~Siapa Ikut Blog Ni~

Pages

Friday, 17 May 2013

Bab19 Bimbang




Limau muda dibuat acar,
Tumbuk lumat halia sekati,
Sekali dua kata terlancar,
Jangan disemat didalam hati.



                 Sepanjang mereka menjadi suami isteri baru sekali ini Fatin merajuk hingga dia pulang kerumah orang tuanya.Selalunya jika dia marah atau merajuk hanya dengan kata-kata lembut dan sedikit gurauan hatinya sudah terpujuk.Tapi sekali ini dia begitu nekad.Dia tidak menduga akan itu tindakkan isterinya.Yang sebenarnya Farhan terkedu dengan tingkah isterinya tadi. Belum sempat dia memasang stratigi memujuk..isterinya sudah meninggalkan dirinya tercongok sendirian. Lagipun Farhan bukan pandai untuk memujuk.

                     Sedang dia memikir-mikir barulah dia tersedar keadaan sekeliling, cepat-cepat dia turun kebawah untuk memastikan keadaan isteri dan anak-anaknya. Tetapi hampa..isteri dan anak-anaknya sudah tiada.. mungkin sudah menaiki teksi. Dia naik semula kerumah, dia bagai orang kebingunan.Terasa begitu kosong rumahnya.Sunyi terasa dimana-mana.Dia kedapur kemudian kebilik anak-anaknya akhir sekali dia bilik tidurnya sendiri lalu dia merebahkan dirinya.Matanya dipejamkan supaya dapat terlena.Dia ingin berehat seperti yang disarankan oleh isterinya tadi.Tetapi matanya terkebil-kebil pula.Mengapa lenanya tidak mahu singgah kemata.Perutnya pula berbunyi tanda minta diisi. Bila dilihat jam dipergelangan tanganya sudah pukul dua petang. Dia bangun kemeja makan.. semuanya sudah siap terhidang hanya tinggal menyenduk nasi sahaja. Selalunya nasinya juga isteri yang akan  menyendukkan untuknya. Mengapakah setelah ditinggal sendirian barulah Farhan tersedar, semua isterinya  yang melakukan untuk dirinya.

                    Makan bersendiri dalam keadaan yang sunyi tampa tangisan dan gelak ketawa anak-anaknya ditambah lagi dengan ketiadaan suara isteri yang selalu berlagu ditepi telinga rupanya tidak menimbulkan selera. Walau pun dihadapanya adalah masakkan kegemaranya. Ayam masak kari bersama kentang. Dia hanya makan sedikit sahaja. Perut masih minta diisi namun seleranya sudah tertutup mati..akhirnya nasi yang hanya luak separuh terjun ketong sampah didapur.  Seleranya tumpul tertutup. Selesai berkemas dia mengambil wuduk untuk solat zohor..kekalutanya tadi menyebabkan dia terlupa solat zohor. Selesai bersolat Farhan termenung lagi disejadah. Dia rasa bersalah menjengah hatinya kerna membiarkan isterinya pergi  ..Dia tahu isterinya belum menjamah makan tengaharinya. Pada kebiasaanya isterinya akan menyuapi anak-anaknya dahulu  kemudian dia akan menemani dirinya untuk mengambilkan apa sahaja keperluan dirinya dan akhir sekali baru lah dia makan untuk diri sendirinya. Itulah Fatin Najihah isterinya..dia akan mendahulukan suami dan anak-anaknya. Kesal menerpa  hatinya… mengapakan dia terlalu mengikutkan rasa hatinya tadi.


                      Hajjah Noraini terkejut  dengan kedatangan anak perempuan tunggalnya bersama anak-anaknya hanya dengan menaiki teksi sahaja. Dia sudah menjangkakan mungkin ada perselisihan faham antara mereka  suami isteri. Bila melihat wajah keruh anaknya dia tidak bertanya.

“Abang angah masuk..dah makan?” neneknya bertanya. Sambil menyambut huluran salam anak dan cucu-cucunya. Fatin tidak bersuara dia hanya memerhati tingkahlaku anak-anaknya sahaja. Diwajahnya tergambar keletihan dan kesedihan.

“Abang dengan angah dah makan tadi, tapi ibu suap sikit saja abang rasa nak makan lagi lah nenek”.Cucunya yang tua mengadu. Angah disebelah hanya mengangguk-anggukkan kepala tanda menyokong aduan abangnya.

“Ialah nanti nenek suapkan, nenek ada masak sup ayam dengan kentang tadi…kakak letak anak kamu yang kecil tu…kakak dah sembayang?   kalau belum pergi sembayang dulu dah dekat pukul tiga ni.” Fatin meletakkan anaknya yang kecil diruang tamu dia kebilik air mengambil wuduk. Apabila sikecil mula merengek Hajjah Noraini mengambil lalu diangkatnmya cucunya.

“Abang dengan angah tunggu sekejap ye nenek nak dukung adik, biar ibu sembahyang dulu nanti baru makan ye.” kedua orang cucunya hanya mengangguk kepalanya sahaja.Selesai solat, Fatin mengambil anaknya yang kecil dari dukungan neneknya.

“ Aman nak tidur ye…meh nenen, kita tidur kat bilik ye.”  (Nenen bagi istilah Fatin sekeluarga adalah menyusu) Fatin masuk kebiliknya untuk menyusui anaknya. Bilik itu adalah biliknya, tiada siapa menghuni bilik itu walaupun kini dia sudah berumah tangga.Jika sesekali dia pulang kerumah ibunya dibilik itulah mereka sekeluarga tidur.

                 Kini anaknya yang kecil sudah pun terlena, giliran anaknya yang dua orang pula untuk ditidurkan.Anak-anak Fatin dan Farhan dibiasakan tidur diwaktu tengahari.Seteleh semuanya tidur Fatin pula mengisi perutnya ditemani oleh ibunya didapur.Dia kelaparan sebenarnya.Sedari tadi dia belum menjamah makanan lagi.Ketika bersarapan pagi tadi dia hanya sempat minum secawan milo panas sahaja.Pagi itu Farhan tidak sabar-sabar hendak kerumah ayah dan ibunya yang sudah dua minggu tidak dikunjungi, kerana dua minggu itu dia sibuk dengan kerjanya.Ketika dirumah ibu nya pagi tadi pula, dia sibuk mengawal tingkah-laku anak-anaknya. Dirumah ibu mertuanya pula belum sempat dia menarik nafas lega Farhan sudah naik angin dan mengajaknya pulang.

                Selesai makan mereka dua beranak keruang tamu. Haji Rasid tiada dirumah dia kekebun arwah ibunya membersihkan kebun ibunya yang sudah mula naik semak.Ketika itu barulah Hajjah Noraini bertanya perihal anak perempuanya.

“Kenapa kakak balik tak sama Farhan..kakak bergaduh ke?.” Hajjah NurAini mula menyiasat. Seingatnya sepanjang perkahwinan anak perempuanya tidak pernah anaknya pulang sendirian tampa ditemani oleh suaminya. Dia bersyukur kerana kelihatnya menantunya itu seorang yang bertanggung jawab dan penyayang kepada isteri dan anak-anaknya.

“Kakak taklah bergaduh..hanya nak bagi dia rehat saja. Dia dah letih dengan kenakalan abang dan angah yang tak tahu duduk diam.”

“jadi kakak kecik hatilah bila suami kamu tu marahkan anak-anak..  jangan macam tu kakak, mereka kan anak-anak dia juga. Sepatutnya kalau Farhan marahkan anak, kakak jangan masuk campur..sebab dia marah untuk kebaikan anak kakak juga.”

“Ibu!!..kakak tak kisah kalau abang marah anak..mereka semuanya anak dia, kakak tak kisah sebenarnya..tapi yang kakak tak tahan dengan bahasa yang digunakkan untuk marahkan anak-anak..dia selalu kata anak-anak macam kera macam beruk..kakak tak tahan dia umpamakan anak-anak  macam tu.”

“Betul tu kakak kita jangan sekali menyamakan anak-anak kita pada benda atau perkara yang tak elok..bukan ke kata-kata ibu dan ayah merupakan doa kepada semua anak-anaknya. Sepatutnya kakak tegurlah dengan elok kalau Farhan cakap macam tu, jangan terus keluar rumah macam ni.”

“Kakak dah cakap banyak kali dengan dia macam tu..tapi abang macam tak boleh nak ubah perangai dan perkataan dia..sekarang ni abang macam dah lain sikit..suka marah-marah.. dah tak sabar macam dulu lagi.. kalau dia dah marah didepan orang pun dia marah kakak..pagi tadi tu dia jerit-jeritkan kakak ni didepan ibu dia..bila kakak tak melawan makin menjadi-jadi pulak dia.”

“Ialah kakak, kita ni suami isteri kena banyak bersabar kalau satu tengah marah yang satu lagi kena diam..kalau tidak makin melarat jadinya, rumah tangga kita juga yang tak aman. Kalau dilihat sekarang ni bukan hanya kita berdua saja..kita kena tenguk pada anak-anak juga.” Nasihat Hajjah Nur Aini kepada anak perempuan tunggalnya..Sebagai seorang ibu dia harus memberi tunjuk ajar..bagaimana  mahu hidup berkeluarga. Dia tidak mahu berat sebelah memenangkan anaknya walaupun itu anak perempuan tunggalnya..anak kesayangan seluruh ahli keluarganya.

“Sebab kakak sabarlah kakak diam tapi kakak dah tak tahan  lah bu..kat rumah tadi dia cakap macam tu lagi pada anak-anak dia..dia cakap kakak ni menyusahkan dia.. dia kata semua dia nak kena buat, entah apa yang dia buat pun kakak tak tahu..tadi kakak masak pun sorang-sorang, dah lah balik dah nak  tengahari.  Abang kalau  dah marah dia memang tak nak tolong kakak.. tolong jaga anak pun tak nak. Terkial-kial kakak sorang  nak masak anak lagi…” Fatin mula mengadu perbuatan suaminya kepada ibunya. Walaupun  dia begitu bersimpati pada anak kesayanganya tetapi harus bijak mengawal dirinya. Dia tidak mahu  terlalu memberi sokongan kepada anak perempuanya takut mendatangkan perkara yang tidak baik dikemudian hari. Dia hanya perlu memberi sokongan moral tatapi tak harus masuk campur dalam urusan rumah tangga anaknya suami isteri..walaupun hatinya sedeh anak kesayanganya diperlakukan begitu oleh suaminya.

“Sabarlah kakak…sebaiknya kita ni bertolak ansur..dan belajar memaafkan.” Mendengar kata-kata ibunya Fatin mendiamkan dirinya. Dia memandag ibunya sayu kemudian dia bersuara dengan suara yang lirih. Dia tahu ibunya tidak akan menyokong seratus peratus akan segala tindakkanya.

“Ibu… kakak nak duduk sini dalam seminggu boleh tak bu..kakak nak abang betul-betul berehat..kakak nak berulang kerja dari sini.”

“Tadi masa kakak keluar  mintak izin tak?..kalau tak minta izin ibu tak berani nak benarkan. Berdosa seorang isteri yang keluar  rumah tampa izin suaminya.. dosanya berpanjangan selama dia  berada diluar  rumah suminya.  Ibu sayang kakak… Ibu tak nak kakak menanggung dosa..”. Lirih kedengaran luahan sayang Hajjah NurAini kepada anak perempuanya. Ingat!! itulah hakikatnya seorang anak perempuan yang sudah berumahtangga syurganya sudah  dibawah tapak kaki suaminya. Allah tak redha selagi suami tak redha kepada seorang isteri. jika kalian mati tidak mendapat redha suami kalian tidak akan mendapat redha Allah SWT, kerana redha Allah SWT bergantung kepada redha suami.

“Kakak dah minta izin..dia kata dia tak halau kakak dan tak halang kakak kalau kakak nak pergi rumah ibu.”

“Kalau macam tu bolehlah..duduk sini, anak biar ibu jagakan..esok kakak pergilah kerja.” Hajjah Nor Aini sudah dua tahun berpencen kini dia menjadi surirumah tangga sepenuh masa. Didalam hatinya berdoa agar cepat  tenang dan damai rumahtangga  anak dan menatunya dalam waktu terdekat.

                 Pagi itu Fatin ketempat kerja nya menaiki motosikal ayahnya. Itulah pertama kali sejak dia berumahtangga dia pergi ketemat kerja tampa Farhan. Kekok rasanya kerana sudah lama tidak menunggang motosikal. Hatinya berdebar-debar namun digagahkan juga untuk mencari kebiasaan yang telah lama ditinggakan. Tetapi entah apalah malang tidak berbau untuk Fatin. Ketika dia tiba dipersimpangan masuk kehospital sebuah kereta kancil tiba-tiba membelok tampa amaran. Fatin yang sedang laju juga kearah selekoh..mereka bertembung di selekoh masuk. Fatin tergolek di tepi jalan. Jatuhan motosikalnya menghempap kaki. Pemandu kereta KANCIL seorang perempuan itu keluar  tergesa-gesa. Dengan wajah  pucat dan suara yang mengigil dia meminta maaf.  Dia tahu itu kesalahanya kerana tidak memberi isyarat membelok ketika membelok tadi.

“Ya Allah..maafkan saya..maafkan saya saya tak perasan tadi. ...kalamkabut anak tengah menangis.”Sambil membantu Fatin mengangkat motosikalnya.Fatin terdengar suara bayi menangis kuat diadalam kereta wanita tadi.

“ok…ok tak payahlah..tak payahlah pergi tenguk anak awak tu tengah menangis..saya ok , saya tak apa-apa” secara spontan Fatin menegakkan motosikalnya dan dia sudah bersedia untuk pergi. Wanita tadi terpinga-pinga tetapi tersedar dengan tangisan anakanya diadalam kereta.Sekali lagi dia meminta maaf.

“Maaf ye..cik tak cedera ke?.”

“Ok..ok saya tak ada apa-apa.” Ketika itu Fatin sememang tidak merasa apa-apa hanya terasa sengal di bahagian pehanya  sahaja mungkin kerana hempapan motosikalnya tadi. Sampai  di tempat kerja barulah Fatin merasa perit dan sakit dilututnya dan sikunya.Dia kebilik air, dia menyelak kaki seluarnya dan lengan bajunya dilihat ada luka yang mula mengeluarkan darah.Seluar dibahagian lututnya juga terkoyak sedikit.Dibasuhnya luka dilutut dan siku mengguna ubat pembasmi kuman kemudian dia meminta rakannya memberi satu dos suntikant untuk kancing gigi.Dia dinasihatkan berehat hari itu dan diberi cuti selama dua hari.Dia pulang semula kerumah.



                    Pagi itu Farhan terlewat bangun dan terlewat ketempat kerja. Malam itu dia tidak dapat  lena. Hampir pukul dua pagi baru lenanya singgah dimata, akibatnya dia kelewatan hari itu. Pagi itu dirasakan rumah sangat sunyi, tiada ribut dan kekecohan seperti selalu. Tiada lagi isterinya yang terjerit-jerit mengarahkan anak sulungnya.Tiada lagi rengekkan angah yang menangis kerana tidurnya terganggu. Ribut hanya diri sendiri yang kelewatan bangun bila tiada situkang kejut. Rupanya dengan ketiadaan ketawa-tangisan anak-anaknya menjadikan rumahnya  kosong dan beku. Dia bergesa ketempat kerja dengan perut yang kosong. Tidak pernah selama dia berumah tangga dia ketempat kerja dengan perut yang berbunyi minta diisi. Farhan mengelus perutnya seakan memujuk agar bersabar .

                  Didalam  kereta Farhan terbayang kebiasaan  rumahnya di waktu pagi. Dengan perilaku isterinya yang terkejar-kejar menyiapkan sarapan pagi mereka kemudian mennyiapkan keperluan anak-anaknya untuk dihantar kerumah pengasuh. Setelah mereka selesai solat dan bersarapan barulah isterinya mengejutkan anak-anaknya  yang telah besar sedikit,  anaknya yang kecil akan dikendung  untuk dihantar kerumah pengasuh. Selepas itu mereka akan ketempat kerja.

                     Dikala itu Farhan mengeluh didalam hati alangkah baiknya jika anak-anak  ada orang yang siap mengatur. Tidaklah mereka pagi-pagi buta bersusahpayah menghantar kerumah orang. Tetapi jika mereka memiliki  pengasuh dirumah akan membataskan pergerakkan dirinya dirumah pula. Dia juga tidak boleh lepas laku. Dia tidak suka keadaan itu.

.. orang beristeri dia ingin beristeri, orang beranak  dia  mahu anak juga. Tetapi setelah beranak dia menjadi rimas pula. Anak pulak tidak cukup jika seorang  dua sahaja. Entah apa yang dimahukan oleh hatinya dia juga tidak faham. Hai Farhan fahamilah hati mu Dia merasa ingin bersunyi-sunyi seperti sebelum mereka mempunyai anak dulu.. Ahh Farhan ingin mengulangai zaman yang tidak mungkin akan berpatah semula kebelakang.


                 Pagi ini lain pulak ceritanya baru sehari sunyi mendakap dirinya, harinya sudah tidak tentu arah.Sejak dia berkhawin itulah kali pertama dia kelewatan ketempat kerja. Itulah kali pertama perutnya pula berbunyi kelaparan.  Dia sudah mula rindu akan kehadiran isteri dan anak-anaknya. Tetapi selama ini itulah yang diimpikan agar dapat dia merasa damai.Sampai ditempat kerja sahabatnya menegur..

“Assalammulaikaum..lambat hari ni kenapa? …muka kau nampak letih, tak sihat ke Han? Orang rumah kau berisi lagi ke..baru lima bulan anak kau yang kecil takkan dah berisi lagi...”

“Hsyy ke situ pulak kau ni. Aku sihat tapi hati aku yang tak sihat.” Farhan berkata dengan perlahan.

“Apa pasal pulak hati kau tak sihat…habis orang rumah kau pun lambat juga ke hari ini?”

“Dia tak ada kat rumahlah yang aku lambat ni.”

“Dia pergi mana?”

“Kau ni Lan kalau menyiasat sampai keakar umbilah.”

“Ialah sebab dah diluar dari kebiasaan..biasanya isteri kau tak pernah tak ada disisi kau…alih-alih kau ditinggal sorang.. dia pergi mana?”.

“Entahlah Lan..ini semuanya salah aku.” Farhan mengakui kesalahanya.Wajahnya ditundukkan nampak murung.

“Takkan kau tak tahu isteri kau pergi mana.Ceritalah Han kita nikan sahabat..kalau kau tak cerita dengan sahabat sendiri denagn siapa lagi kau nak cerita. Lagi pun dengan bercerita masaalah kita, mungkin kita boleh memperbaiki kesilapan kita.”Edlan sudi mendengar cerita sahabat yang sedang bermsaalah dengan isterinya.Sambil menepuk-nepuk perlahan bahu sahabatnya memberi semangat.

“Ialah Lan memang aku nak cerita dengan kau..aku percaya dengan kau..kau lah sahabat aku yang sejati..semua rahsia aku selamat kalau aku cerita dengan kau Lan”.

“Kau pun sama Han kau pun amanah dengan segala rahsia aku..aku sebetulnya bersyukur dipertemukan dengan kau sebagai sahabat aku”.

“Sama-samalah kita Lan, nanti lah kalau ada masa lapang aku cerita.. dah ramai pesakit tunggu ubat tu..lagi pun aku malulah dengar dek orang lain, bila mereka dengar masaalah rumah tangga aku.” Farhan berbisik ketelinga Edlan sahabatnya.

“Ialah aku faham..aku tunggu.” Mereka berdua sahabat yang akrab, segala masaalah termasuklah yang peribadi  akan mereka dikongsi berdua.
Kalau ada masaalah rumah tangga atau apapun masaalah ditempat kerja mereka akan cuba mencari jalan penyeselasaian bersama. Mereka akan nasihat menasihati  antara satu sama lain . Seperti yang dijanjikan dia waktu rehat Farhan menceritakan masaalah rumah tangganya.


“Dia pergi mana..selalu kat mana ada kau kat situlah  dia..lagi pun kau ni mana boleh berpisah dengan isteri kau tu. Aku tak pernah dengar kau berrenggang dengan isterikau walau sehari sejak kau kawin dengan dia.”

“Dia balik rumah aya ibu dia.”

“kau berdua bergaduh ke..sampai dia tinggalkan kat rumah kau sorang-sorang”.


“Aku tak bergaduh”.

“Habis kalau tak bergaduh kenapa dia tinggalkan kau..kau yang saja-saja suruh dia balik rumah ayah ibu dia?”

“Tak juga ..tapi agaknya dia kecil hati dengan aku, semalam aku marah dia depan mak aku.”

“Takkan marah sikit dia boleh kecik hati, aku tenguk isterikau tu taklah cepat sangat nak kecik hati..hari tu kau marah dia depan aku dia tak kisah pun.. entah-entah ada perkataan yang dia tak suka kau sebut tak.”

“Mungkin juga sebab sudah  selalu juga aku cakap dia dan anak-anak menyusahkan aku..agaknya itu yang menyebabkan dia kecik hati..tapi aku tengukkan Lan isteri aku nilebih sayangkan anak dia dari aku ni..itu yang aku rasa naik angina saja.”

“Han kau sedar tak apa yang kau cakap..perkataan yang ‘dia meyusahkan kau’ kalau kau cakap kat aku pun aku terasa tau.”

“Aku tengah hangin masa tu..hati aku ni meradang saja tenguk dia manjakan anak-anak dia, beri perhatian lebih pada budak-budak tu sedangkan aku suami  dia dibiarkan saja.”

“Apa maksud kau dibiarkan..dia dah tak hiraukan makan minum kau atau pakaian kau tak dibasuhnya ke ??tapi aku tenguk hari-hari baju kau licin bergosok, tak pernah aku tenguk kau pakai basuk atau  berkedut dan aku tak pernah nampak kau pakai baju semalam..aku rasa hari-hari kau ganti baju.”.

“Taklah sampai macam tu..dia masih jaga makan pakai aku..tapi masa dia ..masa dia lebih banyak dengan memberi perhatian pada anak-anak..itu yang aku rasa macam dia tak hiraukan aku lagi..tak macam dulu masa kami belum ada anak hari-hari ada saja gurau senda dia..kalau tak pejam mata dia takkan berhenti dia bercakap, sekarang ni nak pandang muka aku ni pun macam tak sempat”.

“Han..Han kenapa sampai macam tu sekali kau minta layanan dari dia?... Kenapa kau tak fikir dia tu pekerja  dan ibu..lagipun kau bagi dia anak berderet-deret. Cuba kau pandang anak kau yang tua baru empat tahun adik dah dua..yang nombor dua tu baru dua tahun daah ada adik…anak kau  yang kecik lima bulan kan..semuanya belum pandai lagi menguruskan diri sendiri..buang airnya kena dibasuhkan dan makannya pun masih bersuap termasuklah yang tua tu. Betul tak Han,”.

“Betullah apa yang kau cakap tu Lan..memang dia ibu yang sangat ambil berat pada anak-anak dia…”.










Saturday, 11 May 2013

Bab 18 Bimbang





Sedang ibu duduk menjahit,
Tercucuk pula jarum dijari,
Sedangkan lidah lagi tergigit,
Inikan pula suami isteri.



Kini sudah lima tahun usia perkahwinan Farhan dan Fatin. Anak mereka pula sudah ada tiga orang yang sulung berusia  empat tahun  yang kedua berusia dua tahun dan kecil baru berusia lima bulan. Ketika kecil kesemua akak-anaknya disusui dengan susu ibunya. Kesibukkan Fatin menjadi ibu kepada tiga orang anak ditambah lagi  yang anak kecil  masih  menyusu badan menyebabkan Farhan rasa tersisih. Dia rindukan perhatian dari isterinmya. Dia menginginkan layanan isteri seperti  dulu, seperti mereka belum lagi mempunyai anak. Bermanja-manja tampa gangguan. Rasa terkilan yang terpendam dari hari kehari menyebabkan perangainya berubah…air mukanya sentiasa mendung. Sikapnya sekarang cepat meradang. Ditambah lagi bila melihat perangai  anak-anak yang lasak.  Fatin pula setelah terbeban dengan tagungug jawab sebagai isteri, ibu dan pekeja menyebabkan dia mudah lupa dan mudah penat.  Pagi itu ditempat kerjanya Farhan ditergur oleh sahabatnya Arief  Edlan yang amat peka  dengan perubahan sikap sahabatnyai.

“Assalamualaikum..kenapa Han nampak letih saja.”

“Entahlah sekarang  aku ni macam tak ada mood saja. Aku rasa macam tak ada semngat lah Lan.”

“Kenapa pulak..kau bergaduh ke dengan orang rumah kau ke?.”

“Taklah bergaduh..tapi dia tu sekarang macam tak pedulikkan aku saja dia asyik dengan anak-anak dia saja.”

“Hai Han..anak-anak dia kata kau..bukan ke mereka anak kau juga.”

“Memanglah anak aku tapi aku rasa..aku ni dia dah tak pedulikan lagi.  Makin lama kita serumah dengan dia aku rasa dia makin tak  ada masa dengan aku..isteri kau macam tu ke Lan.”

“Kenapa kau fikir macam tu Han. Kan dia sibuk uruskan anak-anak kau yang masih kecik-kecik tu”.

“Sampai terlupa aku ni suami dia. Orang lain ada anak juga..macam Su pun ada anak… dia sisih kau ke Lan?”.

“Han kau jangan lupa… anak kau umur berapa tahun..anak aku umur berapa tahun.. sebetulnya kau tu yang salah..dah kau yang  bagi anak deret-deret  kat dia..kecik-kecik lagi anak kau dah ada adik. Cuba kau fikir.. anak kau dah tiga orang anak aku masih dua orang lagi. Ni dalam masa lima tahun.. tiga orang kau bagi dia macam mana dia nak bagi masa kat kau.”

“Aku nak cepat-cepat habis dia beranak kecik..supaya dia cepat rehat.”

“Kalau macam tu kau kenalah bertolak ansur.. tolong dia, tolong jaga anak..sentiasa bersabar… masa ni anak-anak masih kecik lagi kau kena berkorban perasaan sikit..mereka anak-anak kau juga."

"Aku sabrlah ni kalau tak mungkin hari-hari kami bergaduh..tapi dia tu asyik dengan anak saja..lepas sorang..sorang yang dia layan".

 Kau kena fikir Han mana ada budak yang lahir tup-tup dah pandai berdikari, sekurang-kurangnya ambil masa lima enam tahu barulah pandai mencari makan pakai dia sendiri. Masa ni  diaorang kena bimbing..kena ajar...makan nak kena suap pergi tandas nak kena ajar..”.  Farhan hanya mendiamkan diri sahaja mendengar bebelan sahabatnya.
'Hai Farhan ni..dari zaman nak mengurat dah sampai ada anak pun masih kena bagi tunujk ajar juga'. Detik hati Arief  Edlan.


“...tapi yang sebetulnya kau nak berapa orang anak. Aku tenguk belum sempat isteri kau betul-betul ramping  daaah kembung lagi…tiap tahun isteri kau dapat PJK ( Perut Maju Kedepan)…” hahaha Edlan cuba berlucu untuk mengurangkan  ketegangan di wajah sahabatnya. Farhan menjeling tajam kearah sahabatnya yang galak mentertawakan dirinya, namun dijawab juga soalan yang terpacul dibibirnya.

“Aku tak kisah berapa sebetulnya tapi aku teringin nak anak perempuan.. kalau yang kecil ni tadi perempun aku dah stop rasanya..tapi tak tahulah aku ni asyik dapat anak lelaki saja.”

“Kau ni Han tak bersyukur langsung, ada orang tu berhenmpas pulas tunggu bertahun-tahun tak dapat juga anak.Kau baru lima tahu dah tiga...kau tenguk aku ni pulak asyik dapat anak perempun saja..tapi aku reda..sebab benih tu dari kita, Han!.. kita tak boleh nak salahkan mereka. Dah Gen kau  yang aktif Gen Y dapatlah kau anak lelaki..aku pulak Gen X aku yang aktiv dapatlah aku anak perempuan.. nak buat macam mana. Itukan semua kuasa Allah. Ehh baru aku teringat satu petua arwah atuk aku..dia kata kalau nak anak lelaki makan sayur sawi banyak-banyak. Aku nak cubalah sebelum Su mengandung lagi ni. Kau pulak kau stop makan sawi. Jangan lupa  jangan kau ambil sayur sawi lagi.. ni tidak kalau nampak sawi berhantu.. tak cuckup yang kat pinggan kau kau ambil pulak yang kat pinggan aku.” Farhan sememngnya suka makan sayur terutama sayur hijau. Oleh kerana sudah terbiasa apabila mereka makan bersama dia akan mengutip sayur-sayur di pinggan Edlan yang tidak dimakannya. Edlan tidak  suka makan sayur .. sayur kegemaranya hanya bunga kobis dan salat sahaja. Kalau sawi apatah lagi ‘pahit’ katanya.


“,  aku tahu tu pasal gen..gen ni, kan kita ada belajar dulu aku masih ingat. Tapi entah lah Lan” Farhan mengeluh lemah. Rasa tidak puas hatinya masih bersarang dilubuk hatinya.  Itulah manusia  terutama manusia seperti  Farhan… kalau tak ada.. salah dah ada.. pun salah.  Dah dapat lelaki nak kan perempuan dah dah dapat perempuan nak pula lelaki. Kalau dah dapat semuanya nakkan yang cantik, nak lawa, nak bijak macam-macam manusia ni.. tak  pernah besyukur pada kurniaannya…Kalau Tun Mahathir kata Melayu mudah lupa ..tapi yang sebetulnya manusia ni yang selalu lupa tidak kira bangsa atau keturunan.. lupa untuk mensyukuri Rahmat Allah. Betul tak?.


Seperti  kebiasaan cuti hujung minggu mereka sekeluarga akan mengunjungi  rumah orang tua mereka..ketika dirumah keluarga Fatin lagi Farhan sudah menahan sabar melihat tingkah laku anak-anaknya yang begitu aktif. Berkejaran dirumah luas datuk dan nenek mereka.Tetapi kemarahanya dia tahan dihadapan kedua mertuanya. Masih ada lagi sifat malu Farhan untuk menjerkah anak-anaknya dirumah mertuanya.. kalau dirumahnya sendiri tentu sudah berhambur  jerkahan untuk mengawal tingkahlaku anak-anaknya. Kemudian mereka kerumah keluarga Farhan pula. Ketika dirumah keluarganya juga begitu. Dia hairan melihat gelagat anak-anakya yang dua orang itu tidak tahu penat. Asyik bergurau berkejaran tidak boleh hendak  duduk diam.  Bila ditegur duduknya hanya sekejap sahaja kemudian mereka akan melakukan aktiviti mereka semula.. mulalah Farhan bersuara.

“Abang, angah tak boleh duduk ke..ayah nak cerita dengan atuk dan nenek pun dah tak boleh.”  Hanya sekejap sahaja anak-anak mendengar kata-katanya, sekejapan itu pula mereka memulakan kenakalannya  dengan mula tercuit-cuit kemudian bertepuk tampar lalu berlari dan terlompat-lompat di sofa datuk dan nenek mereka.

“Abang dengan angah macam kera ni kenapa?? tak boleh ke duduk diam ke?..ayah pening lah dengan perangai kauorang berdua ni.”

“Han kenapa cakap anak macam tu.. tak baik Han.” Tegur ayahnya dengan ucapan yang terkeluar dari mulut Farhan.

Farhan sekarang ini mudah marah..mungkin kerana rajuk yang terpendam. Jika sudah marah mula terkeluar perkataan yang tidak elok untuk anak-anaknya. Itulah satu sifat Farhan yang menjeruk hati isterinya. Walaupun sudah berkali Fatin mengingatkan suaminya bahawa perkataan yang keluar dari mulutnya merupakan doa untuk anak-anak mereka.


“Bang janganlah umpamakan anak-anak kita macam tu. Abang tu kan ayah mereka. Janganlah kita sama kan anak-anak kita dengan sesuatu yang tidak elok.. setiap apa yanag kita keluarkan untuk anak-anak adalah doa.. sedangkan doa ibu bapa adalah doa yang mustajab untuk mereka.. apa akan jadi kalau kata-kata yang keluar dari mulut abang dimakbulkan Allah …itu anak-anak kita bang.”

“Kalau macam tu jangan bagi abang marah. Abang rimas dengan perangai abang dengan angah tu. Penat tau Ha..penat kerja lagi balik tak sudah dengan perangai abang dengan angah..Abang dah tahan dengan perangai diaoarang.. abang kalau dah marah memang susah nak kawal apa yang keluar dari mulut abang ni”.. Ketika itu angah sendang menangis kerana diusik oleh abangnya.

 “Ialah cubalah bersabar sikit..merekakan masih kecil lagi, mana ada budak kecil tak lasak.. dunia mereka hanya tahu bermain bergurau dan berkelahi itu adatlah.. lagi pun kalau anak-anak duduk diam saja tentu kita risau juga, tentu ada yang tak kena dengan mental mereka.”

“Ha ni selalu nak menangkan anak”. Farhan mendengus lalu berlalu kebilik mereka dan menutup pintu biliknya dengan kuat. Itulah sifat Farhan setelah dia mempunyai anak-anak.

Angin Farhan tidak dapat ditahan walaupun dirumah kedua ayah dan ibunya. Anak yang terasa bebas dirumah atuk dan nenek bertambah aktiv tingkahnya. Fatin pula sendang menyusukan anaknya yang kecil  didalam bilik, dia mendengar apa yang diperkatakan oleh suaminya tentang anak-anaknya hatinya menjadi sayu.

 Farhan sekarang ini merasakan isterinya selalu menghilang kan diri bersama anak kecil mereka dan perasaan tersisih Farhan makin menebal mengocakkan kesabaran yang cuba dibina. Pada Fatin pula dia tidak suka menyusukan anaknya dihadapan abang-abangya kerana dia ingin menjaga auratnya, yaitu payudaranya dari dilihat oleh anak-anak yang telah besar sedikiti atau adik-adik lelakinya. Sebab itulah setiap kali menyusui anak kecilnya dia akan masuk kebilik. Tetapi pada Farhan isterinya sering menghidar diri darinya.. Mengapakah Farhan tidak dapat memahami tindak-tanduk isterinya..Mengapakah setelah lama berumah tangga, Farhan sudah tidak dapat bertolak ansur dengan isterinya lagi. Atau kerana adanya anak-anak maka berubah tinggkahnya, tetapi banyak orang mengatakan anak-anak adalah penyeri rumah tangga dan menguatkan lagi kasih saying antara suami dan isteri. Entahlah mungkin Farhan belum bersedia dengan cabaran beranak kecil. Tetapi bagaimana mahu mengundur lagi, anak-anaknya sudah tiga orang didepan mata. Jawapannya SABAR...Sifat sabar adalah sebahagian dari iman.



Kini dihadapan kedua ibu dan ayahnya sendiri  Farhan memperkatakan lagi perkataan yangi tidak elok untuk anak-anak mereka. Oleh kerana tiada kesabaran dan sakit hati dengan anak-anaknya Farhan mengajak meraka pulang sahaja, walaupun mereka baru sahaja duduk tidak sampai satu jam..dia lebih suka dirumahnya sendiri. Mudah baginya mahu mendenda atau merotan mereka sebagai pengajaran kepada anak-anaknnya. Ketika itu jam baru menunjukkan pukul sebelas pagi.

“Kita balik lah..ayah panggil ibu.. kita balik sekarang, pergi masuk kereta.”Herdik  Farhan marahnya sudah tidak dapat dibendung lagi. Setelah mempunyai anak-anak barulah terserlah sikap Farhan yang  tidak sabar.


“Farhan sabarlah..diaorang nikan masih budak-budak.. mana ada budak tak nakal Han.” pujuk ayahnya. Farhan tidak memperdulikkan pujukkan ayahnya.Dia kebilik belakang untuk memanggil isterinya. Ketika pintu di buka Fatin baru memperbetulkan bajunya dia melekapkan jari telunjuk dibibirnya.

“Hsyyy..baru tidur tu ..Ha nak tolong ibu masak pulak..abang tolong letakkan bantal kat tepi-tepi Aman ni ye.” Perlahan Fatin berbicara dengan suaminya.

“Dah..dah kita balik saja abang dah tak tahan dengan perangai budak dua ekor tu macam kera terlompat-lompat  tak tahu nak duduk diam.” Rasa menusuk kata-kata suaminya menikam  kehatinya bila di sebuat ‘budak dua ekor macam kera’ merujuk kepada dua orang anak-anaknya abang dan angah.

Sememangnya Farhan jika sudah marah perkataanya sukar untuk dibendung.  Walau pun dia tahu isterinya tidak suka dengan perkataanya yang keluar dari bibirnya. Fatin ingin membalas kata-kata suaminya tapi ditahannya sahaja. Dia tidak mahu pertengkaran berlaku dirumah mentuanya. Suara Farhan yang tinggi mengejutkan anaknya yang baru hendak lena. Anaknya yang berusia lima bulan mula menangis. Fatin cuba menepuk punggung anaknya tapi Farhan menjerkahnya lagi.

“Cepatlah kita balik sekarang..tidurkan saja kat rumah kita.” Farhan sudah berdahuluan keluar dari bilik menuju kepintu untuk pulang  kerumahnya.

“Cepat masuk kereta..kita balik sekarang… tak tahu duduk diam.” Kedua orang anaknya yang terkebil-kebil bila di tengking oleh ayahnya menuruti sahaja segala arahan masuk kedalam kereta, sementara Fatin mendukung anaknya yang masih menangis kerana tidurnya terganggu.

“Han sabarlah...tunggulah makan dulu dah pukul sebelas ni..kita makanlah ramai-ramai kat sini.” ibunya bersuara dari dapur cuba menghalang. Hajjah Fatimah sudah mula memasak untuk makan tengahari mereka menjengah ruang tamu bila mendengar suara Farhan yang sudah tinggi kerana memarahi anak-anaknya.. Dia ingin makan beramai-ramai bersama anak menantu serta cucu-cucunya.

“Tak apalah bu ..nak makan pun tak selera dengan perangai budak dua ekor ni.”  Fatin menghulur tangan  untuk menyalami ibu mertuanya. Dia hanya mendiamkan dirinya sahaja dengan tingkah suaminya.. anak didukunganya masih menangis.

“Kesian cucu nenek ni..ayah tu entah apa-apa Man… tak sabar langsung.”

“Balik dulu bu..assalamualaikum.”ujar Fatin usai menyalami dan mencium tangan ibu mertuanya.

“Waalaikumsalam..jangan dilayan sangat Farhan tu kakak..ibu tenguk sejak beranak kecil baru nampak baran dia”. Fatin hanya tersenyum mendengar kata-kata ibu mertuanya.

“Kenapa lama sangat…tergeheh-hegeh..hee menyusahkan saja.” Itulah kata-kata yang keluar dari mulut Farhan apabila isterinya duduk disebelahnya. Fatin menahan sabar.  Ditelan segala kata-kata suaminya. Sepanjang didalam kereta muka Farhan masam mencuka..hatinya mendengkul marah..rajuk yang selama ini dipendam sekali terkeluar amat sukar untuk diredakan.

Setelah beranak ramai Farhan rasa tersisih dari isterinya. Padanya isterinya lebih memberi perhatian kepada anak-anaknya sahaja. Kini mereka bagai tiada peluang untuk berbicara mesra. Jika malam pula isterinya  akan cepat sahaja tertidur. Kalau dahulu mereka akan bergurau senda dahulu sebelum terlena, kini apabila kepala isterinya mencecah bantal sahaja, dia terus terlena. Sesekali ketika dia ingin bermesra..baru dia ingin memulakanya, regekkan anaknya pula minta disusui menyebabkan perasaan yang berkorbar menjadi terbantut. Farhan sering mengeluh didalam diamnya.Tetapi mengapa Farhan tidak mememikirkan yang sedang hendak dibesarkan adalah anak-anaknya bukan anak orang lain. Itulah cabaran orang membesarkan anak-anak. Tetapi sayang Farhan tidak faham.

Entah apalah malangnya nasib Fatin hari itu dari pagi hingga ke tengahhari dia asyik dimarahi oleh suaminya. Sampai dihadapan pintu rumah mereka, Farhan menghulur tangan meminta kunci rumah, dia ingin membuka pintu rumah mereka.

“Ehh..bukan abang ke yang pegang kunci rumah??” Farhan merenung isterinya denagn pandagan geram.

“Semua abang yang nak buat..hee menyusahkan saja.”  Farhan merungut. Yang sebenarnya Fatin amat terluka dengan sungutan suaminya, dia juga penat dan letih, sedari pagi dia terkejar-kerjar menyiapkan anak-anaknya dan minum pagi mereka, setelah semuanya selesai belum sempat dia menjamah makanan Farhan sudah bersiap sedia hendak kerumah keluarga mereka pula, dia hanya sempat meneguk secawan air milo sahaja pagi tadi.

“Ok..ok biar Ha yang ambil dalam kereta..” Fatin mengalah, jika dia berkeras mungkin akan meletuskan pertengkaran . Dia turun semula dengan mendukung anak kecilnya untuk mengabil kunci rumah didalam kereta..tetapi didalam kereta dicari kunci rumahnya tiada. Dia menyelongkar lagi ditempat yang biasa mereka meletakkan kunci rumah.. namun tiada. Anak yang didalam dukungan makin galak menangis. Kalut Fatin dibuatnya. Fatin naik semula kerumah mereka , dengan tercungap-cungap.

“Bang!! kunci tak ada dalam kereta.”

“Habis kat mana Ha letak..pagi tadi siapa yang kunci pintu…bukan ke Ha yang paling akhir sekali keluar rumah.” Terjegil mata Farhan memarahi isterinya yang cuai.

“Memanglah Ha yang akhir ..tapi lepas tu abang masuk rumah sekali lagi.” Barulah Farhan teringat dia masuk sekali lagi kerana mengambil barang ayahnya yang tertinggal didalam rumah, dan memasukkan kunci rumahnya dipoket belakang seluarnya..

Farhan meraba poket seluarnya dibahagian belakang.Kunci itu ada disitu.Walaupun begitu dia tidak menampakkan rasa bersalah.Terus sahaja dia membuka pintu rumah dengan menggunakan kunci yang baru ditemui didalam poket seluarnya. Fatin kebilik tidurnya untuk menidurkan anaknya yang kecil yang sedang merengek minta ditidurkan kerana tadi tidurnya terganggu. Setelah anaknya tidur Fatin dengan perlahan menutup pintu bilik tidurnya supaya anak kecilnya tidak terganggu tidurnya.

Dia kedapur untuk menyediakan makan tengahari mereka pula. Untuk Farhan dia ingin memasakkan kari ayam bersama kentang. Itulah ushanya untuk memujuk marah Farhan..itu lauk kegemaran Farhan kari ayam bersama kentang. Untuk anak-anaknya pula Fatin memasakkan mereka sayur sawi rebus sahaja. Kemudian dia mengoreng  dua tiga ketul ayam. Selesai memasak dia menghidang diatas meja. Farhan entah kemana. Anak yang dua orang bermain sesama sendiri dengan permainan  LEGO yang bersepah di atas lantai.

Setelah selesai semuanya Fatin memanggil anaknya yang dua orang untuk disuapkan makan nasi. Hari sudah menjelang pukul satu tengahhari. Kelihatan pintu rumah dibuka dari luar. Farhan yang entah dari mana masuk kerumah dengan memberi salam. Salamya dijawab oleh Fatin anak beranak. Ketika dia berjalan masuk dia terpijak mainan lego anaknya. Apa lagi Farhan terjerit kerana sakit.

“Heii !!!beruk dua ekor kemas mainan ni..kalau tak ayah campak  nanti, keturunan siapa ni yang tak tahu kemas langsung, bersepah saja rumah ni.” Dia sudah duduk dikerusi menahan sakit dikakinya.

Fatin membasuh tangan lalu mengutip mainan anak-anaknya masuk kedalam bakul mainan mereka. Air matanya sudah bercucuran. Dia merasa teramat sedeh bila sudah berkali-kali  anak-anaknya diumpakan sebegitu oleh ayahnya sendiri.

“Abang tak suruh Ha yang kemas..biar dioarang kemas nanti dia orang tak tahu nak kemas..pandai menyepahkan saja tapi tak tahu kemas..menyusahkan orang saja”. Fatin hanya mendiamkan dirinya tangannya masih laju megutip mainan  anak-anaknya.  Setelah selesai Fatin menyambung kembali kerja menyuapi anak-anaknya makan. Anaknya yang tua bertanya bila melihat air mata ibunya berjujuran dipipinya.

“Kenapa ibu nangis..ibu sakit ke?”

“Ia ibu sakit terpijak mainan abang dengan angah yang bersepah tu..lain kali kalau abang dan angah sayang ibu jangan sepahkan mainan ye.” Farhan berlalu kedalam bilik  mereka dengan wajah masam mencuka. Dia menutup pintu dengan kuat. Oleh kerana dentuman pintu biliknya tadi anak kecil yang sedang lena terkejut lalu menagis. Sekali lagi Fatin mencuci tanganya untuk mengambil anak kecilnya yang menangis pula. Untuk dia menyuapi semula anak-anaknya tentulah sukar dengan anak kecil didukungan.

Dengan perlahan Fatin bertanya anak-anaknya.

“Abang dan angah dah kenyangkan..nanti ibu suapkan lagi.” Hatinya sudah tidak boleh disabarkan lagi. Dia nekat tengahari itu dia ingin pulang sahaja kerumah ibu dan ayahnya. Dihati ingin memberi peluang suaminya berehat dari suasana bising dan tingkah aktiv anak-anaknya. Anaknya terlena semula bila disusui. Fatin meletakkan anaknya dikatil abang-abangnya. Dia kembali keruang tamu berkemas apa yang patut. Dia mengambil dua helai baju kerjanya lalu memasukkan kedalam beg sandangya. Setelah siap semuanya dia masuk kedalam bilik tidurnya dilihat suaminya sedang baring memejamkan mata. Dia menghampiri suaminya dengan perlahan dia meminta izin untuk pulang kerumah ibu dan ayahnya.

“Bang!! Ha nak balik rumah ibu.. kalau abang nak makan nasi dan lauk Ha dah hidang atas meja, semuanya dah siap tu..Ha pergi sekarang.”

“Kenapa nak pergi rumah ibu tadikan baru balik dari sana.” Kelihatannya mata isterinya sedikit sembab..Farhan tahu isterinya menangis.

“Tak apalah ..abang rehatlah..kalau anak-anak ada abang tak boleh nak rehat.”

“Kenapa Ha marah abang ke..abang marah anak-anak abang.”

“Tak..tapi Ha kesian kat abang ..abang tak dapat rehat dengan sempurna anak-anak Ha ni nakal-nakal..bising.”

“Abang tak halau Ha dan tak halang Ha nak pergi kerumah ibu dan ayah Ha.”

“Terima kasih..abang memang baik ..Ha pergi dulu.”Fatin mencapai tangan suaminya dan menciumnya.

“Biar abang hantarkan.”

“Tak payahlah..Ha tak nak menyusahkkn abang..Ha boleh panggil teksi” Farhan tahu isterinya berkecil hati dengan kata-katanya...dia juga tahu isterinya tidak suka dia mengumpamakan anak-anaknya tadi...tetapi apakan daya terlajak perahu boleh diundur terlajak kata tanggunglah sendiri.

“Meh abang angkat kan beg .”

“Betul tak payah abang rehatlah.. Ha nak belajar berdikari balik..selama ni Ha dah terleka kerana terlalu bergantung pada abang, samapi Ha ni manja sangat.. sampai Ha lupa nak berdikari, semua abang buatkan untuk Ha..ni dah terantuk baru Ha tersedar.” Sindir Fatin sinis.

Farhan sungguh terpukul dengan kata-kata isterinya yang sudah menuju kepintu. Anaknya yang kecil didukung menggunakan pendukung, bahunya memikul beg sandang yang berisi baju kerjanya dan susu anak-anaknya, manakala dua tanganya membimbing dua orang anaknya abang dan angah. Mereka menuruni tangga untuk mencari teksi. Farhan termangu sambil memandang langkah isteri dan anak-anaknya hingga keluar dari pintu rumah mereka.


Friday, 3 May 2013

Bab 17 Bimbang





Mak teh saja nak masukkan pantun peribahasa ni. Supaya anak remaja tahu pada pantun pantun yang sangat jarang kita jumpa dan kadang-kadang kita tak tahu apa maksudnya. Rasanya pantun ni tidak berapa menepati isi pada bab ini…hanya sedikitlah bila menyetuh tentang Fatin yang kalau dia melakukan sesuatu kerja akan dilakukan bersungguh-sungguh.



Cabang apakah tidak bergetah,      
          Kiranya embun turun pagi,
Tanah tak lekuk kayu tak patah,      
          Ular dipalu mestilah mati. Maksud: Buat sesuatu kerja biarlah cermat supaya siap sempurna


          Dengan suara yang begitu bahagia Farhan menceritkan pengalaman pertamanya membawa tunangnya berjalan-jalan. Jika ada orang yang melihat Farhan ketika itu tentu dapat melihat senyuman lebar Farhan menghiasi bibirnya. Bukan senang mahu melihat Farhan tersenyum.

“Kau ni Lan..aku jalan dengan dia masa dua minggu sebelum hari nikah kami.”

“Kau bawak pergi mana? ...shopping? Masa tu tentu shopping komplek sesakkan Han maklumlah dah nak dekat raya…aku boleh  bayangkan masa tu tentu kau ambil kesempatan pegang tangan dia takut dia hilang..atau peluk dia takut dia tu terhimpit orang ramai..pandai kau sekarang Han tak payah aku ajar pun kau dah pandai ..”

“Apalah kau ni Lan.. kau selalu berfikiran kotor tentang aku. Aku tak terdesak lagi nak buat benda-benda macam tu. Aku masih tahu halal haram. Lan kita ni lelaki kitalah yang menjaga maruah seorang wanita..jangan fikir pasal peluang saja..Kalau kita asyik mengambil kesempatan tak perasan kita mengutip dosa..sedangkan dosa kecil kalau dikumpul akan menjadi daki kehidupan kita.. mulalah kita susah nak nampak kebaikan..sebab rahmat Allah tu menjauh dari kita.”

“Amboi ustaz Farhan dah bagi ceramah.ialah..ialah aku berterima kasih kerana mengingatkan aku..habis kau ajak dia shopping kat mana? ”.


“Shopping apa ke bendanya pagi hari raya pertama..jalan rayalah dari rumah dia pergi rumah aku..kau tahu berapa jauh rumah aku dengan rumah dia….hanya berselang sepuluh buah rumah sahaja.” terkekek-kekek Arief  ketawa geli hati hingga terbitkan air mata, bila dia  mendengar cerita sahabatnya. Tadinya dia membayangkan Farhan membawa tunangnya menonton wayang gambar dipanggung..ataupun seharian membeli belah dishooping complex. Nasib baik baru tersebut sikit kalau tidak.. mahu dua hari ceramah Farhan tak habis lagi.

“ Betul ke Han..isteri kau ni lain dari yang lain lah. Aku ingatkan kau pergi tenguk wayang.. ataupun pergi membeli belah..aku dengar kau macam seronok sangat nak cerita.”

 “tahu tak apa. Tapi betullah kau nampak aku seronok. Memang aku rasa bahagia sangat, walaupun aku jalan dengan dia tak sampai pun sejam tapi rasa bahagia yang aku rasa berhari hari.. bibir aku ni nak tersenyum saja bila membayangkan wajah dia”. Ketika Farhan mengatakan dirinya ‘bahagia betul’ suaranya membayangkan dia begitu gembira.

 “Jadi memang tak pernahlah kau bawa dia jalan-jalan sepanjang kau bertunang dengan dia”.


“Aku sebenarnya redha apa yang kami lalui sepanjang dalam pertunagan kami tu, mungkin dia pun macam aku..dia nak cuba mengelak dari terlangsung perkara-perkara yang haram sebelum menjadi halal. Nak mengelakkan dosa. Lan aku pernah dengar satu ceramah..dosa sebelum nikah ni bukan terus padam begitu saja. Benda ni akan timbul bila kita lepas kahwin nanti kadang-kadang ditunjukkan pada anak-anak kita..contohnya kadang-kadang kita dapat anak yang sukar dibentuk  degil tak mahu mendengar kata..salah satu cara Allah nak mengingatkan dosa-dosa lalu kita. Itu sebabnya sebelum kita nikah elok kita sembahyag sunat taubat banyak-banyak. ”

“Han..kalau kita terlupa nak buat solat sunat taubat tu lepas kita dah dapat anak-anak..lepas tu anak kita ni nakal dan degil macam mana? Masih boleh ke kita bertaubat minta ampun dosa-dosa lalu kita.”

“Boleh aja..buatlah solat tu dengan ikhlas, yang bagusnya lepas solat Magrib.  Kemudian masa anak kita tidur bacakan surah AL-IKHLAS dan tiupkan kat umbun-umbun anak kita…atau pun bacakan Surah TOHA ayat 1-8..yang aku pernah dengar katanya surah Toha ni boleh melembutkan hati”.

 Masa itu perbualan mereka terpaksa dihentikan kerana isteri Edlan sudah berdehem dua tiga kali …tanda-tanda dia  memerlukan pertolongan untuk melihat-lihat anaknya, kerana ketika itu dia sedang sibuk didapur. Itulah kisah Farhan di minggu pertama perkahwinannya


Kini hati ayah dan ibu Farhan bimbang lagi. Bimbang jika Farhan bukan lelaki sejati. Lucu rasanya bila difikirkan kedua ibu dan ayah Farhan yang berfikiran begitu, sedangkan mereka melihat fizikal Farhan sedari kecil lagi tentulah dia lebih arif dari dirinya. Itulah yang terdetik dihati Arief Edlan.


Untuk mengetahui perkembangan Farhan Arief Edlan cuba menyiasat dan merisik khabar sekali lagi. Hari Isnin itu dengan tidak sabar-sabar Edlan bertanya khabar bila dia melihat kelibat Farhan. Bila Edlan terpandang sahaja wajah sahabatnya yang tidak bermaya terus sahaja dia menegur sahabatnya.

“Assalamualaikum..nampak letih hari ini kenapa Han?..cuti tapi tak cukup rehat pulak..isteri kau meragam ke?” Itulah intro permulaan risikkan..


“Hsyy engkau ni meragam apa pulak ni? Memang aku rasa letih ni, semalam aku berjalan sakan dengan orang rumah aku.”

“Ialah mana tahu dia mengandung..meragamlah. Kau pergi mana  semalam yang kau kata berjalan sakan?..wah rajin kau merayap sekarang ni. Kalau dulu aku  ajak kau berjalan-jalan bukan main liat lagi.” Dulu sewaktu mereka diUniversiti sering kali Edlan mengajaknya berjalan meronda-ronda  Kota raya Kuala Lumpur atau pun keshooping komplex mencuci mata tetapi  Farhan tidak pernah mahu menunaikan  permintaanya. Ada sahaja alasan untuk dia tidak keluar, dia lebih suka memerap dibilik dari keluar  berjalan-jalan.

“Semalam aku pergi Putra Jaya saja berjalan-jalan. Aku teringin sangat nak pergi tenguk sendiri Putra Jaya tu dengar orang cerita saja mana aci. Kami pergi  sembahyang kat misjid Putra Jaya,  lepas jalan-jalan keliling tasik…kemudian pergi Alambandar”.

“Kau beli apa kat Alambandar tu?”

“Tak beli apa pun..isteri aku tu bukan pandai nak shopping…kami jalan-jalan dan tenguk-tenguk saja..lebih-lebih pun kami pergi makan yang dilayan oleh Mat-Mat Bangla”.

“Han kau sekarang ni hebatkan, asyik berjalan saja..minggu lepas kau kata kau pergi Shah Alam..”

“Haah Lan..aku pergi Taman Chaya Shah Alam, saja nak berbasikal kemudian naik kayak sambil memandang kehijaun alam keliling. Lepas tu kami pergi I-City pula pergi Snowalk  pergi tenguk dan rasa betapa sejuknya iglu, istana, kapal dan jambatan gantung yang diperbuat daripada salji. Rasalah juga permainan musim salji ..main meluncur ais, keretapi dan  gelongsor salji. Dapatlah juga aku berangan pergi kenegara sejuk main salji.  Bila malam pula kami tenguk cahaya lampu berwarna-warni. Cantik Lan.. semua pokok di hiasi dengan lampu berwarna warni. Seronok rasa nya bila kita buat sesuatu ditemani oleh orang yang kita sayang”.

“Ahh kau tu berapa lama kita belajar kat sana..kau tak pernah nak pergi kalau aku ajak, sekarang kau cerita seronoknya kat sana..tak payah aku dah pergi dua tiga kali.”.

“Aku malas masa tu, kau pergi dengan Su..aku tak nak kacau daun”.

“Banyaklah kau punya kacau daun..aku pergi sana bukan buat apapun..saja nak rasa betapa sejuknya dalam Snowalk tu…kemudian nak tenguk lampu-lampu yang berwarna warni..”.

“Ialah masa tu kalau pergi..kita bertiga, nanti kau serba salah kau nak jalan dengan aku atau pun dengan Su..lagi pun tentu kau nak cerita-cerita dengan Su cerita pasal hati ke.. pasal perasaan ke. Aku tahu membataskan, bila waktu aku boleh sama kau dan masa tak perlu “. Itulah Farhan dia sangat memahami.. sebab itulah persahabatan mereka kekal dan Edlan juga sangat selesa bersahabat dengan Farhan.

“Ehh Han isteri kau tak mengadung lagi ke?..Kalau dia dah mula mengandung tak elok kau ajak dia lasak sangat  tak baik untuk dia dan juga kandungan. Itu yang aku dengar lah. ”

“Pasal mengandung tu tunggulah dulu..aku nak sampai setahun baru aku nak dia menagdung..aku nak puas-puas berduaan dengan dia dulu.”

“Habis kau suruh dia makan pil perancang keluarga ke?..rasanya tak eloklah Han, takut kesanya dimasa akan datang.”

“Taklah sampai macam tu…pandailah aku nak merancang ..aku buat yang tak akan menjejaskan kesihatan  aku dan dia..kan kita ada belajar dulu..jadi aku peraktikkanlah.”
‘Hebat juga Farhan ni..tak sangka dalam diam dia ‘berisi juga’ Detik hati Edlan.

“Wah pandai kau..jadi memang kau merancang tak nak anaklah buat masa sekarang ni.”

“Aku nak puas-puas berdua dulu..nanti dah setahun barulah aku  fikir pasal anak, dia pun setuju apa yang aku cadangkan.” cerita Farhan dengan apa yang mereka rancangkan suami isteri dengan wajah ceria. Begitu rapat persahabatan antara Farhan dan Edlan..mereka tidak akan merahsiakan apa-apa walaupun hal peribadi..begitulah mereka berdua sungguh serasi dan memahami.

Jelas terpamir kebahagian diwajah Farhan setelah dia mendirikan rumah tangga bersama wanita yang bernama Fatin Najihah. Walau Edlan tahu mereka tidak bercinta sebelum  mereka dinikahkan namun rumah tangga yang mereka  bina mampu bahagia seperti  rumahtangganya juga. Terfikir juga di benak Edlan tidak semestinya bercinta dahulu  kemudian bernikah barulah ada rasa bahagia. Bernikah dahulu barulah mencari  cinta tidak menghalang dari merasai kebahagiaan. Pucuk pangkal hati, jika hati rela cara begitu, bahagia pasti ditemui. Bukankah rasa cinta dan rasa bahagia itu kita yang mesti mencarinya. Itulah detik hati Edalan..Mereka memulakan tugas mereka pagi itu dengan tekun.


Diam tak diam kini bualan Ramadan akan datang lagi, ini bermakna sudah hamper setahun perkahwinan Farhan dan Fatin Najihah… hanya tinggal seminggu lagi Ramadan menjelang. Hajjah Noraini berkemas dihadapan rumahnya. Mencabut rumput dipasu bunganya, mengembur tanah dan memotong rating-ranting kering dipokok bunga kertasnya. Sedang dia leka mengerjakan tugasnya dia  disapa oleh besan yang lalu berjogging seorang diri dihadapan rumahnya.

“Assalamualaikum..berkemas ke Ni?”

“Ialah kak Timah bunga-bunga lama tak di tenguk..tak berapa nak berbuaga.. tak ada masa betul nak keluar. Nak tunggu dua tahun lagi nak pencen ni lama betul rasanya.”

“Ohh dua tahu lagi Ani pencen..tak lama lagi tu Ni.”

“Ani yang tunggu ni rasa lama kak ..tapi mengenangkan banyak lagi tanggungan kita sabar sajalah..Ni ha nak kedepan macam ni tunggu cuti baru dapat buat..kalau tak asyik terperuk sajalah kat dalam tu dengan kerja rumah yang tak pernah siap..bunga ni pulak kalau lama tak tenguk dah tak nak pulak dia berbunga.”

“Ialah bunga ni macam manusia juga nak dibelai selalu, kalau tak bunganya tak keluar  banyak, lagi pun macam nak tak hendak saja hidupnya.” mereka berbual-bual dihadapan rumah keluarga Fatin.

“Dah nak puasa lagi kita ni Ani..dah nak dekat nak raya kan. Tak terasa dah setahun kita berbesan kan Ni.”

“Ialah kak..kakTimah cakap nak puasa tak lama lagi dah nak raya ni baru saya teringat.. ingatkan nak pinjam menantu kak Timahlah..nak mintak tolong kakak buatkan biskut raya.”

“Ehh..menantu yang mana tu..kalau Fatin itukan anak awak.”

“Ialah dah jadi menantu akak kenalah minta izin.”

“ Ani ni.. ada ke macam tu..kita ni sama-samalah.” mereka ketawa lucu berbual berdua tidak disangkakan mereka berbesan sekarang. Dahulu tidak terfikir mereka akan menjadi sebahagian dari kelaurga.

Ialah ajal dan maut jodoh pertemuan semuanya ditangan Allah yang Maha Esa. Sejak dari duhulu ketika anak mereka masih kecil lagi mereka sering duduk diwaktu petang berbual-bual bersama kaum ibu yang lain dibawah pokok mangga sambil menjaga anak.Tapi ketika itu Hajjah Fatimah hanya menjaga anaknya yang bungsu sahaja. Kerana yang lain sudah agak besar dan sudah pun kesekolah rendah mereka tidak mahu mengikuti ibu mereka..mereka lebih gemar menonton tv dirumah.

“Saya dari dulu lagi tak pernah beli biskut raya kak..anak saya semuanya suka makan biskut raya kalau beli setakat seratus biji memang tak cukup..ini lagi semua dah besar bila balik nanti..nak juga bawa sorang sikit..dari dulu lagi memamg kakak yang tolong buat, saya ni tolong bakar saja jadi rasa macam tak tahu pula bahan yang nak digunakan.”

“Akak  pulak tak pernah pulak buat biskut raya semuanya beli hanya kek saja yang akak buat tu pun rasa macam membazir saja. Diaorang tak berapa suka kek yang akak buat katanya kesat tak basah macam kek yang orang buat, sejak kakak tolong buatkan kek coklat diaorang dah tak bising lagi. Anak  yang tak suka kek pun jadi suka..untunglah  Ani ada anak  perempuan walaupun sorang ..boleh juga tolong-tolong kitakan. Pandai pulak tu mbuat kek.” Puji Hajjah Fatimah pada menatu barunya.

“Kakak ni bab buat-buat kueh raya rajin pulak..tapi kalau suruh yang lain susah juga..malas sikit terutama suruh berkemas.”

“Kat rumah tu tidak pulak..akak ada juga datang rumah diorang..  tenguk kemas juga rumah dia orang tu.”

“Entah-entah Farhan yang kemas.”

“Tak tahulah pulak..tapi Farhan jenis yang pengemas juga..rasanya taklah sebab tak pernah pulak Farhan cakap dengan akak dia kena berkemas..tapi kalau iapun Farhan yang berkemas tak apalah suami-isteri  patut tolong-menolong… Oh ye pasal buat biskut tu kalau kakak pandai buat..rasanya akak pun nak tumpang jugalah Ni boleh tak?”

“Ehh..kak Timah ni..tentulah boleh, apakata kita buatlah sama-sama..tentu lagi cepat siapnya…esok kalau kakak ada cuti kita buat..kalau boleh awal-awal puasalah tak lah kita terkejar-kejar.” Cadang Hajjah NorAini.


Pada Hajjah Fatimah makin lama dia mengenali menantunya Fatin, makin terserlah keistimewaanya. Menantunya yang seorang ini tidak kekok didapur, walaupun tidak pandai sangat dia memasak tetapi dia tidak canggung didapur dan tidak juga berat tulang. Apa yang dikerjakan dia akan menunaikan bersungguh-sungguh. Tahun ini dia akan merasa biskut buatan memantunya pula. Kembang hati Hajjah Fatimah anaknya Farhan tidak tersalah memilih isterinya.Tidak tersalah memilih teman hidup.Tetapi hanya satu yang merisaukan dirinya. Mengapakah mereka belum lagi dikurnuia kan zuriat. Siapakah yang bermasalah dalam hal ini.

“ Ani..akak bimbanglah dengan anak-anak kita  ni.”

“Pasal apa kak..”

“Dah nak dekat setahun kenapa agaknya mereka tu tak menampakkan tanda-tanda nak dapat anak..kakak ada cakap  apa-apa tak dengan  kamu  Ni.”

“Saya pun risau juga…Ada juga  saya cuba  risik-risik kakak tu, dia kata belum ada rezeki..saya ada juga cadangkan kakak berurut ..kita buatlah cara kampong dulu..kalau kak Timah macam mana?”

“Akak  pun ada juga cakap macam tu dengan Farhan..dia kata nanti dulu.. akak takutlah Ni mereka tu macam tak kisah saja bila kita tanya bab anak.”

“Kalau macam tu kita biarkanlah dulu..besok kalau dah sampai setahun dua  tak dapat juga barulah kita paksa mereka berubat… cara kampong ke pergi pakar ke.”

Lapang rasa fikiran mereka bila sudah terluah masaalah anak-anak mereka. Mereka berdua bersyukur mendapat besan yang berdekatan dapat berbincang masaalah anak-anak mereka. Walaupun mereka tidak mencampuri hal rumahtangga anak mereka.



Seperti yang telah dirancangkan kini perkhawina Fatin dan Farhan sudah satu tahun lebih ..Fatin sudah hamil dua bulan.Tetapi berita itu tidak diberitahu kepada kepada keluarga mereka. Mereka juga bersyukur kerana Fatin tidak mendapat alahan yang teruk diawal kehamilanya.

“Bang kenapa tak nak bagi tahu mereka..mereka nak dapat cucu.”

“Biarlah abang nak bagi kejutan pada ibu dan ayah kita.”

“Suka hati abanglah.”