Membeli papan di tengah pekan,
kayu cendana dibuat tangkal,
Mengapa umpan ikan tak makan,
Adakah kail panjang sejengkal.
Pagi
Isnin seperti yang diaharap, Farhan berjumpa gadis di pakir motosikal yang
bernama Fatin Najihah.Tampa membuang masa Farhan menghampiri gadis yang
ditunggu dengan mempamirkan senyuman lawanya.Senyuman yang dapat mencairkan
hati-hati gadis yang memandangnya.Sungguh bertuah Fatin Najihah kerana senyumn
itu khas untuknya. Bukan senang Farhan mahu menyedekahkan senyumannya kepada
seseorang , apatah lagi untuk seorang gadis.
“Assalamualaikum..awak Fatin Najihah anak Haji Rasid
rupanya ..itulah hari tu rasa kenal tapi tak ingat pulak pernah jumpa kat mana..rupanya kita berjiran.” Fatin hanya
tersenyum sahaja mempamirkan lesung pipitnya dipipi sebelah kanan. Walaupun nampak ada
kecacatan wajah kerana ada lekukkan dalam dipipinya, tetapi nampak cantik
pula...suka Farhan melihat kelebihan orang yang berlesung pipit kalau tersenyum
akan terlihat lebih manis.
Seperti biasa Fatin tidak kecukupan masa..masanya hanya ada kira-kira lima atau sepuluh minit untuk dia memulakan tugas. Kerana takut terlambat Fatin hanya tersenyum sahaja. Mereka beriringan keluar dari pakir motosikal menuju masuk kebangunan hospital dan kemudianya mereka berpisah. Tidak banyak perkataan yang keluar dari mulut mereka.
Seperti biasa Fatin tidak kecukupan masa..masanya hanya ada kira-kira lima atau sepuluh minit untuk dia memulakan tugas. Kerana takut terlambat Fatin hanya tersenyum sahaja. Mereka beriringan keluar dari pakir motosikal menuju masuk kebangunan hospital dan kemudianya mereka berpisah. Tidak banyak perkataan yang keluar dari mulut mereka.
“Maaf Encik
Farhan saya yang sebetulnya dah nak lambat ni…maaf ya.” Kemudian Fatin menujukkan
jam tangan SEIKO, seakan jam lelaki dipergelangan
tanganya..yang telah menunjukkan hamper pukul 7.25 minit pagi.
‘Makai..besarnya jam, macam jam lelaki saja, rugged
juga budak ni’. Detik hati Farhan bila
terpandang jam dipergelangan tangan Fatin Najihah. Yang sebenarnya jamnya sering bertukar ganti dengan jam abang dan adik lelakinya.Kebetulan pula dia sememangnya
suka memakai jam lelaki yang lebih tahan lasak katanya. Bagi anak-anak Haji Rasid berkongsi barang atau pakaian sudah menjadi kebiasaan mereka.
“Oklah..assalamualaikum….” Sambil menganggukkan
kepalanya seperti orang Jepun memberi
hormat, Farhan memberi laluan kepada Fatin yang takut terlambat untuk merekod
kedatangan kerjanya hari itu.
“Esok jumpa lagi. “Farhan menuturkan dengan perlahan
seperti untuk dirinya sendiri, tetapi masih boleh didengari oleh telinga Fatin,’Hsyy buat apa nak jumpa lagi dah tahu jiran
dahlah..bukan ada cerita nak cerita pun.’ kata-kata itu hanya sungutan untuk
dirinya sendiri dia terus laju meneruskan misinya…merekod kad kedatangan
kerjanya hari itu.
Hari itu, hari Farhan
bermula dengan ceria.Wajahnya nampak bahagia.senyumanya sentiasa tersunging
dibibirnya.Sahabatnya AriefEdlan menghampiri
untuk merisik khabar, mencari perkembangan cerita terbaru sahabatnya.
“ Assalamualaikum happy nampak..terserempak pujaan
hati ke?.”Arief Edalan menghampiri. Dia
berbisik di telinga sahabatnya, sambil-sambil memberi salam,
sambil-sambil mencungkil rahsia.Tersengeh-sengeh dia senyum mengusik sahabatnyanya yang sendan
bahagia.
“ Waalaikusalam Emm…bukan terserempak lagi,aku dah
tahu siapa dia Lan.”Dengan jujur Farhan berkata perlahan memberitahu sahabatnya
tentang perkembangan terbaru dirinya. Makin teruja Edlan ingin mendengar cerita
seterusnya. Apa-apa tentang Farhan
menarik untuk di ketahui oleh Edlan..satu keluarbiasaan Farhan jika dia membincangkan dan mengambil
tahu tetang seorang gadis.
“Wah hebat tu…Siapa dia??..memang kau kenal budak tu
ke?.”Soal Edlan teruja bila mendegar jawapan sahabatnya, tidak sabar rasanya
dia hendak mengetahui, cerita selanjutnya.
“Aku dah kenal dari dia kecik-kecik lagi, rupanya rumah
keluarga dia satu
lorong dengan rumah keluarga aku.”
“Ehh tak kan kau tak pernah terserempak masa kau cuti-cuti
kat rumah..setahu aku kau tak pernah duduk jauh dari keluarga engkau. Paling
jauh pun Shah Alam tapi pantang ada cuti sahaja kau balik takkan tak pernah
terserempak kut… teruk lah kau ni, jiran sendiri pun kau tak kenal…. kau tak
keluar rumah langsung ke Han?”.Hairan Edlan memikirkan perangai Farhan.
“Macam mana nak keluar rumah.... macam ni haa balik
kerja dah pukul berapa? Tok teek tok teek tau- tau dah nak Magrib. Jiran sebelah
menyebelah rumah pun aku jarang jumpa... ni kan pula yang nun jauh sepuluh buah pintu dari rumah aku
mana boleh aku nampak dia.”
“Aku heranlah dengan kau ni Han. Aku ni duduk lagi
jauh dari kau..lagi terkejar nak ambil anak, nak ambil Su..tapi masih sempat
lagi bawak anak aku jalan-jalan bila balik kerja, cerita-cerita dengan jiran
yang hamper dengan rumah aku..kau kata tak sempat nak keluar rumah...”. Su adalah isteri Arief Edlan yang bernama Suhaila yang bekerja
diPutra Jaya.
“Tak kan aku nak keluar magrib-magrib buta Lan..tak
kerja dek aku”.
“Siapa suruh kau keluar rumah magrib-magrib buta..ayah
aku pun tak kasi kami kelaur rumah waktu tu,kata atuk aku..waktu magrib nilah
mahluk-mahluk Allah yang kita tak nampak mula keluar mencari rezeki mereka. Maksud
aku kau keluar kalau kau tak sempat keluar masa hari
bekerja keluarlah masa hari cuti..petang-petang jalan-jalan sambil mengambil
angin luar..ni agaknya kau terperuk saja dalam bilik masa hari-hari cuti
berkubang denagan bantal dan selimut busuk kau. Han keluarlah tonjolkan diri kiri
kanan sekurang-kurangnya nampakkan diri kau tu pada keadaan sekeliling tak pada
orang pada pokok disekeliling kau atau pergi jogging..untung-untung terserempak
anak dara yang kau minat”.Edlan mengajar sahabatnya bagai mana mahu menjadi manusia yang mesra alam dan
sambil-sambil tu mencari pasangan. Bak kata orang sambil menyelam minum air.
“Emm mungkin juga dia yang dah tak pernah lalu depan
rumah aku lagi, itu yang aku tak pernah nampak sejak dia habis sekolah.” Perlahan
sahaja Farhan menuturkan. Dia bagai tidak mengendahkan nasihat sahabatnya..tapi masih lagi didengari oleh telinga sahabatnya.
“Kalau dia memanglah patut tak keluar rumah atau
saja-saja berjalan depan rumah engakau..diakan anak dara..kalau dia buat juga
nanti apa pulak orang keliling kata..tu
anak dara tu nak mengurat anak bujang Haji Bakarlah tu..bukan ke adik beradik
kau semua lelaki. Kalau aku perempuan pun.. aku tak akan lalu depan rumah orang
yang ada anak bujang, takut dikata dek
orang..anak dara gatal hendak megurat anak bujang malu beb. Tapi aku dengar
dulu kau cerita ayah kau yang sekat kau
keluar rumah, peraturan ayah kau tu masih berkuat kuasa ke Han?”.
“Dia tak lah nak sekat kebebasan aku..dulu lagi
kalau aku nak keluar dia bagi..tapi bersyarat..kalau keluar tak lah boleh pergi
tempat yang tak senonoh..kalau keluar malam tu jangan balik lewat sangat..pukul
sebelas malam mesti dah ada kat rumah itu aja..aku dah tua ni pun dia bagi
syarat macam tu juga selagi aku masih duduk sebumbung dengan dia..Lan kau rasa ayah
aku kongkong aku ke Lan kalau dia bagi
syarat macam tu pada semua anak-anak dia?”
“Aku rasa dia taklah mengongkong ,dia buat macam tu untuk
kebaikkan kita juga jangan bebas sangat..kadang-kadang kita ni tak sedar, bila
dah seronok tak rasa bersalah pulak melakukan perkara-perkara yang salah
kan..bagi aku cara ayah kau tu betul. Lagilah kita ni anak lelaki. Walau pun
orang kata menjaga anak perempuan lagi susah tapi zaman sekarang ni lelaki atau
perempuan sama saja, perlu diawasi kalau tidak rosak kita .Sekarang ni banyak
perkara yang boleh merosakkan diri kita berada disekeliling kita.”
“Kalau dulu ayah aku tegas dengan syarat-syarat dia
tu, tapi sekarang ni dia tak lagi..tapi hanya aku macam dah terbiasa dengan
peraturan dia tu..jadi aku rasa macam tak selesa nak keluar malam atau keluar tampa tujuan..lagi pun mana aku ada kawan nak
ajak merambu atau melepak.. kawan aku hanya engkau saja Lan, kita pun dah tak
boleh sewenang-wenangnya keluar hu ha hu ha macam dulu.”
“Ialah Han..aku dah ada tanggung jawab pada rumah
tangga, aku kena jaga juga perasaaan Su..kena tengok juga anak aku..dah
seharian kita kerja tinggalkan anak
dengan pengasuh, bila balik tu kita kena
juga jaga dia, nanti dia tak biasa dengan kita. Aku takut kalau anak aku tak
mesra dengan aku Han.”
“jadi aku rasa ada betul juga tindakkan ayah aku menyekat anak-anaknya
dari terlalu bebaskan, walau pun kita ni lelaki masih tetap ada batasnya kan
Lan.” Farhan masih mengingati kebiasaan sahabatnya Edlan suatu ketika dahulu
dia akan bergesa pulang jika mereka berjalan di Bandar Seremban.
“Memang ada baiknya kita tak bebas sangat Han. Ialah
macam aku nihaa dah terbiasa… bila dah kawin tak lah rasa tertekan kalau tak
dapat keluar jumpa kawan-kawan. Cerita
pasal kawin ni..aku nak dengarlah cerita kau dengan budak tu.. Han cepat lah
cerita aku nak dengar.”
“Budak mana pulak ni Lan…lelaki ke perempuan?.”
“Kau ni..mula lah..nak buat-buat lupa dengan aku kan..”
“Ialah budak yang mana satu..kau ni Lan kita kan
tengah cerita pasal ayah kita, tiba-tiba kau nak aku cerita pasal budak ..budak mana??”.
Berkerut-kerut dahi Farhan menunjukkan dia tidak faham..tetapi sebenarnya dia
malu untuk memulakan ceritanya sememangnya Farhan buat-buat lupa .
“Banyak mana
sangat budak yang kau kenal Han? Kau tu semua yang kau kenal aku tahu Han
jangan nak buat-buat lari dari tajuk ye…budak MA tu yang kau cakap kenal sejak dia kecil tu..ceritalah
sikit, macam menarik saja cerita kau dan dia tu. Aku nak tahu.. dia tu cinta monyet
kau ke, cinta gorila kau ke atau cinta cipanzi kau. Ce cereta..ce cerita.” Mula
lah Edlan mengajukkan kata-kata Yusuf Wheelchair..dalam
lakonanya Hantu Mak Limah balik rumah.
”Lan..mana aku ada main cinta-cinta ni, cinta syber
yang tak nampak muka pun tak ada, ni nak pula cinta yang akan tercongok
mengadap muka yang dicinta. Tak pernah ada dalam skrip hidup aku bermain cinta
sejak aku bayi sampailah sekarang yang
kau kata aku dah tua ni Lan..aku nak jumpa perempuan pun dah menggigil.. ini
pulak nak cakap ayat-ayat cinta mau kejang mati tegak aku.”
“Itulah sebabnya
aku excited sangat nak dengar
cerita kau dan dia tu.. Aku tenguk muka kau ceria betul kalau sebut pasal
sidia..macam best saja kisah kau ni”…
“Nantilah waktu rehat nanti aku cerita..cerita aku
ni panjang, nanti kalau tersekat-sekat tak best
pulak.” sambil tersenyum Farhan menoktahkan perbualan mereka. Edlan pula
memasamkan mukanya kerana tidak dapat apa yang dihajatinya. Dengan satu ugutan
sambil mengoyangkan jari telunjuknya.
Dia berbisik…
“Ingat janji kau rehat nanti !!!kalau tak naas kau”.Ditekan
sedikir suaranya dengan perkataan JANJI agar sahabatnya tidak berdalih lagi
untuk menceritakan kisahnya.
“He..he takutnya.” Balas Farhan dengan gaya ketakutan kemudian tersenyum geli hati melihat tingkah sahabatnya. Edlan pula menunjukkan penumbuknya sebagai amaran. Begitulah gurau senda mereka tetapi tidak sampai kehati.Mereka memulakan tugas yang sudah menanti.
====================================
Seperti yang dijanjikan
waktu rehat Farhan menceritakan kisahnya kepada sahabatnya Arief Edlan.
“Cepatlah Han aku tak sabar nak dengar cerita kau
tu.”Edlan menuntut janji.. sungguh dia teruja dengan perkembangan sahabatnya
yang pemalu sudah mahu membicarakan
tentang seorang gadis dan juga sudah tidak malu bercerita secara
terang-terangan denganya. Dahulu semasa dia meminati Nur Saleha didesak
berkali-kali hingga bertegang urat..seminggu
mereka tidak bertegur sapa barulah Farhan
mahu mengakui, yang dirinya menyukai Nur Saleha, gadis ayu dan sopan dikelasnya.
Tetapi mungkin juga sahabatnya kini sedah cukup dewasa maka dia juga
berkeinginan untuk mencari pasangan.
Farhan memulakan ceritanya dengan wajah
malu-malunya…
“Budak tu dulu masa sekolah rendah naik satu kereta
dengan aku..masa tu kami menumpang kereta jiran
untuk pergi kesekolah. Rasa-rasanya dia darjah satu kot. Masa tu dia tak pakai tudung, rambut dia
panjang sedikit ditocang dua comel betul dia. Masa tulah aku dapat
tenguk muka dia dengan jelas. Aku suka tenguk muka dia tapi masa tu hanya suka
sahaja mungkin aku tak ada adik perempuan itu sebabnya aku suka pandang dia.”
Agak kekok Farhan bercerita tentang sigadis.. perkataanya asyik menyebut
masatu..masa tu.. berulangkali mengambarkan perasan malunya ketika itu. Dia
juga tidak memandang wajah sahabatnya bila dia berbicara. Jari jemarinya
bersilang-silang dan matanya hanya memandang jari-jarinya yang bermain sesama sendiri.
“Kau tak tegur dia atau tolong bawakan beg dia ke?.”
“Mana boleh nak tolong bawa bag..nak tergur pun tak
terkeluar suara aku Lan. Rasa malu aku ni bukan masa aku dah dewasa ni saja
tau, masa aku kecik-kecik rasa malu ni dah bertapak dalam diri aku ni..walaupun
dengan budak kecil masa tu aku rasa malu juga.
Lagipun dia ada dua orang abang yang sentiasa mengawasi dia, walaupun
dua abang dia lebih muda sikit dari aku, tapi aku kena hormat mereka. Kalau dia
kat sekolah, abang dia jaga dia. Masa rehat
mereka makan bersama-sama. Abang-abang
dia baguslah mereka akan sentiasa jaga
adik dia. Masa dia sekolah menegah pun sama. Tapi masa tu aku dengan dia lain
sekolah… Aku masuk sekolah menengah Agama. Dia dari tinkatan satu hingga
tingkatan tiga masuk sekolah menengah
biasa.Tapi seorang abang dia yang nombur satu tu satu sekolah menengah Agama
dengan aku. Tapi masa pergi sekolah mereka jalan kaki sama-sama, mereka lalu depan rumah aku. Aku selalu pandang dia dari jauh saja waktu tu…
aku cakap kat ibu aku, susah nak usik-usik anak dara Pak Rasid sebab dikawal
oleh dua orang ‘bodygurd’.”
“Tak kan kau tak ingat muka dia… baru berapa tahun
saja kau tak nampak dia”.
“Lan aku dapat pandang dekat dengan jelas masa kami
naik satu kereta tu saja, masa dia
darjah satu, dua tahun lepas tu aku dah
sekolah menengah, aku dah tak naik kereta tu lagi aku pergi naik basikal pulak.
Masa tu kau kiralah dah berapa tahun tu…masa sekolah menengah aku pandang dia
dari jauh saja..masa pagi dia pergi sekolah mana nak nampak sangat muka dia.”
“Kalau aku..aku ikut mereka jalan kaki sama-sama dengan dia orang”.
“Kalau aku jalan kaki pergi sekolah, nanti aku balik
sekolah tengahhari kena jalan kaki sorang-sorang.. dia orang masa balik sekolah
emak dia ambil naik motor..aku dengar mak dia kerja ikut giliran itu yang boleh
ambil anak-anak dia ”.
“Ohh..emak dia kerja dan ada motor..kenapa pagi emak
dia tak hantar?”
“Mungkin pagi cuaca redup lagi, jadi mereka jalan
kaki perlahan-lahan. Tapi kan Lan..
kalau
aku ada adik perempuan..aku pun mungkin sama macam abang dia kut .. Aku
sebetulnya teringin sangat nak ada kakak
atau adik perempuan..senang kita nak tanya hal-hal perempuan ni. Aku jadi malu
dengan perempuan pun mungkin sebab aku tak ada adik-adik perempuan kat rumah.”
“Habis ibu kau bukan perempuan”.
“Ibu ni lain ..jauh beza umur dia dengan kita..kalau
kita adik beradik kan umur lebih kurang saja jadi fikirannya juga tak banyak
beza dengan kita. Lepas tu masa aku dah kat Uni sesekali cuti aku nampak dia lagi…masa tu mungkin dia
dah tingkatan empat atau pun tingkatan lima, dia pergi sekolah masih lagi di
iringin oleh dua orang bordygurd..aku tanya
ibu aku siapa pulak bordygurd dia kali ini. Ibu aku kata adik-adik dia pulak..tapi
masa tu dia dah tukar sekolah… dia dah masuk sekolah aku, sekolah menengah
Agama..sebab masa peperiksaan PMR dia dapat agriget yang membolehkan masuk
sekolah aku tu”.
“Berselisih saja kau dengan dia, kalau kau satu
sekolah dari awal tentu kau ada peluang kenal dengan dia kan…tapi tak apalah
Han walau pun kau tak dapat usik-usik
masa sekolah..kau cubalah usik-usik
dia kat tempat kerja ni pulak, dia dah tak ada bodyguard lagi, kau
cubalah.”Edlan memberi perangsang kepada sahabatnya.
“Ingat senang ke..walau pun dia dah tak ada
bodyguard mungkin dia dah ada ilmu mempertahakan diri. Dia bagi aku sebiji mau
lebam mata aku ni..kalau tak sebelah dua belah, Lan. Aku ni
bukan nak usik-usik dia..saja nak ambil tahu hal jiran aku.”
“Ialah itu… ambil tahu jiran konon atau kau nak
gantikan tempat abang dia… kau nak jadi bodyguard dia pulak. Tapi kalau kau
jadi bodyguard dia bodyguard lain tau Han, kau kena jaga dia luar dalam”.
“Hisyy kau ni ada saja yang kau fikir tak elok
dengan aku kan..Itulah aku tak nak cakap dengan kau suka nak perli aku nikan”.
“Alah Han aku cakap sikit pun kau dah merajuk.
Tapikan Han aku tenguk kau lain macam
saja, kalau pagi kau jumpa dia, satu hari muka kau nampak berseri dan bercahaya...aku nampak kau gembira dan bersemagat. Bukan aku saja yang perasan..kawan
kita yang lain pun perasan dengan perubahan baru kau ni.”
“Ia ke Lan..tapi aku tak rasa apa pun.”
“Kau tu mana tahu diri kau..tapi Han elok juga, mana
tahu itu jodoh kau, senang nanti..kau dah kenal keluarga dia, tahu latar
belakang dia..kau cubalah manalah tahu kalau memang itu jodoh kau, tak susah
ibu ayah kau nak pergi jauh-jauh meminang. Lagi pun Han tentu ibu kau setuju
sebab dia pun dah kenal bakal besan dan bakal menantu dia. Tapi..emak kau tak
kisah ke dapat menantu orang dekat dengan rumah, kata orang tu tak
glamor..jiran-jiran keliling semua dah kenal bakal menantu dia.”
“Ibu aku ni jenis tak kisah..janji gadis tu
baik,keluarga dia pun baik.. ibu aku dah boleh terima.. Tapi Lan…aku tak tahu
macamana nak tunjuk aku suka kat dia.” Memang sudah didalam jangkaan Edlan
Farhan sudah jatuh hati. Tetapi itu pula persoalan yang keluar dari mulut
Farhan..Edlan termangu..bagai mana dia mahu membantu sahabatnya untuk memikat
sigadis.Apa skill yang paling sesuai.
“Emm..macam mana ye, aku pun tak tahu macam mana nak
buat..kalau Su dulu lain, dia tu peramah..budak ni macam mana..peramah ke tidak?
tapi kalau peramah pun..kau juga yang kena mula dulu Han..takkan dia kot, nanti
dia rasa..perigi mencari timba pula atau pun
dia rasa hidung dahlah tak
mancung pipi pula tersorong-sorong”.
“Eh.. Lan hidung dia mancunglah Lan..tapi taklah
semancung hidung Julia Robert”.
“Ha..ha…Kau ni Han aku cakap kata bidalan kau teringat Julia Robert pulak..ada hati juga
kau kat Julia tu ye!! tak sangka aku..tinggi juga cita rasa kau.” Gelak besar
Edlan mendengar kata-kata Farhan pandai
pula berleluncon sekarang ni..
“Aku ada mata Lan macam kau juga.”
“Ialah..ialah aku faham tu tapi aku cakap betul
ni..dia jenis yang macam mana peramah ke pemalu macam kau juga”.
“Entahlah Lan aku tenguk dia ni berat mulut, dah dua
kali lima macam aku juga, kalau terserempak dengan dia, hanya dua tiga patah
saja dia cakap, yang lain hanya senyum.
Itu yang aku jadi kelu nak tanya dia.
Kau ajar aku macam mana nak cakap Lan..aku ni tak ada pengalaman nak teckle
anak dara orang .“ keluh Farhan mempamirkan wajah sayunya…tetapi itulah
kebenaran tentang dirinya. Dia seorang
pemuda yang pemalu bila berhadapan dengan perempuan, dia cepat gugup. Arief Edlan juga mengerti tentang itu. Dengan
perlahan dia menepuk belakang sahabatnya.
“ Kalau kau betul-betul suka kat budak tu, kau cubalah minta tolong
ibu kau pinang terus.”
“Tak kan macam tu pulak..tiba-tiba tidak ada angin
tak ada ribut, datang menerjah rumah
terus meminang dia. Kita kena tahu juga
dia dah ada pilihan hati ke belum. Ialah gadis cantik macam dia tu
takkan tak ada orang yang suka.”
“Dia cantik ke Han?.”
“taklah cantik sangat..kalau dibandingkan dengan Nur
Saleha.. cantik lagilah Nur Saleha. Dia
ni hanya putihlah sikit, tapi aku tak pilih yang cantik sekarang ..kalau cantik,
banyak pulak saingan aku nanti..tapi dia ni comel.. muka dia tak banyak berubah
dari dia sekolah rendah dulu tapi sekarang ni dia dah pakai cermin mata itu
yang nampak dia lebih matang.“ Ceria wajah Farhan bila menceritakan perihal gadis
pujaanya.
“kiranya kau memang dah tersuka sangatlah kat dia ni
Han. Kalau macam tu..kau cuba-cubalah tanya pada dia kalau dia dah ada
sijantung hati ke belum, kalau masih kosong ‘not avaleble’ boleh kau masuk
jarum.Masuk terus jangan tunggu.”
“Nak masuk jarum apanya..Kau ni senangnya
cakap..baru berapa patah perkataan aku tanya dia..dah kau suruh aku tanya bab
hati dan perasaan..langsung terbantut nanti.. dari dia boleh senyum kat aku ..jadi dia lari
pulak bila nampak aku”.
“Tapi ada sesetengah perempun, suka yang macam tu..dia akan nampak kesungguhan kita
yang betul-betul nakkan dia.”
“Entahlah Lan..Aku
nampak dia ni pemalu juga ..dahlah aku malu dia pun malu..tak tahulah ada ke
jodoh aku Lan.” dengan wajah muram Farhan mencurahkan masaalahnya kepada
sahabatnya. Dia seperti tidak yakin dengan dirinya sendiri bila mengenangkan
kekurangan dirinya.
“Han …cubalah kau iklankan dirikau tu lepas tu tampal
iklan tu kat pagar rumah dia..kalau tak pun nyanyilah macam penyanyi Indonesia tu kumpulan apa.. kumpulan WALI ke
yang dia nyanyi..
Ibu
bapak punya anak
Bilang-bilang
aku aku yang tengah malu
Sama
teman-temanku
Karna
cuma diriku yang tak laku-laku
Pengumuman-pengumuman
Siapa
yang mau bantu
Tolong
aku kasihani aku
Tolong
carikan diriku kekasih hatiku
Siapa
yang mau
Edlan menyanyi perlahan dihadapan Farhan dengan
gayanya…
“Kau ni Lan dalam baik kau kenakan aku
ye…mentang-mentang aku macam ni.” dengan pandangan dan wajah sedehnya dia
memandang wajah sahabatnya bila terasa dirinya bagai dipersendakan.
“Aku bukan apa, aku kesian tenguk kau ni ..Aku nak
bagi semangat dan nak ceriakan kau sikit.”
“Macam tu bukan nak ceriakan aku.. tu peril aku
namanya”.
“Ok..ok jaganlah ambil serius gurauan aku Han, hanya
aku nak ingat kau..umur bukan bertambah muda, kalau dah dapat yang rasa sesuai
dengan kau cepat sikitlah, kalau tak nanti disambar orang.. kau juga yang gigit
jari..aku takut kau tak laku sampai ketua Han..”.
“Lan janganlah kau doakan sampai macam tu..dah tua
esok kat mana pulak aku nak menumpang..takkan nak duduk kat rumah orang
tua-tua.. sedehnya Lan”. hu..hu..hu
sedeh.