Ibu Johan menggeleng kepala tanda tidak mahu. Dibenak
ibu Johan terdetik..pada kebiasaanya bila seseorang yang tidak berdaya
sepertinya ditempatkan dirumah penjagaan, anak-anak akan lepas tangan. Sebab
mereka sudah dijamin terjaga, dengan rasa itu anak-anak akan mula culas untuk
menjenguk. Bila sudah jarang menjenguk rasa sayang dan rasa rindu akan pudar
dan akhirnya mereka terbiar dengan kasih sayang darah daging sendiri. Padanya
biar dia menderita sedikit namun anak yang dikasihi sentiasa ada didepan mata.
Biar pun bukan hari-hari dapat melihat sang anak yang dikandung dan di dibela dari
tapak kaki sebesar dua jari, namun kekerapan dirinya dijenguk lebih banyak dari
dia ditempat penjagaan.
“Tapi kalau mommy duduk sini, Jo tak boleh nak jenguk
mommy selalu, bibik pula tak jaga mommy dengan betul”.
Untuk menjawap pertayaan anaknya ibu Johan berbicara
dengan bahasa yang tidak difahami oleh Nur Hidayah, air mata yang bertakung
ditubir matanya sudah mula mengalir dipipinya, memek mukanya pula yang
tercebek-cebek mungkin menahan rasa hati. Pandagan sayu doctor Johan menelah
mungkin Dr. Johan memahami apa yang diperkatakan oleh mommynya. Rupanya sedang
mereka berbincang didapur bibik mencuri dengar dari sebalik dinding. Bila
mendengar pujukkan Dr. Johan kepada ibunya. Dia keluar dari intipanya dan
merayu.
“Tuan maafkan lah saya kali ni, saya janji tidak akan
mengabaikan ibuk lagi. Tolonglah.. saya mahu kerja disini”. Dr. Johan berpaling
pada Hidayah mencari pendapat.
“Macam mana Hidayah..nak terima ke. Bukan sekali ni
saya terjumpa yang macam pagi tadi tu”.( Kemudian dia berpaling memandang
kearah bibik) bukan sekali kamu buat emak saya macam ni, dah tiga kali saya
terjumpa. Boleh ke saya percaya janji kamu tu”.
“Ia boleh..saya janji tak akan buat lagi. Betul, tuan
beri saya peluang sekali sahaja lagi saya akan kerja dengan baik, tolonglah”
Rayu bibik lagi.Yang sebenarnya bibik dikira sangat bertuah bekerja dengan Dr.
Johan sudahlah gaji yang diberi lebih dari sepatutnya, kerjanya tidak pernah
dipantau dan tidak pernah diperintah. Tetapi biasalah jika sudah terlalu senang
mulalah bibik melaksanakan tugasnya sambil lewa sahaja. Dr. Johan mendiamkan
diri, mungkin dia sedang berfikir buruk baiknya..Nur Hidayah membantunya
“Saya rasa elok Dr. bagi dia peluang sekali lagi. Apa
kata kalau Dr. nak pantau bibik ni buat kerja ketidak, kita pasang cctv kat
rumah ni”.
(mak teh ni tak ada cerita lain asyik nak pasang cctv
sahaja tak apa kan).
“Ok..peluang bibik hanya sekali sahaja. Jika sekali
lagi kedapatan emak saya terbiar macam pagi tadi..siap-siaplah kemas kain baju
bibik.. tiada maaf lagi walau bibik merayu”. Cadangan Nur Hidayah diterima dan
bibik diberi syarat.
Hari itu Nur Hidayah membantu Dr. Johan didapur memasak
makanan tengahhari. Sambil memasak mereka berbual ditemani oleh emak Dr. Johan.
Manakala bibik mencuci segala cadar dan baju-baju kotor. Dan dimasa itulah Dr.
Joahn memperkenalkan emaknya pada Nur Hidyah.
“Nama emak saya Maria Ong binti Abdullah..emak saya
seorang mualaf. Dia memeluk Islam kerana hendak berkahwin dengan ayah saya yang
berugama Islam. Nama ayah saya Johari.” Wahh macam budak darjah satu Dr. Johan
memperkenalkan ahli keluarganya. Nur Hidayah hanya mendiamkan diri mendengar
penerangan Dr Johan. Melihat kebisuan Nur Hidayah, Johan Hamdi merasakan Nur
Hidayah tidak berminat untuk mengetahui keadaan emak dan dirinya dengan lebih
lanjut lagi. Namun begitu dia harus mengambil peluang sementara Nur Hidayah
didepan mata.
“Hidayah lepas makan ni boleh tak temankan saya pergi
Masjid Jamek atau Jalan Tar”.
“Dr. nak buat apa pergi ke sana”.
“Saya nak belikan barangan mommy saya..boleh ye”.
“In Syaa Allah boleh lah”.
“Ya Allah lupa pula saya..Hidayah kata tadi nak masuk
kerja lepas waktu makan tenghhari..tak apa ke”.
“Ok saja..sebab bos saya pun dah bagi cuti untuk hari
ini. Saya saja gatal nak pergi juga kerja sebab kat rumah pun nanti
sorang-sorang. Kalau dah ada tugas lepas makan ni tak apalah.. lagi saya suka.”.
Seperti yang di minta Nur Hidayah, menemani Dr. Johan
ke Jalan Tar. Rupanya Dr. Johan mahu membeli sejadah, telekong dan tudung untuk
kegunaan mommynya. Setelah dia memperolehi semua barangan yang dikehendaki..
“You penat tak teman kan I ni”.
“Tak adalah..seronok juga jalan-jalan kat sini dapat
juga cuci mata. Orang kata datang sini jangan waktu cuti, orang ramai sangat ye
ke”.
“I pun tak pernah datang sini, inilah kali pertama itu
sebab minta you temankan. You tak nak beli apa-apa ke”. Jika melihat dari gaya
Dr. Johan memang benar apa yang diperkatakan. Setiap barang yang dibeli dia
meminta pandangan Nur Hidayah. Malah kedai yang harus dituju juga dia bertanya
pada Nur Hidayah.
“Rasanya tak adalah doctor..nantilah kalau datang sini
sekali lagi mungkin saya dah senaraikan apa yang saya nak beli”.
“You pilihlah I bayar kan”..
“Tak apa.. tak apa memang tak terniat saya nak
membeli”.
Selesai membeli barangan mommynya Dr. Johan menghantar Nur Hidayah kehospital
semula..
“Hidayah terima kasih daun keladi kerana tolong dan
teman kan I hari ni”.
“Sama-sama”.
“Tapi yang ‘daun keladi’ tu boleh ke lain kali
you tolong lagi”.
“In Syaa Allah boleh, call sahaja..kalau saya tak ada
hal saya akan tolong”. Ada segaris senyum lucu terlukis dibibir Nor Hidayah. Hatinya berdetik 'lucu juga doktor sepet ni'.
“Ni ikhlas dari saya untuk awak.”
“Tak apalah doctor saya ikhlas tolong doctor”.
“Terimalah..harap sangat awak terima. Tapi apalah I ni
kan, orang bagi barang-barang yang berharga, ni I bagi you telekong
sahaja”.
“Doktor..kenapa cakap macam tu..saya tak pernah
menganggap pakaian untuk kita solat ni rendah nilainya..tak ada yang lebih
mahal harga dari pakainya yang dipakai untuk bersolat dan yang akan kita bawa
kedalam kubur. Dr. tahukan selain digunakan untuk solat, telekong adalah
pakaian seorang wanita yang akan disemadikan didalam kubur. Saya bersyukur Dr.
beri pakaian yang mengingatkan saya pada kematian. Saya tak ambil sebab saya
tolong Dr. ikhlas, saya tak nak upah”.
“Saya tak anggap ni upah Hidayah teman dan tolang saya
tadi, tapi sebagai hadiah dan tanda salam persahabatan kerana kesudian Hidayah.
Jadi terimalah. Lagi satu boleh tak kalau awak tolong cucikan telekong-telekong
ni untuk mommy saya”. Dr. Johan mengunjukkan dua pasang telekong lagi di beg
plastic yang berasingan kepada Nur Hidayah.
Sudah seminggu pemergian Tengku Faizal bersama
kumpulannya keMekah untuk menunaikan Umrah. Sejak itu juga Nur Hidayah hanya sekali sahaja menjenguk
anak buahnya. Yang sebenarnya Nur Hidayah tidak mahu adik-adik Nur Jannah yang
menemani nenek dan datuknya merasa kekok dengan kehadiranya. Tetapi dia sudah ada
tugas lain yang menantinya pula. Jika ada masa terluang Dr. Johan akan
menghubungi untuk menemaninya menjenguk mommynya. Dia tidak selesa untuk
berduaan dengan bibik dirumah mommynya. Ialah bibik masih muda, masih
cantik dan menarik dimata lelaki.
“Nur Hidayah kalau tak menjadi keberatan untuk
awak..boleh tak saya ajak awak kalau saya nak jenguk mommy saya”. Itu
permintaan diakhir pertemuan pertamanya dulu.
“Boleh tu boleh tapi kenapa ye Dr. nak kan teman kalau
nak jenguk mommy Dr. sendiri.”.
“Fitrah Nur Hidayah..apa awak pandang pada bibik
tadi”.
“Tak
ada apa yang pelik, dia seperti bibik-bibik lain kat Malaysia ni”.
“Entahla
tapi saya takut..takut pada fitrah manusia sebab saya lelaki sihat dan dia juga
wanita sihat..Hidayah faham kan apa maksud saya”.
“Tapi
pernah ke dia cuba goda Dr.”.
“Itu
yang saya takut..perasaan saya rasa pernah.. tapi mungkin saya yang terlebih
perasan tak tahulah..entahlah tapi saya nak berjaga-jaga”.
“Kalau
Dr suka pun. apa salahnya bukan tak cantik bibik tu. Tak berhias pun nampak
cantik kat mata saya”.
“Awak!
saya ni tak lah gersang sangat semua nak disapu”.
“tak
lah saya kata Dr. gersang..tapi apa salahnya, ramai saja orang kita kahwin
dengan orang negara lain..artis kita pun dah ramai kahwin orang Indonesia kan..lagi
pun percakapan kita dan mereka masih boleh difahami. Masakkanya juga tak jauh
berbeza”.
“Susah
Hidayah..setiap tahun nak kena perbaharuai visa, ini bermakna saya akan
ditinggalkan sekurang-kurangnya beberapa hari, kadang-kadang tu minta sampai sebulan
ialah dah alang-alang balik kampong kan. Mengingatkan saya ditinggalkan saya
tak sanggup..baik saya mencegah dari sekarang.
Kalau saya nak kahwin saya nak kahwin dengan orang tempatan. Sama budaya
sama masakkan dan sama cara hidup”.
“Alaah
doc. kena tinggal sekejap pun dah merungut”.
“Entahlah
Hidayah sebetulnya saya dah jeran kena tinggal. Sebut sahaja kena tinggal saya
jadi fobia. Akhir cerita..saya minta tolong boleh ye teman kan saya bila saya
nak jenguk mommy saya.”
In
Syaa Allah boleh..call sahaja saya akan datang”. Dengan cerita itu Nur Hidayah
mengotakan janjinya. Hari Jumaat itu sekali lagi Dr. Johan menghubunginya..
“Hidayah hari minggu ni free tak”.
“Rasa nya free..kenapa doc.”
“Saya nak ambil cuti..teman saya jenguk mommy saya.
Saya nak kemas rumah mommy lah”.
“Ok set”. Hari itu hari Jumaat..Hari Sabtu jenguk
nenek Bedah sekejap Hari minggu teman doc jumpa mommynya puan Maria..Nur
Hidayah berkira-kiran dalam hatinya. Jadual waktu cutinya sudah penuh, hatinya
gembira. Tidaklah dia kebosanan duduk seorang diri dirumah kerana Nur Fatihah
pulang kekampungnya di Kuala Selangor.
Awal pagi lagi dr. Johan menghubungi Nur Hidayah.
Ketika Nur Hidayah tiba dirumah puan Maria, Dr. Johan sudah ada menanti di
keretanya yang dipakir diluar pagar rumah mommynya. Berhenti sahaja kereta
Volkswagen Jetta Nur Hidayah Dr. Johan datang menghampiri.
“ Terima kasih kerana sudi datang. Emm you nampak lain
pakai macam ni”. Hanya senyuman segaris, Nur Hidayah menjawab kata-kata dr
Johan.
“Hidayah! Yang sebetulnya hari ni I nak
berkemas. Saya nak cuci ruang tamu dan bilik mommy”. Dr. Johan memberitahu apa
rancanganya kepada Nur Hidayah.
“Ye saya tahu. Kan dah cakap masa doc. call saya hari
tu.. saya nak tolonglah ni, itu sebabnya saya pakai seluar hari ni”. Hari itu Nur
Hidayah memakai seluar jean dan baju kotak-kotak arwah papanya Tengku Faris.
“Itulah you nampak lain hari ni, nampak macam tomboy
sikit. You memang suka pakai baju kemeja lelaki ke”.
“Tak juga, ni kemeja arwah Tengku Faris. Kalau
disimpan tak jadi apa kalau kita pakai In Syaa Allah tuan punya baju akan
mendapat pahala.. jadi saya tolonglah dia mendapat pahala.”.
Tidak duduk lama mereka memulakan operasi mereka.
Sementara bibik pula memasak makan untuk tengahhari, manakala puan Maria juga
turut memerhati disudut rumah. Dalam hati rasa bahagia bila rumahnya terasa sibuk
seperti rumah-rumah orang lain. Sesekali ada juga dia bersuara namun hanya Dr.
Johan dan bibik sahaja yang memahami bicara Puan Maria. Dulu dia seperti
orang lain juga boleh berbicara dengan betul dan difahami segala butir
bicaranya. Namun setelah dia diserang angih Ahmar / strok perkataan yang keluar
dari bibirnya tidak difahami oleh orang yang tidak biasa denganya. Selesai
berkemas mereka menjamu selera pula, makan makanan yang dimasak oleh bibik.
“Mommy hari ni Jo suapkan mommy makan”. Kelihatan
wajah puan Maria berseri-seri bila mendengar kenyataan anak lelakinya. Sambil
menyuapi mommynya…Dr. Johan meluahkan rasa.
“Hidayah yang sebanarnya I memang nak buat macam ni
selalu, mandikan mommy suapkan makan mommy..I nak mencari keredaan Allah
sementara ada peluang. I ada dengar satu ceramah kalau kita berbuat baik dengan
kedua ibu bapa kita, Allah berjanji akan memberi ganjaran yang besar pada
kita. Tapi selain dari itu I nak keredaan Allah juga”.
“Betul..cara doc. saya sokong 100% sementara mommy
doc. masih ada rebutlah peluang yang Allah dah jamin kebaikkanya. Kalau dah
jadi macam saya ni dah tak ada peluang lagi dah. Sebab dalam hidup kita hanya mempunyai
seorang sahaja ibu dan ayah, tak ada tukar gantinya ”.
“You dah tak ada ibu lagi ke Hidayah”.
“Rasanya dah 7 tahun mama saya meninggal. Masa dia
meninggal saya baru habis belajar di UiTM. Tak sempat pun dia nak tahu
keputusan peperiksaan akhir saya”.
“Oh..sorry..I tertanya cerita sedeh you”.
“Tak apa..itu jalan hidup saya, saya redha. Lagi pun
kematian tu kan pasti..tak kira kita tua ke muda”.
“Betullah apa yang you cakap. Hidayah you tahu ke ada
satu cerita zaman nabi yang mengisahkan seorang pemuda memandikan khinzir tu”
“Ohh cerita tu..
Satu cerita tentang kisah “seorang anak yang memuliakan kedua
ibu bapanya walaupun ibu bapa telah bertukar menjadi babi”.Di zaman Nabi Musa a.s ada seorang pemuda yang memuliakan ibu bapanya. Lalu Nabi Musa a.s pergi ke rumah pemuda itu untuk melihat apakah amalan yang dilakukannya itu. Setelah memberi salam pemuda itu menjemput Nabi Musa a.s masuk ke dalam rumahnya. Baginda pun duduk di ruang tamu rumah pemuda tersebut.
Namun pemuda itu tidak melayan Nabi Musa a.s dan hairanlah Nabi Musa akan tingkah laku pemuda itu, dia terus masuk ke dalam bilik kemudian membawa seekor babi betina keluar dari bilik itu, dia mendukungnya dengan cermat, kemudian memandikannya. Nabi Musa sekali lagi kehairanan dan berbisik sendiri di dalam hati baginda ” apakah ertinya semua ini?”
Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap hingga kering serta dipeluk dan dicium kemudian dihantar semula ke dalam bilik tadi. Selepas itu pemuda itu keluar semula dengan seekor babi jantan pula dan lebih besar sedikit dari yang tadi. dan diperlakukan seperti babi yang sebelumnya juga.
Selepas semua kerja selesai barulah ia melayan Nabi Musa a.s. Lalu Nabi Musa a.s bertanya kepada pemuda itu tadi ” Apakah agama tuan hamba?” . “Islam agamaku” jawab pemuda itu ringkas. ” Habis kenapa kamu membela babi?” tanya Nabi Musa a.s lagi.
Wahai tuan hamba kedua-dua babi yang aku dukung, dan aku mandikan itu tadi ialah ibu bapa kandungku, Oleh sebab mnereka banyak melakukan dosa besar, Allah telah menukarkan rupa mereka kepada rupa babi yang hodoh. Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain, itu urusannya sama Allah. Aku sebagai anak tetap melaksanakan tanggungjawabku kepada mereka berdua. Hari-hari aku berbakti kepada kedua orang tua ku itu sepertimana yang tuan hamba lihat tadi”.
sambungnya Setiap hari aku berdoa semoga Allah berikan rupa ayah dan ibu muka rupa mereka yang asal, tetapi Allah belum lagi mengkabulkannya, tambahnya lagi
Maka ketika itu juga Allah berfirman dan menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s “Wahai Musa inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di syurga nanti hasil baktinya yang sangat tinggi kepada ibu bapanya. Ibu bapanya yang sudah buruk dan hodoh dengan rupa babi pun dia tetap juga berbakti. Oleh itu kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh di sisi Kami”.
Allah juga berfirman lagi yang bermaksud ” Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh di sisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat ibu bapanya yang Kami sediakan di neraka telah kami tukarkan / pindahkan ke dalam syurga”.. BLOG USTAZAH AZIMAH
( tak masuk dalam cerita..ada satu lagi kisah dizaman nabi sulaiman pemuda yang berbakti pada kedua ibubapanya..nak masukkan panjang sangat kalau nak baca buka http://blogtokwan.blogspot.com)
“Emm. Nur Hidayah! boleh tak kalau awak tunggu
sehingga solat Zohor disini. Saya sebenarnya teringin hendak berjemaah dengan mommy
saya”.
“Ohh..tapi saya tak bawa baju bersih dan telekong
untuk solat kat sini”. Bila mendengar kata-kata Nur Hidayah Dr. Johan bangun
menuju kesebuah bilik. Tidak lama kemudian dia muncul dengan sepasang baju
kurung dan telekung ditangannya.
“You pakai ni..boleh ye tunggu sampai waktu solat”.
“Boleh tapi baju ni baju siapa rasanya bukan baju
mommy awak kan”.
“Bukan, orangnya dah tak ada kat sini. Tapi seperti
yang you kata tadi I nak tolong dia dapat pahala jadi pakailah”. Nur Hidayah menuruti segala permintaan Dr.
Johan. Selesai makan mereka berdua berkemas didapur. Selesai berkemas dan sambil
menantikan masukkanya waktu solat Zohor mereka berdua berbual diruang tamu manakala Puan Maria
pula berehat dibiliknya.
“Saya hairanlah Hidayah awak tak pernah tolak ajakkan
saya.. kenapa?..adakah sebab saya pernah tolong awak itu menyebabkan awak rasa
terikat”.
“Taklah..hanya saya rasa perlu membantu
doctor..lebih-lebih lagi doctor mencari keredaan Allah mengurusi ibu doc. yang dah
tak berdaya”.
“Awak tak rasa jijik ke dengan mommy saya Hidayah..”.
“Doktor! Saya pernah lalui semua ni. Dulu arwah mama
saya pun macam ni juga..dan pengalaman tu saya gunakan pada mommy doc pula.
Pada saya sekarang ni waktu dia yang perlu kita bantu.. esok lusa mungkin hari
kita pula. Jika kita membantu sekarang.. In Syaa Allah akan ada juga yang akan
membatu kita bila sampai waktu kita nanti. Bab jijik tu belakang cerita, sebab
najis dia sama juga dengan najis kita. Adakah najis doctor lain dari najis
mommy doctor?”.
“Taklah..Habis yang sampai awak beli febrez dan setiap
kali sampai kerumah mommy saya ni awak sembur febrez. Awak tak tahan dengan bau
dalam rumah mommy saya kan.”.
“Ohh jadi doc. terasalah saya buat macam tu. Saya
sebenarnya tak kisah bau apa pun, tapi saya kesian pada mommy doc. tiap-tiap
hari dia mencium bau yang tak menyenangkan hidung, tapi dia tak berdaya nak
melakukan sendiri. Saya kesihan jadi sementara saya ada, saya semburlah untuk
keselesaan dia. Lagi pun rumah mommy doc ni dah ok..mungkin berkesan juga cctv yang doc pasang hari tu. saya ni saja nak wangi-wangi dan berbau segar. Lain kali ajarlah bibik sembur febrez kat bilik mommy doc.”.
“Saya minta maaf Hidayah kerana buruk sangka tadi,
ingatkan awak terpaksa tadi”.
Banyak yang mereka bualkan bila sambil menanti masuknya
waktu solat. Seperti yang dihajati masuk sahaja waktu Dr. Johan kebilik
mommynya yang sedang berehat.
“Mommy bangun ye, kita solat. Hari ni Jo nak solat
dengan mommy dengan Hidayah sekali..kita solat berjemaah ye”. Kedengaran
kata-kata yang keluar dari bibir puan Maria disulami dengan esakkanya. Hanya
Johan Hamdi yang faham bahasa mommynya, Nur Hidayah hanya memerhati dari jauh
sahaja.
“Terima kasih Jo..memang
dah lama mommy nak solat tapi mommy tak tahu. Mommy dah lupa ustazah ajar mommy
dulu. Tapi macam mana mommy nak solat Jo,
mommy nak baca pun dah tak ingat..”
“Tak apa nanti Jo baca kuat mommy ikut ye. Sekarang
jom masuk bilik air”. Bila Dr. Johan
cuba membuka lampin mommynya tanganya digenggem oleh mommynya.
“Tak apa mommy, Jo kan anak mommy..Jo tak kisah pun”.
Puan Maria mengeleng. Biar pun Johan anaknya namun dia berlainan gander,
menyebabkan ada rasa malu terbit dihatinya. Perlakuan itu diperhatikan oleh Nur
Hidayah diambang pintu bilik. Terus sahaja dia menyanggupi untuk mengurusi Puan Maria di bilik air.
“Kalau mommy doc tak kisah, boleh saya uruskan dia
kebilik air”. Mendengar kata-kata Nur Hidayah Puan Maria menganggukan kepala
dan melambai kepadanya. Nur Hidayah menukar lampin pakai buang Puan Maria dan
memakaikanya telekong kemudian mereka bertiga bersolat diruang tamu. Usai solat
Zohor Nur Hidayah bertanya...
“Doc..perlu pertolongan saya lagi ke??”.
“Pertolongan apa ye?”.
“Ialah kalau nak minta saya tunggu sampai solat Asar
pula?”.
“You peril I ke Hidayah”.
“Apalah doc ni..saya tanya ikhlas dari hati saya
ni..sebab saya pun tak ada apa nak buat..kalau doc nak saya tunggu saya boleh
tunggu..ikhlas saya cakap ni”.
“Sorry ye fikir tak elok untuk you. Kalau you dah
sanggup tunggu, I sangat berterima kasih sebab memang I sangat memerlukan
pertolongan you. Yang sebetulnya niat hati I sementara you ada, I nak ajar
mommy I membaca Al-Fatihah Hidayah!”.
“Ohh!! boleh-boleh seberapa lama nak saya tunggu pun
boleh. Saya pun bukan nak buat apa-apa kata rumah”. Mendengar kata-kata Dr.
Johan cepat sahaja Nur Hidayah memberi kesanggupanya. Nur Hidayah duduk
bersama-sama mendengar Dr. Johan mengajari mommynya diruang tamu. Bila melihat
mommynya sudah agak kepenatan Dr. Johan memberhentikan pengajaranya.
“Mommy nak baring ye”. Puan Maria mengangguk lesu. Sekali
lagi sementara menantikan masuk waktu solat Asar Dr.Johan bercerita kisah keluarganya.