~Siapa Ikut Blog Ni~

Pages

Saturday, 2 November 2013

Bab 35 Siapa aku dihatimu




Bab ni tak berapa menarik sebab cerita pasal Sarah saja, sorry ye tpi mak tetap nak cerita juga supaya jalan ceritanya berkesan.


          Jika dipandang dari perbuatan harian, suaminya sangat menyayangi dirinya. Segala keperluan dilengkapi dengan secukupnya.Dia tidak pernah dimarahi kalau rumah bersepah. Syukri juga tidak pernah meminta dia menyediakan makanan untuknya, sementelah suaminya tahu dia tidak pandai memasak. Seminggu selepas mereka bernikah suaminya sudah membeli sebiji kereta MYVI merah untuknya. Sewa rumah bil api air juga suaminya yang menguruskan. Dia bekerja dibengkel suaminya pun diberi gaji sebagai seorang pekerja. Tapi apakah pemberian dirinya kepada suaminya. Adakah setakat layanan dibilik tidur sahaja sudah memadai bagi Syukri?.

           Dia begitu teringin sekali mengandungkan zuriat suaminya, agar dia tidak merasa dia tidak berguna dimata suaminya. Mengapa dia rasa begitu? Sebab dia tidak pernah menyediakan makan dan minum untuk suaminya, malah memasak air pun dia akan meminta suaminya menghidupkan api dapur untuknya. Dia tidak pernah ada keyakinan bila didapur, apatah lagi untuk memasak.

            Dia hanya mampu melahirkan zuriat untuk suminya sahaja. Tapi penantianya tidak kunjung tiba, benih suaminya bagai tidak serasi untuk membesar dan bernyawa didalam kantung rahimnya.

            Minggu sudah dia keklinik membuat pemeriksaan. Untuk memastikan tahap kesuburan dan masaalah lain mengenai rahimnya, jawapanya akan diketahui seminggu lagi. Ketika suaminya sibuk mengeruskan isteri tuanya bersalin dia mengambil kesempatan itu pergi tampa pengetahuan suaminya. Mungkin hanya dirinya yang bermasaalah,  sedangkan suaminya sudah terbukti dia tiada masaalah tentang kesuburan benihnya.

             Sarah melangkah keruang tamu. Dia duduk disitu, sambil memutar kembali liku-liku hidupnya hinggalah dia bernikah dengan Syukri.  Dari kejadian dikampungnya dia melarikan diri ke Kuala Lumpur. Di Kuala lumpur dia tiada siap-siapa, kawan tak ada, saudara mara tak ada malah kenalan? ..Hari sudah larut senja dia teringat Syukri..hanya Syukri yang dia kenal.

“Bang!!  tolong Sarah” (panggilan abang itu bermula dari mereka di sekolah menengah lagi, masa itu mereka abang dan adik angkat).

“Kenapa??Sarah kat mana?”.

“Sarah kat Pudu Raya ni, Sarah tak tahu nak pergi mana, Sarah tak ada kawan kat sini”.

“Kenapa? Sarah lari dari rumah ke?”. Kedengaran suara terkejut Syukri dihujung talian.

“Taak,   Sarah tak lari dari rumah, tapi suami kak Ijah nak buat tak baik pada Sarah, lepas tu kak Ijah suruh Sarah pergi dari rumah emak tu, takut kejadian berulanglagi dia tak dapat nak tolong.”

                  Kerana bimbangkan keselamatan Sarah, Syukri pergi menjemputnya di Pudu Raya.Mungkin kerana mereka kenal sudah lama maka Syukri menjemputnya dan membantunya. Padanya Syukri sememangnya baik walaupun ada kisah yang mencalar hati emak Syukri, namun Syukri tetap membantunya. . Dia dibawa kebengkelnya

“Sarah! malam ni isteri abang kerja, jadi abang tak boleh bawa Sarah pergi rumah abang. Bahagian atas bengkel abang ni ada bilik, dulu tempat abang lepak-lepak, untuk malam ni tidur sini, tapi memang dijamin selamat kalau Sarah masuk nanti buka pintu lepas tu kunci pintu dan grill sekali. Sarah dah makan?”

“Belum bang, dari kampung  memang tergesa-gesa tadi ”. Kampung Sarah diGemencih Negeri Sembilan.

             Syukri membawanya ke restoran berhampiran untuk makan malam. Keesokkan harinya dia mencari bilik  sewa yang murah. Sebuah rumah yang dikongsi lelaki dan perempuan hanya bilik sahaja asing-asing. Hanya sebulan sahaja dia tinggal disitu. Syukri tidak membenarkan. Bahanya kata Syukri.

             Syukri mencarikannya  rumah sewa, Syukri juga yang membayarkan sewa untuknya. Dua bulan Syukri menangung makan dan duit sewa rumah. Dia cuba mencari kerja namun tidak berjaya. Pada bulan ketiga Syukri menawarkan kerja dibengkelnya sebagai kerani, kerana kerani yang sedia ada berhenti mengikuti suaminya yang ditukarkan segera. Suami kerani itu seorang anggota keselamatan.

            Setelah bekerja dibawah satu bumbung, mereka semakin rapat. Sementelah dahulu mereka pun sudah ada hubungan kasih didalam hati. Dia juga sudah tahu Syukri sudah beristeri, tetapi masaalahnya sudah tiga tahun berumah tangga namun isterinya  belum lagi melahirkan seorang pun zuriat untuknya.

             Bekerja satu ruang pejabat yang kecil hanya dirinya dan Syukri sahaja, menjadikan  mereka bebas bercerita hal peribadi. Pada mula setelah tahu Syukri sudah berkahwin Sarah bagai tidak mengharap lagi kasih mereka yang dulu. Tetapi oleh kerana telalu selalu mereka bersama, kasih yang berkubur mula bertunas kembali. Begitu juga dipihak Syukri.

             Enam bulan mereka kerja bersama, suatu hari Syukri mengajaknya bernikah. Dia tampa berfikir panjang terus sahaja menerima. Namun tujuan utamanya hanya  nak membalas budi, kalau boleh dia melahirkan zuriat untuk Syukri. Walaupun dia juga tahu akan kesakitan hati isteri Syukri bila dia dimadu. Dia hanya mahu membalas budi Syukri sahaja ketika itu. Dia menjadi lega bila Syukri berkata isterinya berhati lembut lama-kelaman dia akan memaafkan perbuatan mereka. Padanya dia sudah ada yang melindungi dan tempat menumpang kasih,  dia sudah tidak peduli semua itu lagi. Lagi pun dia merasakan waktu Syukri lebih banyak berpihak kepadanya.

           Waktu kerjanya seharian bersama Syukri, jika Syukri tidak keluar. Makan paginya makan teghaharinya dan malamnya mereka akan bersama, setelah solat Isyak barulah dia ditinggalkan jika malam itu giliran isteri tuanya. Bukankah masa Syukri bersamanya lebih banyak jika dibandingkan masa Syuri bersama isteri tuanya. Hanya setelah isterinya hamil dan Syukri lebih banyak makan tegahharinya dirumah isteri tuanya, dia kehilanagan masa makan tengahhari bersama Syukri. Ini pun kerana Syukri tidak boleh mencium bau gerai atau dalam kedai makan.

             Tetapi setalah melihat CCTV yang dipasang oleh suaminya di rumah isteri tuanya tahulah dia betapa sakitnya hati wanita itu. Pada sangkaan nya hanya diawal pernikahanya mereka sahaja isteri tuanya merajuk panjang . Ketika itu Nuri pulang kekampungnya dan sentiasa bekerja mengikuti giliran malam sahaja itu yang diberitahu oleh suaminya. Tetapi ketika itu dia gembira kerana ‘rajuk itu’ dia dapat bersama  suaminya  selalu.

           Dia tidak  tahu sakit hati isteri pertama makin hari makin parah bila kasih suaminya terbelah dua. Walaupun penikahanya sudah mencecah 18 bulan yaitu 1tahun 6 bulan kelihatanya kesakitan dan penderitaan masih parah.   Bagi dirinya kesakitan itu tidak begitu dirasai kerana dia sudah tahu risikonya dan sudah bersiap sedia.

             Bukan sahaja isteri tua Syukri tidak dapat menerimanya dengan ikhlas.. tetapi emak mertuanya juga. Kini sedikit sedikit sudah kelihatan kebanyakkan ahli keluarga Syukri juga tidak dapat menerimanya dengan ikhlas. Terdetik dihatinya satu pertanyaan.  Mampukah dia meneruskan perkhwianan ini bila tidak direstui oleh ibu mertua sendiri. Seperti kebiasaan setiap kali hari raya Syukri akan pulang kekampungnya, mampukah dia menghadapi rasa dipinggir oleh ahli keluarga suaminya. Mampukan dia meneruskan perkahwinan ini dengan rasa derita seorang isteri (merujuk isteri tua Syukri ). Keputusannya masih dalam pertimbagan.  Sedang dia mengelamun kedengaran suara suminya menjengah ruang tamu..

“Ingatkan Sarah pergi mana senyap sahaja, kenapa Sarah tak sihat kah?.Sarah fikir apa? kalau kata-kata emak tadi menyebabkan Sarah susah hati abaikan saja. Nanti lama-lama sejuklah hati emak tu. Tapi mulai sekarang Sarah belajar masaklah”. Sarah memandang suaminya..

 “Kalau macam tu setiap hari Sabtu dan Ahad Sarah nak pergi rumah Maryam belajar masak dengan dia boleh?”.

“Untuk kebaikan Sarah abang izinkan”. Dalam hatinya mengakui suaminya seorang yang baik untuk dirinya.

            Tapi dalam baik untuk dirinya menyebabkan dia tidak berlaku adil kepada isteri tuanya dalam pembahagian masa, tetapi dia tidak sedar. Mungkin bagi setengah suami janji dia menunaikan tanggung jawab dan memenuhi giliran itu sudah dikatakan adil begitukah?. Mungkin dia juga bersalah kerana tidak mengingatkan, tetapi yang sebenarnya dia mahu suaminya selalu disisinya. Hatinya bertanya lagi mampukan dia menjadi isteri sesempurna  Nuri, jika akhirnya suaminya memilih dia seorang yang menjadi isterinya.

          Sarah sudah mengetahui keputusan pemeriksaan kesihatan tempoh hari. Dia gembira dengan keputusan yang memehak kepadanya. Kata doctor dia sihat dan subur seperti wanita lain, peluangnya untuk mengadung  kalau mahu di katakan 100%  takut riak jadinya. tapi 85% peluangnya akan mejadi ibu sudah pasti, hanya mungkin rezekinya sahaja belum menyebelahi dirinya.

              Seperti yang dijanjikan hari Sabtu dan Ahadnya Sarah kerumah Maryam untuk belajar memasak. Dia sudah menyiapkan segala bahan untuk masakkanya hari itu. Hari itu dia akan belajar masak kari ayam dan masak sayur kangkung.
Maryam sungguh gembira menyambut kedatangan Sarah, kawan serumahnya seramai dua orang pagi-pagi lagi sudah keluar maklumlah hari Ahad, hari  untuk berihat dan melupakan hal-hal pejabat.

“Yam!! apa pendapat Yam kalau akak bercerai dengan suami akak”.

“Hsyy apak akak ni cakap macam tu tapi kenapa nak bercerai?  Akak bergaduh ke?”. Terkejut besar Maryam bila Sarah mengajukan soalan itu.

“Akak dah tahu keputusan pemerikasaan kesihatan yang akak buat minggu lepas. Akak sihat dan subur, peluang akak nak anak sendiri pun ada.”

“Jadi apa kena mengena dengan akak nak bercerai pula, akak bergaduh ke dengan suami akak ke?”.

“akak tak bergaduh, tapi kalau akak tetap  dengan dia, peluang untuk akan mengadung mungkin nipis”.

“Kenapa pula?? Dia kan ok, kalau tidak takkan isteri pertama dia boleh beranak,  dah dua orang pun anak mereka”.

“Hari tu emak mertua akan datang rumah akak,  dia marah akak kemudian dia macam mendoakan akak  dengan suami akak  tak akan dapat anak”.

“Ehh kenapa pula orang tua tu macam tu, jahatnya dia..”.

“Dia tak jahat dia baik sebetulnya, ni semua salah akaklah yang tak tahu masak”.

“Kan akak sedang berusha ni, belajar sikit-sikit nanti lama-lama pandai lah”.

 “Akak takut doa dia tu berpanjangan, sampai kesudah akak tak dapat anak sendiri. Macam ni ha dah hamper dua tahun kami kawin bunga-bunga nak mengandung pun tak nampak lagi”.

“Akak kena sabar, tunggulah lagi”.

“Tak boleh Yam, makin lama umur akak makin meningkat, dah nak masuk tiga puluh dua umur akak ni, hanya tinggal beberapa tahun sahaja peluang akak mengandung.Kita perempuan ni, menanti jodoh yang lain datang pun ambil masa juga. Lainlah kalau akak ni lelaki. Hari ini bercerai esok dah boleh kahwin, tunjuk saja mana yang kita suka. Ada duit tak payah hensem sangat tapi baik, berderet orang perempuan nak, betul tak Yam”.

“Wahh akak bayangkan macam jual tiket bola pula ye”.

“Ia Yam orang lelaki ni kalau baik banyak yang nak. Lagi kalau muka macam muka ustaz. Kita yang perempuan ni sahaja yang cerewet sikit. Tak kan nak pakai tangkap muat sahaja, kena yang penyangak menyiksa sampai ketua. Lagi kalau bercerai, dah janda kena tunggulah dua tiga tahun kemudian baru datang jodoh, itu kalau ada. Tapi kalau tak ada pun akak tak kisah akak dan berusha. Kalau kita bercerai usia masih muda peluang tu masih tinggi kalau dah tua susah sikitlah.”.

“Entahlah kak Sarah, Yam tak pandai nak bagi pendapat kat akak..sebab Yam ni pun belum kahwin lagi.”

“Eh Yam! minggu lepas lama Yam cuti, cuti bertunang ke?”

“Mana ada bertunang, siapa lah nak kat Yam yang tak berapa nak lawa ni”.

“Siapa kata Yam tak lawa, akak tenguk Yam ni manis saja. Bab jodoh ni kalau dah sampai tup-tup minggu depan ada ornag yang datang meminang Yam, lagi pun umur Yam pun masih muda lagi belum pun 25 tahun”.

“Tahun depan masuklah angka 25 tu”.

“Habis kemana cuti lama? akak terkontang-kanteng makan sorang, masa tukan isteri tua suami akak bersalin jadi tak ada siapa teman akak makan”.

“Ohh minggu lepas tu kakak ipar Yam meninggal, doctor kata sakit jantung, entahlah Yam tak pernah dengar dia sakit jantung selama ni. Emak Yam pun tak tahu, alih-alih abang Yam kata, pihak Hospital mengesahkan kematianya kerana sakit lemah jantung”.

“Muda lagi ke kakak ipar Yam tu?”.

“Mudalah lagi baru anak dua”.

“Nak buat macam mana Yam ajal dah sampai, tak boleh nak berundur walau sesaat pun. Kalau dengar cerita macam tu kita yang masih hidup pun takut kan Yam”.

“Betul kak, mati ni tak mengenal usia..”. Mereka meneruskan suapan sambil memikir soal-soal kematian yang tidak tahu bila pula sampai pada giliran mereka.

            Sambil memasak mereka berbual, bersambung kemeja makan dan hingga selesai makan. Sememangnya itulah kawan Sarah yang paling rapat.  Petang baru Sarah pulang kerumah. Sampai sahaja dirumah kereta suaminya sudah terpakir ditempat  pakirnya.

           Malam itu pula Syukri merasai kari ayam  dan sayur kangkong goreng belacan masakkan Sarah. Itulah masakkan pertama Sarah isteri keduanya sejak dia menikahi wanita itu hamper dua tahun.

“Ok tak kari ayam  dan sayur kangkong ni bang.”

“Oklah ni, sedap, esok-esok boleh lah praktikkan kat rumah pula”.

Friday, 1 November 2013

Bab 34 Siapa aku dihatimu




Cepat sikit mak teh post bab ni. bila tenguk berderet komen hati mak teh jadi teruja. tapi tak sempat nak semak betul2 klu ada ejaan dan ayat yg tunggang langgang sorry ye.




Seperti yang dijangkakan petang itu Nuri keluar dari hospital. Nama anaknya juga sudah didaftarkan. Kerana Syukri tidak mempunyai nama untuk diberi, Nuri sekali lagi yang memberi nama untuk nama anak perempuan mereka dengan nama Nuha Syuhadah binti Mohd Syukri. Macam mana nak sediakan nama selama isterinya mengadunag dia sentiasa terlupa mahu bertanyakan jantina anak dalam kandungan isterinya.

Cepat sahaja Puan Noriza sampai,  dia mendapatkan tikctet firefly pada pukul 7.00 pagi dan sampai keruamh Nuri  9.00pagi. Bukan susah mendapatkan ticket firefly. Tekan saja kekunci laptop, tekan nombor dah boleh check in dirumah. Sampai lapangan terbang AlurStar berbaris masuk dalam beberapa minit, dia sudah duduk dibangku kapalterbang yang akan membawanya keSubang Airport, tak panas punggung duduk dalam kapalterbang daaah sampai. Mudah nya. Ketika dia masuk kerumah Nuri, dilihat Nuri sedang menggoreng mee hoon didapur.

“Ya Allah Nuri kenapa masak untuk emak Nuri, kamu tu kan baru lepas bersalin, nanti bentan, kamu kan baru balik petang semalam.”.

“Tak apa mak abang dah ikat perut Nuri ketat-ketat ni. Lagi pun Nuri tak buat apa-apa ni, Wafi pun ikut baba dia ambil emak kan.”

“Semalam kamu makan apa?” Sambil meletakkan beg dan berjalan menuju dapur sempat lagi dia menyiasat anak menantu.

“Semalam abang masakkan telur rebus makan dengan kicap”.

“Ya Allah!!! kamu makan telur Nuri..Mak takut luka kamu bernanah Nuri,  kenapa kamu masakkan telur Syukri”.

“Tak boleh makan telur ke mak? kan telur tu berkasiat kaya dengan protin,  lagi pun Mak tak cakap  telur tak boleh makan.”. Menarik nafas panjang Puan Noriza dengan orang muda sekarang, semuanya nak kena cakap satu-satu keluh hatinya.

“Dahlah, dahlah pergi duduk, emak takut tenguk kamu ni Nuri. Nanti emak rebuskan daun sirih yang emak bawa tu, basuh kerap sikit luka kamu dengan air rebusan daun sirih. Lepas ni makan pantang tau.” Balu sarjan Abdul Razak tegas memberi arahan kepada menantu yang didepan mata.

Syukri berjalan dibelakang emaknya sambil mendukung anaknya Wafi. Melihat uminya sahaja Wafi sudah menghulur tangan minta didukung oleh uminya.

“Abang Wafi dengan baba, umi sakit tu, umi tak boleh dukung abang Wafi tau.” Kata-kata  Syukri memujuk anak yang mahu didukung uminya.

“Inagt Nuri jangan sekali dukung Wafi turun darah kang susah jadinya”. Pesan emak mertunya.

“ialah mak, Nuri ingat . Bang dudukkan Wafi kat saya ni, biar dia tenguk adik dia, lama-lam perasaan cemburu dia hilang lah.”  Nuri mengikuti nasihat emak mertuanya dia berjalan perlahan dan duduk diruang tamu. Didepan puan Noriza kena jalan perlahan macam perempuan Melayu gitu, kalau tak mahu kena ceramah  lagi. Puan Noriza menyambung kerja-kerja Nuri  didapur. Nuri berbisik ditelinganya suaminya, yang duduk disebelahnya.

“Pergilah tolong emak, ambil pinggan ke, buat air ke. Kan emak baru sampai tu”. Suaminya bangkit menuju kedapur. Riuh dua bersanak bercerita didapur. Bagi puan Noriza dia akan terasa hidup berkeluarga bila dirumah Nuri.

Seperti berpantang anak pertama dulu kini Nuri menjalani lagi berpantang cara pun Noriza. Memang cerewet dia dijaganya, dengan pantang larang segalanya. Hampir dua minggu dia menjaga Nuri. Bila kelihatan Nuri sudah sihat dia menyuarakan hasrat hatinya untuk pulang kePengkalan Hulu semula. Supaya menantu yang seorang lagi tidak bekecil hati dia berhajat menjenguk Sarah  sebelum dia kembali kePulang kePengkalan Hulu.

“Syukri!   Jomlah hantar mak kerumah Sarah pulak.  Nanti apa pulak kata dia dekat dua minggu mak kat sini tak jenguk dia langsung. Nanti carikan mak ticket, mak rasa esok mak nak balik. Mak nampak Nuri pun dah sihat,  Lagi pun nampaknya Wafi dah tak cemburukan adiknya lagi, senang hati mak nak tinggalkan dia....”

“ialah mak, nanti saya talifon dia dulu suruh siap-siap mak nak datang”.

“Tak payahlah telifon-telifon bukan siapa yang nak datang mak mertua dia saja. Bawakan sekali beg baju mak tu Syukri, mak dah siap kemas dah, mak tidur sana ye Nuri, senang Syukri nak hantar mak pergi Subang esok pagi, tak payah dia kehulu kehilir”.

“Abang Wafi salam nenek, nenek dah nak balik. Terima kasih mak jaga Nuri”. Nuri berpelukkan dengan emak mertuanya dan meyalami nya. Tidak disangka dan tidak diduga selepas habis kerja dapurnya Puan noriza mengajak Syukri menjenguk Sarah pula. Rupanya dia sudah bersiap sedia untuk pulang.

“Tak payahlah berterima kasih pada emak Nuri, cucu mak yang lahir tentulah emak jaga. Jaga diri elok-elok, lauk Nuri tu semua mak dah masakkan makan tau, Ingat apa yang emak pesan.”.

Sampai dirumah Sarah, kelihatannya  Sarah sedang berkemas menyusun surat kahbar bersama penyapu ditangan. Ketika Puan Noriza sampai hari sudah menunjukakn pukul 12 tengahhari.

“Baru nak berkemas ke Sarah”.Tegur puan Noriza sambil melangkah masuk ke dalam rumah.

“Ia mak, hari-hari cuti macam memang selalu kami tidur balik lepas subuh, itu yang terlajak.”

“Tadi Syukri datang pagi juga, kamu soranglah yang terlajak”. Sememang Sarah seorang yang terlajak. Walaupun sebelum pergi kerumah Nuri tadi suaminya sudah mengejutkan dan dia sudah pun duduk. Tetapi duduk yang masih pejam matanya  tampa sedar dia baring semula. Itulah yang terlajak.

Ketika suaminya menghubungi mengatakan emaknya hendak datang di baru terbangun.Kebetulan dia sedang uzur hari itu makin menjadi-jadilah tidurnya. Fikiranya buntu mahu kekedai membeli makanan atau berkemas dahulu. Setelah sedar dan dapat mencerana apa yang diperkatakan oleh suaminya, sepantas kilat dia terjun dari katil mengutip segala stoking dan baju  kotor diruang tamu. Surat khabar dan majalah juga betaburan diatas meja kopi. Habuk dan segala bagi sudah seminggu tidak diperdulikan juga mahu dilap dan dinyakkan, agar ibu mertuanya tidak terkesan. Entah apa yang hendak dicapainya dulu. Dia bingung mengenang emak mertuanya dalam perjalanan kerumahnya.

Puan Noriza menjenguk dapur. Dia hanya mengeleng kepala. Didapur banyak pinggan dan cawan kotor tidak berbasuh. Sedangkan itulah yang menjadi kepantagan Puan Noriza, bukankah pinggan kotor akan mengundang cicak, lipas dan tikus. Sedangkan dapur adalah tempat memasak makanan kita. Bekas makanan yang sudah digunakan  juga tidak berbuang, bau makan basi menyucuk hidung sensitivnya. ‘Bagaimana Syukri boleh bertahan dengan bau dapur yang busuk macam ni hai.’ Terdetik dihati tuanya sambil mengeleng kepala.

“Sarah masak apa hari ni, hari dah tenghhari ni?” Jika lihat diluar matahari sudah tegak mengalah, hari sudah menunjukkan pukul 12tengahhari. Sebab itulah  Puan Noriza bertanya soalan itu, yang sebetulnya dia sengaja mahu menduga menantunya yang seorang ini. Hati hangat melihat sifat malasnya.

“Ehh mak dan abang belum makan lagi ke? Ingatkan dah makan kat rumah Nuri tadi, kenapa abang tak cakap suruh Sarah beli tadi”. Sarah menyalahkan suaminya untuk melindungi dirinya.

“kamu ni takkan nak makan yang berbeli saja, apa jenis perempuan kamu ni Sarah. Perkara yang wajib semua perempuan tahu kamu tak tahu. Emak ni kalau kamu masakkan telur mata kerbau makan dengan kicap pun mak makan.”

“Mak! macam mana Sarah nak masak Syukri tak pernah beli barang dapur untuk dia mak”.

“Syukri kamu jangan asyik nak bela Sarah, kalau kamu asyik nak memenangkan dia saja, haa macam nilah jadinya. Sepatutnya kamu dah pandai memasak sikit-sikit, kalau kamu ambil kira apa yang cakap masa kamu balik hari raya hari tu.. rupanya masa mak cakap masuk telinga kiri keluar telinga kanan saja lah Sarah. Emak cakap ni sebab kamu menantu emak. Emak tak mahu cucu-cucu emak esok tak tahu masak. emak tak mahu cucu-cucu emak esok asyik makan lauk kat kedai saja. dapat laki kaya tak apa lah kalau dapat yang sederhana saja, tak ke menyiksa laki namanya”.

“Mak dahlah tu mak,  esok-esok Sarah belajar masaklah”.

 “Syukri kenapa dengan kamu ni, esok-esok tu bila? dah hampir setahun mak cakap (Merujuk ketika mereka balik berhari raya dahulu),kamu masih tak suruh dia belajar masak..” Hati puan Noriza bertambah panas mendengar anaknya asyik membela isteri mudanya sahaja.

 “Sekarang ni Sarah tengah takut nak buka api dapur, dulu ada peristiwa yang menyebabkan dia takut nak buka api dapur.”

“Bila tu? Rasanya dah berulang kali kamu cerita . Dulu masa dia tingklatan tiga dia buka api dapur kemudian api tu menyambar kat badan dia, Alhamdullilah tak teruk melecurnya. Dulu tingkatan tiga 15 tahun umur dia dan sekarang berapa pula umur dia dah nak masuk tiga puluh satu tahun, nampaknya sampai bila-bila pun kamu tak akan pandai masak kalau jenis fobia + malas macam ni, memang padanlah dia tak ada anak dengan kamu, Allah tu tahu kalau dia ada anak, mati kebuluran anak kamu, ialah bubur semangkuk  pun nak kena beli..”

“mak!  apa mak cakap macam ni, Syukri janji lepas ni Syukri akan suruh Sarah pergi kelas masak-memasak”.

“Dahlah Syukri, hantarkan emak rumah Nuri semula, malas mak nak cakap. Kamu Sarah tak pernah nampak macam mana mak bersungguh nak terima kamu sebagai menantu. Emak paksa terima kamu sebab kamu dah nikah dengan anak emak, tapi bila emak terkenang apa yang emak kamu cakap dulu…” Puan Noriza tidak mengahabiskan kata-katanya dia mengambil nafas panjang. Puan Noriza mencapai beg bajunya yang diletakkan diruang tamu. Sebelum melangkah keluar sekali suaranya kedengaran air matanya sudah bergenangan ditubir mata.

“Emak bukan berdendam dan emak tidak berdendam dengan kamu. Tapi cubalah kamu tutupi kata-kata emak kamu dengan mengubah peragai kamu seperti yang emak mahu. Berusha untuk masak sendiri. Jadilah isteri orang  biasa. Jangan jadikan diri seperti isteri orang kaya.”. Syukri terpinga-pinga, Sarah hanya menundukkan wajahnya . Puan Noriza melangkah menuju kekereta anaknya.


Sejak suaminya sibuk menguruskan isteri tuanya bersalin Sarah bagai tiada semangat untuk berkemas, tetapi sememangnya dia begitu. Biasanya dia mengharapkan suaminya membantunya berkemas. Berkemas sama-sama gitu. Dia bersemangat jika suaminya ada disisinya.

Didalam kereta Puan Noriza mebebel lagi..

“Kamu ni Syukri tak tahu mak nak cakap apa lagi, emak tahu selama ni kamu lebihkan Sarah dari Nuri. Jangan kamu tuduh Nuri mengadu dengan emak, dia tak pernah cakap apa-apa dengan emak. Emak tahu dari percakapan nya dengan kamu, dia tak mesra macam dulu. Dia gunakan perkataan saya untuk dirinya. Kemudian anak kamu macam tak mesra juga dengan kamu, itu pasalah bila nampak umi dia saja, dah nak minta didukung. Agaknya kamu jarang pergi rumah Nuri tupasal Wafi tak mesra dengan kamu, betul ke Syukri apa yang emak cakap”. Macam mana anak nak mesra, datangnya masa Wafi dah tidur. Pergi kerjanya pula sebelum Wafi bangun tidur. Itu jawap hati Syukri yang menyalahkan dirinya.

“Nuri yang tak bagi Sarah jaga Wafi”. Untuk tidak menampakkan dirinya bersalah itu yang keluar dari bibir Syukri.

“Apa kamu cakap??? heee kalau emak di tempat Nuri  emak pun tak kasi, dahlah dia ambil suami kita, anak pun kita dia nak ambil. Kalau emak minta maaf..Tidak Syukri, tidak sekali-kali. Kamu jangan paksa Nuri suruh Sarah jaga Wafi. Syukri! mak sebetulnya tak berpehak mana-mana, tak berpihak pada Nuri dan juga pada Sarah. Tapi emak bercakap, emak sebagai seorang perempuan dan sebagai perempuan yang pernah jadi isteri harap kamu faham. Bermadu ni menyakitkan Syukri, bukan makin lama makin baik tapi makin lama makin sakit, jangan kamu tunjukkan kamu lebih pada yang seorang, susah kamu nanti. Walaupun kamu memang lebih sayang pada yang seorang tapi biar sayang kamu tu, kamu sahaja yang tahu, ingat tu”.

Syukri hanya mendengar bebelan emaknya, dalam hatinya membenarkan bila dia melihat sikap Nuri selama ini. Tapi rasanya dia sayang pada kedua-duanya tapi sayangnya pada Sarah dicampur sedikit rasa kasihan. Kenapa dia tidak kasihan pada Nuri. Pada Syukri, Nuri penuh dengan orang yang menyayanginya nenek, pak sunya dan abang-abangnya semua mengambil berat pada Nuri, sayang pada Nuri. Emaknya juga lebih sayangkan Nuri. Tetapi Syukri terlupa kasih suami mana tak akan sama dengan walau seribu orang disekelilingnya.

Bila Puan Noriza keluar dari kereta Syukri  turut keluar juga.

“Kenapa kamu ikut mak? kalau kamu nak balik rumah Sarah balik lah, esok pagi jangan hantar mak pergi Subang mak boleh naik teksi, dah pergilah”.

“Mak janganlah macam ni mak, Syukri nak makan dulu dengan mak, mak masak apa tadi?”

Nuri  yang sedang duduk disofa bersama anak-anaknya terkejut dengan kedatangan semula emak mertuanya. Tetapi dia tidak bertanya. Sekejap sahaja puan Noriza duduk disofa, memandang menantunya dengan pandangan kasihan. Syukri turut duduk sebelah Nuri.

“Mak nak kedapur lah Nuri, nak masak sikit”. Puan Noriza bangkit mengheret kakinya kedapur. Dengan perlahan Nuri berbisik keteliga suaminyan yang duduk disebelahnya.

“Pergilah tolong emak kat dapur tu, tolong kupas bawang pun jadilah, dah tengahari ni, tentu mak dah lapar.”

“ialah” Syukri mengikuti saranan isterinya, dia melangkah kedapur. Selepas makan dan selesai solat berjemaah dengan emaknya dia, pulang kerumah Sarah. Ketika dia sampai, Sarah terlena disofa ruang tamu. Kerja-kerja mengemasnya ditinggalkan separuh jalan. Syukri hanya menggeleng memandang tingkah isteri mudanya. Dia mengeluh perlahan..

‘Tahu tadi balik petang sikit boleh main dengan Wafi  dengan Nuha ke’
Keluhnya perlahan. Tapi kakinya melangkah kedapur melihat apakah yang akan dimakan oleh isterinya untuk makan tengahari. Melihat keadaan dapur yang tidak berkemas. Syukri mengeluh lagi. Patutlah emaknya membebel tadi. Itu adalan kepantangan emaknya jika dapur masak tidak berkemas. Syukri berkemas membuang segala bungkusan makan dan membasuh cawan dan pinggan kotor.  Sedang dia leka, dia ditegur dari belakang.
“Bila abang balik? abang dah makan?” Lenanya terganggu bila mendengar ada orang bekerja didapur. Sarah bangun menjengah dapur.

“Tadi lagi, nampak Sarah tidur malas nak kejut, pada tak buat apa ni yang abang berkemas, Sarah dah makan?”

“Belum, tapi Sarah memang tak nak makan tengahari, tadi dah makan nasi lemak yang abang beli, pagi tadi kan abang beli dua bungkus, Sarah dah habiskan. Abang dah makan?”.

“abang dah makan dengan emak. Balik dari sini terus emak masak”.

“Sarah minta maaf, tadi Sarah tak sempat nak pergi beli. Kalau Sarah pergi beli lauk tadi tentu emak nampak rumah kita bersepah. Tapi yang sebetulnya Sarah tak sangka emak nak datang. Ingatkan tak nak datang jenguk Sarah kan emak tak suka Sarah. Abang pun dah tahu emak nak datang kenapa tak cakap malam tadi. Sarah bolehlah kemas rumah.” Dah ada orang nak datang barulah  nak berkemas rumah ke Sarah oii.

“Abang pun tak sangka emak nak datang. Pagi tadi tu siap dia masakkan Nuri terus sahaja kata nak datang sini. Abang memang tak jangka Sarah, Sarah marah abang ke?”.

“Nak marah pun tak guna bang memang salah Sarah.”

“Dahlah jangan fikir lagi, abang nak siapkan kemas dapur ni”.Mata  Sarah memandang suaminya berkemas, tapi fikiranya jauh merawang.

Bab 33 Siapa aku dihatimu






             Syukri dan Sarah sampai dirumah jam sudah menunjukkan pukul 130 pagi. Hendak meninggalkan Sarah yang kelihatan lemah tidak sampai hati pula. Hendak menghubungi Nuri dikuatiri mengganggu tidur isterinya itu. Dia membuka laptopnya dilihat keadaan rumah Nuri. SUNYI.  Tentu Nuri dan Wafi sedang lena itu yang ada dikepala Syukri. Akhirnya  dia merebahkan diri disebelah Sarah yang sudah lena. Tidak lama kemudian dia juga terlena hingga ke pagi.
Disebelah paginya pula di menyiapkan dahulu keperluan Sarah.

“Sarah nak makan apa pagi ni”.

“Nasi lemak boleh tak bang”.

“Hssy takkan nasi lemak kan ada sambal tu,makan rotilah ye, makan roti dengan kaya sedap juga nanti abang beli”.

“tapi Sarah rasa lapar sangat ni.”

“Masa mula-mula ni Sarah makanlah roti dulu, kemudian sikit-sikit baru makan nasi lemak takut sakit perut lagi, kalau cepat sangat makan sambal”.

“Ialah. Tapi bang kalau nak beli roti kena tunggu, Sarah dah lapar sangat ni lemah rasa seluruh badan, boleh tak abang belikan Sarah kueh manis dengan nasi lemak. Kalau abang beli nasi lemak beli biar lebih, boleh bang”. Rengek Sarah manja menerangkan keadaan dirinya.

Syukri kedapur untuk menjerang air pula, isterinya yang ini nak membuka api dapur pun dia takut. Sebenarnya Sarah fobia pernah dahulu dia membuka api dapur tiba-tiba api menyambar ke mukanya bila gas pada penunuh yang satu lagi sudah terbuka agak lama.Kejadian itu terjadi ketika dia ditingkatan tiga. Kejadian itu terjadi bila mahu mempraktikkan ajaran guru ERTnya. Sejak itu emaknya melarang dia membuka api dapur.

“Ok abang pergi beli dulu, Sarah tengukkan air kalau dah masak tutup apinya”.

“Sarah takutlah bang, Sarah takut nak tutup api”. Itulah Sarah, takutnya membawa ketua. Syukri mematikan api dapurnya walaupun air yang dijerang belum masak lagi, dia akan memasaknya sekembalinya dari membeli keperluan Sarah. Ada kelauhan yang kelaur dari mulutnya. Sarah mendengarnya.

“Sarah minta maaf bang, tapi Sarah betul-betul takut, Sarah minta maaf ye”

“Oklah tu..abang nak pergi sekarang, Sarah pergilah baring dulu”.

Sudah makan pagi Syukri menanti pula makan tengahari. Hatinya berbelah bagi, hendak meninggalkan isterinya yang tidak sihat. Jadi sebelum dia meninggalkan, dia  akan memastikan keperluannya terjaga dahulu barulah dia kerumah isteri yang satu lagi. Lagi pun dia tahu isteri tuanya bekerja office hour hari ini. Dia sudah membuka lap topnya pagi tadi rumah Nuri nampak kosong, Nuri tidak ada dirumah.

Sebagai  persediaan, bahagian pengurusan isterinya telah memasukkan Nuri bekerja waktu pejabat di hari hampir due nya. Itulah yang diberitahu oleh Nuri tempuhhari. Dan hari ini adalah hari pertama isterinya bekerja office hournya. Dia bercadang akan datang waktu petang sahaja.

Setelah keperluan Sarah di sediakan, dia cuba menghubungi isteri tuanya. dua tiga kali dicuba asyik masuk kevoice mail box sahaja. ‘Bateri habis ke atau dia tak dengar ni’ bisik Syukri yang kegeraman. Akhirnya dia bangun menuju pintu. Melihat suaminya bangun menuju pintu Sarah menegur.

“Abang nak kemana?”

“Abang nak jenguk Nuri sekejap”.

“Kalau Sarah muntah lagi ni macam mana? Sarah nak jalan pun tak daya ni”.

“Sarah ni, abang nak jenguk Nuri sekejap. Lagipun Sarah kan dah makan, sekejap lagi datanglah tenaga Sarah tu. Dahlah  abang nak jenguk Nuri sekejap. Abang risau,  kenapa abang call dia tak angkat”. Isteri mudanya memang manja orangnya. Syukri  seakan tidak percaya untuk membiarkan dia bersaorangan. Tetapi caranya telah mengabai seorang lagi isterinya tetapi dia tidak sedar.

“Abang kata semalam,  hari ni dia kerja office hour kan”.  Sarah cuba menahan lagi, dengan rengekkan manjanya. Sememang itulah niat dihatinya, dalam keadaan dia tidak sihat, dia inginkan bermanja sedikit.Dia mahu suaminya ada disisinya.  Dia sebenarnya tidak suka ditinggalkan bersendirian. Padanya setelah dia bersuami tentulah ada suami menemaninya setiap masa, tetapi dia lupa dia berkahwin dengan suami orang.

“Ialah,  tapi apa pasal dia tak angkat call abang, dia marah abang ke sebab tak datang malam tadi. Abang hanya nak pastikan dia sahaja. Abang  nak tanya Kak Ton, kejap”.

“Kalau dia marah abang sebab tak datang  giliran dia malam tadi, abang nak marah dia ke?” Tanya Sarah mendunga hati suaminya.

“Sarah suka ke abang bergaduh dengan Nuri?” Itu pula yang keluar dari bibir suamiya. Tadinya dia ingin menduga, tapi dia ditanya pula.

“Abang ni taklah macam tu. Bang!! Kalau Nuri kerja abang ambil Wafi ye?”. Sarah tahu dia sudah tersalah tanya. Dia cuba memesongkan tumpuan suaminya.

“Jangan nak cari pasal Sarah, kan Nuri tak suka Wafi datang sini, lagi pun Sarah kan tak sihat, macam mana nak jaga Wafi. Dah Sarah rehat cukup-cukup biar cepat sihat.”. Mendengar jawapan suaminya yang sudah lembut suaranya, dia bagai ada harapan untuk menjaga anak tirinya hari itu.

“Bolehlah bang, Sarah boleh jaga kan, Sarah  dah makan tadi, tak lama lagi Sarah sihatlah.” Rengek Sarah lagi dia tahu suaminya cepat cair bila dia merengek-rengek manja.

“Jangan nak cari gaduh Sarah, jangan dengan perkara ni abang gaduh lagi dengan Nuri”. Sebenarnya sudah mempelajari watak Nuri yang sebenarnya. Walaupun wajah Nuri nampak lembut namun dia tegas pada pendirianya.

“Hmmm”. Itulah yang keluar dari mulut Sarah sambil memandang langkah suaminya kemuka pintu, yang hendak menjenguk madunya. Yang sebenarnya ada rasa tidak puas hati dihati Sarah. Padanya sewaktu dia tidak sihat sepatutnya suaminya dipayahlah sibuk-sibuk menjenguk madunya, untukkanlah waktu bersamanya supaya dia cepat sihat.

Sebenarnya Syukri pula sudah tidak sedap hati sejak malam tadi lagi, hatinya bedebar-debar  tetapi tidak tahu apa puncanya. Itulah sebabnya dia mengeraskan hatinya dengan rengekkan Sarah tadi tetapi biasanya dia kan cair dengan gaya manja Sarah.

Bila sampai dihadapan rumah Nuri, Syukri melihat kereta Nuri didalam pagar, hati nya  mula tertanya-tanya. Tidak bekerjakah isterinya hari ini atau dia bekeja di giliran malam. Tetapi apa yang diberi tahu tempuh hari Nuri memulakan kerja officer hournya hari ini. Dia kepintu pagar,  pintu pagar masih berkunci.

            Syukri mula membuka kunci pagar kemudian grill dan akhir sekali pintu rumah, sunyi sahaja keadaan dalam rumahnya. Tiada suara isterinya atau suara anaknya. Masih tidurkah mereka. Jam ditangan dikerling sudah menunjukkan pukul 1230 tengahhari. Bukan kebiasaan Nuri bangun lewat begitu. Sakitkah dia tu pula yang melintas dihatinya. Hatinya jadi berdebar bila terfikir lintasan terakhir tadi. Degup laju jantungnya seiring dengan  laju langkahnya menuju bilik tidur mereka. Bila pintu dibuka nyata tidak berpenghuni.

Syukri mengeluarkan telefon bimbitnya. Nombor Nuri ditekan, bila bersambung kedengaran deringan telefon diatas peti televisyen. Ohh..Syukri memejamkan mata, telifon Nuri diatas peti televisyen mereka. Keluahan kasar keluar dari bibirnya. Adakah peristiwa setahun lalu berulang kembali.  Keluahan kasar keluar dari bibirnya sekali lagi sambil mengeleng-gelengkan kepalanya. Ya Allah!! dimana aku dihatimu Nuri. Itulah keluhan yang bergema dihatinya.

Syukri bergegas kerumah Kak Ton pengasuh anaknya untuk menyiasat. Bunyi riuh sahaja suara tawa didalam rumah. Meriah sungguh rumah Kak Ton anak-anaknya pulang bercuti agaknya. Kedengaran pula suara jeritan anaknya, mungkin mereka sendang bermain dengan Wafi. Telah Syukri. Tetapi dimana isterinya Nuri??. Syukri melaung memberi salam. Bila pintu rumah dibuka yang terjengul anak perempuan Kak Ton yang dipanggil kak lang yang sedang menjalani kursus pembantu perubatan di Ipoh Perak sedang mendukung anaknya Wafi.

“Ibu!! abang Syukri datang”. Tidak lama lepas itu Kak Ton pula menjengah muka kepintu.

“Kenapa Syukri? Ada yang tak kena dengan Nuri ke?” terkejut Kak Ton dengan kunjugan Syukri tengahhari itu.

“Kak Ton Nuri pergi mana?..saya tenguk kereta dia ada tapi orangnya tak ada pula”
.
“Ehh dia tak bagi tahu Syukri ke?”.

“Bagitahu apa??”

“Dia dah bersalin malam tadi. dekat pukul 2 pagi dia selamat masuk wad, kamu dapat anak perempuan Syukri. Anak akak, along yang iqamatkan.” Hah terlepas lagi tanggung jawabnya mahu mengazan dan menqikamatkan anaknya sendiri. Sedeh mencucuk hatinya. Malu dengan dirinya sendiri.

“Pukul berapa dia pergi hospital, dia pergi hospital naik apa?”.

“Dalam pukul 9 malam rasanya, along yang hantarkan. Mulanya dia nak naik teksi, tapi akak tak bagi, bahaya malam pula kan, takut dia apa-apa orang Syukri. Sekarang kita kena hati-hati lagi-lagi dengan orang tak kenal. Kebetulan along ada kat rumah, akak dengan alonglah yang hantar dia naik kereta dia pergi PPUM.  Ingatkan dia dah telefon kamu bagi tahu.” Syukri memutar kembali kejadian semalam, pada pukul lapan malam dia menghubugi Nuri untuk memberitahu dia tidak dapat datang pada giliran Nuri malam itu kerana membawa Sarah keklinik.

“Nak talifon apanya, handfon dia pun tinggal kat rumah, kak. Ni haa telefon dia”. Syukri membawa telefon Nuri bersamanya ditunjukkan kearah kak Ton.

“Oh ye ke, tertinggallah tu, malam tadi tu dengan muka pucat dia dukung Wafi datang rumah akak. Tergesa-gesalah tu ataupun dah sakit sangat, itu yang tertinggal telefon.” Mendengar penerangan Kak Ton makin Syukri rasa bersalah pada dirinya sendiri. Mengapa dia dahulu yang bercakap ketika itu, mengapa dia tidak medengar dahulu apa yang mahu disampaikan oleh Nuri. Walaupun dia tahu dia yang menghubungi Nuri tetapi pada diawal percakapan seakan Nuri mahu menyampai sesuatu padanya.

“Ahhh” keluh Syukri, hatinya dibaluti rasa kesal. Dia teringat perbualanya malam tadi, Nuri ada mengatakan Alhamdullilah merujuk kepada dia menghubunginya,  tapi kerana tidak sabar terus saja dia menyampaikan kesusahan yang dialami kerana Sarah keracunan makan. Makin kusut kepala Syukri memikirkan kesilapanya.

“Kalau Syukri nak jenguk dia masih sempat lagi ni, waktu melawat rasanya sampai pukul 2 petang..pergilah cepat”.

Kak Ton memberi nombor bilik dan wad yang menempatkan Nuri di PPUM. Bergegas Syukri menemui Nuri. Ketika dia sampai Nuri sedang baring dengan mata terpejam  anaknya yang berbalut kain disisinya. ‘tidur agaknya’Detik hati Syukri. Kelihatanya dikiri dan kanan katil Nuri ramai pelawat yang melawati mungkin saurada mara mereka. Hanya katil Nuri sahaja yang tidak berpelawat. Timbul rasa sedeh dihati Syukri. Seakan terpinggir isterinya. Dihampiri isterinya dengan rasa sebak. Sudahlah dia duduk diwad biasa..ohh sungguh terabai isterinya ini dari pemerhatianya.

“Asalamualaikum”. Salam diberi dengan perlahan. Nuri membuka mata.

“Walaikumsalam..ehh abang..Sarah dah baik ke?” Itu pula soalan yang keluar dari mulut Nuri. Sambil cuba bangun untuk menyandarkan diri. Cepat-cepat Syukri membantu isteritnya. Soalan isterinya tidak dijawap.

“Bila boleh keluar ni?”.

“tenguklah kalau anak dah buang air besar, petang nanti boleh lah balik”. Sedang mereka berbual-bual anakn ya merengek. Nuri mengambil anaknya untuk dipangku, tidak lama anak dipangkuanya diambil pula oleh Syukri lalu dicium lembut pipi anaknya.

“Kita dapat anak perempuan kata kak Ton, anak baba nak susu ye” Bila anaknya tetap merengek diserahkan semula anaknya kepangkuan isterinya. Kemudian Syukri cuba membetulkan duduk isterinya agar dia selesa menyusui anak..

“Susah nak bagi susu, orang tengah ramai, hendaknya baliklah petang ni..” Sungut Nuri perlahan  tapi masih didengari oleh Syukri. Nuri memasukkan anaknya kedalam baju untuk disusui.. tetapi anaknya enggan membuka mulut dan tetap merengek.

“Kenapa tak ambil kelas satu”. Syukri bangun dari duduknya menarik sedikit lansir bagi melindungi isterinya yang mahu menyusukan anaknya dari pandangan pelawat lain.

“Diaorang kata dah penuh”. Sambil menyuapkan puting susunya dia menjawab pertanyaan suaminya. Tetapi anaknya masih tidak mahu membuka mulut. Nuri masih mencuba memasukkan putting susnya kemulut comel anaknya. Syukri juga cuba membantu

“Kenapa tak ambil hospital swasta? abang bayarkan”. Nuri memandang suaminya. Melihat pandangan Nuri, Syukri tahu dia marah. Selama ini adakah dia ambil berat tentang dirinya? Dia hanya sibuk dengan isteri yang didepan mata sahaja(merujuk Sarah kerana Sarah bekerja dengannya) Satu perkataan jahat menyelinap dalam kepala Nuri. Kalau benar dia ambil berat tentu dia menyelidiki dirinya, bila sudah terasa ada perubahan pada dirinya sendiri. Padanya dia tidak akan memberitahu jika tidak ditanya. Jika suaminya sudah mencari isteri lain selain dia, dia tahu dirinya sudah tidak istimewa dimata suaminya.  Dia juga tidak akan menyorong diri untuk menagih kasih atau memaksa kasih suaminya kepadanya.

“Ok..oklah, Nuri pun dah selamat bersalin, abang nak call mak sekejap.”

“Tak payahlah call emak..”

“Kenapa pula?”

“Saya tak nak menyusahkan emak..”.

“Nuri suka ye abang kena marah, sebab tak bagi tahu Nuri dah bersalin, Nuri mengadung abang tak bagi tahu emak pun emak dah marah abang tahu”.  Mendengar jawapan suaminya makin terguris hati Nuri. Lawatan suaminya seakan-akan terpaksa hanya kerana  tanggung jawab atau takut  dimarahi oleh emakanya.

Syukri menghubungi emaknya diPengkalan Hulu dihadapan Nuri. Selesai dia berkata-kata dia mendekati anaknya yang sedang dibuka bedungannya oleh isterinya. Nuri mahu memastikan adakah lampin anaknya basah yang menyebabkan dia merengek.

“Alhamdullilah, dia dah buang air besar, mungkin petang ni saya boleh balik.”

“Ohh ye ke? hitamnya najis dia” Inilah pertama kali dia lihat najis pertama anaknya. Dia sudah terlepas pandang untuk Wafi dahulu.

“Nuri dah bagi nama anak kita ke”.

“Belum lagi, tak ada siapa nak daftarkan, kalau tak menjadi keberatan dan susah pada abang nanti abanglah tolong bayar dan daftarkan nama anak kita boleh. Duitnya saya dah sediakan”. Selesai Nuri membersihkan anaknya, dia mengambil segala dokumen yang diperlukan untuk pendaftaran nama anaknya. Dia menghulur kad mengandung, kad pengenalan dirinya dan duit untuk bayaran bill kepada suaminya.

“Nuri !!kenapa Nuri cakap macam tu pada abang.  Anak ni bukan abang ke?. Pada Nuri siapa abang ni”. Syukri sangat berkecil hati dengan perkataan Nuri. Pada Nuri hatinya yang sentiasa sakit, menyebabkan perkataan yang dikeluarkan diluar sedar itulah sebabnya dia lebih banyak membisu kerana itu lebih bagi dirinya dan utntuk suaminya juga. Sudah dicubanya untuk redha dengan ketentuan namun sukar benar.


“Bila boleh bayar bill,  sekarang ke?”. Semua dokumen diambil dari tangan isterinya kecuali duit.


“Tunggu pemeriksaan doctor sekejap lagi, kalau kata doctor dah boleh balik baru bayar billnya. Kalau abang rasa lama pergilah abang balik dulu. Kalau dah boleh balik nanti saya call abang”.

“Tak apa, abang boleh tunggu atau Nuri tak suka tenguk abang tercongok kat sini”.Perkataan yang terkeluar dari mulut Syukri juga kerana hatinya sakit dengan tingkah isterinya yang seperti tidak memerlukan dirinya.

“bang! saya tak ada apa-apa kalau abang duduk kat sini pun, abang tak boleh dan buat apa-apa, saya dah selamat lagi pun kat sini doctor dan nurse yang boleh tolong saya. Saya  sebolehnya tidak mahu mencuri masa Sarah bersama abang. Dia duduk rumah kan? dia pun tengah tak sihat dia perlukan abang.Jangan tuduh saya tunjuk baik pulak. Kenapa abang tak faham saya. Kenapa makin lama kita kahwin abang makin  tak faham saya?.” Syukri membisu mendengar kata-kata isterinya.

“..kenapa dikhalayak ramai pun kita masih nak bertengkar, mengapa dengan saya abang rasa tak puas hati. Sekarang buruk sangat perangai saya dimata abang?”. Rendah suara Nuri, menunjukkan dia sedang marah. Sekarang Syukri tahu sifat isterinya yang satu ini. Dia marah dengan suaranya yang rendah. Syukri hanya membisu mencerana kata-kata isterinya yang didepan mata. Tetapi mengapa dia tidak puas hati dengan Nuri?.. bukan… bukan, dia tidak marah dengan Nuri dia marah dengan dirinya sendiri.