Mizan
Khir cepat-cepat masuk kebiliknya.Dia tahu jika Sarah terlihat kelibatnya
mungkin dia menjadi tidak selesa nanti. Dia akan kemasjid berhampiran pekan
kampung mereka. Dia akan duduk disitu supaya anak-anak dapat melepaskan rindu kepada
orang yang dipanggilnya mama. Ketika mereka sibuk bercerita didapur Mizan Khir menyelinap keluar rumah, dia
menghampiri motorsikal buruk ayahnya. Dia sudah bersiap dengan baju melayu dan
berkain pelikat. Niat dihatinya ingin beri’tikaf di masjid hingga waktu Magrib
nanti. Sampai sahaja diMasjid Mizan menghubungi emaknya.
“Assalammualaikum! Mak Mizan ni. Mizan
nak duduk kat masjid sampai Magrib
nanti. Mak cakaplah dengan ayah nanti ayah cari
Zan pula. ”.
“Waalaikum salam. Ok” Senyum Hajjah
Nafisah menerima panggilan anak lelakinya. Hatinya berbunga riang anak dudanya
pandai membawa diri bila ada wanita bukan muhrim didalam rumah mereka.
“Siapa yang call mak.” Maryam hairan
melihat emaknya selepas menerima panggilan dari seseorang. Jawapanya hanya ‘Walaikumsalam dan ok’ tapi emaknya
tersenyum lebar.
“Abang kamu, syuut”.Hajjah Nafisah
menjawab dengan suara senyap hanya mulutnya sahaja yang bergerak kemudian jari
telunjuknya menunjuk kebibirnya, menandakan agar perbualanya tidak didengari
oleh Sarah yang sibuk melayani anak-anak angkatnya bertanya itu dan ini. Maryam
yang faham dengan bahasa emaknya juga terseyum lebar.
Setelah
puas melayani dua orang anak dara kecil Mizan, Sarah ingin menjenguk emak
angkatnya pula. Tetapi langkahnya terhenti bila
dilihat ada kereta ayah Isnya terpakir dihalaman rumah emak angkatnya.
Langkahnya berhenti dimuka pintu hanya
matanya sahaja dihalakan keruamah emak angkatnya yang tidak jauh dari rumah
Maryam.
“Kenapa kak Sarah..kalau nak pergi
pergilah cepat nanti Yam datang dengan budak berdua tu”.
“Bukan tak nak pergi, tu ada kereta
ayah Is lah Yam”. Ada suara hampa kedengaran disitu.
“Ialah itu kereta Pak su Ishak tu.
Bila sampainya pak su Is mak?”.Hajjah Nafisah turut menjenguk dan memandag
kearah rumah Puan Siti NurBahiah untuk memastikan kehadiran birasnya.
“Baru sampai agaknya, semalam tak ada
pun, kerap juga dia datang sini sekarang
ni walaupun sekejap. Minggu lepas datang juga tapi tak sempat bermalam.Datang
singgah sebelum dia pergi kePenang kata mak su Yah kamu”.Untuk mengelakkan
pernikahanya diketahui oleh isteri pertama, pertemuan antara Ishak dan Siti
NurBahiah dilakukan secara menyorok-nyorok. Jika dia dikehendaki keluar dari
Kuala Lumpur dia kan singgah sebentar menemui isterinya mudanya dan pulangnya
juga akan begitu. Itulah nasib isteri nombor dua yang disorok.
“Ohh.”Hanya itu yang keluar dari mulut
Maryam dan Sarah.
Sarah masuk semula tidak jadi
melangkah.Bila emak Maryam mula kedapur untuk meyediakan makan tengahari Sarah
turut membantu.
“Yam tengahari ni ayah kamu nak makan
gulai nangka muda meh tolong emak siang nangka Yam, kamu makan tak nangka muda
ni Sarah”.
“Hsyy sedap tu makcik ..apa yang tak
makan pulak”.
“Ok kita masak nangka muda dengan ikan
talang kering tengahari ni, Yam ambilkan emak bekas minyak goreng ikan atas
para tu Yam”.
“untuk apa mak?”
“Ni mak nak lumur pisau dan tangan
emak ni”.
Sarah dan Maryam hanya memerhati bagai
mana Hajjah Nafisah menyiang nangka muda.
“mak cik!kenapa dilumur pisau tu
dengan minyak masak tu?”.
“Supaya getah nangka tu tak melekat
sangat kat pisau ni. Bila getah nangka melekat banyak sangkat hulu pisau niNanti
susah pula nak ditanggalkan”.
“Ohh..Sarah tak pernah tenguk orang
siang nagka muda.Biasanya beli gulai yang dah siap dimasak sahaja.Susah juga nak
siang rupanya.”
“ SiYam tu pun tak pernah nak siang
nangka Sarah. Siang nangka ni leceh
getahnya. Ni mak cik potong Sarah tolong siramkan air kat tangan mak cik ni.
Cara ni pun untuk mengurangkan getah nangka melekat kat tangan dan pisau kita.
Kalau dah melekat kat pisau tangan kita jadi melekit-lekit nak pegang pisau pun
rasa tak selesa”.
Tengah
hari itu mereka makan gulai nangka muda yang dimasak bersama ikan talang
kering. Sungguh berselera mereka makan. Sarah lagilah berselera, kerana
rindunya sudah ada dihadapan mata dengan keletah yang tidak pernah menjemukan
dirinya.
“Meh
kakak ngan adik nenek yang suap, mama
nak makan dengan mak su tu”. Hajjah sudah memegang pinggan untuk meyuapi
cucu-cucunya seperti kebiasaan.
“Tak mau kakak ngan adik nak mama
suap. Mama suap yeee”. Manja sahaja permintaan Zurin memandang kearah Sarah
diikuti pula oleh adiknya Zira. Zira pula apa yang dilakukan oleh kakaknya
dialah yang menjadi penyokong kuat dan pengikut setia. Zira sudah banyak
cakapnya walaupun pelat dan tidak difahami apa yang diperkatakan. Pinggan
ditangan Hajjah Nafisah bertukar tangan. Berbunga riang hati Sarah bila dirinya
bagai sangat dihargai oleh anak-anak kecil itu.
Selesai
dia menyuapi anak-anaknya makan dia pula makan.Dua minggu seleranya tertutup
kerana rindukan anak-anak dan emak angkatnya. Dia makan bersungguh-sungguh, dah
tak payah tunjuk ayu lagi. Maryam hanya tergelak melihat telatah Sarah.
“Walau
hanya lauk kampong berselera sungguh akak makan ye. Tapi kalau makan macam ni depan
pak we, takut pak we nak datang meminag…”.
“Peduli
apa Yam kalau dia tak nak meminag akak,
janji perut akak kenyang. Yang sebetulnya sedap sangat gulai emak Yam
ni, yang kita makan kat kedai kenapa tak sedap macam ni Yam”.
“Mana
ada, Yam rasa sama aja, rasa nangka juga.”
“Tak
Yam akak rasa sedap, terasa lemaknya serainya pun berbau, tapi yang membuka
selera ni mungkin rasa ikan masin ni”.
“Ialah
mungkinlah kita ni semuanya ambil saja kat belakang rumah, kelapa tak payah
beli, nangka pun yang baru petik, itu yang jadinya sedap tu. Yam rasa nak ratah
saja nangka ni”. Sambil makan mereka berbual, mesra sahaja nampaknya Sarah dan
Maryam.
“Ialahlah
tu, akak tenguk Yam dah tiga kali tambah nasi dah Yam ni, akak tak makan lagi
dia dah mula, ni akak dah nak siap dia tak habis lagi”.
“Yam
makan kunyah sampai empat puluh empat kali baru telan lah kak”.
“Ialah
tu”. He he he seorang dara, seorang janda terkekek-kekek dimeja makan. Emak dan ayah Maryam hanya
mengeleng melihat gelagat mereka.
Selesai
makan dan berkemas Sarah membawa anak-anaknya duduk dibawah pokok jambu,
mengambil angin. Hendak kerumah emak angkatnya dia segan kerana ayah Is masih
ada disitu. Hendak masuk kebilik takkan
lah tetengah hari buta hendak duduk memerap didalam bilik. Dia juga tahu
berbudi bahasa jika dirumah orang.Dia ingin mendandan rambut anak-anak
angkatnya untuk mengisi masa lapangnya. Ditangannya ada sikat, reben dan getah
rambut. Apa yang dirasanya ketika itu SANGAT BAHAGIA itulah rasa yang hadir
dari lubuk hatinya. Rasa berbaloi dia
berkejar dari Damansara keMelaka tadi.
“Meh sini mama dandan rambut adik dulu
ye..lepas adik kakak pula”. Sudah ada pelanggannya walaupun salonnya hanya
dibawah pokok.
Yang
menjadikan dia selesa, kerana sejak dia
sampai tadi tiada pun kelibat Mizan ayah kepada anak-anak angkatnya. Sedang dia
leka mendandan rambut Zira kedengaran sebuah motor masuk keperkarangan rumah
keluarga Maryam. Sarah yang
membelakangkan jalan tidak memperdulikkan.
Injin motor sudah diberhentikan, mengikut dari peka deria telinganya
tidak jauh dari tempat mereka duduk. Tangannya terus menyikat perlahan rambut
pelangan kecilnya.Pada perkiraan Sarah tiadak ada kepentingan untuk mengambil
tahu siapa yang menunggang motosikal, jika seseorang menuju kerumah Maryam
tentu sahaja kenalan ayah atau abang Maryam yang ingin mengunjungi keluarga
Maryam, dia orang luar tidak perlu ambil tahu.
Tiba-tiba
ucapan salam garau, terasa sangat hampir dibelakangnya menyebabkan dia sungguh
terkejut hingga terlepas tangan dari memeganag rambut anak angkatnya,
punggungnya juga terangkat sedikit…
“Assalammulaikum”.
“Walaikum salam” Agak terjerit sedikit
spontan jawapan salam disambut dengan duduk yang terkinjat kerana terperanjat.
“Is is is ayah ni, kesian mama sampai terperanjat.
Lain kalau bagilah salam lembut-lembutlah sikit, macam ni kakak ajar
Assalamualaikuuum. Haa barulah mama tak terperanjat”. Dengan suara kecil dan
berlagu-lagu pandai sungguh sikecil Zurin mengajari ayahnya yang kurang berbudi
bahasa pada pendapatnya. Dia kesian mamanya terperanjat hingga terkinjat dari
duduk yang tenang.
Terhenyut-henyut
badan Sarah menahan ketawa kerana rasa lucu bila melihat lakunan Zurin tadi,
begitu juga dengan Mizan dia sudah terbungkuk-bungkuk ketawa kerana kelucuan.
Sarah menoleh, dua anak angkatnya juga
menoleh memandang wajah ayahnya yang menayang sengeh.
“Sorry tak sengaja, boleh join”.
“Err..err” belum sempat Sarah memberi
jawapan Mizan Khir sudah duduk dihujung pangkin.
“Nak cakap sikit dengan awak”. Mizan
memberi penyataan. Sarah jadi berdebar pula takut-takut Mizan mahu memberinya
amaran supaya jangan rapat dengan anak-anaknya.
“Cakaplah.”Sarah tidak memandang
kearah Mizan lagi. Walaupun hatinya berdebar tetapi tangannya meneruskan kerja
mendandan rambut Zira yang sudah terlerai akibat terlepas tadi. Dia perlu cepat
menyelesaikan kerjanya kerana seorang lagi pelangannya sedang menungggu giliran
dengan sabar. Zurin mahu rambutnya
didandan juga, janjinya tadi selepas dia siap mendandan siadik.. sikakak pula.
“saya balik sekejap aja ni, balik nak
makan. Tak tahan perut dah lapar Lepas makan nanti saya akan duduk masjid
balik”.
“Ya Allah! saya datang ni menyusahkan
awak ke? Saya minta maaf saya tak berniat pun macam tu, kedatangan saya dah susah kan awak pula.”.Terkejut Sarah
dengan penyataan Mizan tidak disangkanya Mizan duduk diMasjid kerana memberi
nya peluang untuk melayani anak-anaknya.
“Taak awak tak menyusahkan saya. Tapi saya
takut awak lari balik..bila nampak saya
ada kat rumah nanti. Sebelum awak lari balik saya cakap dulu”. Terus
terang Mizan.
“Janganlah cakap macam tu, inikan
rumah keluarga awak, sepatutnya awak tak payahlah lari duduk kat masjid. Saya
ok, sekejap lagi saya nak pergi rumah emak saya tu. Tapi sekarang ni saya nak
duduk sini kejap, nak dandan rambut anak-anak ni. Kesian awak sorry ye..”.
“Yang sepatutnya kalau awak kesian kan
saya, bila dah awak angkat anak-anak saya menjadi anak angkat awak, angkatlah
ayahnya sekali”.
“Ha!!!.” Terkejut Sarah dengan
perkataan yang keluar dari mulut duda dihadapanya. Bulat matanya spontan
memandang kearah Mizan..dia ingin mencerana dan mencari maksud apa yang
diperkatan kan oleh Mizan sebenarnya. Kemudian Sarah bangun.Entah dia jadi
bingung, tak tahu tujuan dia bangun mungkin mahu masuk kedalam rumah atau mahu
kerumah emak angkatnya. Dia bangun tampa tuju kemana handak dituju.
“Awak nak kemana pulak tu duduklah
dulu..kita tak habis bicang lagi”. Datar sahaja suara Mizan seakan dia berkecil
hati, kerana bagai Sarah tidak mahu melayani dia berbual.
“Err..err”. Sarah jadi
tertoleh-tertoleh antara Mizan dan pintu rumah.Tadi sebenarnya dia sudah tenang
itulah sebabnya perkataanya yang keluar dari bibirnya banyak sedikit. Tetapi
bila Mizan mengeluarkan pernyataan angkat mengangkat dia jadi tidak tentu arah
pula. Kepala bercelaru dengan maksud yang cuba disampaikan oleh Mizan hingga
terkesan pada perbuatanya.
“Dah lah meh duduk sini sekejap, saya nak tanya awak ni..Hssyy awak ni blur
lah. Orang cakap sikit dah jadi bingung macam orang tak betul saja. ” Dah pula
Mizan mengatakan Sarah blur dan orang tak betul…orang tak betul tu apa??? Soal
Sarah dalam hati. Bukan ke orang tak betul orang gila.Hangat hati Sarah bila
orang yang dihadapanya mengatakan dia begitu. Dah dia yang cakap tak jelas dia
kata orang tak betul pula bebel hati Sarah yang kegeraman.
“Saya nak tanya ni..” lama Mizan
mendiamkan diri sehingga Sarah jadi tidak sabar mahu mendengar apakah yang mahu
diperkatakan oleh Mizan. Walaupun
hatinya membebel kegeraman dia tetap berdiri menanti Mizan bersuara.
“Ehh nak tanya tanyalah..kalau tak nak
tanya saya nak masuk ni. Nak tidur meh lah kakak ngan adik ikut mama tidur”..
Ehh sedapnya dia ajak anak orang tidur
dengan dia..ingat aku ni siapa ‘BAPAK’ budak-budak tu senang-senang dia ajak
anak kikta tidur dengan dia pula.
“Tunggulah duduk dulu... Kakak adik
tunggu dulu ayah nak tanya mama ni, duduk!!”. Arah Mizan, garang sahaja
terdengar suaranya, tetapi perkataan ‘mama’ mesra pula didengari oleh telinga
Sarah. Sarah dan anak-anaknya mengikuti arahan Mizan. Mereka duduk semula.
“Memandangkan awak ni tak tahu bahasa
berlapik saya tanya terus terang. Kalau saya nak pinang awak pada siapa saya
nak pergi meminang”. Haa kan Mizan sudah menanyakan soalan cepu berliannya. ‘Dasyat gila’Sungguh dia berterus terang
detik hati Sarah yang terkejut. Tadi cakap tak terang dia jadi blur kini dia
cakap berterus teranag Sarah jadi terkejut.
“Haa??” sekali lagi Sarah terkejut dia
betul-betul jadi blur dengan pertanyaan Mizan duda anak dua yang dihadapanya
sekarang.. Hingga ternganga dan bulat mata Sarah dibuatnya kerana terkejut,
memandang kearah Mizan duda yang tak
tahu berbudi bahasa.
Sebenarnya
lama Mizan memikir baik buruknya membuka hatinya untuk mejadikan Sarah mama untuk anak-anaknya disamping itu halal
untuk dirinya. Supaya merek tidak kekok bila duduk bersama seperti sekarang
ini. Tujuan utama agar anak-anaknya ada tempat untuk bermanja. Dilihat pada
mata kasar anak-anaknya sudah sangat serasi dengan Sarah, bagi dirinya
kebahagiaan anak-anak adalah perkara utama dalam hidupnya sekarang ini. Setelah
yakin dia memeberanikan diri bertanya dari hati kehati kepada Sarah, dia tidak
mahu melalui orang tengah. Ini dia memulakan langkah pertama, tetapi silapnya
dia orang muda mana tahu nak berkias bagai.
“Tak kan bahasa senang macam tu awak
tak faham?” Garangnya Mizan ni, tak ada pujukkn atau nada suara yang lembut
mahu memikat janda muda dihadapan mata.
“Faham, tapi betul ke awak tanya macam
tu?” Sarah jadi tidak mengerti apakah yang dimahukan oleh Mizan, mahu
meminangnya tapi bahasa dan gayanya macam orang nak bergaduh sahaja.
“Habis siapa lagi yang tanya?ada ke
orang lain kat sini”. Mizan tertoleh-toleh kiri dan kanan.
“Awak!awak tahu tak siapa saya?”
“Tahulah nama awak Maisarah binti
Zamri, kawan serumah dan satu tempat kerja Maryam adik saya”.
“Awak tahu tak saya ni janda?”
“Tahu awak janda tak ada anak”.
“Habis kenapa awak nak kan saya..Awak
tahu tak dua tahun lebih saya jadi isteri orang dulu, tak menyesal ke nanti.”
“Habis..Saya ni teruna ke yang nak
menyesal kahwin dengan janda, kita samakan, awak janda saya duda anak dah dua
atau sebab saya dah ada anak dua jadi awak tak sudi nak terima saya. Ialah bak
kata orang duda kan bekas orang”.
‘Tak
padan dah duda sensitive pula dia ni, tadi suaranya bukan main garang, ni
sensitive pula.Emosi tak setabil betullah dia ni..nak kata datang bulan.. dia
ni jantan datang bulan apanya’. Bebel Sarah dalam hati mengenai orang
jantan yang duduk sepangkin denganya. Wajahnya berkerut-kerut memandang Mizan
yang masam mencuka.
“Hsyy awak ni merepek yang bukan-bukan
kenapa?. Maksud saya.. biasanya orang kahwin nak kan anak. Saya ni pernah
berkahwin dua tahun lebih tapi tak dapat anak, tak takut awak kalau saya tak dapat memberi anak pada awak”.
“Ohh itu boleh diushakan, sekarang
bidang perubatan sangat canggih, macam-macam cara ada untuk membantu orang yang
berusha. Lagi pun yang memberi anak adalah saya. Awak tu hanya tolong
mengandungkan anak saya sahaja itu pun kalau kita dah nikah lah”. Berbahang
rasa muka Sarah mendengar kata-kata yang keluar dari bibir Mizan Khir yang agak
tidak bertapis. Ahhh sungguh lelaki ini berterus terang. Mungkin kerana lelaki
ini pernah berkahwin itulah sebabnya ayatnya tak ada ‘water filter’. Sarah
hanya mendiamkan diri dia tidak tahu apa yang mahu dikatakan lagi.
“Jadi macam mana? Kalau saya nak
pinang awak, pada siapa yang boleh saya pergi meminang”.
“Saya yang sebenarnya dah tak ada
siap-siapa lagi yang boleh diharapkan. Masa saya kahwin dengan bekas suami saya
pun kami pergi berdua sahaja kat Sempadan Siam”. Sarah juga sudah menjadi seperti Mizan, kata-katanya terus dan telus
tampa selindung.
“Awak nak yang macam tu ke? Kalau saya
cara tu adalah jalan yang terakhir setelah habis ikhtiar. Awak masih ada abang lagi kan. Dan awak tahu
kat mana dia duduk, tak boleh ke diushakan kita jumpa dia. Pada saya kalau kita
dah berusha jumpa dia dan dia tak mahu mewalikan awak, kita boleh berwali hakim
untuk nikah ditanah tumpah darah kita sendiri.Tak payahlah kita nikah di
Sempadan, pada saya nikah disempadan hanya untuk orang yang terdesak.Kita masih
ada keluarga untuk merestui pernikahan kita.”Lembut sahaja nada suara Mizan
memberi pandangan.Sayu hati Sarah mendengar penerangan dari Mizan. Kini sudah
tertutup sikap garang Mizan dimata Sarah.
“Tahu, mereka masih di Gemencih, tapi
mereka dah tak ambil berat hal saya”.
“Walaupun mererka tak ambil berat hal
awak tapi mererka tetap waris awak dan wali awak kalau awak nak nikah. Atau
awak memang suka nikah kat Sempadan Thai?”.
“Hsyyy awak ni saya ni perempuan
Melayulah, kalau boleh hari bahagia saya nak dihadapan saudara mara, dan kalau
boleh diwar-warkan. Saya sebetulnya tak mahu hari yang bermakna bagi saya, diSOROK
macam dulu.Tapi betul ke awak nak nikah dengan saya? Kenal tidak, bercinta jauh
sekali..tup-tup kita nikah. Macam mana kita nak menghadapai hari-hari yang
mendatang bersama-sama.”.
“Alah kita ni kan dah tua tak payahlah
nak bercinta bagai. Rasa cinta itu akan datang sendiri selepas kita nikah
nanti. Yang sebetulnya saya perlukan awak untuk saya dan anak-anak saya. Awak
tak nak tanya kenapa saya pilih awak?”
“Boleh juga kalau awak nak bagi tahu”.
“Sebab anak-anak saya sayang sangat
kat awak. Awak tak nak tanya persaan saya pada awak?”
‘Hai
dia ni menyuruh kita bertanya pulak, kalau nak bagi tahu cakap sajalah banyak
songeh lah dia ni’. Pada Sarah dia sedang malu bila berhadapan dengan
seorang lelaki yang melamar dirinya secara terus terang. Ialah dia kan wanita
Melayu yang masih ada sifat malu. Betulkah semua wanita Melayu tebal dengan sifat malu didalam
dirinya?.
“Tak perlu. Yang saya perlukan sayang
anak-anak awak pada saya itu pun sudah cukup”.
Oleh
kerana terlalu lama mereka bercerita kedua-dua akak-anak Mizan sudah baring
dipangkin berbantalkan peha Sarah. Tangan Sarah pula secara spontan membelai rambit keduanya akhirnya mereka terlena disitu. Mizan hanya memandang
tingkah anak-anaknya. Hatinya mengakui anak-anaknya perlukan kemanjaan dan
belaian tangan seorang wanita yang bergelar mama atau ibu atau emak.
“Jadi oklah kalau kita nikah”.
“Saya sebenarnya dah tak ada apa- apa
rancangan untuk hari depan saya. Untuk mengharap kekasih datang menunaikan janji pada saya pun tak ada. Harapan untuk
saya bahagia dalam rumah tangga pun rasanya dah jauh dari gapaian. Pada saya
hidup saya akan berlalu begitu sahaja, saya ingin memberi kasih pada anak-anak
awak yang dah tak ada ibu. Bila saya berkenalan dengan anak-anak awak yang
comel ni bertambah kuat semangat saya. Awak nak tahu apa perasaan saya bila
kasih saya diterima oleh anak-anak awak?”
“Apa perasaan awak?”Tanya Mizan ingin
tahu.
“Sangat bahagia. Kata mak su Yah kalau
kita dapat mengembirakan hati anak yatim kita akan diBerkati dan diRahmati
Allah. Inilah nikmat yang saya rasa kerana mengembirakan hati anak yatim
BAHAGIA”.Mizan memandang Sarah dengan wajah yang berseri-seri terpancar
kebahagian diwajahnya. Mungkin benar dia bahagia. Bila Mizan tidak bersuara
Sarah mengambil peluang menyampaikan apa yang ada diahatinya.
“Sebetulnya setelah saya menjadi
isteri dulu saya sangat mengharapkan dapat membelai anak-anak kecil. Tapi ialah
Allah tak beri rezeki itu pada saya. Awak!! Awak jangan salah faham
pada saya, saya tak pernah mengharapkan awak ambil saya sebagai isteri. Cukup
kalau awak izinkan saya mengasihi
anak-anak awak.”
“Saya pun macam awak juga, nak
harapkan kekasih datang pun dah tak ada, nak mengharapkan janji ditunaikan pun
dah tak ada, jadi pada hidup saya berlalu begitu sahaja saya nak balas kasih
pada orang yang sudi mengulur kasih ibu kepada anak-anak saya. Saya tersedar
fitrah anak-anak saya dengan kehadiran awak,
yang sebenarnya mereka sangat mengharapkan kasih ibu. Ini fitrah setiap
anak memerlukan kasih ibu dan ayah barulah lengkap hidup mereka. Jadi bila
boleh kita ikat hubungan kita, supaya mudah kita memberi kasih pada anak-anak. Mereka
dapat melihat kita bersama-sama dalam keadaan yang halal. Kita pun tak lah kekok macam sekarang
ni. Jadi bila yang boleh kita menghalalkan hubungan kita”.
“Saya tak kisah sebenarnya, ikut pada
kelapangan masa awak lah”.
“Ikutkan saya sekarang ni pun
boleh.Tak payahlah saya duduk masjid lagi”. Ada senyum dihujung bibir Sarah,
Mizan pula ada tawa perlahan dihujung katanya. Hati mereka bagai dijentik kelucuan bila Mizan berkata
begitu. Apakah itun putik bahagia mereka.
“Ohh!! tak payah lah pergi lagi,
lagipun sekejap lagi saya dah nak balik
KL dah. Mereka berdua ni dah ok rasanya,
saya pun dah ok ni”.
“Awak pun tak ok ke sebelum ini??”.
Mizan ingin tahu perasaan Sarah.