~Siapa Ikut Blog Ni~

Pages

Monday, 11 January 2016

79 Nur Hidayah






Sampai  sahaja Natasya dirumahnya,  mommynya mengekori langkahnya dari hadapan pintu pagar hingga kedapur kerana Natasya merasa dahaga.. dirumah bekas keluarga mertuanya tadi dia tidak minum kemudian duduk disofa ruang tamu. Tujuan Puan Syakila mengekorinya hanya mahu menyiasat apa kah hasil pertemuan anaknya dengan bekas suami.

“Didi macam mana..setuju ke Johan nikah semula dengan lu”.

“tak mommy..dia tak nak”.

“Bini dia ikut sekali ke”.

“Ada, dia salam Didi juga tadi”.

“Tentu dia takut kena marah bini dia, kalau dia setuju nikah dengan lu”.

“Biarlah mommy Didi pun bukan harap sangat Jo nikah dengan Didi.Lagi pun tiga hari lepas dia dah masukkan duit untuk Didi.”

“Berapa ribu dia masukkan?”.

“50 ribu mommy”.

“Amboi banyaknya dia bagi hutang kat lu ka. Janagn nanti bila Didi dah pergi luar negara dia tagih hutang kat mommy..mana mommy  mampu nak bayar”.

“Tak mommy, dia kata tak payah bayar dia tolong ikhlas”.

“Didi lu tak nampak betapa kayanya Johan sekarang. Tentu gajinya besar itu sebab itu dia boleh bagi lu 50 ribu. Kalau mommy, mommy akan berusha dapat nikah dengan dia. Senang kita nanti Didi, lu tak payah lagi pergi kerja,  makan pakai dia tanggung, lu duduk sini dengan mommy kita pergi shopping hari-hari. Sesekali minta dia tanggung shopping kita di London atau pun Paris. Kan seronok Didi”. Puan Syakila membayangkan keseronokanya bermenantukan orang kaya, sambil tanganya terangkat-angkat dan matanya memandang keatas.

“Dia kata itu duit simpanan bini dia, bukan duit dia”.

“Lu jangan jadi bodoh Didi, dia cakap sikit lu sudah percaya. Itu hanya alasan dia tak nak tunjuk dia dah bergaji besar. Lu fikirlah bini dia kerja hanya jadi kerani sahaja, mana dia dapat simpan duit banyak tu. Lu fikirlah. Didi!! ingat dulu dia susah dengan kita, sekarang gaji dah banyak dia mahu bersenang-senang dengan perempuan lain, mana boleh macam tu. Mommy tak kira lu mesti cuba sampai Jo mahu bernikah dengan lu semula.”

“Mana dia ada gaji banyak mommy..dia sendiri cakap dengan Didi,  gajinya ciput”.

“Itu lah lu percaya sangat dengan apa yang dia cakap..Didi dia cakap gaji ciput sebagai alasan sahaja. Cuba lu pandang dia betul-betul.. sekarang dia dah pakai kereta besar..entah-entah kat KL tu dia dah beli rumah  atau beli condo..kita tak tahu, sebab kita tak pernah lagi ke rumah dia. Uncle Johari ada  cerita dengan mommy, Jo duduk rumah besar”.

“Jo kata dia duduk rumah keluarga bini dia”.

“Ha..haa tenguk tu dia beli rumah diangkutnya seluruh keluarga bini dia duduk dengan dia..memang bini ni pandai ubat- ubat supaya Jo dengar cakap dia. Sekarang mommy nak lu cuba sampai boleh Jo nikah semula dengan lu”.

“Didi dah malas lah nak terhegeh-hegeh dengan dia. Didi dah dapat 50ribu pun  jadilah. Lepas buat kimo ni Didi rasa nak pergi lagi..kerja setahun dua baru Didi duduk  sini dengan mommy”.

“Didi.. Didi senang sangat lu kena bodohkan dek Johan tu. Mommy rasa duit tu memang duit dia.  Cuba lu fikir, boleh ke dengan senang hati bini dia yang tak ada kena mengena dengan lu bagi  50 ribu. Dia cakap itu duit bini dia, supaya lu tak minta lagi, kenapa lah lu tak boleh nak fikir Didi. Nantilah mommy call uncle Johari cakap dengan dia. Macam mana sekali pun Jo mesti kena nikah juga dengan lu”.

“Suka hati mommylah”.Cepat sahaja Puan Syakila menghubungi sahabat baik arwah suaminya. Tampa salam tampa basa basi terus sahaja dia menyampaikan hasrat hatinya yang panas..

“Johari!!  Lu tak ajar anak lu cara membalas budi ka..tak guna jadi lelaki kalau dia takut kan bini nanti dia jadi suami dayus. Lu ajar anak lu jadi jantan sikit, biar bini dia ikut cakap dia, jangan dia kena ikut cakap bini…”.

“Apa ni Killa..kenapa cakap anak aku macam tu..cuba cakap elok-elok”.

“Tak aku tengah geram ni.. Didi kata Jo tak nak nikah dengan dia. Sedangkan Didi dah susah payah buang rasa malunya pergi jumpa Jo kat rumah lu. Lu tak kesian dengan anak aku Ri”.

“Aku sebenarnya tak tahu apa-apa, Johan pun tak cakap apa dengan aku tadi. Ingatkan perkara dia dah selesai aku nampak mukanya gembira sahaja”.

“Lu tolonglah cakap dengan Johan supaya dia nikah dengan Didi. Gertak sikit menantu lu tu, supaya jangan jadi queen control”.

“Ialah nanti aku cakap dengan dia..tapi sanggup ke Didi jadi bini nombor dua, aku rasa Johan tak akan ceraikan bini pertama dia tu”.

“Janji Johan jadi suami Didi, dia tak kisah jadi nombor berapa pun.Yang sebetulanya aku kesian dengan anak aku tu..dia tak dapat nak terima lelaki lain dalam hidup dia sebab dia masih sayangkan Johan”. Hanya perkataan itu yang diulang oleh puan Syakila memancing simpati sahabat baik arwah suaminya.

“Ialah nanti aku cakap dengan Johan”.

“Cepat sikit Ri, aku takut kalau Didi tunggu lama sangat dia akan pergi lagi. Aku dah tak sanggup dia tinggalkan aku lagi”.

“Siapa bang, Killa ke”. Tegur Puan Maria yang baru keluar dari dapur setelah selesai mencuci pinggan mangkuk.

“Haah”.

“Apa dia nak”.

“Nanti abang cerita,  abang nak call Johan dulu”.

“Tak boleh ke call malam saja, ni mungkin dia baru sampai..biarlah dia rehat dulu”.

“Ini penting Yah..tunggu ye”. Puan Maria hanya mampu memanandang perlakuan suaminya, namun dia tetap menyertai suaminya diruang tamu rumah mereka.

“Helo Asalamualaikum..kenapa papa, saya baru sampai ni belum keluar kereta lagi”. Memang benar dia sekeluarga baru sahaja sampai. Perjalanan dari Melaka ke Petaling Jaya memakan masa hamper dua jam kerana Johan memandu dengan kelajuan sederhana sahaja.

‘Dayah bawa anak-anak masuk dulu, abang nak cakap dengan papa’
‘Ialah’ Kedengaran suara Johan dihujung talian berkata-kata dengan isterinya sebelum dia melanjutkan perbualan dengan papanya.

“Emm Hidayah dah masuk kerumah ke?”.

“Dah.. tu tengah angkat Ikhsan yang tertidur. Ada apa pa ada kecemasan ke papa”.

“Tak adalah tadi papa tak sempat nak tanya,  bila mommy kamu tak habis ceritanya dengan Jo. Ni papa nak tanyalah”.

“Tanya apa pa”.

“Taak, papa nak tanya hasil perbincagan nikah Jo dengan Didi tadi..apa keputusanya”.

“Ohh pasal nikah tu saya dah jelaskan pada Didi hari tu lagi..saya tak dapat nak bernikah dengan dia, sebab saya tak mampu nak memikul tanggung jawab kalau sampai nak mengendalikan dua bahtera”.

“Kenapa Jo tak cuba dulu, belum cuba dah kata tak mampu. Cuba lah, kesian Didi dia masih sayangkan Jo. Tadi dia datang menebalkan mukanya jumpa Jo minta nak nikah dengan Jo, boleh pula Jo tolak permintaannya. Mana nak letak air mukanya kalau orang tahu Jo buat dia macam tu, dia seorang wanita yang ada maruah dan harga diri Jo”.

“Itu tak salah saya..saya dah cakap dah hari tu saya memang tak boleh nak ikut rancagan dia, kenapanya yang dia datang juga. Dah lah papa, saya memang tak boleh nak nikah dengan dia, saya tak mahu menambah tanggung jawab yang sedia ada. Saya nak tumpukan membesarkan anak-anak saya  sebaik mungkin..tak lama lagi bakal tiga anak saya papa”.

“Apa yang nak digaduhkan sangat pasal anak-anak..Hidayah kan ada, papa tahu dia boleh menguruskan anak-anak Jo dengan baik”.

“Papa..tanggung jawab anak-anak adalah diatas bahu ayahnya bukan ibunya. Jadi anak-anak saya adalah tanggung jawab saya, kalau saya tak tunaikan tanggungjawab saya saya berdosa, lain Dayah dia tak ada apa-apa tanggungjawap keatas anak-anak kami tapi kalau dia bantu saya membesarkan anak dia dapat pahala.”

“Tapi Jo tak kesian kat Didi ke..dia tak dapat nak terima orang lain sebab dia masih sayangkan Jo”.

“Saya nak kesiankan diri saya dulu. Saya tak mampu nak kehulu kehilir menggilir masa isteri kemudian nak tenguk anak-anak lagi. Lagi pun gaji saya pun tak mampu nak menanggung dua isteri. Dah lah papa bab nikah dengan Didi ni saya  tak mahu diungkit lagi. Perkara ni saya dah jelaskan dengan Didi dan dia faham. Tadi dia kata OK.”..

“Apa yang Jo risaukan soal duit Jo, kata untie Killa tadi Didi masih nak jadi model nak cukupkan duit simpanan dia. Dia balik sekejap sahaja sebab dia rindukan Jo.  Hatinya tak tenang kalau diri tak terikat dengan Jo, jadi ikat dia dulu. Mommy dia kata tadi Didi tak kisah jadi isteri nombor 2, janji Jo mahu nikah dengan dia. Papa rasa Jo tak akan menghadapi masaalah kan kalau Didi tak duduk dengan Jo..kat sini pun Jo dah ada Dayah yang boleh jaga makan pakai Jo, sementara  tu boleh Jo didik anak-anak tampa perlu membahagi masa dengan Didi, kan senang macam tu. Jo!! mana nak cari wanita yang mahu bertolak ansur sanggup bermadu. Jo nampak tak, betapa dia mengharapkan Jo nikah dengan dia. Kalau dia dah habis jadi model barulah Jo duduk serumah dengan dia, bolehkan macam tu”.

“Maksud papa walaupun selepas kami nikah dia nak teruskan kerja jadi model juga?? Jadi apa gunanya Jo jadi suami dia”.

“Jooo.. yang papa faham aunte Killa cakap, buat masa ni Didi hanya nak Jo menjadi suami dia, sebab dia masih sayang kan Jo”.

“Yang macam tulah yang  saya tak nak. Saya nak isteri saya ada didepan mata saya”. Kedengaran ketawa kecil dihujung talian

“Kenapa papa ketawa..papa ingat saya kuat sex. Papa, saya nak isteri saya didepan mata sebab saya boleh nampak segala apa yang dia buat. Saya boleh menegur apa kesalahan dia. Sebab apa saya nak yang macam tu, sebab perbuatan isteri yang mendatangkan dosa saya akan mendapat sahamnya juga, apatah lagi kerja model yang tayang aurat kat depan orang, tak kira perempuan ataupun lelaki. Dia tu bukan model untuk pakaian muslimah papa, dia akan tayang baju musim panas, baju musim sejuk, baju tepi pantai dan macam-macam bajulah. Saya tak mahu menguitp dosa yang bukan diatas perbuatan saya.”

“Kalau macam tu cakaplah dengan Didi supaya dia jangan jadi model. Rasanya dia boleh dengar cakap Jo. Lagi pun itulah yang ditakutkan oleh aunte Killa, dia tak suka Didi pergi luar negara cari duit lagi”.

“Saya dah kenal siapa Diana Natasya binti Sufian papa. Tiga tahun kami sebumbung..pada saya cukuplah pengalaman tiga tahun tu. Dah lah papa saya tak nak dengar lagi cerita tentang nikah saya dengan Didi. Sekarang azam saya satu sahaja, nak didik anak-anak saya sesempurna mungkin. Saya nak bagi sepenuhnya kasih sayag tanpa dibahagi masa mereka dengan wanita lain disisi saya, kerana saya tak mahu anak-anak saya mengulangi apa yang saya lalui. Asalamulaikum papa”. Bila panggilan diputuskan masih ada rasa tidak puas hati dihati encik Johari.

“Kenapa lah dengan Johan tu Yah”.

“Kenapa dengan Johan”.

“Yah tak dengar ke dia menolak bila kita suruh dia nikah dengan Didi..takut sangat dia dengan Hidayah tu entah apalah jampinya sampai Johan tak pandang lagi gadis yang cantik macam Didi tu”.

“Kalau dah Johan tak mahu biarkanlah, dia tahu apa yang dia hendak dalam hidupnya”.

“Yah janganlah macam ni, rugi kita kalau kita lepaskan wanita cantik macam Didi tu jadi menantu kita. Abang bayangkan tentu cucu kita cantik dan kacak kalau beremakkan Didi. Abang sebenarnya berkenan sangat kalau Didi jadi menatu kita. Yah tolong lah pujukkan Johan tu supaya terima cadangan kita. Mugkin bila Yah yang cakap dia akan ikut cakap Yah”.

“Dalam hal ni Yah tak nak masuk campur bang. Biarlah Johan sendiri yang menentukan apa yang dia nak. Dia dah besar tentu dia tahu apa yang baik dan apa yang buruk untuk dirinya”.

“Kenapa Yah, abang tenguk Yah macam tak suka sahaja dengan Didi. Pada abang kalau nak dibandingkan, cantik Didi lagi dari Hidayah. Cuba tenguk Didi tu tinggi lampai orangnya memang padan dengan Johan. Lagi satu dia tu pandai, belajar sampai luar Negara macam Johan juga, nanti kalau ada anak tentu anak-anaknya pandai juga ialah mereka berdua pandai tentu otak  anak-anak mereka akan pandai juga”.

“Yah tak pandang cantik dan pandainya Didi bang. Muka dan badan sahaja cantik tapi kalau tak berbudi bahasa tak guna juga. Kalau Yah pandang cantik biarlah cantiknya luar dalam. Muka biarlah cantik sikit pun tak apa, tapi budi bahasa nak cantik banyak dan bonosnya amalan solatnya juga cantik.  Yah bersyukur sangat Jo dapat berjodoh dengan Hidayah”.

“Yah tak tahu siapa Hidayah tu, itu yang Yah cakap macam tu. Abang sahaja tak nak membuka keburukkan dia, sebab orang kata membuka aib orang,  Allah akan balas dengan membuka aib kita”.

“Apa yang abang tahu pasal  Dayah”.

“Yah!! kawan abang ada kerja di balai masa dia kena tahanan reman dulu. Yah tahu tak Hdidayah pernah masuk lokap sebab dituduh membunuh suaminya sendiri bukan itu sahaja, dia adalah anak luar nikah. Yang abang fikirkan sekarang apalah corak keturunan kita kalau semua zuriat Johan dilahirkan hanya oleh dia..sedangkan hanya Johan sorang anak lelaki abang. Kalau dia kahwin dengan Didi ada juga harapan abang keturunan abang dilahirkan oleh wanita sempurna macam kita”.

“kita sempurna ke bang..Yah ni dulunya kafir dan dalam perut Yah ni ada masuk makanan yang diharamkan oleh Islam BABI..tapi Yah dapat juga melahirkan Johan..tak baik ke Johan tu pada mata abang”.

“Yah lain sebelum masuk Islam memang Yah makan tapi selepas Yah Islam Yah tak makan kan. Jadi selepas Yah Islam benda-benada tu Allah dah hapuskan dari darah daging Yah. Sebab apa kata orang selepas seorang kafir masuk Islam dia akan sebersih kain putih tak ada dosa.  Dosanya akan dikira masa selepas dia masuk Islam, itu yang bang fahamlah. Ini dia anak yang tak sah taraf anak luar nikah. Orang kata anak luar nikah ni akan melahirkan keturunan yang suah nak dijaga. Sekarang Yah dah tahu siapa Hidayah tu, jadi tolong abang pujukkan Johan supaya mahu bernikah dengan Didi”.


Sunday, 10 January 2016

78 Nur Hidayah








“Kita kena kesian diri kita sendiri dulu.. tak kan sebab dia, abang nak buat pinjaman bank dengan kadar bunga yang tinggi. Rasanya kalau kita buat pinjaman peribadi kadar bunganya lebih tinggi dari kalau kita buat pinjaman untuk beli rumah. Abang ni kalau boleh nak mengelakkan dari berhutang. Dayah kan tahu hutang ni kalau tak terbayar akan menyekat semua kebaikan kita untuk dihisap.. kita tak tahu bila umur kita berakhir sayang.”.

“Ialah bang memang tak elok kita berhutang ni. Bang!! kalau Dayah nak tolong dia boleh tak. Duit simpanan Dayah ada, cukup kalau dia nak RM 50 ribu. Yang sebenarnya duit ni duit simpanan mama untuk Dayah. Dia kata kalau Dayah perlu Dayah boleh guna.  Untuk masa ni rasanya  Dayah tak nak digunakan untuk apa pun, jadi  Dayah nak buat saham akhirat.. ”.

“Banyak ke duit yang mama Dayah tinggalkan untuk Dayah. Ingat Dayah kalau Dayah keluarkan simpanan Dayah abang tak jamin akan dapat balik duit tu”.

“Dayah tolong ikhlas dan tak harap pun duit tu dapat balik pada Dayah. Dayah hanya mengharapkan balasan Allah sahaja. Tolong orang dalam kesusahan ni kan dapat pahala bang. Allah dah janji  doa orang dalam kesusahan akan dimakbulkan..  Manalah tahu Natasya akan doa yang baik-baik untuk kita..kan bagus tu bang”.

“Entahlah dayah pada abang kalau dengan Natasya ni tak payahlah Dayah  nak bersusah payah. Tolong Natasya ni macam melepaskan anjing tersepit..silap haribulan kita pula yang dikata bukan-bukan”.

“Tak apalah, Dayah ikhlas nak tolong dia. Balasan  Allah kan ada, janji kita ikhlas segala kebaikan akan Allah beri ganjaran. Lagi pun pertolongan ni Dayah kira sedekah atas nama mama dan papa Dayah. Boleh ye bang”.

“Kalau Dayah kata macam tu boleh juga. Berapa yang Dayah nak bagi”.

“RM50 ribulah macam yang dia minta”.

“Dayaah terus terang abang cakap ni, kalau 50 ribu yang Dayah nak bagi abang tak boleh nak tolong tau, sebab duit abang dah abang untukkan untuk kegunaan kita dan anak-anak..  Cuba Dayah tenguk sekarang sara hidup kita kat bandar besar makin tinggi,  jadi abang nak bersiap sedia dari sekarang”.

“Tak apa bang,  memang Dayah tak harapkan duit abang, Dayah tahu abang bayank tanggungan kehidupan kita hari-hari pun abang yang tanggung semuanya.. nanti Dayah ambil buku simpanan Dayah ye”.  Nur Hidayah bangun mengambil buku-buku simpanan nya.

“Haa yang ni duit mama yang dia simpan untuk Dayah campur dengan duit sewa apartment yang kat Cheras tu dan sikit duit gaji akhir arwah papa..yang ni duit simpanan kita. Duit gaji Dayah.. Dayah simpan untuk kita berdua sahaja. Anak-anak abang dah simpankan..jadi Dayah simpan untuk kita pula”.

“Maksud Dayah KITA tu abang sekali ke?”.
“Ialah kita dua orang.Johan Hamdi dan  Nur Hidayah”.

“Kenapa Dayah simpankan untuk abang”.

“Bang setiap kali Dayah pergi kerja dengan niat nak bantu abang mencari rezeki kerana Allah sebab Dayah nakkan pahala..jadi bila Dayah dapat gaji, gaji Dayah tak terusik Dayah simpanlah untuk abang sekali”.

“Untuk bulan setereusnya tak perlu lagi simpankan untuk abang, Dayah gunalah untuk keperluan Dayah”.

“Bang niat Dayah setiap kali pergi kerja, sahaja aku pergi bekerja kerana membantu suami ku mencari rezeki kerana Allah Taala,  bukan kerana manusia  yang boleh sewenang-wenangnya kita pesongkan janji kita  kearah lain. Tak salahkan kalau Dayah bantu abang, Dayah dapat pahala. Abang tak suka ke Dayah mendapat keredahaan Allah setiap kali keluar rumah kerana kerja membantu abang…Ab”.

“Ya Allah.. terima kasih”. Tidak sempat habis kata-kata Nur Hidayah dirinya sudah ditarik kedalam pelukkan suaminya. Kemudian hangat umbun-umbun dengan kucupan oleh bibir suaminya.

“Boleh ye bang Dayah keluarkan duit mama ni untuk tolong Natasya”.

“Suka hati Dayahlah. Abang ok sahaja kalau tak menjadi bebanan pada  Dayah dan kita sekeluarga”.

“Bang! sebab duit ni duit simapan  mama,  jadi  Dayah nak niatkan bersedekah untuk arwah mama dan papa..jadi duit diorang tu bermenefaat untuk mereka”. Lima puluh ribu simpanan Nur Hidayah berpindah ke akaun Diana Natasya binti Sufian keesokkan harinya.

Seperti yang dirancang mereka pulang keMelaka pada hari Sabtunya. Melihat kereta Volkswegen Jetta Nur Hidyah menjalar masuk kehalaman rumahnya, cepat-cepat Encik Johari menghubungi isteri arwah sahabatnya puan Syakila.

“Hello Asalamualaikum Kila!! Didi ada kat rumah ke?”.

“Ada.. dia ada dalam bilik. Hari tu dengar dia berbual dalam telefon macam nama Jo yang disebut. Kemudian dua tiga hari  ni nampak riang sahaja muka dia tu”.

“Ohh ye ke..aku call ni pun sebab Jo baru sampai tu ha..masih kat bawah riuh dengan Yah tu. Kau suruh lah Didi datang sini dan kalau boleh suruh dia pakai baju kurung ye,  mana tahu kok Jo makin terpikat dengan Didi nanti”.

“Ialah”. Cepat sahaja Diana Natasya bersiap bila disuruh oleh mommynya. Dia kerumah keluarga Johan dengan berbaju kurung dan menyanggul rapi rambut perangnya, mommynya menyuru dia melilit kepalanya dengan sehelai tudung, namun nampak sedikit jambulnya.  Nipis sahaja sapuan mekap diwajahnya dan sedikit lipstiuk untuk menyembunyikan bibirnya yang pucat.

Sedang mereka mejamu selera dengan masakkan yang dimasak oleh Puan Maria kedengaran sebuah kereta berhenti di halaman rumah mereka. Encik Johari keluar menjenguk. Mendengar jemputan Encik Johari mempelawa tetamu masuk tahulah seisi rumah yang datang adalah Diana Natasya.

“Naiklah..naiklah Didi..Jo ada kat dapur tu tengah makan dengan mommynya”.

“Dia balik sorang ke Uncle”.

“Tak dia balik dengan isteri dan anak-anaknya. duduklah dulu. Uncle panggilkan Jo.”.Encik Johari kedapur untuk memanggil anaknya bagi melayani bekas isterinya.

“Jo! Didi ada kat depan tu pergilah layan dia”.

“Jom Dayah jumpa  Natasya. Ikhsan ngan Ikram duduk dengan nainai ye..baba ngan umi nak jumpa kawan kejap.” Johan dan Hidayah keruang tamu setelah Hidayah menyalami dan bertanya khabar dia mahu kedapur semula.

“Ehh Dayah mehlah teman abang kat sini”.

“Tak apalah abang berbuallah dengan Tasya, Dayah nak kedapur kesian pula mommy jaga Ikhsan dan Ikram tu”. Nur Hidayah menuju kedapur semula, membiarkan suami dan Natasya berbual.

“Baiknya isteri you bagi peluang kita berduaan”.

“Dia memang baik dan sangat memahami, itu sebabnya I sayang dia dan I tak mampu nak lukakan hati dia. You datang melawat keluarga I ni kebetulan dengan I balik sini ke?”. Natasya hanya mencebik mendengar jawapan dari bekas suaminya berkenaan sayang menyayang mereka suami isteri.

“Tadi papa you bagi tahu mommy I, dia kata you balik,  dia yang minta I datang sini jumpa you.  Terlanjur kita jumpa ni, teruslah kita bincang hal kita. Terlebih dulu I nak ucapkan terima kasih sebab dah masukkan duit. You nak kita nikah lepas I buat kimo ke atau sebelum kimo, kalau sebelum kimo kita ada masa dua tiga hari sahaja lagi..kalau nak tunggu lepas kimo kena lamalah you tunggu I, boleh ke”. Ceria wajah Diana Natasya bercerita.

“Siapa yang cakap I nak nikah dengan you. I masukkan duit yang you perlukan tu ikhlas nak tolong you sahaja”.

“Ehh takkan ihklas sahaja Jo, 50 ribu tu..bukan 50 ringgit atau 5 ringgit. I tak senang hati kalau you bagi sahaja atau you anggap sebagai hutang”.

“Tak.. I tak anggap itu hutang, memang  ikhlas nak bagi”.

“Tak kan nak bagi saja-saja”.

“Kenapa you ni orang dah ikhlas nak bagi you tak percaya pula”.

“Taklah hari tu you kata you tak ada duit simpanan.. alih-alih tak sampai tiga hari you masukkan 50ribu, kat mana you dapat duit..you pinjam dari siapa atau you pinjam bank. Kalau you pinjam bank tentu you akan dikenakan interest  berapa ratus you bayar  bulan-bulan”.

“Tahu pun you apa yang harus I tanggung, kalau I buat pinjaman bank,  kemudian nikah pula dengan you, hujung bulan kami anak beranak makan pasir. Tak berbaloi sungguh..”.

“kenapanya yang sampai you all  kena makan pasir”.

“Terus terang I cakap gaji I tak banyak mana. Kalau kita nikah  makan pakai dan tempat tinggal you, I juga yang kena tanggung. Mana nak  bayar hutang bank lagi nak tanggung you lagi. Kesudahannya I anak beranak makan pasir”.

“Kalau macam tu..lepas kita nikah I duduk Melaka dengan mommy I, jadi tak payahlah you cari rumah untuk I, you jenguk I masa you cuti jadilah”.

“I tak nak menyusahkan diri I, nak datang jenguk you masa cuti. You pun tahu  cuti I tak banyak dan masa cuti tulah I nak bersama anak-anak I,  nanti diaorang  tak kenal I ni ayah dia. Dah lah Didi terima sahaja duit tu, tak payah nak tahu kat mana I dapat duit tu untuk you dan jangan sebut pasal nikah dengan I lagi. I memang tak mahu nikah dengan you, walau pun I dah bagi you 50 ribu”.

“I tak sedap hatilah kalau tak tahu kat mana you dapat duit tu. Cakaplah Jo kat mana you dapat duit tu”.

“You ni tak ubah macam kaum Nabi Musa dengan sapi betina..dah orang bagi senang nak yang susah pula. Terus terang I cakap duit tu memang bukan duit  I, orang tu nak bagi ikhlas, duit tu tak dianggap sebagai hutang atau pun pinjaman dan dia tak nak balasan apa-apa. Sebagai balasan you doakanlah dia dengan doa yang baik-baik. Kalau you buat macam tu ‘hamba Allah’ kata itu pun sudah cukup.”.

“Ada ke orang yang macam tu Jo..bagi saja duit 50 ribu ringgit..bukan 50 ringgit atau lima linggit. Makin bertambah keinginan I nak mengenali orang tu. Kaya sunguh dia ye, sampai sanggup bagi duit sebanyak tu pada I. Cakaplah siapa orang nya Jo. Boleh I ucakpakan terima kasih pada dia.”

“Tak apa ucapan terima kasih you nanti I sampaikan pada dia”.

“Jo cakaplah, I nak ucapkan terima kasih sendiri pada dia, sebab dia dah bagi pinjaman kat I”.

“You kan memang tak faham bahasalah..orang tu kata ikhlas, nak juga you kata dia pinjamkan you duit. Dia pesan dengan I, dia tak nak dikenali”.

“Baiknya orang ni, lepas tu tak nak dikenali. Kaya sungguh dia ni bagi ikhlas sahaja duit 50 ribu”. Tak berhenti-henti Nayasya mengatakan kekagumannya dengan kekayaan sipemberi duit.

“Dia memang baik dan tak suka menonjol diri. Dia tak suka pemberianya disebut-sebut nanti timbul riak dihati, itu katanya pada I”.

“I makin nak tahu orang nya Jo. Bagi tahulah Jo.  I nak balas budi baik dia walau dengan apa cara sekali pun. I tak pandailah menerima budi orang tampa membalasnya. I tak suka nanti orang kata I tak pandai membalas budi.”  Natasya begitu mahu  tahu  orang menghulur bantuan untuknya  hingga sanggup melurut tubuhnya duduk dihadapan Johan dan  mencapai tangan Johan tanda dia bersungguh.... Sungguh terkejut Dr. Johan dengan perlakuan bekas isterinya.

“Ehh…ehh Didi..apa you buat ni, duduk balik kat kerusi you. Ok..ok I bagi tahu.. yang sebetulnya itu duit simpanan Hidayah, dia ikhlas nak sedekah kat you..ok  puas hati. Dengan cara apa you nak balas pemberian dia. You nak jadikan dia anak ikan you ke??”.

“Jo!! You jangan nak perli I lah. Kenapa yang dia nak bersedekah dengan I, I bukan fakir miskin yang dia nak sedekah dengan I”.

“Kita orang Islam ni kalau kita bagi dengan niat ihklas  bersedekah dapat pahala. Kalau diniatkan nak bagi pinjam dikira hutang dan orang yang dia bagi pinjam wajib membayarnya.”

“Ok.. I akan bayar balik duit dia. Lepas kimo ni I akan pergi lagi cari show. Dapat setahun dua lagi duduk London atau LA cukuplah. I kumpul nak duit dan hidup senang bila I balik semula ke Malaysia ni”. 

“Niat you nak nikah dengan I macam mana?”.

“Ehh you kata bukan duit you kan,  takkan I nak nikah dengan you”. Jawapan  Natasya diiringi oleh ketawa besar Johan Hamdi..

“Kenapa yang you ketawa pula”.

“Saja suka dengan jawapan you. Kita yang sebenarnya hanya sesuai sebagai kawan sahaja”.

“Betullah Jo, kita yang sebetulnya hanya sesuai sebagai kawan”.

“Didi!  sebagai seorang kawan..I rasa I patut ingatkan you sebelum you terlambat.”.

“Terlambat apanya Jo”.

“You tak terfikir ke..Allah dah bagi sakit untuk you, ertinya Allah dah bagi peringatan untuk you,  kadang-kadang Allah bagi kita sakit itu sebagai peringatan supaya kita ingat pada Nya”.

“Sakit I bukan sakit kronik yang dah tak boleh nak bangun. I masih boleh berjalan makan dan minum tampa bantuan orang lain. Lagi pun sakit I ni masih ada ubatnya. Lepas kimo nanti I akan ok. Jangan lah you bimbang. Waktu I masih panjang lagi. Satu lagi mana you tahu hati I ni ingatkan Allah ke tidak, walau pun I macam ni dalam hati I sentiasa ingat pada Dia tau. Jangan you pandang luaran sahaja Jo”.

“Didi..cara mengingati Allah yang dikiktiraf dan diterima adalah dengan solat lima waktu bukan ingat gitu-gitu sahaja”.

“You nak cakap I tak solat lah tu..Mana you tahu I tak solat. Jangan you samakan I dulu dengan I yang sekarang. I dah berubah Jo”.

“I pandang pada kuku dan rambut karat you tu”. Natasya memandang kesepuluh jarinya yang bercat kuku berwarna ‘pink’ cair, warna seperti warna kuku. Hairan hatinya bila Dr. Johan masih menyedari kukunya dicat. Tajam sungguh pandagan mata Dr. Johan mengenai dirinya. Hatinya mulalah timbul rasa girang  kerana dirinya diperhati dengan teliti.

“Kenapa dengan rambut I. Cantek ke ? itu you baru nampak hujung nya sahaja (Jambul rambut yang tersembul keluar macam rambut datin Rosmah Mansur)..Ni I buat kat London sebelum I balik sini.  Warnanya tahan lama dan hujung rambut  I buat ikal sikit..macam fesyen Farrah Fawcett Charlie's Angels tu. Tapi dia ni dah mati sebab kancer, tapi tak apalah I suka. Orang kata I nampak seksi dengan fesyen rambut ni.  You nak tenguk”. Beria-ia Natasya bercerita tentang fesyen rambut terkininya.

“Tak payah Didi..tak payah, I nampak jambul rambut you tu pun I dah berdosa..I bukan nak kata cantik, tapi mewarnakan rambut ni menyebabkan mandi wajib kita tak sah. Kalau dah mandi wajip tak sah ertinya kita berhadas besar sentiasa..sedangkan nak sah solat kita kena suci dari segala hadas apatah lagi hadas besar”.

“Jo I ni tak ada suami mana pula I nak berhadas besar..I tak pernah pun ‘main’ dengan lelaki nak puaskan nafsu I ni tau ..baik tak I ni”.

‘emm tak main dengan lelaki tapi main dengan wanita dah menyamai perbuatan kaum nabi Lut lagi lah dilaknat Allah’ kata-kata Dr. Johan hanya bergema dihatinya, kerana dia tahu bekas isteri suka atau bercinta  dengan kaum sejenisnya.

“Didi hadas besar ni bukan sahaja dengan perlakuan jima’. Setelah kering darah haid you, you kena mandi hadas besar juga. You tak didatangi haid setiap bulan ke? Setahu I yang tak didatangi haid dan nifas hanya Siti Fatimah Az-Zahra anak Rasulullah  sahaja.”.

“Ahh you macam alim sangat..”

“I mengingatkan you sebagai seorang kawan. Solat lah, solat ni tiang agama. sementara kita diberi waktu. Kalau nyawa dah diumbun umbun dah tak guna”.


“Jo..tak payah nak bagi ceramah pada I Jo..I tahu apa yang baik untuk diri I.”

“I hanya nak mengingatkan,  ajal maut ditangan Allah, bila sampai masanya tak terlewat walau sesaat nyawa kita akan ditarik dari jasad kita. Kita tak dapat nak lari kemana. Kita ni hanya seorang hamba Dia yang Maha berkuasa keatas diri kita. Ingatlah Didi, rebut peluang yang Dia bagi. Bukan untuk sesiapa untuk diri kita sendiri dialam kubur nanti”.

“Jo! kalau mati nanti, kita pun bukan satu kubur,  I tahu nak jaga kubur I sendiri. Jadi you jaga kubur you I jaga kubur I. Ehh yang you melalut bagi ceramah tentang kematian  kat I ni kenapa. I belum nak mati lagi lah.  I Masih muda”.

“Kematian ni bukan boleh nak dikira tua ke muda..you tenguk sahaja anak sultan Johor umur baru 25 tahun dan meninggal, tapi banyak kebaikan yang dia buat..kita baca pun sejuk hati”.

“Cukup lah Jo benci I  dengar cerita you. Dah lah I nak balik,  cakap dengan wife you jangan bimbang I akan bayar balik duit dia. Cakap dengan dia tiga kali show I boleh dapatkan balik 50 ribu untuk bayar duit dia. Tarik baliklah niat sedekah dia tu”.  Sebelum Dr Johan menyambung ceramahnya cepat-cepat  Diana Natasya angkat kaki.

(Saja mak teh masukan artikal ini untuk pengetahuan kita tak termasuk dalam cerita.)
“Taukah Anda siapa Wanita didunia ini yang tidak pernah mengalami Haid..? Jawabnya adalah Siti Fatimah Az-Zahra Binti Muhammad Shalallahu’alaihi Wasallam bin Abdullah bin Abdul Muthalib…Isteri dari Sayidina `Ali Bin Abu Thalib Ibu  Sayidina Hasan & Husain..
Keistimewaan ini menjadikan Rasulullah memberikan gelar khusus kepada Fatimah, yaitu “Al-Batul” salah satu maknanya adalah “ORANG SUCI”.
Aisyah berkata bahwa Rasulullah Shalallahu’Alaihi Wasallam bersabda:
“Ketika aku dalam perjalankan ke langit, aku dimasukkan ke syurga, lalu berhenti di sebuah pohon dari pohon-pohon syurga. Aku tidak melihat yang lebih indah dari pohon yang satu itu, daunnya paling putih, buahnya paling harum. Kemudian, aku mendapatkan buahnya, lalu aku makan. Buah itu menjadi nuthfah di sulbi-ku. Setelah aku sampai di bumi, aku berhubungan dengan Khadijah, kemudian ia mengandung Fatimah. Setelah itu, setiap aku rindu aroma surga, aku menciumi Fatimah.”(Tafsir Ad-Durrul Mantsur tentang surat Al-Isra’: 1; Mustadrak Ash-Shahihayn 3: 156)

Kepentingan menjaga solat.
1. Mengenalkan identiti sebagai hamba kepada Allah سبحانه و تعالى. Sabda Rasulullah ﷺ, “Antara hamba dan kekufuran ialah meninggalkan solat.” Seseorang solat kerana mengaku dirinya hamba kepada Allah سبحانه و تعالى., tetapi seeorang yang sengaja meninggalkan solat, maka dia tidak layak menjadi hamba, dan tidak diikitiraf Allah سبحانه و تعالى sebagai hamba-Nya.

2. Untuk berada dalam keadaan memenuhi janji yang di ambil dari Allah سبحانه و تعالى. Kalau dia meninggalkan solat, maka dia dianggap orang yang mengingkari janjinya kepada Allah سبحانه و تعالى. Dalam hadis Nabi Muhammad ﷺ, riwayat Imam Ahmad bin Hambal r.a., “Jangan kamu sekali-kali meninggalkan solat dengan sengaja, jika kamu melakukannya, akan terangkatlah tanggungjawab Allah dan Rasul-Nya daripada kamu.” Yakni dia tiada dilindungi, atau dipelihara lagi oleh Allah سبحانه و تعالى kerana meninggalkan solat yang merupakan ikat janji antara seseorang dengan Allah سبحانه و تعالى. Dalam satu riwayat dikatakan, “Barangsiapa menjaga solat, dia akan dijaga Allah. Barangsiapa tidak menjaga solat, dia tidak akan dijaga Allah.”
3. Penghapus dosa – dalam hadis Nabi Muhammad ﷺ, “Orang yang solat 5 waktu, maka akan dihapuskan dosa-dosanya.”

4. Wasilah untuk dipenuhi harapan dan doa kita kepada Allah سبحانه و تعالى. Dalam Al-Quran, Allah سبحانه و تعالى berfirman, “Mintalah pertolongan Allah dengan solat dan sabar.” Solat ialah wasilath untuk mendapatkan bantuan Allah سبحانه و تعالى. Rasulullah ﷺ sifatnya, jika menghadapi masalah atau perkara yang berat akan terus solat dan berdoa kepada Allah سبحانه و تعالى.

Alangkah banyaknya keperluan kita kepada Allah سبحانه و تعالى? Alangkah perlunya kita kepada solat sebagai wasilah untuk meminta bantuan kepada Allah سبحانه و تعالى. Ambillah pintu solat untuk dimasuki sebagai memohon bantuan kepada Allah سبحانه و تعالى. http://www.islamituindah.my/hikmah-solat-dengan-khusyuk
Al-Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al-Hamid
Taman Syurga, TVAlhijrah
Khamis & Jumaat [9:30PM