Pokok cempedak di tepi tangga,
Berbuah sebiji gugur terbuang;
Janganlah mudah berasa bangga,
Bilalah diri dipuja orang.
Didalam biliknya Diana mengamat-amati jika masih ada suara tangisan anaknya, bila sudah pasti Tengku Farid telah keluar bersama anaknya, Diana keluar dari biliknya dan masuk kebilik mommynya pula. Dia memanjat katil mommynya, Dia mengikuti apa yang dilakukan oleh mommynya duduk menyandarkan dirinya dikepala katil menyelesakan diri, sambil melunjurkan kakinya. Dia bertanya kepada mommynya...
“Mommy …mommy nampak tak, selepas Farid ceraikan
Didi tadi dia menangis”.
“Nampak.. dia duduk kat sofa sambil menutup mukanya
dengan tapak tanganya, masa mommy letakkan anak dia dalam bilik, mommy dengar
dia menangis kuat sampai teresak-esak..haa itu tandanya dia menyesal ceraikan
lu Didi, sekarang biar dia ingat”.
“Padan muka dia.” balas Diana pula dengan rasa angkuh.
“Ya..padan muka dia, dah ada isteri cantik macam lu dia
buat tak tahu..dia ingat senang ke nak dapat bini cantik..ingat Didi kalau dia
ajak kahwin lagi jangan mahu, biar dia merayu sekali pun, kecuali kalau dia
ceraikan bini dia yang kat sana tu”.
“Kalau dia ceraikan bini yang sana tu pun.. belum
tentu Didi nak dia lagi, mommy.”dengan angkuh Diana menyatakan isi hatinya.
“Rasa lega dan aman sikit, dia dan anak dia tak ada kan
Didi.” Dua beranak duduk menyandar dikepala katil sambil melunjurkan kaki.
Bagai orang kelegaan dua beranak itu bersantai diatas katil dengan mata
terkebil-kebil seperti memikir sesuatu. Mungkinkah mereka memikirkan perkara
yang sama...
“Didi!! apa yang lu dapat setelah bercerai dengan dia? Lu
mesti minta kereta yang lu pakai tu, kalau boleh rumah ni pun minta tau.” belum
pun sampai 24 jam perceraian anaknya, mommy Diana sudah mengira-ngira bahagian
harta untuk anaknya.
“Kereta tu memang atas nama Didi tapi rumah ni tak tahulah
sebab hari tu tak sempat nak tukar nama.”
“Itulah lu Didi..lambat sangat bertindak..kalau dia tak
bagi minta..sampai dia bagi tau”. Diana juga memikir perkara yang sama, sambil
matanya terkelip-kelip mungkin kesal kerana tidak berkeras menukar hak milik kodominium
keatas namanya selepas mereka nikah dulu. Tiada sedikit pun rasa terkilan atau
pun sedeh diatas perceraian yang baru terjadi, sibuk pula dirinya memikirkan
harta yang bakal didapatinya kelak.
===============================
Tidak ada gunaya dia menangis, mungkin semuanya sudah tersurat untuk dirinya, dia cuba belajar menerima sesuatu yang diuntukkan untuknya, ‘mungkin ada manis disebalik kepahitan yang dirasa sekarang’..dia teringat akan kata-kata isterinya tidak lama dulu.. Dia memberhentikan keretanya dibahu jalan. Dengan membaca selawat keatas Nabi..ditepuknya belakang anaknya perlahan, dia meletakkan anaknya dikerusi sebelah dalam keadaan meniarap, seakan memujuk anaknya sambil menepuk lembut punggung anaknya, dia berkata dengan anaknya agar dia memahami keadaan diri mereka. ”sekejap ye sayang..kejap lagi kita sampai..papa nak bawa kereta ni..sayang jangan nangis ye.” diusapnya kepala anaknya dengan perasaan sedih dan penuh kasih. Dia mula memandu dengan cermat. Sepanjang jalan itu Tengku Farid tidak berhenti membaca Surah Al-Fatihah dengan kuat seolah-olah menyanyikan anaknya dengan surah itu. Alhamdulliah anaknya menangis tidak lah sekuat tadi.
Sampai sahaja mereka dipintu pagar rumah banglo dua tingkatnya..Tengku Farid
membunyikan hon keretanya sebanyak dua kali kerana pintu pagar sudah berkunci
dan lampu diruang tamu juga sudak gelap, itu menandakan penghuni rumah itu
sudah masuk kebilik masing-masing. Jika dia memberi salam dari luar pagar
mungkin suaranya tidak didengari oleh penghuni rumahnya. Dia keluar dari kereta
sambil mendukung anak yang masih menangis. Tangannya tidak berhenti-henti
menepuk-nepuk belakang anaknya dengan perlahan. Dia berdiri dihadapan pintu
pagar yang sudah berkunci.
“Atuk…atuk macam ada orang berhentikan kereta kat depan
rumah kitalah tuk.” datuk dan neneknya keluar dari bilik. Nenek membuka lampu
luar dan menuju kepintu utama lalu membuka pintu. Dilihatnya Tengku Farid
dihadapan pagar rumah mereka sedang mendukung seorang bayi yang sedang
menangis. Cepat-cepat nenek mencari kunci dan membuka pintu dan pintu pagar
diikuti oleh datuk dibelakangnya.
“Ya Allah ..ya Allah.” kata nenek sambil menghulur
tangan untuk mengambil bayi dari dukungan Tengku Farid. Mulutnya terkumat-kamit
membaca sesuatu lalu dihempuskan ketelinga bayi tadi kiri dan kanan. Begitu
juga datuk berbuat perbuatan yang sama lalu dihembus kekepala bayinya pula.
Rupanya mereka berdua membacakan Ayat KURSI.
“Kesian budak ni Farid, masuk angin agaknya dia, dengan
tak berstokin, tak bertutup kepala tak bersarung tangan, atuknya cuba pegang
sejuk kaki tangannya ni.” becok nenek berceloteh. Tengku Farid hanya diam
termangu tidak tahu apa hendak diperkatakan untuk membalas kata-kata nenek
isterinya.
“Dahlah tu..bawa masuk cepat.”arah datuk pula.
Nur Jannah menerpa kemuka pintu juga tetapi dia tidak
keluar, neneknya berpesan orang belum habis pantang bersalin (44 hari) tidak
boleh sewenang-wenang keluar rumah terutama waktu malam. Katanya takut diganggu
oleh mahluk halus. Kata datuk pula siang untuk manusia berkeliaran
mencari rezeki mereka, manakala malam pula untuk mahluk Allah yang kita tak
nampak berkeliaran mencari rezeki mereka.
“Sayang nenek… saaayang nenek” sambil menepuk-nepuk
belakang bayi tadi nenek membawanya masuk kerumah diikuti oleh Nur Jannah,
datuk dan Tengku Farid dibelakang sekali. Nenek membawanya kedapur lalu membuka
pili air dia membasahkan tanganya. Terdengar nenek berselawat tiga kali lalu
menyapu muka bayi tadi dengan tangannya yang basah. Bayi yang menangis beransur
tenang, nenek menuju bilik Nur Jannah dan membaringkan bayi tadi diatas katil.
“Jannah hulurkan nenek vicks.” arah nenek kepada cucunya.
Sambil tanganya tidak berhenti bekerja membuka butang baju bayi tadi. Kemudian
dia menyapu sedikit vicks keperut sambil mengusap-usap seolah-olah mengurut
perlahan perutnya kemudian kekakinya pula.
“Jannah ada stokin budak lebih..kesian kakinya sejuk
ni…Farid!! sini” nenek memanggil Tengku Farid tapi pandangannya masih tertumpu
kepada bayi dihadapannya.
“Lain kali budak kecik macam ni, pakaikan stoking kalau
tak pakai nanti masuk angin perut jadi kembung. Kepala ni bubuh minyak kelapa
dibahagian umbun-umbunnya. Itupun untuk mengelakkan dari masuk angin kemudian
tutup sikit dengan topi ke, dengan kain ke. Farid!! ni namanya umbun-umbun
tempat yang lembut ditengah kepala. Alahai Jannah tengok ni umbun-umbunya lekuk
tanda dia lapar ni Farid.” Nur Jannah memanjangkan lehernya melihat apa yang
dimaksukkan umbun-umbun oleh neneknya dia juga tidak tahu, inilah pertama kali dia
memegang bayi itu pun kerana itu anaknya. Tengku Farid baru tersedar dia
terlupa membawa susu anaknya tadi.
“Nek nak bagi apa nek..Farid lupa bawa susu dia..nanti
Farid balik kejap..nak ambil susu.” Tengku Farid berpaling hendak keluar dari
bilik Nur Jannah.
“Bang tak payah bang...biar Jannah susukan.”
“Jannah ingat ye kalau susukan anak tutup kemaluanya.”
“ Kenapa nek??”. Serentak Tengku Farid dan
NurJannah bertanya hairan.
“Orang tua-tua kata kalau sampai ada air susu kita
terkena pada kemaluan bayi kita..nanti besar dia akan jadi gatal
miang..nafsunya tak terkawal...Itu hanya cakap orang tua-tua, tak tahu lagi
kebenaranya tapi bagi nenek kita harus jaga juga nanti kalau dah terjadi susah
nak cari ubatnya”.
“Oooo” berbentuk bulat mulut NurJannah dan Tengku Farida
diatas penerangan neneknya.
“Ialah InsyaAllah Jannah ingat tu”
“Lapar ye anak ibu ni.” tangan Jannah mengusap-usap
kepala anak suaminya penuh kasih.
Tengku Farid menghampiri isterinya, lalu memeluk bahu dengan rasa bersyukur dan terharu perasaan itu bercampur aduk didalam jiwanya. Dia merapatkan kepalanya kekepala isterinya matanya sudah berkaca-kaca dengan sebak didada dia membisikan...
“Terima kasih Jannah ..terima kasih kerana susukan anak
abang...abang panggil anak abang ni Arif.” nenek hanya memandang dengan perasaan
bangga dan terharu. Dimuka pintu datuk juga memandang dengan perasaan
yang sama.
“Tak apa bang, anak abang anak Jannah juga..Jannah
gembira nenek, Jannah mengandung tujuh bulan saja, tapi dapat dua
orang anak lelaki dan perempuan nenek ..atuk” Nur Jannah menuturkan dengan
kekhilasan. Keikhlasanya jelas terpancar diwajahnya, sambil dia memandang nenek
dan datuknya dimuka pintu.
“Jannah.. kalau dah kenyang siAriff ni bedung ya,
biar nyenyak tidurnya.”pesan nenek sambil bangun untuk keluar dari bilik Nur
Jannah. Tiada riak marah atau benci diwajah datuk Ibrahim mahupun nenek
Zubaidahnya. Sungguh bersih hati mereka, menerima anaknya seperti cicit mereka
sendiri. Rasa bertuah Tengku Farid menjadi keluarga Nur Jannah, dari
datuk,nenek hinggalah kecucunya berhati bersih.
“Ok nek..Nur Jannah terus menyusukan anak suaminya sambil
membelai rambut lebat anak suaminya. Kemudian dia memandang suaminya yang
masih memandang anak yang sedang menyusu dipangkuannya dengan pandangan
kasih, dia bersuara.
“Bang kalau abang tak keluar lagi pergilah masukkan
kereta dan kunci pintu pagar rasanya dah malam sangat ni.” Nur Jannah teringat
kereta suaminya masih diluar pagar lagi semasa mereka kecoh-kecoh tadi.
“Ohh ya dah dekat pukul duabelas rupanya..abang masukkan
kereta dan tutup pagar dulu ya.” Selesai Tengku Farid mengunci pintu utama dia
masuk semula kebilik isterinya. Nenek dan datuk sudah pun masuk kebilik mereka.
Dilihatnya isterinya sedang membalut anak yang sudah lena kekenyangan dengan
sekelai kain.
“Kenapa Janna buat macam tu.”
“Ini namanya “bedung” baby yang baru lahir elok di
bedung, dia rasa macam didakap atau dipeluk dan rasa selamat. Ialah kan dia
baru lahir mungkin terasa kedaan lapang dan tak selamat baginya, sedangkan
dalam rahim ibunya pula kecil dan sempit. Lagi satu bang kata nenek bedung
mengelakkan dia dari berjalan kengkang bila besar nanti. Cuba abang tenguk ni
Jannah ikat pada peha sampai kekakinya, cara ni mengelakkan dia jalan kengkang
nanti. Kalau kengkang nanti dahhh...orang panggil Arif kengkang pulak.” Boleh
diterima pakai juga apa yang dikatakan oleh Nur Jannah ni.. fikir suaminya,
tapi bila terkena pada ayat yang terakhir suaminya jadi lucu pula.
“Isteri abang ni luculah.” dia ketawa sambil memicit
hidung isterinya kemudian mencium pipi isterinya. Itulah satu sikap isterinya
yang sangat disenangi oleh Tengku Farid disaat-saat hatinya hiba ada sahaja
perkataan yang membuatkan dia boleh ketawa. Dia merasa lega.
“Alah itu kepercayaan saja, tapi Jannah percaya yang pertama tu, janji anak kita tak
menangis, tak kisahlah..ye bang.” sambil tangannya tidak berhenti terus
membedung anak suaminya yang sudah terlena.
“Hmm.. iya…” Tengku Farid duduk dihujung katil sambil
memandang Nur Jannah meletakkan anaknya yang sudah lena di atas katil bayi
bersebelahan bayi perempuan mereka Tengku NurAisyah.
“Lupa pulak nak tanya, abang dah makan kebelum. Kalau
belum jomlah kita kedapur tenguk apa yang ada.” Nur Jannah memandang suaminya
yang leka memerhatikan dirinya membedung anaknya tadi, yang kini sudah lena tak
berkutik.
“Belum ..abang pun lupa nak cakap bila Arif menangis tadi
lupa semuanya..ni baru terasa lapar”
“Kalau macam tu.. jomlah Jannah temankan abang makan.”
“Tak apalah abang boleh ambil sendiri, Jannah tidurlah
dah malam ni.” suaminya bangun menuju ke pintu.
“Tak apa Jannah temankan abang makan, Jannah pun nak buat
air milo biar banyak air susu ni..lagi pun Jannah rasa lapar juga ni.”
kedua-duanya beriringan kedapur. Sebenarnya Tengku Farid belum makan malam
lagi, tadi ketika keluarga mereka berkumpul menyambut kepulangan Nur Jannah
dari hospital dia tidak sabar-sabar ingin pulang menjenguk Diana dan anaknya
Arif yang sudah hampir seminggu ditinggalkan. Hatinya berdebar-debar bagai ada
yang tidak kena, apatah lagi teringat kata-kata ugutan dari Diana tempuh hari.
Tapi apakan daya apa yang dikejar rupanya sebuah perpisahan yang tidak pernah
dijangkanya. Tetapi setelah melihat anaknya mendapat susu ibu, susu kurniaan
Allah yang tidak dapat disangkal lagi khasiatnya, Tengku Farid jadi reda diatas
ujian yang Allah beri kepadanya. Walaupun dia kehilang cinta isteri, namun
anaknya mendapat kasih sayang seorang ibu.
Selesai makan dan berkemas.. mereka beriringan masuk
kebilik semula...
“Abang pergilah tidur bilik kita kat atas...pasang
aircond selesa sikit..dah dekat seminggu abang tak rehat dengan betul sebab
uruskan Jannah.” Prihatin Nur Jannah akan kepenatan suaminya.
“Tak apalah itukan tanggungjawb abang..abang yang sebetulnya
rasa bersalah dengan Jannah sebab abang asyik lebihkan Diana selama ni..Jannah
sakit sorang-sorang”.
“Ehh..janganlah abang rasa bersalah, itukan
takdir..takdir anak kita lahir tak cukup bulan sekarang dah selamat pun..kita
patut bersukur..Jannah tak ada rasa apa-apa pun..Jannah lagi kesian tengok
abang terkejar-kejar uruskan Jannah. Ni dah selamat semuanya..abang rehatlah
betul-betul..pergilah tidur kat bilik kita kat atas..abang kena sihat abang dah
banyak tanggug jawab..anak dah dua nanti nak kerja lagi”. Sesungguhnya
NurJannah seorang isteri yang sanagt memahami..terharu Tengku Farid mendengar
kata-kata isterinya.
“Tak apa sayang, sebetulnya abang lebih selesa tidur
dengan Jannah dan anak-anak kat bawah ni..kat atas tu abang tidur sorang-sorang
rasa tak boleh tidur pula.”
“Jannah pasang kipas saja ni kesian anak-anak kita
nanti sejuk pulak kalau kita pasang aircond.”
“Pun tak apa.. abang tak kisah, janji Jannah ada kat sisi
abang.” Tengku Farid tetap merebahkan badannya disisi isterinya.
Malam itu Tengku Farid tidur dibilik Nur Jannah dan anak-anaknya. Dia tidur
diatas katil sementara dua orang anaknya berkongsi katil bayi yang telah disediakan
ditepi katil mereka.
“Esok nampaknya kita kena beli satu lagi katil bayi untuk
Arif pula ye Jannah.”
“Kalau tak payah beli pun tak apa.. masih muat untuk
mereka berdua tu bang.”
“Masa ni kongsi tak apalah mereka tak lasak lagi
..tapi kalau dah besar sikit, abang takut anak dara abang yang kecil molek tu
kena lanyak dek abang dia.”
“Suka hati abang lah..Jannah ikut sahaja baik pada abang
baik juga pada Jannah”