~Siapa Ikut Blog Ni~

Pages

Tuesday 12 November 2013

Bab 47 Siapa aku dihatimu





            Mak teh nak juga tonjolkan kebaikan hati Sarah, sebab pada mak teh biasanya wanita Melayu ni baik dan jenis tak sampai hati. Tapi kalau ada juga yang jenis yang tak bertimbang rasa itu mungkin hatinya memang busuk tak makan dek ajar.  Mak teh nak ajar hati mak teh bersangka baik.  Yang sebenarnya hati mak teh sering buruk sangka dengan orang.

=======================

Bersungguh Sarah mahu dirinya diceraikan, sebelum dia memabwa Syukri kepejabat ugama  dia sudah bertanya dahulu kepada pegawai bertugas syarat-syarat untuk seorang isterinya diceraikan.
Haram bagi seorang suami...

a) Menceraikan isteri ketika sedang haid atau nifas.
b) Ketika keadaan suci yang telah disetubuhi.

Itulah sebabnya setelah dia bersih dari haid dan Syukri belum lagi menyentuh dirinya, dia bersungguh mengajak Syukri kepejabat khadi.
Dengan langkah yang berat Syukri mengikuti Sarah kepejabat khadi.

“Bang Sarah minta maaf,  permintaan Sarah diluluskan kerana Sarah memburukkan sedikit nama abang. Sarah cakap dengan pegawai tu abang tak tunaikan tanggung jawab abang dengan baik maafkan Sarah ye bang.” Dengan kesungguhan Sarah mahu dirinya dilepaskan, Syukri terpaksa akur dengan permintaan Sarah.

 Akhirnya dengan ucapan “Saya menceraikan kamu dengan bayaran RM 1.00”, dan Sarah menjawab, “Saya menerimanya.” Terlerai lah ikatan perkahwinan mereka. Selepas terucap perkataan yang menjadikan mereka tidak halal lagi,  Sarah dan Syukri mencari satu sudut membincangkan apa-apa yang akan diberikan kepada Sarah.

“Selama empat bulan ni abang akan bayarkan duit sewa rumah, duit gaji Sarah dan sedikit duit untuk Sarah”.

“Untuk apa abang bayar gaji Sarah yang empat bulan tu, sepatutnya Sarah yang  kena bayar abang dengan sebulan gaji kerana berhenti secara tiba-tiba”.

“Tak apa abang ikhlas nak bagi Sarah”.

“Kunci kereta ni Sarah hantar kat office ye”.

“Kereta tu abang beli atas nama Sarah, kereta itu Sarah punya. Hanya  abang pesan jaga diri elok-elok jangan terjebak pada perkara yang tidak baik.”.

“InsyaAllah bang dan doakan juga supaya  Sarah tabah dengan segala dugaan Allah ye bang”.

“Sarah! kalau boleh abang tahu, lepas ni kalau ada jodoh Sarah, Sarah kahwin tak”.

“InsyaAllah, Sarah nak cari bahagia bang dan Sarah nak anak sendiri. Anak yang Sarah lahirkan. Tapi yang pasti Sarah tidak akan menumpang kasih suami orang lagi. Itu janji Sarah dengan diri Sarah sendiri. Sarah harap abang doakan Sarah bertemu dengan jodoh yang baik dan yang single. Single maksudnya bukan teruna saja, duda yang ada anak pun boleh.”

“Amboi nak duda yang ada anak, kalau abang jadi duda macam mana?.”

“Ingat Nuri nak serahkan anak pada abang. Ingat dulu masa abang bawa Wafi datang rumah kita, apa dia cakap, kalau nak anak dia langkah mayat dia dulu. Kalau abang bunuh dia baru kita dapat anak dia tau. Tapi kalau abang bunuh dia, abang juga akan mati ditali gantung. Yang tinggal Sarah dengan anak-anak abang. Sarah tak mahu juga begitu, sebab abang tak ada nak bantu Sarah jaga anak. Sarah tak sanggup nak jaga anak sorang-sorang”. Dalam keadaan sedeh mereka masih boleh bergurau.

“Taklah sampai macam tu.  Tapi kenapa nak cepat nak dapat jodoh lain, abang baru nak kata kalau Sarah tak dapat jodoh, Sarah boleh datang pada abang semula, abang akan terima Sarah macam dulu”.

“Tidak bang, kalau sampai kesudah Sarah tak dapat jodoh pun untuk kembali kepangkuan abang tidak sekali. Sarah tidak akan melukakan hati Nuri sekali lagi. Dia tidak pernah bersalah pada Sarah mengapa harus Sarah melukakan hati dia. Bahagia kita boleh dicari, tapi jangan bina bahagia kita diatas penderitaan orang lain, orang akan pandang kita hina bang. Sarah tidak mahu dipandang hina lagi”.

“Bila Sarah nak pindah rumah baru?”.  Syukri cuba menukar jalan cerita.  Syukri kasihan melihat Sarah. Mungkin yang diperkatakan adalah ahli keluarganya yang tidak begitu ikhlas menerima kehadiran Sarah.

“Mungkin habiskan bulan ni kut, hari ni Sarah terus balik rumah ye. Sarah dah tak kerja dengan abang. Semua kerja-kerja Sarah, Sarah dah selesaikan, tapi kalau ada apa-apa yang abang tak pasti bolehlah call Sarah. Sarah mengharapkan kerja sama abang, kalau call Sarah kita cakap pasal kerja sahaja. Bantulah Sarah melupakan kisah kita ye bang”.

“InsyaAllah, kita binalah bahagia kita sendiri. Abang pun akan cari bahagia abang dengan Nuri yang dah tak tahu mana hujung mana pangkal. Sebenarnya abang gerun nak menghadapi hari-hari mendatang, gerun dengan permintaan Nuri pula. Abang takut Sarah, abang sebenarnya takut Nuri pun nekad macam Sarah juga. Doakan untuk abang Sarah, supaya hati Nuri lembut menerima abang kembali”.

“InsyaAllah, Sarah doakan abang kekal denagn Nuri hingga kehujung nyawa abang.”

“Amin”.

“Bang pada kesempatan yang ada ni Sarah minta maaf jika ada salah Sarah dan ada rasa tidak puas hati dihati abang selama Sarah menjadi kawan, kemudian kekasih dan akhir sekali menjadi isteri abang. Maafkan Sarah zahir dan batin”.

“Abang pun sama, maafkan abang zahir dan batin juga”. Menitis air mata pasangan yang pernah hidup sebumbung disaat mereka berpisah.

              Sarah kekereta MYVInya dan Syukri pula kekereta Honda Accordnya Terlerai sudah ikatan yang menyatukan mereka selama ini. Tetapi untuk tidak menyiksa antara satu sama lain agar mereka boleh mencipta bahagia mereka sendiri dan itulah cara yang paling wajar,   mereka rela berpisah.  Tiada pertengkaran tiada dendam dan tiada salah faham antara dan tiada rasa marah. Semuanya berjalan lancar. Mereka berpisah secara baik.

Selesai perkara mereka di pejabat khadi Syukri memandu pulang. Dia tidak bersemangat untuk bekerja untuk hari itu. Sampai dirumah emaknya sedang sibuk didapur.

“Assalamulaikum mak!! mak masak apa?”.

“Walaikum salam, Ehh Syukri mak tak dengar pun kamu balik.”

“Mana nak dengarnya emak tengah menumbuk, mesen bacuh pulak tengah berdengugng”. Emaknya sambil memasak dan sambil mencuci kain baju ketika itu.

”Syukri nak tolong emak ni apa Syukri nak buat ni?”

“Kamu tak kerja hari ni?”.

“Malas pulak lah mak, Syukri nak rehat sampai lusa, nak tolong emak uruskan Nuri dulu”.

“Lepas masak ni pergi ambil anak-anak kamu kat rumah kak Ton. Mak kalau boleh nak biasakan Nuha tu dengan adik dia, biar kurang rasa cemburu dia tu bila uminya ayik pengang adik dia saja.”

“Ialah mak,  jadi apa yang Syukri boleh tolong cepat sikit mak siap masak.”

“kamu tolong kopekan bawang, kemudian siang sayur bayam tu. Bayam  sikit tu untuk Nuri dengan cucu mak. Kita makan sayur  kobis boleh tak Syukri”.

“Mak masak lemak kobis mak, kita makan dengan sambal belacan sedapnya mak, ayam tu kita goring saja.ok tak mak”.

“ialah tu nanti mak masak. Syukri barang dapur kamu dah nak habis ni, bila kita boleh pergi beli? Masa mak ada ni elok kamu beli beli banyak sikit, nanti kalau mak dah balik susah kamu dengan anak lagi.”

“Esok pagi boleh lah mak, kita pergi pasar dulu lepas tu baru pergi supermarket. Ikan dengan ayam kita beli  kat kat pasar ye mak”.

Keesokan paginya seperti yang telah dirancang Pun Noriza dan anaknya Syukri berbelanja barangan dapur. Dalam perjalanan kepasar Syukri membuka cerita apa yang masih menjadi rahsianya.

“Mak sebenarnya Syukri dah bercerai dengan Sarah semalam”. Puan Noriza amat terkejut mendengar berita itu. Pantas dia menoleh kearah anaknya dan memandang Syukri dengan mulut terngaga sedikit dan mata tak berkelip.

“Mak janganlah pandang Syukri macam tu, macam Syukri buat salah pulak. Dia yang minta Sykuri ikutkan saja”.

“Kamu ni Syukri, dulu nikah dengan dia kamu tak cakap dengan mak, ni bercerai pun kamu tak cakap, tahu tahu dah.. Hai entah lah Syukri, berapa tahun kamu kahwin dengan dia daahh bercerai senaaang saja”.

“Dia kata hatinya sakit bila sekarang ni Syukri lebihkan masa kat rumah Nuri.”

“Takkan dia tak boleh nak faham Nuri tengah sarat mengandung, anak-anak kecil lagi.”

“Dia faham mak itu yang dia minta cerai. Dia tak mahu Syukri rasa berbelah bagi sebab nak tenguk Nuri dalam masa tu nak kena tenguk dia pulak. Di minta cara baik dan kami pun berpisah dalam keadaan tidak bergaduh. Hanya sekarang ni Syukri nak berhadapan dengan Nuri saja lagi. Masa tak pernah berhenti berjalan mak, Syukri rasa takut bila habis pantang nanti dia berkeras juga minta dilepaskan”.

“Sebab Nuri minta cerailah ni kamu kurus ni Syukri”.

“Ya mak, dia selalu ingatkan Syukri lepas habis pantang sahaja Nuri minta dirinya dilepaskan. Memang dalam Sembilan bulan ni Syukri selalu makan tak habis. Tengah makan berdengung permintaan dia kat telinga, patah selera Syukri mak.Mak!  Macam mana mak nak mengelak dari Nuri minta cerai mak”.

“Entahlah Syukri, ini semua salah kamu kamu yang tak tahu adap-adap berpoligami. Tak tahu nak jaga hati isteri terutama Nuri. Kamu biarkan dia, sampai hati nya terluka. Cuba kamu pandai membahagi masa dan tak tunjuk sangat kamu lebihkan Sarah dulu, tentu Nuri tak minta cerai. Rupanya dia bertahan sebab dia mengandung sahaja. Itu memang nasib baik kamu lah Syukri. Tenguklah sekarang isteri yang kamu tatang-tatang kamu bela bila emak marah akhir pergi tinggalkan kamu juga. Syukri! Sarah berkeras minta kamu lepaskan ke?”.

“Dia tak berkeras tapi bersungguh, dia dah bersiap sedia pergi kepejabat khadi dah buat temujanji lepas tu barulah dia ajak Syukri pergi. Kami bercerai cara Tebus Talak, ertinya dia yang minta,  tapi dia burukan nama Syukri sikit. Dia mengadu yang Syukri tak berlaku adil kepada dia”.

“Sebelum mak balik ni mak rasa mak nak jumpa dia lah Syukri. Mak nak minta maaf mak tahu mak pun ada kecilkan hati dia.  Dia masih kerja kat bengkel kamu ke Syukri?”.

“Tak mak dia dah dapat kerja satu tempat dengan kawan baik dia kat Danmansara katanya”.

“Dia ada kawan baik”.

“Yang Syukri tahu hanya itulah kawan dia mak, dengan kawan dia tulah dia belajar masak.  Dia cakap dengan Syukri semalam mereka akan duduk serumah tak lama lagi”.

“Ohh kalau macam tu eloklah”.

Seperti yang dijanjikan sebelum Sarah memulakan kerja dan sebelum puan Noriza pulang semula kePengkalan hulu, satu pertemuan telah dijanjikan. Pertemuan mereka berlangsung hanya dirumah sewa mereka selama mereka menjadi suami isteri. Namun Sukri tidak menyertai pertemuan itu. Sebelum pertemuan itu Syukri memberitahu Sarah.

“Assalamualikum Sarah! abang ni, sebelum mak balik lusa, mak kata nak jumpa Sarah. Esok pagi abang hantar mak kerumah. Sarah belum pindah lagi kan.”

“Walaikumsalam, belum. Pukul berapa abang nak hantar emak janganlah pagi sangat tak sempat Sarah nak beli sarapan nanti”.

“Abang pergi bengkel lewat sikit nak tolong Nuri pakai benkung dulu, lepas tu barulah singgahkan emak rumah Sarah,  lepas tu barulah abang pergi bengkel. Pasal sarapan Sarah jangan bimbang, emak nak buat nasi lemak esok, dia nak bawa sikit rumah Sarah”. Senang sedikit hati Sarah, esok dia akan membeli sedikit kueh untuk makan pagi mereka berdua.

Pagi itu pukul 10 pagi Syukri menghantar emaknya kerumah bekas isteri keduanya. Ketika puan Noriza masuk kerumah kelihatanya sudah tersedia sepiring kueh dan seteko air diatas meja makan. Terus sahaja Sarah membawa bekas emak mertuanya kemeja makan.

“Jemput minum mak, kueh beli saja mak”.

“Tak apa Sarah mak ada bawa nasi lemak juga ni Sarah, saja mak bawa nak makan dengan Sarah sambil kita berbual-bual”. Keadaan jadi berbeza setelah mereka tiada ikatan lagi. Kalau dulu emak mertuanya bagai tidak mahu sahaja berbicara dengannya. Sambil makan mereka berbual dan berbasa basi. Sarah dahulu yang memberitahu hubunganya dengan Syuri yang telah terputus.

“Mak! Mak dah tahu Sarah dan Abang Syukri dah berpisah”.

“Mak tahu, Syukri yang cerita semalam. Ini mak datang nak tanya Sarah kenapa sampai bercerai tak ada jalan lain ke nak selesaikan masaalah atau Sarah kecil hati dengan emak, itu sebabnya  Sarah minta cerai dengan Syukri”.

“Tak mak, bukan pasal emak. Yang sebenarnya dah lama Sarah fikir, sebelum Sarah lalui rasa bermadu Sarah tak tahu rasa sakitnya, tapi bila dah lalui baru Sarah tahu betapa sakitnya hati ni bila suami kita balik kerumah isyeri yang satu lagi. Sesekali ada juga perasaan jahat yang merasuk. Bila kita tahu kita ada kelebihan, nak saja suruh suami kita lepaskan yang kat sana. Rasa ni mula terasa bila abang Syukri lebihkan masa dirumah Nuri. Dulu tak terasa sangat sebab abang memang lebihkan masa pada Sarah. Hari-hari abang ada kat depan mata. Masa giliran Nuri pun lepas Isyak baru abang balik rumah Nuri. Tapi bila Nuri mengandung lagi dan Nuha selalu tak sihat abang Syukri terpaksa bagi perhatian, masa tu dah jadi terbalik masa abang banyak kat rumah Nuri, dah malam, anak-anak dah tidur barulah abang balik kerumah ni, itu pun dengan wajah penat dia. Masa tu barulah Sarah terfikir macam nilah rasa Nuri bila secara tak sedar abang abaikan dia...
..Sarah fikir kalau Sarah terus disisi abang Syukri salah seorang dari kami akan menanggung rasa sakit tu. Memandangkan Sarah sorang Sarah rela berundur. Kalau Nuri, Sarah kesian anak-anak yang akan kehilangan kasih sayang baba dia. Sebab Abang ada cerita lepas pantang ni Nuri akan meminta dirinya dilepaskan.
….Sebab dia tidak mampu nak bertahan rasa sakit seperti yang Sarah rasa. Jadi sebelum Nuri bincangkan hal perpisaahan yang tertangguh sebab dia  mengandung hari tu, biar Sarah sahaja yang beundur dulu. Harapkan kalau Sarah dah tak ada dalam hidup abang Syukri, Nuri dapat terima abang semula.”

“Ohh jadi Sarah tahu ke yang Nuri minta cerai selepas dia habis pantang ni”.

“Tahu, perkara tu tertangguh sebab dia mengandung”.

“Sarah! mak nak minta maaf pada kamu Sarah. Sepanjang Sarah jadi  menantu, emak mak selalu sakitkan hati Sarah. Kalau bab masak mak marah sebab mak sayangkan Sarah. Sebagai  isteri kita yang akan membesar anak yang bagi makan anak, orang lelakini cari kan duit untuk belikan makanan.  Kalau kita nak anak anak kita membesar dengan baik dengar nasihat kita, sebaiknya kita bagi makan dengan air tangan kita. Makan masakkan kita. Masa masak tu bacalah Bismillah dan selawat. Itu baiknya anak-anak dan suami makan makan yang kita masak. Itu sebab mak marahkan Sarah suruh belajar masak. Yang senang-senang pun tak apa pada mulanya, nanti lama-lama pandailah. Tapi bila Syukri kata Sarah nak buka api dapur takut, bila ditenguk Syukri pun buat tak endah bila kamu tak masak, jadi sampai bila kamu nak pandai masak. Itu yang emak jadi marah.”

“Ye mak, terima kasih mak, sebab mak marahlah sekarang Sarah dah tahu juga masak sikit-sikit. Kalau goreng telur dadar pun dah cuba buat. Hanya belum dibiasakan sahaja, dulu buka api dapur pun tunggu abang Syukri bukakan. Sarah memang tak tahu buat apa-apa langsung.  Nanti kalau Sarah pindah rumah duduk dengan kawan Sarah tu mungkin Sarah masak sendiri sebab kawan tu rajin memasak.”

“Eloklah tu. Haa Raya tahun ni Sarah nak beraya kat mana?”

“Macam biasalah mak beraya sendiri saja kat sini.”

“Kalau tak ada tempat nak beraya baliklah Pengkalan Hulu, kita raya sama-sama. Mak anaggap kamu macam anak mak sendiri. Sarah mak sebetulnya nak minta maaf pada kamu sebab mak selalu ungkit perkara yang dulu”.

“Sebetulnya itu tak salah emak, tapi arwah mak Sarah yang begitu sombong kat emak. Akhirnya tuhan terbalikkan kata-kata dia. Abang Syukri yang selamatkan Sarah masa mula Sarah datang sini dulu. Sarah pun tak pernah lupa apa yang arwah mak Sarah cakap dengan emak dulu, setiap kali Sarah jumpa emak terniga-ngia kata tu kat telinga. Sarah malu dengan emak. Perkataan arwah emak Sarahlah yang membuatkan Sarah nekad untuk berpisah dengan abang.  Sekarang ni barulah Sarah terfikir Sarah tak dapat mengandungkan anak abang mungkin juga kerana sumpah arwah emak Sarah, emak pun tentu masih ingat.  Memang Sarah nak anak sendiri tak nak anak angkat.”

“Tapi mak tak pernah salahkan Sarah. Mak tahu Sarah tak seperti mak Sarah, Emak doa kan agar Sarah dapat jodoh yang lebih baik dari Syukri. Kalau dah kahwin nanti emak doakan supaya Sarah akan cepat dapat anak.”

“Amin. Terima kasih mak doakan Sarah macam tu. Sarah pun minta maaf juga, selama Sarah jadi menantu emak, Sarah tak pandai bawa diri dalam keluarga emak. Sarah minta maaf zahir dan batin ye mak.”  Sarah mencapai tangan bekas emak merutanya lalu diciumnya lama, sehingga air matanya membasahi tangan orang tua itu. Kedua-duanya sebak menahan pilu. Dihati keduanya memanam azam walaupun mereka tidak lagi dalam satu ikatan namun masih mahu mengekalkan hubungan silaturahim.


21 comments:

  1. tetap tak sukaaaa...tp mak si syukri ni baik ..merendahkan ego dn mnta maaf dgn si sarah...tgk le camne si syukri tu....belum-belum apa dh suruh si sarah dtg semula kpd dia klu blum temu jodoh dn sedia trima si sarah....tak serik ke sakitkn hati nuri...agaknya mmg dia nk lpaskn nuri kot dn balik dgn sisarah. tgk je le.
    -dibah-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la pasal..sakit hati baca..kalau saya jadi nuri mmg bye bye la syukri jwbnya..saya x suka dalam hati suami ada perempuan lain..

      Delete
  2. Terima kasih mak teh tok n3 terbaru ni..
    Macamana baik pun sarah digambarkan saya masih x suka dia..tu la org ckp buat baik2 berpada2 mmg sesuai untuk nuri sampai di pijak2 oleh suami dan madu sbb terlalu baik..manakala buat jahat jgn sekali mmg sesuai untuk sarah dan syukri..walaupun cuba nak tunjuk baik tp kejahatan yg dibuat tak akan di lupakan..

    Banyak pengajaran yg dpt dalam cerita mak teh ni..tahniah..

    ReplyDelete
  3. 10Q Mak Teh, walau bagaimana baik Mak Teh tulis bab S N S nie, saya pun seperti yg lain tak suka mereka ber2. Kata pepatah melayu, row 2 boat boleh u turn, tapi kalau dak terkeluar kata2 tak boleh nak balik. sebab perkataan2 yg S untuk si Nuri tak munasabah. Just my honest opinion, peace. salam sayang dari Zurich

    ReplyDelete
  4. Mak teh pun tak ska dlm hti suami kita ada wnita lain. Klu trduga mcam tu agaknya terbalik dunia ni. tulah psal bila nmpak wnita lain kna madu, hti skit sngat. Mak teh slalu letakkan diri ditmpat mreka, trasa kosong hati. tpi lelaki tak pernah nak fikir sdehnya hati kita yg dbri madu yg terpaksa terima. kta uzt Azhar Idrus., suami berpoligami krana nak meringankan kerja isteri., sehari buat kerja siapkan makan pakai suami lepas tu rehat sehari krana suami pergi rumah istri lain, btulkah mcam tu, anda macam mana?.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha tgk kepentingan la mak teh..mmg la kalau apa yg disebutkan tu pada org yg ada kepentingan katanya gitu le..tp pada saya biar sakit badan sebab teruk bekerja tp jgn sakit hati bila kita dok susah2 nak melayan anak2 yg masih kecik, suami dok seronok2 berulit dgn perempuan lain...tapi kalau tujuan untuk membantu contoh ibu2 tunggal yg punya ramai anak atau perempuan yg terpesong akidah macam zaman nabi tu lain la..

      Delete
    2. Itu bergantug dgn niat berpoligami mak teh. Kalau berasingan mungkin boleh tapi kalau suami poolkan semua isteri serumah saya tak nampak ringannya.

      Delete
  5. Mak teh pun tak ska dlm hti suami kita ada wnita lain. Klu trduga mcam tu agaknya terbalik dunia ni. tulah psal bila nmpak wnita lain kna madu, hti skit sngat. Mak teh slalu letakkan diri ditmpat mreka, trasa kosong hati. tpi lelaki tak pernah nak fikir sdehnya hati kita yg dbri madu yg terpaksa terima. kta uzt Azhar Idrus., suami berpoligami krana nak meringankan kerja isteri., sehari buat kerja siapkan makan pakai suami lepas tu rehat sehari krana suami pergi rumah istri lain, btulkah mcam tu, anda macam mana?.

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh...macamtu ker...patutnya suami meringankan beban isteri dgn membantu isteri..katakanla dah ada 4 isteri,,kalau asyik bergilir kerja nya..jika ada salah seorang isteri anaknya kecil..jadila macam nuri.. dia ye ringan..banyak yg melayannya... ada juga saya perhatikan bila yg muda tu belum beranak kecil..dok usung yg itu kesana sini...x ker berat sebelah,... bawala yg tua biar si muda jaga anak2 tirinya

      Delete
    2. Macam tu la yang banyak berlaku. Kalau berdua suami+isteri masa susah dan senang bersama. Kalau dah bertiga++ masa senang je bersama, masa susah isteri sendiri, suami senang dengan yang lain pulak. Bab meringankan kerja isteri tjawab suami, kalau tak reti nak tolong sediakan orang gaji bukan tambah cawangan.
      Dulu ada dikalangan sedara saya ahli Al arqam. Dia orang ni memang kebanyakan bermadu. Hubungan baik la pulak, kalau satu isteri bersalin madunya yang tolong jaga macam adik beradik.

      Delete
    3. kalau mcmtu xperla tolong menolong..tapikan....apa tujuan berpoligami..ikut cara berpoligami Rasulullah..sedikit banyak perempuanni ada cemburu juga... ada ke dia nak bermadu hanya utk jaga anak2 madu nya...kalau itu caranya ustaz azhar idrus kata berpoligami utk bg rehat isteri nya dari segi batin la gamaknya. pasal esok x perlu layan suami..habistu makan minum anak2 kena layan juga. lainla esok harinya si isterinya rehat puas2 ada org melayan dia..ada yg menyediakan makan minum utk dia...
      itu nafsu kuat tu bila hari2 nak melayan batin sedangkan ada sesetengah suami..bila isteri dlm seminggu berkehendakpun x sanggup melayan bila keletihan. maafla jika terlebih cerita ttg kamar tidur.. tapi itulah hakkatnya perempuan yg menjaga suami betul2 walaupun dlm keletihan mahupun ke uzuran sangup melayan suami dgn cara betul. tiada alasan utk mengelak kalau x nak dilaknat sampai ke subuh..tp lelaki kalau letih selamba saja menolak kehendak isteri...

      jadi alasan ustaz tu x logik kecualila isteri x mampu langsung memberi nafkah batin...



      Delete
  6. Lega rasa, akhirnya sarah undur diri. Dalam kes ni sapa yang untung? Syukri jugak. Sarah pun untung jgk. Dpt keta, nafkah edah beserta saguhati berbaloi2.
    Lepas ni siap la syukri nak mengadap permintaan Nuri. Pasti tak semudah menceraikan Sarah. Hati yang tersakiti.
    tq mak Teh.

    ReplyDelete
  7. Saya rasa 90% manusia bernama perempuan tak suka bermadu. Terutama yang pangkatnya isteri pertama. Kalau isteri kedua tu dia sendiri yang cari pasal., tapi bila suami yang dah ada isteri dua nak nikah tiga mesti isteri kedua yang melenting tak ingat dunia macam tak sedar dulu diapun setaraf dgn yg menumpang kasih suami orang, isteri pertama cool aje sbb hati dia sememangnya dah tak ada rasa...
    hehehe... betul ke? jangan marah ya..

    ReplyDelete
  8. Sarah dah buat satu kebajikan kerana bertimbang rasa pada anak-anak syukri... (betul ke?) betullah tu.. harap dia capai kebahagiaan sendiri dan bertemu jodoh dgn abang si Yam.

    Tak sabar nak tahu apa keputusan nuri lepas ni... adakah dia berlembut hati dgn syukri atau masih tetap teguh dgn pendiriannya. Kalau saya jadi nuri sampai mati saya dah tak percaya 100% pada syukri... kalau tak berpisahpun kepercayaan cuma 50-50 sahaja.

    ReplyDelete
  9. Wpun mak teh Cuba tonjolkan kebaikan si Sarah....to tetap xsuka sbb dia punca nuri mnderita.
    Apa2 pun xsabar nk thu citer c nuri n syukri

    ReplyDelete
  10. Walaupun bersangka baik terhadap Sarah tapi realitinya tidak bergitu walaupun para isteri yang berlatar agama yg kuat tetap ada cemburu cth, isteri Rasulullah Aishah sendiri cemburu dgn madu2nya. Saya harap Nuri buat sesuatu agar Syukri buktikan dan sedar sebenarnya kasihnya adalah kepada Nuri bukan Sarah. Ni dah bercerai ada niat ajak Sarah rujuk balik.

    ReplyDelete
  11. Syukri ceraikan sarah kerana terpaksa, sebab tu dia menunggu&mengharap sarah kembali padanya. Dia tamak tapi terpaksa memilih antara 1@4. Tak sedar2 lagi yang dia tu tak mampu berlaku adil pada dua isteri. Harap Nuri tak beri laluan mudah pada syukri. Biar dia tau 'siapa dia dihati Nuri'. Biar dia rasa kalau Nuri terima pun semata2 kerana anak2.

    ReplyDelete
  12. Ehhh....pembaca semua janganlah emosi alhamdulillah lah 1 masalah Syuk dah selesai. Syuk tu lelaki yang baikhati adatlah bila kadang-kadang termanis kata-kata pada perempuan. Lagipun kita tak boleh mengharapkan Sarah atau seseorang itu terus menerus tidak baikhati, jahat, busukhati walaupun dia musuh kita. Kita wajib berlapang datang dan mendoakan Sarah/orang tersebut berubah, bersangka baik dan mendapat hidayah ALLAH. Beri peluang kepada insan untuk balik kepangkal jalan yang baik jangan pandang remeh/rendah perubahan orang itu. Jika kita asyik tidak boleh menerima kesilapan dan asyik buruksangka/marah/benci sebenarnya kita lah yang berhati buruk dan bukanlah dari ciri-ciri golongan orang yang berhati mulia. Mak Teh tulis citer ni pun buat kita renung-renungkan sambil beramal ;)

    ReplyDelete
  13. Hahaha adui..percuma je pagi2 ni kena sound berhati buruk dan bkn dr golongan berhati mulia..iye la kan..biar nuri dan anak2 di injak2 dan ditipu oleh lelaki baik cam syykri tu..mmg syukri tu tersangat la baiknya..terlalu prihatin pd perempuan lemah, manja x reti segala2nya..mana la tau masuk hospital kebulur x mkn..anak2 x pe dibiarkan sbb ada nuri..nurikan superwoman..dlm sarat2 ngandung tu dia masih boleh lg jaga anak2 yg x reti apa2..lg pn apa susahkan, kak ton ada..apa guna jiran kalau x menolong..sian la kat sarah yg sebatang kara ni..haish sungguh buruk perangai kita2 dok mencaci org yg terinaya...ya ampun...

    ReplyDelete
  14. entahla bulangerhana.. bukan semua si isteri kedua kita org x suka.. contohnya cam zarina zainuddin..xda sapapun pertikai dia... dah jd ke 2 pandai2la bawa diri..kalu dah mcm sarah.. buat baikpun org tak pandang....



    ReplyDelete
  15. apa pun mak teh sayang cepatle sambung...tak sabar nk tahu keputusan nuri.
    -dibah-

    ReplyDelete