~Siapa Ikut Blog Ni~

Pages

Sunday, 24 March 2013

Bab 8 Bimbang




Burung puyuh payah dijerat,
Larinya laju menyusup batang,
Pokok budaya, bunganya adat,
Dirisik dulu baru dipinang.


Makin hari Farhan merasakan Fatin makin menjauh darinya.Pagi itu alangkah berdebar hatinya Farhan melihat Fatin Najihah yang baru turun dari motosikal.Tetapi pagi ini dia dihantar oleh seorang jejaka. Farhan dengan debaran hatinya memandang Fatin yang sedang bercakap-cakap dengan pemuda itu dihadapan pintu masuk kehospital.  Setelah turun dari motosikal tadi dia tidak bergesa untuk merekod kedatanganya pula.Setelah menanggalkan topi keledarnya dia masih berbual dengan pemuda itu dihadapan pintu masuk. Mereka nampak sungguh mesra. Fatin  gelak besar kemudian ditutup mulutnya dengan tangannya, manakala tangan yang sebelah lagi menepuk bahu pemuda tadi. Reda gelaknya dia menghadiahkan  senyum dan lirikkan manjanya kepada pemuda itu. Pemuda itu pula tersengeh-sengeh dengan lirikkan yang diterima dari sigadis. Nampak manja sahaja tingkahlaku siFatin. Dia tidak sedar ada hati yang menanah melihat tingkah lakunya. Entah apa yang melucukan mereka berdua. Seperti pasangan yang bahagia sahaja pada pandangan mata Farhan. Cemburu dihati Farhan mula menyerang, dia mula membayangkan jika dia ditempat pemuda itu ohh..Dia tidak menunggu lama melihat sahaja adigan didepan matanya. Jam menunjukkan 10 minit lagi pukul 730 minit..mungkin sebab itu Fatin tidak bergesa untuk punch kad..masih awal lagi. Farhan menghampiri untuk memberi salam selebihnya hendak menyiasat siapakah gerangan pemuda itu kepada Fatin.

“Assalamualaikum awal sampai hari ini”.

“Waalaikaumsalam..Ohh Encik Farhan” Salamnya dijawap oleh mereka berdua.  Serentak.

“Teh ini anak Haji Bakar yang duduk sederet dengan rumah kita”.

“Ateh kenal…abang kerja kat sini juga ke?” Ateh dan Farhan bersalaman..tapi Fatin meminta diri sebelum berlalu dia berkata perlahan.

“ Teh..Petang nanti akak call..assalamualaikum.”

“OK..Waalaikumsalam.”Ateh masih tidak dapat bergerak bila Farhan mula bertanya itu dan ini.

“Oh ini adik Fatin..sekolah lagi ke?”

“Belajar lagi..saya baru dua hari balik dari MIRI cuti sebulan itu yang hantar kakak ni, sebab saya nak pakai motor hari ni. Petang karang saya ambil pulak dah motor satu saja, itulah yang pakai berganti-ganti.”

“Kalau macam tu petang nanti biarlah kakak Ateh tu balik dengan abang saja..kita pun berjiran satu taman perumahan satu lorong pulak tu.”

“Entah lah bang, kakak saya tu payah  sikit…mesti dia tak mahu.”

“Kenapa??dia tu anti lelaki ke?…atau dia dah ada pak we.”

“Anti lelaki tu tak tahulah..tapi kalau pak we rasanya tak ada, sebab lelaki yang nak rapat dengan dia pun takut”.

“Ehh..kenapa pulak”.

“Dia tu ganas sikit..pada saya dia tu garang semacam, cakap pun kasar takut lelaki nak rapat dengan dia”.ha ha ha Ateh mentertawakan tingkah kakaknya yang sememangnya agak kasar sedikit dari tingkah seorang gadis. Maklumlah hanya Fatin yang berlainan ganger dalam mereka berenam beradik.Tentulah dia terikut-ikut lasak adik beradik lelakinya.

“Ohh ye ke..tapi abang suka pulak orang yang macam tu..pandai mempertahankan diri.” Dalam hati Farhan dia ingin merapati adik Fatin yang seorang ini, supaya dia dapat merapati kakaknya pula nanti.

“Teh..boleh tak abang nak minta tolong”.

“Tolong yang senang-senang bolehlah bang”.

“Abang nak minta tolong Ateh, kalau kakak Ateh telefon petang karang minta ambil, cakaplah ateh ada hal lain..yang sebenarnya abang nak tanya dia sesuatu..tapi tak ada peluang nak tanya..tolong abang, Teh”.

“Boleh ke macam tu…nanti salah Ateh pulak tak jaga kakak sendiri.”Jawab Ateh jujur.

“Abang janji abang tak buat apa-apa kat dia..lagi pun  kita kan berjiran ..kalau ada apa-apa jumpalah ibu dan ayah abang..abang tak boleh lari Teh.. tolong abang Teh…sekali ni saja.” Bagai merayu Farhan meminta pertolongan, terbang semua malunya kerana desakkan hati.

“Ini nombor abang kalau kakak call minta ambil ..ateh call abang… bagi tahu kakak ateh dah nak balik..tolong ye Teh..abang mengharapkan pertolongan Ateh..minta tolong sangat-sangat.” Bersungguh-sungguh Farhan mengambil peluang yang ada, mungkin peluangnya tidak berulang dua kali.

“Ok InsyaAllah..tapi janji jangan buat apa-apa kat kakak Ateh tu..”

       Kalau hati dah suka lautan api pun sanggup direnangi..Walaupun bukan lautan api yang direnangi oleh Farhan, tetapi bukan mudah untuk Farhan melempar sifat malunya untuk merayu. Kini dia berpengang ‘kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya’. Mengenangkan dia tidak mahu berputih mata seperti apa yang terjadi kepada NurSaleha dulu dia menekan malunya jauh kedasar hatinya.

“Oklah tapi janji jangan buat apa-apa kat kakak Ateh dia seorang saja kakak yang Ateh ada..janji tau” sekali lagi Ateh meminta Farhan berjanji agar kakaknya tidak di zalimi.

“Dengan nama Allah abang berjanji ..abang hanya nak tanya dia saja”.

Hari Farhan bermula dan berlalu ceria.Harapannya yang layu tersiram dengan impian yang makin mengembu.Berkembangan berbagai harapan didalam hatinya.Dia berdoa didalam hati semoga ada jodohnya dengan gadis jiran setaman dan selorong dengannya.

  

Farhan sungguh gembira petang itu bila di hubungi oleh adik Fatin yang bergelar Ateh.Ateh menerangkan yang kakaknya sudah mahu pulang.Farhan keluar memerhati di pintu keluar yang selalu dilalui oleh Fatin.Dia melihat kelibat orang yang ditunggu, kelihatannya laju sahaja langkah Fatin mungkin menuju perhentian bas atau pun perhentian teksi. Farhan mula bergerak menuju kekeretanya.Bila dia berselisih dengan Fatin yang sedang berjalan dengan laju, dia memberhentikan keretanya dihadapan laluan Fatin, alangkah terkejutnya Fatin bila secara tiba-tiba sebuah kereta berhenti dihadapanya.Bila Farhan keluar dari keretanya dia mempelawa Fatin untuk menaiki keretanya.

“Assalamualaikum..sorang?..hari ni balik naik bas ke?”

“Waalaikum salam” Fatin terkelu tidak tahu apa hendak dijawabnya.

“Mehlah naik dengan abang..abang pun nak balik ni”.

“Terima kasih tak apalah saya balik naik bas saja.”

“Jomlah apa salahnya balik sekali dengan abang..kita pun satu taman perumahan..pada kereta abang kosong naik lah”.

“Betul tak apa..saya boleh balik naik bas..sampai nanti saya telefon adik saya ambil kat bas stand.”

“Kenapa kakak tak sudi ke naik kereta abang yang berjenama Malaysia ni?.”Kereta Farhan kereta Nasional SAGA FXL yang berwarna coklat.Terdengar sayu suara Farhan bila ajakkannya ditolak. Dia sebenarnya sudah malu bila ada dua tiga orang tertoleh-tolah kearah mereka.Terasa pula dirinya seperti hidung tak mancung pipi pula tersorong-sorong.

“Bukan macam tu”.

“Kalau tak macam tu… naiklah janganlah malukan abang dah dua tiga orang pandang kita..dia orang ingat,  abang jual minyak urat tak laku..naik lah.” Pohon Farhan sambil bergurau untuk membenamkan rasa malunya.Terdengar di telinga Fatin suara Farhan yang sayu seakan minta simpati dan dikasihani.Fatin menjadi serbasalah untuk menolaknya.‘Alah tumpanglah sekali..lagi pun dia jiran satu lorong’, detik hatinya, sambil itu dia tersenyum geli hati pula, bila mendengar Farhan berkata ‘dia jual minyak urat tak laku’..apakah maknanya…dia mengurat aku ke?? Tanya hatinya. Entah lah Fatin lu  fikirlah sendiri…

Farhan ingin kepintu sebelah untuk membukakan pintu keretanya yang disebelah penumpang.

“Tolong jangan buka kan pintu untuk saya ..tolong” pinta Fatin bersungguh.

“Ok ..naiklah.”Ketika Fatin masuk kekereta Farhan, Farhan sudah tersenyum ceria.’Akhirnya laku juga minyak urat aku’ detik hati Farhan yang nakal.

“Esok kalau Ateh nak pakai motor lagi tumpang abanglah…abang tunggu.” pelawa Farhan mencari satu lagi peluang, kok Fatin bersetuju alangkah indahnya dunia hatinya.Kereta Farhan sudah mula bergerak.

“Ehh..tak apalah esok mungkin Ateh tak guna motor lagi..pagi tadi tu makcik saya mintak tolong hantarkan dia pergi pasar..esok tentu tak lagi..lagi pun angah kata dia balik esok jadi bolehlah pakai motor angah pulak.” Ketika keretanya melalui sebuah taman bunga, Farhan membelok kesebatang pokok yang jauh sedikit dari jalan laluan kereta, Farhan memberhentikan keretanya.

“Ehh..kenapa berhenti kat sini..kereta ada masaalah ke?”Soal Fatin terpinga-pinga. Hatinya mula dipagut bimbang.Farhan tidak memberi jawapan kepada soalan Fatin.Selamba sahaja wajahnya lalu memberhentikan keretanya.

“Kakak ..abang nak tanya ni, jawab dengan jujur ye.”, Farhan tidak memandang wajah Fatin dia hanya memandang lurus kehadapan, dia tahu kalau dia memandang tepat kewajah Fatin mungkin Fatin akan menjadi tidak keruan kerana malu. Dia juga mungkin tidak terkeluar apa yang telah dia rancangkan didalam kepalanya, lagi parah jika tersalah ‘tanya’. Pada Farhan dia perlu bertanya mungkin hanya ini peluang yang ada.Kedengaran tegas suara Farhan memulakan misi hatinya.

“Nak tanya apa ni…macam polis penyiasat nak menyiasat saja bunyinya.” Fatin membuat leluncon untuk meredakan ketegangan hatinya. Farhan tergelak lepas ..pandai juga dia ni buat kelakar. Bila ketawanya reda dia bertanya dengan wajah serius menandakan dia benar-benar ingin tahu.

“Kakak..kenapa kalau abang ajak minum dan ajak tumpang kereta..kakak macam takut-takut..kakak ni dah ada yang punya ke?.”

“Mana ada..”

“Habis ..kita nikan jiran apa salahnya kita ambil berat antara satu sama lain..cakaplah dengan abang secara jujur betul ke hati kakak belum ada yang punya”.

“Tak ada…tapi saya ni tak nak mengutip dosa walau pun kecil..kita macam ni pun dah berdosa walaupun kita jiran dan kenal pulak tu, tapi kita tetap bukan muhrim..berdosa kan..Encik Farhan sekolah menengah agama tentu En.Farhan tahu..lagi pun saya macam dah terbiasa dengan undang-undang sekolah ..saya macam diperhatikan oleh ustaz saja kalau saya  bercakap dengan orang lelaki yang bukan muhrim saya.”

“Habis kalau pesakit lelaki kakak buat macam mana?.”

“Pesakit tu lain..itu dah tanggungjawab.”

“Ohh..macam tu, abang minta maaf kerana salah faham selama ni..ingatkan hati kakak dah ada yang punya..itu yang nampak sombong semacam dengan abang.Kakak abang akan jadikan kita tidak berdosa kalau kita duduk berduaan macam ni.” di dalam hatinya berdetik betul juga kata adiknya pagi tadi setelah berhadapan dan bercakap agak panjag terlihat Fatin seperti orang yang garang dan tegas.

“Apa maksud Encik Farhan.”

“Abang dah lama suka pada kakak..harap kakak dapat terima abang dalam hidup kakak.” Fatin jadi terpinga kerana tidak tahu akan maksud kata-kata jejaka disebelahnya. Farhan menghidupkan injin keretanya semula, hatinya berbunga riang.Senyum tersunging dibibirnya. Hingga sampai dihadapan rumah keluarga Fatin mereka tidak berbicara lagi. Tapi dihati Farhan nekad dia akan menyuruh ibunya meminang anak gadis Haji Rasid untuk dijadikan suri hatinya. Sebelum turun dari kereta Fatin mengucapkan terima kasih.

“Terima kasih kerana sudi tumpangkan saya.”

“Kalau kasih yang Fatin hulurkan memang sudah lama abang tunggu dan abang memang mengharapkanya dan sekarang ni abang dah terima.Terima kasih juga kerana sudi menerima ajakkan abang”. Bertambah terpinga Fatin mencari maksud kata-kata Farhan.
Entah apalah pakcik sorang ni merapu tak tentu pasal..kalau demam makan lah ubat, kerja kat ubat-ubatan apa pasal sakit tak nak makan ubat pulak..takut makan ubat apa ke??’.Itulah yang keluar dari mulut Fatin setelah pintu kereta Farhan ditutup.Laju langkahnya menuju pintu pagar rumah keluarganya.





Malam minggu berikutnya Haji Rasid suami-isteri terkejut diatas kedatangan jiran sebelah rumah mereka. Walaupun kedatangan tetamu itu  tidak dijangka-jangka mereka tetap disambut dengan ramah oleh kedua ibu dan ayah Fatin Najihah.

“Masuklah..masuklah” jemput Haji Rasid pada Encik Hakimi dan Puan Faizah yang merupakan jiran sebelah rumah mereka. Sudah berbelas tahu mereka berjiran sejak taman perumahan itu siap dibena dan mula menerima pembeli. Mereka adalah antara pembeli terawal yang menduduki taman perumahan itu. Pada mulanya Taman perumahna itu jauh terpencil dari Bandar  Seremban. Tetapi dek pembagunan  yang pesat, ditambah pembukaan Lapanganan Terbang KLIA di Sepang Selangor, Bandar  Seremban mendapat tempiasnya sedikit. Kini telah banyak taman-taman perumah yang dibina diatas permintaan orang ramai disekeliling taman  perumahan mereka. Harga rumah disitu juga sudah jauh lebih tinggi dari masa mereka membelinya dahulu.

“Oh Kimi dengan Fiza akak ingat siapa tadi. Duduklah dulu akak kedapur sekejap”.Setelah siap bertudung Hajjah Nor Aini menjenguk keruang tamu ingin memastikan siapa yang datang.  Dia mendengar orang memberi salam ketika dia dalam bilik tadi.

“Kak Ani jangan susah-susah kami lepas makan malam…dah tinggal berdua ni..makan pun rasa tak selera lah kak.”

“Tak ada susahnya Fiza..kita minumlah sambil cerita-cerita bukan senang kita nak jumpa dan duduk berbual macam ni.. akak ni kalau dah balik kerja tak ada cerita lain terpa dapur dulu”.

“Fiza macam akak juga dulu, tapi dah tinggal dua orang..ayahnyalah…suruh beli lauk kat kedai saja..hanya nasi saja yang saya masak..tu yang senang sangat”.

“Saya bukan apa akak kalau Fiza masak rasa macam tak berbaloi pula... balik kerja terkejar-kejar nak masak..makannya sikit,  lebih baik beli..rasa berselera dan rasa  lapar  beli banyak, rasa tak berapa nak makan  beli sikit taklah membazir “. Sampuk Encik Hakimi menyambug kata-kata isterinya.

“Eloklah macam tu esok kalau budak berdua tu balik cuti ..boleh lah masak semula..duduklah dulu akak kebelakang kejap”.Hajjah NurAini melangkah kedapur.

Hajjah NorAini kedapur untuk memberi tahu anak daranya agar menyediakan minuman untuk tetamu yang bertandang kerumah mereka. Begitulah adat Melayu yang menghormati tetamu  tidak mengira masa, walau pun hanya air kosong sahaja. Didapur dia mengarahkan anak daranya menyediakan air teh o dan keropok Kelantan sebagai hidangan..

“Kakak buatkan air teh O kemudian goring sedikit keropok Kelantan dalam peti sejuk tu”.

“Siapa yang datang bu.”

“Mak Cik Fiza dengan Pak cik Hakimi”.

“Apa halnya..datang nak jemput kita makan kenduri ke?”

“Kenduri apa pulak?”.

“Mana tahu kenduri doa selamat anak-anak diorang”.

“Ehh Helman dan Helmi tukan baru enam bulan pergi Austrila”.

“Ialah kenduri kesyukuran anak dia dah selamat sampai dan belajarlah”. Dua orang anak jiran mereka kembar diberi nama Muhammad Helman dan Muhammad Helmi. Selepas keputusan SPM diketahui mereka berdua mendapat peluang melanjutkan pelajaran mereka ke Austrlia.

“Kakak ni ada ke macam tu…dah lah cepat tenggek air tu jangan penuh sangat nanti lambat pula masaknya, ibu nak kedepan ni, kalau dah siap kakak hantarkan kedepan ye..Keropok Kelantan ibu letak dalam peti sejuk tau”.

“Ok kakak tau kat mana ibu simpan…pergilah ibu kedepan dah siap nanti  kakak hantarkan..nanti lama pulak makcik Faiza duduk tak berteman”.

Hajjah Nur Aini  kerunag tamu semula menyertai suaminya melayan tetamu mereka.


Setelah berbasa basi lebih kurang dan minum minuman yang dihidangkan oleh Fatin Najihah, kedua suami-isteri itu terus sahaja kemaksud kedatangan mereka malam itu.

“Abang Rasid, Kak Ani,..saya datang ni bawa hajat orang…boleh ke saya sampaikan dalam bahasa kita biasa saja..tak pandai rasanya nak berpantun-pantun dan berbahasa kiasan macam orang tua-tua tu. Saya ni sebetulnya tak biasa dengan perkara-perkara macam ni, tapi dah kawan minta tolong kita tolong lah.” terang Encik Hakimi suami Puan Faizah.Ohh..rupanya Puan Faizah dan Encik Hakimi yang datang bertandang membawa hajat. 

“Hajat apa tu Kimi macam besar hajat yang kamu bawa ni.” Sampuk Haji Rasid. Rasanya sudah tidak sabar ingin mendengar hajat yang diabawa oleh jiran sebelah rumahnya. Ditambah dengan kata-kata Encik Hakimi yang mahu berpantun bagai.

“Memang besar hajatnya bang… orang nak mencari tapak masjid..saya pulak tak berpegalaman, itu yang rasa berdebar takut tersalah cakap..” Puan Faizah merupakan sahabat baik Puan Hajjah Fatimah .Dengan persahabatan mereka itu, dia diberi kepercayaan untuk merisik anak gadis Haji Rasid dan Hajjah Noraini yang seorang itu.

“Hsyy kamu ni Kimi apa yang takut tersalah cakap dengan abang pulak ni..abang pun jadi takut kamu cakap macam tu..cakaplah kalau abang boleh tolong abang tolong..tanah kat mana yang Kimi suruh abang carikan?.” Encik Hakimi dan Puan Faizah tergelak kecil terasa lucu pula bila Haji Rasid  benar-benar tidak faham maksud kata-katanya tadi. Mungkin Haji Rasid dan Hajjah NurAini tidak menyangka anak daranya sudah mula diintai orang.

“Kita guna bahasa biasalah ye bang..saya ni pun bukanya padai sangat nak berbahasa macam orang tua-tua berkias dan berlapik”.Makin temangu Haji Rasid suamiisteri dibuatnya.

“Ialah takkan nak pakai bahasa orang istana pulak..Alah tak kisah lah kita ni pun bukan tak kenal, jiran sebelah rumah..apa-apa hal kita sama-samalah kan.”Jawab Haji Rasid..teringin benar rasanya ingin mengetahui hajat yang dimaksukkan oleh jiranya itu. Orang sebelah rumah ni pula asyik sibuk dengan bahasanya sajaha..Hai cepatlah..gerutu hatinya yang tidak sabar.

“Fiza lah yang cakap..orang perempuan ni kalau cakap didengar lembut sikitkan kan bang Aji.”  Encik Hakimi menyerahkan tugasnya kepada isterinya pula.Hai Kimi ni pun satu cakap main pas-pas pulak itulah yang terdetik di hati Haji Rasid ..Puan Faizah memulakan bicaranya.

“Macam ni kak Hajjah, abang Haji… Hajji Bakar dan Hajjah Fatimah tu berkenan sangat nak bermenantukan anak perempuan akak dan abang  yang sorang tu.”

“Ohh..barulah kami faham..ialah kita pun bukan biasa dengan perkara-perkara macam ni..inilah pengalaman pertama..esok-esok dah tak ada dah..Cuma sekali nilah nampaknya “ Panjang  sebutan o dibibir Haji Rasid suami isteri.

“Untuk anaknya yang mana satu, rasanya anak dia empat orang semuanya lelaki kan.” soal Haji Rasid meminta kepastian, Hajjah Aini hanya mendengar sahaja perbualan mereka bertiga. Tetapi terdetik juga dihatinya..Ohh..sudah besar anak dara kesayanganya,  sudah ada orang mirisik untuk meminangan anaknya. Sedeh pula rasa hatinya. Mereka bakal berpisah dengan anak dara yang cuma seorang. Tidak lama lagi segala tanggung jawab terhadap anak daranya bakal berpindah ketangan orang lain.

“Untuk anaknya yang nombor dua, rasanya dia kerja kat Hopital Tuanku Jaafar.”

“Ohh anaknya yang sekolah menengah agama kat bawah tu dulu ke..Tapi ada dua orang anak  Haji Bakar yang sekolah menengah agama kat bawah tukan?.”

“Haah bang, anak nombor dua dengan  nombor tiga yang sekolah kat bawah tu. Tapi yang nombor dua ni pemalu sikit orangnya..tapi baik  budaknya. Dia tu jarang keluar..kata ibunya kalau tak dipaksa keluar dia lebih suka duduk dengan ayah ibunya kat rumah. Itu yang liat sikit jodohnya.”

“tapi kalau akak suka budak yang tak keluar rumah senang nak jaga, tak lah nanti terjebak dengan perkara yang tak elok. Berapa umurnya”

“Kalau tak salah Fiza kak Timah cakap hari tu 28 tahun .. Tapi kalau terperap sangat susah pulak nak lekat jodoh dia..kawan-kawan dia ramai yang dah kahwin.Itu yang kak Timah bimbangkan. Bila anaknya cakap dia berkenan kat kakak, cepat saja kak Timah minta tolong  kami risikkan ni. Ialah kalau abang haji dan kak hajjah setuju tak susah nak tolong tenguk-tengukkan anak mereka. Lagi pun senang kita juga  kalau bermentukan orang dekat.”

“Abang kalau dengan budak tu setuju sangat  kan ibunya…tapi tak tahulah sikakak tu.”

“Iya kalau akak pun setuju juga, dah anak dara kita pun sorang saja kalau dekat ni boleh selalu lah balik jenguk kita tak gitu Fiza Kimi..tapi walau bagaimanapun kami kena berbincang dulu dengan tuan punya badan. Ikutkan kita orang tua-tua ni kalau cukup ugamanya ada pekerjaan tetap itu sudah memadai betul tak Fiza Kimi.”Hajjah NorAini mepersutujui kata-kata suaminya.

 “Kalau Fiza dan Hakimi macam mana pulak..kita dah macam adik beradik nak juga tahu pendapat kamu berdua.” sambung Hajjah Aini lagi ingin mencari pandangan jiranya yang sudah dianggap seperti saudara sendiri, maklumlah mereka hidup berjiran sudah berbelas tahun. Sedangkan Rasullah menghormati dan menyayangi jiran..itulah contoh terbaik untuk dijadikan panduan dan teladan.

“Saya macam akak juga kalau dah ada ugama dan ada pekerjaan tetap, yang menjadi dia lebih baik pada Kimi sebab dia kerja dekat sini juga, betul tak kak...lagipun anak mereka tu diajar menghormati orang tua.” 

"Ialah kami pun macam tu juga..tapi walau bagai mana pun kami tak dapat nak buat keputusan malam ni kena tanya kakak tu juga.." celah Haji Rasid. Dia sebenarnya tidak suka memaksa anak-anaknya mengikuti kehendak mereka walaupun mereka adalah ayah dan ibu yang mempunyai kuasa mutlak keatas semua annak-anak.

“Kalau macam tu eloklah bincang dengan tuan punya badan supaya tak terjadi perkara yang dikesalkan dikemudian hari. Nikah kahwin ni bukan untuk sehari dua kan bang. Lagi pun Haji Bakar suami isteri tidak tergesa mahukan jawapan. Dia bagi juga akak dengan abang bincang dulu dengan kakak kemudian dalam seminggu atau dua minggu ni bagilah jawapan..tapi bersarlah harapan diaorang tu agar hasrat mereka tu diterima.Yang diaorang berkenan sangat tu sebab dekat. Lagi pun anak lelaki dia yang tanyakan..maksudnya bukan pilihan ibu ayah tapi pilihn anaknya sendiri.”

“Macam mana boleh anak Haji Bakar tu berkenan dengan kakak ni..akak tak pernah pula dengar yang kakak cerita pasal budak tu?” Muskil Hajjah Noraini.

“Akak ni…mereka kan satu tempat kerja..mungkin adalah dia terpandang kat kakak tu kat tempat kerja mereka”. Tembak Puan Faizah.

“Ialah tu..InsasyaAllahlah..jika ada jodoh budak-budak tu tak kemana..mungkin dalam seminggu atau dua minggu nanti kami akan bagi jawapan” putus Haji Rasid ceria.

“Ini cincin belah rotan sebagai tanda.”Puan Faizah menghulur bekas berisi cincin merisik kepada Hajjah NorAini. Sebentuk cincin belah rotan.

Merisik merupakan satu adat orang Melayu sebelum teruna dara yang terlibat bertunang. Adat ini juga dipanggil meninjau atau menengok. Dalam budaya Melayu, adat ini merupakan tahap awal  proses penjodohan sepasang teruna dan dara. Adat yang menemukan  wakil keluarga teruna dengan orang tua pihak gadis. Pertemuan tersebut dianggap penting untuk menghormati keluarga pihak dara, sebagaimana ungkapan dalam adat Melayu kalau hendak meminang anaknya, pinanglah ibu bapaknya terlebih dahulu.Ungkapan tersebut menjelaskan bahwa pandangan dan restu orang tua perlu diperoleh terlebih dahulu dalam membuat keputusan yang besar seperti perkawinan.Tujuan adat ini dilakukan adalah untuk memastikan bahawa gadis yang dihajati oleh seorang lelaki itu masih belum berpunya. Ini penting, kerana dalam Islam seseorang itu dilarang meminang tunangan orang. Di samping itu, adat ini juga bertujuan untuk menyelidik latar belakang si gadis. Lazimnya adat ini akan dijalankan oleh saudara mara terdekat pihak lelaki atau orang yang dipercayai oleh pihak lelaki. Proses merisik dilakukan dengan tertib dan sopan untuk menjaga dan memelihara nama baik kedua belah pihak.








Friday, 15 March 2013

Bab 7 Bimbang




Anak ikan berenag-renang,
Anak kucing dalam perahu,
Saya seorang terkenang-kenang,
Orang dikenang buat tak tahu.



Peristiwa menumpang motosikal telah dua minggu berlalu.Tetapi masih belum ada lagi bicara mesra antara Farhan dan Fatin seperti yang diharapkan oleh Farhan. Bagi Farhan dia sememangnya ingin mengembangkan lagi hubungan itu, supaya ianya lebih bererti. Dia mengharapkan hubungan itu berakhir dengan sesuatu yang  bahagia. Dia ingin mencari titik noktah itulah cintanya. Itulah tujuan lakonan ibu dan dirinya tempuhhari. Tetapi dia tidak tahu apa yang sepatutnya dilakukan untuk  tindakkan selajutnya. Tindakkan yang akan yang akan  merapatkan dirinya kepada Fatin. Tindakkan yang akan memesrakan mereka berdua. Dia tercari-cari jalan cerita seterusnya. Dia tidak tahu dan buntu sebenarnya. Tidak ada tempat lain dia hendak mengadu untuk dia meluahkan keresahan hatinya.  Seperti kebiasaan sahabat baiknya Arief Edlalah tempat bagi Farhan meluahkan masaalahnya. Itulah satu-satunya sahabatnya untuk Farhan berkongsi cerita suka dan duka. Satu-satu sahabat yang tahu cerita dirinya luar dan dalam. Kebetulan pula Arief Edalan sememangnya seorang sahabat yang suka sangat menyebuk dengan hal Farhan. Farhan apa lah lagi  bagai orang mengantuk disurungkan bantal tidak payah dia bersusah payah memikirkan bagaimana hendak bertanya tentang keresahan hatinya kepada Edlan…

“Han apa cerita kau dengan budak tu..ada apa-apa perkembangan ke?, jangan kau terlupa nak update dengan aku pulak kalau ada cerita baru antara kau dengan dia tu ye”. Kadangkala Edlan merasa lucu  bila difikirkan sahabat baiknya sedang memancing anak dara orang, untuk dijadikan penawar rindu hatinya hingga melibatkan ibunya. Tetapi bila difikirkan dia  kasihan pula dengan kelemahan yang ada pada diri Farhan..dia seorang yang pemdiam dan pemalu.

“Tak ada apa-apalah Lan….aku nak buat macammana, supaya dia nampak aku suka kat dia..Lan.” wajah Farhan nampak lemah dan mendung. Kelihatanya dia  tidak bersemangat.

“Sejak peristiwa kau tumpang motor dia..takkan tak ada cerita menarik lagi Han?.”Edlan agak terkejut dan memandang tepat wajah sahabatnya yang kelat.


Sebenarnya dia cuba merisik kisah sahabat baiknya itu kalau-kalau ada cerita terbaru, rupanya hampa. Kalau orang lain mungkin sudah dua atau tiga kali keluar makan minum bersama. Sudah duduk disatu motosikal yang sama takkan tiada kisah yang boleh melanjutkan lagi ceritanya.. kalau tidak berjumpa tentulah mereka sudah galak bertelefon atau berSMS…bertanya khabar atau bercerita tentang diri masing-masing.  Tetapi Farhan lain pula kisahnya bagai tidak mampu berkembang, tidak menunjukkan perkembangan yang memberangsangkan. Untuk dua tiga hari ini pula wajah Farhan nampak mendung sahaja.


“Betul tak ada Lan..kalau aku terjumpa dia, aku yang senyum dulu, barulah dia senyum. Kalau aku buat-buat tak nampak, dia apa lagilah menonong saja..entah dijelingnya aku ni entahkan tidak.” Kedengaran keluahan hampa Farhan. Pada Edlan kisah Farhan sangat menarik..ada ke seorang lelaki meminta bantuan ibunya untuk memikat seorang gadis. Untuk menjerat cintanya. Puan Fatimah pula seorang ibu yang sangat memahami. Beruntung Farhan mempunyai ibu seperti itu.

“Memang macam tulah Han, takkan dia yang nak mulakan dulu, diakan gadis Melayu … gadis yang penuh dengan adat sopan, penyantun dan  tebal dengan sifat pemalu. Apa-apa hal kau kena mulakan dulu..kau tu lelaki kau kena buang sikit sifat malu kau tu”. Nasihat Edlan tulus.

“Aku nak buat macam mana?…cuba kau bagi aku jalan..aku ni bab-bab macam ni susah sikit lah Lan..aku tak pandai”. Farhan mengakui kelemahan dirinya. Dia meminta tunjuk ajar dari sahabatnya.

“Kau buat macam ni..” Edlan merapati Farhan dan berkata perlahan agar tidak didengari oleh kawan-kawan disekeliling, takut nanti Farhan malu pula jika perbualan mereka didengari oleh mereka. Dia cuba mengajar bagaimana Farhan harus bertindak.

“…kalau kau terjumpa dia tu cubalah sapa-sapa dia, kemudian ajak dia berbual.. cerita-cerita atau tanya dia baru sampai ke, hari cuti nak pergi mana ke..atau dah minum kebelum. Itulah cara cara orang bertanya”. Kadang-kadang Edlah rasa tidak percaya yang Farhan tidak tahu cara untuk memulakan perbualan pada seseorang. Walaupun kadang-kadang soalan yang kita ajukan seperti soalan bodoh atau tidak berkualiti tapi untuk memulakan cerita apa salahnya.

“…takkan nak tanya macam tu..macam tak sesuai saja, macam tak relevan sahaja soalan tu. Pasal cerita aku nak cerita apa kat dia?..takkan aku nak cerita sang kancil dengan buaya kut.. nak cerita tentang wayang, aku pun tak pernah masuk panggung..nak cerita filem dari ASTRO rumah aku tak ada Astro”. Terasa sungguh susah untuk Farhan memulakan satu perhubungan. Selebihnya untuk  mencari cintanya.

“Hisyy..kau ni Han..tak kan kau nak buka cerita sang kancil pulak itukan cerita budak-budak..kalau anak aku Ezza tu bolehlah.” Tidak tahan Edlan mendengar apa yang keluar dari mulut Farhan akhirnya ketawa besar Arief Edlah meletus juga. Sudahnya orang-orang disekeliling mereka berpaling kearah mererka berdua dengan pandangan hairan.

’Dah kau suruh aku cerita..apa salahnya pulak kalau cerita sang kancil dengan buaya..dah tu dia gelak macam tak ingat dunia pulak hsyy dia ni buat malu, orang pandang’. Gumam Farhan perlahan sambil menjeling sahabatnya yang sedang mentertawakan dirinya mukanya pula dimasamkan. Hatinya jadi jengkel. Sememangnya dia memang benar-benar tidak tahu untuk memulakan misinya, atau lebih tepat blagi memulakan satu perbualan dengan seorang gadis.

“Oklah..oklah aku tak gelakkan kau lagi. Han aku bagi cadangan ni..cubalah kau call ajak dia pergi minum ke atau makan tengahari ke”.

“Aku mana ada nombor dia”. Dengan dahi berkerut-kerut Farhan berterus terang. Dia tidak terfikir sehingga mahu mengambil nombor telefon Fatin tempohhari.

“Haa!! Kenapa kau tak minta nombor dia hari tu.” Bulat mata dan mulut Edlan, terkejut dengan tingkah sahabatnya. Farhan hanya termangu melihat wajah sahabatnya yang terkejut seakan dia memarahi dirinya pula, tetapi memang betul salah Farhan kerana lambat beritndak..


“ Jangkanya lepas kau tumpang dia hari tu kau mintalah nombor telefon dia..bagilah alasan…
nanti kalau kereta kau meragam lagi kau boleh call dia nak minta tumpang… bagilah alasan macam tu. Masa tu takkan dia tak bagi, lagi pun dia dah tahu kau jiran dia. Dah ada nombor senang lah kau nak beramah mesra. Kalau ada masa free kau call lah dia. Mula-mula memanglah janggal tapi kalau dah dua tiga kali call tentu banyak cerita Han…barulah ada kemesraan.” Pada hemat Edlan susah sungguh hendak mengajar Farhan memikat gadis… semuanya  dia tak tahu. Dia tidak tahu langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengekalkan perhubungan.‘Dahlah berat mulut yang nak dipikat pun berat mulut hai apa nak jadi ..’. Itu hanya keluhan Edlan didalam hatinya sahaja.

Dia teringat keadaan abangnya baru  bercinta dulu..telefon sentiasa melekat ditelinga..sesekali dia mencuri dengar apakanh yang mereka bualkan..rupanya segala aktiviti hari dilapurkan sehingga hendak masuk tandas pun tidak terkecuali. Bil telefon ketika itu usah nak cerita. Mulalah ayah dan ibunya membebel lalu menyegerakankan mereka berkahwin.


“Aku tak terfikirlah pulak masa tu, tapi kalau aku minta masa tu, tak ke rasa aku ni mengambil kesempatan. Aku malu pulak nanti dia kata aku nak jual minyak urat.”

“Laa kau ni Han..Itukan dah memang kenyataannya.Memang kau nak jual minyak urat apa..kalau tak kau tak dapat dia..Han..Han. Kau tu lelaki apa salahnya..kau memang digalakkan mengurat seorag gadis untuk mengisi borang cinta kau yang masih kosong tu. Haa kalau dia..memang patut menanti  jejaka yang sudi menghulur borang cinta untuk diisi..supaya tidaklah nanti dia dikatakan seperti perigi mencari timba. Walaupun sekarang ni dah tak ada perigi, semua orang dah ‘ado api dalam kaco dan air dalam bosi’ di setiap  rumah.”  Sempat lagi Edlan menyelitkan sedikit gurauan supaya sahabatnya tidak terlalu tertekan.

“Tapi aku malulah kalau dia perasan aku nak megurat dia.. Susahnya..dah dewasa macam ni susah pulak rasanya nak teruskan hidup macam orang lain..nampak kau dah kahwin dan ada anak, aku pun teringin juga, tentu kau bahagia denga Su kan Lan..balik rumah ada isteri dan anak menanti..Tapi aku ni entahlah...Kau rasa ada tak harapan aku dengan dia tu Lan..aku rasa macam dah buntu nak rapat dengan dia”. Hanya soalan itu yang terkelur dari bibir Farhan. Keluhan demi keluhan keluar dari mulut Farhan. Dia mengucapkan dengan lemah seperti orang yang putus asa dan tidak berkeyakinan sahaja.

“InsyaAllah ada..tapi kau kenalah usha sikit”. Jawab sahabatnya memberi semanagat agar Farhan tidak cepat berputus asa.

“Kau mesti ingat Han.. Kau tukan nak cari orang yang boleh bersama dengan kau dalam suka dan duka..orang yang boleh bersama-sama kita pada bila-bila masa saja kenalah usha yakinkan dia.” Tidak jemu-jemu Edlan memberi perangsang dan semangat kepada sahabatnya. Agar dia tidak patah semangat untuk mencari tempat dia menletakkan kasih dan cintanya, mencari Suri yang dapat menemani hidupnya…calon isteri didunia sampai akhirat.

“Tapi Han..betul ke kau nak jadikan dia tu bakal orang rumah kau ataupun saja nak jadikan kawan tapi mesra kat tempat kerja ni sahaja, ialah teman minum pagi dan makan tengahhari…”. Edlan baru tersedar perbincangan mereka sudah terlalu jauh sedangkan Farhan belum lagi mengenali gadis itu dengan sebenar-benarnya. Sudah diputuskankah didalam hati sahabatnya ..yang gadis MA itu akan menjadi suri hatinya suatu hari nanti.

“Kau ni Lan setakat minum dan makan tengahari kat sini, aku lebih suka pergi dengan kau. Aku ni  memang dah berkenan dengan dia tu..lagi pun buat apalah nak menjadikan dia tu teman tapi mesra, lebih baik aku jadikan isteri terus. Ni nak kenal dia pun susah..lepas tu bila dah kenal kita  tinggal macam tu saja, kan kerja bodoh tu namanya. Prinsip aku satu saja Lan..kalau dengan perempuan bukan sahabat atau kawan rapat namanya, kalau kawan ditempat kerja tak apa. Berkepit kehulu kehilir teman makan teman minum ..itu sebenarnya megundang dosa.. Pada aku kalau dengan perempuan yang tiada kaitan dengan aku, aku hanya akan bercakap atau bertanya kerana hal kerja sahaja..lebih dari itu tidak digalakkan.”Itulah Farhan,dia sememangnya jarang mahu berbual atau bergurau senda dengan rakan yang berlainan gender. Kadang-kadang dalam satu hari suaranya tidak kedengaran walaupun hari itu dia ada bekeja. Bertanya atau memberi arahan hanya pada yang perlu sahaja.

“Kalau dah macam tu, apa kata kalau kau terserempak..kau ajak dia pergi minum ..cakaplah kau nak belanja dia sebab nak ucapkan terima kasih tumpangkan kau naik motor dia hari tu, nanti masa kau duduk sama-sama tu jangan lupa tanya tentang diri dia ..dah berpunya kebelum..nak lagi bagus dan kalau kau tak rasa malu kau tanya sekali kalau dia sudi terima dirikau jadi teman istimewa dia. Haa kalau kau takut terlupa, tulis apa yang aku cakap ni… cepat”. Edlan memberi arahan tegas kepada sahabat yang dihadapanya. Begitu terperinci Edlan mengajar sahabatnya, siap, suruh ditulis apa yang diperkatakan tadi...

“Kau ni Lan..aku taklah sampai macam tu..aku boleh tapi hanya aku tak tahu sahaja”.

“Ialah mana tahu kalau kau rasa gugup pula bila berdepan dengan dia..terus terlupa apa yang nak kau tanya.” Edlan terpaksa menyatakan tindakkan selanjutnya agar Farhan tahu untuk mengatur rancangan jika dia berjaya membawa Fatin pergi minum atau makan nanti. Tetapi rasa lucu pula bila membayangkan Farhan mengeluarkan nota kecil bila berhadapan dengan sigadis  nanti. Seperti wartawan yang hendak menyoal siat pula. Takut-takut Fatin cabut lagi kerana salah faham…Farhan mahu menyoal selidik dirinya..

============================================================



Pada suatu pagi Farhan terserempak Fatin diparking motosikal. Dia cuba mengambil kesempatan cadangan dan nasihat yang diberikan oleh sahabatnya tempuhhari.. Farhan memberanikan diri untuk mengajak Fatin minum pagi hari itu..

“Assalamualaikum..rasanya lama kita tak jumpa ye, kenapa sekarang ni abang tak nampak kakak parking motor kat sini.”

“Waalaikumsalam..sekarang ni saya datang awal kerana hantar adik pergi sekolah, lepas tu saya parking kat sebelah hujung tu.” Kebetulan pula Farhan keluar awal dari biasa tadi. Kini harinya seperti sepi..oleh kerana bosan dirumah, dia ketempat kerjanya lebih awal dari biasa.

“Selama ni adik pergi sekolah naik apa?.”

“Biasanya adik tumpang ayah dan ibu naik kereta..tapi masa ni ayah dan ibu pergi kursus dan tinggal kat sana selama seminggu lebih..itu yang saya kena hantar adik dulu.”

“Kalau macam tu..bagilah adik pakai motor,  kakak tumpang kereta abang kita pergi kerja sama-sama”.

“Ehh tak apalah.. ayah dan ibu dah balik..mereka dah habis kursus tapi mereka masih bercuti sehari.”.

‘Asyik terlepas peluang saja aku ni..nak kena mandi bunga ke’’ detik hati Farhan yang kecewa mendengar jawapan gadis pujaan.

“Ohh..macam tu pulak..kakak rehat nanti pukul berapa?.”

 “Entahlah kitaorang rehat kena ganti-ganti entah yang first atau yang second..kenapa?”

“Kita pergi minum sama hari ni abang nak belanja kakak…sebab nak ucapkan terima kasih tumpang kan abang hari tu.”

“Terima kasihlah. Saya tumpangkan haritu tu ikhlas, tak payahlah nak balas..lagipun  saya dah bawa bekal sampai makan tengahari.”

“Kalau tak boleh hari ni besok boleh ?”

“Sebetulnya saya hari-hari bawa bekal ..sebab ibu dah masak pagi dia suruh saya bawa bekal”.

“Ohh macam tu” Hampa..hampa berganda hati Farhan bila mendengar jawapan Fatin.Terdetik dihati Farhan  ‘Macam manalah aku nak rapat dengan anak dara haji Rasid ni..ya Allah tunjukkanlah jalanya..aku mengharap pertolongan dariMu ya Allah’.

Sudah dua minggu berlalu sejak peristiwa ajakkanya ditolak, kini tiada lagi perkembangan tentang perhubungan mereka. Hatinya yang resah terlihat di wajahnya keruh. Hatinya buntu untuk mencari langkah seterusnya. Harapannya yang tinggi mengunug juga mula menyusut dah nak jadi macam anak bukit sahaja. Adakah harapanya untuk dia merapati gadis pujaanya sekarang ini. Itulah pertanyanaan yang sering berligar dikepalanya.Cemas hatinya jika perkenalan itu akan semakin hari semakin hambar dan akhirnya lenyap begitu sahaja, sedangkan dia sangat mengharapkan hubungan itu untuk menuju bahagia dimasa hadapan.

“Kenapa Han macam tak ceria saja aku tenguk..tak dapat jumpa buah hati ke?.”

“Bukan tak jumpa..aku jumpa tadi, tapi dia macam nak menjauhkan diri saja..aku perasan sejak aku ajak dia minum dengan aku hari tu, dia macam nak mengelak saja dari aku, kalau dulu 5 atau 10 minit sebelum 730 pagi aku nampak dia sampai, tapi sekarang ni tak ada pulak, pukul berapa agaknya dia datang kerja. Aku jengah-jengah juga kat parking motor tapi motornya pun tak  ada..” Dalam diam rupanya Farhan sampai awal dari biasa kerana dia menunggu Fatin diparking keretanya.

“Entah-entah dia dah masuk syift kot..itu yang tak jumpa tu”.

“Tak juga hari tu aku ada tanya dia..dia akan kerja waktu pejabat dalam dua atau tiga bulan ni. Rupanya dia baru habis kursus.Itu sebabnya dia kena ikut senior dulu sebelum betul-betul mahir nak buat kerja sendiri.”

“Kalau macam tu bila terserempak lagi cubalah kau tanya kenapa dia macam tu..entah-entah dia dah ada pakwe kot..itu yang dia nak jauhkan diri dari kau”. Betapa kecewanya hati Farhan mendengar jawapan sahabatnya. Sedih hatinya. Bertambah lagi rasa dihatinya. Hampa dan sedih hu..hu..hu wajahnya makin mendung..

“Entahlah Lan aku pun tak tau..nak tanya hati dia dah berpunya ke belum pun tak ada peluang ..aku ni macam bertepuk sebelah tangan sajalah Lan.. macam ni haa.. aku suka kan dia bagai nak rak dia pulak macam nak jauhkan diri dari aku pulak.. nak saja aku tanya dia, kalau padi katakan padi tidak aku tertampi-tampi”.

“kalau sudi kata sudi tidaklah kau ternanti-nanti” sambung Edlan, kerana pantun empat kerat sahabatnya tadi hanya tergantung tiada penamatnya. Dia sedeh melihat wajah muram sahabatnya yang didepan mata. Kemudian dia menyambung untuk memberi semagat agar sahabatnya tidak berputus asa…

“Sabarlah Han, kalau ada jodoh kau dengan dia tak kemana. Berserah dan berdoalah pada yang Maha Berkuasa..buatlah solat hajat banyak-banyak kita berserah pada yang Maha Berkuasa agar hatinya terbuka untuk engkau”.

“Aku dah buat Lan. Aku tahu juga bab hati dan perasaan hanya Allah yang pengang kuncinya.”

“Kalau macam tu tunggu saja..InsyaAllah. Kau pegang satu kalau dia baik untuk kau pada masa sekarang dan masa akan datang tentu Allah akan lorongkan untuk kau. Tapi kalau sebaliknya kau harus redha, sebab Allah yang tahu apa yang terbaik untuk hamba-hambanya. Allah kan Maha Pengasih lagi Maha Penyayang… Dia akan mendengar permintaan kau..berserah sajalah Han.” Lapang sedikit dada Farhan mendengar nasihat sahabatnya.



Rasanya tajuk ni tak berapa menarik..kalau sudi berkongsi cadangkanlah satu tajuk yang nampak menarik..kalau mat teh nak bagi tajuk GADIS DUA BODYGUARD. ok tak.




Thursday, 7 March 2013

Bab 6 Bimbang



Awan bergulung di hari senja,
Nampak berbalam putih warnanya,
Tuan di gunung hamba di paya,
Mengharap dalam jambangan kasih dapat bersama.



                Seminggu telah berlalu sejak pertemuanya dikenduri kahwin kawannya Zaki tempuhhari. Farhan sudahmula  buntu untuk mencari  bicara mesra dengan Fatin. Serasa sudah tidak ada cerita untuk dia mencuri waktu Fatin diwaktu pagi. Dalam seminggu ini kalau dia terserempak dengansi gadis, dia hanya memberi salam dan berbalas senyum sahaja.  Terasa hubungan mereka tidak berkembang.Hati Farhan jadi resah. Kini dia akur akan nasihat sahabatnya Arief Edlan agar meminta bantuan ibunya untuk merapati anak gadis Pak Haji Rasid. Malam itu dibuangnya rasa malunya bertanyakan ibunya meminta pertolongan.


“Bu..ibu ada dengar tak cerita anak Pak Haji Rasid yang perempuan tu dah ada yang punya?.”


“Entahlah Han..tapi tak pernah pulak ibu dengar yang dia dah bertunang.Makcik Fiza yang duduk sebelah rumah Haji Rasid pun tak pernah cakap dengan ibu. Makcik Fiza selalu juga berjogging dengan ibu..pagi tadi pun kami jogging sama-sama. Kenapa Han..dia ada cakap dengan Han  dia dah bertunang ke?”.Ketika itu Hajjah Fatimah sedang menjahit  tempahan baju kurungnya di ruang tamu rumah mereka. Suaminya Haji Abu Bakar pula kesurau,dia berpesan akan pulang lewat sedikit malam itukerana memenuhi undangan membaca Yassin disebuah rumah kenalanya.Itulah aktiviti suaminya sejak berpencen.


“Nak cakap apanya…kami ni nama saja satu tempat kerja, tapi tak pernah pun duduk berbual, kalau terserempak pun..Han bagi salam, dia jawab salam suaranya pun tak dengar hanya bibirnya saja yang bergerak-gerak kemudian dia seyum itu aje.”


 “Mungkin dia nak jaga aurat suara dia..eloklah macam tu. Kenapa Han tanya..emm..Han suka pada kakak tu ke?”Hajjah Fatimah meneruskan sahaja jahitannya.Dia tidak memandang pun wajah anaknya. Takut pula jika dia memandang wajah anaknya akan terbantut pula hasrat hati apa yang mahu disampaikan… tapi mulutnya terpacul juga soalan cepu emas untuk sianak yang bertanya.Farhan terkedu..tadi walaupun dia merasa malu tapi kerana desakkan hatinya, terkeluar juga pertanyaan itudari mulutnya.


            Apabila soalan cepu emasnya tadi  tidak berjawab Hajjah Fatimah menghentikan jahitan ditanganya, lalu  memandang anak teruna keduanya.Anak yang dihadapanya sudah tidak tentu arah tingkahnya, mukanya juga sudah merah mungkin menahan malu.. Bila pandangan mata ibunya terarah kepadanya.. Farhan bangun menuju kebiliknya meninggalkan ibunya yang masih termangu..


          Walaupun anaknya berlalu kebilik dengan  soalan yang tergantung tidak berjawab namun dihati Hajjah Fatimah rasa sangat bersyukur kerana Farhan sudah mahu bertanyakan seorang gadis kepadanya.Ini menunjukkan ada satu perkembangan yang baik dan ada harapanya untuk menerima menantu seorang lagi.Hajjah Fatimah harus bertindak cepat sebelum hasrat hati anaknya terbantut.


          Makcik Fiza yang diperkata kan oleh Hajjah Fatimah merupakan sahabat baiknya yang tinggal disebelah rumah Haji Rasyid dan Hajjah Noraini. Dia merupakan jiran yang paling hampir pada kedua ibu dan ayah Fatin Najihah. Apabila tersedar dari rasa syukurnya Hajjah Fatimah mengekori anaknya yang telah masuk kedalam biliknya lalu duduk dibirai katil Farhan,Farhan pula sudah duduk mengadap computer riba dia atas meja belajarnya, mungkin untuk menyorokkan wajahnya kerana  malunya dengan pertanyaan tadi. Itulah Farhan, jika hatinya terusik sedikit dia akan masuk kebilik menyembunyikan dirinya.


“Han ibu nak tanya ni janganlah Han malu dengan ibu…emm..kenapa Han tanya tentang kakak tu..Han suka denagn dia ke?.cakaplah dengan ibu..kita nikan anak beranak apa salahnya Han cakap dengan ibu.” desak Puan Fatimah lagi.


“Emm..macam tulah kiranya..tapi Han tak tahu macam mana nak kenal dia…jadi Han mintak tolong ibu kalau dapat ibu bagi jalan kat Han ni.” Lama Puan  Fatimah memandang anaknya yang seorang itu..dia tahu dalam empat orang anak lelakinya..Farhan lah yang paling pemalu terutama untuk bertemu dengan perempuan.Dia terkenang semasa remajanya ..dia dan suaminya selalu menyuruh Farhan keluar berjalan di bandar atau bertemu kawan dikawasan perumahan mereka, tetapi Farhan lebih suka duduk memerap dirumah atau lebih tepat didalam biliknya. Bila digesa berulang kali dia akan menjawab…


“Ibu ni…Han duduk kat rumah supaya hati ibu tidak bimbang ..kalau Han keluar nanti terjebak dengan perkara-perkara tak elok..hati ibu dan ayah juga yang  susah nanti.” itulah jawapan yang selalu diberikan.


Dalam hati Puan Fatimah sangat besyukur kerana Farhan sudah mahu memikirkan pasangan hidupnya. Dia akan berusha membantu anaknya memancing hati anak dara Haji Rasid..jika pancingan anaknyan berjaya dia juga yang untung… dapat menantu dan besan yang dekat dan sudah dikenali.


“Han..dia pergi kerja naik apa?..”Puan Fatimah memandang wajah anak yang dihadapanya.Farhan masih mengadap komputernya mungkin mahu menghilanghkan rasa malunya.Hajjah Fatimah pula ligat mencari jalan untuk diutarakan kepada anaknya. Dia akan cuba membantu  anak terunanya memikat hati sigadis.


“Dia pergi kerja naik motor..bu.”Walaupun dia menjawap segalanya di soal oleh ibunya namun dia tidak memalingkan mukanya memandang ibunya disisi.


“Kalau Han ajak dia pergi kerja sama-sama naik kereta Han mahu tak agaknya.”Itulah rancangan yang pertama yang keluar dari bibirnya.Pantas Farhan memalingkan muka mengadap ibunya.Dia sudah menunjukkan minat dengan cadangan ibunya.


“Han rasa dia tak akan mahu..”


 “Kenapa pula Han cakap macam tu Han belum cuba tanya dia lagi”.


“sebab ..Han rasa dia ni jenis yang pemalu,ada juga sesekali Han bertembung dengan dia kat hospital tu tapi..ialah dia dah kenal Han tapi kalau bertembung pun dia tak akan tegur Han dulu..kalau Han tegur barulah dia balas, itupun hanya dengan tersenyum jawab salam dengan bibir bergerak-gerak suara tak dengar. Kalau Han pura-pura tak perasan laju saja langkahnya dia dan tak tegur Han pun.”


“Ibu dah agak pun, dia tu Han kalau tak salah ibu ..pendiam sikit. Dulu kalau ibu jalan dan duduk depan rumah dia, kalau dia ada duduk dengan kawan-kawan dia, ibu nampak dia hanya pandang saja kawan-kawan dia berbual, kalau ada yang lucu dia ketawa sambil menutup mulutnya. Kalau nak kata sombong tidak juga dia duduk sama tapi dia tak pandai nak berbual..”


“Kalau macam tu sesuai ke dengan Han bu”.


“Kalau ada jodoh Han dengan dia, bila dah jadi suami isteri duduk serumah ni lain. Ayah Han dulu tu pendiam juga..tapi bila dah jadi suami isteri banyak pula yang nak dibincangkan dengan ibu..dah duduk serumah dia dah tak jadi pendiam lagi dengan ibu..tapi Han tenguklah kalau ayah Han dengan kawan-kawan dia, dia cakap sepatah dua sahaja kan?”.

“Emm” Farhan membayangkan kata-kata ibunya tentang ayahnya..sememangnya Haji Abu Bakar pendiam orangnya. Dia lebih suka memerhati dari bercerita, dia juga akan ketawa jika ada yang lucu tetapi tawanya hanya sedikit sahaja. Bila teringat persolan yang sedang mereka bincangkan Farhan kembali bertanya kepada ibunya..


“Habis bu macam mana cerita Han dengan kakak ni… macam mana Han nak ajak dia pergi kerja sama-sama.”


“Kalau macam tu apa kata kalau Han saja yang tumpang motor dia…macam mana?.”Timbul satu idea yang bernas dikepala Hajjah Fatimah.


“Cuba Han tumpang motor dia”.


“Ehh ibu ni boleh ke macam tu, elok-elok orang naik motor atas jalan raya tiba-tiba Han terjun dalam longkang pula.”Farhan merasakan cadangan ibunya tidak masuk akal pula. Tidak terbayang dimindanya dia membonceng motosikal Fatin Najihah..terasa jatuh pula air mukanya seorang lelaki membonceng motosikal seorang gadis.Tidak terjangkau oleh akalnya.


“Kenapa pulak yang Han nak terjun dalam longkang.”


“Ialah tiba-tiba saja Han nak tumpang motor dia, tentu dia kata Han mengada-ngada mahu dia bagi Han flying kick  sekali..tak terjun dalam longkang Han ni…lagi pun, bagi ke dia bila Han nak tumpang motor dia tampa sebab.”


“Cubalah dulu…dia pergi kerja lalu depan rumah kita ke?biasanya pukul berapa dia lalu?”Hajjah Fatimah sudah seperti penyiasat persendirian pula mengumpul  data-data yang akan digunakan untuk memulakan misinya. Dia akan cuba meneruskan idea bernasnya.


“Han selalu terserempak kalau dia lalu depan rumah kita ni lagi lima minit pukul 700 pagi.”
Dalam diam rupanya Farhan telah lama memerhatikan Fatin dek desakkan hatinya.


“ok esok pagi kita tunggu depan pagar…kalau dia lalu nanti ibu tahan lah mintak tolong tumpangkan Han.”

“Betul ke ibu nak tolong Han ni? ..tapi boleh ke macam tu.?” Farhan mula merasa ragu dan cemas dengan rancangan  ibunya..apalah yang dirancang oleh ibunyadia tak tahu.


“Cubalah dulu, Han ni macam tak yakin dengan ibu… kita cubalah dulu..sebenarnya ibu pun suka kalau kakak tu jadi menantu ibu..ialah budaknya baik kalau berjalan-jalan ibu nampak dia pakai tudung labuh, tak bersolek.Lagi satu ibu dan ayah dia pun baik..ibu dia tu jenis orang yang tak bangga diri dengan anak-anak dia..ibu tak pernah dengar ibu dia membanggakan anak-anak dia Han, walaupun anak-anak diorang tu semuanya bagus-bagus, baik dari segi pelajaran mahupun tingkahlaku. Tak macam sesetengah ibu ni, kalau cerita anak dia saja yang baik, anak dia saja yang pandai..tapi Hajjah Ani ni tak pernah pulak ibu dengar dia membangga-banggakan anak-anak dia. Pada ibukan Han..kalau anaknya baik ibunya tak baik, susah juga kita nak masuk keluarga dia. Lagi satu kalau ibu tu jenis yang suka membanggakan anak-anak, sikit-sikit dia akan masuk campur dalam rumahtagga anak-anak dia..dan selalu memenangkan anakya kalau ada pertelingkahan antara suami isteri nanti. Ada ibu dengar orang dulu-dulu cakap,kalau nak kahwin anaknya kita mesti kenal ibunya dulu,tujuannya macam tulah kalau ibunya baik InsyaAllah rumah tangga anaknya akan kekal bahagia.”

================

           Seperti yang dirancang pagi itu Hajjah Fatimah dan Farhan meneruskan rancangan mereka.Dari pukul 645 minit pagi lagi Puan Fatimah sudah terpacak menjadi jaga dihadapan pagar rumah mereka.Farhan juga sudah bersedia dengan baju kerjanya dan sebuah topi keledar ditangan, menanti gadis idaman dengan sabar.Mereka berdua berdoa agar rancangan mereka membuahkan hasil. Seperti biasa bila jam menunjukkan 5 minit lagi pukul 7 pagi, terdengar bunyi motosikal dari atas bukit..cepat-cepatHajjah Fatimah keluardari pagar rumahnya dan melambai-lambaikan tanganya.Fatin yang menunggang motosikal dengan laju kerana menuruni bukit, agak terkejut bila ada orang melambai-lambai seolah-olah menahannya..dia memperlahankan motosikalnya dan berhenti di depan pagar Hajjah Fatimah.


“Kenapa mak cik??”


“Alhamdulliah ..nampak pun kakak kat makcik ni.”


“Nampak..tapi kenapa..ada orang yang sakit ke makcik?”


“Makcik minak tolong nak tumpang kan anak makcik ni haa..Abang Farhan meragam pulak pagi ni..tolong tumpangkan dia boleh tak..dia malas pulak nak jalan cari bas kat bawah tu.”  Ketika Hajjah Fatimah menyebut perkataan ‘Abang Farhan’ dia memalingkan wajahnya kebelakang, mencari anaknya yang masih tercegat dimuka pintu keluar..mungkin malu atau tidak yakin dengan rancangan ibunya. Kemudian dia memusingkan semula mukanya dan memandang wajah Fatin lalu menyambung dengan perkataan ‘meragam’.


Terkebil- kebil mata Fatin memandang Hajjah Fatimah.. Dalam hatinya tertanya juga, siapa yang meragam ‘Farhan atau keretanya..tapi tidak mendengar perkataan kereta pulak’ sedang Fatin terfikir-fikir apa yang didengarinya tadi..Hajjah Fatimah bertanya lagi…


“Boleh tak kakak tumpangkan abang Farhan ni.” bila dilihatnya Fatin hanya terkebil-kebil memandangnya, Hajjah Fatimah bertanya lagi meminta kepastian.


‘Mak cik oii meh sini nak pegang dahi demam ke..biar betul orang tua ni nak tumpangkan anak bujang dia tak takut kena culik dengan aku ke’tetapi persoaalan itu hanya bergema didalam hatinya sahaja.Bagai baru tersedar dari mimpi Fatin menjawab.


“Boleh..boleh..naiklah”. Tidak disangka perkataan yang tidak terkawal ..tetapi itulah bunyinya yang keluar dari bibirnya. Oh.oh. Keluh nya dalam hati.


        Bagi Farhan pula, bila dia mendengar perkataan..BOLEH  kali pertama laju dia mendapatkan ibunya. Perkataan ‘BOLEH’ kali kedua dia sudah berdiri disisi ibunya dengan membawa topi keledarnya  sekali. Dia menghadiahkan senyuman lawanya kepada Fatin di pagi hari, sebagai ucapan terima kasih.Farhan tidak bersuara dia hanya memandang dengan mata redup memohon simpati.


“Naiklah.”Fatin memandang wajah Farhan yang nampak ragu.Lama Fatin menunggu Farhan yang kelihatan serba salah dan teragak-agak. Puan Fatimah membantu anaknya lagi..dia bersuara bila melihat keadaan anaknya…


“Kakak biar abang Farhan  yang bawak motor.”Kini Fatin pulak yang rasa ragu-ragu ingin menyerahkan motornya kepada Farhan.


“Kakak jangan bimbang ..Abang Farhan ada lessen motor.” Puan Fatimah meyakinkan Fatin Najihah lagi, bila dilihat Fatin Najihah ragu-ragu.


             Diatas permintaan Hajjah Fatimah, Fatin turun dari motosikalnya untuk memberi laluan kepada Farhan membawa motosikalnya. Kini dia pula yang akan menjadi pemboncengnya. Farhan menyalami dan mencium tangan ibunya sebelum menaiki motosikal Fatin.Diikuti oleh Fatin menyalami dan mencium tangan Hajjah Fatimah.Kemudian mereka mula bergerak. Sebelum mereka bergerak  sempat lagi Puan Fatimah berpesan.


“Kakak peganglah abang Farhan tu nanti jatuh..Farhan baik-baik bawa anak dara orang jangan laju sangat..lambat sikit tak apa.” pesan ibunya. Dalam hati Fatin berdetik..’Hisyy orang tua ni pandai-pandai pulak suruh orang panggil anak dia abang..abang dari tadi, geli pulak nak dengar.’


           Sepeningalan kedua teruna dara tadi, Hajjah Fatimah tidak sempat masuk kedalam rumah  sudah menekan perutnya. Dia  ketawa geli hati dengan lakunannya tadi. Terasa sangat lucu bila dia menyebut ‘Abang Farhan meragam’ tadi..tapi jika disebutnya keretanya meragam takut-takut esok kereta yang baru enam bulan dibeli oleh anaknya itu meragam pulak.
Farhan membawa motor lebih laju sedikit dari kebiasaan Fatin membawanya sendiri. Dia tahu Fatin hampir terlambat gara-gara perlakuan dia dan ibunya.Sesekali Fatin terpaksa juga bersentuhan dengan belakang Farhan yang tiba-tiba memberek motornya secara tiba-tiba.


“Maaf ye tak nampak lubang tu..jangan marah.” Fatin hanya mendiamkan dirinya sahaja..’dah orang tak perasan takkan nak marah pulak’ itu detik hatinya.


            Sampai ditempat kerja  Farhan memakir ditempat biasa Fatin memakir motosikalnya. Setelah siap mengunci dan merantai motosikal Fatin, Farhan menyerahkan kunci motosikal Fatin yang ada ditangannyaDengan senyuman lawanya yang terpamir diwajahnya, dia mengucapkkan terima kasih….


“Terima kasih ..tapi petang ni abang nak tumpang untuk balik boleh..abang malaslah nak naik bas nanti kena jalan kaki pulak.” meremang bulu roma  Fatin mendengar Farhan membahasakan dirinya abang..terdengar romantic pula. Pada Farhan bila ibunya membahasakan dirinya abang untuk Fatin, dia menjadi suka pula dengan ganti nama itu..serasa dia sudah ada harapan..Diamemulakan angannya.


“Boleh..saya tunggu kat sini petang nanti..ok saya pergi dulu assalamualaikum” tampa menunggu lama laju langkahnyameninggalkan Farhan yang sedang bahagia..kerana dia sudah kesuntukkan masa. Farhan tersenyum ceria hari ini.Sepanjang jalan senyumnya tidak mahu surut dari bibirnya. Sampai ditempat kerja nya dia ditegur oleh Arief Edlan sahabatnya..


“AssalamualaikumHan..mimpi apa malam tadi..ni senyum berseri-seri muka kau tu.”

“Waalaikum salam..tak ada mimpi apa pun ..sebetulnya aku tidur tak lena malam tadi.”


“Kenapa??..kaukena ganggu dengan jin ke?.“


“ Kau ni mulut kau tu selalu celupar..kalau dah jin ganggu susah ubatnya tau. Mahu nanti aku kena kahwin dengan nenek jin.”


“Ialah sekarang ni cuba kau baca dalam surat khabar tenguk drama-drama kita, banyak cerita-ceritanya yang bersangkutan dengan jin.Tapi kenapa kau mengharapkan kau kahwin dengan nenek jin tak dengan cucu jin pulak.orang lain nakkan cucu dia nak nenek pulah Han..Han kau ni lain dari yang lain lah”.


“Dah nenek jin ni banyak ilmu..dah tua kereput pun manusia nampak cantik muda belia..jadi janganlah kau doakan aku macam tu.”


“Aku tak doakan kau macam tu…tapi apa pasal yang kau tak dapat tidur malam tadi ..dah tak cukup tidur datang kerja ni senyum memanjang macam orang angau saja aku nampak”.


Kau ni Lan kalau nak mengata aku main sedap mulut kau saja..tak toleh kiri kanan dengar dek orang malu aku..ada ke kau cakap aku angau.”Walaupun sahabatnya mengata dirinya namun senyum Farhan masih tidak mahu surut dari dibibirnya, seakan tiada perasaan marah dihatinya.


“Ialah kalau kau ada cerita bahagia ceritalah kat aku nihaa sikit … aku nikan sahabat kau.”


“Kau nak tau Lan..ibu aku buat rancangan dan rancangannya menjadi pulak tu..aku jadi heronya, itu yang aku bahagia ni.” Bertambah lebar senyum Farhan mengenang peristiwa yang baru berlalu..tidak disangka, dia menunggang motorsikal bersama Fatin. Dia akan mengenang peristiwa dalam sejarahnya itu hingga keakhir, detik hatinya yang bahagia.Terasa yang tadi tu mimpi sahaja.


“Kalau kau heronya siapa pulak heroinnya..ada ke gadis jiran kau yang tengah kau puja sekarang ini.”


“Dialah siapa lagi..bukan kau tak tahu siapa aku ni..susah sangat orang nak sangkut kat aku ni.”


“Alah bukan orang tak sangkut kat kau..tapi kau tu yang memilih.Apa yang ibu kau rancangkan tu ceritalah sikit kat aku ni.” Farhan menceritakan rancangan ibunya kepada sahabatnya..dia menceritakan juga bahawa petang nanti dia akan menumpang lagi motosikal Fatin Najihah. Tidak sabar rasanya menunggu petang…
























Saturday, 2 March 2013

Bab 5 Bimbang



Telekung bersulam dari seberang,
Hadiah buat sidara sunti,
Jangan mengharap tuahnya orang,
Sampai ketika susah sendiri.



“Tak pernah aku doakan kau sampai macam tu..aku doakan kau bahagia ada pasangan dan beranak pinak..tapi kalau dengan jiran kau tu aku tak tahu macam mana nak tolong kau lah Han, sebab aku tak kenal dia..kalau dengan orang lain kau nak tak?..kat sini pun ada juga yang minat kat kau”.

“Haah!! Siapa yang minat kat akuLan?? ..cakaplah cepat.” Tertegak duduk Farhan terperanjat bila Arief  Edlan mengatakan di tempat kerja mereka ada yang meminati dirinya.

“House men ni..namanya Sharifah Nur Amalina keturunan Syed tau.”

“Yang mana satu..aku tak kenal pun.” Dengan dahi berkerut-kerut Farhan mencari wajah diadalam kepalanya wanita yang disebut oleh sahabatnya tadi.

“Dua bulan lepas dua kali dia masuk sini tanya pasal ubat, masa tu giliran dia buat kerja kat wad O&G (Pakar sakit puan)..”

“Yang mana satu ni aku tak ingatlah Lan”.

 “Itulah kau kalau orang bercakap dengan kau..kau jarang yang ambil perhatian, masuk telinga kiri keluar terlinga kanan lepas tu agaknya kau pejam mata...jalan pulak asyik menunduk saja tak toleh kiri kanan. Mana kau nak kenal orang. Kalau ada yang nak main mata pun buat sakit hati saja, bukannya kau pandang pun..kalau kau pandang pun agaknya macam kau pandang tunggul kayu mati saja langsung tak ada perasaan.”

“Habis macam mana kau kenal dia, kau ada cerita lain ke disebalik kau nak kenal kan dia kat aku..kau jangan Lan, aku bagi tahu Su kang baru padan muka kau”.

“Ehhh tak adanya aku nak buat kerja tak betul Han…Kebetulan adik dia kawan dengan adik Su laah..dia pernah temankan adik dia pergi rumah aku..itu yang dia kenal aku dan aku kenal dia tu..tulah lain kali buka mata tu pandang orang..kau tu lelaki..”.

“Lan..walau pun kita ni lelaki ..tapi kita mesti menjaga pandangan mata kita dari memandang yang bukan hak kita..betul tak.”  Itulah Farhan dia masih seperti budak sekolah yang masih patuh dengan nasihat guru-gurunya.

“Han kita ni pandang dengan niat  nak  kenal, bukan ada niat tak baik. Kalau kita tak pandang mana kita nak kenal orang”.

“Ialah mula pandang lepas tu mulalah kita fikiran kita kelain itu yang aku takut”.

“Kalau dah macam tu kau cakap,  tak ada jalan lain dah..aku rasa kena campur tangan ibu kau juga baru dapat kau kahwin. Kau cakap dengan ibu kau..gadis mana yang kau nak, biar ibu kau urus kan termasuklah gadis MA tu.  Ibu kaukan kenal dia dan  keluarga dia...tapi sungguh-sungguh ke kau dah jatuh hati pada dia? Kau tak nak cuba gadis lain dulu?”

“Kalau dengan gadis lain sama juga kan Lan.. aku juga yang kena berkenalan dengan dia.. jadi biarlah aku cuba dia dulu,sementalah  aku dan dia pun dah kenal..hanya belum biasa saja”.

“Cantik sangat ke budak tu, macam dah kau tetapkan hati kau untuk dia Han..aku tahu kau ni seorang yang pemilih juga.. Saleha tu dulu memang cantik dan sempurna untuk seorang wanita..itu yang kau sangkut hati.”

“Kat mata aku yang tak ada pilihan ni cantiklah..tak tahulah pulak kat mata kau, tapi kalau kau, tentu tak lawan dengan Suhaila yang hitam manis tukan.” Farhan menutur merendah diri. Isteri  Arief Edlan bernama  Suhaila sememangnya cantik orangnya. Orangnya hitam manis, kecil molek, berhidung mancung dan bermata galak. Orangnya  peramah, periang dan suka berjenaka. Sesiapa  yang berdampingan dengan akan rasa ceria sepanjang masa.

“Emmm…tapi susah sangat kau nak rapat dengan dia, aku nak tolong pun tak tahu macam mana nak bagi jalan. Han kalau kau susah-susah sangat nak kenal dia apakata.. aku kenalkan saja dengan Sharifah Nur Amalina  doctor pelatih tu, aku  rasa dia suka kat kau. Aku tenguk dia tu memang  cantik orangnya. Dia ni kulitnya biasa-biasa saja macam kita ni,  tinggi lebih kurang aku saja.. Keturunan Sharifah lagi…kau tak akan menyesallah Han”. Mula lah Arief  Edlan mempromosi seorang doctor muda yang seakan berminat kepada Farhan.  

Setelah mengenali Arief Edlan dan dia mengetahui dia adalah sahabat rapat Farhan Nur Amalina mewakilkan adiknya merisik peribadi Farhan melalui adik ipar Edlan.  Semenjak dia terpandang Farhan ketika pertama kali melapur diri hati gadis Nur Amalina di jentik suka. Dengan ketinggian 176 cm berbadan sederhana dan berkulit sawo matang, ditambah pula Farhan berkaca mata menampatkan dia seorang jejaka yang nampak pintar.  Boleh dikatakan  Farhan termasuk didalam golongan jejaka yang tampan wajahnya ada iras-iras  Ustaz Fauzi Mustafa model yang memperkenalkan Jus Tok Guru tetapi wajahnya agak selamba, memang susah untuk melihat senyuman Farhan.
“Han.. Kau nak tahu Sharifah Nur  Amalina tu anak  ADUN tau, keretanya bertukar ganti, semalam aku nampak dia pakai Volkswagen  Beetle  hijau,  pagi ni dia pakai PEAUGOUT 308 warna merah pulak.  Dengar cerita keluarga dia ada syarikat guaman sendiri. Memang Ayah dan emaknya dulu peguam.”

“Lan mana kau tahu semua  ni..pandai-pandai saja  semuanya kau tahu. Macam wartawan edisi siasatlah kau ni.”

“Adik ipar aku satu kolej dengan adik dia UiTM tu..itu yang aku tahu.  Adik dia ambil guaman sebab nak tolong emak dan abang dia yang menguruskan firma guaman mereka. Asal mulanya ayah dia peguam juga tapi sekarang dah aktiv dalam politik pula.”

“Kira dia tu lahir dalam keluarga peguamlah..tapi kenapa dia jadi doctor pula?”

“Yang aku dibagi tahu dia tu digalakkan juga jadi peguam juga oleh emak ayah dia, tapi dia tak minat jadi peguam dia lebih berminat jadi doctor.”

“Ohh macam tu..kayalah keluarga dia tu”.

“Mau tak kaya, kau tahu Han adik dia yang tengah belajar pun ayah dia belikan  kereta SAETRIA NEO GT.  Kemudian dia baru saja buat latihan doctor pun dah pakai  PEAUGOUT 308. Kereta VOLKSWEAGEN BETTLE  yang dia pakai semalam tu ibunya punya. Dia pakai sebab nak panaskan enjin kereta saja. Lagikan kata adik ipar aku  kat rumah dia berderet kereta  mahal. Ada NISSAN MURANO sebiji dengan  VOLVO SD 450  tau.. Ayah dia pakai BMW dan abang dia yang peguam tu pakai MERCEDES. Kau tu..kerja dah dekat empat tahun baru dapat pakai SAGA FXL 1.6.  Aku ni dah kahwin baru merasa pakai NISSAN X-TRIL  itu pun kongsi duit muka  dengan isteri aku.  ”.

 “Emm rezeki  orang..kita tak boleh nak iri hati”. Datar sahaja suara Farhan. Dia tidak berminat mendengar cerita sahabatnya, tentang kekayaan seseorang untuk dikenakan dengan dirinya. Pada Farhan jika dia ingin berharta  biar dia berusha dengan titik peluhnya sendiri.

 “Ehh..Aku bukan suruh kau iri hati, tapi aku nak kau bayangkan kalau kau dapat jadi keluarga dia orang,  senang kau nanti Han. Manalah tahu sesekali bila mereka suruh kau panaskan injin kereta…kau pun boleh bawak NISSAN MURANO pergi kerja masa tu bergaya kau Han..Aku yang sebetulnya minat sungguh dengan Murano ni Han. Tapi syaratnya kau kena kahwin dengan anak dia lah. Kata adik ipar aku lagikan Han..selain kereta, mereka dah dibelikan seorang sebiji rumah. Tapi rumah tu akan dibelikan masa mereka kahwin kelak sebagai hadiah perkahwinan. Itu janji ayah mereka. Kalau kau jadi menantu, kau tinggal cuci kaki saja, rumah dah ada. Mungkin  kalau setakat kau minta belikan kereta Vios bila-bila masa pun boleh dapat ..atau kau nak pakai kereta Nasional mintak sebiji INsPIRA ataupun PREEVE.. tak ke senang kau nanti Han”. Kelihatannya Edlan membayangkkan keseronokkan bila menjadi menantu orang kaya.

“Lan kau tenguk aku ni perempuan ke lelaki?.”

“Ehh..Han kau ingat aku tak kenal kau ke? bertahun kita kawan takan aku tak kenal kau.. tak mencabar langsung soalan kau tu..”

“Habis tu  kenapa  harus aku yang mengharap itu dan ini..sedangkan aku ni lelaki, lelaki yang sempurna  yang ada kemampuan. Cuba kau fikir aku ke yang harus meminta  disediakan itu dan ini..biasanya perempuan yang kita sediakan segala keperluan hidupnya bila dah jadi isteri kita, ini terbalik pulak. Kau suruh aku jadi lelaki yang macam mana? apalah kau ni Lan. Pada aku biar hanya SAGA FLX sahaja tapi aku beli dengan duit aku sendiri tau. Aku tak minta sikit pun duit ayah aku.”

“Alah, apa salahnya..kita meminta pada yang mampu memberi,  sementara dia sayang kau.. kau mintalah.”

“Banyaklah kau punya sayang ..kau punya mampu..lepas tu aku jadi kerbau kena cucuk hidung. Atau pun bila sesuatu terjadi ..dia tolak aku sehelai sepinggang. Nauzubillah..minta dijauhkan Lan.”

“Han kau ni tolak tuahlah.”

“Tak apa lah Lan tuah yang ini aku tolak, mungkin ada tuah yang lebih baik lagi sedang menanti aku.Lan yang sebetulnya,  aku kesian dengan keluarga aku nanti. Ibu aku tu  buakannya orang terpelajar sekadar SPM saja, jadi suri sepenuh masa pulak tu, aku takut dia kekok bergaul dengan keluarga yang educated.  Aku tak nak susahkan ibu ayah aku bila sesekali nak jumpa besan,  mereka tercanguk-canguk macam rusa masuk kampong bila masuk rumah diaorang. Dan aku juga tak suka isteri aku tak suka menjenguk ibu dan ayah aku kerana dia tak selesa duduk rumah aku yang hanya ada tiga bilik tu. Aku nak cari isteri yang berpadan sama macam aku juga..aku ambil kata bidalan Ukur  baju dibadan sendiri..biar sederhana tapi dia sesuai dengan kita dan kita juga sesuai dengan dia dari segala segi.”. Sesekali Farhan mengeluarkan pendapatnya terkedu Edlan mendengarnya..tetapi kata-kata sahabatnya ada kebenaranya.

“Tapi adik ipar aku kata…keluarga dia ni baik mereka tak pilih orang  nak bergaul..dengan orang biasa pun mereka layan macam biasa juga.Walau pun keluarga dia keturunan Syed..Aku rasa  emak dia pun keturunan Sharifah juga.”

“Memanglah mereka macam biasa saja..tapi kitalah..kitalah yang rasa tak selesa..biasanya kita yang biasa ni, kalau bergaul dengan orang yang ada klass kita nak mengadakan klass juga, supaya mereka selesa  duduk disebelah kita..itu kebiasaan orang kita Lan”.

“Kalau kau tak mahu yang doctor tu, ada sorang lagi yang suka kat kau.Yang ni klass biasa-biasa saja macam kita.”

“Haaa?? Yang ni siapa pulak?..banyaknya peminat aku  yang aku tak tahu..hebat juga aku ni kan Lan, kau tenguk muka aku ni handsome ke?..aku tak tahu pulak ramai juga peminat aku,  kalau aku jadi artis tentu tak terlayan kan.” Jika dipandang dari mata kasar Farhan mempunyai ciri-ciri lelaki yang disukai oleh kebanyakkan gadis. Berbatang tubuh setinggi 176cm, berbadan sederhana, kulitnya kuning langsat. Ada misai nipis menghiasi  atas bibirnya di dagunya pula ada sedikit janggut yang berjaga rapi.  Pandangan matanya redup, bukan jenis lelaki yang bergelinjang bila melihat perempuan. Itulah ciri  Farhan dimata seorang perempuan. Gambaran seorang lelaki yang setia pada seorang wanita.

“Kau ni baru dua  orang yang suka kat kau kau dah perasan. Lebih- lebih lah kau ni. Ni yang malas aku nak bagi tahu ni.”

“Cakap lah Lan, nanti boleh aku pertimbangkan, mana tahu kot sesuai pulak untuk aku meletakkan ‘cinta dan kasih aku’  yang tak laku-laku ni.”  Ketawa lepas Edlan bila mendengar pengakuan sahabatnya.

“Kau ni Han janganlah cakap macam tu pula..sedeh hati aku ni.. yang sebenarnya aku kesian kat kau”..

“Sedeh konon tapi suka kau mengutuk aku kemudian  ketawa terbahak-bahak macam tak ingat dunia. Dah semua orang pandang kita”

“Aku rasa geli hati sangat dengan kenyataan kau..cinta dan kasih kau yang tak laku tu..macam jual barang pulak..tapi sebetulnya  aku sedaya upaya nak tolong kau, aku nyanyi tadi tu hanya nak ceriakan kau saja.. tak ada niat aku nak kenakan kau. Sorry ye kalau kau terasa”.

“Tak adalah aku pun saja-saja aje..dah kau cakap aku perasan handsome tadi.. cepatlah cerita siapa peminat aku yang satu lagi ni”.

“Emm..kalau kita tenguk dari segi uniformnya dia ni  jururawat. Orangnya cun..putih melepak,  aku tenguk dia ni peramah..kalau tak salah nama dia Nur Atifah. Dah dua tiga kali aku ternampak dia pandang kau. Ada dua tiga kali juga dia masuk tempat kita jumpa Lin… aku rasa dia tu suka kat engkau, susah-susah pilih antara mereka Han..taklah susah kau nak tekcal ..memang sah dia orang suka pada kau.”

“Lan..mana kau tahu nama dia dan suka pada aku?? Nanti aku syok sendiri pulak..”

“Alah dia tu kawan Lin..budak yang baru masuk tempat kita tu..hari tu aku ajar dia sekalilah dia cakap budak tu nak kenal dengan kau lepas tu aku tanyalah nama budak tu sekali”.

“Hsyy jangan kau buat lagi..nanti dia salah faham pulak ..nanti kalau tahu dek Su habis kau”.

“Taklah Lin tu tahu aku dah kahwin dan dah ada anak…aku tunjuk gambar Su dan anak aku kat dalam handfon aku”.

“Kalau yang ni aku kena berkenalan dengan dia juga kan Lan”.

“Memanglah Han…takkan dia pulak yang terhegeh-hegeh kat kau pulak…nanti aku tanyakan kat Lin..atau kau nak tenguk dulu budak tu”. Kemudian  Arief Edalan  tertoleh-toleh disekelilingnya seperti mencari seseorang.

“Aku dah pastikan dalam sebulan dua ni..kalau kita makan kat sini dia ada.. seakan dia hendak menarik perhatiaan kau..itu yang aku yakin dia suka kat kau nanti aku tunjukkan.. tapi hari tak ada pulak.. .Emm hari dia tak ada lah… mungkin dia kerja petang , tu haaa Lin makan dengan orang lain”. Kedengaran suara hampa Edlan bila orang yang hendak ditunjukkan kepada Farhan tidak ditemui pula hari itu.Farhan hanya memerhtikan sahaja tingkah sabahatnya. Didalam hatinya bersyukur kerana menemui kawan seperti  Arief Edlan.

“Lan aku rasa tak payahlah..aku tak terfikir nak kawan dengan dia..hati aku dah tetap..rasanya aku nak cuba dengan budak MA jiran aku tu sajalah..kalau dah tak dapat nanti atau dia dah ada buah hati, barulah kau carikan aku yang lain”.

“Kenapa Han kau belum tenguk budak tu kau dah tak nak”.

“Entahlah Han..aku takut bila aku tak betul-betul nanti orang tu kecewa pulak”.

“Ialah cuba kau kenal dulu..”

“Tak mahulah, aku tak suka nak bagi harapan kat orang. Kalau aku jumpa dia ertinya aku dah bagi harapan kat orang sedangkan hati aku harapkan orang lain.” Ohh sungguh jujur Farhan dalam perhubungan detik hati Edlan.