Memng
benar Johan Hamdi merasa lega bila mommy sudah dijaga oleh papanya. Dalam waktu terdekat azamnya hanya satu mahu mengumpul
seberapa banyak wang, untuk bekalan masa hadapan nya bersama Nur Hidayah. Tikadnya hanya satu, mahu serumah
kembali dengan isteri yang bernama Nur Hidayah binti Abdullah. Petang itu
sehabis waktu kerjanya dia bergesa kehotel kepunyaan Tengku Faizal. Tujuan
hanya satu mahu memandang bekas isteri pulang dari kerja. Sedang dia terhendap-hendap
di celahan kereta yang dipakir di tempat pakir bahunya ditepuk orang dari
belakang. Dia menoleh..
“Ehh you, ingatkan siapa tadi..Kenapa you pakai helmet?.”
Beberapa saat orang yang menepuk bahunya
memandang kearahnya bila tersedar, soalan dia syaki yang keluar berbaur curiga ...
“Apa tujuan you sebenarnya. You ada niat tak baik ke pada atuk atau adik I?. sampai you berhelmet bagai ni?”. .’Ahh dah sudah kalau direpot kebalai tentu
dia ditahan dan disoal siasaat' itu yang terdetik dihati Johan Hamdi.
Hairan
Tengku Farid melihat Johan Hamdi yang terhendap-henbdap dan memakai helmet. Dia
tahu dari pandangan matanya tadi Dr Johan memandang kearah datuk dan adiknya yang masuk kedalam kereta. Pada
mulanya dia tidak menyangka orang yang sedang memerhati datuk dan adiknya
adalah Dr Johan, itu sebabnya dia mendekati untuk mengenalpasti.
“Apa tujuan you terhendp-hendap kat sini, you nak
apa-apakan Hidayah ke?”. Sekali lagi soalan berbaur curiganya menerjah
gegendang telinga Johan Hamdi, namun kepalanya juga sedang sebuk mencari alasan untuk diberi, itulah biar
pun berderet-deret soalan yang ditujukan kepadanya dia hanya membisu dan
menundukan kepalanya.
“Cuba terangkan pada I apa tujuan you sebenarnya…kenapa
dengan you...you nak apa-apakan Hidayah atau atuk I”. Makin banyak pula
prsangka yang timbul dikepala Tengku Farid bila Dr. Johan tidak menjawab
soalanya.
“Saya tak ada tuajuan apa pun, hanya nak pandang
sahaja..oklah saya balik dulu”. Rasa pijar wajahnya bila tingkahnya sudah
kedapatan oleh Tengku Farid. Rasanya
mahu dia menyembunyikan wajahnya didalam baju. Sungguh malang nasib nya hari
itu bila terserempak dengan orang yang mengenali dirinya. Bukan sekali itu dia
mengintip Nur Hidayah tapi entah mengapa hari itu intipanya terkantoi dengan
bekas abang iparnya pula.
“Kiranya you rindu lah ni. I sebetulnya kesian dengan
adik I tu. Dia rindukan suaminya tapi orang yang dia rindu macam tak pedulikan
dia, jenguk tidak, call pun tidak…janganlah buat adik I macam tu. I geram
sangat dengan you, masa tak ada sesiapa disamping you, you pujuk dia jadi isteri, bila dia dah
sayang you, you tinggalkan dia sendirian. I tahu cinta pertama tak akan sama dengan
cinta yang selepas itu...tapi cuba you cuba bayangkan jika you ditempat
dia..apa yang you rasa agaknya. ”. Johan Hamdi hanya menunduk mendengar
kata-kata Tengku Farid..hatinya juga terhiris mendengar kisah kasihsayang dari
bibir Tengku Farid. Walaupun tidak benar apa yang diperkatakan oleh bekas
iparnyanya tentang ‘cinta pertamanya’ namun untuk membalas, dia tidak mahu jadi
berlama disitu.. Bila Johan Hamdi mula melangkah tanganya dicapai oleh Tengku
Farid.
“Jomlah jumpa Dayah kejap. Dia memang rindukan you”. Dr
Johan memandang keanak mata Tengku Farid.
“I tak nak paksa you, tapi bertimbangrasalah
sikit..kesiankanlah kat adik I tu. Dia masih sayangkan you Johan..atau you
takut kalau isteri you tahu perjumpaan
ini”.
“Untuk pengetahuan Tengku..saya dah tak ada kaitan
dengan bekas isteri pertama saya tu sekarang. Hanya.. pada saya rasa tak wajar
saya berjumpa dengan Hidayah sekarang.. ”.
“Apa yang tak wajarnya. Apa pun alasan you..you tak nak
jumpa dia lagi atau you nak suruh dia lupakan you.. you cakaplah dengan dia terus terang, jadi dia taklah
mengharap you lagi…jom”. Bila ditoleh kearah kereta Tengku Faizal jelas kereta
nya sudah berlalu pergi.
“Atuk dengan Dayah dah pergi Jo..Jomlah pergi rumah
atuk... jumpa Dayah sekejap pun jadilah”. Rayu Tengku Farid bagi pihak adiknya, namun kelihatan Johan seperti keberatan.
“Kenapa??..ada masaalah pada you ke”.
“Saya rasa malu pula nak jompa dengan atuk”.
“Apa pula nak malu..atuk faham..dia pun manusia macam
kita.” Tengku Farid menarik tangan Dr Johan menuju kekeretanya lalu dibukakan pintu
disebelah penumpang. Tidak keras mana
penolakkan Johan dia mengikuti langkah Tengku Farid.
“Masuklah.. Helmet ni bukalah. Macam tak kena pula naik
kereta pakai helmet..kereta I bukan kereta lumba”. Tengku Farid cuba berleluncun
untuk mengendurkan ketegangan diwajah Johan yang kantoi megendap bekas
isterinnya. Didalam kereta Joan hanya mendiamkan diri. Satu ditanya saru juga
dijawab..yang sebebarnya dalam hatinya berkira-kira apakan yang mahu dijawab
bila keluarga Nur Hidayah bertanya nanti. Tidak lama perjalanan yang dirasa
oleh Dr Johan dek hatinya yang berdebar sakan.
Mendengar
ada kereta berhenti di hadapan rumah cepat sahaja Tengku Faizal
menjenguk..detik hati macam kereta Farid mengapa pula cucunya itu singgah
kerumahnya pula. Ya memang benar apa yang terdetik dihati. Dia memandang dari
ambang pintu cucunya kelaur dari kereta yang menjadikan dirinya lagi terpegun bila
melihat orang yang keluar dari pintu penumpang kereta cucunya.
“Asalamualaikum tuk”.
“Walaikumsalam masuk Farid..masuk Johan. Ada hal apa
you singgah rumah atuk ni. You dah bagi tahu Jannah you singgah sini..nanti tertunggu pula
anak-anak you kat rumah mana ayah dia lambat balik pula..”. Sambil berjalan
masuk mengiringi cucu dan cucu menantunya riuh mulut Tengku Faizal bertanya itu
ini… Tengku Faizal tahu kepulangan Tengku Farid biasanya akan ditunggu oleh
semua warga rumahnya terutama anak-anaknya yang sudah ada empat orang. ‘ Ayah
balik.. ayah balik’ itulah nyanyian ceria anak-anak nya bila mendengar deruan kereta
ayahnya memasuki pintu pagar. Bahagia itulah gambaran kehidupan cucunya
sekarang.
“Farid mendulukan orang yang tengah rindu-rinduan ni
tuk...Dayah kat mana atuk”. Makin tunduk Dr Johan untuk menyembunyikan wajahnya
bila mendengar komentar dari Tengku Farid..semestinya ia ditujukan kepadanya.
Malu itulah yang dirasa..
“Ada kat dapur tu..tengah isi perut..dia kata dia
tengah lapar sangat. Hari ni dia makan tauhu..tapi tauhu mentah Farid. Bibik
nak goreng dia tak mahu dia hanya rendam dengan air panas nak matikan kuman katanya”.
Ha..ha ha Tengku Faizal mentertawakan kerenah cucu permpuannya..
“Macam..macam Dayah ni..masuklah Jo bukan ada siapa pun..
haa tu Dayah”. Sudah lama Nur Hidayah menghentikan kunyahanya bila mendengar
nama Johan disebut oleh Tengku Faizal tadi. Dia memandang kearah pintu untuk
memastikan pendengaran telinganya benar. Bila mata bertentang mata makin luas
ngangaan mulutnya..Rindu yang berkampung dihatinya telerai satu demi satu. Tidak
berkelip Nur Hidayah memandang Johan yang terberhenti dan berdiri di ambang pintu
dapur. Rasa mahu Nur Hidayah bangun dan berlari mendakap orang yang sangat
dirindui. Namun hasrat hatinya tertahan bila melihat Johan hanya pegun
memandang kearah dirinya. Breberapa saat keadaan menjadi sunyi…bila suara
Tengku Faizal memecah kebisuan suasana mereka.
“Kata Johan rindu pergilah cakap-cakap dengan Dayah
tu.. Dayah pun sama, tak nampak kata rindu.. tapi bila dah ada kat depan mata
kenapa diam sahaja”. Mendengar suara datuknya mengembalikan Nur Hidayah kealam
nyata. Air matanya berkejaran mahu keluar dari tubir matanya.Cepat dia bangun…
“Oklah Dayah dah kenyang.. Dayah nak naik dulu”. Dia
mahu segera berlalu mahu menyembunyikan air matanya yang sudah mahu gugur. Dek
kerana laju dia bangun mahu menuju keanak tangga kakinya tersadung dengan jubbahnya sendiri yang agak merelet sedikit kainya. Cepat sahaja
Tengku Faizal dan Tengku Farid menerpa kearahnya.
“Baik-baiklah Dayaah… kalau berjalan tenguk bawah nanti
jatuh susah”. Dua suara lelaki yang sangat mengambil berat dirinya bersuara.
Nur Hidayah tidak membalas kata, terus sahaja kakinya mendaki anak tangga.
Hilang sahaja bayangan Nur Hidayah di balik tangga terus sahaja Tengku Faizal
bertanya.
“Johan You tak nak rujuk pada Hidayah semula ke?”.
“Bukan tak nak rujuk tapi untuk masa terdekat ni
rasanya saya tak nak mempu menjaga Hidayah sebaik datuk dan Tengku Farid
menjaga dia. Saya takut Hidayah akan kesusahan dalam jagaan saya”. Dengan suara
lirih Johan menjawab kerana itulah yang ada difikiranya.. bukan dia tidak mahu
tetapi dia takut menyusahkan kehidupan Nur Hidayah kelak.
“Apa pula Johan cakap macam ni..memang kami akan jaga Dayah
sebaik mungkin sebab dia ahli keluarga kami..tapi kami jaga Dayah ada
hadnya..had kami menjaganya hanya sampai
di hadapan pintu bilik sahaja. Johan atuk dah lama hidup dan tahu sangat apa
yang diperlukan oleh seorang isteri.. jagaan seorang suami ni lain dari jagaan ahli keluarga. Bagi seorang isteri jagaan
seorang suamilah yang sangat diharapkan biar pun kami jaga dia seperti menatang minyak yang penuh. Fikir
cakap atuk ni.”
“Masih sudi kah agaknya Hidayah menerima saya menjadi
suami bila dia tahu keadaan saya yang
macam ni..tuk”.
“Keadaan you kenapa?? I tenguk you ok sahaja, tak cacat
tak cedera apa pun atau you dah kena penyakit yang tak boleh I nampak..lagi pun
sudi tak sudi you masih suami dia, nak buat macam mana..dia terpaksa juga
terima baik buruk you..”.
“Saya masih suami dia ke tuk? rasanya waktu eddah kami
dah dua minggu berlalu.. untuk menjadi kan saya suaminya kembali kami kena
nikah semula kan?”.
“You masih suami dia Johan..waktu edahnya tamat sampai
kering darah nifasnya nanti”. Johan jadi terpinga-pinga, dia tidak dapat
memastikan apa maksud yang diperkatakan oleh Tengku Faizal. Bila melihat Johan
hanya terkebil-kebil tidak faham Tengku Faizal menyambung ceritanya.
“Dan perempuan-perempuan yang hamil, waktu iddah mereka
itu ialah sampai mereka melahirkan kandungannya.” (QS. Ath Tholaq: 4). http://rumaysho.com/3084-risalah-talak-15-masa-iddah-bagi-wanita-yang-ditalak.html
“You tahu tak kenapa kami jaga Hidayah jangan sampai
jatuh ..” Juga tidak berjawap soalan yang ditujukan kepadanya.. sebab sememangnya
Johan tidak faham.
“Johan! Buat masa ni Hidayah tengah tak lalu nak makan
sebab alahan mengandung dia…jadi badannya
lemah kalau tak berjaga dia boleh jatuh terjelepuk sebab lututnya selalu
mengigil lapar katanya..” Bila sampai keayat itu Johan terus memintas kata-kata
Tengku Faizal
“Jadi saya masih suami dia ye tuk..Allahamdullliah.
Boleh saya naik tuk..”. Wajahnya yang muram tadi jadi ceria..
“Faham pun dia(dengan suara perlahan)… Tentulah boleh
youkan masih suami dia”. Tampa berlengah Johan mendaki dua anak tangga untuk
cepat sampai kebilik pengantin mereka setahun yang lalu. Sampai sahaja dimuka
pintu terus sahaja dia meghetuk pintu..biar pun tiada jawapan yang kendengaran
dari dalam bilik namun Johan terus sahaja membuka pintu bilik yang tidak
berkunci. Dilihat Nur Hidayah baring diatas katil dengan menekup muka nya
dengan bantal.
Bagi
mengelakkan suara tangisan kedengaran oleh orang diluar bilik Nur Hidayah
menekup mukanya dengan bantal. Bila mendengar pintu bilik dibuka dan ada
seseorang duduk dibirai katilnya sangkanya nenek Tengku Faridahnya datang mahu memujuk. Terus sahaja
dia meluahkan rasa yang berbuku didalam hatinya.
“Sampai hati abang Johan buat Dayah macam ni nek..Dia rindu
boleh dia intai Dayah pandanag dari jauh . Dayah yang rindu ni tak pernah pula
difikirkan. Dia pandai nak intai kalau dia rindu. Dayah ni nak intai dia tapi
tak tahu kat mana Dayah nak intai dia.. .. Dia ingat dia sahaja yang ada
perasaan rindu.. Dayah ni tunggul yang tak ada perasaan. Dahlah tu lama dia tak
call Dayah nek ..Dayah nak call takut pula isterinya marah dia. Sepatutnya
dialah yang call Dayah..”.Makin menjadi tangisan Hidayah bila dia meluahkan rasa
hati..Sedeh juga mendengar luahan hati isteri yang kerinduan padanya..sememang dia
tidak terfikir yang Hidayah juga rindu padanya.
“Dayaah abang minta maaf sebab hanya fikirkan perasaan
abang sahaja. Abang tak terfikir rindu Dayah pada abang abang minta maaf ye”.
Mendengar bukan suara neneknya bingkas bangun Hidayah dari baringnya. Rambutnya
yang berserabai dirangkum lalu didisiputnya..Dia mengengsut duduk menyandar
dikepala katil.
“Abang datang sini isteri abang tahu tak?..jangan
sampai abang bergaduh dengan dia sebab
Dayah..Dayah tak mahu bertanggung jawab”. Keras sahaja suara Nur Hidayah
memberi peringatan hati tengah marahlah katakan.
“Yang sebenarnya lafaz cerai abang untuk dia dulu tu memang sah dari sejak abang lafaz.. walaupun
bukan dipejabat ugama abang lafazkan dan abang tak kirim surat cerai untuk dia
dulu tapi lafaz tu memang sah..kami memang dah bercerai. Sekarang ni masaalah
kami dah selesai dah. Dia pun dah dua
bulan balik Melaka rumah mommy dia”.
“Kalau macam tu memang abang dah tak mahu Dayah duduk
dengan abang ye”.
“Dari sejak kita nikah abang tak pernah terfikir kita
duduk berpisah-pisah macam ni. Tapi sejak dia datang menyebabkan abang tak
mampu nak mengelak dari menjauhkan diri dari Dayah. Yang sebenarnya sejak kita
berpisah abang selalu tenguk Dayah dari jauh..abang tenguk Dayah gembira duduk
dalam jagaan atuk.. jadi abang takut untuk menarik semula Dayah dalam kehidupan
abang yang serba kurang Dayah. Dayah nak tahu abang sekarang dah tak ada apa. Kereta
abang pun dah tak ada. Dia tuntut kereta tu sebagai harta sepencarian. Duit
simpanan abang pun dah habis jadi abang tak ada apa-apa lagi Dayah.. abang hanya
nak harapkan duit gaji sahaja…”.
“Kalau dengan adanya Dayah disisi abang, akan
menyusahkan abang . Dayah redha hidup
bersama atuk dan nenek kat sini.. Dayah tak mengharap lagi abang datang pada
Dayah”.
“Betul ke Dayah..Dayah tak mampu nak tempuh hidup susah dengan abang”.
“Dayah tak cakap, tapi abang yang cakap..Yang Dayah
faham dari cakap abang tadi Dayah akan menyusahkan hidup abang..abang terpaksa
tanggung makan minum Dayah dengan gaji abang”.
“Abang tak memaksudkan Dayah menyusahkan hidup
abang..tapi abang ni dah tak ada apa-apa..duit simpanan tak ada kereta tak ada..yang
ada hanya rumah sewa. Sekarang hidup abang hanya bergantung pada duit gaji
bulanan abang sahaja”.
“selama Dayah menjadi isteri abang dulu..ada kah abang tanggung
Dayah dengan duit lain selain duit gaji abang..dan dulu kita duduk rumah
sendiri ke..dulu Dayah tak tahu pun abang ada banyak duit simpanan..”.
“Taklah macam tu..hanya abang nak sampaikan kalau Dayah
duduk dengan abang Dayah akan susah..sanggup ke Dayah bersusah dengan abang”.
“Ialah Dayah faham apa yang abang maksudkan ..kalau
abang takut Dayah ni menyusahkan kehidupan abang ..Dayah rela macam ni..hanya
Dayah minta, izinkan Dayah intai abang kalau Dayah rindu pada abang”.
“Kenapa pula Dayah nak intai-intai abang..Dayah dah tak
sudi ke duduk sebumbung dengan abang lagi”.
“Bukan tak sudi..tapi abang yang takut Dayah akan
menyusahkan abangkan”.
“Bukan macam tu maksud abang..Dayaaah abang bukan budak
sastera yang pandai bermanis kata..Abang nak sampaikan lain Dayah terima maksud
lain pula”..
“Kenapa nak cakap yang manis-manis bang.. cakap sahaja
terus terang..jadi taklah orang yang mendengarnya tak salah tafsir..dahlah kita
ni pun bukan budak sastera yang boleh mentafsir kata-kata yang berbelit-belit..Dayah
ni budak akaun..yang tahu kira duit sahaja..mata pun dah nampak RM sahaja, mata duitanlah katakan”.
“Jangan sindir abanglah sayang..Kalau abang nak kita
duduk serumah macam dulu Dayah masih sudi tak”.
“Boleh ke kalau Dayah kata tak nak..abang redha
ke..Dayah rasa nak cari sugar daddy yang boleh bagi kemewahan pada Dayah..Dayah
nak sebijik rumah banglo, nak sebijik kereta besaar dan nak bibik tiga empat
orang.”
“Pandai dah Dayah menyindir abang, siapa yang ajar ni.
Ni tentu anak abang yang ajar ibunya bermewah-mewah..cakap pun tak serupa
orang..”. Dr. Johan duduk menghampiri isterinya lalu tanganya mengusap perut
yang sudah kelihatan membukit sedikit.
“Siapa yang cakap dalam ni ada anak abang”. Nur Hidayah
menagalihkan tangan Johan Hamdi diperutnya.
“Atuklah cakap..kalau ikut kiraan abang dah empat bulan
lebih kandungan Dayah kan”.
“Ia bang tak sangka juga Dayah boleh mengandung..kembar
pula tu”.
“Kembar??? Alhamdullilah..mungkin hormone kesuburan
yang Dayah makan tu kita dapat anak kembar..tapi keluarga Dayah ada keturunan
kembar ke”.
“Rasanya tak ada..Dayah tak pernah dengar mama cerita
pasal anak kembar dalam keluarga kami”.
“Kadang-kadang disebabkan hormone yang kita makan menyebabkan
ovary kita melepaskan banyak biji telur
dalam satu masa itu yang kita boleh dapat anak kembar..tapi biasanya kembar
yang macam ni jadi kembar tak seiras.
1. Kembar seiras berasal dari satu telur yang
bersenyawa dengan satu sperma. Mereka akan mempunyai jantina yang sama dan
wajah yang serupa.
2. Kembar tidak seiras berasal daripada telur-telur
yang disenyawakan oleh sperma yang berbeza. Ia mungkin mempunyai jantina yang
berbeza atau sama.”
“Abang suka anak lelaki ke anak perempuan”.
“Dua-dua abang suka..Dayah sudi mengandungkan anak-anak
abang pun abang dah bersyukur sangat. Hanya Dayah teruk sikit kalau mengadung
anak kembar ni..abang berdoa moga alahan mengandung Dayah berpindah pada
abang”.
“Tak apa bang, Dayah sanggup sahaja tanggung alahan ni, kalau abang selalu ada dengan
Dayah”.
“In Syaa Allah Dayah abang akan sentiasa ada dengan
Dayah kalau abang tak kerja. Nanti kalau abang off pun, abang akan teman kan Dayah kat hotel atuk tu..Jomlah kita
turun mereka tunggu kita kat bawah tu agaknya”. Memang benar apa yang diperkatakan oleh Tengku Faizal jagaan seorang suami yang sangat diharapkan oleh seorang isteri terutama ketika dia sedang berbadan dua. Mudah sahaja mereka berbaik
semula. Tiada tudingan jari, tiada pertengkaran dan tiada rajuk-rajukkan yang
minta dipujuk. Keduanya dapat menyelami masaalah yang terjadi.