~Siapa Ikut Blog Ni~

Pages

Sunday, 21 April 2013

Bab 13 Bimbang




Bahulu dalam pinggan,
Makan bersama air kopi,
Jangan malu jangan segan,
Kita sudah suami isteri.


Rupanya ayah dan ibu Farhan juga memikirkan perkara yang sama bila melihat tingkahlaku Farhan. Mereka bersoalan antara mereka. Hendak dikatakan Farhan tidak menyukai isterinya tidak juga kerana dialah yang menyuruh meminang Fatin untuk dirinya. Hajjah Fatimah tidak pernah memaksanya atau menyuruh anaknya memperisterikan Fatin Najihah anak jirannya. Dia hanya membantu Farhan sahaja bagaimana mahu berkenalan dengan Fatin ..tidak lebih dari itu. Hendak dikatakan mereka tidak menyukai antara satu sama lain tidak juga. Pening dia memikirkan tingkah anaknya yang seorang ini. Lain dari yang lain. Tetapi apa yang menghalang untuk mereka bersama. Puan Fatimahlah orang yang paling bimbang dengan perilaku anaknya Farhan. Dia takut Farhan lelaki yang tidak normal. Nauzubillahminzalik.


Puan Fatimah sering memerhatikan anaknya yang seorang itu.Ketika mereka berjalan kerumah saudara mereka, Farhan sering berbisik dan jika mereka berdua mereka berbicara nampak mesra. Ketika berjalan Farhan sentiasa memegang tangan isterinya. Perbuatan Farhan itu  sudah tidak malu-malu walaupun ketika  dihadapanya. Jika Farhan memandu dia akan selalu mengerling kebelakang memandang isterinya duduk di kerusi belakang bersama nya. Seakan tidak puas untuk memandang wajah isterinya.

Hendak dikatakan Fatin tidak menyukai Farhan tidak juga kerana bila Farhan memegang dan menyulam jarijemarinya kelihatannya, Fatin juga membiarkan sahaja segala perlakuan suaminya seakan dia juga merasa bahangia diperlakukan begitu. Kadang-kadang tangannya dibawa kedada dan kadang-kadang tangan suaminya pula memeluk bahunya mungkin ingin mendekatkan tubuhnya kepada isterinya, kala itu dilihat Fatin juga tidak membantah perlakuan suaminya. Hajjah Fatimah dan Haji Bakar hanya memandang sahaja perlakuan anaknya yang sudah tidak segan silu menunjukkan rasa sayangnya kepada isterinya dihadapan mereka.

“Bang kenapa agaknya Farhan tidak mahu Fatin tidur kat rumah kita ye bang..dahlah macam tu,  dia tidak mahu pula tidur kat rumah keluarga Fatin. Nak kata tak ada bilik rasanya rumah Haji Rasid sudah disiapkan anak-anaknya seorang satu bilik.”

“entahlah..tunggu sampai seminggu,  kalau dia buat macam tu juga kita tegurlah.”Jawap suaminya lembut, Haji Abu Bakar sememangnya lembut orangnya dan tidak tergesa-gesa walau pun dia tegas. Dia juga bimbang sebenarnya tetapi masih memberi anaknya peluang untuk menyesuaikan diri dengan isterinya. Dia juga memberi peluang supaya anaknya betul-betul bersedia untuk menunaikan tanggung jawabnya sebagai seorang suami.



Kebetulan mereka makan malam cepat sedikit dari biasa pukul 630 petang lagi puan Fatimah sudah menyediakan makan malam kerana perutnya sudah lapar.

“Kakak kita masak malam cepat sikit hari ni..ibu rasa lapar pulak..makan kat rumah orang tadi rasa tak kenyang pulak.”

“Ialah bu kita nak masak apa?”

“Entahlah nak masak apa ni… kita masak yang senang sajalah.” Puan Fatiman mula memikirkan menunya malam itu.

“Kita rebus kentang campur suun campur telor  kemudian ayam masak goring belada. Sayurnya ada sikit kita tumis jadilah.”Pantas Fatin mencapai bahan dan memulakn kerjanya. Puan Fatimah menjeling cara menantunya membuat kerja..tidak kekok..seperti sudah biasa dia membuat kerja-kerja itu dirumahnya. Detik Hati Hajjah Fatimah. Ketika makan petang itu Farhan menyuarakan hasrat hatinya.

“Ibu ayah rasanya malam ni Han nak tidur kat rumah Han lah ..dah lama sangat rumah tu tinggal tentu dah berhabuk.” Sebulan dari hari pernikahanya Farhan sudah menyewa sebuah flat dua bilik berdekatan dengan tempat kerjanya. Nanti mudah bagi isteinya berulag alik jika dikehedaki isterinya berkerja mengikut giliran..itu katanya. Pada mulanya Puan Fatimah keberatan untuk Farhan hidup sendiri..tetapi bila dikenangkan untuk kebaikan anaknya dia merelakan. Dengan cara itu anaknya akan belajar berdikari dan dapat mengumpul harta untuk keluarganya yang mungkin akan bertambah tahun ketahun.

“Bang!!  Mah bimbanglah Farhan kata dia nak cari rumah sendiri bila dah kawin nanti”.

“Biarlah Mah..biar dia belajar berdikari”.

“Tapi bang kita pun duduk dua orang saja..rasa membazir pula dia menyewa rumah, sedangkan rumah kita ada dua lagi bilik kosong.”

“Pada abang elok dia duduk sendiri..biar dia belajar jadi ketua rumah macam mana..nak uruskan makan minum mereka suami isteri..kalau duduk berdua ni mereka akan belajar bersabar dengan kesusahan yang bakal mereka tempuhi, kemudian belajar mencari harta untuk keluarganya nanti”. Hajjah Fatimah akhirnya akur dengan permintaan anaknya, segala kata-kata suminya sememang ada kebenaranya.

“Kamu pergi sorang saja ke Han?.” Soal ibunya mencari kepastian akan sikap anaknya. Jika  ditinggalkan isterinya kali ini, Hajjah Fatimah tidak akan melepaskan peluang..dia akan menasihati anaknya dan akan memberitahu adab-adab orang  berumah tangga dan erti isteri kepada seorang suami.

“Ehh dengan isteri Hanlah..” Fatin hanya mendiamkan dirinya sahaja mendengar perbincangan antara suaminya dan kedua menrtuanya.

Dalam perjalan pulang dari rumah saudara mara Farhan tadi, suaminya sudah memberi tahu dirinya segala apa yang telah dirancang.

“Kakak malam ni kita balik rumah kita ye.”

“Ialah kakak tahu.”

“Kalau tahu kat mana.”

“Abang ni takkan kakak tak tahu, dari kecil kita duduk situ takkan dah lupa, Lorong Mangga Dua, Taman Seri Emas..apalah abang ni.  Ni tentu abang penat sangat itu yang tak boleh nak fikir lagikan.”

“Sayang ni ada ke… itu rumah keluarga kita…Ini rumah sewa kita. Sebetulnya sebelum kita nikah hari tu abang dah sewa sebuah flat untuk kita duduk..abang rasa kita patut berdikari.. duduk rumah sendiri, tapi abang sewa flat dua bilik saja..ok tak?”

“Kakak ikut saja..kalau abang kata kita duduk atas pokok  atau kata nak duduk dalam kelongkong sekali pun kakak ikut.. kiranya kat mana abang duduk kat situlah kakak duduk.. bukan ke duduknya seorang isteri adalah disebelah suaminya..” Mendengar jawapan isterinya Farhan ketawa bahagia.

“Kakak ni..janganlah ingat macam tu..abang ni masih waras lagi takkan nak ajak isteri abang ni duduk atas pokok..nanti kita tumbuh ekor pulak.”

  “itu hanya umpama sahaja..nak tunjuk kakak akan ikut kemana abang pergi  bukan ke kakak dah sebahagian dari abang” serasa hendak sahaja di mencium isterinya ketika itu..tetapi dia masih berpijak dibumi yang nyata..mereka masih lagi dikawasan awam,  ayah dan ibunya juga sedang berjalan tidak jauh dibelakang mereka. Sungguh-subngguh Farhan merasa sangat bahagia mendapat isteri sangat sesuai dengan dirinya.

“Alhamdulliah..tak sia-sia abang bersusah payah mendapatkan kakak menjadi isteri abang.. abang rasa sangat bertuah. Tapi kakak kena ingat rumah flat dua bilik tak besar mana..lagi pun perabutnya alah kadar saja..tak macam rumah keluarga kita.”

“Itu tak apa, asal kita ada tempat berteduh dari hujan dan panas dan ada tempat berlindung dari segala bahaya..kakak dah cukup bersyukur”. Farhan menarik hidung isterinya yang mancung. Hanya itu sahaja perlakuan yang dapat dilakukan untuk melepas rasa bahagia didalam hatinya.

“Kenapa bang..kakak tak cukup cantik lagi ke?”

“Siapa cakap? Kan hari tu abang dah bagi pantun kat kakak...”

“Anak tempua didahan rendang.
Terbang turun ditepi paya.
Hodoh buruk dimata orang.
 Cantik manis dimata saya.”

Mereka menghabiskan pantun itu bersama kemudian mereka ketawa bahagia..perlakuan itu diperhatikan oleh ayah dan ibunya yang berjalan tidak jauh dari mereka. Panjang muncung Hajjah Fatimah menunjukkan perilaku anak menantu dihdapan matanya pada suami disebelah macamlah Hajji Abu Bakar tak nampak. Sebenarnya mereka tumpang rasa  bahagia dan mendoakan kebahagiaan yang dikecapi kekal membawa kesyurga.

“Tu abang tarik hidung kakak nak bagi mancung lagi.” Farhan hanya ketawa saja mendengar isterinya berkata begitu. Lamunanya terhenti bila terdengar suara ayahnya bertanya.

“Han dah bagi tahu ayah kat atas …yang Han nak bawa kakak sekali.”

“Belum lagi..cadang lepas magrib nak bagi tahu.”

“Eloklah tu..cepatlah makan boleh kemas-kemas apa yang nak dibawa.” celah ibunya memberi sokongan. Hajjah Fatimah sebenarnya gembira..anaknya bukan seperti yang disangkakan.. kini dia yakin anaknya seorang lelaki sejati. Bimbang yang membelit hatinya terlerai sudah.

“Bukan ada apa pun nak bawa hanya baju kakak saja rasanya kan kakak? Baju Han dah banyak kat sana..lagipun kalau ada yang tertinggal boleh balik, bukan pindah jauh dekat saja bu hari-hari pun boleh balik..saja Han nak berdikari.”Itulah kata-kata Farhan yang sudah Nampak kematanganya.

“Betul cara Han tu, ayah setuju sangat..kita ni kalau dah ada keluarga sendiri mesti belajar berdikari..belajar cari harta sendiri..esok-esok kita nak ajar anak-anak kita pula.”  itu nasihat Haji Abu Bakar kepada anaknya yang baru hendak mengepalai hidupnya akan datang.

Selepas solat magrib pasangan pengantin baru itu kerumah bapa mertuanya pula memberitahu.. mereka juga bersetuju walaupun rumah mereka juga mempunyai bilik-bilik kosong dan sebuah bilik khas untuk anak perempuan tunggal mereka.

“Kakak janganlah bawa baju banyak sangat… yang nak pakai kat rumah sikit, baju jalan dua tiga helai dan uniform kerja jadilah. Kita bukan pindah jauh bila-bila masa kita boleh balik.” Itu pesan Farhan kepada isterinya.

“Ialah kakak bawak sikit saja ni.” Hajjah Noraini mengambil satu set pinggan mangkuk  satu set cadar untuk dihadiahkan kepada anak perempuan tunggalnya. Ketika Farhan keluar dari bilik..ayah mertuanya menyapa.

“Farhan …kamu pergi lepas kita solat Isyak ye?”

“Kalau boleh Han nak gerak sekarang boleh yah, rumah sewa Han tu tak kemas lagi haritu?”

“Kalau macam tu  ayah dan ibu nak hantar.”

“Tak susahkan ayah ke..lagi pun bukan bawak barang banyak..hanya baju-baju Fatin sahaja.”

“Tak..saja ayah nak tenguk rumah kamu esok-esok boleh datang sendiri.”

“Kalau macam tu jomlah nanti Han bagi tahu ayah kat bawah..ibu dan ayah kat bawah nak ikut juga tadi.”

Setelah bersiap dua keluarga yang sudah berbesan menuju kerumah sewa Farhan.






Dua keluarga yang telah menjadi besan menghantaranak-anak mereka berpindah rumah. Ayah Fatin membawa keretanya dan disebelahnya Farhan menunjukkan jalan. Manakala Haji Bakar dan isterinya membawa kereta SAGAFLX milik Farhan mengerkori dari belakang.

Setelah tolong berkemas lebihkurang, kedua keluarga mereka pulang meninggalkan sepasangan  pengantin yang baru ingin memulakan kehidup bersuamiisteri dan memikul tanggungjawab. Fatin berkemas kainbaju yang dibawanya, kemudian dia kedapur membasuh pingganmangkuk hadiah dari ibunya. Tidak lama selepas kedua ibu dan keluarga mereka meninggalkan mereka kedengaran azan Isyak berkumandang dari masjid berdekatan. Farhan menghampiri.

“Dahlah tu kakak..kita kemas esok saja dah masuk waktu Isyak kita solat dulu.”

“Abang ambil wuduk dulu.. kakak nak mandi sementara abang ambil wuduk kakak nak masukkan ini dulu”. Farhan menuju bilik air untuk mengambil wuduk. Tapi sebelum memasuki bilik air sempat juga dia berpesan dengan isterinya.

“Dah malam tak elok mandi.”

“Kakak rasa tak selesa badan dah berpuluh ni.”

“Ialah tapi jangan lama sangat..sebetulnya mandi malam tak elok.”

“Ialah.”

Fatin menuju kebili k tidur mereka mengambil tuala dan baju tidurnya. Farhan sudah membentangkan dua helai sejadah. Tidak lama dia menunggu isterinya selesai mandi.

Kemudian mereka solat berjemaah.. selesai membaca doa Fatin menyalami tangan suaminya berlapik kain telekungnya kerana dia ingin menunaikan solat sunat dua rekaat selepas Isyak kemudian disambung lagi denagan solat sunat witirdua + satu rekaat, begitu juga Farhan. Ilmu-ilmu itu dipelajari ketika mereka bersekolah menengah ugama dahulu. Kata uztas yang menyampaikan:…Allah Subhanahu wa Ta’ala amat menyukai mereka yang mengerjakan solat witir. Daripada ‘Ali radhiallahu’ anh di berkata Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

Farhan menyelesaikan dahulu solatnya, bila dikerling dengan ekor matanya isterinya masih dalam tahyat akhir dia menunggu disejadah… bila isterinya selesai membaca doa dan meraup muka dengan kedua belah tanganya Farhan mengesot menghampiri isterinya yang masih bersimpuh.

“Dah kakak.”

“Dah” sepatah jawapanya.. matanya memandag suaminya yang duduk bersila rapat dihadapannya.  Kemudian Farhan…

“Kakak sekarang kita dah seminggu menjad isuamiisteri.. kalau seminggu yang lalu abang nak rasa menjadi sebagai seorang kekasih sahaja.. tapi mulai dari sekarang kita akan memulakan hidup satu bumbung sebagai suamiisteri sebagai mana keadaan kedua ayah dan ibu kita. Abang mengharapkan apa-apa yang kurang pada diri abang kakak boleh terima.” Farhan memandag wajah isterinya.

“Kalau macam tu kata abang kakak harap juga abag akan dapat terima apa yang kurang pada diri kakak.”

“InsyaAllah kita cuba menerima kekurangan diri masing-masing dan cuba melengkapinya kemudian”.

Farhan membuka telekung isterinya dilipat lalu di letakkan disebelah tepi. Diamerapatkan wajah lalu mencium dahi isterinya lama.

“Abang rasa sagnat bahagia sekarang..harap-harap kakak juga rasa macam yang abang rasa.” Fatin tidak menjawab walaupun dia juga merasa bahagia.

Setelah melipat sejadah Farhan memimpin beriringan masuk kebilik tidur mereka. Mereka duduk dibirai katil.

“Kakak janganlah malu dengan abang…kita ni dah jadi suamiisteri sekarang… sekarang kitalah yang akan mencorakkan rumahtangga kita macammana” Farhan mendongakkan wajah isterinya supaya dapat memandang wajahnya.

“Kalau kakak malu cuba pandang muka abang ni..abang pun sama tapi kalau kakak malu abang pun jadi malu juga.” Fatin hanya memandang wajah suaminya dengan matanya terkelip-kelip dia tidak tahu apa yang harus dituturkan. Hatinya jadi berdebar teramat sangat. Pertama kali berduaan dengan seorang lelaki didalam bilik, kebenaranya hanya ada mereka berdua sahaja dirumah itu. Kini dia milik lelaki yang ada disisinya. Itu adalah suaminya. Ohh susah juga kalau tup..tup terus halal tak  yak ada adigan teman tapi mesra seperti yang diperkatakan oleh anak muda sekarang..tapi kalau begitu tentu kita mengumpul dosa.. bergaul bebas dengan yang bukan muhrim balasannya api neraka ingat tu… Sedang hatinya berdetup detap …

“Cuba dengar degupan jantung abang ni. Sampai bergegar dada abang ni dia berdegup..mehlah cuba dengar.. ” Farhan merapatkan dadanya kearah isterinya. Fatin pula melekapkan telinga kedada suaminya.

“Dengartak?”Fatin memandang suaminya sambil mengelengkan kepalanya. Macammana nak dengar jantungnya juga berdebar kencang.

“Tak dengar?nanti ..agaknya sebab ad abaju itu yang kakak tak dengar.” Belum sempat Fatin menuturkan sesuatu Farhan sudah membuka bajunya kemudian dicuba melekapkan telinga isterinya kedadanya sekali lagi.

“Dengar tak?” soal Farhan lagi.. Kalau jawap tak dengar juga entah apa pula yang dilakukan oleh suaminya..akhirnya Fatin hanya mengaguk-angguk.

“Abang nak dengar jantung kakak pula.” Apalah Farhan ni cerita macam kat hospital pulak tahu lah mererka kerja kat hospital ni nak mulakan malam pertama cerita bab-bab jantung pulak … belum sempat Fatin bersedia Farhan sudah melekapkan telinganya didada isterinya.

“Abang tak dengar pun degup jantung kakak.”

Mungkin jantung kakak dan berhenti berdegup..” tidak habis ayat yang keluar dari mulut Fatin Farhan sudah menutup mulut isterinya dengan tapak tanganya.

“Jangan cakap macamtu.. bukan senang abang nak dapat kan isteri.. bukan senang abang nak dapatkan kakak yang jinak-jinak merpati..ingat jangan cakap macam tu lagi.” ‘Susah ke nak dapatkan aku dulu rasanya hanya sekali sahaja jiran sebelah rumahnya merisik jawapan setuju sudah diterima’. Detik hati Fatin  yang masih terkebil-kebil mencari kepastian sambil memandang wajah suaminya. Pada Farhan memang dia begitu susah untuk memikat hati Fatin hingga meminta pertolongan ibunya dan kemudian merayu meminta pertolongan dari adik Fatin sendiri.

Farhan cuba berbual seperti kawan-kawan untuk mencairkan rasa malu isterinya. Dia tahu isterinya malu, untuk menyesuaikan diri dengan keadaan mereka. Farhan memanggil dengan nama biasa yang dipanggil oleh kebanyakkan orang.

 “Sayang debaran kita sama saja.. kita adalah pelengkap satu sama lain.. Abang perlukan sayang dalam hidup abang. Begitu juga sayang.. tentu sayang perlukan abang dalam hidup ini.”

“Ikut apa yang abang ucapkan  ye..” Farhan membaca Bismillahhirrahmannirrahim kemudian berselawat keatas nabi, seterusnya dia membaca doa "Ya Allah yaTuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisiMu, karena sesungguhnya Engkau-lah MahaPemberi(kurnia)." Dan Fatin mengAminkan. Sebuah cucupan hangat singgah kedahi isterinya kemudian hidungnya dan kedua belah pipinya. Dia berbisik lagi..

“Sayang dah bersedia untuk hidup dengan abang.”
Kelihatanya Fatin mengguk perlahan. Farhan menarik isterinya dalam pelukkanya dia berbisik ketelinga isterinya. Membaca doa lagi.."Dengan Nama Allah, ya Allah, jauhkanlah kami dari syaitan dan jauhkan syaitan agar tidak mengganggu apa  yang Engkau rizkikan kepada kami."
Tujuan doa sebelum jimak adalah bagi menjauhkan syaitan daripada anda kerana ketika itu malaikat Rakib dan Atib akan meninggalkan anda. Jimak bagi suami dan isteri adalah satu ibadat. Mulakan ibadat anda dengan bismillah dan doa. Semoga ia akan menghasilkan zuriat yang beriman kepada Allah dan menjadi anak yang soleh dan solehah.

Belum sempat isterinya menjawab pertanyaanya sebuah kucupan hangat menutupi bibirnya. Bermula satu kehidupan rumahtangga Farhan dan Fatin.


=====================================================

Subuh itu mereka bersembayang berjemaah. Kini kebahagian menyelubungi kehidupan mereka. Bagi Farhan dia tidak menjangkakan jodohnya hanya jiran satu lorong dengannya sahaja. Dahulu dia cuba mencari jodohnya dimenara gading itu. Ramai orang berpesan carilah pasangan ditahun akhir pengajian kalau tak jumpa nak cari yang sesuai diluar nanti susah nak jumpa. Itulah sebabnya dia mencuba untuk menawan hati NurSaleha tetapi bibirnya tidak terbuka untuk menyatakan hasrat hatinya akhirnya bunga dipuja disunting orang. Tetapi dia tidak terkilan dengan sejarah lama. Kini hatinya sudah terisi dengan nama FatinNajihah jiran setaman dan selorong dengannya.

Sudah seminggu kehidupan mereka menjadi suamiisteri Farhan tidak boleh berjauhan dengan isterinya. Kalau boleh isterinya sentiasa didalam pelukkanya sahaja. Farhan juga sudah menukar memanggil isterinya dengan memaggil nama Najihah.

“Abang suka panggil sayang Najihah, abang nak lain dari kebiasaan dari semua orang.. Jihah tak kisahkan. Isterinya hanya tersenyum tanda setuju sahaja. Farhan sangat bersyukur rupanya hidup berumahtangga sangat membahagiakan . .segalanya aktiviti yang dilakukan berteman dia tidak lagi kesunyian dan berangan-angan didalam bilik kesaorangan.

Jika kehidupan bahagia terasa cepat benar masa berlalu kini mereka sudah bekerja seperti biasa. Mereka pergi bekerja bersama. Bahagia yang mendakap kehidupan setiap hari.






Wednesday, 17 April 2013

Bab 12 Bimbang





Malam ini malam Jumaat,
Ambil bedak sapu dipipi,
Tepuk bantal panggil semangat,
Moga berjumpa didalam mimpi.


Keesokkan harinya majlis dirumah keluarga Farhan pula. Mereka diraikan oleh jiran-jiran mereka yang sama juga, hanya keluarga mereka sahaja yang berbeza. Usai majlis, Fatin pula yang mula berkenalan dengan keluarga Farhan. Ibu mertuanya membantu anaknya memperkenalkan diri kepada ahli keluarga mereka satu persatu. Setelah malam menghampiri angka 10 Farhan menghampiri isterinya yang sedang tekun melihat ibunya memanaskan lauk pauk siang tadi. Ditariknya tangan isterinya menyisih ketepi sedikit..dengan perlahan dia berbicara.

“Abang hantar kakak balik rumah kakak ye..hari dah malam ni.”

“Ialah..nak cakap dengan ibu ke?” Farhan mengeleng-gelengkan kepalanya tanda tidak perlu memberitahu ibunya. Kemudian Fatin mula mengundurkan dirinya lalu mengikuti langkah suaminya kemuka pintu. Dalam perjalanan kerumah keluarga isterinya Farhan mencapai tangan isterinya digengamnya erat. Kemudian jari mereka bersulam antara satu sama lain..ada perasaan indah yang menjalar dalam urat nadinya lalu diluahkan kepada gadis yang telah menjadi isterinya yang sah semalam..

“Agaknya macam nilah rasa pasangan kekasih kan kakak. Itulah pasalnya masa mereka jalan-lalan sambil berpegang tangan, mereka asyik tersenyum saja dan wajanya pun nampak sangat gembira”.

“Abang sekodeng orang bercinta yee..?” soal Fatin ingin tahu.

“Taklah abang tak sekodeng orang lah abang nampak Edlan masa dia jalan dengan Su dulu masa tu diaorang tengah hangat bercinta, kitaorang kat Shah Alam lagi masih belajar”.

“Hebat juga cinta mereka dari belajar sampai kerja cinta mereka masih bertahan, ada seseterngah orang tu tamat saja belajar maka tamat jugalah kisah cinta mereka”.


“Mereka tu setia pada yang satu..Edlan selalu juga ajak abang,  jika dia jumpa Su tapi abang saja malas nak ikut. Adalah sekali dua abang ikut, masa tulah abang nampak wajah bahagia mereka  berdua..tapi lepas tu abang malas nak ikut..”.

“Jadi abang nak buat macam merekalah ni..apa yang abang rasa sekarang ni?”.

“Emm..abang rasa bahagia sangat bila dapat pegang tangan kakak macam ni tapi rasa sedeh pulah bila dah nampak pagar rumah kakak ..Rasa susah nak lepaskan kakak pergi, rasa macam nak…” ayatnya terhenti lalu memandag wajah isterinya.

“Kakak tak rasa apa yang abang rasa?” Fatin hanya tersenyum memperlihatkan lesung pipitnya. Bertambah susah Farhan melepaskan isterinya. Mereka meneruskan perjalan mereka, perlahan sahaja langkah pasangan yang baru hendak menikmati  rasa cinta ..sambil menyulam jari jemari mereka.

“Dah sampai ..cepat betul kita sampai kan..itulah kakak jalan laju sangat belum sempat nak cerita kita dah sampai depan pagar rumah ayah.”

“Dah rumah kita dekat nak buat macam mana ..takkan nak merangkak pulak.”

“Isteri abang ni kalau bercakap ada-ada saja..tapikan abang tak sangka abang dah ada isteri sekarang ni. Rasa macam mimpi pulak…dengan jiran sendiri pulak tu.”

“Kenapa?…abang menyesal ke kahwin dengan jiran..dari kecik sampai kebesar dan akan sampai ketua pandang wajah yang sama.”

  “Emm..”Mata Farhan dijulingkan kelangit seakan berfikir atau mencari apa yang dirasa…kemudian dia menjawap pertanyaan isterinya.

“Rasanya tak ada rasa kesal dalam hati abang ni… rasa bahagia adalah. Abang dah ternampak cahaya bahagia dihidup abang masa akan datang…sekarang hidup abang tak sendiri lagi, dah ada orang yang temankan abang berbual...nanti kita akan kongsi semuanya..kisah suka  dan kisah duka kita kan kakak. Tapi abang nak tanya kakak jawab dengan jujur..kakak menyesal tak kahwin dengan abang yang jiran selorong dengan kakak.. manalah tahu kakak rasa tak  ada cabaran langsungkan kahwin dengan orang dekat”.


“Tak juga, tapi kakak takut abang yang menyesal sebab dahlah dekat ditambah lagi kakak tak ada keistimewaan..kakak hairanlah kenapa abang tak pilih nurse banyak yang cantik-cantik  kat hospital tu”.

“Abang tak pilih cantik tapi abang pilih ikut hati abang..dah hati abang suka kat kakak nak buat macam mana”.

“Ialah tapi kalau abang pandang keliling.. abang akan nampak sebenarnya abang ada banyak pilihan. Kat hospital itu banyak nurse atau doctor perempuan yang boleh abang pilih..kakak tak cantik takut bila dah lama, abang akan rasa menyesal pula.”

“Dengar sini sayang…abang memang dah tetap kan dalam hati abang, kakak yang abang pilih. Abang tak pernah berani nak pandang wanita yang bukan muhrim abang selama ni..tapi dengan kakak sekali terpandang..abang selalu pula memikirkan. Kadang-kadan abang rasa rindu nak pandang kakak.Jadi abang tetapkan dalam hati kakaklah jodoh abang sebab itulah Allah lorongkan perasaan ini. Pada abang..abang suka kakak kerana diri kakak bukan pada wajah atau pada keistimewaan kakak. Abang cakap sungguh dari hati abang ni.” Farhan menepuk perlahan dadanya menunjukkan kesugguhannya.

“Emm”. Hanya itu yang keluar dari bibir Fatin melihat ketulusan hati suaminya. Dia percaya.

“Kakak..abang ada satu pantun lama untuk kakak dengar ye...Tuai padi antara masak, esok jangan layu-layuan, intai kami antara nampak esok jangan rindu-rinduan…”mulalah Farhan membuka puisi pantun lamanya… sebenarnya dulu Farhan suka membaca buku-buku cerita hikayat..dia suka kata-kata puisi..dan Farhan juga suka menonton cerita-cerita tahun 70an itulah Farhan yang berjiwa seni…walau pun dia belajar dalam bidang Sain namun dihatinya tetap ada sastera untuk menceriakan hatinya.

“Pandai abang berpantun…kalau abang berpantun dengan nurse-nurse kat hospital kakak berani potong jarilah mesti mereka tersangkut hati kat abang”.

“Pantun-pantun ni hanya istimewa untuk isteri abang seorang saja”.

            Fatin memandang suaminya memang ada keikhlasan dimatanya. Dalam hatinya rasa sangat bersyukur disertai dengan  rasa kasih yang melimpah.


“Abang baru teringat, lama abang nak tanya kakak…”

“Tanya apa???”.

“dulu masa kita sekolah rendah kita naik kereta Pak cik Leman kan..masa tu kakak darjah berapa?.”

“ Iss ingatkan nak tanya apa tadi…Entahlah kakak tak ingat.. rasanya darjah satu sampai darjah dua, lepas tu kita orang dah naik van pulak sebab masa tu Pak cik Leman dah tukar tempat kerja”.Encik Leman seorang kerani disekolah Farhan dan Fatin. Dia berbesar hati menumpangkan anak-anak jiran yang belajar disekolah  dia bekerja. Sementelah  tiga orang anaknya sudah bersekolah menengah dan tinggal diasrama.

“Itulah masa kat hospital pertama kali abang nampak kakak abang tak ingat..tapi rasanya muka kakak ada dalam memori abang..berhari-hari abang cuba nak ingat”.

Setelah mengenali suaminya dalam beberapa bulan melalui SMS dan perbualan, kini sudah ada rasa kasih yang terbit di hati Fatin sementalah hatinya juga masih kosong belum diusik oleh cinta sesiapa, mungkin itu yang menyebabkan dia mudah sayang pada orang sudah menjadikan dirinya miliknya tampa ada rasa berbelah bagi, begitu juga Farhan dihatinya kini hanya ada seorang sahaja wanita yang mengisi ruang hatinya iaitu Fatin Najihah.

“Sayang… abang rasa bahagia sangat..tak nak tanya  sebab apa abang rasa bahagia”.

“Boleh juga kalau abang nak bagi tahu”.

“Sebab abang dapat rasa bercinta macam ni, sebelum menjadi suami lahir dan batin..dapat juga jadi kekasih macam ni, kalau dengan orang lain boleh ke?. Diharap kita akan memahami antara satu sama lain.”

“InsyaAllah..tapi persefahaman tu kita kena cari…mungkin berlebih kurang antara kita dan mudah menerima kekurangan antara kita boleh menimbulkan persefahaman”.

“Kita sama-samalah mencarinya ye kakak..tapi sedikit sebanyak abang dah rasa antara kita dah ada rasa persefahaman tu…yelah kalau dengan orang lain boleh ke abang buat macam  ni, waktu siang ambil..bila malam abang hantar pula kakak balik rumah keluarga kakak… kalau nak buat macam ni juga nampaknya abang kena tidur masjidlah. Ni Alhadulillah rumah kita dekatkan.” Kemudian mereka berdua ketawa perlahan..bahagia rasanya ada yang temankan kita ketawa. Itulah rasa dua insan yang baru hendak mengenal cinta, kasih, sayang dan berpasangan.


“Abang tak pernah jadi kekasih pada seorang wanita..abang nak tegur perempun pun malu sangat...tapi sekarang dengan kakak rasanya tidak ada lagi sifat tu pada abang.” Farhan memandang isterinya dengan pandangan kasih. Fatin hanya mendengar dengan senyumannya..dia juga begitu sebenarnya. Sikap garang dan selambanya menutup sifat malunya selama ini. Dia juga merasa malu jika berhadapan dengan lelaki biasa. Jika dibandingkan, diri mereka sama..(Kita serupa..kata Zainal Adidin penyanyi lagu HIJAU). Tetapi kalau  dengan pesakit lelaki lain pula rasanya, rasa tanggungjawab dan simpati. Lama mereka berbual di pintu pagar keluarga Fatin Najihah. Setelah menyedari hari kian larut Farhan meyuruh isterinya masuk kedalam rumah….

“Masuklah dah malam ni..esok pagi abang datang, jangan off handfon ye nanti abang call..assalamualaikum.”

“Tak nak masuk dulu?.” bila melihat gelengan suaminya yang sayu Fatin menjawab salam suaminya.

“Waalaikumsalam”.Fatin hanya memandang langkah suaminya untuk pulang kerumah keluarganya.

Dia memberi salam untuk isi rumah ayahnya pula  sebelum memasuki rumahnya … ibunya terkejut, dengan kehadiranya yang tidak disangka-sangka.

“Ehh..kenapa kakak balik??..kakak tak tidur sana? Kakak yang minta dihantar balik ke??.”Bertalu-talu soalan yang keluar dari mulut Hajjah NorAini. Dia terkejut dengan kepulangan anak perempuanyayang baru dua hari sah menjadi milik seorang lelaki. Bimbang hatinya jika anaknya itu membuat onar…maklumlah anak perempuan nan seorang memang  ada sedikit sifat manjanya. Terfikir dibenak Hajjah Nor Aini jika anak daranya yang minta dihantar pulang..susah juga rumah berdekatan, detik hatinya.

“Tak adalah bu, sedara diaorang masih ramai, lagi pun rumah tu tak cukup bilik.”


Kemudian Fatin kebilik air untuk membersihkan diri kerana badanya rasa melekit dek peluh. Telefon bimbitnya dicampakkan diatas katil. Selesai mandi dia bersiap sedia untuk tidur bagi merehatkan badannya. Sebenarnya dia merasa sungguh letih setelah dua tiga hari tidak cukup rehat. Tiba-tiba telefonnya berbunyi bila diangkat terdengar suara suaminya memberi salam.

“Assalamualaikum..sayang pergi mana kenapa tak jawab tadi?.” Tadi ketika menghubungi isterinya pertama kali..deringan telefon tidak berjawab..berbagai persoalan timbul..hatinya mula bimbang. Dia memberi masa lima minit lagi lalu menghubungi sekali lagi begitu juga panggilanya juga tidak diangkat. Tekad hatinya jika panggilan kali ketiga juga tidak berjawab dia akan kerumah Haji Rasid mencari kepastian akan keselamatan gadis yang sudah sah menjadi isterinya selama dua hari ini. Hatinya sudah dijajah bimbang.

“Pergi mandi..biar selesa sikit tidur.“

“Ingatkan pergi mana… abang call dah masuk tiga kali baru ada orang angkat. Takut pulak isteri abang dalam kesusahan.”

“Kesusahan apanya pulak, kan abang nampak kakak masuk rumah tadi…Kenapa abang tak tidur lagi?..tidurlah tak penat ke?..esok entah apa rancangan ibu dan ayah kita. Tidur lah.”

“Macam biasalah abang tak dapat nak tidur..kalau tak dengar suara kakak.”

“Ialah tu..dulu tak pulak.”

“Dulu mana kita kenal...baru sekarang ni kita kenal..baru nak mula bercinta, lagi pun dulu tu kakak yang tak kasi call.. boleh SMS saja kan.”

“Masa tu kakak masih belum jadi mahram abang…sedangkan suara adalah aurat..selagi kita boleh jaga kita jagalah”.

“Terima kasih kerana mengingatkan ialah kita kalau dah seronok kadang-kadang terlalai. Kakak! setelah abang kenal kakak, abang dah mula rasa rindu pada kakak, dah ada rasa saying abang ni pada kakak. Alhamdullilah kita dah sah jadi suamiisteri kalau tak tentu kita mengutip dosa setiap hari kalau kita berbual macam nikan. Tapi kalau tak berbual rindu pulak. Dulu kata ustaz kalau dosa kecil dikutip setiap hari lama-lama akan menjadi daki kehidupan kita, itulah sebabnya ada sesetengah orang sukar nak menerima kebaikan untuk dirinya. Sebabnya dosa-dosa kecil tadilah yang meyebabkan ahati menjadi keras”. Fatin dihujung talin diam hanya mendengar suara suaminya sahaja dia memasukkan apa yang diperkatakan oleh suaminya sebagai satu nasihat kedalam hatinya.

“Kakak dah tertidur ke?”.

“belum… saja kakak dengar suara abang ni”.

“Cakaplah sesuatu abang nak dengar suara kakak..sebetulnya sekarang ni memang abang susah nak tidur kalau tak dengar suara kakak…emm kakak sayang abang tak?”

“Abang ni..kenapa abang tanya…abang tak percaya ke..ikut dari segi logic kalau tak sayang kenapa kakak sain boring nikah hari tu..itulah tandanya…” Fatin tidak meneruskan kata-katanya..Lu fikir sendiri lah beb...

“Emm..itulah tandanya kakak juga sayang abang”. Farhan menghabiskan ayat tergantung isterinya.

“emm..kalau itu yang tersirat kat hati kakak baru lagi lena abang tidur malam ni… tidurlah lah sayang tapi sebelum tu dengar ni ye..

Malam ini malam jumaat
Pasang lilin diatas peti
Tepuk bantal panggil semangat
Moga kita berjumpa didalam mimpi
..assalamualaikum”

“Amboi abang pandai berpantun rupanya..terharunya kakak ok tidurlah ye semoga kita berjumpa didalam mimpi..Waalaikumsalam.” Ulang Fatin akan kata-kata suaminya dihujung talian. Setelah mengenali Farhan..lelaki ini rupanya sungguh romantic.



Keesokkan harinya kedua ibu dan ayah Fatin membawa mereka berkenalan keluarga sebelah ayah Fatin yang tinggal berdekatan taman perumahan mereka. Mereka dibawa kerumah  Pak Long Fatin yang telah kematian isteri kini dia tinggal bersama anak perempuannya yang sudah pun berumah tangga. Sambil berjalan Farhan menyulam jari jemarinya  isterinya lalu digemgamnya erat..Sambil itu Fatin   menerangkan siapa yang mereka kunjungi ketika itu..

“Ini rumah Pak Long ..isterinya dah meninggal tiga tahun lalu.. dia duduk dengan anak perempuan  dia..dulu pak long seorang anggota polis..dia ni nampak garang sikit tapi hatinya baik. Dia nampak garang mungkin kerana misainya. Misai macam misai A.Galak dalam drama bersiri Roda-Roda kota raya tu. Nanti abang janganlah takut bila jumpa dia ye”.

Hampir petang mereka berjalan dari sebuah ruamh kesebuah rumah.Ramai juga sanak saudara ayah Fatin, maklumlah ayah Fatin sememangnya anak jati kawasan itu.Letihnya hanya tuhan sahaja yang tahu.Selepas asar mereka kerumah keluarga Farhan pula. Kini hanya tinggal adik Farhan yang dua orang sahaja yang masih belum pulang lagi, kerana mereka sedang bercuti semesta.Fatin didapur menemani ibu mertuanya menyiapkan makan malam.

“Abang Farhan  kata kakak tak tahu masak.. betul ke kakak cakap macam tu?.”

“Betul bu kakak memang tak tahu masak..setakat masak nasi dengan sayur dan goring ikan atau ayam boleh lah.”

“Itu dah dikira tahulah..ingat ibu kakak tak tahu masak langsung.”

“Masak bila ibu kat atas tu tak sempat masak terus pergi kerja..itu yang pandai sikit..tapi biasanya ibu akan masak dulu sebelum pergi kerja.. kadang-kadang saja bila terlewat bangun,masa tu ibu tak sempat masak, jadi terpaksalah kakak yang masak kalau tidak semua adik-adik kebuluran.”

Malam itun selepas makan malam dan siap berkemas Farhan menghantar lagi isterinya kerumah kedua ibu dan ayahnya. Tapi dengan pesanan bahawa esok mereka akan kerumah saudara-saudara di sebelah Farhan pula. Bagi kedua belah keluarga hairan dengan tindakkan Farhan. Mengapa agaknya dia bagai tidak mahu bersama-sama dengan isterinya walaupun mereka baru sahaja sah menjadi suami isteri. Dihati ayah dan ibu Fatin mula  tertanya juga mungkinkah Farhan dipaksa bernikah oleh kedua ayah dan ibunya. Tetapi dahulu seingat mereka wakil yang merisik anak mereka mengatakan..Farhan sendiri yang ingin menyunting anak gadis mereka. Tidak mungkin Encik Hakimi dan Puan Faizah tidak berkata jujur kepada mereka. Mahu bertanya kepada besan mereka untuk mencari kebenaran rasa terlalu awal. Entahlah mereka hanya mampu tunggu dan lihat sahaja apakah tindakkan yang seterusnya. Tetapi bila dilihat dari air muka anak mereka Fatin Najihah seperti biasa sahaja..nampak juga wajahnya yang bahagia dan gembira bila dia dihantar pulang oleh suaminya.


Friday, 12 April 2013

Bab 11 Bimbang




Senja berlabuh jingga cahyanya,
Awan bertemu langit memutih
Abang mengeluh adik di sana,
Bertamu  rindu hati ku pedih.




               Hari yang ditunggu tiba dengan debaran bahagia.Keluarga Haji Abu Bakar dan Hajjah Fatimah sanagat gembira. Mereka sekeluarga sangat bersyukur akhirnya sampai juga jodoh anak mereka yang pemalu. Tidak disangka  jodoh anak mereka dekat sahaja dengan jiran setaman dan seloronng. Mereka bersyukur tidak terhingga dengan ketentuan  Illahi. Setelah mendapat persetujuan bersama dan mengambil kira kemudahan untuk semua pihak mereka dinikahkan di sebuah masjid berdekatan dengan taman perumahan mereka selepas solat Zohor, oleh ayah pengantin perempuan Haji Abdul Rasid. Untuk memberi sokongan moral dan supaya Farhan tidak tergagap Haji Bakar sekeluarga menemani. 

“Ibu minta kita semuanya pergi temankan Farhan tau.”

“Tak malu ke keluarga pengantin lelaki bertandang kerumah pengantin perempuan bu”.

“apa pulak nak malu kita nak bagi sokongan moral pada abang Han kamu..lagi pun ayah dan ibu dah bincang dengan ayah dan ibu pengatin perempuan..mereka tak kisah malah mengalu-ngalukan.”

“Takkan semua kita nak pergi habis siapa nak tenguk-tengukkan mereka yang masak kat rumah ni?.”

“Tak apa..keluarga kita yang lain kan ada, nenek dan mak long pun ada tu…cepatlah siap.” Hajjah Fatimah mengesa tiga orang lagi anak-anak lelakinya.

“Ayahnya siap lah juga…baju Melayu dah Mah siapkan atas katil dalam bilik tu.”

“Ialah Mah..awak tu sibuk mengalahkan pengantin”.

“Kan kita nak dapat keluarga baru seorang lagi..tentulah excieted.” 

            Yang sebenarnya hati Hajjah Fatimah bimbangkan keadaan Farhan bila berhadapan dengan ramai orang yang memandangnya nanti. Maklumlah pengantin tentulah menjadi perhatian. Dia juga bimbang Farhan gugup bila tangan dijabat untuk mendengar dan menerima Ijab dan Kabul... Tidak kering doanya memohon kepada Allah agar semuanya berjalan dengan lancar. Dia memohon juga agar Farhan tenang supaya dapat mengucapkan KABUL dengan sempurna dengan sekali lafaz sahaja. Kata orang jika tidak lancar sekali mula lah hati menggelabah. Itu sebabnya ada sesetengah pengantin terpaksa  berulangkali atau berhenti rehat sebentar untuk mencari ketenangan barulah dimulakan sekali lagi.

Selesai sembahyang Zohor dan selesai imam membaca doa upecara nikah dilangsungkan.

                     Alhamdulillah hanya sekali lafaz Farhan sah menjadi suami Fatin Najihah. Mereka dinikah kan oleh ayah pengantin perempuan Haji Abdul Rasid. Setelah selamat Ijab dan Kabul Farhan menyisih dari ornag ramai untuk menunaikan sembahyang sunat shukur dua rekaat ditemani oleh kedua ayah dan ibunya. Kemudian barulah dia diiringi ahli keluarganya untuk upecara membatalkan air sembahyang. Sebelum menyarung cincin kejari manis isterinya, Farhan meletakkan tangan diumbun-umbun isterinya yang dilitupi tudung. Dia membaca doa dengan suara perlahan tetapi masih boleh didengari oleh orang-orang yang berhampiran mereka berdua.  Entah mengapa keadaan tiba-tiba menjadi sunyi ketika Farhan membaca doa itu. Kata orang tua-tua ada malaikat lalu..semoga diberkati pasangan pengantin jika doa Farhan turut diAMINkan oleh malaikat.

‘Ya Allah, aku memohon kepada-Mu dari kebaikannya dan kebaikan apa yang Engkau tetapkan kepadanya, dan aku berlindung kepada-Mu dari kejahatannya dan kejahatan yang Engkau tetapkan padanya.Ya Allah berkatilah isteriku ini atasku dan lindungi dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang yang dengki dan perbuatan tukang sihir dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya.’Amin nya disambut dengan suara ramai disekelilingnya.

                     Selepas itu Farhan menyarungkan sebentuk cincin permata bermata satu kejari manis isterinya. Setelah cincin kemas tersarung Fatin mencium tangan suaminya tanda hormat. Seperti yang telah dipersetujui oleh kedua mempelai tempuh hari tiada ciuman didahi untuk pengantin perempuan. Setelah upecara tamat para hairin dan juga mempelai dipelawa kerumah pengatin perempuan oleh ayah pengantin perempuan untuk menikmati jamuan makan tengahari dibawah kemah.

                        Ketika diperkarangan masjid mereka berbincang siapa akan menaiki kereta siapa. Akhirnya kedua mempelai menaiki kereta NISSAN SENTRA kepunyaan abang Farhan yang bernama Ahmad Fazdli. Selesai sudah upecara dimasjid kini kedua mempelai dan para tetamu diraikan dirumah pengantin perempuan. Walaupun tiada majlis persandingan..tetapi kedua mempelai dikehendaki mengalu-alukan kehadiran tetamu yang datang untuk menjamu selera dibawah kemah. Tetamu datang silih berganti, hampir pukul pukul empat petang barulah tetamu menyusut pergi. Meriah sungguh majlis perkahwinan mereka. Keesokkan harinya pula mereka akan meraikan majlis menyambut menantu pula di rumah keluarga Farhan.

                       Petang itu ketika semua tetamu sudah beransur pulang yang tinggal hanya keluarga terdekat yang masih berkumpul dirumah pengantin perempuan. Farhan memasuki kamar pengantin mereka. Farhan merehat kan diri sambil menunggu waktu asar. Fatin masuk kekamar mereka.

“Kalau nak baring baring lah dulu..nanti masuk waktu saya kejut.”

“Kakak nak pergi mana pulak tu.”

“Kakak nak sama diaorang kemas..” Dilihat Fatin sudah bertukar kepada baju biasa. Farhan sendirian dikamar pengantin dia merebahkan diri, badannya terasa sangat penat akhirnya dia terlena. Agak lama juga dia terlena. Dia tersedar bila mendengar pitu dibuka dari luar kemudia  satu suara halus berkata-kata. Dalam mamai dia tersedar sudah lain keadaan dirinya kini..ya dia sudah bergelas suami beberapa jam yang lalu. Sudah bertambah satu lagi tanggung jawabnya.

“Bang dah masuk waktu..kalau nak mandi pergilah mandi.” Farhan masih memejamkan matanya, seolah-olah diri belum sedar dari tidurnya. Dia ingin mendengar panggilan isterinya kepadanya sebentar tadi sekali lagi. Fatin merapatkan dirinya dan mengoyang lembut bahu suaminya pula.  Tadi dia menyentuh hujung jari kaki kini dia menyentuh bahu dan memanggil perlahan ditepi telinga suaminya.

“Bang…bang..bangunlah dah masuk waktu ni.” Farhan membuka matanya dengan senyuman bahagianya. Kemudian dia bertanya..

“Dah lancar..dah.” Fatin tertunduk malu bila diusik sebegitu. Tetapi menjawab juga dengan gaya yang manja.

“Dah..”  Farhan sudah duduk dibirai katil lalu memengang tangan dan meramas jari jemari isterinya  yang berseri dengan merah inai dihujung sepeluh jarinya.

“Kita solat berjemaah ye.”Ujar Farhan dia memandang tepat kewajah isterinya yang tersipu malu. Fatin hanya mengangguk-anggukkan kepalanya sahaja, tanda mengiakan ajakkan suaminya.

                         Inilah kali pertama mereka berduaan di dalam bilik. Debaran hati mereka hanya Allah sahaja yang tahu. Bertambah lagi bila jari jemari mereka bertautan terasa ada renjatan arus letrik yang mengalir keseluruh kalbu. Lama Farhan menatap lembut wajah isterinya yang ayu dimatanya. Dihatinya sedar dia sudah ada seorang teman yang akan menemani seluruh hidup.Ada rasa bahagia menyelinap di hatinya. Begitu juga Fatin kini dia sudah ada insan yang begelar suami. Sudah ada insan lelaki yang bergelar suaminya yang akan menjaga dan bertanggung jawap kepada dirinya. Dirinya bukan lagi ayahnya yang menjaga.


                  Selesai solat Farhan berdoa kepada Ilahi agar rumahtangga yang baru dibina kekal bahagia hingga keakhir hayat. Dikurniakan zuriat yang akan menambah lagi umat Nabi Muhammad s.a.w yang sihat dan soleh. Selesai berdoa Fatin menyalami dan mencium tangan suaminya. Kemudian Farhan memegang hujung telekung isterinya lalu membuka telekung isterinya seolah-olah membuka penutup muka. Dia memegang dagu isterinya dan mendongakkan wajahnya supaya dia dapat mencium dahi isterinya pula. Lama bibirnya melekat didahi isterinya. Kemudian dia mencari sesuatu di poket baju melayunya. Ditarik seutas rantai dari saku baju Melayu. Dia merapatkan lagi dirinya hingga bertemu lututnya dan lutut isterinya. Dia memakaikan seutas rantai emas yang berloketkan perkataan HAN .HA  ditengah perkataan Han .Ha terdapat bentuk hati yang dihiasi sebutir permata ditengah nya.

“Semoga nama abang bertahta dan melekat terus dihati saying.” Kemudian dia mengucup  dahi isterinya sekali lagi.

“Terima kasih..kerana memilih saya sebagai teman hidup abang.” Tulus Fatin mengucapkan.

“Terimakasih juga kerana sayang sudi temani hidup abang, sama-samalah kita berdoa agar rumah tangga kita kekal menjadi syurga kita didunia dan akhirat.” Mereka bertatapan dengan perasaan kasih dan sayang. Terasa bahagia sudah menyelubungi mereka.

                     Setelah itu Farhan menyertai keluarga isterinya berkemas dan menyusun kerusi dihadapan rumah. Sambil itu Farhan dikenalkan saudara-mara Fatin oleh ayah mertuanya Haji Abdul Rasid. Selesai sembahyang magrib berjemaah mereka makan malam sekeluarga. Masih ramai juga keluarga disebelah ibunya yang yang masih belum pulang, mereka datang dari berlainan daerah. Manakala keluarga disebelah ayahnya tinggal ditaman berdekatan sahaja. Setelah selesai solat Isyak..Farhan duduk diruang tamu bersama adik beradik iparnya sambil berbual-bual. Manakala Fatin pula menolong ibunya berkemas didapur. Ketika hari sudah hamper larut, Hajjah NurAini  menghentikan kerjanya.

“Kakak ibu dah tak larat ni, ibu nak mandi ibu kemudian nak tidur..kakak pun pergi tidur esok kakak ada lagi majlis kat rumah mak mertua kakak pulak pergilah rehat”.

“Ialah bu kakak pun nak mandi dulu melekit rasa badan ni.” Bila dia memasuki kamar pengantinya dilihatnya suaminya sudah duduk dibirai katil memandang pintu bilik yang dibuka dari luar. Dia menghulur tangan meminta Fatin menyambut, Fatin mneyambut huluran tangan suaminya.

“Sayang..abang nak balik dulu ye..esok pagi abang datang.” Fatin melebarkan bibirnya seolah-olah tersenyum dan mengangguk-menganggukkan kepalanya tanda faham. Farhan berdiri lalu keluar dari bilik mereka, diikuti oleh Fatin dibelakang. Sambil berjalan mengirinya suaminya kemuka pintu utama tertanya juga dibenaknya mengapa suaminya tidak bermalam sahaja dirumah keluarganya. Adakah dia sudah menguris hati suaminya ketika berkata-kata. Atau dia kecil hati bila merasa dirinya tidak mendapat layanan darinya kerana sedari tadi dia sibuk membantu keluarganya mengemas rumah.  Untuk bertanya serasa tidak terkeluar pula pertanyaan itu.


Ketika sampai di pintu.

“Masuklah biar abang kuncikan pintu pagar dah malam ni..esok abang datang.. assalamualaikum”Fatin menghentikan langkahnya dan menghulur tangan untuk bersalaman dan mencium tangan suaminya. Dari pandangan mata Fatin suaminya seperti tidak marah kepadanya bila dia menyambut huluran tangannya dan meghadiahkannya sebuah seyuman yang cucp manis untuknya.

Bagi Farhan dia ingin merasa menjadi seorang kekasih. Dia inmgan mengalami bagaimanakah rasanya bila meninggalkan orang yang kita kasihi dan sayangi. Sekarang rasanya sayang sudah bercambah  untuk  gadis yang ada dirumah Haji Rasid..Ohh berat rasa langkahnya untuk meneruskan perjalanan.Terasa kosong perjalanannya kerumah ibu dan ayahnya.. ohh serasa  hatinya kosong…hatinya terasa tertinggal dirumah keluarga Haji Rasid.  Adakah ini rasa cinta. Kerana sudah ada rasa rindu yang bertandang walau belum jauh  dia melangkah keluar dari rumah Haji Abdul Rasid.


“Assalamualaikum” Dia memberi salam kepada orang-orang yang ada didapur. Ketika sampai dirumah ibunya terkejut melihat kemunculanya didapur. Dari luar rumah lagi Farhan sudah memberi salam mungkin salamnya tidak didengari oleh orang-orang yang sibuk bekerja sambil bercerita. Ketika sampai didapur sekali lagi Farhan memberisalam.

“Waalaikumsalam “ Jawab ibunya dan orang-orang yang ada didapur.Ibunya menerpa kearahnya, lalu menyisih ketepi sedikit dengan pandagan hairan Ibunya bertanya perlahan takut pertayaanya didengari oleh rakan-rakan dan saudara- mara yang masih membantunya menyediakan juadah untuk majlisnya esok hari.

“Kenapa Han tinggalkan isteri Han tu??”. Itulah pertanyaan yang keluar dari bibiur Hajjah Fatimah yang hatinya mula dijajah bimbang.

“Tak apalah bu, Han bagi dia peluang bersama keluarga dia dulu.” Kemudian  meninggalkan ibunya yang masih terpinga-pinga..Makin bingung Hajjah Fatimah. Dia memerhatikan tingkah anaknya yang terbungkuk mencari pinggan dan membuka tudung peruk rupaya dia mencari makanan..untuk mengisi perutnya.

“Han tak makan ke kat sana?.” Ibunya merapati anaknya lagi dengan pandangan hairan.

“Makan..tapi rasa tak kenyang, tak sama dengan nasi kat rumah ni.”

“Han..Han tu lelaki janganlah pemalu sangat…Han kena brutal sikit, macam mana nak jadi ketua rumah tangga kalau pemalu sangat ni.” Sambil berbisik ditelinga anaknya Hajjah Fatimah melahirkan rasa tidak puas hatinya…

“Han bukannya malu..tapi bersopan santun.”Senyumnya tersungging dibibirnya untuk dihadiahkan kepada ibunya yang sudah nampak mengerut-gerutkan dahinya, tanda tidak puas hati.

“Ialah tu..” Ibunya berlalu.Dalam hatinya Hajjah Fatimah tahu sifat anaknya yang seorang ini..sifat malunya sukar untuk dikikis. Bimbangnya mula muncul. Bagaimanakah kehidupan anak menantunya kemudian hari..baru sehari Farhan sudah menunjukkan belang..semoga  Farhan dapat memberi kebahagiaan isterinya nanti.  Itulah doa Hajjah Fatimah ditujakan khas untuk anaknya Farhan.

             Malam itu dia tidur dibilik bersama dua orang lagi adiknya. Walau cuba di pejamkan matanya tapi tidak mahu pula terlena. Fikiranya hanya memikirkan isterinya.Terbayang senyum dan jelingan manja isterinya tadi.Terdengar-dengar juga suara isterinya memanggilnya abang, tidak disangka kemanjaan isterinya terserlah bila di sudah menjadi isterinya.Dia mencapai telefon bimbitnya lalu mengubungi isterinya.Jiak ibunya tahu tingkahnya tentu ibunya tidak bimbang dengan dirinya lagi.

“Assalamualaikum, sayang dah tidur?.”Perlahan dia bertutur takut didengari oleh kedua adiknya yang sudah tidur.

“Waalaukumsalam kalau dah tidur macam mana nak jawab telefon.”

“Abang gangu ke?”

“Dah tahu takut terganggu kenapa call?..kenapa tak tidur lagi?” Sikap Fatin masih sukar untuk diubah terasa bahasanya dingin dan kasar.. walaupun dijawab begitu tapi Farhan tidak pula bekecil hati. Dia merasa isterinya bergurau.

“Entahlah sebenarnya ..abang teringatkan sayang…macam rasa tak boleh tidur pulak.”

“Ialah tu..”

“Betul abang tak boleh tidur rasanya.”

“Pejamkan saja mata tu lama-lama tidurlah…esok kita ada kerja lagi rehatlah nanti letih” Lembut Fatin menuturkan seakan memujuk agar suaminya tidur. Boleh pula dia berbahasa lembut-lembut detik hati Farhan di hujung talian.

“Ialah nak tidur lah ni..sayang tidur nanti mimpikan abang ye..biar kita jumpa dalam mimpi.”

“Emm ialah tu..habis kita nak jumpa kat mana?.” Mulalah Fatin merapau.

“Ok Kita jumpa kat Taman Tasik Seremban cukuplah.”

“Issy..dekat sangat tak mencabar langsung…kita jumpa lah kat Cameron Highland seronok sikit dikelilingi oleh bunga-bungaan.”

“Abang takut sesat..esok kita ada lagi satu majlis untuk kita..taman tasik cukuplah..
ok assalamualaikum.” Ada sedikit merapu dalam gurauan bicara mereka..disitulah terselit keserasiaan mereka..mereka ketawa perlahan bersama dihujung talian.

“Waalaikumsalam.” Bila mendengar jawapan salam dari isterinya Farhan memutuskan talianya.

p/s..rasanya banyak ejaan yang salah dan ayat pun lintang pukang kerana tak sempat nak semak maaf ye.