Diakhir hari bekerjanya Nuri meletakkan keretanya
dirumah kak Ton. Dengan senang hati Nuri memberi kebenaran kepada kak Ton
menggunakan keretanya untuk mereka pulang kekampung mereka di Pahang. Arwah
suami kak Ton juga berasal dari Pahang. Mudahlah kak Ton anak beranak
menziarahi keluarganya dan keluarga suaminya sekali.
“Kak Ton esok Nuri dah mula cuti”.
“Awal Nuri cuti, balik mana?”.
“Syukri ajak balik kampong dia kak Ton.”
“Baliklah..kesian emak mertua Nuri tentu dia pun
mengharapkan Nuri dan cucu-cucu dia balik”.
“Ialah kak Ton memang dah rancang nak balik. Ni Nuri
nak letak kereta kat sini. Kalau kak Ton nak balik kampong pakailah. Lama juga
saya balik kampong ni, dekat seminggu. Boleh along panaskan enjin kereta Nuri
tu”.
“Betul ke Nuri kasi pinjam. Yang sebetulnya akak dah
terlambat nak cari tiket bas. Along kata tunggu pagi raya kalau ada tiket bas
tambahan”.
“Tak payahlah naik bas kak Ton, pakai saja kereta Nuri
tu. Mana along biar Nuri cakap dengan dia”. Kak Ton melaung memanggil anaknya.
Kebetulan along sudah cuti semestanya ketika itu. Setelah
menceritakan apa yang patut dilakukan oleh along, Nuri membawa anak-anaknya
pulang kerumah. Keluar dari pagar rumah kak Ton kelihatan kereta suaminya baru sampai
dihadapan rumah. Syukri pula bila melihat Nuri memimpin anak-anaknya keluar
dari pintu pagar kak Ton terus sahja melanjutkan sedikit perjalan keretanya.
Ketika didalam kereta Syukri bertanya.
“Kenapa tinggal kereta kat rumah kak Ton”
“Maaf ye bang tak bincang dengan abang dulu. Saya
sebenarnya baru terfikir masa balik kerja tadi. Saya pinjamkan kereta pada kak
Ton diaorang nak balik kampong tapi tiket dah habis. Jadi tunggu tiket bas
tambahan masa pagi raya. Nak bincang dengan abang macam tak sempat, esok lepas
subuh kita dah nak bertolak.”
“Ehh ok lah tu, perkara baik tak payah cakap dengan
bang. Abang tak kisah, lagi pun kak Ton tak pernah berkira dengan kita. Dia
jaga anak-anak kita pun baik sangat. Abang
tak risau kalau kita tinggal anak-anak dengan dia Nuri”.
Seperti yang
telah dirancang mereka bertolak selepas Subuh. Syukri dan Nuri mengangkat anak-anaknya
yang masih tidur kedalam kereta. Setelah memastikan keselamatan rumahnya,
mereka memulakan perjalanan dengan bacaan
Bismillah Umulkitab dan doa naik
kenderaan. Sepanjang perjalanan Syukri memasang CD bacaan AlQuran 30 juzuk.
Agar sepanjang perjalan itu mereka sentiasa mengingati Allah yang satu.
Perjalanan yang memakan masa hampir 8 jam akhirnya sampai juga.
Bila mendengar ada kereta yang berhenti dihalaman
rumah, Imah adik bungsu Syukri cepat-cepat menjenguk keluar rumah. Bila melihat
kereta Syukri dia menjerit memanggil emak yang ketika itu didalam bilik.
“Mak!
abang Syuk balik mak”. Namun tak dihiraukan oleh puan Noriza. Hatinya tak
teruja bila hanya Syukri seorang sahaja yang pulang untuk berhari raya
bersamanya.Mungkin bila dia tidak muncul maka sekali lagi kedengaran suara anak
bungsungya melaung memanggilnya…
Mak abang Syuk balik mak..”
Diiringi
pula dengan kata-kata manja Imah
mengagah budak kecil
“Alala
bucuk mak su..sayang sini mak su dukung.. Wafi tak kenal Maksu ke..”. Imah cuba
menghulur tangan kearah Nuri untuk mengambil anak saudaranya dari dukungan
Nuri. Imah adik bungsu Syukri baru seminggu pulang bercuti, dia belajar di
Universiti Sabah baru di tahun kedua.
“Imah
mana pulak Wafi itu Hadi lah..Wafi tu ha
baru nak bangun.” Anak-anak Syukri tidur di sepanjang perjalanan. Mereka
berhenti sekali untuk menyuapi anak-anaknya makan dan membuang air kecil.
Mendengar perbualan diluar rumah membuat Puan Noriza keluar mencari kepastian,
bila dilihat Nuri sudah tercegat di sisi kereta anaknya. Meluru Puan Noriza
memeluk menantunya dengan tangisanya.
“Alahmdullilah
Nuri dapat cuti ye. Alhamdullilah syukur mak pada Allah, siang malam mak doa
Nuri dapat cuti”.
“Nuri
minta maaf mak..” ayatnya tergantung tidak jadi diteruskan hatinya sebak.
Terasa dirinya bersalah kerana tidak begitu mengindahkan harapan emak mertuanya
selama ini. Rupanya kepulangannya sentiasa dinantikan oleh puan Noriza. Memang
benar kata Kak Mirahnya tempuh hari, kepulangan anak menantu dan cucu itu yang
sentiasa dinanti oleh warga tua.
“Meh,
masuk masuk” tangan puan Noriza menarik tangan Nuri agar mengikutinya
langkahnya masuk kerumah.
“Mak
oooh mak, mak tu bukan ada menantu saja
mak oii. Ni haa cucu emak ni sapa nak dukung, Imah tak larat nak dukung dua
orang, dah pentang ni mak oii. Perut Imah dah kosong, tenaga dah kurang.”. Imah
menunjuk kepada emaknya dua orang lagi anak-anak Nuri yang mula hendak menangis
bila melihat suasana sudah lain dimata mereka. Syukri memasukkan badannya
kedalam kereta untuk mendukung Syuhadah yang sudah bangun dari tidurnya dan
mula hendak menangis. Manakala Wafi masih terpisat-pisat.
“oh..oh
mak terlupa pula. Mana Su mana Wafi. Alah Hadi dah besar dah, muka nya sama
macam Wafi kecil dulu ye Nuri. Mana Su mana Wafi.” Sibuk puan Noriza menanyai
cucu-cucunya. Riuh ruang rumah puan Noriza, itu baru Syukri sekeluarga yang
pulang.
Nuri melihat betapa gembiranya puan Noriza. Bahagianya
terpancar diwajah bukan pura-pura. Setelah berehat sekejap Syukri dan Nuri
mandi membasahkan tubuh mencari kesegaran kemudian mereka menunaikan solat
Jamak Zohor dan Asar, setelah selesai mereka menyertai emak dan adik bungsunya semula
dirunag tamu. sambil duduk diuang tamu menantikan petang mulalah puan Noriza
menanyakan menu mereka petang itu.
“Nuri!
Apa kamu nak makan buka ni. Mak masakkan”.
“Apa-apa
sahajalah mak, apa yang emak masak Nuri makan”.
“Ahh
kamu tu tak tahu nak makan, baik mak tanya Syukri apa dia nak makan. Haa Syukri
apa kamu nak makan buka nanti”. Ketika itu Syukri baru sahaja keluar dari
bilik, setelah selesai melipat sejadahnya.
“Mak
pucuk ubi ada mak. Teringin nak makan pujuk ubi masak lemak dengan kepala ikan
kering emm sedapnya mak. Makan dengan sambal tumis ikan bilis”.
“Hssy
kamu ni mana ada kepala ikan, mak masak badan ikanlah Syukri. Ikan talang ada
dalam peti sejuk tu. Sambal tumis ikan bilis nanti mak masak. Lagi nak masak
apa lagi”.
“Boleh
lagi ke mak..”
“Amboi
abang Syuk kalau dibagi peluang dia cari menu, mau penuh meja ni nanti”.
“Imah
jangan panggil abang Syuk lagi panggi abang Ngah ni Syuhadah ni pun panggilnya
Su juga nanti dia keliru”. Sejak hari itu Syukri dipanggil dengan gelaran
angah.
Sungguh meriah berbuka petang itu. Makanan juga
memenuhi meja. Anak-anak Syukri yang mula takut-takut dan malu-malu sudah
menjadi biasa dengan nenek dan maksunya. Mereka juga sudah berkejar diserata
rumah. Syuhadah juga tidak dengan babanya sahaja, dia juga manja dengan mak
sunya. Semua orang kelihatan bahagia. Syukri merasakan itu. Tidak seperti ketika dia membawa Sarah pulang dahulu.
Pulang dari solat terawih, Puan Noriza membelek balang
biskut bawaan Nuri.
“Nuri tak buat biskut almond London tahun ni”.
“Bukan tak buat mak, yang mak pengang tu biskut almond
lah, tapi tak sempat nak celup dengan coklat. Ingat nak minta tolong Imah
celupkan coklat. Nuri ada bawa coklatnya ada dalam bakul susu budak-budak ni,
lupa nak keluarkan. Mak! kek nya kita buat malam ni ye.”
“Haah bolehlah esok kita dah nak anyam ketupat pula.
Nuri mak nak bakar lemang rasanya”.
“Buluh lemagnya ada ke mak?”
“Nanti mak Tanya pak De kamu, dia tiap-tiap tahun
bakar lemang”.
Nuri mula
mencairkan coklat menggunakan kaidah ‘double
boil’. Untuk mencairkan sedikit coklatnya di memasukkan sedikit minyak
masak dan sedikit majrein kedalam coklat barnya. Manakala Syukri melayani
anak-anaknya bermain dihalaman rumah. Bagi memeriahkan lagi suasana hari
rayanya malam itu Syukri memasang lima biji lampu minyak tanah, dah seperti
malam tujuh likur pula. Imah yang ditugaskan mencelup biskut tidak senang
duduk, dia juga turut bermain bunga api bersama anak buah dan abangnya dihalaman
rumah. Mulalah bising mulut puan Noriza.
“Ya Allah dia pula yang lebih dari Wafi dan Su.
Imaaah”. Puan Noriza mula melaung memanggil nama anak bungsunya.
“Tak apalah mak, bukan selalu dia dapat main. Nurikan
ada tolong emak ni.”
“Kamu tu penat baru sampai petang tadi dah nak masak
lagi ni.”
“tadi bukan Nuri yang memandu. Dari Kampong Subang,
abang yang memandu sorang, Nuri nak ganti dia tak bagi”.
“Pukul berapa kamu bertolak tadi.”
“Lepas subuh mak”.
Malam itu siap biskut almond London Nuri bersama tiga loyang
kek coklatnya. Emak mertuanya mahu lebih kek coklat kerana mahu diberi kepada
jiran-jiran sekeliling rumahnya.
Malam itu bergelimpangan Syukri sekeluarga tidur
diruang tamu. Nuri juga turut tidur dipunjuru dinding bersama anak
kecilnya. Mudah untuknya bangun sahur
katanya.
Kesokkan harinya rumah puan Noriah bertambah meriah,
bila adik Syukri yang bekerja di Kuala Muda Kedah pula sampai bersama
isterinya. Mereka belum lagi mempunyai anak walaupun sudah hamper tiga tahun
melayari Bahtera rumah tangga. Hassan merupakan abang kepada Norhasimah atau
Imah dia seorang Inspektor polis. Manakala isterinya bernama Nazirah, dia seorang guru.
“Ira pegang Hadi tu lama-lama kot bulan depan
melekat”. Arah puan Noriza kepada menantu yang begitu mengharapkan ada benih
suaminya melekat dirahimnya. Itu petua orang tua-tua kata kalau hendak
mengadung.
“Ialah mak..sini anak mak de yang comel ni. Dah berapa
bulan kak Nuri. Badanya montel betul”.
“Dah Sembilan bulan”.
Anak Nuri tidak takut dengan orang asing mungkin kerana
dia biasa melihat orang yang berlainan dirumah kak Ton. Ialah
anak-anak kat Ton yang perempuan ada dua orang dan yang lelaki juga ada dua orang. Mereka
tidak selalu ada dirumah kerana tutuntan mereka sebagai pelajar. Tetapi
sesekali lama juga mereka pulang bercuti. Jika mereka ada dirumah mereka juga
membantu ibunya mengasuh anak-anak Nuri dan Syukri.
Kebetulan Nuri tidak boleh berpuasa dia hari akhir
Ramadan. Dialah yang lebih merasa itu dan ini ketika menyediakan juadah
hariraya. Bagi Nuri dia bahagia bila melihat orang-orang yang disekelilingnya
bahagia. Emak mertua, suami dan anak-anaknya gembira. Itulah yang membuat Nuri
bahagia.
Hampir petang sebuah lagi kereta, berhenti dihalaman
rumah Puan Noriza. Bila dijenguk yang tiba adalah adik Syukri yang bernama NurAmisah berama suaminya dan
sorang anak. NurAmisah dan Suaminya merupakan guru mengajar diPualau Muntiara. Kelihatan Nur Amisah sedang mengandung anak
kedua.
“Alah kak Lang dah gemuk kedepan mak, bila Qiqi nak
dapat adik ni”.Imah sudah mendukung anak saudaranya yang sudah berusia 5 tahun,
Imah memang sukakan kanak-kanak.
“Lambat lagi Imah, ada empat bulan lagi”.
“Wah besar perut kak Lang ni anak kembar ke kak”.
“Ehh kamu ni Imah kalau nak cakap tak pernah nak
fikir”.
“Ialah mak
besar la mak perut kak lang ingatkan tadi dah cukup bulan, kalau anak
kembar lagilah suka sekali keluar dapa dua orang kan abang Pali”. Abang iparnya
hanya terkekek mendengar bebelan adik iparnya yang bermulut becok seperti
isterinya juga.
“Dahlah jom masuk, masuk Pali, abang ngah kau ada kat
dalam tu, tergolek dengan anak-anak dia”.
“Dah siap masak mak” Sambil menyalami tangan emaknya NurAmisah bertanyakan emaknya.
“Untuk raya kita dahlah Misa, kamu sampai ni pun dah pukul berapa,
hanya tinggal nak masak kita berbuka saja, nak masak lauk apa entah ni”.
“Mak kak Nuri ada balik mak?”Misa bertanya dengan
suara perlahan takut kedengaran orang lagaknya.
“Ada dalam bilik Imah tengah susukan anak tadi. Ira
pun dah sampai tengahhari tadi, tu yang cepat siap tu emak ramai yang tolong. Lauk
raya kita semuanya dah siap”.
“Mak masak apa untuk raya?”
“Rendang daging dengan masak kicap ayam dengan kuah
kacang. Mak masak kuah kacang sikit takut nanti ada yang nak makan ketupat dengan kuah kacang.”
“Mak masak juga ketupat nasi?”
“Haah Misa ketupat nasi ni untuk cucu-cuc mak ni. Kita
makan Lemang okkan.”.
“Oklah mak tapi Misa pun suka ketupat ni. Ehh kata Ira
dah sampai mana dianya”.
“Ada kat dapur
tu, tadi mak minta tolong dia alihkan rending dalam periuk.”
“Wahh ramai kita raya tahun ni, semua anak menatu emak
balik”.
Bila mendengar riuh diluar rumah Nuri yang sudah
menyusukan anak mencapai tudung sarungnya. Dia kelaur bilik sambil mendukung Hadi.
Anaknya yang dua orang masih tidur disisi Syukri diruang tamu. Mungkin penat
bermain. Tadi mereka mengejar ayam-ayam puan Noriza. Sambil membakar lemang
Syukri menjaga anak-anaknya diluar rumah. Anak-anaknya yang tidak biasa dengan
suasana kampong begitu teruja melihat ayam berkeliaran dihalaman rumah.
Sambil lalu diruang tamu Nuri mengejutkan suaminya
yang sedang lena.
“Bang bangunlah, adik abang dari Penag dah sampai tu”.
Syukri bangun terpisat-pisat. Amisah dan suami yang baru terjengul dimuka pintu
menegurnya.
“abang Syuk apa ni petang-petang tidur, Tidur lepas
asar tak elok rezeki lari, badan lesu.”
“Kak lang!! panggil abang Ngah sekarang, tu anak dara
dia pun panggil Su juga nanti dia pula yang menjawab”.
“Ohh dak kena panggil abang ngah ke mak, tak buat
bubur merah ke mak tukar nama ni”. Entah dimana emaknya mendapat peraturan.
Bila bertukar nama pnaggilan akan dibuatkan bubur merah dan ada sedikit bubur
putih ditengah mangkuk hidangan tadi. Yang sebenarnya ketika kecil dahulu dia
pernah tinggal disebuah keluarga Jawa di Selangor, mereka melakukan seperti itu.
Emaknya pula seperti terikut-ikut dengan
cara mereka. Lagi pun bubur itu sedap ditekak puan Noriza. Bubur nasi yang
dimasak bersama gula merah atau gula Melaka dicampur dengan sedikit santan.
Tetapi sebelum dimasukan gula merah asingkan sedikit untuk bubur putih
dijadikan hisannya nanti.
“Dah tua ganyut tak payah lah. Syuhadah tukar nama
hari tu pun mak tak buat Misa. Tapi mak teringin nak makan bubur tu sedapkan
bubur tu”. Kekehkeh terkek kek
adik-padik Syukri mentertawakan dirinya. Nuri yang disisinya juga turut
ketawa perlahan. Itulah puan Noriza bila anak-anaknya pulang mengunjungi
dirinya, semuanya hendah dibuat untuk mereka makan beramai-ramai menjamu
selera.
“Apa khabar kak Nuri lama betul tak jumpa. Akak masih
macam dulu juga, tak naik langsung badan. Anak dah lebih dari alang. Alang ni
puas lah control makan tapi badan macam dipam-pam.Ni lepas bersalin ni rasa nak
masuk gym lah pulak. Kalau tak nak pergi cari tempat kurus badan.”
“Ialah tu, buat mengabiskan duit sahaja. Dah eloklah
tu macam pinang dibelah duakan Pali (Fadli)”.
“Betullah tu abang ngah. Kita ni kalau gemuk biar sama
gemuk kalau sorang kurus sorang gemuk dah macam pinang dibelah tiga suku”. Padhli
berbadan agak gempal sedikit. Tetapi kerana dia tinggi kegempalanya tidak
berapa kelihatan.Kha kah kah kalau sudah ramai-ramai memang riuh rumah.
Bila mendengar riuh diruang tamu Hasan dan isterinya
Ira keluar dari dapur setelah menyelsaikan kerja-kerja dapurnya.
“Allah!! kak Lang yang balik patutlah riuh. Yang
tinggal Along saja yang tak sampai lagi ni. Orang yang paling dekat tapi dialah
yang paling lambat sampai tak aci betul.” Komen Hasan yang baru muncul sambil
menyalami kakaknya NorAmisah dan suaminya.
“Biarlah dia. Semalam kak long kamu ada bagitahu emak,
dia nak tolong emak dia dulu.Emak dia tak ada siapa nak tolong masak. Malam
nanti katanya baru mereka datang jenguk kita sekejap”.
“Ialah mak, mak pun dah ramai yang tolong ni, apa lagi
nak buat, biar alang yang buat pula”.
“Dah tak payahlah kamu tu baru sampai lepas tu nak
bawa perut lagi. Duduklah dulu. Lagi pun dah siap semuanya kan Ira. Yang last
tadi rending daging.”
“Haah mak dah siap semuanya. Mak kita nak buka nak makan apa? nak makan Lemang dan ketupat saja ke. Tak nak
masak nasi”.
“Mak!! Syukri nak makan nasi sikit”.
“Kamu ni Syukri macam tak boleh nak tinggal nasi. Kamu
nak kuah apa.”.
“Kobis ada mak?, Masak lemak kobis lauknya kita makan
lauk raya lah, hari pun dah petang sangat ni.”
“Ialah..nanti mak goreng ikan pekasam tentu sedap
makan dengan masak lemak kobis”. Itulah Syukri perutnya perut Melayu tak boleh
nak tinggal nasi. Hampir Magrib keluarga Muaz pula sampai. Makin bertambah ahli kelaurga Puan Noriza. Muaz dan Norseha sudah memapunyai empat orang anak. Dua orang lelaki dan dua orang perempuan.
Sekali lagi kemeriahan berbuka puasa dirumah keluarga
besar puan Noriza. Selepas berbuka mereka solat Magrib berjemaah diimami oleh
anak tua puan Noriza, Muaz. Selesai solat bergema tabir raya memenuhi ruang dirumah puan
Noriza. Nuri sungguh terharu melihat suasana itu. Selesai takbir dan doa dan ambil menantkan solat Isyak
pula, yang lelaki duduk dibaranda rumah sambil menikmati angin malam mereka berbual-bual.
Along Muaz menghampiri Syukri.
“Aku dengar kau dah bercerai dengan isteri nombor dua
kau kenapa?”
“Dia yang minta cerai. Tapi aku bersyukur juga dia
minta cerai, kalau tidak mungkin aku kehilangan Nuri”.
“Kenapa dia minta cerai?’.
“ Entah katanya dia rasa terabai bila aku asyik kat
rumah Nuri, kemudin dia nak anak sendiri”.
“Habis kalau dengan kau tak jadi dengan orang lain
boleh ke?”
“Entahlah, dia kata dia dah pergi check kat hospital
sakit puan, keputusannya dia normal tak mandul. Dia takut kata-kata arwah emak
dia menyebabkan dia tak mengandung kalau dengan aku. Dulu emak dia kata dia tak
rela anaknya mengadungkan anak aku, takut anak aku tu menghabiskan harta
keluarga dia, kau dengar tak dia cakap macam tu masa aku pinang dia dulu long?”.
”Ehh akukan sama dengan kau duduk dalam kereta,
diorang kata kita budak-budak tak boleh nak dengar apa orang tua-tua
berbincang”.kah..kah kah ketawa mereka pecah bila mengingati peristiwa itu.
“Tapi yang sebetulny,a aku tersilap langkah dengan
nikah dengan dia. Sebab tak sabar nak anak aku nikah dengan dia. Sekarang ni
nak cari suasana dulu dengan Nuri
rasanya susah sangat aku nak dapat. Yang sebetulnya hati dia masih susah
menerima apa yang aku buat. Balik ni pun nyaris-nyaris dia tak mahu ikut.
Entahlah terluka sangat hati seorang isteri kalau dimadu. Tapi silap aku juga, tak
terfikir pada kita remeh, tapi tidak pada Nuri rupanya.”
“Kenapa kau asyik dengan Sarah saja ke”.
“Lebih kurang macam tulah aku datang rumah Nuri
selalunya bila dia dah nak tidur anak-anak lagilah dah lama tidur. Aku selalu terlalai
bila dengar Sarah bercerita.Dia tu pula tak boleh nak berhenti kalau dah bercerita.”
“Itulah kau, tapi aku..kahwin dua ni tak pernah nak
terfikir. Aku ada yang satu ni pun dah syukur Alhamdullilah sangat. Kita hidup
bukanya lama. Aku nak kumpul duit untuk anak-anak belajar kemudian kumpul duit
nak pergi Mekkah itu saja matlamat hidup aku. Aku kena ingatkan diri nak kumpul
duit untuk dua ni sahaja. Kalau tak habis bulan habis duit dimakan sahaja”. Mereka
berdua bercerita, yang berdua orang lagi terlopong mendengar pengalaman
abang-abangnya.
“Aku pun nak mengingatkan diri aku ni, yang sebetulnya kahwin dua ni seronoknya
sebulan dua sahaja. Lagi pun kalau ingat nak seronok sahaja pun tak ada
faedahnya tak sampai kemana. Lebih baik kita ingat nak membesarkan anak-anak. Nampak
anak kita terjaga, comel dan riang sahaja anak kita, itu yang lagi menghiburkan
hati kita. Kau San ingat, jangan jadi macam angah ni memang menyesal tak sudah,
bahagia yang kindung berciciran nak kejar balik susah nak dapat yang original
macam dulu San. Kau dah check kenapa tak dapat anak lagi?”. Syukri memberi
peringatan kepada saudara lelakinya,
dengan pengalamanya.
“Dah Nagh, tahun lepas
pernah chek sekali, memang tak ada masaalah kemandulan. Bila ditunggu
tak dapat juga lagi, enam bulan sudah kami
pergi check sekali lagi. Check kali ni
lebih teliti, diorang masukkan kamera dalam Rahim Ira. Barulah dapat dikesan
yang ovary dan dalam Rahim dia ada ‘cysts’,
lepas tu Ira ada buat pembenadan kecil sikit. InsyaAllah tunggu lah sebulan dua
lagi kok ada rezeki”.
“Amin” mereka beramai-ramai memohon kepada yang Maha
Pencipta dan Maha Penyayang.
“Tapi mungkinlah adik beradik kita yang lelaki ni
lambat sikit dapat anak, macam kau long berapa tahu baru kau dapat”.
“ Aku dulu dekat empat tahun juga, tapi aku berubat
kampong saja, pergi urutlah, makan jamulah. Tapi kau untung Pali, tak sampai
setahun Misa dah sangkut. Tapi yang sebetulnya kalau dah sampai enam bulan tak dapat juga anak baik pergi check. Jangan pergi sekali sahaja. Pergi dua tiga kali. Macam kau betul San, walaupun check sekali dia kata kita ok..tapi kalau takdapat juga pergi check dengan lebih teliti. Jadi dapatlah kita kesan apa sebabnya.”. Sedang mereka berbual-bual sayup kedengaran seruan
azan Isyak berkumandang dari masjid di Pekan kampong mereka. Sekali lagi mereka
sekeluarga solat berjemaah. Kali ini Syukri pula yang menjadi Imam mereka.
Usai solat masing masing membawa
diri. Maklum seharian mereka bekerja memasak untuk menu harirayanya, manakala
keluarga Nur Amisah pula baru sampai dari Penang. Kerana tidak cukup bilik Muaz
sekeluarga pulang kerumahnya yang hanya dipekan Pengklalan Hulu sahaja.
“Mak!! along balik dulu ye”.
“Esok pagi jangan lupa minum kat sini, lepas tu kita pergi
masjid ramai-ramai.”
Bila suasana sudah lengang, anak Syukri juga sudah
tidur diruang tamu. Puan Noriza mengamit Nuri masuk kebiliknya. Tetapi memang
disitulah dia tidur bersama anak kecilnya malam itu.
“Nuri meh cuba baju raya kamu ni, sesuai dengan kamu
tak.” Puan Noriza menghulur sepasang baju kurung pesak Pahang bertanah hijau
lumut berbunga kecil warna krim kepada Nuri.
Terkelip-kelip mata Nuri kerana terharu dia
melihat sahaja huluran tangan emak mertuanya. Huluran tidak disambut tetapi
Nuri memeluk tubuhnya pula.
“Mak terima kasih mak, tak sangka ada juga baju raya
Nuri tahun ni, sebetulnya Nuri terlupa nak buat baju dan nak beli baju
anak-anak mak. Nuri ibu yang tak prihatin mak, kerana ikutkan sangat hati,
sampai Nuri telupa nak beri suasana gembira pada anak-anak”. Nuri yang memeluk
emak mertuanyanya sudah menangis dibahu puan Noriza. Sambil menangis dia
menyambung kisahnya.
“Baju anak-anak
yang Nuri bawa pun baju anak-anak saudara Nuri. Memang Nuri terlupa
sangat mak. Kesian sungguh cucu-cucu emak bila uminya buat tak kisah.”. Dengan
esakkanya dibahu emak mertuanya dia mengadu tentang dirinya yang terlalai.
“Tak apalah Nuri, ni dah ada walau pun sepasang sorang
tapi jadilah. Syukri suruh emak tempahkan baju untuk kamu sekeluaraga. Cuba
tenguk ni muat tak untuk Syuhadah, Wafi dan Hadi. Mak agak-agak saja ukuranya, mak
pergi rumah Along muaz kamu pinjam ukuran badan anak dia. muat tak agaknya”.
Nuri meleraikan pelukkan. Dia melihat baju-baju yang ditunjukkan oleh emak
mertuanya.
Baju Syukri, Wafi dan Hadi sama kainnya. Manakala dia
dan Syuhadah sama pula jenis kain lain yang ada corak bunga. Kemudian dia
berpusing lagi memeluk emak mertuanya dia menagis lagi dibahu puan Noriza.
Syukri yang memerhati keadaan itu sedari tadi datang memeluk isterinya dari
belakang.
“Maafkan abang Nuri abanglah yang bersalah, yang
mencipta derita untuk Nuri dan anak-anak. Maafkan abang”. Bila merasa pelukkan
suaminya dibelakang Nuri jadi kejung. Dia melepaskan pelukkan dibadan puan
Noriza. Sambil menyapu air matanya…
“Tak adalah ini salah saya, saya yang tak boleh
menerima kenyataan. Saya tak yang tak boleh menerima takdir yang telah
ditentukan untuk saya”.
“Dahlah tu, kalau tahu semuanya salah, ambil sebagai
pengajaran dihari depan. Jangan ulangi kesalahan kesian kat anak-anak yang baru
nak belajar hidup, jaga kepentingan mereka”. Puan Noriza sebagai pendamai
meredakan rasa bersalah dihati sepasang suami isteri yang didepan matanya.
Bila suasana agak reda, Nuri mula mebelek baju
anak-anaknya dan baju suaminya dan bajunya juga.
“Cantik kain ni, kat mana emak beli?.”
“Kak Nah tu selain buat baju, dia juga jual kain, mak
ambil dengan dia sahaja, Syukri yang minta warna ni. Cantik tak warna hijau
macam ni, kalau mak, suka warna merah ke, oren ke berseri juga kita pakai ni
hijau lumut macam gelap sahaja”.
“Oklah ni mak, Nuri tak suka warna cerah sangat, malu
nak pakai menyerlah sangat”. Air mata Nuri sudah kering. Dia Nampak ceria.
“Haa kan mak, test kitaorang ni memang sama. Tudung
Nuri mak ada beli juga ke mak”.
“Ada, Nuri cuba ambil tudung kamu tu dalam almari
emak, tudung sarung saja Nuri, tudung kain lycra wanra dia pudar sikit tapi mak
rasa sesuai dengan baju kamu tu. Ini pun mak ambil kat kak Nah juga tu, tudung dah
siap Nuri, ok tak. Hanya Syuhadah sahaja tak ada tudungnya Nuri.”
“Tak apalah Su pun kecil lagi tak payah pakai tudung
pun tak apa mak”.
Hari kian larut, Syukri sudah
merebahkan badanya disisi anak-anaknya diruang tamu, manakala Imah, puan Noriza
dan Nuri dibiliknya, kerana bilik Imah digunakan oleh NurAmisah sekeluarga,
manakala Hasan dan isterinya dibilik tetamu. Nuri yang membayangkan kemeriahan
mereka esok hari akhirnya terlena juga.
Pagi itu, usai solat subuh puan
Noriza kedapur, memanaskan segala lauk hari rayanya (masak kicap ayam dan
rending daging dan kuah kacang). Menyedari emak mertuanya kedapur Nuri
menyarung tudung mahu kedapur juga. Dipintu bilik dia bertembung dengan birasnya
Ira.
“Kak Nuri mana Hadi”.
“Tidur lagi Ira, lepas menyusu dia lena lagi”.
“kak pinjam sekejap Hadi nak tidur dengan dia boleh”.
Sangat kasihan melihat Irah begitu beria mahukan dirinya mengadung. Tampa
banyak soal Nuri masuk kebilik semula mengangkat anaknya Hadi untuk diserahklan
kepada birasnya Nazirah.
Ketika didapur..
"Nak panaskan semuanya ke mak".
“Haah Nuri, mak ni nak siapkan yang nak bagi kat
jiran-jiran kita. Nanti boleh Imah tolong hantarkan. Ambil kek coklat kamu tu
potong-potong masukkan dalam empat lima ketul dalam sebuah plastic”
“Ialah mak, Nak masukkan berapa plastic mak”.
“Masukkan dalam tujuh plastic” Kemudian terjengul
Syukri dipintu dapur.
“Syukri!! tolong mak belahkan lemang tu”.
“Nak belah berapa batang mak”.
Belahlah lima batang. Kemudian dalam sebatang tu potong
tiga sahaja . Satu bahagia yang dipotong tu untuk sebuah rumah. Untuk Pak de
nanti kita hantar lepas sembayang raya ye. Mak nak bagi dua bantang lemang ok
tak Syukri.”
“Pak de tak buat lemang ke mak”
“Tak!! Kata mak de semalam untuk tahun ni diaorang tu buat ketupat daun palas sahaja. ”
“Habis buluh lemang tu semalam siapa yang bagi”.
“Orang selalu ambilkan buluh untuk pak de tu yang hantar,
walaupun dah dibagi tahu Pak de tak buat lemang tahun ni, nak menolak tak sampai hati jadi pak de kamu bayar jugalah. Nak buat tak ada orang
tolong jaga api. Alhamdullilah kita yang amabil buluh tu taklah membazir tapi
dia minta sikit lemang kita”.
“Kalau macam tu bagilah lebih sikit, tiga empat batang ke”.
“Ialah Syukri bagilah nanti empat batang cukuplah tu. Ketupat
nasi tu tak payah bagi orang ye Nuri, itu untuk cucu-cucu emak sahaja.Kalau dah
sudah kerja kamu tu Syukri pergilah mandi sunat hari raya, sebelum kita pergi
masjid kita makan dulu ye.”
Sibuk dirumah puan Noriza dipagi hari
raya rupanya. Mana nak mana nak membungkus lauk pauk dan
lemang, kueh dan biskut untuk dihantar
kerumah jiran-jiran berdekatan dengan rumah mereka. Pagi itu Nuri yang
membungkus juadah yang mahu dihantar kerumah jiran menakala Puan Noriza dan
Imah yang menghantar kerumah jiran berdekatan.
Selesai tugasnya, Nuri menghidang
makanan untuk mereka minum pagi pula. Sebelum mereka kemasjid untuk menunaikan
solat sunat Aidil Fitri puan Noriza mahu mereka minum dahulu. Setelah siap semuanya Nuri kebilik air untuk
mandi sunat hari raya walaupun dia tidak kemasjid kerana uzur. Didalam bilik
emaknya Syukri juga sudah bersiap berbaju Melayu baru. Nuri menghampiri
suaminya. Syukri terpegun melihat Nuri memakai baju raya yang sedondon dengannya.
“ Abang dah ada air sembayang ke..Nuri nak salam minta
maaf.” Syukri tersedar dari terpegunnya, bila memndegar isterinya bersuara.
“Ialah meh lah kita duduk sini” Syukri bersila ditepi
katil emaknya manakala Nuri bersimpuh dihadapanya. Sambil menunduk mencium
tangan suaminya.
“Maafkan Nuri lahir dan batin Nuri yang banyak buat
salah pada abang”.
“Maafkan abang juga, abang pun banyak buat salah pada
Nuri. Yang sebetulnya abanglah yang banyak salah pada Nuri. Abang minta halal,
apa-apa yang abang terhutang dan terambil dari Nuri”. Sampai dikata-kata itu,
mereka sudah tidak dapat berkata-kata lagi Syukri sudah teresak-esak manakala
Nuri juga. Ingin diluahkan rasa kesal
namun tidak terkeluar dibibirnya. Dia tahu kesalahanya sangat banyak dengan
isterinya dihadapanya sekarang. Didalam hatinya berjanji kepada dirinya sendiri akan membahagiakan isteri dan anak-anak hingga kehujung hayatnya.
Puan Noriza
tidak jadi masuk kebiliknya mendengar tangisan dua merpati didalam biliknya. Dia
tahu apa yang ada dihati anak dan menantu yang baru sahaja lepas dari dugaan
Allah. Didalam hati nya berdoa semuga bahagia mendakap, kehidupan mereka dihari
mendatang.
Sunat dilakukan di pagi hari raya.
Sunat dilakukan di pagi hari raya.
1.Disunatkan mandi dan membersihkan diri
2.Disunatkan makan dahulu sebelum solat sunat
Aidilfitri (afdhal makan tamar dengan bilangan ganjil)
3.Memakai pakaian yang paling bagus.
(Yang sebenarnya bahagia tu kita yang cari.
Jika tak mampu dengan rasa yang kita rasa, maka lepaskan, cari lah rasa bahagia
ditempat lain mungkin dia ada disitu)
Diakahir cerita ni mak teh nak pesan dari hati seorang
wanita, MADU wanita yang memulakan. Bagi isteri pertama mungkin dia terpaksa
tetapi yang kedua dia sendiri rela, jika dia tidak ditipu. Sakitnya bermadu
sama sahaja. Baik pertama atau yang kedua. Hanya kelebihan yang kedua dia baru
dan rengek manjanya biasanya akan mencairkan. Tapi lama kelamaan yang cair akan
mengeras juga. Jadi sebagai wanita mengapa harus membina bahagia diatas derita
wanita lain. Wanita itu sama seperti kita juga. Menjadi yang kedua juga tidak
sebahagia mana, bila disorok. Kadang-kadang hanya merasa diwaktu siang sahaja. Kebiasaan
untuk berhari raya bersama keluarga suami juga jarang yang dapat. Yang kasihan adalah anak-anak, kerana sikap kita yang
ingin menumpang kasih, ingin menumpang senang ingin memandang yang kacak dan
maco, anak-anak yang menerima padah (kurang kasih sayang ayah). Ini hati mak teh entah betul, entah kan
tidak. Kalau anda bagai mana?.
p/s: kisah ni sampai disini sahaja.Bagi mak teh cerita
yang tak ada dalam kepala menyababkan jalan ceritanya tak menarik. Apa pun
terima kasih kerana memberi komen yang menaikan semangat, dan ribuan terima
kasih kerana sudi membaca cerita ni. Jika ada tersalah bahasa dan menyinggung
perasaan anda yang membaca mak teh minta maaf banyak-banyak. Dari komen-komen
yang anda beri banyak memberi mak teh pengajaran. Untuk cerita Sarah kena
tunggu dulu. Terima kasih semua harap jumpa lagi dilain cerita.