Kusangka ribut di tepi laut,
Bila ombak menghempas pantai,
Kusangka tuan siberas pulut,
Bila ditanak nasi berderai.
Bila ombak menghempas pantai,
Kusangka tuan siberas pulut,
Bila ditanak nasi berderai.
Entah
dimana silapnya, kehidupan rumah tangga Loqman yang baru dibina bersama Liza dari
sehari kesehari semakin terasa hambar. Makin dicari manisnya semakin tawar pula
rasanya. Kehangatan bahagia yang dikecapi bagai tidak dapat bertahan lama. Kini
Loqman tercari-cari..mencari rasa bahagia yang begitu dirasai dulu. Dulu
sebelum mereka terikat dia merasa amat bahagia sekali jika bersama Liza. Mengapa sekarang bahagia
itu semakin menghilang..mungkinkah bahagia yang dicarinya terselit-selit celah
kehidupannya yang sentiasa sibuk. Loqman juga mencari keserasian yang dulu
begitu rapat mendakap tetapi kini terasa sudah longgar bersama hambarnya rasa.
Mengapa rasa hatinya semakin hari semakin berubah. Hari demi hari hati Loqman mula
meneliti...dan beza membeza...
Setelah
hidup sebumbung barulah Loqman dapat mengenali hati budi Liza. Sedikit-sedikit sudah
tersingkap peribadi Liza yang
sebenarnya. Kalau dulu bolehlah dia berselindung dibalik wajahnya yang cantik, senyumanya
yang manis dan tingkahnya yang lemah lembut dan manja tapi kini tidak lagi.
Senyuman manisnya hanya akan terpamir jika dia menginginkan sesuatu sahaja. Walaupun
ramai kawan sekerjanya mengatakan dia beruntung mendapat isteri yang lemah
lembut, cantik dan murah senyum. Bagi Loqman itu semuanya palsu dan pura-pura
sahaja. Mengapa hari demi hari hatinya seolah-olah ingin memberontak dengan rasa tertipu.
Liza
tidaklah seperti yang dilihat pada zahirnya. Jika dilihat pada zahirnya Liza
seorang yang lemah lembut, penyayang dan penuh dengan ciri-ciri kewanitaan
dambaan lelaki. Mana tidaknya wajah yang sentiasa tersenyum jarang memperlihatkan
sikap panas baran yang dimilikinya. Ramai orang memperkatakan senyuman Liza
semanis senyuman Maya Karen. Wajahnya juga ada iras-iras pelakon itu. Dulu
semasa mereka masih berkawan Loqman sering membayangkan Liza seorang wanita
yang sempurna. Rajin dengan kerja rumah tangga,
kerana itulah yang selalu diceritakan oleh Liza kepadanya. Tetapi setelah serumah tangga, peribadi Liza bukan wanita yang sebegitu. Kenyataanya
jauh berbeza umpama langit dan bumi. Kini sudah ada terselit sedikit rasa
terpedaya dan tertipu dihati Loqman. Walau bagaimana pun Loqman berusha agar
dirinya dapat menerima takdir yang diuntukkan kepada nya dengan rela.
Ketidak
puasan hati Loqman hanya dipendamkan dalam hatinya sahaja. Dia sedaya-upaya
mahu rumahtangganya harmoni seperti rumah tangga orang lain. Dia ingin menerima
Liza seadanya.Tetapi kadang-kadang rasa
itu menonjol keluar juga. Benteng kesabarannya
runtuh kerana sikap Liza itu sendiri. Mereka
sering bertelingkah kerana perbezaan cara kehidupan mereka setiap hari. Ditambah
dengan sikap cemburu Liza yang menyebabkan Loqman sering teringat pada Amirah.
Ini juga berpunca Liza sendiri. Hampir setiap kali mereka bertegang urat, Liza
akan menyebut nama Amirah, seolah-olah ketidak harmonian rumah tangga mereka
berpunca dari Amirah. Sedangkan Amirah tidak pernah muncul pada zahirnya
diantara mereka. Mengapa jadi begitu agaknya..
Setelah
bernikah untuk kali kedua Loqman merasakan kedai makan, gerai atau restoran
sudah seumpama dapur rumah mereka. Tidak kiralah sarapan pagi, makan tengahari itu
sudah semestinyalah kerana mereka berdua bekerja, makan malamnya juga mereka
akan makan di kedai makan. Pada selera Loqman sudah tidak terasa lagi kelazatan
rasa makanan disitu. Pada hari-hari
bekerja Loqman masih boleh juga bertolak ansur, kerana kasihan melihat
isterinya yang kepenatan pulang dari bekerja, kemudian akan terburu-buru pula
kedapur menyiapkan makan malam mereka. Tetapi hari Sabtu dan Ahad juga Liza
akan mengajaknya makan di luar. Lama kelamaan Loqman begitu jemu melihat lauk
pauk yang dipamer di gerai-gerai makan maupun restoran. Sesekali tekaknya ingin
juga merasa masakkan isterinya. Seingatan
Loqman sejak mereka bernikah, boleh dikira dengan jari Liza memasak makanan
dirumah.. Liza menggunakkan dapur
dirumah mereka hanya untuk memasak air sahaja. Itupun jika dia dipaksa
membuatkanya minum sebagai alas perut sementara sampai ketempat kerja. Atau
dihari cuti jika mereka bangun hingga hampir tengahhari sedangkan perut sudah
berkeroncong minta diisi. Kini Loqman sering tertinggal solat subuhnya jika
hari cuti. Kerana bila dia terlajak Liza apatah lagi. Tidur hingga meninggi
hari telah menjadi satu kebiasaan bagi Loqman kini.
Loqman tahu didalam peti sejuknya tidak ada
apa-apa barang yang boleh dimasak. Ketika ditempat kerjanya lagi dia sudah
terbayang telur mata kerbau, kicap pekat manis cap kipas udang, dimakan bersama
nasi panas. Itulah hidangan makan malam yang paling ringkas disediakan oleh Amirah suatu ketika
dahulu, ketika dia masih menjadi suaminya. Ahh melintas pula keinginanya itu
didalam kepalanya. Hari itu dia bercadang untuk membeli sedikit barang-barang
dapur di supermarket yang paling hampir dengan tempat kediaman mereka. Dia
ingin mula makan dirumah, mencari kelaziman dulu sewaktu Amirah menjadi
surihatinya.
Bagi
Loqman jika Liza inginkan bantuannya membuat kerja-kerja dapur dia tidak
keberatan membantu. Sewaktu dia dirumah mamanya juga dia membantu mamanya
mengopek bawang atau menyiang sayur. Semasa bersama Amirah dulu dia juga sering
membantu Amirah. Didapurlah tempat mereka bergurau senda berbual-bual kisah
kerja dan bercerita-tentang keluarga
mereka atau bercerita semasa mereka kecil...seronok dia membayangkan hidupnya
bersama Amirah dulu. Ahh..mengapa Amirah singgah dalam kenangannya pula. Loqman
cuba menepis kenangan bahagia bersama
bekas isterinya.
“Liza kita masak hari ni ye..abang teringinlah nak
makan kat rumah..dah jemu betul rasanya abang makan lauk kat kedai…jomlah kita
pergi supermarket Giant kat bangunan AMCOB, cari barang-barang yang nak kita masak.”
Loqman meluahkan keinginanya pada satu hari cuti.
“supermarket lain tak ada ke?”
“Hari dah tengahhari ni..kat Giant tu kan senang,
semua barang ada..tak payah lah nak pergi tempat lain tercari-cari”.
“Abang ni
pergi AMCOB adalah tu, entah-entah dalam hati ada niat nak terjumpa dengan
Amirah tak.” Dengan satu jelingan dan senyuman sinis Liza bagai mengejek
suaminya.
“Liza ni kenapa…kalau tak sebut nama dia boleh tak.”
dengan dahi berkerut Loqman memandang isterinya, bila terasa seakan isterinya
menyindirnya. Hatinya mula terasa panas dengan tingkah isterinya, tetapi
ditahan demi untuk menjayakan apa yang diingini.
Dalam
keadaan tenang dan jernih, Liza mengungkit nama Amirah. Tadi benaknya baru
sahaja singgah kenangan bersama Amirah. Kini Liza menambahnya lagi, makin jelas
bayangan Amirah dimindanya. Sebenarnya Loqman sudah bersungguh-sungguh cuba
melupakan Amirah. Walau pun sering kali mimpi malamnya dia bahagia bersama
Amirah. Tetapi ketika itu dia tidak sedar, jika dia sedar dia akan berusaha
bersungguh-sungguh membuang bayangan bekas isterinya sejauh mungkin, agar tidak
mengingatinya...kerana padanya sekarang ini dia sudah ada penghidupan baru.
Kesal tetap ada dan perasaan itu sesekali menyesup masuk kehatinya namun cuba ditepisnya dengan sedaya yang mungkin. Loqman
sedar segalanya telah terlanjur, nasi sudah menjadi bubur dia akan cuba
mengatasinya.
“Liza tahu..abang masih ada hati dengan
dia..jangan nak bohonglah bang.” tambah Liza lagi tidak mahu memadamkan perkara
yang sudah cuba ditepis oleh suaminya.
Sebenarnya
Liza cuba mencukil isi hati suaminya. Setiap kali jika dia cuba mendalami
sanubari suaminya tentang bekas isterinya, suaminya akan mendiamkan diri. Ingin
sekali Liza mendengar pengakuan suaminya atau sumpah suaminya yang dia telah 100%
melupakan bekas isterinya itu. Sudah tidak ada lagi walau satu huruf pun nama itu dalam hati suaminya. Penafian sangat
penting pada dirinya, untuk memadamkan api cemburu yang sentiasa membakarnya.
Perasan cemburu Liza menjadi-jadi apabila telah beberapa kali Loqman menyebut
nama Amirah dalam tidurnya. Walaupun dia tahu suaminya menyebut nama itu diluar
kesedaranya. Tetapi dia tetap bimbang nama itu akan menggugat kedudukanya
kelak. Loqman tidak tahu sekarang ini Liza bagaikan takut dengan bayangan dirinya
sendiri. Pada Liza jika sudah tersebut didalam mimpi tentulah ingatan suaminya
masih tetap utuh terhadap bekas isterinya. Itu yang dibimbangkan. Dia tahu
kekurangan dirinya jika dibandingkan dengan bekas isteri suaminya. Liza tidak
mahu dirinya disaingi walaupun hanya didalam mimpi.
Bagi Loqman pula jika sudah dinafikan, Liza masih juga berkeras
mengatakan ‘ia’ jika dilayan tambah
menjadi lagi rasa cemburu Liza. Pertengkaran dan seterusnya perang dingin
mereka akan berpanjangan. Loqman tidak tahan dan perasaan sering terdera dengan
sikap dan kerenah Liza. Bila mereka bertengkar kerana Amirah, Liza akan
membiarkan dirinya sendirian. Dia juga akan tidur dibilik yang berasingan. Itu
tanda protesnya. Mereka tidak bertegur sapa hingga beberapa hari walaupun mereka
tinggal serumah. Seringkali Loqman terpaksa merendahkan egonya dan menyapa
isterinya terlebih dahulu, tetapi seringkali juga sapaanya tidak mendapat
tindakbalas. Pada Liza dia ingin suaminya memujuk rajuknya. Dia ingin merasa
dirinya begitu bermakna dan didambakan oleh suaminya, tetapi seringkali
pujukkan suaminya tidak menepati cita rasanya dan pujukkan suaminya tidak dapat
mencairkan rasa cemburunya.
Bila
segala tidakkan tidak seiringan tampa sedar Loqman mula membandingkan Liza dan Amirah.
Kini bayangan Amirah makin selalu
terlayar di pelipis matanya. Rindunya juga makin memercik walau pun belum lagi
membakar jiwa dan sukmanya. Dia mengharapkan Liza dapat membantunya melupakan
Amirah. Tapi jika Liza sudah sering mengungkit nama Amirah bagaimanakan dia
dapat memadam nama itu dari hati dan mindanya.
Telalu
banyak perbezaan antara Amirah dan Liza yang sering berlegar di kepala Loqman.
Jika di buat perbandingan antara mereka berdua mahu berkajang-kajang kertas pun
mungkin tak habis. Tetapi jika Loqman bersendirian dia mula membandingkan dua
orang wanita pernah menjadi dan sedang menjadi isterinya. Walaupun kelihatan
pada zahirnya Liza seorang yang lemah lembut tetapi dia bukan seorang yang
pemaaf. Liza juga sebenarnya seorang yang keras kepala, dia tidak akan menerima
pendapat orang lain. Ditambah pula dia seorang yang manja, kata-katanya mesti
dituruti jika tidak dia akan memberontak dan merajuk seperti budak kecil.
Pada
Loqman sungguh susah menangani tingkah laku Liza kerana dirinya lebih kurang seperti
itu juga. Tidak seperti Amirah dia seorang yang cepat memaafkan, dengan hanya
sedikit pujukkan sahaja hatinya sudah lembut dan mengalah. Walaupun jika di
pandang dari mata kasar dia kelihatan tegas dan keras. Wajahnya kelihatan
selamba dan jarang tersenyum jika orang tidak mengenalinya akan mengatakan dia
seorang yang sombong. Berfikiran
terbuka, mudah bertolak ansur dan berdikari.
Liza
juga bukan seorang yang ringan tulang, pakainya sendiri pun akan dihantar
kedobi. Loqman pernah menegur sikap Liza. Ketika itu Liza sedang memasukkan
pakaian kotornya kedalam bag plastik untuk dibawa kekedai dobi..
“Liza..cubalah basuh sendiri baju tu..kalau kita
basuh baju tu setiap kali kita balik kerja tentu tak banyak, hanya beberapa
helai sahaja. Kita pakai bukannya kotor..tak payah nak sental kuat sangat
hilangkan bau peluh dengan sabun mandi pun dah bersih”. Loqman mengambil
pengajaran dari sikap Amirah..setiap kali pulang dari kerja ketika dia mandi
dia akan mencuci pakaiannya dan pakaian suaminya sekali.
“ Liza
penatlah bang...bang kita nikan kerja buat apa nak susahkan badan, ada duit
hulur saja kat kedai dobi tu baru berapa ringgit siap basuh siap gosok lagi.”
“Takkan yang kecik-kecik ni pun nak hantar
dobi..Liza tak malu ke orang tengok.” (Yang kecik-kecik merujuk kepada baju
dalam dan seluar dalam).
“apa salahnya bukan kita tak bagi dia duit..dia
lagi suka kecik macam ni pun dia kira sehelai baju.”
“itulah yang kita rugi..kecik macam ni bukan susah
nak basuh sambil mandi pun boleh cuci.”
“Kalau abang rajin abang cuci lah sendiri..Liza
malas nak pegang sabun cuci kain.. kasar nanti tangan ni.” bentak Liza suaranya
sudah meninggi. Itulah Liza ada-ada sahaja alasan bila disuruh membuat kerja
walaupun kecil dan mudah. Dia juga tidak pandai menghormati suami jika dirumah
suaranya jarang lembut dan manja. Pantang ditegur sedikit, suaranya tinggi naik
satu oktah. Sebenarnya jika ditempat kerja berkata-kata dengan orang lain suara
Liza lembut dan manja memikat orang yang mendengarnya.
Liza juga seorang yang boros dan berkira. Segala
keperluan dan makan luarnya ditanggung sepenuhnya oleh suaminya. Dia tidak akan
sekali-kali mengeluarkan duitnya untuk keperluan diri dan rumah tangga. Bagi
Liza dirinya adalah tanggunagan suaminya. Duit gajinya hanya diperuntukkan
untuk kecantikkan dirinya sahaja. Membeli alat kecantikkan, kesalun dan spa
yang wajib dikunjunginya hampir setiap bulan. Pernah sekali Loqman mengikuti
Liza berbelanja untuk keperluan dirinya. Dia terkejut melihat harga kosmatik
yang dibeli oleh isterinya hanya dua tiga jenis barang yang sebesar jari
kelingking sahaja harganya menyamai belanja barangan dapur untuk sebulan ketika
dia bersama Amirah dulu. Baru diketahui sungguh mahal alat solek yang digunakan
oleh isterinya. Bajunya juga dibeli dari butik-butik sekitar Kuala Lumpur.
Sebenarnya Liza seorang yang mementingkan kecantikkan dan penampilan diri,
berperasan dirinya cantik dan juga suka dipuji.
Satu
lagi perangai lagi Liza yang tidak boleh dikesan oleh orang yang tidak rapat
dengannya ialah sikap panas baran, kuat cemburu dan berperangai tidak matang,
tidak sematang usianya yang sudah menjangkau 27 tahun. Dua tahun lebih tua dari
Loqman suaminya. Jika sesekali Loqman memerlukan pertolongan dari segi kewangan
Liza tidak akan menghulur atau membantu. Dia lebih rela mencadangkan suaminya
meminjam dari rakan-rakan. Pada Liza meminjam kalau suami isteri tidak akan
dapat pulangannya. Loqman sering mengeluh dengan sikap Liza yang berkira
denganya, walaupun mereka suami isteri. Terasa sudah terlalu padat segala
keluahan ditelan dalam sanubarinya. Tetapi apalah guna kesalan segalanya sudah
ditakdirkan. Liza kini adalah isterinya. Isteri pilihanya walaupun cara mereka
bernikah berlainan dari orang. Loqman cuba bersabar demi ingin mencari
kerukunan dalam rumah tangga mereka.
Sudah lama Loqman tidak berjumpa mama
dan papanya. Rindu yang tertahan-tahan di dalam hatinya tidak tahu dimana harus
diluahkan. Sedangkan selama dia merupakan anak yang paling rapat dengan mereka. Maklumlah anak bungsu dan anak yang
paling hampir dengan mereka. Kedua abang Loqman tinggal jauh dari kampung
halaman. Abangnya yang sulong tinggal diSintok Kedah dan yang kedua pula di
Terengganu. Kebiasaanya Loqman akan menghubungi mamanya melalui telefon jika
tiada kesempatan dipulang menjenguk mereka berdua di Port Dickson. Tapi
disebabkan peristiwa setahun lalu dan larangan dari isterinya, menyebabkan seakan berbolak-balik hatinya untuk
menghubungi mereka. Tetapi didalam hatinya dia tidak dapat melupakan papa dan mamanya
yang memberi penuh kemanjaan kepadanya selama ini.
“Buat apa abang telefon emak abang tu, dia bukan
suka Liza..kena maki-maki buat sakit hati sahaja.” Dengan memek muka yang
dimasamkan dia menegah suaminya berhubuingan denga kedua ibu bapanya. Liza
tidak pernah berusha untuk memperbaiki atau merapatkan hubungannya dengan kedua
ibu dan bapa mertuanya. Loqman tersepit dengan perasaan rindu kasih sayang papa dan mamanya dan larangan
isterinya.
Itulah
peribadi Liza, makin lama serumah dengannya makin terserlah sikapnya. Dalam
diam Loqman mengeluh dan menyalahkan dirinya sendiri. Dia juga sering tertanya
apakah dia sudah tersalah memilih jalan hidupnya. Jika benar dia tersalah pilih
bagaimanakah dia harus memperbetulkan jalan yang kini terasa bengkang
bengkoknya kepada jalan lurus. Masih adakah jalan lurus itu. Kadang-kadang
terlintas juga dalam benaknya haruskah dia menderita dengan perkahwinan yang
terpaksa untuk sepanjang hayatnya. Dia berazam akan mencuba membentuk Liza
supaya menjadi isteri yang diingininya. Walaupun setiap kali mencuba terasa
kegagalan menyebelahi dirinya. Dia akan terus mencuba sehingga berjaya itulah
azamnya.Tetapi kadang-kadang keluhanya
terkeluar juga dari bibirnya kerana rasa
kesalnya.. Ahh nasib agaknya dia jadi begitu..dia cuba redha dengan ketentuan
Yang Maha Esa.
Hari
raya Aidifitri yang lepas, Loqman pulang kekampung halaman Liza diSimpang
Renggam Johor. Itulah hari raya yang pertama dia tidak berjumpa mama dan
papanya. Rindu meruntun hatinya. Dia teringatkan keriuhan mama dan papa dimalam
raya. Terbayang dimatanya kesibukan mereka bertiga memasang langsir, riuh didapur memasak juadah hari raya. Jika
tahun itu giliran abangnya sekeluarga pulang ke PD dia akan mendengar keriuhan anak buahnya
dari dua orang abangnya. Jadi tunggang-langgang rumah papa dan mamanya
dikerjakan oleh lima orang anak buahnya. Loqman terbayang masak rendang dan
kueh bahulu besar mamanya. Biasanya keenakkan rendang mamanya akan lebih terasa
jika dijodohkan dengan lemang buatan bekas ibu mertuanyapuan Halimah. Dia juga rindu untuk mencium tangan keduanya
dipagi raya. Aduh...sakitnya minda bila
rindu menggamitnya pulang kekampung halamanya.
Makin
menjadi-jadi rindu Loqman kepada rumahnya diPort Dickson bila menu hari raya
tidak menepati citarasanya. Keluarga Liza menyediakan lontong bersama kuah
lodeh, sambal kacang dan rendang. Walaupun masih ada kuah kacang dan rendang
tetapi rasanya tidak sama dengan rendang buatan mama dan bekas ibu mertuanya
yang terasa lebih pedas. Ketika semua orang berkumpul riuh rendah makan di
dapur, dia termenung sendirian disebatang pokok mangga dihadapan rumah emak dan
abah Liza. Liza mencari suaminya dibilik dan ruang tamu tetapi akhirnya bertemu
diluar rumah. Liza menghampiri suaminya yang duduk dipangkin dihadapan rumah. Melihat
keadaan suaminya yang sedang termenung panjang dia menegur.
“Abang kat sini rupanya..termenung raya-raya ni
ingat siapa..ingat Amirah ke?” isterinya bertanya dengan senyuman
sinisnya..sudah mula terpercik api cemburu Liza. Apa agaknya yang ada didalam
jiwa Liza. Mengapakah api cemburunya terhadap Amirah sering menyala seakan
tidak pernah padam. Disaat orang lain ingin bergembira di hari lebaran,
bayangan Amirah yang menyakitkan hatinya juga yang dikenang. Oh Liza seakan
tidak ada penyakit tetapi di cari penyakit yang menyakitkan hatinya sendiri.
“Liza cuba jangan sebut nama dia boleh tak.”
Loqman menjadi begitu rimas dengan kerenah isterinya.
“Abang ni termenung ingatkan siapa lagi...kalau
tak ingatkan janda abang tu?”
“Tak ada orang lain ke yang abang nak ingat.”
panas hati Loqman bila asyik itu sahaja yang diulangi oleh isterinya.
“Habis abang ingat siapa?”
Loqman
cuba berlembut. Dia teringat petua yang diberi oleh bekas ayah mertuanya.
..Suami isteri mesti bertolak ansur. Kalau ada perbalahan salah seorang mesti
mengalah, jika seorang marah, yang seorang lagi kalau boleh kawal..kawallah
agar kemarahan tidak berterusan. Kini Loqman cuba beralah dia melunakkan
sedikit suaranya. Dia meluahkan apa yang ada dalam mindanya.
“Abang rasa nak balik PD esok.. kita tidur sana
satu malam, baru balik Petaling
Jaya..macam mana?”
“Kalau abang nak balik..abang baliklah
sorang..Liza tak nak ikut.. emak abang tu bukan suka pada Liza ni, lain lah
kalau Amirah yang datang tentu dia suka, entah-entah hamparkan permaidai merah
lagi.” Sebuah jelingan tajam dihadiahkan kepada suaminya dihari raya..itulah
perangai Liza...tidak pernah rasa ingin mengalah dengan kemahuan suaminya.
Walaupun suaminya sudah melembutkan suaranya, dia tetap dengan amarahnya yang
tidak tahu hujung pangkalnya.
“ Kenapa hanya nama itu saja yang Liza
sebut..kalau tak disebut nama dia boleh tak..abang tak suka dengar.” tinggi suara Loqman memperingati isterinya.
Dia sudah cuba menahan kemarahanya tadi. Bagai manakah harus dia bersabar
dengan sikap isterinya.. sikap yang suka membangkitkan api kemarahanya. Liza
bagai tidak mahu bertolak ansur dengannya. Dipagi hari raya api pertengkaran
mula terpercik, jika tidak dikawal mahu kebakaran besar akan berlaku. Loqman bangun,
dia ingin keluar mencari kedinginan hatinya yang mula membahang didalam. Liza
masih lagi meneruskan bicara cemburunya..
“Tak suka dengar konon entah-entah dalam hati di
asyik ingatkan janda dia saja..itu yang nak balik PD kalau-kalau
terserempak dengan dia nanti, hilanglah
rindu abang pada dia kan.” Tampa menoleh kepada isterinya, Loqman bangun menuju
kekeretanya. Dia hendak mengelak dari mendengar bebelan isterinya..tidak kira
kemana. Dia mahu menghidar dari terus
memandang wajah isterinya yang bagai tidak bermakna lagi dipagi hari
raya itu. Di sudah tidak berdaya hendak
melayani perangai isterinya yang tidak
habis-habis dengan nama ‘Amirah’ .
Loqman
hairan dengan sikap Liza mengapakah dia begitu cemburu pada Amirah yang sudah
tidak ada apa-apa ikatan denganya lagi. Didalam keretanya Loqman mengeluh
sendirian. Tiada kegembiraan hari raya dihatinya tahun itu. Seperti kegembiraan
hari rayanya setiap tahun yang sentiasa dinantinya. Secara tidak sedar dia
terkenang kembali kenangan berhari raya bersama Amirah dulu. Lemang buatan bekas ibu mertuanya menjadi
pilihan utama mamanya. Setiap kali menjelang hari mantai dan hari raya ketika
itu, kalau dia ada dirumah mamanya, dia lah yang akan ditugaskan mengambil
lemang tersebut dirumah keluarga Amirah. Suruhan itu bagai ditunggu-tunggu
kerana dengan suruhan itu peluangnya untuk bertemu Amirah. Hanya Amirah yang
menghuni dihatinya ketika itu, tetapi kini masih ada lagikah Amirah didalam
hatinya.
Hari mantai
adalah hari, ‘sehari sebelum berpuasa,
orang di Negeri Sembilan akan menyambutnya dengan makan-makan. Makanan yang dia
sediakan kebiasaanya lemang bersama rendang’. Sebenarnya Loqman cuba
untuk melupakan Amirah demi keharmonian rumah tangga barunya, tapi Liza bagai menggamit
kenangan yang disuruhnya pergi datang menguliti hatinya.
Walaupun hatinya terdera duduk dirumah
keluarga Liza, namun demi menjaga hati isterinya sekeluarga, digagahkan juga menghabiskan cuti tiga
hari dikampung halaman Liza dengan rasa
yang sungguh siksa dan membosankan. Tiga hari diSimpang Renggam Johor bagai berminggu rasanya.