~Siapa Ikut Blog Ni~

Pages

Monday 11 November 2013

Bab 46 Siapa aku dihatimu




Bila mak teh baca komen2 anda mak teh jadi takut nak teruskan cerita ni. Bagi mak teh cerita ni cerita biasa. Cerita yang boleh kita lihat disekeliling kita. Mak teh juga mengikuti cerita seorang artis yang seperti Syukri, baca pun sakit hati. Dalam media komen dia catatan tertinggi, tapi nak buat macam mana itulah cerita mereka. Cerita tentang madu rasanya semuanya sama. Sebetulnya mak teh nak sampai pesan, siapa yang terkena macam Nuri atau Sarah  BAHAGIA tu kita yang tentukan. Sebab seorang lelaki atau suami tak akan pernah merasa betapa terlukanya hati isteri yang dimadu. Kita sebagai wanita berwaspadalah kalau ada suami orang ajak bermadu fikir banyak kali. Sebab bermadu seronoknya sekejab sahaja. Betul tak? Lainlah kalau dia betul-betul ada alasan yang kukuh.

=====================================

               Pada Syukri  dia tidak akan menunjukkan lagi kasihnya condong kepada Sarah dimata Nuri. Kerana ia akan memburukkan lagi keadaannya dengan Nuri. Dia sayang Nuri, dia juga kasihankan Sarah. Itulah hatinya.  Sekarang ini dia mula mahu memikirkan bagai mana mahu menangkis permintaan Nuri yang mahu dirinya dilepaskan selepas dia habis pantang nanti. Akhirnya mereka terlena dengan rancangan masing-masing.

                Bermulalah hari Syukri yang sibuk pagi itu. Sebelum bersarapan lagi Syukri sudah menanti emaknya diSubang airport  yang dijangka sampai pada pukul 830 nanti. Dia sudah berpesan kepada Sarah emaknya akan singgah kerumah mereka sementara Nuri belum keluar hospital. Sarah dikehendaki berkemas rumah dan kemudian membeli sarapan untuk mereka bertiga. Bila Puan Noriza sampai, Sarah sudah menanti depan pintu. Dia menyalami dan mencium tangan mertuanya, terus sahaja Sarah mengajaknya kemeja makan.

              Waktu dimeja makan tidak banyak yang dibualkan. Bukan Puan Noriza tidak suka pada menantu yang satu ini tapi dia kekok. Tidak tahu apa yang mahu dibualkan. Tidak seperti Nuri walaupun pendiam dia pandai mencari bual bertanya tentang Imah, bagai mana dengan keluarga atau adik-adik Syukri yang lain. Keadaan yang bisu menyebabkan tiga manusia yang makan dimeja makan bertambah canggung. Akhirnya Syukri yang memecah kebisuan.

“Mak! lepas ni Syukri nak jenguk Nuri. Mak nak ikut ke?..atau tinggal saja kat sini rehat ke, tidur ke kejap, tentu mak letih. Pagi tadi mungkin lepas subuh mak bertolak dari rumahkan. Nanti petang Syukri ambil mak”.

“Mak nak ikut kamu pergi hospitallah Syukri. Sarah tak kerja hari ni?”. Waktu itu nbaru pukul 930 pagi sebab itulah Puan Noriza bertanya.

“Entahlah nak kerja ke bang?”.

“Tak payah kerjalah, Sarah pergi Supermaket beli ayam. Kita  masak kari ayam, tengahhari ni mak makan sinilah ye mak”. Mendengar kata-kata suaminya Sarah berdoa agar emak mertuanya tidak mahu tinggal dirumahnya. Dia sebenarnya mahu kepejabat khadi untuk menguruskan hal perceraian dengan cara KHULUk atau TEBUS TALAK tengahhari itu. Jika halnya cepat selesai dia mahu kebengkel menyiapkan kerja-kerja pejabatnya, semoga ketika dia memulakan kerja ditempat baru nanti, semua kerja telah selesai dan tidak menimbulkan sebarang kesusahan pada suaminya kelak.

“Emak rasa tak payah lah, Nuri bersalin petang semalam kan. Biasanya kalau tak ada masaalah pada bayi dan ibunya, dia dah boleh balik petang karang. Jadi mak nak masak untuk Nuri. Orang lepas bersalin selalu lapar Syukri. Ialah selalu perut kita penuh dengan kepala budak menekan perut kita, bila dia dah keluar rasa lapang pulak perut tu agak itu yang kita rasa lapar. Itu pengalaman emak lah Sarah.”

“Betullah tu mak, Sarah ni tak pernah bersalin tak tahu pula keadaan tu mak”. Sedeh juga Syukri mendengar jawapan dari isterinya Sarah.

   Masuk sahaja kerumah Nuri, Puan Noriza terus menuju dapur manakala Syukri pula membimbit beg baju emaknya masuk kebilik tetamu yang selalu digunakan oleh puan Noriza bila berkunjung kerumah Syukri. Didapur terus sahaja puan Noriza mengeluarkan bahan-bahan yang hendak dimasak nya nanti. Setelah meletakkan bag emaknya dibilik tamu dia menyertai emaknya didapur. Dilihat emaknya sudah membasuh beras untuk ditanak. Syukri mengambil pula bakul bawang untuk membantu emaknya mengopek bawang pula. Sambil menantikan waktu lawatan hospital mereka memasak nanti tidaklah penat balik dari hospital. Balik boleh terus makan itu kata puan Noriza. Nuri dan puan Noriza mempunyai prinsip yang sama tidak suka makan makanan yang dibeli diluar.

“Tak dapat nak makan ayam keras lagi ni, kita goreng telor pun cukupkan Syukri”.

“Boleh saja mak, mak! masakkan  sambal telur rebus mak, sedap rasanya sambal telur emak yang mak buat manis-manis dulu tu mak”. Dulu selalu emaknya memasakkan mereka adik-beradik dengan sambal telur yang manis. Gaji ayah mereka kecil maklumlah pegawai polis yang hanya berpangkat kopral sahaja. Anak pula ramai itulah emaknya berjimat-jimat masak lauk telur sahaja untuk menjimatkan wang belanja dapur. Ketika Syukri melihat jam ditanganya. Waktu sudah menghampiri 1145 minit pagi…

 “Mak jomlah kata nak pergi hospital, kita pergi cepat sikit boleh lama sikit mak berbual dengan Nuri, lagi pun Syukri nak buat pendaftaran nama anak”.

“apa nama anak kamu kali ni Syukri?”.

“Yang senang dan pendek mak Abdul Hadi abang dia Abdul Wafi ok tak mak”.

“Ok mak pun suka nama tu senang nak sebut tapi kamu dah bincang dengan Nuri ke? anak kita sama-sama, elok bincang dulu”.

“Dah dua anak dia yang bagi nama ni bagilah can pada Syukri pula”.

“Jangan macam tu, bersalin yang lepas kamu yang tak kisah pada dia, itu yang jadi nya macam tu”.

“Ialah nanti Syukri tanya dia setuju tak nama yang Syukri pilih ni. Mak! jomlah kata nak pergi hospital mak nak pakai baju tu saja kah”.

“Kamu pergilah mak nak masak untuk kita makan tengahari ni”. Tadi tu hanya alasan puan Noriza sahaja dia tidak mahu tinggal dirumah Sarah yang sebenarnya.

“Kenapa mak tak nak duduk rumah Sarah saja tadi, biarlah dia masak, mak rehat, mak kan penat. Dia dah pandai masak sekarang. Hari tu dia masak kari ayam sedap juga”. Waah! Syukri cuba menceritakan kemajuan isteri mudanya, kepada emaknya, agar berubah pandagan emaknya kepada menantu yang tidak berapa disetujui.

“Sebenarnya mak kekok duduk rumah dia, tak tahu apa nak dibualkan. Setiap kali mak pandang muka dia tu mak teringatkan emaknya”.

“Janganlah mak buat dia macam tu mak, dia baik. Selama dia tak menghubungi Syukri rupanya dia tunggu Syukri, tapi Syukri yang tak setia kahwin pula dengan Nuri.” Yang sebenarnya itulah yang mengikat dirinya pada Sarah. Rasa bersalah kerana tak setia.

“Syukri! Mak tak suka kamu cakap macam tu, kamu macam meyesal pula kahwin dengan dengan Nuri. Mak nak tanya ni, kamu menyesal  kahwin dengan Nuri? Rasanya tak siapa yang paksa kamu kahwin dengan dia. Lagi pun yang emak dengar bukanya dia yang nak kamu, kamu yang beria kan?”.

“Taklah menyesal beruntung adalah, tapi mak yang sebetulnya Nuri ada minta dilepaskan lepas dia habis pantang nanti. Semalam Sarah pula minta dilepaskan secepat mungkin”.

“Kenapa dia juga minta cerai?”.

“Alasannya sama macam Nuri, hati dia sakit kalau Syukri kerumah Nuri. Dia tak nak tanggung rasa sakit hati nya seumur hidup dia. Kalau  dia masih jadi isteri Syukri dia akan rasa kesakitan tu sampai bila-bila. Lagi pun dia tak dapat mengandungkan anak Syukri jadi lebih baik kami bercerai. Mak!! apa maksudnya kalau Sarah kata dia nak jaga anak Nuri yang baru ni, dia suruh Syukri tanyakan pada  Nuri, adakah kalau dia dapat anak, dia tak jadi nak minta cerai mak. ”

“Itulah Syukri mana ada perempuan yang rela dimadu.Lagi sakit hati bila suami balik saja kata dia dah nikah satu lagi. Luka kat tangan kita boleh nampak darahnya menjejeh-jejeh, luka kat hati kita yang tanggung sendiri. Mak tak pernah lagi nampak Nuri tu gembira, ketawa lepas seperti sebelum kamu madukan dia, dari situ mak tahu hatinya sakit Syukri.  Kalaulah  emak kat tempat Nuri tak tahulah apa akan jadi. Emak selalu fikirkan Nuri, mak  kesian pada dia. Sebetulnya dia tiada pilihan terpaksa terima madu. Macam Sarah lain dia ada pilihan kalau dia fikir buruk baiknya dia tak akan terima ajakkan kamu untuk nikah.”

“Tapi Syukri lebih kasihankan Sarah mak, dia tak ada siapa-siapa, dahlah anak tak ada, ada kakak dan abang pun buang dia kerana harta. Macam Nuri lain dia dah ada anak-anak. Dua ornag abang dia yang kat Australia tu sayang kat dia. Sebulan sekali mesti mereka telefon tanyakhabar dia. Dia masih ada nenek walaupun nenek sedara tapi mereka rapat”.

“Syukri! Kamu kena faham sayang suami lain, sayang adik beradik dan orang keliling lain. Kalau kamu ikutkan cakap dia nampak sangat kamu condong kearah Sarah. Kalau Nuri tahu, memang mati hidup balik dia tak akan nak lagi dengan kamu memang nekad hasrat dia menita cerai. Jangan sekali-kali kamu tanyakan anak kamu tu untuk Sarah, Syukri. Nanti bertambah rumit keadaan rumah tangga kamu dengan Nuri. Nasib tak baik semua anak kamu tu Nuri bawa lari. Ingat Syukri.”

“Entahlah mak Syukri lebih kesiahankan Sarah mungkin sebab Syukri dah lama kenal dia kot…”

“Kesihan pada Sarah sampai melupakan segala kebaikan Nuri. Walaupun dia baru kenal dengan kamu tapi dia berhabis bantu kamu Syukri, kamu kena ingat tu”.

“Budi dia tak minta dibalas mak, lagi pun kalau nak dibalas itu tandanya dia tak ikhlas tolong suami dia”.

 “Kalau macam tu kata kamu ceraikanlah Nuri.  Simpan lah Sarah, esok-esok kalau tak ada anak juga dengan Sarah,  ambillah anak angkat kamu belalah anak angkat. Tapi ingat Syukri kalau kamu buang Nuri  ertinya kamu akan buang empat orang”.  Bengang puan Noriza bila Syukri asyik mahu menyebelahi Sarah sahaja.

Seperti yang dijangkakan Nuri pulang tengahari itu. Lagi cepat dari jangkaan puan Noriza. Sampai sahaja Nuri kerumah Puan Noriza menyuruh anaknya mengambil cucu-cucunya dirumah pengasuh. Tengahari itu mereka makan beramai-ramai satu keluarga. Bila menjelang petang Syukri keluar kehalaman rumah seakan-akan mahu pulang kerumah Sarah.

“Syukri kamu ni memang tak pandai menjaga hati isteri yang telah berjasa pada kita. Kamu tak kesihan Nuri ke? dia baru sahaja balik bersalin, balik dari bergelut dengan kesakitan kerana melahirkan anak kamu, zuriat keturunan kita. Bukanya balik bercuti atau bersuka ria. Sampainya hati kamu nak tinggalkan dia balik kerumah isteri muda kamu. Cuba kamu fikir,  siang tadi kita kan dah cakap rasa sakit seorang isteri bila suaminya balik kerumah bini yang satu lagi, cerita-cerita tu tak masuk keotak kamu ke???.”

“Sementara mak ada jagakan Nuri biarlah saya temankan Sarah. Mak!  Sarah tengah sedeh tu. Tadi masa kat hospital dia ada call Syukri dia menangis kerana bulan ni dia tak jadi lagi.”

“Tak jadi apa?”.

“Dia datang bulan”. Habis sahaja Syukri menghabiskan katanya puan Noriza mengangkat tangan mulutnya terkumat-kamit. Seperti berdoa.

“Mak doa apa tu?” Soal Syukri kehairanan.

“Mak bersyukur dia tak mengandung anak kamu Syukri dan emak berdoa janganlah dia mengandungkan anak kamu. Amin”. Kerana terlalu sakit hati melihat tingkah Syukri itu yang dilakukan oleh puan Noriza.

“Mak kenapa mak doakan Sarah macam tu mak. Kesian dia dia memang nak sangat mengandung, dia nak sangat anak sendiri” Makin kasihan Syukri mengenangkan nasib Sarah. Ketika dihospital tadi Syukri mendengar tangisan Sarah dihujung talian mengadu nasib.

“bang Sarah sedeh bang. Sarah tak jadi lagi bulan ni. Kesin Sarah bang, Sarah nak sangat menagdung tak dapat dapat nak mengadunag, Nuri yang tak nak mengandung dah selamat dia bersalin. Dahlah Sarah tak ada anak, suami kongsi dengan orang, mak mertua pula tak suka Sarah. Kesiannya Sarah ni bang”. Teresak-esak Sarah dihujung talian meminta dikasihani oleh suami yang sedang meguruskan isteri nya lain bersalin.

“Sabarlah Sarah, cuba bulan depan pula. Abang kat hospital ni tengah uruskan pendaftran nama anak dan bayar bil Nuri. Nuri dah boleh keluar hospital ni. Kalau sempat nanti abang balik”.

“Ehh tak payah balik rumah Sarah lah bang, nanti mak bertambah benci pada Sarah. Jangan balik ye bang” Sayu suara Sarah dihujung talian Syukri dapat membayangkan kesedehan Sarah ketika itu.

 Kasihanya pada Sarah kadang-kadang  melupakan perbuatan baik Nuri kepadanya. Menagpakah dia jadi begitu? mungkinkah kerana mereka pernah bercinta dan  kenal sudah lama.

“Kamu ni memang tak faham lah Syukri, mak mentua ni lain, suami tu lain, mak mentua ni tak ada kena mengena. Suami ni masa seronok sama-sama, biar lah masa sakit pun sama-sama. Ini perintah emak, jangan balik sana. Jagakan anak- anak kamu, kamu tak nampak Nuha tu dia asyik nak berkepit dengan Nuri sahaja. Kalau Nuri bangun saja dia nak minta dukung.  Dengan emak dia tak berapa mahu..” Tersentak Syukri dari memikirkan sedeh Sarah. Sudah keluar arahan tengas dari mulut Puan Noriza menjadikan Syukri tidak jadi, mahu menjenguk Sarah. Syukri oh Syukri sememangnya tidak pernah akan merasa sakit hati isteri yang dimadu..

“Sudah lima hari Nuri bersalin. Kegiatan Syukri yang sibuk sudah agak lega. Mana tak sibuk hendak menguruskan anaknya Nuha yang cemburu dengan kehadiran adiknya, menyebabkan Syukri terpaksa memberi perhatian yang lebih kepadanya. Kehulu kehilir Nuha mengikutinya. Hendak menjemput dan menghantar bidan yang mengurut Nuri  Nuha dalam kelekkanya. Bersalin kali ketiga semua Syukri yang menyediakan untuk Nuri dari menjaga anak, menyupi anak-anak makan menyediakan air mandian untuk Nuri, semua dilakukan oelh Syukri. Sengaja Puan Noriza mendera Syukri begitu agar dia tahu menghargai apa yang telah Nuri berikan kepadanya.  Syukri hanya sempat menghubungi Sarah melalui telefon sahaja. Kerja-kerja bengkel juga diserahkan kepada perkerjanya sahaja.

Setelah lima hari dia bercuti dan tidak menjenguk bengkel pagi itu..

“Mak rasanya Syukri nak jenguk bengkel hari. Dah lama sangat tak jenguk
takut ada apa-apa yang mereka perlukan”.

“Ialah pergilah, lagi pun Nuri dah habis berurut. Tapi sebelum pergi tu tolong pakaikan Nuri bengkung dulu, dia dah siap mandi tu”.

“Ialah mak”. Setelah menyiapkan apa yang patut untuk keperluan isteri tuanya Syukri kebengkel.

Ketika dia sampai kebengkel hanya seorang pekerjanya yang sedang membuka pintu bengkel. Sarah juga belum kelihatan. Terus sahaja Syukri naik kepejabatnya. Keadaan kemas, segala fail tersusun rapi. Sedang ralit Syukri membelek kerjanya dialam bilik, tiba-tiba pintu bilik dibuka dari luar, terjengul wajah Sarah dimuka pintu.

“Assalamualaikum, macam mana dengan Nuha?”.  Ya sejak Nuha beradik kecil kuat sungguh ragamnya. Dia tidak mahu berenggang dengan Syukri. Dia hanya mahu didukungan Syukri sahaja. Tidur malamnya juga mahu Syukri yang mengusap kepalanya  atau menepuk punggung. Susunya, mandi dan menukar lampin juga harus Syukri yang melayani. Semua keperluanya Nuha harus Syukri yang melayani. Itulah sebabnya dia tidak dapat meluangkan masa kerumah Sarah.

“Terpaksa hantar rumah kak Ton. Tapi kalau dia tak nampak adik dia dia tak meragam pulak entahlah macam-macam perangai anak ni Sarah.” Keluh Sukri.

“Cemburulah tu, beza ye anak lelaki dengan anak perempuan. Dulu Wafi macam tu tak”. Soalan itu susah nak dijawap oleh Syukri kerana dia tidak berapa  endah waktu itu.( tak berapa ambil berat).

“Entahlah rasanya sekejap sahaja cemburu dia. Sehari dua lepas ok saja dia main dengan nenek dia. Nuha ni lain pula dah dekat seminggu, abanglah yang jadi mangsa. Sampai abang bawa dia masuk tandas, bila dia tak mahu dengan neneknya.”

“Tadi abang hantar rumah Kak Ton macam mana?”.

“angkat perlahan-lahan.Dia masih tidur lagi. Abang minta maaf ye lama abang tak beri perhatian pada Sarah.”

“Ahh tak apa, kena dulukan hal anak bang, Sarah faham. Bang Sarah sebenarnya nak cakap kat abang hal kita”.

“Nak cakap apa Sarah, cakaplah kalau boleh kita jangan simpan rasa tak puas hati takut jadi duri dalam hubungan kita”.

“Dua hari lepas Sarah pergi pejabat ugama,Sarah dah failkan tutuntan cerai dengan cara Tebus Talak atau Khuluk dan hari ni kita kena pergi pejabat ugama. Lgi pun hari ni Sarah dah bersih dari haid Sarah. ” Bagai mahu putus jantung Syukri mendengar apa yang diperkatakan oleh Sarah.

“Jadi memang dah nekadlah Sarah nak berpisah dengan abang”.

“Ya! ini untuk kebaikan kita bertiga bang. Makin lama kita biarkan masaalah ni kita juga yang akan menaggungnya bang, baiklah cepat kita selesaikan. Supaya abang boleh menangani permintaan Nuri nanti”. Melihatkan suaminya berdiam diri Sarah menyambung kata-katanya.

“Bang kalau Nuri bersungguh dengan permintaanya sampai abang terpaksa melepaskan dia, abang akan kehilangan anak-anak abang. Untuk menghalang itu terjadi biar Sarah yang berundur. Mungkin kalau dia tahu kita dah berpisah dia akan tarik balik permintaan  dia. Kalau abang lepaskan Sarah hanya Sarah seorang yang abang hilang. Fikir baik-baik lah bang”.

“Tapi macam mana dengan kehidupan Sarah nanti, Sarah masih nak kerja kat sini ke?”

“Tak.  Sarah sebenarnya dah dapat kerja, minggu depan Sarah dah mula kerja tempat baru, sama tempat dengan Maryam. Sarah juga akan duduk serumah dengan Maryam jadi abang jangan bimbangkan Sarah”.

“Abang sayang kan Sarah, abang tak sanggup nak lepaskan Sarah dalam hidup abang”.

“Sayangilah Sarah macam adik abang, itu memang perasaan kita masa kita sekolah menengah dulukan bang. Lagi pun kalau kita masih bersama, Sarah yang akan menderita. Perasaan Sarah ni sakit, bila abang selalu kat rumah Nuri,  tapi abang tak boleh dulukan Sarah, yang kat sana anak-anak abang masih kecil, sangat memerlukan perhatian abang. Sarah ni dah besar dah dewasa senang cakap dah tua pandailah Sarah nak ‘handle’ hidup Sarah sendiri. Sarah akan mencari bahagia Sarah sediri. Tolong abang faham dengan permintaan Sarah ni bang.”  Rayaun Sarah meruntun hari Syukri.

Mungkin benar apa yang diperkatakan oleh Sarah, dia menderita kerana terabai beberapa bulan kebelakangan ini, kerana dia sibuk menguruskan Nuri dan anak-anaknya. Berat hatinya untuk melepaskan Sarah tiba-tiba Syukri teringat apa yang didoakan oleh emaknya tempuhhari. Hatinya memujuk demi untuk kebaikan Sarah dan mungkin untuk kebaikan rumahtangga mereka bertiga. Dia rela melepaskan Sarah.


30 comments:

  1. aduiiii...sakitnya hati baca bila syukri masih nak menangkan gedik..
    mendidih darah bila baca...
    sibuk dengan cinta pertama dan dah lama bercinta..
    sampai buta hati dan perasaan terhadap kebaikan nuri..

    papepun terima kasih mak teh..
    jangan lah mak teh susah hati bila baca komen2 kita semua..
    itu tandanya tulisan mak teh begitu berkesan sampai terasa di ulu hati kami..
    mak teh memang terbaik..

    ReplyDelete
  2. Jahatnya syukri....betul3x jahat.sanggup tak fikirkan anak2nya.agaknya kalau nuri dan anak2 tak ada dimuka bumi baru betul2 menyesal.entahlah org lelaki ni memang sukar unt difahami.kadang kala hidup sendiri lebih baik dr kahwin.entahlah.itulah perkahwinan merupakan satu perjudian.mak teh jgn sedih u r the best

    ReplyDelete
  3. Benci pula saya dgn perangai Syukri ni, saya harap Nuri tetap dgn keputusannya spy Syukri tu sedar. Kalau Nuri terdengar perbualan Syukri dengan emaknya mesti Nuri teruskan niatnya. Saya risau dah bercerai Sarah dan Syukri masih bercinta dan akhirnya Nuri tetap terabai. Mak Teh nampaknya novel kali ni memang banyak peminat berbanding sebelum ni. Kalau buat drama memang hot ni. Terima kasih kerana update hari-hari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu seri. rasanya kalau syukri bercerai dengan gedik, derang tetap akan bersama kalau tgk gaya syukri menangkan sigedik ni. bayangkan sampai emak dia pun boleh cakap begitu, memang ketara sangat dia lebihkan si gedik. tak tahu la apa keistimewaan segedik selain dari merengek dan manja. katakan lah kalau tak nampak kebaikan nuri sekali pun tak kesian ke dengan anak2. masih lagi sibuk nak ikut giliran yang dah tentu2 kelebihan pada si gedik yang di ngadapkan siang dan malam. kalau saya jadi nuri memang hancur hati bila suami kata begitu. tak kesian dengan kesakitan yang nuri alami padahal sudah mengadap ketika nuri bersalin. pada kebanyakan orang harta adalah anak2 tapi pada syukri hartanya ialah gedik. nuri tu hanya untuk dikenang kebaikan sebab susah bersama2 tapi tiada perasaan belas dan cinta. sedih sungguh nasib nuri dan saya berdoa semuga nuri mendapat kebahagian yg abadi..

      terima kasih mak teh dengan n3 yang membuat kita semua semakin hari semakin teruja.

      Delete
    2. bietul tu bila baca entry ak teh ni yg saya rasa baik saja nuri bercerai dgn syukri....sebabnya xdala langsung rasa sayang si syukri pada nuri ..dimata dia nampak sarah saja....mcm mana baik si nuri tu semua dah penuh lemak si sarah pada mata hati syukri...

      Delete
  4. Thanks mak teh tuk n3 baru...
    Ishhhhh makin menyirap ngan pangei syukri yg dok lebih kan Sarah. Sian kat nuri tetap d abaikan oleh syukri.

    ReplyDelete
  5. mak teh..terus terang cakap, inilah salah satu novel mak teh yang terbaik membuatkan kita semua ternanti2. memang menusuk di kalbu. sebab tu la mendapat sambutan dan komen yang hangat. dan seperti kata mak teh memang di dalam kehidupan realiti memang ramai spesis lelaki semacam syukri ni walaupun dikatakan hidup di landasan islam tapi bila hati sudah berbahagi, memang susah nak berlaku adil. yang lemah akan dipijak seperti nasib si nuri dan anak2 yang pandai mengambil kesempatan memang beruntung seperti si sarah..

    saya berharap end up nuri dan anak2 beroleh kebahagian yang sebenarnya dan sarah disebabkan dia pernah berkata dengan syukri yang dia sanggup susah sama2 bila syukri menceritakan kesusahan dia bersama nuri sebelum dia senang..boleh ya mak teh..

    ReplyDelete
  6. menyampah btul dgn di dyukri..asyik adyik kesiankn sisarah konon. dgn sisarah kata syg pulak.
    mcm x de perasaan blh selamba ckp dgn mak dia klu nuri mnta balasan ertinya tak ikhlas bantu suami. dia tu dulu ikhlas ke kawin dgn nuri.
    si gedik tu pun satu klu dh x sangkut dn dtg bulan buat pe nk btahu si syukri merayu bagai. kata nk mnta cerai.
    biarle nuri dok sndiri dn bahagia dgn anak anak. si syukri bkn blh percaya dgn kata kstanya dn tindakan dia. SENGAL kuasa 100.
    klu mak dia ckp pun tak masuk dlm kpala otak udang dia mmg dia bongok.
    -dibah-

    ReplyDelete
  7. sisarah tu rasanya saja je tunjuk baik nk meraih simpati...x pyh le nuri dgn di syukri sb sicsyukri ni x tetap pendirian dn adyik kalah dgn lentok gefik si sarah.. MENYAMPAH.
    -dibah-

    ReplyDelete
  8. tq mak Teh. Jangan risau, kami komen emo sikit sebab menjiwai. Meletakkan diri ditempat Nuri.
    Sarah memang plastik. Kata dah nekad nak bercerai klu tak mengandung, tapi mengadu menangis bagai. Harap Nuri juga nekad utk dilepaskan. Laki mcm syukri memang tak boleh dipercayai. Org dah berterus terang pun, masih nak pertahankan setia. Sarah tunjuk baik nak cover hati dia yang busuk.
    Brutel btul doa pn noriza. Tapi sebab semua dah meluat dgn dua 'S' tetap menyokong.

    ReplyDelete
  9. Memang menyampah dgn si Syukri nasib baik ada emaknya. thank for the new n3. epat2 lepaskan ke2nya.

    Salam dari Zurich

    ReplyDelete
  10. Terima kasih makteh mengupdate n3 ni..jgn la mak teh susah hati..apa yang mak teh tulis kita sibuk nak komen sebab menjiwai watak mak teh..:-)

    Makin lama makin teruk lak pemikiran syukri ni..kira dulu ada gak la akalnya berpikir sebelum bercakap..la ni main sedap mulut kata nuri tak ikhlas membantu dia dan meminta balasan..ni betul2 pekena kangkangan sarah sampai kepala pun dah jadi biol..sampai dah tak kenal kaca dan permats..

    ReplyDelete
  11. *bukan meletakkan diri ditempat Nuri. Lebih tepat memandang penderitaan Nuri yang teraniaya.
    Dah byk bab sarah+syukri.
    Saya suka dialog Nuri->syukri. Bersahaja tp tepat ke hati. Padat.

    ReplyDelete
  12. amboi syukri..akhirnya terselah pembohongannya yang katanya dia kahwin gedik sebab kesian..bila sigedik kata dah kepejabat agama bole tu merayu cakap tak sanggup nak lepaskan gedik dalam hidup dia..siap putus jantung bagai..sebenarnya gedik la di hati dia bukan nuri dah anak2 sebab dia sanggup tinggalkan mereka dijaga oleh ibunya sebab si gedik period..mmg tak berakal sungguh alasan dia sampai tertutup hati nak kesiankan anak2 dan nuri yang rasanya lagi teruk masalah dari gedik tu..saya benci dengan syukri dan sesungguhnya dia tidak layak untuk nuri yang baik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. herankan..husband saya balik2 rumah je meluru cari anak2...pagi2 sebelum pergi kerja gomol2 dengan anak2..sebelum tidur, mesti anak2 melekap tidur dengan dia...ini si syukri macam tak hairan dengan anak2 dia..ari tu sebelum nuri bersalin pun nampak macam terpaksa saje sebabkan nuri dah sarat n nuha asyik tak sihat..tapi dalam hati asyik ingat kat sarah...rasa berdosa kat sarah..padahal 4 hari kalau tak silap tak jenguk minah tu..yang sadis tu bila dah dapat anak baru pun menggedik2 dah macam perangai si gedik nak pergi ke sarah sebab period..habis sakit nuri bersalin dengan anak2 kecik tu sanggup dia tinggalkan pada puan noriza jaga..saya pun benci pada syukri dan sarah..

      Delete
  13. Tq mak teh dengan n3 kali ni... mak teh janganlah rasa takut dgn segala komen2 dari kami pembaca ni... ini menunjukkan tindakbalas biasa bila membaca sesuatu cerita yang meruntun jiwa,,, Itu bermakna tulisan mak teh hampir dihati pembaca. Walau apa jua keputusan makteh dalam menghasilkan sebuah karya kami terima denganhati terbuka.. komen2 itu tindakan spontan dan luahan hati pembaca menggarap apa yang telah dipaparkan disini.

    ReplyDelete
  14. syukri ni macam bebal sikit ya.. kata sayang nuri sangat2 tapi perbuatannya yang tak semengah tu macam orang tak ada akal fikiran yang matang. Rupanya dia tak berapa bersyukur dengan apa jua pengorbanan nuri kpdnya selama ini.. betul jugak kata puan noriza tu,,, Hah ceraikan aje si nuri dan hidup dengan sarah, bela anak angkat. anak sendiri terbiar umpama anak kera dihutan disusukan anak sendiri biar kelaparan. Tengok setara mana dia akan menggapai bahagia dengan keadaan isteri yang malas, tak pandai kedapur dan tak tahu nak membantu.

    ReplyDelete
  15. Syukri berpisah dengan sarah cara baik, macamana penerimaan nuri lepas ni.. hati dah terluka susah juga nak sembuh dengan segera... sekali kepercayaan diragut pasti sukar dah nak meraih kepercayaan seratus peratus selepas ini.. Mampukah syukri melakar lagi sebuah bahagia dalam jiwa nuri... tak sabar nak tahu penerimaan nuri dan macam mana keputusan nuri yang nak tuntut cerai dari syukri lepas pantang nanti. AYAT macam mana syukri nak berikan pada nuri untuk memujuk nuri agar tidak meneruskan niat untuk berpisah dari syukri... alahai syukri,, boleh putus nyawa andai nuri juga masih nak tuntut cerai walaupun dai dah berpisah dengan sarah. Baru padan dgn muka syukri, Tak sabar nak tahu cerita seterusnya mak teh. Mak teh terbaik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu..saya tak boleh membayangkan bgaimana hidup mereka selepas ini kerana sebenarnya di hati syukri adalah sarah bukannya nuri dan anak2 kalau tengok cara syukri melayan mereka..memang kehidupan akan terasa tawar hambar sebab sudah tentu2 hati nuri terluka yang amat2 bila mengenangkan perbuatan syukri..itu belum lagi dia tahu perbualan syukri dengan puan noriza mengatakan nuri tidak ikhlas membantu..perbualan syukri dengan sarah mengatakan kalau syukri setia dengan sarah mesti kemelut ini tidak akan berlaku..syukri mengatakan tidak sangggup melepaskan sarah walaupun telah ke pejabat agama..dan juga pembohongan syukri ke langkawi untuk melayan kehendak sarah padahal nuri sedang menunggu hari untuk bersalin..memang ketara sungguh yang bukan nuri dan anak2 di hati syukri..jadi nampak kalau syukri bersama nuri dalam keadaan keterpaksaan di sebabkan ikatan yang ada pada mereka...mungkin syukri akan dapat membezakan kaca dan permata sekiranya nuri pergi darinya...

      Delete
    2. Ye la, biar Nuri pun berkeras minta dilepaskan. Biar syukri betul² sedar yang dia seorang suami yang tak baik. Kalau isteri yang terabai baru beberapa bulan nak bercerai(kerana sakit hati) kenapa Nuri yang dah bertahun terabai nak tunggu dia. Boleh jalan la....

      Delete
  16. alaihai..sengalnya gedik..dapat period pun kemain merengek mengadu2 lagi dekat laki..yang nuri kehulu kehilir melayan anak2 yg masih kecil..dengan perut sedang membesar steady je..nyampah pulak syukri memuji kari ayam masakan sengal kat puan noriza..setakat kari ayam je..kalau tgk umur tuanya baru pandai masak kari ayam memang dah tu si syukri lak terasa bangga sangat..rasanya memang sesuai la derang ni berdua..nuri deserve a better man....

    ReplyDelete
  17. Mak teh, Sarah dah dapat nama baru 'gedik'.
    Walau bagaimana lembut tutur katanya pembaca dah set dalam minda dia perempuan tak baik. Cakap dolak dalih, sekejap lain, sekejap lain. Konon nekad nak bercerai, bila period yang menangis² bagai tu nape. Memang dia seorang yang bermuka². Sisyukri ni pulak ingat nak bangga bini muda yang tua bangka pandai masak kari ayam, sikit pun Pn Noriza tak heran. heheh...

    ReplyDelete
  18. aduh mak teh..jgn lah takut2 nak teruskan cerita ni..memang penulisan mak teh best sangat sampai kita semua terasa di sudut hati yang paling dalam..1st time saya baca blog cerita saya mengomen..biasa saya silent reader saje..tapi semua pun terpulang pada mak teh untuk mengolahkannya..lagi banyak kami komen sebenarnya makin berjaya mak teh membuai perasaan kita semua..serupa macam ceritadi wayang atau di tv..kalau kita tengok gitu2 sahaja maknanya pengarah tidak sampai arahannya kepada penonton tapi kalau habis je cerita penonton nangis2, sedih2, marah2 maknanya arahannya samai..kira mak teh memang seorang penulis yang berjaya...

    apa2 pun mak teh saya berharap agak nuri di beri kebahagian yang setimpal dengan perangai dia yang serba baik tu..nuri juga digambarkan selepas bersalin yang ketiga ni penampilan diri dia pun makin menarik sebab dia dah tak peduli lagi pasal syukri..dan sarah di sebabkan di dalam hati dia ada sifat dengki dan ingin menakhluki syukri seorang sebelum tu, walaupun saya tak minta hidup dia sengsara tapi biar la dia dapat merasa bagaimana keadaaan nuri sebelum syukri berjaya..manakala syukri pula di beri penyesalan yang teramat sangat terhadap segala perbuatan dia yang sedar atau tak di sedari terhadap nuri dan anak2..biar dia kesal seumur hidup..dapat tengok nuri dari jauh tapi tidak dapat memeluknya..kalau saya penulis dia memang saya jodohkan nuri dengan orang yang lengkap pakej seperti nuri juga tapi mak teh selaku penulis..jadi terpulang pada mak teh..mungkin mak teh tak mahu anak2 berbapa tiri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul mak Teh. Tulis je apa yang dah terangka. Mungkin lebih menarik lagi olahan mak Teh. Keistimewaan penulis, pembaca kadang mengharap yang lain tapi bila baca seterusnya lain yang terjadi. Tak terduga tapi lebih mengujakan...So, jangan takut erk. Komen tu tanda sokongan.

      Delete
  19. akak pun tak suka dan tak nak ana-anak berbapa tiri tp si syukri telah beri anak-anak dia beribu tiri yg gedi, pemalas dn pengotor.
    -dibah-

    ReplyDelete
  20. Tapi tu la..cam sakit hati lak bila kenangkan ketidakadilan syukri terhadap nuri dan anak2...rasa cam syukri x ikhlas je terhadap mereka..

    Tima kasih ya mak teh dan tahniah dr kami selaku penulis membuatkan kita semua dok tertunggu apa kesudahannya..

    ReplyDelete
  21. asyik2 buka blog nie bila ada masa nak tahu new n3. sayang Mak teh dari Zurich

    ReplyDelete
  22. betul tu mak teh..nak bermadu seronoknya sekejap je..lepas tu tunggang terbalik rumah tangga kecuali kalau isteri redha..tapi kalau isteri redha pun, bila sang suami tak adil berantakan jugak..saya ada jumpa suami2 yang kahwin dua ni siap cakap lagi takde penyakit carik penyakit..dah la semua nak kena sorok2..tempat tinggal saya ni pun ramai isteri kedua sebab kitorang duduk condo..ada tu dah kahwin lebih 10 tahun tapi isteri tua tak tahu...cuma dia bagi kemewahan pada isteri muda..jadi isteri muda pun redha je la sebab dia sedar yang dia dah ambil suami orang..ini yang kita jumpa yang sedar diri..yang meroyan ala2 gedik ni pun ada gak..dah la kemewahan mencurah2..sikit2 kol suami.sikit2 kol suami..lama2 suami pun dah jalan senget nampak gayanya..memang cerita mak teh ni reality pada masyarakat kita...

    ReplyDelete
  23. Mak teh tak sabar nak tahu cerita seterusnya.... memang tertunggu-tunggu. Inikah klimaks ceritanya?? Harap panjang lagilah biar kita sampai puas hati tengok syukri tergolek tertonggeng insaf atas apa yang dilakukan pada nuri..Biar dia sedar betapa penting dan bermaknanya nuri dalam kehidupannya. Biar nuri bahagia akhirnya bersama-sama anak-anaknya.

    ReplyDelete
  24. Mak teh telah berjaya tonggang terbalikkan perasaan pembaca...syabas..sampaikan ada yg terlalu emo...tapi dlm cerita mak teh kali ni tak salahkan sarah 100% kerana keadaan masa itu yg menyebabkan sarah sanggup bermadu...sarah tak jahat sebenarnya yg salahnya di mata masyarakat dia mengambil suami orang. Di sini syukri yg salah, mengambil mudah perasaan nuri dan terlalu lemah, mudah dipengaruhi ...dia tidak berkemampuan untuk mengemudi dua bahtera...akhirnya karam.
    Akak suka cite mak teh JANGAN ADA RAHSIA...betapa jahatnya dania untuk mendapatkan Farid untuk dia seorang...tapi farid cepat sedar dan atas bimbingan datuk nur jannah akhir kebahagiaan untuk mereka.

    ~kak min~

    ReplyDelete