Rambutan
gading berbunga lebat,
Buah
kedundung berjuntaian,
Jangan
yang dikejar tidak dapat,
Yang
dikendung pula berciciran.
Farhan
merapati isterinya dengan berjalan perlahan. Dilihat isterinya memegang botol
ubat sapu untuk luka dan yang sebelah
lagi menyapu sikunya dengan kapas yang sudah nampak kuning kerana ubat tadi.
“Kenapa
Ha ..Ha jatuh ke?..bila Ha jatuh?” Sepantas kilat Fatin menoleh kerana
terperanjat. Tidak terjawab soalan yang keluar bertubi-tubi dari mulut
suaminya.
“Abang
ni cubalah jangan terperajatkan orang, Alahamdulillah tak tumpah ubat ni kalau tumpah kena baju kan susah”.
“Sorry
abang tak sengaja..bila Ha jatuh?”
“Alah
luka sikit saja ni..tak sakit sangat pun.”
“Meh
abang tengok” Farhan menarik tangan isterinya lalu meneliti luka isterinya
seperti doctor pulak lagaknya..diambilnya kapas dan ubat ditangan isterinya.
Dia menyapukan ubat diluka isterinya yang agak luas. Luka hasil geselan kulit
siku dengan jalan yang bertar, walau pun tidak dalam namun masih kelihatan
isinya yang berwarna putih kekuningan dan titik merah. Bak kata bahasa orang
biasa seperti kita ‘tersiat kulit bawang’
yang menunjukkan luka hanya dipermukaan kulit luar sahaja.
“Lagi
mana yang luka.” Dia memandang wajah isterinya yang sedang menyeringai mungkin
pedih kerana sapuan ubat tadi.
“Dah
itu saja.” Fatin ingin bangun untuk menutup suis seterika..hajat hatinya dia bercadang
mahu menuam kakinya yang sudah bengkak dan membiru akibat hempapan motosikalnya
tadi. Entah mengapa bengkaknya yang sudah melarat
kekaki pula. Dia hairan..yang terhempap motosikal adalah pehanya tetapi mengapa
kakinya pula jadi biru dan membengkak.. dia merasa sakit untuk berjalan.
Sewaktu dirumah ibunya tadi ibunya telah mengurutnya dengan minyak panas, sudah
agak lega sidikit sakitnya. Ibunya mahu menuam kakinya dengan kain panas tetapi
tidak kesampaian kerana anaknya sudah merengek minta disusui.
“Nanti
kejap… abang tenguk lagi.” Farhan menarik tangan iterinya yang telah berdiri.
“Dah
tak ada luka.. siku ni saja..” Dia cuba bangun, namun tangannya ditarik oleh
suaminya…Farhan merasakan isterinya bagai mahu merahsiakan sesuatu darinya.
Fatin
duduk kembali..Farhan mula memeriksa anggota badan isterinya satu persatu.
Matanya
mencerun tajam menikam bila dia terpandang bahagian kaki isterinya yang lebam
dan membengkak.
“Ni
kenapa pulak ni.” Tanyanya..suaranya kedengaran garang.
“Lebamlah..tapi
tak tahu macam mana, yang terhempap motor peha ni tapi lebamnya sampai kekaki
pulak.” Fatin mempamirkan wajah blurnya.
“Mana…mana.”
Farhan mencari punca yang mengakibatkan kaki isterinya membengkak. Fatin
menunjukkan kepada suaminya bahagian yang terhempap motosikal ketika dia jatuh.
Ada setumpuk kesan merah bercampur biru sebesar duit lima puluh sen dulu. Mata
Farhan memandag tajam menikam wajah isterinya. Fatin hanya tunduk membisu.
Farhan bangun kebiliknya, dia keluar semula dengan botol minyak panas
ditanganya.
“Ha!!
kenapa Ha nak sorok lebam ni dari abang? Abang patut tahu…Ha tak tahu ke.. apa
yang ada dibadan Ha, abang punya dan apa yang ada dibadan abang.. Ha punya
termasuk hati sekali?? Jadi ada apa-apa yang tak kena..sumbing ke supih ke
bengkak ke.. perlu bagi tahu faham..” Keras bunyi suaranya. Dia marah kerana
isterinya seakan mahu merahsiakan apa yang berlaku.
“Ha
tak nak susahkan abang..Ha tak mahu jadi isteri yang menyusahkan.” Farhan
terkaku sesaat..kini dia tahu isterinya sememangnya terguris dengan
perkataannya dan dia masih mengingati.
“Kaki
ni kena urut kalau tak susah nak surut
bengkaknya..urut sikit untuk melancarkan perjalanan darah lepas tu tuam dengan
tuala basah yang dipanaskan.” Kendur sedikit suara Farhan dia tahu dia
bersalah…Itulah cakap ikut perasaan yang tengah marah.
“Itulah
yang Ha nak buat tadi… Kat rumah ibu tadi ibu dah urut..hanya tak tuam saja
lagi. Tak payahlah bubuh minyak tu..nanti satu bilik bau minyak
angin..busuk abang tak boleh tidur pulak nanti.”
“Ha
ni kenapa??..Ha masih tak maafkan abang ke?..abang minta maaf dengan segala kata-kata abang..abang ikut
hati selama ni..abang minta maaf”. Suaranya kedengaran tinggi seakan dia marah
bila merasakan isterinya bagai tidak mahu memaafkan dirinya.
“Abang
tak salah apa pun untuk apa nak minta maaf..Ha hanya tak mahu abang tak selesa
dengan bau minyak ni..nanti Ha jadi busuk”.
“Pada
abang Ha busuk atau wangi Ha tetap isteri abang dan abang akan peluk Ha walau
dalam keadaan apa sekali pun”.Farhan mengurut kaki isterinya kemudian dituam dengan tuala basah
yang dipanaskan dengan seterika.
“Meh
sini abang tenguk lagi.” Kini suaranya sudah lembut sedikit. Kesal dihatinya
kerana membiarkan isterinya pergi kerja menaiki motorsikal, rajuk isterinya akibat
dari kata-katanya juga.
“Ha
abang minta maaf..kalau abang tak buat perangai tentu Ha tak jatuh motor.”
Suara Farhan makin lembut dia rasa bersalah..sesungguhnya dia kesal dengan apa
yang terjadi.
“Tak
apa sikit saja ..ini pengalaman Ha..selama ni tak pernah pulak Ha jatuh..dah
manja sangat..asyik abang saja yang bawa Ha pergi dan balik kerja.. sesekali
berdikari jatuh pula, terima kasih abang dah urut dan tuamkan”. Senyuman
isterinya terbit juga dibibirnya. Dimata Farhan kelihatan isterinya manja sekali.
“Janaganlah
cakap macam tu.Ni semua salah abang…maafkan abang.”
“Dahlah
bang..tak ada apa yang nak dimaafkan bukan salah abang.. Ha jadikan ini
pengalaman Ha, janganlah abang salahkan diri..jomlah kita tidur..abang esok nak
kerja. Ha esok MC lagi tadi doctor bagi MC dua hari hari ni dengan esok.”
“Oh
eloklah kalau macam tu, Ha rehatlah cukup-cukup..esok abang balik kerja abang
urut lagi kaki Ha tu. Jomlah kita tidur.” Farhan menarik tangan isterinya untuk
membantunya bangun. Mereka beriringan masuk kebilik tidur.. sambil Farhan
memeluk bahu isterinya.
“Ha
jangan tinggalkan abang lagi ye..abang tak boleh nak fikir kalau Ha tak ada kat
depan mata abang. Buntu betul…Ha tahu..dari masa Ha tinggalkan abang
sorang-sorang kat rumah semalam, abang dah tak ada selera nak makan. Petang
tadi abang beli nasi bungkus..tapi abang tak makan ada dalam peti sejuk tu esok
pagi gorenglah. Esok Ha tak payah masak kuah..kuah kari yang Ha masak pun
banyak lagi dalam peti sejuk..abang tak boleh makan rasa sunyi sangat Ha dan
anak-anak tak ada. Janji dengan abang jangan tinggalkan abang lagi ye..abang
sayang Ha dan anak-anak … sayang sangt-sangat.” Mereka meneruskan langkah
memasuki bilik mereka.Kerana rindunya yang mengunung Farhan memegang kepala
isterinya dan merapatkan mukanya kemuka isterinya mereka berhenti sekejap lalu
dicukup bibir isterinya lama.Tidak sampai kebilik sempat juga Farhan.
Malam itu kasih yang terasa dingin oleh Farhan hangat
semula. Isterinya tidur memeluk dirinya hingga kepagi. Walaupun pelukkan
isterinya diselangi regekkan anak yang minta disusui, tetapi selepas itu
isterinya akan memeluk dirinya semula. Disebelah pagi pula selepas solat subuh
isterinya kedapur menyediakan sarapan pagi seperti biasa.
Kenyang
perutnya ketempat kerja pagi itu. Dia memulakan kerja pagi itu dengan ceria.
Sungguh benar kata pepatah.. sesuatu kejayaan itu bermula dari rumah.Jika rumah
tangga bahagia anak-anak kesekolah dan para pekerja yang memulakan hari mereka
dengan rasa riang dan ceria. Barulah boleh timbul semangat MALAYSIA BOLEH.
========================
Kini
Fatin mengandung lagi, sudah dua bulan usia kehamilanya. Sejak periistiwa Fatin
jatuh dari motor..Farhan sangat menjaga keharmonian rumah tangganya. Walau pun
ada sebuah lagu mengatakan‘Panas tak setahun redup juga menggilir masa.’.Tetapi
Farhan akan memastikan redup yang dialami akan panas semula hingga keakhir
hayat mereka.
Kini
dia selalu membantu isterinya, tidak kiralah melakukan kerja rumah atau pun
menjaga anak-anak. Dia lebih menunjukkan rasa kasih sayang dan keperihatnan
kepada anak-anak dan isterinya. Dia juga cuba mengawal perkataan jika dia
memarahi anak-anaknya. Nasihat ibu dan ayahnya dipegang teguh. Setelah
mengikuti segala nasihat ayah dan ibunya dia mengakui keadaan rumah tangganya
bertambah bahagia. Isterinya juga sudah ada waktu untuk bermanja dengannya.
Tetapi
cabaran berumah tangga bukan boleh dijangkakan. Terlalai sedikit kita akan menerima akibatnya
dari kecuaian kita sendiri. Jika tidak mampu bertahan atau menangkis cabaran
mahu runtuh hingga hancur berkecai rumahtangga yang pada mulanya harmoni dan
bahagia. Ingatlah setiap dari kita harus bersiap sedia dengan cabaran dan cuba
mempertahankan rumahtangga jika ianya mahu kekal hingga keakhir hayat.
Kebahagian
rumahtangga Farhan mula berkocak. Ini bermula dari satu panggilan telefon. Tampa diduga Farhan
menerima satu panggilan telefon dari seseorang yang telah lama dilupa kan olehnya. Malam
itu ketika Fatin sibuk berkemas didapur selepas makan malam, sementara Farhan
pula diruang tamu memerhatikan anak-anaknya bermain. Tiba-tiba telefon bimbitnya bergetar menandakan ada
panggilan masuk, dia bangun untuk mengetahui siapakah yang memanggil diwaktu
itu. Dia jarang menerima panggilan diwaktu-waktu begitu sebenarnya. Bila
dilihat ada nombor asing tertera di screen telefon bimbitnya, Farhan menjadi
ragu.. dibiarkan sahaja telefon bimbitnya yang menjerit-jerit agak lama.. nasib baik didalam mood perlahan..akhirnya
deringan itu mati, bila lama tidak berjawap. Pada fikiranya jika ianya penting
tentu sipemanggil akan menghubunginya kembali. Ternyata deringan itu bergema
lagi.. Farhan mengambil panggilan, apabila diangkat terdenaar suara wanita menyapanya
dengan lembut dan memberi salam…Suaranya aduhai terus meresap terus kekalbunya.
“
Hai Farhan..Assalamualaikum apa khabar sekarang..macam mana dengan
kehidupan..semoga bahagia .“ Serasa pernah didengar suara merdu itu, siapa
agaknya Farhan mencari-cari dalam kotak memorinya.
“Waalaikumsalam
..Alhamdulilah baik dan bahagia..boleh tahu siapa ni.”
“You
dah tak kenal suara I lagi Farhan.” Ohh dia tahu nama aku… siapa ni??..Farhan
tertanya-tanya didalam hati. Diperah kepalanya untuk mengingati.
“Entahlah
..saya tak ingat..kawan kat mana ye..” wanita bagai menyuruh Farhan berteka
teki pula.
“Kawan
satu Universiti..satu kelas lagi.”
“Siapa
ye..saya tak ingat.” Farhan berkata jujur malas dia mahu meneka-neka..
“Saya
Nur Saleha binti Abdul Rauf ingat lagi tak?.” Berdegup kencang jantung Farhan ..secara spontan wajah Saleha
yang ayu terlayar diruang matanya. Sebenarnya dia sudah melupakan gadis itu.
“Oh
kalau Nur Saleha tentulah I masih ingat lagi..mana dapat nombor I ni?.”
“Bulan
lepas Edlan dan Suhaila datang Penang, dia datang kat Farmasi I..lama juga kami
berborak..mengingati kisah-kisah kita kat Shah Alam dulu..dah terlanjur
berjumpa dan bercerita tentang kawan..I minta sekali nombor you. Senang-senang
nanti bolehlah kita berbual-bual masa
lapang.” Suhaila isteri Edlan pernah sebilik dengan Nur Saleha ketika mereka
sama-sama menuntut di UiTM Shah Alam dahulu.Tetapi Suhaila junior mereka
setahun.
Dari
Suhaila lah Nur Saleha tahu Farhan meminati dirinya suatu ketika dahulu. Tetapi
ketika itu hatinya sudah diserahkan
kepada jejaka lain. Dirinya sudah
diperkenalkan dengan sepupunya dari sebelah ibunya. Sepupu yang baru tamat
belajar dari luar negera. Untuk mengeratkan lagi tali persaudaraan mereka,
kedua belah keluarga merancangkan jodoh mereka berdua. Setelah berkenalan dan
berbincang empat mata, mereka bersetuju apa yang dirancangkan oleh keluarga
mereka..
Semenejak
itu Nur Saleha tidak pernah memandang pemuda lain, hatinya dan perasaanya hanya
untuk Muhammad Fikri yang telah menjadi
tunangnya. Mengikut perancangan keluarga dan juga persetujuan Muhammad Fikri
dan Nur Saleha sendiri sehabis sahaja NurSaleha belajar mereka akan dinikahkan.
Mereka pasangan yang sungguh padan. Bak
kata pepatah Bagai pinang dibelah dua,
atau bagai cincin dengan permata. Apa tidaknya mereka berdarah Arab disebelah
ibu, dipihak NurSaleha pula ayah nya anak mami
Penang dan disebelah Muhammand Fikri ayahnya pula campuran Cina dan
Melayu. Itulah sebabnya wajah mereka bak kata orang sekarang cun meluncun.
“Agaknya
Edlan tak sempat nak ceritalah tu, dia tak cakap dengan I pun dia jumpa you
masa balik kampung isteri dia.”
“Dia
terlupalah agaknya..you sekarang kat mana?.”
“I
satu tempat kerja denga Edlan kerja kat hospital kerajaan.. jadi kuli..”
“Jadi
kuli kerajaan bagus apa..hujung bulan dapat gaji… you dengan Edlan macam tak
boleh nak berpisahkan kan dari Universiti lagi you dengan dia.”
“I
dengan Edlan ni memang macam tak boleh
nak dipisahkan dari matrikulasi sampai kat U dan kerja pun ditempat yang sama.”
“Untunglah
you dapat kawan sebaik Edlan dan Suhaila.”
“Alhamdullilah..You
pulak kat mana sekarang?”
“I kat
hometown I ..dah buka Farmasi sendiri..ayah I bagi modal.”
“Untunglah
you muda lagi dah ada Farmasi sendiri…esok-esok kita sambung lagi ye, I ada
kerjalah.”Bila Fatin muncul dari pintu dapur cepat Farhan memutuskan bualanya.
Dilihatnya anaknya yang kecil merangkak kemudian berdiri lalu menghulur botol susu kepada ibunya.
“Adik
ni tak boleh nampak muka ibu cepat dia hulur botol dia.”
“Meh
ayah buatkan susu..ibu dah penat tu.” Laju Farhan menghampiri anak dan
isterinya yang sudah mencapai botol susu anaknya. Dia kedapur untuk membancuh
susu sambil memimpin tangan anaknya yang
baru pandai berjalan. Anaknya yang kecil baru berusia satu tahun, baru pandai
berjalan dua tiga hari yang lalu, itulah sebabnya dia masih banyak merangkak
dari berjalan. Apabila mendengar ayahnya mahu membuat susu untuk adik mereka, anakya
yang dua orang lagi leka bermain diruang
tamu berkejaran mendapatkan ayah mereka dengan permintaan yang sama, Fatin
kedapur semula membantu suaminya melayani tiga orangt anak mereka.. Kini mereka
saling bekerja sama dalam hal-hal rumah tangga.
========================================================
Bermula dari telefon pertama itu bermulalah episod saling
berbalas panggilan atau SMS antara
Farhan dan Nur Saleha. Kadangkala Farhan
merasa hairan kini dia boleh berbual mesra itu dengan Nur Saleha, sedangkan
dulu dia tidak pernah bertegursapa jauh sekali berbual, walaupun mereka satu
kelas. Dia hanya berani memandag gadis itu dari jauh sahaja. Apabila dia menyatakan rasa sukanya kepada Edlan sahabatnya mencabar
keberanianya.. Dicubanya juga untuk merapati NurSaleha ketika itu diatas cabaran Edlan tetapi pada perkiraan Farhan, Nur Saleha seperti
mengelak dari bertembung atau bersemuka dengan dirinya. Sebab itulah perasaanya
tidak terluah sehingga diakhir pengajian mereka.
Setelah dua tiga bulan perhubungan antara
Farhan dan NurSaleha..dari berbual cerita-cerita biasa kini sudah masuk kebab
peribadi pula. Nur Saleha sudah tidak
segan silu menceritakan masaalah rumahtangganya yang kini hanya tinggal kenangan.
Kini dia sudah menjadi ibu tunggal beranak tiga. Sungguh sedeh
ceritanya..seorang wanita cantik yang diminati oleh ramai jejaka suatu ketika
duhulu ditinggalkan oleh suaminya kerana wanita lain.
“Kenapa
suami you tinggalkan you.” suatu hari Farhan beratnya, ingin mengetahui punca
masaalah rumah tangga Nur Saleha. Selebih nya dia ingin menyelidik.
“Dia
dah jumpa wanita yang lebih cantik dari I…yang kedua mereka satu bidang
pekerjaan… mereka dokor sama doctor kat Hospital Penang..I ni apalah
saja..hanya pegawai Farmasi sahaja.”
Luah Nur Saleha bernada jauh hati dihujug talian.
Tetapi
yang hairanya hanya NurSaleha sahaja yang menceritakan kisah rumahtangganya. Dipihak
Farhan tidak pernah sekali menyatakan
dia juga sudah mempunyai keluarga bahagia. Mungkinkah Farhan masih mengharap
kehadiran NurSaleha dalam hidupnya. Masih adakah harapan Farhan agar Nur Saleha
memenuhi rasa sukanya suatu ketika dulu.
Jika itu yang ada dibenaknya dan jika begitu
niatnya sungguh tinggi angan-angan Farhan…bolehkah kita bertanya siapakah yang
bakal disingkirkan dari hatinya nanti.. ataukah keduanya mampu diisi dalam
ruang hatinya yang sempit. Antara Nur
Saleha dan Fatin Najiha adakan mereka rela berkorban berkongsi kasih Farhan... Farhan oh Farhan jangan jadi yang di kejar
tidak dapat, yang dikendung berciciran..sudahlah.