~Siapa Ikut Blog Ni~

Pages

Thursday, 19 March 2015

Nur Hidayah 43





Pagi itu Zul Fahmi datang kerumah kakaknya..

“Hidayah mana kak Jannah..dengar kata malam tadi abang Farid bagi dia cuti”.

“Ehh mana abang dengar abang Farid bagi dia cuti”.

“Masa akak nak makan tu abang ada dah kat luar, sahaja tak nak masuk..sebab baru lepas makan dengan mama..mama balik saja terus pergi dapur lapar katanya jadi abang pun tumpang semangkuk. Itu yang dengar abang Farid nak bagi cuti pada Hidayah tu”.

“Kalau dah ada kat luar  kenapa tak masuk makan dengan kami sekali malam tadi. Hidayah masak sedap semalam..masak lemak labu..cara dia..dia bubuh daun kunyit dengan udang kering bang. Kemudian makan dengan ikan kembung sumbat belakang.Tapi penyumbat kelapanya dia buat uhh terangkat”.

“Apa yang terangkat kak Jannah”.

“Kelapa yang disumbat dalam ikan tu lah. Kelapa tu dia gaul dengan cilia pi dan belacan kumudian digaul dengan air asam jaw..Pedas. Tapi Abang Farid dengan budak-budak ni makan bertambah-tambah. Dia boleh makan selamba sahaja.. tak berapa pedas katanya. Betul-betul dia orang negeri Sembilan.”

“Ohh dia orang negeri Sembilan. Terliur abang dengar kak ..sampai anak-anak dan abang Farid makan bertambah tentu sedapkan, ada lebih tak..nak juga merasa masakan menu Hidayah ni.”

“Emm mama dia orang Negeri Sembilan orang Jelebu.Ada lagi tapi akak tak panas kan, bang.”.


“Tak apa..boleh saja abang makan, lagi pun abang belum minum pagi lagi ni..Tadi ingatkan kak Dayah tak kerja tu yang cepat abang datang sini. Abang nak ajak dia keluar temankan abang cari barangyang nak bawa pergi Kuantan sikit.”Sambil makan sambil ZulFahmi menanti tukang masak kuah labu dan ikan sumbat belakang tetapi tak muncul-muncul kata bercuti.

“Mana Hidayah kak..keretanya ada kat depan tu tidur lagi ke..hari dah meninggi..”.

“Dia dah pergi kerja dengan abang pagi tadi.Katanya halnya dengan abang dah selesai.Lagi pun kerja kat boffice tengah banyak jadi dia malas nak cuti. Betul ke dah selesai apa yang abang nak tanya pada dia tu.Apa kesudahanya”.

“Dia tak boleh nak terima abang kak Jannah..pertama sebab dia lebih tua 4 tahun dari abang, kedua dia tak mahu mama terpaksa terima dia..betul ke mama tu bekas tunang uncle Faris kak”.

“Alah itu cerita dulu..mama dulu tak mahu dijodohkan dengan uncle Faris tu..sampai dia kawin lari dengan ayah akak kat Siam. Bila nenda jumpa mama semula dia paksa mama sambung belajar kat UK, kat sana mama jumpa papa abang..tapiyang akak tahu nenda tu tegas orang nya. Yang sebetulnya dia nak kekalkan keturunan Tengku kat pangkal nama cucu-cucunya itu yang dia paksa mama kahwin dengan uncle Faris”.

“Itulah..malam tadi Hidayah ada cerita sikit pasal papa dengan mama dia. Mama kita putuskan pertunaganya dengan uncle Faris bila terserempak dia berdating dengan mamanya di Unversiti Sain Pulau Pinang. Rupanya mama pernah masuk Universiti Sain Pulau Pinang”.

“Itulah kalau dah takdir kan..akhirnya terjumpa pula anak-anakmereka dan jatuh suka pula. Apa rasa hati abang bila dia tak boleh nak terima abang”.

“Sedeh juga kak, tapi betul juga kata dia..kita jagalah hati mama..itu lebih baik dari menjaga hati sendiri. Abang nak jadi macam dia mendahulukan hati mama dari hati sendiri. Lagi pun bahagia ke kita, kalau dia dan mama rasa berjurang bila duduk serumah.”.

“Eloklah kalau abang fikir macam tu. Kalau mereka kekok bila berdepannanti. Yang teruk kalau abang diduga membuat pilihan antara isteri dan mama..kita juga rasa serba salah kan bang..Habis apa cadangan abang untuk masa depan..jangan sampai abang tak kahwin kerana kecewa dia tak nak abang pula”.

“Hssy taklah sampai macam tu..abang nak habiskan houseman abang selama dua tahun dengan jayanya.Nanti barulah abang fikir masa nak cari pasangan.Abang nak belajar jadikan dia kakak abang, itu lebih baik dari memaksa dia menerima kita sebagai suami kan kak.”

“Betul abang cakap..haabaru akak ingat abang Farid cakap dengan akak malam tadi, Hidayah suruh abang jaga diri baik-baik. Dia risau dengar kata-kata abang bab pertemuan terakhir tu”.

“Kenapa pula macam tu”.

“Dia takut abang buat sesatu yang tak masuk akal.Dia sayang abang.Sayang sebagai adik dan sayang sebagai lelaki yang sempurna, bijak, baik dan teguh peganan ugama. Dia kagum adik-adik kita semuanya baik dan kuat berpegang pada ugama..Akak pun nak pesan pada abang jaga tingkah laku..kalau nak kahwin cakap dengan mama. Jangan buat macam papa Faris kesian anak yang lahir macam Hidayah tu. Susah dia nak bergul dengan orang dan orang pun susah nak terima dia. Yang sebetulnya dia malu bila orang tahu status dia bang”.

“In Syaa Allah kak Jannah..abang akan ingat kan diri abang.. bangga mama dan papa dengan kelahiran abang akan abang akan jaga sampai hujung nyawa abang kak.”
(Cuba anda bayangkan bangga ibu dan ayah kita meyambut kelahiran anaknya.lirik lagi M.Daud Kilau)
Kini aku gembira
 Yang ku tunggu dah tiba
Anakku lahir sudah
 Hai anakku yang pertama
 Sungguh cantik rupanya
Mirip wajah ibunya
Betapa bahagia Hai dengan kehadirannya
Kan kujadikan raja
Di dalam rumahtangga
Kucurahkan semua Hanya untuk mu sayang
 Buah hati wahai permata Besarlah kau segera
 Anakku yang pertama
 Riang tiada terkira
Hapus segala duka
Bila ku memandangnya
Hai anakku yang pertama
Copy and WIN : http://ow.ly/KfYkt

Sudah hamper tiga bulan pemergian Tengku Faris keRahmatullah.Ini bermakna sudah mahu tamat tempuh iddah bagi Nur Hidayah.(Tempuh iddah mengikut syarak tiga kali suci“Perempuan-perempuan yang diceraikan hendaklah menahan diri mereka (menunggu) selama tiga kali quru’ (suci).” — (al-Baqarah 2:228))
Ia juga dapat memberikan ruang masa bagi suami rujuk semula kepada bekas isterinya. Bagi wanita yang kematian suami pula, tempoh iddah dianggap sebagai tempoh berkabung bagi menunjukkan kesedihan ke atas pemergian suaminya.

Semalam dia didatangi oleh Syed Borhan denagn membawa misi mahu membela kehidupanya dimasa akan datang.Yang sebenarnya baru tiga hari Syed Borhan pulang dari bekerja hatinya sudah tidak sabar-sabar mahu turun keKuala Lumpur mencari Nur Hidayah di tempat kerjanya. Dia tidak tahu hati sang isteri yang setia hancur lebur dengan tingkahnya yang bagai tidak sabar-sabar mahu memberinya madu kepadanya. Namun demi untuk melihat suaminya bahagia direlakan juga.Rela yang terpaksa.

Ketika dia mencari pakir ditempat pakir Hotel Impian dia melihat kereta KELISA miliknya dulu dicelah-celah kereta yang gah di tempat pakir berbumbung milik hotel itu. Dia mendekati kereta Kelisa untuk memastikan nombor platnya..sah memang kereta milik Nur Hidayah. Hatinya jadi berdebar namun debar bahagia.

       Memang betul Hidayah masih bekerja disini.Tak sia-sia dia datang kali ini itu detik hatinya yang gembira.Rasanya tidak sabar-sabar mahu melihat fizikal orang yang disayanginya dan orang yang dirinduinya. Dulu ketika dia melawat  Nur Hidayah di lokap kelihatan wajah Nur Hidayah yang cengkung dan bawah matanya juga bergaris hitam. Kelihatan juga dia layu tak bermaya.. Masih begitukan keadaanya setelah hamper tiga bulan kejadian hitam itu berlalu.

Syed Borhan kekaunter pertayaan bertanya untuk kepastian. Bila melihat gadis yang duduk dikunter bertudung Syed Borhan memberi salam..

“Ada ke pekerja disini yang bernama Nur Hidayah binti Abdullah”.

“Ada dia bekerja sebagai Akauntan disini”.

“Boleh saya berjumpa dengan dia”.

“Encik ada temu janji dengan dia ke?”.

“Saya tak ada temu janji tapi saya saudara dia, saya datang dari Melaka ni”.

“Tunggu sekejap ye saya cuba hubungi dia dulu”.Penyambut tetamu tadi menghubungi Nur Hidayah dan membenarkan Syed Borhan menemuinya dipejabatnya.

Nur Hidayah tertanya-tanya dalam hati siapakah saudara yang diperkatakan oleh penyambut tetamu yang bertugas hari itu. Kalau Tengku Faridah tentu sahaja mereka kenal..lagi kata penyambiut tamu itu tadi lelaki muda..siapa agaknya yang menyamar diri sebagai saudaranya. Atau memang dia masih mempunyai saudara di Kuala Lumpur selain saudaranya yang berada di Jelebu Negeri Sembilan.

Nur Hidayah menghentikan kerja dan menanti pintu di ketuk dari luar. Hatinya berdebar tetapi debarnya debar ingin tahu siapa gerangan saudara yang ingin menemuinya. Pintu diketuk dan dengan pantas Nur Hidayah menyuruh masuk mukanya mengadap tepat kepintu. Bila terjengul sahaja wajah lelaki yang membuka pintu..kelihatan senyuman lebar sang jejaka dihadiahkan kepadanya..Nur Hidayah yang terngaga mulutnya tidak sangka.

“Assalamulkaikum..Dayah apa khabar”.Suara dan wajah Syed Borhan sungguh ceria bila dapat bertentang mata dengan orang yang dirindui.

“Walaikumsalam.Eh alonoog.Alahamdullilah..baik sihat..Along sihat?balik cuti ke long…tak sangka betul Dayah along yang datang. Nak pecah kepala Dayah fikir tadi..siapa saudara yang datang nak jenguk Dayah”.
“Along cari Dayah sejak Azam bagi tahu Dayah dah dibebaskan dulu. Tiga hari along tunggu kelibat Dayah datang kerja..tapi tak nampak pula. Kata Azam Dayah masuk hospital.”. Wahh hebatnya pihak polis menyiasat hingga setelah dia dibebaskan juga masih disiasat juga..detik hati Nur Hidayah.

“Along cari dayah kat mana.Mana tahu Dayah kerja kat sini”.

“Along perhatikan dekat kedai bertentangan Hotel nilah....kalau ada Dayah datang kerja..sebetulnya along tak pasti Dayah kerja kat sini..Azam kata dari siasatan masa mencari bukti Dayah dulu dia kata Dayah kerja kat hotel ni. Betul ke Hotel ni kepunyaan bapa kepada suami merangkap bapa biologi Dayah?”.

“Betullah tu long”.

“Habis kes yang dia tuduh Dayah bersubahat membunuh suami Dayah tu apa ceritanya.diaorang tak buang Dayah pula”.

“Alhamdullilah semuanyua dah selesai dan Alhamdullilah juga Dayah masih kerja kat sini. Dayah memang malas nak cari kerja tempat lain long”.

”Along pun bersyukur Dayah tak pergi kerja tempat lain, kalau tak kat mana along nak cari Dayah.Terkilan rasanya tak jumpa Dayah hari tu. Balik cuti ni along cepat-cepat datang sini.. Alahmdullilah akhirnya jumpa juga dengan Dayah.Tak sia-sia bergesa along datang sini”.

“Ohh..along baru turun kapal ke”.

“Ahhah  baru tiga hari”.

“Ehh along nak minum apa..boleh Dayah oderkan”.

“Tak payah lah Dayah, along nak cerita dengan Dayah sahaja. Dapat jumpa Dayah along rasa lega sangat..”.

“Tak ada apa nak cerita long, Dayah macam ni sajalah..Kak Nisa tahu along jumpa Dayah ni”.

“Tahu..masa datang yang dulu pun along dah cakap dengn dia along pergi KL cari Dayah”.

“Dia tahulah yang Dayah kena tahan polis”.

“Tahu semua along cerita dengan dia. Yang sebetulnya dia pun kesian kat Dayah..itulah kami dah bincang dan dia pun setuju kalau along nak jaga Dayah”.

“Nak jaga Dayah macam mana tu long. Rasanya tak perlulah along dan kak Nisa susah-susah.. Dayah boleh jaga diri Dayah sendiri. Dayah dah ada kerja dan Dayah pun dah ada rumah sendiri kat KL ni.”

“Along sanggup jadi suami Dayah, jadi pelindung Dayah”.

“Tak apa lah long Dayah lagi senang hidup macam ni. Dayah tak nak menyusahkan orang.”

“Apa pula menyusahkan orang Dayah. Kalau kita nikah Dayah tak menyusah kan along pun. Bab nafkah along mampu nak tanggung kak Nisa dan Dayah sekali harung..jangan bimbang tentang tu”.

“Dayah tahu dengan gaji along yang lima angka setiap bulan memang mampu nak tanggung dua isteri, tapi Dayah tak mampu nak membina kebahagiaan Dayah diatas air mata wanita lain long. Kak Nisa tu sama gander dengan Dayah, dahlah tu kak sepupu sendiri pula tu. Biarlah Dayah macam ni, Dayah ada duit sendiri untuk tanggug makan pakai Dayah”.

“Hidayaah..along sebetulanya dah bincang dengan kak Nisa bab nak ambil Dayah menjadi isteri along dan dia setuju..Jadi terimalah, kita bertiga bantu membantu. Masa along tak ada Dayah bantulah kak Nisa nanti kak Nisa juga akan bantu jaga Dayah..boleh kan”.
“Baik nya hati kak Nisa demi nak tenguk suaminya bahagia dan gembira dia rela bermadu dengan Dayah..tapi bagi Dayah tak ada perempun yang sanggup melihat suaminya membahagi kasih dengan wanita lain. Jauh disudut hatinya mesti dia rasa sedeh. Kalau dia tak berkemampuan boleh along madukan dia. Ni dia mampu bahagiakan along sanggup along nak bagi madu pada dia. Lagi pun along nikah dengan dia baru sangat..baru setahun along. Kata orang tu rasa hangat nya cinta masih membara, along dah sekat dengan membahaginya dengan Dayah...along tak kesian ke.

…Sebab apa Dayah cakap macam ni..sebab Dayah merasakan nya. Dayah tak mampu nak membayangkan suami Dayah ada isteri lain selain dari Dayah. Tak mampu nak membayangklan suami kita bahagia dan gembira bergelak ketawa dirumah isteri lain, sedang kita kat rumah bersendirian  kesunyian tak ber teman. Pada Dayah dari kita makan hati bertiga baik Dayah macam ni. Dayah hanya fikir diri Dayah sorang, itu rasanya berpuluh kali lebih baik. Entahlah long belum lagi Dayah menjadi isteri..Dayah dah ada rasa cemburu seorang isteri”.

“Kenapa Dayah tak cuba dulu..along janji akan adil dengan pembahagian masa Dayah dan kak Nisa nanti”.

“Untuk apa nak dicuba long, kalau kita dah tahu sakitnya. Kalau dah tahu peria tu pahit tidak kugulai dengan kelapa, Dayah dah tahu bermadu tu sakit dan perit..walaupun untuk sehari  Dayah tak akan mencuba long. Bagi Dayah ada jalan keluar dari merasai sakit bermadu..Jadi Dayah tak nak terima pelawaan along untuk bernikah. Untuk Kak Nisa dia tak diberi pilihan bila along kata nak nikah satu lagi..sebab dia dah memang terikat dengan Ijab dan Qabul along terlebih dulu. Sekarang Dayah pilihkan untuk dia..Dayah tak mahu kerana Dayah sendiri tak mampu.”

“Hanya sebab itu sahajakah Dayah tak terima along”.

“Long jangan hanya nak fikir negetiv sahaja..along kena fikir positive bila Dayah tak mahu. Kalau dah dicuba kemudian kita mengeluh menyalahkan takdir itu tak betul namanya.Kita ada otak fikir dulu sebelum buat keputusan. Jangan fikir bahagia sendiri sahaja. Dah lah long.. tak lama lagi anak along bakal lahir jaga anak along dan kak Nisa elok-elok”.

Syed Borhan sangat kecewa dengan penolakkan Nur Hidayah. Untuk memandu pulang keMelaka dia tidak mampu.Dia bercadang bermalam dirumah Inspektor Azrul Azam untuk menenangkan hatinya dahulu.








Monday, 16 March 2015

Nur Hidayah 42







Diatas permintaan abangya yang bersungguh malam itu Nur Hidayah bermalam dirumah abangnya.

“Kenapa abang Farid nak suruh Dayah tidur sini pula.”

“Tak ada apa, saja abang nak ramai-ramai kita sekeluarga”.

“Yang ramai tu siapa lagi tu”. Takut benar Nur Hidayah ramai yang dikatakan oleh abangnya adalah kedatangan Tengku Faizal suami isteri. Dia masih diselubungi ketakutan bila nama Tengku Faridah melintas dimindanya dan Tengku Farid mengentahui keadaan adiknya.

“Tak ada siapa, kita-kita sahaja.Abang kesian hari ni Dayah teruk sangat buat kerja. Jadi tak payahlah balik malam ni jauh tu nak memandu balik Cheras. Sesekali apa salahnya Dayah tidur sini. Katil kat bilik Dayah tu memang minta sesekali Dayah tidur kat atas nya. Jangan balik ye..Esok  abang bagi cuti pada Dayah”. Sememang nya tadi teruk dia mengemas kini data kewangan syarikat mereka setelah lama ditinggalkan. Sejak dia dimasukkan kelokap, papa mereka pula meninggal dunia manakala Tengku Farid dan Tengku Faizal kehulu kehilir menangani masaalah yang meneimpa mereka, tiada siapa yang mengambil alih kerja-kerja di bahagian kewangan .

“haa..peliklah abang Farid ni dah suruh tidur sini bagi cuti lagi..Jannah…”

“Panggil ‘kakak’ lah Dayah..kesian kak Jannah, dia nak rasa juga ada adik ipar kan Jannah. Biar pun adik iparnya lebih tua dari dia. Panggilan tu kan hormat..”.

“Haa tu yang ingatkan kita lagi tua tu kenapa..”.Ketika itu mereka bersiap mahu mula memulakan makan malam. Mereka yang perempuan menyusuh makanan di atas meja.

“Yang abang Farid bagi dayah cuti kenapa kak Jannah tak sihat ke..nak kata mengandung lagi anak baru lima bulan. Kalau ia teruk betul abang Farid ni. Bagilah masa kak Jannah rehat sikit”.

“Tak adalah.. hanya abang kesiah kat Dayah yang kerja teruk, tolong abang dengan atuk”.

“Terima kasih abang Farid”.

“Dah..dah jom cepat makan nanti kejap lagi anak-murid atuk dengan nenek sampai kalamkabut kita nak makan.”

“Sini ..abang ngan kakak ibu suap..mama Dayah  penat tu..sini.”.

“Tak apa lah kak Jannah biar Dayah suap Arif dengan Aisah..meh..sini anak mama..sini mama suap abang dengan kakak”.  Sememangnya Hidayah suka duduk dirumah abangnya terasa diri sudah menjadi ibu.

Lepas makan malam dan berkemas didapur teus sahaja Hidayah mengaji dengan nenek Bedah sebelum anak murid nenek Bedah yang lain dating. Nanti boleh lah dia membantu nenek Bedah menegukkan sedikit anak –anak mengaji..dapatlah dia mengingati tajuid yang terasa sudah lama tidak disemak bacaanya.   Bukan nya ramai anak murid nenek Bedah hanya tiga orang anak dara sunti jiran abangnya. Untuk nenek Bedah hanya mengambil anak-anak peremapuan sahaja. Mereka mengaji diruang tamu tempat mereka solat berjemaah. Manakala  yang lelaki itu adalah bahagian atuk Ibrahim pula mereka mengaji di luar rumah.

Bila mendengar  ada derap kaki dimuka pintu Nur Hidayah memandang kearah pintu terjengul doctor Zul Fahmi di pintu masuk kebetulan Zul Fahmi sedang memandang kearahnya. Bila semua para pelajar sudah pulang dia mahu masuk kedalam rumah. Dia memberi senyuman ramah pada Nur Hidayah yang sedang mengemasi rehal yang digunakan oleh anak-anak tadi. Dia kemudian memberi salam. Nur Hidayah teroleh kiri dan kanan untuk memastikan masih ada orang lagi kah diruang tamu..

“Kenapa Hidayah takut sangat nak mendoakan kesejahteraan I”.

“Ehh apa pula Zul cakap macam tu, akak dah jawab dalam hati.. cari abang Farid ke..dia kat atas nanti akak panggil kan dia ye”.

“Ehh..tak payah..tak payah kita nak jumpa awak saja”.

“Awak tu sapa akak ke??”

“Ialah.. dah tak pandai bahasa Melayu pulak..awak tu youlah”.. ha haha dua teruna dan balu gelak bahagia bila usik mengusik macam tu.

“Zul selalu kacap I..you I..you tiba-tiba kita awak pula tu yang keliru tu”

“Meh kita duduk luar Hidayah..tak lama lagi kita dah nak pergi Kuantan, buat houseman kat sana”.

“Kita pula..bukan Zul sorang ke?. Gunalah bahasa Melayu yang betul Zul”.

“Hssy Hidayah ni ada saja yang tak betul bila kita cakap”.

“Iala..ialah. Zul dapat buat haouseman kat sana..kenapa tak minta kawasan Lemabah Klang sahaja. Boleh berulang duduk dengan keluarga.”.

“Dah rezekinya kat sana nak buat macam mana. Kita ni kalau boleh memang nak yang dekat-dekat sini sahaja..boleh terus belajar mengaji dan berzanji..ni baru dapat satu juzuk dah kena berhenti sekejap..takut lupa sahaja”.

“In Syaa Allah tak lupa, kalau Zul terus amalkan walaupun tak kat depan atuk Ib”.

“Tapi kat sini ada perangsang yang menaikkan semangat nak belajar”.

“Sebagai orang yang lebih tua suka  akak ingatkan Zul.. buat sesuatu tu kerana Allah.. In Syaa Allah melekat ilmu yang kita cari Zul”.

”Ialah..Hidayah jom kita duduk kat bangku luar tu..kita ada benda nak cakap dengan awak”.

“Nak cakap apalah Zul dengan akak ni”. Nur Hidayah mengikuti juga langkah birasnya yang meminta mereka duduk diluar rumah. Di perkarangan rumah Tengku Farid ada satu set meja batu untuk mereka minum petang  tidak jauh daripintu masuk kerumah. Bila tiba dibangku batu.. Zul duduk di bangku manakala Hidayah memilih untuk duduk dibuaian anak-anak buahnya.

“Apa yang Zul nak cakap dengan akak. Cakaplah cepat”.

“Sebelum kita pergi Kuantan kita nak cakap sesuatu yang dah lama kita fikirkan”. Sudah lama mereka berbual biar pun selalunya Zul akan mengunakan ganti nama I dan you tetapi Hidayah tetap akan menggunakkan ganti nama awak dan saya sahaja biar pun dia bukanlah tidak berpelajaran. Dia juga lepasan Universiti, walaupun hanya Universiti tempatan (UiTM)dan mempunyai Ijazah perakuanan. Pada Zul mungkin Hidayah tidak mahu memperlekehkan bahasa ibunda itu yang dia tidak terikut-ikut mengunanakan perkataan separuh Inggeris dan separuh Melayu. Jadi sekarang ini Zul mencuba mengunakan parkataan kita dan awak untuk memesrakan dirinya dengan Nur Hidayah.

“Nampak macam penting sahaja..takut akak”.

“Penting untuk kita Hidayah.. Hidayah kalau kita cakap kita suka awak boleh ke?”

“Cuba Zul cakap terang-terang, akak tak faham..Suka yang macam mana?”.

“Hidayah!! kita tak pernah anggap Hidayah akak kita tau..kenapa selalu bahasakan diri akak dengan kita”.

“Dah kita lagi tua dari Zul..kenalah panggil kakak. Zul nak tahu akak ni dengan Jannah pun tua akak lagi tau”.

“Tapi kita tak nampak yang Hidayah lebih tua dari kita. Dahlah saiz kita pun kita lebih tinggi dan lebih besar dari awak. Cuba tenguk.” Zul Fahmi memandang dirinya sendiri kemudian mangarahkan matanya kearah Nur Hidayah pula.

“Memanglah.. dah fitrah alam fizikal lelaki mesti besar dari wanita.”

“Hidayah..Saya yang sebetulnya tak pandai nak kata berkias dan tak pandai kata berlapik..jadi saya cakap terus terang sahaja.. Saya suka awak..saya nak awak jadi pasangan saya didunia dan akhirat. Kalau Hidayah rasa saya terlalu berterus terang maaf ye”.

“Zul..Zul tak tahu tak siapa akak yang sebenarnya..kalau Zul tahu Zul akan merasakan kita bukan pasangan yang sesuai”.

“Apa yang menyebabkan kita tak sesuai sebab perbezaan usia kita?”.

“Selain dari usia yang berjarak 4 tahun, ada perkara lain yang akak malas nak sebut..tapi dalam  erti kata lain memang kita tak sesuai..jadi anggaplah saya ni kakak awak dan saya lebih selesa macam tu”.

“Hidayah sebelum saya cakap ni, saya dah selidik siapa Hidayah dan saya tak kisah itu semuanya. Pada saya, Hidayah adalah ciri wanita yang saya suka..bukan pasal fizikalnya sahaja tapi semuanya”.

“Apa yang Zul tahu akak dah boleh agak..malas akak nak cakap dan itu memang salah satu dari sebabnya.Yang kedua yang Zul tak tahu dan mungkin mama Zul juga tak sangka”.

“Apa dia..cakaplah”.

“Akak ni adalah anak bekas kekasih tunang mama Zul”.

“Tak faham cuba jelaskan lebih terperinci”.

“Papa akak ada cerita..aunty Hana adalah bekas tunangnya. Aunty  putus kan pertunganan mereka kerana dia terserenpak papa akak berdating dengan mama akak di Universiti Sains Pulau Pinang..jadi kalau akak jadi menantu dia apa pula perasaan dia Zul.” Terkedu Zul Fahmi mendengar apa yang diceritakan oleh Nur Hidayah.Melihat Zul Fahmi kaku dengan ceritanya dia menyambung ceritanya.

“Zul bukan senang untuk membawa kita lahir kedunia. Zul sebagai doctor mungkin  pernah melihat kepayahan seorang wanita melahirkan anak..jadi hargailah kepayahan ibu  yang melahirkan kita… senang kan hatinya. Jangan diminta mereka memaksa hatinya menerima apa yang kita suka. Zul masih muda..masih banyak peluang  mencari wanita yang sesuai untuk Zul dan sesuai untuk seluruh keluarga Zul. Ingat jangan pentingkan perasaan kita sahaja..pentingkan juga perasaan orang yang berjasa dengan kita sekali. Restu mereka, doa mereka.. adalah yang paling mutajab untuk kita Zul”.

“Tapi saya suka awak Hidayah. Kenapa Hidayah tak cuba dulu. Mama saya baik Hidayah mungkin dia boleh terima awak seadanya”.

“Zul nak tahu tak hati seorang ibu..dia akan mendahulukan perasaan anaknya..dia lebih rela menderita dari melihat anaknya bersedeh. Sekarang ni kita belum ada apa-apa lagi, kita masih boleh mengelak perkara yang akan membuatkan dia rasa tak selesa jadi elaklah..jangan sampai dia terpaksa memilih pilihan kita Zul. Lagi pun akak tak mahu dia rasa tak selesa dengan akak. Akak harap Zul pindahkan perasaan ‘suka’ Zul tu pada perempuan yang lebih sesuai untuk Zul. Saya lebih selesa menjadi kakak awak dari menjadi pasangan hidup awak Zul. Saya memerlukan orang keliling yang menyayangi dari seorang  sahaja yang akan sayang saya. Kalau Zul kasihankan akak, jangan disebut perkataan ‘suka’ pada akak lagi. Jangan mengulangi perkataan yang boleh menebalikkan hati dan akhirnya akan menyiksa kehidupan kita dan orang yang paling rapat dengan kita”.

“Awak sangat baik Hidayah walau pun cara lahir awak…hssy saya ni menginagtakan awak pada benda yang tak suka awak sebut kan”.

“Tak apa itu sebagai satu pengajaran..bukan semua yang seperti saya bernasib baik diberi kesedaran dan kekuatan..Hanya satu yang akak nak ingatkan, benih kita jangan ditabur sebarangan, jadikan akak ni iktibar..kepayahan anak-anak yang seperti akak meraih kasih orang, payah untuk meyakinkan diri. Itu sebabnya akak perlukan kasih orang sekeliling kerana itu sumber kekuatan akak. Harap Zul faham apa yang akak maksudkan”.

“Faham kak, sangat faham dan saya bersimpati dengan akak. Memang akak wanita yang  sangat baik”.

“Zul juga baik, dan akan menjadi anak yang sangat baik jika mendahulukan rasa senang ibu kita dulu. In Syaa Allah anak yang baik akan mendapat jodoh yang baik juga..semoga Zul mendapat jodoh yang berkali-kali lebih baik”. Lama mereka mendiamkan diri dan akhirnya Nur Hidayah yang bersuara..

“Kalau dah tak ada apa-apa lagi akak nak masuklah”.

“Kak Dayah terima kasih diatas ingatan tadi”.

“Tak ada apa yang nak diterima kasihkan Zul kita sesama manusia harus ingat-mengingati..kalau sorang terlupa yang dengar dan yang tahu wajib menginagti. Yang ada dikeliling dipandang,  kalau baik jadikan contoh ikutan, mana yang tak elok jadikan pengajaran. Hanya satu akak nak ingatkan Zul yang  tak lama lagi jauh dari keluarga..jadikanlah ayat Kursyi dan ayat Seribu Dinar sebagai zikir, In Syaa Allah akan datang pertolongan yang tak di sangka-sangka pada orang yang mengamalkan ayat tu. Tapi dengan amalanya sekali.. taat perintah Allah dan menjauhi larangan Allah. Ingat!  ini nasihat seorang kakak yang sayang pada adiknya.”

Terjemahan ayat Seribu Dinar
“Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar.
Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di sangka-sangka.Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya.Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya.Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.”

Khasiat Ayat Kursi:
Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan istikamah setiap kali selesai sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali masuk kerumah atau kepasar, setiap kali masuk ke tempat tidur dan musafir, insyaallah akan diamankan dari godaan syaitan dan kejahatan raja-raja (pemerintah) yang kejam, diselamatkan dari kejahatan manusia dan kejahatan binatang yang memudharatkan. Terpelihara dirinya dann keluarganya, anak-anak nya, hartanya, rumahnya dari kecurian, kebakaran dan kekaraman.

Yang sebenarnya perbualan mereka telah dikupingi  (curi dengar)  oleh Tengku Farid dibalik pintu. Insaf dirinya melihat keperitan adiknya meraih kasih orang sekeliling. Begitu  sukar adiknya  mahu memasukkan diri kedalam keluarga orang lain kerana status dirinya. Yang sebenarnya  Nur Hidayah tidak yakin orang lain menerima dirinya setelah tahu siapa dia.

“Kak Dayah! abang nak balik lah ni..Kalau ini pertemuan kita yang terakhir abang minta maaf banyak-banyak ye”.

“Ehh abang ni jangan cakap macam ni..akak tak sukalah”.

“Bukan  ada maksud tersirat pun..lusa abang dah nak pergi Kuantan buat houseman kat sana. Akak tak tahu ke..masa houseman tak ada cuti.. mungkin dua tahun abang tak dapat balik tau..nanti dua tahun kita tak dapat jumpa..jadi untuk raya yang dua tahun tulah abang minta maaf dulu  ada fahaaam”. Tetapi yang sebenarnya dua tahu menjalani latihan kedoktoranya dia mahu mengubati kepedihan hatinya mahu belajar menerima Nur Hidayah sebagai kakaknya. Itu azam ZulFahmi sebenarnya.

“Hssy ialah tu”. Begitu mudah mereka menerima keadaan yang tidak menyenangkan. Biar pun jauh disudut hati Zul Fahmi ada kesedehan diatas penolakkan Nur Hidayah, namun dia harus menerimanya dengan hati terbuka. Penolakkan Nur Hidayah ada hikmahnya.

Ketika Nur Hidayah masuk kedalam rumah, Tengku Farid ada duduk diruang tamu.

“Abang Farid  esok tak payah lah Dayah cuti. Rasanya Dayah tahu kenapa abang Farid bagi Dayah cuti..semuanya dah selesai..jadi Dayah nak balik lah. Esok nak kerja”.

“Tak payahlah Dayah balik, esok pergi kerja dengan abang sahaja .. petang balik sini lepas mengaji baru balik rumah Dayah boleh kan”. Nur Hidayah hanya terkebil-kebil memandang abangnya yang duduk disofa sambil matanya memandag ke TV yang menyiarkan siaran sukan ketika itu.

“Hidayah abang nak Tanya…betul ke aunty Hana putuskan pertunangan dengan papa selepas tenguk papa dengan mama Dayah.”

“Betul bang..masa papa terserempak dengan aunty Hana.. masa tu mama dah mengandungkan Dayah. Itu yang mama Dayah cerita masa Dayah ditingkatan tiga.. sebelum dia pergi ke Arab Saudi bekerja. Lepas tu papa ada cerita masa dua tahun lepas balik berbuka dari sini..dia kata aunty Hana adalah bekas tunagnya..itu yang Dayah dapat teka ada kesinambungan cerita mama Dayah dan cerita papa”.

“Jadi kenapa Dayah tolak Fahmi..Dayah dendam dengan aunty Hana ke”.

“Apa pula nak dendam. Cuba abang Farid fikir..wanita yang bakal menjadi menantunya adalah anak bekas tunangnya. Dalam erti kata lain, apa rasa hati aunty Hana bila dia tahu bakal menantunya adalah anak bekas tunang dengan wanita  yang menyebabkan mereka putus tunang. Kalau Dayah ..Dayah akan sakit hati. Dayah tak mahu aunty Hana rasa serba salah nak terima Dayah..dah lah Dayah anak tak sah taraf, ditambah pula dah jadi balu, ditambah lagi anak kepada wanita yang menyebabkan mereka putus tunang. Abang kira tak, berapa keburukan yang Dayah pegang.  Sedangkan kalau satu pun dah boleh menutup sepuluh kebaikkan, inikan pula yang berpuluh keburukan dan tak ada satu pun kebaikkan.”.

“Tapi abang rasa Hidayah terlalu merendah diri..tak elok kalau merendah diri sangat”.

“Abang Farid, pada Dayah lebih baik kita merendah diri dari menyusahkan kehidupan jenerasi yang bakal lahir. Sebab Dayah dah lalui betapa peritnya. Esok pesan dengan kak Jannah suruh adik dia tu berhati-hati..Dayah takut mendengar kata-katanya tadi.”

“Kenapa Dayah nak bimbangkan dia. You sayangkan dia ke”.

“Sayang sebagai seorang lelaki Islam yang dilihat  dapat membela ugama, Negara dan kaum keluarganya. Susah nak dapat bangsa kita yang pandai dan taat pada ugamanya kan bang. Untung aunty Hana dan uncle Razlan dapat anak semuanya menjadi”. Tengku Farid mengiakan kata-kata adiknya didalam hati. Dia juga rasa sangat  beruntung mendapat satu-satunya anak perempuan Tengku Raihana dan menjadikan dia seorang lelaki, suami dan ayah yang berkesedaran.