun. Supaya mudah dia menyesuaikan diri bila kesekolah kebangsaan kelak. Ini bermakna masih ada sebulan lagi
Syifa duduk bersama datuk dan neneknya diKuala Pilah untuk meghabiskan sesi
persekolahanya tahun itu. Loqman dan Amirah sudah mula bertugas. Sebelum mereka
bertolak ke Nilai, Loqman berpesan kepada anaknya..
“Syifa duduk dengan
atuk dan nenek dulu, bulan depan sekolah dah cuti, ayah dan ibu akan bawa
Syifa duduk sama ye.” Syifa melepaskan
kedua ibu dan ayahnya dengan pandangan yang sayu dan lambaian tangan. Terlihat
juga matanya berkaca-kaca tapi dia akur dengan keterangan ayahnya tadi.
Sememangnya dia anak yang mendengar kata.
“Syifa jangan bimbang tak lama lagi cuti sekolah
tentu ayah dan ibu Syifa datang ajak Syifa duduk sama dengan mereka..sekarang
ni duduk dengan atuk dan nenek dulu ye.” pujuk neneknya lagi. Mudah sahaja dia
terpujuk denghan kata-kata neneknya.
“Ialah nek.. atuk mana
nek? Syifa nak ajak atuk baca buku
cerita yang ibu belikan hari tu.”
“Ada kat dalam
tu..kenapa Syifa tak nak baca dengan nenek.”
“Ialah kita bacalah
sama-sama..nampaknya ceritanya sedap nek sebab gambarnya cantik.”
Syifa masih belum boleh membaca dengan lancar, tapi
semangat ingin tahunya tinggi, menyebabkan dia berusha untuk belajar. Datuk
Rahimnya pula seorang yang penyabar dan rajin melayan permintaan cucunya.
Mereka bertiga datuk,nenek dan cucu mula membaca buku-buku cerita yang dibeli
oleh Amirah sebelum dia bercuti tempuh hari di ruang tamu.
Dalam kereta,
Amirah meluahkan pertanyaan yang berbuku dalam hatinya.
“ Bang..Sekarang ni kita nak duduk kat mana?”
Amirah memulakan persoalanya.
“Ikut Mirah lah.. kalau
Mirah kata nak duduk kuarters Mirah abang ikut saja. Esok Mirah cuti sehari
lagikan sempatlah kita kemas ni.” Soalan Loqman hanya dijawap oleh anggukkan
sahaja.Setelah agak lama mendiamkan diri
Amirah mengajukan lagi soalan…
“Yang sebetulnya abang
kerja kat mana?”. Selama ini Amirah sememangnya tidak pernah ambil tahu tentang
Loqman. Dia tidak tahu dimana Loqman bertugas.
“Jadi selama ni Mirah
tak tahu abang kerja kat mana ye..kenapa Mirah tak nak ambil tahu hal abang, sebab Mirah tak sayang abang ke?” Amirah hanya
mendiamkan diri sahaja jika soalan
sayang dia ajukan kepadanya. Padanya jika dia sudah setuju bernikah dengan Loqman semula, itu menandakan
dia juga sayang padanya, tidak perlulah kata-kata sayang terluah dibibirnya.
Sepatutnya Loqman sudah faham dan mengerti. Bukankah dengan perbuatan telah
mengambarkan perasaan kita dan ianya
lebih bermakna dari ucapan sayang dan
cinta yang berkali-kali tetapi tidak mengandungi erti.
Loqman mengerti diam Amirah sejak dahulu lagi, jika bab
sayang yang ditanya.. mesti Amirah mendiamkan diri. Loqman akur dengan sikap
Amirah itu. Amirah seorang yang pemalu... malu memperkatakan sayang pada
seorang lelaki walaupun dia suaminya kini. Walau pun dia susah untuk
mengucapkan kata sayangnya, tapi dia tidak pernah mengabaikan dirinya. Waktu
mereka suami-isteri dulu, makan pakainya sentiasa terjaga. Acap kali juga
singgah ciuman dan kucupan di pipi dan bibirnya ketika dia hendak pergi kerja.
Itulah tanda sayang Amirah kepadanya. Walaupun tidak terucap tetapi sudah
memadai bagi Loqman. Loqman tidak terkilan dan mengharap kata-kata sayang
selalu keluar dari bibir isterinya. Pada Loqman, dia diterima semula dalam
hidup Amirah itupun sudah seribu Rahmat untuknya.
“Mirah..kita balik
rumah Mirah dulu lah ya.. kita bincang kat sana.” Tangan Loqman mencapai dan mengenggam jari
jemari isterinya lalu dibawa kedadanya dan kemudian kebibirnya lalu dikucup lembut
tanda sayangnya.
Mereka
sampai dikuarters Amirah di Nilai Negeri
Sembilan hari sudah lewat petang. Amirah
duduk seorang diri di kuartersnya. Jiran sebelah menyebelah rumahnya juga kaki
tangan kerajaan, hanya berlainan Jabatan sahaja. Disebelah kananya pasangan
kastam yang baru sahaja bernikah. Sementara disebelah kirinya pula suaminya
bekerja di Jabatan kesihatan dan isterinya pula seorang guru dan telah
mempunyai lima orang anak yang sudah meningkat remaja, tetapi kebanyakkan
anak-anaknya duduk di asrama, hanya tinggal seorang anak perempuannya yang
sedang belajar ditingkatan tiga.
Amirah
duduk seorang dikuartersnya. Kerana baginya mudah dia hendak membawa
keluarganya jika sesekali berkunjung dan bermalam dirumahnya. Lagi pun setiap kakitangan kerajaan layak memiliki
sebuah kuarters. Dan potongan gajinya juga mengikut sebuah kuaters, walaupun
mereka duduk melebihi dari dua orang.
Potongan gaji untuk sewa juga adalah diatas
nama kakitangan yang memohon.
Kuartersnya juga dijadikan tempat persinggahan keluarganya setiap kali kelapanganterbang KLIA untuk
menghantar adiknya yang bungsu pulang keMiri Sarawak. Adiknya yang bungsu sedang belajar diIPG Miri Sarawak selama lima tahun setengah. Dia
mengambil kursus bahasa Inggeris (TESL). IPG bererti Institut Pendidikan Guru.
Di
kuarters Amirah tidak terdapat banyak
perabut hanya terdapat sebuah meja makan, sebuah peti televisyen dan sebuah katil bujang, tetapi terdapat
banyak selimut toto dan bantal. Ini
bertujuan jika keluarganya datang bermalam,
Amirah hanya menghamparkan selimut toto untuk alas tidur dan bantal
serta selimut. Selimut yang tertera jenama TOTO adalah sejenis kain nipis
tetapi diantara dua helai kain itu diisikan dengan lapisan kapas menjadikan
hamparan itu nampak tebal, sesuai untuk alas tidur ataupun selimut. Pada waktu
hamparan itu diperkenalkan jenama TOTO tepampang besar dipermukaan hamparan.
Tetapi sekarang terdapat banyak jenama yang mengeluarkan hamparan tersebut.
Salah satunya selain TOTO adalah NARITA. Menurut sumber yang boleh dipercayai
hamparan ini berasal dari negara jiran kita yaitu Thailand. Selesai makan malam
dan solat Isyak, Amirah membentangkan
sehelai hamparan TOTO dihadapan peti
televisyennya untuk mereka beristirehat sambil menonton tv .
“Rumah Mirah ni tak ada apa-apa bang.”
“Abang tak nak yang
lain, abang hanya nak Mirah saja..itu sudah memandai untuk abang.” Loqman
menarik isterinya dalam pelukkanya.
“Abang duduklah sini
dulu ye.. Mirah nak kemas sekejap..tapi kena duduk kat lantai sajalah, rumah
Mirah ni tak ada sofa atau kerusi... abang nak duduk kerusi nanti Mirah ambil
kerusi meja makan.”
“Tak apa..tak apa abang
lebih selesa duduk kat bawah, abang nak baring kat toto ni nak luruskan pinggang
sekejap.” lama Loqman duduk sendirian menanti isterinya di ruang tamu sambil menyandarkan dirinya kedinding,
sedangkan isterinya entah apa yang
dibuatnya didalam bilik. Agak lama menunggu akhirnya Loqman bersuara memanggil
isterinya..
“Mirah! dahlah tu
mehlah duduk sini..esok kita kemaslah sama-sama.” rupanya Amirah mengganti cadar katil
bujangnya, dalam fikiranya biarlah suaminya tidur diatas katil bujangnya dan
dia tidur dibawah beralaskan toto nanti.
“Ialah.. Mirah datang
ni...” setelah menyelesaikan tugasnya, Amirah datang dengan membawa sehelai
kain batik ditangannya. Dia duduk agak jauh sedikit dari suaminya, rupanya
perbuatannya menimbulkan rasa jauh hati dihati suaminya.
“Kenapa sayang... duduk
jauh sangat dari abang?” Loqman memandang isterinya sayu. Dia berkecil hati
dengan tingkah isterinya.
“Abang kata tadi nak baring luruskan
pinggang.. baringlah, selimut kaki abang dengan kain batik ni.” jawab Amirah
sambil menepuk-nepuk pehanya, supaya suaminya meletakan kepalanya di ribaanya.
Dia sudah menyandarkan badan kedinding dengan kaki melunjur.
“Ohh... sayang suruh
abang baring kat riba sayang...tak
mahulah sayang pun penat dari semalam tak rehat ...Kenapa nak selimut kaki pulak.”
“tak apa tadi pun bukan Mirah yang pandu
kereta..baringlah selimut kaki abang tu, rumah ni banyak nyamuk.” dengan rasa
terharu dengan layan isterinya, Loqman merebahkan badannya dan kepalanya di
pangkuan isterinya. Dia mengambil tangan isterinya lalu diletakkan dikepalanya.
Amirah tahu itu tandanya Loqman mahu rambutnya dibelai dan kepalanya
dipicit-picit.
Loqman mula terbayang ketika diperkhawinanya yang
pertamanya dulu, dia selalu baring di riba Amirah jika ada peluang mereka
berduaan. Sebenarnya Loqman rasa terharu diatas penerimaan Amirah terhadap
dirinya..diatas segala layanan yang diberi setelah hampir lima hari dia menjadi
suaminya kembali. Tiada ungkitan kisah lalu yang keluar dari bibir isterinya.
Terasa dirinya diterima dengan ikhlas. Amirah tidak mengungkit perkara lepas.
Pada
Amirah pula setelah dia rela dinikahkan semula bersama Loqman tiada dendam dihatinya. Untuk apalah dia
berdendam bukankah Loqman kini sudah menjadi suaminya. Kalaupun dia berdendam
pun tidak kemana. Bukankah perkahwinan itu mencari kebahagian mengapa harus ada
duri dendam yang tertanam dihati..kini dia menerima Loqman seadanya. Kesilapan
lalu tidak dikenang dan menganggap
sebagai satu kesilapan yang akan dilakukan oleh semua mahluk Allah yang
tidak ada kesempurnaan. Itulah juga
kata-kata nasihat ibunya tempuh hari. Dia memegang teguh.
“Mirah terima kasih
diatas penerimaan Mirah pada abang. Abang...” belum sempat Loqman menghabis kan
berkata-kata mulutnya sudah ditutup oleh tangan isterinya.
“Bang, perkara yang
lepas jangan disebut-sebut nanti kita terkenang...pada Mirah yang lepas biarkan
lepas. Hadapilah perkara esok lusa dengan pengajaran dari pengalaman lalu. Dalam
hati Mirah dah tak ada apa-apa, kalau maaf yang abang mahukan lama dulu Mirah dah maafkan abang. Mirah yang
rela dinikahkan dengan abang, tiada paksaan dari mana-mana pihak. Pada Mirah
kalau abang terima Mirah seadanya ..Mirah pun terima abang seadanya”.
Loqman
terharu dengan kata-kata isterinya. Sememangnya itulah sifat sebenar Amirah,
seorang yang pemaaf dan penyayang. Walaupun jika dilihat dari air muka, Amirah
seorang yang tegas kerana wajahnya yang nampak selamba dan jarang senyum.
Loqman menggenggam jari-jemari isterinya
erat lalu mengucupnya dengan penuh kasih.
“Sayang..pasal kita nak
duduk mana..kita tunggu esoklah. Kita tenguk keadaan sekeliling dulu, tengok sekolah Syifa, tenguk orang yang nak
kita tumpangkan Syifa masa kita kerja nanti, mana yang senang.. kita pilihlah
sama-sama ye. Kalau kita nak duduk kuarters polis abang tu, sekarang ni abang duduk berdua dengan
kawan abang, abang kena memohon dulu mungkin paling cepat seminggu baru dapat.”
“Ok jugak macam
tu.Mirah ikut mana yang baik. Senang
pada abang senang juga pada Mirah.” sedari dulu Loqman sudah menyedari Amirah
memang seorang yang matang dari segi pemikiran. Mungkin dia anak sulung dan
banyak tanggungjawab, menjadikan dia berfikiran buka, mudah diajak berbincang
dan mudah pula bertolak ansur. Rasa kesal dengan kesilapan dulu, selalu
menyelinap dalam hatinya. Dia sering
memikirkan apakah yang menyebabkan tingkah dan perbuatanya tergelincir dulu
hingga mengguris hati banyak pihak. Sedari dulu juga dia sudah tahu, tidak ada
yang kurang pada Amirah.
“Mirah dah malam ni
jomlah kita tidur..esok banyak benda kita nak buat. Malam ni kita rehat
cukup-cukup..jom sayang.” Loqman bangun dan menarik tangan isterinya untuk
membantunya bangun.
“Abang pergi masuk
bilik dulu, Mirah nak lipat toto ni.” ketika Amirah masuk kebiliknya,
Loqman sudah merebahkan dirinya diatas
katil bujangnya. Loqman memerhatikan perbuatan isterinya yang membentang toto
tadi di bahagian tepi katil.
“Kenapa sayang bentang
toto tu pulak, kata nak lipat tadi?”
“Abang tidurlah kat
atas biar Mirah tidur kat bawah ni, katil tu kecik tak muat untuk kita berdua.”
“Kenapa Mirah, apa
salahnya kecil sikit atau Mirah tak suka tidur dengan abang?.”
“Bukan macam tu, Mirah
tak nak nanti abang tak selesa tidur
berhimpit-himpit.”
“Sayang.. kita kan dah
jadi suami-isteri biarlah kita sama-sama. Kalau abang tidur kat atas katil,
Mirah mesti tidur atas katil juga, biar sempit sikit janji kita sama-sama...meh
sini sayang. “ Loqman bangun dan mendepangkan tanganya. Hati Amirah mula
berdebar melihat tingkah suaminya.
“Ialah kalau macam tu
abang tidur dekat dinding...dah sana sikit.. abang sebelah dalam, kalau abang
kat tepi ni jatuh nanti susah pulak Mirah nak jawab pertanyaan pak Majid kenapa
anaknya jatuh katil.” Dia cuba bergurau untuk meredakan debaran didadanya.
Loqman ketawa lepas dengan jenaka isterinya, kini pandai juga Mirah buat
kelakar. Detik hatinya.
“Mirah ni ada ke macam
tu ..ialah abang ikut cakap Mirah.”
Loqman merebahkan dirinya semula ditepi berdekatan dinding. Ketika
Amirah mula merebahkan dirinya, dia pula ditarik dalam pelukkan suaminya.
“Sini abang peluk nanti
jatuh pula anak pak Rahim susah pulak abang nak jawab kat ayahnya kenapa
anaknya jatuh katil, emm muat pun... sayang ni bukan besar sangat...Loqman bangun sedikit melihat ruangan disebelah tepi
isterinya, Amirah hanya mendiamkan diri. Dia terkaku dan terkedu.
“Emm ..masih ada ruang
lagi, ok tak sayang.” sebuah kucupan singgah kepipinya..Amirah jadi terpana.
“Emm..” belum sempat
Amirah memberi jawapan, sebuah lagi kucupan singgah kebibirnya lama..
kehangatan malam pengantin mula menjalar keseluruh ruang.
Ketika
dirumah kedua orang tua mereka, Loqman hanya tidur memeluk isterinya sahaja.
Dia tahu isterinya itu tidak selesa melakukan hubungan suami-isteri dalam
keadaan orang yang masih ramai. Malam pertama mereka biarlah dalam keadaan yang
damai.. itu lebih bermakna. Dia juga mempersetujui cara isterinya. Kini mereka
hanya berduan. Dua hati mula bergelora
dengan kehangatan asmara yang membahang. Kedinginan malam yang selalu mendakap
mereka kini hangat dengan cumbuan cinta dan kasih yang lama terpendam. Malam
itu mereka lena dalam dakapan hangat kasih sayang yang bahagia. Sekali lagi
bulan madu Loqman dan Amirah hanya dirumah. Kalau dulu dikuarters polis Loqman
di Petaling Jaya, kini dikuarters Amirah diNiali Negeri Sembilan pula..ahhh
nasib lah agaknya tiada bulan madu di
pulau-pulau percutian yang romantik atau di hotel-hotel yang selesa.
Mereka
dikejutkan oleh azan Subuh dari masjid
yang sememangnya dekat dengan tempat kediaman mereka. Mereka bangun
membersihkan diri untuk bersolat. Loqman menjadi iman isterinya dirumah.
Selesai solat Loqman berdoa. Panjang doa Loqman pagi itu. Dia
memohon agar rumahtangganya bersama Amirah kekal hingga kesyurga. Dia memohon
agar dikurniakan anak-anak yang sihat
rohani dan jasmani dan mendengar kata. Ketika Amirah hendak menyalami tangan
suaminya...
“Mirah abang nak
kekalkan wuduk abang ni sekejap”.
“Eemm ialah” hanya itu
jawapan Amirah dia akur permintaan suaminya tampa banyak soal. Dia menyalami
tangan suaminya dengan tangan berlapik kain telekungnya. Selepas bersalaman,
Amirah melipat sejadah dan telekungnya kemudian dia kedapur. Loqman masih
melanjutkan sedikit lagi zikirnya disejadah.
Didapur
Amirah memikir apakah sarapan mereka pagi itu. Sebelum dia pulang bercuti
tempuh hari, dia menghabiskan semua bahan basah didalam peti sejuknya. Dia
tidak mahu membazir. Jika ditinggalkan lama didalam peti sejuk semua
bahan-bahan tadi akan rosak. Sedang dia memikir-mikir...
“Kat sini rupanya
isteri abang ni, puas abang cari dalam bilik tak ada..dalam bilik air pun tak
ada..rupanya dia termenung sorang-sorang kat dapur ni..sayang fikir apa?.”
Loqman yang terjengul dipintu dapur merapati isterinya yang kelihatanya sedang
mengelamun.
“Apalah abang ni duduk
macam ni pun abang kata termenung..kalau ada Syifa bolehlah jerit-jeritkan
dia, dah Mirah sorang tentu Mirah diam
saja.”
“Ialah kenapa duduk kat
dapur ni sorang-sorang.”
“Mirah tengah fikir apa
kita nak makan pagi ni.”
Loqman
menundukkan sedikit badannya untuk
memeluk isterinya dari belakang, dikuaknya sedikit rambut isterinya yang
masih basah dan berbau harum, sebuah ciuman singgah di pipi dan leher
isterinya.
“Emm...masih pagi lagi
jom kita baring-baring dulu..nanti kalau dah siang sikit, kita cari nasi lemak
kat gerai nak tak.” hembusan nafas dan suara suaminya membisik ditelinga terdengar
romantis menusuk kekalbu membuai naluri wanita Amirah. Amirah sudah kegelian
bila suaminya mula menggesel-geselkan misai tebalnya dileher dan pipinya. Dia
sudah tidak dapat menjawab. Gelora asmaranya kembali menghangat. Loqman menarik tangan isterinya.
Mereka menuju kebilik mereka. Didalam hati mereka hanya ada satu tujuan.. untuk
mengulangi kehangatan malam pengantin mereka malam tadi sekali lagi.
Pagi itu apabila Amirah terjaga dilihatnya jam sudah
menunjukkan hampir pukul 830 pagi.
Dengan perlahan Amirah melepaskan dirinya dari pelukkan suaminya. Dia menuju kebilik mandi, setelah
selesai membersihkan diri, dia kedapur mencari apa-apa yang ada untuk sarapan
mereka pagi itu. Dibuka peti sejuknya, masih ada sedikit lagi nasi yang
dibawanya dari kampung semalam. Cukuplah untuk mereka berdua buat alas perut.
Dia bercadang membuat nasi goreng sahaja pagi itu. Perutnya sudah lapar. Sedang dia mengacau nasi
gorengnya ada seseorang memeluknya dari belakang. Itu adalah kebiasaan suaminya
dulu..ohh suaminya masih tidak berubah masih mengulangi perbuatanya dulu.
“Tak sempat abang nak
cari makanan, Mirah dah masakkan nasi goreng.”
“Tapi nasi goreng
cincai saja bang..Mirah masukkan semua
lauk lebih semalam.. ni tak tahulah sedap ketidak, perut dah lapar ni, tak sabar tunggu abang bangun.”
Loqman memeluk dan mengusap perut isterinya dari belakang pelukkannya makin
kemas dagunya pula disangkutkan di bahu isterinya kemudian hidung dan bibir yang
nakal mula singgah kepipi dan leher isterinya. Serasa Amirah tidak dapat melarikan
dirinya. Itulah Loqman perlakuanya masih
seperti dulu. Dia suka memeluk isterinya dari belakang dan suka melakukan aksi
romantis tak kira dimana..didapur pun
jadi juga.
“Kesian isteri abang
ni tak sempat kering rambutnya dah basah
lagi..ni sekali lagi nak.” Amirah
melonggarkan pelukkan suaminya kemudian
dia mencari muka suaminya sebuah kucupan dihadiahkan kebibir suaminya, kemudian dia mengeleng-gelengkan
kepalanya. Loqman tersenyum bahagia, lama mereka bertatapan dengan pandangan
kasih, didalam hati Loqman berdoa agar kehangatan bahagia rumah tangga mereka
akan kekal hingga keakhir hayat. Dia berjanji akan menjadi suaminya yang
membahagiakan mereka sekeluarga. Peluang kedua yang diberikan tidak akan
disia-siakan.
“Nasi dah siap ni
jomlah kita makan.. tapi Mirah belum buat air lagi, hari ini kita minum milo
saja ye bang...nanti kita pergi supermarket beli apa yang tak ada..abang tolong
ambilkan pinggan.” Tujuan Amirah meminta
suaminya mengambil pinggan supaya dia terlepas dari pelukkan suaminya.
“OK..biar abang buat
air.. satu mug ni cukuplah ye.” Loqman tahu isterinya tidak suka minuman manis,
jika dia minum pun setakat seteguk dua sahaja, dan selalunya dia hanya meneguk
dari cawannya juga. Kebiasaan dulu masih diingati oleh Loqman.
“Boleh juga, abang
punya saja ye..milo ni Mirah beli untuk Syifa kalau dia datang, dah keras ke
bang.. Mirah malas betul nak buat air
...minum milo pun kalau Syifa datang sini kalau tak, Mirah minum air mati saja.
”
“Abang tahu tu..Mirah
milo ni kena habiskan cepat kalau tak sayang.. membazir saja dah nak keras
ni..lain kali kalau ambil milo ni jangan guna sudu basah nanti cepat keras
macam ni”. Ketika dimeja makan, mereka makan sambil berbual.
“Sebetulnya abang kerja kat mana sekarang ni..abang masih kerja
kat PD lagi ke?” Amirah membuka persoalan yang masih menjadi tanda-tanya, sejak
semalam soalan itu tidak dijawab oleh Loqman. Selama ini sememangnya Amirah
tidak ambil tahu tentang Loqman. Dia tidak mahu memberi harapan kepada hatinya.
Padanya kisah yang lepas biar lah berlalu, dia sudah pasrah tidak mengharap
lagi alam rumahtangga.
“Sejak pindah dari
Johor abang kerja diIbu Pejabat Polis Daerah Sepang diBandar Baru Salak Tinggi, abang tak pernah
kerja kat PD..dah selalu juga pergi ke bangunan Kompleks kerajaan di KLIA.
Abang ada juga nampak Mirah masa tu.”
Loqman teringat...
sudah setahun dia bertugas diPejabat Polis Daerh Sepang dan sudah acap kali
ditugaskan pejabat polis KLIA di bangunan kerajaan KLIA tetapi dia tidak pernah
terserempak dengan Amirah. Tetapi pagi itu sedang dia berdiri dianjung bangunan
pejabatnya, sambil memandang pemandangan sekeliling. Ralet dia melihat petugas
yang sibuk keluar masuk. Tiba-tiba dia terpandang seseorang yang tidak pernah
padam didalam ingatannya. Dia terpandang Amirah yang baru keluar dari bagunan
kerajaan mungkin baru pulang dari kerja giliran malamnya, sebab waktu itu baru
pukul 830 minit pagi. Bergegar dinding dadanya oleh getaran jantung yang
berdegup kencang.
“Ohh dia dah pindah
kerja kat sini rupanya..ya Allah mudah kanlah jodohku dengan wanita itu.
Mudahkanlah segala urusan ku terhadapnya”. Itulah doa Loqman didalam hati.
Jeritan rindunya ketika itu menderu menyerbu ruang sukmanya. Bagai tidak
tertahan tingkahnya ..ingin sahaja dia terjun dari bangunan itu untuk mengejar
dan memeluk wanita yang sedang dirinduinya. Tetapi fikiranya masih waras lagi. Dia menekori langkah Amirah
dengan pandangan matanya hinggalah dia masuk kekeretanya. Setelah kereta yang
dipandu oleh Amirah hilang dari pandanganya barulah Loqman memulakan
tugasnya.Keinginan yang membuak-buak memaksa tengahhari itu dia menghubungi
Amirah.. Ketika panggilan sedang
disambungkan terdetik dihati Loqman..
’Ohh dia masih pakai nombor dulu’.
“Assalammualaikum...Mirah.. abang ni, Mirah
apa khabar.”
“Walaikumsalam..baik..kenapa
abang Man call..Mirah sibuk ni, baru balik kerja malam.”
“Tak ada apa.. saja nak
berbual dengan Mirah tapi kalau Mirah sibuk tak apa lah...Jaga diri baik-baik
assalamualaikum.”
“Waalaikumsalam.” Masa itu kedengaran suara bekas isterinya
bagai tidak mahu melayani dia berbual. Loqman
akur dia memutuskan talian. Azamnya dia akan mehubungi Amirah lagi
dilain masa.
Loqman merasa
sungguh bahagia mendengar suara wanita yang sungguh dirindui. Walau pun
kedengaranya Amirah tidak berapa mahu melayaninya dia tidak berkecil hati.
Sejak itu rindu Loqman kepada bekas isterinya makin membara. Dua minggu kemudian Loqman menghubungi Amirah
lagi. Loqman sudah mencari cerita supaya mahu Amirah melayani dia berbual
nanti..kali ini dia akan cuba bercerita mengenai anak mereka Ain Nur Syifa
sebagai jambatan kasihnya untuk sampai kepada bekas isterinya....
“Assalamualaikum...Mirah
apa khabar..tak kerja ke hari ni?”
“Waalaikumsalam..khabar
baik..Mirah off hari ni...kenapa abang Man call ni.”
“Saja nak berbual
dengan Mirah..Mirah tak balik Pilah ke?..Minggu lepas abang pergi Pilah jenguk
Syifa..becok betul mulut dia, tak larat nak layan dia betanya..”
“Apa yang dia tanya kat
abang Man?” senyuman Loqman sudah melebar..bekas isterinya mahu melayani dia
berbual pada panggilannya kali ini..ohh tidak putus-putus hatinya mengucapkan syukur kepada Allah. Dapat lama
dia mendengar suara orang yang dirinduinya.
“Macam-macam..sampaikan
dia tanya kenapa burung tu boleh terbang dan dia tak boleh terbang.. pening
abang nak cari jawapan spontan masa tu..Allhamdulillah ayah yang tolong
jawapkan.” Mereka ketawa berdua, bila
terasa lucu dengan perangai anak mereka.
Setelah empat lima kali menghubungi Amirah,
Loqman merasakan Amirah sudah boleh menerima dirinya.. sejak itu semakin kerap
Loqman menghubungi bekas isterinya. Jika dia keKuala Pilah dia akan menghubungi
bekas isterinya untuk bercerita tentang anak mereka.
“Assalamualaikum..
abang ni ..Mirah apa khabar.”
“Waalaikumsalam..baik..kenapa
abang Man call Mirah ni?” hanya itu soalan bekas isterinya jika dia menghubungi
melalui telefon...
“Saja nak tanya khabar
Mirah...lama rasanya kita tak jumpakan.. hanya cakap-cakap dalam telefon
saja..minggu lepas abang kePilah jumpa Syifa..dah kenal huruf anak kita
Mirah..suka abang tenguk dia.. rajin betul dia belajar mungkin ikut perangai
Mirah agaknya.”
“Tak juga...Syifa tu memang semua dia nak tahu..lagipun ibu
kata..mama yang rajin ajarkan dia. Hari tu dia kenal angka pun balik dari
PD..kalau balik dari Port Dickson ada saja perkara baru yang dia dapat...
pandai mama ajar Syifa, mungkin dia bekas guru pandai dia menarik minat Syifa
belajar.” mereka bercerita tentang anak mereka di Kuala Pilah.
“Oh ye ke..tapi mulut
dia becok betul..kalau abang datang semua buku-buku dia angkut tunjuk kat
abang..ayah kata nak masukkan dia sekolah TADIKA tahun depan.”
“Ohh..ye ke? Tapi umur
Syifa baru nak masuk empat tahun boleh ke?”
“Entahlah ayah dah
tanya cikgu Tadika KEMAS tu, kata cikgu tu kalau tak pelat, dan dah boleh cakap
dia nak buang air kecil atau besar cikgu dah boleh diterima.”
“Emm kalau macam tu
elok juga..Mirah memang dah lama tak
jumpa Syifa. Rasanya dah dua bulan Mirah
tak dapat cuti, rindu benar Mirah pada Syifa hanya dapat dengar suara dia
saja”.
“Kalau dah rindu
baliklah jenguk dia..masa abang jumpa dia tu ada juga dia tanya Mirah, dia kata
dia pun rindu kat ibunya.”
“Sekarang ni Mirah
susah nak balik..kerja kat sini tak cukup orang."
Mendengar
bekas suaminya bercerita tentang anak mereka, Amirah melayan bualan Loqman.
Amirah jadi seronok dan gembira berbual
berkenaan buah hati pengarang jantungnya. Sebetulnya sudah agak lama dia tidak
dapat pulang keKuala Pilah kerana tidak dapat bercuti. Dia mula terbayang sikap
anaknya yang keletah dan manja tetapi banyak pinta juga..Ohh Syifa..rindu
hatinya ingin bertemu. Mendengar rancak bual bekas isterinya Loqman juga gembira dan
bahagia. Serasa harapan masih ada.
Impianya membuai rasa. Kini dia tahu
jika mereka berbual tentang anak mereka Amirah jadi gembira. Sejak itu makin
kerap Loqman menghubungi Amirah, tetapi hanya bercerita tentang anak mereka
sahaja. Bagi Loqman itu tidak mengapa sekurang-kurang terubat juga
rindunya bila mendengar suara bekas
isterinya.