~Siapa Ikut Blog Ni~

Pages

Monday, 4 November 2013

Bab 38 Siapa aku dihatimu




Sampai dari KLIA tadi pukul 10mlm. tapi post juga bab ni. atas permintaan katanya ada orang jauh yg tunggu. trima ksih kerana menanti. trima ksih juga kerana meminati




“Abang tak sangka begitu perit, rasa yang Nuri tanggung, abang merasakan dulu abang mampu menghilangkan rasa adanya Sarah dalam hidup Nuri. Abang janji dengan diri abang dulu kehadiran Sarah tak akan Nuri rasai, tapi mungkin ini silap abang. Sebenarnya abang terpaksa nikah dengan Sarah, sebab masa tu memang Sarah tak ada tempat berlindung, abang kasihan kan dia, mana tahu isteri abang sendiri yang tersiksa”.

“Tindakkan abang betul, tapi  saya bukan isteri yang baik untuk abang, saya isteri yang tamak, saya isteri yang tak memahami kebaikan suaminya. Saya tak akan mampu memahami abang,  jadi lepaskan lah saya. Saya akan menyusahkan abang nanti dengan sikap saya ni. Lepaskan saya supya abang akan hidup lebih tenang dengan orang yang abang cinta.”.

“Nuri!! untuk pengetahuan Nuri cinta abang adalah Nuri. Dari dulu lagi cinta abang pada Nuri tak berubah. Abang hanya kesihan kat Sarah saja.”

“Dahlah bang cintan cintun dah terlepas waktunya untuk saya, yang saya mahu sekarang adalah pembebasan. Memandangkan abang dah bahagia sekarang dengan ‘kasihan’ abang. Jadi saya tak nak kacau. Saya nak cari bahagia saya sendiri, jadi bebaskan ikatan kita, supaya dapat saya mencari kebahagian saya sendiri. Dengan abang saya tak rasa bahagia lagi.”

“Hidup abang perlukan anak-anak Nuri”.

“Itulah saya kata, lepaskan tanggungjawab abang pada saya, supaya abang dapat sentiasa bersama Sarah dengan cara itu abang akan dapat anak dengan Sarah. Kalau dah dapat satu, yang lain akan datang berderet-deret, tak sempat nak tarik nafas akan ada yang lekat lagi. Untuk pengetahuan abang Wafi lekat sebulan sebelum abang nikah dengan Sarah. Abang tahu tak kenapa kita dulu lambat dapat anak? sebab saya ada kerja malam, kita tak dapat selalu bersama, saya rasa itulah sebabnya. Sekarang kenapa abang lambat dapat anak dengan Sarah, sebab masa dia dibahagi dengan saya. Fikirkanlah bang.”

“Kenapa masa Nuri mula mengandung Wafi dulu Nuri tak bagi tahu abang?”.

“Sebab masa tu saya pun tak tahu saya dah mengandung, empat bulan lepas tu baru saya tahu, bila Wafi dah bergerak dalam perut, baru saya sedar yang saya dah lama tak datang bulan,  bila pergi check doctor kata saya dah mengandung 4 bulan”. Termangu Syukri mendengar cerita isterinya yang didepan mata. Dalam benak Syukri terdetik ‘Tentulah dia tidak sedar kerana ketika itu hidup Nuri huruhara akibat tindakkanya menikahi Sarah tampa pengetahuanya’.

“Nuri maafkanlah abang abang nak jadi suami Nuri sampai berhenti nafas abang. Abang sayang kan Nuri”.

“Saya betul-betul tak faham dengan sayang abang pada saya. Sayang ke kalau abang sanggup menduakan saya dengan wanita lain, sayang ke kalau masa abang lebih pada dia dari saya, sayang ke kalau abang marah saya kerana dia dimarahi oleh emak, itukah cara abang sayag saya?”.

“Bila abang lebihkan masa abang pada Sarah? Abang rasa setiap giliran Nuri abang tak pernah tak datang?”.

“Bang! Masa abang belum ada Sarah pukul berapa abang balik?Bengkel tutup pukul 6, pukul 615 atau 630 abang sampai rumah. Tapi selepas abang ada Sarah abang sampai rumah? Abang akan sampai rumah saya pukul 930 paling awal, kadang-kadang pukul 11 malam baru sampai, saya dah nak tidur jadi berapa minit boleh saya tatap wajah abang nak hilangkan rindu saya ni. Berapa minit pula  abang pandang wajah saya untuk menghilangkan rindu. Tapi saya rasa rindu abang pada saya dah tak ada. Itu sebabnya abang tak kisah dapat tenguk saya ke tidak, dapat pandang saya ke tak. Abang datang pada saya hanya kerana tanggung jawab.  Dalam erti lain abang datang pada saya kerana TERPAKSA.

…Abang kena sedar sayang abang pada saya juga dah tak ada. Jangan sesedap mulut abang kata sayang. Kata sayang  abang pada saya hanya nak gula-gulakan saya sahaja. Saya tak bodoh bang, dengar perkataan sayang dari abang saya jadi cair. Abang kena ingat dan sedar kalau dah tak ada rasa rindu ertinya dah tak ada sayang lagi bang. Jadi saya ambil pendekatan itu saya tak akan memaksa abang sayangkan saya dan saya tak mahu menyiksa abang”.

“Nuri! Bukan abang tak sayang Nuri tapi Sarah tak tahu masak jadi abang bertanggungjawap carikan makanan untuk dia dulu. Alang-alang dah masuk waktu, abang solat jemaah dulu dengan dia. Kalau abang balik pukul 630 nanti abang kena pergi balik rumah dia nak cari makan untuk dia.. fahamilah abang Nuri”.

“Sekarang saya dah memahami abang. Faham sangat. Untuk memudahkan abang supaya abang tak terkejar-kerjar lepaskanlah tanggung jawab abang pada saya, buang saya dalam hidup abang. Jadi semuanya mudah. Abang hanya fikir Sarah sahaja. Tak payah abang kehulu kehilir abang balik kerana terpaksa nak tenguk saya. Saya lebih rela berundur dari hidup abang,  supaya saya tak menyusahkan abang”.

“Nuri kenapa susah sangat Nuri nak faham abang, abang tak maksud macam tu. Abang sayangkan Nuri. Sayang sangat-sangat  kalau boleh abang nak tunjuk hati abang ni, abang tak tipu abang memang sayang Nuri”.

“Dahlah bang tak guna cakap sayang beratus kali. Saya tanya saya nak abang jawab sekali sahaja saya nak abang jawab dengan jujur”.

“Ok tanyalah”.

“Abang sayangkan saya ke?”

“Sayang, abang sayang Nuri  dari hati abang ni”.

“kalau abang sayang saya, jangan siksa saya dengan rasa ni. Rasa yang sangat sakit bila saya masih terikat dengan abang. Jadi leraikanlah ikatan ini leraikanlah ikatan perkahwinan kita. Saya hanya nak sedikit rasa bahagia bang. Saya dah ada anak-anak  dan saya bahagia dengan anak-anak saya. Saya tak perlukan abang lagi. Saya ucapkan ribuan terima kasih kerana abang bagi saya anak-anak.  Kalau betul abang sayang saya, tunaikan permintaan saya yang satu ini, ceraikan saya. Tolong bang,”. Begitu tegas permintaan Nuri, begitu keras hati Nuri tiada air mata yang mengalir dipipinya. Syukri menjadi buntu.

 Hanya ada satu sahaja harapanya yang dapat menghalang permintaan Nuri dan yang dapat mendiamkan mulutnya dari perkataan cerai, Syukri akan menggunakanya. Itulah jalan terakhir.

“Nuri biarlah abang bertanggunga jawap pada Nuri”.

“Untuk apa bang, untuk apa? abang tak kesiankan saya ke? siksa saya macam ni, sudah dua tahun saya tanggung rasa ni. Tanggung rasa kosong yang abang bagi”.

“Abang akan cuba bahagiakan Nuri.  Abang nak Nuri dan anak-anak disisi abang”.

“Tak mungkin bang,  rasanya dah terlambat bahagia yang abang janjikan. Saya tak perlu janji bahagia abang tu.  Hati ni! (Nuri melekapkan tapak tangan kedadanya)  saya tak dapat nak saya bohongi hati saya lagi. Saya tak mampu..tak mampu bang. Saya tak mahu terikat lagi dengan abang.”. ada  getar sebak disuaranya. Syukri hanya mampu memandang tingkah isterinya denagn rasa yang  pedih. Dia tahu hati isterinya sangat terluka. Tidak pernah sejak dia dimadukan Nuri berbicara sebanyak ini. Melihat Syukri terkebil-kebil memandang kearahnya, Nuri menyabung katanya lagi dengan janji.

“Anak-anak InsyaAllah mereka akan saya ajar mengingati dan mengenali abang, yang itu abang jangan bimbang  dan itu janji saya. Saya akan katakan pada mereka sayalah yang minta abang ceraikan saya, mereka tidak akan menyalahkan abang, InsyaAllah”.

“Walau apapun kata Nuri, walau apa pun janji Nuri, abang tak akan lepas kan Nuri,  abang mesti bertanggunjawap pada Nuri dan sorang lagi anak abang dalam rahim Nuri tu. Kalau tak percaya nanti abang ambilkan buktinya, bukti yang mengatakan Nuri sedang mengandung lagi. Dua minggu kata doctor malam tadi. Nuri muntah bukan hanya kerana gastrik sahaja tapi alahan mengandung Nuri tu”. Akhirnya terkeluar juga. Itulah jalan terakhir Syukri yang mahu mendiamkan  Nuri dari meminta pembebasan darinya. Sebenarnya Syukri tidak mahu mengunakan anak untuk mengikat Nuri pada dirinya tetapi dia terpaksa.

Nuri termangu mendengar kata-kata suaminya, dalam benaknya mengira anaknya Nuha Syuhada baru mahu masuk ke usia empat bulan dua tiga hari lagi. Jika benar apa yang diperkatan oleh suaminya, Nuha akan beradik lagi sebelum unmurmnya mencapai satu tahun. Benarkah apa yang didengari tadi, betulkah apa yang diperkatakan oleh suaminya.

 Dia terjelipuk ditempat dia berdiri mukanya disembuyikan di celah dua lututnya dia menjerit disitu melepaskan apa yang didalam hatinya. Kemudian dia menumbuk-numbuk perutnya. Melihat keadaan itu. Cepat-cepat Syukri datang dan memeluk isterinya untuk menenangkan.

“Sayang jangan…”.

“Jangan sebut perkataan sayang pada saya..saya tak suka. Kalau abang sayang mengapa memberi saya pesaing untuk menyaingi kasih abang pada saya, mengapa menyekat waktu abang bersama saya, mengapa abang memberi giliran waktu untuk bersama saya Kenapaaa??. Atau abang nak ikut kata periabahasa sayang isteri tinggal-tinggalkan. Kalau itu yang abang pegang maka tinggalkan saya..tinggalkan saya.” kali ini Nuri menjerit ditepi telinga suaminya. Dia sudah tidak mampu menahan apa yang bergelora dalam hatinya. Dia sungguh terpukul dengan apa yang diperkatakan oleh suaminya tadi.

“Ok..ok..abang tak cakap..tapi jangan buat macam ni, anak kita tu tak bersalah”.

“Saya tak mahu..saya tak mahu..saya tak mahu dia mengikat abang dengan saya lagi”. Jerit Nuri lagi.

“Tidak abang tak rasa diikat, abang tak rasa terikat dengan Nuri”.

“Saya tak kisah abang rasa diikat ke, terikat kena ikat ke,  tapi yang saya nak abang  ceraikan saya. Saya janji saya akan jaga kandungan ini dan anak saya ni akan selamat lahir kedunia, dan saya akan didik sampai sempurna pelajarannya.  Saya akan pelihara seperti yang memelihara abang dan kakaknya, dia memang anak saya dan saya memang nak dia melihat dunia dan saya juga. Tapi tolong bebaskan saya. Saya dah tak mampu nak bertahan untuk kali yang ketiga. Kali ini saya rela anak saya lahir tampa ayah, saya lebih relaaaa.”  Dengan suara tinggi dan air mata berjejeran. Hatinya yang sekeras kerikil cair juga bila mengetahui keadaan dirinya.

“Nuri dengar cakap abang untuk sekali ni saja, tolong bagi abang bertanggung jawap sampai anak abang ni lahir. Abang tak mahu mengumpul dosa menceraikan isteri yang sendag hamil. Dah lah pahala abang tak seberapa. Nak ditambah dengan dosa pula. kasihani lah abang Nuri.” Nuri memandang kosong kearah suaminya.  Dia tidak mampu melemahkan ketegasan hati suaminya. Makin keras dia meminta, makin keras juga suaminya mempertahankan hak nya, akhir nya dia mengeluh. Dia tidak mengangis tetapi air matanya tetap mengalir.Hanya itu yang mampu untuk melepaskan bukuan yang berbuku buku dialam hatinya.

 “Buat masa ni kita tutup kes dulu, jangan sebut pasal perkataan cerai ke, pasal dilepas ke apa ke  dengan abang. Abang minta tolong untuk sekali ini saja.”  Syukri memeluk isterinya dan memegang  tangan Nuri tangan yang  memukul perutnya  tadi dan tangan yang sebelah lagi mengusap perut isterinya. Nuri tidak berdaya menolak perlakuan suaminya.

Segala percakapan mereka rupanya ditotoni oleh Sarah dirumahnya sehinggakan dia lewat sampai kebengkel. Nasib baiklah kunci bengkel ada ditangan salah seorang pekerja suaminya. Hatinya jadi sebak, rumahtangga  Syukri yang damai dulu, berantakkan kerana kehadiranya. Hati isterinya yang lembut bak keju menjadi keras sekeras kerikil akibat kehadiranya dicelah mereka. Haruskah dia yang berundur. Pertanyaan itu menyelinap didalam hatinya.

Memandangkan jam sudah mahu melewati pukul 10 pagi cepat dia ketempat kerja. Dia tidak mahu suaminmya tahu dia mengikuti segala perbincangan yang panas antara suaminya dan madunya. Tetapi dari apa yang dilihat tahulah dia, Nuri sememangnya tidak dapat menerima dirinya dalam kehidupan mereka sekeluarga.

 Melihat Nuri yang duduk lesu menyandar kedinding, Syukri mahu mencempungnya untuk dibaringkan diatas katil dibilik mereka.

“Tak payah saya boleh jalan lagi, air matanya sudah kering, tapi matanya sembab kesan menangis tadi”. Nuri bangun longlai kelihatanya sungguh lemah. Selangkah dia melangkah dia tersandung kakinya sendiri hampir tertangkup dia kesimen. Cepat tangan Syukri menyambar tubuh lemah itu dan membimbingnya.

“Duduk sini dulu abang sendukkan bubur dan sup ayam ,Nuri tak ada tenaga ni sebab perut tu kosong. Bubur dan sup ni pun dah masak ni, makan ye”. Sememangnya dia sungguh lapar. Lapar kerana perutnya yang kosong tetapi kini bertambah lapar dan lemah bila  memikirkan dirinya akan terikat lagi dengan Syukri sekurang-kurangnya sembilan bulan akan datang. Namun dia cuba bersabar. ‘Akan sampai juga harinya’  janjinya dalam diam untuk mencari semangat yang tinggal dalam dirinya, tetapi seakan dendam pula.

Bagaikan robot Nuri mengikuti segala arahan dari suaminya. Syukri menyendukkan sedikit bubur didalam pinggan di serakkan keserata pinggan akar cepat sejuk dan semangkuk sup ayam diletakkan dihadapan Nuri. Bila dilihat Nuri hanya memandang kosong pada makanan dihadapanya, Syukri duduk dikerusi disebelahnya. Diambilnya bubur tadi, disudu dan dihembus perlahan kemudian dia menyuakan sesudu bubur kemulut isterinya. Nuri hanya memandang kosong kewajah suaminya. Matanya berkaca namun tiada sepatah pun kata yang keluar dari bibirnya.

“Makanlah, nanti perut masuk angin lagi, lagi pun nak makan ubat ni”. Tangan yang satu lagi mengambil ubat-untan yang sengaja diletak dimeja makan, tujuan supaya Nuri ingat untuk memakan ubatnya. Satu perangai Nuri yang dikenal pasti sejak dia menjadi suamiya. Nuri tidak suka makan ubat. Makan ubatnya kena dipaksa.

Nuri mengambil sudu ditangan suaminya lalu mula menyuap sendiri bubur yang disediakan oleh suaminya. Habis sepinggan bubur tadi dia berjalan menuju kebilik. Bila dia keluar kembali kepalanya sudah bertudung langkahnya menuju kepintu utama.

“Nak kemana tu?..”Laung Syukri dari dapur bekejar dia mendapatkan isterinya yang sudah hampir kemuka pintu. Langkah Nuri terhenti dan dia menoleh kearah suaminya yang menegur.

“Nak ambil anak”.

“Biarlah anak kat rumah kak Ton, Nuri pulihkan tenaga dulu. Nanti petang abang pergi ambil”.

“Kesian kak Ton dari malam tadi dia jaga abang dengan adik”.

“Tak apa, abang dah call kak Ton tadi, dia kat tak apa. Nanti cukup bulan kita bayar lebih lah kat dia. Pergilah Nuri tidur kalau rasa lapar lagi makan bubur ni lagi ye”. Nuri mengikuti arahan suaminya dia menuju kebilik tidurnya semula dia ingin merehatkan diri hari ini. Tidak lama dia merebahkan diri dia terlena. Sememangnya dia tidak berdaya, menanggung masaalah yang bertimpa-timpa.

Didapur setelah ditinggalkan isterinya kedalam bilik, Syukri mula membasuh beras untuk menanak nasi pula. Dia sebetulnya lapar juga kerana belum lagi menjamah makanan dari pagi tadi lagi. Hari itu dia mahu masak nasi goreng sahaja. Setelah beras dijerang didalam periuk eletrik dia mula menumbuk cili api untuk dijadikan sambal jawanya (Cili api ditumbuk bersama seulas bawang putih dan kemudian dicampur dengan kicap pekat manis). Sementara menunggu nasi masak Syukri, mengambil semangkuk bubur dan semangkuk sup untuk alas perutnya. Terasa kenyang sedikit perutnya. Dia berjalan menuju kebilik tidur dilihat isterinya sudah terlena. Dia mengambil kesempatan untuk merehatkan diri. Sememangnya dia keletihan.  Dia baring perlahan disebelah isterinya, tanganya mula memeluk pinggang yang masih ramping milik isteri tuanya kerana kandungan baru berusia dua minggu.

Tiba dirumah Sarah malam tadi pun sudah menghampiri pukul 2 pagi. Pagi tadi awal subuh dia menunaikan solat, selesai solat dia datang kerumah Nuri pula. Dia bercadang lewat tengahari nanti barulah dia masuk kerja.

Tengahari itu Sarah keluar makan dengan Maryam dikawasan mereka itu sahaja, mereka keluar agak awal sedikit. Mereka duduk disatu sudut adalah privesi sedikit. Setelah menambil makan mereka makan sambil berbual.

“Yam! Yam tahu, isteri tua suami akak mengandung lagi dah dua minggu”.

“Ehh kan dia tu baru saja bersalinnya rasanya baru sangat dia bersalin dah mengandung lagi. Hebat betul suami akak.”

“Hebat tak hebat tapi akak ni kenapa tak mengandung juga. Entahlah Yam anak diaorang yang perempuan tu baru nak masuk 4 bulan”.

“Ohh rapatnya, diaorang tak merancang ke?”.

“Mana nak merancangnya dia mengadung pun dia tak tahu. Malam tadi tu dia muntah-muntah dengar dia cakap dia kena gastric, malam tadilah baru tahu dia tu muntah bukan kerana gastric tapi kerana alahan mengandung”.

“Senangnya dia lekat, akak yang beria nak mengandung tak jadi..jadi”

“Betul Yam,  dia yang tak nak, senang pulak lekatnya, pagi tadi tu akak nampak di pukul-pukul perut dia, kerana marah ada baby dalam rahim dia. Sekarang ni akak terfikir adakah sebab doa mak mertua akak yang tak nak akak mengadung kan cucu dia,  itu yang  akak susah nak mengadung?”

“Hsyy takkan macam tu, belum rezeki lagi kak, sabarlah.” Selepas waktu makan ketika Sarah masuk ke pejabatnya dari balik didinding kaca dia melihat suaminya sudah tercongok membuat kerja. Sarah membiarkan sahaja.





Sunday, 3 November 2013

Bab 37 Siapa aku dihatimu




Bila buka, berderet komen semuanya berapi. Memang pun bab poligami memang kita sensitive. bukan kita benci tapi yang melaksanakan yang tak betul itu sebab kita benci kan..kan..baca saja tpi tak sempat nak balas sorry ye. Dek sebab teruja mak teh post bab ni. curi masa makan tengahhari. 

 ==============

            Muntah susu kali terakhir membuatkan Nuri sangat lemah, akhirnya dia pengsan tidak sedarkan diri. Ketika Syukri masuk kedalam rumah kelihatan kak Ton sedang cuba mengangkat kepala Nuri untuk diletakkan bantal dikepalanya.

“Kenapa kak Ton”.

“Alhamdullilah Syukri balik, Nuri ni pengsan, dia kata dia kena gastric. Dia muntahkan susu yang  dia minum kemudian pengsan.” tampa berfikir panjang Syukri kedalam bilik mencari baju, seluar dan tudung isterinya. Diruang tamu itu juga dia menukar baju isterinya yang terkena muntah dengan baju t-shirt lengan panjang dan memakaikan seluar track suit. Dalam hatinya dia mahu membawa Nuri keklinik malam itu juga.

“Ok, kak Ton saya nak bawa Nuri pergi klinik, kak Ton nak duduk sini ke nak balik rumah kak Ton, kalau nak balik saya hantarkan”.

“Pasal  kak Ton  dan anak-anak Syukri jangan risau  pandailah, apa kak Ton nak buat, bawalah Nuri pergi klinik dulu.”

“Ialah tapi tolong bukakan pintu kereta saya”. Syukri mencempung isteri yang tidak sedarkan diri kekeretanya untuk dibawa keklinik.

         Sampai diklinik doktor menyuruh Syukri membaringkan Nuri dibilik pemeriksaan. Setelah ditanya itu dan ini. Doktor yang memeriksa memberi tahu apa yang telah diperolehi dari pemeriksaanya...

“Encik Syukri kalau ditenguk dari paparan screen ni, isteri  Encik Syukri ni hamil dua minggu. Muntah tu selain disebabkan  gastik mungkin  kerana alahan mengandung, tapi perut dia memang kosong itulah sebabnya dia dapat gastrik kalau orang kita kata ‘masuk angin’. Saya beri satu suntikkan untuk tahan muntah kerana dia sedang mengandung  saya beri  ubat yang berdos rendah. Agaknya dia kerap sangat muntah ni, dia dah kekurangan air dalan badan, kena masukkan air dalam badan juga”.

“Ok, satu permintaan saya doctor kalau dia sedar nanti jangan bagi tahu dia mengandung ye dan saya nak gambar ni, untuk membuktikan apa yang saya katakan betul”. Syukri menunjukkan gambar yang menunjukkan kandungan Nuri. Walaupun hanya nampak titik putih di gambar hitam putih itu.

“Kenapa pulak macam tu Encik Syukri?”.

“Alah saja aje doctor, saya nak bagi dia suprise, selalu suami saja yang dia bagi suprise kali saya pula.” Kha,kah, kah dua lelaki itu ketawa mengenangkan suprise kepada seorang wanita yang bergelar isteri.

“Sebab encik Syukri suaminya boleh saja”.

         Sudah dua jam titisan air masuk kebadan Nuri tinggal setengah botol sahaja lagi, Nuri mula membuka mata. Dia sudah sedar dari pengsannya. Syukri yang sedari tadi duduk disisi katilnya sambil memegang tanganya sedang memerhatikan dirinya. Bila terpandangkan suaminya Nuri jadi terkejut. Dimanakah dia???.

“Jangan banyak bergerak tengah nak masukkan air, sikit lagi tu”. Perlahan sahaja Sukri memberi peringatan.

           Nuri menghentikan pergerakkanya. Kedua-duanya membisu. Didalam hatinya tertanya-tanya. Apa yag terjadi pada dirinya, mengapakah suaminya ada disisinya dan adakah kak Ton yang menghubungi Syukri. Tetapi tidak terbuka mulutnya mahu bertanya. Hamper pukul  12 malam mereka sampai kerumah semula. Sampai sahaja dirumah dilihat rumahnya kosong. Anak-anaknya mungkin sudah dibawa oleh kak Ton kerumahnya. Rumahnya juga sudah dibersihkan dari muntahnya tadi. Syukri mengikuti isterinya masuk kedalam rumah.

“dahlah tak payahlah masuk lagi dah pukul berapa ni. Pergilah abang balik rumah Sarah, malam ni malam dia.” Datar sahaja suara Nuri.

“abang nak masuk, abang temankan Nuri malam ni”.

“Malam ni bukan malam saya, saya tak mahu ambil hak orang bang, pergilah abang balik saya dah ok ni”.

“Nuri cuba dengar cakap abang ni”.

“Jangan macam ni bang, pergilah abang balik, saya tak mahu kerana saya abang melanggar peraturan abang, malam ni bukan hak saya, saya tak mahu, pergilah balik”. Berkeras Nuri mempertahankan pendirianya.

“Nuri!! siapa abang ni pada Nuri, sampai Nuri sakit pun Nuri tak call abang. Nuri pilih call kak Ton dari abang . Kat mana abang kat hati Nuri sekarang ni.”

“Untuk malam ni abang bukan siapa-siapa pada saya.”

“Sampai hati Nuri cakap macam ni pada abang”.

“Sesampai hati abang bagi madu pada saya dan sesampai hati abang bagi saya rasa yang macam ni, rasa kosong bang. Sekarang ni hidup saya rasa kosong sangat, kalau esok tak ada pun tak apa. Sebab adanya  anak-anak saja saya kuat bang. Biarlah saya uruskan hidup saya malam ni, sebab turn abang bukan kat sini malam ni. Keadaan macam abang yang nak, masa abang terhad untuk saya juga abang yang nak. Sekarang pergilah abang balik, semakin banyak kita bercakap, malam  semakin larut dan saya dah terambil waktu Sarah, Sarah sedang tunggu abang, pergilah balik. Ini pun dah rasa syukur sangat abang hantarkan saya pergi klinik. Terima kasih banyak-banyak.”  Terasa seperti orang lain pula dirinya kepada Nurizana ketika itu.

“Kenapa Nuri tak mahu abang  temankan”.

“Sebab saya tak mahu rasa bersalah, sekarang ni  saya rasa bersalah sangat kerana ambil masa Sarah denagn abang..jadi pergilah abang balik”. Makin datar suara Nuri namun penuh dengan getaran. Getaran sebak disitu.

“Nuri!  Sarah tak kisalah, dia tahu Nuri sakit”.

“Siapa cakap dia tak kisah? saya ni perempuan sama macam  dia, dan saya lebih tahu, dari abang. Sebab saya yang merasa waktu saya yang tercukai akan menjadikan hati ni pedih dan sakit. Abang memang tak akan pernah rasa dengan rasa tu, rasa tertunggu-tunggu rasa ternanti-nanti dan rasa terdengar-dengar, sebab abang bahagia sentiasa, balik sana ada yang tunggu balik sini walaupun abang terpaksa tapi tetap ditunggu”.

“Siapa kata abang terpaksa kalau balik sini...”

“Sudahlah bang masa berjalan tak tunggu kita, pergilah,  saya dah ok ni, bak ubat tu. Dah pergilah abang balik, saya pun nak solat. Saya  tak solat Isyak lagi ni”.  

           Nuri mencapai bungkusan ubat ditangan suaminya dicapainya sekali tangan suami untuk diciuminya tanda hormat. Akhirnya Syukri akur dengan pendirian Nuri. Dia melangkah longlai. Hatinya pedih mendengar apa yang diperkatakan oleh Nuri. Syukri menjadi takut menghadapi hari esok, dia takut Nuri meminta perpisahan. 

           Segala perbualan mereka disaksikan juga oleh Sarah dirumahnya. Melalui paparan CCTV. Hatinya bagai tersiat. Dia boleh menyelami hati Nuri. Kesakitan hati Nuri mungkin lebih parah. Separah hatinya bila dia mengetahui Syukri sudah berkahwin dulu.

             Bila Syukri keluar dari rumah Nuri, cepat-cepat Sarah kebilik mahu pura-pura tidur. Dia tidak mahu suaminya tahu dia juga mendengar apa yang mereka cakapkan. Kini baru dia tersedar kehadiranya membawa derita jiwa kepada seorang perempun sepertinya juga. Dia akan mecari jalan penyelesiayan kemudian, itu azamnya didalam hati.

            Sepeninggalan suaminya Nuri kedapur mencari bahan yang boleh dimakan, perutnya terasa sangat kosong. Dia membancuh secawan susu diambilnya juga beberapa ketul air batu dan memasukkan kedalam cawan susunya. Dia mengambil beberapa keping roti,  disapunya dengan sedikit susu pekat manis, hanya itu sahaja yang mendatangkan selera untuknya ketika itu. Kemudian dia mencicah roti tadi kedalam susu sejuknya tadi. Segigit demi segigit dia mengunyah dan menelan dengan kepayahan. Dia terpaksa menelan dengan selera yang tak berapa ada. Akhirnya habis juga roti dan susunya. Tetapi diakhir sisa makan dimulutnya Nuri menekup mulut. Loya datang kembali. Cepat-cepat tangan mencapai botol air masak dihadapanya. Dengan rakus dia mengogok air tampa cawan. Lama dia dimeja makan mungkin mahu menstabilkan isi perutnya dengan apa yang dimakanya tadi.


                Sampai sahaja dirumah, terus sahaja Syukri kedalam bilik kerjanya.  Dia mahu memerhatikan Nuri. Dia melihat isterinya itu sedang makan roti pada gigitan terakhir. Kemudian dia mengusap perutnya mungkin rasa sakitnya datang lagi. Kebudian dia menekup mulutnya dengan kedua tangannya lagak mahu muntah, cepat-cepat dia mengabil air mati yang memang sentiasa ada didalam botol dimeja makan mereka, diteguk rakus tampa cawan.Nuri tertanya-tanya dengan dirinya sendiri mengapa dia merasa mual bila tercium bau susu, itulah sebabnya dia merasa hendah muntah sebenarnya.

                Selesai solat Nuri tidur diruang tamu. Diatas tilam nipis yang memang tersedia diruang tamu. Mungkin sebagai persediaan jika dia mahu muntah lagi, senang dia berlari kebilik air didapur. Apabila dilhatnya Nuri telah merebahkan badan barulah Syukri kebilik tidurnya, dilihat Sarah sudah lena. Dengan perlahan dia merebahkan badanya disisi Sarah. Terasa kedinginan perlakuan suaminya. Pada Sarah mungkin hatinya sedang gundah itu sebabnya dia tidak dipedulikkan.

 Keesokkan harinya selesai solat subuh Syukri memberi tahunya mahu kerumah Nuri.

“Abang nak jenguk Nuri sekejap kalau dia masih tak sembuh mungkin abang tak kerja hari ni”. Bergesa Syukri kerumah Nuri. Dia ingin menjaga Nuri hari itu.

“Ialah, nanti Sarah pergi kerja sendiri”.

            Sampai sahaja Syukri dirumah Nuri dia membuka pintu rumah. Keadaan dalam rumahnya sunyi. Nuri tidak ada diruang tamu namun tilan nipis yang digunakan masih terbentang belum berkemas. Mungkin Nuri lena dibilik mereka. Syukri menuju bilik, bila dia  menjenguk bilik tidur mereka mahu mengejutkan Nuri solat Subuh, dilihat Nuri yang masih bertelekung terlena disejadah.

 “Oh mungkin dia tertidur..biarlah” kata Syukri kepada dirinya sendiri.

                Dia kedapur dengan niat memasakkan bubur untuk Nuri. Dia memasak bubur didalam periuk eletrik seperti yang selalu dilakukan oleh isterinya. Dia mengeluarkan ayam dari bahagian sejuk beku lalu meredamkan kedalam sebuah periuk. Kemudian dia mengopek beberapa biji bawang merah dan bawang putih dan sedikit halia. Segala apa yang dikupasnya tadi ditumbuk bersama sedikit lada putih. Akhirnya bahan yang ditumbuk tadi dimasukkan kedalam periuk dan dicampur dengan tiga ke empat gelas air lalu dijerang diatas dapur. Dia mengambil ayam yang sedang direndam keliahatanya ayam tadi sudah agak lembut kerana air batunya sudah mencair. Dia mememotong kecil-kecil ayanm tadi dan memasukkan kedalam periuk yang sudah dijerangnya tadi.Dia mereneh ayam dengan bahan yang ditumbuknya tadi. Kemudian dia mengopek dua biji kentang untuk dicampur kedalam supnya tadi.


Bila mendengar bunyi orang sedang bekerja di ruang dapur dengan langkah perlahan Nuri menjengah dapur.

“Ehh abang pagi lagi abang dah sampai, tak kerja ke hari ini?”.

“Saja abang datang nak masak untuk Nuri, Nurikan masih sakit”.

“Tak apalah bang saya dah baik ni, pergilah abang kerja, tak payah nak susah-susah untuk Nuri”.

“Kenapa Nuri, kenapa Nuri tak mahu abang buat sesuatu untuk Nuri, Siapa abang ni pada Nuri”.

“Saya hanya tak mahu menyusahkan abang”.

“Nuri tak pernah susahkan abang, lagi pun  Nuri kan tanggungjawap abang”.

“Kalau macam tu lepaskan saya, saya tak mahu lagi menjadi tanggungjawap abang. Sebenarnya lama sangat perkara ni tertangguh, setiap kali saya niat minta dilepaskan ada saja yang mengikat diri abang pada saya,  ni sebelum ada apa-apa, saya harap sangat abang lepaskan saya secara baik. Lepaskan saya bang.” Terus sahaja Nuri kepada apa yang difikirkanya malam tadi.

“Kenapa Nuri cakap macam ni, kenapa harus abang lepas kan Nuri sedangkan kita bahagia saja”.

“abang memang bahagia tapi saya tak. Saya tak pernah rasa bahagia sekarang bang.  Makin saya paksa rasa bahagia tu datang pada saya, makin siksa rasanya.  Saya dah tak sanggup rasanya nak tanggung lagi, bukan saya tak cuba tapi saya tak mampu bang. Sejak sudah ada isteri lain disisi abang, saya tak pernah ada rasa bahagia lagi. Saya tak mahu menanggung rasa ni sepanjang hayat saya. Pada saya pada kita bertiga menyakitkan hati, baik tentu saya seorang. Saya tak ternanti-nanti lagi. Saya senang abang pun senang.”

“Dah dua tahun Sarah ada dalam hidup kita, abang nampak Nuri mampu bertahan.”

“Itu kerana anak bang, setip kali saya nak buka mulut minta dilepaskan, benih abang tersangkut dan bernyawa dalam rahim saya. Masa tu saya fikir anak sahaja, saya tak mahu anak-anak lahir tampa ayah itu tujuan utama kenapa saya masih bertahan disisi abang.  Saya tak sanggup nak memperjudikan nasib mereka,  kalau nanti orang kata anak saya anak luar nikah. Sekarang kelahiran Nuha dah empat bulan berlalu dan orang dah nampak empat bulan Nuha berayah,  kalau masa ni abang lepaskan saya orang tak akan kata Nuha anak haram atau anak luar nikah. Jadi rasanya masa nilah yang sesuai abang lepaskan saya, sebelum  benih abang  tersangkut lagi didalam rahim saya. Saya dengan rendah hati minta pada abang lepas kan saya secepat mungkin. Saya minta maaf kerana menggunakan abang untuk kepentingan saya.” Syukri terkedu mendengar jawapan dan permintaan isterinya Nuri yang kedengaran sangat tegas dan sangat berterus terang. Tidak disangka dalam diamnya Nuri rupanya  masih tidak dapat menerima Sarah sebagai madunya.

“Nuri!!  kenapa abang nak lepaskan Nuri sedangkan abang sayang Nuri, abang sayang Nuri sangat-sangat”.

“Jangan abang sebut perkataan sayang untuk saya bang , rasa tersiat hati saya ni.”

“Habis abang nak buat macam mana Nuri, Sarah tak ada tempat berlindung itu yang abang nikah dengan dia dulu”.

“Tak terdetik dihati saya mempertikaikan pernikahan abang dengan Sarah.Itu adalah hak abang, hak yang Allah bagi. Dia adalah kebahagiaan abang, dia adalah cinta pertama abang. Dan dia adalah segala-galanya untuk abang.  Saya hanya minta abang  ceraikan saya, supaya saya dapat menghilangkan rasa sakit saya ni. Saya tersiksa dengan rasa ni. Saya dah tak mampu nak bertahan lagi. Kalau saya terus menjadi isteri abang saya akan menanggung rasa ni sampai saya menutup mata. Kalau esok saya mati mungkin saya boleh bertahan lagi tapi manalah tahu umur saya panjang saya nak tanggung rasa sakit  sepuluh atau dua pulah tahun lagi, saya tak mampu. Sekarang saya hanya nak menjaga kepentinagan saya dan kebahagiaan saya sahaja. Saya tak peduli kebahagiaan abang, tolong fahamilah saya.” Habis dia menuturkan kata-katanya dia menarik nafas panjang, air matanya sudah bergenang ditubir mata, mengambarkan betapa pedih hatinya ketika itu.



Bab 36 Siapa aku dihatimu




            Siapkan tissue atau kain, nak lap air mata. Tak tahulah pada mak teh bab yg ni sedeh sikit. Dua kali semak dua kali mata mak teh merah. Ha..ha..ha (menangis) ialah tu. Tak sempat nak jawab komen sebab nak hbiskan bab ni sorry ye

====================================


             Hari berganti hari masa berlalu dirasakan sangat cepat berganti. Itulah yang dirasa oleh Sarah. Kini anak perempuan suaminya dari isteri tuanya sudah menjangkau usia 3 bulan ini bermakna isteri tua suamiya sudah bekerja sebulan yang lalu. Dia kakitangan kerajaan cuti bersalinya 60 hari (2 bulan).

                Setiap hari dia dan suaminya akan menyaksikan isteri tuanya menjaga anak melalui CCTV yang dihubungkan dari rumah isteri tuanya. Balik sahaja dari kerja sambil mendukung anak yang kecil Nuri akan masuk kedapur untuk memasak makan malam mereka bertiga. Anaknya yang tua akan dipermainan dan dia bermain sendiri. Sesekali dia akan melayani juga anaknya yang tua agar anaknya tidak kebosanan bermain sendirian.

               Biasanya Nuri akan menyuapi anaknya yang tua diruang tamu dengan semangkuk besar bubur. Mereka berdua  akan mendengar kata-kata Nuri, itulah ucapanya setiap kali menyuapi anaknya,  lucu dipendengaran pada mereka berdua.Macam dalam cerita Nujum pak Belalang dialog antara Badan dan Nyawa didalam gua yang sedang membahagi hasil curi mereka. Kadang-kadang suaminya turut mengajuk kata-kata isteri tuanya...

“Abang Wafi duduk sini kita makan. Baca Bismilah sayang” setelah anaknya mengucapkan perkataan bismillah dengan pelat bahasa kanak-kanaknya..dia mula menyuapi.

“Bismillah  haa satu untuk umi emmm, satu lagi untuk abang Wafi aaaa emm.” Perkataan itu diulang-ulang, sehingga mereka menghabis bubur yang didalam mangkuk. Dari sudut pandagan matanya, Nuri tidak berkira tentang makan, jika diikutkan tentulah tidak sesedap mana makan dengan makanan budak kecil.Tetapi setelah dia menyuapi anaknya makan, tidak kelihatan lagi dia mengambil makan lain untuk dirinya. Sunggu besar pengurbanan seorang ibu, mereka tidak berkira janji anak makan dia tidak kisah walau itu tidak menepati selera tekaknya.

                Ketika solat Magrib pula Nuri akan mengerjakan dengan begitu tergesa-gesa. Memandangkan anak yang sulong  sedang lasak dia perlu cepat menyelesaikan solat Magribnya. Jika solat Isyak Nuri akan mengerjakan ketika anak-anak sudah tidur. Pada solat Isyak Nuri akan mengerjakan dengan lebih tertib dan teratur surah dan doanya juga  dibaca panjang. Selalu dipertengahan doa, Nuri akan menangis teresak-esak entah apa yang diadu kepada Yang Maha Pengasihnya. Pada pertama kali melihat Syukri terkaku melihat tingkah Nuri.

               Ada sekali sedang dia bersolat Magrib siabang memukul adiknya dengan botol susu kosongnya,  apa lagi sianak dara kecil terpekek kesakitan. Dia terpaksa menghentikan solatnya yang sudah di rakaat yang ketiga. Ketika itu ada tindakkan spontan dari Syukri dia bagai  mahu menepis botol yang memukul anak daranya.

“Abang Wafi kenapa pukul adik, ini adik abang tau, esok abang yang akan jaga adik, bila adik dah besar nanti abang Wafi main dengan adik, meh sini sayang adik. Jangan pukul adik lagi ye, umi nak solat. nanti Allah marah kalau umi lewatkan solat, abang jaga adik ye”.

 “Ya Allah permudahkan diriku ketika aku mengadapMu, terimalah solat yang tidak husyuk ini. Kau ampunkanlah anak-anak ku dengan perbuatanya.” Dengan esakan doa itu dibaca ketika anak-anaknya sudah dipangkuan.

             Sarah mengerling suamiya yang tepaku disisnya melihat adigan tadi ternampak wajah sayunya ada air mata ditubir matanya.  Mendengar rintihan isteri tuanya hati Syukri menjadi hiba. Dia rasa terpukul  akan kesusahn yang Nuri alami. Kini baru dia sedar akan kesuahan isterinya Nuri selama ini. Sepatutnya mereka sama susah membesarkan anak, tetapi apakan daya dia mumpunyai satu lagi tanggung jawab dirumah yang berlainan. Malam itu adalah malam giliranya dirumah Sarah. Kemudian dia keluar menonton tv, tapi yang pasti fikiranya tidak dirumah Sarah ketika itu.

           Tetapi selalunya jika giliran dirumah Nuri pun dia akan sampai kerumah Nuri setelah mereka berdua selesai solat Isyak. Semenagnya dia jarang dapat solat berjemaah bersama Nuri. Datangnya ketika anak-anak sudah tidur dan Nuri sedang atau pun sudah selesai solat Isyak. Sejak itu Syukri  jarang mahu melihat CCTV itu lagi. Setiap kali dia melihat perbuatan Nuri dirumah setiap kali itu juga rasa bersalahnya menjerut tangkai hatinya.

                Petang itu sekali lagi hanya Sarah  sahaja yang menyaksikan perilaku Nuri bersama anak-anaknya dirumah. Tetapi perlakuan Nuri asing sekali. Dia asyik menekan-nekan perutnya sahaja,  sekejap-sekejap dia akan berlari kebilik air dengan berjalan laju tetapi  terbungkuk-bunkuk.

“Ehh cepatnya Nuri sampai rumah bang, selalunya kalau  pukul enam baru dia sampai.. Ni lima empat puluh lima dan dah pakai baju rumah”.

“Dia extra off hari ni, esok pagi baru kerja pagi katanya semalam”.

“Ohh..bang!!bang..meh tenguk kejap, kenapa Nuri bang, cuba abang tenguk.”

“Biarlah dia, abang malas nak tenguk,  biasalah dia  dengan anak-anak dia”.Syukri duduk bersantai disofa panggilan isterinya dibilik kerjanya diabiarkan sahaja.

              Mendengar jawapan suaminya, Sarah bangun menuju bilik mandi. Niat dihati dia akan menyambung aktivitinya selepas mandi nanti. Ditakuti suaminya mengajak dia keluar makan sedangkan dia belum mandi dan bertukar pakaian lagi. Sudah menjadi satu kebiasanan pada Sarah sampai sahaja dirumah lap top suaminyalah yang dikejarnya dahulu. Mahu menyaksikan kegiatan Nuri anak beranak.Entah mengapa kegiatan dirumah Nuri sangat menarik perhatianya. Dia sebenarnya suka melihat anak-anak suaminya yang sungguh comel dimatanya.

             Selesai mandi dan bersiap, azan Magrib berkumandang bersahut-sahutan dari bebrapa surau dan masjid. Syukri pula masuk kebilik air mengambil wudu’, semenatara suaminya mengambil wudu’ sempat lagi Sarah melihat kescreen laptop suaminya, dilihat Nuri sedang menunaikan salot Magrib sambil duduk. Hatinya tertanya-tanya  mengapakah Nuri berkeadaan begitu. Mengapakah dia solat duduk adakah dia sakit? Hatinya tertanya-tanya.

“Bang  meh lah kejap, tenguk ni. ”

“Biarlah dia jom kita solat, kita pergi makan. Nanti malam sangat susah, abang nak rehat cepat malam ni”.  Syukri tidak menghiraukan ajakkan Sarah dia sudah membentang sejadah. Terkocoh-kocak Sarah mengambil sejadanya juga. Mereka solat Magrib berjemaah.

            Pulang dari makan malam mereka, sekali lagi Sarah mengadap Laptop suaminya. Ketika itu dia melihat keadaan yang semakin parah. Dengan keadaan anak-anak yang menangis, Nuri pula terbungkuk-bungkuk bekejar kebilik air sambil menekan perut. Sarah menaggil suaminya agar dia menyaksikan sendiri keadaan Nuri.

           Setelah dipanggil berulang kali akhirnya Syukri mengalah dan duduk disisi isterinya Sarah. Mereka berdua menyaksikan segala tingkahlaku Nuri yang amat berbeza dari hari-hari biasanya.

          Bila dia  datang semula keruang tamu setelah memasuki bilik air, Nuri kelihatan berguling-guling diruang tamu. Kedengaran juga suara Nuri merintih “Allah..Allah.Allahuakbar”  bersulam dengan tangisan dua orang anak-anak yang masih kecil. Melihat keadaan uminya anak sulungnya datang menghampiri uminya sambil menangis. Apabila mendengar abangnya menangis adiknya juga turut menangis dia juga takut ditinggalkan seorang diri. Anak perempuan Nuri belum lagi pandai merangkak, ialah baru mahu memasuki usia empat bulan.

             Dengan segala kepayahan sambil menekan perut Nuri mengagahkan diri, dia merangkak mengahpiri anak perempuanya diatas tilam yang memang sudah sedia terbentang diruang tamu, tangan anak lelakinya juga  ditariknya sekali. Kemudian merangkul keduanya dalam pelukkanya. Syukri dan Sarah melihat air mata Nuri berjejeran dia menangis teresak-esak.

“Abang Wafi dan adik Nuha jangan menangis ye. Umi tak ada apa-apa.” Nuri cuba untuk menunjuk kuat dihadapan anak-anaknya.

“Napa umi nangis” Tanya anak yang tua dengan bahasa pelatnya. Dia sudah berumur 1 tahun 7  bulan sudah pandai bercakap tapi pelat sedikit.

“Umi nangis sebab tenguk abang dengan adik nangis..jangan nangis ye, abang duduk sini jaga adik”.  Nuri mula merangkak menuju peti talivesyen, anaknya yang kecil memaut kakinya, Nuri menghentikan pergerakaknya. Dia duduk kembali  memeluk dua lulutnya, kedengaran perlahan rintihannya seperti menahan kesakitan. “Aduuh Ya Allah..”. agak lama dia berkeadaan begitu. Kemudian dia mula merangkak mungkin setelah agak reda sakitnya. Dia menolak anak yang sudah memeluk dirinya.

“Abang tolong jaga adik bang, umi nak ambil fon umi tu saja, duduk sini teman adik sayang.” Anaknya mendengar kata-kata uminya dia berdiri disisi adiknya, tetapi tangisanya masih kedengaran. Nuri meneruskan rangkakannya. Dia mengambil telefon bimbitnya diatas peti televisyennya. Kemudian dia merangkak semula mendapatkan anak-anaknya. Tangisan anak-anak menjadi reda bila dipangkuannya.

             Dengan air mata yang masih mengalir tangannya mencari nombor seseorang kemudian berhenti sebentar untuk menekan perutnya sekali  lagi. Dari pandagan mata Sarah dan Syukri, Nuri sedang sakit perut. Tiba-tiba dia menolak anaknya, dia merangkak lagi  tangannya mencapai surat khabar  tidak jauh  dari tempat mereka duduk, lalu dibentangkan diatas simen. Dia muntah disitu. Anaknya sudah dikais kebelakang menangis lagi dengan perlakuan uminya. Dia membungkus surat khabar tadi sambil tanganya bekerja mulutnya tidak berhenti merintih  “Allah..Allah” memanggil Penciptanya. Kemudian dia mencapai telefon bimbitnya kembali. Kedengaran dia berbicara dalam telefon dengan suara tersekat-sekat.

“Kak Ton tolong Nuri kak Ton, Nuri kena gastric..tolong kak ton tolong datang rumah Nuri sekarang”. Tampa salam dia minta pertolongan kepada orang yang dipanggilnya kak Ton.  Syukri yang sedang menyaksikan adigan itu terkaku. Air mata lelakinya sejak tadi bertakung sudah menitis dia menangis rupanya. Dalam jangkaanya tadi tentulah Nuri menghubungi dirinya. Dia kan suaminya. Itulah yang diharapkannya tadi. Mengapa  dalam keadaan begitu kritikal orang luar yang diharap membantunya. Dia sungguh kecewa. Dia berpusing memeluk Sarah dalam sendunya dia merintih.

“Sampai hatinya Nuri buat abang macam ni Sarah, entah siapa abang ni pada dia, entah dimana abang ni dalam hati dia, abang sedeh sangat Sarah. Sejak kita nikah, Nuri tak anggap abang ni suami dia lagi Sarah, sedangkan sayang abang pada dia tak berubah. Dua kali dia bersalin dia pergi sendiri kehospital. Ni dia sakit macam ni pun bukan abang yang dia panggilnya. Sanggup dia panggil kak Ton dari abang. Agaknya siapa abang dihatinya Sarah”.  Syukri merintih dibahu Sarah. Dalam keadaan tertekan begitu Syukri tidak sedar apa yang diucapkanya. Sarah terkaku mendengar rintihan suaminya, tetapi dia sememangnya tiada jawapan untuk soalan itu. Yang dia sedar kerana kehadiran dirinya, hubungan retak muncul dalam bahagia rumahtangga suaminya. Dia rasa terpukul.

            Habis sahaja dia menghubungi kak Ton dia berguling-guling lagi mungkin dia sudah tidak dapat menahan kesakitan.  Melihat keadaan itu menyebabkan dua anaknya menjerit menangis mungkin ketakutan melihat tingkah uminya. Riuh ruang tamu rumah Nuri dengan jeritan dua orang anak yang sedang menangis. Nuri memaksa dirinya bangun dan duduk kerana jika dia berguling anak-anaknya akan merasa takut dan mereka mula menangis. Bangun dari baringnya, kedua anaknya didakap erat. Mendengar jeritan anaknya di laptop Sarah dan Syukri berpaling memandang kescreen laptop. Mereka melihat pemandangan itu dan suara Nuri memujuk anak-anaknya.

“abang dan adik jangan nangis, saayang umi sakit ni.Ya Allah,Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosa ku ya Allah, jika kesakitan ini merupakan peringatan dari dosa-dosa ku, maka  ampunkan diriku Ya Allah. Astaghfirullah.. astaghfirullah.. astaghfirullah ” Berkali-kali dia beristifar memohon keampunan Allah di atas dosa-dosanya. Dia memohon keampunan kepada Yang Maha Pengampun.

Kedengaran diluar rumah orang melaung memberi salam. Dengan terbungkuk-bunkuk Nuri bangun mencapai kunci rumah lalu diberikan kepada anaknya lelakinya.

“Abang! mak Ton datang tu, abang bagi kunci pada mak Ton ye.” 

               Walaupun baru berumur I tahun 7 bulan Wafi sudah memahami apa yang diperkatakan oleh uminya. Kemudian Nuri merangkak kemuka pintu dengan mengigil dia membuka pintu rumah untuk anaknya, dengan terkedek Wafi berlari mendapatkan kak Ton diluar pagar dan menghulur kunci kepadanya.  Nuri di muka pintu sudah terjelipuk dan menyebamkan mukanya di kedua belah lututnya. Anak perempunya yang sudah kejat menangis sudah tidak dipedulikanya. Nuri sudah tidak bertenaga untuk mendapatkan anak perempuannya.

“Ya Allah Nuri!! kakT on nak buat apa ni, panggil Syukri ye”. Mulutnya berkata-kata kakinya laju mendapatkan anak perempuan Nuri yang sudah tidak bersuara kerana terlampu menangis.

“Tak perlu kak Ton hari ni memang turn dia kat sana,  Nuri minta tolong kak ton, tolong buatkan saya susu, tolong kak ton..sakitnya kak Ton.” Sarah dan Syukri sangat terpukul dengan jawapan Nuri. Habis dia bercakap dia  berguling lagi. Kali ini dia sudah tidak kisah anak-anaknya lagi,  dia berguling dan terus berguling menahan kesakitan yang teramat sangat.

“Kak Ton tolong capaikan surat khabar tu kak Ton” tangannya sudah menekup mulut, dia hendak muntah lagi. Dia sudah tidak berdaya untuk kebilik air. Dicapainya sahaja surat kabar ditangan kak Ton lalu dibentangkan dia muntah sekali lagi.

               Kak Ton bergesa kedapur dia mahu membuat susu sepertti yang diminta oleh Nuri, dia juga tahu jika terkena gastrik untuk melegakannya minumlah susu yang dicampur dengan air batu atau susu sejuk.

“Susu ni kak Ton bubuh air batu Nuri,  orang kata kalau gastric minum susu sejuk”. Sebelum dia meneguk susu buatan kak Ton sempat lagi dia berpesan.

“Kak Ton kalau nyawa saya habis malam ni, tolong panggil Syukri lepas subuh. Saya tak mahu berhutang masa dengan Sarah”. Terkaku Sarah mendengar ayat Nuri. Belum pernah dia menyuruh suaminya datang tepat pada masanya, bila giliran Nuri tiba, kalau boleh dia akan menghalang suamiya kerumah isteri tuanya bila tiba giliran itu, tetapi hanya dia yang tahu niat hatinya selama ini.

“Baiklah” Jawab kak Ton yang turut menangis.

             Dengan tangan mengigil Nuri mencapainya susu dan meneguknya rakus, belum ada beberapa minit susu ditelan Nuri muntah lagi, kali ini dia tidak sempat untuk mencapai surat khabar, habis muntah susu melambak di atas simen. Kak Ton mencari kain buruk didapur.

          Bila melihat keadaan Nuri semakin teruk Syukri mencapai kunci keretanya. Dia ingin kerumah Nuri. Harapanya mahu Nuri menghubungi dirinya tidak akan tercapai bila mendengar jawapanya tadi. Dia tidak jadi hendak merajuk dan rasa sakit hati nya tadi sudah tidak terasa lagi. Ditekannya minyak hingga paras maxsimum, jika ada polis trfik malam itu tentu dia kena saman. Sampai dihadapan rumah Nuri tidak sempat memasukkan kereta kedalam pagar meluru laju larian kaki Syukri menerpa pintu yang sudah ternganga.