~Siapa Ikut Blog Ni~

Pages

Wednesday 5 June 2013

Bab 23 Bimbang.





Apa diharap kepada tudung,
Tudung saji terendak Bentan,
Apa diharap kepada untung,
Untung nasib permintaan badan.


Haji Abu Bakar seakan tidak percaya pada telinganya..betulkah Farhan menyatakan yang dia mahu berkahwin seorang lagi..Betulkah anaknya seorang yang pemalu suatu ketika dulu mahu menambah seorang lagi isteri.. tetapi kenapa???Maka diulangi sekali lagi pernyataan anaknya untuk memcari kepastian.


“Betul ke apa yang ayah dengar..kamu cakap tadi kamu kata nak kahwin satu lagi?”

“Betul ayah ..Kalau Han nak kahwin satu lagi apa pendapat ayah.”

“Jom lah kita duduk kat depan tu, nanti kalau ibu kamu dengar huru hara dibuatnya.” Haji Bakar cuba menenangkan hatinya yang terkejut dengan soalan Farhan. Mereka duduk dihadapan rumah diseberang jalan dibawah sepohon jambu tanamannya yang sudah luruh buahnya. Tujuan utama hanya mahu menjauh dari telinga isterinya.

“Kenapa Han nak cari penyakit ni..Han !!kahwin dua ni bukannya senang. Ayah hanya nak Han jawap dengan jujur. Kenapa Han nak kahwin lagi..Fatin tak layan Han dengan baik ke? Han tak bahagia dengan dia ke selama ni..”

“Tak lah macam tu, Fatin sungguh sempurna sebagai seorang isteri dan ibu anak-anak Han..tapi Han suka kat dia ni dari dulu lagi..dia ni kawan Han masa kat Universiti  dulu..orangnya cantik, lemah lembut dan bersopan santun. Kami dulu pun satu kelas.”

“Kenapa dulu  Han tak kahwin dengan dia?”

“Masa Han cakap Han suka dia…dia dah ditunangkan dengan sepupu dia..kiranya dia kahwin pilihan keluarga tapi sekarang dia dah bercerai sebab suaminya dah kawin dengan orang lain”.

“Suaminya tu dulu kerja apa?”

“Bekas suaminya tu doctor.Sekarang ni suami dia kawin dengan doctor juga yang satu tempat kerja dia.”

“Cuba Han bagi tahu ayah sebab apa Han nak kahwin dengan dia..apa kelebihan dia sampai Han tergamak  nak tinggalkan isteri Han tu. Tak kan sebab cantik  dan lemah lembut saja.”

“Han tak pernah berniat nak tinggalkan Fatin ayah.. Han hanya nak kahwin satu lagi saja. Dia cantik ayah..lemah lembut dan bersopan santun..masa kat U dulu ramai juga yang suka kat dia. Tak sangka dia tanya Han nak lagi ke kat dia.. Ayah..” kedengaran suara Farhan yang bangga dengan pertanyaan Nur Saleha.. Belum sempat Farhan meneruskan kata-katanya ayahnya sudah memotong kata-katanya.

“Kenapa Han cuma pandang cantiknya saja, kalau dia cantik kenapa suaminya ceraikan dia ..ayah tak mahu ayah buruk sangka dengan orang yang ayah  tak kenal dan berkata sesuatu yang buruk tentang kawan Han tu...tapi ayah muskil. Sekarang ayah nak tanya apa  yang ada didepan mata ayah..apa kurangnya isteri Han sekarang ni .. dia sudah tak cantik dimata Han lagi ke?..ayah tenguk isteri Han ni cantik juga, lemah lembut juga. Tapi yang penting pada ayah sekarang..ayah dah tahu isteri Han ni pandai serba serbi , hormat orang tua, bertanggu jawab, sabar lagi. Dia dah lahirkan tiga anak Han tak lama lagi empat orang.. Sekarang Han pula cuba cakap pada ayah apa kekurangan isteri Han..yang ayah tak nampak, ayah nak tahu apa  kekurangan dia, sampai Han nak cari lain.”

“Tak ada apa yang kurang ayah..semuanya yang ayah cakap semuanya betul.. Han sememangnya sayang sangat kat Fatin..itulah sebabnya Han tak akan lepaskan isteri Han yang ada ni, Han bukanya nak cari lain hanya nak tambah saja.” Waah senangnya Farhan bermadah..Bak kata Ziana Zain Madah berhelah.

“Farhan..Farhan..tak semudah itu nak tambah Han. Senaraikan dulu baik buruknya. Cari baik dan buruknya jangan cari baiknya disebelah kita saja ingatkan juga buruknya disebelah Fatin dan anak-anak.. sekarang Han bukan seorang…Han dah isteri dan anak-anak ingat perasaan  mereka juga”. Haji Abu Bakar memandang anak disebelahnya yang asyik bermain dengan jari-jemarinya.

 …dan satu Han  mesti  ingat… mana ada perempuan suka dimadu..kalau ada pun mungkin  kerana terpaksa rela sahaja. Cuba Han letak diri Han kat tempat Fatin..Han suka ke kalau kasih suaminya berbelah bagi. Cuba Han jawap dengan jujur..kalau bolehlah perempuan tu memadukan suaminya rela ke Han dimadu?..relakah Han berkongsi kasih. Kalau Han tak ada pilihan mungkin Han rela. Tapi Fatin  dah terbukti dia berkemampuan…mampu melahirkan anak-anak Han, dia juga mampu melayani Han..dan ayah percaya selama ni makan pakai Han dia jaga dengan baik betul tak??  dia mampu bahagiakan Han..jadi apa yang menyebabkan dia rela kalau Han nak madukan dia? Atau selama ni Han hanya pura-pura bahagia beristerikan dia.”

“Han bahagia ayah..Han memang bahagia setelah menjadi suami Fatin..tapi..”.

“Tapi apa??… yang ayah takut satu saja..dia minta dilepaskan kalau Han teruskan hajat Han tu..dia ada kerja dia mampu menyara hidup dia malah anak-anak sekali. Jangan lupa kata orang, wanita bekerja ni langkahnya lagi panjang dan lagi berani.”

“Han tak akan lepaskan dia ayah walau apapun terjadi, Han tak mahu dia jatuh ketangan lelaki yang tak sepatutnya”.Nampak bersungguh Farhan ingin mempertahankan statusnya sebagai suami Fatin Najihah. Haji Bakar ketawa kecil mendengar jawapan anaknya.

 “Han rasa… Han suaminya yang cukup baik ke kalau tak lepaskan isteri Han tu atau Han rasa dia takkan dapat suami yang lebih baik dari Han, Han kena fikir tu..sebelum Han kata tak mahu lepaskan dia.” Baru separuh Haji Bakar bercerita tentang kemungkinan yang akan terjadi jika anaknya menerus kan hasrat hatinya. Banyak lagi yang berbuku dihati Haji Bakar tentang wanita dimadu.Tidak lagi tentang perasaan anak-anak yang ibunya dimadukan seperti dirinya. Farhan hanya memandang ayahnya yang terus meneruskan  berkata-katanya…

“Ayah nak ingatkan Han satu kenyataan..semua perempuan tak suka dimadu..ingat tu Han.  Kalau betullah Han tak nak lepaskan isteri Han yang ni, sanggup ke Han melihat dia tersiksa kerana sakit hati.. Sebab apa ayah kata dia akan sakit hati..sebab dia dah bagi semua yang Han hendak dari seorang isteri.. Pertama dia dah bagi Han anak..dia layan Han baik ..dia juga baik dengan ibu bapa Han dan dia juga bantu Han mencari nafkah..bahagia tak selama Han nikah dengan dia..??”. Haji Bakar tepaksa menginatkan anaknya berulang kali apa yang telah diperolehi dari isterinya selama mereka bernikah, supaya Farhan sedar apa yang di perolehinya.

“Han memang bahagia selama nikah dengan Fatin... makan pakai Han dijaga dengan sempurna”.

“jika bahagia…apa yang Han nak lagi..Han nak cari lebih lagi kebahagiaan? Memang  Han mungkin akan lebih bahagia tapi Fatin?? kenapa Han hanya nak fikir kebahagiaan Han saja, tak fikir pulak kebahagiaan isteri Han tu,  atau Han fikir kalau Han madukan dia… dia akan lebih bahagia macam Han. Macam tu? Farhan terkebil-kebil memandang ayahnya..kenapa dia tidak terfikir tentang kebahagian isterinya pula. Melihat anaknya yang diam membisu Haji Bakar meneruskan kata-kata nasihatnya untuk menyedarkan anaknya yang terlalai dibuai dengan perasaan..

“..Berbalik kata Han tak nak lepaskan Fatin..cuba kita cari kemungkinannya pula... bolehkah Han tak lepaskan dia kalau dia sudah memintanya bersungguh.. ayah cakap ni perkara yang mungkin terjadi.. ayah tak mahu nanti kalau nasi sudah menjadi bubur tak guna..”

“Kalau Han kata Han akan cuba?.” Dimata Haji Bakar Nampak kesungguhan Farhan.Bersungguh mempertahankan Fatin Najihah sebagai isteri atau bersungguh menambah cawangan???


Haji Abu Bakar memandang wajah anaknya yang bersungguh.Dia keliru sebenarnya dengan sikap Farhan sekarang ini. Farhan dulu sangat malu untuk memperkatakan soal hati dan perasaan tetapi kenapa sekarang bagai tidak cukup seorang isteri untuknya… dia berazam akan menasihatinya  anaknya agar Farhan tidak tersalah memilih jalan hidup..

“Ingat Han nikah kahwin ni bukan percubaan..kalau dah keluar sorang antara dua orang yang dah nikah ’ itu tanggungjawab’ kelak dia akan mempunyai perasaan.. dan tindakkanya kadang-kadang bukan untuk kita seorang saja.. kadang-kadang tempiasnya pada masyarakat Han..sekarang ni bakal empat orang yang akan memnpunyai perasaan Han..anak-anak Han akan besar dan akan mempunyai perasaan. Boleh dijangka ke bagai mana penerimaan diaorang dengan pernikahan Han dengan perempuan lain..jika dia memberontak macam mana??. Kadang-kadang anak-anak buat kerenah, buat perangai tanda protesnya..  mampukah kita menanganinya Han..kita tidak boleh menjangkakan sikap Fatin lagi…kalau dia juga hilang arah nanti anak-anak Han yang ada ni macam mana?..sanggup ke Han mengendalikan dua isteri dan anak-anak yang dah tentu-tentu sehari sana dan sehari sini Han. Itu kalau Fatin masih rela menjadi isteri Han..tapi kalau kamu berdua bercerai mampu ke Han nak jaga anak-anak Han kelak?.”.

“Han akan ushakan ayah…Fatin akan jadi isteri Han sampai keakhir hayat Han.”


“Han kena ingat satu..biasanya kalau hati dah sakit macam-macam dia buat kat kita Han.. kalau dia meragam dan buat hal sanggup ke Han menghadapi kerenahnya. Nanti anak-anak tak terjaga rumah tangga purak puranda dari kita hidup rukun damai jadi tunggang langgang. Han! Kawan Han jandakan? dia janda tak ada anak ke?”.

“Ada..dia dah ada anak tiga orang…”.

“Eloklah tu nanti Han…kalau Han teruskan niat Han tu, Han dapat tiga lagi anak express.. Han jaga anak orang elok-elok… tapi anak-anak Han tunggang langgang..bak kata peribahasa ‘Kera dihutan disusukan anak dirumah mati kelaparan’.”  Terkedu Farhan apa yang diperkatakan oleh ayahnya.  Ingat nak sokong tadi…Bila ayahnya menperkatakan ‘eloklah tu nanti Hankalau Han teruskan niat Han tu, Han dapat tiga lagi anak express.. Han jaga anak orang elok-elok….

“Jangan Han dapatkan kawan Han dan tiga orang anaknya..tetapi akhirnya Han akan kehilangan lima orang yang paling rapat dengan Han. Nanti bak kata orang yang dikejar tak dapat ..yang dikindung berciciran.Ingat Han anak-anak yang ada didepan mata ni adalah zuriat Han sendiri.” Farhan memandang hujung jari kakinya yang bersarung sandal. Dia menghadam kata-kata ayahnya.

“Satu lagi yang ayah paling takut...anak-anak akan hilang rasa mesranya dengan kita kalau ibu mereka dimadukan oleh ayahnya..ayah dah rasa. Terus terang ayah cakap, ayah susah nak mesra-mesra dengan  arwah atuk Han kerana itulah. Walau pun nenek kata dia reda dengan takdir dia.. kerana dia tak dapat nak beri lebih zuriat pada arwah atuk Han..tapi ayah tak boleh terima sepenuhnya. Bila ayah tak berapa nak bercakap dengan arwah atuk dulu dia marah, katanya ayah lebih rapat dengan nenek saja, tapi dia tak  sedar dia dah mencalar rasa mesra dan rasa sayang ayah pada dia, walau ayah tahu atuk kahwin kerana nak tambah zuriat dia, tapi ayah tak boleh nak terima. Han nak jadi macam atuk tu ke?.”

“Kenapa ayah rasa macam tu pada arwah atuk?”

 “Entahlah Han..mungkin sebab kami tak selalu jumpa kot..  Ayah terasa hati bila nenek tiri Han macam tak kongkong atuk menjadi miliknya seorang. Dia juga tidak pernah mahu mesra dengan ayah. Dia pernah minta arwah atuk ceraikan nenek Han…setelah dia dapat lahirkan tiga orang anak untuk atuk Han..ayah rasa tersisih.” Haji Abu Bakar merupakan anak lelaki seorang...entah mengapa ibunya tidak dapat menambah bilangan anak setelah melahirkan dirinya. Tetapi setelah ayahnya bernikah seorang lagi ayahnya mendapat tiga orang anak perempuan.Itulah kelebihan ibunya pada pandangan Haji Abu Bakar…dapat memberi ayahnya zuriat lelaki menyambung keturunan mereka.

“Atuk tak ceraikan nenek kan yah”.

“Memang dia tak cerai nenek tapi..datangnya boleh dikira dengan jari..ayah sedeh dengan apa yang atuk buat kat nenek Han..itu sebabnya ayah selalu mengelak dari jumpa atuk. Dan inilah yang ayah fikir Han.. pernah tak Han fikir kalau Han dapat yang baru…boleh  ke dia menjadi orang yang bertimbang rasa, yang boleh bertolak ansur dan tak memaksa Han ceraikan isteri yang sedia ada..”.

“Dia tak pernah suruh Han berpisah dengan Fatin ayah, dia hanya nak menumpang kasih Han saja”.


  “Han! biasanya sebelum dapat memang itulah janjinya..akan ikut cakap kita, suruh kita adil..ayah tak percaya pada janji manusia..manusia yang ada perasaan cemburu…yang ada perasaan ingin memiliki. Bila dah kahwin dia nampak kita pula lebihkan dia.. mulalah dia kongkong kita tak bagi kita pergi kerumah isteri tua..masa tu macam mana?.. mampu ke Han nak pujuk rajuknya..rajuk isteri muda dan itu tak rajuk isteri tua..lama-lam dengan asyik memujuk rajuk isteri anak-anak entah kemana.Yanmg paling ayah takut  Han akan ikut kehendak isteri yang muda kerana yang muda Han baru dapat  dan masih  sayang. Akhirnya dengan secara tak sengaja akan tersinggikir juga yang tak mahu Han singgkirkan. Ayah tanya ni… kalau Han tanya Fatin dan dia tak mahu dimadukan.. Han akan kahwin senyap-senyap ke?”.


“entahlah ayah..”

“Kalau Han nak kahwin senyap-senyap itu ertinya kita tak jujur dengan isteri kita sendiri, kalau dia dapat tahu… habis,  sekali Han tipu dia sepanjang hidup dia tak akan percaya Han lagi.. lagi susah nanti. Han pada ayah jangan sampai kirta tidak dipercayai oleh isteri kita sendiri..jangan sampai kita dicurigai, nanti kita yang susah.. kita yang jadi rimas bila  jadi suami yang tak diperlukan.”

“Tak mahulah jadi macam tu ..tapi Han kesian dengan kawan Han ni..dia baik ayah.”

“Kenapa Han kesian pada kawah Han tu..kenapa Han tak kesian dengan isteri Han dulu..kalau Han madu kan Fatin, sama saja Han dengan suami kawan Han tu.. sepatutnya Han kesiankan orang yang paling hampir dengan Han..yang kita dah tahu buruk baiknya, yang dah berjasa dengan kita dengan melahirkan zuriat kita. Cuba Han fikir berapa besar pengorbanan dia, balik keja masak untuk kita jaga dan membesarkan anak-anak kita, pernah tak dia berkira dengan Han”. Farhan termangu mendengar peringatan ayahnya.


“Han sejak Han jadi ayah ni berapa kali Han bangun malam bancuh susu untuk anak-anak. Ayah tahu dengan cara anak-anak yang rapat dengan ibunya  semua Fatin yang buatkan…kita suami isteri ni perlu tolong menolong, berkongsi.. jangan yang sedap saja kita kongsi.. mereka tu bukan anak dia sahaja dia anak Han juga”.  Semuanya yang diperkatakan oleh ayahnya ada kebenaran, dia mengakui didalam hatinya.Dia tahu selama ini Fatin begitu sempurna menjadi isteri dan ibu kepada anak-anaknya.Tiada yang kurang.

Dari jauh Farhan melihat isterinya terboyot –boyot membawa perut, mendukung dan memimpin anak-anaknya menuju kerumah ibu dan ayahnya pula.

“Tenguk tu Han semua anak-anak Han rapat pada ibunya, kalau Han kahwin satu lagi tak mustahil Han akan hilang semua kasih mereka Han..pergilah tolong dukungkan anak kamu yang kecil tu, isteri kamu tu kan dah sarat,  selalu dukung anak  cepat pula dia bersalin nanti..tak pasal-pasal keluar tak cukup bulan pulak.” Bingkas bangun Farhan apabila mendengar ayahnya berkata begitu.Dari jauh Haji Bakar mendengar Farhan menasihati isterinya.

“Kenapa Ha dukung Aman ni, Ha tukan dah sarat nanti lain pulak jadinya lain kali jangan dukung biar dia berjalan.”

“Aman ni kalau penat sikit nanti malam mulalah tak boleh tidur..lenguh kakinya.. kita juga yang susah esok nak kerja..abang jangan lari bang nanti jatuh.” Fatin memarahi anaknya yang tua kerana lari menuruni bukit.

“Itu atuk bu.. abang nak salam atuk..angah jom kita salam atuk.” ajak anak mereka yang tua kepada adiknya bila melihat Haji Bakar dibawah pokok jambu”.

“Abang pimpin tangan angah.. jalan perlahan-lahan”. 

“Tangan ayah ni kotor kakak..gembur tanah tadi..Farhan datang terberhenti duduk kat bawah pokok jambu ni.”Ketika sampai diahadapan ayah mertuanya Fatin menghulur tangan untuk bersalaman dan mencium tangan  bapa mertuanya

“Tak apa lah yah..ibu mana yah.”

“Ada kat dalam tu..masa ayah keluar tadi dia tengah menjahit. Pergilah masuk bawa anak masuk sekali.”  Fatin bersama anak-masuk kerumah mencari ibu mertuanya. Dari luar terdengar suara riuh ibu Farhan menciumi cucu-cucnya.Kemudian terdengar lagi suaranya menyuruh mereka makan malam sekali dengan mereka.

“Kamu tenguk tu, ibu kamu memang sayang sangat kat isteri kamu Han, dia cakap dengan ayah dengan isteri kamu dia dah rasa macam anaknya perempuanya sendiri maklumlah dari kecil dia nampak didepan mata..dengan isteri abang Adli kamu pun dia tak macam tu. Kalau kamu kahwin lagi satu boleh ke ibu kamu terima dia macam dia terima Fatin. Ibu takut dia pula yang sedeh kerana kamu memadukan isteri kamu tu.. Dari dapat dua isteri tapi Han hilang kemesraan ibu kamu kerana dia marahkan kamu madukan Fatin. Ayah cakap ni supaya Han fikir baik buruk sebelum melangkah lebih jauh.
….Satu lagi yang ayah takut kawan Han tu akan kecil hati dengan penerimaan ibu kamu tu nanti. Walaupun dia kata dia hanya nak menumpang kasih Han sahaja…tapi sebenarnya sebuah perkahwinan tu menumpang kasih ibu dan ayah mentua sekali. Mana boleh ambil anaknya saja ibu dan ayahnya letak tepi..Pada ayah kalau kita kahwin ni biarlah ibu kita suka sekali. Ialah untuk mengelakkan pergeseran antara suami isteri kerana sikap ibu kita. Kalau dia sudah ada rasa kecil hati dengan ibu mertua…ada yang tak berkenan kat hati nanti isteri kamu tak nak balik rumah kita.” Lama Farhan termenung memikir.. banyak buruknya dari yang baik jika dia meneruskan rancanganya. Kemudian ayahnya menyambung lagi…

“Han masa ni memang Han rasa tak terikat hendak menengokkan kerja sekolah abang disekolah TABIKA. Tenguk-tenguk dia mewarna saja kemudian mengaji IQRA’ tapi nanti kalau abang dan angah dah sekolah rendah barulah Han terasa... Anak-anak tidak boleh dibiarkan belajar sendiri dan jangan harapkan cikgu yang mengajar disekolah saja.. banyak mana sangat mereka dapat kalau kita tak bantu. Kita kena turun padang ajar mereka dengan sekolah kebangsaanya hingga kesekolah agama.. kemudian mengajinya juga. Han ingat.. Han dan adik-beradik  Han boleh pandai ke kalau ibu dan ayah tak ajar.  Han tak ingat lagi kemacam mana Han dan adik- adik Han belajar setiap lepas Magrib.Ibu dan ayah mencari kerja-kerja sekolah yang hendak dibuat itu pun ada juga yang terlepas pandang. Han tak fikir..kalau Han ada dua rumah ke sekejap rumah sana.. sekejap lagi rumah sini.. Itu tak fikir penatnya kita lagi Han. Takut nanti dengan kepenatan Han, Han jadi lepas tangan dengan anak-anak.” Farhan mula terbayang ketika mereka masih bersekolah dari darjah satu hinggalah keingkatan lima setiap malam.. selepas magrib ayah dan ibunya memantau pelajaran mereka.  Dimasa itulah dia mengingati segala yang dipelajari disekolah, jika dia kurang faham, ayahnya akan menerangkan sekali lagi ketika itu. Jika tidak mungkin meraka tidak dapat menjejak menara Gading. Semua adik-beradiknya berjaya menjejakkan kaki  kemenara gading...hasil usha dan tunjuk ajar kedua ibu dan ayahnya dan guru-gurunya.


“Han kata kawan Han ada anak.. berapa orang?”

“Katanya tiga orang dua perempuan dan seorang lelaki.Tapi kalau Han kira-kira mereka semua dah besar.”

“Pada ayah jangan lah kita cari penyakit…dahulukan rumahtangga dan anak-anak kita, barulah fikir anak ornag lain. Nanti anak kita kemana anak orang kemana..kedua-duanya Han melepas. Han kena fikir juga bukan senang nak ajar anak orang..susah hendak mendidik mengikut acuan kita, lagi kalau anak dia dah besar, perempuan pulak tu”.

“Kenapa pulak ayah..niat hati Han nak tolong dia jaga dan didik anak-anak dia macam anak sendiri..yah”.

“ Memanglah niat kita tu baik, hati orang mana kita nak baca.. takut orang akan berprasangka buruk pada  ayah tiri dengan anak tiri perempuan..nanti kita pun kekok duduk satu rumah dengan anak-anak tiri perempuan walau pun mereka sudah menjadi Mahram kita..tetapi hati orang mana kita tahu.”

“Kalau macam tu susahlah janda atau balu yang ada anak perempuan tak terbelalah nasib mereka.”


Pada pandangan mata Haji Bakar Farhan sangat bersungguh mahu meneruskan hasrat hatinya. Untuk keharmonian rumahtanggan anaknya dia akan menyedarkan anaknya sebelum terlanjur. Itu azamnya.



p/s: Mak teh rasa tak sabar nak mencurahkan rasa hati seorang wanita tentang poligami inilah dia terpapar ditengah minggu waktu bekerja...Mak mewakilkan Haji A/Bakr meluahkan apa yang terbuku dlm hati. Mak mengharapkan adalah hendknya orang lelaki yang membaca cerita ini. Ingin rasanya kami berkongsi perasaan atau pandangan anda tentang poligami. Mak teh mengaku sememangnya poligami dibolehkan dlm Islam dan mak teh tidak menidakkan hak orang lelaki.








4 comments:

  1. Susah betul si Farhan nak menerima nasihat ayahnya. Nak nak juga dia. ^_^
    Poligami takde masalah sebenarnya, cuma laki yang kawin lebih dari satu tak tau nak jalankan tanggungjawab yang menjadikan orang pandang serong. Perempuan pulak Allah dah ciptakan dengan perasaan yang begitu.
    p/s blog ni susah sikit nak komen. Mak Teh buang la

    ReplyDelete
  2. Sorry erk. ingatkan boleh edit. Mak teh buang la verification tu. Kalau guna hp payah sikit nak tinggalkan komen.

    ReplyDelete
  3. yela mak teh..bukan senang nak menjaga dua keluarga sedangkan yang satu tu pun x terjaga ..inikan nak menambah lg

    ReplyDelete
  4. Apa pun misa dn joijoi80 terima kasih dng komen anda..tak payah buanglah yg sebetulnya mak teh tak tahu apo yg nak dibuang...Betul ke tak kesian dng NurSaleha yang perlukan suami..klu mcm tu mak teh unshakan supaya Farhan tarik balik keinginannya.

    ReplyDelete