Hujan rintik-rintik,
Mari berteduh di pokok sena;
Jangan dipandang kerana cantik,
Tenguk dulu budi bahasanya.
Mari berteduh di pokok sena;
Jangan dipandang kerana cantik,
Tenguk dulu budi bahasanya.
Sudah hampir
sebulan Tengku Farid menemani isterinya Diana dan selama itu jugalah Diana tidak dapat kekelab
berjumpa kawan-kawanya untuk melakukan aktiviti yang menjadi kebiasaan mereka. Lama
kelamaan dia sangat rindu pada kegiatanya itu. Diana nekad untuk berjumpa
kawan-kawanya walau apa pun halangan dari suaminya. Dalam diam dia mencari
jalan bagaimana dia akan dapat meloloskan diri dari kongkongan suaminya.Untuk
membawa suaminya pergi bersama itu tidak mungkin, keadaan suaminya sudah jauh
berbeza dulu dan sekarang. Kalau dulu sebut sahaja kelab mana yang hendak
dikunjungi, dia akan dengan gembira bersetuju, malah dia pula yang tidak
menyempat untuk menmghabiskan waktu bekerja untuk mereka mengunjungi
kelab-kelab hiburan itu. Mereka akan berhibur hingga kelab memberi pengumuman
untuk ditutup. Tetapi sekarang jejak sahaja di kelab malam belum sempat untuk
menyapa kawan-kawan,suaminya sudah sibuk mengajaknya pulang dengan alasan…
letihlah… mengantuklah.
Rindu yang
membara tidak dapat dibendung lagi.Bagai
terasa sudah bertahun dia tidak pergi berhibur dan berjumpa kawan-kawanya.
Jika dia keluar makan dengan suaminya biasanya selepas habis makan sahaja
suaminya akan mengajak nya pulang.Sampai dirumah mereka akan menonton tv atau
dvd lepas itu mereka akan tidur.Rutin kehidupan seperti itu bagi Diana sangat
membosankan. Hanya sebulan sahaja dia mampu bersabar dan malam ini dia tidak
akan bertolak ansur lagi.
Sudah
seminggu Diana memerhatikan kebiasaan-kebiasaan yang dilakukan oleh
suaminya.Dia sudah boleh menjangkakan lama mana waktu yang diambil oleh suaminyamelakukan
rutinya setiap hari.Seperti kebiasaan
suaminya akan berzikir sedikit selepas solat fardhu,hari ini pula hari
Khamis malam Jumaat biasaanya suaminya akan membaca Surah Yasin selepas solat
Magrib dan selepas itu terus saja solat Isyak pula. Kesempatan ini tidak disiakan
oleh Diana untuk dia keluar tampa suaminya menemaninya.Ketika Tengku Farid
menerjakan solat Isyak Diana keluar memandu kereta Suzuki Swiftnya sendiri.Dia
memilih waktu begini kerana suaminya tidak dapat menghalangnya ketika di sedang
mengerjakan solat.Selesai solat dan berdoa Tengku Farid mencapai telefon
bimbitnya untuk menghubungi Diana.
“Assalamualaikum, Diana kenapa you tak sabar tunggu I
sekejap….you kat mana sekarang ni?” keras bunyi suara suaminya.
“I..dengan Anita dan Sharon
tengah tunggu Bella ni kitaorang nak pergi makan.”
“Kenapa you tak tunggu I
sahaja..I dah habis solat…tunggu di situ I datang.”
“Tak payah..tak payah, nanti I
nak terus ikut dia orang.. you tak payah temankan I makan malam ni…you makan
sendirilah atau ajak Halim.“ Diana memberi candangan.
“Ok..kalau you tak mahu I ikut
you, I balik rumah Jannah.” Tengku Farid cuba mengugut Diana.
“Pergilah I tak kisah.” ugutan
suaminya tidak mendatangkan kesah pada Diana.Sebenarnya bagi Diana kasih sayang
kawan-kawannya lebih bermakna dari kasih suaminya, terutamanya Bella yang
memberinya lebih belaian kasih dan kemanjaan kepada Diana.
“Diana you tu mengandung
jagalah sikit tingkah laku, jaga kesihatan you..cubalah dengar sikit nasihat I
ni …I ni kan suami you.”
“I bukan nak buat apa, I hanya
nak hiburan saja, I bosan duduk dirumah asyik muka you dan tv saja yang dapat I
tengok..I perlukan kawan-kawan.”
“You bosan tenguk muka I ni….
kenapa Diana you dah tak sayang I lagi ke?” sedihTengku Farid mendengar apa
yang dituturkan oleh isterinya Diana.Terasa segala pengorbananya selama ini
tidak bererti kepada Diana.
“I sayang you tapi cara
kehidupan you sekarang, I rasa bosan….oklah..oklah Farid, Bella dah sampai ni I
pergi dulu.” Cepat-cepat Diana memutuskan talian.Tengku Farid termangu sendiri.
Bagi Diana dia tidak mahu bertelefon dengan suaminya jika Bella ada
dihadapanya..Bella akan cemburu…dan mula tidak memperdulikkan dirinya nanti.
Sebenarnya Tengku
Farid jugabelum makan malam, rancangnya
tadi dia akan makan bersama Diana
selepas solat Isyak.Dia merancang lewat sedikit untuk keluar makan malam
kerana malam itu Khamis malam Jumaat dia ingin membaca Yassin.Dia mahu kondo
kediamannya di alunkan surah Yassin didalamnya agar Rahmat Allah memberi cahaya
keimanan kepada penghuninya.Dalam keadaan dia termangu dia memutuskan untuk
pulang sahaja kerumah NurJannah. Sudah menjadi kebiasaan, jika Diana keluar
dengan kawan-kawanya pukul satu pagi belum tentu dia akan pulang. Jadi untuk
apalah dia menunggu Diana umpama menanti buah yang tak gugur..lebih baik dia
kerumah NurJannahDia mencapai kunci keretanyauntuk pergi kepangsapuriisterinya
yang satu lagi.. Lagi pun dia sudah lama tidak bermalam dirumah NurJannah.
Sesampai didepan pintu pangsapuri
NurJannah, Tengku Farid membuka pintu utama menggunakan kunci yang ada padanya.
Sebelum masuk dia memberi salam perlahan
dia mendengar sayu suara isterinya sedang mengaji. Dia menapak kepintu bilik
dan menolak perlahan daun pintu bilik mereka, dilihatnya husyuk sungguh isterinya
itu membaca ayat-ayat yang sedang dibacanya, lalu Tengku Farid duduk dibirai
katil. Apabila terpandang sahaja suaminya NurJannah mengakhirkan bacaanya,
dengan bacaan Sadaqallahul `Azim dan megalunkan doa selesai
membaca Quran, Tengku Farid juga sama megalunkan apa yang keluar dari mulut
isterinya..Allahummar hamna
bil_Quran,wajalhu lana imamaun wanuraaun wa hudaun wa rahmah, Allahumma
dzakkirna minhuma nasina wa’allimna minhuma jahilna, warzuqna tilawatahu ana’
allaili wa athrafannahar, waj’alhulana hujjatan, ya Rabbal’alamin. Apabila
selesai berdoa isterinya menoleh kepadanya, dia memberi salam sekali lagi.
“Assalamualaikaum sayang…”
Doa tadi bererti..Ya Allah rahmati kami dengan Quran, jadi ia
imam kami dan cahaya petunjuk dan rahmah. Allah ingatkan kami apa yang kami
lupa dan ajarkan apa yang kami jahil, kurniakan kami membaca sepanjang malamnya
dan sepanjang siangnya, jadikan ia perisai kami. Wahai Tuhan seluruh alam.
“Waalaikumsalam.”NurJannah
meletakkan Al-Quranya diatas meja lalu tangan suaminya dicapai dan menciumnya.
“Abang dah solat?” tanya
NurJannah sambil menanggalkan telekungnya.
“Dah, abang solat kat rumah
tadi...dah habis ke Jannah baca Yassin?” dia tahu selepas solat Isyak isterinya
yang iniakan mengaji, apatah lagi malam itu hari Khamis malam Jumaat tentu dia membaca
Yassin tadi, NurJannah menoleh memandang suaminya.Dia sudah selesai melipat dan
menyidai telekung di penyidai ditepi dinding. Dia menghampiri suaminya…
“Malam ni Jannah bacasurah Yassin dan surah Mariam.”sambil
tangannya memeluk leher suaminya dan mencium pipi suaminya pula, bahagia Tengku
Farid diperlakukan begitu oleh isterinya.
“Abang dah makan?” dia
memandang suaminya sambil memberikan sebuah senyumanmanis.
“Belum…Jannah dah makan?“soal
suaminya kembali.Tangan suaminya sudah dipinggangnya.
“Sudah tapi rasa lapar lah
pulak bila nampak abang…jomlah kita ke dapur tengok apa yang boleh kita makan.”Tengku
Farid mengikuti langkahisterinya NurJannah
kedapur..
“Mmmm…abang nak makan nasi..ke
mee goring.Mee kuning ada dalam peti sejuk tu kalau abang nak tunggu sekejap
Jannah masakkan.”
“Apa-apa yang senanglah..abang
tak kisah janji boleh tarik selimut malam ni sudahlah.”Tengku Farid teringat
kata-kata NurJannah suatu ketika dulu lalu diulanginya.Nur Jannah ketawa bila
mendengar kata-kata dari suaminya.Tengku Farid membuka tudung saji diatas meja
untuk melihat lauk isterinya malam itu.
“Abang ni ada ke macam
tu..makan biarlah makan betul-betul kita ni perlukan tenaga untuk kerja esok pagi kan”. Ketika Tengku Farid
membuka tudung saji…
“Ni masih ada lauk lagi ni.”
“Jannah masak cincai saja hari
ni bang..masak lemak tauge dengan daun kucai dan masak sambal sotong.”
“Oklah ni Jannah… abang rasa
nak makan nasi..sajalah.”
“Kalau macam tu tunggu sekejap
Jannah buat telur dadar.”Sambil mengoreng telur dadarnya NurJannah bertanya
tentang menunya esok pagi.
“Bang esok pagi nak makan apa?” sesekali
suaminya ada dirumah dia suka berbincang apa-apa saja yang akan dilakukan kesokan
harinya, seperti makan pagi atau bertanyakan suaminya apa yang diingini oleh suaminya
esok.
“Apa-apa sajalah..Jannah masak
apapun abang tak kisah..abang makan saja.” bagi Tengku Farid kesuadian
isterinya menyediakan makan pagi untuknya pun dia sudah cukup
bersyukur..sekarang dia tidak pernah rasa lapar ketika pergi bekerja..tidak
pernah lagi NurJannah tidak meyediakan sarapan pagi sebelum mereka ketempat kerja.
Dia bahagia diperlakukan begitu terasa dirinya diperlukan, dimanja dan diberi
perhatian.
“Kalau macam tu apa kata kita
makan mee goring.”NurJannah mengeluarkan sebungkus mee kuning dan sawi dari
dalam peti sejuknya.Ketika itu suaminya sudah mengambil pinggan dan menyenduk
nasi didalam periuk. Sekarang ini Tengku Farid akan megambil sendiri bila dia
hendak makan. Dia tidak mengaharapkan isterinya menyediakan untuknya.
“Ehh kata nak makan mehlah
kita makan..itu esok boleh kita buat.” tapi Nurjannah masih lagi dengan menunya
untuk esok pagi.
“Abang nak mee pedas ke tak
pedas.”NurJannah masih bertanyakan selera suaminya.
“Pun ikut selera chef,kalau
kata chef dia nak pedas assistant ikut
pedas jugalah.” Setelah membaca Bismillah dan doa makan Tengku Farid memulakan
suapan pertamanya kerana dia sudah rasa lapar. Perutnya bertambah lapar dengan
bau harum telur dadar yang dicampur dengan bawang besar yang membangkitkan
seleranya.Hari sudah menjelang pukul sembilan setengah malam. Pada kebiasaannya
dia makan antara pukul enam hinggah lapan malam ini sudah terlewat satu jam
perutnya sudah lama berbunyi minta diisi.
“Ok esok kita masak mee, bubuh
kicap banyak sikit biar dia hitam,kita masukkan sawi banyak sikit dan udang
..Jannah rasa nak makan mee yang pedas sikit biar dia kauw.berasap telinga ok
kan bang.” celoteh isterinya di dengari dengan rasa yang ceria dan
bahagia.Kemudian NurJannah duduk dihadapan suaminya dia, sudah kenyang
sebenarnya tapi untuk menemani suaminya dia makan sedikit.
Selepas makan mereka duduk
diruang tamu sambil berbual, NurJannah menyandarkan badanya kebadan suaminya.
“Kenapaabang tinggalkan Diana malam
ni.”
Pertanyaan itu tidak dijawab
oleh suaminya..dia pula disoal.
“Jannah duduk sorang ni tak
boring ke?”
“Jannah ada banyak benda nak
buat. ..Jannah belum habis lagi nak jahit sarung bantal baby. Minggu lepas
Jannah beli bantal baby kat pasaraya depan tu,kemudian Jannah kirim beli kain
ela kat kakak yang kerja di ofis Jannah tu. Jannah nak cuba buat sarung bantal
kecil dah siap satu tinggal satu lagi dengan bantal goleknya comel sangat Jannah
tenguk tau bang..nanti Jannah ambil abang tenguk cantik tak.” Nur Jannah bangun
menuju kebilik untuk mengambil apa yang di ceritakan kepada suaminya.
“Yang dah siap ni Jannah dah
sarungkan kat bantal cantik tak bang warnani.” kain berwarna biru lembut
bersama bunga-bunga kecil bewarna merah jambu sudah tersarung dibantal kecil..
“Jannah suka warnani ..abang
suka tak?”
“Suka..tapi kenapa Jannah susah-susah nak jahit sendiri
kan senang beli saja”.
“Bukan susah nak jahit ..Satu
ni dah siap.…tengok ni jahit tepi ni dan tepi ni dah jadi sarung bantal.Jannah
bukan apa, inikan anak perama kita, Jannah nak memaknakan untuk menyambut kelahirannya.”sambil Nur Jannah menyandarkan
kembali badannya kebadan suaminya, tanganya pula sibuk membelek bantal kecil
yang sudah bersarung dengan sarung bantal hasil jahitanya.
Tengku Farid
memeluk dan mencium rambut isterinya dengan berbagai rasa… ada rasa bahagia dan
rasa terharu bergumpal menjadi satu.Terdetik dihatinya mengapa Diana tidak
seperti NurJannah.Apa yangTengku Farid nampak, NurJannah begitu gembira dan
teruja akan kehadiran cahaya matanya. Dia begitu teliti menjaga anak yang
didalam kandunganya..dia mengaji untuk memastikan anaknya diberkati Allah…tapi
Diana bagai tidak bermakna akan kehadiran anaknya nanti.
“Bang …Jannah tanya ni, janji
abang jangan kecil hati…ya…”
“Tak..tanya lah.”sambil tangan
Tengku Farid membelai rambut isterinya.
“Kenapa malam ini abang balik
sini..abangtak bimbang tinggalkan Diana seorang diri kat rumah.”
“Abang sebenarnya kena tinggal
tadi…sedang abang solat, Diana dah pergi makan dulu,jadi abang pun balik sini”.
“Jadi abang biarkan Diana
makan dengan kawan-kawan dia…abang tak risau ke dia balik malam”.
“Risau juga tapi nak buat
macamana Diana tak bagi abang ikut dia, lagi pun Diana bukan nak dengar cakap
abang..dia kuat melawan”.
“Itu mungkin ‘pembawakan budak’, abang kena sabar,
kalau boleh ikutkan saja apa yang dia nak, InsyaAllah dah bersalin nanti oklah
tu.” lama mereka mendiamkan diri.
“Abang nak balik tenguk Diana
ke?”soal NurJannah.
“Kenapa Jannah tak suka abang
tidur sini ke?”
“Abang ni ..sejak
isteri-isteri abang mengandung, abang mudah ‘kecil hati’ ini pun agaknya‘pembawa
budak’ juga.”Suaminya ketawa terkekeh-kekeh bila isterinya kata begitu.
“Jannah ni …suka dia usik
abangkan”.
“Jannah bukan apa…Jannah
tenguk muka abang risau..jadi Jannah tak mahu abang serba-salah kalau abang nak
balik tak apa..baliklah, kalau tidur sini Jannah lagi suka.” Tengku Farid
menarik isterinya dalam pelukkanya.
Apabila suaminya memperkatakan
“abang nak tidur sini” NurJannah
melonggarkan pelukan suaminya dan menjarakkan duduknya. Suaminya memandangnya
dengan pandangan hairantetapi NurJannah
memandang suaminya dengan senyuman sambil menepuk-nepuk pehanya mengisyaratkan
supaya suaminyameletakkan kepalanya diatas ribaanya.
“Kata abang rindu nak baring
di riba Jannah, baring lah biar Jannah picit kepala abang”.
“Abang ingat Jannah tak suka
abang tadi.”
“Hisyy..abang ni ‘pebawa
budak, dia berlebih-lebih pulak.” Kedua-duanya ketawa..mengambarkan isi
hati mereka.
Dengan tidak
membuang masa Tengku Farid merebahkan badannya dan kepalanya sudah dipangkuan
isterinya.Sambil memicit kepala dan membelai rambut suaminya, NurJannah memberi
pandangan apa yang harus lakukan oleh suaminya.
“Abang berdoalah banyak-banyak
dengan penuh pengharapan agar anak abang dan Diana selamat. Allah itukan Maha
Pengasih lagi Maha Penyayang dan Maha Mendengar kalau kita ikhlas memohon
kepadaNyaInsyaAllah selamat anak dan
isteri abang dari segala kejahatan.”tutur NurJannah ikhlas. Tersentuh hati
Tengku Farid dengan keikhlasan isterinya
itu. Di capai tangan isterinya yang sedang memicit kepalanya lalu di
cium penuh kasih. Hatinya sangat tersentuh dengan pegucapan ikhlas isterinya,
kedengaranya tidak ada rasa marah atau
dengki dihatinya terhadap madunya.
Malam itu entah pukul berapa Diana balik. Diana kalau sudah berjumpa kawan-kawannya
dia macam lupa diri, Tengku Farid tahu benar sikap Diana.Walau bagaimanapun
denyut hati seorang suami tetap risau.Pagi itu selepas solat subuh Nur Jannah
menyediakan sarapan pagi.Diatas permintaan Tengku Farid mereka kepejabat lebih
awal dari biasa,kerana suaminya ingin menjenguk isterinyayang satu lagi dikondonya
sebelum dia memulakan kerja hari itu.
“Jannah tak kisah ke sampai
awal sangat ni.”
“Tak apa …Jannah nak mengaji sikit…Jannah nak mulakan
Surah Yusuf,kemudian solat Duha, hari ni
sepuluhminit sebelum pukul 8 pagi
dah masuk waktu Duha. Dapat cepat sikitlah Jannah solat Duha hari ini..pukul
sepuluh nanti tak payahlah solat lagi, boleh Jannah buat kerja lain…abang
jangan risaukan Jannah.” NurJannah mencapai tangan suaminya dan menciumnya.Nur
Jannah sememangnya seorang isteri yang senang diajak berunding dan pandai
mengisi waktunya dengan perkara yang berfaedah dan tidak membuat hati suaminya
risau.
Semasa Tengku
Farid sampai dikondonya, Diana masih belum bangun lagi dari tidurnya. Tengku
Farid tidak baring dibilik,dia hanya menanti
Diana bangun, dia duduk sambil menyandarkan dirinya di sofa ruang tamu.
Bila Diana keluar dari biliknya…
“Ehh..you tak kerja ke Farid.”tegur
Diana apabila terpandang suaminya tersandar di sofa ruang tamu.Sebenarnya dia
terkejut melihat suaminya ada di situ, tidak menjangka suaminya akan pulang
kerumahnya pagi itu.
“Diana pukul berapa you balik
malam tadi?” tanyaTengku Farid dengan mata merenung tajam kearah Diana.
“I tak tenguk jam…balik saja I
terus tidur tapi rasanya awal lagi I balik.”itulah Diana kalau pukul satu pagi
masih awal baginya.Dia menjawab pertanyaan suaminya dengan muka tidak
bersalahnya.
“Awal tu pukul berapa..pukul
sepuluh atau pukul satu pukul dua.” sindir Tengku Farid geram hatinya dengan
perangai isteri mudanya, yang tak mahu berubah walaupun bakal menjadi ibu tak
lama lagi.
“Diana cubalah berubah, kita
ni tak lama lagi nak dapat anak…” rayu Tengku Farid dengan suara yang sudah dikendurkan
agar isteri mudanya mendengar kata-katanya.
Diana yang berdiri sambil
menyandarkan diri dipintu bilik mereka memandang kearah suaminya tersenyum.
Apabila melihat Diana tidak menjawap atau membalas kata-katanya, dia bertanya
kerana dia teringat kata-kata Diana malam tadi…
“Diana..you tak sayang I lagi
ke?” sambung suaminya dengan suara yang
sayu.
“Kenapa you tanya I macam tu..sepatutnya
I yang tanya you macam tu…sebab you ada dua isteri…mana yang you lebih sayang.
Pada I…I memang sayang you….I love you very much.”
“Diana …I sayang you macam
dulu tak berubah…. tapi malam tadi kenapa you cakap you bosan dengan I?”
Melonjak gembira hati Diana bila dia melihat ada keresahan diwajah suaminya
bila ada perkataan bosan yang keluar dari bibirnya semalam..ini mungkin satu
lagi kelemahan suaminya. Ia akan digunakan pada masa yang perlu..suaminya akan
jadi tidak tentuarah jika dirinya tidak mendapat kasih sayangnya nanti. Bila
tiba masa yang sesuai nanti, dia akan meminta suaminya melepaskan antara mereka
berdua, tetapi dia akan memastikan suaminya akan memilih dirinya. Senyum
tersungging dibibir penuh makna.
.
“Entah lah sejak akhir-akhir ni, cara kehidupan you berubah,
you lebih banyak sembahyang dan mengaji…I rasa macam you tak hiraukan I
lagi..kita dah tak banyak lagi berbual..kalau you duduk disofa atau dibalkoni
you lebih banyak termenung….I rasa you asyik teringatkan dia saja. Walau pun
you duduk sebumbung dengan I tapi fikiran you pada dia. Betul tak?”
Sudah lama Diana menyedari
perubahan pada diri suaminya sejak diawal pernikahanmereka lagi.Dia juga
merasakan suaminya seakan terpaksa menikahi dirinya.Dari segi raut mukanya dia
tidak begitu gembira dihari mereka bernikah. Jika ditimbang dan dikira tentulah
Tengku Farid akan lebih berat kepadanya… kerana bernikah denganya adalah
permintaan Tengku Farid suatu ketika
dulu...tetapi sebaliknya pula. Sering juga hatinya bertanya adakah kedudukkan
dirinya disamping Tengku Farid akan tergugat kelak. Untuk mengelak semuanya itu
terjadi dia akan cuba menghalang suaminya bertemu madunya..itulah sebabnya dia
mencari berbagai helah supaya Tengku Farid tidak kerumah NurJannah. Diana
bimbang lama kelamaan dirinya akan diketepikan. Dia sungguh tercabar jika kasih
dan cinta suaminya akan berubah arah. Tetapi itu hanya perasaanya sahaja kini
ternyata suaminya begitu bimbang jika dirinya tidak mendapat cinta dan kasih
darinya.
“Itulah you I ajak you
sama-sama solat dengan I, you tak mahu, nak tunggu sampai serulah..tunggu
sampai pintu hati terbukalah…Diana kita orang Islam kita wajib sembahyang.
Sembahyang itukan tiang agama, berdosa kalau tak sembahyang”.
“Farid kalau itu yang you nak
cakap kat I pagi-pagi macam ni baik tak payah, you tengok jam pukul berapa ni
…I dah lambat…I nak mandi..I nak siap pergi kerja.”Diana berjalan menuju
kebilik air. Hatinya jadi panas jika babsembahyang disentuh oleh suaminya.
Tengku Farid
mengeluh sendirian diruang tamu sambil mengikuti langkah isterinya dengan
pandangan mata..Setiap kali dia mengajak isterinya Diana mengerjakan solat
pasti dia akan naik angin dan mencari seribu alasan.Tidak lama menunggu Diana
madi dia sudah keluar dari bilik air.‘Dia
ni mandi ke hanya cuci tahi mata saja’ detik Tengku Farud didalam hati.Sebaik
isterinya keluar dari bilik air.
“Diana!!!“ tegas Tengku Farid
bersuara..Dia ingin memberi peringatan pada isteri mudanya…
“Ehh…I ingatkan you dah pergi
kerja..dah nak dekat pukul sembilan ni you tak kerja ke?”
“I belum habis cakap dengan
you lagi. Diana…lepas ni you tak boleh lagi keluar malam, pergi kelab atau
jumpa kawan-kawan, kalau you nak pergi juga I temankan …I ni suami you ..I ada
hak nak larang…remember I am your husband..”dengan suara yang tegas Tengku
Farid memberi amaran dengan jari
telunjuknya lulus ke muka Diana, tergamam Diana di buatnya.Sesekali kalau
suaminya tunjuk garang ‘kecut perut’ Diana dibuatnya.