~Siapa Ikut Blog Ni~

Pages

Thursday 16 April 2015

Nur Hidayah 53



Mungkin agak lama sedikit nak sambung cerita ni sebab belum ada ayat lagi..


          Tengku Farid yang menunggu adik dan PA nya sampai sudah seperti cacing kepanasan. Mana tidaknya pada kebiasaanya sebelum pukul lapan lagi mereka sudah ada dimeja masing-masing. Waktu itu jam sudah hamper pukul 9 pagi kelibat mereka berdua belum lagi kelihatan. Yang menjadikan Tengku Farid tidak senang duduk kerana pagi itu mereka akan bermesyuarat dengan sebuah ajensi yang mahu menggunakan khidmat hotel mereka. Tengku Farid mula menghubungi telefon Nur Hidayah namun tidak berjawab begitu juga Nur Fatihah. ‘Kemana pula budak dua orang ni’ sungut Tengku Farid di biliknya.

Lima minit kemudian dia menekan lagi nombor Nur Hidayah..barulah panggilan bersamabung.


“Hello..Assalamulaikum..Hidayah you kat mana ni, kenapa tak sampai lagi..kita ada meeting kan hari ni you lupa ke..”.


“Ye bos..ye bos.. kami tak lupa, tapi kami ada masaalah sikit. Tapi jangan bimbang  akan berusha sampai sebelum meeting bermula”.

“Yang sebetulnya you kat mana ni..cakap dengan abang, abang ambil”.


“Masih kat rumah lagi ni, kereta saya tak boleh start..dari tadi start tak mahu hidup. Dayah cuba tenguk injinnya ok..tak tahu apa silapnya ni”.


“Ehh.. you masih kat rumah you lagi???”.


“Ye bos..Fatihah tengah cuba call teksi tapi tak dapat lagi”.


“Tak apa you tunggu situ abang suruh Razali ambil you..tunggu jangan naik teksi”.


“Bos..bos...tak…”


“Tak apa abang suruh Razali ambil you dengan Fatihah, ni dia ada depan abang ni”.


==================

Mesyurat ditangguh setengah jam untuk memberi peluang Nur Hidayah menyediakan butiran dan data-data yang mahu digunakan dalam mesyuarat mereka. Habis meeting terus sahaja Tengku Farid kebilik Nur Hidayah. Dilihat Nur Hidayah sedang mengemasi fail yang digunakan tadi.


“Sibuk ke”.


“Mana ada sibuk bos, saja buat-buat sibuk depan bos ni”.


“Hidayah ni..cubalah serius sikit”.


“Ehh memang betul apa, saja buat sibuk simpan fail-fail ni”.


“Hidayah..yang sebenarnya, masa kemas bilik arwah papa hari tu kami dah bincang dah. Barang-barang tinggalan arwah papa, dibahagi-bahagi kita dua beradik. Memandangkan abang dah ada kereta jadi kereta papa tu untuk you..ni kuncinya”.


“Jika pembahagiannya kerana Dayah anak papa..rasanya Dayah tak berhak. Anak luar nikah tak ada bahagian harta dari harta bapa biologinya”.


         Perhubungan antara anak tak  sah taraf (Anak luar nikah) dengan  anak-anak ibunya yang sah taraf dan ahli keluarga sebelah ibunya yang lain adalah hubungan kekeluargaan yang sah, Tetapi perhubungan ini tidak boleh diperluaskan kepada keluarga sebelah bapa biologinya yang tidak sah.

 Seseorang anak tak sah taraf adalah terputus hubungan daripada segi pusaka dengan bapa biologinya yang tak sah taraf dan dia tidak boleh menjadi ahli waris dan tidak berhak mewarisi pusaka bapa biologinya dan sebaliknya. e-fatwa.gov.my/blog/


”Hidayah janganlah macam tu..You pengang dua status dalam kehidupan papa tau.. sebagai anak dan sebagai isteri, tak kan you tak nak apa-apa bahagian harta papa.”


“Abang Farid! Dayah isteri yang tak pernah menunaikan tanggung jawab..jadi Dayah rasa Dayah pun tak layak nak ambil harta papa”.


“Bab tunai tak tunai ni lain cerita..kalau Dayah dah nikah dengan papa ertinya Dayah isteri papa..ambillah kereta papa ni. Ini memang hak Dayah”. Tengku Farid menolak kunci kereta Volkswagen Jetta kehadapan Nur Hidayah.


“Dayah tak mahulah bang..cukuplah kereta KELISA Dayah tu”.Nur Hidayah pula menolak semula kunci kereta kepada Tengku Farid.

“Kereta yang dah rosak tu?.You tahu tak kereta you tu tahun berapa? kereta yang dah lama ni biasanya akan kuat meragam. You tahu tak bahayanya pakai kereta yang dah mula rosok-rosak ni..ni Alhamdullilah rosak kat rumah dan waktu pagi, kalau nak dijadikan hal.. rosak tengah jalan diwaktu malam pula..apa yang dapat Dayah bayangkan?..” Angin Tengku Farid dengan sikap keras kepala adiknya. Kalau tadi dia menolak dengan perlahan kini tangan Tengku Farid menolak kunci kereta selaju kata-kata yang keluar dari bibirnya


“Tak adanya bahaya..lagi pun Dayah tak keluar malam”.


“Tak keluar malam apanya, yang balik dari rumah abang lepas Isyak tu tak keluar malam..tapi balik malam”.


“Abang Farid!...”


“Dah ambil.. jangan degil”.


“Abang Farid janganlah macam ni bang..betul Dayah tak nak. Dayah selesa dengan Kelisa Dayah tu. Abang pakailah kereta papa tu”.


“Hidayaah, abang baru beli kereta abang tu..belum habis  bayar lagi, selain tu abang kena bayarkan kereta kak Jannah  juga. Kalau abang ambil kereta papa, abang kena bayar juga, sebab bayaran kereta papa tu pun belum habis lagi tau Dayah. Habis abang anak beranak nak makan apa, kalau duit gaji abang habis bayar kereta sahaja. Nanti abang nak beli seluar dalam pun tak ada duit, mahu abang pakai selur dalam yang dah jadi macam roti kirai”. Pada ayat itu Nur Hidayah sudah ketawa terke..kek ke kek. Dia terbayang seluar pelakon awrah P. Ramle yang berlubang-lubang dalam cerita Pendekar Bujang Lapuk. Sedang dua beradik  ketawa kelucuan datuk mereka Tengku Faizal masuk selepas mengetuk pintu dan memberi salam.


“Apa yang suka sangat ni Farid Hidayah..ceritalah dengan atuk”.


“Ni haa abang Farid ni dia kata dia pakai seluar dalam yang dah macam  roti kirai..sebab duit dah habis bayar kereta..”.


“Tuk Hidayah ni tak nak ambil kereta papa tu..dia langsung tak kesian kat Farid ni”.


“Ambil lah Hidayah..Adalah juga you dapat harta arwahnya sedikit, kalau tak.. tak ada apa yang you dapat dari pernikahan you. Dahlah gaji akhir dia you buatkan haji dan umrah untuk dia. Atuk nak ada sedikit kenangan you dengan arwah papa you”.


“Kenangan Dayah dengan papa tetap ada dalam hati Dayah tuk...Lagi pun sepanjang Dayah hidup sebumbung dengan papa, Dayah sangat bahagia dengan kasih sayang papa pada Dayah. Memang itulah yang Dayah cari yang sebenarnya.. KASIH SAYANG tuk. Dayah nikah dengan papa bukan nakkan hartanya tapi Dayah hanya nak kasih sayangnya tuk”.


“Tapi you kena juga ambil kereta papa you tu..tolong lah abang you ni. Kereta tu yang sebetulnya belum habis lagi bayaranya.. Kalau you ambil pun bukan ambil buta-buta sahaja..you kena sambung bayaranya”.


“Tuk! tak boleh ke kereta tu dijual..Dayah rasa …”


“Hidayah! atuk dan abang you dah kira baik buruknya kalau kereta tu di jual. You tahu tak kereta tu baru tiga tahun sahaja, kalau dijual akan rugi. Dari kita rugi ada baiknya Hidayah sahaja yang sambung bayaran yang masih berbaki.. boleh ye”. Mendengar peneragan dan suara lembut datuknya akhirnya lembut juga hati Nur Hidayah untuk menggunakan kereta Volkswaigen Jetta warna kelabu milik arwah Tengku Faris.


Masa berlalu dengan cepat. Sudah enam bulan pemergian Tengku Faris. Tengku Faizal dan Tengku Farid suami isteri sedang menghitung hari untuk menunaikan umrah. Sejak Tengku Faridah mendengar perbualan Nur Hidayah dengan Tengku Farid mengenai duit gaji terakhir arwah anaknya, terbit dihatinya keinginan untuk menunaikan umrah. Hasrat hatinya disampaikan kepada suaminya.


“Bang kita ni dah tua sangat..abang dah 75 tahun dah Ida pula dah 72 tahun, tak sekali pun kita pergi ke Mekkah. Idah ada dengar hari tu Hidayah cakap UMRAH dan HAJI wajib kita lakukan sekali seumur hidup. Kalau kita yang berkemampuan ni tak tunaikan umrah dan haji kita akan berdosa. Tak terfikir ke kita nak pergi haji ataupun umrah bang”.

“Betul cakap Ida tu abang ni asyik fikir nak cari duit sahaja.. nanti abang cari agensi yang boleh bawa kita pergi umrah ye”. Bila kesedaran datang Tengku Faizal tidak bertangguh. Dia mendaftar dan mengikuti kursus untuk umrah. Hampir dua bulan mereka mengikuti kursus umrah akhir nya tiba masa untuk mereka berangkat.


Sudah ada perubahan sedikit pada diri Nur Hidayah. Dia sudah boleh menahan sedikit rasa takutnya pada Tengku Faridah. Seminggu sebelum hari keberangkatan Tengku Faizal dan Tengku Farid bersama isteri masing-masing mereka mengadakan khenduri doa selamat dikediaman Tengku Faizal. Nur Hidayah memberanikan dirinya untuk sama-sama mendoakan keselamatan dan keberkatan keluarga datuk dan abangnya.  Dua tiga tapak sahaja kaki menjejak ruang tamu kediaman Tengku Faizal, dirinya sudah diterpa oleh Tengku Faridah.  Ketika dirinya dipeluk erat oleh Tengku Faridah dia juga turut mengangis kerana dia juga sebenarnya rindu dengan belaian seorang ibu.


“Maafkan nenek Dayah..nenek memang salah pada Dayah..maaf ye”.


“Yang sebetulnya Dayahlah yang salah..tak cuba nak jenguk….” Perkataan tersekat disitu, dia tidak tahu menggunakan ganti nama apa untuk Tengku Faridah. Biar pun dia mendengar Tengku Faridah menggantikan namanya nenek kepada dirinya tadi.  Semasa Tengku Faris masih hidup dia memanggil Tengku Faridah dengan panggilan mommy.


“Tak…tak memang nenek lah yang salah..Nenek sedar nenek yang salah Hidayah..ni nenek nak pergi Mekah  jadi nenek minta tolong jangan simpan kesalahan nenek dalam hati Dayah ye. Nenek minta Hidayah doakan nenek mendapat umrah yang MABRUR”.


“Baik, memang Dayah tak simpan apa pun dalam hati Dayah ni dan memang Dayah doakan atuk dan nenek mendapat umrah yang mabrur..”


             Ramai juga jemputan yang dijemput oleh Tengku Faizal. Jemaah masjid dan tidak ketinggalan keluarga Tengku Khalidah. Selesai doa dan jamuan makan pehak katering mula berkemas, para jemputan pun mula beransur termasuk Tengku Farid sekeluarga..datuk Ibrahim tidak berapa sihat itu sebabnya Tengku Faird pulang awal kerana mahu datuk isterinya berihat dengan selesa dirumah mereka.. Nur Hidayah dipanggil masuk kebilik Tengku Faridah.


“Hidayah sebelum nenek pergi Mekkah nenek nak bagi beg tangan nenek ni pada Dayah. Ambillah. Kalau Hidayah suka pakailah, kalau Hidayah tak suka buangkan sahaja”. Melihat jenama yang tertera di beg tangan tersebut Nur Hidayah jadi tergamam.


“Hissy tak kan nak buang nek PRADA ni”. Dia tidak buta pada jenama hand bag..hanya dia tidak mahu membazir jika membeli barangan berjenama yang tentu sahaja nya berharga ribuan ringgit. Dia tidak akan berhabis wang begitu banyak hanya untuk melawa atau melaram.


“Beg ni nenek pakai dari nenek muda. Dah jemu sangat rasanya tapi tak rosak-rosak. Ni beg yang nenek pakai sekarang ni pun nenek beli tiga tahun lepas”. Tengku Faridah menunjukkan beg berjenama LV kepada Nur Hidayah. Mana nak rosak jenama yang sememangnya mahal harganya. 


“Dayah tak akan buang ni nek..Dayah nak pakai”.


“Kalau Dayah nak pakai Alhamdulillah..yang ni pun ambil juga”. Di unjukkan juga sebuah lagi beg berjenama  CHANNEL bewarna kelabu kepada Nur Hidayah.


“Hidayah! Kalau nenek panjang umur..balik umrah nanti rasanya nak ajak Hidayah pergi shopping boleh tak”.


“In Sya Allah boleh”.


Untuk meninggalkan Hidayah menerajui syarikat mereka, sementara mereka diMekkah berbagai pesanan ditinggalkan. Dan yang akhir sekali menjadikan Nur Hidayah menjkadi takut pula dengan permintaan datuknya Tengku Faizal.


“Hidayah kalau atuk mati masa kat Mekkah nanti, you tolong jagakan nenek you tu ye. Dia nak sangat duduk dengan Hidayah macam dulu..Ikhlas ye maafkan nenek Hidayah tu”.


“Tuk janganlah atuk minta yang macam tu, Dayah ni tak ada siapa-siapa lagi kat dunia ni..tolonglah pergi dan balik dengan selamat. Jagalah diri atuk dan nenek elok-elok”. Matanya sudah berkaca-kaca mendengar permintaan datuknya.


“In Syaa Allah kalau panjang umur, kita akan berjumpa lagi”.


“Memang Dayah doakan atuk dan nenek panjang umur.. sebab Dayah masih nak tumpang hidup dengan atuk dan nenek”.


Dua hari sebelum pemergian datuk dan abangnya, Nur Hidayah meminta izin bercuti kerana dia mahu kehospital untuk mengambil darah. Itu adalah pengambilan darah yang ketiga, untuk memastikan dia benar-benar bebas dari jangkitan kuman ADIS.


“Bos esok saya cuti tau..saya nak pergi hospital”..


“Ehh kenapa you cuti pula..you sakit ke”.


“Esok saya pergi ambil darah..ni ha suratnya. Dayah lupa yang sebetulnya dua hari lepas, semalam korek-korek beg ni jumpa.  Tapi kalau tak ada apa-apa petang saya datang kot”.


“Tak payahlah datang pun tak apa. Biasa kalau dah ambil darah kita agak letih sikit”.


“Bang! masa abang kat Mekkah siapa yang temankan atuk Ib dan nenek Bedah kat rumah abang”.


“Yang dah sanggup Kamal adik kak Jannah yang nombor dua bungsu, dia kan tengah tunggu SPM…kemudian Helme kata dia nak duduk  juga.”


“Oh dah dua orang lah yang tolong teman kan nenek dengan atuk, jadi abang jangan kecil hati dengan Dayah ye, Dayah tak datang rumah abang tau.”.


“Kenapa pula??”


“Dia orang nanti kekok bila ada Dayah, biarlah diorang berdua tu.”.


“Apa pula, nenek Bedah kan ada”.


“Tak apalah bang..hanya pesan dengan nenek Bedah kalau ada yang perlu Dayah tolong, call sahaja Dayah akan datang secepat mungkin.”


Seperti yang dikehedaki hari itu Nur Hidayah ke hospital untuk tujuan mengambil darah. Selesai pengambilan darah Nur Hidayah menuju ke pintu keluar. Niat hati mahu terus pulang kerumah. Dia mahu berehat. Keputusan ujian darahnya akan diketahui seminggu lagi. Oleh kerana urusan pengambilan darahnya cepat selesai dia merasakan mahu kepejabat juga selepas waktu makan tengahhari, untuk menyelesaikan kerja-kerjanya. Sedang tumpuannya kedalam beg PRADAnya kerana mencari kunci kereta, tiba-tiba badannya dirempuh orang dari sisinya dengan kuat. Hampir sahaja dia jatuh tertumus. Jika lengan tidak di pengang oleh orang yang melanggarnya tentu sahaja dia sudah jatuh tergolek. Kemudian kedengaran suara lelaki meminta maaf.


“Maaf ye maaf ye..tak sengaja”. Bila kedudukan Nur Hidayah sudah berdiri tegak..keduanya jadi perpegun beberapa saat. Kemudian silelaki yang bersuara dahulu..


“Ehh awak Nur Hidayah kan”. Buat beberapa saat Nur Hidayah terkebil-kebil memandang lelaki ber labkot putih dihadapanya dan akhirnya bibirnya mengoyak senyum.


“Ye doctor saya Nur Hidayah..masih ingat lagi doctor pada saya”.


“Ehh ingaat..ada apa ni, pagi lagi dah sampai kat hospital ni, siapa pula yang sakit”.


“Tak ada siapa yang sakit, temujanji untuk ambil darah”.


“Ohh..ni dah ambil darah ke belum”.


“Dah doctor,  dah nak balik ni tengah cari kunci tiba tiba kena langgar. Ingatkan  saya kena langgar dengan lori tangki tadi”. Kelihatan ceria sahaja Nur Hidayah ketika itu.


“Hai saya yang sekeping ni pun rasa macam lori tangki ke”. Terke.keh.ke keh.Nur Hidayah menahan ketawa mendengar komen dari doctor Johan Hamdi.










2 comments:

  1. Dayah dah jumpa doctor johan...adakah ini jodohnya

    ReplyDelete
  2. tak sabar nak baca fasa seterusnya....

    k.mid

    ReplyDelete