~Siapa Ikut Blog Ni~

Pages

Monday, 11 February 2013

Bab 1 Bimbang



Jalan berliku saya tak kisah,
Tapi harus berwaspada,
Makan minum bujang tak susah,
Sakit pening siapa nak jaga.

                 Pasangan bahagia Haji Abu Bakar dan Hajjah Fatimah mempunyai empat orang anak.Kesemua lelaki. Bermula dari anaknya yang pertama Ahmad Fadli, Ahmad Farhan, Ahmad Fauzan dan yang bungsu diberi nama Ahmad Fikri.  Dalam keempat-empat anaknya, anaknya  yang nombor dua sangat pemalu orangnya. Dia jarang keluar rumah. Sifatnya yang pemalu itu membimbangkan kedua ayah dan ibunya. Dia jarang mahu bergaul dengan masyarakat sekeliling. Kawanya juga sangat sedikit boleh dibilang dengan jari orang yang dikenali.

                Anak-anak pasangan ini juga tergolonmg dari anak-anak yang dapat membanggakan ibu bapa juga tidak ketinggalan Farhan walaupun dia pemalu susah mahu bercakap dengan orang tetapi  dia seorang anak yang bijak. Ini terbukti dia mendapat 5A dalam peperiksaan UPSRnya dan berjaya memasuki sebuah seokolah menengah  ugama yang memerlukan keputusan seperti itu. Setelah habis tinggakatan lima dia ke UiTM meneruskan pelajaranya hingga tamat. Kini dia sudah menghabiskan pengajianya diUiTM Shah Alam dan sudah pun mempunyai  pekerjaan tetap dalam bidang yang diikutinya ketika diUiTM dulu. Yaitu  Farmasi.

Umurnya sudah menjagkau 28 tahun. Jika dilihat dari mata kasar kedua orang tuanya sikap Farhan masih tidak berubah. Masih seorang yang pemalu. Dia jarang keluar rumah walaupun ketika itu dia tidak bekerja. Dunia Farhan hanyalah rumah dan tempat bekerjanya sahaja. Kawan?..entahlah lelaki pun susah nak jumpa inikankan pula kawan perempuan. Kadang-kadag tefikir juga Hajjah Fatimah ibu Farhan bila agaknya Farhan mahu membawa calon isteri untuk dikenalkan kepadanya. Ingin juga dia mencarikan bakal teman hidup anaknya yang seorang itu tetapi tidak pernah mendapat persetujuan dari Farhan sendiri. Lagi pun mereka suami isteri bimbang jika Farhan tidak boleh menyesuaikan diri dengan gadis yang akan menjadi teman hudupnya nanti. Mereka suami isteri lebih bimbangkan Farhan dari adik-adiknya yang lain kerana sifat pemalunya itu.

Pernah sekali ibunya bertanya berkeanan nikah kawin kepada Farhan..

“Han..kawan-kawan Han ramai yang dah kawin Han.. Agaknya Han ni bila lagi, kalau ada kawan yang Han berkenan cakaplah dengan ibu…boleh ayah dan ibu uruskan”.

“Ibu janganlah bimbang tentang jodoh Han.”

“Mana ibu tak bimbang Han..umur macam Han sepatutnya dah mula cari-cari. Kerja Han dah ada duit simpanan pun rasanya dah ada…jangan sampai tua sangat baru nak kahwin.. Nanti Han dah tua anak masih kecil lagi… susah pulak Han nanti ”. Nasihat ibunya yang bimbang dengan tingkah anaknya yang bagai tidak kisah dengan hidup akan datangnya.

“Nanti-nanti adalah bu. Kan Allah dah janji setiap mahluk tu ada pasanganya,  lagipun kalau tak jumpa kat dunia kat akhirat Allah dah sediakan untuk kita”.

“Janji tu memang dah janji tapi kalau tak dicari mana nak dapat, kalau nak tunggu jodoh kat akhirat tu susah Han nanti. Kita ni hidup bukan sihat selalu, macam Han kalau mati muda taka pa, ni kalau dibuatnya 80 atau 90 tahu baru mati mana Han nak menumpang hidup, suka ke Han duduk kat rumah orang tua-tua. Kalau Han susah sangat taka da calon biar saja ibu dan ayah yang carikan untuk Han”.

“Tak apalah bu…Han belum bersedia lagi. Lagi pun Han baru saja nak rasa duit kerja Han puas-puas..kemudian nak kumpul nak beli rumah pulak.”  Lepas itu cepat-cepat Farham masuk kebiliknya.

Hajjah Farimah melihatkan tingkah anaknya dengan gelengan kelapanya sahaja.  Dia tahu      anaknya tidak suka dia bertanykan hal itu. Hal nikah kahwin dan pasangan hidupnya. Tadinya dia bertanya kerana hatinya sangat bimbang dengan tingkah anaknya. Mengenangkan umur anaknya juga dari sehari kesehari makin meningkat. Takut-takut Farhan tidak berjaya menemui jodoh alamat sampai ketualah tidak berteman. Dia sebagai ibu cuba membantu apa yang termampu. Tidak pernah kering doa Hajjah Fatimah suami isteri agar anak-anaknya mendapat jodoh yang baik dan dapat membina kehidupan berteman yang sempurna dihari mendatang.

===========================================
           
                        Tidak seperti biasa …tadi Farhan sampai keparking kereta tempat kerjanya awal dari kebiasaannya. Entah apa yang difikirkan segalanya yang dilakukan seakan diluar dari kesedaranya. Alhamdullilah keretanya tidak melencong ketempat lain..atau kekubur ke.. kerana jalan dari rumah ketempat kerjanya melalui satu kawasan perkuburan…Hsyy hee seramnya Nauzubillah. Ketika dia sampai hari masih gelap lagi. Matahari yang lambat terbit menyebabkan keadaan sekeliling masih kabur dan kelam. Belum ramai lagi pekerja hospital yang sampai.

                        Entah mengapa hari itu dia tersedar dari tidurnya sebelum azan subuh berkumandang. Dicuba juga untuk memejamkan matanya semula tetapi matanya asyik terbuka. Rasa kelat dimatanya juga sudah hilang.Yang bertandang ditubuhnya rasa kesegaran dan semangat seakan mengajak dirinya turun dari katil. Dia terkebil-kebil sendirian diatas katil bujangnya. Dahulu bilik itu di kongsi dengan adik bungsunya. Setelah adiknya melanjutkan pelajaran diUiTM Shah Alam Selangor, tinggal dia seorang dibilik itu. Sambil menelentang dia  memandang siling yang nampak samar, kerana biliknya hanya diterangi oleh cahaya lampu dari ruang keluarga rumahnya sahaja.Terasa sudah puas tidurnya subuh itu. Akhirnya dengan ucapan Alhamdullilah kerana masih diberi peluang bernafas oleh Tuhan yang Maha Pengasih, dia turun dari katil.

                        Dia bangun  menuju bilik air yang ada didapur untuk mandi membersihkan diri dan mengambil wuduk sekali. Setelah siap berpakaian sembahyang dia keruang tamu bersedia menanti ayah dan ibunya di sejadah untuk sembahyang subuh berjemaah. Sambil menantikan azan  subuh dan menunggu ayahibunya, dia duduk di sejadah. Dia berzikir dengan zikir Subhanallau 33 kali, Alhamdullilah 33 kali  Allahuakbar 33 kali dan diakhir zikir-zikirnya dia membaca doa Iftitah. Dia pernah mendengar satu ceramah ugama dengan amalan tadi boleh menghapus dosa-dosa kecil tetapi  sepatutnya zikir-zikir itu dilakukan seselpas selesai solat. Bagi Farhan itu tidak mengapa niatnya ikhlas mahu  mengingati dan mendekatkan diri kepada Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang jadi apalah salahnya kita sebagai hamba memujinya tampa mengharapkan ganjaran. Tidak lama kemudian ayah dan ibunya pula muncul sudah siap berpakaian sembahyang lalu  duduk menyertainya diruang tamu.

                        Haji Abu  Bakar sengaja mengosongkan sedikit ruang tamu rumahnya untuk mereka solat berjemaah jika mereka bersolat dirumah, terutama bila akak-anaknya semua pulang bercuti. Dahulu ketika anak-anaknya masih kecil Haji Abu Bakar sering berjemaah dirumah bersama isteri dan anak-anaknya.Tujuan dia berjemaah dirumah adalah untuk mengajar anak-anaknya bersolat dan juga ingin membantu isterinya mendapat pahala solat berjemaah.

                          Masuk sahaja waktu subuh, Farhan mengalunkan seruan azan subuh dirumahnya.  Kemudian mereka mengerjakan solat subuh dan seterusnya solat fardu Subuh berimamkan Haji Abu Bakar. Selesai solat subuh ibunya bergegas kedapur..dia pula bersiap untuk ketempat kerja. Selesai bersarapan dengan makanan yang disediakan oleh ibunya diterus sahaja dia ketempat kerja. Dia sungguh bersemangat hari itu.. mungkin semalam dia tidur awal, menyebabkan dia segar dan bersemangat pagi itu.
                       
                        Sampai diparking kereta ditempat kerjanya hari masih gelap lagi.‘gelap pulak.. mendung ke hari ni?’ detik hatinya. Dia mendongakkan kepalanya memandang ke langit.  Langit nampak cerah, yang kelihatan hanya hamparan  awan sirus, menyebabkan langit yang biru diselaputi warna putih seperti kapas yang nipis. Juga masih kedapatan bulan penuh yang kesiangan didada langit, tetapi nampak pucat. ‘Tak ada tanda-tanda nak hujan pun…awalnya aku sampai hari ni’ detik hati Farhan lagi. Sambil berjalan matanya meliliau memandang sekeliling.  Jika ada yang melihat tingkahlaku Farhan masa itu, sama sepertinya burung wak-wak yang sentiasa berwaspada dari musuh.
                          (Burung wak-wak merupakan sejenis burung yang hidupnya ditanah. Rupanya seakan ayam, bulu didadanya berwarna  putih dan berekor pendek. Keseluruhan bulu dibadannya berwarna hitam, dan saiznya besar sedikit daripada burung puyuh. Burung ini amat pantas menyusup. Cuma, kelemahannya tidak mampu terbang tinggi...untuk masyarakat Jawa diMalaysia mempercayai ketika seorang wanita itu mengandung jika dia dapat  memakan daging burung ini, anak yang bakal lahir akan menjadi cantik atau kacak wallahualam.. tetapi perlu diingat burung ini adalah termasuk binatang yang dilindungi oleh jabatan perhilitan, jika kedapatan sesiapa yang menangkap burung ini dia akan didakwa dan didenda..ingat tu!!). Cara lain untuk mendapat anak yang cantik budi dan rupa bacalah SURAH YUSUF ketika kita mengandung.

                        Dalam pada matanya yang melilau, secara tidak sengaja matanya memandang satu lembaga putih yang terapung-apung di parking motosikal tidak jauh dari tempat dia memakir keretanya. Farhan merasa seram ..’Hantu ke??’ itu pula soalan yang timbul dikepalanya pula..cepat-cepat dia beristifar. Dia teringat guru agamanya dulu berpesan “jangan kamu takut dengan apa-apa juga kecuali Allah’. Laju langkahnya sambil dia mengamati pergerakkan lembaga itu untuk mencari kepastian. Setelah agak hamper baru lah dikenal pasti lembaga tadi adalah seorang wanita kerana dia memakai tudung.

                        ‘Hantu ke orang ni?’ Sekali lagi pertayan yang menakutkan diri menyelinap didalam hatinya, sengaja dia mahu menakutkan dirinya sendiri, ialah tu Farhan kalau takut katalah takut. Oleh kerana wanita tadi memakai tudung dan baju berwarna putih hanya seluarnya sahaja berwarna gelap, dari jauh seakan badan yang tidak berkaki. Dia teringat neneknya bercerita dahulu, jika hantu kakinya tidak menjejak ketanah. Ia ke? dimanakah kebenaran cerita orang tua-tua kita ni. Mahu menakutkan anak cucu yang kecil-kecil ketika itu. Tetapi kita yang sudah dewasa juga takut. Tetapi sekarang ini sudah sering kita ditakutkan dengan cerita-cerita hantu yang tersiar dikaca talivesyen.

                          Laju  langkah Farhan makin menghapiri wanita yang sedang terbongkok-bongkok merantai motosikalnya. Itulah ciri-ciri keselamatan yang digalakkan..tidak kiralah motorsikal baru ataupun motosikal lama, untuk menjaga keselamatan, motosikalnya harus dirantai dan dikunci. Setelah selesai gadis itu dengan misinya, dia berdiri dan memandang kearah Farhan yang sedang memandang kearahnya. Farhan dapat melihat wajah wanita itu dengan jelas, kerana kedudukan dia berdiri hanya beberapa kaki sahaja dari wanita tadi. Sempat pula hatinya menyakinkan wanita yang memandangnya adalah seorang manusia bukan hantu. Tanpa senyum wanita itu terus berlalu menuju kebangunan hospital.

                         Hati Farhan memang suka berbicara denagn dirinya  sendiri.  ‘beraninya perempuan itu gelap-gelap buta dah sampai tempat kerja..pukul berapa agaknya dia dari rumah? mungkin rumahnya jauh dari sini kot itu yang pergi kerja cepat ...emm tak takut hantu agaknya dia’. Sibuk pula fikiranya memikir. Disudut hatinya timbul pula  rasa kasihan dihatinya..tetapi mengapa??.       Bukan dia kenal pun gadis tadi.‘Masih gadis ke..kalau bini orang??   ‘..soal Farhan kepada dirinya sendiri.    , itulah sifat Farhan yang tidak diketahui oleh orang keliling.  Dia sebenarnya suka berbicara sendiri didalam hati. Hatinya sangat ramah dan suka berbicara dengan dirinya sendiri. Tetapi  jika dia berhadapan dengan orang bagaikan kelu lidahnya untuk berkata-kata atau  mencari cerita itu sebabnya Farhan sangat pendiam jika berdepan dengan orang ataupun kawan..

                             Dalam pada kakinya laju  meneruskan langkah, kepalanya pula ligat berfikir. Berfikir yang tiada langsung  berkaitan dengan dirinya atau pekerjaannya,  entah apa relevannya, dia berfikir tentang sigadis tadi. Cuba selidiki apa yang difikirkan oleh Farhan tentang sigadis yang dipandangnya tadi.
                        Ini dia  ‘Untungnya dia, muda lagi sudah mendapat kerja..muda ke? Tetapi pada pandangan matanya, jelas kelihatan masih muda seakan muka budak sekolah pun ada. Mungkin kerana dia berbadan kecil dan kurus’. Itulah yang difikirkan oleh Farhan sambil berjalan dengan wajah menunduk memandang tapak-tapak kakinya melangkah, fikiranya merawang pada gadis yang dipandangnya tadi. 

Sejak terpandang wajah gadis di pakir motosikal tadi,kepala Farhan tidak berhenti bertanya kepada dirinya sendiri. Siapa agaknya gadis itu?. Kenapa agaknya Farhan jadi seperti ahli fikir ?. Kerana  wajah itu ada terimbas dalam senarai memorinya tetapi kabur pula. Bila dipejamkan matanya..terasa jelas tetapi berbaur dengan wajah lain pula. Siapa agaknya dia??? …gadis yang aku kenal ke?..dimana dia memandang wajah itu?…rasanya muka itu selalu aku jumpa dulu.  Itulah soalan hatinya yang tidak dapat dijawab oleh kepalanya.Fikir Farhan lagi. Bekerja keras otaknya menyelak lipatan memori hingga kehelaian terakhir namun tidak berjumpa. Mungkin sudah terlalu lama maka paparannya sudah kelabu dan kabur. Fahan jadi ahli fikir hari itu.

Cuba diselak lipatan memori mencari, dia tidak berpuas hati selagi tidak ditemui jawapan. Kini otaknya mula menjadi penyiasat untuk dirinya. Dia mula dari pencarian yang jelas,  dia meneliti apa yang dipandangnya tadi..Jika di lihat dari unifom yang dipakainya dia seorang kakitangan hospital juga, berjawatan pembantu perubatan. Ini dapat dipastikan kerana uniform untuk pembantu perubatan baju dan tudung berwarna putih dan seluarnya biru gelap dan kasutnya pula berwarna hitam. Setelah tidak mendapat jawapan tepat hatinya memujuk..’Tak apalah esok boleh jumpa lagi ‘ itulah harapan yang timbul seperti memujuk hatinya yang kecewa bila tidak mendapat jawapan yang pasti.. kecewakah dia?.

 Farhan..Oh Farhan. Tampa disedari dia sudah melintasi  system perakam waktu kedatanganya. Dia memikir hingga dia terlupa untuk ‘Punch Cardnya’ hari itu..bila tersedar dari lamunan waktu untuknya hanya tinggal beberapa minit untuk dia merekod kedatanganya pagi itu. Sekejapan itu juga dia berlari untuk membuat ‘punchcard’ nya jangan sampai terlambat. Kerana sikap tergesa-gesa dia terlanggar seseorang, mujur tidak terjatuh orang yang dilanggarnya.
“ohh maaf..maaf” dia berhenti sekejap dan memegang seorang lelaki yang agak berusia dan meminta maaf..dia meneruskan lariannya. Jika sekarang itu dia berada di balapan untuk acara 100 meter  tentu dia memecah rekod  terpantas tahun itu. Setelah selesai misinya dia berjalan perlahan, walaupun nafasnya masih tercungap-cungap  akibat larianya tadi..kepalanya kembali berfikir tentang sigadis dipakir motosikal  tadi.

Bila dia tersedar apa yang yang dikerjakan oleh otaknya dia bertanya pada dirinya sendiri..’Kenapa dengan aku hari ini,sejak tadi asyik fikir dia saja..apa yang membuatkan aku teringat kepadanya’. Farhan beristifar berulang kali…ingin melenyapkan kesibukkan fikirannya tentang sigadis yang dipandangnya tadi.

Hingga tiba waktu bekerja. Kerana kesibukkan menjalankan tugasnya sebagai seorang pegawai Farmasi dapat juga Farhan melenyapkan bayangan sigadis yang menggangu ketenangan fikiranya. Farhan bertugasnya sebagai pegawai Farmasi dibahagian klinik pakar disebuah hospital kerajaan di Seremban. Bertugas dabahagian ubat-ubatan sememang perlu cermat dan ketelitian. Dia bekerja penuh perhatian dan berhati-hati..kalau tidak tentulah susah jadinya. Dia dibahagian ubat-ubatan jika tersalah bagi ubat tak ke naya jadinya…nyawa orang..nyawa makkhluk Allah yang bernama manusia.. yang banyak tanggung jawabnya.  Ramai pesakit yang mengambil ubat hari itu.  Alhamdulliah bayangan sigadisi tidak menghilangkan tumpuan kerjanya hari itu.

Ketika Farhan hendak pulang petang itu, dia melintasi  tempat pakir motor, bayangan gadis  dipakir motosikal pagi tadi tertayang lagi ditubir matanya. Secara spontan kepalanya berpaling kekawasan motosikal yang terpakir. Kepalanya tertinjau-tinjau kekawasan pakir motosikal kalau-kalau  masih ada motosikal sigadis disitu. Ahh dia mengeluh perlahan..perbuatannya yang bodoh. Dia mengutuk dirinya sendiri. Bukannya tahupun motosikalnya yang mana satu..sebab tadi dia hanya memandang wajah sigadis sahaja, yang  kebetulan gadis tadi memandang tepat kearahnya, setelah dia bangun dan membetulkan kedudukkan motosikalnya. Dia tidak melihat pun motosikal jenis apa dan apa pula nombor platnya. Timbul kesal diahatinya.

Bila dia tersedar.. dia bertanya pada dirinya sendiri..’Apa yang tak kena pada aku ni..apa yang menarik pada gadis itu..sehinggakan hatinya begitu berusha untuk mengenalinya. Kenapa fikiranya asyik memikir tentang dia sahaja sedari tadi’. Dia cuba menepis keghairahan hatinya ingin mengenali gadis itu. Dia cuba mencari-cari cerita lain untuk menyibukkan kepalanya agar dia tidak terkenang gadis dipakir motosikal pagi tadi.

Hanya beberapa minit sahaja dia fikiran lari dari memikirkan sigadis. Dia mula memikirkan apakah menu ibunya hari ini. Kemudian tampa dipinta  bayangan sigadis  datang lagi. Tampa sedar hatinya mengharap lagi.’harap-harap esok pagi aku jumpa lagi’itu doanya,  hingga terkeluar pula hasrat hatinya terpancul dibibir..ehh apa ni. Farhan bingung dengan kehendak hatinya sendiri.

Lama dia duduk didalam keretanya sebelum dia pulang kerumah. Dia cuba mengingati perjalan hidupnya pagi tadi.. Dia cuba mengingati pukul berapa dia terserempak dengan gadis itu. Bermula  dari rumah pukul 715…sampai lebih kurang 15 ataupun 20 minit..ohh lebih kurang 745 minit dia sampai. Dia mula merancang..Esok aku bertolak dari rumah pukul 710 lah biar awal sikit.. aku duduklah dalam kereta dulu…bila pukul 745 baru aku berjalan melintas parking motor tu harap-harap dapat jumpa..Otak dikepalanya membuat rancangan.Kemudian barulah dia menghidupkan keretanya untuk pulang kerumah.

Sudah hamper seminggu Farhan menunggu, namun gadis yang ditunggu tidak menampakkan bayangnya. Hari Farhan menjadi suram. Sedangkan ketika dirumah tadi dia begitu bersemangat.  Hatinya begitu hampa bila bayangan yang diharapkan tidak menjelma didepan mata. Setelah hampir seminggu dia mengharap tetapi yang dinanti tidak menjelma.. hatinya berlagu duka. Apa diharap padi seberang entah berbuah entah kan tidak..Farhan sudah mula putus asa.

Hatinya yang rawan mula memujuk..mungkin gadis itu tidak bertugas dihospital itu..dia datang sekejap saja kerana ada urusan  peribadi. Tidak disangka hatinya makin bertambah lara, mengapa hatinya tidak dapat menerima pujukkan itu. Mulalah hatinya bertelagah didalam, menyalahkan dirinya..macam mana ni, bagaimana mahu kenal denganya? Keinginan hatinya mendesah, timbul pula kesal menyalahkan dirinya sendiri kerana lambat bertiandak hari itu. Itu pula yang timbul dihatinya. Bila dia tersedar gusar dia dengan hatinya sendiri ..’Ehh kenapa dengan aku ni suka sangat fikirkan dia’.Bila dibentak begitu hatinya mula tenang. Dia beristifar dan terus beristifar menenang dan memujuk hatinya sendiri.

Tetapi Farhan betul-betul buntu dengan kehendak hatinya, bila  tampa sedar fikiran yang tidak jemu berfikir tentang ‘sidia’ yang dia tidak tahu siapa dia. Sekejapan itu mula kepalanya membayangkan wajah dan fizikal sidia pula.. jika dilihat bukanya cantik sangat gadis itu. Tiada ada apa yang menarik pada wajahnya. Sidia hanya seorang gadis yang biasa dan sederhana..Tingginya mungkin hanya 160cm, jika dibandingkan dengan ketinggin yang tinggi 175cm. Ketika gadis itu berjalan menuju bangunan hospital tempuh hari Farhan dapat membayangkan sigadis hanya separas telinganya sahaja. Dia  berkaca mata berbingkai hitam, hidungnya berbentuk kecil tajam dan mancung. Berbibir kecil nampak sungguh comel. Raut mukanya agak masam dan susuah untuk tersenyum. Dan yang pasti dia tidak  bersolek kerana bibirnya biasa-biasa sahaja warnanya.

 Jika hendak dikira ada lebih ramai lagi gadis yang lebih cantik dan menarik. Gadis-gadis dihabagian tempatnya bertugas juga ada empat lima orang yang cantik dan dikenal pasti masih solo, tidak pula menarik perhatianya..tapi kenapa dengan gadis yang etah siapa-siapa hatinya begitu ghairah untuk  mengenalinya pula. Mungkin kerana gadis itu pernah dipandangnya dulu..mungkin juga.Setelah hamper seminggu hatinya mengharap, akhirnya Farhan mengalah juga..dia pasrah. Jika ada rezekinya adalah..jika tidak apa yang hendak dikata semuanya ditangan tuhan.  Allah menentukan segalanya untuk hambanya..akhirnya dia akur hatinya berhenti mengharap.

Pagi Jumaat itu  dia tidak lagi terpandang-pandang keliling lagi.  Matanya juga tidak melilau seperti selalu...hatinya tidak mengharap lagi pertemuan itu. Tidak mengharap terpandang atau terserempak  gadis dipakir motosikal yang menjadi hati dan kelapanya sibuk memikir selama seminggu ini. Tiba-tiba hati nya berdegup kencang,hingga terasa bergetar dinding dadanya. Matanya terpaku memandang sebuah motosikal yang sedang menuju kedistinasinya. ..ohh sigadis yang baru tiba menunggang sebuah motosikal berwarna biru, jenis MODENAS 110 model lama.  Begitu cepat kepalanya memproses data-data penting untuk dimasukkan kepengkalan data otaknya. Farhan memandang dari jauh melihat gadis itu terkial-kial untuk menarik motosikalnya. Timbul pula rasa kesian melihat  sidia begitu bersungguh  menarik  motosikalnya. Spontan laju langkah Farhan menghampiri sigadis. Farhan melihat gadis itu menggunakan begitu banyak tenaga untuk  menarik motornya untuk menongkatnya dengan tumpang dua. Sigadis bertubuh agak kurus. Ahhh perasaan simpatinya pula mendesak  ingin menolong. Tetapi berbelah bagi pula kerana ditegah dengan rasa malunya.. nak tolong ke..tidak..tolong ke tidak. Tetapi laju langkahnya  menghampiri sigadis lalu di sapa..

            “Boleh ke?” Spontan terluncur laju tutur yang keluar dari bibirnya yang dihiasi misai nipis. Mungkin kerana terperanjat ditegur akhirnya sigadis berjaya menegakkan motosikalnya dengan jayanya.
            “Ahhh… boleh pun..terima kasih.” kedengaran luah kelegaan bila motosikal dapat berdiri tegak. Dihujuangnya dia mengucapkan terima kasih pula. Farhan jadi terpinga bila tidak menolong tapi menerima ucapan terima kasih…

            “Saya tak tolong pun.” pantas pula dia menjawab.

            “Tak apa..tolong tanya.” Gadis itu menoleh kepadanya..lalu melebarkan sedikit bibirnya seakan tersenyum ..entah kenapa nampak manis pula dimata Farhan.

            “Ehh..kita kenal ke?” Keluar pula pertanyaan dari bibir Farhan. Pandainya Farhan mencari bual pagi itu..kenapa ye lidahnya begitu pandai membina ayat, selalunya Farhan ni kelu dan beku bila berhadapan dengan perempuan. Bila melihat gadis itu terangguk-angguk tanda kenal. Spontan Farhan bertanya lagi.

            “ Kalau awak kenal…Siapa saya?” kali ini gadis itu betu-betul tersenyum..’manisnya’detik hati Farhan bila terpandang lesung  pipitnya di pipi sebelah kanan sigadis. Terpana Farhan memandang. Apakah yang menjadikan sidia tersenyum… kerana dia merasa lucu dengan soalan Farhan..”Siaaapa Saya” macam soalan budak tadika. Walaupun tidak berlagu perkataan 'siapa' tetapi pertanyaanya seperti guru tadikanya dahulu

            “Encik Farhan saya dah nak lambat ni..boleh bagi laluan?”  Oh rupanya Farhan menghalang jalan gadis di pakir motor. Farhan beralih sedikit untuk memberi laluan..

            “Oh maaf.” Farhan terkedu bila sigadis tadi tahu namanya. Begitu popularkah dirinya  sampai orang yang tidak dikenali mengenali dirinya..ahh perasan pulak Farhan ni.

            “Terima kasih.” ucap sigadis  bila Farhan memberinya sedikit laluan dan berlalu pergi, diikuti oleh pandangan mata Farhan. Mengapa agaknya ada rasa bahagia disudut hatinya. ‘ Adakah sebab dapat dapat bercakap sepatah dua  dengan gadis pujaan. Ehh..Dah boleh  ke di katakan gadis itu  gadis pujaannya?..oh belum boleh lagi... Nantilah kata hatinya, nanti jika sudah  siang dan malamku terbayang wajah, barulah boleh.’ hatinya mempuat kenyataan untuk dirinya yang bertanya tadi. Ringan pula mulutnya menyahut huluran terimakasih yang diucapkan oleh gadis tadi..

            “Kasih mu di terima. “perlahan sahaja ucap Farhan hanya untuk dirinya sendiri ‘beraninya mulut membalas’ kutuk hatinya..tapi mungkin angin yang membawa uncapan tadi ketelinga sigadis. Gadis itu berhenti dan menoleh kearah Farhan.‘kan dah malu itulah mulut, suka memalukan diri sendiri’desis hatinya..namun dengan rasa malu Farhan melemparkan senyum lawanya menutup kegugupannya kerana perkataanya tadi didengari oleh sigadis. Sidia berlalu pergi kerana kesuntukkan masa. Meninggalkan Farhan dengan rasa bahagianya. Farhan melihat jam dipergelangan tanganya lagi lima minit jam menunjukkan 0730 pagi..’ oh dia masuk pukul 7.30 pagi rupanya’. Dicatit satu lagi data penting dipengkalan data otaknya.

Sekarang ini Farhan menjadi seorang yang pemikir..sambil berjalan dia memikir. Pukul berapa aku dari rumah tadi..’rasanya….ni baru nak 730 cepatnya aku keluar rumah tadi aku bermimpi  sambil berjalan ke tahu-tahu dah sampai’.. sampai di tempat kerjanya di bahagian farmasi klinik pakar.. teman rapatnya menegur pula.

”Hai Farhan..apa mimpi kau 0730 pagi dah sampai..jam kau rosak ke..kalau tak, nak dekat pukul 0800 baru nampak batang hidung..mentang-mentang rumah dekat”.

“Assalamualaikum…waalaukumsalam, bagilah salam sahabat “ Farhan menegur sahabatnya lalu Farhan memberi salam dan mejawap salamnya sendiri. Kemudian menjabat tangan sahabatnya dengan erat. Dia masih berpegang teguh pada ilmu yang dipelajari disekolah dulu. Berpandukan satu hadith nabi ustaznya memberi tahu katanya  ‘Setiap muslim yang bertemu wajib memberi salam dan dengan berjabat tangan dengan erat akan gugurkan segala dosa-doasa kecil mereka.Kata ustaznya lagi..setiap orang Islam yang memberi dan menjawap salam akan mendapat pahala’.

Nabi Muhammad SAW telah bersabda: “Manusia yang terdekat dengan Allah SWT ialah mereka yang memulakan memberi salam.” (HR. Ahmad, Abu Daud)
Nabi SAW ditanya apakah amalan yang terbaik dalam Islam. Baginda bersabda: “Memberi makan kepada yang lapar dan memberi salam kepada orang yang kamu kenali dan yang tidak kamu kenali.” (HR Bukhari dan Muslim)

Farhan tersenyum bahagia memandang sahabatnya yang masih terpinga melihat seyuman yang tersunging dibibirnya.

“Ehh..kau ni kenapa Han..cuba cerita kat aku. Aku tenguk sejak dua tiga hari ni macam orang tak betul saja kenapa?”

“Engkau ni Lan aku senyum pun kata aku tak betul…seyuman ni sedekah tau..ni pagi-pagi lagi aku dah bagi kau sedekah bukannya nak bersyukur mengutuk adalah.”Farhan meletakkan bag sandang dan mencapai baju putih ketubuhnya untuk memulakan tugas.

“Tak adalah.. kau senyum-senyum dari masuk tadi tak habis-habis..itu yang aku nampak kau tu macam orang tak betul kau mimpi apa malam tadi?.”

 “Tak mimpi apa pun, saja aku bagi sedekah kat siapa yang aku pandang salah ke?..tapi entahlah mungkin dah jodoh aku agaknya aku tak perasan pun aku pergi kerja cepat hari ni..sungguh berbaloi.. dan aku rasa bersyukur sangat.” Farhan  tersenyum lagi. Makin terpinga sahabat yang mendengar kata-kata dan senyuman Farhan  pagi itu. Sahabatnya menhampiri Farhan lalu meletakan belakang tanganya kedahi Farhan. Sepantas kilat dia menepis kerana terkejut…

“Hsyy kau ni..ada apa kat dahi aku??”

“Tak ada apa..aku hanya nak rasa, kau demam ke?..itu pun nak marah. Kalau kau demam aku cadangkan kau pergilah jumpa doctor dapatkan MC.  Pergi balik.. rehat kat rumah.”

“Bukan aku marah..aku terkejut ingatkan ada binatang ke, apa ke kat dahi aku…Ehh aku sihat lah, kalau tidak.. takkan lah aku dah sampai untuk kerja hari  ni, cepat lagi dari biasa.”. Bibir Farhan masih tersungging senyuman yang menjadi tanda tanya sahabatnya.

“Tapi yang aku nampak kau menyengeh macam kerang busuk dari kau masuk tadi tu kenapa? Kau tersedut gas senyum ke?..atau kau mimpi jumpa bidadari malam tadi.. tu yang kau angau semacam.”

“Tidak juga,  hanya aku rasa happy pula pagi ni.”

“Haa kau rasa happy??.. kau ni Han jangan buat kenyataan yang menyebabkan aku rasa kau telan ganja Han.”

“Hissy kau ni Lan selalu fikir negative tentang akukan. Aku tak akan sentuh benda-benda najis macam tu, aku masih waras lagi Lan.”

Sesungguhnya Farhan rasa sangat  ceria pagi itu. Itu adalah senyum bahagianya.. Sebetulnya senyuman tidak mahu surut dari bibirnya. Walau pun sudah dicuba untuk mematikan senyumanya dan berlagak selamba seperti biasa tetapi tidak berjaya.  Mungkinkah  hatinya yang bahagia terpancar diraut wajahnya, adakah senyuman itu kerana gadis tadi? soalan itu bergema dia dalam hatinya. Dia tertanya-tanya sendiri. Farhan oh Farhan hati sendiri pun dia tidak tahu… Hati sendiri, sendiri fikirlah…

=================

Sejak kebelakangan ini terasa sunyi blog mat teh....Mak teh cuba menceriakan dengan cerpen yang entah apa-apa. Harap sudi membaca dan beri komen. Sebenarnya mak teh suka sangat pantun. Bila buka google nampak pantun mat teh teruja nak mencari cerita nak masukkan pantun-pantun tadi dalam cerita mak teh..Harap anda suka dengan cerita merapu  mak teh.


Saturday, 26 January 2013

Bab 30 Tidak terkikis kesal dihati




Bukit runtuh sehari semalam,
Kayu terlepas beribu ratus,
Sauhnya putus kapal tenggelam,
Harapan kami tak akan diputus.


            Hampir petang Loqman melayani kerenah anak dara kecilnya. Loqman menemani anaknya membuat kerja sekolah dan akhirnya mereka sama tidur diruang tamu. Atas permintaan anak dara kecilnya yang ingin tidur bersama ayahnya. Hati Amirah terharu melihat keceriaan anak dan bekas suaminya. Syifa memeluk ayahnya  lama dan  erat sekali ketika ayahnya hendak  masuki  keretanya. Seperti  tidak mahu melepaskanya.

“Bila ayah nak datang jumpa Syifa lagi.” Kedengaran sedeh suara Syifa hendak melepaskan ayahnya pulang kePort Dickson.

“InsyaAllah kalau ayah ada cuti ayah datanglah.” Sambil tangan Loqman megusap perlahan kepala anak daranya. Dia juga rasa keberatan untuk meninggalkan buah hati nya.

“Jangan lama-lama, Syifa rindu ayah.” tercuit juga Amirah mendengar kata-kata anak dara kecilnya.


             Loqman pulang kePort Dickson dengan hati yang sayu. Sedeh hatinya meninggalkan anak dan bekas isterinya..rasa kesal yang telah lama bermukim dihatinya seakan tidak mahu pergi. Kesal itu sudah  sekian lama menikamnya bertubi-tubi mendera perasaannya. Hanya dia yang merasa kesakitannya. Setinggi gunung dia mengharapkan dan selaut doa dia memohon belas kepada yang Maha Berkuasa agar pintu hati bekas isterinya terbuka untuk menerimanya kembali. ‘Mirah terimalah abang Mirah’ itulah keluhnya. Entah untuk keberapa kali keluahan itu bergema didalam hatinya.


            Loqman memandu dengan perlahan sambil membayangkan ketika dia dirumah bekas mertuanya tadi..Kalau dilihat dari riak ketika dia hendak pulang tadi, Amirah seperti keberatan menerimanya semula. Kalau tidak dipaksa oleh anaknya mungkin dia tidak menghantar nya hingga kekereta.  Dengan raut wajah yang masam-masam manis Amirah terpaksa juga menghantarnya  hingga kepintu kereta. Dia tahu bekas isterinya terpaksa. Walaupun ketika makan tengahari tadi dilihatnya Amirah gembira bila mereka berkumpul bertiga. Namun itu mungkin lakonan dihadapan anak mereka sahaja. Loqman tidak dapat menjangka penerimaan Amirah terhadap dirinya. Hanya ada satu lagi harapan, jika anaknya dapat melembutkan dan membuka pintu hati ibunya, untuk mereka bersama semula.


            Sepeninggalan Loqman, Amirah termenung sendirian diruang tamu, memikirkan permintaan bekas suaminya untuk kembali bersama.  Amirah merasa serbasalah, mahu menerima atau pun tidak, bukan hatinya tidak sayang tetapi dia takut peristiwa lama berulang lagi. Bila melihat kegembiraan anaknya  bersama ayahnya rasa tidak sampai hati pula dia hendak menolaknya. Ketika dia sedang termenung diruang tamu ibunya menghampiri.


“Kakak fikir apa, dari tadi ibu tenguk kakak termenung sampai ibu lalu dua tiga kali kakak tak perasan”. Amirah mendongak memandang ibunya yang datang menghampiri.

“Tak ada apa lah ibu, kakak mengantuk….” Dalih Amirah.

“Ibu nak tanya ni, kakak jawab jujur ya….Loqman cakap apa dengan kakak tadi…sebab masa ayah pelawa mimum tadi dia kata nak bincang dengan kakak…bincang apa?.” Amirah memandang ibunya.Sebenarnya dia tidak dapat menyembuyikan apa-apa dari ibunya..Pada Amirah ibu seorang yang memahami dan seorang pendegar yang baik. Pada ketikanya dia menjadi ibu yang pengasih dan pada ketika yang lain ibunya bertindak seperti kawan baiknya pula.

“Loqman kata dia nak rujuk balik dengan kakak…ibu fikir macamana?.. kakak tak boleh nak fikir ..kakak sebenarnya dah selesa hidup macam ni.. kakak malas nak fikir hal orang lain dah.”  Amirah terpaksa berterus terang. Dia tidak mahu berkongsi hidup dengan siapa-siapa insan yang benama lelaki yang bergelar suami.Sesungguhnya hidup bersama Loqman dulu  meninggalkan kesan yang mendalam dihati Amirah dia takut untuk melalui jika perkara lama berulang kembali.


            Bagi dirinya hidup berumahtangga  tidak menjamin kebahagian hingga keakhir hayat. Contoh nya Loqman dulu, walaupun dia mengatakan dia menyayangi dirinya sejak dia kecil lagi tetapi rumah tangga mereka berkecai juga. Tidak sampai setahun pernikahan mereka rumah tangganya  sudah berkecai. Lebih parah dia diceraikan ketika dirinya sedang mengandung, peristiwa itu sangat pedih untuk dikenang. Dia merasa serik . Sekarang ini dia sudah pun mempunyai seorang anak dan mempunyai pekerjan tetap, itu sudah cukup untuk  dijadikan sandaran hari tuanya. Dia ingin meneruskan kehidupan tampa bergantung kepada orang lain, terutama sekali kepada seorang lelaki yang bergelar suami.

“Janganlah macam tu, pada ibu  kakak terimalah Loqman balik, Loqman bersungguh tu… fikirlah mana yang baik, lagi pun dia ayah Syifa. Ibu tenguk  Syifa gembira betul kalau ayah dia datang, berilah peluang  Syifa ada ayah sendiri di sisinya, berilah dia kesempatan merasai kasih sayang seorang ayah.  Kalau kakak terima orang lain nanti Syifa berbapa tiri.”

“Entah lah bu kakak takut nanti dia buat macam dulu, takut pisang berbuah dua kali. Kakak tak sanggup nak tempuh lagi, walaupun dah lama tapi rasa sakitnya masih terasa lagi.” Sebenarnya itulah yang menghantui fikiran Amirah dengan alam rumahtangga.

“Sebenarnya dia selalu datang sini jenguk Syifa..kalau ada cuti saja dia akan datang sini. Ibu tenguk dia dah berubah..dah nampak dewasa dan bertanggung jawab..tak adalah macam baru kahwin dengan kakak  dulu perangai dia macam budak-budak. Kakak.. kita jangan fikir diri kita saja,  kakak dah ada Syifa... kena fikir tentang Syifa juga. Ibu takut bila selalu kawan-kawan dia kata dia tak ada ayah, dia akan merasa rendah diri atau kurang keyakinan pada dirinya pula, kerana kekurangyang dia tak ada ayah didepan matanya. Lagi pun Mak long kan ibu mertua yang baik. Kalau kakak kahwin lain boleh ke kita dapat  mak mentua yang baik. Walau pun anaknya baik dengan kakak, tapi kalau maknya cerewet susah juga. Satu lagi yang paling ibu risau, mahu ke keluarga dia terima Syifa. Fikirkan lah kakak, jangan fikir diri kita saja”.

“Bu…kakak tak ada niat nak kahwin lagi, cukuplah Syifa sorang anak kakak… untuk kakak menumpang esok tua.”

“Jangan macam tu..kalau Syifa dah kahwin nanti, mana tahu suaminya tak mahu kita duduk dengan dia, macam mana?..Kalau kita ada anak lain sekurang-kurangnya ada anak yang lain boleh tenguk kita bergilir-gilir. Kalau Syifa sorang tentu dia letih asyik nak jenguk kita saja.. mahu Syifa tak kahwin pula kerana risaukan ibunya.” Amirah diam memikirkan kebenaran kata-kata ibunya.Hatinya sudah berbelah bagi, mendengar kata-kata nasihat dari ibunya.


            Sudah seminggu pertemuan antara Adnan dengan bekas abang  iparnya, barulah Adnan berkesempatan menghubungi adiknya Atirah. Malam itu dia menghubungi adiknya Atirah. Sebenarnya kerana kesibukkan hari-harinya Adnan terlupa akan janjinya kepada Loqman.

“Assalamualaikum..Tirah apa khabar?”

“Waalaikumsalam..baik ngah..ada apa  call ni?”

“Hai sejak bila pulak angah tak boleh call Tirah ni?”

“Eelleh selalu call buah hati pengarang jantung dia saja, dengan kita ni dia buat-buat lupa sajakan.”  Atirah bagai merajuk, bila tidak dihiraukan oleh abang kandungnya sendiri.

“Ehh kan kalau lepas call dia tu, angah ada juga cakap dengan Tirahkan..Tirah ni sensitive pulak datang bulan ke?”

“Ehhhh angah dah pandai pulak cakap macam tu..siapa yang ajar ni? dia yang ajar angah cakap macam tu ke?, tak mungkin...tak mungkin” gelak angah dihujung talian mendengar suara adiknya mengusik dirinya.

“Tak ada siapa yang ajar..Angahkan dah besar Tiraaah...semua benda angah dah tahu.. he..he.he”

“Ialah .. besar sangatlah tu..dah ada buah hatilah katakan.”

“Tirah angah sebetulnya nak cakap satu perkara ni..angah nak minta tolong Tirah carikan jalan.”

“Haa jalan apa pula tu?..Nak minta tolong carikan jalan angah nak kahwin  ..angah nak minta tolong Tirah cakapkan dengan ayah dan ibu ke?  Kalau yang tu biar tuan yang punya badan yang cakap sendirilah.. takkanTirah yang kena cakap, dia yang nak kahwin kita pula yang kena cakap mana aci..cakap sendiri.”

“Ehh kesitu pulak.. kalau hal angah memang angah akan cakap sendiri, angah ni anak jantan, kalau dah berani nak kahwin.. nanti beranilah cakap minta restu. “

“Waah hebatlah angan ni macam anak  jantan betul..bunyinya betul-betul macam Leftenan Adnan yang berani tu...Habis tu nak cari jalan untuk apa pulak?”

“Bab-bab nikah kawin jugalah yang angah nak cakap ni.. Tirah macam ni, hari Jumaat lepas angah terjumpa abang Man kat masjid Putra Jaya. Lepas tu kami pergi makan sama-sama. Masa makan tu abang Man ada cerita kat angah, dia nak rujuk dengan kakak kita”.

“Habis tu datanglah meminang...tanya kat ibu dan ayah.. kita bukan boleh buat apapun kalau dia cakap dengan kita”.

“Kalau macam tu punya senang taklah dia cerita dengan angah... Tirah bukan tak tahu kakak kita tu, kalau bab nikah kahwin dia.. cakaplah dengan dia mahu jam-jam tu jugalah angin kus-kus dia datang..kata abang Man sejak abang Man cakap dia nak rujuk balik dengan kakak, kakak  dah tak layan call ataupun SMS abang Man lagi. Macam kalau angh  call dialah,  mana dia nak angkat sekarang ni, lepas angah kenenkan dia dengan Zikri tu dulu.Takut sangat dia, kalau kita cakap pasal nak suruh dia nikah lagi.”

“Ohh baru Tirah ingat..semalam ibu baru saja call Tirah dia cakap mak Long datang rumah, tanya pasal kakak kita .. ibu suruh juga Tirah carikan jalan supaya kakak kita tu terima balik abang Man. Tapi Tirah nak buat macamana eh,  kalau Tirah yang suruh kakak terima abang Man, mungkin dia akan lancarkan berperang dingin juga kat Tirah. Nanti kalau  Tirah call tentu dia tak layan... sama aje.”Rupanya dalam diam-diam ibunya meminta pertolongan Atirah mencari jalan supaya Amirah mahu menerima Loqman kembali. Bagi  puan Halimah bukan tiada orang yang hendak berkahwin dengan Amirah sepanjag lima tahun dia menjadi janda. Sudah tiga orang yang masuk merisiknya, tapi bila diajukan kepada Amirah, dia akan menolak. Katanya  dia belum bersedia untuk hidup berkeluarga dan dia tidak mahu Syifa  berbapa tiri. Tapi bila Loqman bertanya pula dia ‘ takut pisang berbuah dua kali’. Apakah sudah serik Amirah untuk berumahtangga  lagi. Dia berusha mengembalikan keyakinan anak sulong tentang hidup berumah tangga. 

“Ok..kita carilah jalan sama-sama, macam mana dia boleh terperangkap dan setuju nikah balik dengan abang Man tu.”

“Tapi ngah..abang Man tu betul ke masih sayang kat kakak? nanti dibuatnya macam dulu.. kesian kakak kita.Tirah tak sanggup tenguk dia menderita lagi”.

“Angah nampak memang dia bersungguh-sungguh...mungkin kalau dia tak diperangkap kahwin dengan isteri yang dah diceraikan tu, lepas kakak bersalin mungkin dia rujuk balik..tapi ialahkan mungkin dugaan mereka, kita tak boleh salahkan sesiapa pun atas takdir Allah kan Tirah.”.

“Diperangkap???”.

“Alah biasalah kalau kita dah suka, apa-apa pun boleh kita buatkan. Esoklah kalau kita jumpa angah cerita kat Tirah. Tapi angah tenguk memang sayang abang Man pada kakak kita tak berubah”.


            Mereka berdua beradik mengatur rancangan. Rancangan mereka sama hebatnya dengan rancangan untuk  pembangunan Malaysia. Supaya Malaysia menjadi, negara makmur dan disegani dunia. Yang akan menjadi pembentangnya nanti  tentulah Atirah. Kerana Atirah masih belum ada kes-kes yang menyebabkan Amirah melancarkan perang dingin dengannya. Mereka berdoa semoga rancangan mereka berjaya untuk melihat kakak kesayangan mereka berumah tangga semula dan bahagia disamping orang yang menyayanginya.


            Setelah empat  hari Amirah dirumah ibu dan ayahnya, adik Amirah yang benama  Atirah menghubunginya. Tujuannya hanya satu melaksana misi yang telah dirangka bersama abang Ngahnya Adnan. Atirah adalah satu-satunya adik perempuan Amirah. Sudah  hampir setahun  dia berkerja dengan sebuah syarikat Akuntan diDamansara, Kuala Lumpur. Kini kehidupan Encik Abdul Rahim dan puan Halimah sudah senang. Tiga orang anakya sudah  bekerja dan dia juga sudah perpangkat Sarjan. Sarjan Abdul Rahim.

“Assalamualaikum…kakak ke ni?..bila balik?”

“Waalaikumsalam…dah nak masuk lima hari, Tirah apa khabar? macam mana kerja?”

“Alhamdulilah, sihat kak. Kerja Tirah ok saja, dah nak mula ada kerja luar sekarang ni kak.. tapi seronok juga dapatlah berjalan. Ehh kakak cuti berapa hari ni? Haritu Tirah call ibu  kata kakak ada balik cuti.” Ceria terdengar suara Atirah dihujung talian.

“Call ibu tapi tak cakap dengan kakak pun”.

“Alaaah masa kat tu tempat kerja..rasa rindu sangat nak dengar suara ibu..call sekejap. Berapa hari kakak cuti kali ni”.

“Adalah 12 hari. Diaorang bayar cuti-cuti kakak yang kakak ganti orang hari tu, campur sikit lagi cuti rehat kakak. Itu yang lama sikit tu.”

“Mak aii  lamanya ..seronoknya dapat cuti lama kak, dekat dua minggu duduk rumah… jealous Tirah dengar.”

“Ehh..Tirah nak cakap dengan ibu ke? Tadi kata rindu suara ibu .. kakak panggilkan”.
“Haritu kan baru dengar suara ibu, tunggulah  kita cerita-ceritalah dulu..Tirah rindu betul kat kakak,  lama rasanya kita tak jumpakan.. dah kerja ni kita susah nak jumpa kan kak.  Bila agaknya kita dapat jumpa dan bercerita-cerita macam dulu.”

“Apa kata kita cari cuti sama-sama, boleh kita pergi jalan-jalan dengan ayah dan ibu sekali.. yang seronoknya kalau semua adik beradik kita ada. Nanti kakak tanya Aizat dan Amran bila dia orang cuti, Tirah pula tanya angah.”

“Kalau macam tu hujung tahunlah kak .. Kakak sebut angah baru Tirah teringat... sebetulnya Tirah nak sampai kan pesan ni.”
“Siapa pula yang nak pesan-pesan dengan Tirah ni.”

“Semalam  angah call Tirah, dia nak cakap dengan kakak tapi tak terkeluar.. malu katanya”.
“Haa dia nak cakap apa pulak tu..jangan cakap tidak-tidak, jangan nak jadi pencari jodoh pulak..kakak tak suka”. Tegas kedengara suara Amirah dihujung talian. Dah mula dah angin kus-kus dia datang detik hati Atirah.

“Taak... dia bukan nak cakap hal kakak  dia nak cakap hal dialah, dia nak bincang dengan kakak sebelum nak bagi tahu ayah dan ibu kita..tapi katanya dia malu pulak nak buka mulut dengan kakak,  itu yang dia pesan pada Tirah ni.”

“Hai sejak bila pula angah malu dengan kakak ni?.”

“Alah bab hati ni memanglah dia malu.” Atirah memancing mood kakaknya. Memang itulah stratigi yang dirancang oleh Atirah dan Adnan tempoh hari, menggunakan umpan yang boleh Amirah mendengar luahan hati adik-adiknya.

“Kenapa?? dia dah ada pilihan ke Tirah?” ‘haa pancing dah kena.. ikan dah makan umpan he he he’..detik hati Atirah, apabila Amirah mula berminat melanjutkan perbualan soal hati, tapi bukan soal hatinya. Kalau sebut soal hatinya mahu sekejap itu juga Amirah akan memutuskan talian. Senyum Atirah melebar hingga ketelinga. Dia sudah tahu kakaknya kalau bab adik-adiknya dia akan lemah. Disitulah kelemahan kakaknya yang seorang ini...  Alhamdullilah dalam telefon, Jika dia dihadapan kakaknya mungkin lakunannya akan terhidu oleh kakaknya.

“Tentulah kak, umur pun dah masuk dua puluh enam, kerja pun dah nak masuk empat tahun, angah kata kalau  kakak tak kahwin dia malu nak kahwin. Lagi pun dia dah janji pada dirinya sendiri, angah tak akan kahwin, kalau kakak tak kahwin lagi”.

“Dah berapa tahun dia kenal budak tu?..budak mana?.” Amirah bagai tidak mahu mendengar apa yang diperkatakan oleh adiknya.

“Angah dah kenal tahun lepas lagi, budak tu satu tempat kerja dan satu rumah dengan Tirah.. masa Tirah baru kerja dulu dialah yang ajak duduk menyewa dengan dia, sekarang ni kami serumahlah. Budak tu budak Sebak Bernam Selangor.. Nama dia Nur Jalilah Abdul Kadir. Budaknya baik kak,  pakai tudung labuh maklumlah anak pak imam, sembahyang tak pernah tinggal kecuali ketika dia ABC. Emaknya ada juga sesekali datang rumah, nampaknya emak dan keluarga dia pun baik kak, kalau jadi mak mertua tak cerewetlah. Tapi yang penting pada Tirah keluarga mereka ni tidak jenis yang kebendaan dan cakap besar.” Panjang lebar Atirah melobi gadis yang telah mengisi ruang hati abang ngahnya kepada kakaknya.  ABC adalah istilah uzur kerana didatangi darah haid setiap bulan. ABC bermakna Allah Bagi Cuti kepada orang perempuan sahaja. Orang lelaki jangan nak mengada ambil cuti berdosa tau meninggalkan solat fardu...”

“Ohh duduk serumah dengan Tirah??..Bila pula angah jumpa dengan dia?” Seperti wartawan Edisi Siasat pula Amirah menyiasat  itu ini untuk mengetahui kisah cinta adiknya Adnan  atau angah. Atirah dihujung talian tersenyum lagi lebar plan yang dirancang seakan berjalan dengan lancar. Ha. ha.ha. Sungguh pandai dia berlakon, kalau ada pertandingan pelakon wanita terbaik tentu kemenangan ditanganya, detik Atirah lagi.

  “Masa tu dia nak jemput Tirah balik Pilah, kebetulan budak tu yang bukakan pintu”. Belum habis lagi cerita adiknya Amirah sudah menyampuk bila dirasakan tidak manis adik lelakinya memasuki rumah sewa adik perempuanya.

“Angah  masuk rumah sewa Tirah??? Tak elok macam tu…nasihatkan dia jangan masuk rumah anak dara nanti timbul fitnah.” Seperti ustazah pula Amirah menasihatkan adik-adiknya.

“Kakak ni tak sabarlah .. Tirah tak habis cerita lagi dan menyampuk.”

“Ialah, ialah sorry kakak sebab tak sabar bila dengar angah masuk rumah anak dara. Kita ni kalau kat luar kena jaga batas-batas, jangan sampai memalukan keluarga terutama ayah dan ibu kita Tirah”.

 “Ialah… Tirah dan angah tahu. Dia tak masuk rumah..budak tu hanya cakap kat depan pintu rumah saja grill pun dia tak buka.. dia  tolong bagi tahu angah , Tirah tengah mandi masa tu. Kalau tak buka pintu bagi tahu takut pulak angah kata Tirah tak jadi balik..jadi terpaksalah dia tolong cakapkan, Tirah minta angah tunggu sekejap. Masa tu kes nak jimat duit tambanglah kak oii,ha.ha.ha” Dua beradik ketawa berdekah-dekah bila merasa lucu masa zaman kesempitan mereka dulu.

“Ohh macam tu ke..” Amirah menyambung siasatannya bila sudah surut  ketawanya mendengar gelagat adik-adiknya.

“Ibu dah tahu kebelum? Cakap dengan angah kalau dah dapat yang baik, bagi tahu ibu dan ayah..  jalan terus, tak payah tunggu  kakak, nanti disambar dek orang awak terlopong.” Nasihat tulus dari seorang kakak yang ingin melihat adiknya bahagia.

“Angah tak nak cakap dengan ibu dan ayah, dia nak kakak kahwin dulu baru nak cakap dengan ibu dan ayah kita.”

“Tak payah tunggu kakak, tunggu kakak lama.. kakak ni tak ada orang yang nak lagi.”

“Alah kakak ni…dua minggu lepas Angah terjumpa abang Loqman kat Putra Jaya, katanya dia ditugaskan   kat sana hari tu…bila angah tanya bila dia nak kahwin dia kata dia tunggu kakak.. kakak terima lah balik abang Man tu, dia memang sayang kakak lagi..ini yang Tirah call ni..angah yang suruh. Angah nekad kalau kakak tak kahwin, kami ni pun tak kahwin juga lah nampaknya. ” nampak gayanya plan A tersangkut pula. Mungkin kurang sahdu dan  tidak dapat terus  masuk kedalam hati kakaknya. Kena guna plan B pula detik hati Atirah. Plan B dia memancing menggunakan umpan dirinya pula, jika yang ni juga tersangkut   habislah mereka berdua. Atirah berdoa didalam hati supaya plan B mereka berjaya.

 “Hai!!Tirah pun dah ada juga ke?”

 “Baik Tirah cakap tak ada, macam tak ada harapan saja.” Keluh Atirah dihujung talian.

“Bunyi macam orang kecewa saja Tirah ni kenapa?? cakaplah betul-betul..Tirah dah ada calon ke?” Amirah dapat membayangkan muncung mulut adik nya dihujung talian.

“Ada tu adalah..tapi Tirah tak akan kahwin selagi kakak tak kahwin lagi..muktamat..tak payah pujuk Tirah.” Atirah ni lain sedikit dari adik beradik Amirah yang lain, hatinya keras.. jika dia kata begitu tak siapa yang dapat memujuknya.

“Dengan siapa?,  orang mana? cakaplah dengan kakakTirah.. boleh kakak pertimbangkan permintaan Tirah dan angah tu.” Amirah cuba berdiplomasi untuk mencungkil isi hati adik-adiknya. Mulut Atirah mula tersenyum kembali harap-harap terkenalah  umpannya kali ini..,Itulah doanya didalam hati. Tadi tu bukan tak mengena tapi belum sempat ditelan umpanya dan diluahkan balik.

“Betul??..tapi jangan cakap dengan ibu, Tirah malulah.”

“Alah malulah konon…dengan kakak tak malu pulak.”

“Dah terlepas cakap.. tapi tak apalah ..kira Tirah tak cakaplah..dah jangan ingat lagi.” Rajuk Atirah..bila dirasakan kakaknya mengejekkan dirinya. Sebenarnya itu juga jalan cerita yang telah dirancang untuk menjerat perasaan kakanya.

“Tiraaah cakaplah, kita ni kan adik beradik. Kakak ni kan kakak yang baik.. semuanya bisa di atuur..cakaplah jangan lah cepat nak merajuk.” pujuk Amirah lembut bila dirasakan Atirah mula berkecil hati denganya. Sebenarnya Atirah cuba bermain tarik tali dengan kakaknya. Dia tahu kakaknya cepat bersimpati terutama demi kepentingan adik-adiknya.

“Sebetulnya Tirah dah lama dengan budak ni..budak Melaka. Kami kenal masa Tirah tahun dua lagi.. masa tu dia dah tahun tiga, sekarang ni kami  kerja satu tempat pula. Dialah yang cadangkan Tirah kerja kat tempat Tirah kerja sekarang ni. Dua bulan lepas.. dia  tanya Tirah, sebab katanya kalau dia tak ada calon sampai hujung tahun ni, mak dia akan nikahkan dia dengan calon pilihan emak ayahnya.”

“Kenapa emaknya desak dia macam tu sekali.”

“Dia ni anak bungsu, emak dan ayah  dia dah tua dah sakit-sakit pula. Kata emaknya takut tak sempat nak tenguk dia bersanding. Tapi kalau kakak tak nak dengan abang Man, tak apalah biarlah dia cari gadis lain. Mungkin bukan jodoh Tirah dengan dia..biarlah emak dia carikan untuk dia.. Pada Tirah suami boleh dicari, tapi keluarga mana nak cari.” Amirah diam mendengar suara sayu adiknya dihujung talian. Betul juga kata adiknya. Umur Atirah sudah dua puluh empat tahun, tidak lama lagi dia akan masuk dua puluh lima tahun.Ketika dia diusia itu dahulu dia sudah mempunyai anak.

“Kakak masih ada kat sana ke?..kenapa senyap saja ..tak apalah kalau kakak keberatan nak terima abang Man, taka pa Tirah  tak kisah, janganlah kakak rasa tertekan. Tirah faham perasaan kakak. Mungkin dah memang  bukan jodoh Tirah dengan budak tu tak apalah..Tirah ok. Oklah..oklah kita cerita pasal lain lah.” Atirah cuba menceriakan suaranya.



p/s: Mak teh dah hantr manuskrip pd penerbit, tunggu sebulan baru dapat tahu diterima ketidak..tolong doakan berjaya ye. Trima kasih kerana sudi membaca.