~Siapa Ikut Blog Ni~

Pages

Saturday 25 May 2013

Bab 21 Bimbang.




Rambutan gading berbunga lebat,
Buah kedundung berjuntaian,
Jangan yang dikejar tidak dapat,
Yang dikendung pula berciciran.

Farhan merapati isterinya dengan berjalan perlahan. Dilihat isterinya memegang botol ubat sapu untuk luka dan yang  sebelah lagi menyapu sikunya dengan kapas yang sudah nampak kuning kerana ubat tadi.

“Kenapa Ha ..Ha jatuh ke?..bila Ha jatuh?” Sepantas kilat Fatin menoleh kerana terperanjat. Tidak terjawab soalan yang keluar bertubi-tubi dari mulut suaminya.

“Abang ni cubalah jangan terperajatkan orang, Alahamdulillah tak tumpah ubat ni  kalau tumpah kena baju kan susah”.

“Sorry abang tak sengaja..bila Ha jatuh?”

“Alah luka sikit saja ni..tak sakit sangat pun.”

“Meh abang tengok” Farhan menarik tangan isterinya lalu meneliti luka isterinya seperti doctor pulak lagaknya..diambilnya kapas dan ubat ditangan isterinya. Dia menyapukan ubat diluka isterinya yang agak luas. Luka hasil geselan kulit siku dengan jalan yang bertar, walau pun tidak dalam namun masih kelihatan isinya yang berwarna putih kekuningan dan titik merah. Bak kata bahasa orang biasa seperti kita ‘tersiat kulit bawang’ yang menunjukkan luka hanya dipermukaan kulit luar sahaja.

“Lagi mana yang luka.” Dia memandang wajah isterinya yang sedang menyeringai mungkin pedih kerana sapuan ubat tadi.

“Dah itu saja.” Fatin ingin bangun untuk menutup suis seterika..hajat hatinya dia bercadang mahu menuam kakinya yang sudah bengkak dan membiru akibat hempapan motosikalnya tadi. Entah mengapa bengkaknya yang sudah melarat kekaki pula. Dia hairan..yang terhempap motosikal adalah pehanya tetapi mengapa kakinya pula jadi biru dan membengkak.. dia merasa sakit untuk berjalan. Sewaktu dirumah ibunya tadi ibunya telah mengurutnya dengan minyak panas, sudah agak lega sidikit sakitnya. Ibunya mahu menuam kakinya dengan kain panas tetapi tidak kesampaian kerana anaknya sudah merengek minta disusui.

“Nanti kejap… abang tenguk lagi.” Farhan menarik tangan iterinya yang telah berdiri.

“Dah tak ada luka.. siku ni saja..” Dia cuba bangun, namun tangannya ditarik oleh suaminya…Farhan merasakan isterinya bagai mahu merahsiakan sesuatu darinya.

Fatin duduk kembali..Farhan mula memeriksa anggota badan isterinya satu persatu.
Matanya mencerun tajam menikam bila dia terpandang bahagian kaki isterinya yang lebam dan  membengkak.

“Ni kenapa pulak ni.” Tanyanya..suaranya kedengaran garang.

“Lebamlah..tapi tak tahu macam mana, yang terhempap motor peha ni tapi lebamnya sampai kekaki pulak.” Fatin mempamirkan wajah blurnya.

“Mana…mana.” Farhan mencari punca yang mengakibatkan kaki isterinya membengkak. Fatin menunjukkan kepada suaminya bahagian yang terhempap motosikal ketika dia jatuh. Ada setumpuk kesan merah bercampur biru sebesar duit lima puluh sen dulu. Mata Farhan memandag tajam menikam wajah isterinya. Fatin hanya tunduk membisu. Farhan bangun kebiliknya, dia keluar semula dengan botol minyak panas ditanganya.

“Ha!! kenapa Ha nak sorok lebam ni dari abang? Abang patut tahu…Ha tak tahu ke.. apa yang ada dibadan Ha, abang punya dan apa yang ada dibadan abang.. Ha punya termasuk hati sekali?? Jadi ada apa-apa yang tak kena..sumbing ke supih ke bengkak ke.. perlu bagi tahu faham..” Keras bunyi suaranya. Dia marah kerana isterinya seakan mahu merahsiakan apa yang berlaku.

“Ha tak nak susahkan abang..Ha tak mahu jadi isteri yang menyusahkan.” Farhan terkaku sesaat..kini dia tahu isterinya sememangnya terguris dengan perkataannya dan dia masih mengingati.

“Kaki ni  kena urut kalau tak susah nak surut bengkaknya..urut sikit untuk melancarkan perjalanan darah lepas tu tuam dengan tuala basah yang dipanaskan.” Kendur sedikit suara Farhan dia tahu dia bersalah…Itulah cakap ikut perasaan yang tengah marah.

“Itulah yang Ha nak buat tadi… Kat rumah ibu tadi ibu dah urut..hanya tak tuam saja lagi.  Tak payahlah   bubuh minyak tu..nanti satu bilik bau minyak angin..busuk abang tak boleh tidur pulak nanti.”

“Ha ni kenapa??..Ha masih tak maafkan abang ke?..abang minta maaf  dengan segala kata-kata abang..abang ikut hati selama ni..abang minta maaf”. Suaranya kedengaran tinggi seakan dia marah bila merasakan isterinya bagai tidak mahu memaafkan dirinya.

“Abang tak salah apa pun untuk apa nak minta maaf..Ha hanya tak mahu abang tak selesa dengan bau minyak ni..nanti Ha jadi busuk”.

“Pada abang Ha busuk atau wangi Ha tetap isteri abang dan abang akan peluk Ha walau dalam keadaan apa sekali pun”.Farhan mengurut kaki  isterinya kemudian dituam dengan tuala basah yang dipanaskan dengan seterika.

“Meh sini abang tenguk lagi.” Kini suaranya sudah lembut sedikit. Kesal dihatinya kerana membiarkan isterinya pergi kerja menaiki motorsikal, rajuk isterinya akibat dari kata-katanya juga.

“Ha abang minta maaf..kalau abang tak buat perangai tentu Ha tak jatuh motor.” Suara Farhan makin lembut dia rasa bersalah..sesungguhnya dia kesal dengan apa yang terjadi.

“Tak apa sikit saja ..ini pengalaman Ha..selama ni tak pernah pulak Ha jatuh..dah manja sangat..asyik abang saja yang bawa Ha pergi dan balik kerja.. sesekali berdikari jatuh pula, terima kasih abang dah urut dan tuamkan”. Senyuman isterinya terbit juga dibibirnya. Dimata Farhan kelihatan isterinya manja sekali.

“Janaganlah cakap macam tu.Ni semua salah abang…maafkan abang.”

“Dahlah bang..tak ada apa yang nak dimaafkan bukan salah abang.. Ha jadikan ini pengalaman Ha, janganlah abang salahkan diri..jomlah kita tidur..abang esok nak kerja. Ha esok MC lagi tadi doctor bagi MC dua hari hari ni dengan esok.”

“Oh eloklah kalau macam tu, Ha rehatlah cukup-cukup..esok abang balik kerja abang urut lagi kaki Ha tu. Jomlah kita tidur.” Farhan menarik tangan isterinya untuk membantunya bangun. Mereka beriringan masuk kebilik tidur.. sambil Farhan memeluk bahu isterinya.

“Ha jangan tinggalkan abang lagi ye..abang tak boleh nak fikir kalau Ha tak ada kat depan mata abang. Buntu betul…Ha tahu..dari masa Ha tinggalkan abang sorang-sorang kat rumah semalam, abang dah tak ada selera nak makan. Petang tadi abang beli nasi bungkus..tapi abang tak makan ada dalam peti sejuk tu esok pagi gorenglah. Esok Ha tak payah masak kuah..kuah kari yang Ha masak pun banyak lagi dalam peti sejuk..abang tak boleh makan rasa sunyi sangat Ha dan anak-anak tak ada. Janji dengan abang jangan tinggalkan abang lagi ye..abang sayang Ha dan anak-anak … sayang sangt-sangat.” Mereka meneruskan langkah memasuki bilik mereka.Kerana rindunya yang mengunung Farhan memegang kepala isterinya dan merapatkan mukanya kemuka isterinya mereka berhenti sekejap lalu dicukup bibir isterinya lama.Tidak sampai kebilik sempat juga Farhan.

            Malam itu kasih yang terasa dingin oleh Farhan hangat semula. Isterinya tidur memeluk dirinya hingga kepagi. Walaupun pelukkan isterinya diselangi regekkan anak yang minta disusui, tetapi selepas itu isterinya akan memeluk dirinya semula. Disebelah pagi pula selepas solat subuh isterinya kedapur menyediakan sarapan pagi seperti biasa.

Kenyang perutnya ketempat kerja pagi itu. Dia memulakan kerja pagi itu dengan ceria. Sungguh benar kata pepatah.. sesuatu kejayaan itu bermula dari rumah.Jika rumah tangga bahagia anak-anak kesekolah dan para pekerja yang memulakan hari mereka dengan rasa riang dan ceria. Barulah boleh timbul semangat MALAYSIA BOLEH.


========================


Kini Fatin mengandung lagi, sudah dua bulan usia kehamilanya. Sejak periistiwa Fatin jatuh dari motor..Farhan sangat menjaga keharmonian rumah tangganya. Walau pun ada sebuah lagu  mengatakan‘Panas tak setahun redup juga menggilir masa.’.Tetapi Farhan akan memastikan redup yang dialami akan panas semula hingga keakhir hayat mereka.

Kini dia selalu membantu isterinya, tidak kiralah melakukan kerja rumah atau pun menjaga anak-anak. Dia lebih menunjukkan rasa kasih sayang dan keperihatnan kepada anak-anak dan isterinya. Dia juga cuba mengawal perkataan jika dia memarahi anak-anaknya. Nasihat ibu dan ayahnya dipegang teguh. Setelah mengikuti segala nasihat ayah dan ibunya dia mengakui keadaan rumah tangganya bertambah bahagia. Isterinya juga sudah ada waktu untuk bermanja dengannya.

Tetapi cabaran berumah tangga bukan boleh dijangkakan.  Terlalai sedikit kita akan menerima akibatnya dari kecuaian kita sendiri. Jika tidak mampu bertahan atau menangkis cabaran mahu runtuh hingga hancur berkecai rumahtangga yang pada mulanya harmoni dan bahagia. Ingatlah setiap dari kita harus bersiap sedia dengan cabaran dan cuba mempertahankan rumahtangga jika ianya mahu kekal  hingga keakhir hayat. 

Kebahagian rumahtangga Farhan mula berkocak. Ini  bermula dari satu  panggilan telefon. Tampa diduga Farhan menerima satu panggilan telefon dari  seseorang yang telah lama dilupa kan olehnya. Malam itu ketika Fatin sibuk berkemas didapur selepas makan malam, sementara Farhan pula diruang tamu memerhatikan anak-anaknya bermain. Tiba-tiba  telefon bimbitnya bergetar menandakan ada panggilan masuk, dia bangun untuk mengetahui siapakah yang memanggil diwaktu itu. Dia jarang menerima panggilan diwaktu-waktu begitu sebenarnya. Bila dilihat ada nombor asing tertera di screen telefon bimbitnya, Farhan menjadi ragu.. dibiarkan sahaja telefon bimbitnya yang menjerit-jerit agak lama.. nasib baik didalam mood perlahan..akhirnya deringan itu mati, bila lama tidak berjawap. Pada fikiranya jika ianya penting tentu sipemanggil akan menghubunginya kembali. Ternyata deringan itu bergema lagi.. Farhan mengambil panggilan, apabila diangkat terdenaar suara wanita menyapanya dengan lembut dan memberi salam…Suaranya aduhai terus meresap terus kekalbunya.

“ Hai Farhan..Assalamualaikum apa khabar sekarang..macam mana dengan kehidupan..semoga bahagia .“ Serasa pernah didengar suara merdu itu, siapa agaknya Farhan mencari-cari dalam kotak memorinya.

“Waalaikumsalam ..Alhamdulilah baik dan bahagia..boleh tahu siapa ni.”

“You dah tak kenal suara I lagi Farhan.” Ohh dia tahu nama aku… siapa ni??..Farhan tertanya-tanya didalam hati. Diperah kepalanya untuk mengingati.

“Entahlah ..saya tak ingat..kawan kat mana ye..” wanita bagai menyuruh Farhan berteka teki pula.

“Kawan satu Universiti..satu kelas  lagi.”

“Siapa ye..saya tak ingat.” Farhan berkata jujur malas dia mahu meneka-neka..

“Saya Nur Saleha binti Abdul Rauf ingat lagi tak?.” Berdegup kencang  jantung Farhan ..secara spontan wajah Saleha yang ayu terlayar diruang matanya. Sebenarnya dia sudah melupakan gadis itu.

“Oh kalau Nur Saleha tentulah I masih ingat lagi..mana dapat nombor I ni?.”

“Bulan lepas Edlan dan Suhaila datang Penang, dia datang kat Farmasi I..lama juga kami berborak..mengingati kisah-kisah kita kat Shah Alam dulu..dah terlanjur berjumpa dan bercerita tentang kawan..I minta sekali nombor you. Senang-senang nanti  bolehlah kita berbual-bual masa lapang.” Suhaila isteri Edlan pernah sebilik dengan Nur Saleha ketika mereka sama-sama menuntut di UiTM Shah Alam dahulu.Tetapi Suhaila junior mereka setahun.

Dari Suhaila lah Nur Saleha tahu Farhan meminati dirinya suatu ketika dahulu. Tetapi ketika itu hatinya sudah  diserahkan kepada jejaka lain.  Dirinya sudah diperkenalkan dengan sepupunya dari sebelah ibunya. Sepupu yang baru tamat belajar dari luar negera. Untuk mengeratkan lagi tali persaudaraan mereka, kedua belah keluarga merancangkan jodoh mereka berdua. Setelah berkenalan dan berbincang empat mata, mereka bersetuju apa yang dirancangkan oleh keluarga mereka..

Semenejak itu Nur Saleha tidak pernah memandang pemuda lain, hatinya dan perasaanya hanya untuk  Muhammad Fikri yang telah menjadi tunangnya. Mengikut perancangan keluarga dan juga persetujuan Muhammad Fikri dan Nur Saleha sendiri sehabis sahaja NurSaleha belajar mereka akan dinikahkan. Mereka pasangan yang sungguh padan.  Bak kata pepatah  Bagai pinang dibelah dua, atau bagai cincin dengan permata. Apa tidaknya mereka berdarah Arab disebelah ibu, dipihak NurSaleha pula ayah nya anak mami  Penang dan disebelah Muhammand Fikri ayahnya pula campuran Cina dan Melayu. Itulah sebabnya wajah mereka bak kata orang sekarang cun meluncun.

“Agaknya Edlan tak sempat nak ceritalah tu, dia tak cakap dengan I pun dia jumpa you masa balik kampung isteri dia.”

“Dia terlupalah agaknya..you sekarang kat mana?.”

“I satu tempat kerja denga Edlan kerja kat hospital kerajaan.. jadi kuli..”

“Jadi kuli kerajaan bagus apa..hujung bulan dapat gaji… you dengan Edlan macam tak boleh nak berpisahkan kan dari Universiti lagi you dengan dia.”

“I dengan Edlan ni memang  macam tak boleh nak dipisahkan dari matrikulasi sampai kat U dan kerja pun ditempat yang  sama.”

“Untunglah you dapat kawan sebaik Edlan dan Suhaila.”

“Alhamdullilah..You pulak kat mana sekarang?”

 “I kat  hometown I ..dah buka Farmasi sendiri..ayah I bagi modal.”

“Untunglah you muda lagi dah ada Farmasi sendiri…esok-esok kita sambung lagi ye, I ada kerjalah.”Bila Fatin muncul dari pintu dapur cepat Farhan memutuskan bualanya. Dilihatnya anaknya yang kecil merangkak kemudian berdiri  lalu menghulur botol susu kepada ibunya.

“Adik ni tak boleh nampak muka ibu cepat dia hulur botol dia.”

“Meh ayah buatkan susu..ibu dah penat tu.” Laju Farhan menghampiri anak dan isterinya yang sudah mencapai botol susu anaknya. Dia kedapur untuk membancuh susu sambil  memimpin tangan anaknya yang baru pandai berjalan. Anaknya yang kecil baru berusia satu tahun, baru pandai berjalan dua tiga hari yang lalu, itulah sebabnya dia masih banyak merangkak dari berjalan. Apabila mendengar ayahnya mahu membuat susu untuk adik mereka, anakya yang dua orang lagi leka bermain  diruang tamu berkejaran mendapatkan ayah mereka dengan permintaan yang sama, Fatin kedapur semula membantu suaminya melayani tiga orangt anak mereka.. Kini mereka saling bekerja sama dalam hal-hal rumah tangga.

========================================================



Bermula dari telefon pertama itu bermulalah episod saling berbalas  panggilan atau SMS antara Farhan dan Nur Saleha. Kadangkala Farhan merasa hairan kini dia boleh berbual mesra itu dengan Nur Saleha, sedangkan dulu dia tidak pernah bertegursapa jauh sekali berbual, walaupun mereka satu kelas. Dia hanya berani memandag gadis itu dari jauh sahaja.  Apabila dia menyatakan rasa sukanya  kepada Edlan sahabatnya mencabar keberanianya.. Dicubanya juga untuk merapati NurSaleha ketika itu  diatas cabaran Edlan tetapi  pada perkiraan Farhan, Nur Saleha seperti mengelak dari bertembung atau bersemuka dengan dirinya. Sebab itulah perasaanya tidak terluah sehingga diakhir pengajian mereka.
 Setelah dua tiga bulan perhubungan antara Farhan dan NurSaleha..dari berbual cerita-cerita biasa kini sudah masuk kebab peribadi pula. Nur Saleha sudah  tidak segan silu menceritakan masaalah rumahtangganya yang kini hanya tinggal kenangan. Kini dia sudah menjadi ibu tunggal beranak tiga. Sungguh sedeh ceritanya..seorang wanita cantik yang diminati oleh ramai jejaka suatu ketika duhulu ditinggalkan oleh suaminya kerana wanita lain.

“Kenapa suami you tinggalkan you.” suatu hari Farhan beratnya, ingin mengetahui punca masaalah rumah tangga Nur Saleha. Selebih nya dia ingin menyelidik.

“Dia dah jumpa wanita yang lebih cantik dari I…yang kedua mereka satu bidang pekerjaan… mereka dokor sama doctor kat Hospital Penang..I ni apalah saja..hanya pegawai Farmasi sahaja.”  Luah Nur Saleha bernada jauh hati dihujug talian.

Tetapi yang hairanya hanya NurSaleha sahaja yang menceritakan kisah rumahtangganya. Dipihak  Farhan tidak pernah sekali menyatakan dia juga sudah mempunyai keluarga bahagia. Mungkinkah Farhan masih mengharap kehadiran NurSaleha dalam hidupnya. Masih adakah harapan Farhan agar Nur Saleha memenuhi  rasa sukanya suatu ketika dulu. Jika itu yang ada dibenaknya dan jika begitu niatnya sungguh tinggi angan-angan Farhan…bolehkah kita bertanya siapakah yang bakal disingkirkan dari hatinya nanti.. ataukah keduanya mampu diisi dalam ruang hatinya yang sempit.  Antara Nur Saleha dan Fatin Najiha adakan mereka rela berkorban berkongsi kasih Farhan...  Farhan oh Farhan jangan jadi yang di kejar tidak dapat, yang dikendung berciciran..sudahlah.








3 comments:

  1. x semua perempuan suka berkongsi kasih... kadang2 tu dr awal perkahwinan pun ada si isteri cemburu bila suami melebih2kan adik perempuannya. inikan pula berkongsi..

    ReplyDelete
  2. maaf nak cakap yang hana pon tak setuju kalau nak kongsi kasih..
    rela jadi single mother dari berkongsi kasih..

    ReplyDelete