Jolok
jolok siasam pauh,
Jangan
di jolok sarang penyengat,
Angkat
doa jari sepuluh,
Minta doa biar selamat.
Sudah
mencapai tujuh bulan usia perkahwinan Farhan dan Fatin. Hati Hajjah Fatimah
bimbang lagi. Hati ibu mana yang tidak bimbang bila anak menantu mereka tidak
menunjukkan tanda-tanda mahu menambah bilanganan keluarga walau sudah tujuh
bulan usia perkahwinan mereka.
“Bang!
kenapa agaknya Fatin tak mengadung lagi ye bang, rasanya dah tujuh bulan mereka
tu nikah…ada masaalah ke mereka berdua tu.Mah bimbang lah bang.Takut semua masaalah berpunca dari anak kita.” Suatu
hari diluahkan juga kerisauan yang
bersarang dihati kepada suaminya.
“Ingatkkan
abang saja yang bimbang..Mah pun fikir macam tu juga rupanya”.
“Ialah
mana kita tak risau bang, Farhan lain dari anak kita yang lain.. malunya tu
berlebih-lebih sangat..Alhamdullilah ada juga yang nak kahwin dengan dia..tapi
tulah kalau dah ada yang sudi ..Farhan pulak tak pandai nak bahagiakan
isterinya kesian pulak saya kat Fatin tu”. Kedua orang tuanya mula membayangkan
sikap negetiv anaknya.
“Abang
pun macam tu jugalah Mah nantilah abang tanyakan Edlan..mana tahu Edlan tahu”.
Untuk anaknya Farhan..Haji Abbu Bakar suami
isteri akan merasa lebih bimbang, kerana Farhan malunya lebih dari anaknya yang lain. Dia takut sifat malu
anaknya menyebabkan dia tidak menjadi suaminya yang sepatutnya.Kerana sikap yang pemalunya segala masaalah akan
disimpan sendiri itulah kebiasaan Farhan. Dulu katanya dia tidak suka
menyusahkan kedua ibu dan ayahnya dengan masaalahnya, tapi dengan cara begitu Hajjah Fatimah dan Haji Abu Bakar lagi bertambah
bimbang hatinya. Mereka tidak dapat membaca akan masaalah anaknya yang seorang
itu untuk di beri pertolongan atau nasihat ataupun tunjuk ajar. Untuk membantu
apa yang patut mereka suami isteri berusha mencari dimana kecacatan Farhan dan
isterinya.
Hendak
dikatakan mereka tidak bahagia tidak juga, setiap kali pulang kerumah mereka,
dilihat kemesraan jelas tergambar dari tingkah laku mereka berdua. Farhan pula seakan tidak mahu berenggan dari
isterinya..dimana isterinya disitulah dia akan menampel, walaupun ketika itu
isterinya didapur atau mencuci kain. Dari pandangan mereka berdua Farhanseakan mahu isterinya sentiasa didepan
matanya. Hendak dikatakan Fatin pula yang tidak mahu melayani Farhan tidak juga
..dia tidak menampakkan dirinya rimas
atau terganggu bila suaminya mendekati dirinya. Itulah yang nampak dimata
mereka.
Mereka
tertanya-tanya apa yang meyebabkan menantu
mereka tidak menampakkan sudah
mengandung. Jika dikira usia tujuh bulan itu sudah terlalu lama untuk mereka
mendapat tanda-tanda untuk menimang cucu dari Farhan. Abangnya dahulu (merujuk kepada Ahmad Fadzli )masuk sahaja usia perkahwinan
mereka empat bulan isterinya sudah mengandung. Farhan lain pula sudah tujuh
bulan lebih masih melum menampakkan apa-apa. Bila ditanya kepada Farhan dia
berkata belum ada rezeki. Bila ditaya kepada Fatin pula dia akan berkata ‘Farhan
kata nanti dulu’.Pernah juga dia menasihati mereka berdua..
“Farhan..kalau
isteri kamu tu susah nak megandung cepat-cepatlah
carikan ubatnya..nanti kamu tak ada anak.”
“Biarlah
dulu ayah ibu…nanti adalah.” Itulah jawapan Farhan acuh tidak acuh, bagai tidak
ambil pusing akan kata-kata ayah dan ibunya.
Kerana
bimbang keadaan anaknya Haji Bakar mengambil tindakkan menyiasat masaalah anaknya dari kawan baiknya Arief
Edlan. Malam itu dia menghubungi Edlan
mencari puncanya masaalah anaknya.
“Assalammualaikam..apa
kahbar Lan, lama tak datang rumah.” Haji memulakan bicara.
“Waalaikumsalam..khabar
baik…pakcik apa kahbar. ”
“Baik juga…sejak Han
kahwin lama kamu tak bawa anak isteri kamu datang rumah..kamu ada bergaduh
dengan Farhan ke?”.
“Hyyis Pakcik..saya kalau dengan Farhan tak pandai nak bergaduh..sebab
apa kalau saya tanya satu..jawabnya juga satu..kalau dengan Su lagi pandai saya
bergaduh, tanya satu.. sepuluh patah dijawabnya”. Hah..ha..ha.
“Ia ke Lan tapi jangan
gaduh selalu..gaduh sikit-sikit tak apalah itulah asam garam rumah tangga”.
“Ialah pakcik..tak lah
gaduh sampai dua tiga hari tak tegur..gaduh-gaduh sayang saja pakcik”.
Sebenarnya Edlan seorang yang peramah dan mudah diajak berbual.. orangnya
sentiasa ceria. Edlan suami isteri mempunyainya kerektor yang sama mudah mesra
dan pandai bergaul walau dengan siapa
juga.
“Lan sebetulnya pakcik nak
tanya kamu pasal Farhan.” terus sahaja Haji Bakar kepada masaalah yang hendak
diketahuinya. Dia tahu hanya AriefEdlan teman Farhan yang paling rapat, kawan dari
mereka diMetrikulasi hinggalah ditempat kerja. Dulu Edlan juga sering datang
berkunjung kerumah mereka..itulah kawan yang paling sesuai dan paling memahami anaknya yang seorang itu.
“Pasal apa pak cik..dia ada masaalah ke?” Untuk anaknya Farhan Haji abu Bakar suami isteri lebih bimbangnya..kerana sifat semula jadi Farhan yang pemalu dan pendiam..
“Entahlah Lan..inilah yang
pakcik nak tanya pada kamu ni..ada tak dia cakap apa-apa masaalah dia dengan
isterinya dengan kamu Lan. Farhan ni satu dia tak akan cerita masaalah dia
dengan pakcik, itu yang pak cik dan mak cik bimbang...mana tahu dia ada cerita masaalah
dia dengan isterinya dengan kamu.”
“Tak ada lah pulak..mereka
berdua tu bergaduh ke pakcik, yang saya nampak selama ini Farhan nampak gembira
saja lepas dia kahwin, kalau datang kerja wajah Farhan nampak bahagia saja.”
“Ialah memang nampak
bahagia..tapi yang kami risaukan dia tu tak nampak macam nak dapat anak.”
“Pakcik bimbangkan yang nilah
ye..ohh kisahnya.”
“Ialah Lan..pakcik rasa mereka
kahwin dah lama dah tujuh bulan lebih… tapi belum lagi ada tanda-tanda mereka
nak dapat anak. Abang dia dulu empat bulan isteri dia dah mengandung..pak cik takut
kalau Farhan ada masaalah ‘tentang itu’.Pak
cik ada juga risik pasal tu pada dia, tapi dia bukan nak cerita masaalah dia
pada kami.Pak cik bukan apa kalau pakcik tahu dia ada masaalah’tentang tu’pakcik bolehlah usha carikan
ubatnya.” Terang Haji Bakar kedengaran sayu suaranya dihujung talian.
Arief
Edlan teringat lagi semasa Farhan baru bernikah
dahulu, ayahnya juga bimbang dengan tindak tanduk Farhan. Haji Bakar seakan
mendesak dirinya menyelidik perihal Farhan. Ketika itu Haji Bakar memberitahu hampir seminggu Farhan asyik menghantar
isterinya tidur dirumah kedua ayah dan ibunya. Pada mulanya Edlan juga terkejut,
sehingga terpaksa menghubunginya
sahabatnya mencari kepastian darinya, walaupun ketika itu Farhan masih didalam
mood pengantin baru ialah baru seminggu bernikah. Untuk melegakan perasaan ayah
dan ibu sahabatnya, Edlan cuba dirisik peribadi sahabatnya untuk memastikan kesihatan luar dan dalamnya.
Setelah dirisik barulah Edlan tahu tujuan Farhan sebenar...rupaya dia ingin
merasa menjadi seorang kekasih..dia ingin mengalami bagaimana rasa orang
bercinta. Farhan oh Farhan tidakkah kau tahu segala tingkahnya membimbangkan
kedua ayah dan ibumu Farhan oii.
“Lan..aku ni tak pernah ada peluang menjadi seorang kekasih sebelum nikah, jadi aku nak rasalah ni.”
“Jadi kau nak jadi seorang kekasihlah ni..setelah kau
menjadi seorang kekasih apa yang kau rasa…
ceritalah kat aku apa yang kau
rasa Han.”
“Emm..Masa dalam masjid..dia
salam tangan aku nak batal air sembahyang aku tak rasa apa, mungkin masa tu
orang tengah ramai, aku rasa semua mata pandang kat kami, lagi pun flash camera lip-lap-lip lap..aku
rasa malu, itu yang tak terasa apa pun. Tapi masa dalam kereta diperkarangan
masjid masa nak balik itu..aku cuba pengang tangan dia, masa tu aku rasa macam
terkena renjatan eletrik rasa panas menjalar pada seluruh urat saraf aku..tapi
aku rasa suka pulak.. macam naik ke awan
aku sekejap. Aku rasa macam kat dunia lain masa tu, jadi aku pejamkan
mata..boleh pulak ibu aku nampak..dia tanya kenapa..aku jawablah aku pening
kepala. Dah ibu aku pulak risau..ibu aku tu tak tahulah risau memanjang.. cepat-cepat dia hulurkan aku panadol suruh
telan kat situ juga..Bila aku kata tak apa..mulalah dia buka cerita aku yang
aku ni takut makan ubat sedangkan kerja dekat ubat-ubatan…malu betul aku denga
isteri aku yang nampak terseyum-senyum..ia..tak ia aku masukkkan jugalah
panadol dalam mulut aku.. aku kemam sahaja ubat tu aku berharap kalau ubu aku
pandang tempat lain aku nak buang..sampai nak cair ubat tu dalam mulut ..mak aku
tak alihkan muka dia dari pandang muka aku ni..Ahhh seksa betul..lepas tu cepat
cepat aku keluar kereta bila rasa macam dah nak muntah.” Edlan ketawa besar
mendengar cerita lucu dari pengalaman sahabatnya. Bila ketawa sahabatnya reda
Frahan menyambung ceritanya.
“aku tak tahulah ayah ibu
aku selalu bimbangkan aku …dia tak nampak aku ni dah cukup dewasa..tahulah aku
nak jaga diri. Selalu aku tertanya dengan sikap mereka apalah yang nak mereka
bimbangkan aku. Aku takut nanti asyik mereka
bimbangkan aku.. mereka diserang sakit darah tinggi yang serius pulak nanti”.
“Eloklah Han dia
bimbangkan kau tandanya dia sayang kan kau”.
“Ialah sayang tu sayang lah..tapi
janganlah berlebih-lebih aku dah rasa macam aku ni tak pandai jaga diri
pulak..sedangkan aku dah ada tanggung jawap…itu sebabnya aku duduk asing”.
“Eloklah tu.. tapi sebelum
buat sesuatu tu fikirkanlah benda tu patut kau buat ke tidak jangan sampai ayah
ibu kau bimbang . Ahh sekarang sambunglah cerita kau.. kata kau nak rasa menjadi
seorang kekasih..aku nak tahu kisahnya
yang kau asyik hantar isteri kau kerumah ayah ibu dia. Cakap terus terang
dengan aku.. kau tak ada rasa sayang ke kat isteri kau tu .. setahu aku
punyalah beria kau nak pikat dia dulu”.
“Ehh
apa pulak tak sayang… masa aku tahu dia tu siapa.. aku dah rasa sayang kat dia
Lan.. rasa sayang aku melimpah-limpah
macam lavar gunug berapi ..maklumlah rasa sayang yang dah terpendam lama..hangat
membara.”
“Amboi
dahsyatnya…Habis kenapa kau asyik hantar dia kat rumah ayah ibu dia??”
“Sebelum
aku jadi suami hari tu, aku tak berpeluang nak bercinta dan menjadi kekasih dia, jadi sebelum
aku betul-betul jadi suami aku nak
rasalah dulu walaupun kami dah nikah.”
“Masa
tu apa yang kau buat?”.
“Buat
macam orang bercinta tulah, aku jalan sambil
pegang tangan dia, duduk rapat-rapat,
aku cakap pun bisik-bisik kat tepi telinga dia. Aku rasa sangat seronok Lan. Kemudian dapat berbual-bual sambil pandang muka dia,
dia disenyum pada aku aku rasa bahagia sangat.. Aku jadi leka, tak terasa waktu
yang berjalan, tiba-tiba dah petang . Tapi masa aku hantar dia balik aku rasa siksa sangat…paling sedeh masa kita nak berpisah, nak lepaskan dia
masuk pagar rumah dia. Bila dia dah masuk.. aku jalan kaki sorang aku rasa hati
aku kosong.. Kemudian malamnya bila aku call dia, hati aku jadi sayu pulak..
sedeh sabab tak nampat muka dia..pada aku tak cukup dengar suara.. aku nak pandang
dan pegang dia. Masa tu aku rasa rindu sangat walaupun baru saja aku hantar dia
balik. Heran aku.. aku dah ada rasa
rindu pulak. Nak tunggu pagi rasa lama sangat. Bila jumpa aja esoknya aku
memang tak akan lepaskan tangan dia.. kehangatan tangan dia yang menjalar kat
badan akau memberi aku semangat. Tapi Alhamdulliah aku dah nikah kan Lan..kalau
tak tentu aku mengutip dosa setiap kali jumpa dia ialah berpengang tangan dan
pandang yang bukan muhrim kita kan berdosa. Lagilah kalau terlajak melakukan sesuatu yang belum halal untuk kita. Aku
sebetulnya nak bagi nasihat tapi kau dah kahwin pulak.”
“Haa
nasihat apa pulak tu”.
“Ialah
pada siapa-siapa yang belum kahwinlah..bercintalah selepas nikah itu lebih baik
dari sebelumnya..kalau kita terlajak perkara-perkara yang sepatutnya.. kita dah
nikah dah halal tak apa..sebab apa Lan aku rasakan masa tu ..memang aku nak
pegang saja tangan dia dan rasa nak peluk pun ada, tapi sebab ayah dan ibu aku
ada, terbatas sikit kelaku aku”.
“Ohh
itulah sebabnya..kau asyik hantar isteri kau kat rumah ayah dan ibu dia tu. Kau
ni…kau tahu tak perbuatankau tu membuatkan ayah dan ibu kau bimbang. Dia suruh
aku tanya kat kau apa masaalah kau..kau tak ada nafsu ke?”.
”
Astaghfirullah.. Aku dah agak dah.. dari
pandangan mata ibu aku dia bimbang dengan segala tidak tanduk aku…. .Tapi Lan Aku tak tahulah ayah ibu aku selalu bimbang apa yang aku
buat..mereka rasa aku ni tak betul saja.. aku tahulah apa yang aku buat akukan
dan dewasa dah tua pun macam yang kau cakap hari tu.”
“Ialah
kenapa kau tak cakap tujuan kau sebenar pada mereka..kau biarkan mererka
tertanya-tanya tentulah mereka bimbang”.
“Alah
perkara orang muda takkan nak bagi tahu..malulah aku walaupun mereka itu ayah
ibu aku..biarlah ada rahsia sikit”.
“Han
masa kau bertunang dulu macam mana..kau tak rasa apa ke, masa kau bawak dia
jalan-jalan.”
“Kan
aku dah cerita dengan kau dulu..dia tak nak aku bawa dia keluar
jalan-jalan..ajak makan kat kantin hospital pun dia tak nak. Dulu aku rasa tak
yakin dia dah terima aku sebagai tunang dia. Sebab apa..dia tak pernah nak
tunjuk dia ada hubungan dengan aku, tak pernah dia nak tunjuk yang dia suka kat
aku, bila terserempak pun dia hanya beri senyumanya saja kat aku ni.
Dia tak pernah pun nak tanya khabar. Yang menjadikan aku kuat hanya ikatan
pertunagan tu orang tua kami yang jalankan. Aku berpegang hubungan aku dengan
dia tak akan sia-sia sebab ibu ayah kami yang pegang..ikatan itu lebih teguh
dan kuat..kalau apa-apa terjadi, itu sudah dibawah tanggung jawap orang tua
bukan senang nak putus. Betul tak Lan.”
“Tapi
kau tak rasa ke yang dia terpaksa terima kau kerana orang tua kauorang. Dalam masa
bertunang tu tak ada ke kau call dia..cerita-cerita..tanya macam mana rasa hati
dia pada kau.”
“ada
juga.. tak berapa patah dia cakap, dia putuskan talian..itupun suara dia garang
macam mak tiri…dia hanya layan aku kalau berSMS sahaja..itu pun kena jaga
cerita. Kalau masuk bab hati dan perasaan…memang dia tak jawap sampai pagi..”.
“Hah
dasyat tu..kalau aku aku tak yakin dengan hubungan macam tu.. kenapa agaknya
dia macam tu.. memang dia tak suka kat kau ke?.. dia terima kau sebab ayah dan
ibu yang paksa dia terima kau sebagai
tunangan dia ke?”.
“Aku
dapat juga jawapan bila akau tanya macam tu.”
“Bila???..masa
kau dah nikah dengan dia ke?”
“Taklah
masa dua minggu kami nak nikah..dia kata nak bercinta lepas nikah”.
“Tapi
aku tabik kat kaulah Han tahan kau dengan hubungan yang macam tukan..hubungan
yang tak pasti..hubungan yang yang tak
ada kata-kata mesra dan hubungan yang tak jumpa-jumpa...hubungan yang boleh menunjukkan
dia suka kat kau … tapi aku rasa pendirian dia lebih kurang kau saja Han”.
“Itulah persamaan aku dengan dia..tapi aku tak
tahulah ada ke keserasian aku dengan dia ialah aku dengan dia masih belum
mengenali.”
“Keserasian
ni .. kita kena cari juga Han, lagi pun kau dah nikah dengan dia, cari sajalah
tak salah dia dah jadi isteri kau. Mana
yang kau tak suka.. cakap terus terang dengan dia. Kau cakap juga dengan dia apa
yang dia tak suka.. jangan kau simpan.. Benda yang kita tak suka kalau kita
simpan.. lama-lama akan meletup masa tu dah tak guna nak cakap..apa-apa pun
kita mesti berterus terang dengan pasangan jangan ada rahsia ..itu petua yang
ayah aku bagi kat aku. Macam aku dengan Su, walaupun aku kenal sebelum kami
nikah lagi tapi ada juga benda yang aku tak suka..biasanya kita ni, masa
bercinta lain, masa dah serumah tu lain. Tapi sungguh ke kau tak pernah
sekalipun keluar dengan dia sebelum kau nikah?.”
“Ada
sekali Lan… aku ajak dia jalan..bahagia betul rasanya..tapi masa tu aku heran
sangat..aku dah tak rasa malu lagi dengan dia aku rasa bahagia sangat”.
“Haa!!
kan aku dah agak tentu ada sekali..bila Han kau tak cerita pun dengan aku.. kau sorok ye..tak aci betul kau ni..masa bahagia kau sorok masa tengah kritikal
kau cari aku..macam ni ke kawan…aku tak kira kau mesti cerita apa yang jadi
masa kau ajak dia jalan tu”.
p/s..
Mak teh minta maaf kisah Farhan jalan dengan
Fatin tunggu bab satu lagi ye…